Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya Bagian 2
menutup kegelisahan yang melanda. Cepat saja aku bangun untuk ke tempatku semula.
Dalam hatiku berharap agar Daniel tidak mengungkit kisah lama kami yang pastinya
akan melukakan hati masing-masing. Namun langkahku terhenti apabila tangan Daniel
tiba-tiba menghalang aku daripada terus melangkah. Kaget sungguh aku waktu itu.
Kupandang jari-jemari kami yang bertaut. Selama ini tidak pernah Daniel berkelakuan
seperti ini. Kemudian perlahan-lahan aku mengalih pandangan ke dalam anak mata
Daniel yang redup. Sejak dari dulu lagi aku cukup suka merenung ke dalam mata
Daniel. Matanya seolah-olah memberikan ketenangan kepadaku. Tetapi itu sewaktu
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
kami bercinta dulu. Sekarang hubungan kami sudah tidak seperti dulu lagi. Tidak
sepatutnya kami berkelakuan seperti ini. Pantas aku meleraikan tautan jari-jemari kami
yang erat. Bimbang juga jikalau ada pensyarah lain yang ternampak adegan kami tadi
kerana pintu bilikku sedari tadi terbuka. Daniel seolah-olah memahami fikiranku. Dia
bangun lalu menutup pintu bilikku. Makin membuatkan hatiku resah tidak menentu.
"Daniel, kenapa you tutup pintu tu?" "Kenapa you nak mengelak daripada soalan I tadi?"
tanya Daniel dengan nada yang sedikit tegang. Ketika itu dia sudah pun berdiri rapat di
sisiku. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu menatap wajahnya. Hatiku benar-benar resah.
"I tak rasa ada apa-apa persoalan yang perlu I jawab." "Ada, Ifa. Cuma you saja yang
nak mengelak. Soalan ni sebenarnya dah lama I simpan. Dan dah lama jugak I tunggu
jawapan daripada you. Cuma hari ni I punya peluang untuk bertanya. Kenapa, Ifa"
Kenapa you sanggup tinggalkan I" I tak rasa hanya disebabkan keluarga, you sanggup
belakangkan I dan kahwin dengan Rizal" Konon-kononnya lelaki yang sangat you
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
cintai." Kupandang wajah Daniel dengan dahi yang berkerut. Cuba memahami kata-kata
lelaki itu. Ayat terakhirnya kedengaran sumbang di telingaku. "Apa maksud you?"
"Maksud I, you tak faham atau pura-pura tak faham, Ifa" I sebenarnya tertanya-tanya,
adakah benar cinta yang you laung-laungkan untuk I dulu. Atau sebenarnya you lebih
mencintai Rizal, sampaikan you sanggup kahwin dengan dia?" "You meragui cinta I
pada you?" "What do you think if I say yes?" "I tak tipu, Daniel. Dulu I memang cintakan
you. Cuma bukan jodoh kita berdua." "Sampai sekarang?" "Daniel please... kisah kita
dah lama berlalu. I tak nak ungkitkan lagi. You pun dah ada Masyitah." "Just say yes or
no!" paksa Daniel. Aku semakin pelik dengan sikap Daniel. Selama kami berkawan tidak
pernah dia menunjukkan sikap aneh seperti ini. Kenapa dengan Daniel sebenarnya"
Aku jadi bingung. "Daniel please...." Aku cuba melarikan diri. Tetapi jantungku seakan
melayang apabila kedua-dua belah tangan Daniel mencengkam erat bahuku. Lalu
tubuhku ditarik rapat ke tubuhnya. "Yes or no?" tanya lelaki itu lagi. Untuk beberapa saat
aku hanya mampu terus menatap ke dalam anak mata Daniel. Mulutku yang
kebiasaannya seperti bertih jagung seakan-akan hilang taringnya. Sungguh aku tidak
percaya dengan apa yang berlaku. "Answer me Ifa," pinta Daniel. Nada suaranya yang
menggoda serta-merta menyedarkan aku daripada terus terleka. Tanganku menolak
kasar tubuh Daniel agar menjauh. Terhuyunghayang lelaki itu cuba mengimbangkan
tubuhnya. Ternyata tujahanku bertenaga juga. "What"s going on Daniel" Selama ni you
tak pernah macam ni. Kenapa tiba-tiba you nak ungkit kisah lalu kita?" Nada suaraku
meninggi. Geram juga aku dengan perlakuannya yang sudah melampaui batas. "Sebab
I masih cintakan you!" Terpaku aku mendengar luahan Daniel yang tidak pernah aku
sangkakan itu. Sukar untuk aku mempercayainya. Layanan Daniel terhadap diriku
selama ini langsung tidak punya tandatanda yang dia masih cintakan aku.
Kesimpulannya, Daniel melayan aku seperti seorang teman sahaja. Lalu dari mana pula
datangnya cinta itu" "You must be joking, Daniel. I had enough of this!" "No, I"m not! I"m
telling you the truth!" "Nope, I can"t believe this. How come you said such thing" You"re
engaged to Masyitah!" "I know. Itulah kesilapan I. Kalaulah I tahu lebih awal yang you
sudah bercerai dengan Rizal, tak mungkin I akan terima Masyitah sebagai tunang I, Ifa."
"Apa maksud you" I tak faham." Daniel memandang aku sekilas sebelum menyambung
kata-katanya. Hatiku ketika itu sudah tidak keruan. "Cinta I pada you tak pernah padam,
Ifa. Hati I sakit bila you kahwin dengan Rizal. Sukar untuk I percaya, kekasih I
mengahwini lelaki lain. Tuhan saja yang tahu perasaan I waktu itu. Memang di depan
you I cuba sembunyikan kelukaan I, tapi hakikatnya... I benar-benar terluka, Ifa.
Bertahun I cuba lupakan you, tapi tak mampu. Jadi, setahun sebelum you pulang ke
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
Malaysia, I terima cadangan emak I supaya bertunang dengan Ita. I hanya turutkan
kerana mungkin dengan cara itu I dapat lupakan you. Dan ternyata benar, sedikit demi
sedikit I berjaya lupakan you. Tapi kepulangan you ke sini setahun lepas telah
mengocak hati I semula Ifa," luah Daniel seketika kemudian menyambung lagi
kata-katanya. "Hari-hari you ada depan mata I. Apatah lagi bila I tahu yang you dah
bercerai. I dah tak boleh nak kawal perasaan I, Ifa. Cinta I pada you kembali mekar.
Kadang-kadang I rasa berdosa dengan Ita. Tapi apa yang boleh I lakukan" Cinta ni
datang tanpa diundang. I tak mampu nak halang." Ya Allah! Aku meraup wajahku. Aku
benar-benar tidak percaya yang semua ini akan berlaku. Pandai sungguh Daniel
menyembunyikan perasaannya selama ini. Jika dia tidak menyuarakannya hari ini,
sumpah aku tidak akan tahu. "Kenapa baru sekarang you nak beritahu I, Daniel?"
"Sebab I fikir you dah putus dengan Rizal. Tapi nampaknya dia muncul semula dalam
hidup you dan hampir bertunang semula. Minggu lepas bila I dengar parents you paksa
you bertunang dengan Rizal, hati I hancur, Ifa. Tapi hari ni you bagi berita gembira dekat
I. Sebab tu I tak nak buang masa. I takut terlepas peluang lagi." "Tapi tak mungkin kita
akan bersama lagi Daniel. You dah bertunang. Remember that!" "I tak kisah, Ifa. I boleh
putuskan pertunangan I dengan Ita. Asalkan you terima I." "Hah" You gila! Habis tu,
macam mana dengan Masyitah" Takkan you nak buang dia macam tu aja setelah dua
tahun you bertunang?" "I tak kisah Ifa... demi you I sanggup lakukan apa saja. Dah lama
I tunggu you. I nak you jadi isteri I," ujar Daniel bersungguh. Dia cuba merapatkan jarak
antara kami. Tanganku cuba dicapai tetapi aku pantas mengelak. Berubah air muka
Daniel dengan tindakanku itu. Tidak! Aku tak boleh terima Daniel. Kesian tunangnya.
Lagipun aku sudah menganggap Daniel sebagai temanku. Perasaan cinta sudah tidak
ada dalam hatiku lagi untuknya. "Daniel please... I nak bersendirian. Tolong keluar!"
"Tapi Ifa"." "Please Daniel!" Aku menjeling ke arah pintu. Mengisyaratkan supaya
Daniel meninggalkan aku. Fikiranku benar-benar kusut. Aku tidak dapat berfikir dengan
waras tatkala ini. Langkah yang terbaik adalah bersendirian supaya aku dapat
menenangkan perasaanku. Daniel kelihatan serba salah hendak meninggalkanku.
Tetapi dia tidak punya pilihan lain. Akhirnya perlahan-lahan dia meninggalkan bilikku.
Sempat dia memandang ke arahku sebelum pintu bilik ditutup. Aku pantas memalingkan
wajah dan bersandar lesu di kerusi. Letih benar fikiranku saat ini. Kenapa semua ini
berlaku pada saat aku sedang bergembira dengan keputusan orang tuaku yang ingin
memutuskan pertunangan aku dengan Yusrizal" Ya Allah, apa yang harus aku lakukan"
Bagaimana hubunganku dengan Daniel selepas ini" Sukar nampaknya untuk aku
kembali mesra dengannya. Apatah lagi selepas aku mengetahui yang dia masih punya
perasaan cinta terhadap diriku. 7 "LA... tak jadi pulak" Kali ni apa hal pulak?" Itulah
respons mak long apabila abah mengkhabarkan tentang pembatalan majlis
pertunanganku padanya. Mak long dan pak long bertandang ke rumahku petang itu
setelah dipanggil ibu untuk memberitahu tentang pembatalan majlis itu. Aku menelinga
di sebalik dapur sambil menyediakan sedikit juadah petang buat mereka. "Nak buat
macam mana, Kak Min. Tuan punya badan tak nak, takkan nak paksa pulak," balas
abah. "Hai, hari tukan cakap dah setuju. Sampai dah tetapkan hari pertunangannya.
Sekarang ni lain pulak." "Sebenarnya Kak Min, kami yang buat keputusan bagi pihak Ifa.
Ingatkan dia setuju. Rupa-rupanya tak," balas ibu pula. "La... macam tu pulak. Kamu
berdua ni pun satu, yang memandai buat keputusan tu kenapa" Zaman sekarang ni dah
tak macam dulu dah. Budak-budak sekarang ni lebih suka buat keputusan sendiri. Tak
perlu kita tentukan," bebel mak long. Aku hanya tersenyum kerana mak long
menyebelahiku. "Kami ni yang nak terbaik aja untuk Si Ifa tu, Kak Min," kata ibu. "Betul
cakap kamu tu, Shima. Tapi kamu tengok apa jadi dengan Ifa, lima tahun lepas.
Bercerai! Dengan budak Rizal tu jugak. Aku sebenarnya memang tak setuju bila kamu
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
nak kahwinkan Ifa dengan Si Rizal tu semula. Tapi dah kamu yang beria-ia nak satukan
jugak budak berdua tu, aku ikutkan jugaklah. Yalah, siapalah aku nikan...." Betul tu!
Sampuk aku dalam hati. Memang aku sependapat dengan mak long. Ruparupanya mak
long pun tidak menyukai Yusrizal. Cuma orang tuaku saja yang sayangkan dia. Mereka
seakan-akan memejamkan mata dengan keburukan lelaki itu. "Tak apalah kak.
Memang dah tak ada jodoh kut Si Ifa dengan Rizal tu." "Jadi majlis tu memang batallah
ni?" tanya mak long inginkan kepastian. "Macam itulah nampaknya, Kak Min." "Pihak
lelaki dah tahu ke?" "Dah, saya dah telefon pihak lelaki tengah hari tadi," beritahu abah.
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
"Main telefon aja?" tanya mak long dengan suara yang agak terkejut. "Mana boleh
macam tu. Kamu ni memang tak ikut adatlah!" marah pak long pula. Pantang betul dia
kalau bab-bab adat istiadat Melayu diperlekehkan. Hatiku terkekeh ketawa dengan
gelagat mereka suami isteri. Perangai sama saja. Semua yang keluar dari mulut mereka
sama dan sepakat. "Niat di hati memang nak berjumpa mereka, terus bincangkan hal ni.
Tapi saya seganlah abang, akak. Dah tak tahu nak letak mana muka ni. Sebab itulah
saya telefon aja," terang abah. "Huh! Jadi apa kata mereka?" "Mereka terkejut jugak
sebab majlis tinggal lima hari aje lagi. Tapi nak buat macam mana, dah Ifa tak mahu.
Siap ugut lagi tak nak hadirkan diri masa majlis tu nanti." Kata-kata abah membuatkan
aku tergelak lucu. Teringat kembali saat aku meluahkan kata-kata itu. Aku hanya berniat
untuk menggertak ibu dan abah saja. Langsung tidak berniat hendak mengotakannya.
Tidak sanggup rasanya hendak menconteng arang ke wajah-wajah orang yang paling
aku sayangi. Tak sangka pula taktik aku menjadi. "Hah, Ifa yang kamu
tersenyum-senyum kat situ kenapa?" tegur pak long. Sedikit tersentak aku dibuatnya
apabila disergah begitu. Pantas sahaja aku mengatur langkah mendapatkan mereka
sambil menatang dulang. "Ifa buat ke kuih ni?" tanya mak long setelah aku selesai
menuang air. "Tak adalah mak long. Ibu yang buat. Ifa tolong hidangkan aje. He he
he...." "Emmm... macam tu la akak. Liat nak masuk dapur," perli ibu. Aku tersenyum
malu. Tetapi di dalam hati masih berniat ingin mengusik ibu. "Eh, mana ada mak long.
Ibu ni memang suka mengusik. Tiap-tiap hari tau Ifa masuk dapur." "Haah, yalah tu.
Masuk dapur kalau memasak tak apalah jugak... ni yang dia tahu, buat air. Tu ajelah.
Memasak tak pandai," tambah abah pula. Aku sudah memuncung. Pak long dan mak
long hanya ketawa melihat telatah kami bertiga. Tapi tidak dinafikan yang kata-kata ibu
itu ada benarnya. Aku memang liat hendak memasak. Bukan tak pandai masak, cuma
kurang hebat seperti ibu. Maklumlah, sebagai anak tunggal aku memang dimanjakan.
Semua kerja rumah, ibu yang lakukan. Aku hanya menggoyangkan kaki. Tabiat tidak
baik aku itu seakan sebati dengan hidupku sehinggalah aku menginjak ke usia dua
puluh dua tahun. Bayangkanlah dalam usiaku yang sebegitu, aku masih tidak tahu
melakukan kerja rumah. Namun, saat usiaku sudah menginjak ke dua puluh tiga tahun,
ibu mula memaksa aku melakukan kerja-kerja rumah. Pada mulanya aku agak hairan,
tetapi aku turutkan jua. Ruparupanya ada udang di sebalik batu. Aku akan dikahwinkan.
Patutlah ibu beria-ia benar menyuruh aku melakukan kerja-kerja rumah. Mungkin
sebagai persediaan sebelum aku dikahwinkan. Banyak yang aku belajar waktu itu. Dari
memasak sehinggalah mengemas rumah, semua aku belajar. "Hah, Ifa... betul ke kamu
tak nak kahwin dengan Rizal tu?" "Betul, mak long." "Hmmm... baguslah tu. Mak long
dengan pak long tak berapa setuju sangat kalau kamu nak kahwin semula dengan Si
Rizal tu. Harap muka aja hensem, tapi perangai, masya-Allah. Elok sangatlah tu kamu
batalkan." Ujar mak long. Pak long hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda
menyetujui kata-kata mak long itu. Aku hanya tersenyum. Dalam hati seratus kali
bersetuju dengan kata-kata mak long itu. Sempat juga kukerling wajah kedua-dua orang
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
tuaku. Ternyata wajah-wajah itu jelas menunjukkan ketidakpuasan hati mereka.
Maklumlah, orang mengata bekas menantu kesayangan mereka. He he he... jahat betul
aku ni. "ASSALAMUALAIKUM"." Aku yang sedang leka menaip sedikit tersentak
apabila terdengar suara lelaki memberi salam. Siapa pula yang datang petang-petang
ni" Baru saja mak long dengan pak long balik, ada pula yang bertandang. Aku tidak
berniat ingin menyambut tetamuku itu kerana pasti ibu sudah mendahuluiku. Lagipun
sejak tadi ibu enak bersantai sambil menonton drama Indonesia kegemarannya di ruang
tamu. Mengingatkan itu aku kembali meneruskan kerja-kerjaku di bilik. Tidak sampai
lima minit kedengaran suara ibu memanggil namaku. Aku pantas bangun mendapatkan
ibu yang sedang berada di luar pintu bilik. "Ada apa bu?" Ibu kelihatan serba salah.
Aku sedikit hairan dengan tingkah ibu yang kelihatan seperti ingin memberitahu sesuatu
padaku. "Kenapa ni bu?" "Emmm... Ifa turunlah. Rizal datang, dia nak jumpa dengan
Ifa," beritahu ibu sedikit teragak-agak. Muka ibu juga kelihatan sedikit cuak. Aku sedikit
terkejut. Yusrizal datang" Untuk apa" Jangan-jangan sebab majlis pertunangan yang
dah dibatalkan tu tak" fikirku. "Isy... tak naklah bu. Apa hal dia nak jumpa dengan Ifa
pulak?" "Turunlah. Ibu tengok Rizal tu serius semacam aje. Ibu bergurau pun dia buat
tak tahu aja. Jangan-jangan ada kaitan dengan majlis pertunangan kamu tu. Turunlah
ya... Kalau Ifa tak turun, ibu takut dia pulak yang naik nanti." Aku mengeluh berat.
Pusing memikirkan perkara apakah yang penting sangat sehingga membawa lelaki itu
ke mari. Tetapi hatiku kuat mengatakan yang tujuan kedatangannya adalah berkaitan
dengan majlis itu. "Baiklah bu, kejap lagi Ifa turun." Ibu menganggukkan kepala dan
pantas berlalu ke dapur bagi menyediakan hidangan untuk tetamunya itu. Selepas
menyarung tudung di kepala, aku menapak perlahan menuju ke ruang tamu. Debar
hatiku tidak terkira saat itu. Dari jauh sudah dapat aku lihat wajah serius Yusrizal yang
sedang menunggu di ruang tamu. Makin menambahkan debar di hatiku. Wajahnya saat
ini mengingatkan aku pada peristiwa lima tahun lalu. Yusrizal akan sentiasa berwajah
serius sebegini jika marah padaku. Sememangnya aku cukup takut sekiranya bekas
suamiku ini dalam keadaan sebegitu. "Ada apa awak nak jumpa dengan saya?" kataku
dengan nada berhati-hati. Yusrizal pantas mengangkat kepala apabila mendengar
suaraku menyapanya. Renungan matanya terus menusuk ke hatiku. Aku cukup gerun
jika dia merenungku sebegitu. "Kita keluar!" katanya setelah lama merenungku. "Kenapa
nak keluar" Kalau ada apa-apa yang penting, awak boleh cakap sekarang." "Kita
bincang kat luar. Ifa pergi siap sekarang. Abang tunggu," katanya tegas. "Saya tak nak
keluar!" balasku juga tegas. Yusrizal pantas berdiri menghadapku. Matanya mencerlung
merenungku. Aku sedikit tersentak. Tidak kusangka kata-kataku itu akan membuatnya
marah. "Kenapa degil sangat ni?" "Suka hati sayalah!" kataku berani! "Ifa nak ikut secara
rela atau Ifa nak abang paksa?" ugutnya. "Huh, awak nak paksa saya" Saya harap
awak sedar sikit awak berada kat mana. Ni rumah saya. Dan awak tak ada hak nak
paksa saya!" "Kalau Ifa nak tengok abang buat apa yang abang cakap, cubalah. Abang
kira sampai lima. Kalau Ifa tak siap, abang tarik Ifa keluar sekarang juga." Mengugut
konon! Ingat aku takut ke" Tak heran (hairan) pun, huh! Aku hanya berdiri tegak sambil
berpeluk tubuh. Lagakku seakan sengaja mencabarnya. Walaupun hatiku terasa
gementar berhadapan dengannya, tetapi seboleh-bolehnya aku harus sembunyikan
rasa gementarku itu. Aku tidak mahu kelihatan lemah di hadapannya. "Satu... dua...."
Aku masih begitu. Tidak berganjak sedikit pun. "Tiga!" Aku mengangkat kening sambil
tersenyum sumbing. "Empat...." Kiralah sampai seratus pun. Aku tak heran. Kalau
setakat hendak mengugut, aku pun boleh. "Lima!" Serentak itu terasa tanganku ditarik
kuat. Terkejut beruk aku dibuatnya. Dalam keadaan yang kurang persediaan sebegitu,
sudah tentulah langkah kakiku hanya mampu mengikut jejak langkahnya. Walaupun aku
cuba memberatkan langkah, tetapi nampaknya tidak berkesan. Aku ditarik seperti
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
menarik perahu di dalam air. Sungguh aku tidak menyangka Yusrizal akan
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
mengotakan kata-katanya. "Masuk!" paksanya setelah membukakan pintu kereta
buatku. "Tak nak!" balasku pula. "Abang kata masuk!" "Saya kata tak naklah!" kataku
lagi sambil menolak tubuhnya yang menghalang laluanku. Berniat ingin kembali semula
ke rumah. Tetapi sekali lagi Yusrizal menghalang langkahku. Kali ini lebih dahsyat.
Tubuhku dicempung sewenang-wenangnya lalu dicampak ke dalam kereta. Terkejut aku
dibuatnya. Sehingga aku langsung tidak membantah melainkan hanya membeku di
dalam dukungannya. Nasib baiklah aku tidak memakai kain. Kalau tidak tentu sudah
berlaku aksi panas di sini. Setelah mengunci pintu, Yusrizal beralih ke tempat duduk
pemandu. Namun langkahnya terhenti apabila tiba-tiba ibu menghalang. "Ibu!!! Tolong
Ifa!" laung aku dari dalam kereta. Entah ibuku dengar atau tidak. "Rizal! Mana kamu nak
bawa Ifa ni?" soal ibuku cemas. Kelihatan Yusrizal kembali mendapatkan ibu lalu
menyalami tangan ibuku itu. Boleh pulak berlagak baik sedangkan aku dikidnapnya.
"Saya nak pinjam Ifa sekejap bu," katanya sopan. Huh! Dah disumbat aku dalam kereta
ni, baru nak minta izin. "Ya la... tapi kenapa macam ni?" "Please, bu. Kejap aja. Rizal
janji takkan buat apa-apa yang tak baik kat dia. Rizal cuma nak berbincang dengan dia."
"Kalau nak berbincang pun, dekat rumah ni pun boleh berbincang. Kenapa nak pergi
jauh-jauh?" "Please, bu. Ni soal personal. Rizal nak berbincang dengan dia aja. Rizal
takkan buat perkara bodoh, bu. Rizal janji dengan ibu, kejap lagi Rizal hantar dia balik."
Ibu kelihatan serba salah ingin melepaskan aku. Lama dia memerhati aku di dalam
kereta. Beria-ia aku menggeleng memberikan isyarat supaya ibu tidak membenarkan
aku pergi bersama Yusrizal. Dengan pakaianku yang sebegini, memang tidak sesuai.
Wajah yang pucat. Selekeh bebenor. Isy... apa yang aku merepek ni" Ni bukan soal
pakaian. Tapi soal aku memang tak mahu! Namun usahaku hanya sia-sia. Setelah lama
berfikir akhirnya ibu mengangguk setuju. Aku mengeluh hampa. Aku memandang wajah
ibu meminta simpati. Tetapi ibu hanya menghadiahkan senyuman buatku sambil
menganggukkan kepala. Dan kereta Yusrizal meluncur laju meninggalkan ibu yang
masih setia berdiri di luar pagar. YUSRIZAL memberhentikan keretanya berdekatan
dengan taman permainan berhampiran dengan rumahku. Aku fikir ke mana sajalah dia
hendak bawa aku. Rupa-rupanya hanya di taman permainan yang beberapa langkah
dari rumahku sahaja. Kalau setakat ini boleh saja aku berlari pulang kalau dia tinggalkan
aku di sini pun. Aku membuang pandang ke sekeliling. Agak ramai orang di sini.
Maklumlah waktu petang. Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka bermain.
Sedikit lega hatiku melihat keadaan itu. Tetapi apa yang memeningkan kepalaku adalah
Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
lelaki di sebelahku ini. Sudah beberapa minit berlalu namun suaranya tidak juga
kedengaran. Aku menjeling ke arahnya. Kulihat dia hanya bersandar sambil matanya
merenung jauh ke hadapan. Lagaknya itu seperti orang keletihan. "Awak kata ada
perkara yang nak dibincangkan. Apa dia?" kataku, memulakan perbualan. Namun lelaki
itu masih begitu. Tiada langsung butir bicara yang keluar dari mulutnya. "Rizal
tolonglah... tak manis kita macam ni. Apa yang penting sangat awak nak cakap dengan
saya, sampai awak kidnap saya macam ni?" "So" Yang manisnya apa" Batalkan
pertunangan kita" Macam tu?" sergahnya tiba-tiba. Mukanya sudah memerah.
Tersentak aku dibuatnya. Nasib baik tak tercabut jantung aku. "Kenapa, Ifa" Kenapa
batalkan pertunangan kita?" "Perlukah saya jawab sedangkan memang awak dah tahu
jawapannya?" kataku sinis. "Ifa masih berdendam dengan abang?" "Dah tahu buat apa
tanya lagi?" jawabku. Masih cuba bermain tarik tali dengannya. "Ifa...." Yusrizal
memusingkan badannya dan menghadapku. Mungkin mencari posisi yang lebih selesa
untuk berbincang denganku. Sedangkan aku hanya memandang ke hadapan. Muak
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
mahu melihat wajahnya. "Abang buat semua ni sebab abang mahu tebus semua
kesalahan abang pada Ifa dulu. Tolonglah beri peluang pada abang, Ifa. Abang janji
yang abang takkan sia-siakan peluang yang Ifa beri," sambung Yusrizal lagi. "Tebus
kesalahan awak" Dengan cara berkahwin dengan saya semula" Awak ingat bila awak
dah tamatkan gelaran janda ni, saya akan berbesar hatilah, macam tu" Hei... awak silap
oranglah. Selagi luka kat hati saya ni tak hilang, selagi itulah saya takkan maafkan
awak." "Abang tahu bukan senang Ifa nak sembuhkan luka kat hati Ifa tu. Tapi abang
janji, yang abang akan sembuhkan luka kat hati Ifa tu. Abang janji, Ifa. Cuma abang tak
boleh buat semua tu sorang diri. Abang harapkan bantuan Ifa." "Huh, tahu pun awak tak
boleh buat. So, kenapa masih berusaha" Sedangkan awak tahu yang awak takkan
berjaya." "Sebab abang tahu, Ifa adalah jodoh yang sememangnya abang dambakan.
Abang tak minta banyak. Abang cuma minta Ifa terima pinangan abang. Itu saja! Dan
abang akan buktikan keikhlasan hati abang ni," pujuknya lagi. Naik muak aku
mendengarnya. Mulut manis mengalahkan gula. Tetapi itu semua hanya untuk
memerangkap aku. Jangan harap aku akan termakan dengan segala janji-janji
palsunya. "Saya harap awak faham yang pertunangan gila tu dah dibatalkan." "Abang
tahu tu. Tapi abang mohon pada Ifa tarik balik keputusan Ifa tu. Lagipun Ifa janda
sekarang. Ibu bapa Ifa tak boleh buat apa-apa lagi. Semua bergantung pada keputusan
Ifa. Please Ifa... abang nak rujuk semula dengan Ifa," rayu Yusrizal lagi. Naik rimas aku
dibuatnya. "Awak ni tak faham bahasa ke" Kan saya dah kata, yang saya tak nak dan
tak ingin nak kahwin dengan awak semula. Tak faham" Awak nak saya cakap bahasa
apa supaya awak faham?" "Ifa, please marry me once again. And I promise you won"t
regret it. Promise!" "I said no! Don"t you understand that?" Yusrizal melepaskan keluhan
berat. Rambutnya dilurut ke belakang sambil bersandar. Baru dia tahu bukan senang
hendak melembutkan hatiku. Itulah, siapa suruh cari pasal dengan aku dulu. Sekarang,
rasakan! Melihat keadaannya seperti itu membuatkan akalku galak menyusun ayat
untuk mendera perasaannya lagi. "Can I ask you something?" "Sure." "Are you
desperate?" Soalanku membuatkan Yusrizal pantas memalingkan wajahnya ke arahku.
"Ya la, I mean dah tak ada perempuan lain ke yang nakkan awak ni sampai awak nak
propose ex-wife awak ni?" "Dengar sini! Ini bukan pasal dah tak ada perempuan lain
yang nak kahwin dengan abang. Semua ni pasal abang nak Ifa yang jadi isteri abang.
Hanya Ifa seorang! Yes, I admit that I"m desperate. Terdesak untuk memiliki Ifa," jelas
Yusrizal dengan nada suara yang tegang. Mungkin dia terasa hati dengan kata-kataku
tadi. "Huh, sudahlah. Tak ada maknanya awak nak kata macam tu kat saya. Sikit pun
saya tak rasa terharu. Awak pergilah cari perempuan lain yang lebih sepadan dengan
awak. Yang boleh tahan dengan sikap awak ni. Terus terang saya cakap, yang saya tak
sanggup nak menghadap perangai awak yang kaki perempuan tu." Sekali lagi Yusrizal
memandang wajahku. Kali ini dia kelihatan seperti tidak menyenangi kata-kataku
sebentar tadi. Renungan matanya lebih tajam daripada tadi. Aku jadi hairan. "What?"
tanyaku. "Ifa masih ingat abang ni kaki perempuan?" "Memang betul pun, kan?" "Yup!
Memang betul abang ni kaki perempuan," akuinya. "Hah, tahu pun. So, apa yang
salahnya saya cakap?" "But it was five years ago. Yang berada dengan Ifa sekarang
bukan Yusrizal yang dulu. I"ve changed. Abang dah tak buat benda-benda tu lagi. Apa
yang abang inginkan sekarang ialah mencorakkan masa depan abang dengan orang
yang paling abang sayang."
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
"Yalah tu. Boleh percaya ke?" "Terpulanglah pada Ifa. Abang tahu Ifa mesti ingat
abang tipu Ifa. Tapi abang memang tak berniat nak tipu Ifa. Abang betul-betul
maksudkannya. Suatu hari nanti Ifa akan nampak kebenarannya juga," kata Yusrizal
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
dengan nada perlahan. Aku mencebikkan bibir. Mempersendakan kata-katanya. Jangan
mimpi yang aku akan mempercayainya. Kalau betul pun lelaki di sebelahku ini telah
berubah seperti yang dikhabarkan oleh ibu dan abah, belum tentu aku akan
menerimanya kembali. "Sudahlah... awak tak usah nak harapkan saya. Kalau awak dah
berubah sekalipun, saya tetap takkan terima awak. Hati saya masih sakit. Awak takkan
dapat sembuhkan luka kat hati saya ni," tegasku, sekali gus menyampaikan maksud
yang aku memang tidak ingin untuk hidup bersamanya lagi. "Of course I can. Abang
akan buktikan pada Ifa. Abang takkan kahwin dengan perempuan lain kecuali Ifa. Itu
janji abang." Aku ketawa kecil. Sedikit lucu dengan janji-janji yang dilafazkan oleh
Yusrizal. "Kenapa?" tanya Yusrizal. "Tak adalah... lucu pulak rasanya. Awak ni boleh ke
hidup tanpa perempuan" Kalau tak silap sayalah, lepas habis tempoh edah saya dulu,
awak terus kahwin dengan Anne, kan" Tu yang rasminyalah... yang tak rasmi tu tak
tahulah. Sedangkan masa tempoh perkahwinan kita pun dah berapa ratus kali agaknya
awak tidur dengan dia," kataku sinis. Sengaja mengundang kemarahannya. Aku
memang suka kalau dia marah. Apatah lagi kalau melibatkan perangainya dulu. Biar dia
sedar betapa teruk perangainya dulu sehingga telah melukakan hatiku. Dan aku mahu
dia sedar betapa dalamnya amarahku ini.Tetapi nampaknya kata-kataku itu langsung
tidak berbekas di hatinya. Malahan, dia hanya tertawa kecil. Gila betul mamat ni, bisik
hatiku. "Itu yang ruginya," katanya. Aku sedikit hairan dengan kata-katanya. "Rugi"
Macam tak percaya pula awak yang bercakap macam tu?" "Yalah, abang rasa rugi bila
ingat kembali kisah lima tahun dulu. Buat penat aje abang makan jauh-jauh, sedangkan
dekat rumah pun dah tersedia. Cantik pulak tu. Rugi betul. Sekali pun abang tak pernah
rasa yang kat rumah," katanya sambil tersenyum nakal. Aku memandang wajahnya
dengan pandangan kurang mengerti. Namun apabila dia mengenyitkan mata, barulah
aku mula faham maksud kata-katanya itu. Serta-merta wajahku bertukar rona. Pantas
aku memalingkan wajah. Kurang ajar betul! Sempat lagi dia nak mengenakan aku. "Aiks,
malu ke sayang?" "Mana ada!" balasku. "Ya ke" Tapi abang nampak macam merah aje
pipi sayang tu?" usik Yusrizal lagi. Kelam-kabut aku menyembunyikan wajahku yang
sememangnya merah menahan malu itu. Lelaki itu pula apa lagi, galak mengusik aku.
Sakit hati aku usah dicakap. "Boleh tak awak hantar saya balik sekarang" Nanti ibu
risau pulak," pintaku. Permintaan itu sekadar untuk menghentikan usikannya yang
semakin bermaharajalela kurasakan. "Nak mengelat la tu," katanya masih ingin
mengusikku. Aku menggigit bibir, geram. "Ibu dah bagi permission kat abang tadi. Dia
cakap nak bawa Ifa ke langit pun tak apa." "Awak jangan nak bohonglah. Ibu tak cakap
macam tu pun tadi," balasku. "Ya ke" Tak ek?" Yusrizal pura-pura bertanya. "Ooo" Ifa
curi dengar perbualan abang dengan ibu, ek" Tak baik tahu...." "Whatever! Sekarang
boleh tak awak hantar saya balik. Kalau awak tak nak hantar, saya boleh balik sendiri.
Bukan jauh pun," ugutku. "Mengugut nampak. Abang boleh hantar Ifa balik. Tapi janji
dulu yang Ifa akan rujuk dengan abang semula." "Kan saya dah cakap yang saya takkan
kahwin dengan awak. Tak faham lagi ke?" "Okey, kalau macam tu, kita duduklah kat sini
sampai Ifa setuju. Abang pun suka. Tak tidur pun tak apa kalau dapat tenung muka Ifa
macam ni." Yusrizal menurunkan tempat sandarnya. Enak sekali dia merebahkan
badannya di situ. Namun matanya langsung tidak lari daripada merenung wajahku.
"Awak ingat saya tak boleh balik sendiri ke?" ujarku sambil cuba membuka pintu kereta.
Aku sudah memutuskan untuk pulang sendiri. Biarpun mengambil masa sepuluh minit
untuk sampai ke rumah, tetapi itu lebih baik daripada duduk di dalam kereta
bersamanya begini. Namun aku berasa hairan apabila pintu kereta tidak boleh dibuka.
Sekali lagi aku mencuba. Usahaku masih gagal. Aku berpaling ke arah Yusrizal.
Kelihatan lelaki itu hanya tersenyum senang. Mataku liar mencari tempat untuk
membuka kereta, tetapi tidak kutemui. Aku pasti Yusrizal telah mengunci keretanya dari
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
dalam. Ah, hatiku kembali mendidih. Kereta canggih seperti ini ternyata menyusahkan
aku! "Buka pintu kereta ni, Rizal. Saya nak keluar!" arahku dengan nada yang tinggi.
"Kalau abang tak nak?" "Saya kata buka!" "Kalau abang tak nak?" soalnya lagi. "Apa
yang awak nak sebenarnya ni" Kalau awak nak paksa saya kahwin dengan awak, itu
memang tak akan berjaya." "Abang bukan nak memaksa, tapi cuma nak minta sedikit
persetujuan daripada Ifa. Itu saja." "Tak memaksa macam ni" Hei! Bahasa apa yang
awak pakai ni?" "Bahasa Melayulah," jawabnya selamba. "Hesy...." "Rizal, tolonglah...
saya malas nak bertegang urat dengan awak. Dah berapa kali saya cakap yang saya
tak nak rujuk dengan awak. Tolonglah faham...." "Tapi kenapa?" Kenapa" Perlukah
ditanya lagi" Namun bisikan itu hanya lahir dalam hatiku. Tidak aku suarakan. "Answer
me Ifa. I need to know," tanya Yusrizal lagi. Dia tidak berbaring lagi. Matanya membulat
merenungku. "Awak nak tahu kenapa" Okay, I let you know. Because I hate you! Puas
hati?" Kuat suaraku menyusup ke telinganya kurasakan. Geram juga kerana
terus-terusan dipaksa begini. "As... I guess," katanya selamba. Aku kira kata-kataku tadi
akan membuatkannya kelu seribu bahasa. Rupa-rupanya tidak. Yusrizal seperti sudah
menjangkakan kata-kata yang bakal keluar dari mulutku ini. "Betul, kan apa yang
abang cakap tadi" Ifa masih berdendam dengan abang." "So, what?" "So, nampaknya
perkara pertama yang perlu abang buat sekarang ialah hilangkan dendam di hati Ifa tu."
"Awak takkan berjaya!" "Well, kita tengoklah nanti. Pasal pertunangan Ifa tak perlu risau.
As you wish, kita batalkan aja pertunangan tu. Abang hantar Ifa balik sekarang!"
Serentak itu Yusrizal terus melepaskan hand break dan menekan pedal minyak. Pelik
juga aku dengan perlakuannya itu. Tapi hatiku sedikit lega kerana dia sudah
memutuskan untuk tidak memaksa aku meneruskan pertunangan itu. Sampai saja di
hadapan rumah, dia terus memberhentikan keretanya. Pantas sahaja aku melangkah
keluar. Kelihatan ibu sudah menunggu di depan pintu rumah. Mungkin ibu risaukan
diriku. Tetapi seperti yang Yusrizal janjikan, dia tidak melakukan apa-apa terhadapku,
cuma berbincang. "Ifa!" panggil Yusrizal. Aku berpaling dengan malas. "Apa lagi?"
"Emmm... pertunangan ni akan dibatalkan. Tapi abang takkan mengaku kalah. Ifa tetap
akan jadi milik abang jugak nanti," putus Yusrizal dari dalam kereta. "Hah! Jangan nak
bermimpilah!!!" tempelakku. "See you...." Katanya dan berlalu pergi. Tidak terkutik aku di
situ memikirkan kata-katanya sebentar tadi. Aku hanya sedar apabila ibu memanggil aku
masuk ke dalam rumah kerana hari sudah hampir senja. 8 AKU mempercepatkan
langkahku. Panggilan bertalu-talu daripada Daniel
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
tidak aku pedulikan. Selepas kejadian di bilikku tempoh hari aku seboleh-bolehnya cuba
menjauhkan diri daripadanya. Bukan kerana benci, tetapi untuk mengelakkan daripada
perkara-perkara yang tidak aku ingini. Maklum sajalah, cinta pertama sukar untuk
dilupakan. Buatnya aku terjatuh cinta dengan dia semula, haru jadinya. Kalau sebelum
ini aku masih boleh mengawal perasaanku daripada jatuh sayang kepadanya, itu kerana
pada fikiranku Daniel sudah melupakan aku dengan kewujudan Masyitah di sisinya.
Tetapi rupa-rupanya tidak. Dengan godaan Daniel, aku mungkin akan kembali ke
sisinya. Sedangkan aku tidak mahu perkara itu terjadi. Bagaimana dengan Masyitah
nanti" Dia mungkin akan menuduh akulah punca keretakan hubungan mereka. "Ifa,
wait!" panggil Daniel sambil memintas perjalananku. Aku tidak punya pilihan melainkan
terpaksa berhadapan dengannya dan aku cuba untuk berlagak seperti biasa. "Eh,
Daniel! You tak ada kelas ke sekarang ni?" tanyaku. Wajah yang kalut cuba aku
ceriakan. "Sejak bila you dah lupa nak hafal time table I ni?" tanya Daniel sinis. Selama
ini jadual waktu pengajaran Daniel memang terakam kemas dalam kotak memoriku. Tak
mungkin aku lupa. Cuma aku tidak tahu ayat apa yang sedap didengar untuk halwa
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
telinga lelaki itu. Kebiasaannya aku akan mengambil peluang untuk berbual dengannya
ataupun berbincang tentang kerja pada waktu lapang masing-masing. Itupun jika tidak
ada kerja yang memerlukan tuntutan segera. "Oh ya, I lupa... sekarang memang you tak
ada kelas, kan?" "You lupa atau buat-buat lupa?" "Eh, kenapa pulak I nak buat-buat
lupa" I memang tak ingat. Sorry ek?" "Okey, tapi kenapa you tak toleh bila I panggil you
tadi?" Sudah! Apa pula alasan aku kali ini" "Errr" sorry, I tak dengar tadi!" Kulihat mata
Daniel mengecil. Menandakan yang dia tidak berpuas hati dengan jawapan yang kuberi.
"Tak dengar?" "Haah, I tak dengar! Sorry ek?" "Tak dengar..." ulang Daniel sambil
mengangguk-anggukkan kepalanya. "Tapi boleh pulak you berjalan laju macam ribut"
Kenapa tu?" Kepalaku ligat mencari alasan. Alasan yang tidak akan melukakan hati
sahabatku ini. "Emmm" actually I tengah kejar masa ni. Ada hal kejap lagi. Sebab tu
laju aje jalannya." "Ya ke you tengah kejar masa" Ke sengaja nak larikan diri daripada
I?" "Hah" Nak larikan diri daripada you" Kenapa pulak" You ni merepek ajelah,"
sangkalku pantas. "You jangan cuba nak nafikan Ifa. I tahu sejak hari tu you langsung
tak nak berbual-bual dengan I. Kalau nampak I you mesti lari. You ingat I tak perasan
semua tu?" Aku terdiam seketika. Aku kehilangan kata-kata. Dalam diam aku mengakui
akan katakatanya. Memang benar aku sedang melarikan diri daripadanya. Tapi
persoalannya sekarang sampai bila" Tengok sajalah sekarang. Baru beberapa hari aku
sudah tertangkap. "Kenapa you diam" Betul, kan apa yang I cakap?" "Tak adalah. Buat
apa I nak larikan diri daripada you" Lagipun kitakan kawan baik" Takkan I nak larikan
diri daripada kawan baik I sendiri?" nafiku lagi. Daniel memandang aku dalam. Mungkin
cuba mencari keyakinan dalam kata-kataku tadi. Tapi mungkinkah kebenaran itu akan
dijumpai sedangkan aku sendiri tidak tahu akan kebenaran kata-kata yang lahir dari
bibirku ini. "Betul you tak larikan diri daripada I?" tanya Daniel lagi untuk memastikan
kata-kataku itu benar belaka. "Betullah," jawabku pantas. "Okey, kalau macam tu apa
kata you temankan I makan," ujar Daniel dengan senang hati. Dia masih lagi mahu
mengujiku. "Hah?" "Kenapa" Kata kita kawan baik" Takkan nak temankan kawan baik
makan pun tak boleh" Sebelum ni you tak kisah pun." Daniel pantas membidas
membuatkan aku kehilangan kata-kata. Manakala otakku pula ligat berfikir sama ada
hendak turutkan saja permintaannya atau menolak. "Okeylah kalau macam tu." Akhirnya
aku memberikan persetujuan untuk menemaninya. Niatku cuma tidak mahu melukakan
perasaannya. Dalam keadaan sekarang perasaan Daniel mungkin mudah tercalar. "Tapi
tunggu kejap. I nak letakkan barang-barang ni dulu kat bilik." Daniel hanya mengangguk
sebagai tanda keizinan. "MACAM MANA you sekarang?" Aku menghentikan suapan.
Wajah Daniel kupandang. Entah mengapa hatiku pasti soalan Daniel itu punya maksud
tersirat. Tetapi aku cuba untuk tidak mengendahkannya. "Macam biasa aje. Tak ada apa
yang menarik pun," jawabku tenang. "Ya ke" You dengan Rizal macam mana?" "Rizal"
Kenapa tiba-tiba tanya pasal dia ni?" Daniel tersenyum. Dia meletakkan sudu dan garpu
ke dalam pinggan yang sudah kosong. Sambil mengelap bibirnya, dia bersuara, "yalah...
you kan dah batalkan pertunangan you dengan dia. So, dia tak kata apa-apa ke?" "Ada
jugak. Tapi nak buat macam mana" Dia tak boleh paksa I." "Betul ke you dah tak ada
perasaan kat dia?" Aku mengangkat kepala lalu meletakkan pandangan mataku ke
matanya. Sedikit ganjil apabila aku mendengar pertanyaan itu. "Kenapa you tanya
macam tu" Ada ke I ni nampak macam masih tergila-gilakan dia?" "Bukan I bermaksud
macam tu. Cuma I terfikir, kalau you dah tak ada apa-apa perasaan kat dia, kenapa you
tak boleh terima I?" Sudah kujangkakan persoalan ini yang ingin dibangkitkan oleh
Daniel. Perlukah aku menegaskannya sekali lagi" Tetapi aku takut sekiranya akan
melukakan hati lelaki ini yang ternyata masih setia menantiku. Tetapi kesetiaanku pula
seakan-akan tercalar saat aku menerima Yusrizal sebagai suamiku dulu. "Kenapa you
diam?" "Tolonglah Daniel... jangan mulakannya lagi. I tak nak lukakan hati you." "Tapi
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
hati I memang dah terluka Ifa, saat you terima Rizal sebagai suami you. Jadi apa
bezanya sekarang" Sama, kan" Tak salah rasanya kalau you nak tambahkan luka di
hati I ni!" "Apa maksud you?" "Apa maksud I" Huh, macam yang I cakap tempoh hari, I
masih cintakan you dan akan berusaha memiliki you walau macam mana sekalipun.
Kalau perlu I paksa you, I akan buat! Asalkan I dapat memiliki you." "What" You dah gila
ke" You tak boleh paksa I!" Kemarahanku naik mendadak. Daniel memang melampau.
Aku sudah bermurah hati menemaninya makan tetapi ini yang dibalas padaku" Siapa
dia untuk memaksa aku" Aku berhak menentukan jodoh aku sendiri. Dah gilakah lelaki
ini" "Siapa kata I tak boleh paksa you" Kalau dulu ya, memang I terlalu pemurah
sampai sanggup melepaskan gadis yang I cinta kepada lelaki lain. Tetapi kali ni tidak
lagi. I akan dapatkan balik cinta I!" Daniel membidas. "Sepatutnya dari dulu lagi you dah
jadi milik I, bukan Rizal..." sambungnya perlahan. Namun masih punya ketegasan
kerana setiap butir kata yang keluar dari mulutnya ditekankan agar cepat meresap ke
dalam otakku, mungkin. Aku pula sudah ternganga tidak percaya. Bagiku, yang berada
di hadapanku ini bukanlah Daniel yang telah lama aku kenali. Bagiku dia adalah lelaki
lain. Cara dan sifatnya berubah serta-merta. Ke mana hilangnya Daniel yang dulu"
Yang tidak pernah memaksa kehendakku" Yang pelembut dan penyayang" "You tak
boleh macam ni Daniel. Macam mana dengan Masyitah" You tak kesian dengan dia?"
"Ah, I tak peduli semua tu! Yang I mahukan sekarang ialah you!" katanya keras. Tetapi
masih dikawal nada suaranya agar tidak mengganggu pensyarah lain. Air muka kami
juga harus dijaga. "Astaghfirullahalazim... mengucap Daniel. Kawal diri you tu!" "I masih
waras, jangan bimbang," kata lelaki itu.
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
Mungkin cuba menidakkan andaianku bahawa dia sudah tidak waras. "Tapi ingat Ifa, I
akan dapatkan you..." sambungnya tidak putus asa. Dengan kata yang berbaur
peringatan itu dia terus meninggalkan aku yang ternyata masih tidak percaya dengan
tindakannya sebentar tadi. Aku memicit dahi yang terasa berdenyut-denyut tiba-tiba.
Kenapa semua ini harus terjadi" Rasanya mahu saja aku bertempik sekuat hati bagi
melepaskan bebanan perasaan ini. Eee! Semua ini Yusrizal punya pasal la! Ternyata
dia punca segala masalah. Ya Allah, apa yang harus kau lakukan" Linda! Ya, Lindalah
Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
pengubat hatiku sekarang ni. Dengan pantas aku mengeluarkan telefon bimbit dan
nombor telefonnya kudail. "Helo Linda. Kau free tak petang ni?" "Wei... bagilah salam
dulu. Ni main terjah aje!" marah Linda. "Ah, kira halallah. Tak berdosa pun kalau tak bagi
salam. Yang berdosanya kalau tak jawab salam." "Apa-apa ajelah kau ni. Hah, apehal"
Aku free kut petang ni." "Aku nak jumpa kau." "Rindu kat aku ke?" "Boleh tak?" tanyaku
tanpa menjawab pertanyaannya. Buat menambahkan sakit hatiku saja. "Boleh cik kak.
Kat mana?" "Tempat biasa. Pukul lima, ek?" "Okey, jumpa nanti." SEKEJAP-SEKEJAP
aku melihat jam di pergelangan tangan. Waktu sudah menunjukkan ke angka lima
setengah petang. Bermakna sudah empat puluh minit aku menunggu kedatangan
Linda di kafe ini kerana aku tiba sepuluh minit lebih awal. Tetapi sampai sekarang
batang hidung gadis itu langsung tidak kelihatan. Ke mana sajalah perempuan ni" Tak
pernah-pernah lambat. Kita lagi ada masalah, waktu macam nilah dia nak datang
lambat. Sekali lagi aku melihat jam di pergelangan tangan. Sudah menginjak ke angka
lima tiga puluh lima minit petang. Aku semakin gelisah. "Woit, sorry lambat! Ada extra
work tadi." Linda tiba-tiba datang menyapaku dari arah belakang. Terkejut aku bukan
kepalang. Minah ni main sergah saja! "Apesal buat muka macam tu" Sorry la... bukan
sengaja. Takkan setengah jam lambat pun dah tarik muka macam tu?" "Tak adalah...
kau tu, main sergah-sergah orang pulak. Terkejut aku, tau" Boleh lemah jantung aku
macam ni," ngomelku tidak puas hati. Linda mencebik. "Macam tu pun nak terkejut. Kau
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
ni tak habis-habis lagi dengan penyakit kau, kan" Sikitsikit nak terkejut. Jangan lemah
sangat, cik kak. Be strong. Macam aku ni," ujar Linda sambil mendabik dada. Aku
ketawa. Kelakar pula rasanya. "Macam kau" Huh, tak payahlah. Tengok kucing
berkelahi pun kau lari lintang-pukang," ujarku sambil ketawa. Hatiku bagai digeletek
apabila teringat kembali zaman ketika belajar di universiti dulu. "Syyy"." Linda
meletakkan jari ke bibirnya. Matanya meliar memerhati orang sekeliling. "Kau ni
pelan-pelan la sikit. Orang dengar malu aku, tau" Yalah, aku lari la... kang diserangnya
aku, haru jadinya." "Pandai laa" nak beralasan. Cakap ajelah kau tu penakut, Linda.
Habis cerita!" "Isyyy... kau ni, diam boleh tak" Hah, tadi bukan main lagi nak jumpa aku.
Apehal?" Aku terdiam sambil menunduk apabila soalan itu diutarakan. Namun mataku
masih memandang Linda yang seperti orang kebingungan dengan lagakku itu. "Ni
apehal pulak ni" Ada problem lagi ke" Pasal Rizal lagi?" Aku menggeleng. Namun
selepas berfikir beberapa ketika aku mengangguk pula. "La... kau ni, yang mana satu"
Ya ke tak?" "Ya tu ya la jugak. Bukan kau tak tahu Rizal tu... tapi yang paling
merunsingkan aku sekarang ialah Daniel!" "Daniel" Kenapa pulak dengan Daniel?"
Tanpa menunggu lama aku terus menceritakan perkara sebenar padanya. Setiap
rentetan kisah yang berlaku dalam hidupku baru-baru ini aku ceritakan padanya. Dan
Linda seperti biasa kemas di dalam otaknya. "Sampai hati kau tak cerita yang kau nak
bertunang hari tu," kata Linda selepas aku selesai menceritakan segala-galanya.
Nampaknya Linda merajuk. "Bila masa aku bertunang" Kan aku dah cakap,
pertunangan aku dah dibatalkan." "Memanglah" tapi sampai hati kau tak ceritakan
event penting macam tu kat aku." "Aku bukan tak nak cerita kat kau. Tapi aku sendiri
pun tengah buntu waktu tu. Yalah, aku tak tahu apa-apa pun. Tiba-tiba ibu dan abah
beritahu yang mereka dah terima pinangan daripada Rizal. Dah la tu, pertunangan akan
berlangsung dalam masa beberapa hari aja. Otak aku ni dah tak boleh nak fikir
apa-apa dah," jelasku berharap Linda tidak akan memanjangkan rajuknya. "Serabut
macam mana pun beritahulah aku. Sekurang-kurangnya bolehlah aku kurangkan stres
kau tu." "Yalah... yalah... lain kali kalau ada apa-apa aku beritahu kau. Dahlah,
janganlah merajuk," pujukku lagi. Sekadar menghilangkan rasa jauh hati Linda itu.
"Okeylah, kali ni aku maafkan kau. Tapi lepas ni, never!" Linda memberikan amaran.
Nampaknya temanku ini sudah termakan dengan pujukanku. Alah, bagiku Linda hanya
ingin menggertakku kerana aku tahu dia tidak mungkin akan melakukannya. Dia terlalu
sayangkan persahabatan kami dan aku pun begitu. Kami berdua akan melakukan apa
saja untuk memelihara pertalian ini. Tiada apa pun yang boleh memusnahkannya. "So,
kau macam mana sekarang?" Soalan Linda membuatkan aku mengeluh perlahan. Aku
tunduk memandang meja sambil tanganku leka bermain-main dengan penyedut
minumanku. Hampir rosak aku kerjakan penyedut minuman itu. "Entahlah Linda... aku
tak tahu nak buat apa. Berserabut rasanya. Rizal dengan perangai dia, Daniel pula
dengan hal dia. Hai... pening kepala aku ni." "Relakslah, Ifa. Kau jangan pening-pening.
Tenangkan diri kau tu. Barulah nampak jalan keluarnya," kata Linda memulakan sesi
kaunselingnya. Itulah kerjaya kedua Linda. Tetapi perkhidmatan itu hanya disediakan
untuk aku sahaja. "Habis tu, aku nak buat apa" Aku langsung tak nampak jalannya."
"Susah-susah, kau terima ajalah Daniel tu. Dia pun mantan kekasih kau, kan" Aku rasa
tak ada masalah!" Linda sudah memberikan pandangan. Tetapi nampaknya pandangan
yang diberikan kali ini langsung tak bernas. "Gila kau! Masyitah, tunang dia tu nak letak
mana?" bantahku pantas. "Haah, kan" Lupa pulak aku. Kalau macam tu kau terima
ajalah Si Rizal tu. Dia pun akan stop kacau kau. Yalah... sebab dah dapat apa yang dia
nak, kan" And automatically will stop Daniel"s step." Lagilah tak bernas! tempelakku
dalam hati. Orang nak elak, disuruhnya kita mendekat. Aku menggeleng laju. "Kenapa?"
tanya Linda apabila melihat gelenganku itu. "Okay what" Dia pun kaya-raya, handsome
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pulak tu. Tapi bab perangai tu... he he he... aku tak berani jaminlah," sambung Linda
dengan idea yang kononnya bernas itu. "Mana perginya idea-idea bernas kau tu" Ada
pulak nak suruh aku terima Rizal. Apa kau ingat aku ni dah desperate sangat ke sampai
sanggup pilih dia?" "He he he... aku gurau ajelah. Itu pun nak ambil serius ke?" Aku
menghadiahkan jelingan yang maha tajam. Geram dengan lagaknya yang seolaholah
mempermainkan aku yang tengah serius. "Jeling-jeling! Aku korek biji mata kau nanti
baru tau!" marahnya. "Main-mainkan aku lagi," rajukku lagi. "Orang gurau ajelah. Sensitif
sangat kau ni semenjak dua menjak ni, kenapa" Datang bulan ek?" "Banyaklah kau
punya datang bulan. Eh, cepatlah! Tolong aku ni. Apa yang perlu aku buat ni?" Linda
menongkat dagu sambil jari telunjuknya mengetuk-ngetuk lembut pipinya. Mungkin
sedang mencari idea. "Isy... aku pun tak tahulah. Masalah kau ni rumit sangat. Yang Si
Daniel ni pun satu, tiba-tiba aje nak kat kau balik, kenapa" Dah tahu diri tu dah
bertunang, masih terhegeh-hegeh lagi," omel Linda.
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
"Entahlah Linda. Itu yang buat aku pening ni. Aku takut sebenarnya Linda. Buatnya aku
tersangkut dengan Si Daniel pulak macam mana" Aku sendiri tak boleh jamin hati aku
akan kuat kalau terus dipujuknya. Maklum sajalah, cinta pertama sukar nak dilupakan,"
terangku dengan nada lemah. "Isy, kau jangan nak buat hal, Ifa. Kan Daniel dah
bertunang" Kau tak kesian ke dengan tunang dia tu?" "Sebab kesianlah aku minta
pendapat kau ni. Apa yang perlu aku buat untuk mengelak daripada semua ni" Aku tak
nak jadi perosak hubungan orang." Linda mengangguk tanda faham. Lama dia
perhatikan wajahku sebelum membuka mulut. "Apa kata kalau buat sementara waktu ni,
kau cuba elakkan diri daripada dia" At least, sampai dia kahwin dengan tunang dia tu.
Tak lama lagi, kan?" "Aku dah cuba Linda. Semenjak dia cakap dia masih cintakan aku,
terus aku jauhkan diri daripada dia. Tapi semakin aku menjauh, semakin dekat pula dia
dengan aku. Tiap-tiap hari kalau boleh dia nak makan dengan aku. Lepas tu apa saja
aktiviti yang aku masuk dengan fakulti mesti dia akan join jugak. Bila aku tegaskan
pendirian aku, dia pula akan ingatkan aku yang dia tetap akan cuba sedaya upaya
untuk dapatkan aku semula. Aku buntu Linda. Dah tak tahu nak buat macam mana lagi,"
luahku panjang lebar. Terlopong Linda mendengarnya. Mungkin tidak menyangka
Daniel yang tampak sopan itu sebenarnya seorang yang kuat mengugut. "Isy! Takkan
sampai macam tu" Kalau macam tu, ni dah kira kes berat. Aku tak jamin kau akan
senang-senang boleh lepas daripada dia. Lagipun, dia dah pernah lepaskan kau dulu.
Kali ni aku tak jamin dia akan lepaskan kau macam tu aje." Aku mengangguk setuju.
"Daniel pun ada cakap macam tu jugak dekat aku." "Kalaulah gitu gayanya, aku dah tak
nampak cara lain untuk kau lari daripada Daniel melainkan kau...." Linda meleretkan
kata-katanya sambil matanya memandangku. Membuatkan aku mengangkat kening.
"Aku apa?" "Kahwin!" Kahwin" Hesy! Belum terfikir aku nak kahwin lagi, fikirku.
Pinangan Yusrizal pun aku dah tolak. Takkan nak kahwin pulak" Nak kahwin dengan
siapa" Boyfriend pun tak ada. Lagipun siapa yang nak dengan janda macam aku ni.
Hmmm... kecuali Daniel! AKU peluk bantal panjang yang sudah tersedia di atas katil.
Puas berbaring aku meniarap pula. Kalau difikirkan secara mendalam memang ada
benarnya kata-kata Linda itu. Itu sahaja caranya untuk menghalang Daniel. Tetapi
masalahnya sekarang aku nak kahwin dengan siapa" Dengan Rizal" Isy... minta
dijauhkan. Tak sanggup aku! Tu bukan menyelesaikan masalah tetapi mengundang
bala. Habis, kalau bukan dengan Rizal... siapa lagi nak dekat dengan aku ni" Aku
bermonolog sendirian. Memikirkan calon-calon yang sesuai. Tetapi satu wajah pun tidak
singgah di fikiranku ini. Maklumlah, aku memang tidak punya ramai kawan lelaki. Kalau
ada pun semuanya sudah berkahwin. Tetapi kalau ada pun takkanlah aku nak
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
mempromosikan diri" Buat malu aje! Aduh, sakitnya kepala memikirkan semua ni!
Kenapalah aku perlu hadapi perkaraperkara macam ni" Rasanya apa yang sedang aku
fikirkan ini lebih sukar daripada menyediakan soalan-soalan akhir semester untuk subjek
perakaunan kewangan lanjutan. Aku mengetuk-ngetuk kepala. Masih cuba sedaya
upaya untuk mencari jalan keluar. Kalau dah susah-susah sangat suruh ibu carikan
ajelah. Tiba-tiba timbul idea gila itu dari benakku. Apa agaknya reaksi ibu kalau aku
suarakan permintaanku ini kepadanya" Mesti terkejut beruk. Maklumlah, tempoh hari
bukan main lagi tak mahu kahwin, sekarang alih-alih minta carikan calon pulak. Mesti
ibu fikir dah terdesak agaknya anak perempuannya ini. Tapi hakikatnya pun memang
aku terdesak. Tapi betulkah aku nak kahwin ni" Isy... tak naklah. Takkan tak ada cara
lain untuk mengelak daripada Daniel" Mesti ada, kan" Tapi apa caranya ya" Aku terus
memerah otak. Mencari-cari jalan keluar kepada permasalahan aku ini. Pelbagai idea
yang aku pertimbangkan sehingga tidak sedar bila aku tertidur malam itu. 9 "IFA...
temankan ibu ke Alor Setar. Ifa tak kerja hari nikan?" pinta ibu pada suatu pagi. Pelik
pula dengan permintaan ibu ini. Selalunya ibu hanya akan keluar bershopping jika
ditemani oleh abah saja. Maklumlah perempuan kalau bershopping memang tak ingat
dunia. Bila abah ada, semua barang yang hendak dibeli haruslah dapat kebenaran
daripadanya. Kadang-kadang geli hati pula apabila aku memikirkan semua itu.
Seringkali aku melihat ibu memuncung kerana tidak dapat berbelanja untuk barang
kesukaannya. Membazir, kata abah. Tetapi itu semua tidak membuatkan ibu
memberontak hebat. Sekadar rajuk kecil yang sudah tentu bisa dipujuk oleh abah.
Dalam keadaan apa jua pun, suami harus diutamakan. "Abah Ifa tu tak dapat temankan
ibu. Dia yang suruh ibu pergi dengan Ifa," jelas ibu tanpa sempat aku bertanya. Pandai
betul ibu membaca fikiranku. "Boleh ibu. Ifa tak kisah pun. Ifa pun ada barang jugak nak
beli. Emmm... ibu nak beli apa?" tanyaku ingin tahu. "Nak beli apa lagi" Barang
dapurlah. Dah tak ada apa kat dapur tu. Nak masak untuk tengah hari nanti pun tak
boleh. Nak harapkan kamu" Huh, masuk dapur pun liat." Padan muka aku! Dah kena
peluru tanpa mata dari ibu. Apa lagi yang aku mampu lakukan melainkan tersengih
malu. Dalam diam aku mengakui kata-kata ibu itu. "Alah ibu ni, selalu nak mengata Ifa.
Yalah, yalah... hari ni Ifa temankan ibu. Lepas tu biar Ifa yang masak hari ni. Kita tengok
siapa yang handal memasak," kataku cuba mencabar ibu. "Eleh, nak lawan ibu konon!
Cara yang kamu masak dengan ibu sama aje, sayang. Bukan ke ibu yang ajar kamu
masak" Sama aje rasanya nanti," tempelak ibu. "Eh, tak adalah! Tak sama punya.
Sebab Ifa masak pakai buku resipi. Ha ha ha...." Aku tertawa kuat. Seronok dapat
mengenakan ibu. Ketawaku semakin kuat apabila ibu menarik muka masam. "Mengarut
aje kamu ni. Cepatlah siap! Nanti abah balik kita tak masak-masak lagi, mahunya
muncung seminggu tak hilang." Kata ibu selamba. Aku tertawa geli hati. Mungkin ibu
serik. Yalah, pernah sekali abah balik, tapi ibu belum masak, naik angin orang tua itu.
Nak pulak mood abah ketika itu tidak begitu baik gara-gara dimarahi orang atasan.
Terpaksalah aku keluar membeli lauk di gerai Pak Hashim. AKU bersandar di pintu
kereta. Peluh yang memercik di dahi kukesat dengan menggunakan tisu yang memang
tidak akan aku lupa untuk bawa bersama. Maklumlah aku ni kuat berpeluh. Terutama
sekali di bahagian hidung. Orang kata kalau kuat berpeluh di bahagian hidung tandanya
kuat cemburu. Mungkin benar juga. Tiba-tiba fikiranku menjengah kenangan lima tahun
lepas. Aku masih ingat kejadian pada suatu malam. Ketika itu aku sedang menyiapkan
makan malam. Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Entah mengapa tiba-tiba
Yusrizal mengadu kelaparan. Sedangkan pada waktu itu sudah tiada apa-apa
makanan yang tinggal. Aku sudah menghabiskan kesemuanya. Sementelah pula,
Yusrizal memang tidak gemar makan di rumah. Selama kami berkahwin boleh dikira
berapa kali dia merasa hidangan yang aku sediakan. Itu pun jika ada ahli keluarga,
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
sanak saudara ataupun kawan-kawan yang makan di rumah. Semua itu dilakukan
kerana tidak mahu mereka semua menghidu akan kedinginan rumah tangga kami. "Dah
siap belum?" tanya Yusrizal dengan nada kasar. Terkejut aku dibuatnya. Bergegar
tubuhku mendengar suaranya yang bagaikan halilintar membelah bumi. Hampir terlepas
mangkuk yang berisi air asam jawa yang kupegang. Begitulah Yusrizal. Tidak pernah
ingin bercakap dengan nada lembut apabila berdua denganku. "Kejap lagi bang. Ifa nak
masukkan air asam jawa ni. Lepas tu siaplah," ujarku tergagapgagap. "Lembab betul!"
Aku mendiamkan diri. Walaupun sedikit terasa dengan herdikan suamiku itu, tetapi aku
hanya mengambil langkah mudah dengan berdiam diri. Kerana aku tahu kalau aku
menjawab, makin berapi amarah Yusrizal kepadaku. Itu hanya sedikit jika nak
dibandingkan dengan sebelum ini. Aku sudah lali dengan semua itu. Tanpa
melengahkan masa aku terus menyiapkan kerja-kerja memasakku. Kalau lambat nanti
makin teruk aku disemburnya. Setelah siap, pantas aku menghidangkannya di atas meja
di ruang makan. Kemudian aku memanggil Yusrizal yang sedang menonton televisyen
di ruang 1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
tamu. Cepat sahaja Yusrizal menapak ke meja makan. Mungkin sudah lapar benar. Aku
juga pantas menyendukkan nasi ke pinggannya. Namun, apabila aku ingin mengambil
lauk untuknya, dia pantas menghalang. "Tak payah nak layan aku macam putera raja.
Tahulah aku nak ambil sendiri. Dah, pergi! Nanti hilang selera aku nak makan bila
menghadap muka kau!" Perlahan-lahan aku meletakkan kembali sudu ke tempat
asalnya. Berkira-kira hendak naik ke bilik. Sedikit perasaan kecewa hadir dalam diri
dengan kelakuan Yusrizal. Tiada langsung ucapan terima kasih padaku yang telah
bersusah payah menyediakan makanan untuknya. Malah, dihalaunya pula aku. Belum
pun sempat kakiku memijak anak tangga pertama, aku terdengar lelaki itu memanggil
namaku. Pantas aku mendapatkannya. "Ada apa bang?" Yusrizal menghadiahkan
jelingan tajam sebelum bersuara. "Kupaskan buah epal kat dalam peti ais tu. Aku nak
makan!" Aku menganggukkan kepala. Pelik juga aku dengan perangai Yusrizal hari ni.
Macammacam pula yang dimintanya. Kalau sebelum ni jangankan nak merasa
hidangan yang aku sediakan, malah apa-apa barang dapur yang aku dibeli juga tidak
akan disentuhnya. Begitulah bencinya Yusrizal padaku. Sedang aku leka mengupas
buah epal, tiba-tiba aku terdengar telefon bimbit Yusrizal berdering. Pantas saja dia
mendapatkan telefon bimbitnya itu. "Hai, sayang. Kenapa telefon I ni" Takkan dah rindu
kut?" sapa Yusrizal pada orang di hujung talian. Dari lenggok bicara Yusrizal aku sudah
dapat mengagak siapakah gerangan yang menelefonnya. Sudah tentu Anne, teman
wanita Yusrizal yang seksi itu. Maklumlah... model terkenal. Yusrizal begitu asyik sekali
melayan kekasih hati. Sekejap tersenyum, sekejap ketawa. Suaranya pula lembut dan
romantik sekali. Bukan suara yang selalu diperdengarkan pada aku setiap hari. Terlintas
di fikiranku, jika Yusrizal mahu melayan aku sebegitu, sudah tentulah aku perempuan
yang paling bahagia di dunia ini. Walaupun Yusrizal tidak pernah menganggap aku
sebagai isterinya dan selalu mengherdik aku, tetapi itu semua tidak menghalang
perasaan sayangku bercambah untuknya. Kadang-kadang aku tidak mengerti, mengapa
aku perlu mencintai lelaki sepertinya" Tetapi apakan dayaku untuk menolak takdir yang
Maha Esa. Dia sudah menentukan semuanya. Perasaan cemburu mudah sahaja
bermukim di dadaku apabila mendengar perbualan Yusrizal dengan Anne sehingga
tidak sedar yang aku sudah terhiris jariku sendiri. Aku hanya tersedar apabila mataku
terpandangkan jariku yang sudah berlumuran darah. Waktu itu barulah rasa sakit datang
menjengah. Pantas aku menuju ke singki dan mencuci luka itu. Aku merintih perlahan
apabila air mengenai bahagian yang luka. Aku tidak mahu Yusrizal menyedari akan
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
situasi itu. Nanti aku juga yang malu. Setelah yakin darah sudah berhenti mengalir, aku
mengesat tanganku. Kemudian aku menyambung semula mengupas epal yang
tergendala tadi. Aku tertawa kecil sambil menggeleng kepala. Akibat cemburu hampir
hancur jari aku kerjakan. Sedangkan hakikatnya aku tidak layak untuk cemburu.
Sepatutnya aku sedar siapa diriku di sisi Yusrizal. Aku tidak ubah seperti perempuan
simpanannya saja. Cuma yang membezakan aku dan perempuan simpanan ialah, aku
tidak pernah disentuhnya. Hampir setahun usia perkahwinan kami, tidak pernah walau
sekali pun menggoyangkan iman Yusrizal terhadapku. Maklumlah, dia sudah punya
tempat untuk melampiaskan nafsu. Jika hendak dibandingkan aku dengan Anne,
memanglah jauh berbeza pada waktu itu. Sudah tentu aku tidak akan mampu bersaing
untuk mendapatkan Yusrizal. Aku sedikit tersentak apabila terasa ada tangan yang
menampar kuat bahuku. Hilang bertaburan lamunanku sebentar tadi. Kelihatan ibu
sedang memandangku dengan kerutan di dahi. "Kamu ni kenapa Ifa" Termenung
sampai tak ingat dunia sekeliling. Sampai ibu buka pintu kereta pun kamu tak sedar,"
omel ibuku. Aku hanya tersengih malu sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Ibu
menggelengkan kepala lalu bergerak ke bonet kereta. Pada waktu itu barulah aku
tersedar seperti ada seseorang yang sedang membantu ibu memunggah barang-barang
lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta. Pantas aku menjengah ke belakang. Serasa
seperti aku kenal lelaki itu. "Awak?"" Macam mana pulak awak boleh ada kat sini?"
sergahku pada lelaki itu. Ke mana saja aku pergi, ada saja wajahnya. Apa yang lelaki ini
buat di sini" Takkanlah mengekori aku dan ibu kut. Isy... ini tak boleh jadi ni! "Abang
terserempak dengan ibu tadi. Kesian pulak tengok ibu bawa banyak barang. Sebab tu
abang tolong," balas Yusrizal. "Betul tu. Nak harapkan kamu, entah ke mana sajalah
kamu lesap. Bukan nak tolong ibu bawakan barang. Nasib baik ada Rizal ni. Kalau tak,
tak tahulah ibu macam mana nak bawa barang yang banyak ni." Aku mengerutkan dahi.
"Apa pulak bu. Kan ada troli tu. Tolak ajelah sampai ke kereta. Apa yang susah?" Aku
Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
membantah. Tidak mahu mengalah. Ibu memang suka malukan aku. Jatuh air muka di
depan Yusrizal. Mesti dia ingat aku pemalas kerana tidak mahu menolong ibu. Padahal
dia tidak tahu hal yang sebenarnya. Ibu kalau memilih barang memang lama. Sebab
itulah abah tidak membenarkan dia keluar bershopping denganku. Oleh kerana rasa
bosan kerana sedari tadi menunggu ibu memilih barang, aku mengambil keputusan
untuk menunggu ibu di kereta sahaja. Ditambah pula dengan manusia yang membanjiri
Pasar Raya Tesco hari ini, makin menambahkan rasa sesakku. Sejak kecil aku memang
tidak suka dikelilingi orang ramai. "Pandailah kamu tu nak membela diri. Sudah, ibu dah
lapar ni. Jom kita pergi makan dulu. Rizal makan dengan kami sekali ye?" Ibu dengan
senang hati mempelawa Yusrizal. Lelaki itu dengan senang hati pula menerima
pelawaan ibu. Aku pelik. Bukankah tadi ibu beria-ia mahu membeli barang dapur sebab
nak memasak untuk makan tengah hari. Ni nak makan di kedai pulak. Habis tu, abah
nak makan apa tengah hari nanti" "Tadi, ibu kata nak balik masak. Ni, kenapa nak
makan kat kedai pulak ni" Bila abah balik nanti, kita tak masak lagi." "Ibu dah telefon
abah tadi, ajak makan kat luar. Ofis abah pun bukan jauh sangat. Biarlah, sekali-sekala
makan kat luar apa salahnya, kan Rizal?" Yusrizal tersenyum sambil menganggukkan
kepala. Mengiakan kata-kata ibu. Mereka kelihatan senang hati sekali. Aku pula yang
keresahan. Makan dengan Yusrizal" Erk... naik loya pula tekak aku. Apalah malang
nasib aku hari ini bertemu muka dengannya. Itulah, siapa suruh aku teringatkan dia. Kan
dah muncul di depan mata, marah aku dalam hati. AKU mengetuk-ngetuk meja sambil
melihat jauh ke luar melalui cermin kaca sebuah retoran yang dipilih oleh Yusrizal
sebagai tempat untuk menjamu selera pada tengah hari itu. Ibu, abah dan Yusrizal sibuk
memilih makanan yang pelbagai. Sedangkan aku pula menjadi penunggu setia di meja
makan. Aku tidak berniat untuk makan. Seleraku sudah hilang! Kukira hendak menelan
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
dua butir nasi pun sudah tidak mampu. Aku hanya meminta abah membelikan aku teh
ais kegemaranku sahaja bagi mengalas perutku tengah hari ini. Pada mulanya hairan
juga orang tuaku kerana aku menolak untuk makan walaupun puas dipujuk. Tidak
ketinggalan juga Yusrizal. Katanya, takut perutku masuk angin. Penyibuk! Biarlah perut
aku nak masuk angin, bukan perut dia. Yang sibuk sangat tu kenapa" Sifat degilku
bukan mudah untuk dilenturkan. Apatah lagi jika melibatkan bekas suamiku itu, lagilah
menjadi keras kepalaku. Aku tetap berkeras tidak mahu makan. Aku berikan alasan
yang aku kenyang. Mungkin ibu dan abah malas mahu memujuk lagi, lantas mereka
terus berlalu untuk mengambil makanan. "Hai, termenung jauh nampak!" Aku
mencebikkan bibir. Walaupun mataku masih menghala keluar, tetapi aku sudah tahu
gerangan empunya suara itu. Makin menyampah aku dibuatnya. "Ni, air yang Ifa pesan."
Yusrizal menghulurkan gelas berisi minuman kepadaku. Tanpa memandang wajahnya,
aku terus mencapai gelas itu dan menghirup airnya. Tidak aku peduli pada mata nakal
Yusrizal yang memerhati tingkah lakuku. Yang aku tahu, tekakku harus dibasahkan. Aku
memang dahaga saat itu. Selepas separuh gelas teh ais aku hirup, barulah aku
melepaskan straw dari bibirku. Lega rasanya. Terasa sejuk sikit badanku ini. Barulah
senang hati. Namun kesenangan itu sedikit
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
terganggu apabila terperasankan mata Yurizal yang masih tidak sedikit pun beralih dari
wajahku ini. "Kenapa pandang saya macam tu?" tanyaku, tidak puas hati. Lain macam
saja cara lelaki ini pandang aku. Tiba-tiba otakku berfikir kemungkinan Yusrizal telah
mengenakanku. Janganjangan dia dah letak ubat tidur kat dalam air ni" Tak pun dia dah
pukau aku dengan air ni" Lagipun aku bukan minta dia yang belikan air ini, tetapi abah.
Kenapa dia pula yang bawakan minuman untuk aku. Mana abah" Aku pun satu, terus
saja minum tanpa berfikir panjang. Kalau betullah dia dah letakkan something kat dalam
air ni, maknanya aku sudah terlambat untuk mengelak. "Mengutuk abanglah tu." Yusrizal
serkap jarang. Tetapi nampaknya serkap jarang lelaki itu mengena pula. "Yang awak
pandang saya macam tu, kenapa" Jangan-jangan awak dah masukkan ubat tidur kat
dalam air ni. Tu yang awak pandang saya macam tu, nak tengok ubat tu berkesan ke
tak." Kata-kataku disambut oleh ilai ketawa Yusrizal. Tetapi masih lagi dalam nada yang
kurasakan agak slow. "Sampai macam tu sekali prasangka Ifa terhadap abang" Sayang,
tak adanya abang nak buat benda-benda tak berfaedah tu. Buang masa aje." "Habis,
mana abah" Kan saya minta abah yang belikan, bukan awak!" "Abah yang minta
abang bawakan kat Ifa," terangnya. "Yalah, tapi mana abah" Takkan lama sangat pilih
makanan?" Mataku melilau mencari kelibat abah dan ibu. Tetapi tidak pula aku nampak
kelibat mereka berdua. Ke mana mereka pergi" "Abah dan ibu dah nak habis makan
pun," ujarnya sambil memuncungkan bibir ke arah meja makan yang terletak di sudut
belakang restoran itu. Aku pantas mengalihkan pandanganku ke situ. Alangkah
terkejutnya aku apabila menangkap kelibat mereka. Benar kata Yusrizal. Abah dan ibu
sudah hampir selesai makan. Maknanya mereka memang sengaja membiarkan aku di
sini bersama lelaki ini. Tiba-tiba saja aku merasakan ada gunung berapi yang bakal
meletus. Sampai hati abah dan ibu buat macam ni. Kalau aku tahu lebih awal ini yang
bakal mereka lakukan, sudah tentu aku pulang dulu. Menyakitkan hati aje! omelku di
dalam hati. "Dah, tak payah nak buat muka macam tu. Tak baik tau marahkan orang
tua," tegur Yusrizal. Eleh, nak tunjuk baik konon! Tapi bila difikirkan ada benarnya juga.
Berdosanya aku kerana marahkan ibu dan abah. Dengan jelas pulak tu, aku tunjukkan
kemarahanku itu. Malu pula aku dengan Yusrizal. "Saya nak baliklah," beritahuku dan
terus mencapai handphone dan dompetku. Yusrizal yang baru menjamah makanan,
sedikit terkejut. "Eh, takkan dah nak balik. Abang makan pun tak habis lagi. Nanti ibu
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
nak balik dengan siapa?" tanyanya dengan suara yang agak cemas. "Ada saya peduli
awak dah habis makan ke belum" Pasal ibu, awak tak payah nak risaukan. Abah boleh
hantarkan. Tak pun apa kata awak buat amal jariah sikit. Tolong hantarkan ibu balik ek,"
kataku selamba dan berura-ura hendak bangun. Tetapi nampaknya Yurizal lebih pantas.
Tanganku digenggamnya kuat. Tanda tidak membenarkan aku berganjak dari tempat
duduk. "Eh, apa pegang-pegang ni" Lepaslah!" marahku sambil cuba melepaskan
genggaman tangan sasa itu. "Abang akan lepaskan, tapi sebelum tu sayang kena janji
yang sayang akan temankan abang makan," ugutnya. Aku mengetap bibir tanda tidak
puas hati. Ah, lelaki ini penuh dengan ugutan. Aku masih cuba melepaskan genggaman
tangannya. Tidakku peduli kepada ugutannya itu kerana aku yakin jika aku berusaha
pasti akan berjaya. Boleh pakai ke pepatah saat macam ni" Ah, lantaklah. Yang penting
tanganku harus dilepaskan. "Isy, lepaslah. Sakit tahu tak" Tangan dahlah macam
gorilla!" Sempat lagi aku mengutuk tangannya itu. Yusrizal melepaskan tawanya apabila
mendengar kata-kataku itu. Kuat pulak tu. Merona wajahku apabila para pengunjung
restoran yang duduk berdekatan dengan kami mula hilang minat terhadap makanan
mereka kerana mungkin merasakan apa yang berlaku di depan mata mereka saat ini
lebih menarik perhatian. "Eh, awak tak malu ke... semua orang dah tengoklah!" "Biarlah
orang tengok. Abang peduli apa. Kalau Ifa tetap berdegil, abang tak kisah kalau kita
perlu begini sampai esok pagi!" ugutnya lagi. Tak boleh jadi ni! bentak aku dalam hati.
Sudah penat aku mencuba tetapi masih tidak menampakkan hasil. Lenganku sudah
berbirat dikerjakan dek manusia bertangan gorilla ni. Peminat-peminat drama sebabak
yang aku persembahkan dengan Yurizal saat ini semakin bertambah. Malu tak usah
dicakap. Kalaulah ada student aku kat sini, memang kes niaya. Heboh satu UUM nanti,
"pensyarah fakulti perakaunan Abah, ibu tolong Ifa!!! Mataku pantas mencari ibu dan
abah. Pandangan penuh mengharap aku lemparkan buat mereka. Berharap mereka
sudi menghentikan perbuatan tidak berakal Yusrizal ini. Dari jauh dapat kulihat riak
kerisauan di wajah ibu. Mungkin risau sekiranya Yusrizal melakukan perkara-perkara
yang tidak baik terhadapku. Tahu pun risau! Tetapi tinggalkan aku berdua-dua dengan
lelaki sewel ni, tak risau pulak. Aku alih pandangan buat abah pula. Abah tersenyum
melihatku. Ah, abah! Waktu gawat macam ni pun boleh senyum lagi. Tetapi senyuman
abah disusuli dengan anggukan pula. Apa erti anggukan itu" Aku kurang mengerti. Abah
seakan memahami kerutan di dahiku ini. Lalu abah memberikan isyarat mulut dan
tangan terhadapku. Barulah aku mengerti. Rupa-rupanya abah mahu aku duduk semula.
Ah, tidak! Aku takkan ikut kehendak lelaki ini. Tetapi kalau aku tak turutkan, aku juga
yang bakal malu. Makin ramai pula peminatku nanti. Alamak, tak boleh jadi ni! Pengurus
restoran pun dah menjeling semacam ni. Malunya! Lalu tanpa berfikir panjang aku
kembali duduk di hadapan Yusrizal. Lelaki itu lantas tersenyum senang. Mungkin
merasakan kemenangan di pihaknya. Aku menjeling tajam. Tak apa, hari ni hari kau!
Hari aku belum sampai lagi. Sampai hari aku nanti, tahulah kau! cemuhku di dalam hati.
"Helo, saya dah duduk, kan" So, boleh tak lepaskan tangan saya ni?" "Okey!" ujar lelaki
itu. Masih tersenyum. Langsung tiada riak bersalah di wajahnya kerana telah
memalukan aku. Ah, dasar lelaki muka tembok! "Rasa macam tak nak lepas. Seronok
pulak!" Aku menjegilkan mata. Dia tertawa lucu dengan tingkah lakuku itu. Kemudian dia
kembali menjamah makanannya. Aduh, sakitnya tanganku ini. Merahnya! Berbirat pulak
tu! Alamak, berapa hari nak hilang ni" Sakitnya hati. Kalau diikutkan mahu aku cekik
saja lelaki ini biar mati. Kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang.
"Kenapa" Sakit ke?" Yusrizal bertanya tiba-tiba. Mungkin dia perasan riak wajahku yang
berkerut-kerut sambil menggosok lenganku yang digenggamnya tadi. "Tak adalah,
sedap sangat..." jawabku dengan nada ceria yang dibuat-buat. Sudah nampak muka kita
berkerut ditanya lagi. Apa dia ingat tangan dia tu lembut macam perempuan" "Nanti
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
hilanglah tu. Sakit sekejap aje," ujar Yusrizal lebih kepada memujuk. Senang aja cakap,
bukan dia yang rasa, tapi aku! "Ifa..." panggil Yuzrizal apabila aku tidak memberikan
apa-apa reaksi terhadap katakatanya tadi. Aku memandangnya sekilas. Kemudian
kembali menumpukan perhatian pada lenganku yang berbirat kemerahan itu. "Ifa...!"
panggilnya sekali lagi. Kali ini suaranya kedengaran keras sedikit. Mungkin marah
kerana aku tidak mengendahkannya. "Boleh tak cepat sikit makan tu. Kalau macam
nilah cara awak makan, sampai bila-bila pun tak luak nasi tu. Saya nak balik ni!" Pantas
aku memintas percakapannya. Malas mahu mendengar butir bicaranya yang lebih
kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah itu. Wajah Yusrizal sedikit berubah
dengan kata-kataku itu. Namun, dengan perlahan-lahan dia kembali menyambung
semula makan. Tiada lagi suara yang kedengaran selepas itu. Sehinggalah dia selesai
makan. Aku menarik nafas lega. Bermakna aku sudah boleh pulang ke rumah. Cepat
saja aku mengemas barang-barangku. Bersedia untuk pulang. "Nak ke mana tu" Abang
belum habis bercakap dengan Ifa lagi ni."
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
"Apa lagi" Saya nak baliklah. Ibu dengan abah mesti dah lama tunggu!" "Ibu dan abah
agaknya dah sampai rumah dah pun!" "What?" Aku pantas mengangkat wajah. Yusrizal
hanya tersenyum sambil mengalihkan pandangan ke arah tempat yang diduduki oleh
abah dan ibu tadi. Aku juga pantas memusingkan wajahku ke belakang. Benar seperti
yang dikatakan oleh Yusrizal. Meja makan yang diduduki oleh ibu dan abah sudah
kosong. Bertambah kecewa aku diperlakukan sebegitu. Kenapa ibu dan abah pulang
tidak maklumkan kepada aku dulu" Kenapa tinggalkan aku begini" Sakitnya hati!
Memang dah meletup ni! "Jangan marahkan mereka. Abang yang suruh ibu dan abah
pulang dulu. Abang ada perkara nak cakapkan dengan Ifa. Nak minta tolong
sebenarnya," terang Yusrizal dengan nada lembut. Pandailah, nak minta tolong suara
lembut bukan main. Hai, Yusrizal... kalaulah kau bersuara lembut begini dahulu,
mungkin bukan layanan yang sebegini aku persembahkan padamu. Biarpun kau tidak
mencintai aku, tetapi aku tidak kisah kerana layanan sebegini sudah mencukupi buatku.
"Awak nak minta tolong apa" Cepatlah!" Aku mula berkompromi. Malas lagi hendak
bergaduh. Hanya menambahkan kedutan di wajahku ini. Cepat tua kata orang tua jika
selalu marah-marah. Walaupun ternyata aku bukanlah muda remaja lagi. "Hujung
minggu ni kompeni abang ada buat annual dinner. Jadi abang nak ajak Ifa temankan
abang, boleh tak?" "What" Temankan awak" Tak naklah!" Pantas saja aku memberikan
jawapan tanpa berfikir dahulu. Memang mustahil aku menemankan lelaki itu ke
majlis-majlis seperti itu. "Alah Ifa, please... abang tak tahu nak ajak siapa. Abang bukan
kenal sesiapa pun kat sini, melainkan Ifa sorang..." rengek Yusrizal dengan wajah
kasihannya. Aku menjeling. Geli pula apabila Yusrizal merengek macam tu! "Ooo...
maknanya kalau ada orang yang awak kenal, awak takkan ajak sayalah. Macam tu"
Kalau macam tu, saya dengan senang hatinya offer kawan-kawan saya yang masih
single, kalau awak nak," kataku dengan nada terkilan. Aku sendiri tidak mengerti
mengapa aku perlu berasa terkilan apabila Yusrizal berkata begitu. Perasaan aku pada
waktu itu seperti mengkehendaki supaya Yusrizal mengajak aku kerana dia
sememangnya mahu aku menemankannya. "No! Jangan salah anggap sayang. Bukan
begitu maksud abang. Kalau boleh memang abang nak Ifa yang temankan abang. Ifa
masih ingat dulu, masa kita masih suami isteri" Abang tak pernah bawa Ifa, kan" Tapi
abang bawa Anne, Ifa ingat tak?" Serta-merta wajahku berubah. Terasa ada air mata
yang bergenang apabila aku ingat peristiwa itu. Sebak mencengkam jiwa. Pantas aku
alihkan wajah daripada pandangan Yusrizal. "Abang tahu Ifa terluka malam tu. Hati
abang tersentuh bila abang balik, abang tengok Ifa tertidur kat sofa dengan pakaian
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
yang mama belikan untuk dinner malam tu. Ifa tunggu abang ambil Ifa, kan" Abang..."
"Cukup! Saya tak nak dengar!" Serentak dengan itu air mataku menderu laju menuruni
pipi. Cepat juga aku mengesatnya. Aku tidak mampu mengawal kesedihan tatkala
mengenangkan peristiwa itu. Hilang maluku saat ini. Yusrizal pula kelihatan tergamam
apabila melihat aku menangis. "Ifa, abang... abang tak bermaksud nak lukakan hati Ifa.
Oh, no! What have I done" Ifa, please... jangan menangis," pujuk Yusrizal. Namun itu
belum cukup untuk menenangkan perasaan aku. Makin banyak pula air mataku
mengalir. Sudah lama aku tidak menangis. Hari ini seakan-akan luahan perasaan
buatku. Di depan Yusrizal pulak tu! "Ifa, abang minta maaf kalau abang dah buat Ifa
terluka. Abang tak bermaksud macam tu..." pujuk Yusrizal lagi. "Saya nak balik!" Aku
terus bangun dan berlalu dari situ. Tidak berpaling ke belakang lagi. Yusrizal juga tidak
menghalang aku lagi. Aku malu sebenarnya. Menjatuhkan air mata di depannya
memang tidak aku duga. Daripada dulu lagi aku memang tidak akan sesekali menangis
di hadapannya, kecuali kalau aku benar-benar terluka. Tetapi itu jarang sekali berlaku.
Tetapi kenapa hari ini mudah benar air mataku jatuh" 10 "CANTIKNYA!" Gaun malam
berwarna biru muda yang mama tunjukkan padaku benar-benar membuatkan aku teruja.
Dengan fabrik shiffon yang telah dialas di bahagian dalam baju dan labuci bertaburan di
bahagian dada, benar-benar menaikkan seri gaun itu. Ditambah pula dengan jahitan
manik di tepi kain, sudah cukup membuatkan aku tidak berkelip mata. Keinginan untuk
memiliki gaun itu juga begitu memuncak. Tetapi aku segera lupakan keinginanku itu
apabila mataku tertancap pada tanda harga yang tergantung. RM700.00" Fuh! Mahal
giler! Dengan duit sebanyak itu boleh menampung hidupku selama sebulan. Tidak
sanggup rasanya hendak aku habiskan dalam masa sehari. "Cantikkan Ifa" Cubalah...
manalah tahu kalau sesuai dengan Ifa." "Eh, tak perlulah mama. Sesuai tu Ifa rasa...
memang sesuai. Tapi yang tak sesuai sekarang ni duit aje," ujarku dengan nada
bergurau. Aku tertawa kecil dengan kata-kataku sendiri. Ketika itu kami sedang berada
di sebuah butik yang agak terkenal di kalangan orangorang ternama seperti mama.
Malam esok mama akan menghadiri jamuan tahunan AMA Holdings bersama papa.
Jadi hari ini mama telah meminta aku menemaninya untuk mengambil baju yang telah
ditempah sebulan lalu untuk dipakai pada malam itu. Butik inilah yang menjadi tempat
mama dan rakan-rakan mama menempah pakaian. Kata mama, pilihan di sini memang
banyak. Selain mempunyai pakar perunding fesyen yang berpengalaman, mereka juga
sangat menitikberatkan kepuasan pelanggan. Itulah yang menyebabkan mama menjadi
salah seorang pelanggan tetap di sini. "Isy... yang tu jangan difikirkan sangat. Kalau
difikirkan memang sampai bila-bila pun tak ada peluang kita nak bergaya dengan
baju-baju cantik. Dah, pergi cuba saja. Cantik tu!" "Tak perlulah mama. Membazir aja.
Lagipun Ifa nak buat apa dengan baju tu. Nak pakai pergi kerja pun macam melampau
sangat," bantahku, lembut. Tidak mahu menggores perasaan ibu mentuaku itu. "La,
esokkan annual dinner kompeni kita. Bolehlah pakai esok. Takkan nak pakai baju lama
kut. Ifa tu salah seorang isteri ahli board of directors. So, kenalah bergaya sikit." "Ifa tak
pergilah mama," beritahuku. "Eh, takkan Ifa tak pergi" Kan ke Rizal pergi esok" Takkan
nak biarkan Rizal pergi sorang-sorang?" Suamiku pergi" Tapi kenapa dia tak cakap
apa-apa pun" Sebelum ini aku ingatkan suamiku itu tidak turut serta. Nak jawab apa kat
mama ni" Memang nampak peliklah kalau Yusrizal pergi tanpa aku, kerana aku ini
isterinya. Sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah, sudah semestinya agak
janggal sekiranya dia pergi berseorangan. "Dah, tak payah nak buat muka macam tu.
Sekarang ni Ifa pergi cuba baju tu. Kita tengok sesuai ke tak" Ifa kena pergi majlis tu
esok, tahu?" Alamak, mama sudah mengeluarkan arahan. Bermakna aku sudah tidak
punya pilihan lain. Mama pula sudah memanggil pekerja di butik itu dan menyuruhnya
menurunkan gaun tersebut. Aku sudah tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
menurut perintah. Isy... nampak seksi pula baju ni! bisikku sendirian di hadapan cermin.
Sudah hampir sepuluh minit aku berada di dalam fitting room yang telah disediakan di
butik itu. Enggan keluar kerana malu. Gaun ini memang cantik tetapi kelihatan agak
seksi. Tidak pernah aku memakai gaun yang secantik ini. Selama ini hanya baju kurung
yang menjadi pakaianku. Kalau berseluar selesa. Sedangkan baju ini pula lebih
mengikut bentuk tubuh. Terserlahlah bentuk tubuhku yang sebenarnya dengan gaun ini.
Walaupun tiada seinci tubuhku yang terdedah, tetapi aku masih berasa malu kerana
tidak biasa. "Ifa, dah ke belum?" Ketukan di muka pintu bilik persalinan itu
memeranjatkan aku yang sedang kalut sendiri. "Kejap mama. Ifa nak keluarlah ni!"
laungku dari dalam. Aduh, apa-apa pun aku mesti keluar. Kasihan mama yang sudah
lama menunggu. Lalu, dengan berat hati aku melangkah keluar selepas meletakkan
tudung di kepala. Sekadar menutup rambutku yang terdedah. Takut juga sekiranya ada
pengunjung lelaki di situ. Free saja mengumpul dosa. Dosa besar pulak tu! "Amboi,
cantiknya menantu mama," kata mama sebaik saja aku keluar dari fitting room.
Kedua-dua belah tangan mama mencapai bahuku lalu ditilik setiap inci tubuhku.
Merona wajahku apabila dipuji sebegitu. Apatah lagi apabila aku menyedari kehadiran
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
dua pembantu butik di situ. Mereka tersenyum melihatku. Entah untuk apa mereka
tersenyum aku sendiri tidak mengerti. "Cantiklah Ifa. Padan sangat dengan Ifa. Kalau Ifa
pakai ni memang tak berkelip mata Rizal nanti. Kita beli ya?" "Tapi mahal sangat la ma.
Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
Sayang rasanya nak keluarkan RM700.00 untuk beli baju ni!" Aku cuba berkompromi
dengan mama. Berharap agar mama faham dengan apa yang aku fikirkan. Gajiku
sebagai account executive tidak seberapa. Walaupun hakikatnya aku punya suami yang
kaya-raya, tetapi ia tetap tidak merubah kehidupanku. Nampak saja tinggal di rumah
mewah, tetapi kehidupanku tidak semewah dan sebahagia yang difikirkan. Boleh
dikatakan hampir keseluruhan barang dapur aku yang sediakan dengan menggunakan
duit aku sendiri. Yusrizal jarang sekali memberikan aku duit untuk berbelanja seperti
lazim yang dilakukan oleh seorang suami. Sementelah pula dia jarang menyentuh
barangbarang yang aku beli dan hidangan yang aku sediakan. Kebiasaannya, aku
hanya memasak untuk diriku sendiri. Mungkin itulah yang difikirkan oleh lelaki itu. Untuk
apa dia memberikan aku duit sekiranya dia langsung tidak memakannya. Lelaki itu
hanya akan memberikan aku duit sekiranya dia terniat untuk berbuat demikian. Dan
selalunya dia tidak akan memberikannya secara langsung kepadaku. Dia hanya akan
meninggalkan di atas meja makan bersama satu nota kecil yang menyatakan itu adalah
untuk perbelanjaan harianku. Begitulah seksanya kehidupanku bersama Yusrizal. Dia
bukan sahaja menyeksa aku secara zahir tetapi juga batin. "Alah, tak payah nak kasi
alasan kat mama. Kita beli aja gaun ni. Mama belanja!" Terkejut aku dengan kata-kata
mama itu. Masakan mama hendak belikan gaun itu untukku. Ah, segannya. Bukannya
murah pulak tu. Nanti apa pula kata Yusrizal dan papa" "Eh, tak payahlah susah-susah
mama. Okeylah... Ifa beli. Biar Ifa yang bayar sendiri." "Dah, tak payah nak
mengada-ada. Mama belanja! Sekarang Ifa pergi salin baju ni," arah mama dengan
suara tegasnya. Kecut aku dibuatnya. Baru pertama kali aku melihat wajah mama
segarang ini. Patutlah Nisa mengatakan yang mamanya juga seorang yang garang
dalam kelembutannya itu. Hari ini baru aku dapat melihatnya. Suprise! Suprise! Selesai
urusan mama, dia mengikut aku pulang ke rumah. Risau juga aku sekiranya mama
bertanya ke mana anak lelakinya itu. Jawapan apa yang harus aku berikan kerana hari
cuti begini selalunya Yusrizal akan menghabiskan masa dengan kekasih
kesayangannya. Lelaki itu jarang sekali melekat di rumah. Nampaknya aku terpaksa
menipu lagi. Hai, banyak sungguh penipuan yang telah aku lakukan semenjak
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
berkahwin dengannya. Namun, aku sedikit hairan apabila sampai di rumah, kereta milik
Yusrizal ada terparkir di porch. Hairan juga aku. Yusrizal tak keluarkah hari ni" Selamat
aku daripada soalan mama dan yang pastinya aku tidak perlu menipu lagi. "Masuklah
mama. Rumah semak sikit. Ifa tak sempat nak mengemas hari ni." Sopan aku
menjemput mama masuk ke dalam rumah. "Semak apa macam ni Ifa. Cantik aje mama
tengok. Pandai Ifa hias rumah. Nampak ringkas tapi cantik," puji mama sambil matanya
galak meliar ke sekeliling rumah. Seperti pengkritik pula aku melihatnya. Segan pula aku
dengan mama. Walaupun sudah berusia tetapi tenaga mama masih utuh. Boleh
dikatakan keseluruhan hiasan dalam rumahnya dan landskap luar adalah kerja mama.
Mama memang meminati bidang hiasan dalaman dan mempunyai ijazah dalam bidang
itu. Tetapi minatnya hanya direalisasikan ke atas rumahnya sahaja kerana papa tidak
membenarkan mama bekerja. Betul juga bila aku fikirkan tindakan papa. Untuk apa
mama bekerja sedangkan harta yang papa kumpul memang tidak habis dimakan. "Rizal
mana ni, Ifa?" "Ada kat atas kut. Ifa pergi tengok." "Tidurlah tu!" gumam mama. Aku
hanya tersenyum. "Mama duduklah dulu, ek. Ifa pergi kejutkan abang kejap." Mama
mengangguk. Aku mula mendaki anak tangga menuju ke bilik Yusrizal. Gentar juga
hatiku untuk memasuki biliknya. Selama ini Yusrizal memang melarang keras aku
menjejakkan kaki ke bilik itu. Tetapi untuk hari ini aku terpaksa melanggar larangannya.
Aku mengetuk pintu bilik Yusrizal perlahan. Takut didengari mama. Hairan pula orang
tua itu nanti. Masakan hendak masuk ke bilik sendiri pun perlu ketuk dahulu. Tiada
balasan! Selepas berfikir panjang aku memulas tombol pintu biliknya lalu menjengah ke
dalam. Benar seperti yang dikata mama, Yusrizal kelihatan enak berselubung. Dia
masih belum bangun tidur sedari pagi lagi. Mata mestilah mengantuk kalau hampir
subuh baru nampak batang hidungnya. "Abang..." panggilku perlahan. Takut pula
kalau-kalau memeranjatnya lelaki itu. "Abang...!" Sekali lagi aku memanggil. Namun
masih tiada balasan. Alah, liatnya nak bangun. Apa yang harus aku lakukan"
Teragak-agak aku hendak menyentuhnya. Tetapi jalan apa yang ada" "Abang...!"
panggilku bersama goncangan lembut di bahunya. Perlahan-lahan Yusrizal
membukakan mata. Kelihatan payah benar suamiku hendak memfokuskan pandangan.
Sedangkan aku sudah gementar di dada menanti reaksinya apabila melihat aku nanti.
Seperti yang aku jangkakan. Pantas Yusrizal bangun. Matanya tajam merenungku. Aku
terus menunduk. Tidak berani menentang pandangannya. Tambahan pula dia tidak
berbaju. Hanya berseluar pendek. Malu aku melihatnya. "Kenapa kau masuk bilik aku
ni" Kan aku dah cakap, jangan masuk bilik aku. Kau tak faham ke?" Bergegar tubuhku
mendengar suaranya yang lantang itu. Hilang kata-kata yang telah aku hafal tadi.
"Apesal kau diam?" "Se.. se.. be.. benarnya mama abang datang. Mama ada kat bawah.
Ifa dah ketuk pintu tadi, tapi abang tak dengar." "What" Mama datang?" Pantas saja
Yusrizal melompat dari katil. "Kenapa kau tak cakap awal-awal?" Membulat mataku
melihat gelagat Yusrizal yang kelam-kabut itu. Laju saja kakinya melangkah ke bilik air
selepas mencapai tuala. Terpinga-pinga aku dengan gelagat Yusrizal. Namun beberapa
saat kemudian dia keluar semula. "Aku nak kau bawa apa-apa yang patut barang kau
masuk ke dalam bilik ni. Lepas tu kau kunci pintu bilik kau. Aku tak nak mama tahu yang
kita duduk bilik berasingan. Lagi satu kemas katil ni. Aku nak mandi." pula tidak
menunggu lama. Pantas kakiku menuju ke bilikku dan mencapai apa yang patut bagi
memindahkannya ke bilik Yusrizal. Selepas mengemas katil Yusrizal, aku turun
mendapatkan mama. Kasihan mama terpaksa menunggu lama. "Hah, mana Rizal" Dah
bangun belum?" tanya mama. "Kejap lagi abang turun. Dia tengah mandi," beritahuku.
"La, baru nak mandi" Isy, apalah nak jadi dengan budak tu! Tak berubah perangai
walaupun dah kahwin. Kamu nasihatlah sikit suami kamu tu. Jangan dibiarkan sangat.
Jangan sampai dia ingat kamu tak kisah, nanti lagi menjadi perangainya. Zaman bujang
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
dulu bolehlah. Tapi sekarang dah ada isteri. Buat cara dah ada isteri. Bukan sesuka hati
aje nak bangun ke tak nak bangun," leter mama. Aku hanya tersenyum mendengar
bebelan mama. "Yalah, nanti Ifa nasihatlah abang tu. Lagipun kami baru kahwin ma.
Mungkin abang dah biasa macam tu. Tak biasa lagi hidup berumah tangga ni," ujarku
membela Yusrizal. Terpaksalah aku cakap begitu. Takkanlah aku hendak join mama
mengutuk suamiku. Nampak sangatlah nanti yang aku juga tidak menyenangi sikapnya
yang satu itu. Eh, buka satu... tapi banyak!!! "Mama duduklah dulu. Ifa nak ke dapur buat
air. Kesian mama terpaksa tunggu lama. Mesti dahaga." Mama hanya mengangguk. Aku
menuju ke dapur lalu menyediakan minuman untuk kami bertiga. Nescafe susu menjadi
pilihanku kerana kedua-dua beranak itu memang sangat gemarkan minuman itu.
Selepas siap aku menatang dulang yang berisi air dan sedikit kuih-muih ke ruang tamu.
"Minumlah mama. Ni ajelah yang ada. Ifa tak sempat nak beli barang-barang dapur
lagi." "Yalah..." kata mama lalu mencapai cawan dan mencicip sedikit minuman yang
aku sediakan. Dalam masa yang sama Yusrizal melangkah turun. Terus saja lelaki itu
mendapatkan mamanya. Dicium tangan dan pipi wanita itu. Mama kelihatan gembira
dengan perbuatan anaknya itu.
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
"Dah lama sampai ma?" tanya Yusrizal. "Hmmm... dah nak balik pun," ujar mama.
Nadanya seperti sedikit merajuk. "Alah, sorrylah ma. Rizal mengantuk sangat. Ada kerja
yang perlu Rizal selesaikan semalam. Lepas subuh baru Rizal tidur," bohong Yusrizal.
Mungkin untuk menyedapkan hati wanita itu. Sedangkan aku isterinya lebih tahu hakikat
sebenarnya. Namun aku sedikit tersentak apabila suamiku itu melabuhkan punggung di
sebelahku. Begitu hampir sehingga menghilangkan jarak antara tubuhku dan tubuhnya.
Itu semua menjadikan aku tidak selesa. Maklumlah, sebelum ini tidak pernah pun dia
menyentuhku, apatah lagi hendak duduk berdua serapat ini. Memang mustahil!
"Yalah..." kata mama sekadar menerima alasan anak lelakinya itu. "Minumlah bang,"
pelawaku kepada Yusrizal. Suamiku itu menganggukkan kepala sambil menghadiahkan
senyuman manis buatku. Hatiku sedikit terusik dengan senyuman itu. Kacaknya dia.
Tangan yang memegang cawan terasa sedikit bergegar. Nasib baik Yusrizal cepat
mengambilnya dari tanganku. Kalau tidak mungkin mama akan perasaan rasa
gementarku itu. "Tadi sayang pergi beli apa dengan mama?" Gulp! Sayang" Terasa
tidak tertelan kuih yang baru kujamah. Suaranya lembut dan romantik sekali. Kukira
panggilan sayang itu sudah tidak mungkin kudengar tetapi nampaknya hari ini aku telah
diberi peluang untuk mendengarnya. "Beli baju. Tapi mama yang belikan untuk Ifa,"
jawabku perlahan. "Beli baju?" Terangkat sedikit kening Yusrizal. "Haah, Rizal. Cantik
sangat Ifa bila pakai baju tu. Sebab tu mama belikan untuk dia. Rizal nak tengok" Mana
Ifa baju yang kita beli tu?" "Errr... ada kat sana," jawabku sambil menunjuk ke arah meja
makan yang penuh dengan beg kertas di hujung ruang tamu yang luas itu. "Pergilah
ambil. Kasi Rizal tengok." "Errr... tak payahlah kut," bantahku lembut. "La... apa pula tak
payah. Kasilah suami kamu ni tengok. Apa yang nak dimalukan?" "Haah... sayang.
Biarlah abang tengok, betul ke cantik baju tu." Aku tidak punya pilihan melainkan
terpaksa membenarkan Yusrizal melihatnya. "Emmm... cantiknya!" puji Yusrizal. "Tapi
sayang nak pakai ke mana dengan baju cantik macam ni?" tanya Yusrizal lagi dengan
muka pelik. "La... tanya pula Rizal ni. Ke majlis esoklah. Rizal tak pergi ke" Mama tanya
Ifa tadi, dia cakap dia tak pergi." Aku melontarkan pandangan ke arah lelaki itu yang
kelihatan sedikit gelisah. "Eh, mestilah pergi. Abang lupa nak cakap dengan sayang.
Nasib baik mama dah cakap. Esok majlis pukul lapan setengah. Ifa siaplah, nanti abang
balik jemput Ifa sebab abang ada hal sikit dengan Syam petang esok." Beritahu
suamiku. Hatiku girang tidak terkata. Nampaknya Yusrizal sekadar terlupa. Kufikir lelaki
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
itu memang tidak mahu mengajakku. SEAWAL pukul lima petang aku sudah
memastikan segala-galanya tersedia. Pakaianku sudah digosok. Alatan mekapku juga
sudah tersedia. Tinggal untuk dipakai sahaja. Terasa tidak sabar pula hendak
menggayakan pakaian yang dibeli oleh mama untukku pada majlis malam ini. Apatah
lagi aku bakal berjalan beriringan dengan suamiku pula. Alangkah indahnya. Aku akan
pastikan penampilanku sedikit berbeza malam ini. Biar dapat mencuri sedikit tumpuan
Yusrizal. Yusrizal sedari pagi lagi sudah keluar rumah bersama beg kecil. Apa pula yang
berada di dalam beg itu tidak pula aku ambil tahu. Mungkin dia pergi berjumpa dengan
Syam seperti yang dia beritahuku semalam. Namun, sehingga pukul sembilan malam,
batang hidung suamiku langsung tidak kelihatan. Aku mula gelisah. Pada fikiranku, tentu
majlis sudah bermula. Mana pergi suamiku ini" Ah... mungkin dia ada hal kut" bisikku
sekadar untuk menyedapkan hati. Aku melabuhkan punggung di sofa sambil sesekali
mataku menjengah keluar apabila terdengar bunyi enjin kereta menyusuri di depan
rumahku. Tetapi aku hampa. Suamiku masih juga tidak kelihatan. Aku melihat jam di
dinding. Sudah menunjukkan pukul sembilan lima belas minit malam. Aku terus-terusan
melihat jam itu sehingga tidak sedar bila masa aku terlelap. Apabila aku sedar hari
sudah pagi. Pantas aku bangun dan menjengah keluar. Kelihatan kereta Yusrizal elok
sahaja terparkir di porch. Fahamlah aku kini dengan apa yang berlaku. Suamiku itu
memang tidak berniat hendak membawaku ke majlis itu. Telahanku semakin kuat
apabila menerima panggilan daripada mama. Kata mama, anak kesayangannya itu
memberitahunya yang aku tidak sihat dan tidak dapat menghadiri majlis itu. Aku tidak
punya pilihan melainkan mengiakan saja kata-kata Yusrizal itu. Tetapi hatiku pedih
apabila mama memberitahu ada seorang wanita menemani Yursizal pada malam itu.
Kata mama wanita itu adalah client syarikat. Sedangkan firasat aku lebih kuat
mengatakan itu adalah Anne. Hancur luluh hatiku saat itu. Air mata membasahi pipiku.
Sedarlah aku akan kedudukanku di sisi Yusrizal sekarang. Aku ibarat patung yang tidak
bernyawa bagi dirinya. Air mata yang mengalir aku kesat apabila terdengar ketukan di
pintu bilik tidurku. Hilang berterbangan semua ingatanku pada kenangan yang perit itu.
Aku terfikir untuk apa aku mengingatinya lagi, sedangkan kutahu ia hanya akan
mengundang air mataku. Tetapi walau kucuba untuk melupakannya, ia tetap menjelma
tanpa diundang. Seterusnya menambahkan perasaan benciku terhadap bekas suamiku
itu. "Ifa dah tidur ke?" Terdengar suara ibu di luar bersama ketukan-ketukan kecil.
Pantas aku bangun mendapatkan cermin, menilik sedikit mataku yang membengkak
Pedang Keadilan 16 Your Secret Memories Karya Avalon.jr Pelangi Di Langit Singosari 21
Mandarin Cersil Mandarin
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama