Ceritasilat Novel Online

Antara Benci Dan Rindu 3

Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya Bagian 3


akibat terlalu lama menangis. Bedak Miyami aku capai dan menempek sedikit di wajah
untuk menghilangkan kesuraman di wajahku ini. "Kejap ibu!" pekikku. Setelah
memastikan semuanya berada dalam keadaan baik, barulah aku membuka pintu.
Sememangnya dari tadi lagi aku mengunci pintu. Tidak mahu tertangkap oleh ibu dan
abah dalam keadaan aku bersedih begini. Kerana aku tahu hati mereka akan terluka
sekiranya melihat aku bersedih. Maklum sajalah hanya aku permata hati mereka. "Ada
apa bu?" tanyaku setelah membuka pintu. Seboleh-bolehnya aku ingin berwajah ceria.
"Kenapa mata Ifa merah?" tanya ibu, risau. Tangannya ramah menyentuh wajahku. Aku
hanya tersenyum sumbing sambil menggeleng perlahan. "Ifa ngantuklah, bu. Sebab tu
mata merah. Ibu bukan tak tahu anak ibu ni, kalau mengantuk sangat sampai meleleh
air mata," dalihku. Semetelah pula memang sifatku begitu. Kukira ibu pun sudah faham
benar dengan sifatku yang satu ini. Mataku akan berair seperti orang menangis jika aku
terlalu mengantuk. Dan ini kukira alasan yang amat munasabah buatku. Ibu menggeleng
kepala sambil tersenyum. "Kalau mengantuk, tidurlah. Jangan memaksa diri, kan dah
merah mata tu" Esok nak pergi kerja dengan mata merah tu ke" Kang dah tak cantik
anak ibu," ujar ibu lembut. Aku tersenyum manis membalas kata-kata ibu. Rasa
bersalah semakin membukit apabila mendengar kata-kata ibu. Maafkan Ifa ibu, sebab
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
menipu ibu. Ifa tak nak susahkan hati ibu dan abah. "Kejap lagi Ifa tidurlah, ek" Emmm...
ibu datang bilik Ifa ni ada apa-apa ke bu?" "Tak ada apa-apa. Ibu tengok bilik Ifa cerah
tadi. Sebab tu ibu datang tengok, dah tidur ke belum anak ibu ni." "Ooo... kejap lagi Ifa
tidur. Sikit lagi, Ifa nak siapkan kerja Ifa tu. Ifa pun dah tak tahan... ngantuk dah ni,"
kataku. Ah, kerja apa sangatlah yang aku buat melainkan bersedih saja dari tadi. "Yalah,
cepat tidur ya. Nanti terlewat bangun pulak esok. Ibu pun nak masuk tidur ni," ujar ibu.
Aku hanya mengangguk. Tetapi saat ibu ingin berpaling, aku terperasankan sesuatu.
Pantas tangan ibu kucapai. Ibu yang terkejut dengan perbuatanku itu mengerutkan dahi
tidak mengerti. "Kenapa, Ifa?" "Kenapa muka ibu pucat?" Wajah ibu kuamati. Memang
pucat sekali. Hairan pula aku sebab pagi tadi ibu kelihatan sihat sahaja. "Tak ada
apa-apalah... ibu cuma pening kepala aja. Dari petang tadi lagi berdenyutdenyut kepala
ni. Sebab tu ibu ajak abah balik dulu tadi. Lagipun Rizal ada temankan Ifa. Dia pun
suruh ibu dengan abah balik dulu lepas makan sebab tengok ibu macam dah tak tahan
sangat," terang ibu. Oh, patutlah ibu dan abah tinggalkan aku dengan Yusrizal tadi. Aku
ingatkan ibu dengan abah memang berniat untuk tinggalkan aku dengan lelaki itu.
Berdosanya aku sebab terfikir yang
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
bukan-bukan dengan orang tuaku tadi. "Kenapa tak beritahu Ifa dulu tadi?" "Ibu memang
saja minta Rizal jangan beritahu Ifa... sebab Rizal kata tadi ada benda yang nak
dibincangkan dengan Ifa. Kalau beritahu, mesti Ifa nak ikut ibu balik, kan?" Betul juga
apa yang difikirkan ibu itu. Aku memang akan cepat risau. Apatah lagi kalau ia
melibatkan orang tuaku. "Dahlah, Ifa pergilah tidur. Nanti lewat pulak bangun esok.
Kelas Ifa pukul lapan, kan" Tak usah nak risaukan ibu. Esok lepas bangun tidur, okeylah
ni." "Yalah, ibu pun rehat cukup-cukup. Muka ibu pucat sangat. Risau Ifa tengok."
"Yalah... ibu nak masuk tidurlah ni. Selamat malam sayang..." ucap ibu kepadaku.
"Selamat malam, bu." Sepeninggalan ibu, aku kembali termenung di atas katil. Mataku
langsung tidak mengantuk seperti yang aku katakan kepada ibu tadi. Itu semua hanya
alasan semata. Hari ini adalah hari yang paling sedih buatku selepas aku kembali
mendapatkan semangat diri yang hilang beberapa tahun yang dulu. Aku telah berazam
untuk tidak bersedih lagi. Tetapi nampaknya aku telah melanggar azam aku itu. Ya
Allah, hatiku tidak tenang sekali pada saat ini. Apa yang harus aku lakukan" Terfikir
hendak mengerjakan solat sunat dua rakaat dan membaca al-Quran, aku uzur pula. Jadi
apa yang harus aku lakukan" Lebih baik aku tidur. Mungkin pagi esok aku akan lebih
tenang. Lalu, aku merebahkan diri di atas katil selepas menutup suis lampu dengan
membiarkan cahaya lampu tidur menyimbahi ruang bilikku ini. Namun, baru sahaja aku
hendak melelapkan mata, telefon bimbitku menjerit nyaring dengan tiba-tiba. Aku
mengintai jam kecil di atas meja. Sudah menunjukkan pukul dua belas lima belas minit
malam. Siapa pula yang menelefonku tengah-tengah malam begini" Lalu, tanpa
membiarkan telefon itu menjerit lebih lama, aku mencapainya. Tertera nombor yang
tidak kukenali di skrin. Dahiku berkerut tetapi panggilan itu tetap kujawab. "Helo...."
"Helo, Ifa. Belum tidur lagi?" Aku pantas mematikan talian apabila suara si pemanggil
menyapa gegendang telingaku. Tidak mahu suara itu lebih lama menyapaku. Perasaan
benci padanya hari ini begitu memuncak. Beberapa saat kemudian telefon bimbitku
kembali menjerit. Dan si pemanggil adalah orang yang sama. Laju sahaja tanganku
menekan punat cancel. Tidak ingin aku menjawab panggilan daripada lelaki itu. Untuk
apa dia menghubungi aku" Adakah hanya ingin menambah rasa sakit hatiku ini" Dan
aku akan pastikan dia tidak akan berjaya. Kali ketiga telefon bimbitku berbunyi lagi, terus
aku menukar modenya ke silent. Biarlah berapa kali telefon ini hendak berbunyi pun,
pasti ia tidak akan menggangguku lagi kerana ia sudah aku bisukan. Biar padan dengan
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
muka Yusrizal. Biar dia rasa sakitnya hati apabila tidak dipedulikan. KEESOKAN
harinya, apabila aku bangun, benda yang pertama yang aku cari sudah semestinya
telefon bimbitku. Bukan untuk melihat berapa missed calls ataupun mesej yang telah
ditinggalkan buatku semalam, tetapi untuk melihat pukul berapakah aku mencelikkan
mata daripada mimpi-mimpi yang tidak berapa indahku semalam. Kadang-kadang aku
terfikir, untuk apalah aku bersusah payah melihat jam di telefon bimbitku sedangkan jam
kecil sudah tersedia di atas meja. Tetapi itulah kesan teknologi yang perlu aku akui
keberkesanannya terhadap pengguna-pengguna seperti aku. Ternyata
pengusaha-pengusaha telefon bimbit telah berjaya membuatkan telefon bimbit sebagai
suatu aset yang sangat berharga pada masa sekarang. Tetapi nampaknya niatku
terpaksa ditangguhkan buat sementara apabila mataku disapa beberapa perkataan di
skrin telofon bimbitku. 3 messages received 15 missed calls Fuh, banyaknya! Tak tidur
ke Yusrizal semalam" Tak ada kerja agaknya melainkan itu tinggalkan untukku. Syg
nape x jawab cal abg" Itulah mesej pertama Yusrizal. Sebab aku malas nak cakap
dengan kaulah, bisikku sendirian. Menyakitkan hati saja. Mesej kedua aku buka dan
kubaca. Syg dah tido ke" Mesej ketiga Yusrizal. Kulihat masa mesej itu diterima pada
pukul satu lima puluh lima pagi" Isy... tak tidur ke mamat ni" Xpela kalo syg dah tido.
Nite syg. N sori pasal td. Abg x brmaksud nk igtkn syg tntg peristiwa dlu. Truly sori. Luv
u so much. Eiii... meremang pula aku rasa belakang tengkukku ini. Love you konon!
Senang saja lelaki itu mengucapkan kata sayang. Maklumlah, lelaki playboy seperti
Yusrizal memang mudah menuturkan kata-kata sayang kerana bagi mereka ucapan itu
tiada maknanya. Hanya untuk suka-suka. Tetapi bagi aku ucapan itu sangat bermakna.
Ia melambangkan rasa cinta yang tidak terhingga kepada pasangan dan bukan untuk
dibuat main seperti yang dilakukan Yusrizal. Dan aku tidak akan mudah percaya pada
ucapan cinta yang dilafazkan oleh lelaki seperti Yusrizal. Tak mungkin! Selepas
membuang semua mesej dari inbox, aku meletakkan telefon bimbitku di meja solek.
Sempat juga aku meneliti mataku di cermin. Manalah tahu kalau-kalau mataku sembab
pula pagi ini kerana menangis semalam. Aku menarik nafas lega kerana tangisanku
semalam tidak meninggalkan kesan. Aku tersenyum di hadapan cermin. Terasa bodoh
pula aku menangisi semua kenangan itu. Aku menangis, sedangkan mungkin Yusrizal
sedang ketawa kesukaan kerana berjaya membuatkan aku menangis. Sudah tentu ia
umpama kemenangan buat lelaki itu. Ah, untuk apa lagi aku memikirkan lelaki itu" Lebih
baik aku mandi dan membersihkan diri. Selepas berpuas hati dengan penampilanku
pagi ini, aku turun ke bawah. Sempat kulihat jam di tangan. Sudah menunjukkan pukul
tujuh pagi. Aku perlu bertolak awal ke UUM hari ini kerana aku punya kelas tepat pukul
lapan pagi. Hai, agak malang aku semester ini. Tidak seperti semester sebelumnya,
kelasku setiap hari akan bermula pada pukul sepuluh pagi. Dapatlah aku menolong ibu
apa yang patut dahulu sebelum bertolak ke UUM. Tapi tidak pada semester ini.
Terutama sekali pada hari Ahad dan Rabu. Suatu perkara yang tidak dapat aku
biasakan lagi apabila terpaksa bekerja pada hari Ahad. Kalau di negeri lain, hari inilah
yang ditunggu-tunggu, tetapi tidak pada pekerja-pekerja yang mencurahkan khidmat di
negeri Kedah ini. Tetapi nasib baik jugalah aku bekerja sebagai pensyarah. Cutiku juga
sudah semestinya lebih daripada pekerja-pekerja lain. Aku menuruni anak tangga untuk
ke dapur. Tiba-tiba perasaan hairan melanda. Selalunya waktu-waktu begini ibu sudah
sibuk di dapur. Aku yang berada di bilik tingkat atas pun akan terbau aroma masakan
ibu. Tetapi untuk hari ini tiada pula aroma itu menyapa hidungku. Takkan ibu tak bangun
lagi" Mustahillah! Abah yalah jugak. Sebab abah akan masuk pejabat pukul sembilan
pagi. Tetapi itu tidak bermakna ibu juga perlu bangun lewat. Jarang sekali ibu berbuat
begitu. Sebagai seorang isteri, ibu akan memastikan semuanya tersedia awal untuk
suami dan anak tercinta. Aku tahu itu kerana aku juga pernah menjadi seorang isteri
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
suatu ketika dahulu. Pantas aku mencari kelibat ibu. Tempat pertama tentulah di dapur.
Tetapi tidak pula kelihatan ibu di situ. Ke mana pula ibu ni" Aku keluar dari ruangan
dapur dan menuju ke ruang tamu pula. Manalah tahu kalaukalau ibu ada di situ. Dan
jantungku bagaikan berhenti berdegup apabila terpandang tubuh kaku ibu di situ.
Terlepas beg berisi laptop di tanganku ini. Laju sahaja aku mendapat ibu lalu memangku
kepalanya. Apa yang terjadi kepada laptopku itu aku tidak peduli. Apa yang lebih penting
sekarang ialah ibu. "Ibu, kenapa ni" Ibu bangun bu!" panggilku bersama tangisan. Pipi
ibu kutepuk berkalikali. Tetapi ibu masih tidak juga tidak sedarkan diri. Tidak pernah ibu
pengsan begini. Hatiku dilanda kerisauan yang teramat. Ya Allah... janganlah apa-apa
yang buruk berlaku pada ibuku. "Ibu bangun bu, jangan buat Ifa takut bu...." Rayuku lagi.
Tetapi tubuh ibu masih juga
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
kaku. "Abah!!!!" 11 AKU melihat jam di pergelangan tangan. Hampir pukul tiga petang.
Hati aku mula gelisah. Janjinya waktu lunch. Sekarang sudah waktunya untuk ke
pejabat semula tetapi batang hidungnya masih tidak juga kelihatan. Gusar hatiku
sekiranya lelaki itu lupa akan temu janji kami. Maklumlah, aku menelefonnya semalam
pun ketika jam sudah menunjukkan angka sebelas setengah malam. Mungkin waktu itu
dia sudah enak dibuai mimpi. Dan mungkin jua dia menjawab panggilanku ketika
mamai. Orang mamai sudah semestinya tidak sedar apa yang dicakapkannya.
Harap-harap ia tidak seperti yang aku sangkakan. Pada waktu itu hanya wajah lelaki itu
sahaja yang terlintas di fikiranku. Hanya dia saja harapanku kini. Aku tidak peduli apa
yang akan difikirkannya nanti. Yang penting sekarang adalah ibuku. Untuk sekali ini aku
terpaksa merendahkan keegoaanku yang sebelum ini tinggi melangit. Aku mahu melihat
ibuku sihat seperti sediakala. Dan untuk itu, aku terpaksa melakukan ini. Melakukan
sesuatu yang tidak pernah aku terfikirkan, iaitu meminta pertolongan daripada Yusrizal.
Sedang aku mengelamun memikirkan ibuku, telefon bimbitku kedengaran berlagu riang.
Pantas aku mencapai telefon bimbitku itu kerana aku tahu itu mestilah panggilan yang
datangnya daripada Yusrizal. "Helo, Rizal... awak kat mana" Dah lama saya tunggu ni?"
sapaku tanpa sempat lelaki itu berkata apa-apa. Aku tahu ia sedikit gopoh dan
kedengaran seperti terdesak. Dan sememangnya aku terdesak. Aku dengan abah
sudah habis ikhtiar. Dan inilah ikhtiarku yang terakhir. "Sorry, Ifa! Abang sibuk sangat
hari ni. Abang terpaksa jumpa klien petang ni. Ada perkara yang perlu diselesaikan
segera. Abang rasa kita terpaksa cancel temu janji kita hari ni," ujar Yusrizal selamba.
"What?"?" Aku terasa bagai hendak menggila saja waktu itu. Sudah hampir dua jam aku
di sini dan lelaki itu menelefonku hanya ingin mengatakan yang temu janji kami terpaksa
dibatalkan" Sungguh tidak adil! Namun begitu, aku kembali tersedar. Aku perlu
mengawal kemarahanku. Hanya lelaki ini harapan terakhirku. Aku tidak boleh cepat
melatah atau harapanku akan hancur berkecai. Tidak! Aku tidak akan membiarkan ia
berlaku. "Tak apalah kalau macam tu. Bila awak free, just let me know. Kalau boleh
dalam masa yang terdekat ni," ujarku dengan nada perlahan. Tetapi masih terselit
ketegasan lewat bicaraku itu kerana aku mahu dia tahu yang aku memang sangat
memerlukan pertolongannya sekarang. "Actually, kenapa Ifa nak jumpa dengan abang"
Curious pulak abang. Selalunya nak tengok muka abang pun Ifa tak mahu?" tanya
Yusrizal sambil ketawa dengan nada memerli. Tiba-tiba mukaku terasa panas
membahang. Kata-katanya menyentuh perasaanku. Tetapi dalam hati aku mengiakan
kata-katanya. Jika tidak kerana ibu, jangan harap aku akan bermurah hati menelefon
dan mengajaknya berjumpa. Aku terpaksa! "Nanti saya beritahu awak. Saya perlukan
pertolongan awak. Tak boleh cakap dalam telefon. Saya perlu jumpa awak. Bila
agaknya awak free?" tanyaku. Walaupun sebentar tadi aku ada menyuruhnya
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
menelefonku sekiranya lelaki itu punya waktu terluang untukku tetapi nampaknya aku
perlu mendapatkan kepastian daripadanya. Perkara yang aku mahu bincangkan
dengannya ini tidak boleh ditangguhkan. Makin ditangguh makin merana ibuku di
hospital sana. "Seems like you really need me, huh?" Yusrizal bertanya dengan nada
bongkaknya. Dapat aku bayangkan senyuman sinis yang terukir di bibirnya saat ini. Aku
terdiam. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Sama ada mengiakan atau tidak. Di
sebelah sini egoku dan di sebelah sana nasib ibuku. Benar-benar membuatkan aku
buntu. "Ifa?"?" "Ya, saya perlukan awak," ujarku dalam keterpaksaan. Kalau tadi
Yusrizal mungkin tersenyum sinis, kini mungkin senyuman tadi sudah bertukar menjadi
sengihan bangga. Biarlah, demi ibu aku sanggup letakkan egoku serendah-rendahnya.
"Thanks for saying that." "You are welcome, tapi bila awak free?" tanyaku lagi. Geram
juga kerana lelaki itu tidak menjawab pertanyaanku tadi. Seakan-akan sengaja mahu
aku mengulangi pertanyaanku itu. Sehingga jelas menampakkan keadaanku yang
benarbenar terdesak ini. "Actually, esok abang terpaksa balik KL. Ada perkara yang
perlu diuruskan di sana. Mungkin seminggu." "What" Jadi maknanya saya hanya boleh
jumpa awak selepas seminggu, macam tu?" "Nampaknya macam tu la." "Tapi...." "Tapi
apa Ifa" Seminggu bukannya lama pun. Takkan dah tak sabar nak jumpa dengan abang
kut?" Terdengar ketawa kecil lewat kata-katanya itu. Enak sekali lelaki itu
mentertawakan aku. "Perkara ni tak boleh ditangguhkan. Apatah lagi sampai seminggu."
"Okeylah kalau macam tu. Kejap lagi abang kena jumpa klien. Perbincangan tu maybe
makan masa dua jam. Jadi apa kata Ifa datang ofis abang dalam pukul lima. Itulah saja
masa yang abang ada. Itu pun kalau Ifa tak kisah. Kalau Ifa nak tunggu sampai
seminggu pun abang tak kisah," katanya. Suaranya sengaja mahu menyindirku. "Tapi
waktu tukan semua dah nak balik. Siapa yang ada lagi kat ofis awak tu" Takkan saya
nak tunggu sorang-sorang dekat situ?" bantahku. "Abang akan inform secretary abang
nanti. Jangan risau. So, macam mana" Petang ni atau seminggu lagi?" Yusrizal
seakan-akan mengugutku pula. Mujurlah aku benar-benar memerlukannya saat ini.
Kalau tidak, jangan haraplah aku akan bertolak ansur begini. Benci pula rasanya kerana
terpaksa meminta bantuan daripada orang yang paling aku benci. Benar-benar
menjatuhkan air mukaku. "Baiklah, saya tunggu awak di ofis nanti." Akhirnya aku
memberi kata putus. Walaupun hatiku sedikit meluat dengan perangai Yusrizal yang
seakan-akan menunjukkan kuasa vetonya padaku hari ini, tetapi jauh di sudut hatiku
tetap berterima kasih kepada lelaki itu kerana sudi berjumpa denganku. "Okay, Ifa. I"ve
got to go. Bye." "Bbb...." Belum pun sempat aku membalas, lelaki itu sudah mematikan
talian. Lelaki itu nampaknya sibuk benar. Kenapa sewaktu aku benar-benar
memerlukannya, dia pula seperti menjauh" Tidak seperti beberapa minggu lepas dan
beberapa bulan kebelakangan ini. Sering saja wajahnya terpacul di depan mataku. Ah,
ini semua tugasan daripada Allah. Tentu ada hikmah di sebaliknya. Dalam pada itu aku
kembali teringat ibu. Perasaan gundah semakin bermaharajalela apabila terkenangkan
ibu. Lantas aku mencapai telefon bimbitku dan meninggalkan restoran itu. Aku mahu ke
Kedah Medical Centre untuk melawat ibu. Aku masih punya masa selama dua jam
sebelum berjumpa dengan Yusrizal. Lebih baik aku menghabiskan masa bersama
ibuku. Semalam ibu masih lemah. Tetapi pagi tadi abah kata ibu sudah nampak sedikit
segar. Nasib baiklah aku tidak ada kelas sekarang. Boleh juga aku meluangkan masa
bersama ibu. Sabarlah ibu. Ibu mesti bertahan. Ifa akan berusaha mencari duit untuk
membiayai kos perubatan ibu. AKU menolak pintu bilik yang menempatkan ibu.
Kelihatan ibu sedang makan sambil disuapkan oleh abah. Wajah ibu nampak pucat
benar. Sayu aku melihatkan keadaan ibu. Ibu menghadiahkan senyuman kepadaku.
Pantas aku membalasnya. Begitulah ibu. Walaupun sakit, bibirnya masih mampu
menguntumkan senyuman buat insan-insan yang disayanginya. Mungkin tidak mahu
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
kami risaukan dirinya. "Ibu sihat hari ni?" tanyaku sambil tunduk mencium tangan ibu.
Ibu hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Tangannya ramah menjamah
wajahku. Kasih sayangnya terhadap diriku tidak pernah berkurang walaupun
kesihatannya terganggu. Kadang-kadang aku terfikir yang doktor membuat kesilapan
semasa menentukan penyakit ibu, kerana selama ini ibu tidak langsung menunjukkan
tanda-tanda menghidapi penyakit itu. Tetapi beberapa hari yang lalu ujian makmal
sudah mengesahkan terdapat ketumbuhan di kepala ibu dan itulah punca kepada sakit
kepala ibu selama ini. Kata doktor lagi, ketumbuhan itu semakin membesar dan berada
pada tahap kritikal. Jika ibu tidak dibedah segera untuk membuang ketumbuhan itu, ia
mungkin akan mengancam nyawanya. Sebab itulah aku terpaksa mengatur pertemuan
dengan Yusrizal hari ini. Aku mahu meminjam wang sebanyak RM30,000.00
daripadanya. Kos pembedahan itu memakan belanja RM50,000.00. Kebetulan aku
mempunyai simpanan sebanyak RM10,000.00 hasil daripada usahaku selama ini. Dan
abah pula mempunyai simpanan sebanyak RM 10,000.00. Namun itu
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
belum cukup untuk menampung kos perubatan ibu. Sebanyak RM30,000.00 lagi
perlukan. Lalu, aku dan abah ke hulu hilir mencari saudara-mara yang boleh
menghulurkan bantuan, tetapi tidak ada seorang pun yang sudi. Saudara-maraku juga
bukannya datang daripada kalangan orang berada. Mana mungkin mereka mempunyai
simpanan sebanyak itu. Tidak cukup dengan itu, teman-teman rapat juga turut
dihubungi. Namun semuanya memberikan jawapan yang sama. Begitulah keadaannya
kalau kita memerlukan bantuan. Semua orang akan menjauh. Benarlah kata orang,
teman ketika ketawa ramai tetapi teman ketika menangis sukar dicari. Itulah yang
sedang berlaku pada diriku saat ini. Sehingga lewat malam aku mencari nama dan
nombor telefon teman-teman yang kurasakan mampu menolongku, tetapi sekali lagi
jawapan yang kuterima menghampakan. Akhirnya dalam kekalutan itu, hanya satu


Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

nama yang terlintas di fikiranku. Yusrizal! Ya, dialah yang mampu menolongku saat ini.
Berlatar belakangkan keluarga yang kaya-raya, sudah cukup untuk memberikan
suntikan nafas buat diriku. Dalam kepalaku sudah terbayang-bayang wajah ceria ibu
selepas pembedahan itu nanti. "Ifa pergi jumpa Rizal ke?" tanya ibu. Aku yang sedikit
terkejut dengan pertanyaan ibu, melontarkan pandangan ke arah abah meminta
kepastian. Hairan juga bagaimana ibuku mengetahuinya. Sedangkan aku tidak pernah
memaklumkan tentang itu. Kelihatan abah hanya menganggukkan kepala. Mengiakan
telahanku bahawa dia sudah memberitahu ibu. "Ya bu..." jawabku lambat-lambat. "Ifa,
tak perlulah nak bersusah payah sebab ibu. Mungkin ini sudah ketentuan Takdir. Ibu
reda, Ifa..." ujar ibu lirih. Sedih aku mendengarnya. "Ibu janganlah cakap macam tu. Ibu
mesti sihat semula. Ibu sabar, ek. Ifa akan usahakan cari duit tu." "Tapi kita bukan orang
senang, Ifa. RM10,000.00 tu pun bukan senang abah nak kumpul. Bertahun juga.
Niatnya nak menunaikan haji dengan duit tu, tapi tengoklah sekarang." "Tak apalah,
Shima... duit boleh dicari. Mungkin bukan rezeki kita lagi nak menunaikan haji. Yang
penting sekarang, kesihatan awak tu," pujuk abah. "Tapi saya kasihankan abang. Abang
dah lama teringin nak ke Mekah." Linangan air mata ibu jelas terpancar di tubir mata.
Abah menggenggam jari-jemari ibu. Cuba mengalirkan kekuatan seorang suami pada
isterinya. Dan aku pula tidak lupa untuk mengalirkan rasa sayangku buat ibu. Lama aku
menemani ibu berbual. Cuba menceriakan suasana yang diselubungi keheningan
sebentar tadi. Dalam keadaan ibu begini, sudah tentu sokongan orang tersayang amat
penting buat ibu. Timbul kekesalan di hatiku kerana tidak mengikut nasihat teman-teman
yang menyarankan aku supaya mendaftarkan diri untuk polisi insuran perubatan. Jika
tidak, tentu aku tidak perlu bersusah payah begini. Ah, sekarang baru aku tahu
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
kepentingan polisi insurans perubatan itu. Ah, sudah tiada gunanya! "So, macam mana,
Ifa" Rizal boleh tolong ke?" tanya abah. "Tak tahu lagi abah. Sebenarnya Rizal tak
datang tadi. Katanya ada meeting dengan klien. So, dia suruh Ifa jumpa dia kat ofis
pukul lima petang ni," beritahuku. "Pukul lima" Sekarang dah pukul empat setengah ni,
Ifa!" ujar abah yang kelihatan sedikit cemas. Bimbang aku terlajak masa. Aku melihat
jam di pergelangan tangan. Benar kata abah. Jam sudah menunjukkan pukul empat
setengah petang. Lebih baik aku bertolak sekarang. Takut pula kalau terlewat. Tidak
enak pula rasanya kalau membiarkan orang menunggu. Apatah pula aku yang mahu
berjumpanya kerana memerlukan pertolongan. "Haahlah abah. Kalau macam tu Ifa
kena pergi sekarang. Takut terlewat pula. Ibu, abah... Ifa pergi dulu ya" Nanti Ifa datang
lawat ibu lagi." Aku bingkas setelah menyalami tangan kedua-dua orang tuaku. Saat
tanganku mencapai tombol pintu, ibu memanggilku. "Ada apa bu?" Ibu tersenyum
sebelum berkata, "kalau Rizal tak dapat tolong, Ifa tak perlulah paksa dia. Mungkin ini
dugaan Tuhan. Ibu reda..." ujar ibu sekali lagi. "Ibu janganlah cakap macam tu. Doakan
Ifa, ya?" Kedua-dua orang tuaku hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala. "CIK
ni... Cik Nur Halifah ke?" tanya seorang wanita muda sebaik saja aku melangkah
memasuki ke pejabat AMA Holdings. Kelihatan beberapa orang pekerja sudah mula
meninggalkan pejabat. Maklumlah, jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Waktu
untuk pulang. "Ya saya. Cik ni...?" "Saya Aisyah. Setiausaha Encik Yusrizal. Encik
Yusrizal ada inform saya tadi yang cik nak datang," beritahunya, sopan. "Ya, ya... saya
ada urusan penting dengan dia sekejap. Dia ada ke?" "Maaf cik. Encik Yusrizal belum
sampai lagi. Cik boleh tunggu dalam bilik dia. Mungkin sekejap lagi dia sampai." "Boleh
ke saya tunggu dalam bilik dia?" "Encik Yusrizal yang minta cik tunggu dalam bilik dia,"
jelasnya. "Ooo...." Hanya itu yang terkeluar dari mulutku. "Jom, saya tunjukkan bilik
Encik Yusrizal." Aku mengangguk. Kemudian aku terus dibawa ke bilik Yusrizal. Kagum
juga aku melihat keseluruhan pejabat AMA Holdings yang baru sahaja beberapa bulan
beroperasi ini. Agak besar juga. "Cik duduklah dulu. Mungkin kejap lagi Encik Yusrizal
sampai." "Emmm... awak dah nak balik ke?" "Belum lagi. Saya ada di luar. Kalau cik
perlukan apa-apa beritahulah saya. Saya keluar dulu." Sepeninggalan Aisyah, aku mula
berjalan mengelilingi bilik Yusrizal yang sederhana besar ini tetapi nampak kemas.
Setelah puas mengelilingi bilik itu, aku melabuhkan punggung di atas sofa yang
disediakan. Jam sudah menunjukkan pukul lima dua puluh minit petang, tetapi wajah
lelaki itu masih juga tidak kelihatan. Ke mana sajalah Rizal ni. Waktu kita memerlukan
bantuan, hilang pula dia. Aku menyandarkan badan. Sofa yang lembut seakan-akan
memanggilku untuk melelapkan mata. Rasa mengantuk yang datang entah dari mana,
berjaya membuatkan aku terlelap. Aku tersedar apabila terasa ada sesuatu yang
bergayut di wajahku. Dan apabila aku membuka mata, wajah seorang lelaki terus
menyapa pandanganku. Terkejut aku dibuatnya sehingga tidak sedar tanganku sudah
menolak dadanya yang hampir dengan dadaku dengan agak kuat. Pantas aku
menjauhkan diri. "Hei... ni abanglah!" "Errr... sorry. Terkejut tadi," ujarku perlahan. Sudah
berapa lama agaknya aku tidur di situ" Dan sudah berapa lama agaknya dia mengamati
aku tidur sebentar tadi" Dan yang paling tidak mahu aku fikirkan ialah apa yang dia
telah lakukan padaku dalam keadaan hampir begitu tadi" Seketika aku rasa tidak
tenang. "It"s okay. Letih sangat nampak" Sampai tertidur." "Haah... letih sangat." "Sorry
pasal tadi. Abang memang tak dapat mengelak. Ingatkan sempat nak jumpa dengan Ifa
tadi. Tapi tiba-tiba klien nak jumpa abang pulak," jelas Yusrizal. Mungkin rasa bersalah
kerana telah membuatkan aku menunggu lama tadi. "Tak apa... awak sudi jumpa saya
sekarang pun dah cukup baik." "Oh ya... ada apa Ifa nak jumpa abang" Ada hal penting
ke?" Aku terdiam buat seketika. Mencari ayat yang sesuai untuk dituturkan. Biar sedap
di pendengaran lelaki itu. Dan semoga lembut hatinya untuk menghulurkan bantuan
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
buat ibu. Lagipun ibuku itu juga bekas mentuanya. Takkanlah dia tidak mahu menolong"
"Ifa?"?" "Emmm... sebenarnya macam ni. Saya nak pinjam duit daripada awak." Aku
mencuri pandang wajah Yusrizal. Dahinya kelihatan sedikit berkerut. Dan aku sudah
mengagak reaksi seperti itu daripadanya. "Patutlah Ifa beria-ia nak jumpa dengan
abang. Ada benda yang Ifa mahukan daripada abang rupa-rupanya," ujarnya sambil
tersenyum sinis. Lagaknya seperti orang yang tersangat kecewa.
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
Hatiku sedikit sakit kerana diperli begitu. Faham sangat maksud lelaki itu. "Saya datang
sini bukan nak bergaduh dengan awak. Saya memang perlukan bantuan awak
sekarang," ujarku. Kedengaran seperti memberi amaran. "Abang faham. Kalau tak, nak
pandang muka abangkan pun Ifa tak sudi, kan?" "Rizal, please...." "Okey... okey...
berapa banyak duit yang Ifa nak pakai?" "RM30,000.00." "What" RM 30,000.00" Ifa nak
buat apa dengan duit sebanyak tu?" "Untuk biayai kos rawatan ibu." "Kos rawatan ibu"
Kenapa dengan ibu?" "Ibu perlu dibedah segera. Minggu lepas doktor sahkan ada
ketumbuhan dalam kepala ibu. Kalau tak dibedah, mungkin akan mengancam nyawa
ibu. Ketumbuhan tu sekarang ni makin membesar dan aktif. Kami cuma ada
RM20,000.00. Kos rawatan kesemuanya RM50,000.00," terangku satu per satu. Lelaki
itu kelihatan terkejut dengan berita yang aku sampaikan. Mungkin tidak menyangka ibu
yang kelihatan ceria itu sedang menderita melawan penyakit. "Ifa tak bohong, kan?"
"Takkanlah saya nak bohong pasal ibu?" Bilik pejabat itu sepi seketika. Kami berdua
sama-sama terdiam. Aku mengangkat kepala dan merenung Yusrizal yang seperti
sedang memikirkan sesuatu. "Boleh tak awak tolong saya" Awak jangan risau, saya
akan bayar balik duit awak tu nanti. Kalau tak mampu bayar penuh, saya akan bayar
ansur-ansur. Tapi saya janji akan bayar." Yusrizal membalas renunganku.
Pandangannya punya maksud yang tersirat. Sedangkan aku sudah tidak sabar untuk
mendengar persetujuan daripadanya. "Boleh tak Rizal?" tanyaku tidak sabar. Yusrizal
menganggukkan kepala. Anggukannya membuatkan aku hampir menjerit. Terasa mahu
saja kupeluk tubuhnya untuk mengucap rasa terima kasih yang tidak terhingga. "Tapi
dengan syarat!" "Cakaplah apa saja syaratnya, Rizal. Saya akan penuhi. Asalkan awak
sanggup tolong saya," ujarku tanpa memikirkan apa-apa. "Kita kahwin!" Dan tatkala
mendengar kata-katanya itu, senyumanku terus mati. Aku memandangnya seperti tidak
percaya. "Tak mungkin! Tak mungkin saya kahwin semula dengan awak!" "Itu saja
syaratnya. Kalau Ifa keberatan, abang tak paksa. Tapi maaf, abang tak dapat bantu...."
"Tapi...." Aku pejamkan mata. Tidak menyangka syarat ini yang akan dikenakan oleh
lelaki itu. Pandai sungguh dia mengambil kesempatan ke atas diriku. Dan aku pula
sudah tersepit kini. Kalau aku menolak, maknanya aku akan gagal mendapatkan wang
untuk membiayai kos perubatan ibu. Dan kalau aku terima, bermakna jalan derita
kehidupanku akan terbuka luas. "Macam mana?" tanya lelaki itu tidak sabar. "Berikan
masa untuk saya berfikir. Esok saya akan beri jawapannya." Pintaku. Ini semua kerja
gila! Aku perlu memikirkan baik buruknya. Kalau tersilap pertimbangan aku akan
kehilangan orang yang aku sayang. Dan jika menerimanya, mampukah aku hidup
sebumbung dengan orang yang aku benci" "Baiklah. Abang sanggup tunggu. Kalau lima
tahun abang boleh tunggu, takkan abang tak boleh bersabar sampai esok." Aku
pejamkan mata. Ya Allah... demi ibu aku berada dalam dilema sekarang. 12 "IFA dah
fikir masak-masak ke" Abah tak nak Ifa menyesal nanti." Keluhan berat terlepas dari
mulutku. Kalau diikutkan hati, memang aku tidak sanggup lakukan ini. Tapi apa pilihan
yang aku ada" "Ifa terpaksa abah." Ketika itu aku dan abah sedang berada di kantin
hospital untuk makan tengah hari. Abah begitu gembira setelah aku mengkhabarkan
kesediaan Yusrizal untuk membantu. Tetapi dia sedikit terkejut apabila aku
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
menyatakan syarat yang telah diletakkan oleh lelaki itu sebagai balasan kepada
pertolongannya. Pada mulanya aku berniat untuk mendiamkan diri sahaja. Tetapi
apabila difikirkan, lambat-laun perkara ini akan terbongkar juga. Tentu sekali ibu dan
abah akan tertanya-tanya jika tiba-tiba aku menyuarakan hasrat untuk rujuk semula
dengan Yusrizal. Sedangkan sebelum ini aku yang beria-ia menolak. Jadi lebih baik aku
beritahu awal-awal supaya mereka tidak akan syak wasangka di kemudian hari. "Ifa, Ifa
tak perlu nak berkorban macam ni kalau Ifa sendiri tak rela. Kita boleh cuba minta tolong
daripada orang lain." "Tapi siapa abah" Dah hampir semua saudara-mara kita hubungi.
Dan hampir semua kawan kita dah minta tolong. Tapi tak ada siapa pun yang dapat
tolong kita. Rizal saja harapan kita abah. Ifa terpaksa setuju dengan syarat tu walaupun
hati Ifa tak rela. Ifa nak tengok ibu sihat macam dulu," ujarku lagi. Pada saat ini, aku juga
keliru. Hati tertanya-tanya adakah betul tindakanku ini. Memberikan kehidupan kepada
ibuku dan mempertaruhkan nasib kehidupanku pula" Untuk berpatah balik, tidak
mungkin. Kata putus telah aku berikan. Aku bersetuju dengan syaratnya. Sekarang, aku
hanya perlu menghitung hari pernikahanku dengan penuh debar. Yusrizal sudah
menetapkan yang kami akan bernikah dalam masa tiga bulan dari sekarang. Segala
persiapan dia yang akan tentukan. Aku hanya mampu mengangguk setuju. Namun, aku
sudah memutuskan untuk tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan. Cukup dengan
majlis pernikahan dan kenduri doa selamat untuk saudara-mara terdekat sahaja.
Walaupun pada mulanya Yusrizal nampak seperti tidak berpuas hati tapi dia tetap
bersetuju denganku. Malu pula hendak mengadakan majlis besar-besaran apabila
memikirkan ini bukan kali pertama kami bernikah. "Tapi Ifa jugak yang beria-ia tolak
masa keluarga Rizal datang meminang dulu." "Itu Ifa tahu abah. Tapi Ifa nak buat
macam mana lagi" Ini syarat yang Rizal tetapkan. Ifa kena terima." "Ifa, abah tak tahu
nak cakap macam mana. Tapi abah nak berterima kasih pada Ifa sebab sanggup
berkorban untuk ibu. Ifa anak yang baik. Sanggup membelakangkan kebahagiaan
sendiri demi ibu. Abah beruntung dapat anak macam Ifa. Abah doakan semoga Ifa
bahagia nanti. Cubalah bagi Rizal peluang. Mungkin cara dia untuk dapatkan Ifa agak
keterlaluan, tapi abah tahu Rizal akan membahagiakan Ifa kali ni. Jangan mudah putus
asa. Jangan biarkan rumah tangga Ifa kali ni jadi macam dulu, ya?" Aku hanya
mengangguk mendengar nasihat abah itu. Jauh di sudut hatiku juga mengharapkan
sedemikian. Aku juga tidak mahu pisang berbuah dua kali. Apa yang aku nampak
selepas ini, hidupku hanyalah bersama Yusrizal. Aku akan cuba menjaga rumah
tanggaku nanti walaupun ia terbina daripada asas yang rapuh. Namun persoalannya
sekarang, bolehkah aku menerima kehadirannya kembali dalam hidupku" Mampukah
aku melupakan semua kenangan silam itu" Adakah Yusrizal mampu membahagiakan
aku seperti yang diharapkan oleh abah" Aku hanya berserah pada yang Maha Esa
untung nasibku selepas ini. Apa yang tersurat untukku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Sehingga itu aku perlulah bersedia fizikal dan mental untuk bersama dengan Yusrizal
semula. Walaupun jika rumah tangga kami tidak sebahagia pasangan lain,
sekurang-kurangnya aku tidak akan selemah dulu. Tidak mungkin dia dapat memijak
kepalaku lagi. "Dahlah Ifa, jangan sedih sangat. Jom kita pergi tengok ibu. Kesian ibu
tak ada orang temankan dia," ajak abah. "Yalah... tapi abah janji jangan beritahu ibu, ek.
At least, sampai ibu selamat dibedah," pintaku. "Kenapa pulak abah tak boleh beritahu
ibu?" "Ifa takut kalau tiba-tiba ibu tak nak bedah pulak bila tahu syarat yang Rizal
tetapkan tu. Ifa tahu sangat perangai ibu tu," beritahuku. Pada mulanya abah terdiam.
Tetapi lama-kelamaan bibir abah mula mengukirkan senyuman sambil
mengusap-ngusap kepalaku. Mungkin abah juga bersependapat dengan aku. "MACAM
MANA pembedahan tu doktor" Doktor dah ada tarikhnya?" tanyaku pada Doktor Hakimi.
Ketika itu dia sedang mengadakan lawatan rutin terhadap pesakit-pesakitnya. Dialah
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
yang bertanggungjawab merawat ibuku selama ibu berada di sini. Ibu tidak dibenarkan
pulang ke rumah memandangkan kami telah memutuskan untuk melakukan
pembedahan membuang ketumbuhan di kepala ibu dalam masa yang terdekat. Jadi
mereka bolehlah memeriksa tahap
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
kesihatan ibu dari semasa ke semasa. "Jangan risau. As you wish, pembedahan akan
dilakukan dalam masa terdekat ni. Atau lebih tepat, minggu depan," beritahu Doktor
Hakimi sambil tersenyum. "Alhamdulillah...." Aku mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi
sambil menghadiahkan sebuah senyuman buat ibu. Ibu turut membalas senyumanku.
Namun terserlah kegusaran di wajahnya. Aku faham, sudah tentu ibu terasa gementar
menanti hari pembedahan itu. Kalau aku di tempat ibu pun, aku akan berasa perkara
yang sama. Aku menggenggam jari-jemari ibu untuk memberikan kekuatan buatnya.
"Terima kasihlah doktor," ucap abah. "Tak perlu nak ucapkan terima kasih. Dah memang
tanggungjawab saya," ujar Doktor Hakimi merendah diri. "Okeylah, saya ada beberapa
pesakit lagi yang saya perlu diperiksa. So, saya pergi dulu la ya," sambung Doktor
Hakim lagi. Aku menganggukkan kepala. Pemergian Doktor Hakimi dan seorang
jururawat hanya kuhantar dengan pandangan sehinggalah tubuh mereka hilang di balik
pintu. Namun sebaik sahaja pintu itu ditutup, tiba-tiba ia terbuka semula. Kami bertiga
mula memfokuskan pandangan pada pintu bilik yang menempatkan ibu. Aku tersenyum
senang apabila wajah teman-temanku yang sama-sama mengajar di UUM terjengah
dari balik pintu. Ramainya! Buat rombongan ke apa ni" Lalu aku bangun bersalaman
dengan mereka semua. Ini mesti Husni yang beritahu kerana dia adalah antara
orang-orang yang telah aku hubungi semasa ingin meminta pertolongan tempoh hari.
nada bergurau. Dan gurauanku itu disambut dengan ilai tawa mereka. "How"s your
mother?" tanya Kak Yati, berbisik. Dia adalah penyelaras untuk subjek yang aku
mengajar semester ini. Aku memanggilnya kakak kerana usianya yang sepuluh tahun
lebih tua daripadaku. Kebanyakan teman-temanku lebih tua daripada aku. Aku adalah
antara yang termuda yang menyandang gelaran pensyarah di fakulti perakaunan.
"Alhamdulillah... ibu okey. Cuma bila sesekali sakit dia menyerang... teruk jugaklah,"
jawabku. Kak Yati mengangguk-anggukkan kepala tanda faham sambil matanya
menghala ke arah ibu. Aku juga turut mengalihkan pandangan ke arah abah dan ibu
yang sedang melayan temantemanku. "Ramai yang datang. Tak mengajar ke" Kalau Ifa
yalah jugak, memang tak ada kelas petang ni." "Jangan tak tahu, kita orang pun tak ada
kelas jugak petang ni." "Takkanlah semuanya tak ada kelas. Min tu ada kelas kan
sekarang?" "Emmm... dia tu memang ada kelas. Tapi dia cancelkan semata-mata nak
lawat ibu Ifa ni. Lagipun dia kata nak datang sorang, segan. Tu sebab dia join kita orang.
Tu pun ada lagi yang tak sampai. Mungkin kejap lagilah tu," beritahu Kak Yati. "Hah, ada
lagi?" tanyaku tidak percaya. Nasib baiklah bilik ibu ni besar juga. "Haah.
Pensyarah-pesyarah lelaki. Tak ramai, empat orang aja," beritahu Kak Yati lagi. Sebaik
saja Kak Yati selesai bercakap, pintu bilik terkuak dari luar. Terpacul wajah Mansur,
Faizal, Hafizi dan akhir sekali... Daniel! Dan pandanganku terpaku di situ. Tidak
menyangka yang dia akan datang melawat ibuku hari ini. Sudah agak lama juga aku
tidak bersua muka dengannya. Maklumlah, semenjak tiga minggu ini aku terlalu sibuk.
Sibuk dengan tuntutan tugas, ibu dan juga sibuk melarikan diri daripadanya. "Takziah,
Ifa atas apa yang berlaku," ucap Faizal. Aku hanya menganggukkan kepala sambil
tersenyum pada teman-temanku itu. "Thanks sebab sudi datang." Mereka bertiga
mengangguk dan selepas itu berlalu mendapatkan abah dan ibu. Aku memandang
Daniel dengan rasa serba salah kerana pandangannya tajam sekali menikam mataku.
Perlahan-lahan lelaki itu mendapatku. "Takziah, Ifa. Harap you banyakkan bersabar."
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
"Thanks...." "Ada apa-apa yang perlu I tolong?" Pantas aku menggelengkan kepala. Aku
sememangnya tidak berniat untuk meminta pertolongan daripadanya kerana aku pasti
lelaki di hadapanku ini akan menolongku. Kalau itu berlaku, sia-sia saja usahaku selama
ini untuk mengelakkan diri daripadanya. Pertolongannya itu sudah pasti akan
merapatkan hubungan kami semula. Dan itulah yang diinginkan oleh Daniel. "Kalau you
perlukan pertolongan I, just give me a call, okay?" "Thanks... everything will be fine."
Daniel menghadiahkan senyuman padaku. "Banyakkan berdoa... I nak jumpa dengan
your mom." "Sure. Silakan." "KENAPA you tak beritahu I yang ibu you sakit" Kalau
Husni tak beritahu I pagi tadi, mesti I tak tahu," tanya Daniel ketika kami berpeluang
berdua-duaan di luar bilik yang menempatkan ibu. Semua teman-temanku sudah
pulang, cuma tinggal Daniel saja yang masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu
pulang. Namun baru beberapa saat duduk bersama lelaki itu, dia sudah mengajukan
soalan yang pastinya akan membuatkan hatiku berbelah-bahagi ingin menjawabnya.
Akalku mula mencaricari jawapan yang seharusnya aku ucapkan agar tidak menggores
perasaannya. "I bukan tak nak beritahu. Tapi dalam keadaan kelam-kabut macam ni, tak
ada apa yang I dapat fikirkan melainkan ibu I. Otak I tengah berserabut sangat. I minta
maaf sebab tak inform you," ujarku. Sesungguhnya aku tidak berbohong. Itulah yang
terjadi kepadaku. Semua perkara yang aku lakukan sejak kebelakangan ini agak
kelam-kabut. Segala tugas yang aku lakukan tidak sepenuh hati. Bagaimana hendak
aku tumpukan perhatian sekiranya fikiranku hanya terkenangkan ibu" "Tapi sempat
pulak you beritahu Husni?" "Oh, itu sebab...." Aku tiba-tiba buntu dengan kata-kata.
Biarpun kedengaran amat enteng untuk dijawab tetapi aku harus berhati-hati kerana ini


Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

adalah perangkap untuk jerat yang aku pasang sendiri. Jika aku tersilap kata, pasti
tujuan aku menghubungi Husni akan diketahuinya. "Sebab apa?" tanya Daniel, mungkin
hairan kerana tiba-tiba aku terdiam. "Errr... sebab... emmm... sebab... hah I nak minta
tolong dia informkan students I yang kelas dibatalkan. Masa tu I kat hospital temankan
ibu, so tak sempat nak balik. That"s why I call Husni. Kat situlah terbuka cerita tentang
ibu I," bohongku. "Ooo...." Hanya itu yang terkeluar dari mulut Daniel tetapi sudah cukup
untuk menyatakan yang lelaki itu sudah termakan dengan kata-kataku. Aku menarik
nafas lega. "Lama tak jumpa dengan ibu dan abah you. Kalau tak silap I, dah dekat
enam tahun jugalah. Tapi kenapa dia orang pandang I lain macam aje?" Wajah Daniel
yang penuh dengan tanda tanya aku perhatikan. Aku masih ingat ketika Daniel menyapa
ibu dan abah tadi. Berubah wajah kedua-duanya. Sudah tentu mereka masih ingat pada
Daniel, bekas teman lelakiku itu! Suatu perkara yang mereka tidak ketahui ialah, selain
daripada bekas teman lelakiku, Daniel juga sekarang adalah teman baikku yang juga
mengajar di universiti yang sama. Pada mereka mungkin aku sudah tidak berhubungan
dengan lelaki ini setelah terpisah enam tahun lalu. Dan punca perpisahan kami juga
adalah kerana orang tuaku. Bukan niatku untuk sengaja tidak mahu memberitahu
mereka. Tetapi aku takut sekiranya ibu bapaku tidak membenarkan aku bekerja di UUM
hanya kerana adanya lelaki itu. Punahlah impianku untuk mencurah bakti di tempat yang
sama ketika aku menimba ilmu suatu masa dahulu. Tetapi nampaknya kemunculan
Daniel hari ini pasti mengundang persoalan di benak fikiran ibu bapaku. Mereka pasti
menagih jawapan dariku sebentar lagi. Dan aku sudah bersedia dengan jawapannya.
"Mungkin perasaan you aja kut," ujarku cuba membuang syak wasangka terhadap ibu
bapaku. "Mungkin jugak." Seketika, masing-masing diam tidak bersuara. "Ifa," panggil
Daniel setelah agak lama mereka mendiamkan diri. Aku berpaling memandangnya. "I
miss you." Terkedu aku apabila tiga perkataan itu diucapkan oleh Daniel. Pantas aku
mengalihkan pandangan. Tidak menyangka itu yang akan diucapkan olehnya.
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
"Ifa, you dengar tak" I miss you." "I dengar...." "You tak rindukan I ke?" Perlukah ditanya
soalan itu" Kenapa Daniel seolah-olah masih belum berpuas hati dengan apa yang
telah aku jelaskan padanya dulu" Kenapa perlu sakitkan hati sendiri" "Ifa...." "Daniel,
please... ibu I sakit. Jadi I tak nak bebankan kepala I dengan perkara-perkara yang lain.
Apa yang lebih penting sekarang adalah ibu I." "I faham. I"m sorry. Mungkin I ni terlalu
mendesak you. Emmm... I rasa nak balik dululah. Nanti kalau ada masa, I datang lagi
jenguk ibu you." "Sure. You boleh datang bila-bila masa saja." "Okeylah... I balik dulu
ya?" "Okey! Bye...." "Bye! Assalamualaikum sayang." Serta-merta bulu romaku
menegak. Mataku buntang merenung Daniel. Tidak percaya dengan apa yang aku
dengar tadi. Kelihatan lelaki itu hanya tersenyum sambil mengenyitkan mata dan berlalu
pergi. Tidak terkutik aku di situ walaupun bayang Daniel sudah tidak kelihatan. Tanpa
sedar air mataku menitis. Kelakuannya tadi mengingatkan aku pada kenangan lalu.
romantis selalu saja meniti di bibirnya membuatkan aku tersenyum sendirian.
Sesungguhnya aku rindukan kenangan kami berdua. Saling menyayangi. Namun aku
sedar, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Semuanya sudah
berakhir. Sepatutnya aku tidak perlu mengingati semua itu. Tetapi kenapa Daniel
seolaholah ingin mengingatkan aku pada memori percintaan kami" Aku memegang
dadaku sambil menggeleng-gelengkan kepala. Perasaan ini harus kuusir sejauh
mungkin. Jangan sampai perasaan cinta itu datang lagi padaku. Ada batu penghalang
yang sangat besar di antara kami. Pantas aku menyapu air mata yang mengalir.
Selepas menarik nafas panjang, aku menapak ke bilik ibu. Waktu melawat sudah tinggal
beberapa minit saja lagi. Aku perlu pulang. Ada tuntutan tugas lain yang menantiku pada
esok hari. Tetapi sebelum itu aku harus beritahu ibu terlebih dahulu. Tidaklah orang tua
itu tercari-cari nanti. "Ifa sini kejap!" panggil ibu sebaik saja aku masuk. "Ada apa bu?"
kataku lalu mendapatkan ibu. "Daniel tu budak lelaki yang Ifa kenalkan dekat ibu dengan
abah dulu, kan?" tanya ibu. Sudahku agak, perkara ini akan dibangkitkan juga. "Ya, bu!"
Ibu dan abah memandang sesama sendiri. "Ifa masih berkawan dengan dia?" "Ya. Dia
juga pensyarah kat UUM." "Apa" Kenapa Ifa tak pernah beritahu ibu dan abah?"
"Entahlah..." jawabku selamba. tidak berpuas hati dengan jawapanku itu. "Abah, ibu...
Ifa rasa tak ada salahnya pun Ifa nak terus berkawan dengan Daniel. Lagipun kami
bukannya ada hubungan cinta lagi. Cuma berkawan aje!" "Ibu tak kata salah. Tapi tukan
bekas teman lelaki Ifa. Lagipun ibu dengan abah malu pada dia. Sebab ibu dan abah, Ifa
terpaksa berpisah dengan dia." Sayu sekali suara ibu. Aku memandang ibu yang
tertunduk. Lantas jari-jemari ibu kugenggam. "Dahlah, bu. Ifa tak salahkan ibu dan abah
pun. Mungkin ni dah nasib Ifa. Daniel bukan jodoh Ifa." "Tapi ibu tetap malu dengan
Daniel. Walaupun ibu dah melakukan kesalahan, dia tetap datang melawat ibu." "Dahlah
tu, bu. Daniel pun tak pernah berdendam dengan ibu. Malah dia doakan ibu semoga
cepat sembuh." "Betul ke, Ifa?" tanya ibu tidak percaya. Aku kenal Daniel. Dia tidak
mungkin berdendam. Lelaki itu terlalu baik. Kalau tidak, masakan dia sanggup datang
melawat ibuku" "Betul bu. Ibu jugak yang cakap, dia sanggup datang melawat ibu, kan"
Kalau dia masih marahkan ibu dan abah sudah tentu dia takkan datang. Untuk apa dia
habiskan masa untuk perkara yang dia sendiri tidak suka. Betul tak?" pujukku. Sedikit
demi sedikit terukir senyuman di bibir ibu dan abah. Mungkin terasa sedikit lega apabila
mendengar penjelasanku itu. "Dahlah bu. Yang penting sekarang ibu rehat. Jangan
fikirkan sangat perkara remehtemeh ni." "Betul tu Shima. Awak rehatkan fikiran tu sikit."
"Yalah...." "Ibu rehat la. Ifa dah nak balik ni. Nak buat preparation nak mengajar esok."
"Yalah. Bawa kereta tu elok-elok," pesan ibu. Aku tersenyum membalas pandangan ibu.
Setiap kali aku hendak ke mana-mana, pasti pesanan itulah yang akan dititipkan buatku.
Aku mencapai tangan ibu lalu menyalaminya. Kemudian aku mencapai tangan abah
pula. Hari ini giliran abah menjaga ibu. Mungkin esok giliran aku pula. Kerana lusa hari
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
Jumaat dan aku bercuti. Abah sejak dari awal-awal lagi sudah mengambil cuti untuk
menjaga ibu. "Ifa tak apa-apakan tinggal kat rumah sorang-sorang malam ni?" tanya
abah. Mungkin merasa bimbang dengan keselamatanku. "Tak apa, abah. Lagipun dah
dekat dua minggu Ifa tidur sorang-sorang kat rumah tu. Lagipun jiran-jirankan ada."
"Yalah... jaga diri." Aku menganggukkan kepala lagi. BACAANKU terhenti apabila
loceng tiba-tiba berbunyi berdenting-denting menandakan ada tetamu yang datang.
Siapa pula yang datang ke rumahku malam-malam begini" Pantas aku menjenguk
melalui tingkap. Terkejut aku tatkala melihat Yusrizal yang berada di luar pagar. Lelaki
itu sedang enak bersandar di kereta sambil melambaikan tangan ke arahku. Pantas
aku menyusup. Takut pula sekiranya lelaki itu terlihat mahkotaku yang sebelum ini
terlindung daripada pandangan lelaki-lelaki ajnabi sepertinya. Dalam kepalaku hanya
satu persoalan yang berlegar-legar. Ada hal apa yang membawa lelaki itu ke mari. Jam
pula sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Tidak elok sekiranya jiran-jiran
ternampak. Di rumahku ini bukan ada sesiapa melainkan aku. Tak pasal-pasal pula
kena cekup pula! Mahunya diperli abah kerana tidak sabar-sabar. Sedangkan
pernikahan kami akan berlangsung dalam masa tiga bulan saja lagi. Aku melangkah
menuruni anak tangga selepas memakai tudung. "Kenapa awak datang ni?" tanyaku
pada Yusrizal. "Tak nak jemput abang masuk ke?" tanya Yusrizal pula. Mungkin berasa
tidak selesa hendak berbual kerana dibatasi pintu pagar. Aku berfikir sejenak sama ada
hendak membenarkan lelaki itu masuk atau tidak. "Jangan risau. Abang tak ada niat
buruk. Abang bukannya gelojoh sangat. Abang sanggup tunggu. Lagi tiga bulan aja,
kan?" Walaupun menyampah dengan kata-katanya itu, aku tetap membukakan pintu
pagar dan membenarkan tetamu yang tidak diundangku itu masuk. Tetapi kami hanya
duduk di kerusi batu di depan rumah. Aku meninggalkan Yusrizal sebentar di laman
untuk menyediakan air untuknya. Walaupun Yusrizal tetamu tidak diundang, tetapi aku
tetap melayannya seperti biasa. Tambahan pula dia sudah bermurah hati membantu
keluargaku. "Jemputlah minum," pelawaku sambil meletakkan secawan Nescafe susu di
hadapannya. Yusrizal tersenyum memandangku. "Tak sangka Ifa masih ingat minuman
kegemaran abang," ujar Yusrizal sambil tersenyum. Aku sedikit tersentak dengan
kata-katanya. Barulah aku teringat, itu adalah minuman kegemaran Yusrizal. Entah
apalah yang difikirkan oleh Yusrizal saat ini. Sedangkan aku sendiri terlupa minuman
kegemarannya. Sebenarnya aku menyediakan Nescafe susu kerana teh dan kopi sudah
habis. Aku belum lagi membeli barangan dapur. "Minumlah," pelawaku lagi. Malas nak
menambahkan rasa syok sendiri lelaki itu. Yusrizal mencapai cawan lalu dihirup airnya.
"Emmm... sedap. Rasanya masih macam dulu. Dah lama abang tak minum air tangan
Ifa," puji lelaki itu. Aku hanya diam tidak berkutik. Dalam hati aku menyumpah-nyumpah
lelaki ini kerana mengungkit kisah lama kami. Tetapi aku tidak boleh menunjukkan rasa
menyampahku itu. Tidak molek rasanya. Orang sudah berbudi takkanlah hendak dibalas
dengan tuba. "Sebenarnya apa tujuan awak ke mari?"
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
Yusrizal meletakkan cawan yang sudah kosong di atas meja. "Abah dan ibu yang suruh
abang tengok-tengokkan Ifa. Katanya Ifa tinggal kat rumah sorang-sorang malam ni.
Mereka risaukan Ifa." "Abah dan ibu yang suruh" Bila masa awak jumpa dia orang?"
"Tadi abang pergi melawat ibu." "Ooo...." Aku menganggukkan kepala tanda faham.
"Tak perlulah awak susah-susah. Saya dah biasa. Dah dekat dua minggu saya tidur
sorang-sorang. Alhamdulillah... setakat ni tak ada apa-apa berlaku," jawabku yakin.
"Tak apa... tak menyusahkan pun. Inikan amanah abah dan ibu supaya jaga anak
kesayangan mereka ni. Lagipun, abangkan bekas suami dan bakal suami Ifa. Mestilah
abang kena jaga Ifa." "Saya okey aja. Tak perlulah awak risau," balasku acuh tak acuh.
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
"Ifa macam tak suka aja abang datang ni?" tanya Yusrizal. Memang pun! jawabku dalam
hati. "Bukan tak suka. Tapi tak elok dipandang jiran-jiran. Dah lewat sangat dah ni." "Kita
bukan buat apa-apa pun." "Memanglah... tapi tetap tak manis dipandang orang," kataku
lagi. Yusrizal tersenyum lagi. "Abang faham. Kita hidup berjiran, kan. Abang datang pun
bukan nak berlama-lama. Sekadar nak tengok-tengokkan Ifa aje." Aku mengangguk
tanda mengerti. "Hmmm... macam mana dengan cek yang abang kasi tu" Ifa dah
tunaikan?" "Dah. Saya dah daftarkan ibu untuk pembedahan." "Bila pembedahannya?"
"Minggu depan." "Elok sangatlah tu. Lagi lama lagi bahaya." Aku mengiakan
kata-katanya. Sebab itulah aku terpaksa bersetuju untuk rujuk semula dengan Yusrizal.
Hanya kerana tidak mahu berlengah-lengah lagi. Kerana seperti kata Yusrizal, lagi lama
lagi bahaya. "Emmm... okeylah, abang balik dulu. Tapi sebelum tu abang nak beritahu,
famili abang nak datang hari Sabtu ni. Nak melawat ibu. Mama, papa dan Nisa nak
sangat jumpa dengan Ifa. Ifa jangan lupa datang, ek?" Aku kerutkan dahi. Mama dan
papa nak datang" "Dia orang dah tahu ke tentang kita?" "Dah. Dia orang dah tahu yang
kita akan rujuk semula. Bukan main gembira lagi dia orang." Aku kerutkan dahi. Mereka
sudah tahu" Bermakna mereka juga sudah tahu kenapa kami akan rujuk semula" Oh,
tidak! Malunya aku! "Okeylah, abang balik dulu. Nanti jangan lupa datang rumah." Aku
menganggukkan kepala lalu bangun menghantarnya ke kereta. "Ifa take care ya.
Pastikan semua pintu dan tingkap berkunci," pesan lelaki itu sebelum masuk ke dalam
kereta. "Okey. "Bye sayang." Aku hanya mendiamkan diri. Tidak berniat untuk
membalasnya. Dan lelaki itu terus memecut keretanya meninggalkan aku yang
termangu-mangu Aku masuk lalu mengunci pagar. Tidak lupa pintu dan tingkap rumah
juga aku pastikan berkunci. Teringat pesanan Yusrizal sebentar tadi. Aku tersenyum
sendirian. Tidak disangka aku sudah boleh duduk dan berbual-bual dengan lelaki itu
sebentar tadi. Semua ini kerana ibu! Kalau tidak, jangan harap aku akan bermanis mulut
seperti itu. Tetapi hakikatnya, itu adalah lakonanku semata-mata. Bimbang kalau-kalau
Yusrizal menarik balik bantuan yang dihulurkan sekiranya aku bersikap kurang ajar
dengannya. Hancurlah angan-anganku ingin melihat ibu kembali sihat. Walaupun
perasaan benci dan marahku padanya masih menebal, tetapi aku harus berlagak seperti
aku menghargai pertolongannya. Bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa,
orang memberi kita merasa. 13 SUDAH tiga minggu peristiwa itu berlaku. Dan kini aku
boleh menarik nafas lega. Ketumbuhan yang selama ini mengganggu kesihatan ibu
telah berjaya dibuang. Wajah ibu sudah tidak nampak pucat lagi. Malah ibu sekarang
sudah boleh tersenyum bahagia seperti selalu. Aku amat bersyukur dengan apa yang
berlaku. Ternyata Tuhan masih sayangkan ibu kerana memberi peluang untuknya terus
melihat dunia yang indah ini. Aku dan abah juga turut berasa syukur kerana berpeluang
merasai kasih sayang ibu lagi selepas ini. Syukur alhamdulillah! "Doktor, bila agaknya
mak cik boleh keluar dari hospital?" tanya ibu kepada Doktor Hakimi. Seperti biasa lelaki
itu tidak pernah lupa untuk memantau tahap kesihatan ibu. Apatah lagi selepas
pembedahan. "Kenapa" Dah bosan?" tanya doktor itu kepada ibu. "Mestilah bosan. Dah
sebulan lebih mak cik kat sini. Asyik makan tidur, makan tidur... tak buat apa-apa.
Lama-lama badan mak cik pun jadi macam tong!" Terhambur semua tawa yang berada
di dalam bilik itu. Bergema bilik dengan ketawa yang bergabung. Apa tidaknya, selain
keluargaku, keluarga Yusrizal juga turut berada di sini hari ini. Mereka semua baru
sahaja sampai pagi tadi. Sejak dikhabarkan tentang penyakit ibu, keluarga bekas
mentuaku itu tidak pernah lupa untuk menjenguk ibu setiap hari Ahad. Berada jauh di
Kuala Lumpur bukan masalah buat mereka untuk melawat ibu. Aku sungguh terharu
dengan keprihatinan keluarga bekas mentuaku itu. "Alah, Shima... berehatlah lama sikit.
Awak tu baru lepas bedah. Biarlah luka pembedahan tu pulih dulu," kata mama. "Saya
bukan apa, Maria... dan bosan sangat dah. Nak tidur pun tak daya rasanya. Hati asyik
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
ingat kat rumah aje. Lagipun, saya kan dah sihat. Luka pembedahan pun dah nak
sembuh dah." "Betul ke mak cik nak balik?" tanya Doktor Hakimi. "Betullah doktor. Boleh
ke kalau mak cik nak balik?" Mata ibu kelihatan bersinar-sinar penuh mengharap.
Sebagai anak aku faham perasaan ibu. Pasti ibu bosan berada di sini. Kalau aku pun
akan terasa perkara yang sama. "Mengikut pada pemeriksaan saya, mak cik pun dah
semakin sihat. So, tak ada sebab kenapa saya masih nak tahan mak cik lama-lama di
sini," jawab Doktor Hakimi. "Maknanya isteri saya ni dah boleh baliklah doktor?" Suara
abah pula kedengaran. Abah kelihatan gembira sekali. Apatah lagi apabila Doktor
Hakimi menganggukkan kepala. Tetapi yang paling seronok tentulah ibuku. "Tapi bukan
hari ni, esok baru mak cik boleh keluar." "Esok pun esoklah doktor, asalkan mak cik
dapat keluar dari sini." Tersenyum aku dengan kata-kata ibu. Wajah ibu ternyata
menunjukkan yang dia betulbetul gembira. Senyum di bibir ibu membuatkan hatiku
tenang. Syukur kerana kami sudah berjaya melalui ujian Allah SWT. "Okey, saya keluar
dulu. Assalamualaikum." "Waalaikumussalam," jawab kami semua. "Baguslah kalau
Shima dah boleh keluar. Kita pun ada perkara yang nak kena selesaikan ni," kata mama
dengan nada gembira sambil memandang aku dan kemudian Yusrizal. Aku yang
memahami maksud kata-kata mama itu pantas memberikan isyarat mata buatnya.
Menandakan yang aku belum bersedia untuk membicarakan soal itu lagi.
Sekurangkurangnya biarlah sampai ibu betul-betul sihat dahulu. "Perkara apa, Maria?"
tanya ibu. "Errr... tak ada apa-apalah." "Kenapa, Maria" Macam ada perkara penting
aja," soal ibu masih tidak berpuas hati. Aku sudah gelisah di tempatku. Semua mata
tunak memandangku seolah-olah memahami apa yang aku rasa saat ini kecuali ibu
sahaja yang masih memandang mama meminta kepastian. "Kenapa ni" Hah, Ifa?" Ibu
memandang aku pula setelah menyedari yang semua orang sedang memandangku.
"Tak ada apa-apa bu." "Jangan nak tipu ibu. Semua orang nampak pelik sangat ni."
"Ibu...." Yusrizal melangkah ke depan lalu bertenggek di atas katil ibu. "Ibu jangan
banyak fikir sangat. Ibu rehat dulu. Bila ibu dah sihat betul-betul, baru kami
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
beritahu ibu. Jangan risau, ni berita gembira... bukan berita buruk," sambung Yusrizal
lagi. Kini giliran Yusrizal pula memujuk ibu. Serta-merta mulut ibu yang sibuk bertanya
tadi terdiam. Termakan dengan pujukan bekas menantu kesayangannya itu. "Yalah...
ibu rehat. Tapi janji, bila ibu dah sihat nanti mesti beritahu ibu. Jangan nak mungkir
janji." "Janji!" Yusrizal angkat tangan seolah-olah sedang bersumpah. Aku hanya
memerhati gelagat Yusrizal. Pandai juga dia memujuk ibu. "Kalau macam tu kita pun
kena beransurlah nampaknya. Bagi peluang untuk orang sakit nak berehat," usik papa.
"Betul tu papa. Nanti ada pulak yang tak dapat keluar hospital esok," usik Nisa pula.
Kami semua tertawa apabila ibu memuncung diusik kedua beranak itu. Selepas
bersalaman kami mula beransur meninggalkan ibu sendirian untuk berehat. "Ifa!" Aku
dan abah yang ketika itu sudah hendak melangkah keluar dari bangunan hospital,
menoleh apabila terdengar namaku dipanggil. Kelihatan keluarga Yusrizal sedang
menghampiriku. Tiba-tiba perasaan bersalah di hatiku kerana menonong saja berjalan
ke hadapan tanpa mempedulikan mereka semua. "Ifa dah nak balik ke?" Aku
mengangguk. "Kenapa mama?" "Sebenarnya macam ni. Kami ingat nak ajak Ifa dengan
Hassan ke rumah Yusrizal. Kita makan sama-sama. Dah lama tak makan bersama,"
ajak papa. Yang lain hanya menganggukkan kepala tanda mengiakan kata-kata papa.
Terbit rasa serba salah dalam hatiku ini. Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku berkata
tidak. Tetapi apa pula alasan yang hendak aku persembahkan supaya penolakanku
nanti tidak menyentuh hati mereka" Dalam perkara begini, campur tangan orang
terdekat memang amat berhasil. Lalu aku memandang abah dengan pandangan yang
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
sarat dengan makna. Mengharapkan abah bersuara bagi pihakku yang memang tidak
mahu menyertai mereka. Tidak betah aku dengan keluarga ini sekiranya Yusrizal turut
serta. Masalah aku sekarang ialah Yusrizal! Bukan pelawaan mereka! Sejak
kebelakangan ini lelaki itu sering saja muncul di mana-mana. Seolah-olah dia sedang
mengekori ke mana saja aku pergi. Akalku galak mengatakan lelaki ini sedang mencari
peluang untuk bersamaku. Aku jadi rimas dengan semua ini. Tetapi aku tidak berani
bersuara kerana bimbang dia akan mengungkit tentang duit yang telah dia pinjamkan
kepadaku. Pernah suatu hari aku menyatakan rasa hatiku yang tidak mahu hubungan
kami terlalu rapat sebelum aku sah menjadi miliknya. Aku juga lantang menyuarakan
bahawa wang yang aku pinjam darinya bukan tiket untuknya untuk memenangi hatiku.
Kalau perlu aku akan mencari jalan untuk membayar kembali wang yang aku pinjam
darinya dulu. Tapi dengan tegas pula dia mengatakan... "Kalau Ifa nak sangat kita
kahwin minggu depan, buatlah. Abang lagi suka. Lagi cepat lagi bagus." Pada waktu itu
aku ingat dia hanya bergurau, tetapi ternyata lelaki itu tidak bergurau. Aku pantas
mencapai telefon bimbit yang berada di tangannya lalu mematikan talian. Siap buka
loudspeaker lagi supaya aku mendengar perbualannya. Entah apa kata mama bila talian
itu diputuskan secara tiba-tiba. Yang aku tahu aku perlu memutuskan perbualan itu


Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

kerana Yusrizal berhasrat untuk meminta mama mempercepatkan pernikahan kami. Dia
juga mengatakan aku yang meminta begitu. Memang gila! Lalu apa lagi pilihan yang aku
ada, melainkan mengikut saja rentaknya. Tetapi aku perlu menggunakan psikologi!
Tegas dalam kelembutan. Walaupun perkahwinan ini tetap akan berlangsung tetapi aku
boleh menundanya dari tarikh asal. Hanya tinggal lebih kurang dua bulan saja lagi aku
akan menjadi isteri orang. Semakin hampir tarikh itu semakin aku rasakan yang aku
tidak bersedia. Aku perlu menunda tarikhnya! "Macam mana Hassan?" Mama pula
bertanya. Tidak sabar mahu mendengar persetujuan daripada kami berdua. "Tak
menyusahkan ke?" "Apa yang susahnya Hassan" Kita pergi makan aja. Yang lain
semua pembantu rumah yang sediakan. Lagipun tak lama lagi kita dah nak jadi
keluarga, kan?" kata papa pula. Aku masih lagi memandang abah. Mengharapkan abah
memberikan alasan yang membolehkan aku terlepas daripada semua ini. Abah
mengalihkan pandangannya kepadaku. "Apa salahnya?" Dan aku melepaskan keluhan
hampa. Punah segala hasratku untuk mengelak dari berjumpa dengan Yusrizal. Aku
rimas! Sesampai saja di rumah Yusrizal, kami disambut oleh pembantu rumahnya.
Gembira sekali orang tua itu apabila melihat kedatanganku. Maklumlah, sejak pertama
kali aku menjejakkan kami ke rumah ini beberapa minggu lepas, kami sudah serasi.
Mulut Mak Cik Bibah yang becok bercerita tidak berhenti-henti membuatkan aku senang
berbual dengannya. "Ada tetamu rupanya hari ni. Nasib baik mak cik masak lebih. Rizal
pun bukan nak habaq awai-awai." "Alah, Rizal dah tahu mesti mak cik masak lebih.
Sebab tu Rizal tak beritahu." "Yalah, hang duduq dulu na. Mak cik nak pi dapuq sat."
"Tak siap lagi ke Bibah" Tetamu dah lapar ni," tanya mama. "Dah siap dah puan. Cuma
nak hidang ja." "Saya tolong ya." "Ifa ikut ma." Mama hanya menganggukkan kepala.
Mungkin menyedari ketidakselesaanku apabila ditinggalkan sendirian. "Kenapa tak nak
beritahu ibu tentang Ifa dan Rizal?" Aku yang ketika itu sedang menyusun gelas di atas
dulang, tersentak apabila tiba-tiba terdengar ada suara di belakangku. Aku mengurut
dada. Nasib baik tidak terlepas dulang dalam peganganku ini. "Mama, terkejut Ifa!"
"Sorry, mama tak sengaja. Ingatkan Ifa tahu mama ada kat belakang," kata mama
sambil mengusap belakangku. Meredakan sedikit rasa terkejutku tadi. "Tak apalah.
Mama tanya apa tadi?" "Mama tanya kenapa tak nak beritahu ibu tentang perkahwinan
Ifa dan Rizal?" "Ooo yang tu... biar dululah." "Kenapa pula macam tu" Nanti mesti ibu
tahu jugak." "Biarlah ibu sihat dulu. Nanti barulah Ifa beritahu. Ifa takut mengganggu
kesihatan ibu pula." "Apa pulak mengganggu kesihatan ibu" Kalau Ifa nak tahu, ibu
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
memang suka kalau Ifa dan Rizal rujuk semula." "Itu Ifa tahu. Tapi Ifa takut kalau ibu
tahu tentang..." "Mama!" Aku dan mama berpaling ke arah pintu dapur. Kelihatan
Yusrizal sedang berdiri di situ. "Isy... budak ni! Yang kamu terpekik tu kenapa"
Macamlah mama ni duduk sebatu," marah mama. Yusrizal hanya tersengih dimarahi
oleh mamanya. "Papa panggil," beritahu Yusrizal. "Isy, papa kamu ni pun! Bukan boleh
tengok kita senang sikit. Ada saja mahunya," gumam mama. Mungkin tidak berpuas hati
kerana perbualan kami diganggu. Walaupun begitu
1Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
mama tetap berlalu mendapatkan papa yang berada di ruang tamu bersama abah.
Sepeninggalan mama, Yusrizal pantas mendapatkan aku. Aku mengerutkan dahi tidak
mengerti. "Jangan terlepas cakap. Abang tak ada beritahu apa-apa pun tentang duit
yang Ifa pinjam daripada abang tu pada famili abang," beritahunya sambil berbisik di
telingaku. Tidak mahu sesiapa pun terdengar perbualan kami. Aku membuntangkan
mata tidak percaya. Bererti mereka semua masih tidak tahu tentang pinjaman tu!
"Kenapa awak tak beritahu?" Tanyaku juga dalam keadaan berbisik. "Mereka tak perlu
tahu. Ni rahs 2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya - Bidadari Pendekar
Naga Saktihttp://cerita-silat.mywapblog.com
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
Bidadari Pendekar Naga Sakti ia kita berdua!"
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
14 TELAH genap seminggu ibu keluar dari hospital. Ibu juga sudah semakin sihat.
Sudah boleh bergelak ketawa dan sudah boleh melakukan aktiviti seharian. Cuma ibu
tidak boleh selincah dulu kerana luka pembedahan ibu masih belum pulih sepenuhnya.
Mungkin tidak berapa lama lagi akan sembuh. Aku memerhati ibu yang kelihatan
gembira sekali dikelilingi teman-temannya. Bukan main seronok lagi ibu berbual-bual.
Tersenyum aku melihatnya. Senang hati dapat melihat ibu bergelak ketawa begitu. Hari
ini keluargaku telah mengadakan sedikit kenduri doa selamat sebagai tanda
kesyukuran kerana ibu telah sembuh daripada penyakitnya. Selain itu, dapatlah juga
merapatkan hubungan kami sesama jiran. Setelah penat melakukan bermacam-macam
kerja, aku melepaskan lelah di dapur. Terasa letih benar badanku hari ini. Hampir
keseluruhan badanku terasa sengal-sengal. Kalaulah dapat aku melelapkan mata saat
ini alangkah baiknya. Tentu aku akan tertidur sehingga ke pagi dengan nyenyak sekali.
Jam yang berdenting sebanyak sebelas kali menandakan hari sudah hampir dinihari.
Tetamu juga sudah beransur pulang. Yang tinggal hanya jiran-jiran terdekat. Dalam hati
aku berdoa agar mereka cepat pulang. Dapatlah aku menghabiskan semua kerja dan
merehatkan badanku yang keletihan ini. "Hai, penat nampak!" tegur Nisa yang baru
masuk ke dapur. Aku hanya menghadiahkan senyuman padanya. "Ramai jugak tetamu
yang datang ya kak" Kata jemput sikit aja. Nasib baik makanan cukup." "Itulah, akak
pun tak tahu yang abah jemput ramai macam ni. Naik letih akak." "Nisa pun letih jugak
ni," ujar Nisa sambil menumbuk-numbuk bahunya lembut. Aku kasihan melihat wajah
Nisa yang berkerut-kerut. Aku yakin Nisa tidak biasa melakukan kerja-kerja seperti ini.
Maklumlah, anak orang kaya. Tetapi gadis itu tidak cerewet. Tetap mahu meringankan
tulang dengan membantu apa-apa yang patut. Nasib baiklah keluarga bekas mentuaku
dan jiran-jiran sudi membantu. Kalau tidak mahunya aku terkulai sebelum majlis
bermula. "Hai, kat sini rupa-rupanya budak berdua ni! Ingatkan hilang ke mana." Mama
sudah tercegat di muka pintu sambil bercekak pinggang. "Orang letihlah mama. Bagi la
rehat sekejap," balas Nisa. "Semua orang letih. Jom kita siapkan kerja. Sikit aje lagi.
Lepas tu semua boleh rehat." "Semua tetamu dah balik ke mama?" "Dah balik semua
dah. Tinggal kita aje ni." "Ifa ke depan dululah. Nak mengemas. Nisa rehatlah kalau
letih. Kesian Nisa tak berhenti-henti buat kerja dari tadi," ujarku. Lagipun Nisa adalah
tetamu. Sepatutnya dia tidak perlu beria-ia melakukan kerja. "Eh, tak ada rehat-rehat.
Pergi depan kemaskan apa yang patut!" marah mama. Aku lihat Nisa menarik muncung.
Tidak senang kerana dipaksa mama. Aku tergelak dengan kelakuannya. Comel
sungguh! Masing-masing terkulai di ruang tamu sebaik sahaja selesai mengemas dan
mencuci pinggan. Letih sungguh rasanya. Aku mengusap-usap kepala Nisa yang sudah
terlentok di bahuku. Kasihan aku melihatnya. "Mama sekeluarga tidur sinilah ya malam
ni. Dah letih sangat Ifa tengok tu." "Tak payah susah-susahlah, Ifa. Satu hal pulak kamu
sekeluarga nak menguruskan kami nanti." "Tak ada susahnya, mama. Tidur sinilah. Nisa
pun dah tertidur ni." "Betul cakap Ifa tu, Maria. Tidur sini ajelah. Esok baru balik. Dalam
keadaan letih macam ni, nak bawa kereta pun tak daya jadinya," pujuk abah pula. "Betul
tu mama. Rizal pun tak larat dah ni," ujar Yusrizal pula sambil memicit-micit bahunya.
Aku tersenyum melihat gelagatnya. Tetapi senyuman itu aku sembunyikan daripada
pandangan semua orang. Agaknya inilah pertama kali Yusrizal melakukan kerja-kerja
berat sebegini. Ya la, selalunya ada orang gaji yang membantu. Rasakan! "Tapi kan ke
esok Rizal kerja" Sempat ke nak pergi kerja esok?" "Rizal tak masuk ofis kut esok. Tak
ada yang penting pun esok." "Kalau macam tu, kita tidur sini ajelah." Akhirnya mama
memberikan persetujuan. "Macam tu la. Hah, Ifa... jom ikut ibu kemaskan bilik." Aku
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
mengangguk. Aku ingin bangun. Tetapi agak sukar kerana kepala Nisa sudah terlentok
di bahuku. "Hoi, Nisa! Bangunlah... tak senonoh betul anak dara ni." Yusrizal yang
berada di sebelah Nisa memukul bahu adiknya. Terpisat-pisat gadis itu bangun. "Apa
abang ni" Jealous la tu tengok Kak Ifa usap kepala Nisa. Abang tak boleh!" Bergema
seisi rumah apabila Nisa berkata begitu. Merona merah wajahku dengan kata-kata
spontan Nisa. Cepat saja aku melangkah ke atas. KEESOKANNYA aku bangun seawal
yang mungkin untuk menyediakan sarapan. Aku kira aku yang awal sekali bangun,
tetapi rupa-rupanya aku silap kerana ibu sudah mendahului aku. Tetapi kalau diikutkan,
aku memang tidak akan boleh menyaingi ibu kerana setiap hari ibu akan bangun awal.
"Awal bangun hari ni," tegur ibu sebaik sahaja aku masuk ke dapur. Sapaan ibu itu kalau
diteliti betul-betul, dengarnya seperti menyindirku. Senyuman sumbing aku hadiahkan
buat ibu. "Biasalah bu." "Nisa dah bangun?" Ibu bertanya. "Belum lagi. Kejap lagi
bangunlah tu. Nak kejutkan kesian pulak. Letih sangat Ifa tengok dia." "Dah, mari tolong
ibu." Aku mendapatkan ibu. "Apa sarapan kita hari ni, bu?" "Ibu ingat nak masak nasi
lemak. Dah lama tak makan nasi lemak." "Bagus jugak tu. Ifa pun dah lama tak makan
nasi lemak yang ibu buat." Kami memasak dengan ceria sekali pagi itu. Maklumlah,
sudah lama tidak berbual begini. Banyak benar perkara yang kami ceritakan sehingga
tidak sedar telah mengejutkan seisi rumah. "Maaflah semua. Kami ni bising sangat
sampai bangun semua orang," kata ibu yang ketika itu sudah selesai memasak. Aku
pula sedang membuat minuman untuk dihidangkan bersama sarapan pagi. "Tak adalah.
Memang dah waktu bangun pun sekarang ni. Nak tidur sampai pukul berapa?" Mama
membalas kata-kata ibu. Mungkin tidak berasa enak kerana ibu menyalahkan diri
sendiri. "Dapat tidur nyenyak semalam?" "Memang nyenyak, Shima. Tak sedar
apa-apa pun. Tahu-tahu dah pagi." "Sampai ada orang tu berdengkur," sampuk papa.
Tidak lain dan tidak bukan mesti mahu mengenakan mama. "Eh, mana ada! Abang tu
yang kuat berdengkur nak mengata kita pulak," bangkang mama tidak mahu kalah. Aku
ketawa melihat telatah pasangan suami isteri itu. "Eh, Rizal dengan Nisa mana" Tak
bangun lagi ke?" tanya abah tiba-tiba. "Belum bangun lagilah tu. Budak berdua tu
memang macam tu. Selagi matahari tak meninggi, selagi tu tak bangun. Ifa, tolong
mama kejutkan Nisa dengan Rizal," pinta mama. "Hah, Ifa?" Keliru aku dengan
permintaan mama. Kalau Nisa bolehlah aku kejutkan. Tapi Rizal" Ah... apa susah, lepas
kejutkan Nisa, suruhlah Nisa kejutkan abang dia! "Yalah, Ifa kejutkan." Aku mendaki
anak tangga menuju ke bilikku. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, terpacul wajah Nisa
yang baru selesai mandi. Tubuh gadis itu pula hanya dibaluti tuala. "Sorry kak. Nisa
pinjam towel." "Gunalah Nisa. Kejap lagi Nisa turun ek, kita sarapan sama-sama. Lepas
tu tolong kejutkan abang Nisa ya." "Alah, akak pergilah kejutkan abang. Nisa nak pakai
baju ni." "Nisa pakailah baju dulu. Lepas dah siap, kejutlah abang." "Nisa rasa baik
akak pergi kejutkan dia sekarang. Nisa ni siap lambat. Kalau lepas Nisa
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
siap baru nak kejutkan abang, alamatnya tak sarapanlah kita. Akak kejutkan abang, ek.
Jumpa nanti." Gadis itu terus menutup pintu bilik, meninggalkan aku yang terkulat-kulat
di situ. Apa yang harus aku lakukan" Kejutkan atau tidak" Kalau perempuan tak apa. Ini
lelaki! Janggal pula rasanya walaupun kami pernah menjadi suami isteri suatu ketika
dahulu. Tapi itu lima tahun lepas! Setelah puas berfikir akhirnya aku menapak juga ke
bilik yang dihuni oleh Yusrizal. Pintu bilik itu aku ketuk. Beberapa ketukan yang aku buat
masih tidak berjaya membuatkan Yusrizal bangun. Dalam hati mendengus geram. Tidur
mati agaknya! Aku mengetuk lagi pintu bilik itu. Untuk menerjah masuk, tidak akan
sesekali aku lakukan. Hampir kebas tanganku ini barulah pintu bilik dibuka. Terpacul
Yusrizal yang hanya bertuala tanpa baju. Rambut dan tubuh yang masih basah
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
menandakan lelaki itu baru sahaja selesai mandi. Seksi habis! Pantas aku mengalihkan
pandangan dari tubuhnya itu. Serta-merta wajahku terasa hangat. "Morning sayang,"
sapa Yusrizal. Ceria. "Mama panggil sarapan." "Okey, kejap lagi abang turun." "Kalau
macam tu saya turun dulu." "Eh, nanti dulu Ifa!" Panggilan Yusrizal membuatkan langkah
kakiku terhenti. Namun pandanganku masih bukan padanya. Aku lebih rela memandang
dinding rumah daripada memandang tubuhnya yang sasa itu. "Ada apa?" "Emmm... Ifa
juling ke?" Pertanyaannya membuatkan mataku terarah kepadanya. Tepat! Berani dia
kata aku juling" "Tak adalah. Dari tadi abang tengok Ifa asyik pandang tempat lain aje.
Sedangkan Ifa tengah bercakap dengan abang. Ifa bukan bercakap dengan dinding
tukan?" Aku mengetap bibir. Terasa aku dengan sindiran lelaki yang berada di
hadapanku ini. Yusrizal pula hanya tersenyum mengejek. Geram aku melihat gelagatnya
saat itu. "Suka hati sayalah nak pandang mana pun! Mata saya!" "Ya la... abang tahulah
mata sayang. Tapi selalunya kalau kita bercakap dengan seseorang, kita kena pandang
mata, kan" Bukan tempat lain. Silap-silap orang boleh tersalah sangka pula." "Nak buat
macam mana, dinding tu lagi lawa daripada awak!" Aku menjawab selamba. Tidak mahu
kalah dengan usikannya. "Ya ke" Ke sebab malu tengok abang macam ni?" "Kalau dah
tahu tu kenapa tak pakai baju?" "Eh... bukan salah abang. Ifa yang ketuk pintu macam
nak roboh. Tak sempat nak pakai baju, abang buka ajelah pintu. Nanti tak pasal-pasal
abang kena ganti pula pintu ni." "Dahlah. Malas nak layan awak." Aku mula mengorak
langkah. Malas nak bertikam lidah dengan Yusrizal yang gemar benar mengusik sejak
kebelakangan ini. Pantang ada peluang pasti aku dikenakan sehinggakan pipi aku
merah padam. Marah dan malu! Hairan! Lain benar sikap Yusrizal jika dibandingkan
dengan sikapnya dulu. Kenapa dengan tiba-tiba aku rasakan lelaki ini bukan lelaki yang
sama aku nikahi dulu" Namun belum pun sampai dua langkah, aku terasa lenganku
dicengkam kuat dan ditarik ke belakang. Dek kerana terkejut aku menoleh. Semakin
membuatkan aku terkejut apabila wajahku terlalu hampir dengan lelaki yang berada di
hadapanku ini. Lidahku kelu tidak terkata. Mataku hanya mampu memandang ke dalam
anak matanya. "I really like when you"re blushing. So cute, sayang." Bisiknya. AKU
duduk berteleku di atas katil sambil memeluk lutut. Peristiwa siang tadi masih
berlegarlegar di kotak fikiranku ini. Entah mengapa sukar benar untuk aku
melupakannya. Terngiangngiang kata-katanya dan terbayang-bayang alis matanya yang
memukau itu. Tidak pernah aku menatap lama mata itu sebelum ini. Dan hari ini aku
berpeluang. Tetapi bayangan itu pula seakan sukar benar mahu meninggalkan fikiranku
sehingga saat ini. Ia membuatkan otakku tidak berhenti mengelamun sejak dari pagi
tadi. Isy... apa kena dengan aku ni" Dah gila agaknya! Untuk apa aku mengingati lelaki
yang telah menyebabkan aku bergelar janda sekarang ni" Buat sakit kepala aje. Lebih
baik aku tidur. Esok aku perlu bangun awal untuk masuk mengajar. Ketukan di muka
pintu mematikan niatku yang ingin merebahkan kepala sebentar tadi. "Masuklah!" tempik
aku dari dalam. Aku tersenyum pada ibu yang sedang berjalan mendapatkan aku. Ibu
melabuhkan punggung di sebelahku. "Ibu tak tidur lagi?" Ibu menggelengkan kepala.
"Ibu nak cakap dengan Ifa sikit." "Cakaplah bu." "Betul ke Ifa nak rujuk semula dengan
Rizal?" Aku mengerutkan dahi. Dari mana pula ibu tahu semua ni" Seingatku kami tidak
pernah membincangkan hal ini sejak ibu keluar dari hospital. Semua orang seperti lupa
tentang itu. "Siapa yang beritahu ibu?" soalku ingin tahu. "Bekas mentua Ifa yang
beritahu tadi. Pada mulanya ibu tak percaya. Tapi bila abah mengiakan, baru ibu
percaya. Kenapa tiba-tiba Ifa nak balik pada Rizal" Sedangkan sebelum ni Ifa yang
menolak?" "Ibu tak suka ke Ifa rujuk semula dengan Rizal?" "Bukan tak suka, Ifa. Tapi
dulu Ifa yang tak suka bila ibu dan abah terima lamaran Rizal. Siap mogok lagi dengan
ibu dan abah!" "Mungkin Ifa nak kasi peluang kat Rizal. Ibu juga yang cakap dulu, Rizal
yang sekarang tak sama dengan Rizal yang dulu." "Jangan cuba nak bohong dengan
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
ibu, Ifa. Ifa jadi anak ibu bukannya setahun dua. Tapi dah hampir dua puluh lapan tahun.
Ibu faham sangat perangai Ifa tu. Baik Ifa beritahu ibu perkara yang sebenarnya. Ini ada
kaitan dengan duit RM30,000.00 yang kita pinjam tu ke?" tanya ibu. Aku terkejut kerana
ibu sudah awal-awal lagi dapat menghidunya. Ternyata fikiran ibu benar-benar tajam.
Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala. Untuk apa lagi disembunyikan" Ibu tidak
akan percaya sekiranya aku berdalih. "Kenapa Ifa tak beritahu ibu" Kalau ibu tahu, tak
mungkin ibu akan buat pembedahan ni. Biarlah ibu sakit, tak apa. Asalkan anak ibu tak
menderita!" "Sebab itulah Ifa tak nak beritahu ibu. Ifa takut ibu tak nak jalani
pembedahan tu." "Ifa tak perlu berkorban begini, sayang," ujar ibu sambil
membelai-belai rambutku. "Tak apa, bu. Ifa reda. Ifa nak tengok ibu cepat sembuh. Ifa
tak ada adik-beradik lain. Ifa hanya ada ibu dan abah saja tempat bermanja. Sebab tu
Ifa tak nak terjadi apa-apa pada ibu. Ifa sayang ibu...." Luahku lalu memeluk tubuh ibu
erat. Air mataku gugur. Kesedihanku turut mengundang kesedihan ibu. Bergenang air
mata ibu mendengar luahan hatiku itu. "Ibu pun sayangkan Ifa. Terima kasih sayang...."
15 SEDAR tak sedar, hari yang tidak ingin aku lalui tiba juga. Aku memerhatikan
wajahku yang sudah siap disolek oleh mak andam. Beberapa orang temanku yang
hadir, mengatakan wajahku nampak berseri dan anggun sekali. Tetapi bagiku seri itu
hanya luaran. Sedangkan di dalam hatiku merusuh hiba. Tidak dapat aku bayangkan
bagaimana kehidupan yang bakal aku lalui selepas ini. Adakah bahagia" Ataupun
terseksa seperti lima tahun lepas" Sudah puas aku memujuk Yusrizal untuk
menundakan tarikh pernikahan, tetapi hasilnya tiada! Lelaki itu memang berpegang
pada kata-katanya. Dan akibatnya hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi aku akan
kembali bergelar Mrs. Yusrizal! Debaran menanti saat aku dinikahkan semakin
menjadi-jadi. Terasa mahu sahaja aku hentikan masa dan membiarkan ia begitu
selama-lamanya. Jadi, tidak perlulah aku menjadi isteri Yusrizal untuk kali keduanya.
Tetapi itu semua kuasa Allah. Mana mungkin aku dapat menghentikan masa yang
berdetik laju saat ini. Sedangkan aku pula terasa mahu melambatkan masa. "Hai
pengantin baru!" Sapaan satu suara membuatkan semua lamunan aku terbang. Aku
memalingkan wajah dan melonjak gembira apabila melihat Linda berada di hadapanku.
Lantas aku bangun memeluk tubuh sahabatku itu. "Kata tak dapat datang?"
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
"At first, memang tak dapat datang. Tapi demi kawan aku yang tersayang ni, aku
sanggup gantikan tempat aku dengan orang lain untuk seminar tu. Rugilah aku kalau tak
dapat tengok kau kahwin." "Kesian kat kau tak dapat pergi seminar tu," ujarku dengan
nada kesal. Disebabkan aku Linda sanggup ketepikan seminar yang sememangnya
dinantikan olehnya. "Alah, tak kisahlah. Nanti boleh pergi lagi. Cantiknya kau hari ni.
Mesti tak lena tidur la Si Rizal malam ni," bisik Linda, nakal. Cepat saja lengannya aku
cubit. "Aduh, sakitlah! Orang gurau sikit pun tak boleh." "Cakap lagi yang
bukan-bukan." "La, betul apa aku cakap! Mesti Rizal tak kasi chance kau tidur awal
malam ni." Sekali lagi aku mengangkat tangan mahu mencubitnya, tetapi pantas pula
dia menangkap tanganku. Linda ketawa kesukaan. "Macamlah kau tak tahu hubungan


Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

aku dengan Rizal tu macam mana?" "Ala, itu kisah lama la. Mulai sekarang apa kata
kalau kau buka buku baru. Cuba bagi peluang kat dia. Mungkin dia dah berubah," pujuk
Linda. Nasib baiklah waktu itu hanya tinggal aku dan Linda di dalam bilik pengantin yang
telah dihias indah. Walaupun majlis yang dibuat hanya kecil-kecilan tetapi ibu tetap juga
mahu menyediakan kamar yang indah selayaknya untuk pasangan pengantin baru. Eh,
tetapi aku bukan pengantin baru! Dah dua kali kahwin ni! "Mana kau tahu dia dah
berubah?" "Okey, aku memang tak kenal dia sangat. Tapi kalau mengikut apa yang kau
ceritakan, aku nampak kesungguhan dia. Dan aku rasa dia memang dah berubah."
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
"Entahlah Linda, aku malas nak fikir. Yang penting sekarang aku terpaksa tunaikan janji
aku pada dia. Dia dah selamatkan ibu aku..." ucapku lirih. Linda yang seakan
memahami keadaanku saat itu mengusap-usap belakangku. "Kalaulah aku dapat bantu
kau dulu, mesti tak jadi macam nikan?" "Tak apalah Linda. Ini semua kehendak Allah.
Kita tak dapat nak halang." "Aku faham perasaan kau. Kau cubalah jaga rumah tangga
kau kali ni. Mesti kau akan bahagia." Aku mengangguk lemah. Mungkinkah aku berjaya
menjaga rumah tanggaku kali ini" Persoalan itulah yang bermain-main di benakku
sehinggalah Linda memberitahu pihak pengantin lelaki sudah sampai. Debar di hatiku
tidak usah dicakap. Aku menggenggam tangan Linda erat. Genggaman tanganku
dibalas. "Relaks, okey?" "Aku nervouslah, Linda." "Cool down. Tarik nafas
perlahan-lahan. Aku ada kat sini." "Kau jangan tinggalkan aku sepanjang majlis ni. Aku
takutlah...." "Yalah...." Linda ternyata memegang kata-katanya. Sepanjang majlis
berlangsung tidak pernah dia meninggalkan aku sendirian. Ke mana saja aku pergi dia
akan ada bersama. Rasa gementar yang tadinya begitu memuncak, sedikit reda dengan
adanya Linda di sisi. "Tahniah sayang. Ifa dah jadi isteri orang." Aku menunduk apabila
ibu mengkhabarkan tentang itu. Pandanganku sedikit berbalambalam kerana dibanjiri air
mata. Maka selepas ini bermulalah kisah kehidupan aku dan Yusrizal yang semestinya
tidak seperti pasangan lain. "Cantik anak ibu," puji ibu sambil membelai-belai wajahku.
Belaian ibu membuatkan air mataku deras mengalir. Tidak tertahan rasanya sebak di
dada. "Hei, kenapa menangis ni?" Linda dan ibu mula kelam-kabut apabila air mataku
semakin galak mengalir. "Ibu...." Aku memeluk tubuh ibu erat. Melepaskan semua
kepedihan dan keperitan yang kutanggung ketika ini. "Hisy... pengantin mana boleh
menangis," pujuk ibu sambil mengusap-usap belakangku. Cuba menenangkan
perasaanku yang benar-benar merusuh. Perasaanku benar-benar bercelaru saat ini.
Berkahwin dengan Yusrizal bermakna kehidupanku nanti hanya untuk suamiku. Aku
tidak lagi boleh meluangkan masa yang banyak untuk bersama ibu dan abah yang
selama ini terlalu memanjakan aku. Entah mengapa rasa takut berjauhan dengan ibu
dan abah terlalu mendalam saat ini. Tidak seperti lima tahun lepas ketika aku berkahwin
dengan Yusrizal untuk pertama kalinya. Perasaan aku biasa-biasa saja. Tapi kali ini aku
benar-benar keliru dan takut. "La... kenapa pengantin menangis ni" Habis dah make-up.
Pengantin lelaki dah nak naik sarung cincin ni. Kak Miyah cepat touch-up pengantin
semula," arah mak long kepada mak andam yang diupah oleh ibu. Kelam-kabut Kak
Miyah melakukan kerjanya memandangkan pihak lelaki sudah dalam perjalanan menuju
ke kamar pengantin. Aku pula sedaya upaya meredakan rasa sebak yang masih
bersisa. "Assalamualaikum!" Aku dan seisi penghuni di dalam kamar pengantin itu
menjawab salam yang diberikan. Aku hanya menunduk memandang lantai. Dan saat
Yusrizal menyentuh tangan kiriku untuk menyarungkan cincin, maka terbatallah wuduk
kami berdua. Aku tunduk mengucup tangannya. Kerlipan lensa kamera bersilih ganti
merakam detik bersejarah itu. Wajahku terasa hangat apabila Yusrizal meletakkan
bibirnya di dahiku lama sambil tangan kanannya menongkat daguku. Semakin galak
jurugambar yang diupah khas oleh Yusrizal memainkan peranannya. Entah berapa kali
adegan itu dirakamnya aku sendiri tidak tahu. Setelah agak lama barulah dia
membenarkan Yusrizal merenggangkan bibirnya dari dahiku. Selepas itu barulah aku
berani mengangkat wajah memandangnya. Kelihatan lelaki itu menghadiahkan
senyuman manis buatku. Hendak atau tidak aku terpaksa membalas senyuman itu.
Kami berdua sedang menjadi tontonan ramai. Takkanlah aku hendak memasamkan
wajah kepada lelaki yang baru saja menjadi suamiku. Seharusnya aku menunjukkan riak
wajah bahagia kerana kami telah disatukan. Walaupun hakikatnya tidak sebegitu.
"Cantiknya menantu mama," ujar mama sambil mengucup kedua-dua belah pipiku. Aku
membalas dengan menyalami tangannya. Sebentar kemudian Nisa pula muncul dan
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
memelukku. "Welcome to our family! Bestnya... Nisa dah ada kakak!" Ceria sekali Nisa
bersuara. Aku hanya membalas kata-katanya dengan senyuman. Para tetamu yang
tadinya membanjiri kamar pengantin sudah dijemput oleh mak long untuk menjamu
selera di tingkat bawah dan membiarkan pengantin bergambar kenangan. Saat inilah
yang paling aku khuatirkan. Sudah tentu jurugambar akan mengarahkan aku dan
Yusrizal melakukan pelbagai aksi. Pengalaman menjadi raja sehari lima tahun lepas
masih terbayang-bayang di kotak fikiranku. Letih benar aku menuruti kehendak
jurugambar yang terlalu cerewet. Disuruh berpeluklah, merenung antara satu sama lain,
sekejap duduk dan sekejap berdiri. Nasib baiklah juga jurugambar itu tidak menyuruh
kami berkuak lentang di atas katil! Telahan aku ternyata benar. Janggal rasanya apabila
tangan lelaki yang sudah sah menjadi suamiku menjalar di pinggang. Aku dipeluk
semahu-mahunya. Walaupun tidak disuruh jurugambar, Yusrizal pula sibuk mencari
posisi yang sesuai. Dan jurugambar itu hanya tahu memetik kameranya. Geram tidak
usah dicakap. Pelbagai posisi yang aku terpaksa lakukan. Kurasakan keadaan yang aku
alami saat ini tidaklah sesukar lima tahun lepas. Aku memandang ibu dan Linda yang
sedari tadi menjadi pemerhati kami. Mereka berdua hanya menghadiahkan senyuman
buatku. Senyuman itu jelas menunjukkan yang mereka tidak dapat membantuku.
Akhirnya aku hanya menurut semua arahan jurugambar dan juga arahan suamiku yang
cerewet itu. MENJADI raja sehari memang memenatkan. Penat fizikal dan juga mental.
Maklumlah, pengantin semestinya menjadi tumpuan tetamu. Oleh yang demikian,
terpaksalah aku memaniskan wajah walaupun mukaku ketika ini terasa amat sukar
untuk menghadiahkan senyuman buat tetamu. Tetapi aku gagahkan juga. Masakan
tidak, sedari upacara membatalkan air sembahyang sehinggalah sekarang, jari-jemariku
sentiasa digenggam oleh Yusrizal. Seminit pun tidak dilepaskan. Ke mana saja dia
pergi, diheret aku sama. Aku diperkenalkan kepada teman-temannya. Dia juga aku
perkenalkan kepada teman-temanku. "Handsomenya suami kamu, Ifa. Turun dari planet
mana tu?" bisik Kak Yati di telingaku. Tetapi aku kira Yusrizal mendengarnya kerana
lelaki itu hanya tersenyum sambil memerhatikan kami berdua. Mungkin bangga kerana
dipuji begitu. Aku hanya menjongketkan bahu. Malas mahu mengulas kata-kata Kak Yati
itu. 2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
pdf by http://cerita-silat.mywapblog.com
"Oh ya, Daniel kirim salam. Dia tak dapat datang." Aku sedikit terkejut apabila nama
Daniel disebut. Sempat juga aku menjeling Yusrizal. Ternyata nama lelaki itu berjaya
membuatkan riak wajah tampan Yusrizal berubah. Kak Yati yang menyedari perubahan
wajah Yusrizal terus meminta diri. Aku tidak boleh berbuat apa-apa melainkan hanya
menganggukkan kepala. Mungkin sikap Yusrizal itu membuatkan Kak Yati berasa tidak
selesa. "Ifa jemput Daniel datang ke?" tanya Yusrizal sebaik sahaja Kak Yati
meninggalkan kami berdua. "Kenapa" Tak boleh ke saya nak jemput dia datang?"
Soalan Yusrizal kubalas dengan soalan juga. Ternyata Yusrizal tidak punya jawapan
untuk pertanyaanku itu. Masakan hendak menjemput teman-teman ke majlis pernikahan
pun salah" Apatah lagi sekiranya seseorang itu adalah teman yang rapat dengan kita.
"Hai, Rizal!" tegur seseorang dari belakang dan teguran itu berjaya membuatkan
suasana tegang menjadi kendur kembali. Aku memerhatikan lelaki itu. Seperti aku
pernah berjumpa dengannya sebelum ini. Tapi di mana ya" Di sebelahnya pula berdiri
seorang wanita yang ayu bertudung. Mungkin isterinya. "Oh, hai Syam! Aku ingatkan
kau dengan your wife tak datang." "Mestilah datang. Aku ingatkan kau bergurau bila kata
nak buat majlis kecil-kecilan. Rupa-rupanya betul, ek." "Alah, dah dua kali kahwin, buat
kecil-kecilan sudahlah," balas Yusrizal pula. Aku sedikit keliru dengan kata-kata Yusrizal
itu. Adakah lelaki yang dipanggil Sham itu tadi tahu perihal kami berdua" Kalau tidak,
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
masakan Yusrizal boleh berkata begitu" "Oh ya, lupa pulak aku. Ni kenalkan my wife,
Ifa. Ifa, ni kawan abang, Syamrie dan isterinya, Husna dari KL. Sanggup turun Kedah
semata-mata nak hadiri majlis kita ni." Yusrizal memperkenalkan aku kepada temannya
itu. Aku menyambut tangan si isteri tanda salam perkenalan sambil tersenyum. "Hai, Ifa.
Kenal lagi saya" Dah lama kita tak jumpa, kan?" Aku mengerutkan dahi sambil otakku
ligat berputar. Cuba mengingati lelaki yang berada di hadapanku ini. Dan akhirnya
otakku berjaya juga memproses fail-fail lama. Lelaki ini adalah teman baik Yusrizal. Aku
ada berjumpa dengannya lima tahun lepas. "Thanks ya... sebab sudi datang," ucapku
lembut. Sekadar menghargai kesanggupan teman Yusrizal dan isterinya menghadiri
majlis kami yang tidak sebesar mana ini. "Welcome," ucapnya pula. "Emmm... tak
sangka, akhirnya dapat jugak bidadari yang kau tunggu selama nikan?" "Well, berkat
kesabaran," jawab Yusrizal ringkas. Kesabaran konon! Padahal aku diperangkapnya.
Dan aku pula tiada jalan keluar. Lalu terpaksa menerimanya sebagai suami. "Ingat,
lepas ni jangan nak buat hal lagi!" "Tak adalah. Dah serik dah aku. Tak pasal-pasal kena
tunggu lima tahun lagi," ujar Yusrizal sambil menjeling padaku. Aku faham dengan
jelingan itu. Tidak lain dan tidak bukan mahu menyindir akulah tu. Suka sangat nak
menyindir orang! Syamrie pula hanya tertawa mendengar kata-kata Yusrizal. "So,
macam mana dengan business?" tanya Syamrie. Kalau sudah namanya ahli
perniagaan, di majlis pernikahan pun hendak membicarakan tentang perniagaan. Dan
mereka berdua terus berbual tanpa mempedulikan isteri di sisi. Aku dan Husna yang
tidak tahu hujung pangkal tentang perniagaan hanya mendiamkan diri. Tetapi Husna
kelihatan memberikan perhatian pada perbualan mereka sedangkan aku sudah gelisah
di tempatku berdiri. Mataku sudah meliar ke sekeliling. "Hai, Ifa... macam inilah kalau
jadi isteri orang business. Asyik cakap pasal business aje!" Husna yang berada di
sebelahku tiba-tiba bersuara. Aku tergelak kecil. Dalam hati turut mengiakan
kata-katanya. "Darling mengutuk abang ke?" tanya Syamrie kepada isterinya. Mungkin
hairan kerana kami berdua ketawa. "Tak adalah. Siapa mengutuk abang" Perasan
betul!" "Yalah tu. Macamlah abang tak tahu. Biasalah Rizal, perempuan...." Giliran
mereka pula gelakkan kami. Geram pula aku melihat Yusrizal dan Syamrie yang ketawa
besar. Serta-merta wajahku dan wajah Husna masam mencuka. "Malaslah layan abang
ni. Kalau jumpa dengan Rizal, ada saja nak kenakan Husna. Jomlah Ifa, temankan
Husna tengok bilik pengantin. Daripada melayan mereka berdua ni buang masa aja!"
"Alamak, darling-darling kita dah merajuklah Rizal. Tapi tak apa, malam ni kita pujuklah
mereka. Mesti cair punya!" Ujar Syamrie sebelum kami berlalu. Sekali lagi mereka
ketawa besar. Aku yang memahami kata-kata Syamrie itu mula berasa tidak senang
duduk. Hampir terlupa aku tentang itu. Serta-merta perasaan takut dan cuak mula
menyelubungi diri. Ibu, tolong Ifa! MENJELANG malam hatiku semakin gelisah. Apatah
lagi apabila jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Aku tidak senang duduk.
Kalau duduk pun tidak betah apatah pula hendak berdiri. Sudah tidak terkira berapa kali
aku berlegar-legar di dalam bilik. Kalau mengerjakan haji pun hanya perlu melakukan
tujuh kali tawaf tetapi rasanya aku sudah lebih! Cepat Ifa, fikir! Apa yang perlu kau
lakukan" Masa semakin suntuk! Bila-bila masa saja Yusrizal akan naik. Hah, apa kata
kalau aku letak julap dalam minuman dia! Biar dia berulang-alik ke bilik air sepanjang
malam! Aku mula mendapat idea. Hati mula mahu melonjak girang. Tetapi seketika
kemudian aku mula berfikir. Macam terlalu kejam sekiranya aku buat begitu. Kasihan
pula dia.... Tidak pun apa kata kalau aku letak ubat tidur saja. Biar dia tidur sampai ke
pagi. Mesti dia tidak akan mengganggu aku. Yes, I"ve got it! Aku mula mengorak
langkah ke meja solek. Kalau tidak silap, aku memang ada menyimpan sebotol ubat
tidur. Aku akan mengambil ubat itu sekiranya aku susah benar hendak tidur. Tetapi tak
selalu kerana menurut kata doktor, ubat ini tidak boleh diambil dengan kerap kerana
2Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya
bimbang akan memberikan kesan sampingan. Namun dalam aku kelam-kabut mencari
botol ubat tidur itu, tiba-tiba aku terdengar derap kaki orang berjalan. Tanganku yang
lincah bergerak serta-merta berhenti. Aku mengamati derap kaki itu. Semakin lama
semakin dekat. Dan aku pasti itu adalah Yusrizal. Aku mula cemas. Tidak tahu apa
yang harus aku lakukan. Satu-satu perkara yang dapat aku lakukan sekarang ialah tidur!
Serta-merta aku melompat ke atas katil dan menarik selimut membaluti tubuh sehingga
Lembah Nirmala 15 Memburu Manusia Harimau Seri Manusia Harimau Karya S B Chandra Istana Durjana 1

Cari Blog Ini