Ceritasilat Novel Online

Antara Benci Dan Rindu 4

Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya Bagian 4


ke kepala. Tidak lupa aku meletakkan batal golek di tengah-tengah. Harap-harap
Yusrizal tidak akan mengubah kedudukannya. Aku tidak mahu tidur terlalu rapat
dengannya. Dan kalau nasibku baik, Yusrizal akan tidur di sofa seperti malam pertama
kami lima tahun lepas. Tetapi dalam bilik aku tiada sofa. Tidur di bawahlah jawabnya.
Jantungku mula berdetak kencang apabila pintu bilik di buka dari luar. Dan aku terasa
hendak lari sahaja apabila terasa ada orang berbaring di sebelahku. Dalam hati aku
berdoa semoga Yusrizal tidak akan melakukan apa-apa kepadaku. Walaupun sudah
dua kali berkahwin, aku masih belum bersedia untuk melakukan hubungan yang lebih
jauh. Aku memejamkan mata apabila terasa bantal golek sudah dialihkan daripada
kedudukan asalnya. Walaupun bilikku lengkap dengan penghawa dingin tetapi aku
dapat merasakan yang dahiku berpeluh. Dan yang paling membuatkan tubuhku
menggigil adalah apabila terasa ada tangan nakal mula menjalar di tubuhku. Bermula
dari pangkal paha sehinggalah ke bahu dijamahnya. Aku hanya menahan rasa.
Kemudian tidak semena-mena selimut yang menutupi kepalaku disingkap. Cepat-cepat
aku memejamkan mata. Berpura-pura tidur. Tidak sanggup aku menatap wajahnya yang
mungkin tidak sampai sejangkal dari wajahku kerana aku dapat merasakan hembusan
nafasnya. Rambutku dielus dan wajahku dibelai lembut. Kalau diikutkan hati, mahu
sahaja aku bangun dan menolak tubuhnya jauh dari tubuhku. Tetapi itu hanya lahir dari
hatiku. Aku masih lagi mengeraskan diri. Tidak mahu Yusrizal sedar yang aku belum
tidur sebenarnya. "Abang tahu Ifa belum tidur. Kalau ya pun takut dengan abang,
janganlah berselubung macam ni. Kan panas," ujar Yusrizal tiba-tiba. Dalam hati aku
tertanya-tanya, bagaimana lelaki itu sedar yang aku belum tidur" Adakah kerana
tubuhku menggigil tadi" "Sudahlah tu. Buka la mata," pinta Yusrizal.
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
Aku tidak mahu mengikut kehendaknya. Lalu aku terus memejamkan mata. Biar dia
menyangka yang aku benar-benar sudah tidur. Namun mataku terbuka luas apabila
tidak semena-mena Yusrizal mengucup bibirku. Aku menutup mulutku pantas. Dalam
hati seakan tidak percaya yang bibirku sudah dinodai. Aku memandang suamiku itu
dengan pandangan geram. Suamiku itu pula hanya tertawa girang sambil mengenyitkan
matanya padaku. Aku yang dalam mood geram mula mencapai bantal lalu dibaling ke
arahnya. Tetapi sasaranku tidak mengena apabila Yusrizal menghilangkan diri di dalam
bilik air. Aku mendengus kasar! "MORNING!" sapaku. Aku mengambil tempat di
sebelah mama. Ketika aku turun tadi jam sudah menunjukkan pukul tujuh setengah
pagi. Niatku bangun awal adalah untuk membantu ibu membuat sarapan. Tetapi
nampaknya aku terlambat lagi. Hidangan telah siap tersedia. "Aik, pengantin baru
awalnya bangun?" usik mama. Aku hanya tersenyum tawar. Faham sangat maksud
mama itu. Sejak dari semalam lagi aku teruk diusik mereka bertiga. Ibu, mama dan Nisa
nampaknya sudah bersatu tenaga mahu memerahkan pipiku dengan usikan mereka itu.
"Abang Rizal mana kak" Tak bangun lagi ke?" tanya Nisa. Tangan gadis itu lincah
mencuci pinggan mangkuk di singki. "Dah bangun dah tadi. Tapi sambung tidur balik,"
jawabku ringkas. Malas mahu bercakap pasal lelaki itu kerana hatiku tengah panas
dengannya. Pagi-pagi lagi sudah membuatkan aku bertambah dosa kerana memarahi
suami sendiri. "Aik, tak cukup tidur ke semalam?" Kata-kata Nisa disambut gelak ketawa
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
ibu dan mama. Sekali lagi pipiku terasa hangat dek diketawakan mereka semua. Tetapi
benar juga kata Nisa, sememangnya lelaki itu tidak cukup tidur. Bagaimana hendak
cukupkan masa tidur sekiranya sepanjang malam kerjanya hanya mengganggu aku.
Geram tak usah dikata kerana Yusrizal aku juga tidak cukup tidur. Walaupun Yusrizal
menghormati keputusan aku yang masih belum mahu bersamanya, tetapi dia tidak
membenarkan aku tidur berasingan. "Abang faham kalau Ifa masih belum bersedia. Tapi
abang tak nak tidur sorang-sorang. Abangkan dah ada isteri. So, abang nak tidur
dengan isteri abang," ujarnya tenang ketika aku menyuarakan hasrat hatiku itu. "Kalau
saya tak nak?" Aku bertanya berani. Keningku sengaja diangkat sambil memandangnya
dengan riak sombong. Ketika itu Yusrizal duduk di birai katil manakala aku sedang
berdiri berhadapan dengannya. "Kalau Ifa tak nak?" ulangnya sambil bangun
menghampiriku. Hatiku mula gelisah. Aku terfikir apakah yang akan dilakukannya.
Suamiku itu menghadiahkan senyuman manis kepadaku apabila tubuhnya sudah
berada di hadapanku. Aku sedikit terpanar melihat senyuman itu. Kenapa sekarang
kerap benar senyuman itu terukir di bibirnya" Sedangkan dulu senyuman itu jarang
sekali mahu dipamerkan padaku. Keasyikan itu membuatkan aku lupa pada dunia
sekeliling. Sedar-sedar tubuhku sudah berada di awangan. "Apa awak buat ni"
Turunkan saya!" Yusrizal tidak menghiraukan kata-kataku. Sebaliknya tubuhku dibawa
ke katil dan diletakkan di situ. Aku cuba bangun tetapi dihalang oleh wajahnya yang
terlalu hampir denganku. "Apa awak buat ni?" "Kalau Ifa tak nak tidur sebelah abang,
bermakna malam pertama kita akan bermula sekarang," ujarnya dengan nada yang
cukup perlahan dan hampir tidak kedengaran. Terbeliak mataku mendengarnya.
Tubuhku kembali menggigil. "Awak jangan nak buat kerja gila. Saya takkan benarkan!"
"Boleh ke Ifa nak halang abang" Ingat Ifa, seorang isteri wajib melayan suaminya."
"Ooo... kalau bab ni pandai pulak awak nak ikut hukum Allah. Masa awak buat dosa dulu
awak tak ingat?" kataku geram. "Well, I"m giving you the options baby. Tidur sebelah
abang atau first night?" Aku hanya mendiamkan diri. Malas mahu membuat pilihan yang
diberikannya. Keduadua pilihan yang diberikan ternyata akan membuatkan egoku terasa
direndahkan. Sedangkan aku tidak mahu mengalah dengannya. Yusrizal mula
menundukkan kepala apabila aku tidak bersuara. "Okey, okey! Saya tidur sebelah awak!
Puas hati?" Akhirnya aku memberikan keputusan untuk mengelakkan bibirku dinodai
sekali lagi. Geram aku apabila lelaki itu bangun sambil tersenyum kemenangan. Malam
itu aku tidur di sebelahnya tanpa bantal golek di tengah-tengah. Awal-awal lagi suamiku
itu sudah melemparkan bantal yang tidak berdosa itu ke bawah. Tangannya pula tidak
langsung berenggang dari pinggangku. Sepanjang malam aku dipeluknya. Bila aku cuba
alihkan diri, dia akan memelukku semula. Berapa kali aku cuba memisahkan tangannya
dari pinggangku ketika dia sedang tidur aku tidak pasti. Yang pasti aku memang tidak
mampu menghalangnya dari terus memelukku. Deria rasanya terlalu peka. Akibatnya
aku tidak dapat melelapkan mata dengan nyenyaknya kerana berasa tidak selesa.
Apatah lagi dadaku pula berdebar-debar seperti baru menamatkan larian seratus meter.
"Hai, pengantin baru dah sampai ke bulan ke?" Aku sedikit tersentak apabila mama
menggawangkan tangan di depanku. Serentak dengan itu kedengaran orang ketawa
kecil. Aku tersenyum malu. Bagaimana pula boleh mengelamun di sini" "Agaknya dah
sampai ke bulan yang bermadu la tu mama," usik Nisa lagi. Aduh, makan hati aku
hari-hari kalau asyik diusik saja. "Hah Ifa, kamu dengan Rizal tak teringin nak pergi
berbulan madu ke?" tanya mama. Aku mengerutkan dahi. "Berbulan madu" Tak boleh la
mama. Ifa ambil cuti empat hari aja ni." "Laaa... kenapa ambil cuti pendek sangat. Dah
tahu nak kahwin sepatutnya ambil cuti lama sikit. At least seminggu," omel mama. Aku
hanya tersenyum. Tidak langsung mengambil hati dengan omelan itu. "Itulah Maria.
Saya dah cakap dah kat dia dulu. Tapi tak nak dengar. Banyak kerja katanya," sampuk
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
ibu pula. "Ifa bukan apa, bu. Sekarang ni dah bulan Oktober. Dah dekat sangat nak final.
Waktu macam ni biasanya sibuk. Students perlukan bimbingan untuk menghadapi final,"
jelasku separuh beralasan. "Haah betullah. Sekarang dah dekat nak final. Nisa pun tak
ready lagi ni," kata Nisa pula. Perasaanku sedikit lega apabila Nisa berkata begitu.
Nampaknya alasanku agak kuat sekarang kerana disokong oleh pelajar universiti
sendiri. Nisa sudah tentu memahami kerana dia juga seorang penuntut. Cuma bukan di
universiti yang sama aku mengajar. Tetapi rangka masanya juga mesti sama. Kulihat ibu
dan mama hanya mengangguk faham. "Hah Nisa, jangan nak cakap tak ready. Mama
nak pointer Nisa naik semester ni!" Tiba-tiba mama bersuara kembali. Tetapi kali ini
tumpuannya pada Nisa pula. "Ala... mama, jangan risau la! Pensyarah akaunkan ada kat
sini," ujar Nisa sambil memandangku. "Lagipun pernah ke pointer Nisa jatuh?" sambung
Nisa lagi. Aku akui Nisa memang gadis yang bijak. Setiap semester, pointernya akan
meningkat. Malah, semester lepas Nisa sudah berjaya meletakkan dirinya dalam ranking
pelajar-pelajar yang mendapat first class. Aku juga kagum dengan kesungguhannya
meningkatkan pencapaian diri. "Eh, ibu lupa la! Nisa ambil course apa ya?" tanya ibu
kepada Nisa. Nisa juga memanggil ibuku dengan panggilan ibu. Itu permintaannya pada
ibu. Ibu pula menyambut dengan senang hati hasrat Nisa itu. Lagipun kata ibu, tiada
salahnya kerana dia juga teringin merasa punya anak ramai. "Pengurusan perniagaan,
bu." "Ooo...." "Morning!" Serentak itu semua mata beralih pandang ke arah pintu dapur.
"Sarapan dah siap ke?" tanya abah. Manakala, papa dan juga Yusrizal sudah
mengambil tempat di meja makan itu. Terasa sesak dapur ini dengan kehadiran semua
penghuni di rumah ini. "Dah siap dah. Baru ingat nak kejutkan, tapi semua dah bangun.
Macam berjanji pula," ujar ibu. Tiba-tiba aku terasa jariku digenggam di bawah meja.
Aku mengerutkan dahi lalu
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
memandang Yusrizal yang duduk di sebelah kiriku. Tiada siapa lagi yang akan berbuat
begitu melainkan dia. Suamiku itu hanya berwajah selamba sambil mendengar
perbualan mereka yang lain. Sedangkan aku sudah merasa tidak selesa. Lalu, aku cuba
meleraikan genggaman tangan itu tetapi tidak berjaya. Pegangan lelaki itu terlalu kuat.
Seolah-olah sudah bersedia dengan tindakan aku. Tetapi aku tidak mahu mengaku
kalah. Aku terus mencuba lagi. Mengharap tanganku dilepaskan. Namun begitu
perlakuanku agak terbatas kerana bimbang mama yang berada di sebelah kananku
akan menyedari tingkah lakuku itu. Tetapi nampaknya mama memang sudah
menyedarinya. "Yang kamu berdua ni kenapa?" Aku dan Yusrizal terdiam. Namun
begitu tautan jari-jemari kami masih tidak terlerai. Semua mata sudah memandang kami
dengan pandangan penuh tanda tanya. Mungkin masih tidak mengerti kenapa mama
berkata begitu. "Kenapa apa" Tak ada apa-apalah mama," jawabku sambil menguntum
senyum. Senyuman tidak tahu apa-apa. Kononnya! "Habis tu, mama tengok kamu
macam tengah berebut sesuatu aje?" Aduh, terasa mahu saja aku menyembunyikan
wajahku di bawah meja. Mama ni pun, tak cover langsung! Aku juga sudah merasakan
yang jari tanganku sudah dilepaskan. "Biasalah tu, pengantin baru..." kata papa
disambut oleh gelak ketawa mereka. Aku memandang Yusrizal dengan pandangan
geram. Lelaki itu kelihatan selamba. Malahan, dia juga tumpang sekaki mentertawakan
aku. Perasaan geram dalam hatiku ini hanya Tuhan saja yang tahu. "Dahlah, jom kita
makan. Ifa, tolong ibu bawakan semua ni ke meja depan." Aku mengangguk lalu bangun
mencapai mangkuk besar yang berisi mi goreng di tangan ibu. Mereka yang lain juga
turut bangun meninggalkan meja makan di dapur itu. Setelah aku meletakkan mangkuk
besar itu di atas meja, aku kembali ke dapur. "Ada apa-apa lagi ke bu?" "Tak ada
apa-apa dah. Semuanya dah bawa ke depan. Jomlah kita makan," ajak ibu. Baru saja
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
aku mahu melangkah, terpacul Yusrizal di depan mata. "Kenapa, Rizal" Jomlah kita
makan," ajak ibu kepada suamiku itu. "Rizal nak air Nescafe susu, boleh tak bu?" "Oh
ya, ibu lupa! Mama kamu ada beritahu tadi yang kamu tak minum kopi. Hah Ifa, pergi
buatkan air Nescafe susu untuk Rizal." Aku hanya menurut kata-kata ibu. Sedangkan
ibu sudah berlalu ke depan meninggalkan kami di situ. Tanpa mempedulikannya, aku
mendapatkan cawan dan mula membuatkan air untuknya. Tiba-tiba aku terasa tubuhku
dipeluk erat dari belakang. "Lepaslah!" Aku menolak tangannya yang enak melingkar di
pinggangku. "Marah abang pasal semalam ke?" bisiknya di telingaku. Dek kerana
kegelian aku menjauhkan sedikit kepalaku daripadanya. Entah mengapa hatiku
berdebar-debar kencang. "Isy... lepaslah. Nanti semua orang nampak, malulah." Geram
betul aku dengan kelakuan lelaki ini. Sudahlah dendam dulu pun masih belum sembuh,
takkanlah hendak ditambah dengan dendam yang baru. "Biarlah orang nampak.
Bukannya kita buat dosa pun." Yusrizal sudah meletakkan dagunya di bahuku. "Awak ni
kenapa" Lepaslah..." pintaku dengan suara yang perlahan. Takut pula sekiranya
didengari semua orang di luar. "Hai, macam mana abang nak lepaskan kalau Ifa
bersuara manja macam ni." Yusrizal semakin mengeratkan pelukannya. Aku sudah
semakin gelisah. Sifat mengadaada lelaki ini semakin jelas kelihatan sejak semalam.
Kalaulah Yusrizal berkelakuan seperti ini dahulu, tidak mungkin aku akan menolaknya
sekarang. "Ifa, Rizal... kalau berdua tak nak makan ke" Ke dah kenyang kat dapur tu?"
Tiba-tiba kedengaran suara papa dari luar. Pantas aku menolak tubuhnya jauh. Dan
aku berjaya. Lelaki itu hanya ketawa kecil. "Jom breakfast, sayang." Memang itu yang
ingin aku lakukan. Tetapi apabila menghadap muka yang sedari tadi tersenyum,
membuatkan aku kenyang serta-merta. "And thanks for this!" Yusrizal menunjukkan
cawan yang berisi minuman kegemarannya. Belum pun aku bersedia, tiba-tiba sebuah
kucupan hinggap di pipiku. Aku terpanar! 16 HARI ini genaplah tiga hari aku menjadi
isteri kepada Yusrizal. Perasaanku sukar diungkapkan sekarang ini. Benci, marah dan
perasaan keliru bercampur baur. Aku seperti tidak mengenali lelaki yang sudah menjadi
suamiku sekarang. Terlalu berbeza sekali perwatakannya dengan Yusrizal yang dulu.
Lelaki itu terlalu lembut percakapan dan sopan tingkah lakunya. Dan yang paling aku
tidak mengerti adalah kejadian pagi tadi. Aku terjaga ketika jam tepat menunjukkan
pukul enam lima minit pagi. Sayup-sayup telingaku menangkap suara seseorang
sedang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Walaupun alunan suaranya agak
mendatar tanpa lagu, tetapi bacaannya agak lancar dan tidak tersangkutsangkut.
Malahan, tajwid dan hukum bacaannya juga aku kira agak tepat. Aku meliarkan
pandangan ke sekeliling bilik dan mencari arah datangnya suara itu. Tibatiba mataku
tertancap pada sesusuk tubuh seorang lelaki yang sedang berada di hujung katil. Tubuh
lelaki itu dibaluti baju Melayu berwarna biru dan bersongkok di kepala. Ketika itu baru
aku sedar Yusrizal sudah tiada di sisiku. Aku mengamati lagi lelaki itu. Hatiku kuat
mengatakan itu adalah Yusrizal, suamiku. Tetapi otakku pula menidakkannya. Tak
mungkin itu dia! Yusrizal yang aku kenal tidak pandai membaca al-Quran. Malahan,
tidak keterlaluan kalau aku mengatakan yang lelaki itu juga tidak pernah menyentuh
kalam Allah itu. Tetapi apabila difikirkan semula, siapa lagi kalau bukan dia. Cuma kami
berdua yang menggunakan bilik itu. Tambahan pula susuk tubuh suamiku itu sudah aku
hafal benar. Memang dia! Aku mengecilkan mata. Seakan tidak percaya dengan apa
yang berlaku di hadapanku sekarang. Adakah aku bermimpi" bisik hatiku sendirian. "Eh,
Ifa dah bangun?" Aku sedikit tersentak apabila ditegur begitu. Tidak menyangka yang
Yusrizal menyedari aku sudah pun terjaga. "Emmm... eloklah tu. Waktu subuh pun dah
masuk. Jom, kita berjemaah," ajaknya. Berjemaah" Bolehkah lelaki ini mengimamkan
aku" Walaupun aku sering terserempak dengan Yusrizal yang sedang menunaikan
solat, tetapi itu masih tidak melahirkan tanda tanya di benakku. Tapi sekarang" I"m
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
supprised! Pun begitu, aku tetap melangkah turun dari katil yang menjadi tempat
peraduan kami sejak tiga hari yang lepas. Selepas mencuci muka dan berwuduk, aku
menyarung telekung dan bersedia untuk menunaikan kewajipanku kepada yang Maha
Esa. Dalam pada itu, mahu juga aku melihat sejauh mana kebolehan Yusrizal
mengimamkan solatku pagi itu. Kalau boleh pun, mungkin hanya membaca al-Fatihah
sebagai rukun dalam solat dan membaca surah-surah pendek, seperti al-Ikhlas, al-Falaq
atau an-Nas. Tetapi sekali lagi aku terkejut. Yusrizal ternyata tidak seperti yang aku
bayangkan sebelum ini. Lelaki itu tenang sekali mengimamkan solatku. Bacaannya
ternyata lancar. Yang pasti, bukan surah-surah pendek yang dibacanya, tetapi potongan
daripada surah-surah panjang yang termaktub di dalam al-Quran. Aku menjadi keliru.
Dalam solat, sempat aku berfikir adakah benar Yusrizal yang sedang mengimamkan
solatku ini adalah Yusrizal yang sama" Sudah semestinya aku tidak khusyuk melakukan
solat pagi itu. Tetapi aku agak beruntung kerana dua puluh tujuh pahala amalan sudah
tercatat untukku kerana berjemaah. Ketika itu aku kembali teringat kata-kata abah
beberapa bulan yang lalu. "Dua hari satu malam sudah cukup untuk abah mengenali
Rizal. Dia memang sudah berubah, Ifa. Ifa mungkin tak tahu yang Rizal la yang menjadi
imam solat maghrib dan isyak untuk kami semua." Jadi benarlah apa yang dikatakan
oleh abah dulu" Yusrizal sudah berubah" Aku semakin keliru. Sememangnya dari dulu
lagi aku menginginkan seorang suami yang beriman. Yang mampu menjadi imamku
setiap kali solat dan yang akan membimbingku ke jalan yang diredai Allah. Adakah
Yusrizal kini adalah lelaki yang aku idam-idamkan itu" Tapi bagaimana pula dengan
kelukaan hati yang aku alami ini" Bisakah ia pergi begitu sahaja, hanya kerana
kejutankejutan yang aku terima selama tiga hari menjadi isteri Yusrizal" Tidak mungkin!
"Dah siap?" Aku berpaling memandang suamiku lalu menganggukkan kepala. Hari ini
aku akan berpindah ke rumahnya. Sedih rasanya aku hendak meninggalkan bilik ini.
Dan yang paling 2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
berat untuk aku lakukan ialah terpaksa berjauhan dengan ibu dan abah. Walaupun jarak
rumah Yusrizal dan rumah ini tidaklah jauh mana jika hendak dibandingkan dengan
rumah Yusrizal di Kuala Lumpur, tetapi ia tetap mengundang rasa sedihku. "Kenapa ni"
Muram aje?" tanya Yusrizal, mengambil berat. Mungkin menyedari kedinginan aku.
Sejak Yusrizal memberitahuku tentang keputusannya yang mahu aku berpindah ke
rumahnya, angin aku sudah berubah. Hendak dibangkang aku tidak berdaya. Memang
tempat seorang isteri di sisi suaminya. Ibu dan abah pula awal-awal lagi menyokong.
Lalu aku hanya menurut. Mujurlah juga keluarga mentuaku sudah bertolak pulang ke
Kuala Lumpur sejak semalam. Kalau tidak, tentu mereka tidak senang dengan
kelakuanku ini. "Kalau macam tu, kita bertolak sekarang?" Yusrizal mencapai beg-beg
pakaianku. Hanya barang keperluanku sahaja yang perlu aku bawa kerana rumahnya
sudah lengkap segala-galanya. "Dah siap?" tanya abah ketika kami melintasi ruang
tamu. Ibu yang duduk di sebelah abah kelihatan sedih. Sudah tentu ibu berasa berat
untuk melepaskan aku. "Dah siap dah abah. So, Rizal ingat nak bertolak sekarang."
"Yalah," kata abah tanda mengizinkan. Ibu dan abah menghantar kami ke kereta. Aku
tidak akan naik kereta Yusrizal kerana aku akan memandu keretaku. "Ibu, Ifa pergi dulu
ya," kataku sambil menyalami ibu. "Tak boleh manja-manja lagi tahu lepas ni. Ikut cakap
suami. Jaga rumah tangga elokelok," pesan ibu kepadaku. Aku hanya tersengih
mendengar pesanan ibu. Mungkin ibu bimbang aku akan membuat perangai.
Maklumlah, kahwin tanpa rela. Agaknya memang sudah tersurat yang aku akan
berkahwin dengan cara ini. Aku mendapatkan abah pula untuk bersalam. "Jangan lupa
jenguk kami di sini selalu," pesan abah pula. "Mestilah. Ifa akan jenguk ibu dan abah
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya


Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

selalu. Bukan jauh pun Alor Setar dengan Jitra tu," balasku pula. Abah tersenyum
senang dengan jawapanku itu. Yusrizal pula mendapatkan ibu dan abah untuk
bersalam. "Abah serahkan Ifa kepada Rizal. Kami harap Rizal jagalah Ifa dengan baik.
Dia sekarang tanggungjawab Rizal." Abah berpesan kepada suamiku. "Abah dengan ibu
jangan risau. Rizal akan jaga Ifa dengan sebaik mungkin. Rizal takkan ulang kesilapan
Rizal lagi. Itu janji Rizal!" Aku hanya mendengar ikrar yang dilafazkan suamiku. Entah
benar atau tidak aku tidak pasti. Tetapi jauh di sudut hati, aku mengharapkan Yusrizal
akan menunaikan kata-katanya. KAMI sampai di rumah Yusrizal ketika jam tepat
menunjukkan pukul dua belas tengah hari. Memang masanya untuk makan tengah hari.
Ditambah pula dengan aroma masakan Mak Cik Bibah benar-benar membuatkan
perutku berkeroncong. "Hah, dah sampai pun. Mak cik pun dah siap masak. Bolehlah
kita makan sama-sama." "Mak cik hidangkan dululah. Kami nak bersihkan diri dulu,"
pinta Yusrizal. Mak Cik Bibah tanpa banyak soal bergerak ke dapur untuk melakukan
kerjanya. Nampaknya kehidupan aku di sini mungkin tidak sesukar dulu kerana sudah
disediakan pembantu rumah. "Jom Ifa, abang tunjukkan bilik kita." Aku hanya menuruti
langkah suamiku. Di rumah ini juga aku perlu sebilik dengan Yusrizal nampaknya. Kalau
tidak memikirkan Mak Cik Bibah yang turut tinggal di sini, sudah tentu aku akan
memujuk Yusrizal untuk tinggal di bilik yang berasingan seperti lima tahun lepas.
Manalah tahu hatinya akan lembut lalu membenarkan" "Masuklah. So, inilah bilik kita,"
ajak Yusrizal apabila melihat aku seperti keberatan untuk menjejakkan kaki ke dalam
bilik itu. Aku terpesona seketika apabila melangkah ke dalam bilik itu. Bukan kerana
keluasannya, tetapi kerana perhiasannya. Bilik ini telah dihias cantik selayaknya kami
sebagai pengantin baru. "Cantik tak" Mama dengan Mak Cik Bibah yang hiaskan." Aku
tidak menjawab pertanyaannya. Hanya melangkah dengan selamba memasuki ruang
bilik itu. Dua kali ganda luas daripada bilik aku. Cantik dan kemas sekali! Aku menuju ke
balkoni lalu menolak pintu gelongsor. Serentak dengan itu udara segar menyapa tubuh.
Suka benar aku dengan suasana begini sehingga lupa dengan dunia sekeliling. "Ifa suka
tak, sayang?" tanya suamiku sambil memelukku dari belakang. Aku yang begitu asyik
dengan pemandangan di depan mata hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum
senang. Malah, aku meletakkan tanganku di atas tangannya yang sedang melingkar di
pinggangku. "Cantik!" kataku, sepatah. Kagum aku dengan alam ciptaan Tuhan. "Cantik
lagi isteri abang!" Aku mula tersedar dari lamunan apabila kata-kata itu keluar dari mulut
Yusrizal. Pantas sahaja aku mahu menolak tubuhnya, tetapi tidak berjaya. Setelah penat
berusaha, aku hanya mendiamkan diri dan membiarkan perlakuannya. "Dekat sini pun
saya kena tidur dengan awak ke?" tanyaku malu-malu. "Mestilah. Atau Ifa nak terima
tawaran abang yang kedua tu" Boleh jugak." Aku hanya mencebik. Tidak mungkin aku
akan terima. Aku rela tidur dengannya daripada menerima tawaran yang kedua itu.
Belum masanya lagi! Yusrizal hanya ketawa kesukaan melihat bibirku yang memuncung
itu. "Tariklah lagi muncung tu. Abang cium karang." "Awak jangan nak mengada-ada,
ek. Tepilah... saya nak pergi mandi ni," pintaku sambil menolak tubuhnya. Tetapi
suamiku itu tidak mengendahkan kata-kataku. "Tepilah!" "Cium abang dulu!" Terbeliak
mataku mendengar permintaannya itu. Melampaulah tu! "Awak jangan nak minta yang
bukan-bukan!" "Abang tak peduli. Kalau Ifa tak nak cium, abang takkan lepaskan Ifa.
Tak makan pun tak apa," kata Yusrizal lagi. "Cepat!" Arah Yusrizal menggesa. Pipinya
sudah disuakan kepadaku. Mahu tidak mahu terpaksa juga aku menurut kehendaknya.
Sengihan lelaki itu semakin melebar apabila aku mengucup pipinya. Apabila dia
melepaskan tubuhku, terus aku menghilangkan diri ke dalam bilik air. Malu dengan apa
yang telah aku lakukan sebentar tadi. Terasa wajahku hangat. 17 SETELAH empat
hari bercuti, hari ini aku akan kembali bertugas. sebelah, cepat-cepat aku menyuruh
mereka berhenti daripada membuat bising. "So, sekarang kena panggil Puan Ifa la ni?"
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
tanya Malik. Aku hanya tersenyum mendengar pertanyaannya itu. "Puan, sampai hati
tak jemput kami." Ridzuan pula membuka mulut. "Saya buat majlis kecil-kecil aje, Wan.
Kalau jemput ramai-ramai nanti, bukan majlis kecil-kecilan namanya." "Kenapa buat
majlis kecil, puan" Sepatutnya bila kahwin, buat la majlis besar-besaran," celah seorang
pelajar wanita pula. Aku mengecam wajahnya tetapi namanya aku tidak tahu.
Maklumlah, pelajarku ramai. Tidak mungkin aku mampu mengingati semuanya. "Buat
kecil-kecil sudahlah. Buat besar-besar membazir aje. Yang penting akad nikah tu,"
balasku pula. "So, puan memang tak nak buat majlis persandingan la?" "Tak tahulah
lagi. Jangan risau, kalau saya buat majlis persandingan nanti, saya jemput kamu semua.
Okey?" "Okey!" jawab pelajar-pelajarku. Aku terpaksa berkata begitu untuk
mengelakkan mereka daripada terus bertanya tentang majlis perkahwinanku.
Sedangkan aku sudah pasti tidak akan ada lagi majlis perkahwinanku selepas ini.
Cukuplah sekadar majlis kecil-kecilan. "Nama suami puan siapa" Kami dengar anak
orang kaya. Betul ke?" Aku mengerutkan dahi. Dari mana pula mereka tahu akan hal ini.
Adakah rakan-rakan pensyarahku telah menceritakan kepada mereka" "Okay class, I
think enough about that. We"ll
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
gonna continue with our lesson." "Ala...." Kedengaran pelajar-pelajarku mengeluh.
Mungkin kecewa kerana aku tidak melayan persoalan mereka itu. Malas aku hendak
membicarakan tentang itu. Hanya membuang masa. Sedangkan sepatutnya masa yang
diperuntukkan untuk mengajar digunakan sepenuhnya. Bukan dengan membicarakan
perkara-perkara yang tiada kena-mengena dengan pelajaran. Walaupun kecewa
mereka tetap memberikan sepenuh perhatian kepada perbincangan kami. Seperti biasa,
Malik dan Ridzuan adalah pelajar-pelajar yang paling menonjol. Pembelajaran hari ini
adalah lebih kepada mengulang kaji pelajaran yang lepas-lepas. Syukur alhamdulillah
kerana aku sudah berjaya menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Jadi
masa yang masih berbaki akan aku gunakan sebaik mungkin demi meningkatkan
pemahaman pelajar-pelajarku. "Any questions?" Sedar tidak sedar hampir dua jam aku
mengajar. Terasa cepat benar masa berlalu. "Are you ready for your final exam?"
tanyaku lagi apabila mereka hanya mendiamkan diri. Bermakna tiada soalan-soalan
yang mahu ditanyakan kepadaku. "No!" jawab pelajarku serentak. Aku tersenyum
mendengar jawapan mereka. Jawapan yang sudah aku agak sebenarnya. "Oh dear,
you"re not supposed to say that. We are already in the end of October. All of you should
have had enough time to prepare for your final exam." "But madam, there are lots of
assignments to be done. I still have two assignments to be submitted on 31st," kata
seorang pelajar wanita berbangsa Cina yang duduk di barisan hadapan sekali. Itu
adalah antara alasan-alasan yang kerap kali diberikan oleh mereka jika ditanya
mengapa mereka tidak sempat mengulangkaji pelajaran. "I know. But I"m quite sure that
your lecturers for other subjects have already given you the assignment early of this
semester, right" Why don"t you complete your task earlier" So, now you can see how
unfortunate you are?" Pelajar-pelajarku hanya menundukkan kepala. Mungkin
menyedari kesilapan mereka. Tetapi apabila diingat semula, aku juga seperti mereka
dulu. Gemar mengulangkaji pelajaran pada saat-saat akhir. Jadi, teguran yang aku
berikan adalah untuk mengingatkan mereka supaya jangan melakukan kesilapan seperti
yang aku lakukan suatu ketika dahulu. Ia amat merugikan! "Alright, never mind! Actually,
today will gonna be our last class for this semester. So, I hope that your expectation
from me by attending this class is already fulfilled. And I hope my teaching during the
whole semester will be useful for your final exam. If you have any problem due to this
subject, you are invited to come and see me in my room. I will be around during study
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
week. Okay?" "Madam, can we call you if we have any problems?" "Yeah, sure! But
before ten, okay?" "Okay!" "Have any tips for us, madam?" tanya seorang pelajar lelaki
sambil tersengih. Itulah yang membezakan pelajar universiti dengan pelajar-pelajar lain.
Semuanya mengharapkan tips daripada pensyarah sebagai persediaan bagi
menghadapi peperiksaan. Tentulah terasa malas mahu mengulangkaji pelajaran pada
saat-saat akhir ini. Jadi, cara yang paling mudah ialah dengan meminta tips. "Yeah, of
course!" ujarku, juga tersengih. Pelajar-pelajarku kelihatan gembira sekali.
Masing-masing sudah bersedia dengan pen dan kertas. "Please do your revision for all
topics. That is effective tips, right?" "Ala...." Mereka semua mengeluh serentak. Aku
ketawa besar melihat reaksi mereka itu. Tetapi hanya di dalam hati. Takkanlah aku
hendak ketawa besar di hadapan mereka. Hilang kredibiliti aku sebagai seorang
pensyarah. "If nothing else, class is dismissed then." DARI jauh aku sudah nampak
Husni dan Daniel sedang berbual-bual berhadapan dengan bilik Daniel. Aku serba salah
hendak meneruskan langkahku. Untuk ke bilik, aku perlu juga melintasi mereka kerana
bilik aku bersebelahan dengan bilik Daniel. Namun apabila Husni sudah melambaikan
tangannya padaku, terpaksa juga aku meneruskan langkah. Bimbang jika temanku itu
dapat mengesan sesuatu antara aku dan lelaki itu. "Tak ada kelas ke?" tanya aku
kepada Husni. Sekadar berbasa-basi. "Petang nanti, pukul dua," jawabnya. "Kau baru
lepas mengajar ke?" tanyanya lagi sambil melihat buku-buku dan beg laptop yang
tergantung di bahuku. "Haah. Dah last kelas dah hari ni." "Wah, cepatnya kau habiskan
syllabus! Aku baru terkial-kial nak mengajar last topic." "Habiskan awal, bolehlah bagi
students lebih masa nak buat revision." "Betul jugak tu. Hah, kau macam mana Daniel"
Dah habis syllabus ke?" Husni mengalihkan persoalan kepada Daniel pula. Lelaki itu
hanya diam sejak aku sampai tadi. Tetapi aku perasan matanya tidak lepas dari
memandang wajahku. Walaupun rimas, aku hanya berlagak biasa. Setakat ini tiada
seorang pun rakan pensyarah yang tahu bahawa Daniel adalah bekas kekasihku. "Aku
awal-awal lagi dah habis!" jawab Daniel sambil matanya masih merenungku. "Wah, lagi
cepat! Aku aje yang ketinggalan ni. Tapi orang lelaki memang macam tu, Ifa. Buat kerja
nak cepat aje." "Habis ke tak habis, kewajipan kita sebagai pensyarah untuk membantu
pelajar di luar kelas tetap ada," jawab Daniel. Mungkin sedikit berdesing telinga kerana
kaumnya disindir begitu. "Ada orang terasa la Ifa." Aku hanya tersenyum mendengar
kata-kata Husni itu. Sememangnya Husni gemar berbalah dengan Daniel. Ada saja
mahu dibahaskan. "Eh Ifa, lupa pulak kawan aku ni baru kahwin! So, how"s life so far?"
Aku sedikit gusar apabila hal perkahwinan aku tiba-tiba disebutkan. Sempat aku
menjeling wajah tegang Daniel apabila isu itu dibuka. Terpancar rasa tidak senang di
wajahnya. Sememangnya aku rasa bersalah kerana terpaksa mengecewakan Daniel
sekali lagi. Tetapi aku juga tidak sanggup melukakan perasaan tunangnya, Masyitah.
Aku wanita! Dan semestinya aku faham perasaan seorang wanita. "Okey saja. Macam
biasa saja," jawabku ringkas. Tidak mahu mengecewakan perasaan lelaki itu lagi
dengan ungkapan-ungkapan bahagiaku pula. "Isy, takkanlah macam biasa aje. Aku
dengar kau kahwin dengan anak orang kaya." Cukuplah Husni. Jangan bertanya lagi!
hatiku berbisik. "Life aku macam biasa aje. Macam orang lain jugak. Tak ada bezanya
kahwin dengan anak orang kaya atau tidak." "Ya ke tu" Aku tak percayalah. Mesti kau
pa..." Tiba-tiba telefon bimbit Husni berbunyi. Dalam diam aku menarik nafas lega.
"Helo. Ya saya. Doktor nak jumpa saya" Kat mana tu" Okey, okey! Saya datang
sekarang!" Aku dan Daniel hanya memerhati tingkah laku Husni yang seperti menerima
panggilan penting. "I"ve got to go. Dekan nak jumpa akulah. Bye!" "Bye!" Tinggallah aku
dan Daniel di situ. Aku tidak tahu hendak berbual apa dengannya. Masing-masing hanya
memandang sesama sendiri. Dari pandangan Daniel, aku yakin dia ingin menyatakan
sesuatu. Tetapi bibir lelaki itu langsung tidak bergerak untuk satu tempoh yang agak
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
lama. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat itu. Apa pula kata
rakan-rakan sekiranya terlihat keadaan kami begini. Sedangkan aku sudah berkahwin
dan dia sudah bertunang. Walaupun ramai temanku maklum akan keakraban hubungan
kami, tetapi itu tidak bermakna tidak akan timbul fitnah kepada kami berdua di kemudian
hari. Mulut orang bukan boleh ditutup. "Nanti dulu Ifa!" Aku mematikan langkah. "Ada
apa Daniel?" Lelaki itu berjalan mendapatkan aku. "You bahagia?" Soalan apakah ini"
Namun begitu aku tetap menganggukkan kepala.
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
"You tipu, kan" I tahu you bencikan Rizal!" "Daniel, kalau I benci dengan dia, I takkan
kahwin dengan dia!" "Jadi, you nak cakap perasaan benci you tu dah hilang, macam tu"
Mudahnya! You dah lupa ke apa yang dia dah buat pada you dulu?" Daniel sudah naik
angin. Aku sudah mengagak yang perkara ini akan berlaku. Kenapalah Daniel tidak
mahu menerima takdir yang telah ditentukan Ilahi. Jodoh aku bukan dengan dia. "I dah
lupakan semuanya. Dia pun dah berubah," kataku. Walaupun aku tidak pasti dengan
apa yang aku katakan, terpaksa juga aku meluahkannya. "I tak percaya. I kenal you...
tak mungkin you dapat maafkan dia macam tu aje!" "Terpulanglah you nak percaya
ataupun tidak. I pergi dulu." Malas aku mahu bertekak dengan Daniel hanya kerana
Yusrizal. Tiada gunanya. Lelaki itu adalah suamiku sekarang. Tiada apa yang dapat
mengubahnya. Lagipun beg laptop yang kusandang terasa berat sekali. Bahuku juga
sudah senget menanggung bebannya. "You dah lukakan hati I untuk kali kedua Ifa...."
Aku memandang wajah itu. Terasa air mataku berlinang. Aku mengaku, aku telah
melukakan perasaannya. Lelaki ini terlalu baik denganku. Tidak terhitung budi yang
dicurah buat aku. Tapi aku juga manusia biasa yang sudah ditakdirkan jodohku masih
kuat dengan bekas suamiku. Apa kuasaku untuk menentang ketentuan Ilahi" "Maafkan I
Daniel. Maafkan I. Lupakanlah I. Binalah hidup baharu dengan Masyitah. Dia gadis yang
baik. I yakin you akan bahagia dengan dia." "Tak. I takkan bahagia kalau isteri I bukan
you. I hanya inginkan you sebagai ratu hati I. Ibu kepada anak-anak I!" "Istighfar Daniel.
You tak boleh cakap macam tu. I isteri orang!" "Kenapa Ifa" Kenapa nasib I macam ni"
Kenapa?" "Menyintai bukan bererti memiliki, Daniel. You kena faham. Cubalah you beri
peluang pada orang yang benar-benar menyintai you. Pasti you akan bahagia. I pergi
dulu...." Aku meninggalkan Daniel di situ. Ingin sekali aku mententeramkan perasaannya
saat ini. Tetapi aku tidak mampu kerana aku isteri orang. Aku juga tidak mahu
terus-terusan memberikan harapan padanya. Perasaan bersalah dalam diriku pula
semakin mencengkam sehingga memaksa air mataku menitis ke bumi. Maafkan I,
Daniel! 18 KETIKA aku sampai di rumah, jam sudah menunjukkan pukul lima setengah
petang. Kereta Yusrizal tidak pula kelihatan di porch. Bermakna lelaki itu belum pulang
dari pejabat. Selepas mengambil semua barang-barang di dalam kereta, aku mula
mengorak langkah memasuki rumah. "Hah Ifa, dah balik?" tanya Mak Cik Bibah sambil
menghulurkan tangan untuk mengambil barang-barang di tanganku. "Tak apa mak cik.
Ifa boleh bawa sendiri." Aku menegah. Wanita itu hanya menganggukkan kepala tanda
memahami. "Rizal tak balik lagi ke mak cik?" "Tak lagi. Rizal tu memang macam tu.
Selalu balik lambat. Kalau tak pukui sepuluh malam, jangan harap nak nampak batang
hidung dia," beritahu Mak Cik Bibah. Aku mengerutkan dahi. Nampaknya perangai
Yusrizal yang kuat bekerja itu masih tidak berubah. Sebenarnya aku benci pada lelaki
yang terlalu kuat bekerja sehingga tiada masa untuk perkara lain. Apa mereka ingat
tanggungjawab seorang suami hanya mencari nafkah buat keluarga" Bagaimana pula
soal kasih sayang" Keselamatan" Apa perlu ditolak ke tepi begitu saja" Bila isteri mulai
bosan, timbullah pula pelbagai masalah dalam rumah tangga. Dan si suami pula akan
menyalahkan isteri yang kononnya tidak setia! Hai, macam-macam! "Tapi hari ni mak cik
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
ghasa (rasa) dia balik awai sikit kut," kata Mak Cik Bibah lagi. "Kenapa pulak mak cik?"
"Dia telepon mak cik tadi. Suruh masak malam ni. Dia balik makan. Biasanya dia makan
kat luaq ja. Tak payah masak," terang Mak Cik Bibah dalam loghat Kedahnya yang
pekat. "Lagipun, dah ada bini tak boleh la nak buat peghangai (perangai) masa bujang,"
sambungnya. Aku tersenyum. Itulah yang sepatutnya dilakukan orang yang sudah
berkahwin. Tetapi sebenarnya, aku lebih senang jika dia pulang lewat. Tidak perlulah
aku berhadapan dengan sikapnya yang menjengkelkan itu. Lelaki itu memang muka
tembok! Di hadapan pembantu rumah pun dia tidak segan mempamerkan kemesraan
antara kami. Aku pula yang menahan malu. Makin ditepis makin menggila tangannya
merayap di tubuhku. Mak Cik Bibah pula hanya tersenyum sambil mengangkat bahu.
Tanda tidak dapat membantu. "Ifa naik dululah mak cik, ya" Tak solat lagi ni. Nanti Ifa
turun tolong mak cik masak." "Alah, tak payah la Ifa! Ifa relaks sudah. Biaq mak cik yang
buat." "Tak apalah mak cik... lagipun bolehlah Ifa belajar masak," kataku sambil
meletakkan telapak tanganku di tepi bibir seperti sedang berbisik. Tetapi siapalah yang
hendak mendengar perbualan kami ini, sedangkan tiada siapa-siapa di rumah
melainkan kami berdua sahaja. "La, awat lagu tu" Ifa tak gheti (reti) masak ka?" "Bukan
tak reti langsung. Cuma adalah sesetengah masakan yang Ifa tak tahu buat. Boleh la
jugak belajar resipi baru. Nanti mak cik ajar Ifa ya?" "Yalah. Ifa pi la mandi dulu, lepas tu
sembahyang. Mak cik nak pi buat kerja kat dapuq dulu, no?" Aku menghantar langkah
Mak Cik Bibah ke dapur dengan pandangan mata. Kemudian, aku memanjat anak
tangga menuju ke kamarku. Ops, bukan kamarku, tetapi kamarku dan suami. AKU
keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutku dengan tuala kecil. Aku terperanjat
apabila mataku menangkap batang tubuh Yusrizal yang sudah terdampar di atas katil.
Tubuh lelaki itu masih dibaluti pakaian kerja. Nasib baik juga aku sudah berpakaian
sempurna. Kalau tidak.... Semenjak berkongsi bilik dengan Yusrizal, tabiatku yang
gemar berkemban selepas mandi sudah berubah. Aku akan pastikan yang tubuhku
sudah dibaluti dengan pakaian yang sempurna sebelum aku keluar dari bilik air.
Pandangan suamiku itu hanya akan terhad kepada batang leher dan ke atas. Yang lain
tertutup rapi. "Hai sayang, dah lama balik?" tegur Yusrizal. "Dah lama la jugak,"
jawabku malas. Dapat aku mengesan mata Yusrizal yang tajam merenung batang
tubuhku melalui cermin. Aku hanya mengambil langkah untuk tidak mengendahkan
pandangannya walaupun hatiku berdebar hebat. Tanganku lincah menyisir rambutku
yang panjang dan masih basah itu. "Cantik rambut Ifa. Dulu tak ada la panjang macam
nikan?" Lelaki itu sudah berada di belakangku. Entah bila dia di situ aku tidak tahu.
Terlalu asyik menyisir sehingga tidak sedar keadaan sekeliling. Aku sedikit tersentak
apabila Yusrizal mengambil sikat di tanganku. Rambutku yang masih sedikit kusut
disikat olehnya pula. Aku tidak mampu menghalang melainkan hanya memandang
tingkah lakunya itu. Jantungku berdegup kencang apabila sesekali terasa jemarinya
menyentuh kepalaku. Apabila Yusrizal meletakkan sikat di atas meja solek, aku bangun
untuk meninggalkan bilik itu. Tidak betah aku tinggal berdua-duaan dengannya di dalam
bilik. Nafasku terasa sesak dengan setiap tindakan suamiku itu. Setiap tingkah lakunya
yang romantik pasti akan melembutkan hatiku suatu hari nanti. Namun sekali lagi
jantungku berlari kencang apabila Yusrizal melingkarkan tangan sasanya di leherku.
Memelukku dari arah belakang. Dagunya pula diletakkan di atas kepalaku. Bibirnya pula
sekali-sekala mengucup rambutku. "Emmm... wanginya. Baru lepas syampu rambut
ke?" Tidak pula aku menjawab soalannya. Terasa lemah seluruh tubuhku dengan


Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

belaian yang diberikan sehingga tidak mampu aku membuka mulut. Sedangkan Yusrizal
pula masih asyik dengan dunianya. "Errr... sa... saya nak turun masak untuk makan
malam." Aku bersuara juga setelah mengumpulkan segala kekuatan yang masih tinggal.
Enggan berada dalam situasi itu lebih lama. "Alah, Mak Cik Bibah kan ada" Biar ajelah
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
dia yang buat semua tu." "Tapi saya dah janji nak tolong dia." "Sayang, abang gajikan
Mak Cik Bibah untuk tolong uruskan rumah ni. Bukan suruh dia duduk goyang kaki. Biar
ajelah dia yang buat." "Saya bosanlah kalau tak buat apa-apa. Tak ada kerja nak buat."
Aku mencuba lagi. 2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
Manalah tahu kalau-kalau pujukanku berhasil. "Siapa cakap sayang tak ada kerja. Kerja
sayang melayan abanglah," ujarnya sambil ketawa kecil. Nampaknya lelaki itu masih
enggan melepaskan aku. Sedangkan tubuhku sudah menggigil diperlakukan begitu. Apa
lagi alasan yang patut aku gunakan untuk melepaskan diri. Aku terfikir-fikir sendiri.
Kekalutan semakin mengasak minda apabila bibirnya sudah mula bermain-main di
pipiku. "Errr... awak tak solat maghrib lagi, kan?" tanyaku. Ini sajalah yang dapat aku
fikirkan. Dan aku rasa ia adalah alasan yang kuat juga untuk aku melepaskan diri.
Ternyata telahanku benar, apabila beberapa saat selepas itu Yusrizal mengangkatkan
kepalanya. "Belum. Pandai cari alasan, ek?" Yusrizal mencuit hidungku. Aku menarik
nafas lega setelah dilepaskan. Suamiku ini sering menguji keimananku apabila
bersamanya. "Okeylah, abang nak mandi dulu. Lepas tu nak solat," ujarnya. Dia berlalu
ke bilik air setelah mencapai tuala di penyidai. Sempat lagi suamiku itu mengeyitkan
mata sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik air. Tidak lama selepas itu kedengaran
bunyi pancuran air. Aku pula tidak tunggu lama. Terus sahaja turun ke dapur untuk
menolong Mak Cik Bibah menyediakan makan malam. "Mak cik nak masak apa hari ni?"
sapaku sebaik sahaja memasuki ruang dapur. Kelihatan orang tua itu sedang sibuk
menghiris daging. "Emmm... mak cik nak buat daging bakaq (bakar). Rizal suruh mak cik
buat. Nak cecah dengan ayaq (air) asam," terang Mak Cik Bibah. "Wah, sedapnya! Ifa
pun dah lama tak makan daging bakar cecah dengan air asam." "Kalau Ifa nak tau, Rizal
tu memang suka sangat makan daging bakaq cecah ayaq asam. Seminggu sekali dia
suruh mak cik masak. Hah, lepas ni Ifa kena la belajaq buat." Alamak! Tak cukup
dengan ibu yang suka menyindir aku kerana tidak pandai memasak, sekarang Mak Cik
Bibah pula mahu melakukan perkara yang sama. "Ifa tahu la nak buat mak cik," kataku.
Bukan untuk menutup kelemahanku. Aku memang boleh dikatakan sudah handal untuk
menyediakan masakan itu. Ibu sudah mengajarku dulu. "La... ya ka" Minta maaf la...
mak cik tak tau pun," kata Mak Cik Bibah. Mungkin rasa tidak enak setelah berkata
begitu tadi. "Isy, tak apalah mak cik. Jomlah kita masak. Dah lewat dah ni." "Yalah...."
Seronok sekali aku dengan Mak Cik Bibah hari ini. Sambil memasak, pelbagai perkara
yang kami bualkan. Mulut Mak Cik Bibah pula tidak henti-henti bercerita. Dalam pada itu
tidak lupa juga diajarnya aku cara memasak dengan betul. Banyak juga aku belajar hari
ini. Mak Cik Bibah memang guru memasak yang hebat! Kerja memasak pula dirasakan
cepat saja. Alih-alih semuanya sudah tersedia di hadapan mata. "Ifa, pi la panggil Rizal.
Mesti dah lapaq (lapar) tu. Biaq (biar) mak cik aja yang hidang." Aku akur. Tanpa
menunggu lama, aku memanjat anak tangga menuju ke bilik untuk memanggil suamiku.
Lagi pula perutku juga sudah terasa lapar apabila melihat daging bakar yang kelihatan
enak sekali. Kecur air liurku dibuatnya. Aku menjenguk ke dalam bilik. Kelihatan
suamiku itu enak sekali beradu di atas katil. Aku menggelengkan kepala. Letih benar
agaknya sehingga tertidur. Perlahan-lahan aku mendekatinya. Serba salah untuk
mengejutkannya bangun. Mendengar dengkuran halusnya, makin membuatkan aku
tidak sampai hati hendak mengejutkannya. Tetapi perut lelaki itu juga perlu diisi.
Takkanlah aku hendak membiarkannya tidur dengan perut kosong. "Rizal," panggilku.
Tiada reaksi. "Rizal!" Aku memanggil lagi. Masih juga tiada reaksi. Aku
menggoyang-goyangkan bahunya. Tidak lama selepas itu, Yusrizal membuka mata.
Tangannya menggosok-gosok matanya yang masih mengantuk. "Sorry, abang tertidur.
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
Mengantuk sangat. Dinner dah siap?" "Dah. Jomlah turun," ajakku lalu mula melangkah
untuk meninggalkannya. Namun baru beberapa langkah, aku terasa lenganku direntap
kasar sehingga membuatkan tubuhku hilang imbangan lalu terhumban ke atas ribanya.
Terbeliak mataku dengan tindakannya itu. Kenapa lelaki ini selalu sahaja melakukan
perkara-perkara yang memeranjatkan aku" Aku cuba menolak tangannya yang memaut
pinggangku, tetapi tidak berjaya. Aku memandang wajahnya dengan pandangan geram.
Lelaki itu hanya tersenyum mengejek. "Apa awak ni, lepaslah! Saya nak bangun ni."
"Itulah balasannya kalau tak menunggu suami." "Apa pulak?" Aku tidak memahami
kata-katanya. "Yalah, sepatutnya sayang tunggu abang. Kita turun sama-sama. Ini tidak,
nak turun sorang-sorang pula. Tak baik tinggalkan abang, tau?" "Macamlah awak tak
pandai jalan sendiri," bantahku. Masakan perkara sekecil itu menjadi kesalahan.
"Auwww!!!" Aku menjerit apabila terasa hidungku digigit. Pantas tanganku menggosok
hidungku yang kemerahan. Gila betul! hatiku menyumpah. "Apa awak ni" Kenapa gigit
hidung saya?" tanyaku, tidak berpuas hati. Sakit hatiku dibuatnya. Walaupun hidungku
terasa sakit, tetapi tidak dapat menandingi rasa sakit hatiku ini. "Sebab sayang degil
sangat!" Senang saja lelaki itu berkata-kata. Aku pantas menolak tubuhnya dan
bangun. Baru saja aku mahu mencapai tombol pintu, terasa tanganku direntap sekali
lagi. "Apa lagi ni?" "Kita turun sama-sama." Aku malas berbalah dengannya. Lalu hanya
membiarkan tangannya menggenggam jarijemariku. Sampai saja di meja makan,
tiba-tiba Mak Cik Bibah bersuara, "eh Ifa, awat dengan hidung tu?" Terkejut aku apabila
ditegur begitu. Tangan yang lincah menceduk kuah ke dalam pinggan terhenti. Sempat
juga aku menjeling Yusrizal yang menahan tawa. Geram aku dibuatnya sehingga
memaksa kakiku memijak kakinya di bawah meja. "Auuchh!!!" lelaki itu terjerit. "Awat
Rizal?" Kalut Mak Cik Bibah bertanya. "Tak ada apa-apalah mak cik. Nyamuk besar
agaknya!" Jawab Yusrizal sambil menjelingku. Aku pula terasa ingin ketawa. Padan
muka! 19 PAGI-PAGI Sabtu begini terasa bosan sekali jika tiada apa-apa kerja yang
dapat dilakukan. Hendak menolong Mak Cik Bibah membuat kerja rumah, awal-awal lagi
telah ditegah oleh Yusrizal. Bila aku berdegil, diingatkan aku pula tentang dosa
sekiranya membantah kata-kata suami. Jadi apa yang boleh aku lakukan melainkan
mengelamun saja" Silap aku juga kerana tidak membawa pulang tugasan-tugasan
pelajar yang hanya tinggal sedikit lagi tidak aku semak. Kalau tidak, terisilah juga pagiku
hari ini. Aku mengeluh. Dari birai katil aku menapak ke balkoni bilik. Suasana pagi yang
nyaman ditambah pula dengan keindahan suasana yang penuh kehijauan, sedikit demi
sedikit menghilangkan kesunyianku ini. Dalam hati memuji-muji suamiku. Pandai juga
Yusrizal memilih lokasi kediaman. Sesuai sekali untuk melepaskan tekanan yang
dihadapi ketika bekerja. Jelas sekali sikapnya diwarisi dari mama yang mementingkan
keindahan alam semula jadi. Cuma yang beza, mama perlu mengusahakan sendiri. Bila
sudah puas merehatkan mata, aku masuk ke bilik semula. Serta-merta rasa bosan yang
tadinya hilang kembali menyapa diri. Dalam diri tertanya-tanya, apa yang aku patut
lakukan" Yusrizal pula awal-awal lagi sudah bertapa di dalam bilik kerjanya. Mataku
menghantar pandangan ke arah meja solek. Tiba-tiba ideaku datang apabila mataku
tertancap pada lipstik yang elok berdiri di situ. Baru aku teringat yang lipstikku sudah
hampir habis. Lebih baik aku keluar berbelanja! Aku mengorak langkah keluar dari
kamar. Tujuanku adalah untuk berjumpa Yusrizal dan meminta izin daripadanya untuk
keluar. Aku sedar akan tuntutan Islam yang melarang seorang
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
isteri keluar dari rumah tanpa keizinan suami. Perlahan-lahan pintu bilik kerja yang
tertutup rapat aku ketuk beberapa kali. Apabila Yusrizal mengarahkan aku masuk, baru
aku memulas tombol pintu dan menapak ke dalam. "Eh, Ifa... Abang ingatkan Mak Cik
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
Bibah tadi. Kenapa ketuk pintu" Masuk ajelah." Aku hanya tersenyum tawar sambil
melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan meja tempat lelaki itu menyiapkan
kerjanya. Bilik ini pun seperti ruang pejabat aku rasakan. Penuh dengan fail-fail yang
disusun di atas rak. Bahan-bahan bacaan juga ada terdapat di dalam bilik ini. "Ada apa
sayang" Rindu kat abang ke sampai cari abang kat sini?" "Emmm... sebenarnya saya
nak minta izin kat awak." "Minta izin" Minta izin apa, sayang?" "Saya nak keluar.
Shopping." "Shopping?" Lelaki di hadapanku ini bertanya seolah-olah pelik dengan
permintaanku tadi. Dahinya berkerut. "Ya... shopping," ulangku. Yusrizal tertawa kecil
sebelum bersuara. "Sejak bila Ifa suka shopping ni" Dulu nak keluar rumah pun susah,"
ujarnya. "Mana awak tahu saya tak keluar rumah?" "Yalah, kalau abang ada kat rumah,
Ifa tak pernah keluar pun. Terperap aje kat rumah." "Itu waktu awak ada kat rumah.
Waktu awak tak ada, saya keluarlah. Awak tak ingat ke, dalam seminggu berapa jam
sangat yang awak ada kat rumah" Lagipun, kalau saya tak keluar, saya nak makan
apa" Awak pun bukan peduli sangat pasal saya!" Suasana sunyi tiba-tiba. Aku
mengalihkan pandangan ke arah Yusrizal. Lelaki itu kelihatan menunduk menekur lantai.
Kelihatan mata lelaki itu bergenang. Barulah aku sedar yang aku sudah mengungkit
kisah silam kami. Sedangkan sebelum ini aku sudah berjanji untuk tidak akan
mengungkit lagi. Kerana kenangan itu akan melukakan hatiku nantinya. Kenangan itu
juga menjadikan mulut sedikit lepas sekarang. Tanpa sempat ditapis. "Abang sedar Ifa,
abang dah banyak buat salah dengan Ifa. Bukan senang untuk Ifa lupakan semua
tukan" Abang tak salahkan Ifa. Cuma abang kesal, kenapa abang terlalu bodoh dulu!"
Lelaki di hadapanku ini sudah mula emosional. Aku semakin gelisah. Inilah yang tidak
aku inginkan kerana aku sedar aku memang seorang pendendam. Nada-nada
kekesalan darinya makin membuatkan hatiku panas. Perasaan ini membuatkan aku
tidak enak! Aku harus cepat keluar dari situasi ini sebelum mataku mengalirkan mutiara
jernih dan meletuskan lava kepanasan yang sudah lama bertakung. "Dahlah, saya
malas nak cakap tentang tu lagi. Awak izinkan tak saya nak keluar ni?" "Tak bolehkah
Ifa maafkan abang, sayang?" Lirih saja kedengaran suara lelaki itu. "Rizal please... saya
tak nak ungkit lagi semua tu." "Abang tahu. Setiap kali Ifa cakap tentang semua ni, hati
Ifa sakit, kan?" Sedikit rasa kagum menyelinap ke dalam hati kerana dia dapat
membaca apa yang tersirat di hatiku ini. "Begitu juga dengan abang, Ifa. Abang kesal
kerana melukai Ifa. Maafkanlah abang, sayang." "Kalau awak tahu semua tu
menyakitkan saya, kenapa awak masih bercakap tentang semua ni?" "Sebab abang
rasa tak tenteram. Walaupun Ifa dah jadi milik abang, hati abang masih tak tenteram
selagi Ifa tak maafkan abang. Kalau diberi pilihan, Ifa pun tak nak hidup dengan orang
yang pernah lukakan hati Ifa, kan" Tapi disebabkan Ifa terdesak, Ifa terpaksa sekali lagi
berdepan dengan abang." "Baguslah kalau awak fikirkan perkara tu. Tapi alangkah lebih
bagus kalau awak fikirkannya dahulu. Jadi, tak perlulah saya berada di sini." "Abang
terpaksa buat macam ni walaupun ia agak keterlaluan bagi Ifa. Abang mahu buktikan
yang abang benar-benar ikhlas kali ini. Abang sayangkan Ifa. I love you so much," luah
Yusrizal panjang lebar. "Perkahwinan bukan penyelesaian segala masalah, Rizal,"
kataku lagi. Tidak mahu mudah terhasut dengan kata-kata cintanya. "Tapi
perkahwinanlah pembuka segala jalan, Ifa. Syariat sudah menghalalkan segalagalanya."
"Enough about this matter. Kalau awak tak benarkan saya keluar, tak apalah. Saya
takkan keluar. Saya minta diri dulu." Itu sahaja caranya aku keluar dari situasi ini. Tujuan
asalku ke bilik ini sudah terpesong entah ke mana. "Ifa, nanti dulu." Aku berpaling
semula. Apa lagi yang mahu diperkatakan olehnya" Lambat-lambat Yusrizal
menghampiri aku. "Abang izinkan Ifa keluar." Aku terdiam mendengarkan keizinan yang
keluar dari mulutnya. Mati-mati aku fikir Yusrizal masih mahu memanjangkan perbualan
tentang kisah silam kami. "Okay, thanks!" Ujarku dan mula berpaling untuk
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
mendapatkan pintu. "Tapi Ifa kena pergi dengan abang!" "What?"?" AKU duduk sambil
memerhati manusia yang lalu-lalang dalam bangunan Pasar Raya Pacific melalui cermin
kaca. Seronok juga memerhati gelagat manusia. Pelbagai rupa dan gaya. Ada yang
berjalan berpasangan. Ada pula yang jalan berkumpulan. Tidak ketinggalan juga ibu
bapa yang keluar membawa anak-anak mereka bersama. "Sayang, okey tak?" Yusrizal
tiba-tiba menyapa. Aku mengalihkan pandangan ke arahnya. Lelaki itu sedang berdiri di
hadapanku sambil memusing-musingkan badannya. Tubuhnya tersarung kemeja
berlengan panjang berwarna krim. Aku mula membuat penilaian. Kemudian aku
menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Lelaki itu mengangkat bahu lalu kembali
semula ke fitting room. Aku pula menyambung aktivitiku sebentar tadi. Rasa sebal
bertandang di hati. Pertama, sebal dengan lagak Yusrizal yang mengalahkan
perempuan. Macam-macam yang dibelinya. Kasut, jam tangan, seluar dan sekarang
baju pula. Sedangkan aku" Aku melihat beg plastik yang aku pegang. Hanya lipstik
jenama MAC. Kalaulah aku tahu begini banyak barang yang hendak dia beli, tidak
mungkin aku akan bersetuju untuk keluar dengannya. Hampir tercabut kaki aku
dibuatnya. Lepas satu pasar raya ke satu pasar raya dia jelajah. Lelaki itu memang
cerewet. Setiap barang yang mahu dibelinya perlu dari jenama kesukaannya.
Disebabkan jenama barang yang dimahukan bukanlah berada di bawah satu pasar
raya, maka kami terpaksa mencari di pasar raya lain pula. Kedua, kerana tangannya
yang tidak pernah mahu duduk diam. Ada saja tempat di tubuhku ini menjadi
persinggahan tangan gatalnya itu. Sekejap bahu, sekejap di pinggang dan sekejap pula
dia meramas jari-jemariku ini. Rimas aku dibuatnya. Bila ditegur, lelaki itu hanya akan
tersenyum sumbing. Tetapi sesaat kemudian tangannya akan kembali menggatal. Aku
bangun menuju ke pintu utama kedai pakaian itu. Tiba-tiba mataku tertancap pada kedai
yang menjual pakaian dalam yang terletak berhadapan dengan kedai yang aku masuki
sekarang. Pakaian dalam yang tergantung benar-benar menarik perhatianku. "Sayang,
yang ni okey tak?" Aku mengurut dada apabila disapa begitu. Kacau daun betul! Namun
begitu aku tetap berpaling. Terpanar aku seketika dengan kekacakan suamiku apabila
mengenakan kemeja berlengan panjang dengan corak jalur menegak. "Macam mana
sayang" Okey tak?" Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala. Kemeja itu sungguh
padan sekali dengan bentuk tubuhnya yang tegap itu. "Okey, abang ambil yang ni ek?"
Aku menganggukkan kepala lagi. Lelaki itu kelihatan tersenyum padaku sebelum
kembali lagi ke fitting room untuk menyalin pakaian. Peluang sudah terbuka di depan
mata. Cepat sahaja aku berjalan untuk ke kedai yang aku lihat sebentar tadi. Sementara
menanti lelaki itu bersiap, rasanya aku sempat kembali ke kedai tadi. Segan rasanya
hendak membeli pakaian dalam sekiranya lelaki itu ada bersama. Kelabu mata sekejap
aku dibuatnya dengan pelbagai jenis dan corak pakaian dalam yang terdapat di kedai
itu. Tidak tahu hendak memilih yang mana satu. Dalam keasyikan aku memilih, tiba-tiba
satu suara berbisik di telingaku. "Yang merah tu cantik. Wow!!! Mengancam!"
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
Pantas aku berpaling. Kelihatan Yusrizal sedang tersenyum nakal. Wajahku terasa
hangat dengan tiba-tiba. Malunya tidak usah dicakap. Tidak kusangka secepat ini lelaki
ini menukar pakaian. Biasanya bukan main lama. "Ooo... patutlah masa abang keluar
dari fitting room tadi sayang tak ada. Rupa-rupanya kat sini. Kenapa tak cakap nak beli
baju dalam" Boleh abang tolong pilihkan," ujarnya sambil tersengih. Aku memalingkan
wajah. Tidak sanggup melihat wajahnya ketika itu. Entah apalah yang berada dalam
fikiran lelaki itu saat ini. Aku pun tak tahu dan malas nak ambil tahu. "Eh, kenapa diam"
Tadi bukan main lagi memilih." "Tak ada apa-apa... jomlah," ajakku. "Laaa... beli ajelah.
Abang tunggu." "Tak apalah. Nantilah saya beli sendiri." "Kenapa pula macam tu"
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
Takkan malu dengan abang kut" Tak usah nak malulah, abang ni suami Ifa." "Bukan
sebab malulah. Saya cuma tengok-tengok aja tadi," dalihku. Takkanlah aku hendak
memilih baju dalam di hadapannya" "Hmmm... susah betul la Ifa ni! Miss!" Aku sedikit
hairan apabila Yusrizal memanggil wanita Cina yang menjaga kedai itu. Cepat-cepat
wanita itu mendapatkan kami. "Yes?" "I want this one." Yusrizal menunjuk pada
sepasang pakaian dalam yang ditunjukkan kepadaku sebentar tadi. Wanita itu hanya
mengangguk dan mengambilnya lalu dibawa ke kaunter pembayaran. Aku memandang
Yusrizal dengan pandangan tidak percaya. Lelaki itu hanya tersenyum nakal sambil
mengenyitkan mata sebelum berlalu untuk membuat pembayaran. Huluran dari tangan
Yusrizal aku sambut dengan rasa berat hati. Sudahlah dia yang membeli benda itu
untuk aku. Bungkusannya pula lut sinar. Aduh, malunya hendak membawa benda ini!
Aku memandang Yusrizal yang masih tersenyum. Seronok agaknya kerana dapat
mengusik aku. "Jom," ajaknya. Aku teragak-agak untuk menganggukkan kepala.
Sempat aku meliarkan mata melihat manusia-manusia yang terdapat di bangunan Pasar
Raya Pacific itu. Ramainya! Maklumlah, hari ini hari Sabtu. Sudah tentu orang ramai
mengambil masa cuti begini untuk membeli-belah. "Kenapa" Nak beli baju tidur pulak
ke?" Mungkin ketidaksenangan yang terpamer di wajahku mengundang pertanyaan di
benak suamiku itu. "Saya... saya... saya malulah nak bawa benda alah ni," ujarku
lambat-lambat. Senyuman Yusrizal yang hilang mekarnya tadi kembali menguntum. Aku
bertambah malu. "Malu pulak. Buat apa nak malu" Orang pun dah sedia maklum yang
perempuan memang perlukan benda tu," ujarnya selamba. Senang saja lelaki itu
mengucapkannya, sedangkan aku yang akan menanggung malu sekiranya mata
pengunjung lain singgah pada bungkusan plastik lut sinar ini. Sudahlah warnanya
menarik perhatian. Menyesalnya aku kerana singgah di kedai itu tadi. "Awak bawalah."
Aku menghulurkan bungkusan itu padanya. Lelaki itu kelihatan terkejut. Hilang
senyuman nakalnya sebentar tadi. "Apa pulak abang" Kalau abang bawa memang
orang hairan. Nanti tak pasal-pasal orang ingat abang ni makhluk dua alam. Tak naklah
abang!" "Ala, please...." Aku mula merayu. Telapak tanganku bercantum rapat tanda aku
benarbenar memerlukan pertolongannya. "Alaaa... manjanya! But I"m sorry, kalau Ifa
minta yang lain mungkin abang tak keberatan nak tolong. Tapi yang ni abang memang
tak boleh!" "Habis tu yang awak pandai-pandai beli tu kenapa?" "Dah Ifa yang teringin
nak beli. Sampai tinggalkan abang tadi. So, abang belikanlah. Lagipun abang cuma
belikan untuk Ifa, bukan tolong bawa!" "Sudahlah! Minta tolong pun tak boleh!" Aku
sudah mula mengorak langkah. Geram dengan sikap Yusrizal yang tidak mahu
berlembut dengan diriku. Suami apa agaknya, minta tolong bawakan pun tak boleh!
Tangan lelaki itu pantas menangkap pergelangan tanganku. Mungkin mahu memujuk
diriku yang sudah mahu menunjukkan riak merajuk. "Ala la laaa... merajuk pulak sayang
abang ni," ujar Yusrizal sambil mencuit hidungku. Aku menepis jarinya yang bergayut di
daguku. "Okey... okeylah biar abang yang bawa." "Betul" Nah!" Cepat sahaja mulutku
bertanya. Bungkusan plastik di tangan aku serahkan padanya dengan wajah yang
ceria. "Amboi! Cepatnya hilang merajuk!" Hairan lelaki dengan tingkah lakuku itu.


Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

Namun begitu huluranku tetap disambut juga. "Apa nak susah-susah sayang. Letak
ajelah kat dalam paper bag ni!" sambung Yusrizal sambil mencapai paper bag yang
terletak di atas lantai. Laaa... kenapa sedari tadi aku tidak nampak langsung dia bawa
paper bag itu. Penat saja aku berbalah dengannya. Tidak habis-habis mahu mengusik
aku. "Kenapa awak tak cakap ada paper bag tu?" "Saja. Seronok tengok pipi Ifa yang
merah menahan malu ni. Comel!" Lelaki itu mencubit pipiku dan berlalu pergi. Aku
yang mengekori di belakangnya mendengus geram. SELEPAS membeli-belah, Yusrizal
membawa aku ke medan selera untuk mengisi perut. Pada mulanya aku bercadang
untuk pulang ke rumah saja dan makan tengah hari di rumah. Tetapi lelaki itu berdegil
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
untuk makan di luar. Dan aku hanya mampu menurut sahaja apabila keretanya sudah
membelok ke pekarangan medan selera itu. "Nak makan apa encik?" Seorang pelayan
lelaki bertanya. "Ifa nak makan apa?" Yusrizal bertanya. "Laksa ya dik," jawabku.
"Emmm... laksa jugak la dik." Aku mengerutkan dahi. Yusrizal memesan laksa" Setahu
aku lelaki di depanku ini tidak meminati laksa Kedah. Apa pula mimpinya hari ini"
Pelayan itu menganggukkan kepala lalu mencatatkan di buku nota kecilnya. "Minum?"
Baru aku mahu membuka mulut tetapi sudah dipintas oleh Yusrizal. "Neslo dan teh ais."
Aku mengerutkan dahi. Sibuk saja dia ni! Nasib baik betul. Kalau tidak memang aku
mahu dia yang menghabiskan dua gelas minuman itu. "Sejak bila pula awak suka
makan laksa ni?" soalku selepas pelayan itu berlalu aku pantas bersuara "Sejak Ifa
tinggalkan abang." "Excuse me. Siapa yang tinggalkan siapa" Awak yang ceraikan
saya, okey." "Memanglah. Takkan Ifa yang ceraikan abang kut?" Lelaki itu tertawa. "Tau
pun," balasku. Yusrizal sengaja mahu menaikkan darahku. Tidak puas-puas lagi
agaknya mahu membuatkan aku marah. Isy... cepat tualah aku nampaknya! "Janganlah
marah sayang. Buruk, tau. Cuba senyum sikit," pintanya. Namun kuhadiahkannya
dengan jelingan tajam. "Alamak!!!" Terkejut aku apabila Yusrizal bersuara kuat. Lelaki itu
seperti sedang mencari-cari sesuatu. Matanya meliar ke segenap ruang. "Kenapa" Apa
yang awak cari?" Lelaki itu masih tidak menjawab kerana sibuk mencari barang yang
aku tidak ketahui itu. "Rizal?" "Jantung abang!" "What?"?" "Abang cari jantung abang.
Ifa ada nampak tak?" "Apa yang awak mengarut ni?" "Ifa la ni... jeling tajam sangat.
Gugur jantung abang...."
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
Mahu tergelak aku mendengarnya. Aku cuba mengawal bibirku supaya tidak mengukir
senyuman. Tetapi aku rasakan tidak mampu untuk menghalangnya. Lalu aku
mengalihkan pandangan dari wajahnya sambil meletakkan tanganku di muka sebagai
pendinding. Tetapi mata Yusrizal ternyata lebih tajam. "Haaa... kan manis macam tu.
Ini tak, asyik nak mencuka aja. Cuba senyum sikit. Sejuk mata dan hati abang ni.
Barulah ada selera nak makan laksa Kedah." Dalam masa yang sama pelayan tadi
sudah kembali dengan pesanan kami sebentar tadi. Kecur air liurku melihat sepinggan
laksa yang masih berasap itu. Kami makan dengan berselera sekali. Aku yang
sememangnya meminati laksa Kedah terasa tidak cukup sepinggan. Terasa enak benar
laksa di sini. Sudah tentu aku akan kembali lagi ke sini suatu hari nanti. "Sedapnya...."
Aku memerhati suamiku yang sudah tersadai kekenyangan. Digosok-gosok perutnya
yang sudah terisi dengan laksa Kedah. Hairan aku dibuatnya. Aku memandang pinggan
laksanya yang sudah licin. Aku beralih pandang pula pinggan laksaku yang masih
tinggal separuh. Cepatnya dia makan. Dah kebulur sangat agaknya. "Kenapa" Hairan?"
Tergeleng-geleng aku cuba menafikan sangkaannya itu. "Tak usah nak hairanlah, Ifa.
Kalau Ifa nak tahu, lepas berpisah dengan Ifa, abang mula suka makan laksa Kedah.
Sebab bagi abang, laksa mengingatkan abang pada Ifa. Abang ingat lagi, Ifa memang
sukakan laksa Kedah, kan?" Aku terdiam mendengar bicaranya. Memang aku gemarkan
laksa Kedah walaupun sebenarnya aku berasal dari Kuala Lumpur. Semua itu bermula
apabila aku menjejakkan kaki ke bumi UUM untuk melanjutkan pelajaran. Teman
sebilikku yang memperkenalkan aku pada laksa Kedah. Dan dia jugalah yang
mengajarku cara-cara membuat laksa Kedah. Sehingga menjadikan aku begitu pakar
dalam membuatnya mengatasi ibuku. "Bukan itu aja, abang pun dah suka baca novel
tau" Tapi novel Inggeris laaa...." Patutlah dalam bilik kerjanya ada tersusun novel
berbahasa Inggeris yang begitu banyak. Hairan juga apabila pertama kali aku memasuki
bilik itu. Kini, terjawab sudah persoalanku itu. Nampaknya, hobiku sudah beralih
padanya pula. Itulah... mengata orang sangat. Sekarang sudah berbalik kepada dirinya.
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
"Abang selalu lihat Ifa baca novel Melayu bila ada masa terluang dulu. Kadang-kadang
abang tertanya, kenapa orang perempuan suka baca buku-buku macam tu. Sekarang
baru abang tahu. Dan yang paling penting, abang terasa seolah-olah dekat dengan Ifa
bila melakukan perkara-perkara yang Ifa suka. Sampaikan abang kena marah dengan
Anne sebab tak pedulikan dia." Yusrizal tertawa kecil. Aku yang terpaku mendengar
ceritanya, hanya mampu menadah telinga. Terasa susah benar untuk aku percaya tetapi
bukti sudah ada di depan mata. "Mungkin Ifa susah nak percaya, kan" Abang tak paksa
untuk Ifa mempercayainya. Abang cuma nak meluahkan apa yang abang rasa selama
lima tahun perpisahan kita." Aku menarik nafas dalam-dalam. Laksa yang masih tinggal
separuh sudah tidak mampu aku habiskan apabila cerita lama diungkitkan kembali.
"Boleh saya tanya sesuatu?" Aku bertanya. "Tanyalah." "Kenapa awak berpisah dengan
Anne" Bukankah awak terlalu menyintai dia?" Yusrizal mengeluh perlahan. Kelihatan
amat berat sekali suamiku itu mahu membuka mulut. Mungkin enggan bercerita tentang
dirinya dan bekas isterinya itu. "Abang yang bersalah Ifa. Abang gagal mendidik dia
menjadi isteri yang baik. Abang ingat, abang mampu mengawal sikap sosialnya selepas
kami bernikah. Tapi ternyata abang gagal. Dan akibatnya dia lari tinggalkan abang
kerana mengikut lelaki lain yang jauh lebih kaya daripada abang. Sedangkan masa tu
dia masih berstatus isteri abang." "Maknanya, dia masih isteri awak sekarang?" Yusrizal
menggelengkan kepalanya. "Setahun kemudian dia pulang ke Malaysia dan menfailkan
penceraian. Kami dah bercerai tiga tahun lalu." "Awak masih cintakan dia?" Sekali lagi
lelaki itu menggelengkan kepala. "Sepanjang perkahwinan kami, abang tidak pernah
merasa bahagia. Malah, abang terasa sunyi sangat. Walaupun abang cuba sedaya
upaya membahagiakan rumah tangga kami, abang masih merasakan perkara yang
sama. Suatu hari, abang terjumpa novel Ifa yang abang simpan dalam stor. Perasaan
abang terasa lain waktu itu. Perasaan tu semakin kuat apabila abang ternampak
tandatangan Ifa pada muka surat pertama. Bermula saat itulah abang mula menyedari
siapa sebenarnya yang abang cinta. Abang hanya cintakan Ifa, bukan Anne!" Terasa
mataku bergenang mendengar cerita suamiku itu. Hatiku tersentuh. Namun perasaan
keliru masih bermaharajalela. Haruskan aku mempercayai kata-katanya atau
mengabaikannya saja. Aku tidak mahu ditipu lagi. Aku sudah serik! Cukuplah sekali!
Luka lama yang masih terasa sakitnya. 20 SUDAH genap tiga bulan usia perkahwinan
kami. Bermakna sudah tiga bulan juga aku melalui hari-hari dengan perasaan keliru
yang begitu mencengkam jiwa. Tidak pernah aku membiarkan walau sesaat hatiku
terlepas daripada menilai suamiku. Segala tindaktanduknya dan tutur katanya tidak
pernah menggores hati dan perasaanku. Segala-galanya terjaga. Tidak seperti lima
tahun lepas. Hari pertama pernikahan sudah mencalitkan perasaan luka yang tidak
terhingga. Tanpa aku sedari hubungan kami sudah menakuk ke tahap yang tidak pernah
aku bayangkan sebelum ini. Kami sudah boleh berbual panjang dan bergelak ketawa.
Sudah bisa meluangkan masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang kami gemari
bersama. Jauh di sudut hati, aku berasa senang dengan perubahan ini. Tetapi aku juga
takut sekiranya begitu cepat aku melupakan kesakitan yang pernah dia tinggalkan
untukku dulu. Justeru, aku masih tidak melakukan perkara yang selayaknya dilakukan
oleh seorang isteri. Dan Yusrizal juga tidak pernah memaksa. Tetapi itu tidak bermakna
ia adalah penghalang kepada perhatian dan kasih sayang yang dia curahkan kepadaku.
Malahan, makin hari hidupku terasa terisi dengan semua itu. Terasa tidak percaya
dengan apa yang aku alami sekarang. Hati yang begitu keras suatu ketika dulu boleh
mencair hanya dalam masa tidak kurang tiga bulan. Kini baru kufahami kenapa
Yusrizal mengambil tindakan gila dengan meletakkan syarat terhadap pertolongan yang
diberikannya dulu. Tetapi tidak bermakna aku akan terus memaafkan kesalahannya.
Semua itu memerlukan masa yang lama. Lagipun tempoh masa tiga bulan tidak sama
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
dengan setahun aku menahan keperitan hidup bersamanya. Aku perlu mengujinya lagi.
Lagu Lastnight tiba-tiba berkumandang dari telefon bimbitku. Habis berterbangan
lamunanku sebentar tadi. Tergesa-gesa aku mencari telefon bimbitku yang entah di
mana aku letakkan. Akhirnya aku menjumpainya juga selepas mencari dengan
berpandukan deringannya itu. Rupa-rupanya telefon bimbitku tersembunyi di bawah
fail-fail yang bersepah di atas mejaku. Beginilah keadaannya walaupun universiti sedang
bercuti. Pelajar yang bercuti sedangkan para pensyarah tidak. Kami sibuk
merencanakan bahan-bahan pengajaran untuk semester hadapan. Tambahan pula
subjek yang aku ajar akan berganti sukatan pembelajarannya. Makinlah sibuk aku
dibuatnya. Itu tidak ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti universiti yang melibatkan
pensyarah. "Helo," sapaku tanpa melihat siapa pemanggilnya. Bimbang terputus talian
kerana aku sudah mengambil masa yang lama untuk mencari telefon bimbitku tadi. "Hai,
sayang!" Aku tersenyum sebaik saja mendengar suara pemanggil itu. Siapa lagi kalau
bukan suamiku yang akan mengganggu ketenteramanku pada waktu-waktu sebegini.
"Hai." "Sayang tengah buat apa tu?" sapa Yusrizal dengan suara yang ceria. "Buat
kerjalah," jawabku pendek. Takkanlah aku hendak berterus terang dengannya. Malulah
aku. "Ye ke tengah buat kerja" Atau tengah teringatkan abang?" Alamak! Macam
tahu-tahu aja lelaki ini. "Mengarutlah awak ni. Kenapa awak telefon saya ni?" "Mengelat
ek?" Kedengaran tawa kecil lelaki itu meletus. "Emmm... abang nak ajak sayang lunch
dengan abang," sambung Yusrizal lagi. "Lunch?"
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
"Ya, lunch!" "Dekat mana?" "Emmm... sayang nak makan dekat mana" Abang ikut aje."
"Dekat UUM boleh?" "Dekat UUM" Alaaa... tak naklah sayang. Tak bestlah. Apa kata
kat Alor Setar. Abang dengar ada restoran baru buka kat sini. Restoran eksklusif.
Makanannya pun sedap. Kita try nak tak sayang?" pujuk Yusrizal dengan keterangan
yang panjang lebar. Dia berharap aku akan termakan dengan pujukan itu. "Alor Setar"
Tak ada tempat yang lagi jauh ke awak?" Aku menyindirnya. Bukan dia tidak tahu jarak
antara Alor Setar dan Sintok boleh tahan jauhnya. Perjalanannya mengambil masa lebih
daripada setengah jam. "Alaaa... sayang, please...." Yusrizal sudah mula merengek
seperti anak kecil. Hampir ketawa aku mendengarnya. "Jauhlah awak. Then, pukul
berapa kita nak balik ke sini" Nak solat lagi." "Sayang dah lupa ke sekarang tengah
cuti semester. Bukan sayang ada kelas pun. Tak apa kan kalau masuk lambat sikit?"
Betul juga, fikirku. Aku tidak ada kelas. Jadi tidak ada salahnya kalau aku terlewat
masuk. "So, macam mana" Sayang jangan risau. I"ll pick you up. I"ll be there in one
hour." "Okeylah kalau macam tu. Nanti kalau dah sampai call saya." Akhirnya aku
menyatakan persetujuan. "Yes! Macam tu la isteri abang. Thanks, sayang. I love you.
Jumpa nanti ya?" "Okay, bye!" Aku pantas memutuskan talian. Entah mengapa
ungkapan cintanya begitu menusuk ke kalbuku. Itulah salah satu sebab mengapa aku
cepat lembut hati dengan suamiku ini. Aku melihat jam kecil yang terletak di atas meja
kerjaku. Sudah pukul sebelas empat puluh lima pagi. Bermakna aku masih punya satu
jam lagi untuk melakukan kerja-kerja yang tergendala sebentar tadi. Lalu tanpa
membuang masa aku mengambil fail dan mula menelitinya. Tok! Tok! Tok! Ketukan di
muka pintu sedikit mengganggu konsentrasiku. Dengan malas aku bangun untuk
membukakan pintu. "Hai, Ifa! Emmm... I menganggu ke?" "You, Daniel! I ingatkan siapa.
Kenapa tak masuk aje... macam tak biasa," kataku. "Manalah tahu kalau you busy.
Takut mengganggu pulak." "Tak adalah. Anything important?" "Actually, I nak bincang
dengan you tentang PBL ni. You ada masa tak?" "Emmm...." Aku melihat jam di
pergelangan tangan. Aku masih punya setengah jam sebelum waktu lunch. "Bolehlah."
"Kalau you tak ada masa tak apalah. Maybe esok ke?" "Eh, it"s okay! I ada masa
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
setengah jam lagi before lunch. Actually I janji dengan my husband nak lunch
sama-sama," terangku panjang lebar. Lelaki itu tersenyum sahaja. Aku bersyukur kini.
Daniel sudah tidak mendesak aku lagi seperti beberapa bulan yang lalu. Mungkin dia
fikir sudah tiada gunanya mahu terus berharap kerana aku sudah punya suami. Apatah
lagi hubunganku dengan Yusrizal juga sudah semakin baik. Gembira hatiku tidak terkira
kerana mendapat sahabatku kembali. Perasaan gembira semakin bertambah apabila
Daniel menyampaikan berita perkahwinannya yang akan berlangsung hujung tahun ini.
Itu sudah cukup membawa makna bahawa lelaki di hadapanku ini sudah membuat
keputusan untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dalam hati aku berdoa
semoga sahabatku ini akan bertemu bahagia yang dicari-cari selama ini. Dan aku juga
berharap bahagia yang kucari juga bakal kutemui suatu hari nanti. Aku menjemput
Daniel masuk. Pintu aku biarkan terbuka. Tidak manis pula kalau kami berbincang
dalam keadaan pintu yang tertutup rapat. "Sorrylah Daniel. Bersepah sikit meja I ni."
Tanganku lincah menyusun fail-fail yang bertaburan sebentar tadi. Memberikan ruang
yang lebih selesa untuk kami berbincang. "Tak apalah Ifa... I faham. You memang
pemalas," katanya selamba. Aku membuntangkan mata apabila mendengarnya. Lelaki
itu ketawa terbahak-bahak kerana dapat mengenakan aku. Aku turut tersenyum.
Senang hatiku sekarang. Inilah sahabat yang kukenal suatu ketika dahulu. "So, shall
we?" Aku bertanya setelah selesai mengemas mejaku. "Sure." Daniel mula membuka
fail yang dibawa bersama. Kami mula berbincang. Rupa-rupanya banyak juga usul
berbangkit yang diutarakan oleh Daniel. Aku fikir isu berkenaan PBL ini sudah selesai.
Segala proposal dan sukatan pembelajaran juga sudah hampir siap. Nampaknya Daniel
sudah kembali menjadi dirinya yang teliti dan sempurna itu. Tidak seperti beberapa
bulan yang dulu. Lelaki itu kelihatan seperti hilang tumpuan. Mungkin kerana terlalu
memikirkan tentang diriku. Sedikit perasaan bersalah kerana telah menyebabkan Daniel
hilang hala tuju hidupnya beberapa bulan lepas. Sukar untuk dipercaya. Tetapi itulah
penangan cinta. Bisa mengubah seseorang kepada seseorang yang bukan
menggambarkan dirinya yang sebenar. Pepatah yang mengatakan "cinta
"Assalamualaikum." Perbincanganku dan Daniel sedikit terganggu apabila terdengar
seseorang memberi salam. Mata kami berdua tunak menghala ke pintu bilikku yang
terbuka lebar. Terkejut aku apabila batang tubuh Yusrizal yang sedang berdiri tegak di
muka pintu menyapaku. Aku pantas melihat jam di atas mejaku. Sudah pukul dua belas
lima puluh minit tengah hari. Patutlah suamiku ini sudah terpacak di sini. Tetapi
bukankah aku menyuruhnya menelefonku dahulu sekiranya dia sudah sampai. Tetapi
lain pula yang terjadi. Alih-alih lelaki itu sudah terpacak di sini. "Eh,
waalaikumussalam... abang!" Aku hampir terlupa tentang situasi kami. Nasib baik! Kalau
tidak apa pula kata Daniel nanti. Aku mendapatkan suamiku. Tangannya yang
dihulurkan aku sambut dan kucium penuh hormat. Suamiku membalas dengan
mengucup dahiku. "Kenapa tak call dulu. Boleh Ifa turun tunggu abang." "Saja abang
nak buat surprise. Nak tengok juga bilik Ifa," jawabnya sambil mata tidak lepas dari
memandang wajah Daniel yang masih duduk di tempatnya. Perlakuan Yusrizal itu
membuatkan Daniel tidak selesa. Lalu, lelaki itu bangun dan mengemaskan failnya.
Menandakan ingin berlalu daripada renungan dan wajah tidak senang suamiku ini.
"Emmm... kenalkan, ni Daniel. Daniel, ni suami I, Yusrizal!" "Hai, Daniel!" sapa Daniel
sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Yusrizal masih lagi meletakkan
pandangan tajamnya ke wajah Daniel. Jelas rasa tidak senang terlukis di wajahnya.
Lambat-lambat huluran tangan Daniel disambutnya. "Yusrizal." "Okeylah Ifa... I pergi
dulu. Nanti kita bincang lagi." Aku hanya menganggukkan kepala. Kemudian lelaki itu
meninggalkan kami. Mata Yusrizal masih juga tidak lari daripada lelaki itu. Sehinggalah
tubuh Daniel tidak lagi kelihatan barulah dia mengalihkan pandangannya padaku pula.
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
Pandangannya yang tajam membuatkan jantungku berdebar hebat. "Kenapa dia ada
dekat sini?" Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Yusrizal selepas tubuh Daniel
hilang dari pandangan. "Kami ada perbincangan. Awak pun nampak tadi, kan?" Aku
menjawab ringkas. Aku rasa itu sudah jelas pada pandangannya dengan keadaan kami
tadi. "Bukan main mesra lagi abang tengok." Yusrizal mula membuat telahan. Dan
pastinya berbaur cemburu. "Mesra apa pulak" Kami kan sedang berbincang tentang
kerja tadi. Dia juga pensyarah di sini. Lagipun kebetulan kami mengajar subjek yang
sama," jelasku panjang lebar. "Jadi memang Ifa selalulah dengan dia?" "Atas sebab
kerja." Yusrizal melepaskan keluhan berat. "Kenapa?" Aku bertanya. "Abang cemburu,"
katanya jujur. 2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
Tergelak aku mendengarnya. "Cemburu" Come onlah Rizal. Tak ada sebab awak nak
cemburu. Kami dah tak ada apaapa hubungan lagi. Hubungan kami sekarang atas
dasar kawan semata." "Yalah, abang takut jugak kalau dia nak pikat Ifa semula.
Maklumlah, bekas teman lelaki, kan?" "Mengarutlah awak ni, Rizal. Takkanlah dia nak
buat perkara bodoh tu. Saya nikan isteri orang," balasku pula, tetapi di dalam hati
mengiakan juga. Memang Daniel pernah cuba memikatku. Takkanlah hendak
kukhabarkan. Memang cari nahaslah jawabnya. Biarlah ia menjadi rahsia. "Ya ke Ifa
isteri orang" Isteri siapa ya?" Yusrizal bertanya nakal. Sengaja mahu mengenakan aku.
Bukan aku tidak tahu sikapnya yang suka menyakatku. Hilang sudah persoalan tentang
Daniel yang dicemburukannya sebentar tadi. "Entah, isteri siapa entah. Tidak dapat
dikenal pasti," jawabku malas. Yusrizal ketawa mendengar kata-kataku. Aku berlalu ke
meja kerjaku dan mendapatkan tas tangan yang terletak di sudut kiri meja. "Laaa...
macam mana boleh jadi macam tu pula sayang" Habis malam-malam tidur dengan
siapa?" "Tidur dengan kucing!" "Apa" Cuba cakap sekali lagi?" Jari-jemari kasar Yusrizal
sudah mengetip pipiku. "Auwww! Apa ni Rizal" Sakitlah!" Aku pantas menolak
jari-jemarinya yang bergayut di pipiku. Pipi yang terasa sedikit sakit aku usap perlahan.
"Tidur dengan kucing ya" Oh... jadi abang ni kucinglah selama ni" Sampai hati! Tapi
kiranya abang kucing yang baik la." "Kenapa pulak?" "Sebab tak makan ikan kat depan
mata!" Aku membuntangkan mata. Manakala, Yusrizal pula sudah ketawa
berdekah-dekah. Pantas tanganku mencari sasaran. "Adoi sayang, sakitlah! Habis
lebam badan abang asyik kena cubit dengan sayang aje." "Pada muka awak. Suka
sangat usik saya!" "Alah, takkan nak usik sikit pun tak boleh. Abang nak usik siapa lagi
kalau bukan isteri abang." "Dahlah. Bila nak pergi ni" Saya dah lapar." "Yalah... yalah.
Kalau ya pun lapar janganlah merengek macam tu. Nanti abang tak makan nasi tapi


Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

makan Ifa pula." Kata-katanya membuatkan mataku sekali lagi membuntang. Tidak
sempat cubitan bisaku hinggap di tubuhnya, suamiku itu sudah berdesup pergi. Dengan
ketawa yang masih bersisa dia menantiku mengunci pintu di luar. Setelah pintu bilikku
dikunci, aku berjalan mendahuluinya. Suamiku pantas menyamakan kedudukan. Tidak
lama selepas itu aku terasa jari-jemariku disulam. Aku memerhatikan jari-jemariku yang
berada di dalam genggaman tangannya. Begitulah kami sekiranya keluar berdua.
Yusrizal lebih gemar berpegangan tangan. Sampai berpeluh telapak tanganku pun dia
tidak peduli. Tapi nampaknya situasi kami yang masih berada di kawasan universiti tidak
membolehkan kami berkelakuan seperti ini. Malu sekiranya ada kakitangan universiti
yang nampak. Oleh itu aku berusaha melepaskan jari-jemariku daripada
genggamannya. "Kenapa?" Yusrizal bertanya. "Tak manislah kalau staf lain nampak."
Aku menyatakan kegusaran. "Laaa... apa pula yang tak manis, bukannya kita buat
dosa." "Itu saya tahulah. Tapi kita kan kat kawasan universiti." "Tak ada... abang tak
peduli. Abang bukan pegang tangan orang lain. Isteri abang jugak," ujar Yusrizal sambil
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
mengeratkan genggaman tangannya. Nampaknya aku sudah tidak punya peluang untuk
membantah. Sikapnya yang tegas itu memang tiada ubatnya. Lalu aku hanya
membiarkan sahaja. Kami berjalan beriringan ke tempat letak kereta yang telah
dikhaskan untuk pelawat bersebelahan dengan bangunan fakulti perakaunan. Yusrizal
membukakan pintu untukku. Terasa macam seorang puteri pula apabila dilayan
sebegitu rupa. "Silakan sweetheart." Aku masuk tanpa banyak bicara. Selepas menutup
pintu kereta, Yusrizal beralih ke tempat pemandu dan memulakan perjalanan. "Sayang,
abang ada hal nak bincang dengan sayang ni," bicara Yusrizal setelah kereta yang
dipandunya bergerak keluar dari kawasan kampus. "Hal apa?" "Macam ni, abang
sekarang dalam proses nak menghabiskan kerja-kerja abang kat ofis tu." "So?" "Dah
tiga bulan kita kahwin tapi kita tak pernah pergi bercuti pun. So, abang ingat nak bawa
Ifa pergi bercuti." Aku mengerutkan dahi. Entah mimpi apa pula suamiku ini" Tiba-tiba
sahaja mahu membawa aku bercuti seperti lazimnya yang dilakukan oleh
pasangan-pasangan lain. Sedangkan hubungan kami baru sahaja pulih. "Macam
mana" Ifa setuju tak?" "Apa mimpi awak tiba-tiba nak bawa saya pergi bercuti ni?"
"Mimpi nak bercuti dengan Ifa la," ujarnya pantas. "Pergi bercuti tu selalu untuk
pasangan-pasangan yang bahagia aje. Sedangkan awak pun tahu hubungan kita
macam mana," ujarku dengan nada yang perlahan sahaja. "Sayang, tak semestinya
macam tu! Ifa boleh anggap percutian kita ni untuk menghilang tekanan kerja atau
merehatkan fikiran. Tak semestinya berbulan madu. Lagipun abang memang dah lama
nak pergi bercuti. Asyik bekerja aja. Dah naik sakit kepala abang dibuatnya." Ada
benarnya juga. Aku pun sudah agak lama tidak pergi bercuti. Selama ini yang aku
fikirkan ialah kerja dan kerja. Sehingga terlupa yang fikiranku juga perlu direhatkan.
Bukan terus-terusan dipaksa. "Awak nak bercuti ke mana?" "Ifa setuju?" tanyanya
dengan nada ceria. Sudah pasti dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan
lewat pertanyaanku itu. Aku hanya menghadiahkan senyuman untuknya. "Yes!" Yusrizal
melonjak kegembiraan. Aku menggeleng kepala melihat gelagatnya yang seperti
kanak-kanak baru mendapat aiskrim. "Ifa cakap aje nak pergi mana, abang ikut aje.
London" US" Itali" Australia" Tak kisah!" "Saya nak bercuti dalam negara aja. Saya
teringin nak ke Sabah dan Sarawak." "Kenapa dalam negara aje, sayang" Tak teringin
ke nak tengok negara luar?" "Awak tak ingat ke, sekarangkan wabak Influenza A H1N1
tu tengah menular. Tak naklah saya." "Oh, ya tak ya jugak. Abang lupalah sayang.
Okeylah, tak kisahlah ke mana pun. Asalkan dapat bercuti dengan sayang. Itu yang
lebih penting," ujarnya sambil tersenyum. Dan senyuman itu tidak lekang dari bibirnya
sepanjang perjalanan kami ke restoran yang dimaksudkan Yusrizal itu. Terfikir olehku
adakah disebabkan kesanggupanku itu Yusrizal berkelakuan begini. Sehinggalah kami
tiba ke destinasi, suamiku masih jua begitu. Naik hairan pula aku melihatnya. Selepas
memesan makanan aku bersuara. "Tak penat ke asyik tersenyum aja?" "Tak boleh ke
abang nak senyum?" Pertanyaanku dijawab dengan pertanyaan juga. "Bukan tak boleh.
Tapi pelik sikit. Takkan sebab kita nak pergi bercuti, awak happy sampai macam ni" Ke
awak ada planning something ni?" "Isy... Ifa ni! Tak baik tau, selalu serkap jarang
dengan abang." "Tak adalah. Happy semacam aje." "Mestilah happy. Ifa setuju nak pergi
bercuti dengan abang. Mesti best cuti abang kali ni, sebab ditemani isteri tersayang."
"Yalah tu!" "Ya... selama ni kalau abang pergi bercuti sorang diri aja. Cemburu tau bila
tengok pasangan lain. Sedangkan abang tak ada."
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
"Hai, awak kan ke player" Takkan tak jumpa sorang peneman masa kat sana?" "Player
Ifa kata kat abang" Yalah, abang tahulah abang ni memang teruk dulu. Tapi sekarang
abang dah tak buat dah la benda-benda tu semua. Abang dah insaf. Yang paling
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
penting dalam hidup abang sekarang ialah menjaga keluarga abang," ujar Yusrizal
dengan penuh bersemangat. "Keluarga?" Dalam hati sempat juga aku mencebik. "Ya,
keluarga! Ifa tak teringin ke nak berkeluarga macam pasangan lain" Ada anak-anak
yang comel dan manja" Yang akan menjadi pengikat kasih sayang kita?" "Semua tu
terlalu tinggi untuk digapai Rizal...." "Bagi abang tidak! Asalkan Ifa mengikhlaskan hati,
sudah tentu ia akan menjadi milik kita." Aku memandang jauh ke dalam mata suamiku.
Mencari-cari maksud di sebalik katakatanya itu. Dalam hati mengiakan, tapi bagaimana
pula parut lukaku ini" Walaupun sudah hampir sembuh tetapi ia tetap meninggalkan
kesan yang mendalam. Hajat Yusrizal untuk berkeluarga mungkin terlalu sukar untuk
direalisasikan pada waktu yang terdekat ini. Tetapi aku juga pasti saatnya akan tiba juga
suatu hari nanti. Kalau lelaki yang berada di depanku ini benar-benar ikhlas dengan
kata-katanya, sudah tentu dia mampu menunggu sehingga ke saat itu. Harga Runcit:Semenanjung Malaysia: RM19, Sabah/Sarawak: RM22 Harga Ahli KKN:- Semenanjung
Malaysia: RM15, Sabah/Sarawak: RM18 Sinopsis: "Abang faham kalau Ifa masih belum
bersedia. Tapi abang tak nak tidur sorangsorang. Abang kan dah ada isteri. So, abang
nak tidur dengan isteri abang," ujarnya tenang ketika aku menyuarakan hasrat hatiku itu.
Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak
kehadiran Yusrizal, seorang lelaki yang dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga
panas baran. Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah" Jodoh mereka terlalu kuat
sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu. Dalam
masa yang sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya. Tapi
tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang. Dia
tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorang wanita. Dia
sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu
dirasai oleh wanita lain. Dalam usahanya mengelak untuk jatuh cinta dengan Yusrizal,
semakin banyak sifat positif yang terserlah pada lelaki itu. Di saat harapan mula
menyinar, Nur Halifah dikejutkan dengan kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal. Apakah
Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya" Atau menolak semua itu tanpa
mengendahkan isi hatinya" Antara Benci dan Rindu ada jawapannya. "Berbual kosong"
Sudahlah Ifa. Abang sendiri pun tak faham kenapa setiap kali abang datang sini mesti
Ifa ada dengan dia" Apa Ifa tak punya teman lain selain dia di sini" Kenapa mesti dia"
Entah-entah memang setiap hari dia yang temankan Ifa." "Mungkin apa yang I katakan
ni susah untuk you percaya. I faham kenapa you berfikiran seperti itu. I perempuan yang
bertanggungjawab memusnah rumahtangga you. Sudah tentu sukar untuk mempercayai
kata-kata perempuan seperti I, kan?" Anne menghentikan bicaranya buat sementara
waktu. Matanya tunak merenung ke mataku. Untuk mengetahui kisah selanjutnya,
dapatkan novel ANTARA BENCI & RINDU di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan
kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel
Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari
laman web kami di:- http://www.kakinovel.com atau untuk melanggan melalui pos,
anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin
dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/kiriman wang atas nama:KAKI
NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:- Kaki Novel Enterprise No. 33-2,
Jalan Wangsa Delima 12, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:03-4149 1196 Admin@kakinovel.com Disediakan Oleh http://www.penulisan2u.my
Kelelawar Hijau 7 Wiro Sableng 059 Peti Mati Dari Jepara Pendekar Guntur 7

Cari Blog Ini