Isabella Karya Maulana Mohammad Saeed Bagian 2
paderi. "Keterangan dari Injil itu sendiri telah membantah dakwaan tuan.
Tuan maksudkan bahwa bapa itulah yang mengorbankan anaknya yang
suci bersih demi manusia yang kotor dan penuh dosa," kata Umar
Lahmi, "itulah pernyataan kasih bapa yang ditunjukkan dengan
membunuh anaknya yang tidak bersalah" Tetapi Rab tetap berlaku
adil kepada sesiapa saja. Sebaliknya Dia menghukum orang yang
zalim. AlQuran dalam surat Al-An'am ayat 164 mengatakan 'Dan
tiada seseorang yang berdosa memikul dosa orang lain'. Tetapi bapa
tuan membunuh anak sendiri. Jikalau menyalib dan membunuh anak
sendiri yang tidak berslaah dan tidak berdosa dikatakan kasih, maka
kita tidak akan menyebutnya lagi sebagai kasih."
Ketua paderi berpaling kepada paderi-paderi lain sambil berkata,
"Saya fikir orang ini cenderung kepada Jesus Kristus tetapi rupanya
dia seorang pemungkar yang gigih. Semua yang telah saya katakan
ialah perkara-perkara tinggi tetapi bagaimana orang-orang ini dapat
memahaminya?" Kemudian dia memandang Umar Lahmi, "Hati tuan sudah tertutup.
Kristus tidak bersedia menerima tuan. Sekarang baiklah tuan pergi
jauh dari sini. saya tidak mahu lagi berurusan dengan tuan. Tuan
kemari hanya menggusarkan saya saja."
Kemudian dia berkata kepada paderi-paderi yang lain. "Kalian juga
jangan lagi berurusan dengan orang-orang ini. Kalian sudah melihat
betapa mereka sangat keras kepala. Tidak dapat menyetujui apa pun
juga." "Tapi tuan ?" Umar Lahmi mahu membantah.
"Tutup mulut tuan." Ketua paderi membentak. "Saya sudah tahu
akan tujuan tuan datang ke mari dan tentang apa yang tuan mahu
berbincang dengan kami."
Sambil mengucapkan kata-kata itu, ketua paderi memperlihatkan
tatakrama Kristian. Dia terus bangun dan meninggalkan tamutamunya lalu naik ke bilik di tingkat atas. Melihat keangkuhan ketua
paderi itu, Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya lalu bangun dan
dengan suara kuat berkata, "Nasrum-min-a-Allahi wa fat-hunqarib*"
* pertolongan dari Allah dan kemenangan yang sudah dekat - surat
Ash-Shaf :13 Mereka semua lalu keluar meninggalkan rumah ketua paderi sambil
terus mengucapkan kata-kata itu berulang-ulang disaksikan oleh
paderi-paderi dan hadirin yang lain yang masih belum hilang
perasaan terkejut kerana sikap ketua suci mereka yang tiba-tiba
saja meninggalkan perbincangan itu. Umar Lahmi dan sahabatsahabatnya lalu berpisah, menuju ke rumah masing-masing.
Pada petang itu, Isabella bertemu semula dengan sahabatsahabatnya di taman yang selalu mereka kunjungi. Mereka tidak
duduk di tempat biasa, khuatir bertemu dengan Umar Lahmi dan
sahabat-sahabatnya. Mereka berasa malu dengan sikap bapa
Isabella yang sangat-sangat mereka hormati. Dalam pertemuan itu
mereka bercakap tentang perbahasan yang telah berlaku pada pagi
itu. Berbagai-bagai macam komen, pro dan kontra mereka keluarkan.
Isabella lebih banyak mendengar. Perasaan dan fikirannya sarat
dengan berbagai-bagai macam persoalan. Kepercayaannya kepada
agama Kristian mulai mendapat godaan. Daripada hujah-hujah yang
dikemukakan oleh Umar Lahmi, dia dapat melihat walaupun belum
begitu yakin bahwa agama Kristian hampir menyerupai satu kepurapuraan yang tidak mempunyai dasar atau prinsip.
Waktu perbincangan awal dulu, Isabella berpendapat Peter dan
Michael serta paderi-paderi yang lain itu tidak begitu dalam ilmunya
sehingga mereka tidak dapat mematahkan hujah-hujah Umar Lahmi.
Pada masa itu dia yakin dengan sepenuh hati akan bapanya, ketua
paderi, dapat dengan mudah mengalahkan orang-orang Muslim itu
kerana bapanya terkenal sebagai seorang yang alim dalam selokbelok agama Kristian. Kalau orang-orang seperti Michael dan Peter
tidak dapat menundukkan Umar Lahmi, bapanya sudah tentu dalam
waktu yang singkat dapat menutup mulutnya. Tetapi setelah
mendengar perbincangan pada pagi itu maka dia sungguh amat
kecewa terhadap bapanya. Kekecewaannya itu menjadi makin pedih
apabila bapanya mengusir orang-orang Muslim itu pulang dan dengan
angkuh meninggalkan majlis dan para tamu. Daripada kejadian itu
terfikir olehnya bahwa dasar agama Kristian tidak lebih daripada
semacam sarang labah-labah.
Sahabat-sahabat Isabella merasa gundah dengan sikapnya yang
tidak banyak bercakap dan ketawa seperti biasa. Dia lebih banyak
tenggelam dalam fikirannya sendiri tetapi mereka tidak berani
bertanya. Mereka membiarkan dia terus dalam keadaan begitu
dengan sangkaan akan berubah apabila peristiwa pagi itu dapat
dilupakan. Sedikit demi sedikit, Isabella mulai renggang daripada sahabatsahabatnya. Dia kini lebih banyak menyendiri dan menumpukan
perhatiannya kepada mempelajari isi Kitab Inji dan AlQuran. Dia
membuat perbandingan untuk mencari yang mana satu di antara
kedua agama itu mempunyai unsur-unsur kebenaran yang banyak dan
yang mana pula berisi dengan khurafat. Dia mengukur perbandingan
itu dengan menumpukan fikirannya kepada masalah-masalah tauhid,
kerasulan, Kitab Suci AlQuran, salam, penebusan dosa,
pengantaraan, erti dosa, tindakan manusia dan akibatnya.
Sudah sebulan masa berlalu dari tarikh pertemuan antara bapa
Isabella dengan Umar Lahmi. Dalam masa itu Isabella secara
bersembunyi telah beberapa kali menemui Umar Lahmi untuk
mendapat penerangan yang lebih lanjut tentang masalah-masalah
yang dihadapinya ketika membuat kajian perbandingan antara Islam
dan Kristian. Isabella sudah mulai menundukkan kepalanya kepada
Islam dan dia bukan lagi penganut Kristian yang taat. Tetapi untuk
menukar agama merupakan satu masalah besar baginya. Fikirannya
terganggu apabila datang keinginan untuk meninggalkan agama yang
telah dianutinya sejak dia lahir ke dunia ini. Betapa besar cubaan
dan godaan yang harus dihadapinya jika dia menyeberang ke agama
Islam. Bapa, ibu, saudara-saudara perempuan dan kaum kerabat
terpaksa ditinggalkannya dan betapa pula keadaan hidupnya di hari
depan. Pada masa itu terlintas fikiran lain di kepalanya, cubaan dan
godaan harus dihadapi di dalam mencapai jalan kebenaran dan
setelah mengenali kebenaran, tentulah dia akan hina di hadapan
Allah kalau dia tidak berterus-terang mengakuiNya
BAB 7 Cendekiawan Islam Kisah ini berlaku ketika pemerintah Islam di Sepanyol mulai
membina masjid dan sekolah di seluruh negeri. Para cendekiawan dan
ahli hukum Islam yang termuka telah datang ke negeri itu dari
berbagai-bagai tempat. Di ibu negeri, Cordova, sistem pendidikan
dan amalan telah pun diperkenalkan kepada penduduk. Ziad bin Umar
merupakan salah seorang ahli falsafah, pentafsir Hadis dan AlQuran yang ulung. Kealimannya tidak ada bandingan dan kerana
ketulusan hatinya, kesucian serta kesahihannya maka dia dihormati
dan dimuliakan di seluruh Sepanyol. Pada waktu siang, dia
menghabiskan masa di universiti dengan mengajar dan pada waktu
malam dia menghadiri perhimpunan para cendekiawan dan pegawaipegawai kerajaan. Tempat kediamannya terletak tidak berapa jauh
dari kampus Universiti Cordova. Biasanya sesudah selesai solat
isyak, orang-orang yang hauskan ilmu agama akan berkumpul di
rumahnya. Pada suatu hari ketika satu pertemuak waktu petang
sedang berlangsung di rumahnya, yang dihadiri oleh para
cendekiawan dan ilmuwan yang terkenal, Ziad bin Umar turun dari
tempat ibadatnya. Semua yang hadir berdiri penuh hormat. Setelah
duduk, Ziad pun bertanya akan keadaan kesihatan masing-masing
dan kemudian dia berkata kepada Umar Lahmi.
"Mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayatNya kepada
usaha-usaha anda yang mulia. Anda telah berdakwah seruan
kebenaran sampai ke dalam rumah orang-orang kafir dan
menundukkan pula mereka. Anda telah menyampaikan seruan Allah."
Umar Lahmi dengan rendah hati menjawab, "Semuanya itu adalah
berkat dari doa dan perhatian anda juga. Kalau tidak saya ini
hanyalah seorang Islam yang lemah tidak berdaya dan berkat doa
anda pula maka Isabella telah menerima agama Islam di dalam
hatinya. Oleh sebab itu dia ingin sekali bertemu dengan anda, maka
dia telah ada di sini sekarang."
"Isabella ada di sini?" tanya Ziad dengan nada gembira.
"Ya. Dia ditempatkan di bilik sebelah dan kalau diizinkan, dia akan
dibawa menghadap." jawab Umar Lahmi.
"Sudah tentu. Kalau dia datang mahu menemui saya, benarkan dia
masuk." Asad, salah seorang yang hadir di pertemuan itu mencelah, "Demi
Allah, tuan. Ini sungguh-sungguh suatu peristiwa penting. Sekarang
ini terjadi kehebohan besar di kalangan orang-orang Kristian di
Cordova. Tetapi apakah Isabella seorang saja yang tertarik kepada
Islam ataupun ada orang lain lagi bersama-sama dengannya?"
Umar Lahmi memandang Asad. "Tentang hal itu, anda akan dapat
mendengar sendiri daripadanya."
Satu suara lain terdengar di antara para hadirin. "Saya dengar
orang-orang Kristian mahu membunuh Isabella."
"Sebegitu jauh Isabella telah mengambil langkah-langkah melindungi
dirinya. Dia merahsiakan keislamannya sehingga belum ada yang
mengetahui bahwa dia sudah memeluk agama Islam ataupun
bermaksud akan melakukannya. Jadi, berita angin tentang orang
mahu membunuhnya itu agak terlalu awal." jawab Umar Lahmi.
"Sekarang bawa Isabella ke mari." kata Ziad setelah mendengar
percakapan Umar Lahmi dengan hadirin itu. "Kita akan mendengar
cerita yang menarik dari mulutnya sendiri."
Isabella dijemput masuk ke majlis. Waktu melihat Ziad bin Umar
duduk di tempat khas dikelilingi oleh para hadirin, Isabella dengan
takzim menundukkan kepalanya memberi hormat lalu mengambil
tempat di suatu sudut. Semua yang hadir mengucapkan selamat
kepadanya dan memuji-muji keberanian dan ketegasannya membuat
keputusan. "Anakku, Isabella." ujar Ziad. "Saya bersyukur dan mengucapkan
tahniah di atas pilihanmu kepada jalan kebenaran. Bahwa Allah telah
mengeluarkan kamu daripada kegelapan dan telah menganugerahkan
kepadamu nikmat Islam. Melepaskan kamu daripada cengkaman
trinitas yang membingungkan. Allah telah membawa kamu ke jalan
yang benar. Bagi mereka yang sudah kukuh kepercayaannya kepada
Islam tidak akan takut dan gentar dengan segala macam kesukaran
dunia ini biar betapa pun besarnya kerana Allah akan memimpinnya
mengatasi semua kesukaran itu."
"Bapa yang mulia "." Isabella mahu berkata.
Tetapi Ziad mengangkat tangannya, menyuruh dia bersabar.
"Anakku," kata Ziad, "panggilan serupa itu jangan kau gunakan lagi.
Di dalam Islam, tidak ada kepausan seperti yang dilakukan oleh
penganut-penganut agama Kristian terhadap paderi-paderinya.
Dalam Islam ada persamaan hak yang sempurna. Tugas suci orangorang alim ialah membimbing orang-orang Islam menurut Al-Quran
dan Hadis Nabi SAW. Menjadi tugas tiap-tiap Muslim untuk
mengikut bimbingan itu dan bukan mendewa-dewakan mereka
ataupun menjadikan mereka itu berkuasa di atas semua urusan
kehidupannya." Isabella merasa malu. Cahaya kemerahan naik ke pipinya.
"Ajarlah saya bagaimana caranya mahu memanggil tuan dan
pemimpin-pemimpin Islam yang lain."
"Panggillah saya dan orang-orang Islam lainnya dengan panggilan
saudara atau kalau mahu ditambah, tambahlah dengan perkataan
tuan." kata Ziad. "Baiklah tuan. Saya akan mematuhi kata-kata tuan." ujar Isabella.
Setelah diam sejenak, dia lalu menyambung, "Tuan. Dengan petunjuk
dan pertolongan Tuhan maka Dia telah menunjukkan kepada hamba
yang hina ini jalan kebenaran dan keadilan dan membawa saya keluar
dari jalan trinitas dan penyembahan salib. Yang menjadi pembuka
jalan kepada saya ialah dari bimbingan guru rohaniah yang
dermawan, Umar Lahmi, yang telah mendakwah kepada paderi-paderi
Cordova sampai ke dalam rumah mereka sendiri. Melalui beliaulah,
seruan kepada kebenaran ini sampai ke telinga saya. Saya dengan
tulus ikhlas berdoa kepada Tuhan, mudah-mudahan kepadanya
dianugerahkan segala kebajikan di dunia ini dan juga di akhirat. dan
dengan doa tuan pula hidup dan mati saya di dalam Islam."
"Amin!" semua hadirin serentak mengucapkannya.
"Anakku," kata Ziad, "Allah menghendaki khidmat yang amat besar
daripadamu. Sudah pasti seluruh orang Islam akan mendapat faedah
yang besar melalui khidmat itu. Tetapi, apakah ada wanita-wanita
lain yang telah ikut kau Islamkan?"
"Ya tuan. Empat sahabat saya yang sudah hilang kepercayaannya
kepada agama Kristian sudah tertarik kepada Islam." ujar Isabella.
"Dengan izin Tuhan, esok atau lusa saya akan bawa mereka kemari
supaya mereka mendapat doa dari tuan dan pembersihan segala sisa
syak wasangka tentang Islam kalau masih ada di dalam diri mereka."
"Saudara Isabella," Umar Lahmi menyampuk, "siapakah gerangan
sahabat-sahabatmu itu" Demi Allah, kami belum lagi kenal dengan
mereka dan kau pun tidak pernah memberitahu kami sebelumnya."
"Salah seorang daripadanya ialah anak guru teologi saya, Michael
dan ada tiga orang lain lagi. Semua mereka ikut mendengar
perbahasan tuan." ujar Isabella.
"Apakah benar-benar mereka itu sudah Islam dan kesemuanya telah
melihat akan kelemahan agama Kristian" Apakah mereka telah pasti
dengan kebenaran Islam" Ataupun mereka belum begitu berani
untuk melepaskan agama nenek moyangnya dan berterus-terang
memeluk Islam?" kata Umar Lahmi dengan agak ghairah.
Ziad tersenyum mendengar kata-kata Umar lalu dia menjawab
dengan kata-kata yang bijaksana.
"Insya-Allah, Allah akan memberikan kepada mereka keberanian
yang anda inginkan itu. Mari kita semua berdoa untuk mereka."
"Bawalah juga anak perempuan Michael pada suatu hari nanti supaya
kita dapat menghilangkan keraguannya." kata Umar Lahmi kemudian.
"Esok atau lusa saya akan membawanya ke mari." ujar Isabella.
"Jikalau keempat-empat mereka itu tidak dapat datang sekaligus
sudah pasti seorang daripadanya, anak Michael akan saya bawa."
"Anakku," kata Ziad kepada Isabella, "dengar baik-baik kataku ini.
Kamu menerima Islam ialah sesudah membersihkan semua keraguan
yang ada di dalam dirimu. Jangan sekali-kali kerana kecurangan atau
muslihat. Allah menghendaki keikhlasan hati dan Al-Quran menyebut
bahwa hidup dan mati seorang Islam, solat dan baktinya, duduk dan
berdiri, tidur dan berjalan, tiap-tiap sesuatunya adalah kerana Allah
semata-mata dan kerelaan Allah hendaklah menjadi tujuan
hidupnya." "Saya mengaku bahwa Allah menjadi saksi, tuan. Saya menjejaki
ambang Islam ini bukan kerana nafsu dan muslihat juga bukan
kerana tujuan inginkan kekayaan dan kekuasaan. Tuan sendiri tahu
tentang kehormatan yang diberikan kepada bapa saya di Cordova ini
dan juga di seluruh Sepanyol." kata Isabella.
"Allah akan melimpahkan rahmatNya kepadamu dan memberikan
keteguhan serta nikmatNya yang tidak terhingga." ujar Ziad.
Umar Lahmi menyampuk, "Hanya agama Islam saja, dengan
menerimanya, Allah akan melimpahkan rahmatNya yang banyak ke
atas pemeluknya dan semua dosa diampunkan."
Mendengar kata-kata Umar Lahmi menyebabkan Isabella tersenyum.
Isabella Karya Maulana Mohammad Saeed di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
Dia teringat pada pengampunan dosa yang dilakukan oleh para
paderi. "Semua dosa saya sudah diampunkan setiap minggu oleh paderi
Cordova, yang bertanggungjawab terhadap jabatan penyiasatan."
Menundukkan kepalanya lalu menyambung, "Saya sekarang sudah
bebas dari dosa dan suci bersih."
"Apakah maknanya jabatan penyiasatan itu dan apa maksudnya
paderi memberi pengampunan dosa" Bolehkah manusia
mengampunkan dosa?" tanya Ziad.
Mendengar pertanyaan itu, Isabella merasa malu sejurus.
"Tuan, cerita ini amat menarik, boleh jadi agak aneh pada
pendengaran tuah kerana tuan tidak begitu mengetahui perkaraperkara yang terjadi di dalam agama Kristian."
Ziad menjadi tertarik dengan kata-kata Isabella.
"Sudilah anakku menceritakan hal ini kepada kami. Perkara-perkara
yang menarik serupa itu tentu amat baik menjadi pengetahuan kami
dan apatah pula tidak ada orang yang lebih tepat untuk
menceritakannya selain daripada anakku."
"Tuan yang mulia. Penganut agama Kristian mempunyai suatu adat
iaitu tiap-tiap orang duduk di depan 'altar' Kristus menghadap ketua
paderi pada tiap-tiap minggu dan mengakui dosanya yang akan
diampuni oleh ketua paderi menurut kepercayaan agama Kristian.
Ketua paderi mempunyai kekuasaan untuk melakukannya kerana dia
dianggap sebagai wakil satu. Petrus." kata Isabella.
"lah haula wala quwwata illa billa." kata Ziad. "Bolehkah manusia
mengampunkan dosa selain daripada Allah. Inilah sebabnya mengapa
Al-Quran menuduh Kristian menjadikan paderi dan anggota tertua
gereja mereka sebagai 'Rab' selain Allah. Apakah ada hak paderipaderi itu mengampunkan dosa?" suaranya mengandungi kehairanan.
"Ya," jawab Isabella, "asalkan yang berdosa itu mengakui dosanya
yang terang dan yang tersembunyi di depan paderi. Kalau dia masih
menyembunyikan juga maka dosanya tidak dapat diampunkan."
Umar Lahmi mencelah, "Jadi untuk mendapat pengampunan dosa
segala macam perbuatan kotor mestilah didedahkan" Bagaimana
cara kita mahu mendapatkan pengampunan itu?"
Isabella menundukkan mukanya. "Tiap-tiap orang hendaklah pergi ke
gereja besar menurut waktu yang telah dijanjikan. Kalau di sini
perjanjian itu dibuat dengan Michael atau Peter dan kemudian ?"
"Wanita-wanita juga ikut hadir?" tanya Umar Lahmi lagi.
"Ya, tiap-tiap gadis dan pemuda yang dewasa hadir di situ. Paderi
akan bertanya tentang dosa yang telah mereka lakukan pada minggu
berikutnya. Setelah dosa-dosa itu didedahkan dan pengakuan dibuat,
paderi lalu meletakkan tangannya di atas kepala yang berdosa dan
berkata, "Kini kamu boleh pergi. Dengan restu Jesus Kristus semua
dosamu telah diampunkan."
"Apakah paderi itu bertanya kepada seseorang itu secara
bersembunyi ataupun di depan orangramai secara terbuka?" tanya
Umar Lahmi dengan penuh minat.
Isabella dengan cepat menjawab. "Tidaklah begitu memalukan kalau
tiap-tiap orang disuruh mengaku secara sulit. Tetapi yang berlaku
ialah diminta mengaku di depan semua yang hadir. Sijil pengampunan
juga dikeluarkan." "Astagfirullah! Walaupun di depan pemuda-pemudi yang belum
kahwin?" tanya Umar Lahmi,
"Ya." ujar Isabella sambil menundukkan mukanya dengan rasa malu.
"Malah pemuda dan pemudi yang belum kahwin terpaksa mengakui
dosanya di depan umum dan dapat didengar oleh semua orang."
"Astagfirullah." Umar Lahmi beristigfar panjang. "Dalam membuat
pengakuan dosa mereka serupa itu banyak perkara yang memalukan
akan terdedah. Andaikata seseorang itu telah mencuri, dia terpaksa
mengaku di depan ?" "Bukan saja mencuri," ujar Isabella "perbuatan yang paling hina dan
keji pun terpaksa diakui di depan umum. Kalau dia tidak mengaku
atau menyembunyikan sesuatu maka pengampunan tidak diberikan
dan yang berdosa itu akan masuk neraka."
"Tentulah amat buruk kesannya kepada moral pemuda-pemudi yang
belum kahwin?" kata Umar Lahmi.
"Sudah tentu. Tetapi di kalangan penganut Roman Katolik, dosa itu
tidak begitu penting dibandingkan dengan usaha mendapatkan
pengampunan dosa yang terlalu mudah. Orang-orang dengan senang
boleh melakukan dosa." kata Isabella.
Salah seorang yang hadir mencelah, "Dosa orang biasa juga
diampunkan oleh paderi sendiri?"
Setelah sekian lama berdiam diri kerana mendengar soal jawab
Umar Lahmi dan Isabella, Ziad sambil tersenyum berkata perlahan
seolah-olah kepada dirinya sendiri.
"Barangkali paderi-paderi itu tidak ada melakukan dosa." Sesudah
berkata serupa itu, dia lalu meminta diri naik ke atas untuk
menunaikan solat dan berwirid.
Isabella menundukkan kepalanya cuba menyembunyikan perasaan
malu. "Tuan tidak dapat membayangkan betapa pemimpin-pemimpin agama
kami melakukan dosa. Lebih-lebih lagi para rahib yang kebanyakan
hidup penuh bergelimang dosa."
"Apa?" Umar Lahmi terperanjat mendengar kata-kata Isabella.
"Apakah kehidupan pemimpin-pemimpin agama itu lebih buruk
daripada orang-orang biasa" Apa yang saudara katakan ini" Jangan
kerana saudara menjadi Islam, saudara membuat tuduhan palsu
terhadap orang lain. Menurut Al-Quran, hukuman terhadap tuduhan
palsu amat berat." "Memang benar. Tuan boleh berkata serupa itu kerana tuan tidak
tahu terutama tentang catatan hitam kehidupan para rahib dan
kerana tuan tidak dapat membayangkan perbuatan-perbuatan keji
mereka, tuan tidak bersalah kalau menuduh saya berbohong ataupun
tidak percaya dengan keterangan saya." kata Isabella.
"Benarkah ini satu kenyataan?" ujar Umar Lahmi lagi dengan suara
rendah, seolah-olah merasa menyesal dengan ucapannya tadi. "Kalau
begitu cubalah ceritakan kepada kami secara terperinci."
Semua yang hadir ikut mendesak Isabella memberikan sedikit
penerangan tentang cara-cara amalan yang dilakukan oleh penganutpenganut agama Kristian supaya mereka mendapat sedikit idea untuk
membandingkannya dengan agama Islam.
"Saudara-saudara tentu tahu," kata Isabella setelah diam sejurus
mempertimbangkan permintaan hadirin itu, "bahwa mengabaikan
dunia dan pengorbanan diri oleh para rahib sangatlah dituntut di
dalam agama Kristian. Oleh sebab itu, kebanyakan daripada paderi
terdiri daripada rahib-rahib atau orang yang telah membuang dunia.
Untuk mencapai keselamatan, mereka mesti menderita kesusahan
dan menyeksa dirinya. Dengan cara yang serupa bila kaum wanita
menjadi rahib perempuan yakni mereka mengikuti jejak Maryam dan
hidup tanpa kahwin. Tetapi dalam wakut yang sama rahib lelaki dan
rahib perempuan tidak dapat mempertahankan kesuciannya. Rahib
dan pemimpin-pemimpin agama juga berlaku curang dan rahib
perempuan seringkali hilang kesuciannya. Kerana ada sistem
pengakuan dosa, para rahib itu mendapat satu kesempatan baik
untuk memuaskan nafsu bejatnya. Rahib perempuanlah yang
kebanyakannya terlibat di dalam kebejatan moral itu. Sementara
rahib lelaki ada yang tidak memilih bulu sampai-sampai kepada ibu
dan saudara perempuannya jua." Isabella mengucapkan kata-kata
yang terakhir itu dengan penuh rasa malu dan tanpa disedari peluh
menyucur keluar dari dahinya.
Semua yang hadir serentak mengucapkan "Astagfirullah!
Astagfirullah!" Setelah diam sejurus lamanya, Umar Lahmi lalu berkata "Keadaan
yang serupa ini berlaku kerana agama Kristian memuliakan kehidupan
tanpa kahwin dan sistem pembujangan yang bertentangan dengan
tabii manusia dan undang-undang Tuhan. Suatu hujah yang kuat
tentang kepalsuan agama Kristian ialah ia memaksakan undangundang serupa ini ke atas manusia yang berlawanan dengan sifat
semulajadi dan sudah pasti manusia tidak dapat mematuhinya.
Kerana itu, Nabi kita menyatakan: 'Tidak ada pembujangan di dalam
Islam' yakni tidak ada pembujangan atau membuang dunia di dalam
Islam. Nabi juga bersabda "Nikah itu adalah sunnahku maka sesiapa
yang tidak suka beramal dengan sunnahku maka tidaklah dia
daripada golonganku". Kitab Suci Al-Quran* juga ada menyebut
'Kemudian mereka mengadakan rabbaniyah* yang kami tidak
memfardhukan ke atas mereka'. Mereka orang-orang Kristian tidak
dapat mengawal pembujangan. Betapa mereka dapat mengawali
sesuatu yang tidak wajar dan bertentangan dengan undang-undang
tabii." * AlQuran S57:27 * terlalu menekunkan diri dalam beribadat,
menjauhkan diri dari masyarakat dan tidak mahu beristeri.
"Apakah Islam melarang pembujangan dan membuang dunia?" tanya
Isabella. "Sudah tentu. Apa yang saudara dengar tadi ialah hukum di dalam
Al-Quran dan dari Hadiths." jawab Umar Lahmi.
Isabella sangat terharu mendengar keterangan itu dan kemuliaan
Islam semakin dalam membekas di dalam hatinya. Tiba-tiba salah
seorang daripada hadirin bersuara.
"Jadi para rahib itu tidak dapat membezakan antara yang hak
dengan yang batal dan yang benar dengan yang salah?"
"Banyak sekali perkara yang memalukan," ujar Isabella "kita dapat
menilainya sendiri apabila kehormatan ibu dan saudara perempuan
tidak dapat dipercayakan kepada mereka maka apalagi yang tak
dapat mereka lakukan?"
Seorang lain yang hadir bertanya "Apakah rahib perempuan juga
berbuat kecurangan?"
"Allah melindungi kita semua. Keadaan mereka adalah lebih buruk
lagi daripada rahib lelaki." ujar Isabella. "Kebanyakan mereka hidup
penuh kehinaan. Sejarawan Eropa pernah menulis tentang tengkorak
bayi yang dijumpai di dalam tangki sekolah rahib perempuan bila
tangki itu dicuci. Bayi-bayi itu dicampakkan ke dalam tangki untuk
menyembunyikan perbuatan di luar nikah."
"Semua perkara ini berlaku kerana kepercayaan kepada penebusan
dosa itulah." kata Umar Lahmi lagi. "Kepercayaan itu seperti
semacam keizinan kepada penganut Kristian untuk berbuat dosa."
"Memang benar." kata Isabella. "Tuan pun telah mengetahuinya.
Dengan kepercayaan kepada penebusan dosa maka ketakutan kepada
dosa menjadi hilang dan tiap-tiap orang yakin bahwa dengan
membuat pengakuan di hadapan paderi semua dosa akan
diampunkan." "Allahu Akbar!" Umar Lahmi mengeluh panjang. "Keagungan dan
kebesaran Islam jelas dari kenyataan bahwa di samping menolak
kepercayaan penebusan dosa, ia menekankan pekerti yang baik
sebagai dasar keselamatan dan kebahagiaan dan pada waktu yang
sama menganjurkan prinsip 'barangsiapa yang berbuat kebajikan
walaupun sebesar zahra akan diberi pahala dan barangsiapa yang
berbuat jahat walaupun sebesar zahra akan menerima balasan."
Satu suara dari antara hadirin menyampuk.
"Saudara Isabella, saudara tentu tahu bahwa kepercayaan kepada
penebusan dosa itu telah menyebabkan penganut-penganut Kristian
melakukan dosa tetapi ada sebab lain lagi iaitu orang-orang Kristian
menganggap semua nabi itu berdosa belaka dan berpendapat mereka
itu telah melakukan berbagai dosa dalam hidup mereka."
"Pendapat itu tidak benar. Jikalau semua nabi suci dianggap berdosa
maka siapa lagi yang akan tinggal untuk membenci dosa" Dan apa
pula hak mereka untuk mencegah orang lain dari berbuat dosa?"
"Saudara benar," kata Umar Lahmi " tetapi bagaimana pula pendapat
saudara terhadap anggapan penganut-penganut Kristian bahwa,
dijauhkan Allah, nabi-nabi suci itu penyembah berhala, penzina dan
pembohong?" "Oh tuan! Benarkah itu kepercayaan Kristian dan mereka
menganggap nabi-nabi sebagai penyembah berhala dan pembohong"
Kalau benar, manakah satu kitab Kristian yang menyebutnya?" tanya
Isabella agak terperanjat.
"Saudaraku. Saudara belum tahu lagi tentang idea-idea Kristian dan
untuk membenarkan dosa mereka maka mereka membuat tuduhan
yang serius kepada nabi-nabi. Kerana saudara belum mengkaji secara
menyeluruh kitab-kitab suci agama Kristian maka saudara
terperanjat mendengar kata-kata saya." jawab Umar Lahmi. "Saya
berani menjamin bahwa kalau Islam tidak ada dan Penghulu segala
Rasul yang menjadi jagoh dari semua kebajikan tidak membuka
keduk tentang kepalsuan Kristian dan Yahudi, maka tidak seorang
pun akan menemui kebenaran tentang kesucian nabi-nabi."
"Apakah orang-orang Kristian itu begitu tidak malu, masih juga
percaya kepada nabi-nabi sedangkan nabi-nabi itu mereka anggap
orang yang berdosa" Barangkali tuan salah mengerti. Saya belum
pernah mendengar dari sesiapa pun bahwa nabi-nabi menyembah
berhala atau bercakap bohong. Bolehkah tuan membuktikan dakwaan
tuan itu melalui kitab-kitab agama Kristian?" kata Isabella.
"Sudah tentu dari kitab-kitab suci agama saudari." jawab Umar
Lahmi. "Kitab-kitab suci agama saya?" Isabella hairan dan terperanjat.
"Kitab suci agama saya ialah Al-Quran."
Umar Lahmi tersenyum dan cuba membetulkan kesilapannya.
"Maksud saya kitab-kitab yang saudara anggap sebagai kitab-kitab
agama Kristian. Kitab-kitab itu ada mengandungi hal-hal serupa itu."
"Agak aneh," ujar Isabella "cuba perjelaskan sedikit."
"Maksud saya," jawab Umar Lahmi "dalam kitab-kitab suci agama
Kristian ada dijelaskan nabi-nabi itu sebagai penzina dan penyembah
berhala. Ada disebutkan bahwa Nabi Lot telah membuntingkan
kedua anak perempuannya." Umar Lahmi lalu mencapai Kitab
Perjanjian Lama. "Lihat Injil Kejadian bab 19 ayat 36. Tentang Nabi Daud dikatakan
telah tidur dengan Batsyeba binti Eliam isteri Uria orang Het. Lihat
2 Samuel bab 11 ayat 4. Kemudian ada dikatakan pula tentang Nabi
Simson yang juga telah tidur dengan seorang perempuan sundal
waktu dia sampai di Gaza kemudian jatuh cinta kepada seorang
perempuan di Lembah Sorek yang namanya Delila, lihat Injil HakimHakim bab 16:14." "Astagfirullah," sahut orang-orang yang hadir. "Muga-muga Allah
mengutuki orang-orang Yahudi dan Kristian. Astagfirullah!
Astagfirullah!" Isabella merasa amat malu. Peluh dingin memercik dari tubuhnya.
Lama dia tidak dapat berkata-kata.
"Cuba dengar ini pula," kata Umar Lahmi menyambung "dalam kitab
suci Kristian nabi-nabi juga dikatakan sebagai pendusta. Yakni
meskipun mereka itu menjadi nabi tapi mereka tetap bercakap
bohong. Mula-mula tentang Nabi Simson. Dia telah berbohong
kepada Delila tentang rahsia kekuatannya. Delila cuba mencungkil
rahsia kekuatan Nabi Simson itu kerana dia mendapat upah daripada
orang-orang Filistin yang mahu menangkap Nabi Simson. Lihat Injil
Hakim-Hakim bab 16:6-15. Kemudian tentang seorang nabi lain yang
tidak disebut namanya di dalam Injil telah berbohong kepada
seorang abdi Tuhan yang tidak mahu pergi ke rumahnya sehingga
akhirnya abdi itu percaya kepadanya dan mengikutnya. Lihat Injil 1
Raja-Raja bab 13:18. Seorang nabi lain membuat cerita palsu kepada
raja dengan membalut kepalanya yang luka bukan kerana
pertempuran di dalam perang tetapi dia sengaja menyuruh orang
memukulnya. Lihat Injil 1 Raja-Raja bab 20:37-39. Dalam Injil 2
Isabella Karya Maulana Mohammad Saeed di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
Raja-Raja pula pada bab 22:13-15 Nabi Mikha bin Yimla disuruh
berbohong kepada raja Israel. Nabi Yeremia pula banyak sekali
bercakap dusta. Lihat Injil Yeremia bab 38."
Kemudian Umar Lahmi berkata kepada Isabella. "Saudari cukup
kenal dengan satu Petrus, bukan" Apa kata orang-orang Kristian
terhadapnya?" "Orang-orang Kristian percaya satu Petrus sebagai nabi wali dan
semua paderi besar dianggap sebagai pengganti satu Petrus dan
kerana itu pula maka mereka diberi kuasa untuk mengampunkan
dosa." jawab Isabella.
"Memang benar." kata Umar Lahmi. "Tetapi tidakkah ada dikatakan
dalam kesemua empat-empat Injil bahwa ketika musuh menangkap
Jesus Kristus dan kemudian mereka mahu menangkapnya sama, dia
lalu menyangkal ada mengenali Jesus Kristus. Dia mengutuk dan
menyumpah-nyumpah sampai tiga kali bahwa dia tidak mengenali
Jesus Kristus dan Jesus pun pernah berkata kepadanya: 'Sebelum
ayam berkoko engkau telah menyangkal aku tiga kali'.*
*lihat Injil Matius bab 26:69-75, Injil Markus bab 14:66-72, Injil
Lukas bab 22:56-62 dan Injil Yohanes bab 18:19-24
"Memang benar ada ditulis begitu." jawab Isabella. "Saya belajar
Injil setiap hari dari guru saya, Michael."
"Sekarang lihat pula bukti perkara yang ketiga. Menurut orangorang Kristian, nabi-nabi itu penyembah berhala. Ini ada tertulis
dalam Injil Keluaran yang menjadi bahagian keempat Kitab Taurat.
Pada bab 32 ayat 4-6 ada dikatakan bahwa Nabi Harun telah
menerima barang-barang emas orang-orang Israel lalu dibuatnya
anak lembu dan disuruh mereka menyembahnya. Pada bab 11 dari
Kitab Raja-Raja di bawah tajuk 'Salomo Jatuh ke Dalam
Penyembahan Berhala' ada disebutkan bahwa Nabi Sulaiman
mencintai banyak perempuan asing dan atas desakan isteri-isterinya
ikut menyembah berhala pada ketika usianya sudah lanjut dan
dengan demikian telah menyekutukan Allah. Astagfirullah." kata
Umar Lahmi. "Mudah-mudahan Allah melindungi kita." jawab Isabella.
"Cuba lihat ini," sambung Umar Lahmi "di dalam Injil ini saya telah
meletakkan tanda pada lembaran-lembaran penting. Saudara boleh
melihatnya sendiri,. Saya tidak berbohong."
Injil itu diserahkan kepada Isabella untuk dilihatnya. Isabella
menyambut dan terus membuka halamannya untuk melihat.
"Tujuan saya memperlihatkan perkara ini," kata Umar Lahmi "ialah
kerana orang-orang Kristian itu terlalu lancang dan berani membuat
berbagai macam dosa kerana menurut mereka nabi-nabi juga ada
membuat dosa dan mereka berpendapat apabila nabi-nabi itu tidak
dilucutkan kenabiannya maka mengapa pula orang-orang biasa mesti
dihukum atas dosa yang sama."
"Apakah Al-Quran ada mengatakan nabi-nabi itu orang yang suci?"
tanya Isabella. "Itulah kelebihan Al-Quran yang paling agung. Al-Quran dengan
tegas menyangkal semua idea dan tuduhan yang dibuat oleh orangorang Yahudi dan Kristian. Al-Quran menyatakan bahwa nabi-nabi
tidak pernah berfikir untuk melakukan dosa apatah lagi untuk
benar-benar melakukannya." kata Umar Lahmi. "Lihat Al-Quran
Surat Hud yang mengatakan antara lain bahwa apa yang dilarang
oleh nabi-nabi itu mereka tidak pun pernah berfikir akan
melakukannya* dan menurut Al-Quran nabi-nabi tergolong dalam
golongan insan yang suci."
* ?" dan tiada aku berkehendak akan mengerjakan sesuatu yang aku
larang kamu mengerjakannya" AlQuran S11:88
"Tidakkah Al-Quran ada menyebut bahwa Adam ada memakan buah
yang dilarang" Bukankah melanggar perintah Tuhan itu satu dosa?"
tanya Isabella. efinisi dosa ialah sesuatu perbuatan yang terlarang dilakukan dengan
sengaja," jawab Umar Lahmi "sesuatu yang dilakukan dalam keadaan
tidak sedar tidak dianggap berdosa. Misalnya seseorang yang sedang
berpuasa dilarang minum atau makan tetapi jikalau dia makan dan
minu dalam keadaan terlupa, puasanya itu sah dan dia tidak berdosa.
Nabi Adam memakan buah yang terlarang dalam keadaan terlupa
seperti yang disebutkan Al-Quran dalam Surat Taha iaitu Allah
telah menerima pengakuan Adam kerana dia telah terlupa dan Allah
tidak melihat ada kesengajaan dengan perbuatannya itu." *
* "Sesungguhnya telah kami janjikan kepada Adam sebelumnya, lalu
dia lupa dan tidak mempunyai cara berfikir yang kuat," Al-Quran
S20:115 "Maha Suci Allah. Tahulah saya sekarang bahwa Adam tidak
melakukan dosa. Kalau tidak, pada paderi Kristian selalu mendakwa
Al-Quran ada mengatakan Adam itu orang berdosa." ujar Isabella.
Dia kemudian melihat jam. "Oh, saya sudah terlalu lewat dan mesti
pulang ke rumah segera. Bapa saya dan ibu tentu sedang menunggu
saya pulang dan saya pun belum lagi makan."
"Kalau saudari mahu makan di sini bersama kami juga boleh. Dapat
kami sediakan menurut makanan biasa guru kami, Ziad. Sudikah
saudari makan di sini?" tanya Umar Lahmi.
"Terima kasih banyak. Tetapi saya lebih suka makan di rumah,
kadang-kadang ibu saya tidak akan makan sampai saya pulang. Dia
biasa menunggu saya untuk makan bersama-sama." jawab Isabella.
Umar Lahmi tersenyum kecil mendengar jawaban Isabella. "Berapa
lama dia dapat menunggu makan bersama-sama saudari agaknya
kerana pada suatu hari nanti rahsianya akan bocor juga?"
"Itu kita serahkan kepada keadaan tetapi buat masa ini, izinkanlah
saya pulang dulu." "Jadi bila saudari akan membawa sahabat-sahabat saudari ke mari?"
tanya Umar Lahmi. "Esok kalau tidak ada halangan. Paling lambat lusa. Saya mohon doa
tuan-tuan agar mereka diberi petunjuk ke jalan yang benar seperti
saya." kata Isabella.
"Amin!" Para hadirin menyahut serentak.
Isabella lalu bangun. Umar Lahmi dan para hadirin ikut bangun
menghormatinya. "Sampaikan salam saya kepada Tuan Ziad." kata Isabella kepada
Umar Lahmi sebelum dia meninggalkan majlis itu
BAB 8 Isabella Di Rumah Setelah meninggalkan majlis yang penuh bererti dan banyak
memberikan harapan, Isabella pulang melalui jalan yang terus
menuju ke rumahnya; melewati Qasrus Syuhada dan terus ke Suqul
Asafir. Pertemuan dengan Ziad bin Umar telah meninggalkan kesan
yang cukup mendalam di hati sanubarinya. Perasaannya riang gembira
sehingga dia tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Dia
menhayunkan kaki perlahan-lahan dengan teratur. Matanya tunduk
ke bawah. Kira-kira setengah jam kemudian dia pun sampai ke
rumahnya. Dilihat ibu sedang menunggu kepulangannya di pintu
rumah dalam keadaan gelisah. "Kemana kau pergi sehingga pulang
lewat serupa ini?" tanya ibu sebaik-baik saja dia mengucup
tangannya. "Saya di rumah kawan, mama." jawab Isabella. Tetapi dia tidak
menyebut nama kawannya walaupun didesak ibunya.
Ibunya segera menyuruh pembantu rumah menyediakan makanan.
Mereka lalu makan bersama-sama. Kemudian bapa Isabella pula
datang dan ikut makan. Mereka tidak banyak berbicara di meja
makan. Setelah selesai, masing-masing masuk ke dalam bilik. Malam
itu, Isabella tidak ke mana-mana. Dia terbenam di dalam biliknya
sambil mentelaah tafsir Al-Quran yang diberikan oleh Umar Lahmi.
Di waktu pagi, dia terbangun apabila mendengar suara muazzin yang
mengumandangkan azan subuh dari menara Masjid Cordova. Betapa
merdu laungan itu sampai ke telinga di pagi yang bening,
membangunkan orang-orang yang sedang tidur supaya mengerjakan
solat subuh, rukuk dan sujud kepada Allah Yang Maha Besar. Betapa
mempesonakan kata-kata Allahu Akbar! Allahu Akbar! Berbeza
daripada bunyi loceng gereja yang juga mulai memecah keheningan
pagi dengan keriuhan yang tidak ada erti. Suara muazzin yang
beralun-alun menusuk sukma secara mendalam sementara bunyi dingthingy, ding-thingy loceng hanya menggegarkan perasaan secara
tidak menentu. Dua macam cara yang membezakan dua macam
agama. Tidak lama kemudian pemeluk-pemeluk agama Islam yang
taat mulai keluar meninggalkan masjid sesudah menyerahkan jiwa
dan raga kepada Allah. Kaum buruh, peniaga dan petani masingmasing menuju ke tempat kerja, pasar dan ladang mulai ramai.
Kicauan burung mulai tenggelam oleh suasana siang.
Mendengar panggilan beribadat itu, Isabella pun bangun dari tempat
tidurnya. Setelah membersihkan diri, dia pun masuk ke dalam bilik
bacaan di rumahnya, duduk di suatu sudut mentelaah sebuah kitab.
Sedang asyik dia dengan kitabnya, pintu bilik diketuk orang. Isabella
agak hairan. Siapa gerangan yang mengetuk pintu bilik di waktu pagi
begini. Dia tahu bapa dan ibunya masih bersembahyang di gereja
besar. Mereka akan pulang ketika hampir waktu sarapan.
"Siapa?" tanya Isabella.
"Kami!" sahut suara di luar.
Isabella kenal suara itu. Suara gurunya, Michael. Dengan segera, dia
bangun membuka pintu. Isabella sangat terperanjat melihat Michael
dan Peter berdiri di depan pintu. Dia dengan segera menundukkan
kepalanya memberi hormat dan mempersilakan mereka masuk.
Ketika dia hendak menutup pintu, bapanya pula muncul. Perasaan
Isabella menjadi gempar melihat kehadiran bapanya, Michael dan
Peter secara serentak. Dia lalu meminta diri kerana sangkanya
mereka hendak membincangkan sesuatu perkara yang penting. Boleh
jadi masalah yang berhubungan dengan orang-orang Islam.
"Kau tunggu!: Bapanya memberi isyarat dengan tangan. Perasaan
Isabella menjadi semakin gempar dan kecut apabila mendengar
arahan bapanya yang aneh. Tentu kedatangan gurunya dan Peter
secara tiba-tiba itu ada hubungan dengan dirinya. Barangkali
pertemuannya dengan orang-orang Islam telah sampai ke
pengetahuan mereka. "Duduk!" Bapanya memberi arahan.
Isabella pun duduk di sebuah kerusi yang agak jauh sedikit tetapi
berhadapan dengan bapanya. Dia melihat urat-urat timbul di wajah
bapanya. Air mukanya yang selalu lembut itu agak tegang, sekalisekala dia menggigit-gigit bibirnya menahan perasaan. Ibu Isabella
juga dipanggil masuk. Bapa Isabella pun membuka mulutnya. Mulamula dia tujukan kepada ibu Isabella. Kemudian kepada Michael dan
Peter. "Tahukah kamu akan keadaan anak ini sekarang" Betapa dia
memalukan dan menghina kita. Kerana memikirkan hal itulah maka
saya memanggil anda berdua ke mari."
Peter kelihatan terperanjat. Dia memandang Isabella dan berkata,
"Oh, ada apa?" "Perkaranya amat serius," ujar ketua paderi "sudah agak lama saya
mendengar berita anak ini telah meninggalkan agama Kristian dan
secara sembunyi-sembunyi memeluk agama Islam."
"Apa" Apa?" Helena, ibu Isabella, hampir memekik mendengar katakata suaminya. "Apa anda katakan ini" Jesus Kristus tidak akan
mengizinkan. Tetapi Kenapa anda begitu meradang pagi ini sehingga
tanpa sebab menuduh anakku masuk Islam?"
"Apa yang aku katakan ini adalah benar." jawab ketua paderi. "Kalau
tidak hari ini, beberapa hari lagi kau akan mengetahuinya juga."
"Bapa yang suci," sampuk Peter "kata-kata bapa agak aneh. Isabella
seorang anak yang baik. Dia telah belajar teologi. Dia tidaklah
begitu bodoh untuk menerima agama Islam yang terkutuk itu."
"Saya tidak tahu Kenapa anda berprasangka begitu." ujar Helena
seraya bangun mendekati Isabella yang sedang duduk dalam
ketakutan di sudut bilik.
Helena memegang bahunya dan berkata "Kau dengar apa yang
dikatakan oleh bapamu?"
Isabella diam dan tunduk. Waktu itu bapanya memberi isyarat
kepada Michael supaya bertanya.
"Anakku," kata Michael "benarkah kau telah memberontak terhadap
agama Kristian" Benarkah begitu" Kalau ada orang yang menuduh
kau serupa itu, kau mesti membantahnya."
Isabella mengangkat muka memandang Michael. Kemudian segera
tunduk kembali dan mendiamkan diri. Air matanya berlinang.
"Nah, tengoklah," kata Helena "bukankah telah aku katakan ada
orang yang membuat dakwaan palsu terhadap anakku. Apa bantahan
yang dapat dia buat" Airmatanya itulah saja yang dapat menjawab
tuduhan dia memberontak terhadap agama Kristian. Tuduhan itu
palsu." "Cuba anda diam dulu. Biar Isabella menjawab sendiri." ujar ketua
paderi dengan perasaan gusar melihat ibu Isabella ikut campur.
"Nah, anakku. Cuba ceritakan benar atau tidak laporan mengenai
dirimu itu?" "Saya belum menerima Islam dan masih tetap menjadi penganut
Kristian." jawab Isabella.
"Kalau kau belum lagi terima Islam apakah kau akan menerimanya
nanti?" Michael segera bertanya.
"Kenapa bapa tanya saya tentang hari depan?" Isabella memandang
Michael dan menentang matanya. "Saya juga boleh bertanya serupa
itu kepada bapa." "Nah, kalau begitu cuba terangkan pendapatmu tentang agama
Islam." kata Michael membalas tenungan Isabella.
Isabella tidak menjawab segera. Dia memandang muka bapanya yang
masih tegang menggigit bibir. Dari muka bapanya dia beralih ke
muka ibunya yang sudah kembali ke tempat duduknya. Mukanya
membayangkan kesan-kesan kegelisahan. Kemudian melihat muka
Peter. Paderi tua itu tenang tetapi ada tanda-tanda kegoncangan
perasaan di dalam. "Saya tidak pernah menghina Islam." katanya sambil melihat wajah
Michael. "Kerana di dalam Kitab Suci Islam, Jesus diberi kemuliaan
sebagai nabi yang suci dan orang-orang Islam memuliakannya."
"Kalau begitu kamu cintakan Islam dan orang-orang Islam?" Michael
mengajukan pertanyaan dengan cepat.
"Bapa boleh mengatakan serupa itu ataupun dengan perkataan lain
yang bapa suka." jawab Isabella. "Bagaimanapun saya bukanlah orang
yang tidak berbudi. Jikalau orang-orang Islam memuliakan Kristus
kita maka saya pun memuliakan nabi dan kitab suci mereka."
"Jadi sudah jelas sekarang ini bahwa di dalam hati kamu, kamu telah
menjadi seorang Islam, kalau tidak masakan kamu memuji Islam dan
penganutnya begitu." kata Peter cuba memerangkap Isabella. "Nah,
beritahu kami apa fikiranmu terhadap agama ygn kamu anuti
sekarang yakni agama Kristian?"
Isabella dapat menangkap arah tuju pertanyaan paderi tua itu.
"Saya beriman dengan Kitab Injil dan semua kitab yang diwahyukan
tetapi saya tidak mahu terima segala cacat-cela yang telah
dimasukkan ke dalam agama oleh penganut-penganut Kristian
sekarang ini." Mendengar jawaban itu, bapa Isabella lalu berkata ke arah Michael,
Peter dan ibu Isabella. "Kita sekarang sudah tahu fikirannya. Sudah tidak ada lagi jalan
untuk mengubatinya melainkan dengan mata pedang."
Ibu Isabella terperanjat mendengar keputusan suaminya yang nekad
itu. Lidahnya kelu tidak dapat berkata-kata. Peter segera membuat
isyarat dengan tangannya.
"Berilah saya masa. Saya pasti akan dapat mengubah fikirannya.
Isabella Karya Maulana Mohammad Saeed di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
Saya akan mengikis semua salah fahamnya, apatah lagi Isabella pun
ada belajar ilmu ketuhanan."
"Baiklah! Anda boleh cuba dan kita akan lihat hasilnya. Kalau gagal
saya akan fikirkan satu cara lain mengubatinya."
Setelah berkata begitu ketua paderi pun bangun dan mengajak
Michael dan Peter mengikutinya. Mereka berangkat ke gereja besar
kerana menghadiri satu perhimpunan penganut-penganut Kristian
yang datang dari seluruh negara Sepanyol untuk menyaksikan tanda
peninggalan nabi-nabi dan ketua paderi yang terdahulu yang
merupakan tulang-tulang dan lain-lain. Pada hari itu orang-orang
Kristian telah datang dari tempat-tempat spsayang jauh untuk ikut
ambil bahagian di dalam upacara tersebut yang akan dirahmati oleh
ketua paderi. Setelah ketua paderi, Michael dan Peter meninggalkan bilik, ibu
Isabella yang masih kebingungan bangun mendekati anaknya sekali
lagi. Dia memeluk leher Isabella sambil berkata "Benarkah apa yang
dikatakan oleh bapamu itu, nak?"
Isabella tidak menjawab. Dia memegang tangan ibu dan menepuknepuk dengan lembut sambil bangun melepaskan diri.
"Saya mahu masuk ke bilik saya, mama." katanya lalu terus berjalan
menuju ke bilik sambil diperhatikan oleh ibunya dengan perasaan
sedih bercampur hiba. Isabella mengunci pintu bilik. Dia merebahkan diri di atas katil dan
mula memikirkan nasibnya. Dia yakin akan menerima hukuman
daripada bapanya dan paderi-paderi lain. Hukuman dan seksaan yang
kejam bukan sesuatu perkara asing bagi penganut-penganut agama
Kristian yang murtad ataupun mengeluarkan sesuatu pendapat agama
yang bertentangan dengan ketua-ketua agama. Dia akan menghadapi
hukuman yang berat. Namun dia sedikit pun tidak gentar dengan
segala macam kekejaman dan seksaan yang akan ditimpakan ke
atasnya. Hatinya telah bulat dan tekadnya telah tetap, dia akan
menghadapi semua percubaan itu dengan hati yang tabah dan tidak
berganjak. Isabella kemudian mengambil kertas dan pena lalu menulis surat
kepada Mirano, anak Michael, yang menjadi sahabat akrabnya.
Saudaraku yang dikasihi. Tadi malam kira-kira jam sembilan. Aku telah menghadiri satu
pertemuan para cendekiawan Islam. Umar Lahmi dan ahli-ahli agama
juga ikut hadir. Bagaimana aku akan menerangkan kepadamu suasana
pertemuan itu! Suatu pertemuan yang sungguh menakjubkan.
Kehadiranku di situ sesungguhnya semakin menebalkan lagi
keyakinanku terhadap Islam. Aku sangat berharap kau juga ikut
bersama-sama aku pada waktu itu. Tetapi aku telah berjanji dengan
ketua mereka, Ziad bin Umar, akan membawa kau bersama-sama
untuk ikut serta dalam pertemuan yang akan diadakan malam esok
atau malam lusa. Satu perkara penting telah terjadi ke atas diriku
hari ini. Nampaknya. Aku akan dihadapkan ke inquisisi. Doakanlah
agar aku tetap di jalan yang benar. Bapaku rupanya telah mendapat
berita tentang diriku bahwa aku telah memeluk agama Islam. Dia
telah memanggil bapamu dan Peter ke rumah kami. Berbagai macam
pertanyaan telah diajukan kepadaku. Cuba kau bayangkan betapa
tersepitnya keadaanku waktu itu. Tetapi aku telah memberikan
jawaban yang tegas kepada mereka. Peter telah memberikan janji
kepada bapaku bahwa dia akan membawa aku kembali kepada agama
Kristian. Kalau keadaan yang serupa berlaku. Aku harap kau dan
ketiga orang kawan kita yang lain akan ikut hadir sama.
Perkara-perkara lain akan aku sampaikan secara lisan kepadamu
nanti. Saudaramu, Isabella Setelah siap surat itu ditulis, Isabella memanggil pengasuhnya dan
menyuruh mengembalikan sebuah buku kepada Mirano serta
mengambil buku lain daripadanya.
"Surat ini yang telah lama terletak di sini juga dibawa bersama-sama
dan diberikan kepadanya."
Pengasuh pun segera melakukan apa yang disuruh. Dia pergi ke
rumah Michael dan menyerahkan buku dan surat kepada Mirano.
Mirano segera membaca surat tersebut lalu memberitahu pengasuh
Isabella bahwa dia sendiri akan menghantar buku itu kepada
Isabella nanti. Pada petang itu, Isabella dan keempat orang sahabatnya bertemu di
taman tempat mereka pertama kali mendengar perbualan Umar
Lahmi. Dia menceritakan kepada sahabat-sahabatnya tentang
kejadian pagi tadi di rumahnya seraya meminta pendapat mereka.
Sahabat-sahabatnya sangat ingin berjumpa Ziad bin Umar. Mereka
juga mencadangkan agar Isabella memberitahu kejadian pagi itu
kepadanya. Mereka membuat keputusan akan ke rumah Ziad bin Umar pada
petang berikutnya. Setelah itu mereka pun bersiar-siar di taman itu
sampai waktu perpisahan lalu pulang ke rumah masing-masing.
BAB 9 Ujian Keimanan Pagi berikutnya, Isabella menerima surat dari Michael yang dibawa
oleh seorang pesuruh. Surat itu berbunyi : Anakku Isabella. Harap
kamu dapat datang segera ke tempatku kerana ada perkara yang
penting yang akan kubincang denganmu. Tinggalkan dulu urusanmu
yang lain. Aku menunggu kedatanganmu. Sepintas lalu, Isabella sudah
dapat menanggapi maksud surat itu, tentu ada hubungan dengan
peristiwa yang berlaku kelmarin pagi di rumahnya. Isabella lalu
memberitahu ibunya. Dia pun segera bertolak ke rumah Michael.
Di sana, selain daripada Michael dan Peter, ikut plua seorang rahib
yang cukup terkenal, cukup popular dan mashyur di seluruh Sepanyol
kerana kehidupan pertapaannya. Mirano di lain pihak telah
memanggil kawan-kawannya supaya datang berkumpul di rumahnya
untuk mendengar pemeriksaan ke atas Isabella.
Setelah Isabella dipersilakan duduk di tempat yang disediakan khas
untuknya, Michael pun memulai pertanyaan seperti berikut,
"Kelmarin kamu telah menangkis pertanyaan-pertanyaan kami dengan
jawaban yang bersifat kabur. Hari ini kami akan bercakap kepadamu
secara berterus-terang. Nah, mahukah kamu menjawab soalan saya
dengan jawaban yang benar?"
"Saya tidaklah begitu pintar untuk menjawab semua pertanyaan
bapa dan yang kedua saya fikir tidak ada perkara sehingga
interogasi serupa ini dilakukan ke atas saya."
"Apakah kamu sudah menjadi seorang penganut Islam?"
"Saya sudah menjawabnya kelmarin dan saya tidak mahu berkata
apa-apa lagi tentang hal itu."
"Baiklah," kata Michael, "apakah kamu percaya dengan Ketuhanan
Suci dan Jesus Kristus sebagai Tuhan dengan segala keperluan
kewujudannya?" "Saya percaya kepada Tuhan sebagai Tuhan dan bukan manusia
sebagai Tuhan." jawab Isabella.
"Jadi jelaslah bahwa kamu tidak percaya kepada Ketuhanan Tuhan
Jesus Kristus. Jadi, apa lagi bukti yang ada kalau kau bukan seorang
Muslim?" tanya Michael.
"Maksud saya tidak ada bukti di mana-mana pun juga di dalam Injil
bahwa Jesus itu Tuhan." jawab Isabella.
"Demi Tuhan!" kata Michael dengan nada yang agak meninggi.
"Jangan memfitnahkan Injil Suci. Tidakkah kau baca di dalam Injil
itu bahwa dia adalah 'putera Tuhan'?"
Isabella lalu mengambil Injil dan dipegangnya.
"Nah, kalau begitu tolong jelaskan kepada saya makna ayat berikut."
Lalu dibukanya Kitab Jonah, bab 1 ayat 31-36 dan dibacanya:
"Orang-orang Yahudi lalu mengangkat batu untuk melempari Kristus,
yang berkata kepada mereka. Aku telah menunjukkan kepada kalian
banyak perkara yang baik dari bapa, apakah kerana itu kalian
merajami aku" Orang-orang Yahudi menjawab: Kami bukan merajami
kamu kerana perbuatan-perbuatan baik tetapi kerana kecuranganmu
sebagai manusia mengaku dirimu sebagai Tuhan. Kristus berkata:
Tidakkah agamamu ada berkata bahwa kamu juga Tuhan" Waktu
dipanggil Tuhan itu kepada mereka yang diberi wahyu maka orang
yang telah dikirim Tuhan ke dunia sesudah dimuliakannya, maka
betapa kalian berkata dia bercakap curang. Itulah sebabnya aku
berkata aku ini 'putera Tuhan'. Ini serupa dengan panggilan
terhadap lain-lain nabi di dalam Kitab Taurat dan lain-lainnya. Maka
serupa itulah pula aku dipanggil 'putera Tuhan'. Jadi," kata Isabella,
"saya ingin bertanya nabi yang manakah sebelum Jesus yang
dipanggil Tuhan" Orang-orang Kristian percaya bahwa nabi-nabi
yang terdahulu itu dipanggil Tuhan sebagai kiasan dan kerana kasih
dan saya berkata dalam bentuk kiasan yang sama pula dan kerana
kasihkan Jesus Kristus maka dia dipanggil Tuhan dan bukan kerana
dia benar-benar Tuhan seperti yang didakwakan."
"Gadis terkutuk!" Michael sudah tidak dapat membendung
kemarahan lagi. "Kamu sudah suka bercakap. Daripadaku kamu
belajar, sekarang kamu berani bertanyakan erti ayat-ayat itu
kepadaku seolah-olah aku terlalu bodoh dan kamu seorang
terpelajar. Tetapi dengan ini nabi-nabi dulu tidak dapat jadi Tuhan
dalam erti sebenarnya kerana mereka itu tidak suci, sedangkan
Tuhan Jesus Kristus bersih dari dosa dan suci maka sebab itulah dia
menjadi Tuhan." "Kita tidak bercakap tentang dosa atau suci. Soalnya ialah Jesus
Kristus menamakan dirinya Tuhan serupa dengan nabi-nabi lain yang
menamakan diri mereka Tuhan. Jikalau Jesus Kristus benar-benar
Tuhan maka kita pun juga mesti mengakui bahwa nabi-nabi lain itu
pun Tuhan." jawab Isabella. "Lagi pula dalam ayat itu Jesus Kristus
menjawab tuduhan orang-orang Yahudi. Kalau benar dia putera
Tuhan maka ia patut menerima tuduhan Yahudi itu."
"Oh betapa hebatnya! Kamu kini telah menjadi ilmuwan besar
sehingga kamu mahu meremehkan kami." kata Michael. "Sudah jelas
kini kamu telah dipengaruhi. Jikalau Jesus Kristis itu bukan Tuhan
tetapi manusia biasa bagaimana dia boleh melakukan penebusan dosa
bagi dosa kita semua. Apakah ada manusia yang bebas dari dosa?"
"Saya tidak begitu faham bagaimana bapa membuat peraturan ini
bahwa tidak ada manusia yang suci meskipun dalam Injil Lukas bab 1
ayat 6 ada kisah tentang Zakaria dan isterinya. Dalam Injil itu
mereka berdua ada disebutkan bahwa Zakaria dan isterinya Elizabet
adalah benar di hadapan Tuhan dan hidup menurut segala perintah
dan ketetapan Tuhan dengan tidak bercacat. Jadi, jelaslah bahwa
Zakaria dan isterinya orang-orang suci jikalau tidak perkataan
"tidak bercacat" itu tentu tidak ada makna. Jadi, kesucian Kristus
bukanlah satu perkara unik. Dia suci seperti sucinya orang lain juga.
Tentang masalah penebusan dosa ini juga tidak terdapat bukti di
dalam Injil, kerana tidak ada orang yang memikul beban dosa orang
lain apatah lagi memikul beban dosa seluruh manusia lalu mati
menderita di atas salib. Pada kenyataannya Jesus ada menyebut di
dalam Injil bahwa keselamatan diperoleh berdasarkan amalan bukan
dengan penebusan dosa, seperti yang tertulis di dalam Injil Matius
bab 16 ayat 27: Anak manusia (Adam) akan datang dalam kemuliaan
bapanya, diiringi malaikat-malaikatnya, pada waktu itu dia akan
membalas setiap orang menurut perbuatannya. Dalam Injil Matius
juga bab 19 ayat 16-20, Injil Markus bab10 ayat 17-27, Injil Lukas
bab 18 ayat 18-27 ada kisah tentang seorang lelaki datang kepada
Jesus dan bertanya: Guru, perbuatan baik apakah yang harus
kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?"
Jesus menjawab, "Apakah sebabnya engkau bertanya kepadaku
tentang apa yang baik" Hanya satu yang baik. Tetapi jikalau engkau
ingin masuk syurga turutlah segala perintah Tuhan." Kata orang itu
lagi, "Perintah yang mana?" Jesus menjawab "Jangan membunuh,
jangan berzina, jangan mencuri, jangan mengucapkan saksi dusta,
hormatilah ayahmu dan ibumu dan kasihlah sesama manusia seperti
dirimu sendiri." Maka terbukti sekarang daripada ayat-ayat itu
bahwa jalan keselamatan hanyalah melalui amalan. Kristus tidak
berkata begini sebagai jawaban kepada pertanyaan orang lelaki itu.
"Kamu tidak payah lakukan apa-apa kerana aku akan melakukan
penebusan dosa untukmu."
"Perempuan! Kau nampaknya seperti mahu mengajar aku," kata
Michael menahan kemarahan, "apakah kau tidak percayakan aku lagi.
Aku ialah gurumu. Kamu mesti percaya semua kata-kataku. Kalau
hanya dengan kebijaksanaanmu saja kamu tidak dapat memahami
masalah-masalah agama yang sulit. Nah, perkara penebusan dosa
akan kita bicarakan kemudian. Sekarang kita selesaikan masalah
ketuhanan Jesus Kristus dulu. Orang-orang Islam juga percaya
bahwa Kristus telah diangkat ke langit hidup-hidup. Apakah ini
bukan bukti tentang ketuhanannya" Jesus telah memperlihatkan
mukjizat-mukjizat yang agung. Dia menghidupkan orang mati,
memberi celek kepada orang yang buta. Bukankah perkara-perkara
ini membuktikan ketuhanannya" Perkara yang utama ialah kamu
mesti lebih dulu menerima atau menolak ketuhanan Jesus kemudian
baru kita bercakap perkara lain."
"Soal penebusan dosa tuan dulu yang memulakannya dan saya ikut
membincangkan saja. Kalau Jesus Kristus boleh menjadi Tuhan
kerana dibawa ke syurga hidup-hidup maka Elia juga patut menjadi
Tuhan. Sebab menurut Injil dia juga dibawa hidup-hidup ke syurga.*
Tentang Jesus menghidupkan orang mati dan memberi celek kepada
orang yang buta, maka itu pun belum boleh dijadikan bukti yang dia
adalah Tuhan sebab nabi-nabi lain juga ada memperlihatkan mukjizat
mereka seperti yang sudah jelas disebutkan di dalam Injil. Kalau
mukjizat serupa itu boleh menjadikan dia Tuhan, maka nabi-nabi lain
juga Tuhan, tentunya." kata Isabella.
*lihat 11 Raja-Raja bab 2:1-8 'Elia Naik ke Syurga'
"Lihat! Betapa pandainya budak perempuan ini menipu." kata Peter.
"Hai perempuan bodoh! Mukjizat yang ditunjukkan oleh nabi-nabi
lain itu bukanlah kekuasaan mereka sendiri tetapi kekuasaan yang
diberikan Tuhan. Mukjizat Kristus adalah dari kekuasaannya sendiri,
yang menunjukkan bahwa dia adalah Tuhan."
"Mukjizat bukan bukti kenabian apalagi mahu disebut sebagai
ketuhanan," jawab Isabella, "menurut agama Kristian bukan satu
kemestian seseorang yang melakukan mukjizat itu nabi. Jadi, kalau
nabi saja masih belum boleh dipanggil bagaimana pula dia mahu
menjadi Tuhan. Jesus pernah berkata: "Saya dengan berterusterang memberitahu kamu, barangsiapa beriman dengan saya, juga
akan ikut membuat amalan seperti saya beramal, malah lebih hebat
lagi*. Tentang dakwaan tuan bahwa mukjizat Kristus adalah
kekuasaannya sendiri, sementara yang lain didapati dengan paksaan,
ini juga dakwaan yang salah. Kitab Injil telah membuktikan bahwa
tidak saja dalam melakukan mukjizat, dalam semua perkara yang lain
pula pun Jesus tidak berdaya seperti nabi-nabi yang lain juga.
Kerana apabila Jesus mahu melakukan mukjizat dia lebih dulu
memohon bantuan daripada Tuhan. Dalam mukjizat roti dan ikan, dia
menengadah ke langit dan mengucap berkat*, meminta pertolongan
Tuhan dan ditempat lain pula dia berkata, "Jenis ini tidak dapat
diusir kecuali dengan berdoa." Jesus menyembuhkan orang tuli. Dia
masukkan jarinya ke telinga orang itu lalu dia meludah dan meraba
lidah orang itu kemudian menengadah ke langit Jesus menarik nafas.
Jadi, dia berdoa juga kepada Tuhan*. Jadi dari Injil sendiri ada
bukti bahwa Kristus serupa juga dengan orang lain, tidak ada kuasa
untuk berbuat sesuatu. Kalau dia benar-benar Tuhan tentulah dia
tidak terlalu lemah untuk berbuat sesuatu dan meminta bantuan
daripa orang lain. Sebagai Tuhan maka dia bebas melakukan apa saja
Isabella Karya Maulana Mohammad Saeed di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
seperti Tuhan yang Maha Berkuasa."
* Injil Jonah, bab 14:12 *Injil Matius, bab 14:13-21; Markus 6:3044; Lukas 9:10-17; Yoh 6:1-13 * Injil Markus 9:29 *Injil Markus
7:31-35 Isabella lalu mengambil Injil dan membuka.
"Jesus Kristus berkata: Kerana bapanya telah bersenyawa di dalam
dirinya dan bapanya juga memberikan kepadanya kekuasaan untuk
melakukan keadilan kerana dia dilahirkan sebagai manusia*. Malah
nyawa Jesus Kristus juga bukan haknya sendiri tetapi diberikan oleh
Tuhan dan Tuhan pula yang memberikan kekuasaan kepadanya untuk
melakukan keadilan. Tanpa rahmat Tuhan, keadilan apapun tidak
dapat dilakukan olehnya. Hujah saya, Jesus adalah manusia dan
manusia tidak akan dapat berbuat sesuatu tanpa pertolongan Tuhan.
Di tempat lain Jesus pernah berkata: Saya tidak dapat berbuat apaapa sendirian, saya berbuat keadilan seperti yang saya dengar dan
pengadilan saya adalah adil*. Selanjutnya dia berkata: Saya datang
dari syurga bukan mahu berbuat menurut sesuka hati saya tetapi
berbuat menurut arahan orang yang mengirim saya ke mari. Nah,
itulah bukti-bukti bahwa Kristus seorang yang tidak berdaya seperti
juga manusia yang lain dan bergantung kepada orang lain tidak boleh
menjadi Tuhan, maka Jesus juga bukan Tuhan*."
*lihat Injil Jonah 5:26-27 * lihat Injil Jonah 5:30 *lihat Injil Jonah
16:38 Tidak saja Peter dan Michael yang terperanjat mendengar hujahhujah Isabella yang lancar itu tetapi rahib yang seorang lagi pun
seperti kelu lidahnya, tidak dapat mencelah sedikitpun. Hanya
sesudah Isabella berhenti barulah mereka itu tersentak sedar dari
pesona. Peter dengan cepat berkata sambil memandang kepada
Michael. "Nah, anda lihat betapa keras sudah anak ini. Orang-orang Islam
telah mengajarnya untuk petah berkata-kata. Apakah anda masih
berharap dia akan kembali ke jalan yang lempang" Saya fikir tidak
ada gunanya lagi kita berhujah dengannya kerana imannya sudah
hilang dan dia sudah menjadi ingkar."
"Saya yakin dia telah berada di bawah kekuasaan syaitan." jawab
Michael. Dia lalu berpaling kepada Isabella. "Semua hujah yang kamu katakan
itu telah ada jawaban yang jelas dan kamu telah pun membacanya di
dalam pelajaran teologi. Ada juga jawaban yang kamu tidak akan
faham sama sekali. Dan sekarang, saya tidak mahu menjawab semua
pertanyaanmu itu sebaliknya saya mahu tahu apa pendapatmu yang
sebenarnya mengenai agama Kristian supaya mudah kami membuat
keputusan tentang dirimu. Kamu telah menerangkan dengan jelas
tentang pendapatmu mengenai ketuhanan Kristus dan penebusan
dosa. Nah, ada apa-apa lagi yang akan kamu tambah."
"Saya tidak pernah menafikan Kitab Injil dan Jesus Kristus. Tetapi
apa yang saya katakan ialah menurut ajaran Injil tidak ada bukti
bahwa Jesus itu Tuhan dan tidak ada alasan yang munasabah
tentang penebusan dosa. Semua itu hanyalah rekaan orang-orang
Kristian saja." jawab Isabella.
"Jadi maksudmu semua penganut Kristian penipu dan semua
penganut Kristian telah bersatu menentang Kitab Suci Injil?"
Michael mengherdik. "Gadis terkutuk isi neraka! Kalau au tidak
dapat memahaminya, terima saja keputusan yang telah dibuat oleh
ketua-ketua agama. Bapamu yang menjadi ketua paderi mempunyai
kuasa penuh untuk mengampunkan dosa, apakah dia juga menganggap
semua ini salah" Apakah semua paus, rahib, alim ulama Kristian dan
hamba abdi agama Kristian berjalan di jalan yang salah?"
Isabella sedikitpun tidak terpengaruh dengan herdikan Michael,
malah dia dengan tenang menjawab, "Seperti Kitab Injil yang tidak
membuktikan ketuhanan Kristus dan penebusan dosa maka serupa
itulah pula agama Kristian dari orang-orang yang mengaku Kristian
hari ini tidak wujud menurut Injil. Oleh sebab itu pendapat mereka
tidak dapat saya terima sebagai bimbingan."
"Hebat sekali!" kata Michael. "Kami sekarang semuanya penganutpenganut Kristian yang palsu dan tidak wujud sedangkan kamu adalah
penganut Kristian tulen dan sejati. Gadis malang! Ke manakah sudah
pergi fikiranmu yang waras" Kamu telah membuang orangtuamu.
Tunjukkan bukti bahwa kami ini bukan Kristian sejati?"
"Tidak ada sebab bapa mesti naik darah." ujar Isabella. "Perkara ini
sudah cukup jelas. Andaikata bapa dapat membuktikan dari Injil
bahwa penganut-penganut Kristian zaman moden ini benar-benar
Kristian maka saya dengan seluruh jiwa raga akan menerima
keputusan itu dan tidak akan mengemukakan hujah apa pun jua
terhadap mereka menurut Injil. Jadi, bapa buktikanlah menurut
Kitab Injil bahwa orang-orang Kristian sekarang adalah Kristian
tulen." "Di seluruh dunia ada orang Kristian dan kamu berani mengatakan
bahwa mereka itu bukan Kristian menurut Kitab Injil. Apakah ada
bukti lain lagi" Bukankah ini sudah bukti yang cukup bahwa kami
beriman Injil, berimankan ketuhanan Jesus dan penyalibannya?"
kata Michael. "Tidakkah orang-orang Islam itu percaya Kitab Injil?" tanya
Isabella. "Bolehkah bapa mengatakan bahwa mereka itu juga
penganut Kristian" Tentang kepercayaan kepada ketuhanan Kristus
dan penebusan dosa maka itu bukanlah hujah-hujah akan keagamaan
Kristiannya. Sebaliknya ia membuktikan bahwa orang itu bukanlah
penganut Kristian sama sekali kerana tidak ada garis-garis
kepercayaan serupa itu di dalam Injil."
"Kau gadis tak berguna!" sampuk Peter. "Kenapa kamu menimbulkan
keraguan kepada agama Kristian kami" Kalau kami ini bukan Kristian
cuba kamu tunjukkan Kristian yang sebenarnya. Katakan saja di mana
di dunia ini orang-orang Kristian sejati dan tulen itu ada."
"Bapa boleh marah sebanyak mana yang bapa suka," kata Isabella,
"tetapi yang benar itu tidak dapat bapa sembunyikan. Kalau bapa
mahu buktinya dari saya maka saya dengan tulus ikhlas mengatakan
bahwa orang-orang Kristian sekarang ini bukanlah penganut Kristus
sama sekali dan tentang siapa yang boleh menjadi penganut Kristian
tulen saya bersedia membuktikannya menurut Kitab Injil sendiri."
"Gadis terkutuk!" Michael menjerti. "Kenapa kau membebel-bebl
saja" Kenapa tidak tunjukkan bukti-buktinya?"
Isabella tersenyum kecil yang menyebabkan paderi-paderi itu
menjadi bertambah jengkel dan sakit hati melihatnya.
Dengan tenang dia mengambil Injil sambil berkata, "Cuba dengar
baik-baik tentang tanda-tanda penganut Kristian yang sebenarnya."
Isabella lalu membaca Injil Markus pada bab 6 ayat 17 dan 18: "Dan
di antara manusia yang beriman maka mukjizat-mukjizat ini akan
berlaku: Mereka akan mengusir roh jahat dengan menyebut namaku,
mereka akan bercakap dengan bahasa baru, mereka akan memegang
ular, mereka tidak akan terkena bisa kalau meminum benda-benda
yang boleh membawa maut, mereka akan meletakkan tangan ke atas
orang sakit dan menyembuhkan penyakitnya."
Isabella kemudian membuka pula Injil Matius pada bab 16. "Ini
tanda-tanda penganut Kristian yang beriman."
Dia lalu membaca ayat 16 hingga 20. "Pengikut-pengikut mendekati
Jesus dan berkata: Kenapa kami tidak dapat mengusir roh-roh jahat
itu" Dia menjawab kerana kecacatan dalam imanmu kerana terus
terang aku katakan kalau padamu ada iman walaupun sebesar atom
dan kamu menyuruh gunung itu pindah dari tempatnya, dia akan
pindah dan tidak ada yang mustahil bagimu. Nah," kata Isabella,
"Daripada kedua-dua kutipan Injil ini, ada enam tanda Kristian yang
sudah dipastikan: 1. Mengusir keluar roh jahat. 2. Bercakap dengan bahasa baru tanpa
mempelajarinya. 3. Memegang ular yang berbisa. 4. Meminum racun
tanpa memudaratkan diri. 5. Menyembuhkan penyakit dengan
sentuhan tangan dan 6. Mengubah gunung dari tempatnya. Jadi,
barangsiapa yang mengaju menjadi Kristian mestilah dapat
membuktikan bahwa keenam-enam tanda ini ada di dalam dirinya.
Sekarang, bapa adalah seorang Kristian, kita tolak sebelah dulu
keenam-enam tanda itu dan sembuhkan seorang sakit dengan
sentuhan tangan bapa, gunung tentu tak mungkin bapa pindahkan
tetapi ini ada seketul batu. Cuba gerakkan saja kira-kira 10 atau 20
meter, maka kekristianan bapa telah dibuktikan oleh Injil."
"Memang benar semuanya itu ada disebutkan di dalam Injil tetapi
tunjukkan pula tempat yang mengatakan sesiapa yang tidak
melakukan mukjizat itu bukan Kristian" Selain daripada itu, tandatanda tersebut hanya khas kepada pengikut-pengikut Kristus yang
dua belas itu saja bukan kepada semua orang."
"Kedua-dua keterangan bapa itu salah." kata Isabella. "Dalam Injil
sudah jelas dinyatakan bahwa setiap orang Kristian walaupun
imannya sebesar atom, boleh dapat memindahan gunung kalau
dikehendakinya, diikuti dengan sesiapa yang tidak ada iman walaupun
sebesar atom tidak akan dapat memindahkan gunung. Dan juga salah
mengatakan bahwa tanda-tanda ini hanya khas untuk pengikutpengikut Kristus yang dua belas itu kerana di dalam Injil ada
disebutkan dengan jelas bahwa mukjizat ini diberikan kepada semua
orang yang beriman. Kalau tanda-tanda ini hanya dikhususkan kepada
pengikut-pengikut Kristus saja, maka keimanan pun hanyalah kepada
pengikut-pengikut itu saja yang bererti tidak ada Kristian tulen yang
dilahirkan sesudah pengikut-pengikut itu."
"Kau gadis malang!" ujar Peter. "Itulah sebabnya telah kukatakan
bahwa kamu tidak dapat memahami misteri dan inti erti Injil. Gadis
bodoh! Mukjizat itu ada kaitannya dengan masalah-masalah rohani
iaitu dengan sebutan penyakit ertinya penyakit rohani, racun bererti
kufur yang dimaksudkan kepada orang-orang Kristian walaupun
mereka diserang oleh orang-orang kafir, mereka tidak akan
berganjak dari keimanannya dan begitulah seterusnya."
"Fikir dulu masak-masak sebelum bapa menjawab," kata Isabella,
"bapa kata saya bodoh tetapi topik itu mungkin tidak padan dengan
bapa. Dengar kata Jesus Kristus seperti tertulis dalam Injil Jonah
14:12 ini. Barangsiapa beriman dengan aku akan melakukan kerja
yang aku lakukan. Jadi, Kalau mukjizat itu ditafsirkan sebagai
masalah rohaniah semata-mata maka kesimpulannya ialah Kristus
tidak menghidupkan yang mati, juga tidak mencelekkan mata yang
buta, juga tidak menyembuhkan yang sakit tetapi dia cuma
menyembuhkan rohaniah yang mati, roh jahat dan mebina di
dalamnya cahaya keimanan. Tetapi bapa-bapa tidak mahu mengaku
interpretasi tentang Kristus serupa ini, jadi mengapa pula bapa-bapa
reka tugas baru untuk orang lain" Kristus berkata 'kerja yang aku
lakukan', jadi apa yang dilakukan olehnya dalam bentuk
bagaimanapun juga, penganut-penganut Kristian mesti ikut
melakukannya dan dalam bentuk yang sama pula, kalau tidak mereka
itu tidak beriman." "Memang susah mahu membuat gadis yang ingkar ini mengerti." kata
Peter. "Ubatnya bukan lagi dengan desakan tetapi seksaan yang
sama yang dilakukan oleh inquisisi*."
Kemudian Peter berkata kepada Michael "Anda usir dia dari rumah
ini dan beritahu bapanya yang suci bahwa dia sudah tidak dapat
diubati lagi. Cara lain mesti dilakukan."
Dengan mengucapkan kata-kata itu, Michael dan Peter bangun dari
kerusi lalu masuk ke dalam bilik sebelah untuk berbincang.
Setelah bapanya dan Peter masuk ke bilik sebelah, Mirano pun
segera menemui Isabella dan menasihatinya supaya meninggalkan
rumah itu seberapa cepat yang boleh, kalau tidak dia pasti akan
mendapat kesusahan besar. Sebelum Isabella keluar mereka lebih
dulu berjanji akan berjumpa di Taman Cordova pada petang itu
untuk memikirkan tindakan selanjutnya yang akan mereka lakukan.
Setelah berteguh-teguhan janji, Isabella pun segera keluar dari
rumah Michael, lalu terus pulang ke rumahnya. Dalam masa dia
menghayun langka, fikirannya melayang ke rumahnya. Apa gerangan
yang akan menunggunya di sana" Bagaimanapun ketika dia sampai,
ibunya menyambut dengan muka manis dan memaksanya makan
sedikit. Setelah makan, Isabella meminta izin kepada ibunya untuk
masuk ke dalam bilik. Fikirannya agak runsing sedikit, sehingga dia
tidak dapat berfikir apa yang patut dilakukan pada waktu itu. Jadi,
sementara menunggu hari petang, dia berlengah-lengah di tempat
tidurnya. Dia melihat perpustakaannya yang penuh dengan berbagaibagai buku dan barang-barang miliknya dengan perasaan sayu. Dia
kemudian melayangkan pemandangan ke setiap sudut bilik itu. Fikiran
berkelana jauh. Apakah dia akan ditakdirkan tinggal di situ lagi atau
ada orang lain yang akan menempati dan menggunakan semua buku
dan barang-barangnya" Kemudian bawahsedarnya berkata: Biarlah
sesiapa pun membaca bukunya dan menggunakan barang-barang
miliknya, tinggal di bilik itu, dia akan pergi mencari kebenaran yang
kini sudah dapat dicapai puncanya. Allah akan membimbingnya. rasa
syukur tidak terkira banyaknya kepada Dia yang telah
menganugerahkan kepadanya nikmat kebenaran yang begitu besar
dan tidak ada yang lebih besar daripada itu. Beribu-ribu buah rumah
serupa itu boleh dikorbankan demi untuk memperoleh rahmat Islam.
Sambil berkata-kata, Isabella lalu duduk bertelut di lantai.
Kemudian, dia melakukan sujud syukur kepada Allah Yang Maha
Berkuasa.Petang pun menjelang tiba setelah ditunggu dengan penuh
harapan oleh Isabella. Memang nasibnya baik, pada masa itu ibunya
sedang sibuk membuat sesuatu urusan di dalam biliknya. Isabella pun
keluar perlahan-lahan menuju ke rumah gurunya, Michael. Dia
mendapati Mirano sudah siap menunggu. Mereka lalu berjalan
bersama-sama menuju Taman Cordova. Di dalam perjalanan, Mirano
dalam diam-diam memperhatikan perubahan pada diri sahabatnya.
Wajahnya murung tidak seperti biasa.
"Isabella," ujar Mirano, "aku lihat anda di dalam kesusahan besar.
Kenapa" Karena anda mahu berpisah dengan keluarga?"
"Aku di dalam keadaan yang sulit setelah pulang dari rumah anda
tadi." jawab Isabella. "Waktu aku hendak keluar kalau tidak karena
ibuku sibuk di biliknya. Aku tentu tidak dapat memenuhi janji kita
ini. Tuhan saja yang mengetahui apa yang akan dilakukan olehnya.
Tetapi sekarang dengan rahmat Allah. Aku tidak khuatir lagi. Aku
sudah bersedia menghadapi apa jua percubaan demi kebenaran."
"Isabella," kata Mirano, "aku sangat kagum dengan anda. Anda telah
memberikan pukulan yang hebat waktu menjawab hujah-hujah
bapaku dan Peter. Mereka semua tercengang-cengang, tidak dapat
menjawab. Hairannya, hujah-hujah anda semuanya berdasarkan
Kitab Injil."Mereka sudah sampai di taman dan di sana sahabat
mereka, Catherine dan Martha, sedang menunggu.
"Dari jauh kami melihat anda berdua sangat asyik bercakap." tegur
Martha. "Bolehkah kami ikut tahu sama?"
"Kami bercakap tentang perbahasan Isabella dengan bapaku dan
Peter pagi tadi." jawab Mirano.
"Bapamu dan paderi tua itu seperti tidak dapat berhujah dengan
Isabella." kata Martha. "Rahib yang seorang lagi itu siapa agaknya"
Dia diam saja." "Aku tidak pernah melihatnya sebelum ini." kata Isabella.
Pada waktu itu barulah mula terfikir olehnya tujuan rahib itu ikut
serta mendengar perbahasan. Air mukanya pun berubah.
"Kenapa muka kau pucat tiba-tiba?" tanya Mirano.
"Oh, tidak ada apa-apa." jawab Isabella cuba menyembunyikan
kebimbangannya. "Apa yang kau mahu katakan tadi, Martha?"
"Aku hairan," ujar Martha yang tidak sedar akan perubahan pada
wajah Isabella. "walaupun mereka itu telah terpukul begitu hebat,
mereka masih tetap tidak mahu mengaku."
"Mereka mungkin tidak mengaku dengan lidah tetapi aku percaya
Isabella Karya Maulana Mohammad Saeed di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
hati kecil mereka membenarkannya." jawab Mirano. "Sesudah kalian
meninggalkan rumahku tadi. Aku mendengar bapaku berkata kepada
Peter bahwa memang benar tidak ada bukti tentang ketuhanan
Kristus di dalam Injil. Tetapi biar bagaimanapun kita terpaksa patuh
kepada keputusan gereja, kata bapaku. Aku nampak Peter
terpengaruh dengan ketegasan hujah-hujah anda karena dia berkata
semua hujah-hujah anda itu cukup kuat."
"Dalam perbahasan pagi tadi, Islam terbukti agama yang benar,
sementara agama Kristian tidak ada apa-apa kecuali kesesatan saja."
kata Martha seperti mengeluh.Setelah mereka duduk di suatu
tempat yang agak terpencil dari orangramai, Mirano lalu bertanya
kepada Isabella. "Apakah anda sudah membuat keputusan mahu meninggalkan bapa,
mama, adik-adik dan abang-abang dan kaum keluarga serta
kehidupan selesa serba mewah" Dan apakah tindakan anda kalau
bapa anda berkeras mahu menyerahkan anda kepada inquisisi?"
Mendengar pertanyaan Mirano itu, Martha dan Catherine
memandang muka Isabella sambil menunggu jawaban dengan hati
yang berdebar-debar walaupun jawabannya itu telah mereka duga
dari awal. Isabella memegang bahu Mirano sambil memandang muka
Martha dan Catherine. Dia berkata dengan suara yang tetap dan perlahan, "Aku kini telah
membebaskan diriku daripada semua fikiran yang bukan-bukan. Allah
telah menganugerahkan kepadaku nikmat Islam dan Dia juga akan
membimbing aku menjalani hari depanku serta tidak akan mensiasiakan niat yang baik. Aku menemui ketenangan yang luarbiasa
daripada ayat-ayat Al-Quran yang maksudnya begini: Barangsiapa
yang takut akan Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya
jalan keselamatan dan akan memberikan kepadanya rezeki dari
tempat yang sama sekali tidak disangka-sangkanya."
Ketiga-tiga sahabatnya diam terpegun mendengar kata-katanya.
Sejurus lamanya, apabila tidak ada yang berkata-kata, Mirano
memecah kesepian dengan bertanya, "Anda berjanji akan membawa
kami menemui Ziad bin Umar dan kawan-kawannya. Bila?"
Isabella seperti tersentak. "Kalau kita mahu pergi ke sana, kita
mesti pergi lebih awal sedikit. Jadi, lebih banyak ilmu yang kita
dapat dan tidak akan terlalu lewat pulang ke rumah."
"Anda mahu memberitahu kepada Ziad tentang perbahasan anda
pagi tadi?" tanya Mirano.
"Ya. Kenapa pula tidak?" balas Isabella. "Nah, mari kita bertolak
sekarang dan sampai di sana waktu solat isyak. Kita duduk kira-kira
satu jam sebelum kita pulang."
Isabella dan sahabat-sahabatnya keluar dari Taman Cordova.
Mereka mengambil jalan yang menuju ke masjid besar Cordova.
Dalam perjalanan, Isabella memberitahu sahabat-sahabatnya bahwa
walaupun pada batinnya dia sudah menjadi Islam tetapi dia belum
lagi secar rasmi menganutinya. Dia akan memeluk agama itu melalui
Ziad bin Umar. Dengan demikian, Allah akan lebih menguatkan lagi
imannya, memberi dia keberanian dan seluruh jiwaraganya akan
diserahkan kepada Allah. Semua sahabat-sahabatnya sangat
gembira dan mengucapkan tahniah di atas niatnya yang baik. Mereka
lebih dulu singgah di rumah Umar Lahmi yang bersambung dengan
tempat kediaman Ziad bin Umar. Kedatangan mereka telah
diberitahu kepada Ziad oleh Umar Lahmi.
Selesai solat isyak, maka berhimpunlah cerdikpandai, alim ulama,
para pengikut , ahli Hadis, penyair, penulis, ahli akademik dan para
cendekiawan. Setelah bertukar-tukar khabar, Umar Lahmi meminta
kebenaran Ziad untuk menjemput anak-anak gadis yang sedang
menunggu di rumahnya. Ziad dengan segera memberi persetujuan.
Anak-anak gadis itu pun dibawa ke hadapannya. Mereka masuk
dengan penuh hormat dan tertib. Masing-masing mengambil tempat
duduk di atas hamparan agak jauh sedikit di hadapan Ziad bin Umar.
Setelah bertanyakan khabar tentang keadaan mereka, Isabella pun
menceritakan kisah perbincangan dengan bapanya, ketua paderi dan
lain-lain paderi serta kisah perbahasan dengan gurunya, Michael dan
Peter tentang masalah lain dan hujah-hujah yang dikeluarkan
olehnya. Para hadirin menyambut keterangannya itu dengan perasaan
gembira dan mereka mengucapkan tahniah di atas keberanian
Isabella. Mereka turut mengagumi ilmunya yang luas.
"Tuan yang dihormati," kata Isabella kepada Ziad sesudah itu,
"perkara ini sudah pun berlaku dan akibatnya akan kita lihat
kemudian tetapi sekarang saya mohon tuan Islamkan saya secara
rasmi supaya saya dapat ikut dalam persaudaraan Islam sedunia,
yang mengimankan Allah yang Esa."
Mendengar permohonan Isabella itu, Ziad pun memanggil Isabella
supaya dekat dengannya. Disuruh Isabella membaca kalimah
syahadat yang memang sudah lancar dihafal oleh Isabella. Seluruh
hadirin menadah tangan sambil berdoa dengan penuh keikhlasan agar
Isabella diteguhkan iman dan menjadi hamba yang berbakti.
"Anakku," ujar Ziad setelah selesai doa diaminkan, "kini kamu telah
rasmi menjadi umat Muhammad, penganut Islam. Maka sebagai
wanita Islam, tutuplah kepalamu. Menurut ajaran Islam, wanitawanitanya mesti selalu melindungi wajah dan mengerjakan solat lima
kali sehari yang diwajibkan ke atasmu. Kamu tidak boleh
meninggalkannya walaupun dalam keadaan yang bagaimana juga
kerana ia adalah pintu kebahagian."
Kemudian Ziad memandang kepada sahabat-sahabat Isabella. "Jadi,
inilah kawan-kawanmu?"
"Ya, tuan." jawab Isabella berpaling memandang sahabat-sahabatnya
yang sedang duduk dan takjub dengan perhimpunan yang dirasakan
amat berlainan dengan perhimpunan alim ulama agamanya.
"Itu Mirano, anak guru saya, Michael. Yang satu lagi Martha dan
Catherine. Hanana tidak datang."
"Apakah mereka masih ragu terhadap Islam?" tanya Ziad.
"Mereka tidak sedikit pun meragui akan kebenaran Islam dan
seperti saya, mereka telah mempercayainya. Bila dikehendaki Allah,
mereka dengan rasmi akan menyatakan keislaman masing-masing.
Mirano barangkali ada yang mahu ditanyakan dan semuga saudara
Umar Lahmi dapat menolongnya. Dia akan datang ke mari selalu
untuk belajar." "Nampaknya sikap bapa saudara akan semakin keras terhadap
saudara. Tidak menghairankan kalau satu masa nanti saudara
diserahkan kepada inquisisi." kata Umar Lahmi. "Michael dan Peter
tentu telah melaporkan kepada bapa saudara. Bapa saudara tentu
sudah bersikap antagonis sekarang ini. Apa yang telah saudara
fikirkan tentang hal ini?"
"Saya fikir pun begitu. Waktu perbahasan pagi tadi, ada seorang
rahib tua yang ikut serta. Saya fikir dia dari panel inquisisi. Allah
lebih mengetahui apa yang akan terjadi. Saya telah menyerahkan
masalah saya kepada Allah. Namun kalau bapa saya terlalu menekan,
ada kemungkinan saya pindah ke rumah tuan." jawab Isabella.
"Saudara boleh pindah ke mari bila-bila masa saja." jawab Umar
Lahmi. "Bagaimanapun saudara terpaksa melakukannya pada suatu
hari nanti kerana orang-orang Kristian itu agak kolot sikapnya,
mereka akan menekan saudara dan tidak akan membiarkan bebas
begitu saja apabila mereka mengetahui saudara telah memeluk
Islam." Isabella berkata kepada Ziad bin Umar, "Tuan yang mulia. Doakan
saya agar Allah memberikan ketabahan dan kesabaran. Sekarang
saya minta izin pulang dulu."
Ziad bin Umar dan semua hadirin mengucapkan selamat jalan kepada
Isabella dan sahabat-sahabatnya sambil memanjatkan doa agar
mereka sentiasa di dalam perlindungan Allah.
Setelah meninggalkan rumah itu, Isabella dan sahabat-sahabatnya
pulang ke rumah masing-masing sambil berteguh-teguh janji akan
bertemu lagi. Apabila sampai di rumah, ibunya menunggu seperti
biasa dan tidak banyak bertanya. Mereka lalu makan bersama-sama.
Setelah selesai, Isabella meminta izin masuk ke biliknya.
Isabella tidur di dalam biliknya yang terletak di salah satu sudut
rumah. Lama sebelum fajar menyingsing, dia telah terbangun. Dia
tidak keluar dari bilik. Waktu sedang berbaring-baring, kedengaran
suara azan sayup-sayup dari menara masjid besar Cordova.
Mendengar laungan Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! membuat hatinya
menjadi terharu. Kebesaran dan kehebatan Allah, kekuasaanNya
menyelinap masuk ke dalam hati, menimbulkan rasa takut sehingga
tanpa disedari airmatanya meleleh jatuh. Dia lalu turun berlutut di
lantai dan mencecahkan dahi ke lantai, bersujud kepada Maha
Pencipta bumi dan langit.
"Oh Allah. Berikanlah kepadaku kasihMu dan juga kepada orangorang yang mendapat rahmatMu. Oh Allah. Limpahkanlah cahaya
Islam dan tauhid ke dalam hatiku dan jadikanlah ketaatanku kepada
RasulMu sebagai jalan hidupku. Oh Allah. Aku bersyukur kepadamu
kerena telah menjadikan aku salah seorang pengikut Rahmat Dunia.
Oh Allah. Cucurilah hidayat kepada ibubapaku, keluargaku dan semua
orang-orang Kristian dan mereka yang sesat dari rahmat Islam.
Berilah kami semua hidup dan mati dalam agama Islam. Oh Allah.
Makbulkanlah doa hambamu yang tertekan ini kerana Engkau Maha
Mengetahui dan Maha Melihat."
Setelah mengucapkan doa itu, Isabella merasa dadanya menjadi
ringan seolah-olah suatu beban yang berat sudah terangkat dan
hatinya menjadi terhibur. Dia menemukan suatu perasaan yang
penuh dengan kesabaran, kegigihan dan rasa gembira yang amat
sangat. Dia terlalu gembira kerana telah dapat memiliki kekayaan
Islam dan dengan itu dia tidak lagi merasa takut kerana tauhid telah
mengikis semua rasa takut yang ada dalam dirinya kecuali takutkan
Allah saja. Ibu Isabella tidak begitu peramah pada pagi itu. Dia tidak
bersarapan bersama-sama anaknya seperti biasa. Isabella sudah
menduga bahwa perbahasan antaranya dengan Peter dan Michael
telah pun sampai ke pengetahuan bapanya. Mereka tentu telah
menyakinkan bapanya bahwa dia sudah murtad dan semua pintu
untuk membujuknya kembali dalam pelukan agama Kristian telah
tertutup rapat. Dalam keadaan gelisah, Isabella menunggu
kepulangan bapanya dari gereja; menunggu hukuman yang akan
dikenakan ke atasnya. BAB 10 Satu Komplotan Setelah keluar sebentar untuk sarapan, Isabella kembali semula ke
biliknya. Ibunya tidak kelihatan dan menurut pembantu rumah,
ibunya telah bersarapan awal dari biasa. Isabella tidak mengesyaki
apa-apa cuma terasa sudah ada bibit-bibit kerenggangan sudah mula
ada. Bagaimanapun tekadnya sudah bulat. Dia sanggup menghadapi
apa saja demi untuk mempertahankan keislamannya. Dia tidak akan
melepaskan lagi jalan kebenaran yang telah diperolehinya itu. Dalam
masa dia berfikir, pintu biliknya diketuk orang. Ketika dibuka,
pembantu rumah memberi sepucuk surat yang bersampul.
"Ini dari pembantu rumah Nona Mirano," katanya, "dia sedang
menunggu di luar." Isabella segera membuka surat. Dia merasa hairan melihat tulisan
surat itu bukan tulisan Mirano. Tentu ada sesuatu perkara yang
telah terjadi ke atas dirinya, fikir Isabella.
Saudara Isabella. Aku mesti berjumpa dengan anda segera kerana ada perkara penting
yang hendak kusampaikan. Harap anda datang pada waktu ini juga.
Jangan lengah-lengahkan lagi, terlalu penting. Aku sedang menunggu
di sebuah rumah lain. Datanglah bersama-sama dengan pembantu
rumahku ini. Saudaramu, Mirano Tanpa mengesyaki sesuatu, Isabella mengikuti pembantu itu. Mereka
berjalan melewati Qasrul Syuhada lalu berjalan lurus menuju ke
Rabat Ramani. Isabella merasa hairan kerana selama dia berkawan
dengan Mirano, mereka belum pernah sampai ke tempat itu. Mirano
pun tidak pernah menceritakan kepadanya tentang sesiapa di antara
keluarga atau kenalannya yang tinggal di daerah tersebut. Tentu
Mirano dalam kesusahan, fikirnya lagi. Tidak jauh dari Rabat Ramani,
mereka membelok ke sebuah lorong dan pembantu rumah itu
membawa dia masuk ke dalam sebuah rumah yang cukup besar.
Sebaik saja Isabella masuk, pintu halaman ditutup. Begitu juga
dengan pintu depan. Isabella dibawa ke sebuah bilik. Apabila pintu
bilik ditutup, barulah Isabella sedar bahwa dia telah ditipu dan
dijadikan tawanan. Kesedaran itu telah terlambat. Tiga orang rahib
masuk ke dalam bilik menerusi pintu lain. Mereka menolak Isabella
dengan menggesanya menuruni anak tangga yang membawa mereka
ke bawah tanah. Isabella berpaling untuk berkata sesuatu kepada
pembantu rumah Mirano tetapi pembantu itu sudah tiada lagi. Hilang
sekelip mata. Perasaan Isabella menjadi gempar dan sedarlah dia sekarang bahwa
dirinya telah berada di dalam cengkaman inquisisi. Kakinya agak
berat mahu melangkah turun. Ketika itu juga, salah seorang rahib
menumbuk belakangnya dengan kuat. Sebagai seorang gadis yang
perwatakannya lemah-lembut, terasa pukulan itu seperti satu batu
besar yang jatuh menimpa belakangnya. Dia hampir jatuh tersungkur
ke depan. "Perempuan terkutuk!" sumpah rahib yang memukul tadi. "Jalan
cepat! Tengok itu api Tuhan Jesus Kristus sudah tidak sabar lagi
menunggu untuk membakarmu, perempuan sial! Kau telah menghina
agama Kristian dan menyeret kehormatan bapamu, ketua paderi,
masuk ke dalam lumpur."
Isabella yang malang tidak menjawab. Tubuhnya menggigil dan
belakangnya terasa terlalu sakit. Dia melangkah turun ke dalam
ruang di bawah tanah itu, yang kelihatan kelam dan suram. Dari
samar-samar kelam, dia terpandang kerangka manusia berselerak di
semua sudut. Ada tengkorak bergantungan di dinding. Salah seorang
rahib menyalakan sebuah andang. Setelah itu, dia merapati Isabella.
"Nah, di sinilah tempat tinggalmu supaya kamu tahu akibat
permusuhan dengan Tuhan Jesus Kristus, perempuan malang!"
Dia lalu menunjukkan kepada Isabella kerangka manusia.
"Inilah wakil kami yang akan mendera dan menyiksa kamu di sini."
Isabella masih berdiam diri dan merasakan dirinya seperti sedang di
dalam satu mimpi ngeri. Rahib-rahib lalu meninggalkan ruang lalu
memasang kunci pada pintunya. Mereka beredar ke bilik lain untuk
beribadat. Sejurus kemudian, barulah Isabella sedar bahwa dia
dipenjarakan sebagai satu seksaan kerana sudah tidak beriman.
Isabella tidak tahu apakah hari masih siang ataupun sudah malam
kerana dia merasa sudah begitu lama sekali dikurung di ruang bawah
tanah itu. Kemudia dia dibawa keluar untuk diberikan semangkuk
kacang tanah yang sudah digoreng dan dikisar lumat dengan segelas
air minum. Rahib-rahib masih menghina dan mencacinya. Setelah itu,
Isabella dibawa ke sebuah bilik lain. Di dalamnya, Isabella melihat
ada beberapa orang rahib sedang dalam keadaan yang amat khusyuk.
Tujuan mereka membawa Isabella ke situ agar dapat menyedarkan
Isabella tentang keluhuran agama Kristian apabila dia melihat
kekhusyukan para rahib. Isabella memerhatikan dengan penuh minat. Seorang rahib
terbaring tidur. Kaki dan tangannya diikat dengan rantai. Seorang
lagi memukul-mukul tubuhnya dengan cemeti. Agak ngeri juga dia
melihatnya. Terlintas di dalam fikiran mungkin orang itu dianggap
ada membuat kesalahan seperti yang dilakukannya tetapi kemudian
dia mendapat tahu bahwa semua penyeksaan diri yang dilakukan oleh
rahib-rahib ialah suatu cara untuk menundukkan diri sendiri dan
Isabella Karya Maulana Mohammad Saeed di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
penyeksaan diri serupa itu dilakukan atas kemauan rahib itu sendiri.
Di dalam sebuah bilik besar yang lain, terdapat patung Mariam
Perawan. Di sekelilingnya duduk rahib lelaki dan perempuan,
tenggelam di dalam tafakkur. Ada rahib yang tidur menelungkup di
atas lantai dan ada yang menangis teresak-esak di sudut-sudut di
sekitar dinding bilik. Sebagai usaha untuk menaklukkan diri mereka,
mereka berpuasa selama 20 atau 21 hari. Isabella telah mengetahui
keadaan itu tetapi inilah pertama kali dia melihat sendiri.
Seorang rahib tua berkata kepada Isabella, "Wahai gadis jahanam!
Jikalau kau mahu mendapat keselamatan, amalkan cara hidup
sederhana serupa itu dan kamu akan disenangi oleh Tuhan Jesus
Kristus." Isabella tertawa mendengarnya. "Kenapa Tuhan menyuruh hidup
serupa itu" Tujuan agama ialah memberikan tugas kepada manusia
untuk membuat kebajikan kepada sesama manusia bukan disuruh
menggantung diri sendiri di sudut bilik seperti kelawar. Lagi pula
menurut anda, Jesus sudah menebus dosa semua orang-orang
Kristian maka perbuatan menyeksa diri serupa itu sudah tidak ada
gunanya lagi." Mendengar kata-kata Isabella, mata rahib itu menjadi merah kerana
terlalu marah. Dia menumbuk dada Isabella dengan sekuat-kuatnya .
Dia memekik, "Perempuan isi neraka! Kau sudah tidak boleh dipujuk
lagi. Pergi duduk di tempatmu. Di sana nanti akan kami ajar!"
Kembali Isabella ke ruang bawah tanah yang dipeuhi dengan tulangtulang dan tengkorak manusia. Pada mulanya, perasaan Isabella
terganggu sedikit dengan keadaan sekitar yang mengerikan. Lama
kelamaan dia sedar akan kedudukannya dan mulai dapat
menenangkan diri. Dia pasrah dengan apa yang akan dihadapinya di
hari depan. Dikuasainya diri sendiri dan berdoa kepada Allah.
Dalam keadaan yang sunyi sepi begitu, sedikit bunyi saja dapat
kedengaran dan Isabella akan memasang telinga. Ruang yang gelap
gelita mulai mendapat sedikit cahaya apabila bilah-bilah sinar
matahari menembusi masuk dari lubang-lubang kecil yang ada di
dinding bilik. Isabella sedar malam sudah berlalu. Tidak lama
kemudian, pintu dibuka orang dan seorang rahib membawanya naik
ke sebuah bilik yang lebih besar. Dalam bilik itu terdapat patung dua
belas orang Pengikut Kristus dan lain-lain patung para martir. Dua
orang paderi duduk menghadap ke sebuah meja. Isabella disuruh
duduk berdepan dengan paderi-paderi itu. Isabella tahu mereka
adalah paderi-paderi termahsyhur di Sepanyol. Dia pernah melihat
mereka di rumah bapanya. Mula-mula, paderi-paderi itu menyumpah-seranah Isabella dengan
berbagai-bagai kutukan yang diucapkan dalam keadaan marah.
Kemudian mereka menuduhnya murtad, memberi malu kepada
bapanya, seorang paderi yang dihormati, mencemarkan agama
Kristian dan sebagainya. Setelah itu, baru mereka berlembut dan
berdakwah. "Sudahkah kau masuk Islam?"
"Syukur kepada Allah yang telah memberikan kepada saya nikmat
Islam." jawab Isabella.
"Sudah!" ujar salah seorang paderi. "Hentikan puji-pujian kepada
Islam. Beritahu kami apakah kau mahu mati dengan kematian yang
memalukan ataupun kau mahu kembali menjadi hamba Tuhan yang
dirahmati?" "Setelah menjadi Islam tiap-tiap orang sudah menjadi hamba Tuhan
yang dirahmati dan tidak ada orang yang lebih beruntung daripada
mereka yang diberi peluang untuk menerima Islam kerana hanya
inilah saja agama yang diredhai Allah."
"Jangan memuji-muji agama terkutuk seperti Islam di hadapan kami.
Kami cuma mahu mendengar dua perkataan saja, apakah kau mahu
mati atau mahu hidup di dalam agama Kristian" Jawab segera kerana
nasibmu akan diputuskan pada hari ini juga."
"Betapa penderitaan dan seksaan yang telah dialami oleh martirmartir Kristian pada zaman permulaan dulu, tetapi mereka tidak
membuang agamanya." jawab Isabella.
"Mereka telah dibakar hidup-hidup, dicampak ke dalam kandang
harimau dan singa dan dipotong dua tetapi mereka tetap berpegang
teguh pada kepercayaannya. Andaikata kerana keimanan seseorang
itu mesti menghadapi kematian maka itu bermakna dia telah
mendapat kerelaan Tuhan dan mendapat kepuasan batinnya sendiri.
Saya sekarang sudah berada di jalan yang benar, tidak ada satupun
di dunia bahkan kematian juga, dapat memesongkan pendirian saya.
Kitab Suci Al-Quran telah mengajar saya bahwa sembahyang saya,
pengorbanan saya, hidup dan mati saya semata-mata untuk Allah
yang tiada sekutu bagiNya. Saya sudah bertekad untuk tetap
mempertahankannya dan saya ternasuk orang-orang yang bertaqwa."
"Jadi bererti kau tidak mahu meninggalkan Islam dan kembali ke
dalam kasih Tuhan Jesus Kristus." kata salah seorang paderi itu.
:Nasibmu akan diputuskan hari ini!"
"Apa saja keputusan yang tuan buat, buatlah tanpa takut dan
menurut kata hati tuan yang sebenarnya." kata Isabella. "Paling
banyak pun, tuan hanya boleh mengambil nyawa saya saja tetapi tuan
tidak tahu bahwa saya sebagai hamba Allah, Allah hidup abadi."
"Bila kematian sudah berada di hadapanmu," jawab salah seorang
paderi, "barulah kau akan lupa semua ayat-ayat Quran dan Allah
serta lain-lainnya. Kami baru boleh mengerti kalau Quran atau
Muhammad boleh menyelamatkan kau dari kematian."
Isabella tersenyum kecil.
"Masalah serupa itulah yang telah dikemukakan oleh orang-orang
Yahudi kepada Jesus Kristus dulu iaitu kalau dia di jalan yang benar
maka dia mesti turun dari salib itu dan menyelamatkan nyawanya.
Kini, adakah Kristus di pihak yang salah menurut tuan kerana dia
tidak dapat menyelamatkan nyawanya dari kematian ataupun tuan
semua telah mengikut jejak langkah orang-orang Yahudi itu."
"Syaitan! Isi neraka! Otak iblis! Tak berguna! Sial!" Paderi itu
melenting lalu bangun dan membeliakkan matanya kepada Isabella.
"Kau panggil aku Yahudi! Kau diam! Tunggulah kematianmu!"
"Memang baik begitu kalau tuan juga diam dan biarkan saya
sendirian. Tuan boleh buat apa yang tuan suka." kata Isabella.
Paderi yang sedang marah memanggil rahib-rahib yang sedang
berdiri mengawal Isabella.
"Kurung perempuan ini di ruang bawah tanah itu. Jangan diberi dia
makan atau minum. Bapanya telah mengarahkan supaya dia
diserahkan kepada inquisisi dan nasibnya akan ditentukan esok."
Mendengar perintah itu, rahib-rahib pun menangkap Isabella dan
menolaknya secara kasar. Sambil menyorong-nyorongnya ke hadapan,
mereka memukul dan membawanya keluar dari bilik itu. Ketika di
luar bilik, mereka lebih berleluasa memukul Isabella hingga dia jatuh
tersepuk di atas lantai. Dia ditarik bangun dan didorong sehingga
sampai ke ruang bawah tanah. Kemudian, Isabella ditolak masuk
hingga jatuh ke lantai lalu pintu ruang itu pun dikunci.
Sudah tiga hari Isabella di dalam kurungan dan tidak sekali pun
dibawa keluar lagi. Isabella tetap cekalkan hati dan memberanikan
diri. Walaupun pada waktu malam, ketika suasana menjadi hening
sepi, tengkorak dan tulang-tulang kerangka manusia menjadikan
suasana menakutkan, ketenangan hati yang diperolehnya membuat
dia tidak merasa takut. Sayup-sayup sampai ke telinganya, suara
ngauman para rahib sedang melakukan ibadat dan adakala
kedengaran ucapan, esakan dan raungan rahib-rahib perempuan yang
sedang menyeksakan diri mereka.
?"?".. Berita kehilangan Isabella telah diketahui oleh Mirano daripada
pembantu rumah yang telah digunakan oleh komplotan paderi-paderi
untuk menculik Isabella. Mirano segera menghubungi Martha,
Hanana dan Catherine. Dari penyelidikan mereka, ternyata Isabella
telah dikurung dan diseksa di bawah kolong sebuah rumah yang
dijadikan sebagai sebuah biara yang letaknya tidak jauh dari Rabat
Ramani. Keempat orang gadis itu pun membuat keputusan untuk
memberitahu hal itu kepada Umar Lahmi dan Ziad bin Umar.
Pada suatu malam, secara sembunyi-sembunyi, mereka telah ikut
hadir dalam satu perhimpunan di rumah Ziad bin Umar. Semua yang
hadir terperanjat mendengar berita sedih itu, lebih-lebih lagi Umar
Lahmi. Dia tidak memperlihatkan kegemparan hatinya kerana Ziad
bin Umar sendiri menerima berita itu dengan tenang dan sabar.
"Demi Allah," kata satu suara di antara para hadirin, "jikalau kita
terus bersikap toleran serupa ini, orang-orang Kristian itu akan
menjadi penghalang besar kepada dakwah Islam. Isabella yang sudah
menjadi saudara kita kini dalam tawanan mereka. Menjadi
tanggungjawab tiap-tiap kita untuk membebaskannya walau
betapapun juga korbannya."
Seorang hadirin berdiri dan bersuara dengan lantang sekali.
"Dengan izin tuan, saya akan pergi membebaskannya sekarang juga.
Malang sekali, saudara kita sedang menghadapi seksaan dan kita
duduk berpeluk tubuh. Memang satu kezaliman!"
Umar Lahmi memandang Ziad bin Umar sebelum dia berkata.
"Saudara-saudara, kegemparan dan jerit-pekik tidak dapat menolong
kita. Perkara ini sekarang ada di dalam tangan guru kita, Ziad bin
Umar. Kita semua akan mengikut apa jua arahannya."
"Tuan Ziad," kata hadirin, "kami menuruti apa saja perintah tuan."
"Arahan saya kepada tuan-tuan semua," ujar Ziad bin Umar, "ialah
jangan melakukan tindakan yang terburu-buru yang akan
mengakibatkan kematian Isabella. Jika kita mahu, kita boleh
mengirim sepasukan tentera tetapi adalah lebih manfaat kalau kita
melakukan tindakan yang strategis. Andaikata Isabella di dalam
kesukaran maka insya'Allah itu akan mempertebalkan imannya. Iman
itu ialah nilai Islam yang hanya dapat dicapai melalui percubaan."
Umar Lahmi lalu memandang kepada Mirano dan sahabatsahabatnya. "Nah, bagaimana pula pendapat saudara-saudara sekalian" Sampai
setakat mana saudara-saudara boleh menolong Isabella?"
"Sekiranya kami dibenarkan menolong," kata Mirano, "kami dengan
mudah dapat melepaskan saudara kami itu dari kesukaran."
"Terima kasih banyak." ujar Umar Lahmi.
"Saudara-saudara, kami beri kebenaran untuk melakukan apa saja
bagi membebaskan Isabella." kata Ziad bin Umar.
Setelah mendapat kebenaran dari Ziad bin Umar, keempat-empat
anak gadis itu pun meminta diri. Dalam perjalanan pulang, mereka
membuat satu rancangan dan berteguh-teguhan janji akan
merahsiakan rancangan itu.
BAB 11 Isabella Dalam Kurungan Pada suatu hari, iaitu hari keempat Isabella di dalam tawanan para
paderi, Mirano bersama-sama Martha, Hanana dan Catherine telah
pergi menemui ketua paderi. Mereka memberitahu ketua paderi
tentang keakraban persahabatan mereka selama ini. Mereka sangat
menyesali dengan perbuatan Isabella yang telah menukar agama
nenekmoyangnya. Andaikata mereka diberi kesempatan untuk
membujuk Isabella, mereka yakin Isabella dapat menerima kembali
agama Kristian. Walaupun ketua paderi, bapa Isabella, telah
berputus asa dan sudah menyerahkan nasib anaknya itu kepada
inquisisi sebagai satu-satunya jalan untuk memperkuat kedudukan
jabatannya sebagai ketua paderi yang dihormati oleh penganutpenganut agama Kristian, dia terpengaruh juga dengan permohonan
anak-anak gadis itu. Apatah lagi kesempatan seperti itu adalah
kesempatan terakhir padanya untuk mendapat kembali anak yang
sangat dikasihinya. Mirano dan sahabat-sahabatnya telah dapat
menyakinkan ketua paderi bahwa mereka pasti dapat menarik
kembali Isabella dalam pelukan agama Kristian dengan pujukan
mereka karena mereka sudah berkawan sejak kecil.
"Bapa suci! Isabella adalah belahan hati kami semua. Kami sanggup
berbuat apa saja demi untuk membawa dia kembali ke pangkuan kita.
Izinkanlah kami pergi ke biara untuk bercakap dan menasehatinya."
"Biarkan anak sial itu masuk neraka." kata ketua paderi. "Dia sudah
berkepala batu. Tuhan Jesus Kristus telah memutuskan hubungan
dengannya. Aku khuatir kalian pula akan disesatkannya."
"Tapi tidak rugi kalau kami mencuba. Inilah usaha terakhir kami
untuk kebaikan Isabella." kata Mirano. "Kalau tidak berhasil juga,
kami minta bapa suci seksa dia biar dia rasa. Biarkan ia menjadi
teladan kepada orang lain."
Mendengar kata-kata Mirano yang menyakinkan itu, ketua paderi
pun memberi kebenaran kepada mereka untuk menemui Isabella di
biara tempat dia ditahan.
"Dengan syarat kalian bercakap dengan Isabella di depan dua orang
Pensiunan Pengusaha Cat 1 Dewa Arak 32 Algojo-algojo Bukit Larangan Ki Anjeng Laknat 1
Mandarin Cersil Mandarin
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama