Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya Bagian 1
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya - Bidadari Pendekar
Naga Saktihttp://cerita-silat.mywapblog.com
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
Bidadari Pendekar Naga Sakti 1
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
HIDUP tidak selalunya indah, langit tidak selalunya cerah. Begitulah perumpamaan yang
boleh aku tujukan untuk diriku. Kadang-kadang terlintas di hati, apakah salah dan
dosaku sehingga aku diuji begini" Terpaksa melalui hari-hari yang mendatang penuh
dengan penipuan dan kelukaan. Sungguh tidak kusangka, badai yang suatu ketika
dahulu pernah bertandang dalam hidupku, kini kembali menyapa. Entah apalah silapku
sehingga begini diriku diuji. Terbayang di ruang ingatanku, wajah lelaki yang sudah lama
ingin kulupakan. Semenjak keluarga lelaki itu datang merisikku tujuh tahun lepas,
percaturan hidupku berubah. Semuanya ibu dan abah yang tentukan. Aku langsung
tidak diberi ruang untuk membuat pilihan. Kadangkadang aku rasakan diriku ini tidak
layak untuk membuat keputusan sendiri. Walaupun ia sebenarnya berkaitan dengan
hidup dan masa depanku. Sedangkan pada waktu itu usiaku sudah menjangkau dua
puluh tiga tahun. Rasa kecewa dan jauh hati hanya kusimpan kemas dalam lipatan
sanubari. Tiada seorang pun yang tahu betapa seksa hidupku selepas tarikh itu.
Kalaulah aku tidak bertemu kembali dengan Nisa, bekas adik iparku itu... sudah tentu
aku tidak perlu melalui semua ini. Terpaksa berdepan dengan lelaki yang amat aku
benci!!! Tapi apakan daya, takdir penentu segala. Hidupku kembali hilang keceriaannya
semenjak tiga bulan lepas.... "Ini Kak Ifa, kan?" tegur satu suara. Aku yang leka
memilih makanan waktu itu segera berpaling. Sedikit kaget. Gadis itu tersenyum riang.
Menampakkan giginya yang putih berseri. "Nisa?" "Ya Allah Kak Ifa, akak pergi mana
selama ni" Langsung tak dapat dijejak!" ucapnya lantas memelukku. Aku kaget! Pinggan
yang penuh berisi, hampir terlepas dek terkejut dengan tindakannya. Malu juga apabila
banyak mata memandang ke arah kami berdua. Setelah agak lama barulah dia
melepaskan aku. "Akak pergi mana selama ni?" tanya Nisa lagi. "Akak sambung belajar
Nisa. Kat London." "Kenapa tak contact kami langsung" Kalau ya pun marahkan abang,
janganlah sampai kami disisihkan...." "Tak, akak tak bermaksud begitu. Errr" kita cari
tempat, Nisa. Susah cakap kat sini." Nisa lantas bersetuju dengan sarananku. Kami
mengambil tempat yang sedikit tersorok. Mudah untuk kami berbual. Waktu makan
tengah hari itu dipenuhi dengan menjawab soalansoalan Nisa yang tidak henti-henti
keluar dari mulutnya. Tetapi semua itu hanya berkisarkan kehidupan yang aku jalani
dalam tempoh lima tahun selepas berpisah dengan abangnya. Sesekali Nisa ada juga
bertanyakan perihal aku dengan abangnya. Tetapi aku hanya mendiamkan diri. Bagiku
sudah tidak ada keperluan untuk aku menjawabnya. Semuanya sudah berlalu. Aku tidak
mahu mengingatinya lagi. Dan bekas adik iparku itu seolah-olah memahaminya. Kami
berpisah apabila waktu makan tengah hari tamat. Sebelum berpisah, Nisa ada meminta
nombor telefon dan alamatku. Aku terpaksa turutkan kerana tidak mahu
menghampakannya. Sangkaku itu adalah kebetulan dan tidak mungkin ada apa-apa
yang akan berlaku selepas pertemuanku dengan Nisa. Tetapi nampaknya lain pula yang
terjadi. Keesokan harinya aku telah dihubungi oleh seorang wanita yang cukup aku
kenal. Walaupun sudah lima tahun berpisah tetapi kelembutan suaranya masih jelas di
ruang ingatanku. Itulah bekas ibu mentuaku, Puan Maria. Terlintas di fikiranku, tentulah
Nisa yang memberikan nombor telefonku kepadanya. Lama aku berbual dengan bekas
ibu mentuaku itu. Wanita itu tidak membenarkan aku meletakkan telefon. Rindu padaku
katanya. Ah, sesungguhnya aku turut merinduinya. Selepas puas berbual, Puan Maria
meminta untuk berbual dengan ibu pula. Aku hanya turutkan kehendak Puan Maria.
Selepas itu aku tinggalkan ibu di situ. Malas hendak ambil pusing akan perbualan
mereka berdua. Hal orang tua-tua tidak elok kalau orang muda masuk campur. Lagipun
aku sendiri perlu melakukan persediaan untuk mengajar esok. SEKALI lagi ia tidak
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
berhenti di situ saja. Keesokan harinya selepas pulang ke rumah, ibu meminta aku ke
ruang tamu. Kulihat abah sudah sedia menunggu. Aku hanya duduk tanpa banyak soal.
Selepas mendengar kata-kata ibu, aku seakan terhenyak di tempat duduk. Kata ibu,
Puan Maria mengajak kami ke rumahnya pada hujung minggu ini. Dan mereka telah pun
bersetuju. Puas aku memberi alasan untuk mengelak, tetapi tidak diterima oleh ibu dan
abah. Mereka memang beria-ia hendak aku turut serta. Akhirnya selepas berlaku perang
mulut antara aku dengan ibu dan abah, barulah aku bersetuju. Seperti biasa, jika
melibatkan keluarga itu, aku pasti tidak akan dapat membuat keputusan sendiri.
Semuanya ibu dan abah yang tentukan. Aku hanya mengeluh, lalu membawa diri ke
laman. Tidak tahu berapa lama aku duduk di situ melihat keindahan langit yang ditaburi
bintang-bintang bergemerlapan. Cuba meredakan kedukaan yang bersarang di hati.
"Hai, anak ibu menungkan apa tu?" Tiba-tiba suara lembut menyapa pendengaranku.
Lantas aku hadiahkan senyuman manis untuknya. Walaupun hati dilanda duka, tetapi
untuk menyakitkan hatinya tidak sama sekali. "Tak ada apalah ibu. Saja Ifa ambil angin
kat luar ni. Kenapa ibu tak tidur lagi" Dah lewat ni." "Tau pun dah lewat. Habis tu,
kenapa Ifa tak tidur lagi" Esokkan nak bangun awal?" tanya ibu sambil melabuhkan
punggungnya di sebelahku. Aku hanya mendiamkan diri. Perlukah aku ke sana" Hatiku
memang membantah keras. Tetapi kata ibu dan abah bukan boleh dibantah. Pasti aku
akan dimarahi mereka. Tidak dinafikan, ibu dan abah memang orang tua yang baik.
Begitu juga dalam hal yang satu ini, aku tidak boleh melawan cakap mereka. Jika
tersilap kata buruk padahnya. Kadang-kadang aku terfikir apalah yang membuatkan
mereka begitu menyanjungi keluarga bekas menantu mereka itu" Sedangkan hakikat
penceraian kami sudah jelas benar. Lelaki keparat itu yang menceraikan aku kerana aku
ini hanyalah pilihan keluarga dan bukanlah pilihan hatinya. Aku ini gadis yang kolot dan
selekeh. Tidak seperti Anne, teman wanitanya itu. Wanita seksi yang begitu bergaya.
"Kenapa Ifa diam aje" Ada yang tak kena ke?" "Tak adalah ibu. Emmm... ibu, kalau Ifa
tak pergi ke Kuala Lumpur, tak boleh ke" Ifa banyak kerja yang nak disiapkan. Ibu
dengan abah ajelah yang pergi ya?" pujukku lembut. Moga-moga alasan aku kali ini
diterima. Masuk yang ini sudah kali keberapa aku pujuk mereka. Tetapi semuanya
hampa kerana ibu mendapat sokongan padu abah. Aku harap dengan ketiadaan abah,
hati ibu dapat dilembutkan. "Kerja apa" Kita pergikan hari Ahad?" Suara ibu sudah mula
meninggi. "Tapi bu"." "Dah! Tak ada tapi-tapi lagi. Esok Ifa mesti ikut ibu dengan abah
ke KL. Dah, pergi masuk tidur!" Perintah ibu. Aku hanya mengeluh hampa. Gagal lagi!
Nampaknya aku terpaksa juga mengikut mereka. Ya Allah... kau tabahkanlah hatiku
untuk hadapi semua ini. 2 "IFA pergi mana selama ni, nak" Puas kami cari..." ujar Puan
Maria dalam esak tangisnya. Sedari tadi tubuhku tidak dilepaskan daripada pelukannya.
Wajahku juga berkali-kali diciumnya. Suasana pilu itu juga turut membuatkan air mataku
tumpah. Penerimaan bekas mentuaku itu sedikit sebanyak mengundang rasa terharu di
hatiku. Ternyata mereka tidak membuang aku walaupun sudah lima tahun kami tidak
bersua muka. "Ifa sambung belajar ma, di London," beritahuku dalam nada perlahan.
"Patutlah kami tak dapat kesan Ifa langsung. Shima dengan Hassan pindah pun tak
beritahu kami. Kalaulah Nisa tak terserempak dengan Ifa kat konvokesyen pendidikan
hari tu, agaknya sampai sekarang kami tak jumpa dengan Ifa sekeluarga," marah Puan
Maria kepada kami semua. "Maaf, sebab buat Maria sekeluarga tercari-cari. Selepas Ifa
bercerai dengan Rizal, kami malu nak contact dengan Maria sekeluarga lagi. Takut
Maria sekeluarga berdendam dengan kami," ujar ibu lembut. Abah sekadar mengangguk
setuju. Sedangkan perasaan aku yang tidak enak. Kata-kata ibu tadi seolah-olah
menyalahkan aku. Sedangkan aku tidak bersalah pun.... "Kenapa pula macam tu,
Shima, Hassan... bukan salah Ifa pun. Ni semua salah Si Rizal tu sendiri. Intan depan
mata tak nampak, kaca juga yang dicarinya. Saya pun tak tahulah kenapa Rizal tu
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
bodoh sangat waktu tu. Isteri sebaik Ifa diceraikan. Hah, bila dah tak ada baru
terkapaikapai mencari!" kata bekas ayah mentuaku pula. Hatiku sedikit tenang
mendengar kata-katanya. Nyata di mata bekas mentuaku, aku tidak
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
bersalah. Tetapi anak lelaki kesayangan mereka yang bersalah. Tetapi timbul pula
persoalan di benakku pada lewat ucapannya. Benarkah Rizal mencariku selama ini"
Namun aku cepat sedar diri. Untuk apa dicari lagi gadis kolot ini, sedangkan dia sudah
memiliki teman wanita yang cukup sempurna. Agaknya papa hanya berkata begitu untuk
menyedapkan hati kami sekeluarga. "Eh, marilah masuk. Bersembang kat luar pula kita
ni. Macam dah tak ada rumah." "Entah awak ni... bukannya nak diajak tetamu kita
masuk. Datang dari Kedah mesti penat ni." "Saya excited sangat bang. Maklumlah, dah
lama tak jumpa dengan Ifa ni. Makin cantik Ifa sekarang," puji Puan Maria sambil
mengelus-elus wajahku. Aku tersenyum malu. Akhirnya aku melangkah juga ke rumah
ini. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan selepas berpisah dengan Yusrizal. Tetapi
nampaknya semua itu terjadi jua selepas lima tahun kami berpisah. Rumah ini tidak jauh
berubah. Tetap indah seperti kali terakhir aku melihatnya. Makin kelihatan indah dengan
keramahan penghuninya. Sedari tadi aku dilayan mesra oleh mama dan papa. Mama
pula awal-awal lagi menyuruh aku bermalam di rumah itu. Rindu katanya. Pada mulanya
aku menolak, tetapi setelah dipujuk oleh ibu dan abah, memandangkan esok adalah cuti
khas, maka aku terpaksa bersetuju akhirnya. Aku bimbang sebenarnya. Bimbang jika
terserempak dengan Yusrizal. Bagaimana aku hendak menghadapinya" Mesti dia tidak
suka dan marah jika melihat aku di sini. Maklumlah... perempuan kolot ini kembali lagi
dalam hidupnya. Perempuan kolot" Huh, itu dulu... tidak lagi sekarang! Pengalaman
banyak mengajar aku erti kehidupan. Dan kepahitan itulah telah membuatkan aku
berubah. Malah, sebagai seorang pensyarah perakaunan di Universiti Utara Malaysia
(UUM) menuntut aku supaya lebih berkeyakinan. Tempoh lima tahun benar-benar
menjadikan aku sebagai Ifa yang lain. Bukan Ifa yang lemah seperti lima tahun dulu.
Dengan persiapan yang ada dalam diriku sekarang, tidak ada alasan untuk aku takut
dengan Yusrizal lagi. Lagipun aku ke sini bukan kerana dia. Kalau tidak disebabkan ibu
dan abah yang memaksa, tidak mungkin aku ke sini. "Hai, sis!" Aku yang sedang leka
mengacau gulai, sedikit tersentak apabila terasa tubuhku dipeluk dari belakang. "Nisa,
terkejut akak!" marahku sambil menjeling manja. "Dari mana ni" Baru nampak muka.
Akak dah lama kat sini, tau." "Sorry, sis. Ada hal sikit. Akak, jom ikut Nisa kejap," ajak
Nisa sambil menarik tanganku. "Eh, nak pergi mana ni?" "Alah, jomlah!" "Nanti siapa
yang tengokkan kari ni?" "Alah, Mak Idah ada. Mak Idah, tolong tengokkan ek?" pinta
Nisa kepada pembantu rumah mereka yang sedang membasuh pinggan. "Baiklah,
Nisa." Aku ditarik oleh Nisa ke depan. Kelam-kabut aku membetulkan langkah kerana
bimbang akan tersungkur. Langkah Nisa terlalu laju. "Nisa, pelan-pelanlah... jatuh akak
nanti." Nisa tidak mengendahkan kata-kataku, malah terus menarik tanganku. "Abang
Rizal, tengok siapa yang datang ni?" Mataku membulat. Tidak menyangka,
rupa-rupanya inilah tujuan Nisa beria-ia benar mahu menarik aku ke ruang tamu. Ingin
menemukan aku dengan abangnya! Pada Nisa, aku hadiahkan pandangan kurang
senang. Gadis itu hanya tersenyum sumbing. Kali ini aku dipaksa pula duduk di sofa
yang berhadapan dengan abangnya itu. Geram waktu itu tidak usah dicakap. Apatah
lagi apabila mataku menangkap pandangan mata Yusrizal yang begitu tajam menikam
wajahku. Macam tidak pernah tengok orang aja! Berbukit rasa menyampahku
terhadapnya saat ini. Macamlah aku tidak tahu apa yang sedang dia fikirkan. Mesti
tengah mengutuk aku la tu! Buat apalah minah kolot ni datang sini lagi" Tak pun, mesti
dia harap aku berambus cepat. Maklumlah, sudah tentulah kedatanganku ini
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
mengganggu ketenteramannya. Eleh... aku pun tak harap nak duduk melongo
menghadap muka kau kat sini. Kucing kat rumah aku lagi cantik mukanya daripada kau.
Eh, ya ke" Tak adalah kut. Hakikatnya, Yusrizal memang kacak orangnya. Nampaknya
dia lebih kacak dalam tempoh lima tahun kami berpisah. Sempat juga aku meneliti raut
wajahnya. Rambutnya yang dahulu dibiarkan panjang, kini telah dipotong pendek.
Setahu aku, lelaki ini memang tidak pernah membiarkan rambutnya pendek selepas
tamat sekolah. Wajah yang cerah itu kelihatan bersih sekali. Seperti wajah orang
beriman. Tetapi itu hanya pandanganku. Hakikatnya lelaki ini bukan seperti itu. Terlalu
sosial. Cakap saja aktiviti maksiat yang ada, semuanya pernah dia lakukan. Cuma dia
tidaklah sampai mengambil dadah dan pil ecstasy. "Eh, Rizal... yang kau tenung Si Ifa
sampai macam tu sekali kenapa?" Suara Puan Maria tiba-tiba memecah kesunyian. Aku
mengalihkan pandangan ke sekeliling. Saat itu tidak dapat diungkap rasa malu yang
datang. Masakan tidak, semua orang di ruang tamu itu memandang tepat ke arah kami
sambil tersenyum mengusik. Aku alihkan pula pandanganku ke arah Yusrizal. Lelaki itu
kelihatan tersenyum malu sambil menggeleng-gelengkan kepala. "Tak ada apa-apalah
ma... cuma lama tak jumpa dengan Ifa. Lain Ifa sekarang. Ifa apa khabar?" tanya
Yusrizal berbasa-basi. Terkejut aku dengan teguran itu. Sangkaku Yusrizal tidak akan
menegurku lagi selepas penceraian kami. Itulah yang dikatakannya kepadaku lima
tahun dulu, bahawa dia tidak mahu melihat wajahku muncul di depan matanya lagi.
Bukan saja wajah, malah bayang aku pun dia tidak mahu tengok. Saat itu aku sedar
betapa hinanya diri aku di mata dia. Bertitik tolak dari situlah, aku tanamkan kebencian
terhadap dirinya. Dan kebencian itu telah menjadikan aku sebagai insan yang baru.
Insan yang tidak pernah kenal erti kekalahan. "Ifa, kenapa diam" Kan Rizal tanya tu"."
Suara lembut ibu memecahkan kebuntuanku. Aku seakan baru tersedar. Sekali lagi
semua mata memandang ke arahku. "Baik...." Dengan malas aku menjawab, "Kalau
Rizal nak tahu, Ifa ni sambung belajar, buat master kat London. Lepas tu keluarga dia
orang pula berpindah, sebab tu kita tak dapat cari dia orang sebelum ni," terang Puan
Maria. "Oh, ya ke" Berapa tahun Ifa belajar kat sana" Selalunya master tak sampai lima
tahun, kan?" "Tiga tahun." "So, Ifa buat apa sekarang ni?" tanya lelaki itu lagi. Aku pula
sudah semakin malas mahu menjawab. Tetapi disebabkan kami sedang menjadi
perhatian, terpaksa juga aku ringankan mulut. "Kerja." "Eh, Ifa ni... Rizal tu penat
bertanya, sepatah-sepatah dia jawab," tegur abah. Aku hanya mendiamkan diri. Biar
semua orang tahu yang memang aku tidak bercadang hendak beringan mulut dengan
Yusrizal. Itu pun sudah kira bertuah aku jawab juga soalan yang diajukan. Kalau
langsung tak jawab, macam mana" "Biarlah Hassan. Mungkin Ifa tu malu lagi kut. Nanti
okeylah tu," sampuk bekas ayah mentuaku pula. "Tuan, puan... makan malam dah
dihidangkan." Alhamdulillah... nampaknya Mak Idah telah menyelamatkan keadaan.
"Hah, jom kita makan. Saya pun dah lapar ni," pelawa bekas ayah mentuaku. "Nisa, ajak
kakak tu makan." "Baik papa. Jom, Kak Ifa." Aku akur. Lagipun seperti bekas ayah
mentuaku, aku juga lapar. Maklumlah sepanjang perjalanan, aku hanya minum air
mineral. Selera aku hilang kerana mabuk jalan. Itulah kelemahan aku. Aku mengambil
tempat. Makanan yang terhidang di atas meja kelihatan begitu menyelerakan. Terasa
seperti hendak ditelan semua. Aku mula membayangkan jika aku berada di rumah.
Tentulah aku tidak sesopan sekarang. He he he.... Keghairahan untuk makan seakan
hilang apabila Yusrizal mengambil tempat di sebelahku. Aku jadi kaku. Kenapa dalam
banyak-banyak tempat, dekat sebelah aku juga yang jadi pilihan" Meja makan ini cukup
besar. Pilih saja tempat lain asalkan bukan dekat aku. Tetapi mungkin Yusrizal sudah
biasa makan di sini. 1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
Aku teringat ketika aku masih menjadi isterinya dulu. Aku dan Yusrizal akan duduk di
tempat yang sama seperti yang kami duduki sekarang. Dan bermulalah lakonan antara
kami. Kami akan berlagak seperti kamilah pasangan yang paling bahagia sedangkan
hakikatnya bukan begitu. Walaupun hati aku menangis, tetapi aku terpaksa turutkan
juga permintaan Yusrizal kerana dia tidak mahu kedua-dua ibu bapanya menghidu
kedinginan hubungan kami. "Eh, Ifa... kenapa tak makan" Rizal ambilkan nasi untuk Ifa
tu." Yusrizal hanya akur akan permintaan bekas ayah mentuaku itu. Dua senduk nasi
diletakkan di dalam pinggan nasiku. Kalau tadi nasi sebanyak ini kurasakan tidak cukup,
tetapi sekarang separuh pinggan pun belum tentu aku dapat habiskan. "Ifa nak lauk
apa" Nanti abang ambilkan." Tapi kata ganti diri itu hanya akan digunakan sekiranya
kami berkomunikasi di hadapan keluarga masing-masing. Jika tidak, Yusrizal lebih
senang beraku-engkau saja denganku. Takkanlah setelah bercerai pun kata ganti diri itu
hendak dikekalkan" "Ifa?"?" "Errr... tak apa. Nanti saya ambil sendiri." Yusrizal hanya
menganggukkan kepala. Kemudian dia menumpukan pada makan malamnya semula.
Lelaki itu kelihatan berselera benar. Aku pula yang hilang selera. Tetapi aku perlu
makan untuk menghilangkan rasa laparku. Walaupun suasana di meja makan itu agak
meriah, namun masih tidak dapat mengeluarkan aku daripada dunia yang kuciptakan
sendiri. Banyak perkara yang aku sedang fikirkan sekarang ini. Antaranya termasuklah
sikap lelaki yang berada di sebelahku ini. Entah mengapa aku dapat rasakan kelainan
pada sifatnya. Tetapi perasaan itu cepat-cepat kuhakis kerana aku tahu itu semua
hanya lakonan Yusrizal. Lakonan yang dilakukan untuk mengaburi mata keluarga kami,
sama seperti yang kami lakukan lima tahun lepas. SELEPAS makan malam, aku dan
Nisa membantu Mak Idah mengemas ruang tempat kami makan tadi. Kalau diikutkan
hati memang malas hendak meringankan tangan. Dengan perutku apakan daya, lahir
sebagai anak perempuan memang itulah kerjanya. Kalau tidak menolong dikatakan
malas pula! Sesudah mengemas, Nisa mengajak aku berbual di laman banglo itu. Aku
hanya turutkan. Lagipun sudah lama aku tidak menghabiskan masa di laman indah yang
mama ciptakan ini. Mama memang kreatif orangnya. Aku masih ingat ketika aku masih
menjadi menantu rumah ini dulu. Aku sering menghabiskan masa di sini. Laman ini
membuatkan fikiranku tenang. Terasa tidak ada satu pun masalah yang aku hadapi jika
aku berada di sini. Kami melabuhkan punggung di kerusi kayu yang tersedia di tengah
laman itu. Aku semakin kagum dengan hasil kerja mama. Laman ini bertambah cantik.
Malah semakin luas. Kalaulah aku mempunyai laman secantik ini, sudah tentu dari pagi
hingga ke malamlah aku bertapa di sini. Dan ibu pun mungkin tidak mengenali lagi
anaknya. Kerana aku sudah bertukar kerjaya dari seorang pensyarah kepada penunggu
laman terhormat. He he he.... Aku dan Nisa terus berbual hingga tidak sedar malam
sudah semakin lewat. Bukan kami saja, malah ibu bapaku dan bekas ibu bapa
mentuaku juga nampaknya masih tidak mahu mengakhiri perbualan. Terlalu banyak
yang dibualkan. Sesekali terdengar ilai tawa mereka dari ruang tamu. Cuma Yusrizal
sahaja aku tidak tahu ke mana telah menghilang. Mungkin sudah masuk tidur. "Akak,
kalau Nisa tanya sikit akak jangan marah ya?" "Belum tanya lagi macam mana nak
Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
marah Nisa," balasku cuba berseloroh. Nisa hanya tersenyum. Ah, gadis ini terlalu
murah dengan senyuman. "Janji jangan marah tau?" pintanya lagi. Akhirnya aku
mengangguk sambil tersenyum. "Emmm... akak masih marahkan Abang Rizal ke?"
Soalan Nisa yang kufikir terlalu drastik itu benar-benar membuatkan aku bungkam.
Terus terang aku katakan, aku tidak tahu hendak berkata apa. Untuk sementara aku
hanya membiarkan soalan Nisa begitu saja. "Akak?" Aku alihkan pandangan ke arah
Nisa. Kelihatan gadis itu seperti tidak sabar-sabar untuk mendengar butir bicaraku. "Nisa
rasa macam mana?" tanyaku pula. "Kalau dari pandangan mata Nisa ni, memang
nampak macam akak masih marahkan abang lagi. Tapi entahlah... " jawab Nisa
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
perlahan. "Kalau itu yang Nisa nampak... so macam tu la," jawabku acuh tak acuh.
Malas sebenarnya mahu membincangkan hal ini. Lagipun Nisa adalah adik Yusrizal.
Takkanlah aku hendak mengutuk si abang depan adiknya pula. Tidakkah itu
keterlaluan" Lainlah kalau yang di depanku ini Linda, teman baikku. Bolehlah juga aku
buat ketupat (mengumpat). Sepanjang lima tahun ini pun sudah banyak mana ketupat
yang aku buat dengan Linda. Tidak terkira! "Alah, cakaplah Kak Ifa. Anggap saja Nisa
sebagai tempat luahkan perasaan. Akak tak boleh pendam saja apa yang akak rasa.
Sesekali kena diluahkan juga. Betul tak?" "Tak ada apa yang nak diluahkan, Nisa.
Semuanya sudah selesai. Antara akak dengan abang sudah tak ada apa-apa lagi. Jadi,
tak usahlah kita bincangkan lagi hal ni ya," pintaku. Berharap benar pengertian daripada
Nisa. Walaupun bekas adik iparku kelihatan tidak puas hati, tetapi dia terpaksa turutkan
kehendakku. Nisa bukanlah orang yang suka memaksa. Dia amat memahami. Aku
sudah menganggapnya sebagai adik kandungku sendiri. Lagipun aku anak tunggal.
Tidak ada kakak atau adik perempuan yang boleh berkongsi suka dan dukaku. Pada
Nisalah aku luahkan segalagalanya sepanjang tempoh aku menjadi isteri Yusrizal dulu.
Hanya Nisa yang mengetahui perihal rumah tanggaku dengan abangnya dulu. Itupun
kerana Nisa turut ternampak adegan maksiat antara Yusrizal dengan teman wanitanya
yang berlaku di rumah kami lima tahun lepas. Ketika itu aku baru pulang dari kampung
kerana menziarahi abah yang kurang sihat. Yusrizal tidak turut serta. Selepas mendapat
keizinannya aku pulang seorang diri. Nasiblah ibu dan abah tidak banyak soal. Mereka
hanya menerima alasanku yang menantu mereka itu sibuk dengan tugas pejabatnya.
Selepas beberapa hari di kampung dan kesihatan abah sudah semakin baik, aku
putuskan untuk pulang. Sebaik tiba di pudu raya, aku cuba menelefon Yusrizal untuk
meminta dia menjemputku. Tetapi talian telefon bimbitnya tidak aktif. Beberapa kali
kucuba tetapi masih tiada balasan. Akhirnya aku terpaksa meminta bantuan Nisa. Gadis
itu muncul setelah lima belas minit aku menunggu. Sebaik sampai di rumah, aku pelik
kerana kereta Yusrizal ada terparkir di porch. Bermakna Yusrizal tidak ke mana-mana.
Ah, mungkin dia tidur. Sebab itu dia matikan talian kerana tidak mahu diganggu. Tetapi
kenapa hatiku rasa tidak enak" Aku jemput Nisa masuk. Gadis itu hanya menurut. Aku
pulas tombol pintu. Semakin pelik apabila aku dapati pintu rumah tidak berkunci. Dan
sebaik sahaja pintu utama rumah kutolak, alangkah terperanjatnya aku dan Nisa dengan
adegan yang terhidang di depan mata kami. Aku terjelopok di atas lantai, tidak percaya
lelaki yang bersama wanita itu adalah suamiku. Wanita itu hanya berpakaian dalam
manakala Yusrizal hanya mengenakan seluar pendek. Mereka kelihatan asyik sekali
berkucupan sehingga langsung tidak menyedari kehadiran kami di situ. Jadi inilah
alasan mengapa Yusrizal tidak mahu mengikutku pulang ke kampung. Ingin
menghabiskan masa bersama teman wanitanya tanpa gangguan aku. Menitis air
mataku saat itu. Mereka hanya tersedar apabila Nisa berdehem kuat. Terkocoh-kocoh
wanita itu mengenakan pakaiannya semula. Manakala Yusrizal merenungku dengan
pandangan yang maha tajam. Mungkin marah kerana aku membawa pulang adiknya
yang secara tidak sengaja turut menyaksikan adegan sebabak itu. Selama ini tiada
seorang pun yang tahu, tetapi sekarang rahsianya pecah di depan adiknya sendiri. "Apa
yang abang buat ni hah?"" Abang tak malu ke?"" Abang tu dah kahwin tau" Hei...
perempuan! Kau buat apa kat sini hah?"" Keluar!!!" pekik Nisa. Adik iparku kelihatan
marah benar. Hampir saja dia menampar perempuan itu tetapi nampaknya perempuan
itu lebih pantas bertindak. Dia menjadikan tubuh Yusrizal sebagai tempatnya berlindung.
"Nisa!!! Jangan kurang ajar!!!" pekik Yusrizal pula. "Nisa yang kurang ajar ke abang
dengan perempuan ni yang kurang ajar" Sampai hati abang buat macam ni kat Kak Ifa.
Abang tak kesian ke dengan Kak Ifa. Dia isteri yang baik, tapi kenapa abang buat
macam ni pada dia?"?" "Nisa, baik kau balik. Jangan campur hal abang!!!" "Nisa takkan
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
balik selagi Nisa tak belasah perempuan ni. Hei perempuan tak tahu malu!!! Mari sini
kau. Biar aku belasah kau cukup-cukup. Dasar perempuan sundal!!!" Nisa seperti orang
gila. Aku sendiri tidak mampu melakukan apa-apa melainkan hanya
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
memandang. Air mataku semakin laju menitis. Teruk juga perempuan itu dibelasah oleh
Nisa. Tenaga lelaki Yusrizal masih tidak mampu menahan ketangkasan Nisa. Akhirnya
Yusrizal memeluk pinggang Nisa dan menarik adiknya itu menjauhi teman wanitanya
yang sudah terjelepok di lantai. Namun itu masih tidak mampu menghentikan Nisa.
Dengan kaki yang masih bebas, dia menendang wanita itu dengan agak kuat. "Nisa,
sudah! Jangan sampai abang hilang sabar!!!" "Lepaskan Nisa. Nisa nak ajar dia
cukup-cukup. Dasar perempuan perosak rumah tangga orang!!!" "Abang kata sudah,
Nisa!!!" Bersama tempikan itu, Yusrizal menghadiahkan penampar sulungnya buat Nisa.
Terduduk gadis itu di sofa. Aku yang seakan baru tersedar, laju sahaja langkahku
mendapatkan Nisa yang sudah teresak-esak menangis. Tubuhnya kupeluk erat. "Abang,
kenapa abang tampar Nisa" Dia tak bersalah," marahku pada Yusrizal. "Kau diam!
Sejak kau hadir dalam hidup aku, semuanya porak-peranda. Mulai hari ni, aku tak mahu
tengok muka kau kat sini lagi. Berambus kau dari hidup aku! Bukan saja muka kau,
malah bayang kau pun aku tak mahu tengok! Mulai hari ni kau bukan isteri aku lagi. Aku
ceraikan kau!!! Pergilah mana kau nak pergi. Aku tak peduli lagi!!! Sekarang,
berambus!!!" Terpanar aku mendengar kalimah itu. Benarkah aku telah diceraikan"
"Abang!" "Berambus aku kata!!!" Yusrizal menarik aku dan Nisa keluar dari rumah itu.
Walaupun aku cuba merayu tetapi tidak dipedulikan. Hempasan kuat pintu rumah
seakan menyedarkan aku bahawa aku bukan lagi puan di rumah itu. Walaupun berat
kaki melangkah, aku gagahkan juga. Aku sudah tidak mampu menenangkan Nisa yang
semakin galak menangis. Bagaimana hendak kupujuknya jika hatiku sendiri luka
berdarah. Berita penceraian antara aku dan Yusrizal aku khabarkan pada orang tua
kami. Tetapi aku tidak mengkhabarkan tentang apa yang berlaku pada hari terakhir aku
menjadi isteri Yusrizal. Pada Nisa telah awal-awal lagi kupinta agar jangan buka cerita.
Aku hanya biarkan Yusrizal yang menjawab segala persoalan yang diutarakan oleh
orang tuanya. Alasan yang dia berikan ialah kami tidak sefahaman lagi. Dan dia sudah
mempunyai pilihan hati dan ingin menikahi teman wanitanya itu selepas habis tempoh
edahku. Aku hanya menelan kata-katanya itu. Walaupun pahit, itulah yang harus
kutelan. Mama dan papa cuba memujuknya tetapi pendirian anak lelaki mereka bukan
senang hendak digoyah. Akhirnya mereka terpaksa akur. Masih terbayang di ruang
mataku linangan air mata mama ketika kali terakhir aku memeluknya. Dan itulah kali
terakhir aku menatap wajahnya. "Akak" Akak menangis?" Aku terkejut. Pantas air mata
yang mengalir kusapu dengan telapak tangan. Terasa seperti semalam tragedi itu
berlaku hingga sakitnya begitu mencengkam jiwa. "Tak adalah. Mata akak masuk
habuk," dalihku. Aku menghadiahkan senyuman buat Nisa. Tetapi Nisa seakan mengerti
lalu mengalihkan tempat duduknya di sebelahku. Perlahanlahan air mataku yang masih
berbaki disapunya. Aku jadi malu sendiri. "Nisa minta maaf kalau soalan Nisa tadi
membuatkan akak teringat kisah silam. Nisa janji Nisa takkan tanya lagi soalan macam
tu. Maafkan Nisa, ya?" "Tak apalah, Nisa. Bukan salah Nisa. Memang dah nasib akak
macam tu." "Dahlah akak. Jomlah kita masuk." Aku mengangguk. Namun belum sempat
aku bangun, satu suara yang cukup aku kenali menyapa kami. "Hai... berbual panjang
nampak," sapa Yusrizal. Aku menghadiahkan jelingan buatnya saat mata kami berbalas
pandang. Biar dia rasa. "Nisa, boleh abang cakap dengan Kak Ifa sekejap," pinta
Yusrizal pada adiknya. Nisa mengalihkan pandangannya padaku. Aku lantas
menggeleng. Tidak mahu ditinggalkan. Ditinggalkan bersama Yusrizal membuatkan aku
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
jadi tidak betah. "Baiklah, tapi jangan lewat sangat berbual. Kak Ifa dah mengantuk tu."
Aku terkejut dengan reaksi Nisa. Nisa berlalu. Tinggallah aku dengan Yusrizal. Lelaki itu
melabuhkan punggung di sebelahku. Tindakannya itu membuatkan aku gelisah. Entah
apalah yang hendak dicakapkan agaknya. Sedangkan padaku sudah tidak ada apa-apa
yang hendak dibincangkan antara aku dan dirinya. "Cantikkan langit malam ni, Ifa?"
Yusrizal memulakan bicara. Aku mencebik. Itu aje ke dia nak cakap" "Kalau itu aje yang
awak nak cakap, maaf... saya tak ada masa nak dengar. Saya masuk dulu. Dah
mengantuk ni!" ujarku lantas ingin berlalu. "Nanti dulu, Ifa. Please... duduk dulu. Abang
ada hal nak bincang dengan Ifa ni." "Awak nak bincang apa lagi" Antara kita dah tak ada
apa-apa. Kita dah bercerai. So, sekarang teruskan dengan kehidupan awak dan saya
dengan kehidupan saya." "Tidak Ifa... antara kita masih terlalu banyak perkara yang
perlu diselesaikan. Please... duduk dulu. Kita bincang," pujuk Yusrizal lembut. Entah
mengapa aku jadi mual apabila mendengar suara lembutnya itu. Suara pujuk rayu yang
suatu ketika dahulu hanyalah untuk perempuan itu. "Saya tak mahu. Maaf... saya masuk
dulu," kataku dan mula melangkah. "Ifa masih marahkan abang?" Langkah kakiku
terhenti. Yusrizal melangkah menghampiriku. "Abang tahu Ifa masih marahkan abang.
Dan abang juga tahu hati Ifa masih terluka. Berilah peluang untuk abang
sembuhkannya. Abang akan tebus semua kesalahan abang selama ni. Berilah abang
peluang, Ifa...." Aku lantas berpaling menghadapnya. Perasaan marah mula menguasai
diri. "Apa yang awak cakap ni, hah" Awak dah gila ek?" "Abang tak gila, Ifa. Abang
masih waras. Malah abang mengaku inilah satu-satunya perkara yang abang lakukan
dengan fikiran yang waras. Selama ni abang hanya turutkan nafsu saja. Bagilah abang
peluang, Ifa. And I promise you won"t regret it." Kata-katanya meletuskan tawaku.
Kenapa dengan Yusrizal ni" Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba jadi begini. Mana
perginya sifat kasar lelaki itu" Mana pergi sifat bongkaknya dahulu. Apa dah jadi"
Sehingga sanggup merayu pada perempuan yang suatu ketika dahulu dianggap kolot
ini. "Apa dah jadi dengan awak ni sebenarnya" Awak ni memang dah hilang akal kut.
Awak sedar tak pada siapa yang awak rayu ni" Pada perempuan kampung yang
kononnya kolot, tak tahu bergaya macam teman wanita awak yang seksi tu. Yang
ketinggalan zaman, yang..." "Cukup, Ifa! Abang tahu abang silap. Intan depan mata
abang tak nampak, kaca juga yang abang puja-pujakan. Abang takkan ulang kesilapan
abang lagi. Maafkanlah abang, Ifa..." rayunya lagi. Rimas aku waktu itu. Sungguh aku
tidak percaya pada kata-kata yang lahir dari bibirnya itu. Padaku semuanya dusta. Entah
apalah tujuan Yusrizal merayu pada aku begini" Pasti ada udang di sebalik batu.
Jangan haraplah aku akan termakan dengan lakonan kau lagi. Lelaki hipokrit!!!
"Dahlah... awak ni memang dah gila. Saya nasihatkan esok awak pergi jumpa doktor
betulkan apa yang patut. Otak awak tu memang dah mereng sangat-sangat. Saya pun
nak masuk tidur. Nanti berjangkit pulak penyakit gila awak tu. Goodnight!" Aku terus
melangkah tanpa menoleh lagi. Meninggalkan Yusrizal yang terkulat-kulat di situ.
Panggilannya langsung tidak aku endahkan. Padan muka! Baru kau tahu siapa aku
sekarang. Ingat senang nak makan pujukan kau. Huh! "IFA, nanti janganlah jemu
datang melawat kami di sini. Mama harap sangat hubungan kita tak terputus macam tu
aje. Mama dah anggap Ifa macam anak mama sendiri, ya sayang?" ujar Puan Maria
dengan linangan air mata. Seperti semalam, Puan Maria memeluk erat tubuhku. Aku
lihat air mata wanita itu bergenang. Sungguh hatiku tersentuh. Linangan air mata mama
seolah-olah menyampaikan maksud yang mama benar-benar maksudkan apa yang
diucapkannya sebentar tadi. Rasa terharu yang bermukim di dada sedikit sebanyak
telah mengundang air mataku juga. Walau cuba kutahan tetapi ia tetap mengalir
membasahi pipi. Sekali lagi aku gagal menyembunyikan kesedihanku. Kasih sayang
wanita itu telah membuatkan aku kalah. "Mama janganlah sedih. Ifa janji, Ifa takkan
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
lupakan mama sekeluarga. Ifa pernah hidup dalam keluarga ni dulu. Macam manalah Ifa
boleh lupa." Aku berkata lirih. Sememangnya aku tidak pernah lupakan kasih sayang
mama padaku. Malah, aku akui
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
sepanjang lima tahun berpisah, aku begitu merindui mama. Sunguh beruntung Yusrizal
dan Nisa kerana mempunyai mama yang begitu baik dan penyayang. "Janji?" "Ifa janji,
ma...." Selepas aku melafazkan janji, barulah Puan Maria melepaskan tubuhku lalu
tersenyum. Mungkin berpuas hati dengan janjiku tadi. Sempat juga mama
menghadiahkan kucupan di dahiku sebelum beralih kepada ibu pula. Aku pula beralih
kepada Nisa. Dia kulihat sedang mengalirkan air mata. Air matanya lantas kusapu. Nisa
pantas memeluk erat tubuhku dan aku membalas pelukannya. "Akak jangan lupakan
Nisa ya. Selalu-selalulah SMS Nisa. Nisa tak ada kakak. Nisa dah anggap akak macam
kakak Nisa sendiri," ujar Nisa dalam tangisan. Semakin laju air mataku menuruni pipi
apabila mendengar rintihannya. Aku pantas membalas kata-katanya dengan anggukan.
"Nisa belajar rajin-rajin ya" Jangan hampakan harapan orang tua," pesanku sambil aku
mengesat air mata yang mengalir di pipinya. "Nisa janji kak," janji Nisa kepadaku. Aku
meleraikan pelukan lalu beralih pula kepada papa. Aku menghulurkan tangan kepada
papa lalu tunduk untuk mengucup tangannya. "Ifa minta maaf kalau Ifa ada buat salah
pada papa selama Ifa di sini. Halalkanlah makan minum Ifa selama Ifa menjadi menantu
papa." Papa tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Telapak tangannya
mengusap lembut kepalaku. "Ifa tak salah. Semua tu dah takdir Tuhan. Siapalah kita
nak menghalang. Papa harap janganlah Ifa lupa kami di sini," ucap papa yang juga
berpesan perkara yang sama. Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.
Aku melepaskan tangan papa. Semua orang telah kujumpa melainkan Yusrizal. Lelaki
itu menghadiahkan senyuman sewaktu mata kami bertentangan. Aku masih
teragak-agak sama ada hendak maju atau tidak. Aku alihkan pandangan kepada semua.
Mereka turut menjatuhkan pandangan ke arahku. Kupandang ibu dengan pandangan
penuh bermakna. Ibu lantas tersenyum mengangguk. Akhirnya dengan berat hati aku
terpaksa berdepan dengan Yusrizal juga. Aku tahu alangkah tidak sopannya sekiranya
aku pergi begitu saja. Walaupun dendamku masih bermaharajalela, aku terpaksa
melakukan ini demi menyenangkan hati semua pihak. Mereka pula seakan mengerti
ketidaksenanganku ketika berdepan dengan Yusrizal, lalu bergerak ke keretaku yang
tersadai di luar pagar. Tinggallah kami berdua di situ dengan suasana yang sunyi sepi.
Aku berdiri bertentangan dengan Yusrizal. Untuk beberapa ketika tiada bicara yang
terluah antara kami. Hanya pandangan mata yang mengungkap maksud di dada. Yang
pasti hatiku tidak terasa berat hendak meninggalkannya seperti perasaanku pada ahli
keluarganya yang lain. "Rizal...." Akhirnya aku memulakan bicara. Yusrizal masih
merenung ke dalam mataku. Renungannya membuatkan aku hampir kalah. Sejak
mengenali lelaki ini, aku mula menyedari satu lagi kelemahanku. Aku tidak akan sesekali
mampu untuk membalas renungannya. Tetapi hari ini aku gagahkan jua. "Selepas kita
bercerai, ada perkara yang saya nak cakap kat awak tapi tak berkesempatan, sebab
awak tak nak tengok muka saya, malah bayang saya sekalipun," sambungku lagi. Wajah
Yusrizal berubah apabila mendengar bicaraku. Mungkin tidak menyangka yang aku
masih mengingati kata-katanya dulu. Ah, hakikatnya aku tidak mungkin akan lupa! Dan
dia juga mungkin tidak menyangka yang aku masih mahu mengungkit kisah lama pada
saat ini. "Dan saya nak bagitau hari ni." "Apa dia, Ifa" Katakanlah... abang sedia
mendengarnya." "Saya nak minta maaf sekiranya ada kesilapan yang saya lakukan
sepanjang tempoh saya menjadi isteri awak. Dan halalkanlah makan minum saya."
"Tidak, Ifa isteri yang baik dan tak pernah melakukan kesilapan. Cuma abang yang
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
bodoh kerana tidak pandai menilai ketulusan hati Ifa. Malah, abang banyak melukakan
hati Ifa. Abang yang sepatutnya minta maaf, bukan Ifa," balas Yusrizal dalam nada yang
tenang. Aku menggelengkan kepala sambil tertawa kecil. "Tidak. Saya yang salah dari
mula lagi. Sepatutnya saya berkeras menolak pinangan keluarga awak dulu, kerana
saya sedar akan perbezaan kita. Tapi saya kalah dengan permintaan ibu supaya
menerima pinangan tu. Dan akhirnya kita berkahwin walaupun pada waktu itu saya
terpaksa meninggalkan teman lelaki saya kerana awak. Tapi saya reda kerana saya
percaya pilihan orang tua lebih berkekalan. Tapi nampaknya saya silap. Walaupun saya
cuba pertahankan perkahwinan kita, takdir Tuhan mengatasi segala-galanya.
Perkahwinan kita hancur juga. Semuanya salah saya." Mata Yusrizal tidak berkelip
daripada memandang wajahku. Kerutan di dahinya menunjukkan yang dia kurang jelas
dengan kata-kataku tadi. "Apa maksud Ifa" Ifa pun tak bersetuju dengan perkahwinan
kita dulu?" "Ya! Awak pernah mengatakan yang kehadiran saya telah
memporak-perandakan hidup awak. Begitu juga saya. Semenjak kehadiran awak, hidup
saya berubah. Ibu yang selama ni tak pernah menghalang akan keinginan saya, mula
mengawal setiap gerak-geri saya. Pinangan dari keluarga awak saya terima kerana ibu.
Saya tinggalkan teman lelaki saya juga kerana ibu. Ibu begitu menentang hubungan
kami selepas kedatangan lamaran dari keluarga awak, sedangkan sebelum itu ibu tak
pernah kisah pun siapa pilihan saya. Hidup saya tak bermakna selepas itu. Kalau awak
fikir awak sorang yang menderita dengan perkahwinan itu, awak silap... kerana saya
yang lebih menderita." Aku menarik nafas dalam. Hari ini aku mahu meluahkan
segala-galanya. Biarlah Yusrizal tahu, kerana aku sudah tidak mampu lagi
menanggungnya seorang diri. Ia begitu menjerut hatiku. Kulihat postur Yusrizal masih
seperti sebelumnya. Tetapi kali ini kerutan di dahinya semakin banyak. "I... Ifa ada
teman lelaki sebelum kita kahwin?" Hanya anggukan yang kuberikan sebagai jawapan.
"Kenapa Ifa tak pernah beritahu abang?" Sekali lagi aku tertawa. Kali ini sedikit sinis.
"Kenapa saya tak pernah beritahu" Perlukah" Lagipun cuba awak fikir, sepanjang
setahun perkahwinan kita, pernahkah awak ambil berat tentang saya" Tak, Yusrizal!
Bercakap dengan saya bila perlu saja. Sakit pening saya tak pernah awak ambil tahu.
Semuanya saya yang tanggung sendiri. Yang awak tahu hanya keluar bersuka ria
dengan Anne. Itupun awak masih bertanya kenapa saya tak pernah beritahu?" Suaraku
sudah sedikit meninggi. Yusrizal meraup mukanya. Kekesalan jelas terpancar di situ.
Bukan aku sengaja mahu mengungkit, tetapi setiap kali membincangkan hal ini,
amarahku sukar dikawal. Walaupun puas aku mencuba, tapi ia hanyalah sia-sia.
"Maafkan abang, Ifa. Abang tahu abang memang bodoh. Punya isteri sebaik Ifa tapi
abang sia-siakan. Selepas abang berkahwin dengan Anne, barulah abang sedar siapa
Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
intan, siapa permata. Masa tu abang benar-benar menyesal. Anne tak seperti yang
abang sangkakan. Dia tak layak menjadi seorang isteri. Tuhan saja yang tahu perasaan
abang waktu tu. Abang selalu teringatkan Ifa. Kenangan kita sepanjang menjadi suami
isteri. Tapi abang sedar, terlajak tindakan akan menyesal seumur usia. Perkahwinan
kedua abang juga kecundang, Ifa. Tapi kali ini lebih singkat. Perkahwinan abang dengan
Anne hanya bertahan lapan bulan." Aku memandang tepat ke wajahnya. Terjawablah
sudah persoalanku selama ini. Patutlah aku tidak nampak Anne sepanjang aku berada
di sini. Rupa-rupanya mereka telah lama bercerai. Tidak kusangka, cinta juga tidak
menjamin kebahagiaan dalam perkahwinan Yusrizal. Ah, tidak! Perkahwinan Yusrizal
dengan Anne bukan berdasarkan cinta, tetapi berlandaskan nafsu semata. Benarlah
kata para ulama, setiap tindakan yang berlandaskan nafsu tidak akan bertahan lama.
"Sudahlah, saya tak mahu kenangkan lagi perkara tu. Apa yang nak saya cakapkan,
sudah pun saya luahkan. Selepas ni saya harap kita dapat jalani kehidupan kita seperti
biasa. Saya pergi dulu," kataku lalu mula mengorak langkah. Hatiku lega kerana hari ini
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
sedikit sebanyak beban di dadaku sudah terluah. Sekarang aku akan kembali ke
kehidupanku semula. Semoga ada yang lebih indah menantiku di sana. "Tak adakah
peluang kedua untuk abang, Ifa?" Pertanyaan Yusrizal mematikan langkahku.
Perlahan-lahan aku berpusing menghadap wajah kusutnya semula. "Maafkan saya,
Rizal. Saya pernah beri peluang pada awak dulu. Bukan sekali, malah berkali-kali. Siang
malam saya berdoa kepada Allah supaya awak berubah dan menerima saya sebagai
isteri. Tapi awak tetap tak berubah. Malah, saya diceraikan. Saya sudah tak mampu nak
memberi peluang pada awak lagi. Selagi hati saya masih terasa sakit, selagi itulah saya
takkan memaafkan awak," ujarku nekad.
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
Yusrizal berjalan menghampiriku. Wajahnya yang tadi kelihatan kusut semakin kusut.
Mungkin kecewa dengan keputusan yang telah aku ambil. Tapi untuk apa" "Abang tau
bukan mudah untuk Ifa lupakan apa yang telah abang lakukan pada Ifa dulu. Walaupun
Ifa tak mahu berikan abang peluang, tapi abang akan terus mencuba untuk memenangi
hati Ifa. Abang tahu hanya Ifa yang abang tunggu selama ni. Selepas abang
mengahwini Anne, barulah abang sedar siapa yang abang cinta. Abang hanya cintakan
Ifa dan akan terus mencintai Ifa." "Cukup! Saya tak mahu dengar lagi semua ni. Pada
saya semua yang keluar dari mulut awak dusta belaka. Tapi awak jangan harap saya
akan termakan dengan kata-kata awak tu. Saya bukan lagi Ifa yang dulu." "Tak Ifa,
abang betul-betul maksudkan apa yang abang cakap. Abang tak tipu! Abang tahu dalam
keadaan macam ni, Ifa mungkin tak akan percaya. Tapi abang akan buktikan katakata
abang, Ifa. Suatu hari nanti Ifa akan nampak kebenaran kata-kata abang ni," ujar
Yusrizal bersungguh-sungguh. Hendak ketawa aku mendengar kata-katanya itu. Tetapi
kutahan kerana bimbang didengari semua orang di situ. Pasti mereka akan tahu yang
kami sedang bergaduh sekarang ini. "Kalau itu yang awak cakapkan, saya amat
berharap yang hari tu takkan pernah wujud. Saya pergi dulu. Jaga diri awak. Dan
jagalah keluarga awak. Assalamualaikum." Kali ini aku melangkah tanpa menoleh lagi.
Itulah yang aku harapkan. Aku tak mahu lagi memandang ke belakang. Aku mahu terus
ke depan. Kerana masa lalu terlalu menyakitkan. 3 AKU memerhatikan
pelajar-pelajarku yang sedang tekun menyiapkan latihan yang telah kami bincangkan
sebentar tadi. Itu adalah keadaan rasmi bagi setiap pelajar. Mungkin mereka pun sudah
arif dengan cara aku mengajar. Sebelum menghadiri kelas aku selalu mengingatkan
para pelajar supaya membaca nota yang telah aku upload ke dalam blog aku. Biasanya
aku akan upload notaku itu seminggu lebih awal untuk memastikan pelajar-pelajarku
membuat persediaan yang secukupnya sebelum menghadiri kelas. Ini kerana aku hanya
akan menekankan bahagian teknikal sahaja. Maklumlah, subjek perakaunan memang
banyak melibatkan pengiraan. Cuma beberapa peratus sahaja yang diperuntukkan
untuk teori. Dan selalunya pelajar jurusan ini memang cukup fobia dengan soalan teori.
Mereka lebih menumpukan pada bahagian pengiraan. Aku cukup maklum tentang itu,
kerana aku juga pernah menjadi pelajar seperti mereka dulu. Para pelajar masih leka
dengan tugasan mereka. Tidak kurang juga yang sedang berbual di belakang kelas.
Siapa lagi kalau bukan Malik dan Ridzuan. Tetapi aku tidak kisah kerana aku tahu
kedua-dua pelajar itu adalah pelajar pintar. Sekali ajar sudah tersimpan kemas di dalam
kotak ingatan mereka. Malah, setiap kali aku mengajar, mereka berdualah yang banyak
membantuku ketika perbincangan kami. Aku bergerak dari satu barisan meja ke satu
barisan yang lain. Sempat juga ku intai Biasalah, fikirku. Itulah yang dikatakan proses
pembelajaran. Mesti melakukan kesalahan! Jika tidak bukanlah dinamakan belajar.
"Dayana, this is incorrect! I"ve told you so many times. Retained profit brought forward
for the first journal entry in consolidation comes from the acquisition date. And retained
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
profit for minority interest comes from current year amount. Don"t you remember?"
Pelajar itu menepuk dahi. Aku tersenyum dengan gelagatnya. "Oh my God. I really
forgot about that. No wonder my consolidated balance sheet was not tally." "See" If you
make a careless mistake from the beginning it will affect all your workings. So, be more
careful. This is just a small mistake actually, but I can"t help you during the exam."
"Okay, Miss Ifa. Thanks." Aku melihat jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul tiga
setengah petang. Nampaknya aku perlu menamatkan sesi pengajaran walaupun kelas
sepatutnya tamat pada pukul empat petang. Lalu aku bergerak ke depan kelas. "Okay
class. We will end our class now. Before that please remember that our topic for next
class is changes in ownership. I have uploaded it in my blog. So, please get the copy
and make some revision before my next class. I will ask you some question related to
the topic. Just to make sure that all of you do the reading. And one more thing, please
complete your consolidated worksheet for the exercise just now. I have already given
you the final answer, right" So, try to get the final answer. If you have any problem do
not hesitate to see me, okay?" "Okay, Miss Ifa!" jawab para pelajar serentak. "Okay,
class is dismissed." Tanpa menunggu lama, aku lantas meninggalkan kelas dan menuju
ke bilikku. Banyak lagi kerja yang menantiku di sana. Semuanya memerlukan
komitmenku dengan segera. Yang pastinya dalam dua tiga minggu ini aku akan sibuk.
Bimbang juga jika aku tidak akan punya pensyarah-pensyarah yang lain. Pernah suatu
ketika dulu, Encik Ramli menegurku kerana terlalu ramai student yang datang
berjumpaku, sedangkan pensyarah lain tidak pula begitu. "Hai, Ifa... meriah bilik awak ni
nampak. Apa hal?" Ketika itu aku sedang sibuk melayani kerenah pelajar-pelajarku yang
datang dengan pelbagai permasalahan. "Biasalah Encik Ramli, ini waktu consultation
saya," jawabku. "Hai, susah juga jadi pensyarah favourite pelajar lelaki ya" Waktu
consultation mesti penuh dengan pelajar. Pelajar lelaki semua pula tu. Pelajar
perempuan tak ada pula masalah dalam pelajaran ya," perli Encik Rahim. Kelihatan
mereka semua hanya tertawa. Aku pula malas melayan kerenah mereka lalu kembali
menumpukan perhatian kepada pelajar-pelajarku. Bagiku, mereka memang memerlukan
tunjuk ajar. Bukan seperti yang didakwa oleh sesetengah rakan pensyarah yang
mengatakan pelajar-pelajarku hanya mencari alasan untuk berjumpaku. Nonsense!
Takkanlah student nak mengurat pensyarah" Aku meneruskan langkah. Saat kakiku
menapak di depan bilik, hatiku sedikit hairan apabila ternampak seorang lelaki sedang
bersandar di pintu bilikku. Di tangannya ada sejambak bunga mawar yang sungguh
cantik. Lelaki itu lantas menyapaku. "Cik Ifa?" "Ya saya." "Ada pesanan bunga untuk Cik
Ifa," beritahunya sambil menghulurkan jambangan bunga itu kepadaku. Aku menyambut
hulurannya dengan seribu pertanyaan. Siapa pula yang bemurah hati memberikan
jambangan bunga ini" Aku ada admirer ke" "Sila sign di sini, Cik Ifa," pinta lelaki itu. Aku
yang masih kebingungan hanya menurut kehendaknya. "Okey, terima kasih. Saya pergi
dulu." Aku hanya mengangguk. Selepas itu aku kembali menumpukan perhatian kepada
jambangan bunga yang berada di dalam tanganku. Sekeping kad yang terselit di
celah-celah kuntuman bunga itu aku ambil dan kubuka. Hidup manusia memang tidak
pernah sunyi dengan melakukan kesilapan, Dan kesilapanku yang paling besar adalah
melukaimu, Kutahu bukan mudah untuk dirimu menerimaku kembali, Tapi diri ini akan
tetap mencuba, Kerana kutahu kau tercipta untuk diriku.... ~Yusrizal~ Setelah
membaca kata-kata itu, cepat sahaja kakiku mencari tong sampah. Lalu jambangan
indah itu kulemparkan ke dalamnya. Puas hatiku! Tidak cukup di rumah, kini Yusrizal
berani pula menghantar bunga untuk memujuk rayuku. Jangan ingat begitu mudah aku
akan menerima pujuk rayunya. Hati ini tidak akan sesekali tewas dengan pujuk rayunya!
4 "TERIMA KASIH ya," ucapku kepada penghantar bunga itu. Selepas menutup pintu
aku memerhatikan jambangan bunga mawar yang masih kupegang. Selalunya bunga
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
mawar ini hanya akan menjadi makanan tong sampah sahaja. Tetapi nampaknya niatku
itu terpaksa dibatalkan dahulu untuk hari ini kerana tong sampah di luar sudah penuh
dengan bunga-bunga kiriman Yusrizal. Terpaksalah aku bersabar sementara menunggu
pekerja majlis perbandaran mengosongkan tong sampah itu.
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
"Sabar ya wahai bunga. Kejap lagi aku akan pastikan tempat kau kat dalam tong
sampah tu. Tapikan antara semua bunga yang dihantar pada aku, kaulah yang paling
bertuah. Sempat juga kau merasa duduk dalam bilik aku yang cantik ni." Seperti selalu,
pasti sekeping kad akan dikepilkan bersama. Teringin juga aku hendak mengetahui apa
pula yang mahu diluahkan Yusrizal di situ. Sebelum ini pun aku tidak pernah lupa untuk
membaca kata-kata yang telah dicoretkan Yusrizal untuk diriku. Aku suka apabila
Yusrizal merayu begitu. Ternyata dendam lama masih tidak mampu kukikis. Biar dia
pula merasai bagaimana perasaanku apabila merayu pada dirinya dulu. Rayuan yang
tidak pernah dipedulikan. Malah ditongsampahkan begitu sahaja. Sayangku, andai bisa
diputarkan masa, Pasti aku tidak akan berasa derita rindu seperti hari ini, Kerana akulah
lelaki yang paling bertuah memiliki isteri sebaikmu, Sayangku, andai bisa diputarkan
masa, Aku akan pastikan kaulah wanita yang paling bahagia di dunia ini, Kerana aku
akan cuba menjadi suami terbaik buatmu. ~Yusrizal~ Huh! "Kalaulah boleh diputarkan
waktu, takkan aku begitu bodoh nak menerima lamaranmu. Kerana kutahu derita yang
bakal kau rencanakan untuk diriku," ujarku menyambung puisi Yusrizal. Selama tiga hari
ini Yusrizal tidak akan lupa untuk mengirimkan bunga untuk aku. Hatiku tertanya-tanya,
mengapa Yusrizal masih sanggup membazirkan wang, sedangkan aku tidak
memberikan respons terhadap kesungguhannya itu. Mungkin juga playboy seperti
Yusrizal masih berpegang kuat kepada pepatah Melayu yang mengatakan hati
perempuan seperti kerak nasi yang akan jadi lembut sekiranya dicurahkan dengan air.
Kalau itulah yang ada dalam fikirannya, ternyata lelaki itu salah perhitungan kerana aku
bukan seperti wanita yang selemah itu. Deringan telefon bimbit di atas meja sedikit
membuatkan aku tersentak. Menandakan satu SMS telah diterima. Cepat sahaja aku
mencapainya kerana aku sememangnya sedang menunggu SMS daripada seorang
pensyarah yang akan memaklumkan tarikh dan waktu untuk mesyuarat bagi semua
pensyarah perakaunan kewangan lanjutan. Namun tatkala melihat nombor yang tidak
dikenali, hatiku sedikit hairan. Tetapi mungkin juga rakan pensyarahku itu menggunakan
nombor baru ataupun dia meminjam telefon orang lain. Lalu, punat read kutekan. Hi,
Ifa... did you get the flowers" - Yusrizal. Aduh! Dia lagi" Sudahlah! Aku dah cukup
semak dengan bunga yang dikirimkan setiap hari. Kini ditambah pula dengan SMS ini.
Makin berserabut kepalaku. Dari mana pula lelaki itu mendapat nombor telefon
bimbitku" Ini mesti kerja Nisa! Dia seorang sahaja yang tahu nombor telefon bimbitku.
Isy, tak boleh harap betul budak ni. Sudah berapa kali aku mengingatkan dirinya supaya
jangan memberikan nombor telefonku kepada abangnya itu. Eee... geram betul! Kini apa
pula yang harus aku lakukan untuk menghadapi lelaki ini. Aku tidak berniat untuk
membalas SMS yang dihantarnya. Lantas SMS itu aku delete. Tak mahu ia berada di
dalam telefon bimbitku terlalu lama. Kalau boleh aku tidak mahu semua tentang Yusrizal
menghantui diriku. Cuma satu yang tak bisa kukikis. Kenangan! Ya, kenangan lalu yang
begitu memeritkan. Seandainya kenangan itu juga boleh aku delete seperti yang
kulakukan terhadap SMS itu, pasti akan kulakukan. Tapi, mana mungkin! Semenjak itu
aku sering diganggu dengan SMS Yusrizal saban hari. Hampir sahaja aku menukar
nombor telefon, tapi apabila mengingatkan yang nombor ini telah kudaftarkan di UUM
niatku itu kumatikan sahaja. Jika aku menukarkan nombor telefon bimbitku banyak pula
prosedur yang perlu aku jalani untuk mendaftarkan kembali nombor itu. Gangguan itu
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
berterusan hinggalah ke hari ini. Sudah tiga bulan ia berlanjutan. Tapi sekali pun aku
tidak pernah mempedulikannya. Semua SMS yang dihantar oleh Yusrizal, kubiarkan
sepi. Selama tiga bulan ini jugalah Yusrizal tidak pernah lupa untuk mengirimkan bunga
untukku. Tidak terkira berapa banyak wang yang Yusrizal habiskan. Tapi apa yang
dihairankan jika dia anak orang berada. Ketukan di muka pintu mematikan lamunanku.
Daripada bunyi ketukan itu aku sudah kenal akan orangnya. Pantas bibirku tersenyum.
"Come in!" laungku. Apabila daun pintu dikuak, terpacullah wajah lelaki yang suatu
ketika dahulu terlalu sukar untuk aku lupakan. "Hai, sibuk ke?" "Tak adalah, tengah
berangan aje." Daniel tersenyum. Tanpa disuruh, Daniel menarik kerusi berhampiranku
lalu melabuhkan punggungnya di situ. "So, hari ni dapat bunga lagi?" tanya Daniel. Dia
sudah maklum akan kiriman bunga daripada Yusrizal. Bukan niatku untuk
mencanangkan itu semua. Tetapi siapa yang tidak hairan apabila setiap hari penghantar
bunga akan berkunjung ke bilikku. Lagi pula aku juga yang selalu memenuhkan tong
sampah itu. "Macam biasalah," jawabku sambil memuncungkan bibirku ke arah letaknya
bunga itu. "Hai, dah tak buang nampak. Kenapa, nak buat hiasan kat dalam bilik ke?"
"Tak adalah. Dah buang tebiat agaknya I nak buat macam tu. Tong sampah penuhlah.
Nanti I buanglah," ucapku dengan muka menyampah. Daniel tersenyum sambil
menggeleng. "Tong sampah tu tiap-tiap hari makan bunga. Kesian dia... kasilah makan
benda lain pula." "Biarlah dia makan bunga. Sedap apa, bukan senang nak dapat tu."
"Kesian ex-husband you tu. Penat-penat dia belikan you bunga setiap hari tapi you
buang macam tu saja." "Buat apa I nak kesiankan dia" Dia tak pernah kesiankan I pun."
"Mungkin dia dah berubah, Ifa. Cubalah bagi dia peluang." "Untuk apa" Supaya dia
dapat sakitkan hati I lagi. No way! I dah serik dengan lelaki buaya macam tu." Daniel
mengangkat bahu. "Suka hati you la. I cuma bagi nasihat. Jangan nanti you menyesal
sudah." "Nope! I takkan sesekali menyesal dengan lelaki macam tu. Sia-sia saja!" "Well,
we"ll see. Emmm... so jadi tak lunch nanti?" "Yup! Sure." "Kalau macam tu jumpa lunch
hour nanti ek." "Okey." PERUT yang berlagu riang memaksa aku melirik ke arah jam di
pergelangan tangan. Patutlah... dah pukul dua belas empat puluh lima tengah hari.
Tidak lama selepas itu kedengaran ketukan di muka pintu bilikku. Aku tersenyum kerana
anggapanku sudah tentulah Daniel yang menungguku untuk makan bersama. "Daniel,
tunggu kejap, I nak kemaskan meja ni!" laungku dari dalam bilik. Namun aku sedikit
hairan dengan bunyi ketukannya hari ini. Terasa lain benar. Mana pergi trademark
ketukannya seperti selalu" Mungkin dia sudah malas hendak melagukan ketukan itu
lagi. He he he.... Setelah berpuas hati, pantas tanganku mencapai dompet dan telefon
bimbit lalu menyumbat ke dalam kocek seluarku. Lebih mudah begitu. Aku tidak gemar
membawa tas tangan. Ngeri rasanya apabila membaca surat khabar yang
menceritakan tentang kejadian ragut yang banyak berlaku akhir-akhir ini. Aku tidak
mahu kejadian itu terjadi kepada diriku pula. Jalan terbaik adalah dengan membiarkan
tanganku kosong. Pintu bilik kubuka. "I"m coming, Da"." Mulutku ternganga. Tidak
percaya dengan apa yang aku lihat di hadapan mataku ini. Mustahil!! Bagaimana dia
boleh ada kat sini" "Rizal?"" Apa yang awak buat kat sini?" Lelaki itu hanya tersenyum
tenang. Mungkin dia sudah menjangkakan reaksi sebegitu
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
daripadaku. "Hai Ifa. Apa khabar?" "Awak buat apa kat sini" Macam mana awak boleh
ada kat sini?" Soalanku tidak dijawab malah dia masih tersengih seperti kerang busuk.
Sungguh aku tidak menyangka akan bertemunya semula. Sangkaku pertemuan di
rumahnya tiga bulan lepas adalah yang terakhir tapi ternyata tidak! Yusrizal masih mahu
mengganggu hidupku. "Ifa tak nak jemput abang masuk ke?" Aku yang masih dalam
keadaan terkejut tiba-tiba mula tersedar. Mataku meliar memerhati sekeliling. Takut
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
sekiranya ada pensyarah-pensyarah lain yang ternampak gelagat kami berdua. "Maaf,
saya dah janji dengan kawan," jawabku. "Lunch ke?" Aku mengangguk tanda
mengiyakan. "Emmm" jom lunch dengan abang. Abang pun tak makan lagi ni." "Saya
dah janji dengan oranglah," ulangku lagi dengan nada menyampah. Cakap bahasa
Melayu pun tak faham. "Emmm... cancellah. Abang datang jauh-jauh ni sebab nak
jumpa Ifa. Dengan kawan, esok-esok pun boleh lunch sama." "Suka hati awak aja nak
suruh saya cancel. Saya dah berjanji dengan oranglah." "Ifa tak kesian dengan abang
ke" Abang datang jauh-jauh ni. Kerja yang berlambak dekat ofis pun abang tinggalkan
semata-mata nak jumpa dengan Ifa." "Saya tak suruh pun awak buat semua tu. Awak
yang rela hati nak buat. So, jangan nak salahkan saya. Sekarang ni, can you please
excuse me" Saya dah lapar. Menghadap muka awak ni bukannya mengenyangkan
pun!" tempelakku. Sengaja menyakitkan hatinya. Sengaja cari pasal siapa suruh. Sendiri
buat, sendiri tanggunglah! Aku pantas melepaskan diri sebaik sahaja mengunci pintu
bilikku. Yusrizal hanya kubiarkan terkulat-kulat memerhatikan tingkah lakuku. Baru
sahaja aku berkira-kira hendak menelefon Daniel dan memaklumkan bahawa aku
sedang menunggunya di tepi kereta, tiba-tiba aku terasa rentapan kuat di pergelangan
tanganku. Terdorong aku ke hadapan. Tindakan yang drastik membuatkan tubuhku
hilang imbangan. "Rizal! Apa ni" Lepaslah...." "Abang nak lunch dengan Ifa sekarang."
"Tapi saya dah janji dengan oranglah. Awak ni tak faham bahasa ke?" marahku. Namun
nada suara masih cuba kukawal kerana takut terdengar dek orang lain. "Abang tak
peduli! Cancelkan saja lunch tu. Sekarang abang nak Ifa ikut abang!" tegasnya.
Dengan langkah kaki yang cuba kukawal agar tidak tersungkur, ditambah pula dengan
kelakuan Yusrizal yang tidak sopan membuatkan hatiku membengkak. Namun aku tidak
berdaya melawan apabila kami mula menuruni tangga. Aku hanya menuruti langkahnya.
Genggaman tanganku masih tidak dilepaskan. Walaupun sakit, aku hanya mampu
bertahan. Tidak elok sekiranya ada para pelajar yang terlihat adegan perbalahan antara
kami berdua. Saat itu hatiku terlalu sebal dengan tindakan Yusrizal itu. NASI yang
masih penuh di dalam pinggan aku pandang kosong. Lapar yang kurasakan sebentar
tadi seakan hilang kerana terpaksa menghadap wajah yang memang tidak kugemari.
Sedangkan lelaki itu kelihatan berselera sahaja menjamu selera. Agaknya dah berapa
tahun agaknya tak makan mamat ni. Aku yang kat depan ni dia buat tak tahu aja. Baik
Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
tak usah ajak aku lunch kalau macam ni! Yusrizal masih meneruskan suapannya
sehinggalah ke suapan yang terakhir. Setelah menghirup air dan mengelap bibir barulah
lelaki itu menghalakan pandangannya ke wajahku. "Eh, kenapa kuis aja nasi tu" Kenapa
Ifa tak makan?" "Kenyang." "Tapi tadikan Ifa kata lapar" Takkan makan dua tiga biji nasi
dah kenyang?" Ayat perli nampak" Aku kenyang sebab menghadap muka kau la. "Ke,
sebab kecewa tak dapat keluar makan dengan Daniel?" perli Yusrizal dengan memek
muka yang bersahaja. Aku terkejut apabila nama yang pada anggapanku cukup asing
baginya, disebut. Bagaimana pula dia mengetahui pasal Daniel" Seingat aku, ketika di
rumahnya dulu aku tidak pernah sebut nama Daniel di hadapannya. Apatah lagi
bercerita itu dan ini tentang Daniel padanya. "Kenapa" Terkejut macam mana abang
boleh tahu?" ujar Yusrizal sambil menyandarkan badannya ke kerusi. Mataku mengecil
melihat lagaknya itu. Sebagai isyarat sebenarnya. Aku mahu dia terus membukakan
mulut untuk menjawab segala persoalan yang bermain di benakku ini. "Bukan saja
rupanya, malah siapa dia dalam hidup Ifa sebelum dan selepas kita kahwin pun abang
tahu..." ujarnya. Masih cuba memeningkan kepalaku. Di dalam fikiranku pula terlintas
adakah Yusrizal sudah bertukar kerjaya" Menjadi penyiasat persendirian, mungkin....
"Daniel tu sebenarnya bekas kekasih Ifa, kan" Juga merangkap pensyarah perakaunan
di fakulti Ifa, kan?" "Macam mana awak tahu semua ni?" soalku. Kalau dibiarkan mamat
ni merepek, alamatnya sampai ke esok pagi pun tak habis. Yusrizal menjongketkan
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
bahunya sambil tersenyum bangga. Sakit hatiku dengan senyumannya itu. Senyuman
itu seolah-olah mengejekku. "Nak seribu daya, Ifa. Tak nak, seribu dalih." "Saya tanya
macam mana awak boleh tahu tentang dia?" tanyaku sekali lagi. Keningku diangkat
tanda aku tidak berniat hendak bergurau dengannya. "Abang upah penyiasat." "Hah"
Awak ni dah gila ke?" "Yup!!! Memang abang dah gila. Abang gilakan Ifa!" "Nonsense!"
marahku. Sampai begitu sekali sikap keanak-anakan Yusrizal. Sanggup menghabiskan
wang untuk menyiasat tentang Daniel. Tetapi kalau difikirkan, salahku juga kerana
memberitahunya yang aku punya kekasih hati sebelum aku mengahwininya. "Bagi Ifa itu
semua nonsense. Tapi bagi abang tak! Hati abang tak tenang sejak Ifa beritahu yang Ifa
pernah bercinta sebelum kita kahwin. Abang nak tahu siapa orang tu." "Habis tu, bila
awak dah tahu puaslah hati awak ya" Saya sebenarnya tak faham. Untuk apa awak
buat semua ni" Tak ada maknanya. Hubungan saya dengan dia dah lama putus!"
"Memang hubungan Ifa dengan dia dah lama putus. Tapi Ifa masih berkawan dengan
dia, kan?" "So what" Tak boleh ke saya nak berkawan dengan dia?" "Tak salah kalau Ifa
nak berkawan dengan dia. Tapi salah kalau Ifa berniat nak bercinta semula dengan dia."
Aku terdiam. Kata-kata Yusrizal memang tidak dapat aku terima. Untuk bercinta dengan
Daniel semula memang tidak mungkin. Daniel sudah punya kekasih hati. Tetapi kalau ya
pun aku hendak bercinta dengannya, Yusrizal tidak berhak untuk halang. Dia langsung
tidak punya hak untuk itu. Kami sudah tidak ada apa-apa hubungan. "Yang awak ni
kenapa" Kalau ya saya nak bercinta dengan dia pun apa salahnya. Saya tak terikat
dengan sesiapa dan dia pun begitu. Awak siapa nak halang saya?" ujarku tidak puas
hati. "Your ex-husband!" jawabnya pantas. "Ex-husband. Awak faham ke maksud ex
tu" Kalau tak tahu biar saya beritahu. Ex halang saya!" marahku. Tetapi masih cuba
kukawal nada suaraku kerana bimbang akan mengganggu pengunjung yang lain. Aku
benar-benar mengharapkan kata-kataku akan memberikan sedikit reaksi pada wajah
Yusrizal. Terkejut dengan kata-kataku mungkin. Atau wajahnya sedikit berubah kerana
katakataku telah menyakitkan hatinya. Dan wajah itu ternyata memberikan reaksi. Tetapi
bukan reaksi yang aku harap-harapkan. Lelaki itu hanya tersenyum senang. Dan aku
pula yang terasa sakit hati. "Abang belum habis cakap lagi. Yang abang nak cakap tadi,
I"m your ex-husband and your future husband." "Ridiculous!" "Not for me! Abang akan
buktikan pada Ifa nanti. Ingat tak apa yang abang cakap kat rumah abang dulu" Yang
abang akan cuba memenangi hati Ifa semula" Itulah yang abang sedang lakukan
sekarang." Kata-katanya mengundang ketawa sinisku. "Buatlah apa yang awak nak
buat. Tapi saya akan pastikan yang awak takkan berjaya.
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
Sekali kita berpisah, bermakna awak tak pernah ada lagi dalam kamus hidup saya.
Faham"!" Yusrizal menganggukkan kepalanya. Kelihatan seperti memperlekehkan
kata-kataku sebentar tadi. "Well, we"ll wait and see." Pantas saja aku mencapai telefon
bimbitku di atas meja dan bersedia untuk bangun. Lebih lama aku di sini, makin
bertambah sakit hatiku. Lebih baik aku balik! "Ifa nak ke mana?" "Balik!" "Tapi Ifa belum
habiskan makanan tu lagi. Membazir aja." "Membazir" Tak pun. Awak yang bayar,
bukan saya. Awakkan orang kaya. Kalau setakat sepuluh ringgit apalah sangat, kan"
Lagipun saya dah kenyang menghadap muka awak!" "Kenapa" Abang handsome
sangat ke hari ni sampai Ifa kenyang menghadap muka abang?" Aku semakin bengang.
Kali ini aku benar-benar telah bersedia untuk meninggalkan meja itu. Tetapi Yusrizal
pantas menghalang. "Okey... okey... I"m sorry. Tapi Ifa kena habiskan makanan ni.
Abang tengok Ifa tak makan pun tadi. Berangan aja lebih. Nanti Ifa yang lapar. Kalau
perut lapar macam-mana nak mengajar. Betul tak?" "Kalau saya lapar, tahulah saya nak
cari makanan. Dekat UUM tu banyak tempat makan." "Ifa dengar cakap abang.
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
Habiskan makanan ni dulu. Selagi makanan ni tak habis, selagi tu abang takkan hantar
Ifa balik," ugut Yusrizal. Eleh, ingat aku takut! "Saya boleh naik teksi la!" "Okey kalau
boleh. Tapi setahu abang tempat ni susah nak dapat teksi." "Mana awak tahu" Awak
bukan orang sini." "Memang abang bukan orang sini. Tapi sebelum abang bawa Ifa
datang sini, mestilah abang buat survey sikit." Betul juga, fikirku. Kenapalah aku tak
terfikir. Yusrizal langsung tidak pernah datang sini. Jadi bagaimana pula dia tahu ada
satu restoran yang cukup cantik dan selesa di kawasan ini" Mesti dia sudah
mengkajinya. Mengenangkan itu, aku kembali duduk dan meneruskan makan. Tidak
langsung aku pedulikan senyuman kemenangan yang terukir di bibir Yusrizal itu. Untuk
apa" Menyakitkan hati aku saja nantinya. DALAM perjalanan pulang aku hanya
mendiamkan diri. Sama seperti perjalanan pergi juga. Sakit hati yang kurasakan juga
sama. Tidak lebih dan tidak kurang. Yusrizal memang lelaki yang hebat kerana mampu
mengimbangkan kebencianku terhadapnya. Aku menjeling Yusrizal yang tenang
memandu. Rimas sebenarnya! Dalam hatiku amat berharap agar kakiku cepat-cepat
dapat memijak bumi UUM. Tetapi nampaknya dengan kadar kelajuan kereta yang
dipandu Yusrizal, aku terpaksa melupakan saja niatku. Berapa jam lagilah agaknya aku
nak sampai" Bawa makan bukan main jauh. Sampai ke Alor Setar. Apa salahnya kalau
makan kat Changlun aje" omelku di dalam hati. "Gelisah aje abang tengok Ifa ni"
Kenapa?" Tiba-tiba kedengaran suara Yusrizal memecah kesunyian. "Boleh tak awak
pandu laju sikit. Kalau macam ni bila nak sampai?" "Mungkin dua jam lagi." Selamba
saja Yusrizal menjawab. "Dua jam lagi" Dah nak pukul dua ni awak tahu tak" Pukul
dua nanti saya ada kelas. Solat pun belum lagi." "Okey... kalau macam tu kita pergi solat
dulu. Tu kat depan tu ada masjid." Yusrizal terus membelok keretanya ke kawasan
masjid. Selepas mematikan enjin dia terus keluar. Sedangkan aku masih kaku di tempat
duduk. Entah apa yang aku sedang fikirkan aku sendiri pun tidak tahu. Yang pastinya
aku sedang memikirkan tentang lelaki ini. Bukan aku tak tahu. Yusrizal bukannya suka
bersolat dahulunya. Tetapi kenapa sekarang bermurah hati pula memijakkan kaki ke
masjid. Apa dia ingat bila masuk masjid boleh pura-pura solat" "La apa yang Ifa tercegat
lagi kat situ" Kata tadi nak solat" Cepatlah nanti lambat pula sampai dekat UUM." Aku
pantas melangkah keluar dari kereta lalu mengekori Yusrizal. Kami berpisah kerana
sudah semestinya aku perlu ke tempat solat wanita. Selepas berwuduk aku segera
mencapai kain telekung yang memang telah disediakan oleh pihak masjid. Nasib baiklah
kain telekungnya bersih. Kalau tak, sebelum sempat aku menghabiskan solat sudah
tentu aku pengsan dulu. Aku mengerjakan solat dengan penuh khusyuk. Selepas
bersolat sempat juga aku mengintai Yusrizal di sebalik langsir yang memisahkan tempat
solat wanita dengan tempat solat lelaki. Lelaki itu kelihatan sedang berdoa. Hairan! Aku
tidak pernah melihat wajah Yusrizal yang bersih dan setenang itu. Tetapi kenapa aku
dapat melihatnya hari ini" Benarkah lelaki itu sudah berubah" Aku pantas menutup tirai
apabila Yusrizal sudah bangun dan melipat sejadah. Aku tidak mahu dia menyedari
perbuatanku itu. Kami bertemu kembali di luar masjid. Yusrizal menantiku dengan
senyuman di bibir. Entah mengapa senyuman itu seakan-akan meredakan hatiku yang
sedang membara dengan sikapnya tadi. "Tolong bawa laju sikit. Saya tak nak sampai
lambat. Student saya mesti dah tunggu dalam kelas." "Okey sayang. Tapi sebelum tu
abang nak kasi Ifa ni," ujarnya sambil menghulurkan sekeping kad. Kelihatannya seperti
business card. Perlahan-lahan aku menyambut kad itu dan ternyata telahanku benar
belaka. Lama kuperhatikan alamat yang tertera di kad itu. Dahiku berkerut. "Jalan
Sultanah" Awak tinggal kat sini ke, Rizal?" "Yup! Sebenarnya dah dua minggu abang
menguruskan syarikat papa di sini. Dan bermakna abang akan tinggal di sini la...."
Patutlah Yusrizal kelihatan seperti begitu arif dengan jalan-jalan di sini. Rupa-rupanya
sudah dua minggu dia di sini. Ah, nampaknya aku akan lebih kerap menghadap muka
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
mamat ni nanti. Hatiku mulai gusar. "Nanti abang bawa Ifa melawat ke AMA Holdings
ya" Dalam pada tu bolehlah kita ke rumah abang." Aku sedikit terkejut. "Nak ke rumah
awak buat apa?" Tak malu langsung! Tak sedarkah kami bukan lagi suami isteri. "Buat
apa ya?" Yusrizal pura-pura berfikir sambil bibirnya tersenyum nakal. "Buat apa lagi
sayang" Abang tahu kita ni bukan suami isteri lagi. Jangan risau, dekat rumah abang tu
ada maid. Nanti abang suruh dia masak sedap-sedap. Boleh kita makan bersama."
"Thanks ajelah untuk jemputan awak tu. And one more thing. Pleaselah jangan hantar
bunga lagi. Setiap hari awak hantar bunga. Tak sayang duit ke?" marahku. "Sayang
memang sayang. Tapi abang lebih sayangkan bunga yang kat depan mata abang
sekarang ni. Kalau nak dibandingkan duit dengan bunga ni, memang jauh bezanya.
Abang lebih rela kehabisan duit daripada kehilangan bunga ni." Ujarnya bermadah! Nak
termuntah aku mendengarnya. "Oh ya, Ifa suka bunga tu?" Hanya jelingan yang
kuberikan sebagai jawapan. "Suka hati awaklah. Yang nak habis duit awak, bukan saya.
So, terpulang pada awak. Yang saya tahu sekarang saya nak balik UUM." Sekali lagi
lelaki itu menghadiahkan senyuman untukku. Ah, kenapa sekarang lelaki ini begitu
murah dengan senyuman" "Okeylah, jom!" 5 "IBU dengar Ifa keluar dengan Rizal tadi.
Betul ke?" Soalan ibu yang tiba-tiba itu membuatkan otakku berputar ligat. Siapa pula
yang gatal-gatal mulut bercerita ni" Ni mesti kerja Rizal. Sah! Tapi apa pula motif dia"
"Macam mana ibu tahu?" soalku sambil menuangkan air ke dalam gelas untuk makan
malam kami. Abah belum lagi turun. Mungkin sedang bersolat. "Adalah..." jawab ibu
selamba. Ni yang aku tidak suka ni. Mesti ada konspirasi ni! "Kalau ibu dah tahu, kenapa
tanya Ifa lagi?" "Jadi betullah Ifa keluar dengan Rizal tadi?" tanya ibu lagi. Wajahnya
kelihatan ceria. "Kalau ibu dah dengar macam tu... so, macam tu la," jawabku acuh tak
acuh. 1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
Aku tahu mungkin ibu menganggap hubungan aku dengan Yusrizal bakal mekar
kembali. Tetapi ibu tidak tahu yang aku tidak akan sesekali membenarkan perkara itu
berlaku. "Eh, budak ni... cubalah serius sikit. Main-main pulak dia!" "Ibu, pergilah panggil
abah. Ifa dah lapar ni. Lepas ni Ifa ada kerja nak buat," ujarku cuba menukar topik
perbualan. Aku tahu, ibu tidak akan berhenti bercakap jika perbualan itu berkisarkan
tentang Yusrizal. Bekas menantu kesayangannya itu. "Nak tukar topiklah tu!" Tempelak
ibu lantas bangun menuju ke tingkat atas. Aku menarik nafas lega. Dapat juga aku
melarikan diri. "OKAY class, today all of you have to submit your project report. I hope
all groups can make it by today. Otherwise your marks will be reduced. Remember,
marks contribution for this project is 20%. It"s quite a big proportion for your final marks,
guys. So don"t lose it! Yes, Malik?" tanyaku apabila pelajarku itu begitu beria-ia
mengangkat tangannya. "What about presentation Miss Ifa?" "Oh, yes, I was almost
forgot about that. Thanks Malik for reminding me." Kedengaran suara pelajar-pelajar
mengeluh. Mungkin sedang menyalahkan Malik kerana mengingatkan aku tentang
pembentangan itu. Maklumlah, mereka sudah semestinya tidak mahu melakukan
pembentangan. Suatu perkara yang amat tidak digemari oleh para pelajar. Kerana
sudah tentu apabila di hadapan hadirin pelbagai rasa yang akan muncul. Malu,
gementar dan macam-macam perasaan lagi. Bagaimana aku tahu" Kerana aku juga
pernah menjadi pelajar dulu. "I think it"s better if we proceed with the presentation next
week. I don"t want to point up which group will present first. It depends on you. If you
think you"re ready to present, then you can just proceed. Is that, okay?" "Yes!" jawab
pelajar-pelajarku serentak. "Good. After this you can hand-in your project report and
class dismiss then." Serentak dengan itu, kelas yang tadinya senyap sunyi kembali
hingar-bingar. Seperti pasar saja keadaannya. Aku mengumpulkan laporan projek yang
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
telah diletakkan oleh pelajarku di atas meja. Ada yang tebal dan tidak kurang juga yang
sebaliknya. Tetapi tidak semestinya yang kurang projek itu telah aku tetapkan warnanya,
iaitu warna merah. Kalau tidak macam-macam warna "Miss Ifa, boleh kita bercakap
sebentar?" Aku mengangkat kepala. Kelihatan seorang pelajar perempuan berbangsa
India sedang berdiri di depanku. Wajahnya yang kelihatan keruh itu menunjukkan
kesusahan hati yang dialami gadis itu. "Yes, Melissa" How can I help you?" "Actually,
miss, I have a problem...." "What kind of problem?" "Sebenarnya, miss... saya percaya di
dalam project report kumpulan saya, ada terselit satu surat. Surat kompelin daripada
mereka tentang saya." "Surat kompelin tentang awak?" Dahiku berkerut. Namun begitu
tanganku lincah mencari-cari surat yang dimaksudkan oleh gadis itu... dan hasilnya
ternyata benar. Aku memandang wajahnya sebelum membuka sampul surat itu, lalu
membaca. Selesai membacaa aku kembali memandang Melissa. Mengharapkan
penjelasan. "I think you have to explain it to me." Gadis itu sedikit tertunduk. "Kenapa
awak tak beritahu saya sejak dari awal lagi" Kenapa bila dah parah macam ni baru
awak nak bersemuka dengan saya?" tanyaku kepada Melissa. Gadis itu masih
menunduk. Kelihatan air jernih mengalir dari kelopak matanya. "Saya tahu saya salah.
Tapi masa tu saya tak tahu nak buat apa. Yang saya fikirkan ialah kesihatan emak saya.
Saya sangat sayangkan emak saya." "Ya, saya tahu tu. Siapa yang tak sayangkan mak.
Tapi seelok-eloknya awak beritahu saya dulu. Bolehlah saya usahakan apa yang patut
untuk awak." "Jadi, bagaimana sekarang miss?" Aku menarik nafas dalam-dalam
sambil menyandarkan badanku ke kerusi. "Saya rasa awak kena buat individual
assignment. Saya tak boleh berlaku tak adil pada awak mahupun pada group awak. Apa
kata esok awak datang semula ke bilik saya dalam pukul tiga petang. Esok saya akan
bagi tugasan tu pada awak, okey?" "Thanks, miss. I really appreciate that. Saya takkan
mensia-siakan peluang yang miss bagi pada saya." Ucap gadis itu, ceria. "HAI anak
abah! Menungkan apa tu?" sapa abah yang baru turun ke ruang makan setelah
dipanggil oleh ibu. Sekali gus melenyapkan ingatanku terhadap Melissa. Melihatkan
wajah abah yang manis tersenyum membuatkan aku memanjat kesyukuran. Walaupun
aku anak tunggal tetapi keluargaku sempurna. Tidak seperti Melissa yang terpaksa
menanggung beban tugas yang berat. Bagaimana agaknya gadis itu membahagikan
masanya untuk belajar" Sudahlah terpaksa selalu pulang ke kampung untuk melawat
ibunya yang terlantar sakit, dalam masa yang sama pula terpaksa menumpukan
perhatian terhadap pelajarannya. "La... yang pandang abah macam tu sekali kenapa?"
Soalan abah membuatkan aku tergelak kecil. Reaksiku tadi mungkin membuatkan abah
sedikit hairan. "Tak ada apa-apalah... tiba-tiba aje jadi rindu pulak dengan abah,"
jawabku manja. Pantas lengan abah kupaut. Manakala kepalaku pula melentok mesra di
bahu abah. "Dah besar panjang pun nak bermanja dengan abah lagi ya?" ujar abah
sambil mengusap kepalaku. "Mestilah, dengan siapa lagi Ifa nak bermanja kalau bukan
dengan abah dan ibu?" "Dengan suami!" sampuk ibu. Aku mengerutkan dahi. Bila masa
pulak aku kahwin. Aku confuse sendiri. "Bila masa pula Ifa ada suami bu?" "Lima tahun
lepas." "Itu dulu la bu. Sekarang ni Ifa dah single," jawabku pantas. Ibu sengaja hendak
mendera perasaanku lagi. "Boleh aje kalau nak berkahwin semula. Tapi kamu tu aje
yang tak nak," kata ibu lagi. "Tak naklah Ifa. Biar menjanda sampai ke tua pun tak apa.
Ifa dah serik!" Tiba-tiba abah mencubit pipiku agak kuat. Terjerit aku kesakitan. "Abah ni
kenapa" Sakit tau!" aduku sambil menggosok-gosok pipi. Ibu tersenyum mengejek.
Mungkin bersetuju dengan tindakan abah itu. "Mulut tu celopar sangat. Kalau betul nanti
tak kahwin sampai ke tua macam mana?" "Alah... biarlah. Bukannya Ifa tak pernah
kahwin. Pernah tau. Cuma tak kekal aje," jawabku. Makin mencuka wajah ibu dan abah.
"Abah tak suka Ifa cakap macam tu. Ifa ajelah anak kami... satu-satunya anak kami.
Kami dah tak ada anak lain. Kalau boleh, sebelum kami tutup mata, kami nak tengok
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
ada orang jagakan Ifa. Ibu dengan abah ni dah tak lama lagi nak hidup, Ifa. Ifa nak ibu
dengan abah pergi dengan hati tak tenang?" Alamak! Inilah yang paling aku tak suka.
Nampaknya perbualan kami sudah semakin serius. Dan yang paling aku lemah apabila
orang tuaku menggunakan ajal sebagai modal untuk menutup terus mulutku. Aku
merenung wajah-wajah orang yang paling aku sayangi. Perasaan sayu mula menjalar
ke seluruh jiwa. "Kenapa abah cakap macam ni?" tanyaku dengan suara serak. "Abah tu
cakap apa yang betul, Ifa. Kalau kami dah tak ada nanti, siapalah yang nak jaga kamu.
Kami ni risau, Ifa. Ifa tu perempuan, janda pulak tu. Perkara yang paling membuatkan
kami risau ialah Ifa tu tak ada adik-beradik lain. Nak harapkan saudara-mara, selama
manalah Ifa boleh mengharapkan mereka. Mereka pun ada komitmen lain. Kalau Ifa dah
ada suami tu lainlah. Terjamin dah masa depan Ifa nanti," balas ibu pula. Hatiku tiba-tiba
jadi sayu. "Ifa, bukan tak nak kahwin lagi abah, ibu. Tapi Ifa serik. Pengalaman jadi isteri
Rizal dah cukup membuatkan Ifa berfikir seratus kali untuk berkahwin lagi. Ifa takut
dikecewakan lagi." "Ibu faham perasaan kamu. Tapi hidup ni tak boleh berputus asa.
Cuba bagi peluang sekali lagi kat Rizal... dan yang paling penting peluang untuk diri Ifa
tu. Ifa pun dah dua puluh lapan tahun sekarang. Sepatutnya umur macam Ifa ni dah ada
anak dua tiga orang, tahu?" Kata-kata ibu tadi membuatkan aku terperanjat besar. Aku
memandang wajah abah pula.
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
Orang tua itu hanya tersenyum sambil mengangguk sebagai isyarat bersetuju dengan
kata-kata ibu tadi. "Hah" Bagi peluang pada Rizal" Oh, please no... no... no... Ifa tak nak
kahwin dengan dia semula. Cukuplah apa yang dia dah buat pada Ifa. Ifa tak sanggup
nak hadapinya lagi. Ifa sanggup kahwin dengan orang lain daripada kahwin dengan dia."
"Tak baik cakap macam tu Ifa. Abah rasa Rizal dah berubah. Dah tak sama macam
Rizal yang dulu." "Mana abah tahu dia dah berubah" Ifa nampak sama aja..." ucapku
Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
dengan nada menyampah. Tapi aku tersedar yang ucapanku langsung tidak selari
dengan fikiranku. Petang tadi dengan mataku sendiri, aku melihat Yusrizal bersolat.
Satu perubahan yang agak ketara kerana selama tempoh aku menjadi isterinya, tidak
pernah aku melihat dirinya menunaikan kewajipannya itu. "Dua hari satu malam dah
cukup untuk abah mengenali Rizal. Dia memang dah berubah Ifa. Ifa mungkin tak tahu
yang Rizal la yang jadi imam solat maghrib dan isyak untuk kami semua." Aku
seakan-akan tidak percaya dengan apa yang abah katakan. Tetapi takkan abah nak
berbohong pulak" Lagipun aku tidak boleh bersolat ketika itu. Jadi, mana mungkin aku
turut serta untuk melakukan solat berjemaah di rumah itu. Pada fikiranku, sudah tentulah
abah atau Pak Kassim driver yang menjadi imam. Tetapi ternyata sangkaanku salah.
"Alah, kalau setakat nak berlakon tu tak payahlah abah. Dia tu memang pandai
berlakon. Kalau setakat nak berlakon jadi imam apalah sangat, kan?" kataku masih cuba
menyangkal katakata abah. "Ifa, kamu ingat senang ke nak berlakon jadi imam" Ingat
cerita dekat TV ke yang shoot bila nak bagi salam aja" Kalau yang tu memanglah
siapa-siapa pun boleh!" tempelak ibu pula. Aku semakin rimas. Walaupun aku seorang
pensyarah tetapi untuk berlawan cakap dengan orang tuaku memang aku akan kalah.
"Cup! Cup! Ifa tak fahamlah. Kenapa abah dengan ibu beria-ia promote Si Rizal tu" Kan
ke kami dah tak ada apa-apa hubungan lagi...." Kelihatan abah dengan ibu serba salah.
Mereka memandang sesama sendiri. Aku mula rasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada
sesuatu yang cuba ibu bapaku sampaikan. "Kenapa ni abah, ibu?" tanyaku. Pada
mulanya ibu seolah-olah berat hati hendak membuka mulut. Namun setelah abah
menganggukkan kepala barulah ibu mengalah. Sedangkan hatiku waktu itu sudah
semakin berdebar kencang. "Macam ni Ifa. Minggu lepas bekas mentua Ifa telefon.
Katanya mereka nak hantar rombongan meminang Ifa minggu depan." "Hah?" Aku
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
terkejut. Rasa hendak pitam aku mendengarnya. Rombongan meminang" Bermakna ibu
dengan abah sudah bersetuju. Jika tidak, takkanlah mereka hendak menghantar
rombongan meminang terus. Kalau merisik boleh jugalah aku menolak lamaran itu. "Ibu,
abah... apa ni" Bermakna ibu dengan abah dah bersetujulah?" Rasa hendak pengsan
aku dibuatnya bila ibu bapaku menganggukkan kepala. "Kenapa ibu dengan abah tak
tanya Ifa dulu?" "Ifa, ibu dan abah buat semua ni untuk Ifa juga...." "Untuk Ifa" Untuk Ifa
ke untuk kepentingan ibu dengan abah?" ujarku kuat. Hilang terus rasa hormatku
kepada mereka dek kerana rasa geram yang tidak dapat ditahan. Aku tidak pedulikan
perubahan pada wajah mereka walaupun aku tahu dosa yang bakal aku tanggung
kerana meninggikan suara dengan mereka. "Ifa! Kenapa cakap macam tu?" marah
abah. "Betul, kan apa yang Ifa cakap ni" Selama ni ada ke ibu dengan abah fikirkan
perasaan Ifa" Tak ada. Semua ibu dengan abah yang tentukan. Ifa langsung tak diberi
pilihan. Ifa dah dua puluh lapan tahun ibu, abah. Kenapa Ifa tak berhak nak buat
keputusan sendiri" Yang nak kahwin Ifa, bukan ibu dengan abah. Ifa yang akan rasa
deritanya bukan ibu dengan abah!" marahku. Air mata yang sudah lama bergenang di
kelopak mata jatuh berderaian. Kedua-dua orang tuaku tertunduk. Mungkin menyedari
akan kebenaran kata-kataku itu. "Ibu tahu keputusan kami agak terburu-buru. Tapi
percayalah sayang, kali ni kami tak silap buat pilihan," pujuk ibu. Telapak tangannya
cuba mengusap pipiku. Pantas aku menepis tangannya. Terkejut ibu dengan
kelakuanku. Masakan tidak, selama ini aku tidak pernah melanggar perintahnya, tetapi
hari ini berlainan sekali. "Ifa tak kira, Ifa tak nak kahwin dengan Rizal!" Bentakku lalu
berlari menuju ke bilik. Panggilan ibu dan abah tidak langsung aku hiraukan. Amarahku
benar-benar melonjak. Cukuplah aku terseksa dulu... aku tak mahu terseksa lagi. Tetapi
kenapa ibu dengan abah tak mahu memahami?"" Aku melepaskan tangisku di atas
katil. Tangisan itu bukan sahaja kerana tanda protesku terhadap keputusan ibu dengan
abah, malah aku turut rasa berdosa kerana terpaksa meninggikan suara 6 HARI ini
genaplah seminggu aku tidak bertegur sapa dengan ibu dan abah. Aku tahu berdosa
besar bagi seorang anak melakukan semua itu. Tetapi aku terpaksa. Aku sudah tidak
mahu menjadi anak yang hanya menurut kata orang tua yang akhirnya akan
mendatangkan bala kepada aku pula. Sungguh aku tidak percaya dengan jolokan
mereka yang mengatakan Yusrizal telah berubah. Mungkin apa yang dilakukan oleh
Yusrizal itu hanya untuk mengaburi mata mereka. Hakikatnya aku lebih kenal siapa
Yusrizal yang sebenarnya. "Ifa! Mari makan. Ibu masakkan lauk kegemaran Ifa ni.
Ketam masak lemak cili api," sapa ibu sewaktu aku melintasi ruang dapur untuk naik ke
tingkat atas. Mungkin ini adalah usaha terakhir ibu setelah semua pujukan mereka tidak
aku pedulikan. Kecur juga air liur aku dengan sogokan ibu itu. Ketam masak lemak cili
api memang lauk kegemaranku. Tambahan pula apabila ibu yang sediakan. Mahu
bertambah dua tiga pinggan. Permintaan aku tidak banyak. Aku cuma mahu ibu dan
abah membatalkan pertunangan aku dengan Yusrizal yang dijangkakan akan
berlangsung dalam masa lima hari saja lagi. Itu saja! Dan selepas itu aku akan kembali
normal. Tidak susah sebenarnya. Tetapi kenapa mereka seolah-olah tidak faham" Aku
meneruskan langkah, pura-pura tidak memikirkan perasaan ibu yang terpaksa aku
lukakan. Aku tahu ibu sudah bersusah payah menyediakan masakan kegemaranku.
"Ifa... jom makan. Penat ibu masak," pujuk abah pula yang entah dari mana datangnya.
Aku pandang sekilas ke arah abah yang masih berbaju Melayu dan berkain pelekat.
Mungkin abah baru pulang dari masjid. Aku pula pukul sembilan setengah malam baru
menampakkan batang hidung. Bukan kebiasaanku pulang lewat. Selalunya pukul lima
petang lagi aku sudah pulang. Jika aku ada kelas malam, pukul tiga petang aku sudah
terpacak di rumah. Dan aku akan bertolak ke UUM semula selepas maghrib. "Ifa dah
kenyang," balasku acuh tak acuh. "Ifa masih marahkan ibu dan abah ke?" Pertanyaan
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
ibu membuatkan langkahku di anak tangga terakhir terhenti. Lidahku seakanakan mahu
mengiakan. Tetapi aku hanya mendiamkan diri sahaja. "Ifa janganlah macam ni. Dah
seminggu Ifa tak pedulikan kami. Ibu rindukan Ifa," luah ibu dengan nada lirih. Aku
pejamkan mata. Bukan aku tidak merindui mereka. Tetapi hatiku terluka. Dan luka itu
seakan menyekat terus rasa rinduku buat mereka. "Betul tu Ifa. Tak baik buat orang tua
macam ni. Inikan pula dengan ibu Ifa sendiri," tambah abah pula menyatakan rasa
hatinya. "Ifa tak minta banyak bu, abah. Cuma batalkan pertunangan Ifa dengan Rizal.
Itu pun kalau ibu dengan abah nak tengok Ifa kembali macam dulu," ujarku sekadar
memberikan mereka pilihan. Sesekali kufikirkan, aku ni seperti anak yang tidak
berguna kerana terpaksa melakukan seperti ini terhadap kedua ibu bapaku. Ya Allah,
ampunkanlah dosaku. Aku lakukan ini demi kebahagiaanku. Sekali gus membahagiakan
kedua ibu bapaku. Aku tidak mahu rumah tanggaku punah sekali lagi. Sudah tentu akan
menyusahkan hati mereka kelak. "Tapi Ifa, majlis pertunangan tu tinggal lima hari saja
lagi. Jiran-jiran semua dah tahu. Nanti malu kalau kita batalkan," bantah ibu. Aku
berpaling menghadap mereka yang masih berada di bawah.
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
"Habis tu, kenapa ibu dan abah buat keputusan tak tanya Ifa dulu" Ifa tak peduli, kalau
ibu dan abah masih nak teruskan pertunangan tu, jangan marah kalau Ifa tak muncul
pada hari pertunangan tu nanti," ugutku. Terkejut orang tuaku mendengarnya. "Jangan
buat kerja gila, Ifa! Ifa tak kesiankan kami ke?" marah abah. "Sebab Ifa kesiankan ibu
dengan abahlah Ifa buat keputusan begini. Ifa tak nak susahkan hati ibu dan abah lagi.
Sebab Ifa tahu Ifa tak akan bahagia dengan Rizal. Tolonglah ibu, abah. Ifa sanggup
melutut kat kaki ibu dan abah kalau itu yang ibu dan abah mahu." Dengan pantas aku
menuruni anak tangga dan bersedia untuk melutut. Belum pun sempat lututku
menyembah lantai, aku terasa ada tangan yang bergayut di bahuku. Lalu menahan aku
daripada melakukannya. "Apa yang Ifa buat ni, sayang?" Ibu memegang kedua-dua
belah pipiku. Kupandang bening matanya yang berlinangan. Mungkin hatinya tersentuh
dengan kelakuanku sebentar tadi. Seorang anak yang sanggup melutut di hadapan
orang tuanya sendiri. Manakala tangan abah pula mengusap-usap belakang badanku.
"Tolonglah ibu, abah... batalkan pertunangan Ifa dengan Rizal. Kalau tak, Ifa tak dapat
bayangkan macam mana Ifa nak hidup dengan dia. Tolonglah ibu, Ifa merayu..." ujarku
dengan nada sayu. Air mata sudah lama membasahi pipi. "Ifa...." Ibu pantas memeluk
tubuhku erat berserta ciuman bertalu-talu hinggap di pipiku. "Baiklah, Ifa... kalau itu yang
Ifa mahukan. Kami akan batalkan pertunangan Ifa dengan Rizal. Ifa sabar ya sayang...."
Pantas mataku mencari mata ibu. Seakan tidak percaya dengan kata-katanya sebentar
tadi. Benarkah apa yang aku dengar itu" Atau keinginan hatiku yang terlalu kuat
sehingga katakata itu terpacul keluar dari sanubariku. "Betul ke ibu, abah" Betul ibu
dengan abah akan batalkan pertunangan ni?" tanyaku. Bahu ibu aku
goyang-goyangkan. Tubuh ibu pantas kudakap apabila anggukan berserta senyuman
manis dihadiahkan kepadaku. Gembira hatiku tidak terkira. Senyuman sudah tidak
lekang di bibir. Dapat aku bayangkan indah lelapku malam ini. Pasti tidak akan sama
seperti malam-malam sebelumnya. Aku beralih pula kepada abah yang sedari tadi
hanya menjadi pemerhati setia. Abah tersenyum menyambut pelukanku. Sekali lagi
belakang badanku diusap manja. "Abah harap lepas ni anak abah yang manja ni tak
merajuk lagi dengan kami," perli abah. Aku tersenyum malu. "Abah janji ya dengan Ifa
yang abah akan batalkan pertunangan Ifa tu?" "Ya sayang. Untuk anak abah yang
seorang ni abah akan buat apa saja asalkan Ifa bahagia. Ingat tu." Aku mengangguk.
Lapang hatiku saat itu. Selapang padang bola kurasakan. Tetapi ada sesuatu yang tak
kena. "Ibu, abah bila nak makan ni" Ifa lapar..." rengekku manja. Kelihatan ibu dan abah
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
memandang sesama sendiri sebelum tawa mereka meletus. "Oh... tadi bukan main jual
mahal. Bila ibu dengan abah cakap nak batalkan pertunangan, baru ada selera nak
makan ya?" Abah mencubit pipiku geram. Aku hanya mampu tersenyum mengiakan
kenakalanku tadi. "HAI, berseri-seri nampak!" Aku yang ketika itu sedang riang
mengemas bilik kerjaku pantas mengangkat wajah. Kelihatan Daniel sedang enak
bersandar di pintu bilik. Lantas senyuman manis aku hadiahkan buatnya. "Oh, please.
Jangan nak goda I pagi-pagi buta ni!" Terkejut aku mendengar gurauannya. Pantas aku
membuntangkan mataku. Dia hanya ketawa kelucuan. Itulah Daniel. Gemar
mengusikku. Teringat ketika zaman percintaan kami di universiti dulu, aku sering
merajuk dengannya kerana kegemarannya mengusikku itu. Tetapi itu semua sudah
berlalu. Pertalian yang terjalin antara aku dan Daniel sekarang hanyalah sebagai
sahabat baik. Temanku itu pun sudah mencari penggantiku. Cuma aku yang masih
terkapai-kapai mencari. Mungkinkah aku akan menemuinya" "You ni pun kalau nak
bergurau, agak-agaklah sikit. Kang tak pasal-pasal I kena flying kick dengan Masyitah,"
marahku. "Alah, Ita tak adalah macam tu! Habis kuat dia kasi penampar kat pipi you tu!"
gurau Daniel lagi. Semakin galak dia ketawa. "Hah, eloklah tu! Boyfriend dia yang
menggatal, I pula yang kena penampar!" "Relakslah Ifa, I bergurau ajelah. Sensitif betul
semenjak nak bertunang ni ya?" Pantas senyumanku mati. Perkataan tunang yang
keluar dari mulut Daniel seolah-olah menyedarkan aku. Daniel pelik melihat telatahku
itu. Sebenarnya Daniel telah mengetahui tentang berita pertunanganku itu. Bukan
setakat majlis pertunangan, malah boleh dikatakan semua perkara yang berlaku di
dalam hidupku ada dalam genggaman Daniel. Aku senang meluahkan segala
bebananku ini kepadanya. Ternyata Daniel seorang pendengar dan penasihat yang
baik. "Hah, ni kenapa pulak" Monyok aje bila I sebutkan tentang pertunangan you?"
Daniel semakin hairan apabila tiba-tiba aku tersenyum gembira. Berkerut-kerut dahinya.
"La... ni kenapa pulak" Tadi monyok, sekarang gembira pulak. Apa kena dengan you
sebenarnya ni?" "Oh, Daniel... I"m so happy. You know what" My engagement will be
cancelled!" beritahuku dengan nada gembira yang tidak terhingga. "Really?" tanya
Daniel seakan tidak percaya. Terus kakinya melangkah masuk ke dalam bilikku. Ringan
saja punggungnya diletakkan di atas kerusi tetamu. Kerana rasa gembira yang
memuncak, aku tidak sedar yang aku telah pun duduk di sebelahnya. "How was it so?"
"You ingat tak yang I buat mogok dengan parents I seminggu lepas?" Laju saja lelaki itu
mengangguk. "Mungkin parents I dah tak tahan dengan perangai I kut. Maklumlah,
sebelum ni I tak pernah buat hal dengan dia orang, so parents I pun surrender. Lagipun I
kan anak tunggal. Kat mana lagi kasih sayang dia orang kalau bukan dekat I." "Wah
cayalah. Tahniahlah, Ifa! Pandai jugak you ni protes, ek" Ingatkan you ni anak yang
hanya menurut perintah. He he he"." Aku mencebik. "Perlilah tu!" "Betul apa yang I
cakap, kan" Dulu pun sebab ikutkan sangat kata-kata parents you, hubungan kita
terputus macam tu aja." Aku sedikit terpanar dengan kata-kata Daniel. Kupandang
wajahnya yang serius. Menunjukkan yang dia tidak berniat ingin bergurau denganku.
Serta-merta lidahku jadi kelu. Tidak tahu apa yang harus aku ungkapkan untuk halwa
telinganya. "You ni pandai betul bergurau, kan," ujarku berpura-pura ketawa untuk
Pisau Tanduk Hantu 2 Pedang Kayu Cendana Karya Gan K H Memanah Burung Rajawali 22
Mandarin Cersil Mandarin
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama