Ceritasilat Novel Online

Jiranku Kekasihku 2

Jiranku Kekasihku Karya Mel Mellisa Bagian 2


Kalau akak dan Dr. Sharizal tu tak ada apa-apa, kenapa dia ikut akak balik" Tak ke pelik namanya tu& Farhana menyuarakan kemusykilannya.
Aku melongo mendengar soalan itu. Sebenarnya, aku pun tak tahu motif Dr. Sharizal ikut aku balik. Entah. Aku tak ada jawapan untuk soalan Farhana itu. Terpisat-pisat aku hendak menjawab. Kepala yang tak gatal sekali lagi menjadi mangsa tanganku, menggaru.
Hah... entah-entah Abang Sharizal tu sukakan akak tak" Akak aje yang tak tau. Entahentah dia balik ni saje aje nak kenal keluarga kita, lepas tu hantar rombongan meminang akak. Hafiza masih lagi mengusikku. Senyuman nakal masih terukir di bibirnya.
Tidak pula aku membidas percakapannya. Aku menggaru kepala lagi. Mukaku berkerutkerut. Gila!
Isy, pandailah Fiza ni menyerkap jarang. Dahlah, lupakan ajelah. Mak, bila rumah kita nak buat kenduri arwah ayah" Rasanya dah seratus hari dah ni. Aku menukar topik perbualan. Malas nak panjangkan topik hangat sebentar tadi. Naya aje kalau Dr. Sharizal dengar. Haru. Sebenarnya aku malu. Malu tapi mahu. Hehehe
Mak ingat nak buat esok aje. Esok genap seratus hari, balas emak. Ada nada sayu di hujung kata-katanya.
Aku juga menumpang sayu. Mesti mak sedih lagi dengan pemergian arwah ayah. Aku nampak dia menyeka air matanya dengan hujung jari. Serba salah pula aku bila bangkitkan pasal ayah. Esok akak pergi pasar cari lauk ya, mak.
Emak hanya mengangguk tanpa kata. Alahai mak aku& kesiannya dia. Aku pun mahu ikut mengalirkan air mata. Siapa tak sedih bila orang yang disayang tak ada dengan kita lagi" Hanya mereka yang alami saja yang merasai kesedihannya.
SEMUA masakan yang emak dan anak-anak daranya ini masak sudah terhidang di atas meja. Penuh satu meja dengan lauk-pauk yang kami masak. Habisnya belum tentu.
Wau, banyaknya! Bau pun sedap. Farizal sudah gatal tangan mencekut sotong goreng tapi tangannya pantas diketuk emak.
Padan muka! getus aku dalam hati.
Pergi panggil abang kamu tu makan. Jangan nak makan sensorang pulak, tegur emak. Hafiza menaikkan thumbs up ke arah Farizal. Farizal pula menjelir lidah ke arah Hafiza. Aku menggelengkan kepala melihat gelagat adik-adik aku. Macam budak-budak.
Tak sampai lima saat, Farizal sudah membawa Dr. Sharizal ke meja makan. Sempat aku mencuri pandang kepadanya. Dan, dia juga sedang memandangku. Aku tersenyum sedikit lalu menundukkan muka, menyenduk nasi ke pinggan. Tenung lama-lama karang lain pulak jadinya. Haisy&
Banyaknya lauk. Mesti sedap ni, puji Dr. Sharizal.
Aku hanya mengerlingnya sekilas sebelum mataku tertangkap matanya. Sempat dia mengenyit mata kepadaku. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan ke arah lain.
Makanlah, nak, ya. Jangan segan-segan. Lauk orang kampung saja. Akak tolonglah hulur lauk kat kawan tu. Apa ni makan sorang-sorang" bebel emak.
Isy, mak ni. Biarlah dia ambik sendiri. Kan dia ada tangan. Nak tak nak aku sendukkan kari ayam ke pinggannya. Kepala maintain tunduk. Malu nak tengok muka dia. Ha, sambal udang ni akak yang masak tau, bang. Rasalah.
Farhana pula menyendukkan sambal sotong dan diletak di pinggan abang aku tu. Nak saja aku cubit ketam mulut Farhana. Laser sungguh! Huh, yang dia tu asyik senyum aje bila aku mencuri pandang ke mukanya, yang juga sedang memandang mukaku.
Ika mana, mak" soalku kepada emak. Dari tadi tak nampak pun batang hidung adik bongsuku itu. Takkan tak bangun-bangun lagi"
Dia baring lagi. Tadi dia dah bangun. Mak suruh dia tidur semula, jawab emak. Dah makan ubat ke belum" soalku lagi sambil menyuap nasi ke mulut. Aku menyenduk sambal udang ke pinggan. Sambil itu mata nakal aku ini tak habis-habis nak curi pandang lelaki di depan aku ini.
Adik akak yang sorang tu mana nak makan ubat, kak oi. Nak pergi jumpa doktor pun menangis macam budak kecik. Lagi pulak nak makan ubat. Bertahun nak tunggu, kak. Farhana pula menyampuk. Hafiza mengiakan.
Memang betul pun. Syafika memang paling susah nak makan ubat. Hmm& taulah aku nak pujuk dia nanti.
Isy, dah& dah. Makan. Tak baik bercakap depan rezeki, tegur emak akhirnya. Kami semua serta-merta diam dan tekun menjamu selera. Sesekali tanganku berlaga-laga dengan tangan Dr. Sharizal apabila hendak mengambil lauk. Sekejap-sekejap, pandangan kami bertaut. Kami pula menjadi mangsa usikan adik-adik aku yang nakal.
Dan sinar matanya yang bersinar berkilau bak butir-butir mutiara itu mengundang seribu pertanyaan dalam diriku. Mulalah hati aku nak memercikkan sedikit kegelisahan. Maknanya& "
AKU mendapat panggilan telefon daripada Shahrul selepas menunaikan solat isyak. Shahrul yang aku jumpa kat R&R pagi tadi. Dia beritahu terlupa untuk mengucapkan takziah atas pemergian arwah ayahku. Tidak mahu terlalu emosi, Shahrul menukar tajuk perbualan. Topiknya lebih menjurus tentang aku dengan Dr. Sharizal.
Ni lagi sorang. Letih aku nak menjawabnya. Aku telah menyatakan setegas-tegasnya tentang hubungan aku dan Dr. Sharizal. Tidak lebih daripada seorang kawan. Mulut aje kata begitu, tapi hati aku& susah hendak aku tafsirkan hati aku sendiri.
Ya ke" Baguslah macam tu. Lepas ni bolehlah aku masuk jarum! ujar Shahrul dengan nada berseloroh.
Aku spontan menjerit kepadanya. Hah, masuklah kalau berani. Hehehe& Kami kemudiannya ketawa bersama. Lama juga kami berbual, sehingga dia meminta diri kerana ada temu janji dengan klien. Aku lirikkan mata ke jam dinding yang tergantung di dinding bilik. Pukul 9.30 malam. Hai, malam-malam buta pun nak pergi jumpa klien" Klien ke kelain ni" Aku mengusiknya. Dia menegaskan lagi yang dia memang betul-betul mahu jumpa klien.
Aku mengiakan saja dan kami akhirnya berpisah di hujung talian. Telefon bimbit aku letak di atas meja solek. Aku lihat wajah di cermin. Cengkungnya muka aku ni. Nak ke Dr. Sharizal kat aku" Eh, alamak! Aku baru teringat tentangnya. Apalah aku ni biarkan dia. Kan aku yang bawak dia balik. Isy& tak patut aku tinggalkan dia terkontang-kanting sensorang. Tak patut sungguhlah kau ni, Faiza!
Aku terus keluar dari bilik, menuju ke ruang tamu. Tengok dia tengah buat apa.
8 AKU tengok dia rancak betul berbual dengan Farizal dan Hafiza. Budak berdua tu memang suka bercakap. Farhana pula lebih suka mendengar, agak slow sikit berbanding abang dan kakaknya yang kalau bercakap macam bertih jagung.
Sesekali aku tengok dia mengangguk mengiakan percakapan adik-adik aku. Aku melempar senyuman kepadanya ketika pandangan kami bertembung. Biarkan dia. Sekurangkurangnya dia tak rasa sunyi bila ada di sini. Itulah, siapa suruh ikut aku balik" Aku ni pula tak reti nak layan dia. Bukan apa, aku sebenarnya seganlah. Isy&
Aku kemudian melangkah kaki ke anjung rumah. Malam-malam begini sedap kalau dapat hirup udara segar. Dingin saja bila angin menampar muka. Agak jarang aku dapat suasana ini di Melaka. Nak pula rumah dekat dengan Bandar Melaka. Lagi banyak bunyi bising. Debu-debu berterbangan tanpa mengira siang atau malam.
Hai. Aku pantas menoleh. Aku lihat dia berdiri di ambang pintu sambil melempar senyuman. Aku membalas senyumannya dan menguis rambutku yang berjuntaian di dahi.
Kenapa tak join kat dalam tadi" soalnya sambil berjalan mendekatiku. Dia berdiri di sebelahku, sejauh satu meter.
Jauh jugaklah ni kan. Lagipun lampu terang-benderang kat anjung ni ha. Pintu rumah terbuka luas.
Saya malas nak ganggu. Lagipun adik-adik saya tu memang jakun orangnya, Balas aku sambil ketawa kecil. Dia juga ketawa.
Ya ke" Bukan jealous" Dia bertanya sambil memandang mukaku. Cuba menduga reaksiku agaknya.
Aku mencebik. Buat apalah aku nak jealous" Buang karan aje. Lagi aku suka adalah sebab ada orang layan dia. Taklah dia mati kutu kat sini. Tapi kan, aku tengok dia ni cepat sesuaikan diri dengan famili aku. Baguslah, sekurang-kurangnya dia tak rasa janggal dan tersisih.
Isy, nak buat apa jealous" Lagi suka adalah, sebab saya tak payah layan tuan doktor ni, balas aku sambil memandang mukanya malah mata gatal aku ini boleh pula mengenyit kepada dia. Kurang sopan betul. Sebenarnya spontan aku kenyit mata kat dia. Pantas aku berpaling ke arah lain.
Hah& tadi siang janji nak panggil apa"
Kata-katanya membuatkan aku kembali berpaling kepada dia yang sedang tersenyum nakal. Dia menaikkan kening ala-ala Ziana Zain, penyanyi pujaan hati jiwa dan ragaku. Isy, dia ingat lagi ke" Aku ingat dia dah lupa. Rupanya masih berpanjangan yek&
Err& isy, takkan saya nak panggil macam tu pulak" Lagipun kita kan baru kenal. Tak ada apa-apa ikatan. Takkan saya nak& err& nak panggil macam tu pulak" Gila ke" Aku garu kepala yang tak gatal.
Yalah, betul apa aku cakap. Takkan aku nak panggil dia macam tu sedangkan aku dan dia tak ada apa-apa ikatan" Lainlah kalau dia memang tunang aku ke, apa ke. Tu pun, rasa macam janggal sangat bila tiba-tiba nak panggil abang. Aku mencuri pandang wajahnya yang sedang tersenyum sendirian sambil menggelengkan kepala. Apalah yang difikirkan agaknya. Seronok kenakan aku macam tu agaknya. Aku jotos juga kepala doktor ni karang.
Okeylah kalau Miss Pharmacist tak bersedia. Tuan doktor takkan memaksa, balasnya cuba memerli.
Aku menarik nafas lega mendengar kata-katanya. Sekurang-kurangnya terlepas beban dari bahu aku ini. Nasib baiklah dia tak terus seksa dan paksa aku panggil dia dengan nama itu walaupun aku telah berjanji tanpa sengaja. Tapi yang aku tak suka tu, dia panggil aku Miss Pharmacist! Cet& perli aku ke apa"
Tapi, awak janganlah panggil saya doktor lagi. Saya bukan doktor awak dan awak bukan pesakit saya. Panggil nama aje, ujar dia kemudian.
Aku mengangkat bahu dan mengangguk. Okay. Deal! ucapku sambil tersenyum. Kami kemudian membisu sekejap. Masing-masing seperti melayan perasaan sendiri. Faiz" Dia bersuara selepas beberapa minit membisu. Aku berpaling ke arahnya. Boleh saya tanya sikit" soalnya kemudian. Aku mengangkat bahu dan mengangguk. Siapa lelaki yang awak bohong hari tu kat Carrefour Melaka" Yang awak kenalkan saya sebagai tunang awak"
Aku kerutkan dahi. Siapa" Hakimi" Huh& elok-elok aku dah lupakan terus si Hakimi, dia boleh pulak bangkitkan lagi nama dia tu. Serta-merta mood aku berubah. Elok-elok dah cheer up tadi, terus down. Mulalah aku rasa tidak senang hati dan perasaan bila cakap pasal budak cempiang tu.
Nak dengar ke" soalku sambil memandang mukanya. Cuba memancing reaksinya. Kalau awak sudi nak bercerita dengan saya. Kalau tak, tak apa. Saya takkan paksa, balasnya sambil tersenyum kepadaku.
Aku menghembus nafas perlahan. Kepala aku tunduk ke lantai, memandang batu-batu marmar yang bercorak seperti papan. Sebenarnya& dia dulu bekas teman lelaki saya masa kat universiti. Kami sama-sama belajar, tapi lain bidang. Dia ambik dentist.
Aku memulakan cerita. Sebenarnya aku malas nak bercerita pasal ini. Memandangkan dia beria-ia nak tahu, aku mulalah bercerita. Aku menghalakan mata ke tengah jalan. Memejam mata. Mengingati semula detik-detik pertemuan antara aku dan Hakimi. Satu pertemuan yang indah. Aku menguntum senyuman. Perlahan-lahan, kenangan lama berputar kembali di layar ingatan.
AKU berjalan beriringan dengan Suzana, teman sekuliahku, menuju ke kafe kolej. Lapar benar perut aku ni. Apa taknya, dari pagi membawa ke tengah hari aku tak menjamah apa-apa. Baru saja kaki nak menjejak ke lantai kafe, aku dirempuh oleh seorang mamat. Habis bersepah aku punya fail dan kerja kursus yang baru aku siapkan tu. Telefon bimbit ke lantai. Bercampur dengan fail-failnya.
Nasib baik handphone aku tak pecah. Kalau tak, kena gantilah kau, bisik aku dalam hati. Sorry, wak, sorry. Saya tak sengaja, ucap dia dengan perasaan bersalah. Dia membantu aku mengutip kesemua fail-fail aku.
Eh, awak tak nampak ke kawan saya ni ha" Mata awak letak kat mana" Suzana sudah bercekak pinggang memandangnya yang sama-sama bangun denganku sesudah mengutip segala macam barang kami yang bertabur.
Sorry, saya betul-betul tak sengaja. Saya nak cepat tadi. Awak tak apa-apa" Dia bertanya sambil memandangku. Pantas aku menggeleng.
Apa sorry, sorry" Mana entah dia letak mata dia tu! bebel Suzana lagi. Dia merenung tajam ke arah lelaki yang melanggar aku.
Kesian pula aku tengok dia terkulat-kulat kena marah dengan Suzana. Isy, Suzana ni. Aku menyampuk bila Suzana cuba menyambung kemarahannya tadi.
Tak apa. Saya okey. Lain kali kalau nak cepat pun kena tengok-tengok dulu ya. Penuh berlapik dan berhemah aku menutur kata. Kononnyalah.
Sebenarnya aku malas nak marah-marah. Memandangkan dia pun macam budak baik dan nerd sikit, aku berlembutlah. Aku nampak dia mengangguk dan tersenyum. Manis juga senyuman dia tu.
Terima kasih sebab tak marah saya. Saya betul-betul tak sengaja tadi, wak. Sorry sesangat.
Aku sekadar tersenyum. Mamat ni betul-betul blur. Tengok muka dah tau dia ni blur. Tapi handsome jugak. Ahak!
It s okay, balasku perlahan.
Hmm& okeylah, saya dah lambat ni. Ada kelas. See you. Sorry ya, ucapnya sebelum berlalu. Langkah yang diayun begitu laju sampai mata aku jadi juling tengok dia berjalan. Macam ada kuasa bionik.
Hoi! Bahu aku terangkat dek tepukan Suzana. Pantas aku mengurut dada. Isy, Suzana ni. Terperanjat aku. Nasib baik tak ada lemah jantung.
Kau ni, senang-senang aje nak maafkan mamat tu. Menyampah aku. Sorry, wak. Saya tak sengaja. Awak tak apa-apa" Suzana mengejek cakap lelaki tadi, dengan mimik muka sekali.
Aku ketawa sambil menggeleng. Ada-ada ajelah budak ni. Kau ni tak baiklah. Dahlah, jom kita makan. Lapar gila perut aku ni.
Kami beriringan masuk ke kafe. Perut aku dah berdondang sayang minta diisi. SUZANA mengetawakan aku apabila aku tunjukkan kad pelajar yang telah bertukar rupa dan nama fakulti. Aku telah tertukar kad pelajar dengan budak lelaki yang melanggar aku di kafe tadi. Adus&
Tulah kau. Tak tengok lagi. Main ambik aje. Sekarang dah tertukar kad nama dengan budak nerd tu. Jadilah kau budak fakulti pergigian. Lepas tu kau tukar rupa kau jadi lelaki, kata Suzana sambil ketawa lagi. Dia berguling-guling di atas katil.
Aku menopang muka dengan kedua-dua belah tangan. Macam mana ni" Kat mana aku nak cari dia" Esok dahlah aku ada kelas. Isy, kalut betullah budak ni. Aku mengeluh. Kad pelajarnya aku belek lagi. Hakimi Nazwan. Itulah nama dia. Sedap juga nama dia. Orangnya pun boleh tahan walaupun nampak nerd sikit. Tapi kira okeylah. Aku tersenyum sendirian.
Hah, senyum sorang-sorang tu dah angau kat mamat nerd tu ke" Suzana menyenggol lenganku dengan sikunya. Isy&
Mana ada. Jangan pandai-pandai eh, bidasku sambil bangun, menuju ke meja belajar, mengambil telefon bimbitku. Ingat nak dail nombor Syed, kawan satu kampung dengan aku. Mana tau dia kenal ke budak Hakimi ni. Lagipun dia ambik dentist.
Eh, kenapa lain pulak telefon aku ni" Kenapa gambar aku yang jadi cover screen tak ada" Muka budak Hakimi pulak" Aduh& Aku hempaskan keluhan kasar. Tahulah aku bahawa telefon bimbit aku telah bertukar juga. Perlahan-lahan aku rebahkan badan ke atas tilam. Blur&
Hah& dah kenapa ni" Dah angau semula kat budak tu" Suzana mengusik lagi sambil berjalan ke arah katilku. Aku menunjukkan telefon bimbit tadi kepadanya.
Telefon aku pun bertukar dengan dia, Su& Aku lemah tak berdaya bila telefon aku tak ada di sisi. Macam hilang separuh semangat aku. Aduh, mintak nyawa&
Hahaha. Telefon kau pun bertukar dengan dia" Isy, macam ada jodoh aje" Tak habis-habis budak kecik ni nak mengusik aku. Aku tengah susah hati ni. Mana nak cari budak tu" Telefon aku, kad pelajar aku ada kat dia. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.
Pantas aku bangun dan duduk. Aku lihat nombor telefon aku tertera pada skrin. Mesti dia yang telefon. Helo.
Helo. Ni Faiza ya" Saya Hakimi yang langgar awak tadi. Ya, betul. Dia yang call. Ada harapan nak dapat telefon aku balik.
Ha. Ya saya tau. Err& telefon awak tertukar dengan telefon saya. Kad pelajar saya pun tertukar dengan awak. Macam mana nak tukar balik yek"
Saya tau. Saya pun tak boleh masuk kelas sekarang ni sebab tak ada kad pelajar. Hmm& macam ni, kita jumpa sekarang boleh tak kat& hmm& Awak kat mana" Saya kat hostel ni, balasku. Suzana di sebelah cuba menelinga. Nak dengar juga. Okey. Saya jumpa awak kat hostel awak. Nanti awak turun ya.
Okey. Talian dimatikan. Fuh& lega aku. Nasib baik dia call. Aku pun baru nak call nombor telefon aku tadi.
Dia nak datang sini. Hantar handphone dan kad pelajar aku. Lega sikit hati aku ni, Su, kataku kepada Suzana yang tersenyum nakal.
Hah& entah-entah dia sengaja tak rancang benda ni sebab nak kenal dengan kau" Hisy, apalah kau ni. Jangan menuduh tau. Tak baiklah. Tak habis-habis nak serkap jarang. Dahlah. Aku nak turun ni. Nak tunggu dia kat bawah. Aku terus keluar dari bilik hostel meninggalkan Suzana yang tak habis-habis mengusik. Baik aku turun. Kalau tunggu dalam bilik, lama-lama sakit hati pulak dengar usikan si kecik tu.
BARANG-BARANG aku dan dia sudah bertukar tangan. Aku mencium telefon kesayangan pemberian ayah aku. Kalaulah kau hilang& punahlah hidup aku wahai telefon. Telefon kesayangan ni.
Minta maaf sebab susahkan awak. Semua ni salah saya. Dia tak habis-habis menyalahkan diri.
Memang pun! Memang salah kau! Nak saja aku cakap macam tu, tapi aku bukan jenis yang begitu tidak sopan dengan orang lain. Tak apa. Not a big deal.
Ya ke" Habis tu tadi lemah tak berdaya kononnya sebab telefon kesayangan tak ada kat tangan tu apa" Citpodah! Aku mengutuk diri sendiri.
Hmm& dah terlanjur ni macam ni, kenapa tak kalau kita berkawan" Boleh" katanya sambil tersenyum. Dia duduk di kepala kereta Satria Neonya.
Aku mengetap bibir. Perlu ke" Nak berkawan pulak" Isy, nak ke& tak" Aku berkira-kira dalam hati. Eh, kalau tak nak nanti dia kata aku jual mahal pulak. Apa salahnya kalau dia nak berkawan" Kawan aje. Bukan nak ajak kahwin pun. Kan"
Okay. No problem, putusku akhirnya. Aku mengangkat kening dan bahu serentak. Senyuman juga tak lupa aku hadiahkan kepadanya.
Okey. Saya Hakimi Nazwan. Awak"
Saya Nur Faiza. Boleh panggil Faiza, ucap aku sambil menyimpul senyum. Kami kemudiannya bertukar-tukar nombor telefon.
Sejak hari itu, kami mula menjalinkan persahabatan. Jika ada masa terluang, kami akan keluar bersama. Ops, Suzana" Kadang aku ajak dia ikut sekali, teman aku berdating dengan Hakimi. Kadang-kadang dia malas nak ikut sebab dia kata macam kacau daun pula.
Sebenarnya, aku amat menyenangi sikap Hakimi yang low profile dan lebih banyak berlembut dengan aku. Tutur katanya tidak pernah ditinggikan. Aku yang kerap kali meninggikan suara bila ada yang tak kena. Biasalah, orang perempuan. Ada masa-masanya untuk naik angin. Hehehe.
Beberapa bulan kemudian, aku dan Hakimi menjalinkan hubungan yang lebih serius. Declare hubungan kami sebagai pasangan kekasih. Walaupun kami sedang dilamun cinta, pelajaran tetap kami utamakan. Itu janji aku kepada Cikgu Kamaludin, ayahku sendiri.
AKU menguntum senyum lagi. Ingatan pada perkenalan dan percintaan aku dan Hakimi semuanya indah. Pada masa itu, aku merasa sangat bahagia di sampingnya.
Habis tu, kenapa awak putus dengan dia" Dr. Sharizal bertanya, sekali gus mematikan lamunanku sebentar tadi.
Senyum bahagia indah memekar di bibirku mati serta-merta. Dia memandang wajahku. Menantikan jawapan. Aku menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Perpisahan. Perpisahan yang memeritkan bagiku. Perpisahan yang memusnahkan segala harapan dan angan-angan aku untuk hidup bahagia. Juga perpisahan yang hampir-hampir meragut nyawaku. Mengingati detik itu, hati aku jadi mudah tersentuh. Air mata mudah saja tumpah ke pipi.
Awak menangis" Maaflah kalau awak tersinggung dengan pertanyaan saya. Kalau tak bersedia nak cerita& it s okay. It s fine with me. I m sorry, Faiza.
Aku tersenyum sedikit mendengar kata-katanya. Pantas tanganku menyeka air mata di kelopak mata. Aku menggeleng berkali-kali, menidakkan kata-katanya. Bukan masalah aku tersinggung. Kalau boleh aku malas hendak kenang kenangan lama yang begitu pahit dalam lipatan sejarah kehidupanku.
Masa tu, lagi seminggu saya nak exam final year. Sempat lagi kami berjumpa waktu kritikal macam tu. Tapi&
KAKI aku terhenti di balik dinding kafe. Aku menyorok di situ apabila terdengar suara gegakgempita Hakimi dan rakan-rakannya yang majoritinya pelajar Fakulti Pergigian. Aku cuba menelinga apa yang dikatakan mereka.
Akhirnya, dapat juga kau pikat hati dan perasaan budak perempuan tu kan. Aku tabik springlah kat kau, Kimi. Kira kau menanglah. Seorang kawan Hakimi bersuara sambil menepuk-nepuk belakang Hakimi. Yang lain-lain ikut ketawa dan bersorak.
Senang aje nak pikat minah tu. Dia tu jinak-jinak merpatilah. Aku umpan dia dengan kasih sayang palsu aku, buai dia dengan kata-kata romantik, buat sampai dia betul-betul jatuh cinta gila-gila dengan aku, balas Hakimi dengan nada yang angkuh. Dia berpaling menghadap kawan-kawannya.
Hah& sekarang aku dah menang. Mana wang pertaruhannya" Penat-penat aku pikat minah senget tu sampai aku pun ikut senget sekali. Cepat, cepat! bentak Hakimi sambil menadah tangan.
Hampir pitam aku mendengar kata-katanya. Aku dijadikan bahan pertaruhan mereka" Hakimi mempermainkan aku" Selama ini dia hanya berlakon semata-mata demi untuk menang pertaruhan dia dengan kawan-kawannya" Selama ini dia berpura-pura menyayangi dan mencintai aku"
Aku bersandar pada dinding. Perlahan-lahan badanku melurut jatuh sehingga ke lantai. Aku terduduk di lantai tepi dinding kafe itu. Menekup mulut yang terlopong. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang aku dengar sebentar tadi. Air mata sudah mula mengalir laju menuruni pipi. Aku berpaling melihat ke arah mereka lagi. Hakimi begitu gembira mengira wang pertaruhannya. Aku berpaling pula pada cincin pemberian Hakimi. Cincin sebagai tanda aku miliknya selamanya. Tapi kini& "
Aku bangkit, berdiri. Berjalan ke arah Hakimi dan rakan-rakannya. Hakimi!
jeritku. Suara-suara yang galak ketawa itu berhenti serta-merta. Masing-masing memandang aku. Masing-masing melopong. Hakimi juga seakan terperanjat dengan kehadiranku di situ.
Aku memandang Hakimi, merenungnya tajam, mengatur langkah ke arah Hakimi. Kini aku betul-betul di depannya. Tangan aku ringan saja menampar pipinya. Kuat sehingga kepalanya terpusing ke kiri. Terpalit kesan darah di tanganku ketika menamparnya sehingga pecah bibir. Matanya terbuntang luas memandangku. Rakan-rakannya juga diam membisu.
Dah puas you gelakkan I" Dah puas you gelakkan minah senget kat depan you ni" Dah puas you permainkan I, hah" Dah puas" Bertalu-talu aku bertanya kepada dia yang nyata masih terkejut dengan kedatangan aku yang tiba-tiba.
Faiz& I& I& Tergagap-gagap dia hendak membalas kata-kataku. Serba salah. Dia meraba pipinya yang aku tampar.
Cukup, Hakimi. You tak payah nak jelaskan. I dah dengar segala-galanya. I tak sangka, Hakimi, you cuma jadikan I barang pertaruhan you dengan kawan-kawan you. I sangka you ikhlas dengan I. Sangkaan I tersilap rupanya. You cuma nak permainkan I! I betul-betul tak sangka you sanggup buat I macam ni. How dare you!
Air mata sudah mula merembes laju menuruni pipi. Aku tidak lagi mempedulikan pelajar-pelajar di situ yang menjadi penonton untuk drama swasta aku. Aku dah tak peduli lagi. Masa itu, kepala aku dah tak kisahkan itu semua. Aku menanggalkan cincin pemberiannya dari jari manisku lalu melempar ke mukanya.
Nah! Ambil semula cincin you ni. I tak nak! Mulai hari ini, I tak mau lagi jumpa you, Hakimi Nazwan. I tak kenal siapa Hakimi Nazwan. Dengan kata-kata itu, aku berpaling, hendak beredar dari situ namun tanganku disentap Hakimi. Langkah kaki aku turut berhenti. Faiz, biar I explain.
Aku menarik kasar tanganku dan meneruskan perjalanan. Aku tidak menghiraukan panggilannya. Aku berlari sepantas mungkin. Berlari ke mana saja kaki aku hendak berlari. Hakimi! Kau sangat kejam! Kenapa aku ni bodoh sangat percayakan kau!
I M sorry, Faiz, ucap Dr. Sharizal.
Aku hanya tersenyum kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala. Nak buat apalah dari tadi asyik cakap I m sorry aje. Bukan dia buat salah pun. Mungkin dia rasa bersalah sebab bertanyakan kisah peribadi yang menjadi kenangan pahit dalam hidup aku.
It s okay. Awak tau tak apa jadi pada saya lepas tu" Aku bertanya sambil memandangnya. Dia mengangkat bahu dan menggeleng. Manalah dia tahu! Aku ni pun sengal jugak tanya kat dia. Isy&
Saya rasa down sangat lepas tu. Dengan exam yang dah dekat. Saya langsung tak fokus. Menangis, menangis dan menangis. Saya ni bukan kuat sangat. Saya ni lemah orangnya. Aku berhenti sekejap. Menunduk ke bawah melihat batu marmar di lantai. Mengetap bibir. Dada aku jadi sebak tiba-tiba.
Setiap malam saya menangis. Kelas tutorial pun saya tak pergi sampai lecturer bagi amaran, tak benarkan saya ambil exam tahun itu. Dan yang paling drastik sekali, saya& saya cuba untuk bunuh diri.
Aku mendengar dia beristigfar berulang kali. Terkejut mendengar tindakan yang telah aku buat selepas putus dengan Hakimi. Ya& saya cuba bunuh diri. Saya telan setengah botol ubat tidur.
Berat sekali aku menuturkan kata-kata itu. Sekali lagi aku dengar dia beristighfar. Dia memandangku dengan pandangan tidak percaya. Kemudian, aku tunjukkan pergelangan tangan kiri yang aku kelar dua tahun dulu kepadanya. Dia membelek-belek dan menggeleng. Terlopong mulutnya.
Kalau lewat lima minit saya tak dihantar ke hospital, mungkin saya tak ada lagi di dunia ni, wak. Saya tak kenal Ellin, tak jumpa famili lagi dan tak kenal awak. Saya koma dua hari, akibat perbuatan saya dan saya kehilangan terlalu banyak darah juga kesan daripada ubat tidur yang saya telan setengah botol tu. Aku menambah.
Sekali lagi mata aku terpejam. Mengingati detik-detik berdepan dengan maut akibat perbuatan gila aku itu. Bodoh betul aku masa itu.
Tapi, alhamdulillah. Berkat doa rakan-rakan, keluarga, pensyarah-pensyarah, saya sedar semula. Masa tu saya rasa bersyukur sangat-sangat kerana Allah memberi saya peluang kedua untuk memperbaiki kehidupan saya. Lepas tu saya bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan saya yang lalu. Saya tutup buku lama dan buka buku baru. Kalau boleh, saya tak mau ingat lagi perkara yang lepas-lepas. Lepas saja saya dibenarkan keluar wad, terus saya buat ulang kaji tanpa rehat dan henti sebabnya esoknya dah nak exam. Aku ketawa kecil.
Tak dapat aku bayangkan bagaimana kalutnya aku follow up semua kelas tutorial dan nota yang dipinjamkan Suzana. Kalutnya menghafal segala macam formula, fakta dan teori berkenaan pengajian yang aku ambil. Sampai Suzana sendiri pun ikut sama menghafal gila-gila dengan aku. Berkobar-kobar kami waktu itu. Akhirnya, alhamdulillah. Aku berjaya juga akhirnya untuk menggenggam ijazah dan menghadiahkannya kepada kedua ibu bapaku yang nyata gembira dengan kejayaanku.
Macam tulah kisah saya dengan Hakimi. Minta maaflah kalau ceritanya tak menarik, kataku dengan sedikit senyuman di bibir. Aku lihat dia termenung. Jauh nampaknya menungannya.
Awak& Aku melayangkan tangan ke wajahnya. Dia tersedar, mengukir senyuman di
bibir. Saya tak sangka awak dah lalui itu semua, Faiz. Kalaulah saya& Ayatnya tergantung
di situ. Kalaulah awak apa" Pantas aku bertanya.
Kalaulah saya ada bersama awak masa tu, mesti saya takkan benarkan perkara itu terjadi kat awak.
Aku terkesima. Terkedu mendengar kata-kata yang meluncur keluar dari bibirnya. Tbatiba saja jantungku berdegup laju. Kata-kata itu terus meresap jauh ke dalam lubuk hati aku. Kenapa perlu dia lontarkan kata-kata itu"
Sebenarnya Faiz, saya&
Ehem, ehem& the loving couple ni tak mahu masuk tidur ke" Dah pukul 12.00 tengah malam ni.
Kami serta-merta menoleh ke arah Farizal dan Hafiza yang berdiri tegak di ambang pintu. Mereka berdua tersenyum nakal ke arah kami. Agaknya dari tadi mereka menelinga saja perbualan kami. Memang tak patut budak berdua ni. The loving couple" Isy, budak-budak ni& pandai-pandai aje gelar kami macam tu.Tebal pula rasanya muka aku saat ini bila perkataan itu dikeluarkan. Aku pandang dia. Kami sama-sama ketawa.
Okeylah. Good night, ucapku kepadanya dan berlalu mendapatkan Hafiza. Aku dan Hafiza berkongsi bilik. Sementara dia berkongsi bilik dengan adik lelaki aku, Farizal. Yalah, takkan nak sebilik dengan aku pulak. Hehehe.
9 HARI ini Farizal begitu bermurah hati menawarkan diri untuk ke pasar bersama Dr. Sarizal. Dia menyuruh aku duduk saja di rumah. Hmm, bagus juga. Aku pun malas nak ke pasar dengan Dr. Sharizal. Bukan apa, aku malu nak jalan bergandingan dengan dia. Bukan malu apa, cuma& kalau aku duduk dekat dengan dia, jantung aku tak habis-habis berdegup kencang.
Hafiza pula suka sangat menyakat abangnya ini. Tak habis-habis nak cari gaduh dan panggil vet. Yang orang ni, karang naik angin, satu rumah diterbalikkan. Aku menampar lengan Hafiza di sebelah yang sedang menggelakkan sakan Farizal. Aku pun kadang terikut-ikut dengan Hafiza.
Kesian pula dengan adik lelaki aku ni. Karang dia tak nak terus belajar pula sebab diejek minah senget ni. Habis pulak duit yang aku laburkan kat dia dulu masa belum dapat pinjaman. Siapa nak bayar balik"
Dah siap ke" Kami serentak menoleh ke suara itu. Dr. Sharizal sudah berdiri di depan pintu dengan senyuman mengulit bibir. Bau minyak wangi Polo Sport sekali lagi menusuk-nusuk lubang hidungku, terus meresap ke hati. Aduh mak oi&
Dah. Jomlah, balas Farizal dan serentak kakinya bergerak menuju ke pintu. Bye-bye, Doktor Vet. Hafiza mengusik lagi. Dia berlari terus ke dapur sebelum sempat Farizal mengejarnya.
Dah& dah& pergi cepat. Nanti habis pulak lauk kat pasar tu, arahku. Farizal mendengus geram kepada Hafiza. Kembang kempis hidungnya.
Aku menghantar mereka berdua sampai ke muka pintu. Saya pergi dulu ya. Dr. Sharizal berkata kepadaku. Aku mengangguk. Nak pergi, pergi ajelah. Isy& Saya pergi ni, katanya lagi ketika membuka pintu kereta.
Aku mengangguk lagi sambil menggaru kepala. Eh, pergilah. Macam nak pergi jauh
pulak. Dia menguntum senyum kepadaku. Saya&
Ehem& ehem& Bila nak pergi ni yek" Farizal segera memintas. Selamba saja mukanya sambil memandang ke arah lain.
Aku melihat Toyota Altis hitamnya meluncur ke atas jalan raya. Aku tengok sempat lagi dia melambai-lambai ke arah aku. Aku membalas lambaiannya. Hai, macam-macamlah Dr. Sharizal ni. Aku menggeleng-geleng. Kadang-kadang pelik bila fikirkan perangai Dr. Sharizal sejak akhir-akhir ini. Aku kembali memikirkan kata-kata Ellin semalam.
Betul ke apa yang dia cakap tu" Dr. Sharizal suka kat aku" Hei, entahlah. Biarlah dia cakap sendiri dengan aku. Takkan aku nak tanya pulak" Hmm& sebenarnya, aku pun kelirulah dengan perasaan aku terhadap dia. Perasaan suka sebagai kawan atau suka sebagai& err& entahlah. Malaslah nak fikir dulu. Bikin kusut kepala aje.
KAU cerita semuanya, Faiz" soal Ellin ketika aku menelefonnya.
Ha ah. Dia nak tau sangat. Aku cerita semuanya. Tak ada yang tertinggal, jawabku sambil menghempaskan satu keluhan.
Habis tu" Apa reaksi dia" Ellin terus-terusan ingin tahu. Budak ni, kalau pasal aku dengan doktor kesayangan dia tu, laju aje.
Dia terkejut bila tau aku cuba bunuh diri lepas putus dengan Hakimi. Ellin mencetuskan reaksi terkejut di hujung talian.
Lepas tu" soalnya lagi penuh excited tahap dewa.
Lepas tu, dia cakap, kalaulah dia ada bersama aku masa tu, mesti dia takkan benarkan semua tu terjadi kat aku. Aku menjawab perlahan.
Sekali lagi Ellin mencetuskan suara reaksi terkejut. Kalau dia ada kat depan aku, mesti dia tengah tutup mulutnya yang terlopong. Lepas tu, mata membulat besar pandang aku. Dia cakap macam tu, Faiz" Dia cakap macam tu" Kau tau tak apa maksudnya tu" Apa" soalku bodoh seraya menggunakan jari-jemari untuk menggaru kepala yang tak
gatal. Isy, kau ni lembaplah. Kalau aku cakap kau bodoh, kau marah.
Amboi, terlebih betul minah seekor yang tak berekor ni. Bukan main sesedap rasa nak kata aku bodoh. Amboi, sesedap kau aje eh. Nak merasa penampar Johor ke"
Ellin ketawa di hujung talian. Okay, okay& sorry, sis. Hei, kau tau tak apa maknanya tu" Maknanya dia memang suka kat kau, Faiz. Dia betul-betul sukakan kau. Kau tau tak dia bagi kau hint tu. Tu pun tak sedar-sedar lagi ke" Faiz& Faiz& Kau ni slow sangatlah.
Aku diam tidak membalas kata-kata Ellin. Sebenarnya aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Aku pun sebenarnya sukakan dia. Tapi, tak tahu suka yang macam mana dan dalam masa yang sama aku takut. Betul ke dia suka kat aku" Aku takut aku yang terlebih perasan pula. Nanti aku juga yang malu. Mana nak sorok muka kalau dah malu"
Lagipun baru beberapa bulan kami berkenalan. Takkan secepat itu dia dah jatuh hati kepada aku" Aku menggaru lagi kepala yang tidak gatal. Lama-lama, kulit kepala aku ni akan menipis pula kerana terlalu kerap digaru.
Lepas tu, dia kata apa lagi" Ellin menyambung kemudiannya.
Aku menggaru kepala terus. Dia cakap apa lagi" Itu ajelah. Isy, tapi& sebelum Farizal dan Hafiza menegur kami semalam, dia macam nak cakap sesuatu.
Dia ada cakap& Sebenarnya saya& Lepas tu, Rizal dan Fiza tegur kita orang. Tak taulah dia nak cakap apa. Lepas tu aku terus masuk bilik. Tidur. Seingat aku, itulah kata-kata terakhir yang aku dengar daripada dia malam tadi.
Ha& mesti dia nak cakap& Sebenarnya saya sukakan awak, Faiz. Sebenarnya saya dah jatuh hati kat awak, Faiz. Saya cintakan awak, Faiz.
Isy, kau ni! Pandai-pandai aje. Entah-entah dia nak cakap benda lain. Kau ni& ah! Aku membidas kata-kata Ellin yang boleh membuatkan aku terperasan. Menafikan kata-katanya. Eh, dahlah& dahlah& Malas aku nak cakap pasal ni lagi. Eh, okeylah. Aku nak tolong mak aku kat dapur kejap.
Terus aku mematikan talian tanpa mendengar butir-butir percakapan selanjutnya daripada Ellin. Makin sesak nafas aku bila Ellin mendesak aku begitu.
AKU segera mengatur langkah ke dapur. Aku tengok mak tengah mengurut-urut tengkuk Syafika yang sedang muntah-muntah di sinki. Pantas aku menghampiri mereka.
Kenapa ni, mak" soal aku. Aku lihat muka Syafika yang sudah merah-merah kerana muntah. Aku turut mengurut belakang Syafika.
Dia loya katanya. Tu yang muntah. Itu jawapan daripada emak. Demam lagi budak ni" Aku meraba dahi dan lehernya. Panasnya. Tulah, orang nak bawak pergi klinik tak nak. Demam lagi Ika ni. Kita pergi klinik ya"
Tiada jawapan daripada Syafika sebaliknya dia beria-ia memuntahkan segala isi perutnya. Kesian pula aku tengok, sampai lembik badan dia. Aku membantu emak mendudukkan Syafika di kerusi makan di dapur. Kepalanya menunduk. Lemah tidak bermaya. Mukanya pucat. Emak mengurut belakang tengkuknya lagi. Aku pula memicit kepalanya.
Panas ni, kak. Lebih baik bawak pergi jumpa doktor, saran Farizal pula selepas merasa dahi Syafika yang hangat.
Abang kan doktor jugak& Hafiza menyampuk. Senyuman nakal terukir di bibirnya. Pantas Farizal merenungnya tajam. Hidungnya sudah mula kembang kempis. Hai, dah mulalah budak berdua ni. Macam anjing dengan kucing. Yang si adik pun satu. Kenapa suka sangat mengusik si abang ni"
Kak, Abang Sharizal kan ada. Dia kan doktor. Suruhlah dia periksa adik. Farhana melontarkan cadangan.
Ya tak ya jugak. Kan ke ada Dr. Sharizal kat dalam rumah ni" Kenapa tak suruh dia saja" Apalah aku ni. Lambat pick-up betul.
Mata kami serta-merta tertumpu kepada Dr.Sharizal yang baru masuk ke dapur bersama bungkusan barangan yang dibeli bersama Farizal.
Kenapa" soalnya sambil memandang pelik kepada kami yang serentak memandangnya. Terpinga-pinga dengan buat muka tak faham.
SYAFIKA sudah diberikan rawatan oleh tuan doktor yang aku import dari Melaka ini. Dia kata Ika cuma demam biasa. Muntah pun disebabkan tidak makan sepanjang hari dan perutnya masuk angin. Jadi, badannya jadi lemah kerana kurang air dalam badan.
Save sikit duit saya sebab tak payah bawak dia pergi klinik. Terima kasih ya" Eii& berkira betul. Tangannya tiba-tiba mencubit pipi kanan aku.
Terkejut juga aku dibuatnya dengan tindakan dia itu, tapi sakit juga. Aku mengaduh sambil menggosok pipi aku. Kurang asam jawa betul orang tua ni. Sesedap rasa aje nak cubit pipi aku yang gebu ni. Aku lihat dia tersenyum. Sakit hati aku. Isy, memang terlebih& Sakitlah! Giliran aku pula menampar lengannya. Balas balik.
Dia ketawa kecil sambil menggeleng. Aku baru perasan, dia ada lesung pipit di pipi sebelah kiri. Buat seketika, tertawan juga aku dengan lesung pipitnya itu. Nampak comel. Huhuhu&
Macam mana dengan Ika" Kedengaran emak bertanya di muka pintu bilik. Kami serentak menoleh ke arahnya.
Aaa& Ika tak apa-apa. Demam biasa saja. Aku menjawab.
Emak berjalan masuk ke dalam bilik. Aku bangun daripada duduk dan membiarkan emak duduk di tepi kepala Syafika yang sedang tidur. Tangannya mengusap lembut ubun-ubun kepala Syafika.
Habis tu, dia muntah-muntah, kenapa" Emak bertanya lagi. Pandangannya dihalakan kepada Dr. Sharizal.
Perut dia kosong. Jadi angin dah naik ke atas, tu yang dia muntah, mak cik. Tapi, mak cik jangan risau, dia tak apa-apa. Biarkan dia berehat dulu. Insya-Allah, dia akan sembuh. Aku tengok emak mengangguk-angguk. Faham dengan penerangan Dr. Sharizal. Aku turut mengangguk sekali.
Nasib baik ada Shah. Boleh juga tengokkan Ika. Terima kasih ya, ucap emak sambil memegang tangan Dr. Sharizal.
Sama-sama kasih, mak cik, balas dia sambil memandang aku. Sempat lagi dia mengenyit mata kepada aku.
Isy& tak senonoh! Depan mak aku pun dia nak mengenyit mata. Aku pura-pura tak tahu sambil membelek kuku sendiri.
Nak harapkan kakak dia ni, hmm& haram dia tak tau nak buat apa. Aduh& pedih betul telinga aku ni. Emak ni nak smash aku pulak depan Dr. Sharizal. Isy, ada ke patut dia kata aku haram tak tau nak buat apa" Memang terlebih betul mak aku ni.
Sampainya hati mak cakap akak macam tu. Kan akak nak bawak dia pergi klinik tadi." Kecil hati aku bila mak cakap macam tu. Geram. Emak ingat aku sanggup ke nak biar adik sendiri sakit" Ada ke patut dia kata aku macam tu" Ke dia sengaja nak kenakan aku"
Emak mencebik sambil menggeleng beberapa kali. Si dia tu, asyik nak tersenyum aje tengok aku, lepas tu buat mimik muka. Nak aje aku lempang-lempang muka dia. Nanti, tak pasal-pasal terus hilang sisi handsome dia tu. Huh&
Mak, mak ngah dah datang. Farhana menjenguk di muka pintu. Hah& yalah. Emak sudah bangun daripada duduknya.
Mak cik nak ke depan sekejap. Tengokkan mak ngah si Faiza ni, ujar emak sebelum beredar dari bilik Syafika. Dr. Sharizal hanya mengangguk.
Sukalah tu. Mak puji-puji dia, gerutuku kepadanya setelah emak keluar.
Dia hanya senyum dan senyum lagi. Itu sajalah modalnya. Senyuman yang tak pernah lekang daripada menguliti bibir merahnya. Sampai hati aku pun cair bila melihat. Hai&
Dia tidak membalas kata-kataku. Tangannya memasukkan semula segala harta karun peralatan perubatannya ke dalam beg hitam serba gunanya itu. Selesai, dia bangun dari birai katil dan mengendong begnya di bahu. Jealous ke"
Selamba saja dia berkata sambil berlalu ke pintu bilik. Makin sakit hati aku bila dia buat thumb-up ke arah aku. Wah& memang terlebih-lebih ni. Kemudian, aku pula mengikutnya keluar dari bilik. Baru saja kaki melangkah ke luar bilik, aku terlihat kelibat mak ngah dan anak bongsunya, Myra, di tepi pintu bersama emak. Aku tergamam. Mak ngah juga.
Err& mak ngah. Apa khabar" Aku menyalami mak ngah dan bertanya khabar. Cover line ketergamaman aku tadi. Mak ngah hanya mengangguk dan matanya tak lepas daripada memandang muka Dr. Sharizal.
Ni kawan Faiza dari Melaka, kak ngah. Emak memperkenalkan Dr. Sharizal setelah dapat mengagak pandangan mata mak ngah yang tak berkedip ke muka Dr. Sharizal.
Dr. Sharizal mengangguk dan tersenyum. Dia kemudian menyalami mak ngah sambil bertanya khabar.
Oh& ingat Faiza bawak balik calon suami ke&
Aku tiba-tiba terbatuk. Kata-kata mak ngah memeritkan kerongkong aku. Malu pula bila dia berkata begitu. Aku mengerling ke arah Dr. Sharizal yang nyata asyik tersenyum sedari tadi. Insya-Allah, mak cik. Selamba saja dia menyampuk.
Aku membulatkan mata. Tangan kiri aku mudah saja mencubit pinggang kanannya. Hadiah atas kelantangan suaranya tadi. Rasakan. Padan muka. Dia menggeliatkan sedikit badannya. Cuba menghindar daripada cubitan berbisa aku.
Bila tersedar akan keterlanjuran perbuatanku, segera aku meminta maaf. Malu pula rasanya. Over pulak aku ni. Isy, memang terlebih sudah aku ni. Dia hanya menggeleng dan mengejek aku. Mak oi& memang nak kena doktor kesayangan si Ellin ni tau.
Mak ngah dan emak ketawa kemudiannya. Mak ngah menepuk lengan emak. Entah apa yang dia suka sangat.
Jomlah, kak ngah. Kita ke dapur, ajak emak kemudiannya. Mereka meminta diri untuk ke dapur.
Myra, anak mak ngah yang berusia 18 tahun itu sudah tersenyum-senyum kepada aku. Sebelah keningnya diangkat sebelum berlalu mengikut langkah mak ngah.
Eii& mulut tu, tak boleh nak kawal ke" kataku cuba mencubit lagi (kali ini memang betul-betul) namun sempat dia melarikan diri. Dia berpaling dan mengenyit mata kepadaku. Aku rasa macam nak cekik saja leher dia. Isy, geramnya aku!
Habislah! Kalau mak ngah, bukan boleh percaya mulut orang tua tu. Mesti satu kampung dia bagi tahu, kononnya aku bawa balik calon suami. Aduh& Aku menggaru kepala lagi dan lagi.
UNTUNGLAH kau, Nab. Nak dapat menantu. Dapat menantu doktor lagi kan, Yah. Mak ngah menyenggol pula lengan mak uda. Mak uda yang tak banyak cakap itu hanya mengangguk dan tersenyum.
Tak adalah, kak. Budak tu kawan-kawan aje. Emak membalas. Cuba menyelamatkan aku agaknya.
Eh, Nab. Kau tak dengar ke budak tu cakap" Kan dia cakap insya-Allah. Maknanya, betullah tu. Kau ni tak faham-fahamlah. Mak ngah menambah lagi.
Masa ni aku rasa macam nak hantuk kepala ke dinding saja bila dengar kata-kata mak ngah. Sah lepas ni dia pergi heboh satu kampung. Aduh& ni semua dia punya pasallah ni! Pandai-pandai mengaku pulak! Akhirnya, aku hantuk juga kepala ke dinding. Rasa sakit pula. Bodoh. Yang pergi hantuk kepala kat dinding tu kenapa" Aku menggosok-gosok kepala.
AKU melihat dia resah gelisah. Berkerut-kerut mukanya sambil memegang telefon bimbit. Ke sana salah, ke sini salah. Serba-serbi tak kenalah. Kenapa pulak ni" Ada yang tak kena ke" Macam kucing hilang anak pula aku tengok.
Aku mengayun langkah mendekatinya di anjung rumah. Bila aku bertanya, dia katakan Shariza dimasukkan ke hospital kerana mengalami asma yang teruk. Sekarang ini pun keadaannya agak kritikal dan ditempatkan di Wad ICU.
Hmm& kalau macam tu, baik awak balik Melaka dan tengok dia. Aku memberi cadangan. Dia sepatutnya ada di sisi Shariza ketika ini. Shariza amat memerlukannya. Dia memandang mukaku.
Pada mulanya dia berat hati untuk pergi, membiarkan aku balik naik bas seorang diri ke Melaka esok. Kenapa nak berat hati pulak" Isy, peliklah doktor sorang ni.
Sebenarnya& Dia berhenti. Menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Kembali menatap mukaku.
Aku menanti kata-kata selanjutnya. Senyuman kembali terukir di bibirnya. Saya pergi berkemas dulu, sambungnya lagi lalu menghembuskan nafas halus. Lah& asyik tergantung aje ayat dia tu. Dah banyak kali dah. Apa yang dia cuba nak beritahu aku" Ni yang buat aku bertambah bengang. Sebenarnya& sebenarnya& Apa yang sebenarnya"
Aku akhirnya mengangguk dan membiarkan dia masuk ke rumah untuk mengemas pakaian. Dia nak cakap apa tadi, hah" Kenapa mesti ayat itu tergantung begitu saja" Susah sangat ke nak cakap, Sebenarnya saya suka awak" Susah sangat ke nak cakap macam tu" Isy& aku ni melebih pula.
Alahai& nilah padahnya kalau orang suka berperah santan ni. Kalaulah benda itu yang dia nak cakap. Kalau dia nak cakap benda lain" Perasan pulak aku ni. Ni semua terpengaruh dengan kata-kata Ellinlah ni.
HATI-HATI bawak kereta ya, pesan emak kepadanya. Dia hanya mengangguk sambil tersenyum. Tangannya menyalami emak.
Insya-Allah, mak cik. Saya minta maaf sebab tak dapat hadir untuk kenduri arwah malam ni. Saya terpaksa balik, katanya dengan nada penuh kesal.
Emak menggeleng-geleng sambil menepuk-nepuk belakang tangannya yang masih dalam genggaman tangan emak. Emak buat dia macam anak sendiri pula aku tengok.
Tak apa. Lagipun Shah ada urusan lebih penting, kan" Mak cik tak kisah pun. Tak ada rezeki Shah nak ada kat sini sampai majlis kenduri tu. Tak apalah, ucap emak perlahan. Bibirnya menguntum senyum. Aku di sebelah juga terangguk-angguk.
Hmm& mak cik, boleh tak kalau saya nak pinjam anak dara mak cik ni kejap" katanya kepada emak dan ibu jarinya merujuk kepada aku.
Emak tersenyum dan mengerling sekilas ke arahku. Kemudian dia mengangguk. Dr. Sharizal membawa aku ke satu sudut. Jauh sedikit daripada keluargaku. Bukan jauh mana pun, bawah pokok jambu air aje. Dia ingin mengatakan sesuatu. Aku menantikan saja katakata yang bakal keluar dari mulutnya. Apa yang dia nak cakap ya"
Faiz, saya nak minta maaf sebab tak dapat balik dengan awak dan biar awak balik naik bas. I m really sorry. Dia menunduk ketika melafazkan kata-kata itu. Macamlah dia dah lakukan kesalahan berat pula. Aku mengerutkan dahi.
It s okay-lah. Kan saya dah cakap tadi. Tak ada masalah kalau saya terpaksa naik bas. Lagipun, bukannya jauh sangat Melaka. Masuk dan duduk dalam bas, kemudian tidur. Tau-tau dah sampai kat depan pintu rumah. Aku sebenarnya tidak mahu dia terus rasa bersalah. Buat apalah nak rasa bersalah. Bukan jadi satu kesalahan pun kalau aku terpaksa naik bas.
Faiz, sebenarnya saya& Dia menunduk ke tanah, menarik nafas sedalamnya sebelum menghembuskannya perlahan. Giginya menggigit-gigit bibir. Macam susah sangat nak menyambung ayatnya yang tergantung itu.
Aku menanti saja kata yang ingin dikatakan kepadaku. Mataku tertumpu ke wajahnya. Berdebar jugalah rasanya dada aku ini. Aku lihat mulutnya terkumat-kamit, ingin mengatakan sesuatu. Baca mantera ke"
Sebenarnya saya& Dia menyeluk poket seluarnya dan menggenggam sesuatu. Aku tak jelas apa dalam tangannya. Nampak macam kecil saja. Langsung tak nampak bayang benda yang baru dikeluarkan dari poket seluar jeannya itu.
Saya sebenarnya dah lama nak cakap benda ni kat awak, Faiz. Tapi tak ada masa yang sesuai untuk saya katakan. Jadi, sekarang ni, saya dah tak boleh bertahan lagi& Dia meraih tangan kiri aku dan serta-merta menyarungkan sebentuk cincin berlian di jari manisku.
Aku tergamam. Jantung aku macam luruh saja. Betul ke ni" Ke aku bermimpi" Mata aku bulat memandangnya. Betul-betul bulat dan besar bukaan mata aku. Mungkin ketika itu mulutku juga melopong. Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya. Apa semua ni" Aku jadi bengong. Kemudian, aku memandang pula jari manisku. Tersarung cincin berlian berkilat berwarna perak.
Aku pandang mukanya yang sedang menguntum senyum bahagia semula. Aku halakan pula pandangan ke arah ahli keluargaku yang melongo dan melopong melihat insiden yang berlaku sekarang. Sekali lagi aku pandang mukanya.
Apa ni" soalku berserta kerutan pada dahi. Tak mengerti dengan tindakannya yang tiba-tiba. Mata aku masih merenungnya. Tidak percaya. Cincin berlian yang disarungkan ke jari manis aku tadi aku layarkan kepadanya semula.
Aw& awak& nak bagi saya sakit jantung eh" soal aku sedikit gugup dan penuh bengong. Apa ni" Aku tak faham!
Serius. Aku memang bengong, keliru, tak percaya dan bermacam-macam lagilah. Betul ke apa yang aku alami sekarang" Sungguh aku tergamam dengan tindakan spontan dia menyarungkan cincin ni cun-cun kat jari manis aku. Muat pula tu. Jari-jemari aku masih dalam genggamannya.
Saya bukan nak bagi awak sakit jantung, tapi sakit cinta. I love you, Faiz! Will you be my wife" ucapnya penuh perasaan kepada aku.


Jiranku Kekasihku Karya Mel Mellisa di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

Zzzt! Aku rasa macam terkena renjatan elektrik mendengar kata-kata yang dilafazkannya. Dia sedang melamar aku kat bawah pokok jambu air ni ke" Ya Allah, ya Tuhan-ku! Aku rasa tubuh aku macam nak rebah saja ke tanah. Aku rasa& argh, macam-macam yang aku rasa. Gembira, suka, tak percaya& semua bercampur menjadi satu. Aku diam, tidak membalas katakatanya. Apa ni" Aku tengah mimpi ke apa ni"
Saya tak paksa awak, Faiz. Cuma, saya harap awak dah ada jawapannya bila awak balik ke Melaka esok. Kalau cincin ni masih lagi tersarung di jari manis awak, maknanya& you are mine. Dan bila cincin ni tak ada lagi di jari awak, saya terpaksa menerima kenyataan yang awak bukan milik saya, katanya lagi sambil merenung mataku dalam-dalam.
Aku juga membalas renungan matanya yang redup. Dan aku akhirnya mengalah juga, mengalihkan mata ke arah lain. Jantung aku macam nak gugur melihat panahan matanya yang nyata tajam menikam. Naik sesak dada aku ini rasanya. Silap-silap, boleh dapat penyakit TB tau.
Okey, ucapku antara dengar dan tidak. Kepala menunduk ke tanah dan teranggukangguk.
Thanks. Nampaknya dapatlah saya balik Melaka dengan tenang, sambungnya lagi sambil mengukir senyuman.
Aku juga mengukir senyuman. Teragak-agak.
SELURUH ahli keluarga aku melambaikan tangan ke arah Dr. Sharizal yang sudah pun meluncurkan keretanya ke atas jalan raya. Sempat lagi tangannya membalas lambaian keluargaku. Aku pula mengekori keretanya melalui ekor mata, sehinggalah kelibat kereta Toyota Altisnya menghilang daripada pandangan mata.
Mak, tengok ni, mak. Akak dapat cincin berlian! Hafiza berteriak kepada emak. Kesemua mereka datang mengerumun, melihat cincin berlian di jari manisku.
Ya Allah& mahal cincin berlian ni. Mahu ribu-ribu ni. Untungnya kakak dapat Abang Sharizal tu. Siap dia lamar lagi kat bawah pokok jambu tu. Farhana sudah mengekek ketawa. Hisy& Aku menampar lengan Farhana. Over pulak budak ni.
Eh, dah& dah& Semua pergi masuk tolong kat dapur tu apa yang patut. Jangan asyik nak jaga tepi kain orang saja tengah-tengah hari buta ni. Dah, masuk semua, arah emak kepada kesemua adik-adik aku. Emak cuba hendak menyelamatkan aku daripada usikan mereka barangkali.
Emak kemudiannya merangkul bahuku dan kami jalan seiringan ketika mereka semua masuk ke dalam rumah. Ada yang ingin dikatakan oleh emak kepada aku.
Akak, ni mak nak cakap sikit. Mak mahu akak fikir masak-masak sebelum buat keputusan. Akak kena buat keputusan yang tepat untuk masa depan akak. Tapi, kalau macam Sharizal tu yang jadi menantu mak, mak sokong akak seratus peratus! Mak memang suka sangat dengan dia. Bak kata orang, dia cukup sempurna untuk dijadikan sebagai suami. Tapi kalau sebaliknya, mak tetap akan sokong keputusan akak, ya"
Begitu panjang lebar nasihat emak. Nasihat seorang ibu untuk kebahagiaan anaknya. Aku mengerti lalu mengangguk kepala. Cincin berlian itu sekali lagi aku tatap. Bibirku menguntum senyuman bahagia.
AKU masuk ke bilik, melabuhkan punggung di atas kerusi meja solek. Aku tenung wajah sendiri menerusi cermin solek di hadapan. Kemudian, aku senyum seorang diri.
Aku baru dilamar ke tadi" Faiza, kau dilamar ke tadi" Aku bertanya kepada diriku sendiri menerusi cermin. Dah macam orang tak betul dah aku ni. Bercakap dengan cermin.
Aku pandang cincin berlian di jari manis kiri. Tentu mahal harganya. Patut ke aku terima cincin semahal ni" Seumur hidup aku, tak pernah pakai cincin mahal begini. Paling mahal pun, cincin emas belah rotan. Tu pun pemberian arwah ayah. Aku kembali menatap wajah pada cermin.
I love you, Faiz! Will you be my wife" Kata-kata itu masih lagi terngiang-ngiang di telingaku. Kata-kata yang begitu menusuk ke tangkai jantung aku itu dilafazkan oleh Dr. Sharizal. Tapi benarkah" Aku menampar keduadua pipi, berkali-kali, untuk memastikan yang ini betul-betul dan bukannya cobaan macam dalam cerita P. Ramlee tu. Dan ternyata, aku merasa sakit. Perit dan pedih. I m not dreaming! It s true!
Helo& helo& Dah puas ke berangan depan cermin tu"
Aku menoleh ke pintu bilik yang terkuak sedikit. Farhana hanya menjengul kepala di balik pintu. Selamba saja mukanya. Aku menekup mulut. Ya Allah! Farhana dengar ke" Malunya muka aku ni.
Kalau nak masuk tu, bagi salam dulu boleh tak" Sengaja aku menegurnya begitu untuk menutup malu aku. Farhana mencebikkan mulut.
Akak tu, dari tadi asyik berangan depan cermin aje. Mana nak dengar orang ketuk pintu ke, bagi salam ke, balasnya memerli dengan muka bersahaja. Isy& geram betul aku dengan budak ni tau.
Ha, nak apa ni" soal aku terus tentang kedatangannya ke bilikku, sekali gus menghentikan keberanganan aku tadi.
Mak suruh akak pergi jemput nenek, jawabnya.
Aku terangguk-angguk. Yalah. Kejap lagi akak pergi ambik nenek. Jangan lupa pulak. Jangan asyik nak berangankan Abang Sharizal aje. Sempat lagi dia memerli aku sebelum beredar dari balik pintu. Menyibuk betullah si Hana ni. Orang baru nak berangan sekejap pun tak boleh. Hai& aku ni pun satu! Sempat pulak berangan kat depan cermin. Macam budak kecik!
Aku terus mengambil kunci kereta di meja kecil di sebelah katil.
10 KENDURI arwah berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Tetamu yang diundang dari masjid oleh pak ngah dan dicampur dengan orang kampung sebelah-menyebelah meramaikan lagi tetamu. Agak risau juga kalau-kalau lauk-pauk tidak mencukupi. Tapi, alhamdulillah, semuanya cukup. Ada lebih lagi. Aku dan emak menarik nafas lega kerana majlis kenduri untuk arwah ayah berjalan dengan sempurna.
Ketika aku mengemas pinggan mangkuk yang sudah dibasuh dan diletakkan di rak, mata aku terpandang cincin berlian yang tersarung di jari manisku. Teringat akan Dr. Sharizal. Kan bagus kalau dia ada sekali malam ini. Baru sekarang aku rasa rindu terhadapnya. Ialah, dua hari dia ada di rumah aku. Rasa lain pula bila dia tiada.
Nak telefon, malas pulak. Dia pun tak ada nak telefon aku. Lagipun, buat apalah aku nak telefon dia" Isy& mungkin dia sibuk menguruskan hal Shariza. Hmm& Akhirnya aku cium cincin berlian itu.
Ehem& ehem& rindu ke kat buah hati" Termenung jauh aje nampak" Entah bilalah Farizal ada di belakang aku. Dia mengenyit mata ke arahku. Siap memerli lagi. Aku memandangnya dengan mata yang membulat.
Hei, shh& kata aku kepadanya sambil merentangkan jari telunjuk pada bibir. Dia kemudiannya tersengih-sengih dan melarikan diri ke depan. Ada-ada saja nak kenakan orang. Nampak saja mata tu apa yang aku buat. Aku sebenarnya bukan apa, aku takut mak ngah a.k.a. Internet bergerak tu dengar. Karang tak pasal-pasal satu kampung heboh pula, kata aku dah dapat cincin.
Huh& Aku melepaskan satu keluhan. Ingatan aku terus-terusan kepada Dr. Sharizal. I miss you, sayang. Hehehe, terlebih sudah!
KESELURUHAN majlis malam itu berakhir tepat pukul 2.00 pagi. Adik-adik aku yang lain sudah lama dibuai mimpi. Aku saja yang masih tak tidur lagi. Niat hati memang hendak tidur. Bab kemas-mengemas esok pun boleh, tapi memandangkan emak aku beria-ia hendak berkemas juga, aku terpaksalah menolong. Tak sampai hati pula biar dia kemas seorang diri. Sekali tengok, dah macam orang buat kenduri kahwin dah rumah aku ni.
Nenek aku pula, disuruh tidur sini tak mahu. Nak balik rumah dia juga. Terpaksalah Farizal menghantar balik walaupun sudah jauh malam. Nenek aku memang liat sikit nak diajak tidur di rumah anak-anak. Sayang betul nak tinggalkan rumah dia barang semalam pun. Apaapalah, nek oi&
Aku menguap beberapa kali. Mata pun sudah semakin memberat. Tunggu masa nak tutup habis saja. Badan pula letih semacam. Emak menegur, menyoal kenapa aku tidur baring di ruang tamu. Aku kata nak lepas penat sekejap. Kemudian, emak menyuruh aku tidur di bilik. Dia pun nak tidur juga sebab matanya pun sudah mengantuk.
Tanpa melengahkan masa barang sesaat, aku pun berlecup (berjalan pantas) menuju ke bilik. Dapat saja bantal, terus saja mata terlelap.
BUNYI telefon bimbit yang berdering-dering menyebabkan aku membuka mata yang masih kelat. Siapalah yang telefon aku yang tengah sedap tidur ni" Mengacau betullah! Dengan rasa malas, aku menekan punat hijau tanpa melihat nama pemanggil.
Helo, sapa aku dengan suara yang sedikit serak. Baru bangun tidurlah katakan. Mata masih lagi aku pejam. Badan masih lagi berselimut.
Helo. Baru bangun ke"
Hah"! Dengar saja suara itu, serta-merta mata aku terbuka luas, bingkas bangun dan duduk di atas katil. Aku menggosok mata dengan kasar, sehingga mencetuskan rasa pedih di kelopak mata.
Ha& err& ha ah. Aku mengaku juga. Isy, kenapalah kau telefon aku pagi-pagi ni" Nak buat spot-check ke" Isy& Aku menggaru kepala laju-laju.
Baru bangun" Tau tak sekarang ni dah pukul berapa, tuan puteri"
Aku melihat jam loceng di atas meja. Mataku terbeliak. Pukul 11.00 pagi! Ya Allah! Macam mana boleh terlajak sampai ke tengah hari" Nasib baik aku tak boleh solat. Kenapa tak ada sorang pun yang kejutkan aku"
Hmm& malam tadi saya penat sangat. Tidur pukul 2.00 pagi. Tu yang terlajak tidur agaknya, kata aku sambil ketawa kecil. Mampus! Mesti dia kata aku ni anak dara apalah tidur sampai pukul 11.00 pagi. Daripada nak jadi calon isteri, terus tak jadi nanti. Oh& tidak!!! Oh& penat ya. Okey. Alasan diterima. Dia membalas. Ni perli aku ke apa ni" Hmm& Ija macam mana" Dia dah okey dah" Aku mengubah topik. Tak mahulah keadaan aku yang baru bangun tidur jadi topik perbualannya.
Dia dah stabil. Dah sedar dah. Tapi dia masih guna alat bantuan pernafasan lagi untuk bernafas, terangnya.
Aku mengangguk-angguk. Macamlah dia nampak aku mengangguk macam burung belatuk. Aku garu kepala. Apa lagi aku nak cakap ya" Lidah aku kelu pula tiba-tiba. Tak reti nak berbicara.
Awak balik semalam keadaan dia macam mana" Akhirnya aku melanjutkan pertanyaan tentang Shariza. Ingin tahu. Walaupun kami jarang bercakap, tapi aku amat menyenangi Shariza kerana dia peramah orangnya.
Semalam memang teruk. Boleh dikatakan kritikal jugalah. Semuanya panik, tak tau nak buat apa, sampailah saya datang, ujarnya berserta keluhan yang panjang. Runsing agaknya. Kan saya dah kata, dia perlukan awak. Tengok, awak datang aje dia dah okey kan& Dia ketawa mendengar kataku. Hai& lucu ke apa yang aku cakap tu" Tak betul ke apa yang aku katakan"
Ya. Tapi... awak rindu kat saya tak"
Dah mula dah nak tukar topik lain. Ni yang aku lemah sebenarnya. Cincin tu, ada pakai lagi tak"
Dia terus menyambung tanpa mendengar jawapanku pada soalan pertamanya. Aku mengetap bibir. Ni lagi satu killer question. Aku melihat cincin berlian yang masih lagi tersarung kemas di jariku.
Sebenarnya& err& sebenarnya kan, wak& Sebenarnya aku nak bagi tahu dia yang aku dah pun terima dia. Patut tak aku cakap" Tak terlalu cepat ke" Sedangkan dia bagi aku masa sampai esok. Lidah aku tiba-tiba terasa tebal pula. Liat.
Sebenarnya apa" Dia menyoalku lagi.
Aku mengetuk-ngetuk dahi berkali-kali. Isy& nak cakap ke tak ni" Aku berkira-kira dalam hati untuk mengatakan isi hatiku kepadanya. Nak cakap, malu pula. Tak cakap nanti, hati aku tak tenteram pula. Serba salah jadinya. Ya Allah& tolonglah aku!
Faiz! panggilnya. Menambahkan sedikit volume suara.
Err& sebenarnya awak& saya& hmm& Tergagap-gagap aku berkata. Isy& rasa segan pulaklah nak bagi tau. Betul ke apa yang aku nak cakapkan ni" Aku sendiri pun tak tahu. Sehingga sekarang, masih keliru dengan perasaan sendiri.
Sebenarnya apa" Sebenarnya saya dah terima awak. Saya dah terima awak dalam hati saya. Saya dah terima lamaran awak semalam dan saya dah fikirkan semasak-masaknya, saya sanggup jadi isteri awak sehidup semati sehingga ke akhir hayat. Dengan sekali lafaz saja, kesemua ayat-ayat yang terangka secara spontan di kepala otak aku meluncur keluar satu per satu dari mulut.
Ambik kau! Ini semua disebabkan oleh sergahannya tadi. Terus saja kata-kata itu terkeluar dari celahan bibirku. Aku sendiri pun tak sangka. Kata-kata itu spontan keluar dari mulut. Serius!
Betul ke ni" Is it true, sayang" Dia bertanya.
Tengok. Sekejap aje dah tukar ganti nama diri. Dah panggil aku sayang pulak. Aduh, mak& betul ke tindakan aku ni" Tak terburu-buru ke" Isy& mulut ni! Tulah orang tua-tua kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Inilah dia apa yang sedang aku lakukan. Dah terlangsung pulak.
Ya. Saya dah fikirkannya. Dah tolak, tambah, bahagi, darab, semuanya. Pilihan saya muktamad, kataku lagi.
Aku dengar dia mengucap syukur dalam talian. Selebihnya, ketawa memanjang. Gembira semacam saja. Macam orang menang loteri pula. Sebenarnya, aku memang sukakan dia, tapi cinta& baru separuh yang aku rasa.
Sayang, I love you very much, ucapnya. Ucapan itu terus masuk ke tangkai hati dan meresap jauh ke dasar hatiku.
Buat seketika, aku terkesima mendengar ucapan keramat itu. Tersentap. Aku sudah lama tidak dengar perkataan keramat sebegitu dilafazkan lelaki yang menyayangiku. I love you too. Ringan saja mulut ini hendak membalas, tapi mulut aku tiba-tiba berat pula hendak mengungkapnya. Malu pun ada juga. Sudahnya, perkataan itu hanya terlafaz dalam hati saja tanpa dapat dikeluarkan mulut. Tapi, betul ke tindakan aku ini" Aku sendiri tidak pasti dengan hati aku.
Tak sabar nak tunggu my sayang ni balik, rintihnya kepadaku.
Aku hanya ketawa mendengar rintihannya. Dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu. Wait, wait& Ni kenapa panggil orang sayang pulak ni" Aku pura-pura marah. Marahmarah sayang orang kata. Nak protes sikit. Dah berani-berani nak panggil aku macam tu pula. Kenapa" Tak suka" soalnya semula. Cuba menduga reaksiku.
Tak adalah. Tiba-tiba aje. Macam janggal pulak, balas aku sambil ketawa. Starting today, you re gonna be my sayang, forever and ever. Jadi, sekarang kena biasakan. I will call you sayang everytime, everyday. Faham" katanya kepadaku, separuh memaksa.
Macam ugut aje" Dia ketawa. Aku juga ketawa. Ketawa paksa sebenarnya. Sebenarnya aku tak kisah dia nak panggil aku apa, asalkan tidak melebih-lebih. Aku suka sebenarnya kalau dia panggil aku macam tu. Kedengarannya lebih mesra. Ahak! Kalau dengar dek Ellin ni, mahu dia muntah hijau. Silap-silap boleh demam seminggu!
Bukan ugutan, my dear. Peringatan. One more thing, starting from now, you must call me abang, can you"
Ni yang aku lemah ni. Dah mula balik dah. Dah mula nak suruh aku panggil dia macam tu pulak. Masalahnya sekarang, lidah aku ni sememangnya liat nak menyebut perkataan tu, selain daripada tak biasa dan janggal. Seram pun ada.
Kena panggil jugak ke" Aku bertanya. Harap-harap dia ubah fikiran. Dah lupa ke" Dulu kata kalau dah ada ikatan baru boleh panggil macam tu. Sekarang ni, kita dah ada ikatan walaupun secara tak rasmi.
Aku ada cakap macam tu ke sebelum ni" Entah. Aku tak ingat pula. Aduh& ni semua mulut punya pasal.
Cuba panggil abang. Nak dengar.
Cet& dia ni memang sengaja, dari dulu nak kenakan aku. Isy! Aku gigit jari, menggaru kepala laju-laju.
Cepatlah, nak dengar ni. Sekali pun jadilah. Please& Dia merayu lagi. Alamak& ni kes naya. Aku dah terima dia jadi aku punya spesial, dia nak tetapkan syarat itu ini pulak. Nak kena panggil abang pulak. Okeylah. Abang& abang beca& abang beca di tengah jalan& ba&
Tengok tu. Nak main-main pulak ya" Cepatlah& jangan main-main. Just once. Dia memintas sebelum sempat aku habis nyanyikan lagu Abang Beca. Hahaha. Aku ketawa sambil menutup mulut. Baru nak nak berkobar-kobar nyanyi lagu Abang Beca tu. Okey, sayang. I ll call you later. Ada emergency!
Tup. Talian terus dimatikan tanpa sempat aku hendak memanggilnya abang. Aku memandang telefon bimbit yang sudah tidak bersuara. Aku menghela nafas dan kembali berbaring di atas katil. Berfikir tentang kisah aku dan Dr. Sharizal. Kenal hanya sebagai rakan setugas satu bumbung. Mesra sebagai jiran dan sekarang& terus jadi sepasang kekasih. Tu pun, aku tak pasti lagi.
Kalau dikira betul-betul, tak sampai tiga bulan pun kami berkenalan dan sekarang sudah bersetuju untuk menjalinkan satu ikatan yang lebih erat. Tak ke semua ini kerja gila" Jatuh cinta hanya dalam masa tak sampai tiga bulan" Aku sendiri pun hairan macam mana secepat itu aku jatuh cinta kepada dia. Betul ke jatuh cinta ni" Isy& aku keliru. Rasa macam nak pecah kepala bila fikirkan. Tapi sebenarnya, aku memang sudah jatuh cinta kepadanya sejak dia lamar aku hari itu. Berbunga-bunga hati aku bila dia lafazkan ungkapan cinta itu.
Tapi ada ke orang macam aku ni" Jatuh cinta dalam masa tak sampai tiga bulan" Ah, susah nak kata kalau hati dah suka. Kalau mulut menyebut cinta, orang nak kata apa pun dah tak peduli. Ah, malaslah nak fikir lagi. Sekarang ni aku patut pergi mandi. Dah pukul 12.00 tengah hari dah. Nak balik Melaka bila lagi" Hai& anak dara apalah aku ni agaknya. Aku terus mencapai tuala dan bergegas ke dapur untuk ke bilik mandi.
KETIKA sampai di dapur, emak sedang memanaskan lauk semalam yang masih berbaki. Hari ini tak payah masak lagi. Lauk malam tadi pun masih elok dan cukup untuk kami anak-beranak makan.
Mak, kenapa tak kejut akak" Dah tengah hari dah ni baru akak bangun, kataku sambil tangan menarik keluar kerusi dari bawah meja. Tiba-tiba rasa lapar pula perut aku bila tengok ada lagi mi goreng untuk sarapan pagi tadi.
Mak malas nak kejut akak. Mak tengok akak lena sangat tidur. Tak sampai hati nak kejut. Lagipun, semalam mak tengok akak tu penat sangat, balas emak sambil membawa pinggan untuk aku.
Buat susah-susah aje mak aku ni pergi ambilkan pinggan untuk anak dara dia. Dari bilik nak pergi mandi. Bila dah tersangkut kat meja makan ni, hmm& apa lagi, terus mengisi perut yang tengah laparlah. Dah tengah hari, mahunya tak lapar!
Bila akak nak balik Melaka" soal emak kemudiannya.
Petang kut, mak. Dalam pukul 3.00 petang nanti, balas aku sambil menyenduk mi goreng ke dalam pinggan. Emak mengangguk-angguk.
Akak dah fikir ke tentang lamaran Shah semalam" soal emak tiba-tiba. Aku yang baru hendak menyudu mi goreng ke mulut terhenti.
Dah, mak. Akak dah pun terima, balas aku sambil melempar senyuman kepada emak. Teringat tentang pengakuan cinta aku kepada Dr. Sharizal secara tak sengaja. Mataku mengerling sekilas cincin berlian di jari.
Aku lihat emak menguntum senyuman meleret-leret. Baguslah kalau macam tu. Mak cuma nak tengok akak bahagia. Mak tengok Shah tu baik budaknya. Pendek kata, mak memang berkenan sangat kalau nak buat dia jadi menantu. Bila dia nak masuk meminang akak"
Aku tersedak mendengar kata-kata emak. Pantas aku capai gelas berisi air putih yang aku tuang tadi dan meminumnya. Mak ni, tak menyempat-nyempat. Nantilah, mak, akak bincang dengan dia. Lagipun, akak tak kenal lagi ahli keluarga dia. Akak cuma kenal adik dia saja.
Emak mengangguk-angguk tanda faham. Jangan lama-lama sangat, kak, nanti dia dikebas orang. Ha, melopong akak nanti.
Sempat lagi emak memesan. Aku ketawa mendengar kata-kata emak yang aku anggap lucu. Lucu ke"
Takkan lari gunung dikejar, mak. Hmm& budak-budak mana, mak" soalku apabila seorang pun daripada adik-adikku tak aku nampak. Yang aku tahu, Farhana dan Syafika sudah ke sekolah. Sejam dua lagi baliklah. Yang lagi dua orang tu, yang selalu bertekak macam anjing dengan kucing tu, mana pula menghilang"
Si Fiza ikut Farizal pergi rumah pak usu. Pak usu tu sibuk suruh Rizal tengokkan lembu dia tu, bila nak beranak.
Aku serta-merta ketawa mendengar jawapan emak. Farizal pergi tengok lembu pak usu" Mana perginya doktor lembu dia tu" Dulu, bukan main lagi perli adik aku tu ambik bidang veterinar. Sekarang, adik aku juga yang dicarinya.
Pandai pulak dia cari Rizal, mak. Dulu, bukan main lagi dia perlekeh Rizal. Kata tak baguslah, apalah. Sekarang pandai pulak nak cari adik kita ya. Aku memang tidak senang hati dengan perangai pak usu. Suka sangat memandang rendah pada orang. Berbeza dengan sikap mak usu yang pendiam dan tak banyak cakap.
Dahlah, kak. Jangan diungkit lagi. Orang dah minta tolong kan. Dah, cepat makan. Nak mandi lagi, nak berkemas lagi. Nanti lambat pulak nak balik Melaka. Emak menegur lantas bangun, menuju ke sinki, meninggalkan aku yang masih membebel.
Eii, kalau aku jadi Farizal, tak ingin aku nak tolong. Menyampah betul aku dengan pak usu. Huh&
AKU masukkan beg baju dan segala macam beg lain ke dalam bonet kereta Honda Accord arwah ayah yang digunakan Farizal. Beg tangan saja aku pegang.
Mak, akak balik dulu ya. Aku menyalami emak dan memeluknya erat-erat. Rindu aku kepadanya belum hilang lagi. Aku rasa macam malas saja nak balik Melaka. Rasa macam nak duduk kampung puas-puas, baru boleh balik Melaka. Tapi, apakan daya, dah kerja aku di sana. Yalah. Jaga diri baik-baik ya, kak, ujar emak ketika membalas pelukanku. Insya-Allah, mak. Mak jangan risaulah ya, kataku meyakinkan emak yang nyata bersedih. Janganlah sedih-sedih. Nanti tak pasal-pasal aku tak jadi balik Melaka karang. Tolong kirim salam kat Farhana dan Syafika ya. Kata akak tak sempat nak tunggu dia orang balik.
Emak mengangguk saja. Kemudian aku menyalami Hafiza pula. Akak balik dulu ya. Assalamualaikum, ucap aku kepada mereka berdua lalu dijawab oleh mereka.
Berat pula hati aku hendak melangkah masuk ke dalam kereta. Tertoleh-toleh aku ketika kaki hendak masuk ke dalam perut kereta. Aku melambai kepada emak dan Hafiza ketika kereta yang dipandu Farizal meluncur keluar dari halaman, terus berjalan di atas jalan raya. Aku menghela nafas. Sedih sebenarnya nak tinggalkan kampung lagi. Uuu&
AKU menyuruh Farizal singgah sekejap di kubur arwah ayah. Aku mahu singgah sekejap sebelum balik ke Melaka. Rasa rindu kepada ayah masih lagi menebal di dada. Aku duduk di sisi kuburnya. Aku sedekahkan al-Fatihah dan beberapa ayat al-Quran. Lima belas minit kemudian, selepas bertafakur, aku bangun dan menuju ke kereta.
Kak, kalau Rizal nak tanya sikit boleh tak" Farizal bertanya ketika aku sedang melayan perasaan pasal arwah ayah tadi.
Aku menoleh ke arahnya yang sedang fokus memandu. Apa dia" Akak dah terima ke lamaran Abang Sharizal, kak" Aku menghempas keluhan halus. Ini lagi satu. Tadi emak dah tanya, lepas tu tak sabarsabar nak bermenantukan Dr. Sharizal. Sekarang ni, adik aku pulak.
Rizal rasa patut ke akak terima dia" Aku pula menyoal. Sengaja mahu meminta pendapatnya.
Itu hak akak, sama ada nak terima dia ataupun tak. Tapi, Rizal sebenarnya suka kalau akak dengan Abang Sharizal. Nampak kena sangat. Abang Sharizal pun Rizal tengok baik orangnya. Sopan santun, berbudi bahasa. Ni apa yang mak cakaplah. Rizal rasa rugi kalau tak dapat abang ipar macam dia tu, kak.
Aku menghela nafas lagi. Memang diakui semua itu. Emak pun bukan main puji lagi Dr. Sharizal. Semua orang cakap dia macam itu. Sebab itulah, aku tak fikir panjang-panjang untuk terima dia.
Macam yang orang selalu kata, ada chemistry. Rizal tengok akak dan Abang Sharizal tu macam ada chemistry atau bahasa Melayunya, ada kimia. Dia menambah lagi sambil ketawa.
Aku juga ketawa kecil sambil menggelengkan kepala. Ada-ada saja adik aku ni. Ada kimialah, apalah. Rizal tak nampak ke akak masih pakai cincin berlian ni" Aku menayangkan cincin berlian di jari manisku.
Farizal meleretkan senyuman. Jadi, akak dah terima dialah ni"
Aku mengangguk sambil mengukir senyuman. Farizal tersengih suka. Sukalah tu, sebab angan-angan nak berabangiparkan Dr. Sharizal semakin menjadi kenyataan.
AKHIRNYA, sampai juga aku di depan rumah tepat pukul 8.00 malam. Kalau aku bawa kereta, dah sampai awal dah. Ni naik bas, kejap-kejap berhenti. Lepas itu pula, dari stesen bas nak ke rumah aku kena naik teksi. Itu yang ambil masa lama sikit. Apa-apa pun aku lega sebab dah sampai rumah. Myvi SE aku juga masih ada. Hehehe&
Sorrylah, sayang. Kita balik kampung tak bawak awaklah. Kesian awak kena tinggal sorang-sorang kan, sayang. Aku menggosok-gosok dan bercakap dengan kereta kesayangan aku itu.
Kalau orang nampak, mahu dia kata aku gila bercakap sorang-sorang. Dengan benda tak bernyawa macam kereta pula tu. Silap-silap, aku dimasukkan ke Tanjung Rambutan sebab berkelakuan pelik macam ni.
Assalamualaikum. Aku berhenti cakap bercakap seorang diri apabila terdengar orang memberi salam. Automatik leher aku terpusing. Dan orang yang memberi salam itu tak lain dan tak bukan jiran sebelah aku. Siapa lagi" Orang yang baru aku terima sebagai ehem& ehem& kekasih hati!
Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh. Aku menjawab dengan salam yang panjang. Sengaja sebenarnya. Bibirku mengukir senyuman kecil. Cuba menyembunyikan perasaan gugup dan gementar dalam hati tatkala berdepan dengannya. Penyakit gemuruh sudah mula melanda diri kala ini.
Sihat ke tak" Dia bertanya.
Aku mengerutkan muka. Kenapa tanya soalan macam tu pulak" Muka aku macam orang sakit ke" Aku menjongket bahu, mempamerkan raut wajah penuh kehairanan. Kenapa" Nampak macam orang sakit ke"
Dia hanya ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala. Melangkah setapak ke depan, berdekatan dengan jeriji besi. Senyuman manis diukirkan. Tu, yang bercakap-cakap dengan kereta tu kenapa" Kereta tu boleh bercakap ke" Siap bersayang bagai. Aku meletuskan tawa. Dia dengar rupanya aku bercakap sorang-sorang dengan kekasih awal dan akhir aku ni. Malu pula rasanya bila diperli begitu. Mulalah muka terasa membahang. Isy, ada-ada aje dia ni.
Perli ke" tanya aku sambil menaikkan kening. Bukan main lagi nak perli-perli orang ya. Aku membentuk-bentuk muka. Kononnya kurang senang dengan kata-katanya.
Dia hanya tersenyum sambil kepala menggeleng-geleng untuk ke sekian kalinya. Hidung aku terbau wangi daripada tubuhnya. Maklumlah, jarak pun tak jauh. Hanya dipisahkan jeriji besi saja. Pakaiannya juga kemas. Rambut juga disikat rapi.
Pakai baju cantik dengan minyak wangi yang harum semerbak ni, nak pergi mana" Aku melontarkan pertanyaan.
Yalah, bau wangi-wangi ni nak ke mana" Ada nada cemburu sikit di hujung ayatku tadi. Manalah tau, dia nak jumpa somebody ke, perempuan ke. Jealous juga. Dia kan dah jadi spesial aku secara tak langsung.
Kenapa" Tak boleh"
Malam ini aku bermain soal-soal saja dengan dia. Dia tanya aku, lepas itu aku tanya dia balik. Tiada jawapan langsung. Aku akhirnya tersengih paksa. Cover malu sebab tanya dia macam itu. Agaknya aku terlalu over. Tak pernah pula aku tanya dia macam itu. Mungkin dia rasa pelik. Tapi, apa salahnya" Bukan ke sekarang dia dah jadi spesial aku" Aku ada hak nak tanya dia tau.
Nak pergi hospitallah, sayang. Malam ni kena on call. Takkan nak pakai baju selekeh" Nanti semua patient tu bukan makin sembuh, tapi makin sakit bila tengok kita berpakaian selekeh.
Itu jawapan yang keluar dari mulutnya untuk soalan over aku tadi. Pula tu, dia panggil aku sayang lagi. Aku ni, langsung tak terbit pun di bibir nak panggil dia seperti yang diminta. Aku malu sebenarnya nak panggil dia begitu. Bila nak panggil, lidah aku tiba-tiba jadi kelu. Macam orang bisu. Lagipun, kami baru declare. Tapi, untuk menuturkan panggilan sebegitu, aku belum bersedia lagi.
Oh& jawabku pendek. Aku melempar senyuman kecil kepadanya. Aku ni pun satu bongok juga. Kalau dah pakai formal macam ni, dia nak ke mana lagi kalau bukan kerja" Adus& kan dah malu.
Okeylah. Pergi dulu ya. Dah lambat ni. Dia meminta diri dan berjalan ke pintu pagar. Membuka pintu pagar rumah seluasnya sebelum membuka pintu kereta Toyota Altisnya. Take care. I love you, ucapnya kepadaku sambil menyengit mata.
Aku terpanar dengan lafaz cintanya itu. Entah kenapa, bila saja dia melafazkan kata-kata itu, jantungku berdebar-debar, menendang kuat dadaku. Macam nak pecah rasanya. Selebihnya, mestilah mulut ini melopong sikit. Aku berkira-kira mahu membalas lafaz cintanya, tapi perkataan I love you too itu seakan tersekat di kerongkong.
Take care too. Perkataan itu pula yang meluncur keluar dari mulutku. Saat ini aku rasa macam nak tampar-tampar saja mulut sendiri kerana tidak berani mengeluarkan perkataan yang aku hendak lafazkan.
Aku hanya mampu melihat saja keretanya meluncur keluar ke jalan raya. Aku menghembuskan keluhan halus. Kenapalah mulut ni susah sangat nak cakap perkataan tu ha" I love you too. Susah sangat ke" Eii& mulut ni. Akhirnya aku tampar juga mulut aku. Geram.
11 AKU menutup jam loceng yang berbunyi nyaring. Malasnya nak bangun pergi kerja. Dah cuti, nak kerja balik memang agak liatlah. Kepala aku pula berdenyut-denyut pula. Tiba-tiba sakit kepala. Hmm& malasnya nak bangun. Tadi selepas solat subuh, aku tidur semula. itu yang mengantuk bagai nak rak.
Aku bergolek-golek selama lima minit sebelum memaksa diri untuk bangun, ambil tuala dan melangkah longlai menuju bilik air. Mandi.
15 minit kemudian, aku sudah siap merapikan diri. Tilik dulu muka depan cermin, mana tahu bedak aku bersepuh ke, lipstik comot ke. Setelah puas dengan penampilan diri, aku ambil kunci kereta kesayangan aku dan tas tangan sebelum turun ke bawah dengan malas.
Aku membuka pintu pagar rumah luas-luas. Leceh betullah nak buka dan tutup ni. Kalau ada pintu pagar automatik kan bagus. Tak payah aku asyik nak buka dan turun kereta untuk tutup balik. Ni makin melambatkan aku pergi kerja saja. Tapi masalahnya, pintu pagar automatik tu mahal harganya. Nak beli tak cukup bajetlah. Hehehe& apa nak buat, dah nasib badan.
Mata aku sempat mengerling ke rumah sebelah. Kereta Toyota Altisnya tiada. Agaknya dia belum balik lagi. Kan malam tadi dia on call. Biarlah dia. Bukan aku tak jumpa dia lagi pun. Kan kerja satu tempat. Boleh jumpa juga.
Aku senyum sendirian dan melangkah masuk ke dalam kereta. Mengundur keluar dari pekarangan rumah. Lepas itu turun semula untuk tutup dan kunci pintu pagar. Begitulah rutin seharian aku bila nak pergi kerja. Kan bagus kalau ada orang jaga pagar ek" MASUK kerja saja, Ellin memulakan aktivitinya, menyoal aku itu dan ini. Macam CID pula minah ni. Dia sebenarnya ingin bertanya lanjut mengenai aku dengan Dr. Sharizal. Katanya muka aku semakin berseri-seri sejak balik kampung. Entah apa yang berseri, tak tahu pula aku. Baisa saja aku tengok muka aku ni. Tak ada cahaya pun yang keluar dari liang-liang roma aku. Hmm& pandai-pandai saja si Ellin ni.
Belum sempat lagi aku nak duduk, dia dah tanya macam-macam. Tak menyempatnyempat budak bermulut becok ni. Aku hanya membiarkan saja dia berkata tanpa membalasnya. Aku menyibukkan diri mengemaskan fail yang berlonggok di tepi meja kaunter.
Faiz, macam mana" Kau dah sedia nak terima Dr. Sharizal" As your special boyfriend" Wei, ceritalah kat aku apa cerita kau dengan dia kat kampung kau tu. Ellin berbisik di cuping telingaku. Mungkin tidak mahu staf lain yang bertugas di kaunter dengar. Beria-ia dia ingin tahu.
Dia masih lagi tak tahu tentang duduknya hubungan aku dengan doktor kesayangannya itu. Dia tak tahu yang doktor kesayangan dia itu sudah jadi milik aku. Kalau dia tahu, mahu dijeritnya karang. Satu bangunan dengar. Baik aku diam dulu. Biarkan dia berteka-teki.
Faiz& ceritalah kat aku, rayu Ellin lagi sambil menyatukan kedua-dua tangan dan menggenggamnya. Macam orang Cina sambut tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai& Gong Xi Fa Chai&
Tapi aku masih diam. Tidak menjawab. Biar terus jadi tanda tanya.
Adik dia masuk hospital, kan" Teruk ke" Kau dah pergi tengok" Aku mengalih topik perbualan. Mahu lari daripada soalannya. Malas hendak layan CID tak bertauliah ini.
Ha ah. Masa mula masuk tu memang teruk dan agak kritikal sikitlah. Tapi bila abang dia datang, keadaan dia stabil sikit. Entah apa yang Dr. Sharizal tu buat kat adik dia agaknya. Entah apa jenis rawatan, tak taulah. Esoknya dah pindah wad biasa, terang Ellin. Aku terangguk-angguk. Apa agaknya dia buat kat Ija yek" Habis tu, kau dah tengok dia ke"
Ellin menggelengkan kepala. Aku belum tengok lagi. Tak sempat.
Aku mencebik. Ah, budak ni. Memanjang tak sempat. Yang disempatkan dia hanyalah bergosip dan bergosip. Lebih-lebih lagi kalau ada kroni ngam ho dengan dia. Siapa lagi kalau bukan Dr. Maisara.
Hah, apa cerita kau dengan Dr. Sharizal" Masa kat kampung kau, dia macam mana" Aduh& dia nak korek juga tentang aku dan Dr. Sharizal. Baik-baik aku dah tutup cerita, tiba-tiba dia terbitkan lagi. Isy& budak ni memang takkan puas hati selagi tak dapat korek rahsia aku.
Alah, nantilah, Lin. Nanti aku cerita kat kau. Nak cerita kat sini, tak sesuailah. Tunggu rehat eh, putus aku akhirnya. Cuba mengelak.
Sebenarnya takut didengar staf lain yang bertugas di kaunter. Mereka ni duk pasang telinga aje. Nanti, tak pasal-pasal kena gosip. Aku tak suka kena gosip murahan ni. Hehehe. Ellin mencebik bibir. Tak puas hati dengan jawapanku. Dia menjeling sekilas ke arah
aku. Kau ni memang suka tangguh-tangguhlah. Tak suka tau, protesnya menjeling lagi. Macam jelingan budak-budak tengah bergaduh.
Aku ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala. Perangai dia macam itulah bila tak dapat apa yang dia nak menjeling. Haih, macam budak-budak saja.
Hah! Opocot mak kau! Serentak aku dan Ellin melatah. Menyebut benda yang sama pula tu. Pen yang aku pegang habis tercampak entah ke mana. Kami memandang ke depan kaunter. Dr. Azri sedang mengetawakan kami. Bagero betul doktor ni. Dialah yang bertanggungjawab memeranjatkan kami. Kami serentak dan spontan menampar lengan Dr. Azri. Aduh! Pergh! Perit, beb! jeritnya sambil menggosok-gosok lengannya yang ditampar
kami. Aku dan Ellin ketawa. Dia menyeringai. Nasib baik gigi dia cantik dan bersih. Kalau tak, sendiri mau ingatlah. Hehehe&
Inilah Dr. Azri. Doktor yang paling kelakar dan kalau tengok langsung tak macam doktor. Nak tau kenapa" Dia suka buat lawak dan buat orang ketawa. Muka pula sedang elok macam Nabil Raja Lawak. Adalah sipi-sipi sikit. Bibir tu, kalau tak tersenyum atau tersengih, bukanlah Dr. Azri namanya. Paling dia suka bila buat aku dan Ellin sakit jantung macam yang dia buat tadi.
Kau orang ni& kalau nak tampar tu, biarlah pelan sikit. Orang kata, tampar-tampar manja. Ni, macam tampar boyfriend bila tengah gaduh. Berbirat kulit aku ni. Aku dan Ellin ketawa lagi. Kami menunjuk ibu jari kepadanya.
Tulah, padan muka. Siapa suruh sergah kami macam tu" Kan dah kena penampar Johor plus Perak dah. Ellin menjawab sambil tunjukkan thumbs up.
Aku mengiakan. Memang padan muka dia. Kus semangat! Nasib baik aku tak melatah lebih-lebih. Aku ni dahlah kuat melatah. Isy& memang bertuah betul doktor sorang ni.
Huahuahua& Hangpa duk bergosip aje dari tadi, tu yang cek pi sergah. Baru sergah macam tu, dah melatah. Huahuahua& Dia mengetawakan kami, gaya Saiful Apek. Siap buat isyarat gitu-gitu lagi. Kami mencebik.
Ha, Dr. Azri datang ni nak ambil ubat ka" Ellin bertanya. Aku pula lebih suka mendiamkan diri. Ellin yang rajin melayan doktor muda ini. Biarkan dia layan.
Apa ni, janganlah panggil I doktor. Panggillah I Abang Azri. Serentak dengan itu dia mengenyit mata kepada Ellin.
Aku meletuskan tawa sementara Ellin menunjuk isyarat mahu muntah. Aku menggelenggelengkan kepala. Tengoklah, dia dah buat dah. Dah mulalah tu. Dr. Azri memang suka mengusik Ellin. Entah-entah, dia suka kut kat Ellin. Manalah tau kan, suka dalam diam.
Isy& geli pulak tekak ni nak panggil apa& Abang Azri" Huih& Ellin menjuihkan bibirnya. Tangannya ligat menari-nari di atas kertas putih, menulis sesuatu. Aku ketawa kecil melihat gelagatnya.
Alah, Dr. Azri ni, cakaplah datang sini sebab nak mengurat si Lin ni. Tak payahlah nak segan-segan eh. Aku mengusik dan menyenggol lengan Ellin. Pantas Ellin menampar lenganku, menjegilkan mata sambil mulut terkumat-kamit bercakap sesuatu.
Padan muka dia. Selalu suka sangat usik aku, sekarang giliran dia pulak. Awak ni, Faiz, janganlah cakap macam tu. Isy, malulah saya. Auw& Makin kuat ketawa aku bila melihat gelagat doktor sorang ini yang meliuk lentokkan tubuhnya macam adik-adik . Aku tengok Ellin sudah mula memuncung dan masam. Marahlah tu. Biarkan dia.
Tak payah malu-malu. Cakap aje dengan saya. Kita boleh kawtim-kawtim. Hahaha& Aku galak mengusik Ellin. Ellin makin memanjangkan muncungnya.
Alamak& dah keluar dah muncung itik dia tu. Dah boleh buat ampai baju dah. Ahak& Tak adalah, Lin. Saya ni gurau aje. Janganlah ambil hati. Ambillah isinya. Lagi sedap bila dapat makan paha ayam, walaupun hati tu bagus untuk kesihatan. Usahkan hati, paru-paru, jantung, buah pinggang& eh, boleh makan ke buah pinggang tu" Ah, tak kisahlah& Janganlah marah. Macamlah baru sehari dua kenal saya. Dr. Azri memujuk. Dalam pujukannya ada juga diiselitkan lawak sedikit.
Aku lihat Ellin tersenyum sedikit. Lepas itu muncung semula. Dia menjeling muka Dr. Azri, kemudian aku.
Entah. Relakslah. Selama ni kau usik aku dengan Dr. Sharizal, tak ada pun aku marah. Aku cool aje apa. Aku pula memujuk. Alah, pujuk-pujuk ayam aje. Ellin ni kalau aku tak pujuk pun, dia tetap tegur aku sebab di sini aku saja kawan dia yang paling rapat.
Awak dengan Dr. Sharizal" Aha& ada apa-apa ke ni" Cuba cakap dengan saya. Ha& Alamak! Macam mana boleh terkantoi pulak ni! Kenapalah mulut aku ni gatal sebut nama Dr. Sharizal pulak" Pulak tu, aku kaitkan dengan aku. Aduh& apa aku nak cakap ni" Kantoi aku macam ni. Mati&
Sebenarnya, doktor, dia orang ni&
Tak ada apa-apa. Tak ada apa-apa. Aku memintas kata-kata Ellin sambil menggelenggeleng beberapa kali. Kaki kiriku sempat memijak kaki Ellin sampai dia menjerit sakit.
Padan muka! Dah mulalah tu! Aku menjeling Ellin di sebelah. Dia menggosok-gosok kakinya yang dipijak aku tadi. Untung aku pakai sandal saja. Kalau pakai kasut tumit tinggi, mahu cagu kuku kaki dia aku pijak.
Dia orang ni& Sekali lagi aku pijak kaki Ellin. Nak menyambung lagi pula. Budak ni. Geram betul aku! Nak buka cerita pula. Dr. Azri pandang aku lain macam sambil tersengih-sengih. Kening sebelah kirinya dinaikkan berulang kali. Aku mula tak tentu arah bila raut mukanya yang bersahaja cuba memprovok aku.
Aduh& aku rasa macam nak jotos saja kepala si Ellin. Kepala aku juga aku nak jotos sebab aku yang memulakannya dulu. Mulut ni boleh pula terlangsung sebut nama dia. Aku pun tersengih-sengih sumbing ke arah Dr. Azri yang nyata dapat menghidu sesuatu tentang aku dan Dr. Sharizal.
Trutt& trutt& Alamak! Dah kena panggil pulak. Okay, girls! See you! Dia terus berlalu dari kaunter. Aduh& Aku menarik nafas lega. Selamat aku. Fuh, kalau tak, tak tahulah aku nak cakap apa. Nasib baik dia ada hal kecemasan tadi. Tak payahlah aku perah otak nak kelentong dia.
Nafas aku yang mula hendak menyempit beransur-ansur pulih sepenuhnya. Aku mengurut-urut dada, memandang Ellin.
Kau ni! Mulut tu tak ada insurans ke" Isy& Aku menampar lengannya geram. Dia suka-suka ketawa pula. Makin geram aku dibuatnya. Aku menghadiahkan jelingan mata yang tajam menikam kepadanya.
Padan muka kau. Kau nak mengusik aku ya tadi. Ha, sekarang dah kena. Kalut kau nak menjawab. Nasib baik Dr. Azri tu ada hal tadi, kalau tak, terpaksalah kau jawab dia, balas Ellin sambil menaikkan ibu jari kepada aku.
Huih& geram betul aku. Dia menjelir lidah ke arah aku.
Aku malas nak bagi tau kau pasal aku dengan Dr. Sharizal masa kat kampung. Tunggulah kau sampai bila-bila. Dah, aku nak pergi ladies kejap, kata aku seakan-akan merajuk. Aku saja nak pancing dia.
Ellin membulatkan matanya dan mengikut aku keluar dari kaunter. Faiz! Alah, sorrylah. Okey, okey& aku tak buat lagi.
Sorry naik lorilah! laung aku. Hehehe, padan muka dia. Nak tau cerita aku ya" Ha, tunggulah kau kat situ. Kenakan aku lagi.
Faiz! jeritnya. SAAT aku hendak melintas ke bilik air, aku ternampak dia sedang bercakap dalam telefon. Pantas aku menyembunyikan diri di balik pintu. Takut dia nampak aku pula. Dia bercakap dengan siapa agaknya ya"
Aku mengintai Dr. Sharizal dengan sepenuh hati hati. Nampak macam tengah bertikam lidah saja. Berkerut-kerut mukanya aku tengok. Serius semacam. Kejap ke sana, kejap ke sini.
Dengan siapa dia cakap ya" Aku cuba menelinga. Tak pasal-pasal aku jadi penyiasat persendirian hari ini.
Bonda, janganlah macam ni. Dulu bonda juga yang suruh Shah cari. Sekarang Shah dah jumpa, bonda tak setuju pulak. Kenapa, bonda" Enough! Shah dah lamar dia dan dia pun dah setuju untuk jadi permaisuri hati Shah. I will marry her, bonda. Apa" Tengku Shareen" No. I will never fall in love with her. Ever! Full stop! Bonda tak habis-habis nak suruh Shah kahwin dengan perempuan macam Tengku Shareen tu. Pleaselah, bonda.
Bonda" Aik" Macam anak raja pulak nak berbonda-bonda ni. Tengku Shareen" Siapa pulak Tengku Shareen tu" Sekali lagi aku mengerutkan dahi. Entah-entah Tengku Shareen pilihan bonda dia. Aku menutup mulutku yang terlopong. Cuba menelinga lagi. Dinding ni tebal sangatlah! Tak dapat aku nak dengar dengan jelas apa yang dia cakap.
Bonda, apa ada pada darjat" Kita semua sama, bonda. Darah yang mengalir dalam tubuh badan kita ni warnanya merah juga. Tak ada bezanya. Oh, sebab kita keturunan kerabat diraja, kita lainlah ya" Kena cari yang berpangkat dan berharta macam kita" Macam tu"
Aku membulatkan mata. Mulut sekali lagi melopong. Kerabat" Dia anak kerabat diraja" Tak ada pula dia atau Ija cerita tentang susur galur keturunan mereka. Hati aku mula berdebar. Jantung aku mula berdegup laju macam enjin motobot. Lutut aku jadi macam tak seimbang bila dapat berita yang aku curi-curi dengar ini. Betul ke" Atau aku yang silap dengar" Aku mencuri dengar lagi.
Her name is Faiza, bonda! Bukan budak kampung! Dia ada nama. Don t call her like that, bonda! Dia tak setanding Tengku Shareen! Tengku Shareen just wants me& What" No, listen to me, bonda! Bonda, Shah sayang dan cintakan dia. I love her very much. Very much.
Jadi, tolong& jangan halang cinta Shah pada dia. Kalau bonda tak nak pinangkan dia, okey! Shah suruh saja Pak Mail dan Mak Cik Zaiton yang pergi pinang dia!
Aku terkesima. Tersandar pada dinding. Termenung. Tak percaya. Terkebil-kebil seketika. Betul ke apa yang aku dengar ni" Betul ke dia anak raja" Raja mana" Kerabat mana" Betul ke dia cintakan aku sampai macam tu sekali" Dia nak pinang aku" Bermacam-macam persoalan yang timbul dalam kepala otak aku sekarang. Dia& argh!
Aku cepat-cepat beredar dari situ. Nanti dia tahu pula aku mengintai perbualannya. Aku buntu sebenarnya. Bengong. Sampai saja di kaunter, aku terus masuk dan menonong ke belakang. Ellin terpinga-pinga memandangku. Dia mengikut.
Kalau Dr. Sharizal datang cari aku, cakap aku tak ada. Cakaplah pergi toilet ke, apa ke, pesanku kepada Ellin. Bertambah pelik Ellin melihatku. Berkerut-kerut dahinya.
Eh, kenapa kau ni" Kenapa tak nak jumpa dia" Apa hal" Bertubi-tubi dia bertanya, berserta kerutan seribu pada dahi.
Aku menghempas keluhan halus. Memicit kepala yang tiba-tiba sakit dan berdenyut. Migrain aku datang lagi. Nanti aku cerita kat kau.
Mesti dia hairan kenapa aku tak nak jumpa Dr. Sharizal agaknya. Aku belum cerita apaapa lagi kepada dia. Belum sempat nak cerita dah ada cerita baru lebih sensasi sekarang. Bertambah sensasi lagi kalau dia dapat tahu Dr. Sharizal sebenarnya anak raja. Mesti terkejut punya.
Akhirnya Ellin mengangguk walaupun masih tidak faham kenapa aku berbuat begitu. Dia berlalu ke kaunter apabila terdengar orang menekan loceng. Aku bersandar pada kepala kerusi. Otak aku ligat memutarkan semula kata-kata dia yang aku curi-curi dengar tadi. I love her very much. Very much.
Kata-kata itu masih terngiang di telingaku. Kata-kata yang begitu menusuk, halus ke tangkai hati. Sungguh indah kata-kata itu di pendengaranku. Baru aku terasa diri disayangi olehnya. Dia memang betul-betul cintakan aku sedangkan aku& " Mampukah aku mencintainya selepas aku tahu tentangnya" Layakkah aku, seorang gadis biasa, bergandingan dengan dia yang tinggi darjatnya daripada aku"
Aku dapat rasakan jurang yang sangat besar antara aku dengan dia. Sangat besar. Mendengar perbualannya dengan bondanya sebentar tadi, aku tahu bahawa bondanya tidak merestui hubungan aku dengannya. Nampak sangat dia tak suka. Malah dikatakannya aku gadis kampung.
Itu memang diakui aku memang gadis kampung. Aku bahagia bila jadi gadis kampung. Tapi& argh! Malaslah aku nak fikir! Buat sakit dada aku saja.
Aku mencapai botol ubat migrain yang memang tersimpan di situ. Aku ambil segelas air dan telan dua biji pil sekali gua, dibalas dengan segelas air putih. Aku kembali menyandarkan kepala pada sofa. Cuba bertenang, merenung kipas yang tergantung pada siling. Mataku ikut berputar, mengikut rentak putaran kipas siling itu. Perlahan-lahan, kelopak mata aku tertutup.
KAU bukan menantu pilihan aku! Aku benci kau! Kau tak layak nak bergandingan dengan anak aku! Perempuan kampung! jerit bonda suamiku kepadaku.
Aku tersentap. Air mataku merembes keluar. Sampai hati dia cakap begitu sedangkan sekarang aku adalah isteri kepada anaknya. Dia menjeling angkuh ke arah aku yang sedang duduk berteleku di atas karpet mewah itu. Kepalaku ditunjal berkali-kali. Seumur hidup aku, tak pernah aku dijentik oleh ibu bapaku, apatah lagi ditunjal seperti ini.
Aku memandang, meraih simpati dari ibu mertuaku. Balam-balam wajahnya. Dia tak kasihan ke aku tengah mengandungkan cucu sulungnya"
Bonda! Suamiku menjerit dari ambang pintu. Dia memandang tajam ke arah bondanya. Pantas aku bangun dan berlari mendapatkannya, memeluknya. Aku menangis di bahunya. Habislah bajunya yang wangi itu kena air liur aku. Tak apa. Bukan orang lain, isterinya juga. Aku meraung-raung di bahunya. Abang!
Dia memeluk aku erat sambil memujukku supaya bertenang. Ibu mertuaku sudah bercekak pinggang di tempatnya sambil memandang bengis ke arah kami.
Shah tak sangka bonda sanggup buat isteri Shah macam ni. Bonda tak kesian pada dia ke" Dia tengah mengandungkan cucu sulung bonda! kata suamiku. Nada suaranya tinggi, menyamai suara bondanya.
Itu bukan cucu bonda! Bondanya menjerit lantang. Matanya terus dijegilkan kepada
aku. Pengawal, tangkap Tengku Sharizal dan usir perempuan kampung tu! Bunuh dia! arahnya kepada dua orang pengawal berbadan tegap itu. Serta-merta mereka bertindak.
Aku dipisahkan daripada suamiku. Aku cuba menarik tangannya tapi pengawal itu terlebih dahulu mencubit tanganku. Apa ni" Main cubit-cubit pulak! Aku gigit tangan pengawal itu. Tak lut. Gigi aku pula yang tanggal. Mak! Suamiku sudah menjauh daripada aku. Dia diheret oleh dua orang pengawal tadi ke tingkat atas dan aku diusir keluar.
Abang! Tolong Faiz! Aku menjerit. Begitu juga dengan suamiku. Aku menjerit lagi apabila sebilah pisau hendak dibenamkan ke dadaku.
FAIZ& Terasa tepukan pada mukaku berkali-kali. Aku membuka mata. Mataku terbeliak. Suamiku sudah berada di depanku. Pantas aku bangun dan memeluknya. Sekali lagi aku menangis di bahunya.
Abang, jangan tinggalkan Faiz. Tolong jangan tinggalkan Faiz. Faiz takut! kata aku berulang kali. Lega hati bila suamiku sudah di depan mata. Aku takut bila mengenangkan wajah ibu mertuaku yang membengis, walaupun wajahnya nampak balam-balam.
Dia nak pisahkan kita. Dia tak mengaku anak yang Faiz kandung ni cucu dia. Abang, Faiz takut! Aku mengadu kepada suamiku. Aku lihat raut mukanya berkerut. Aku memeluknya lagi. Gembiranya hati bila suamiku tidak dipisahkan.
Faiz! Kau kenapa" Aku mendengar suara Ellin. Pantas aku memandangnya yang berdiri di belakang suamiku. Dia memandang pelik ke arahku. Berkerut-kerut mukanya. Macam ada benda yang tak kena.
Kau mimpi ke" Bila masa kau kahwin dengan Dr. Sharizal" soal Ellin separuh ketawa. Hah" Aku terpinga-pinga dan terkejut. Aku mimpi ke" Aku memandang muka suamiku yang sedang menguntum senyum. Pantas aku menarik balik kedua-dua tangan yang sedang memeluknya. Aku pandang pula ke perutku. Kempis. Aku tak mengandung! Jadi sahlah aku bermimpi tadi! Bermimpi kahwin dengan Dr. Sharizal dan sudah pun mengandungkan anaknya. Ya Allah! Malunya aku!
Aku pandang pula sekeliling. Sah lagi. Aku berada di bilik rawatan! Mamma Mia! Mimpi kita dah kahwin ya" Dia mengusik aku sambil mengenyit mata. Aduh& bertambah malu aku dibuatnya. Mana aku nak sorok muka aku ni" Rasa macam nak masuk balik dalam perut mak aku. Bukan main-main malunya.
So& sorry& tak sengaja. Itu saja kata-kata yang mampu aku lahirkan untuk menutup malu. Aku tergaru-garu kepala. Dapat aku rasakan kesemua darah dalam badanku sudah berkumpul di kawasan pipi. Malunya aku!
Aku mengerling Ellin yang sembunyikan tawanya di sebalik tangan yang menutup mulut. Macam mana saya boleh ada kat sini" Aku bertanya, memandang ke muka mereka silih berganti.
Kau pengsan tau tak kat stor. Berapa biji pil yang kau telan" Sempat Ellin memerli. Biji matanya dijegilkan kepada aku.
Aku menjelingnya. Aku pengsan" Macam mana aku boleh pengsan" Kesan sampingan ke sebab aku makan ubat overdose" Ellin sudah tersenyum-senyum ke arahku. Tersenyum nakal. Aku pandang pula muka Dr. Sharizal. Dia tersenyum penuh makna kepadaku. Hati aku jadi tak tentu arah. Tak keruan. Dia menggeleng-geleng beberapa kali.
Aku terus bangun dari katil dan ingin berlalu pergi. Kalau boleh aku nak pergi menyorok kat mana-mana, biar orang tak dapat cari aku. Aku malu!
Eh, nak ke mana" Pantas tanganku ditariknya.
Spontan badan aku terpaling dan terdorong ke tubuhnya. Nyaris dahi aku menyentuh hidung mancungnya itu. Kurang seinci lagi. Pandangan mata kami bertaut. Saling renungmerenung. Cuba mentafsir perasaan masing-masing melalui sinar mata.
Pendekar Cacad 8 Goosebumps - Petualang Malam Pulau Kera 2

Cari Blog Ini