Ad Iz Karya Eury Athena Bagian 4
Dalam pada membebel dalam hati tu, aku pakai juga gaun labuh hingga ke buku lali gabungan dua warna; merah hati dan ros. Kain satin, potongan tutup seluruh
tubuh namun jarang di bahagian lengan, dada dan leher. Memang cantik gila dan ikut body baju ni. Kainnya pun lembut aje.
Rambut melepasi bahu aku lepaskan bebas. Biar la! Fitting area ni tersorok kat belakang butik. Lagipun, ada tirai yang memisahkan ruangan ini dari ruangan yang lain. Farriel pun bukan tak pernah tengok rambut aku. Pekerja butik ni semua pompuan. So, aku malas nak buka pakai tudung banyak-banyak kali.
Dengan confident, aku keluar dari fitting room dengan high heels warna sedondon.
Farriel elok duduk tercongok sambil menyelak majalah fesyen. Sedikit pun tidak mengendahkan kehadiranku di hadapannya.
"Okey tak ni"" soalku kuat. Cuba menarik perhatiannya.
Pandangan Farriel beralih ke arahku. Majalah di tangan terlepas lalu terjatuh ke lantai. Mulut Farriel terlopong memerhatikanku dari atas ke bawah. Dari atas ke bawah. Mengulangi perbuatan itu beberapa kali. Lama dia terdiam.
Bisu ke apa dia ni" Tangan aku goyang-goyangkan ke udara. Berharap Farriel akan kembali ke alam nyata.
"Helo! Dah sampai mana tu" Aku tanya, okey ke tak baju ni"" soalku agak kuat.
Pekerja butik, Cindy, yang dari tadi setia melayan kerenah aku dan Farriel hanya tersenyum melihat wajah Farriel yang terkulat-kulat dan mulut ternganganya.
"Aaa& ." Jari telunjuk diletakkan ke dagu. Muka dikerutkerutkan. Seolah-olah berfikir. "Aku rasa tak sesuai la. Yang tadi lagi cantik! Pergi tukar!"
"Ei! Tadi kata yang itu over sangat. Gaun kembang semacam la, hiasan macam badut sarkas la. Menyusahkan orang betul la! Bla bla bla& ." Bebelku seraya masuk semula ke fitting room. Tak sabar-sabar nak tanggalkan baju ni. Panas!
FARRIEL tersenyum sendirian. Ad mula naik angin bila dia dipaksa mencuba beberapa helai pakaian yang ada di situ. Bukan dia tak berkenan. Sengaja dia nak luangkan lebih masa bersama Ad. Kebelakangan ni, masa mereka bersama agak terhad. Dia rindu untuk menghabiskan masa bersama-sama Ad. Melihat Ad marah, tersenyum, ketawa, merajuk& Sungguh dia rindu! Mungkin semua itu bukan miliknya lagi. Sudah menjadi milik Ihsan sepenuhnya.
Ah, bila teringatkan lelaki tu, hatinya jadi panas. Betapa sakitnya hati melihat lelaki itu bergegas keluar setiap kali waktu rehat bermula. Sudah pasti ingin berkejar ke kampus. Makan dan menghabiskan masa bersama-sama Ad sebelum masuk bekerja semula. Kalau diikutkan hati, nak aje rasanya dia menahan Ihsan dari terus berjumpa Ad. Tapi dia tak punya alasan untuk berbuat demikian. Dan dia sudah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak mencampuri urusan Ad lagi; seperti mana yang termaktub di dalam kontrak. Ah, bingung! "Okey tak ni""
Gaun satin labuh itu membuatkan dia terpegun seketika. Siapa sangka, Ad yang agak ganas dan kasar sewaktu sekolah dulu, sudah berubah menjadi wanita yang cantik.
Jika dibariskan kesemua wanita cantik dari seluruh pelosok dunia sekalipun, dia tetap akan memilih Ad sebagai pemenangnya. Kerana Ad punya segala yang diinginkannya. Butakah aku kerana gagal menilai kecantikanmu, wahai gadisku"
"Helo! Dah sampai mana tu" Aku tanya, okey ke tak baju ni""
Soalan Ad membuatkan dirinya kembali ke alam nyata. Pekerja butik yang setia berdiri di situ, tersengih-sengih. Alamak, kantoi berangan! Adoi! Malu, malu!
"Aaa& ." Jari telunjuk diletakkan ke dagu. Muka dikerut-kerutkan. Seolah-olah berfikir. Cover... cover. "Aku rasa tak sesuai la. Yang tadi lagi cantik! Pergi tukar!"
Walhal dia akui yang gaun tu memang cantik dan sesuai dengan Ad. Cuma dia tak sanggup berkongsi kecantikan Ad dengan tetamu-tetamu yang hadir di majlis itu nanti.
"Ei! Tadi kata yang itu over sangat. Gaun kembang semacam la, hiasan meriah sangat la. Menyusahkan orang betul la! Bla bla bla& ."
Farriel cuma tersengih bila mendengar bebelan Ad. Ad& Ad& macam-macam! "I nak try baju ni. Mana fitting room you""
Jantung rasa nak melompat keluar dari badan. Aik, macam kenal aje suara tu! Bukan ke tu suara Marina" Suara Marina bergerak dari bahagian hadapan kedai menuju ke tempatnya. Dan sebelum dia dihujani dengan soalan-soalan dari Marina, dia perlu segera mengambil tindakan drastik.
"Iz! Apa kau buat masuk dalam fitting room ni"!"
Ad yang dalam keadaan tak berapa lengkap berpakaian tu dipandang dengan wajah minta dibelas.
TIGA PULUH MINIT berlalu. Marina kat luar sana masih galak berulang-alik dari depan ke belakang; mencuba setiap pakaian yang berkenan di matanya. Ya Allah, bila la minah ni nak balik" Aku dah naik masak duduk dalam bilik ni!
Aku mundar-mandir dalam ruangan yang tak seberapa besar tu sambil mengipas diri sendiri dengan tangan. Suhu dalam fitting room yang sempit tu tak dapat aku nak anggarkan. 60 darjah Celcius, mungkin. Baju gaun labuh yang aku pakai dah lencun dek peluh. Farriel dah duduk di satu sudut. Mukanya merah akibat kepanasan.
Isk, Marina ni& tak sudah-sudah lagi ke cuba-try-test baju" Takkan nak test setiap baju kat butik ni kut"
Lambat-lambat Ad duduk berhadapan dengan Farriel. Merenik peluh di dahinya. Kesian pulak tengok Si Ad ni. Sapu tangan dikeluarkan dari kocek. Lalu dilapnya dahi Ad.
"Thanks," kataku sebaik sahaja Farriel selesai mengelap peluh di dahi. Ada rasa perikemanusiaan juga dia ni& Ingatkan dah pupus!
"Setakat modify sikit bahagian pinggang, takkan nak ambik masa sampai seminggu kut"! Tak efficient langsung la butik you all ni!"
Jeritan Marina jelas kedengaran.
Aku pandang Farriel. Kening kuangkat, mengisyaratkan tu la Marina, si spoilt brat yang kau bangga-banggakan sangat tu!
Farriel turut angkat kening. Ada aku kisah dengan pendapat kau" "So, kau dengan dia dah nak kahwin ke"" soalku perlahan.
"Aku dah lamar dan dia dah terima. Tengok la macam mana," balasnya dalam nada yang sama.
"Kau belum beritahu dia yang kau dah kahwin, kan"" serkapku. Kalau tak, takkan kami perlu menyorok kat sini, kan"
"Hmmm& belum!"
"Famili kau dah tau belum yang kau nak kahwin dengan Marina"" "Belum!"
Bagus sangat la tu! Mesti takut nak bersoal jawab dengan kaum kerabat dia la tu.
"Kan ke elok kau beritahu famili kau yang Marina tu awek kau. Tak ada la jadi macam ni. Tengok, kau juga yang susah," tempelakku.
"Aku bukan sengaja tak nak beritahu. Aku takut tak jadi macam awek-awek aku sebelum ni. Kan ke malu jadinya nanti!"
Farriel melarikan pandangan dariku. Enggan menatap wajahku. Ye la, aku ni hodoh& tak secantik Marina yang Pan-Asian tu! Aku ni setakat pan-cake aje& hu hu hu! "Tapi sebab kau terlalu berahsia la sampai jadi macam ni!"
Sinis aku menyatakannya. Ye la, kalau dia telus dengan famili dia, dah tentu tak jadi kes kahwin paksa dan meleret-leret sampai terkurung dalam fitting room yang maha sempitnya ni!
"At least& " ujarnya antara dengar dan tidak.
"At least& aku dapat bagi pekerjaan pada kau," sambungnya.
Aku mengangguk. Betul la tu. Kalau tak kerana jadi isteri kontrak, aku sendiri tak tau mana nak cari duit untuk bayar hutang lapuk Pak Cik Bakar.
Betul la& hubungan aku dan Farriel berlandaskan kontrak semata-mata. Aku yang bodoh. Aku fikir Farriel akan jatuh cinta pada diriku. Aku fikir pengakhiran cerita kami akan happy ending seperti fairytale yang pernah diceritakan kepadaku sewaktu kecil dahulu. Fantasi dan realiti tak mungkin seiring, Adry.
Benteng air mata aku bina setinggi-tingginya. Menghalang air mata dari gugur di hadapan Farriel.
Farriel memandang wajah murung Ad buat kesekian kalinya. Kenapa kau tanya tentang perkahwinan aku dan Marina" Kau dah tak sabar-sabar nak hidup bebas dari aku ke" Dah tak sabar-sabar nak hidup dengan kekasih kau, Si Ihsan tu"
"Tapi sebab kau terlalu berahsia la sampai jadi macam ni!"
Sebab aku terlalu berahsia la kita dapat macam ni, Ad. Sebab salah faham tu la aku dapat jumpa dan bersama dengan kau. Kau tau tak, aku selalu berdoa untuk bertemu dengan kau semula lepas kita habis sekolah. Yang aku tau, aku nak jumpa dengan kau lagi. Yang aku tau, aku perlu berjumpa dengan Ad ku.
"At least& aku dapat bagi pekerjaan pada kau."
Bodoh punya mulut! Bukan itu yang aku nak cakap la! Kenapa la mulut ni tak pernah seiring dengan kata-kata yang terlafaz di dalam hati"
At least, aku dapat berkahwin dengan kau, aku dapat luangkan masa bersama-sama kau, aku dapat lihat kau ketawa, menangis, merajuk, membebel. At least aku dapat hidup bersamasama dengan kau, walaupun untuk seketika.
Itu sebenarnya yang aku nak cakap!
Diam. Suara Marina tidak kedengaran lagi. Mungkin dia dah balik.
Farriel segera bangun. Meluruskan pinggang yang lenguh sebelum menarik selak pintu. Dia ingin segera keluar dari situ. Bukan kerana dia rimas berada di dalam ruang sempit itu. Tapi kerana dia sudah tidak sanggup berhadapan dengan Ad. Wajah suram Ad meruntun hatinya. "Farriel""
Suara itu memanggil. Farriel mematung di situ. Dengan teragak-agak, Farriel berpaling ke belakang. Marina tegak berdiri di situ. Memandang dengan wajah tidak percaya. Oo& oo& kantoi!
"Farriel" You buat apa kat sini""
Farriel rasa nak jadi halimunan aje tatkala Marina berada betul-betul di belakangnya. Nak tak nak, suka tak suka, dipalingkan juga tubuh badannya menghadap Marina. Ligat akal di kepala memikirkan alasan terbaik untuk diberikan kepada Marina.
"Aaa& I cari baju untuk function. You tau la, kan& jadi orang korporat ni sana-sini ada function& ."
Tergagap-gagap Farriel mereka alasan. Matanya tak henti-henti menjeling ke arah fitting room. Berharap Ad tak keluar saat itu.
Ad, bertahan la kat dalam tu. Tunggu sampai aku bawa minah ni keluar dari sini dulu.
"You nak pergi function apa" Biar I pilihkan," ujar Marina. Dia mula bergerak ke deretan pakaian lelaki. Memilih pakaian yang sesuai untuk Farriel.
"Aaa& tak payah la. I dah tengok semua dan tak ada yang sesuai. Why don t we go kedai lain. Maybe kat situ ada yang sesuai."
Farriel berdoa bersungguh-sungguh agar Marina termakan dengan kata-katanya.
"Yeah, I baru ingat. Ada satu kedai a few blocks from here. Diorang ada banyak collection tau! You nak pergi tengok""
"Of course! Jom kita pergi sekarang!"
Farriel mengucap syukur. Tangan Marina dikepit dan didorongnya agar segera keluar dari situ. Sempat dia mengerling ke belakang; melihat Ad yang kepalanya dah terjulur keluar melihat dirinya dan Marina berlalu pergi. Wajah Ad yang berpeluh-peluh itu meruntun hatinya. Mulut dikumat-kamitkan. Sorry, Ad! I will make it up for you. Sorry!
16 MIDAH tak senang duduk. Mula-mula kerusi meja makan diletakkan punggungnya. Tak sampai lima minit, dia bangkit semula. Mundar-mandir di sekitar ruangan rumah yang sempit.
Zalika yang tadinya khusyuk menonton, mengerling ke arah emaknya. "Kenapa dengan mak ni" Macam cacing kepanasan aje!"
"Akak kamu, Si Adry tu. Betul ke dia dah berhenti kerja""
"Betul la! Ika tanya sendiri pada kawan dia kat butik tu. Lagipun dah dua tiga kali Ika pergi butik tu, memang dah sah akak tak kerja situ lagi."
"Isk& ada kamu tanya kat mana dia kerja sekarang" Macam mana nak hubungi dia"" "Ika dah tanya, tapi kawan dia yang kerek tu tak nak beritahu! Panas aje rasa hati!" Midah mengepal penumbuk. Hilang jejak Adry bermaksud dia kehilangan lubuk emas nya.
Selama bertahun-tahun Adry menanggung mereka sekeluarga. Dia sudah lama tak bekerja sejak berhenti dari menjadi GRO. Dia sudah berusia. Nak harapkan suaminya" Bakar hanya memegang gelaran itu tanpa tahu melaksanakan tanggungjawabnya. Zalika baru aje mendapat pekerjaan. Namun anaknya itu tak pernah ingin menghulur walaupun sesen. Bakhtiar pula lebih suka melepak, tersidai di sana-sini bersama kawan-kawannya. Cuma Adry yang setia menurut kehendak hatinya.
"Ika kena usahakan cari Kak Adry!"
"Nak cari kat mana" KL" Gombak" Klang" Bumi ni luas la mak!"
"Cari aje la kat mana-mana! Hutang TV, sofa, duit sewa rumah, bil-bil semua siapa nak bayar" Kamu""
"Apa pulak Ika yang kena bayar" Kan ke selama ni Kak Adry yang bayar!" Melengking suara Zalika mendengar kata Midah.
"Sebab tu la mak suruh kamu cari dia. Nak minta duit dari dia. Jangan dia ingat dia dah besar panjang, dah pandai cari duit, dia boleh lupakan kita macam tu aje. Penat-penat aku bela dia, dah besar jadi kacang lupakan kulit pulak! Kau pun kena la bagi mak duit. Jangan habiskan dengan berjoli aje!"
Zalika kumat-kamitkan mulut. Mengejek kata-kata emaknya. Matanya sedikit pun tak berganjak dari TV. Baginya, Adrianna langsung tak bererti. Yang membuatkan dia terus bercakap dengan Adrianna adalah soal duit. Kerana dengan Adrianna, dia boleh mengugut, memperbodohkan gadis itu untuk mendapatkan wang. Dengan emaknya, alamat keluar la isi telinga dibebel tak henti-henti. Penghabisannya, duit tak dapat, telinga aje yang dapat sakit!
Bakhtiar yang datangnya entah dari mana, meluru masuk ke rumah. Daun pintu kayu yang hampir reput segera dirapatkan. Besi selak pintu dimasukkan ke tempatnya. Kemudian dia tersandar di situ. Melepaskan lelah. Peluh yang membasahi muka dan bajunya langsung tidak dihiraukan.
"Hah! Tiar, baru sekarang jumpa jalan balik" Dah dua minggu mak tak nampak kamu. Kamu ke mana"" Sinis Midah menyoal.
Bakhtiar yang masih tercungap-cungap sekadar memandang ke arah emaknya. "Mak! Mak kena tolong Tiar mak!"
"Tolong apa pulak ni, Tiar" Kamu bergaduh dengan kawan-kawan kamu lagi ke" Kamu kacau anak dara orang ye!" tuduh Midah.
Bakhtiar menggelengkan kepala. Menidakkan tuduhan emaknya.
Zalika yang menonton sekadar mendengar. Sesekali tawa sinis dilemparkan ke arah adiknya yang menarik-narik lengan baju emaknya, merayu rasa belas dari Midah.
"Bagi Tiar pinjam RM20,000.00, mak. Tiar janji, besok-besok Tiar kerja, Tiar akan bayar balik duit mak tu!"
"RM20,000.00" Banyaknya! Kau ingat mak ni Zeti Aziz, gabenor Bank Negara tu ke" Mana mak nak cari duit sebanyak tu"" Tinggi suara Midah menyoal.
"Ala& Tiar tau mak banyak duit! Ni, mak beli TV baru, sofa baru! Takkan mak beli dengan air liur aje""
Panjang telunjuk Bakhtiar menuding ke arah ruang tamu yang dahulunya cuma ada kerusi rotan buruk dan TV hitam putih.
"Ni semua hutang, Tiar... Kak Adry kamu yang bayar tiap-tiap bulan. Sekarang ni Kak Adry kamu dah hilang entah ke mana. Langsung tak kirim duit. Kalau dia bagi pun berapa sangat la. Tak sampai ribu-ribu pun!"
"Mak tipu! Takkan la Kak Adry tak kirim duit. Kan ke dia takut sangat mak bakar barangbarang arwah mak dia tu" Mesti dia ada bagi duit tapi mak sorok, kan" Mak nak guna untuk diri mak, kan"" tuduh Bakhtiar pula.
Midah menggeleng. Tak tahu bahasa apa yang patut digunakan untuk menerangkan letak duduk perkara sebenar kepada Bakhtiar.
Bakhtiar tak mati akal. Dia menerpa ke sofa pula. Kaki Zalika digoncangnya. "Kak, kau mesti tau mana mak sorok duit, kan"! Tunjuk kat aku, kak! Aku betul-betul terdesak ni!"
"Eh, Tiar! Kau ni tak faham bahasa ke" Dah mak kata tak ada, tak ada la! Memang betul pun Kak Adry tak bagi duit lagi sekarang ni. Dia pun dah berhenti kerja kat butik tu! Dia dah hilang! Aku dengan mak pun tak tau nak cari dia kat mana!"
Bakhtiar terkedu mendengar bicara kakaknya. Sangkanya Midah berbohong. Tapi bila Zalika turut mengiyakan pernyataan emak mereka tadi, dia mula termakan dengan cerita kehilangan Adrianna.
"Argh! Tiar tak kisah! Walau macam mana pun, akak dengan mak kena tolong Tiar. Kalau tak, mati Tiar!"
"Apa kau dah buat Tiar"" soal Midah gelojoh. Bahu anaknya ditepuk kuat. "Tiar& Tiar pinjam duit dari Ah Long."
"Ya Rabbi, Tiar& kau tau tak apa kau dah buat"" Midah mencapai batang penyapu di sudut ruang lantas mendapatkan Bakhtiar.
Bakhtiar memeluk kedua-dua belah kaki di atas sofa, ketakutan apabila dapat mengagak tindakan emaknya sebentar nanti.
"Kau sedar tak apa kau dah buat" Kau pun sama macam bapak kau! Tak sudah-sudah menyusahkan hidup aku! Cuba la kau kerja baik-baik. Hari tu baru aje hutang bapak kau selesai. Ni kau pulak buat hal!" jerit Midah lantang. Tubuh Bakhtiar dipukul berkali-kali.
Menggelepar Bakhtiar menahan kesakitan. "Tiar tak sengaja, mak. Tiar kalah judi, kalah race motor. Tolong la Tiar, mak. Ah Long tu ugut nak bunuh Tiar! Ah Long tu asyik ikut Tiar aje dua tiga hari ni!"
Tiba-tiba pintu rumah diketuk kasar dari luar.
Midah, Zalika dan Bakhtiar terus membatukan diri masing-masing. Mata masing-masing melolot memandang papan pintu yang bergegar akibat ketukan tetamu tak diundang . Kecut perut apabila mengingatkan kata-kata Bakhtiar sebentar tadi.
"Siapa"" soal Midah dengan suara menggeletar. "Kami nak cari rumah keluarga Cik Adrianna Mayesa." Masing-masing berpandangan dan mengerutkan dahi. Midah berjalan ke pintu. Selak ditarik dan pintu dibuka.
Dua orang lelaki berpakaian kemas dan bercermin mata gelap, tegak berdiri di muka pintu.
"Kami mencari ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang mengenali Cik Adrianna Mayesa," kata salah seorang lelaki tersebut dalam satu nafas.
"Ada apa hal tu, encik"" soal Zalika yang sudah merapati Midah. "Ada beberapa soalan yang perlu kami tanyakan," ujar lelaki kedua.
"Kalau kami dapat jawab soalan-soalan berkenaan Adrianna yang encik berdua kemukakan, apa ganjaran yang kami akan dapat"" Midah menyoal lagi.
Kedua-dua lelaki itu berpandangan sesama sendiri seraya menganggukkan kepala.
Midah dan Zalika berbalas pandangan. Merasakan lelaki-lelaki tersebut akan menuruti kehendak mereka, senyuman penuh makna terukir di bibir masing-masing. PAP! Pranggg!
Farriel hampir terdorong ke depan. Mujur orang yang melanggar sempat memaut lengannya. Kalau tak, tak tentu dia dah terjunam ke lantai lobi.
"Maaf! Saya tak sengaja!" ujar lelaki itu dengan rasa bersalah.
"Takpe! Saya pun tak tengok kiri kanan tadi. Main redah aje," balas Farriel tanpa memandang wajah lelaki tersebut. Sibuk dia mengutip isi fail yang dah berterabur.
Lelaki itu mencangkung. Turut mengutip setiap helai kertas A4 yang terlambak di lantai. Dan mereka bertentangan mata tatkala kertas diserahkan.
"Aril! Farriel, kan""
"Adly! Headboy Sri Bistari, kan""
Farriel tersenyum girang melihat teman lama yang berdiri di hadapannya. Jika dulu, dia paling benci terserempak dengan Adly. Ada aje yang tak kena pada dirinya pada mata Adly. Namun kini, dia menganggap pertemuan ini suatu keajaiban.
Mereka bersalaman sambil memeluk bahu. Lagak teman akrab yang terpisah lama; bertanya khabar dalam suasana mesra.
"Lama betul la tak dengar cerita pasal kau. Last aku dengar pasal kau, kau pindah ke luar negara. Menetap kat sana. Macam mana kau boleh ada kat sini pulak ni" Tak tersangkut dengan mana-mana minah salih" Ke kau dah angkut dia balik sini sekali""
Adly tersengih. "Mana ada. Aku lebih suka pompuan Malaysia yang sopan santun dari minah salih yang lepas laku tu. Lagipun famili aku ke sana sebab nak berubat. Kau tau kan, ayah aku tu ada sakit jantung."
Farriel mengangguk beberapa kali.
"So, sekarang ayah kau macam mana"" soal Farriel sekadar berbasa-basi.
"Orang tua, tau aje la. Nak kata sembuh 100% tu memang tak boleh la. Ada masa-masanya, datang juga penyakit dia. Kau sekarang kerja kat mana""
"Hmmm& mana lagi" Company bapak aku la! Jadi manager cikai." Tawa Adly pecah. "Manager cikai" Mustahil la!"
"He he he& . Kau pulak kerja mana""
"Aku kerja kat syarikat guaman kawan aku. Tolong-tolong dia sikit. Dapat la dua tiga ratus& " jawab Adly dengan penuh rasa rendah diri.
"Peguam! Not bad. Memang ada ciri-ciri la& tapi kenapa tak kerja kat company ayah kau aje""
"Isu sensitif tu!" "Sensitif""
"Mak tiri aku dah hijack company ayah aku sejak dia jatuh sakit. Semua benda mak tiri aku uruskan. Ayah aku cuma bagi nasihat atas angin aje. Aku malas nak campur, apa lagi nak kerja bawah dia. Kang tak pasal-pasal jadi perang saudara pulak. Kau tau aje la, berapa kerat sangat la mak tiri baik dengan anak tiri dalam dunia ni. Sebelum jadi benda tak baik, baik aku yang kerja kat tempat lain. Lagipun aku bukan kemaruk sangat nak jadi ahli korporat. Belajar pun ambik bahagian law."
"Eh, okey la ek! Aku blah dulu. Ada meeting dengan client jap lagi. Minta contact number kau. Kut-kut boleh lepak kedai mamak ke mana-mana ke esok lusa& ." Adly dan Farriel mengeluarkan kad masing-masing. Kad nama bertukar tangan. "Okey! Lain kali aje la kita borak panjang!"
Farriel atur langkah ke car park. Tak sampai lima langkah dia menepuk dahi. Teringat akan sesuatu. "Eh, lupa pulak! Terlanjur dah jumpa ni, aku nak ajak kau datang majlis kahwin aku."
"Kau dah kahwin" Biar betul"" Adly tersengih. Tak percaya dengan status Farriel yang dah setapak di hadapannya.
"Betul la. Ingat tak ada orang suka kat aku ke"" "Aku tak kata, kau yang kata gitu. So, bila dan kat mana tu"" Poket seluar diseluknya. PDA segera dikeluarkan.
Maklumat berkenaan majlis perkahwinan Farriel pantas direkodkan.
ENTAH apa mimpi Farriel aku pun tak tau. Tiba-tiba aje ajak aku makan kat hotel. Aku syak, ni kes dia nak tebus kesalahannya gara-gara kami terkurung kat fitting room kelmarin. Mula-mula aku tolak pelawaannya. Bagi alasan nak siapkan assignment dan letih. Tapi bila tengok muka kesian dia tu, aku rasa tak sampai hati pulak. Lagipun aku malas nak masak malam ni. Bersiap ala kadar, setakat pakai baju yang bersesuaian dengan tempat yang kami nak pergi, kami pun bertolak pergi dengan keretanya.
Tepat jam lapan malam, kami masuk dalam ruang restoran. Bila pelayan tunjukkan meja, baru la aku tahu yang Farriel awal-awal lagi dah tempah meja itu. Dan meja yang ditempah oleh Farriel agak tersorok dan terpisah dari meja-meja yang lain. Seakan mahu privasi tersendiri.
Dua jam kami di restoran itu dan sepanjang dua jam itu juga la aku dilayan dengan baik oleh Farriel. Langsung tak ada kata-kata berunsurkan perlian, sinis, double meaning atau apa-apa. Semuanya telus dan ikhlas. Kami bercerita tentang apa sahaja dalam suasana riang dilatari gesekan biola yang bergema di segenap ruang restoran. Sesekali aku tertawa bila dia melawak. Orang sekeliling yang memandang mungkin akan menyangka kami adalah pasangan bahagia.
Jam sepuluh malam, kami bertolak pulang. Kira-kira sejam kemudian kami tiba di rumah. Ketika melangkah masuk ke rumah itulah Farriel dengan tanpa diduga menghulurkan beg kertas bersaiz sederhana kepadaku.
"Apa ni"" soalku pelik.
Farriel membalas senyumanku. Entah mengapa, aku dapat merasakan kelainan pada diri Farriel malam ni.
"Aku nak kau pakai. Dan datang ke bilik aku," katanya.
Hah" Pakai" Masalahnya apa yang ada dalam beg kertas ni" Kostum Superman" Ultraman" Entah-entah kostum badut tak! Tak tergamak aku nak pakai!
"Ad, dalam masa tiga puluh saat aku nak kau ada dalam bilik aku!" ujar Farriel yang dah berdiri kat tengah-tengah anak tangga.
Lawak apakah ini" Langkah kuhayun juga ke bilik. Isi beg aku lambakkan. Menganga mulutku. Biar betul"! Gaun biru laut bercorak abstrak separas lutut, siap dengan satu set accessories lagi; subang, rantai dan rantai tangan. Ei, mesti mahal ni! Takkan macam ni sekali gaya dia nak pujuk aku. Aku bukan merajuk pun. Cuma marah sikit aje sebab kepanasan duduk dalam fitting room yang sempit tu.
Rasa-rasanya, masa aku membebel minta ganti rugi , paling teruk pun aku minta dibelanja makan aje. Takde la sampai tahap beli benda-benda macam ni. Ei, sah demam dah Si Farriel ni! Ke entah-entah ni barang dia nak bagi Marina tapi terbagi kat aku" Haru betul angau mamat ni!
"Ad! Dah siap ke belum"!" jerit Farriel dari luar. "Aaa& kejap, kejap!"
Tombol pintu aku tekan. Mengunci dari dalam. Karang dibuatnya Farriel meroyan buka pintu, tak pasal-pasal aje dia tengok wayang free. Gaun itu segera aku ambil dan pakai. Begitu juga dengan accessories yang ada. Imej di cermin aku pandang. Okey, tapi macam ada yang kureng&
hah, mata! Eyeshadow warna sedondon dengan baju dan maskara aku kenakan. Sedikit blusher dan lipstick. Setelah memastikan penampilanku tak keterlaluan, aku menapak ke bilik Farriel. Dalam pada tu, aku cuba meneka apa tugasan yang ingin diberikan padaku.
Lagu I ll Be nyanyian Goo Goo Dolls menampar ruang dengar sebaik sahaja pintu biliknya dibuka. Tubuh Farriel kucari. Kiri, kanan, tak ada. Memandang pula ke luar, di balkoni rupanya. Pantas kujejaki Farriel di situ. Berdiri di sisinya yang lengkap bertuxedo. Macam nak pergi majlis formal pulak. Bezanya, majlis diadakan di rumah dan aku pakai baju paling sempoi tanpa tudung di kepala. Hmmm&
sesuatu yang tak pernah aku lakukan sebelum ini. Dan seperti dirinya, aku juga menegadah ke langit. Memandang ke arah bulan yang mengambang penuh; dikelilingi beratus juta bintang-bintang.
"Kau ingat tak, kau pernah kata kat aku. Orang yang memandang ke arah bulan dan bintang tanpa orang tersayang di sisi atau dalam hati adalah orang yang paling sunyi di dunia," ujar Farriel tenang tanpa menoleh ke arah Ad.
Dia ingat" Kata-kata tu aku lafazkan lapan tahun lalu. Tak sangka dia masih ingat! Falsafah zaman budak-budakku itu masih utuh dalam ingatannya.
"Kau ingat lagi"" soalku penuh taajub.
Mustahil aku lupa, Ad! Segalanya tentang diri kau aku ingat. Semacam ada satu ruang khas bagi diri kau dalam kotak memori aku ni.
"Hmmm& bila dengar kau cakap macam tu, memang aku rasa nak tergelak. Tapi bila fikirfikir balik, ada juga kebenarannya," jawab Farriel.
Tapi aku tak rasa falsafah masa aku umur lima belas tahun tu tak boleh diguna pakai saat ini. Kau ada di sebelah aku sekarang, malah kau juga merajai hati aku. Tapi, aku tetap merasakan bahawa akulah orang yang paling sunyi dan sedih di dunia ini. Sebab aku bertepuk sebelah tangan, sebab aku tak membawa sebarang makna pada diri kau.
Farriel mengalih pandang. Dari dada langit ke arahku. Kami bertentangan mata. Mulut terkunci rapat. Hanya mata kami berkata-kata .
Farriel teruja melihat sepasang mata Ad yang bersinar-sinar di bawah cahaya rembulan. Sungguh, dia tidak dapat memikirkan mana-mana wanita yang dapat menandingi kecantikan Ad pada malam ini. Tiada sesiapa walaupun Marina Irriani atau mana-mana Miss Universe dapat menandingi kecantikan Ad.
Ad, kenapa rasa ini semakin kuat tatkala bersama kau" Kenapa mudah benar kau masuk dan curi hatiku, cintaku"
Entah mengapa, aku terasa seperti ada ruang reserved dalam diri Farriel untuk aku malam ini. Ruang yang membolehkan aku masuk ke dalam hatinya. Ruang untuk aku lebih mengenalinya.
Kalau masa boleh dihentikan, biarlah ia berhenti ketika ini. Ketika aku dan Farriel bertentangan mata& ketika aku merasakan yang Farriel juga mempunyai rasa cinta yang sama sepertiku.
"Kau nampak cantik malam ni& " pujinya antara dengar tak dengar.
Ghau! Naik darah merah ke pipiku. Walaupun aku tak pasti ikhlas ke tidak pujiannya itu. Tapi aku benar-benar dapat merasakan keikhlasannya pada malam ini. Dan pujian Farriel aku terima dengan hati yang girang. Senyuman paling manis aku ukirkan buatnya.
"Benda ni bunyi macam bodoh sikit tapi& kau sudi tak menari dengan aku" Kalau kau tak nak, aku tak paksa. Mesti kau kutuk aku dalam hati, kan" Ye la, mesti kau fikir permintaan bawah tanah apa la yang aku buat ni" Tak pun kau ingat aku ni terlebih minum fat burner ke apa.& "
Aku tersenyum mendengar Farriel menceceh. Sebelum dia bertukar jadi mak nenek, jari telunjuk aku letakkan di bibirnya. Menghentikan bebelannya.
Farriel tersentak. Serta-merta kata-katanya terhenti di situ. Mukanya merah. Mungkin menahan malu.
"Aku tak kutuk kau& malah aku sudi menari dengan kau."
Menganga mulut Farriel mendengar jawapanku. Namun dia cepat-cepat katup mulut dan menghulurkan tangan kanannya.
Aku letakkan jari-jemariku dalam genggamannya. "Tapi aku nak beritahu sesuatu& ."
Farriel pandang mataku. Bertanya dengan hanya sepasang anak matanya.
"Aku tak pandai menari! Langsung tak pandai. Tapi aku pernah tengok filem Sayang& You Can Dance! Mungkin boleh membantu" Boleh ke""
Farriel ketawa kecil. Berirama indah kedengaran di cuping telingaku. Ah& ! Apa jua yang berkenaan Farriel malam ini memang elok dan indah sahaja pada pandanganku.
Ad& Ad& dalam pada nak wujudkan suasana romantik ni, kau sempat lagi buat lawak tahap anak cipan! So cute!
"Takpe. Aku pun bukan pandai sangat. Kau ikut aje step aku. Slow dance adalah tarian yang paling mudah. Mesti kau cepat pick-up punya!" ujar Farriel penuh yakin.
Tapi keyakinan aku sifar. Aku memang la tak berseni orangnya. Badan kayu, urat dawai, kepala batu, hati besi& he he he!
Aku cuba menghayun badan seiring dengan Farriel dan muzik yang bergema. Tapi perkara yang mudah bagi Farriel memang sesuatu yang payah bagi aku. "Ouch! Ad!"
"Adoi! Ad kaki aku!"
"Ad, jangan la buka langkah besar sangat!"
Aku berhenti menari. Tangan kualih dari tubuhnya. Berpeluk tubuh dengan muncung angsa di hadapannya. Lagu I ll Be versi Goo Goo Dolls berputar entah untuk kali keberapa di speaker yang disambung ke laptop. Masa tu la aku terasa ada dejavu dalam perbuatan yang kami sedang lakukan ni.
"Malas la nak join idea tiga suku kau ni! Dah la memang obviously tiru scene dalam cite Aa+bB Si Hlovate tu. Dengan lagu-lagu sekali kau copycat! Langsung tak ada originality!" rungutku.
"Okey, memang aku tiru scene dalam buku tu. Tu pun sebab kau kemaruk sangat dengan Benz Alif dan Addin dalam cerita tu. So, aku cuba la buat dalam versi Ad dan Izumi pulak!" terangnya bersungguh.
"Lagipun, aku tak tau macam mana nak minta maaf dari kau, pasal kejadian kat butik tu& " sambungnya perlahan.
Ooo& ni kes nak minta maaf la, ek" Aku garu dagu
yang tak gatal. Play along aje la& don t ruin the moment, bisik hati kecil.
"Pasal kejadian kat butik tu, aku dah maafkan. Tapi pasal menari ni, memang aku tak boleh handle. Sebab aku memang kayu& aku& "
Giliran Farriel pula mendiamkan aku dengan jari telunjuknya yang runcing. Serta-merta pandangan kami bertaut. Tanganku diraihnya semula dan diletakkan di pangkal lehernya.
"Just let the eyes contact and flow with the music. Learn and dance by your heart. Don t think& " bisiknya di tepi telingaku.
Lagu I ll Be berlalu pergi. Diganti pula dengan You And Me dari Lifehouse. Dan kali ini, dengan mudahnya aku dapat menari. Dengan hanya memandang ke arah anak mata Farriel, aku dapat membaca gerak kaki kami di bahagian bawah.
What day is it" And in what month" This clock never seemed so alive I can t keep up and I can t back down I ve been losing so much time&
Suara serak-serak basah sang penyanyi menyelinap masuk ke telinga. Dengan hanya memandang ke anak matanya, aku lupa tentang segala-galanya. Yang ada cuma aku dan dia. Dan ada rasa aneh menghangatkan tubuhku dari kedinginan malam. Apa yang aku rasakan kini tidak dapat digambarkan dalam apa jua bentuk kata-kata& .
Dengan jarak wajah lebih kurang empat inci, walaupun kepalaku sedikit terdongak memandang ke arah wajahnya, jelas di pandanganku sinar cinta di matanya. Aku jadi terkeliru. Cinta di matanya untuk siapa" Aku atau Marina" Sapa yang terkeliru sekarang ni" Aku yang terkeliru mentafsir cinta Farriel atau Farriel yang terkeliru dengan siapa dia menari sekarang"
Cause it s you and me And all of the peole with nothing to do Nothing to lose
And it s you and me and all other people And I don t know why
I can t keep my eyes off of you
Farriel enggan membenarkan kelopak matanya berkelip sama sekali; walaupun perbuatan itu cuma memakan masa kurang sesaat. Dia mahu matanya terus dijamu dengan wajah Ad yang disinari cahaya bulan. Dan pemandangan yang terindah di dunia cuma kelihatan di dalam anak mata Ad. Sungguh& aku dah jatuh cinta pada Adrianna Mayesa. Dan perasaan itu lebih dalam dari apa yang pernah aku rasakan ketika bersama Ann dan Marina. One of the things that I want to say just aren t coming out right I m tripping on words
You ve got my head spinning I don t know where to go from here
Dan segala perkataan dan bahasa yang wujud di dunia seolah-olah tenggelam bersama-sama tarian mereka yang semakin lancar dan mengasyikkan. Sungguh, tiada satu apa pun yang melintas di fikirannya kini. Ad membuatkan dia lupa akan segala-galanya. Hanya Ad yang bisa berbuat begini kepadanya& Hanya Ad!
There s something about you now
I can t quite figure out Everthing she does is beautiful Everything she does is right
Dan tatkala Ad tersenyum dengan sepasang anak matanya yang bundar, hampir-hampir sahaja Farriel mengucup kedua-dua belah kelopak mata Ad dek keterujaannya dengan ciptaan Allah itu. Mujur irama lagu yang berhenti turut menghentikan tarian mereka.
Lagu You and Me dendangan Lifehouse berakhir. Tarian kami turut berakhir. Kedua-dua tangan kualihkan dari tubuh Farriel. Begitu juga dengan Farriel. Kami tegak berdiri menghadap sesama sendiri. Cuma memandang, merenung dan menatap wajah masing-masing tanpa sebarang kata.
Jika tadi kami seumpama sepasang penari yang begitu rapat sehingga boleh membaca langkah pasangan kami, tapi kini kami tak ubah seperti orang asing yang sekadar berpapasan di kaki lima. Langsung tidak mengenali apatah lagi berkongsi apa jua perkara.
Dia, Tengku Farriel Izumi. Ditubuhnya mengalir darah kerabat diraja. Anak salah seorang ahli perniagaan tersohor di Malaysia.
Aku cuma Adrianna Mayesa. Anak yatim piatu yang tak tahu asal-usul. Cuma punya ibu agar tak disalah sangka sebagai anak buluh betong. Berbintikan Ismail al-Hussein yang entah siapa orangnya atau entah macam mana rupanya. Namun seribu kesyukuran aku panjatkan kepada Ilahi. Sekurang-kurangnya aku berbapa. Bukan anak luar nikah. Walaupun tidak pernah sekali aku melihat wajahnya.
Latar muzik berganti dengan lagu-lagu dari kelompok seberang. Vokalis Republik mendendangkan lagu Hanya Ingin Kau Tahu dalam nada yang mendayu menjadikan suasana semakin sayu. Cahaya cinta di mata Farriel semakin pudar. Entah mengapa, aku dapat merasakan ini merupakan kali terakhir aku dan Farriel dapat berduaan begini. Entah mengapa, aku merasakan yang selepas ini hubungan kami akan bertambah renggang walaupun kami bakal digandingkan dalam majlis resepsi lusa. Entah mengapa& Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku Rasa hancurnya harapku Kau lepas cintaku
Kami sekadar berpandangan. Ada rasa sayu menerpa masuk di kamar hatiku. Wajah ini, wajah Farriel ini serasanya telah lama bersemadi di dalam jiwaku. Jika benar dia bukan ditakdirkan untukku, bisakah aku melupakannya kelak"
Rasakan abadi Sekalipun kau mengerti Sekalipun kau fahami
Ku fikir ku salah mengertimu&
Ad& sengaja aku ciptakan kenangan manis bersama kau malam ini kerana malam ini akan kukenang untuk seumur hidupku. Malam yang cuma dikongsi oleh kau dan aku. Malam yang mana aku, lelaki yang gagah perkasa tertunduk lemah dek kerana panahan matamu. Malam yang menyaksikan betapa terlewatnya aku mentafsirkan rasa hatiku sehingga kau terlepas ke tangan Ihsan. Dan dengan kenangan yang ada ini, aku akan mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan kaum kerabatku. Aku akan bebaskan kau dari penjara perkahwinan kontrak ini agar kau boleh hidup dengan lelaki yang kau cintai& .
"Aku balik bilik dulu& " ujarku perlahan bila Farriel langsung tak berkutik dari tempatnya berdiri.
Dengan berat hati, kualihkan jua anak mata dari terus mengamatinya. Berharap ingatanku akan cukup kuat untuk terus mengingati wajahnya seandainya kami berpisah kelak. Ya Allah, berat sungguh dugaan ini& .
Ooo& aku hanya ingin kau tahu Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu& "Okey& " balasnya.
Aku palingkan tubuh darinya. Titisan jernih itu, entah bila bertakungnya, tau-tau aje dah jatuh ke pipi. Belakang tangan kuangkat. Pura-pura menggosok mata disertai gaya menguap; tanda mengantuk. Aku tak mahu dia tahu aku menangis. Biarlah aku dibuang dengan cara terhormat. Biarlah dia anggap aku langsung tiada perasaan padanya. Itu lebih mudah. Walaupun semua
Hanya ada dalam mimpiku Hanya ada dalam anganku Melewati hidup&
Rasanya mahu sahaja aku melaungkan kalimah cinta saat ini kepadanya. Agar dia tahu bahawa aku menyintainya. Agar dia tahu aku tak mahu dia mengahwini Marina yang tak stabil cintanya, yang berubah-ubah cintanya. Serasanya ingin sahaja aku merayu agar dia menyintaiku dan melupakan Marina. Kenapa" Kenapa dia tak boleh mencintai aku"
Panggillah aku Farriel& panggillah. Katakan kau mencintai aku. Katakan kau perlukan aku. Katakan kau tak mahu berkahwin dengan Marina. Katakan la Farriel& . "Ad& ."
Aku tersentak. Langkahku mati. Air mata yang tadinya bertali arus, pegun di tubir mata. Aku cuma memandang pintu kayu dengan pandangan kosong. Langsung tak menoleh. Atau lebih tepat aku takut untuk menoleh. Takut diejek kerana menangis. Menangis kerana aku sudah kalah dalam permainan kahwin kontrak ini.
"Ad& selamat malam& ."
Laju semula air mataku menuruni pipi. Jangan bermimpi, Adry. Mana mungkin enggang bergandingan dengan pipit! Ini bukan zaman fairytale lagi! Tak semua kisah cinta berakhir dengan happy ending.
Langkah kuatur kembali ke pintu bilik. Melekat tapak tangan di tombol pintu. Entah kenapa payah benar aku nak memulas tombol itu malam ini. "Iz& ."
"Huh"" "Bila kau dah bersedia nak beritahu keluarga kau tentang Marina dan perkahwinan kontrak kita, tolong beritahu aku. Aku nak pergi, tinggalkan tempat ni sebelum semua benda tu jadi& sebab aku tak tau macam mana nak berhadapan dengan semua orang bila perkara sebenar dah terbongkar. Sebab aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan wajah kecewa nenda, Hana dan yang lain-lain. Dan yang paling penting, bagaimana nak berhadapan dengan kau bila kita dah bercerai nanti."
"Kalau itu permintaan kau, aku& aku akan turutkan& " jawab Farriel dengan suara yang serak.
Namun aku dah tak mampu berfikir mengapa suaranya jadi sebegitu. Aku lebih kepada memujuk hatiku yang lara.
Tombol pintu aku pulas dengan segenap kudrat yang tersisa. Longlai langkah kuhayun keluar dari situ.
Ooo& aku hanya ingin kau tahu Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu&
Daun pintu aku tutup rapat. Seperti tertutup rapatnya hati Farriel terhadapku. Iz& aku cintakan kau& terlalu cintakan kau.
Di balik pintu, Farriel masih pegun berdiri di tempatnya. Memandang kosong ke arah daun pintu yang tertutup rapat. Ooo& Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku Tingginya khayalku bersamamu&
Ad& aku cintakan kau. Kalaulah kau tahu.&
17 SETELAH sekian lama tak menjejakkan kaki ke situ, malam itu digagahi juga kaki ke kelab malam yang menjadi pilihan golongan VVIP itu. Niatnya cuma satu. Nak melepaskan tekanan yang menyesakkan kepalanya sejak balik dari bertemu Adry siang tadi. Dengan pakaian formal seperti ingin ke pejabat, dia duduk berteleku di salah sebuah meja di situ.
Coke dalam gelas disedut perlahan-lahan. Kepala didongakkan. Memandang ke segenap ruang yang dipenuhi manusia-manusia yang dahagakan hiburan duniawi.
Anak-anak muda terkinja-kinja sana sini di bawah lampu berwarna yang malap sinarnya, seiring dengan irama lagu yang dimainkan. Beberapa orang gadis cuba menghampiri dan berbual dengannya.
Ad Iz Karya Eury Athena di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
"Dah lama I tak nampak you kat sini. Ke you dah ada port baru" Boleh I join you minum"" soal gadis berbangsa Tionghua yang hanya memakai tube dan skirt singkat itu. Ihsan senyum segaris. Tubuh dijarakkan dari gadis
seksi itu. Rimas dengan perlakuan gadis yang terliang-liuk tubuhnya itu. Dia langsung tak ingat namanya. Dia cuma tahu yang dia pernah bertemu gadis Tionghua itu beberapa kali di sini. "I banyak kerja. If you don t mind, I d like to be alone tonight."
Pantas dia menolak dengan lembut ajakan gadis itu.
"Okay, but if you need my companion, I ll be there." Ihsan sekadar mengangguk.
Gadis itu berlalu. Ihsan tarik nafas lega. Kad jemputan yang dihulurkan oleh Adrianna siang tadi, dikeluarkan dari kocek baju.
"Kalau tak sibuk, jemput la datang& ."
Hatinya sakit dan terluka. Seumpama belati menusuk terus ke hatinya tatkala kata-kata itu diluahkan oleh Adry. Kad bertulisan keemasan itu ditatap buat kesekian kalinya. Berharap bukan nama Tengku Farriel Izumi yang tertera di atas nama Adry tetapi namanya, Tengku Ihsan Nur Qayyum.
"Adry, kenapa bukan aku" Kenapa Farriel yang berhati batu tu yang jadi suami kau"" keluhnya.
Pandangan dibuangkan secara rawak ke sekitar ruang kelab semula. Dan pandangannya jatuh pada seorang gadis kacukan yang bersendirian di mejanya. Sekadar memandang sekeliling dengan wajah masam. Pandangannya jauh tanpa arah. Seolah-olah memikirkan sesuatu perkara yang maha berat. Ihsan bangun dari tempatnya. Menghampiri si gadis. "Hai, Marina! Sorang aje ke"" tegur Ihsan.
Marina yang ketika itu berada di dalam dunianya sendiri terkejut sebelum mengukir senyuman bila menyedari gerangan yang menegur. "Ihsan! What a pleasure to see you here!"
Marina bangun. Mengucup kedua-dua belah pipi Ihsan; cara menyapa gaya masyarakat di Barat.
Ihsan tersenyum manis. Mengenali Marina beberapa tahun dahulu membuatkan dia langsung tidak terkejut dengan tingkah lakunya. Apatah lagi dia sudah biasa melihat perlakuan sebegitu ketika menuntut dahulu. Cuma sesuatu yang baru diketahui beberapa bulan dahulu adalah kedudukan Marina di dalam hati sepupunya, Farriel. Ihsan duduk sebaik sahaja dipelawa dengan mesra oleh Marina.
"I tak tau you pun lepak sini& I selalu juga datang tapi tak pernah pulak nampak you!" kata Marina dalam nada terkejut.
"I used to hang around here. Sekarang busy!"
"Ye la tu. You memang busy memanjang! Awek sana-sini. Mana lekat kat satu tempat," gurau Marina.
Ihsan tersenyum. Tunduk, mengakui bad habitnya yang lalu.
"So, you ni sorang aje ke" Boyfriend mana"" soal Ihsan. Entah mengapa dia langsung tak ingin bercerita bahawa Farriel itu sepupunya. Pada Marina, dia cuma sekadar rakan sekerja Farriel. Bukan bersaudara.
"Boyfriend I, Si Farriel tu mana nak lepak tempat-tempat macam ni. Dia tu ustaz sikit. But, I love him. You know what, kami nak kahwin tau tak lama lagi. I can t wait to be his wife! The one and only wife of Tengku Farriel Izumi!" ujar Marina dalam keterujaan.
Ihsan mengetap gigi. Nampak sangat yang Marina tak tahu status terkini Farriel. Farriel, apa kau dah buat" Hidup-hidup kau tipu minah separa omputih ni!
"But lately I pelik la& Farriel tu asyik berangan aje. His mind seems wandering around. Tak tau la fikir pasal apa. You guys kerja satu ofis, kan" Ada problem ke kat ofis"" soal Marina ingin tahu.
Ihsan cuma diam. Dalam dirinya berperang; sama ada perlu atau tidak bercerita tentang perkara sebenar kepada Marina. "Marina, I think you need to know something."
Ihsan bersandar di kerusi. Dia kelihatan relaks namun cukup bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku sebentar nanti; ketika pekung Farriel telah dibuka.
"I need to know what, Ihsan"" Marina mula cuak melihat wajah dan nada suara Ihsan yang berubah menjadi serius tiba-tiba.
Ihsan mengunjukkan kad itu kepada Marina. Marina kerut dahi. "Apa ni""
"Kad jemputan kahwin."
"Huh" You nak ajak I temankan you ke" You tau kan, I bukan minat sangat nak pergi majlis kahwin macam ni. Kalau party, clubbing tu, I minat la!"
"Cuba tengok dulu. I pasti you akan ber minat untuk menghadiri majlis ni sebaik sahaja you tengok nama pengantinnya," desak Ihsan.
Nak tak nak, kad warna pink itu disambutnya. Dalam cahaya samar-samar, dibacanya satu per satu perkataan yang tertera di situ. "Majlis perkahwinan& Tengku& Farriel Izumi"!"
Ada jeritan kecil terlahir di hujung ayatnya. Buntang matanya sebaik sahaja menyedari nama Farriel tertera di situ. Berkali-kali dia membaca, cuba memastikan apa yang dibacanya sebentar tadi itu betul. Bukan khayalan.
"What kind of joke is this, Ihsan"" Tinggi suara Maria menyoal. Ihsan tarik dan hembus nafas perlahan-lahan.
"Farriel tipu you selama ni. Dia dah kahwin on the day you left him, which means six to seven months ago. Ni cuma majlis resepsi aje, majlis nak kenalkan isterinya kepada saudaramara dan kawan-kawan. He is cheated on you selama ni," terang Ihsan.
Marina menggeleng-gelengkan kepalanya. Seakan-akan enggan menerima hakikat itu dari mulut Ihsan. Badannya menggeletar akibat menanggung kemarahan yang memuncak. Kini dia mulai tahu sebab Farriel berubah laku sejak kebelakangan ini.
Patut la bukan main payah lagi nak bertemu. Patut la Farriel selalu berangan bila bersama dengannya. How could you do this to me, Farriel" Tapi, kenapa dia ajak aku kahwin" Pelik!
"Ihsan, you ni saje nak mainkan I, kan" Come on la, quit pulling my leg! Tak baik kenakan majikan you sampai macam ni sekali!" desak Marina.
"I tak main-main, Marina. I tak dapat apa pun kalau I mainkan you. For your information, Farriel tu sepupu I. Dan Adrianna Mayesa yang kahwin dengan Farriel tu cinta hati I& I want her so badly to be my wife! But Farriel yang double-triple-player tu dah sambar dia dulu," kata Ihsan.
Marina pegang kepala. Tertekan dengan kenyataan yang dihidangkan padanya malam ni.
"Kalau Farriel dah kahwin, then why dia pujuk I balik ke Malaysia" Keluar dengan I, ajak I kahwin& tak masuk akal la!"
"Diorang kahwin atas permintaan nenek I, I mean nenek Farriel juga la. Kira macam kahwin paksa. There s no spark of love at all!" Tegas Ihsan.
Marina picit kepala lagi. Masih cuba mencerna informasi yang didengar. "Then apa suggestion you" Apa I patut buat" I want my Farriel back!"
"Kita buat plan. Kita pisah kan mereka!"
Mata Ihsan dan Marina bersinar-sinar dalam kesamaran cahaya. "HAI!"
Aku segera panggung kepala ke arah orang yang menegur. Senior Adly" Senior Adly tersenyum lebar memandangku. Aku cari Farah di belakangnya. Tak ada. Aik, selalu ada aje minah tu mengendeng kat abang tirinya ni. Hari ni ghaib pulak"
"Hai, Senior Adly," balasku lambat-lambat.
Aku sedikit terkejut bila Senior Adly tanpa amaran duduk di hadapanku. Tapi aku cuba berlagak biasa. Ni tempat awam. Sesiapa boleh duduk. Minuman panas berkafein diletakkan di atas meja yang sebelum ini cuma ada setengah gelas carrot susu kepunyaanku.
Aku pandang Senior Adly. Senior Adly masih tersenyum manis. Seperti ada yang melucukan urat gelaknya. Memandang wajah putih bersih Senior Adly membuatkan aku jadi tenang. Wajah orang beriman yang sentiasa basah dengan air wuduk. Terasa hilang segala masalah yang aku seret dari rumah.
"Adry, saya bukan lagi senior awak macam zaman kita sekolah dulu. So, why don t you call me Abang Adly, instead of Senior Adly" Tak la tergeliat lidah tu& " kata Senior Adly dalam senyumnya.
Aku tersengih. Mengakui kenyataan itu dalam diam. Betul la tu, Senior Adly bukan senior aku lagi. Tapi seumur hidup aku, aku tak pernah panggil sesiapa dengan panggilan abang. Dan aku tak ada feel langsung nak panggil dia abang . Bukan ibu aku yang lahirkan dia pun! Kalau panggil Encik Adly nanti rasa macam formal sangat pulak! Abang" Brrr!!! Seram sejuk nak panggil orang macam tu!
"Aaa& Farah mana"" soalku pantas. Mengalih topik. "Farah" Entah! Ada dalam kelas la kut."
"Senior Adly datang bukan sebab Farah ke""
Setahu aku, Senior Adly selalu jejak ke kampus ni sebab kes-kes yang Si Farah buat. Masalah disiplin la, meniru masa test la, tak hormat lecturers la. Kadang-kadang aku terfikir juga, buat apa la hantar Si Farah yang memang dengan jelas tak payah bersuluh tak minat belajar tu ke kampus" Baik bagi aje tempat dia pada budak-budak yang ditolak permohonannya tapi minat nak belajar kat luar sana tu.
"Eh, tak la! Saya datang sebab nak jumpa awak." Ghau!
Degup jantung dah lari dua kali ganda. Kalau hari-hari macam ni, alamatnya pendek la umur aku. Oit senior, kut nak bergurau pun agak-agak la! Aku ni dah kahwin la.&
"Senior ni suka bergurau la!" Aku balas katanya dalam nada bercanda supaya tak rasa kekok sangat.
"Ler& saya serius! Mana ada bergurau. Dah biasa sangat borak-borak dengan Adry tiap-tiap kali datang sini. Bila Farah tak buat hal lagi, tak dapat datang sini dan tak dapat jumpa Adry. Masa tu rasa macam kehilangan pulak. So, hari ni saya datang cari Adry la.& "
Aku garu kulit kepala bawah tudung. Aku rasa, masa zaman sekolah dulu, Senior Adly ni serius orangnya. Tak pandai bergurau. Kalau belakang aku tu, aku kurang periksa la. Setidaktidaknya di hadapan aku begitu la perwatakannya; serius. Maka, kata-katanya tadi dalam klasifikasi bergurau ke serius" Ah& otak dah jam nak fikir!
"Oui& Adry! Fikir apa tu""
"Aaa& " Tak ada. Tengah fikir kenapa Senior Adly cari saya." "Sebab saya rindu. Full stop!"
Kening terangkat. Rindu" Biar betul Senior Adly ni!
Senior Adly tersengih mengejek. "Gurau aje la! Tapi awak ni kalau blushing cute juga, ek" Macam zaman sekolah dulu! Gadis yang garang, degil tapi kiut-miut& he he he& ." "Senior ni makin lama makin pandai mengusik pulak! Dulu serius memanjang!" komenku.
"Dulu jadi headboy. Kena la tunjuk tauladan baik sikit. Sekarang dah tak lagi& ."
Bila dengar perkataan gurau lahir dari mulutnya tadi, automatik aku jadi lega. Aku tak nak jadi heart breaker lagi. Cukup la seorang tu aje, Si Ihsan. Eh, cakap pasal Ihsan ni, tak nampak pula batang hidung dia hari ni. Sibuk gamaknya& .
"Sebenarnya saya nak tanya sesuatu pada awak. Awak memang tinggal kat KL, kan"" Riak muka Senior Adly kembali serius.
"Haah. Kenapa""
"Saya tengah cari orang. Tapi orang ni kali terakhir dilihat kat Shah Alam& " ujarnya tanpa berselindung.
"Cari orang""
"Haah. Kenal tak seorang perempuan, umur lebih kurang baya-baya mak kita la, yang namanya Rabitah binti Sulaiman""
Rabitah binti Sulaiman. Siapa" Macam tak pernah dengar aje& . "Rasanya tak kenal la. Klang tu besar la, senior. Tak ada clue lain ke" Kalau cari dengan sebaris nama aje susah la& ."
"Susah nak kata la& mak cik ni dah lama hilang. Ghaib macam tu aje. Langsung tak ada jejak. Tak tau dia ke mana& ."
Wajah Senior Adly murung. Langsung tak ceria seperti tadi. Seolah-olah mak cik yang dicarinya itu penting dalam hidupnya. Fikirannya menerawang ke alamnya sendiri. "Siapa sebenarnya yang Senior Adly nak cari"" soalku tanpa dapat ditahan-tahan. Senior Adly yang aku kenal memang serius tapi ceria sentiasa. Tak semurung ini.
"Tak apa la. Saya sepatutnya tak menaruh harapan terlalu tinggi untuk bertemu dengannya lagi. Dah terlalu lama. Mungkin dia pun dah tak ada& ." Senior Adly cuba melarik senyuman. Tapi hambar.
"Macam ni la& nanti saya cuba tanyakan jiran-jiran ke kawan-kawan ke. Ye la& mana la tahu kalau-kalau mereka
kenal dengan mak cik tu. Nanti kalau ada apa-apa berita, saya akan beritahu senior& boleh""
Tanpa sedar aku menuturkan ayat itu. Tapi aku sedikit pun tidak menyesal kerana aku sudah berjanji dengan diri sendiri untuk membantu Senior Adly. Bukan hanya kerana aku terhutang budi dengannya kerana dia pernah menjadi penyelamat di zaman sekolahku, tetapi juga kerana ada ikatan hati yang tak jelas dan tak kufahami antara aku dan dia. Sesuatu yang mendekatkan kami. Aku merasakannya sejak pertama kali bersua dengannya. Dia& aku tak pasti la.
Mendung yang sebentar tadi melanda wajah Senior Adly sudah berlalu pergi. Diganti dengan senyuman penuh harapan. "Ye ke""
Aku tersenyum dan angguk kepala.
"Terima kasih, Adry. Awak memang junior saya yang paling best !" "Tau takpe& !"
TENGKU FARIS menyelak satu per satu fail-fail yang bertimbun di mejanya. Setiap butiran ditelitinya. Bukan dia tak punya pembantu, cuma dia sukar memberi kepercayaan kepada orang bawahannya. Hatta hasil kerja anaknya, Farriel dan anak saudaranya, Ihsan juga dipantaunya dari semasa ke semasa.
"Tengku, Encik Yusman nak berjumpa dengan tengku."
Suara lemah gemalai si setiausaha di interkom menghentikan pembacaan Tengku Faris. "Suruh dia masuk," arah Tengku Faris pantas.
Tak sampai lima saat, pintu bilik diketuk. Tengku Faris mengarah si pengetuk pintu masuk.
Lelaki berbadan tegap dan sasa serta berwajah serius itu berdiri bertentangan dengannya.
"Macam mana"" soal Tengku Faris. Cermin mata dialihkan dari batang hidung. Mata dipejam celik beberapa kali sebelum digosok perlahan. Menghilangkan tekanan setelah dua jam menilik dan membaca dokumen-dokumen di atas mejanya.
"Saya dah dapat butiran bagi kedua-duanya," tegas jawapannya.
Yusman duduk setelah diarahkan oleh Tengku Faris. Dua fail diserahkan kepada Tengku Faris.
Tengku Faris menyambut fail merah tersebut. Cermin mata kembali diletakkan ke tempat asal. Menyelak dan meneliti hasil siasatan pembantu peribadinya. Pembantu yang banyak berjasa dalam menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan syarikat dan juga keluarganya.
"Perempuan yang Tengku nampak berpelukan dengan Tengku Farriel hari tu adalah Marina Irriani binti Joseph Abdullah. Ayahnya Serani dari Selangor. Berkahwin dengan Katherine Graham. Mereka seterusnya memeluk Islam. Setahun selepas itu, Marina Irriani dilahirkan." Tanpa dipinta Yusman menerangkan satu per satu butiran mengenai Marina.
Tengku Faris mengangguk-anggukkan kepala seraya menyelak isi kandungan fail di tangannya.
"Joseph pernah bercerai dan berkahwin semula dengan Katherine sebanyak dua kali. Semasa Marina berusia dua belas tahun, mereka berpisah tempat tinggal tetapi tidak
bercerai. Marina mengikut bapanya, tinggal dan bersekolah di Selangor. Dua tahun kemudian, bapa Marina meninggal dunia dalam satu kemalangan. Marina kemudiannya menetap di US bersama ibunya. Beberapa tahun kemudian, ibu Marina pula meninggal dunia akibat kanser serviks.
"Marina kemudiannya dijaga oleh mak ciknya, Mary. Mary bukan sahaja menjaga kebajikan Marina malah Mary juga menjaga saham-saham Marina dia syarikat pengangkutan di US dan segala aset Marina yang dianggarkan bernilai USD$1.2 juta. Dengan aset sebanyak itu Marina tak perlu bekerja sebenarnya, tapi dia bekerja sebagai pramugari untuk beberapa tahun sehinggalah dia meletakkan jawatan pada awal tahun ni."
Wajah Tengku Faris yang tadinya bersahaja kembali bersemangat sebaik sahaja mendengar jumlah aset Marina. Helaian di fail diselak rakus. "Hmmm& memang kaya! Jadi, apa hubungan dia dengan Farriel""
"Mereka pasangan kekasih. Dah tiga tahun mereka kenal dan bercinta," jawab Yusman tenang.
"What"! Habis tu, macam mana Farriel boleh kahwin dengan Adrianna pulak"!"
Melengking suara Tengku Faris dek terkejut mendengar pernyataan Yusman tadi. Terdetik rasa terkilan di hatinya tatkala memikirkan Marina yang punya aset berjuta itulah yang sepatutnya menjadi menantunya.
Tengku Faris melonggarkan tali leher yang terasa seperti menjerut batang leher sendiri.
"Ia bermula dengan salah faham. Adrianna sebenarnya pekerja butik pakaian yang ditugaskan untuk menghantar pakaian Marina ke banglo Tengku. Tapi dia disalah sangka sebagai kekasih Tengku Farriel. Oleh kerana
Marina enggan hadir ke majlis di rumah Tengku, Tengku Farriel telah mengupah Adrianna untuk jadi pengganti Marina. Dan kemudian Tengku Farriel dan Adrianna dikahwinkan atas desakan Nenda Nerrisa."
Tengku Faris bangun dari kerusinya dan mundar-mandir di sekitar biliknya yang luas. Ralat memikirkan perkahwinan ekspres si anak. Kalau la dia tahu letak duduk perkara sebenar, dah tentu dia akan menentang habis-habisan cadangan gila mamanya pada malam itu. "Macam mana pulak dengan kisah hidup Adrianna""
Walaupun dia tahu kisah hidup Adrianna tak se menarik kisah hidup dan aset Marina yang berjuta, namun dia tetap mahu tahu tentang latar belakang menantunya itu.
Yusman menarik nafas dalam-dalam sebelum membentangkan kisah hidup Adrianna. "Adrianna Mayesa cuma gadis biasa yang membesar dan tinggal bersama-sama keluarganya di salah satu kawasan setinggan di KL..."
"Nanti, nanti& ! Tinggal dengan keluarga" Bukan ke dia tu anak yatim piatu"" pintas Tengku Faris.
"Itu tak benar, Tengku. Dia masih punya ibu iaitu Puan Midah Jaafar, bapa tiri dan adikberadik tiri," terang Yusman.
Tengku Faris menepuk meja kuat. Wajahnya merah menahan marah. "Tak guna! Maksudnya Si Adry tu tipu kami sekeluarga. Lagi" Apa yang kamu tau tentang dia""
"Adrianna cuma belajar setakat STPM. Sering bertukar-tukar kerja gara-gara berperangai buruk. Menurut ibunya, Adrianna ni mata duitan, suka putar belit cerita dan penipu."
Terduduk Tengku Faris mendengar. Tak disangka, menantu yang luarannya nampak polos rupa-rupanya penipu!
"Ni semua tak masuk akal! Macam mana Farriel boleh kahwin dengan orang yang macam tu" Aku tak boleh biarkan reputasi Farriel rosak dek kerana perempuan mata duitan tu! Sebelum kaum kerabat yang lain tahu, aku perlu buat sesuatu!"
Tengku Faris melempar pandangan tanpa arah. Segala-galanya nampak kabur pada pandangannya. Otaknya ligat mencari jalan penyelesaian. Dia bertekad, walau apa pun yang terjadi, Farriel yang akan menjadi pengganti dirinya untuk jawatan CEO. Bukan Ihsan atau orang lain. Dia tak sanggup melihat usaha nenek moyangnya hancur di tangan orang yang tak berkelayakan.
"Ada sesuatu lagi yang perlu Tengku tahu."
Penuh hati-hati Yusman menuturkan ayat itu. Takut disergah dek majikannya yang tampak serius memikirkan sesuatu.
"Apa dia"" soal Tengku Faris acuh tak acuh.
"Adrianna Mayesa, menantu Tengku tu adalah Adrianna Mayesa yang sama yang pernah kita hantar ke sekolah Tengku Farriel& ."
Tengku Faris ternganga. Wajah Yusman dipandang tepat. Yusman menganggukkan kepalanya dengan yakin.
Tengku Faris tersenyum. Kemudian senyumannya bertukar menjadi ketawa. Dia sudah nampak jalan penyelesaian terhadap masalah tadi.
18 MAJLIS resepsi perkahwinan aku berlangsung di hotel lima bintang yang terkemuka. Tetamu yang hadir dianggarkan 5,000 orang; terdiri di kalangan saudara-mara Farriel serta rakan seperniagaan. Dari pihak aku, cuma bekas rakan serumah dan teman-teman di butik sahaja yang aku jemput dan hadir pada malam ini. Emak, ayah tiri dan adik-beradik tiriku sengaja tidak kujemput. Rasanya, itulah yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Lagipun, seisi keluarga Farriel tahu yang aku ni anak yatim piatu.
Rata-rata kenalan dan keluarga Farriel terkejut besar mendengar berita bahawa bakal CEO Izumi Corporations itu sudah menamatkan zaman bujangnya lebih setengah tahun yang lalu. Masing-masing melahirkan rasa pelik. Namun, mereka tetap gembira apabila melihat aku bergandingan dengan Farriel di atas pelamin. Menurut mereka, aku sangat istimewa sehingga Farriel terburu-buru mengahwiniku gara-gara takut aku terlepas ke tangan orang lain, serta aku dan Farriel kelihatan secocok bergandingan.
Jurugambar dari pelbagai jenis akhbar pula tak henti-henti menekan butang kamera untuk mengabadikan gambar persandingan kami di dada akhbar mereka esok. Para wartawan sibuk mengumpulkan skop cerita.
Selesai acara bersanding, kami turun dari pelamin untuk acara makan beradap sebelum beramah mesra dengan para jemputan.
Ucapan tahniah tak lekang dari bibir masing-masing. Ada juga yang mendoakan perkahwinan kami akan bahagia sehingga ke anak cucu dan hingga ke akhir hayat.
Aku cuma mampu tersenyum mendengar ucapan tersebut. Kurang pasti perkara itu akan jadi kenyataan bila Farriel secara terang-terangan sudah mengatakan di awal perkahwinan kami bahawa hubungan suami isteri kami akan tamat sebaik sahaja Marina kembali ke pangkuannya.
Aku kerling Farriel di sebelahku. Sejak kami turun dari pelamin, dia seakan-akan enggan melepaskan jari-jemariku dari genggamannya. Sesekali dia menatap wajahku dengan pandangannya yang lunak. Ah& Farriel memang pandai berlakon!
Dan aku pun tak mahu kalah dalam lakonan ini. Sengaja aku paut lengannya setiap kali kami bertegur sapa dengan para tetamu. Sesekali aku berbisik manja di tepi telinganya; sekadar memuji atau memberi pendapat tentang sesuatu mengenai majlis atau sekadar bertanya dengan lebih lanjut mengenai tetamu yang baru sahaja selesai berbual dengan kami tadi.
Teman-teman dari sekolah menengah di meja bulat bernombor 35, kami hampiri. Senior Qhuz, Senior Adly, Farah Adilla dengan muncungnya sedepa, dan beberapa orang lagi menyambut kami dengan mesra. Semuanya
mengucapkan tahniah kepada kami kecuali Farah yang terus-terusan merenung kami dengan rasa tak puas hati.
"Tahniah!" "Siapa sangka, gaduh punya gaduh, last-last kahwin juga korang ni!" "Memang secocok la korang berdua ni!"
"Tahniah la& semoga bahagia sampai akhir hayat. Aku doakan korang cepat-cepat dapat baby!" doa Senior Qhuz lantang bila kami sampai ke tempatnya. Tangan yang tadinya ditadah, diraupkan ke muka.
Yang lain sekadar mengaminkan doa Senior Qhuz.
"Huish! Korang ni tak ada ingat benda lain," tegur Farriel dalam tawanya.
Farriel pandang aku di sisi. Membisikkan sesuatu ke telingaku sehingga aku tertawa kelucuan.
Farah yang memandang, memasukkan dua jari ke mulutnya. Aksi orang meluat tahap nak muntah darah digayakannya.
Aku buat derk aje dengan perlakuannya itu. Senior Adly aku hampiri. Tangan yang masih memaut lengan Farriel membuatkan Farriel turut terheret sama ke tempat Senior Adly. Senior Adly tersenyum. Namun, entah bagaimana, aku dapat mengesan ada riak terkilan di wajahnya.
"Tahniah, Farriel, Adry. Aku betul-betul tak sangka kau akan kahwin dengan Adry, Farriel," kata Senior Adly. Tangan Farriel dijabatnya erat.
Farah di sisi Senior Adly, tak berkelip-kelip merenung Farriel dengan muka selenga nya. Bila matanya bertembung dengan mataku, cepat-cepat dialihkan pandangan ke tempat lain. Sesekali dia menjeling ke arahku.
Ketua die hard fans Tengku Farriel Izumi, dengan segala hormatnya diminta untuk membubarkan kelab kau tu. Dah tak relevan lagi dah kelab korang tu! Farriel bukan eligible bachelor yang boleh korang rebut lagi. Hu hu hu!
"Takkan tahniah aje kut" Hadiah tak ada ke"" usik Farriel.
Senior Adly tersenyum. "Tu, aku dah letak atas meja hadiah yang bertimbun tu! Nanti kau ambil aje la& ."
Panjang muncung Senior Adly menunjukkan ke arah meja yang sarat menampung hadiahhadiah yang dibawa oleh para hadirin.
Pandangan Senior Adly beralih ke arahku.
"Tahniah, Adry. Tak sangka junior aku ni kahwin dulu dari aku. You look so beautiful in that dress," pujinya.
Aku tertunduk malu sebelum mengucapkan terima kasih.
Farriel memperkemaskan pautan tangan kami. Entah mengapa tiba-tiba dia berbuat demikian. "Excuse me!"
Suara Hana yang datang dari belakang membuatkan aku dan Farriel berpaling.
"Kak, abang& korang kena naik atas, tukar baju. Kejap lagi acara potong kek pulak!" Hana mengingatkan dalam nada cemas.
"Eh, okey la korang. Aku dengan Ad kena naik salin baju. Lepas majlis nanti kita sambung borak, okey!"
"Wokey!" "All right!!!" "CHE NAN suka solekkan isteri Tengku ni. Senang! Dia dah semula jadi cantik. Kulit dia lembut. Tak berparut. Tak ada jerawat. Orangnya pun mengikut kata. Tak macam sesetengah pengantin tu. Apa Che Nan kata, semua dibantahnya. Bila Che Nan solek tak cantik, mula la jaja cerita tak baik tentang Che Nan. Walhal diorang yang tak nak dengar kata!"
Farriel diam tak berkutik. Sekadar duduk tegak menanti dengan penuh sabar wajahnya dibedakkan oleh Che Nan.
"Tengku Farriel pun sama. Senang nak disolek. Tak banyak songeh. Pulak tu, kacak orangnya. Bertuah betul siapa yang dapat kahwin dengan Tengku ni& ." Aku dan Hana mencemik muka dengan gaya tersendiri bila mendengar Che Nan membebel sambil membedakkan pipi Farriel. Serasa aku, dah hampir sepuluh minit dia dok sapu bedak yang sama dekat tempat yang sama. Takkan tak sudah-sudah lagi kut" Takkan nak letak bedak kat muka Farriel tu sampai rupanya sebiji macam pelakon opera Cina kut"
"Che Nan, tak sudah lagi ke touch-up muka abang tu" Diorang dah patut turun dah ni!" kata Hana dengan mata merah. Mengantuk barangkali. Yelah, orang kuat majlis la katakan& .
"Ye la, ye la. Siap dah ni! Handsome dah abang Tengku Yuhana ni Che Nan solek," ujar Che Nan dalam nada merajuk.
Imej Che Nan yang terbias di cermin membuatkan aku hampir ketawa. Wajahnya masam, bibirnya terkumat-kamit tanpa bunyi. Pasti mengutuk Hana dalam nada bisu. Imej diri sendiri yang sudah siap didandan oleh Che Nan aku pandang dengan teliti. Cuba mengesan cela yang mungkin
wujud sementara menunggu Farriel disiapkan sebentar tadi. Perfect! Jika rasa gembira ditambah dan dapat dipancarkan melalui wajahku ini, sudah pasti wajahku akan bertambah ceria. Ah! Ini cuma lakonan semata-mata. Dan aku dibayar untuk semua ini. Rasa sedih yang mula bertamu, segera aku buang jauh-jauh.
"Okey, dua-dua pengantin dah siap! Che Nan keluar dulu ye& ."
Che Nan pantas mengemaskan barang-barangnya bersama pembantu-pembantunya. Seketika kemudian dia berhamburan keluar. Heboh mulutnya sebaik sahaja melepasi pintu bilik hotel di tingkat tiga itu. Entah apa yang kurang elok di matanya, entah la!
"Kak, bang& Hana turun dulu. Kejap lagi, dalam lima minit, korang turun ek! Nanti Hana standby kat pintu masuk."
Aku mengangguk. Farriel sekadar memandang tanpa beriak. Hana menutup pintu bilik.
Kini cuma tinggal aku dan Farriel. Kami berpandangan sesama sendiri. Muka masing-masing ketat . Mungkin sebab keletihan. Mungkin sebab mengantuk walaupun jam baru menginjak ke angka sebelas malam. Mungkin juga kerana sudah tidak mampu berlakon mesra dan tertawa gembira kerana di hati masing-masing punya cerita lara tersendiri. Mungkin dalam ingatan Farriel kini cuma ada Marina.
Segalanya mungkin& . Farriel angkat punggung.
"Jom turun," ajaknya dengan muka yang serius.
Antara rela dan terpaksa, aku bangun dari kerusi di meja solek. Gaun labuh aku perbetulkan kedudukannya. Tudung dan layah di kepala, aku perbaiki sedikit agar tampak sempurna. Tiara yang menghiasi atas kepala&
"Senget ni." Entah bila Farriel datang menghampiriku. Tau-tau aje dah ada depan mata. Membetulbetulkan kedudukan tiara di kepalaku.
Dalam kekalutan membetulkan kedudukan tiara, yang tadinya elok terletak namun akhirnya kelihatan senget ke sebelah kiri setelah diubah oleh Farriel, tangan aku dan Farriel bersentuhan. Tindakan kami terhenti. Kaku tangan kami di situ buat seketika.
Farriel memegang dan akhirnya menggenggam jari-jemariku. Kami bertentangan mata buat seketika. Dari sinar matanya, aku dapat merasakan ada sesuatu yang ingin diperkatakannya. Namun, belum sempat dia membuka mulut, pintu bilik diketuk kuat. Genggaman Farriel terlerai.
Kami berpandangan seketika sebelum aku bergegas menghampiri pintu bilik yang terasa seperti mahu roboh diketuk dari luar. Pintu kubuka dan seorang wanita anggun berkebaya menerpa masuk dengan wajah yang masam mencuka. Diikuti dengan seorang lelaki yang segak bertuxedo.
"Ihsan"" panggilku dari belakang pintu. Ihsan menoleh ke belakang, ke arahku.
Wanita anggun tadi menerpa ke arah Farriel. Menumbuk-numbuk dada Farriel dengan kuat. Farriel cuma menundukkan kepala tanpa sedikit pun melawan.
Aku agak, perempuan itu tentu Marina Irriani
Joseph Abdullah. Ya, tak salah lagi! Memang itulah dia orangnya.
"You tipu I, Farriel! Sampai hati you buat I macam ni! You pujuk I, you rayu I supaya I balik Malaysia& untuk apa, Farriel" Untuk tengok you bersanding dengan perempuan tak berkelas ni ke""
Lantang suara Marina memuntahkan amarahnya. Jari telunjuknya lurus dituding ke arahku.
Ihsan memeluk bahuku dari tepi. Seakan-akan cuba melindungi aku dari tindakan mahupun kata-kata dari Marina.
"I minta maaf... I& I memang nak beritahu tapi& tak ada masa yang sesuai," ujar Farriel perlahan.
Marina menumbuk lagi dada bidang Farriel. Kali ini lebih kuat, sehingga Farriel mengaduh kesakitan.
"Jadi, bila masa yang sesuai" Sekarang" Esok" Lusa" Ke bila you dah dapat anak dengan perempuan perampas tu"" tempelak Marina.
"Ui& ! Helo! Bila pulak saya rampas dia dari awak" Kan ke awak yang tinggalkan dia"" Aku menyerang balas. Aku pun ada mulut juga. Jangan sesuka hati nak menuduh aku sebagai pesalah dalam hal ini. Aku melangkah beberapa tapak ke hadapan, menghampiri Marina dan Farriel.
Tegahan Ihsan tak kuendahkan. Akhirnya, Ihsan terpaksa mengikut jejakku. "You shut up! I m not talking to you!" jerit Marina.
Mencerlang mata Marina memandangku. Tubuhku ditolak ke belakang.
Mujur Ihsan sempat memaut lenganku sebelum aku terjatuh. Ihsan mengisyaratkan aku supaya diam. Aku mencemik. Bengang dengan tindakan Marina. Buat hal masa majlis kahwin aku. Tunggu lepas majlis tak boleh ke" Si Farriel ni pun satu, semua salah dia! Kalau dia beritahu hal sebenar, kan bagus. Ni selagi boleh nak sorok. Sudahnya, diri sendiri dengan aku-aku sendiri yang merana.
"Farriel! You kata you cintakan I. You kata you tak boleh hidup tanpa I. Tapi kenapa you menduakan I" I tak faham la!"
"Marina, I m sorry, okay. Ni bukan kehendak I. I kena paksa kahwin dengan nenda. You tau kan nenda I tu macam mana orangnya."
Farriel cuba meraih tubuh Marina, namun Marina lebih pantas mengelak.
Aku yang jadi penonton free adegan pujuk-memujuk antara Farriel dengan Marina, jadi panas hati. Geram dengan perangai Marina yang menggedik. Marah dengan perangai Farriel yang buta hati. Yang Si Ihsan ni apa hal pulak dok usap-usap belakang badan aku dari tadi ni" Konon-konon nak tenangkan aku la, ek" Lagi buat hati aku panas ada la! Tubuhku aku jarakkan dari Ihsan demi untuk menghentikan perbuatan Ihsan itu.
"Listen& let me explain. I love you. Not her!"
"But you re marrying her!"
"Yes. Tapi bukan atas kerelaan I. I kena paksa kahwin. You tinggalkan I terkontang-kanting masa I nak kenalkan you dengan famili I. I had no choice. Dia jadi pengganti you dan& " Marina menepis lagi tangan Farriel. Pipi Farriel ditamparnya.
"Sudah la! Agaknya kalau Ihsan tak beritahu I,
sampai bila-bila pun you akan terus tipu I tentang status you ni! I takkan maafkan you! You memang penipu besar! I hate you!!! I hate you!!!"
Marina meluru keluar. Tanpa berfikir panjang, Farriel pantas mengejar Marina, meninggalkan aku terkulat-kulat di situ.
Farriel, majlis kita& tak habis lagi& dan kau dah tinggalkan aku sorang-sorang macam orang bodoh kat sini.
Setitis air mataku jatuh. Kemudian berjuraian lagi air mata jatuh ke pipi. Bodoh! Aku memang bodoh! Menangis untuk lelaki yang berhati batu dan langsung tak berperasaan itu. Lelaki yang bergelar suami dan meninggalkan aku ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung di bawah sana. Aku sememangnya bodoh kerana terbawa-bawa dengan perlakuannya sebentar tadi. Aku memang bodoh kerana gagal mengenalpasti yang mana realititi dan yang mana fantasi.
"Awak memang tak pernah ada dalam hati Farriel. Dia tak cintakan awak. Dia cuma cintakan Marina. Kalau awak terus berharap dia akan jatuh cinta pada awak, saya takut awak akan terluka akhirnya nanti."
Tangan Ihsan yang ingin mengesat air mataku, aku tepis dengan pantas. Jangan menangguk di air yang keruh, Ihsan!
"Berhenti mencintai Farriel. Belajar mencintai saya. Saya janji, saya tak akan sesekali melukakan hati awak."
Aku tersenyum sinis. "Kalau awak betul-betul tahu apa itu cinta, tentu awak tahu bahawa tidak semudah itu untuk mengalihkan rasa cinta pada orang lain. Saya tegaskan sekali lagi. Saya cintakan Farriel. Saya tak cintakan awak. Sekelumit rasa pun tak ada!"
Aku berlari meninggalkan Ihsan.
Ihsan mengepal penumbuk. "Aku tak akan mengalah. Aku akan pastikan yang kau akan jatuh cinta padaku juga satu hari nanti. Satu hari nanti, kau akan nampak betapa tulusnya cinta aku pada kau."
Ihsan segera mengejar Adry.
Aku terus berlari. Cuba menjejaki suamiku yang kini sedang memujuk kekasih hatinya. Farriel& tegarnya cinta kau pada Marina. Kalau kau tengok aku dalam keadaan yang menyedihkan sebegini, masih tegarkah engkau memilih Marina berbanding aku"
Dek terlampau letih berlari dengan high heels, aku tersandar di dinding hotel. Air mataku bertakung di birai mata dan akhirnya mengalir lagi. Dua tiga orang pekerja hotel yang lalulalang tak kuhiraukan lagi. Dalam fikiranku cuma ada Farriel. Dalam ingatanku cuma ada kenangan indah bersama Farriel. Yang terlayar di mataku cuma wajah Farriel. Yang meniti di bibirku cuma nama Farriel. Betapa hebatnya Tengku Farriel Izumi di mataku. Baru seketika dia menghilangkan diri, aku sudah separuh sasau mencarinya. Walhal dia terang-terangan menunjukkan rasa cintanya pada Marina; melalui lafaz kata-kata dan perbuatannya.
Dalam kekalutan dan kebuntuan aku memikirkan tentang Farriel, tiba-tiba tanganku terasa ditarik oleh seseorang ke suatu arah. Pandangan yang sudah kabur dek air mata menyukarkan aku mengagak dan meneka orang yang menarik tanganku itu. Aku cuba melawan. Namun semakin kuat tanganku ditariknya.
Siapa" "LEPASKAN aku!" Telefon bimbitnya yang dari tadi menjerit minta dijawab, langsung tak dipedulikannya. Sampai flat bateri pun, dia tetap begitu. Tenang. Seolah-olah tiada apa-apa yang boleh mengganggunya di kala ini.
"Kau nak bawa aku pergi mana ni"" tanyaku buat kesekian kalinya. Dia diam. Ah! Bengang betul cakap dengan patung bernyawa ni!
Dengan tangan kiri, aku meraba, mencari handphone dalam poket baju. Harapan terakhir untuk membebaskan diri dari orang gila di sebelahku ini. Alamak! Tapak tangan dah melekap di dahi. Gaun pengantin mana ada kocek! Huish! Ni dibuatnya kena tahan dengan polis, sahsah aku kena cop sebagai PATI Indon. Jangankan handphone, satu dokumen peribadi pun tak ada ni! Main aci lari macam itu aje masa nak kejar Farriel tadi.
"Woi, pekak! Lepaskan aku la!"
Aku jerit lagi. Kali ni, aku guna tone suara yang tertinggi. Dia ni tak faham bahasa ke" Subjek Bahasa Melayu gagal ek" Sekolah bertingkat-tingkat, bodohnya pun bertingkattingkat tahap dinosaur! Aku tension!!!
Dek suaraku yang nyaring, tapak tangan kirinya spontan melekat di cuping telinga. Padan muka! Dan pergelangan tanganku dilepaskan. Kalau tak, dia lebih senang memandu sambil mencengkam tanganku. Samseng diraja betul! Pergelangan tangan aku belek. Hu hu& dah merah dah ni! Sikit lagi nak melecet.
"Kalau ye pun kau nak pujuk Si Marina tu, tak payah la seret aku sekali! Aku tak ada kenamengena dalam masalah korang ni, tau tak!"
Farriel cuma diam. Mata tertumpu searah ke depan.
Senang betul kerja dia. Diam, diam dan diam. Aku kat sini yang dah nak dapat darah tinggi!
Okey! Aku tahu la dia tengah memandu, tak boleh kalih kiri kanan sesuka hati tapi& tak boleh ke at least dia jawab pertanyaan aku" Aku dah nak jadi kereta api arang batu yang keluarkan asap hitam dah ni! Letih dah aku menjerit, melalak, melolong marah dia, maki dia, tanya itu ini, minta dia lepaskan aku dan tinggalkan aku kat mana-mana ke& tapi dia boleh buat dunno (tak tau) aje. Geramnya!
Seriously, aku memang tak berminat langsung nak jadi spectator terhadap pergaduhannya dengan Marina yang aku jangkakan bakal berlangsung sebentar nanti. Sebab aku rasa aku tak ada kena-mengena langsung dalam masalah diorang. Aku cuma mangsa keadaan! Marina dan Farriel pula tak ubah seperti haiwan pemangsa. Kalau tak Marina, Si Farriel ni yang akan membaham, melapah, menyiat sekeping hatiku ini. Sadis sungguh nasib hidupku!
"Ei, sejak bila kau jadi bisu ni" Tadi elok aje kau bercakap dengan Marina! Takkan dah hilang suara kut" Ke kau simpan suara sebab nak gaduh dengan dia kejap lagi"" Farriel diam lagi.
Signboard di bahu jalan aku pandang. Susur masuk ke Lebuh Raya Utara-Selatan" Uih& !
Biar betul" Rumah Si Marina tu kat belah-belah utara ke" Bukan ke dia duduk area KL aje" Kampung Marina"
Heish! Kampung dia bukan kat Selangor aje ke" Habis, apa ke halnya dia menuju ke utara" Entah-entah Marina tu dah lari ke sempadan tak" Ke diorang dah berpakat nak kahwin kat sana" Habis, apa hal pulak Si Farriel ni seret aku sekali" Untuk jadi saksi" Kerja gila! Sungguh gila! Memang gila! Sah-sah dah tak waras akal dia
ni! Dashboard kereta aku pandang. Alamak, tank minyak full lagi! Memang dia nak bawak aku ke Thailand gamaknya ni!
"Izumi! Ke mana kau nak bawa aku ni" Woi! Jawab la!"
Bahu dan dadanya sudah jadi punch-bag ku. Tapi dia tetap macam tu. Tak bergerak. Tak beriak. Tak beremosi.
Ya Allah, kenapalah Kau jadikan Tengku Farriel Izumi ni android bernyawa" "FARRIEL IZUMI!!!!"
MAJLIS dah hampir sejam tertangguh. Para tetamu dah mula tak senang duduk di kerusi masing-masing. Masing-masing membuat spekulasi tanpa asas atas tertangguhnya majlis tersebut. Para wartawan dan pemberita sibuk mengumpul bahan untuk memuji, menghentam, menyindir atau apa sahaja yang boleh mendatangkan keuntungan kepada syarikat mereka.
Artis dan kumpulan muzik yang masih rancak menyanyi di pentas sudah tak dihiraukan oleh para tetamu lagi. Mereka datang ke sini bukan untuk menonton persembahan tersebut. Mereka datang untuk
menyaksikan mempelai bergandingan di atas pelamin dan di sepanjang majlis berlangsung. Tanpa pengantin, apalah ertinya majlis perkahwinan ini"
"Ma, sampai bila kita nak tunggu ni"" soal Tengku Radhiah lembut.
Nenda Nerrisa pandang sekilas ke arah anak bongsunya. Jatuh kasihannya pada Tengku Naqiu berusia empat tahun yang sudah lena di pangkuan ibunya. Anak
menantu, cucu-cucunya, kaum kerabat serta rakan-rakan yang hadir dikerlingnya. Masingmasing sudah keletihan, sudah bosan menunggu namun tetap bertahan di tempat masingmasing demi menghormati dirinya dan juga majlis yang masih berlangsung. Hana berjalan pantas ke arah Nenda Nerrisa.
"Hana tak jumpa mereka, nenda," kata Hana dalam mengah. Nenda Nerrisa, Tengku Radhiah dan Tengku Khalidah pamer wajah pelik.
"Hana dah cuba telefon abang, tapi tak berjawab, asyik masuk voice mail aje pulak! Kak Adry tak bawa phone& " sambung Hana. Dia masih tak jemu menekan-nekan keypad telefonnya.
"Mustahil diorang ghaib! Sejak bila pulak Aril menuntut ilmu menghilangkan diri ni"!" Sinis nada Tengku Makmur menuturkan ayat-ayatnya.
Tengku Muhainis dan Tengku Murni mengukir senyuman mengejek.
"Kamu dah cari di bilik hotel" Lobi" Ke mana-mana" Dah tanya pekerja hotel"" soal Nenda Nerrisa lagi.
"Dah, nenda! Memang tak ada!"
Nenda Nerrisa kalih pandang pada dua orang bodyguardnya. Masing-masing menggelengkan kepala. Tanda tidak tahu.
Nenda Nerrisa menopang dagu di meja. Bingung memikirkan kehilangan cucu-cucunya. "Ish& mana pulak budak-budak ni pergi" Takkan tak tahu yang majlis kita tak habis lagi""
Yang mendengar sekadar menggeleng-gelengkan kepala. Tengku Faris mula bengang dengan situasi yang dihadapkan kepadanya.
Tengku Makmur tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Sengaja membakar api kemarahan Tengku Faris yang sudah panas punggung di hadapannya. "Itulah, mama& kahwinkan lagi Si Aril tu dengan perempuan tak tahu asal-usulnya. Macam ni la jadinya. Cuba pilih Si Murni ni, elok la sikit jadinya. Dah tentu-tentu keturunannya Tengku. Cantik, terpelajar& ."
"Ini bukan soal keturunan. Bukan soal cantik ke tidak. Bukan soal pandai atau tidak. Ini soal masa depan Aril. Mama tak kisah dengan siapa dia nak kahwin. Asalkan perempuan tu ikhlas mencintai Aril dan boleh membahagiakan Aril. Dengan anak kamu yang materialistik dan plastik ni, boleh kamu jamin yang Aril akan bahagia dengannya""
Tengku Murni tarik muncung.
Tengku Makmur ketap gigi. Rasa terpukul dengan kata-kata bondanya. "Sekurang-kurangnya Si Murni ni tahu adab dan protokol. Tak ada la buat kerja gila sampai tinggalkan majlis sendiri! Si Aril tu pun satu. Perangai entah macam apa. Layak ke dia tu jadi CEO syarikat""
"Abang jangan nak mengutuk anak saya sesuka hati pulak! Anak abang, Si Ihsan tu bagus sangat ke" Dah bertahun duduk US, mengulang paper yang sama dua tiga kali, baru lulus. Tahunya berpeleseran dan menghabiskan duit aje!"
Tengku Makmur tepuk meja seraya bangun dari kerusinya.
Tengku Faris turut berbuat demikian.
Mata masing-masing tajam merenung antara satu sama lain.
"Makmur! Faris! Sudah la tu! Duduk! Ini bukan masanya nak bertekak. Sekarang, kita perlu fikir macam mana nak selesaikan masalah kita ni. Tetamu-tetamu pun dah keletihan. Aril dan Rianna pulak hilang entah ke mana. Mama fikir baik kita tamatkan aje majlis ni." Nenda Nerrisa bersuara lantang.
Ad Iz Karya Eury Athena di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
Tengku Makmur dan Tengku Faris akur dengan arahan bonda mereka.
"Apa alasan kita nak bagi pada tetamu" Pada press"" soal Tengku Khalidah yang mula tertarik mendengar cadangan ibu mertuanya.
"Itulah yang kita kena sama-sama bincangkan. Ini soal maruah keluarga. Mama pun buntu fikir."
"Ha! Apa kata& bla bla bla& ." "Mana boleh! Apa kata& bla bla bla& ." "Diorang percaya ke""
"Tak pun kita& ."
Tengku Faris bangun dari kerusinya. Malas nak join ahli keluarga yang tengah pecah kepala fikir alasan untuk cover tindakan gila anak dan menantunya. Niat di hati nak ke tandas. Meredakan sakit di hati dan tekanan di kepala. Namun, sebaik sahaja dia terpandangkan Yusman di meja berhampiran, dia menukar arah dan akhirnya berhenti di meja lelaki itu. Yusman segera bangun dari kerusinya.
"Kamu tahu mana Farriel pergi"" tanya Tengku Faris.
"Salah seorang pekerja kita nampak Tengku Farriel mengejar Marina, Tengku." Lapor Yusman.
Tengku Faris menggosok-gosok bawah dagunya dengan jarinya. Senyum segaris terukir di bibir. "Memang kerja gila. Tapi berbaloi!"
"Tengku nak orang-orang kita cari dan ekori mereka"" "Biarkan mereka& ."
Tengku Faris tersenyum lagi.
19 HONDA CITY biru metalik terus meluncur laju di atas jalan. Membelah kegelapan malam. Lagu-lagu di radio sekadar menjadi penyumbang suara supaya sunyi tidak merajai suasana. Celoteh penyampai radio langsung tak dihiraukan. Fikirannya bercelaru. Berserabut. Berselirat dengan segala macam masalah. Dia tak tahu yang mana satu patut didahulukan, diabaikan atau dilupakan terus. Sungguh dia tak tahu!
"I benci you, Farriel! Sampai hati you buat I macam ni! I malu! I beria-ia buat preparation untuk majlis pertunangan dan perkahwinan kita tapi you& you hancurkan segala-galanya dalam sekelip mata! I takkan maafkan you, Tengku Farriel Izumi! Even you, on your bended knee, I will never forgive you. I hate you!!!!"
Farriel pejam mata. Masih terbayang wajah sedih bercampur-baur dengan kebencian milik Marina. Dalam diam, Farriel mula menimbang-nimbang tindakannya, dosa pahalanya. Ya Allah, apa aku dah buat" Berdosanya aku kerana melukai insan-insan di sekelilingku& .
Ad sudah terlena akibat keletihan. Dengan bekas air mata yang masih bersisa di pipi, dengan maskara yang comot di serata wajahnya, dengan layah, tudung dan tiara yang senget di kepalanya, Ad dah lena dibawa ke alam mimpi. Muka Ad kelihatan tenang. Cuma sesekali dia bersuara, mengigau di dalam tidurnya. Dan riak wajah Ad kemudiannya akan berubah menjadi sedih.
"Iz& Iz& jangan tinggalkan aku& ."
Berdetak hatinya mendengar. Akalnya gagal berfungsi ketika ini. Apa yang dilakukannya kini semata-mata kerana menurut kata hati. Yang mana yang salah, yang mana yang betul, dia sendiri sudah tidak pasti lagi. Sungguh, dia buntu saat ini.
"Pernah ke kau dengar isi hati Adry" Or at least, baca tingkah lakunya. Betul ke dia tak suka pada kau" Atau kau buat andaian sendiri" Jangan bertindak melulu. Dalam dunia ni, ada benda yang kita tak payah cakap tapi orang boleh tahu dan faham. Dan ada benda yang kita kena cakap supaya orang boleh tahu dan faham& ."
Suara Qhuz bergema di telinga. Berulang tayang dalam kotak fikirannya.
"Kau bercakap senang la, Qhuz. Aku yang menanggung ni yang rasa sengsaranya. Aku tak sanggup nak lukakan hati orang. Aku juga tak sangup nak lukakan hati sendiri. Benda-benda berkaitan hati dan perasaan ni bukannya boleh ditentukan dengan teori buku. Ia rumit, abstrak, di luar kemampuan& ."
Cermin tingkap diturunkan. Gadis itu tersenyum lalu dihulurkan tiket tol. "Cik, kat mana saya boleh jumpa simpang susur keluar ke Kuala Lumpur"" Tanyanya.
20 ADLY menjenguk ke dalam bilik. Mata ayahnya terpejam rapat. Mungkin sudah tertidur dek keletihan. Dengan usia yang semakin meningkat, ditambah pula dengan penyakit jantung yang dihidapi, ayahnya mudah letih. Semenjak ayahnya menjalani pembedahan, keadaan ayahnya bertambah lemah. Bukan kerana pembedahan yang dijalankan oleh pakar jantung di hospital terkemuka itu gagal, tapi disebabkan kerinduan terhadap seseorang yang sudah tidak mampu dibendung lagi.
Diperhatikan keadaan sekeliling bilik. Mamanya tak kelihatan di mana-mana. Mungkin masih belum pulang dari majlis anjuran kelab yang dianggotai atau temu janji bersama pelanggan. Dalam hati, dia bersyukur. Memang dia kurang selesa bertemu atau berbual dengan ibu tirinya itu. Bukan kerana benci. Mungkin kerana hubungan mereka yang tak pernah rapat.
Perlahan-lahan dihampiri katil ayahnya, lalu duduk di kerusi yang ada di situ. Wajah tua si ayah diperhatikan dengan perasaan belas. Diusap dan dikucupnya ubun-ubun si
ayah. Ayahnya bergerak lalu mata yang tadinya terpejam mula celik. "Adly& " panggil ayahnya perlahan.
Adly tersenyum. Diraihnya jemari ayahnya, dan didekatkannya bibir ke wajah tua itu. "Ya, ayah& " jawabnya perlahan.
"Lambat kamu balik hari ni& " kata ayahnya setelah mengerling ke arah jam di meja.
"Kawan Adly masa sekolah dulu kahwin, yah. Jumpa ramai kawan kat majlis tu tadi, leka berbual sampai tak sedar dah tengah malam!"
Ayahnya cuma sekadar mengangguk.
Adly memicit-micit lengan ayahnya tanpa dipinta. Nafas ayahnya turun naik perlahan.
Sesekali dia kelihatan amat payah sekali untuk berbuat demikian. Rasa sayu menggamit hati Adly. Ayah bukan lagi tokoh perniagaan yang gagah ke sana sini seperti lima, enam tahun lalu.
"Kamu dah jumpa Rabitah"" soal ayahnya.
Setiap kali menyebut nama perempuan itu, matanya akan bersinar. Seperti membayangkan kenangan indah yang pernah dilalui bersama-sama perempuan tersebut. "Belum lagi, yah!"
Adly tunduk. Tak sanggup rasanya nak menatap sepasang anak mata yang sudah pudar sinarnya tatkala mendengar jawapan darinya. Sukar benar ingin dikhabarkan pada ayahnya bahawa pencariannya selama bertahun-tahun lamanya, belum lagi menampakkan hasil yang memberangsangkan. Masih samar-samar untuk mencari seseorang yang sudah lebih dua puluh tahun menghilangkan diri. Dia terdengar ayahnya mengeluh berat.
"Panjang sungguh rajuknya. Tebal lagi amarahnya pada ayah. Langsung dia tak tinggalkan jejaknya untuk ayah kesan. Di mana kau, Rabitah""
Antara dengar tak dengar ayahnya menuturkan kata-kata itu. Seperti merungut sendirian dalam nada sedih gayanya.
"Sabar la, ayah& Adly janji, Adly akan cari dia sampai dapat!"
"Kamu mesti cari dia sampai dapat Adly! Sebelum ayah mati, ayah teringin sangat nak jumpa dan minta maaf dengan dia. Ayah dah banyak berdosa dengan dia."
Air mata ayahnya mengalir lagi. Seperti selalu, setiap kali ayahnya terkenangkan kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukannya, hati tua ayahnya akan menjadi sayu.
"Ayah, ayah jangan putus harapan. Esok lusa tentu Adly akan dapat berjumpa dengan dia. Adly dah upah penyiasat profesional untuk mencari dia. Kita dah berusaha, selebihnya kita berdoa aje& "
Diusap-usapnya tubuh ayahnya. Meredakan kesedihan ayahnya. "Yelah& siang malam ayah berdoa dapat dipertemukan dengan dia. Ini& ." Ayahnya mengeluarkan sesuatu dari laci meja. Sekeping gambar lama dihulurkan pada Adly. "Adly ingatkan semuanya dah habis terbakar."
Lambat-lambat Adly menuturkannya. Terkejut dengan kehadiran gambar tersebut.
"Satu-satunya gambar Rabitah yang berjaya ayah selamatkan. Mungkin pencarian kamu akan lebih mudah dengan adanya gambar ni."
Adly menatap gambar tersebut. Gambar yang diambil lebih dua puluh lima tahun lepas. Walaupun sudah kabur dan hampir hilang warna gambar tersebut, namun jelas di matanya kegembiraan yang terpancar di wajah kedua-dua insan di dalamnya.
"Cantik!" puji Adly spontan.
Ayahnya tersenyum. Matanya jauh memandang ke suatu arah. Seperti sedang membayangkan sesuatu.
"Ibu kamu memang cantik. Rasanya dialah wanita yang paling cantik yang pernah ayah lihat. Tapi ayah terpikat padanya bukan kerana kecantikan semata-mata. Ayah terpikat pada ketulusan hatinya mencintai ayah dan sikapnya yang sopan santun. Tak ada sesiapa yang dapat menggantikan tempatnya dalam hati ayah."
Pintu bilik dikuak kasar dari luar. Muncul wajah Jasmine, ibu tiri Adly yang kepenatan.
Ayahnya segera mengisyaratkan agar gambar Rabitah disembunyikan dari pandangan ibu tirinya itu.
Adly akur. "Hah! Adly, abang& apa yang dibualkan tu" Berbisik-bisik nampaknya! Ada rahsia yang mama tak patut tahu ke, Adly"" tegurnya lantang.
"Tak ada apa-apa, ma! Adly dengan ayah cuma berbual kosong aje& " dalih Adly.
Jasmine yang menanggalkan barang kemas di leher sekadar tersenyum sinis. "Tak usah nak bohong la, Adly! Mama tahu kamu dengan ayah kamu tengah merancang nak singkirkan mama dari syarikat dan rumah nikan" Mama tahu. Mama sedar yang mama dan Farah cuma menumpang harta-benda ayah kamu. Sampai masanya, kami akan disingkirkan."
Suara Jasmine seperti jauh hati.
"Apa yang kamu merepek ni, Jas! Abang tak pernah terfikir pun pasal benda tu semua!" bidasnya tegas.
"Jas tak merepek, bang! Memang betul pun Jas anak-beranak ni cuma menumpang. Siapalah kami di mata abang dan Adly. Jas cuma emak tiri pada Adly. Farah pulak sekadar adik tiri Adly. Kalau ditakdirkan abang ceraikan Jas, putus la pertalian antara kita."
"Ma, jangan cakap macam tu& Adly dan ayah sayangkan mama dan Farah. Walau apa pun yang terjadi, kita tetap bersaudara. Walaupun mama dan ayah tak berkahwin, mama tetap sepupu ayah. Adly dan Farah tetap punya pertalian darah. Adly dan ayah tak pernah terfikir pun nak diskriminasi mama dan Farah dalam apa jua perkara. Buktinya, ayah bagi sepenuh kepercayaan pada mama untuk kendalikan urusan syarikat, kan"" Terang Adly bersungguhsungguh.
"Ye la& kalau dah itu kata kamu, kata ayah kamu, mama bersyukur kerana diberi ruang dalam keluarga ni& ."
Adly menarik nafas lega. Jauh di lubuk hatinya, dia berasa tenang apabila ibu tirinya dapat menerima kata-kata yang dilafazkan tadi.
ADLY menarik keluar gambar yang sudah lusuh dari kocek seluarnya. Gambar yang diberikan oleh ayahnya sebentar tadi. Lama ditatapnya gambar itu. Wajah tampan seorang lelaki di usia mudanya bergandingan dengan seorang wanita cantik; Rabitah, ibunya. Perasaan Adly bercampur baur saat itu. Buat pertama kalinya dia menatap wajah ibu kandungnya. Kali
terakhir dia bertemu dengan ibunya kira-kira dua puluh tiga tahun yang lalu.
Bercampur baur perasaannya saat itu. Ada rasa rindu, sedih, gembira dan kecewa menguasai hatinya. Rindu kerana setelah sekian lama tidak bersua. Gembira kerana gambar itu mengingatkan dirinya kembali memorinya kepada wajah si ibu yang semakin kabur. Kecewa kerana hasil pencarian penyiasat upahannya masih samar-samar. Sedih kerana campur tangan arwah datuk dan neneknya membuatkan ibu dan ayahnya berpisah.
"Ibu kamu dulu bekerja sebagai penari kelab malam. Itu bukan kerelaannya. Tuntutan hidup membuatkan ibu kamu terpaksa mengikut saranan kawan-kawannya. Cuma dua bulan dia memegang gelaran itu. Kemudian ayah bertemu dengannya dan berkahwin dengannya beberapa bulan kemudian. Arwah datuk dan nenek kamu begitu bangga dengan kekayaan dan status mereka di mata masyarakat. Rabitah bukan menantu pilihan mereka. Jasmine adalah calon yang mahu dipadankan untuk ayah. Perkahwinan kami hancur akhirnya apabila ayah termakan fitnah-fitnah yang disogokkan kepada ayah. Ayah halau ibu kamu keluar dari rumah ini sehelai sepinggang."
Kelopak mata Adly basah. Sedih mengenangkan nasib ibunya yang menjadi mangsa kepada sikap materialistik arwah datuk dan neneknya. Adly bertekad dalam hati. Dia akan menggandakan usahanya untuk mencari ibunya!
Judul : AD + IZ Penulis : Eury Athena Harga Semenanjung : RM21 Harga Sabah / Sarawak : RM24 Penerbit : Kaki Novel (KN)
SINOPSIS : Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.
Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.
Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.
Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.
Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan. Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya. Siapakah Ad sebenarnya" Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz" Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang" Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.
Untuk mengetahui sambungan dan kisah selanjutnya, dapatkan novel AD + IZ di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:http://www.kakinovel.com atau untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/kiriman wang atas nama:KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, D Wangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:03-4149 0096 No. Faks:03-4149 1196 Admin@kakinovel.com Disediakan Oleh http://www.penulisan2u.my
"Adry, kenapa bukan aku" Kenapa Farriel yang berhati batu tu yang jadi suami kau"" keluhnya.
"Kau bercakap senang la, Qhuz. Aku yang menanggung ni yang rasa sengsaranya. Aku tak sanggup nak lukakan hati orang. Aku juga tak sangup nak lukakan hati sendiri. Benda-benda berkaitan hati dan perasaan ni bukannya boleh ditentukan dengan teori buku. Ia rumit, abstrak, di luar kemampuan& ."
The Harsh Cry Of Heron 6 Bidadari Menara Ketujuh Karya Yasmi Munawwar Mushasi 5
Mandarin Cersil Mandarin
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama