Ceritasilat Novel Online

Isabella 1

Isabella Karya Maulana Mohammad Saeed Bagian 1


Isabella oleh Maulana Mohammad Saeed
Dehlvi Terjemahan Abdullah Hussain
Sebuah novel berdasarkan kajian perbandingan Islam dan Kristian
BAB 1 Taman Yang DiBerkati Di bandar Cordova, negeri Sepanyol terdapat sebuah taman yang
amat terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran
tanam-tanaman di dalamnya, berbeza sedikit dari Taman Firdausi.
Taman ini selalu dibanjiri oleh para pelancong jauh dan dekat. Pada
suatu petang yang damai di salah satu sudut taman itu yang agak
terpencil, duduk dua orang lelaki muda yang kelihatannnya seperti
orang berilmu. Mereka sedang tenggelam di dalam satu perbincangan
agama yang serius. Hari semakin petang dan matahari sudah hampir ghurub di langit
barat. Kicauan burung yang pulang ke sarangnya menimbulkan
suasana riang kepada orang-orang yang lalu-lalang. Seorang gadis
kristian yang dikenali namanya dalam sejarah sebagai Isabella
kebetulan duduk bercengkerama dengan beberapa orang kawannya
di sebalik serumpun tumbuhan berhampiran dengan tempat kedua
lelaki muda itu. Isabella sering datang ke taman itu dengan kawankawannya untuk menikmati keindahan alam semula-jadi. Dia adalah
anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun.
Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya selalu
digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai
jelmaan bidadari dari syurga. Orang-orang bangsawan termasuk para
paderi banyak yang tergila-gilakannya. Mereka ingin mengambilnya
sebagai isteri untuk menjadikan hidup mereka bahagia dan gembira.
Tetapi keinginan mereka itu dihalangi oleh cita-cita bapa Isabella
yang mahukan anaknya itu mengikuti jejak Siti Mariam, ibu Nabi Isa,
hidup membujang sampai ke akhir hayat, mengabdikan dirinya
kepada Jesus Kristus. Dia tidak bermaksud memberi suami kepada
anaknya itu tetapi sebaliknya mendidiknya dengan ilmu agama
sehingga Isabella dalam usia semuda itu telah mahir dalam berbagaibagai masalah yang berkaitan dengan keagamaan dan sangat
mengambil perhatian berat di dalam perbincangan-perbincangan
yang mengenai ilmu ketuhanan.
Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya itu
terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap
tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu
berkata "padahal paderi-paderi Kristian". Dia lalu dengan berhatihati memasang telinganya.
Pada waktu itu, kedua orang lelaki muda itu kerana terlalu asyik
dengan perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahwa
perbincangan mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis
Kristian.Salah seorang pemuda itu berkata, "Saint Paul telah menulis
di dalam salah satu suratnya bahwa hukum-hukum agama itu
merupakan satu kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk
menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut. Apakah makna katakatanya itu?" Terdengar ketawa kecil kawannya. "Umar, sahabatku.
Engkau mahu aku menerangkan kepadamu padahal paderi-paderi
Kristian sendiri ...."
Waktu itulah Isabella sedang mendengar percakapan itu. Dia lalu
berkata kepada kawan-kawannya, "Nampaknya orang-orang di
sebelah kita ini sedang memperkatakan tentang agama kita. Mari
kita dengar apa yang sedang mereka kata." Salah seorang kawannya
menyampuk dengan nada sinis, "Sejak orang-orang Islam datang ke
mari, agama kita diancam bahaya." "Diamlah!" herdik Isabella. "Nanti
mereka tahu kita ada di sini. Mari kita dengar apa yang sedang
mereka kata." "Apa maksudmu, paderi-paderi Kristian sendiri. Apakah mereka juga
tidak memahaminya" Apakah mereka itu menganut agama Kristian
hanya secara membuta tuli saja?" tanya orang yang bernama Umar.
Namanya yang lengkap ialah Umar Lahmi seorang terpelajar yang
terkenal di kalangan cendekiawan agama.
"Cubalah ajukan pertanyaan itu kepada paderi yang terkemuka dan
dengar apa jawabannya. Tetapi sebelum itu terangkan lebih dulu
kepadaku apakah yang menyebabkan tuan tidak bersetuju dengan
kata-kata satu. Paul itu!" ujar Maaz, demikian nama seorang lagi.
Sambil memandang muka sahabatnya, Umar Lahmi berkata, "Bukan
aku tidak bersetuju tetapi aku hanya mahu memahaminya saja. Tuan
seorang yang banyak bergaul dan bercakap dengan orang-orang
Kristian. Tuan juga banyak banyak membaca kitab-kitab mereka.
Maka sebab itulah aku meminta penerangan daripada tuan. Menurut
pendapatku apabila hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan
dan Nabi Isa datang mahu menyelamatkan penganut-penganut agama
Kristian dari kutukan itu maka pencurian, penzinaan, penderhakaan
kepada ibubapa seharusnya dapat dibenarkan di dalam agama
Kristian meskipun barangkali tidak ada orang Kristian yang percaya
tentang pembenaran berlakunya perkara-perkara itu."
Maaz agak kebingungan sejurus mendengar kata-kata sahabatnya
itu. "Bagaimana boleh pencurian dan penzinaan dikaitkan dengan
hukum-hukum agama menjadi satu kutukan. Aku tidak berapa faham
dengan maksud tuan."
"Apa yang aku maksudkan," jawab Umar Lahmi, "ialah di dalam Kitab
Perjanjian Lama, hukum-hukum agama memerintahkan bahwa kita
tidak boleh mencuri, tidak boleh berzina, tidak boleh menimbulkan
kesukaran kepada tetangga, tidak boleh derhaka kepada orangtua
dan lain-lain lagi. Apabila seluruh hukum-hukum agama itu merupakan
satu kutukan, maka mematuhi perintah-perintahnya juga merupakan
satu kutukan karena perintah-perintah itu adalah sebahagian
daripada agama, malah ia adalah intisarinya yang sebenar. Jikalau
yang dikatakan oleh satu Paul itu benar, maka orang-orang Kristian
boleh mencuri, boleh berzina dan boleh melakukan dosa-dosa lain.
Apabila mereka mematuhi hukum-hukum agama ini maka mereka
termasuk orang yang dilaknat dan orang-orang Kristian yang
menentang pula dapat dihukum bersalah kerana mereka tidak
mematuhi peraturan-peraturan agama."
Maaz tersenyum kecil apabila sahabatnya itu selesai menghuraikan
hujahnya yang panjang lebar itu. Sambil mengangguk-anggukkan
kepala, dia berkata, "Agak aneh. Tuan mahu aku menjelaskan
perkara yang sama yang seringkali aku kemukakan kepada orangorang Kristian." "Apa?" Umar Lahmi agak terperanjat mendengar kata-kata Maaz
itu. "Tuan juga telah bertanya kepada mereka" Jadi, apa jawaban
mereka?" "Mereka cuba memberi penjelasan tetapi terlalu membingungkan."
jawab Maaz. Sebaik saja Maaz selesai bercakap, dari menara masjid yang
berhampiran dengan taman kedengaran suara azan maghrib
dilaungkan oleh muazzin yang merdu dan amat syahdu. Kedua-dua
orang sahabat itu pun bangun dari duduknya, menuju ke sebuah
tempat air untuk berwuduk dan kemudian menuju ke masjid untuk
ikut berjemaah bersama-sama dengan saudara-saudara Muslimin
yang lain. Isabella yang sejak tadi mengintai mendengar perbincangan Umar
Lahmi dan Maaz merasa amat terkilan apabila kedua-dua orang itu
bangun secara tiba-tiba meninggalkan tempat itu. Dia mendengar
percakapan kedua orang itu dengan penuh minat apatah pula dia
memang sangat tertarik dengan soal-soal yang berhubungan dengan
ketuhanan dan dapat pula membuat penilaian terhadap penentangan
yang dikemukakan oleh kedua orang muda itu. Dia cuba mencerna
persoalan itu dan mencari jawaban kepada pokok perbincangan yang
ditimbulkan tetapi ternyata tidak berdaya. Akhirnya dia mengambil
keputusan akan mengemukakan hal tersebut kepada bapanya.
Setelah membuat keputusan itu, dia mengajak kawan-kawannya
pulang. Isabella berpisah dengan kawan-kawannya di satu persimpangan
jalan. Dia berjalan menuju ke pintu gerbang sebelah timur Cordova.
BAB 2 Masalah Yang Kacau Apabila sampai di pintu gerbang sebelah timur kota itu, Isabella,
anak gadis yang masih muda dan cantik itu mengambil jalan yang
membawanya lurus ke Qasrus Syuhada.
Kerajaan Islam pada masa itu telah mengeluarkan biaya yang banyak
bagi memperindahkan seluruh negeri Sepanyol. Jalanraya di kota
Cordova diperluas dan dibina dengan binaan yang baik, dihiasi dengan
lampu-lampu yang cantik pada jarak yang dekat, sehingga
menyilaukan mata memandang. Seperti yang pernah dikatakan orang,
kita boleh berjalan sejauh dua puluh lima kilometer di bawah cahaya
lampu jalan yang benderang serupa itu. Isabella berjalan perlahanlahan dengan penuh keanggunan di atas jalanraya yang lebar dan
bermandikan cahaya lampu. Dia menuju ke Qasrus Syuhada ke arah
rumah kediamannya dengan kepala yang berat berisi pertanyaan.
Namun hayunan langkahnya tetap teratur sebagai gadis terhormat.
Pada kebiasaannya, dia akan singgah di rumah teman-teman yang
dekat apabila dia pulang dari bersiar-siar pada petang hari serupa
itu tetapi kali ini dia terus menuju ke rumah dan kelihatan seperti
tenggelam dalam suatu fikiran yang merunsingkan.
Kira-kira setengah jam kemudian, dia pun sampai di pintu gerbang
rumah yang juga seperti sebuah istana. Orang gaji sedang menunggu
di muka pintu untuk menyambut ketibaannya. Sambil menjawab
dengan ringkas akan pertanyaan orang gaji akan sebab-musabab dia
lambat pulang, Isabella terus masuk ke dalam bilik lalu
menghempaskan diri ke atas sebuah kerusi malas. Dia mencapai
sebuah kitab lalu membaca.
Orang gaji, setelah menyambut Isabella, terus ke dapur
menyediakan makan malam. Meja makan dikemas dan hidangan
diletakkan di atas. Setelah itu, dia memanggil Isabella tetapi
Isabella tidak menyahut karena terlalu asyik dengan kitab yang
dibaca. Kitab yang sedang ditelaah itu ialah Kitab Injil dan
perhatiannya khusus ditujukan kepada surat-surat satu Paul yang
menuduh hukum-hukum agama sebagai satu kutukan. Dia membaca
surat-surat itu berulang-ulang tetapi tidak mendapat jawaban
kepada kesangsiannya malah semakin kacau setiap kali dia membaca.
Apabila otaknya terasa penat, dia meletakkan kitab sambil membuat
keputusan akan bertanya kepada bapanya saja. Sudah tentu bapanya
dapat memberikan penjelasan yang sangat memuaskan.
Pada fikiran Isabella masalah itu tidaklah terlalu sukar sehingga
tidak dapat dihuraikan. Andaikata dia menemui jalan buntu, bapanya
tentu dapat menolong karena bapanya ialah seorang terpelajar
agama yang tidak ada dua di negara Sepanyol.
Setelah tenang kembali barulah dia keluar ke ruang makan dan
makan seorang diri sambil dilayan dengan penuh hormat oleh orang
gaji. Isabella kembali mentelaah Kitab Injil sebaik saja kembali ke
bilik. Dia membaca kitab itu sampai tertidur dan tidurnya pula amat
nyenyak hingga ke pagi. Isabella bangun agak awal karena dia mesti pergi ke gereja. Pagi itu
pagi Minggu. Waktu pulang dari gereja dia dipanggil bapanya dan
bertanyakan Kitab Injil yang dibacanya tadi malam. Isabella sedang
terlibat di dalam pembelajaran tentang pemahaman makna hakiki
metafizika. Isabella menemui bapanya di bilik bacaan yang besar yang dipenuhi
dengan berbagai-bagai buku. Dicapai tangan kanan bapanya lalu
dicium. "Sila duduk anakku." kata bapanya sambil memberi isyarat dengan
tangan. Isabella mengambil sebuah kerusi dan duduk tidak jauh dari
bapanya. "Sampai ke mana sudah pelajaranmu?" tanya bapa Isabella sambil
merenung muka anaknya. "Saya sudah membaca Jonah 21, Bab 3. Kalau bapa memberi izin,
saya ingin bertanya karena saya belum lagi dapat mencari jawaban."
"Sudah tentu, anakku. Tanyalah dan bapa akan menjawab." ujar bapa
Isabella dengan perasaan gembira melihat kecerdasan anaknya.
"Dua Belas Firman Tuhan yang Tuhan firmankan kepada kita di dalam
Perjanjian Lama melalui Nabi Musa, apakah itu ada mengenai dengan
hukum-hukum agama?" "Ya, semua itu ada berkaitan dengan hukum-hukum agama." jawab
bapa Isabella dengan perasaan agak hairan sedikit tentang
pertanyaan anaknya itu. Isabella diam sejurus sambil mengangguk-anggukkan kepala.
Kemudian dia bertanya lagi.
"satu Paul ada berkata di dalam salah satu suratnya bahwa hukumhukum agama itu merupakan satu kutukan, betulkah begitu, bapa?"
"Memang benar. Hukum-hukum agama itu adalah satu kutukan dan
untuk menyelamatkan kita daripada itu, Jesus Kristus diturunkan ke
dunia ini dan disalib."
"Jadi jelaslah sekarang bahwa hukum-hukum agama itu satu kutukan
dan begitu hebat kutukan itu maka Jesus Kristus turun ke dunia ini
untuk membuangnya dan kemudian dia disalib." Isabella mengulangi.
Kemudian dia menyambung, "Kalau begitu bererti mematuhi hukumhukum agama itu pun satu kutukan jugalah, bapa?"
"Memang benar ia satu kutukan dan orang-orang Kristian sekarang
sepatutnya daripada mengikut hukum-hukum agama, adalah lebih
baik mengimani Jesus Kristus karena hukum-hukum agama hanya sah
berlaku sehingga Tuhan Jesus belum disalib."
"Jadi bolehlah kita mencuri?"
"Apa ada kaitan dengan hukum-hukum agama" Anakku, sebelum kau
membuat pertanyaan, fikirlah dulu masak-masak kerana kalau ada
orang lain mendengar, mereka akan mengatakan kau ini anak yang
bodoh." "Maafkan saya, bapa." ujar Isabella sambil merendahkan suara.
"Barangkali pertanyaan yang saya kemukakan itu tidak begitu jelas.
Apa yang saya maksudkan ialah di antara firman-firman itu yang
baru bapa katakan, adalah bahagian daripada hukum-hukum agama.
Salah satu daripadanya ialah kita tidak boleh mencuri dan yang satu
lagi kita tidak boleh menindas tetangga kita dan yang ketiga kita
tidak boleh menderhakai ibubapa kita. Semua perintah ini masih
menjadi bahagian daripada 'hukum-hukum agama' yang menurut satu
Paul merupakan satu kutukan. Jadi, mematuhi Firman-Firman
Perjanjian Lama ini iaitu tidak mencuri, tidak berzina ialah sesuatu
yang dibenci sementara tidak mencuri dan tidak menganiaya ibubapa
pula satu kutukan." "Anakku," kata bapa Isabella, "kau sebenarnya belum begitu faham
betul tentang kedudukan hukum-huum agama. Tapi, cubalah beritahu
aku siapa gerangan yang telah memasukkan pertanyaan bodoh serupa
itu ke dalam kepalamu. Syaitan manakah pula yang menyebabkan kau
ragu-ragu begini?" Isabella sebagai anak yang baik lalu menceritakan kepada bapanya
tentang perbincangan dua orang Muslim yang dapat didengarnya di
taman petang kelmarin. Setelah mendengar keterangan anak yang
disayangi itu, bapa Isabella pun berkata dengan suara rendah
membujuk. "Anakku," katanya "kau telah tahu benar bahwa orang-orang Muslim
itu ialah orang-orang kafir dan sentiasa menentang agama suci kita.
Mereka mengkritik kitab-kitab suci kita kerana fikiran mereka telah
dihasut syaitan." Dia berhenti sejenak. Memandang muka anaknya untuk melihat


Isabella Karya Maulana Mohammad Saeed di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

reaksi dari keterangannya. Kemudian dia menyambung.
"Kau patut bertaubat segera dan berjanji tidak akan mendengar
percakapan mereka itu lagi. Mereka orang-orang Muslim tidak
beriman dan selalu menuduh agama yang benar orang lain. Tahukah
kau, anakku, apakah agama mereka itu" Pertumpahan darah ialah
pekerjaan yang patut dipuji dalam agama mereka. Cuba lihat! Mereka
menyerang negara kita, Sepanyol dan membunuh beratus-ratus
orang yang tidak berdosa. Sesudah itu, mereka paksa pula agama
mereka kepada kita. Aku tahu tentang kecaman-kecaman yang kau
telah dengar dari orang-orang Muslim itu. Kalau kecaman itu
daripada fikiranmu sendiri maka dapatlah aku membersihkannya
tetapi bagaimana aku akan menjawab kepada mereka?"
Isabella menyesal kerana dia telah menyebut tentang orang-orang
Muslim itu. Kalau tidak, masalahnya telah dapat diselesaikan. Satu
idea tiba-tiba melintasi di fikiran.
"Baik aku tanyakan masalah ini kepada guruku. Aku selalu bertanya
kepadanya apabila menghadapi sesuatu masalah dalam pelajaran,"
kata hatinya. Keesokan hari, Isabella pun menjumpai guru yang bernama Michael
lalu mengemukakan pertanyaan yang sama. Gurunya dengan penuh
keyakinan merasa bahwa dia boleh menerangkan masalah yang
dihadapi oleh muridnya. Jawabannya pasti dapat menghilangkan
semua keraguan Isabella. Penjelasan Michael tidak dapat memenuhi rasa ingin tahu Isabella.
Dia mulai sedar bahwa keraguan itu timbul bukan kerana daya
pemahamannya yang kurang tetapi masalah itu sendiri ialah satu
masalah berat yang bukan saja untuk dirinya malahan juga untuk
cendekiawan Kristian. Di sinilah bermula timbul rasa curiganya
terhadap dasar-dasar lemah dalam ajaran Kristian. Kecurigaan itu
semakin memberat di dalam fikiran.
BAB 3 Surat Menyurat Pada suatu petang, selang beberapa hari kemudian, Isabella pergi
lagi ke taman yang sama tempat dia mendengar perbincangan dua
orang Muslim yang hebat itu. Tidak lama setelah dia mengambil
tempatnya yang biasa, Umar Lahmi dan Maaz pun tiba. Mereka
duduk di tempat yang dulu juga.
"Aku telah mendengar satu laporan yang aneh dan menarik hari ini."
kata Umar Lahmi. "Apa dia?" tanya Maaz dengan agak terkejut.
"Keraguan yang tuan timbulkan mengenai salah satu ayat di dalam
surat satu Paul tempoh hari," kata Umar Lahmi, "rupanya telah
sampai ke telinga ketua paderi. Akibatnya, satu keributan telah
terjadi di kalangan para paderi. Sehingga ada orang yang berfikiran
sihat telah menjadi ragu-ragu."
Mendengar cerita sahabatnya itu, Maaz dengan tenang menjawab,
"Ya, itu hanyalah khabar angin saja atau gunjingan belaka. Siapa
gerangan yang ada mendengar perbincangan kita?"
Umar Lahmi agak gempar melihat tanggapan Maaz yang dingin
terhadap berita penting yang telah disampaikannya.
"Siapa yang mendengar perbincangan kita, kata tuan" Takkanlah tak
ada angin pokok boleh bergoyang" Paderi-paderi itu menjadi begitu
heboh." "Jadi, apa yang menyebabkan mereka itu heboh begitu sekali?"
tanya Maaz apabila melihat kegusaran sahabatnya. "Apakah ini kali
pertama paderi-paderi itu mendengar keraguan kita?"
"Sebab-sebabnya aku sendiri pun tidak tahu tetapi apa yang aku
dengar ialah para paderi itu sudah mula gelisah kerana keberatankeberatan kita itu. Beberapa kali mesyuarat telah mereka adakan
untuk mencari jawaban. Berita itu sampai kepadaku melalui sumbersumber Kristian." kata Umar Lahmi.
Mendengar penjelasan sahabatnya, Maaz tersenyum kecil. Hatinya
merasa geli. "Baru cuma satu bantahan saja paderi-paderi itu sudah heboh
demikian rupa. Bagaimana pula kepercayaan-kepercayaan Kristian
yang lain yang menggelikan itu" Dosa yang dilakukan Adam hukuman
dikenakan kepada semua anak cucunya. Seluruh umat manusia dicalit
dengan noda dosa itu. Apakah kepercayaan ini ada mempunyai dasar
kebenaran" Sebagai pembalasan terhadap dosa semua pembuat
dosa, orang yang tidak berdosa dikenakan hukuman dan disuruh pikul
beban semua dosa. 'Putera Tuhan' turun ke bumi lalu disalibkan.
Tidakkah hal ini sudah melampaui batas, menjadikan Tuhan seorang
yang lemah dan tidak berdaya" Kalau benar orang-orang Kristian itu
ada mempunyai jawaban terhadap semua soalan ini, sila maju ke
depan dan jelaskan kepadaku."
Umar Lahmi ketawa besar mendengar kata-kata Maaz. Sambil
mengesat air mata, dia berkata,"Kalau bukan orang Kristian yang
sanggup mengada-adakan hal yang bukan-bukan serupa itu, siapa lain
lagi yang boleh mengadakannya" Semua orang boleh bercakap secara
wajar tetapi mesti pula ada orang yang bercakap kosong."
Setelah diam sejenak, Maaz lalu berkata perlahan seolah-olah
seperti kepada dirinya sendiri.
"Aku fikir sudah sampai masanya kita mengeksploitasi keributan
yang timbul sekarang ini."
"Itu satu cadangan yang baik." sahut Umar Lahmi dengan cepat.
"Kita mesti keluarkan poster yang berisi dengan segala macam
kepercayaan Kristian yang bukan-bukan itu."
"Bagus." Maaz menyampuk. "Akan menimbulkan keributan di kalangan
orang-orang Kristian di seluruh negeri Sepanyol."
Isabella bersama-sama dengan dua orang sahabatnya yang duduk di
salah satu sudut taman yang berhampiran dengan tempat kedua
orang Muslim itu, mendengar semua percakapan tersebut. Wajah
mereka yang putih bersih menjadi kemerah-merahan kerana
menahan geram. Akhirnya, dia tidak dapat lagi menahan perasaan
hatinya lalu dia berkata kepada kedua orang sahabatnya.
"Ini tidak boleh jadi. Kita mesti menyangkal semua tuduhan mereka
dan kita mesti melakukan apa saja untuk menyakinkan mereka.
Mudah-mudahan Tuhan Kristus akan menarik mereka ke sebelah
kita. Andaikata orang-orang Muslim ini dapat dikristiankan, alangkah
besarnya kemenangan bagi dunia Kristian. Dengan itu, sekaligus
orang-orang Muslim yang lain tidak dapat menegakkan kepala mereka
lagi di negara ini."
Sambil mengucapkan kata-kata akhir itu, Isabella mengangkat muka
dengan bersungguh-sungguh memanjatkan doa meminta Tuhan
membawa orang-orang kafir ini dan musuh kaum Kristian masuk ke
dalam pelukan agama Kristian. Dengan demikian, semakin nyatalah
keagunganNya. "Isabella," ujar salah seorang sahabatnya sebaik-baik saja Isabella
menundukkan muka semula. "Orang-orang kafir ini sangat keras
kepala. Bagaimana mereka boleh meninggalkan syaitan dan
menyambut tangan Tuhan Kristus" Tambahan pula, yang sulit adalah
paderi-paderi kita sendiri. Mereka takut kepada orang-orang
Muslim. Macam kelmarin saja, setelah aku melihat kegusaran kau
tentang keraguan mereka terhadap hukum-hukum agama kita dan
tentang kutukan yang mereka perkatakan. Aku tanya kepada paderi
gereja kita. Mereka buat acuh tak acuh saja sambil berkata tak
usah hiraukan sangat apa yang dikatakan oleh orang-orang Muslim
itu. Jawaban mereka bukan pembahasan tetapi hunusan pedang. Bila
sikap paderi-paderi kita serupa itu tak hairanlah kalau orang-orang
Muslim semakin angkuh."
"Masalahnya bukan paderi-paderi kita tidak mahu berbincang dengan
orang-orang yang tidak beriman itu atau sengaja mendiamkan diri."
kata Isabella menjawab komen sahabatnya. "Diam mereka bukanlah
bererti mereka tidak dapat menghuraikan masalah tetapi mereka
mahu jaminan kalau nanti sesudah diberi keyakinan, semua orangorang Muslim itu bersedia memeluk agama Kristian. Maka paderipaderi kita dengan senang hati mahu berhadapan dengan mereka."
Sahabat Isabella diam sejurus mendengar kata-kata Isabella. Dalam
kepalanya terlintas satu idea.
"Bagaimana kalau kita minta satu pengakuan bertulis daripada orangorang Muslim itu bahwa mereka bersedia bersemuka dengan paderipaderi kita. Dengan surat itu pula kita boleh mendesak cendekiawan
Kristian untuk bercakap dengan orang-orang Muslim itu dan
memaksa mereka memeluk agama kita."
"Cadangan itu baik sekali. Tetapi apakah orang-orang Muslim itu
bersedia menerima?" tanya Isabella sedikit ragu.
"Mengapa pula tidak?" Bukankah kau juga baru mendengar dari
mulut mereka sendiri?"
"Kalau begitu Kenapa mesti kita tunggu lagi" Di sini juga kita
beritahu mereka agar bersedia berbincang dengan paderi-paderi
kita. Aku akan tuliskan secarik surat yang akan aku sampaikan
kepada mereka dan lihat apa jawabannya." kata Isabella dengan
perasaan gembira. "Tetapi ...!" "Tetapi apa lagi?" Isabella yang baru mahu mengeluarkan pena dan
kertas dari begnya terhenti sebentar lalu memandang wajah
sahabatnya dengan ragu-ragu.
"Tetapi bukankah baik kita mendapatkan jaminan daripada paderipaderi kita lebih dulu" Nanti apa akan jadi kalau orang-orang kafir
itu bersedia dan paderi-paderi kita menolak?"
Kalau orang-orang ini sudah membuat perjanjian dengan bertulis
bahwa mereka akan memeluk agama Kristian apabila sudah
diyakinkan kebenarannya," ujar Isabella, "maka cendekiawan kita
sudah pasti mahu berdialog dengan mereka."
Mendengar penjelasan itu, sahabatnya pun diam.
Isabella mengeluarkan pena dan secarik kertas lalu menulis:
Maafkan saya. Saya telah mendengar dengan penuh perhatian
perbincangan rahsia tuan-tuan itu. Bersebab kami juga berminat
dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan agama, saya percaya
tuan-tuan tidak keberatan dengan gangguan saya ini. Saya telah
mendengar salah seorang daripada tuan ada berkata kepada
temannya bahwa jika kami penganut Kristian dapat memberi
penjelasan yang memuaskan tentang perhubungan antara hukumhukum agama dengan kutukan, tuan bersedia memeluk agama kami.
Tuan juga mahu mencabar kami, orang-orang Kristian, tentang
hukum-hukum agama dan kutukan. Jadi, sebagai hamba Tuhan Jesus
Kristus, kami dengan sangat senang hati menyambut cabaran tuan
dengan syarat tuan membuat pengakuan bertulis.
Hamba hina agama Kristian
Surat itu telah diserahkan oleh sahabat Isabella kepada Umar
Lahmi. Agak terperanjat juga Umar kerana tiba-tiba saja seorang
anak gadis datang menyerahkan surat serupa itu kepadannya. Gadis
itu pula tidak dikenali sebelumnya. Maaz memandang sahabatnya
dengan pandangan yang berisi pertanyaan.
"Surat apa ini?" tanya Umar Lahmi kepada sahabat Isabella.
"Dari teman saya. Dia sedang menunggu jawaban tuan." jawab gadis
itu. Umar Lahmi menyambutnya dengan perasaan yang berdebar-debar.
Dia membuka lipatan surat sambil dahinya berkerut-kerut. Setelah
membaca isinya, wajah Umar kembali berseri-seri. Dengan senyum
kecil, dia menunjukkan surat itu kepada Maaz. Maaz menganggukanggukkan kepala dan memberi isyarat kepada Umar Lahmi supaya
menjawab segera. Umar Lahmi pun mengeluarkan kertas dan pena lalu menulis:
Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah nona. Kami
bersetuju sekiranya anggota-anggota gereja dapat memberi
penjelasan kepada kami tentang dilema hukum-hukum agama dan
kutukan dengan penjelasan yang memuaskan, saya dan sahabat saya
akan memeluk agama Kristian. Sila nyatakan tempat dan tarikh
perbahasan akan diadakan.
Hamba hina agama Islam (Umar Lahmi) Setelah selesai ditulis dan ditandatangani, surat itu pun diserahkan
kepada sahabat Isabella yang segera pula kembali ke tempatnya
semula. Isabella sangat gembira menerima balasan surat tersebut,
lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui bahwa rancangannya
dipersetujui oleh kedua pemuda Muslim itu. Dia segera
membalasnya. Tentang masa dan tempat, saya sendiri akan datang
memberitahunya esok. Hamba yang hina Surat itu ringkas saja dan setelah disampaikan kepada Umar Lahmi,
mereka pun beredar dari tempat itu dengan satu masalah baru pula.
Siapa gerangan orang yang akan berhadapan dengan orang-orang
Muslim itu. Sebaik saja keluar dari taman Cordova itu, Isabella
terus saja ke tempat gurunya yang baik hati. Diceritakan kesemua
yang berlaku tadi kepadanya. Guru itu yang juga seorang paderi
adalah seorang yang benar-benar mengetahui semua masalah agama.
Ketika dia melihat Isabella dalam keadaan resah gelisah, dia pun
memarahinya dan memberitahu itu bukan suatu masalah besar yang
boleh sampai merunsingkan fikiran. Isabella lalu menunjukkan surat
Umar Lahmi. Apabila guru itu membaca surat tersebut, dia pun bersetuju mahu
membahas perkara itu dan merasa seseorang yang berpengalaman
dan terkemuka patut ikut mengambil bahagian. Kesediaan gurunya
membuat hati dan perasaan Isabella yang gundah menjadi tenteram
dan membolehkannya pulang ke rumah dalam keadaan selesa. Guru
itu berjanji akan menetapkan tempat dan tarikh sebelum tengah
hari esok. Malam itu, Isabella tidak dapat tidur dengan nyenyak. Berbagaibagai macam persoalan terus menerus menghantui fikiran. Apa akan
terjadi sesudah esok hari" Andaikata cerdikpandai Kristian tidak
dapat memberi penjelasan yang memuaskan kepada orang-orang
Muslim, maka orang Kristian akan dipertakuti sepanjang zaman.
Akhirnya, pagi pun tiba. Setelah selesai membersihkan dirinya,
Isabella mengambil Kitab Injil dan mentelaahnya. Menjelang tengah
hari barulah dia keluar dan mengajak kedua orang sahabatnya yang
akrab pergi ke rumah guru. Di sana mereka melihat sudah ramai
paderi yang berkumpul seolah-olah mereka sedang menunggu
seseorang yang penting. Apabila orang yang ditunggu itu tiba maka
dia pun dipersilakan duduk di sebuah kerusi yang khas.
Guru Isabella, sesudah mengucapkan puji-pujian kepada Jesus
Kristus, menerangkan tujuan perhimpunan diadakan dan dengan
bersungguh-sungguh meminta semua cendekiawan yang hadir supaya
berani dan bersedia untuk berdialog dengan orang-orang Muslim dan
mencuba untuk menarik mereka masuk Kristian.
"Kami merasa hairan apakah gerangan masalah besar sehingga kami
semua disuruh berkumpul di sini." kata seorang paderi yang
berbadan kurus dan bermuka cengkung, nada suara seperti
mengejek. "Tetapi bila sampai kemari. Aku dapati hanyalah satu
perkara remeh saja yang mahu dibincangkan. Panggil saja orangorang Muslim itu ke mari sekarang juga dan sesiapa saja di antara
kita dengan mudah boleh menyakinkan mereka."
Seorang paderi lain yang bertubuh gemuk dan berkepala bulat dan
licin menyampuk. "Memang benar perkara ini bukanlah besar sangat, kita pun selalu
mengadakan perbincangan dengan orang-orang Muslim. Tapi setelah
ada berita tersebar yang mengatakan orang-orang Kristian tidak
dapat menjawab keraguan orang-orang Muslim maka perkara ini
sekarang dapat dianggap sebagai perkara besar dan penting. Kita


Isabella Karya Maulana Mohammad Saeed di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

patut tetapkan masa untuk perbincangan itu."
"Besok hari Ahad dan semua penganut Kristian akan berkumpul di
gereja besar. Ada baiknya kita memanggil mereka esok pagi. Mudahmudahan Tuhan Jesus memberi petunjuk kepada mereka." ujar
seorang paderi lain yang kelihatan lebih muda daripada yang lain.
Cadangan itu disampuk segera oleh seorang paderi tua yang duduk di
sebelah Michael. "Itu satu cadangan yang baik." Dia memandang muka Isabella yang
sedang duduk berhadapan dengan Michael.
"Bapamu yang mulia yang memimpin sembahyang di gereja itu mesti
ikut hadir sebab ada kemungkinan kami memerlukan bantuannya
sewaktu-waktu. Apatah pula kamu sendiri yang menjadi perantaraan
dalam perbincangan antara kita dengan orang-orang Muslim."
Seorang paderi yang perawakannya gemuk dan pendek menambah,
"Bapamu ialah ketua semua paderi di Sepanyol ini. Tidak ada orang
lain yang lebih alim daripadanya tentang hukum-hukum agama
Kristian. Sebab itu kehadiran bapamu amat diharapkan."
Pada waktu itu, Michael, guru Isabella, segera menjawab, "Susah
tentu!" Setelah berlaku perbincangan yang agak serius, akhirnya dicapai
kata sepakat, cadangan mengadakan dialog dengan orang-orang
Muslim itu diterima dengan sebulat suara dan hari Minggu telah
ditetapkan sebagai hari dialog itu diadakan. Atas permintaan
Isabella, Michael telah menulis surat memberi kebenaran kepada
Umar Lahmi untuk masuk ke dalam gereja besar pada hari tersebut.
Waktu perbincangan itu selesai. Matahari sudah condong ke barat.
Isabella dan kedua sahabatnya meminta diri diikuti Mirano, anak
Michael. Mereka berjalan perlahan-lahan menuju ke taman tempat
Umar Lahmi dan Maaz menunggu. Mereka dapati selain daripada
Umar Lahmi dan Maaz ada orang lain pula bersama-sama mereka.
Baru pada petang itulah Umar Lahmi dan Maaz melihat wajah
Isabella dari dekat. Mereka terpegun sejurus lamanya kerana
terpesona dengan wajahnya yang jelita itu. Kedua-duanya
mengucapkan 'Subhanallah!' di dalam hati, memuji kebesaran Allah.
Isabella lalu menyerahkan sendiri surat Michael, gurunya, kepada
Maaz. Surat itu segera dibuka dan dibaca untuk didengar oleh
semua yang hadir. "Kami semua sangat berterima kasih di atas segala susah payah
nona." kata Maaz. "Andaikata pihak mana saja yang nanti mendapat
petunjuk, maka pahalanya pertama sekali nonalah yang
menerimanya." "Aku mendengar nona ini ialah seorang cendekiawan dalam ilmu
falsafah Kristian di samping seorang ahli teologi yang terpelajar.
Sesungguhnya pujian yang tinggi patut kita berikan kepadanya
kerana usaha mahu melepaskan kita daripada 'kemungkaran'." kata
Umar Lahmi kepada teman-temannya.
Isabella agak tersipu-sipu sedikit mendengar puji-pujian Umar
Lahmi itu. Dengan lemah-lembut dia menjawab, "Saya hanyalah seorang hamba
hina Tuhan Jesus Kristus. Terima kasih banyak kerana sudi
menerima jemputan kami."
Salah seorang Muslim yang hadir menyampuk dengan agak keras,
"Astagfirullah. Tengok betapa orang-orang Kristian itu
menyekutukan Allah dan memuja Nabi Isa. Memang benar mereka ini
gila. Kalau tidak masakan manusia yang hidup ..."
Umar Lahmi dengan cepat memotong cakapnya untuk tidak
menimbulkan kegusaran kepada Isabella.
"Nanti dulu. Tuan secara tidak langsung sudah memulai perdebatan.
Perkara itu akan kita putuskan esok di gereja besar."
Kemudian dia memandang Isabella. "Nona boleh memberi jaminan
kepada para paderi itu bagi pihak kami bahwa insyaAllah kami akan
sampai di gereja esok sesudah sarapan."
Isabella dan sahabat-sahabatnya pun meminta diri meninggalkan
tempat itu. Mereka tidak lagi tunggu sampai matahari terbenam
seperti yang seringkali mereka lakukan.
BAB 4 Pertemuan Pertama Tidak lama sesudah Isabella meninggalkan tempat itu, Umar Lahmi,
Maaz dan kawan-kawan mereka yang lain berpisah untuk pulang ke
rumah masing-masing. Sesampai di rumah, mereka mentelaah Kitab
Suci Al Quran dan Kitab Injil serta membuat catatan-catatan
perkara yang penting untuk dijadikan bahan yang akan dibahaskan di
dalam pertemuan esok hari. Pada pagi berikutnya iaitu pagi Ahad,
berita tentang pertemuan itu telah tersebar dengan luas di seluruh
kota. Orang-orang Kristian dengan penuh hati-hati membuat
persiapan yang teliti terutama di dalam menghadapi orangramai yang
ingin ikut mendengar perbincangan tersebut. Hanya beberapa orang
Islam saja yang dibenarkan masuk ke dalam gereja sedangkan yang
lain-lain terpaksa pulang dengan perasaan kecewa. Umar Lahmi,
Maaz dan beberapa orang cendekiawan Islam dibenarkan masuk
sesuai dengan persetujuan yang telah dibuat lebih awal. Ketika
mereka masuk, didapati hampir semua paderi yang terkemuka di
Cordova ada di dalamnya dan sedang sibuk mengerjakan
sembahyang. Tidak lama kemudian upacara sembahyang itu pun selesai. Paderipaderi lalu mengambil tempat duduk di suatu meja panjang yang
tersedia, berhadapan dengan Umar Lahmi, Maaz dan kawankawannya. Isabella dengan semua kawan-kawannya pun ikut serta
duduk bersama-sama. Sesudah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana telah
menyahut pelawaan mereka, Michael, guru Isabella membuka
pertermuan dengan memperkenalkan tiap-tiap orang paderi yang ada
di meja persidangan itu. Salah seorang daripada mereka bernama
Peter yang terkenal sebagai seorang ahli pengajian Arab dan kitabkitab Islam. "Kami diberitahu bahwa tuan-tuan mempunyai sedikit keraguan
tentang agama Kristian dan telah bersetuju datang kemari untuk
meminta penjelasan daripada kami. Tuan-tuan juga telah berjanji
kalau penjelasan yang kami berikan itu boleh meyakinkan maka tuantuan akan meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Kristian."
kata Michael. "Kami sedikit pun tidak merasa ragu tentang kepercayaan dan
ajaran-ajaran Kristian tetapi kami cukup yakin kepercayaan dan
ajaran-ajaran itu tidak beralasan. Dalam pada itu pun jikalau tuan
dapat memuaskan hati kami dengan penjelasan-penjelasan tentang
agama tuan yang boleh meyakinkan maka kami bersedia masuk agama
Kristian." Mendengar kata-kata Umar Lahmi itu, Michael lalu berpaling kepada
Peter yang kelihatan lebih tua daripada yang lain. Peter yang sudah
menulis banyak buku menentang agama Islam, dianggap orang yang
paling berkebolehan untuk berdebat dengan orang Islam.
Peter dengan nada suara orang yang menguasai keadaan berkata,
"Saya diberitahu bahwa bantahan tuan-tuan yang terutama sekali
ialah tentang mengapa satu Paul telah mengatakan hukum-hukum
agama itu satu kutukan. Tetapi ini adalah satu perkara remeh dan
tida lebih daripada satu isu sampingan saja. Tuan-tuan orang Muslim
dan berimankan Quran dengan sendirinya pendapat tuan-tuan
mengenai Tuhan Jesus Kristus dan agama Kristian mengikuti lunaslunas Quran. Umar Lahmi tersenyum kecil sebelum menjawab, "Saya sudah
membuat definisi yang jelas di dalam surat saya tentang persoalan
yang akan kita bincangkan seperti yang tuan sendiri sudah akui
tetapi mengapa pula tuan bawa kepada perkara-perkara lain" Saya
sudah menulis perbincangan ini akan berisar di sekitar hukum-hukum
agama dan kutukan, jadi apa ada bantahan tuan tentang hal itu?"
Peter masih dengan nada suara yang agak kuat berkata,"Kami akan
menjawab pertanyaan tuan tetapi lebih dulu biarlah kita bincangkan
isu-isu yang dasar yang juga dari Quran tuan-tuan. Bukankah dalam
Quran ada mengatakan tentang Tuhan Jesus Kristus kami sebagai
Rohullah, Kalimatullah. Tidakkah ada tersebut di dalamnya bahwa dia
pernah menghidupkan orang yang sudah mati" Jadi, apabila tuan
percayakan Quran bagaimana pula boleh tuan-tuan meragui Tuhan
Jesus sebagai 'Putera Tuhan'?"
"Tuan telah memulai dengan perbincang yang agak menyimpang yang
sedikit pun tidak ada kena-mengena dengan keraguan yang kami
timbulkan." kata Umar Lahmi. "Apa yang saya inginkan ialah untuk
memahami signifikan hukum-hukum agama dan kutukan. Andaikata
tuan bersedia mahu membincangkannya, silakan. Kalau tidak, kami
akan meninggalkan tempat ini." Umar Lahmi memandang muka
sahabat-sahabatnya dan mereka semua menganggukkan kepala tanda
bersetuju dengan keputusan itu.
"Saya mengemukakan Quran kepada tuan ialah supaya isu-isu dasar
itu dibincangkan lebih dulu. Jikalau tuan mahu mengelakkan diri
daripada persoalan dasar ini dan mahu membincangkan isu-isu
sampingan, itu bererti tuan tidak dapat menjawabnya." kata Peter
dengan sikap angkuh. Umar Lahmi segera menjawab, "Baiklah, tuan mahu membincangkan
isu-isu dasar, terlepas daripada persoalan agama tuan dan mahu
berselindung di balik AlQuran. Jikalau tuan mahu membincangkan
isu-isu dasar, mari kita selesai ini dulu. Apakah Adam benar-benar
ada melakukan satu dosa dan bila kita putuskan dia benar-benar ada
berbuat dosa, maka patutlah kita bincangkan pula apakah dosa itu
diperturunkan dari generasi ke generasi sampai meliputi seluruh
umat manusia. Yakni, kerana dosa Adam itu, semua manusia dengan
sendirinya ikut dibebani dosa" Jika keadaannya benar begitu, kita
akan bincangkan bagaimana noda dosa itu dapat dihapuskan"
Kemudian kita bincangkan pula tentang kesucian Nabi Isa, tentunya
menurut Kitab Injil. Sesudah itu tuan mesti buktikan kepada kami
bahwa Jesus itu Tuhan dan hanya dia saja dapat memerdekakan
manusia daripada dosa. Apabila semua ini dapat dijelaskan maka tuan
mesti buktikan pula bahwa Jesus benar disalib dan kerana semua
dosa manusia dia telah tinggal selama tiga hari di dalam neraka.
Inilah yang patut dibahaskan dan bukan apa yang tersebut di dalam
AlQuran tentang Nabi Isa."
"Semua itu tidak relevan. Tidak ada perhubungannya dengan
persoalan." Peter menampik. "Apa yang saya maksudkan ialah untuk
membuktikan dari Quran sendiri bahwa Jesus 'Roh Allah' dan
'Kalam Allah' dan telah menghidupkan orang yang sudah mati.
Olehkerana itu, agama Kristian itu benar."
Umar Lahmi menjadi tidak senang dengan putar belit paderi tua itu.
Masa sudah berjalan beberapa minit, pokok perbincangan belum juga
diperolehi. Dia lalu memandang kepada Isabella yang sejak
perbincangan itu dimulai tidak pernah melepaskan matanya dari
wajah itu. Sambil menunjuk kepada Isabella, dia berkata, "Sekarang saya
tunjuk nona ini sebagai hakim dan memintanya memberitahu
mengapa kami diundang kemari" Nah! Saudari mesti katakan apa
yang telah saya tulis di dalam surat saya dan Kenapa saudari
membawa kami kemari?"
Isabella yang sedang tenggelam di dalam lamunannya itu agak
tersentak apabila ditunjuki Umar Lahmi serupa itu. Pipinya tiba-tiba
menjadi merah. Dengan suara yang rendah tetapi berwibawa, dia menjawab,
"Sebenarnya, perbincangan ini ialah untuk menentukan apakah
hukum-hukum agama itu satu kutukan ataupun tidak. Tetapi
keberatan yang dikemukakan oleh bapa suci kami juga ada
kebenarannya. Menurut pendapat saya, mula-mula kita bahaskan dulu
keberatan-keberatan tuan kemudian barulah bapa suci memajukan
pula soalan-soalan tentang Quran."
Umar Lahmi mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan
pendapat Isabella. "Nah, saya bersetuju dengan pendapat nona. Sekarang saya buka
gelanggang ini kepada tuan. Saya berjanji bahwa apbila tuan dapat
menyelesaikan keberatan-keberatan kami dengan penjelasan yang
meyakinkan, kami dengan tidak melewatkan waktu membenarkan
tuan memajukan soalan-soalan secara umum. Tapi apabila saya
berjanji mahu menganut agama Kristian, saya fikir tidak perlu lagi
kita berbahas panjang-panjang."
Umar Lahmi menutup kata-katanya itu dengan senyum kecil dan
memandang Isabella dengan ekor matanya. Isabella yang dapat
melihat jelingan Umar Lahmi itu merasa tersindir.
"Baiklah," ujar Peter, "sebutlah soalan-soalan tuan dengan jelas
bersama-sama dengan pendirian tuan mengenainya."
"Tuan boleh menjawab soalan saya satu persatu, persoalan demi
persoalan. Ini akan menjadi lebih jelas.: kata Umar Lahmi. "Mulamula, cuba beritahu saya apakah 'jangan mencuri, jangan membunuh,
jangan menimbulkan kesukaran kepada tentangga dan lain-lainnya'
itu merupakan firman-firman Tuhan dan apakah ada kaitannya pula
dengan hukum-hukum agama?"
"Sudah tentu. Semua itu ada kaitan dengan undang-undang agama."
jawab Peter dengan cepat.
"Apakah pula dikri satu Paul tentang hukum-hukum agama?" tanya
Umar Lahmi lagi. "Dikri bagaimana" Saya tidak faham." jawab Peter, mengangkat
muka memandang Umar Lahmi seperti hairan.
"Tuan faham benar-benar perkara itu." kata Umar Lahmi dengan
suara agak keras sedikit. "Cuma tuan mahu mengelak daripada
menjawabnya. Katakan saja bahwa satu Paul telah menganggap
hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan."
"satu Paul menganggap hukum-hukum agama itu sebagai kutukan dari
sudut bahwa inti hukum agama itu adalah bahagian daripada Jesus
Kristus dan betapa bodoh apabila inti ditinggalkan sedangkan
kulitnya dikejar-kejar."
"Begitulah pula yang saya maksudkan." jawab Umar Lahmi. "satu Paul
yang menganggap Jesus sebagai jiwa dan hukum-hukum agama
sebagai tubuh telah mengatakan hukum-hukum agama itu sebagai
satu kutukan dan apabila tuan juga berkata Firman Perjanjian Lama
ada kaitannya dengan hukum-hukum agama maka menahan diri dari
membunuh dan berzina juga adalah satu kutukan."
Mendengar hujah Umar Lahmi itu, Peter, paderi tua, kelihatan resah
sedikit tetapi dia menjawab dengan satu dalih.
"Perkara ini sebenarnya merupakan satu perkara ghaib dan tuan
tidak dapat memahaminya tanpa bantuan dari 'Roh Kudus' dan tidak
semestinya pula bahwa sesuatu problem yang tidak dapat difahami
itu merupakan perkara salah. satu Paul telah menganggap hukumhukum agama secara lahiriahnya satu kutukan dan tidak pula tertuju
kepada semua bentuk hukum agama."
"Benar. Memang betul satu Paul mengatakan hukum-hukum agama
pada lahiriahnya satu kutukan. Sekarang cuba terangkan kepada
saya. Jikalau tidak mencuri, tidak berzina, tidak menganggu keluarga
dan lain-lain lagi itu adakah hukum-hukum agama yang lahiriah atau
dalaman, rohaniah dan moral?" tanya Umar Lahmi.
"Tuan hanya menumpukan soalan kepada topik yang sama." Peter
membantah. "Cuba dengar. Apa yang dikatakan oleh Jesus Kristus
adalah lebih baik daripada yang dikatakan oleh satu Paul. Tuhan kami
menyuruh kami mengikut Firman-Firman Perjanjian Lama.* " ( *sila
lihat Injil, Matius Bab 5:19 sampai Bab 10:25 )"Iaitu memperoleh
keselamatan maka perlu mengikuti Perjanjian Lama juga." kata Umar
Lahmi. "Kalau sudah memang demikian keadaannya, mengapa pula
tuan menimbulkan perkara penebusan dosa dengan menyalibkan


Isabella Karya Maulana Mohammad Saeed di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

'Putera Tuhan'" Iaitu, mengapa Penebusan Dosa Momok ini apabila
Perjanjian Lama perlu diikuti" Apakah perlu mengikuti FirmanFirman Perjanjian Lama malah sesudah Kristus menebus dosa?"
"Kami tidak tahu apa-apa." jawab Peter dengan suara perlahan.
"Kecuali Tuhan kami telah mengarahkan kami mengikut Perjanjian
Lama. Tetapi keselamatan tidak dapat diperoleh hanya semata-mata
mengikuti Perjanjian Lama tanpa ada penebusan dosa."
"Jadi, Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf, Nabi Nuh
dan lain-lain nabi itu kehilanganlah keselamatan mereka kerana jalan
keselamatan mereka satu-satunya hanya dengan mengikuti hukumhukum agama?" tanya Umar Lahmi. "Begitu juga dengan para
pengikutnya, keselamatan mereka dicabut." sambungnya lagi.
"Sebelum kedatangan Kristus, jalan keselamatan satu-satunya ialah
dengan mengikuti hukum-hukum agama tetapi penebusan dosa oleh
Jesus Kristus telah mengubahnya dan sekarang jalan yang ada
hanyalah penebusan dosa." jawab Peter.Umar Lahmi tersenyum
mendengar jawaban Peter yang berbelit-belit itu. Dia memandang
muka Isabella dan muka itu walaupun kelihatan tenang tetapi sedang
tenggelam dalam satu fikiran yang membingungkan. Umar Lahmi
memandang muka Peter, ditenung matanya.
"Mula-mula tuan menolak apa yang sudah dikatakan oleh satu Paul
iaitu hukum-hukum agama bukan satu kutukan kemudian tuan
menolak hukum-hukum agama sebagai dasar keselamatan. Dapatkah
tuan mengemukakan kata-kata 'wali' yang lain untuk membuktikan
bahwa ucapan satu Paul 'hukum-hukum agama itu satu kutukan' tidak
benar?" Tiba-tiba paderi kurus yang bermuka cengkung dari sudut sebelah
kiri menyampuk dengan suara yang lantang.
"Tuan-tuan! Percakapan tentang hal ini adalah perbuatan murtad dan
kufur. Semua yang dibincangkan berkaitan dengan perkara-perkara
ghaib. satu Paul memang mengatakan hukum-hukum agama satu
kutukan dan kata-kata itu benar tetapi tuan-tuan tidak dapat
memahami perkara-perkara ghaib serupa ini. Jalan keselamatan kami
ialah ketuhanan Kristus dan penebusan dosa kerana Jesus bebas
daripada dosa dan ia penjelmaan Tuhan, yang kerana kesayangan dan
perbuatan baiknya menderita di atas salib sebagai ganti kita semua
dan memberi kita keselamatan."
"Jangan itku rasa hati dalam perselisihan persahabatan." ujar paderi
yang bertubuh gemuk dan berkepala bulat dan licin. Dia duduk di
sebelah kanan Peter. "Tuan sudah mulai menyangkal satu Paul."
"Inilah hasil perbincangan yang tidak benar dan tidak beralasan.
Tuan kini telah mula membicarakan soal ketuhanan dan penebusan
dosa." kata Umar Lahmi. "Eloklah kita selesaikan lebih dulu
perbahasan mengenai hukum-hukum agama dan kutukan."
"Kami telah memberikan jawaban yang meyakinkan kepada tuan.
Jadi, sekarang kami berikan masa selama delapan hari untuk tuan
beristirehat. Andaikata keraguan tuan-tuan masih belum dapat
dipecahkan pada masa itu, tuan-tuan boleh datang lagi kemari." kata
Peter. Umar Lahmi tidak menghiraukan kata-kata paderi tua itu.
Sebaliknya, dia bertanya, "Tuan tidak menganggap hukum-hukum
agama sebagai satu kutukan dan kolega tuan pula mengatakan ia itu
satu kutukan dan satu Paul berada di pihat yang benar. Jadi, mana
satu di antara tuan-tuan ini yang benar?"
"Orang yang mengatakan hal ini tidak ada kaitannya dengan misteri
agama Kristian. Jangan tuan pedulikan kata-kata mereka itu." jawab
Peter. Umar memandang kepada Isabella.
"Nah, cuba terangkan kepada saya yang mana benar di antara
mereka ini dan apakah satu Paul itu silap kerana mengatakan hukumhukum agama satu kutukan?"
Sekali lagi, Isabella tersentak apabila Umar Lahmi memajukan
pertanyaan kepadanya. "Saya datang kemari untuk mendengar perbahasan dan bukan untuk
ikut campur. Tapi saya akan meminta kepada guru saya, Bapa
Michael, untuk menyelesaikan masalah ini kerana beliau seorang
ilmuwan yang agung dan cendekiawan pula, kerana sebagai
sebahagian daripada tamu-tamu terhormat yang lain saya sendiri
pun belum begitu faham tentang hal ini."
Kata-kata Isabella itu bagai petir di tengah hari. Semua orang yang
hadir di dalam gereja amat terperanjat mendengarnya, lebih-lebih
lagi para paderi yang duduk di meja persidangan. Mereka
memandang muka Isabella dengan pandangan tajam yang berisi
kehairanan. Di tempat para penonton telah timbul keributan kecil.
Melihat keadaan yang mula kacau, Michael bangun dan berkata,
"Saudara-saudara, kita semua berhimpun di sini untuk mencari
kebenaran dan sesungguhnya ini adalah satu tugas yang berfaedah.
Tetapi untuk tujuan ini, maka perlulah kita mempunyai hati yang
tulus ikhlas dan satu keinginan untuk menerima kebenaran. Masalah
keimanan yang sedemikian itu tidak akan dapat dicapai oleh
seseorang dengan usahanya sendiri tanpa pertolongan Tuhan. Oleh
sebab itu, kita harus berdoa kepada Tuhan dengan setulus hati agar
Dia menunjukkan kebenarn kepada kita melalui bantuan Roh Kudus
dan menampakkan kepada kita segala misteri agama Kristian."
Michael terpaksa berhenti sejenak kerana dari para hadirin Kristian
terdengar ucapan Amen sedarun. Kemudian dia menyambung semua.
"Saudara-saudara. Apakah hukum-hukum agama itu satu kutukan
atau tidak adalah satu soalan titik-bengik, tidak penting. Persoalan
yang sebenarnya ialah saudara-saudara Muslim kita ini tidak
mengetahui tentang kepercayaan Kristian dan dasar-dasar pokoknya,
sebab itulah mereka gemar berpolemik. Intisari agama kita hanya
terletak pada dua kalimat, iaitu ketuhanan Kristus dan penebusan
dosa. Seseorang yang memahami erti kedua kalimat ini maka
fahamlah dia semua rahsia agama Kristian. Betapa sayangnya Tuhan
kepada kita sehingga Dia mengirim putera tunggalnya bagi
keselamatan kita untuk memikul semua derita manusia di dunia ini
dan akhir sekali Dia telah dibunuh di atas salib sebagai penebus
semua dosa kita. Oleh sebab itu saya ingin memohon kepada sahabat
saya, Umar Lahmi, dan kawan-kawannya supaya membatalkan saja
perbahasan yang sia-sia mengenai hukum-hukum agama dan kutukan
dan memikirkan tentang keperibadian suci Tuhan Jesus kita dan
penebusan dosanya yang tidak ada tolok bandingan. Marilah masuk
agama Kristian." Umar Lahmi merasa gusar dengan ucapan Michael yang sama sekali
tidak diduganya itu lalu dengan segera dia menjawab, "Kami datang
kemari bukanlah kerana mahu bercakap perkara-perkara yang
kosong. Kami semua ada prinsip dan kami mahu membahaskan
masalah-masalah dasar. Kami telah pun menjelaskan pokok
perbincangan kita di dalam surat kami dan saudari Isabella ini yang
menjadi saksinya. Jadi, kalau tuan mahu membatalkan pokok
persoalan awal kita itu dan mahu membincangkan entang ketuhanan
Kristus dan penebusan dosanya, saya juga bersedia asal saja tuan
tuliskan bahwa kita batalkan masalah hukum-hukum agama itu dan
kita patut bincangkan tentang ketuhanan Kristus dan penebusan
dosanya pula." "Kami tidak bermaksud bahwa tuan tidak boleh bincangkan masalahmasalah itu," kata Peter berdalih, "cuma kita patut tinggalkan isuisu sampingan dan bincangkan masalah-masalah dasar."
Umar Lahmi mulai jengkel. "Jadi, Kenapa tuan-tuan undang kami
kemari" Gereja dan masjid tidak perlu diperbahaskan. Kalau tuantuan tidak mahu berbincang, katakanlah dengan berterus terang
supaya masa kami terbuang tidak sia-sia begini."
"Tuan sudah salah faham tentang kata-kata Peter Suci. Dia tidak
bermaksud kita tutup terus perbincangan ini. Dia cuma mahu
menekankan bahwa pertanyaan-pertanyaan mengenai masalah dasar
yang dapat tuan fikirkan, tuan kemukakan kepadanya. Tapi sekarang
sudah tengah hari dan tuan-tuan mungkin akan pergi makan. Bila
waktu yang sebaik-baiknya tuan-tuan dapat kemari lagi?" Michael
cuba membujuk. "Sekaranglah waktu yang sebaik-baiknya." ujar Umar Lahmi. "Tidak
sesiapa yang boleh menentukan apakah kita akan mendapat
kesempatan yang berfaedah seperi ini lagi."
"Tapi tuan-tuan akan menunaikan solat?" kata Michael lagi.
"Kami boleh bersolat di gereja ini." jawab Umar Lahmi.
Peter lalu mencelah. "Saya fikir lebih baik kita berbincang lagi hari
Ahad depan." "Saya berpendapat perbincangan ini tidak boleh ditangguhkan
terlalu lama. Mungkin kita mendapat petunjuk dari Allah." kata Umar
Lahmi. "Baiklah. Kita sambung perbincangan ini esok pada masa yang sama
sampai tengah hari."
"Jika perbincangan ini mahu ditangguhkan sampai esok," Isabella
tiba-tiba ikut campur, "tidak usah diberhentikan sampai tengah hari
tetapi dilanjutkan sehingga petang. Barangkali kita boleh sampai
kepada sesuatu keputusan."
Michael segera menjawab, "Sama sekali tidak. Tidakkah kita ada
membuat kerja-kerja lain juga?"
"Saya fikir tidak ada kerja lain yang lebih penting daripada
perbincangan ini." jawab Isabella, tidak mahu kalah.
Orangramai mulai bising. Akhirnya, diadakan satu perbincangan kecil
di antara para paderi dan Umar Lahmi serta sahabat-sahabatnya.
Mereka membuat keputusan akan menghentikan perbincangan hari
itu sampai di situ saja dan akan disambung semula esok dari pagi
sampai ke tengah hari. Pertemuan yang pertama itu pun berakhir.
Setelah mengucapkan terima kasih kepada semua orang-orang
Kristian, Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya meninggalkan gereja
besar. Isabella dan para paderi lain masih tinggal sehingga semua hadirin
keluar meninggalkan tempat itu, pulang ke rumah masing-masing.
Setelah orang-orang lain habis keluar, paderi yang berbadan kurus
bermuka cengkung bangun lalu berjalan mendekati Isabella.
"Amat mendukacitakan yang kamu telah memberi kesempatan
kepada orang-orang kafir itu untuk mengemukakan keraguan mereka
dan mengejek agama Kristian."
Belum sempat Isabella menjawab, paderi itu berjalan ke tempat
Michael. "Satu-satunya cara mahu melayani orang-orang murtad itu ialah
meletakkan Quran di hadapan mereka. Peter Suci telah berbuat
serupa itu pada mulanya tetapi malang, mereka menggelecek keluar
dan membahaskan tentang hukum-hukum agama. Kalau esok terjadi
lagi yang serupa, alamat kita akan dikecewakan dengan teruk kerana
mereka tanyakan ialah tentang rahsia ketuhanan yang tidak siapa
pun tahu kecuali wali-wali saja."
"Sebetulnya perbincangan itu sejak awal lagi telah menyimpang ke
saluran salah kalau tidak mereka telah tunduk oleh Quran mereka
sendiri." kata Michael menyampuk paderi kurus itu. "Bukankah
Quran ada mengatakan yang Tuhan Jesus kita itu 'pembawa hidup'
dan menghidupkan semula yang sudah mati" Bukankah Quran
menyebutnya 'Roh Allah' dan 'Kalimat Allah'"
Peter kemudian berkata, "Pokok perbincangan esok hari sudah
ditetapkan. Iaitu mengenai ketuhanan Kristus dan penebusan dosa.
Aku dengan licik telah memesongkan mereka ke pokok persoalan lain
tetapi kau, Michael, telah membawa mereka kembali ke persoalan
itu." "Tuan jangan salahkan saya. Itu semua perbuatan tuan sendiri."
jawab Michael menangkis tuduhan paderi tua itu.
"Buat apa lagi kita memuaskan nafsu dengan perbahalan sesama
sendiri." kata seorang paderi lain. "Kita tunggu esok dalam
perbahasan tentang ketuhanan Jesus. Agama Kristian kita bukan
seperti bubur lembutnya boleh ditelan dengan sekali teguk saja."
Dia bangun dan meminta diri. Semua paderi pun ikut meminta diri
dan meninggalkan gereja. Mereka pulang ke tempat masing-masing
dengan membawa berbagai-bagai macam fikiran.
Isabella dan ketiga orang sahabatnya berjalan di belakan paderipaderi itu. Dalam masa berjalan itu, dia berkata kepada sahabatsahabatnya. "Cuba kalian lihat. Di belakang orang-orang Muslim, mereka
bercakap besar bahwa orang-orang Muslim tidak akan dapat
berhadapan dengan mereka. Tetapi bila duduk berhadapan,
tembelang mereka terdedah semuanya. Aku sangat menyesal bapaku
terpaksa meninggalkan gereja sebaik saja selesai dia memimpin
sembahyang kerana dia terlalu percaya dengan kebolehan dan ilmu
Bapa Michael dan Bapa Peter. Kalau tidak, dia tentu boleh tutup
mulut orang-orang Muslim itu."
"Sebenarnya, masalah itu terlalu berat, apakah bapamu sanggup
menghadapinya?" Salah seorang sahabatnya menyahut.
Seorang lagi mencelah, "Sebenarnya, kepercayaan dan dogma kita
terlalu kabur. Kalau tidak masakan paderi-paderi kita itu terpukul
begitu teruk?" "Minta dijauhkan Tuhan! Baru saja sekali berbahas kamu berdua
sudah mula berputus asa. Kepercayaan kita cukup teguh asasnya
tetapi mesti ada seseorang yang boleh menjelaskannya. Lihat saja
esok nanti. Bila ketuhanan Kristus dibahaskan betapa teruk mereka
akan dihentam." Mereka lalu berpisah di persimpangan jalan. Masing-masing pulang
ke rumahnya. BAB 5 Pertemuan Kedua Pada pagi Isnin, para paderi mula datang ke gereja besar. Pada hari
itu juga, bersama-sama Isabella, ikut hadir perempuan-perempuan
Kristian yang ingin mendengar perbincangan. Ruang sembahyang
gereja sudah penuh dengan penonton lelaki dan perempuan, tua dan
muda. Di meja panjang yang berhampiran dengan podium tempat
paderi besar membaca khutbah sudah duduk para paderi yang ikut
di dalam perbincangan hari kelmarin, diketuai oleh paderi tua Peter
dan pembantu kanannya, Michael. Isabella ikut bersama-sama
mereka. Tepat jam delapan, Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya
muncul di pintu depan gereja. Selain daripada Maaz dan penyokongpenyokong yang ikut dalam perbincangan pada hari kelmarin yang
memang sudah dikenali, ada beberapa orang muka baru. Ini membuat
para paderi bercakap berbisik-bisik sesama sendiri. Mereka
kelihatan agak gusar tetapi tidak dihiraukan oleh Umar Lahmi. Dia
segera mengambil tempat duduknya berhadapan dengan paderipaderi itu. Sebaik saja selesa duduknya, Umar Lahmi pun berkata, "Kelmarin
kita telah membuat keputusan akan berbahas pada hari ini mengenai
ketuhanan Kristus dan penebusan dosa. Oleh sebab agak sukar mahu
membincangkan kedua-dua masalah ini sekaligus maka ada baiknya
kita bincangkan secara berasingan."
Peter segera menjawab, "Kedua-dua masalah ini sebenarnya satu dan
saling berkait. Jadi, tuan boleh pilih mana satu yang tuan suka."
"Terima Kasih." kata Umar Lahmi.
Dia lalu membaca beberapa ayat dari Surat Al-Furqan. Wajah
Isabella tiba-tiba berubah. Kulit mukanya yang putih bersih menjadi
merah seperti bunga raya kembang pagi. Bacaan Umar Lahmi
terhenti apabila dia mendengar ada benda yang jatuh tidak jauh dari
tempat duduknya. Dia yang sedang berpejam segera membuka mata
dan dilihat sahabat Isabella sedang menolong mengangkat Isabella
duduk. Seluruh hadirin menjadi gempar dan berdiri melihat ke
depan.

Isabella Karya Maulana Mohammad Saeed di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

Maaz membisikkan ke telinga Umar Lahmi memberitahu bahwa anak
gadis itu terlalu terpesona dengan ayat-ayat AlQuran yang
dibacanya. Peter dan Michael bukan main lagi terkejut melihat
keadaan Isabella itu. Mereka serentak bertanya sebab musabab
terjadi serupa itu tetapi Isabella tidak menjawab. Hanya beberapa
titik airmata jatuh meleleh di atas pipinya yang masih merah.
Isabella cuba menenangkan dirinya dengan keadaan yang agak payah.
Dia memberitahu sahabatnya bahwa sejak bulan yang lalu dia
mendapat serangan tiba-tiba serupa itu. Dia memberi isyarat supaya
mereka jangan menghiraukan keadaannya. Mereka boleh meneruskan
perbincangan. Sebahagian daripada paderi yang duduk di meja
mencurigainya. "Dia tidak apa-apa," kata sahabat Isabella, "dia selalu mendapat
serangan tiba-tiba serupa itu."
Keterangan sahabat Isabella telah dapat mengikis sangkaan para
paderi bahwa Isabella sudah mula terpengaruh dengan Islam.
Setelah berhenti sejenak, Umar Lahmi menyambung bacaannya.
Dia berdiri lalu berkata, "Tuan-tuan, kami telah diberitahu bahwa
asas prinsip agama Kristen ialah ketuhanan Kristus dan penebusan
dosa. Jadi saya ingin majukan satu pertanyaan yang boleh
menghuraikan masalah ketuhanan Kristus. Pertanyaan itu ialah: apa
keperluannya yang khusus maka 'Putera Tuhan' membuat
pengorbanan bagi penebusan dosa" Kalau untuk tujuan itu saja,
orang alim yang lain juga boleh dipilih untuk mengorbankan jiwanya
sebagai 'penebusan dosa semua orang yang berdosa'. Apa sebab
secara istimewa 'Putera Tuhan' telah disalib?"
Para paderi telah berbisik sesama sendiri, berbincang perlahanlahan. Sejurus kemudian, mereka memilih Peter untuk menjawab
tetapi dia berada dalam keadaan bingung. Namun sebagai sikap
kebapaan, dia bangun juga dan bercakap dengan lidah yang terketarketar. "Untuk penebusan dosa, 'Putera Tuhan' diperlukan kerana orang lain
baik dia nabi atau rasul penuh dengan dosa. Orang yang ada dosa
tidak dapat menebus dosa orang lain. Kerana Tuhan Jesus Kristus
satu-satunya 'Putera Tuhan' dan bebas dari dosa maka dia
dikorbankan untuk kepentingan semua oang yang berdosa."
"Baiklah,' kata Umar Lahmi, "cuba terangkan apa yang disalib.
Apakah ketuhanan yang disalibkan untuk penebusan dosa ataupun
kemanusiaan yang ada pada Kristus" Jikalau ketuhanan Kristus yang
disalibkan maka bererti bahwa Tuhan yang tunggal dan tanpa sekutu
itu memikul semua beban seksaan penyaliban dan kematian datang ke
atas peribadi Tuhan yakni Tuhan sudah mati. Tetapi kalau
kemanusiaan di dalam Kristus yang disalib, jawaban tuan sudah
hilang semua kekuatannya kerana kalau begitu caranya maka
penyaliban manusia adalah lebih cocok dan bukan Tuhan kerana
kedua-duanya menunjukkan akan kemanusiaan di dalam Kristus bukan
ketuhanannya yang dikorbankan."
"Sudah tentu. Tuhan Jesus merupakan ketuhanan yang sempurna
dan kemanusiaan yang sempurna. Kedua-dua sifat ini terhimpun
dengan baik di dalam dirinya. Tetapi kemanusiaannya seperti juga
dengan ketuhanannya bebas daripada dosa dan sebab itu
pengorbanannya amat perlu kerana manusia lain semuanya
bergelimang dosa. Dengan demikian mereka tidak sesuai untuk
penebusan dosa." kata Peter.
"Itulah," jawab Umar Lahmi, "kerana tidak ada manusia di dalam
dunia ini yang bebas daripada dosa maka Tuhan sendiri terpaksa
turun ke dunia dan ketuhanannya tidak disalib tetapi
kemanusiaannya. Andaikata seorang manusia yang bebas daripada
dosa diperlukan untuk menebus dosa, mengapa Tuhan tidak cipta
seorang manusia yang bersih sehingga tidak payah Tuhan sendiri
mati di atas tiang salib kerena penebusan dosa."
Peter menjawab, "Tuhan saja yang mengetahui perkara yang ghaib.
Kita tidak boleh kata Kenapa Dia tidak berbuat serupa itu dan
Kenapa Dia sendiri datang ke duni untuk tujuan itu. Tetapi tentang
hal ini, kami tahu bahwa Tuhan datang ke dunia untuk menebus dosa
untuk menunjukkan kasihsayangNya yang agung terhadap
kemanusiaan. Bahwa sayangnya Tuhan kepada makhluNya sampai ke
tingkatan mengutus putera tunggalNya untuk menyerahkan nyawa
sebagai galang ganti manusia-manusia lain. Tujuan ini tentu tidak
akan tercapai kalau hanya dengan mengutus orang lain."
"Jikalau kasih sayang Tuhan sudah sedemikian besar kepada
makhlukNya, Kenapa Dia tidak mengutus 'puteranya' itu awal-awal
lagi untuk disalib" Apakah tidak ada manusia sebelum Kristus yang
patut dipedulikan oleh Tuhan" Apa sebab Dia baru menunjukkan
kasihsayangNya itu setelah beribu-ribu tahun berlalu?" Umar Lahmi
memajukan pertanyaan tanpa melepaskan peluang.
Peter menjadi serba salah. Dia lalu cuba melepaskan dirinya dengan
menjawab, "Kita tidak tahu tentang keghaiban ini. Misteri Tuhan
hanyalah diketahui Tuhan saja."
"Pertanyaan saya masih belum berjawab. Rujukan kepada keghaiban
berulang-ulang tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Nah, cuba
katakan saja, kalaulah hanya kerana kemanusiaan penyaliban itu
dilakukan maka kedatangan Tuhan ke dunia adalah sia-sia belaka.
Orang lain pun boleh dikorbankan juga."
"Saya sudah menjawab," ujar Peter, "manusia tidak dapat dijadikan
penebus dosa kerana dia sendiri bergelumang dengan dosa.
Kemanusiaan Kristus sesuai untuk penebusan dosa kerana dia adalah
penjelmaan kemurnian dan tidak berdosa."
"Kerana kemanusiaan Kristus murni dan tidak berdosa maka dia
menjadi perlu untuk dipikulkan beban dosa seluruh manusia ke atas
pundaknya." Umar Lahmi berhujah. "Tuan paderi yang mulia, logika
tuan itu sedikit pun tidak meyakinkan malah kepada tuan sendiri
juga. Sekarang cuba terangkan, apa salahnya jikalau 'Putera Tuhan'
ini berbuat sesuatu yang lebih baik yang boleh menebus dosa semua
orang daripada dia dibebankan dengan dosa-dosa itu" Dengan jalan
itu, tidaklah payah Kristus yang tidak berdosa memikul beban dosa
orang lain, tidak perlu dia disalib dan tidaklah timbul persengketaan
tentang ketuhanan dan kemanusiaan. Penawar bagi dosa ialah
kebajikan, kedatangan Kristus ke dunia ini sepatutnya membuat
kebajikan-kebajikan sebagai penebus semua dosa dan bukan
membunuh dirinya untuk penebusan dosa."
"Kita tidak dapat menasihati Tuhan. Dia berbuat apa yang
disukaiNya. Satu kekurangan ajar kalau mahu mencapai darjat
Tuhan." Peter menjawab.
Umar Lahmi tidak menghiraukan jawaban Peter yang kasar.
Sebaliknya dia berkata, "Tuan tahu bahwa Kristus dilahirkan dari
rahim Maryam Perawan. Nah, apakah kelahiran itu ada pertaliannya
dengan manusia dan Tuhan yakni apakah yang dilahirkan itu 'Tuhan'
atau 'manusia'?" "Tuhan bebas daripada cacat kelahiran. Kemanusiaan di dalam
Kristus itulah yang dilahirkan." jawab Peter dengan nada gugup.
"Siapa yang mati di atas salib" Tuhan atau manusia?"
"Tuhan itu bebas dari cacat kematian. Manusialah yang mati di atas
salib. Iaitu kemanusiaan Kristus." jawab Peter lagi.
"Kalau begitu," kata Umar Lahmi, "kelahiran dan kematian ada
pertalian dengan kemanusiaan Kristus dan bukan dengan
ketuhanannya." "Benar. Memang benar." jawab Peter dengan cepat dan bersungguhsungguh. Umar Lahmi lalu mencapa Kitab Injil yang terletak di hadapan
Michael. "Maafkan saya. Saya minta pinjam sebentar."
Michael tidak sempat menjawab, Kitab Injil itu sudah ada di dalam
tangan Umar Lahmi dan sedang membuka halamannya. Para paderi
memandang kejadian itu dengan perasaan terkejut dan tanpa
berkata bertukar-tukar pandangan antara satu dengan yang lain.
Isabella semakin tertarik dengan perjalanan perbincangan itu dan
dengan diam-diam dia mengagumi kepintaran dan keluasan ilmu Umar
Lahmi. Umar Lahmi membuka pada Injil Ayub bab 15:14.
"Cuba lihat, di sini ada tertulis 'Masakan manusia bersih, masakan
benar yang lahir dari perempuan"' dan kerana kelahiran itu bukan
bersifat ketuhanan tetapi kemanusiaan maka mengikut pendapat
Ayub, kemanusiaan Kristus juga bergelimang dosa." Umar Lahmi
membuka halaman lain pula.
"Dan lihat apa yang tertulis pada kitab Roma 6:23 bahwa 'upah dosa
ialah maut' yakni kematian ialah bukti bahwa yang mati itu penuh
dengan dosa. Oleh sebab itu timbul lagi pertanyaan: apakah sebab
Tuhan tidak menyalibkan orang lain yang berdosa supaya
ketuhanannya dapat diselamatkan" Selanjutnya, menurut tuan
seseorang yang berdosa tidak boleh menebus dosa orang lain, jadi
jelaslah Kristus tidak sesuai untuk penebusan dosa."
Peter kelihatan rusuh dan peluh-peluh renik memancut keluar dari
dahi dan pipinya. "Saya telah katakan bahwa semua ini adalah perkara-perkara ghaib
ketuhanan. Tuhan berbuat apa yang disukaiNya. Bagaimana tuan atau
saya boleh mengkritikNya?"
Umar Lahmi dengan suara lantang yang dapat didengar oleh semua
yang hadir berkata, "Jikalau agama tuan hanya berdasarkan kepada
keghaiban ketuhanan saja, Kenapa tuan jemput kami kemari,
menghabiskan masa tuan dan juga masa kami dengan sia-sia saja?"
Ucapan Umar Lahmi yang lantang itu telah menimbulkan keributan di
tempat penonton. Isabella yang memang menaruh minat kepada soalsoal teologi, mendengar dengan penuh perhatian tiap-tiap patah
perkataan yang keluar dari mulut Umar Lahmi. Terguris di dalam
hatinya rasa hairan pada Peter Suci yang amat dihormatinya itu,
Kenapa apabila dia tidak dapat menjawab sesuatu masalah yang
ditimbulkan oleh lawannya, dia lalu lari berselindung di balik tabir
misteri ketuhanan. Keributan di tempat penonton semakin menjadijadi. Mereka tidak sabar menunggu jawaban dari paderinya tentang
kata-kata Umar Lahmi yang agak pedas itu.
Tiba-tiba Michael bangun sambil memberi isyarat dengan tangannya
supaya penonton berdiam diri.
Dia berkata, "Saudara-saudara. Hari ini ialah hari konfrontasi
antara agama Kristian dengan agama Islam. Saudara-saudara tentu
telah tahu apa itu agama Islam" Agama itu mewajibkan kahwin
empat isteri. Membunuh orang-orang bukan Islam tanpa memandang
bulu dan Rasulnya kahwin dengan sebelas perempuan dan ?"
Umar Lahmi melompat bangun dan menentang Michael dengan katakata, "Kalau tuan-tuan tidak dapat menjawab hujah saya katakan
dengan berterus-terang dan kemudian apa saja kritikan tuan-tuan
terhadap Islam boleh kemukakan, saya akan menjawab satu
persatu." Dia kemudian membalikkan badan memandang kepada hadirin.
"Di mana letaknya moral tuan-tuan ini. Kami dipanggil kemari ke
tempat tuan-tuan, pertanyaan kami tidak dijawab sebaliknya
mengeluarkan kata-kata yang menghina." Dia berpaling kepada
Isabella, "Sekarang katakan apakah sikap para paderi saudari ini
wajar?" Isabella dengan segera bangun dan dengan perkataan yang
terpatah-patah berkata, "Saya telah mengikuti perbincangan ini dari
awal sampai ke akhir. Saya merasa dukacita bahwa Bapa Suci Peter
mahupun Bapa Michael tida pernah dapat memberi jawaban kepada
hujah-hujah yang dikemukakan. Permintaan saudara Umar Lahmi
adalah adil" Sama ada pertanyaan-pertanyaan itu diberi jawaban
yang meyakinkan ataupun mengaku kalah saja. Tetapi saya
berpendapat tuan-tuan tidak dapat melakukannya. Jadi lebih baik
perbahasan ini diselesaikan sekrang dengan ketentuan bahwa agama
Kristian tidak boleh dipersenda-sendakan dan betapapun juga
pengetahuan atau ilmu tuan-tuan tidak dapat menghuraikannya. Saya
merasa agak aneh bahwa ?"
Isabella tidak sempat meneruskan kata-katanya kerana ditegur oleh
Peter, "Kau ini sudah gila, bercakap merepek serupa itu."
Peter kemudian berucap kepada para hadirin.
"Sudah pasti anak gadis ini diresapi oleh syaitan dan dia sudah
tersisih dari Kristus. Tidak hairan kalau dia sudah hilang
ingatannya." Mendengar kata-kata Peter, timbul kemarahan di dalam hati
Isabella. Dia tanpa segan silu lagi menjawab agak keras.
"Daripada bapa meluahkan perasaan bapa kepada saya yang hina ini
bukankah lebih baik bapa menjawab pertanyaan orang-orang Muslim
itu ataupun membatalkan saja perbahasan ini. Saya tidak berhajat
menjawab tuduhan yang ditimpakan kepada saya di sini tetapi kalau
ini rupa hadiah di atas keikhlasan saya maka saya lebih rela dituduh
sebagai orang gila."
Michael yang merasa tersinggung dengan kata-kata Isabella segera
menyampuk dengan suara yang keras.
"Tak bolehkah kau diam" Bercakap, bercakap dan bercakap tak
berhenti. Kami telah menjawab semua hujah-hujah orang Muslim.
Kalau kau berani cubalah maju ke depan dan jawab."
Paderi gemuk pula bersuara, "Nampaknya anak perempuan ini secara
diam-diam sudah murtad. Bagaimana dia mahu menjawab hujahhujah orang-orang Muslim" Kelancangannya patut diberitahukan
kepada bapanya yang dihormati dan dia patut dihukum dengan
hukuman yang setimpal."
Catherine, sahabat Isabella, segera menjawab, "Malang sekali tuantuan semua sedikit pun tidak berlaku adil dan di atas pundak
Isabella yang tidak berdosa ini tuan-tuan timpakan kesalahan. Ada
yang mengatakannya gila dan yang lain pula membuat ancaman tetapi
tidak seorang pun yang menumpukan perhatiannya kepada pokok
persoalan. Isabella benar, apabila dia mengatakan tuan-tuan tidak
dapat menjawab pertanyaan Umar Lahmi tetapi itu bukan bererti
agama Kristian tidak benar."
Lalu dengan suara yang agak keras, dia melepaskan paku buah
kerasnya. "Tuan-tuan semua tidak berguna dan cuba menodai agama Kristian
dengan kebahlulan tuan-tuan."
Peter dengan tubuh tuanya melonjak bangun dan dengan suara yang
marah berkata, "Usir perempuan-perempuan ini dari sini. Siapa yang
membenarkan perempuan-perempuan bedebah ini ikut campur dalam
perbincangan kita?" Umar Lahmi bangun cuba menyabari.
"Kalau tuan benarkan saya bercakap, saya akan menjelaskan apa yang
dimaksudkan oleh Nona Isabella."
Michael memandang tajam kepada Umar Lahmi.
"Jangan tuan ikut campur percakapan kami. Ini soal rumahtangga
kami sendiri." Paderi yang berbadan kurus bermuka cengkung mencelah,
"Bagaimana kalau Isabella dan Catherine ini sudah murtad?"
Michael berpaling kepadanya dengan mata yang ragu-ragu.
"Kita tidak dapat menentukan sekarang ini. Budak-budak perempuan
ini tolol. Mereka mahu mempercepatkan perjalanan perbincangan
meskipun masalahnya memakan masa berbulan atau bertahun hendak
diselesaikan." Perjalanan perbincangan telah terhenti buat seketika lamanya. Para
paderi sedang sibuk berurusan mengenai masalah Isabella dan
sahabatnya. Berbagai-bagai pendapat dan komen diluahkan kepada
anak-anak perempuan yang malang itu. Mereka merancang tuduhan
dan menghubungkannya dengan berbagai-bagai tohmah. Melihat
keadaan yang ribut itu, Umar Lahmi dengan suayanya yang nyaring
merdu membaca beberapa ayat AlQuran Surat Maryam. Seluruh


Isabella Karya Maulana Mohammad Saeed di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

hadirin diam terpaku dan suasana yang tadinya kacau itu menjadi
senyap sunyi. Ada yang diam kerana terperanjat mendengar bacaan
yang ganjil daripada biasa di perdengarkan di dalam gereja. Para
paderi yang kebingungan menutup telinga mereka, khuatir ayat-ayat
AlQuran itu menembus masuk ke dalam hati dan perasaan mereka.
Ada sebahagian daripada orang-orang Kristian di dalam gereja
termasuk Isabella yang faham sedikit bahasa Arab terharu
mendengar pujian-pujian terhadap Nabi Isa dan ibunya yang suci dan
bantahan-bantahan terhadap tohmah orang-orang Yahudi yang
dilemparkan kepada mereka. Muka Isabella menjadi berseri-seri
tetapi dia menguasai dirinya dengan sabar dan duduk tidak
bergerak. Setelah selesai Umar Lahmi membaca ayat-ayat itu,
barulah Isabella membuka mulutnya, menyusun kata-kata dengan
teratur dan tenang. "Tuan-tuan. Saya memohon kepada tuan-tuan semua untuk menjadi
saksi bahwa saya adalah orang Kristian yang sempurna. Oleh sebab
itu, saya tidak mahu agama Kristian diperhinakan. Saya tidak
maksudkan bahwa kita tidak ada jawaban bagi semua pertanyaan
mereka tetapi masalahnya ialah paderi-paderi kita tidak
memusatkan perhatian kepada persoalan-persoalan itu. Mereka
berpendapat bantuan daripada Roh Kudus diperlukan untuk
memahami kepercayaan Kristian dan hal ini dianggap sebagai satu
kelemahan kita oleh orang-orang Muslim. Saya harap sesudah ini
tidak ada lagi salah faham terhadap saya. Permintaan saya sekarang
ialah kita teruskan perbincangan ini."
Paderi yang berbadan kurus membuat komen seolah-olah kepada
dirinya sendiri. "Kita sama sekali tidak perlu berbincang dengan orang-orang kafir
itu. Perbincangan yang lepas telah pun menggugat kepercayaan kita."
Teman yang disebelahnya menyampuk, "Apa maksudmu?"
"Saya maksudkan orang-orang kafir ini sepatutnya kita usir dengan
segera keluar dari gereja ini." jawabnya sambil membuat muka.
Temannya itu berkata, "Jangan berkata mengikut emosi. Masalah ini
harus diputuskan sesudah ditimbang dengan saksama. Saya juga
berpendapat perbincangan ini harus dihentikan saja. Nampaknya,
tidak ada manfaat apa-apa."
Umar Lahmi mendengar apa yang sedang dibincangkan oleh paderipaderi yang ada di sekitarnya.
"Tuan-tuan, saya tahu tuan-tuan amat bangga dengan ajaran Nabi
Isa sehingga kalau ada orang menampar pipi tuan-tuan, pipi yang
sebelah lagi tuan-tuan berikan. Tetapi apa yang kami saksikan di sini
sekarang" Apakah kami masuk kemari secara paksa" Apakah bukan
tuan-tuan yang mengundang kami" Sekarang pun kalau tuan-tuan
berterus-terang bahwa tuan-tuan tidak mahu berbincang lagi, kami
akan meninggalkan tempat ini dengan segera. Tapi saya ingin
ingatkan kepada tuan-tuan bahwa kami sudah sampaikan seruan kami
dan Allah tidak akan membiarkan usaha kami itu berlalu begitu saja.
Jadi, katakanlah apakah kami harus tinggalkan tempat ini ataupun
tuan-tuan masih mahu berbincang?"
"Tuan yang dihormati. Masalahnya sekarang ialah tuan tidak dapat
memahami realiti kepercayaan agama Kristian dan kedatangan tuantuan kemari pun bukan itu tujuannya." jawab Peter. "Andaikata tuan
mahu menyambung perbincangan ini, tuan mesti menjawab
pertanyaan saya dulu."
"Baiklah!" ujar Umar Lahmi. "Saya beri kebebasan kepada tuan untuk
mengemukakan pertanyaan apa saja dan saya dengan rendah hati
akan menjawabnya." "Apakah Quran ada memuji Kitab Injil" Apakah tuan percaya dengan
Kitab Injil?" tanya Peter.
"Sudah tentu AlQuran memuji Kitab Injil dan kami orang Muslim
percaya Kitab Injil, Taurat dan Mazmur dan semua kitab yang
disampaikan oleh nabi-nabi." ujar Umar Lahmi.
"Kemudian, Kenapa tuan tidak percayakan Kitab Injil kami?" kata
Peter lagi. "Kerana ia bukan Kitab Injil." jawab Umar Lahmi. "Sekiranya
seseorang itu menyusun sebuah fiksi dan menamainya Injil maka
kami tidak terikat untuk mempercayainya kerana ia bukan Kitab Injil
tetapi hanya menjudulkan saja serupa itu. Tuan boleh letakkan di
hadapan kami Kitab Injil yang disebut di dalam AlQuran."
"Jadi, Injil yang disebut di dalam Quran itu berlainan dari Kitab
Injil kami" Buktinya?" Peter dengan ghairah memajukan pertanyaan
untuk memerangkap Umar Lahmi.
Umar Lahmi menghadapi pertanyaan itu dengan tenang.
"Benar, walaupun AlQuran menyebut-nyebut tentang Kitab Inji yang
tulen, telah menyebut juga kepalsuan 'Injil' ini dan menunjukkan
pernyataan-pernyataan yang salah."
"Jadi, apakah pernyataan-pernyataan salah Kitab Injil kami ini?"
tanya Peter lagi. Umar Lahmi tersenyum kecil. Dia lalu mencapai Kitab Injil yang ada
di hadapannya lalu membuka.
"Sebagai contoh. Injil Matius bab 12:46-53 Jesus telah menolak
mengakui ibunya, Maryam dan saudara-saudaranya kerana tidak
melakukan kehendak bapanya di syurga. Penolakan ini samalah
sebagai menuduh ibunya itu murtad. Padahal AlQuran kami
menyebutnya 'siddiqa' yang bererti dia bukan murtad tetapi
seorang yang beriman dan warak. Dalam ayat yang sama dalam Injil
Matius bab 12: 46-50 itu juga jelas menunjukkan keangkuhan Jesus
dan ketidaksopanannya terhadap ibunya. Meskipun di dalam Taurat
melarang keras menghormati dan memuja ibu tetapi AlQuran
menyebutnya bahwa itu salah dan mengatakan Jesus telah berkata
bahwa dia patuh kepada ibunya dan telah dilarang berbuat baik
kepada ibunya itu. Ataupun juga seperti yang disebutkan dalam Injil
bahwa Jesus telah dikutuk dan kerana kutukan tersebut maka dia
telah disalibkan.* ( * sebagai bukti bahwa Kristus telah dikutuk,
lihat Galatia 3 : 12-13 )
Tetapi Kitab Suci AlQuran menyebutnya 'Roh Kudus' dan 'Kalimat
Allah' dan bahwasanya 'Al-Masih ibn Maryam seorang yang
mempunyai kemegahan dan kemuliaan di dunia dan di akhirat dan
salah seorang yang diperdekatkan kepada Allah.* "
( *AlQuran 3:45 )Satu suara sumbang kedengaran dari khayalak
ramai. "Itu salah! Injil mengatakan dia itu 'Tuhan'."
"Ya. Sangat menakjubkan. Menurut tuan, Tuhan juga boleh dikutuk.
Tuan telah mengutuk Kristus di samping mengakuinya sebagai Tuhan
tanpa memperdulikan sedikitpun bagaimana Tuhan yang Menjadi
Sumber semua kebaikan dan kesempurnaan itu pantas dikutuki."
kata Umar Lahmi menjawabnya.
"Yang patut dikutuki ialah syaitan bukan Tuhan. Agama Islam tidak
memuja Kristus sebagai dewa tetapi menganggapnya sebagai manusia
biasa dan pada masa yang sama dia seorang yang bebas dari dosa
dan diakui kesuciannya. Nah, cuba pilih apakah 'Tuhan' yang
terkutuk itu baik dan suci ataupun seorang manusia yang bebas dari
dosa?"Peter menyampuk, "Pokoknya mengapa tuan tidak percayakan
Injil tetapi tuan telah melemparkan ke dalamnya persoalan kutukan.
Kalau tuan ada mempunyai Injil yang original yang diakui Quran, nah
bawa kemari kepada kami."
"Tuan tidak berhak memintanya dari kami. Kalau tuan telah mengakui
lebih dulu bahwa Injil tuan itu karangan dan dipalsukan, pada waktu
itu baru boleh tuan datang kepada kami meminta Injil yang
sebenarnya. Saya sudah buktikan bahwa Kitab Suci AlQuran tidak
mengesahkan kesahihan Injil yang ada sekarang ini tetapi telah
membuktikan kepalsuannya dan secara terang-terangan
menceritakan kesalahan-kesalahan Injil sekarang. Cuba bayangkan,
bolehkah Injil ini yang memuja Kristus dan kemudian terbunuh di
atas salib menjadi Injil yang diakui AlQuran" Dalam AlQuran
dirakamkan kata-kata Kristus. 'Inni Abdallah' - aku hamba Allah dan
'padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak mensalibnya' *
Apakah AlQuran mengesahkan Injil tuan atau membuktikan
kepalsuannya?" * AlQuran 4:157
"Bukankah Quran ada menyebut Jesus itu sebagai 'Roh Kudus' dan
'Kalimat Tuhan'" Bukankah ini satu bukti bahwa dia mengatasi
manusia?" Peter bertanya.
"Benar. Kitab Suci AlQuran ada menyebut Nabi Isa sebagai 'Kalimat
Allah' tetapi ia juga ada menyebut bahwa Kalimat Allah itu tidak
terkira banyaknya dan jika semua lautan dijadikan dakwat dan
semua pokok di dunia dijadikan pena masih saja tidak akan sanggup
menceritakan semua Kalimat Allah kerana kalimatNya tidak
terpermenai banyaknya. Jadi, Kristus juga salah satu dari Kalimat
Allah. Mengenai Kristus menjadi 'Roh Kudus' maka hal ini juga tidak
akan melebihkannya daripada manusia lain sebab kalimat yang sama
pula digunakan untuk Adam. Di dalam AlQuran ada disebutkan 'Maka
apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan Aku tiup
padanya rohKu, maka tiaraplah kamu kepadanya dalam keadaan
bersujud'. * Jadi, dengan kalimat yang sama maka Kristus juga
serupa Adam. Jikalau Kristus menjadi 'Tuhan' maka Adam juga
demikian dan semua anak-cucunya juga 'Tuhan'." * AlQuran
15:29Peter segera menyampuk, "Sekiranya Quran ada mengatakan
Adam sebagai Roh Kudus maka itu adalah satu kesalahan kerana
tidak ada 'Roh Kudus' yang lain selain daripada Kristus."
Umar Lahmi tersenyum geli mendengar sangkalan paderi tua itu. Dia
lalu berkata dengan tenang.
"Tuan fikir seluruh AlQuran itu salah tetapi tuanlah yang mendesak
supaya ketuhanan Kristus dibenarkan oleh AlQuran. Jadi, saya telah
membuktikannya bahwa dia bukan Tuhan. Andaikata dia boleh
menjadi 'Tuhan' kerana 'Roh Kudus', maka Adam alaihissalam juga
'Tuhan'. Tuan telah mengatakan AlQuran itu salah dalam soal ini
jadi mengapa pula tuan membawa AlQuran ke mari?"Mendengar
jawaban Umar Lahmi itu, Peter menjadi agak gugup. Dia seolah-olah
tenggelam punca sejurus lamanya. Isabella yang diam mendengar
dengan penuh minat tiba-tiba bersuara.
"Tuan percaya akan ketuhanan Nabi Muhammad meskipun dia
memprakarsai pertumpahan darah di dalam dunia ini dan menyuruh
membunuh orang-orang yang ingkar akan agamanya."
"Barang dijauhkan Allah! Saya berlindung dengan nama Allah dari
kepercayaan jahat serupa itu." jawab Umar Lahmi. "Kami anggap
Nabi Suci kami hanya sebagai manusia biasa, hanya dia itu Penghulu
Segala Rasul dan Mahkota Segala Kebaikan. Inti daripada keimanan
kami ialah lah ilaha illallahu, Muhammad-your Rasulullah ertinya
tidak ada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah dan
Muhammad itu rasulNya. Sesiapa menganggap Muhammad sebagai
Tuhan maka dia menjadi kafir dan terkeluar dari islam. Tentang
Nabi memprakarsai pertumpahan darah di dunia , itu sama sekali
tidak benar. Baginda memang ada melakukan peperangan terhadap
kaum musyrikin yang bercita-cita mahu menghapuskan baginda dan
agama yang dibawanya tetapi baginda tidak pernah mengganggu
orang-orang yang tidak memusuhinya. AlQuran memerintahkan kami
berperang melawan orang-orang yang memerangi kami."
Kemudian Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya dapat memahami
mengapa Isabella memajukan pertanyaan serupa itu. Para paderi
Kristian sejak lama dulu telah menyebarkan fitnah terhadap Islam
sambil mempertalikan segala macam keburukan kepadanya. Para
paderi inilah yang mencemarkan nama baik Islam dengan mengatakan
bahwa orang-orang Muslim menganggap Rasulnya sebagai Tuhan.
"Tuan telah berkata berulang-ulang kali bahwa Injil kami tidak tulen
meskipun Injil telah disusun oleh murid-murid Kristus dengan
bantuan Roh Kudus. Quran memuliakan mereka itu dan
menganggapnya sebagai orang-orang beriman. Injil telah dianggap
sah oleh penganut-penganut Kristian sedunia." kata Michael cuba
mengetengahkan hujah baru.
"Persoalannya," jawab Umar Lahmi dengan tenang, "ialah apakah
benar Injil itu disusun oleh murid-murid Kristus yang khusus
bertugas untuk tujuan itu ataupun oleh beberapa orang yang
menggunakan nama murid-murid Kristus. Malah orang-orang Kristian
sendiri ada yang tidak sependapat bahwa murid-murid Kristus yang
menyusun Injil. Kemudian ada masalah lain pula, samaada muridmurid Kristus yang menyusun Injil ataupun oleh pesuruh-pesuruh
lain, AlQuran tetap tidak mengakui Injil yang disusun itu. AlQuran
hanya mengakui Injil yang disampaikan kepada Kristus langsung dari
Allah, seperti yang termaktub di dalam ayat 27 surat Al-Hadid yang
kira-kira maksudnya, 'Kami berikan kepadanya Injil' dan di dalam
surat Maryam ayat 30 pula ada disebutkan begini "Putera Maryam
berkata: "Sesungguhnya aku adalah seorang hamba Allah. Dia pasti
akan memberikan kepadaku Kitab (Injil) dan Dia pasti akan jadikan
aku seorang nabi." Nah, tuan-tuan mengakui bahwa Injil itu disusun
oleh murid-murid Kristus sedangkan AlQuran dengan tegas
mengatakan bahwa Injil diwahyukan kepada Kristus."
Sebaik saja selesai Umar Lahmi berkata keadaan dalam gereja
terganggu sebentar apabila bapa Isabella yang menjadi ketua paderi
tiba-tiba muncul. Dia terus menempelak paderi-paderi itu.
"Gelanggang gusti apakah yang telah kamu lakukan di sini" Kamu
telah bercakap dengan orang-orang yang tidak beriman di dalam
gereja yang suci ini dan perbuatan kamu itu telah mengganggu
kepercayaan orang-orang Kristian. Orang-orang Kristian telah
datang kepadaku mengadu tentang ketidakupayaan kamu berhujah
dengan orang-orang ini. Sudah banyak orang-orang Kristian yang
goncang imannya dan mereka mengatakan malah anakku, Isabella,
juga sudah tidak terkendalikan lagi."
Dia memandang Isabella dengan mata yang tajam.
"Kau, siapa yang menyuruh kau datang kemari" Apa ada hubunganmu
dengan perbahasan ini" Kau telah mempelajari Quran secara
sembunyi-sembunyi, ya. Aku tahu apa yang kau buat. Kau anak
perempuan bodoh. Apa yang kamu semua lakukan ini ialah memutarbelitkan lidah dengan orang-orang kafir ini dan perbuatan kamu itu
menimbulkan kegusaran kepada Tuhan Yesus. Jikalau aku dapati
kamu semua mengulangi perbuatan ini lagi. Aku akan pecat kamu
semua." Tempelakan ketua paderi itu membuat paderi-paderi yang ada di
dalam majlis tergamam dan terkejut. Kulit muka Isabella yang
tadinya merah mendadak berubah menjadi pucat lesi. Sejurus
lamanya tidak ada seorang pun di antara paderi-paderi yang berani
membuka mulut memberi penerangan kepada ketua paderi. Tetapi
ada seorang paderi muda, kurus tinggi dengan jambang yang jarang,
yang duduk agak jauh di tepi sebelah kiri, memberanikan diri bangun
bercakap. "Bapa yang suci. Apa yang telah bapa katakan itu benar sekali.
Benar, tidak ada manfaat apa-apa kecuali kerugian kita berbincang
dengan orang-orang yang tidak beriman ini. Tetapi wahai bapa yang
suci! Apakah bapa ingin kita diperhina dan dipermalukan di seluruh
Sepanyol ini" Apakah bapa mahu agama Kristian hapus dari bumi
Sepanyol" Demi Tuhan Jesus, kalau kita tidak dapat mengganyang
mereka ini, kita tidak akan dapat mengangkat kepala lagi di negeri
ini. Saya juga dapat mengatakan bahwa tidak ada seorang pun di
antara kita yang boleh menjawab bantahan-bantahan orang-orang
Muslim ini. Andaikata bapa sudi menerima permohonan kami, saya
dengan rendah hati mengatakan bahwa soalan-soalan yang
dikemukakan oleh orang-orang Muslim ini tidak dapat kami jawab
tanpa bantuan bapa yang dihormati. Di seluruh Sepanyol tidak ada
abdi agama Kristian yang dapat menandingi yang mulia, yang boleh
menyelesaikan tugas berat ini dan dengan jawaban yang pendek dan
tepat dari yang mulia, maka mulut orang-orang yang tidak beriman


Isabella Karya Maulana Mohammad Saeed di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

ini dapat kita tutup untuk selama-lamanya. Andaikata yang mulia
tidak tampil ke muka untuk menyelamatkan agama Kristian
sekrangan ini maka bapa yang sangat mulia, akibatnya bagi kita dan
agama Kristian adalah sangat membahayakan dan dakwahan kita
dipermalu dan dihinakan. Bolehkah saya meletakkan harapan bahwa
yang mulia bersedia untuk menjawab masalah yang ditimbulkan oleh
orang-orang Muslim ini?"
Bapa Isabella, ketua paderi, terdiam sebentar demi mendengar
kata-kata paderi muda itu. Air mukanya kembali tenang, rasa
marahnya pun menjadi berkurangan.
Setelah difikirkan sejenak, dia lalu memandang Michael.
"Kamu sendiri yang membuat perkara ini begitu penting dengan
mengundang orang-orang Muslim kemari. Amat malang, kamu tidak
dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka walaupun
pertanyaan-pertanyaan yang remeh-temeh serupa itu dan kamu
menjadi bodoh sesudah mempelajari masalah-masalah teologi.
Bolehkah orang-orang Muslim ini dibawa ke jalan yang benar sesudah
mendapat jawaban yang memuaskan?"
Michael segera menjawab, "Ya, mereka telah berjanji kalau mereka
mendapat jawaban yang memuaskan, mereka akan keluar dari agama
Islam dan masuk agama Kristian. Mereka telah membuat janji
dengan bertulis." Mendengar jawaban Micahel, ketua paderi lalu mengambil tempat
duduk yang disediakan khas untuknya, diapit oleh Peter dan Michael.
Dia terus memandang ke wajah Umar Lahmi dan berkata, "Nah,
kemukakan pertanyaanmu!"
"Jika tuan dapat mendengar dengan tenang maka saya akan
kemuakan pertanyaan saya." kata Umar Lahmi.
"Sikap tuan terhadap orang-orang yang malang dan sikap tuan
terhadap etika Kristian menunjukkan kemauan tuan bahwa saya
seharusnya menolak bercakap dengan tuan. Tetapi kerana saya
seorang yang mencari kebenaran, maka saya mahu mencari cahaya
petunjuk melalui tuan dan saya ingin bercakap dengan tuan dengan
syarat tuan mendengarnya dengan tenang apa yang akan saya
ucapkan." "Tuan jangan ambil hati di atas kata-kata saya yang kasar tadi." ujar
ketua paderi. "Dan sekiranya perbincangan ini menyinggung perasaan
tuan, saya minta maaf bagi pihak semua yang hadir. Saya percaya
tuan seorang yang mencintai kebenaran dan sudah tentu Tuhan
Kristus kami akan menolong dan menunjuk jalan kepada tuan.
Olehsebab itu, saya persilakan tuan datang ke rumah saya esok
supaya semua keraguan dan salah pengertian tuan akan diselesaikan
secara bijaksana." Ketua paderi itu kemudian berpaling kepada para paderi yang duduk
di kiri dan kanannya. "Tuan-tuan juga dijemput datang supaya tahu jawaban dari
pertanyaan-pertanyaan orang-orang Muslim ini dan pada masa
hadapan tuan-tuan boleh berurusan langsung dengan mereka."
Kemudian, paderi besar melihat wajah Umar Lahmi sekali lagi seraya
berkata, "Saya persilakan tuan datang ke rumah saya pagi esok.
Pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk tuan."
BAB 6 Pertemuan Ketiga Isabella menjadi salah seorang peserta yang cukup besar minatnya
di dalam perbincangan teologi itu. Selama perbincangan itu
berlangsung, fikirannya menjadi penuh dengan perkara-perkara yang
dibincangkan. Dia sudah tidak menghiraukan lagi segala aktiviti yang
lain. Semua janji dibatalkannya, masalah-masalah sosial yang
mengusutkan ditolak ke tepi. Setiap kali para paderi itu tidak dapat
menjawab pertanyaan Umar Lahmi, Isabella membuat kesimpulan
sendiri bahwa mereka memang tidak mempunyai jawaban dan
kepercayaannya terhadap agama Kristian pun mulai goyah sedikit
demi sedikit. Dalam ingatannya, terbayang dengan jelas peristiwa
yang berlaku di rumahnya ketika bapanya berhadapan dengan Umar
Lahmi. Umar Lahmi bersama dengan beberapa orang sahabatnya
telah datang ke rumah ketua paderi sesuai dengan perjanjian
mereka waktu pertemuan di gereja besar. Paderi-paderi yang lain
dan beberapa orang kenamaan dalam kalangan penganut Kristian juga
ikut diundang. Ketibaan Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya pada
pagi itu telah disambut dengan penuh hormat. Mereka ditempatkan
di sebuah bilik yang berasingan dan dijamu dengan minuman serta
kuih-muih yang lazat citarasanya.
Sebuah ruang telah disiapkan untuk perbincangan yang penting itu.
Umar Lahmi dengan beberapa orang pengiringnya duduk berhadapan
dengan empat puluh orang cendekiawan Kristian yang hebat-hebat.
Isabella dengan teman-temannya serta beberapa orang wanita lain
duduk di bilik sebelah. Setelah semua duduk dengan selesa, ketua paderi berkata kepada
Umar Lahmi, "Saya sudah tahu akan pertanyaan yang tuan mahu
kemukakan teapi saya tidak mahu berbicara secara terperinci dan
memanjangkan perbincangan ini. Saya cuma akan bercakap sepatah
dua saja yang boleh mencapai tujuannya dalam beberapa minit. Apa
yang saya maksudkan ialah Islam dan Kristian akan diuji tentang
ajaran-ajaran dasarnya dan agama yang dapat memperlihatkan
ajaran-ajaran yang terbaik, itulah agama yang benar. Bukankah
begitu?" "Saya tidak ada bantahan apa-apa dan saya bersedia untuk
membincangkan tiap-tiap garis yang tuan pilih," kata Umar Lahmi,
"memang benar hanya melalui ajaran sajalah Kristian dan Islam itu
dapat diketahui benar atau palsunya."
"Bagus, bagus!" ujar ketua paderi dengan suara gembira. "Sudah
tentu pertolongan Roh Kudus berada di pihak tuan dan tuan segera
akan dipimpin keluar dari lorong yang salah masuk ke lorong yang
benar. Nah, sekarang tuan telah bersetuju dengan garis yang saya
cadangkan, saya ingin menyatakan bahwa dalam tiap-tiap agama ada
dasar-dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci. Saya mahu
meletakkan di hadapan tuan inti dasar agama Kristian yang tidak
lebih dari sepatah perkataan dan sebagai balasannya tuan juga mesti
memberikan inti dasar agama tuan dengan sepatah perkataan juga.
Tuan bersetuju?" "Silakan! Saya bersetuju saja dengan cadangan tuan." jawab Umar
Lahmi. Ketua paderi itu berpaling kepada paderi-paderi lain dan berkata,
"Cuba lihat! Beginilah caranya berbincang cuma dengan sepatah
perkataan saja isu dapat diputuskan." Kemudian dia menoleh semula
kepada Umar Lahmi, "Nah, sekarang dengar baik-baik. Inti dasar
agama Kristian ialah kasih. Dengan sepatah perkataan ini saja agama
Kristian telah disingkatkan. Sekarang giliran tuan pula memberikan
inti dasar agama Islam dengan sepatah perkataan juga."
"Saya merasa bangga untuk menyatakan bahwa Islam telah
meringkaskan inti dasar ajarannya dengan satu perkataan saja yang
meliputi semua dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci.
Akar prinsip Islam dan ajarannya ialah Tauhid." kata Umar Lahmi.
"Kalau inti dasar Islam itu tauhid maka kasih tidak termasuk ke
dalamnya. Selain daripada itu, kami juga mengatakan tauhid* sebagai
inti agama kami." ujar ketua paderi itu. * dalam terjemahan 'Tauhid'
disebut 'unity'. Erti tauhid ialah kesaksian akan keesaan Allah.
"Kalau tauhid menjadi inti dasar agama tuan, tuan harus
mengetengahkannya. Kenapa pula tuan katakan kasih sebagai dasar
agama tuan" Dan amat salah mengatakan dengan menerima tauhid
sebagai inti dasar agama kasih terkeluar daripadanya. Sebaliknya
menurut kenyataan bahwa kasih itu datang dari tauhid. Kalau tauhid
tidak diambil dengan segala aspeknya maka kasih menjadi perkataan
yang tidak bermakna. Untuk menerima kasih sebagai inti dasar
agama bererti penolakan total terhadap tauhid atau menidakkannya
sebagai inti dasar agama." jawab Umar Lahmi.
Ketua paderi itu menyambut jawaban Umar Lahmi itu dengan
mengatakan, "Pokoknya ialah tauhid itu datang dari kasih dan bukan
kasih dari tauhid." "Itu suatu logika yang salah. Kalau tauhid datang dari kasih maka
kasih menjadi perkataan yang tidak bermakna. Kerana tanpa tauhid,
yakni kesaksian akan keesaan. Allah akan menidakkan kasih akan
Allah yang sebenarnya kerana kasihkan Allah bergantung kepada
ilmu tentang ketuhanan, dan ketauhidan merupakan pengakuan yang
hakiki akan Allah. Dengan hanya kasih saja belum lagi menjadi bukti
kasihkan Allah." Umar Lahmi menghujah kata-kata paderi tua itu.
"Tuan telah memulakan perbincangan panjang. Apa yang saya
maksudkan ialah kasih tidak ada tempat dalam Islam." ujar ketua
paderi itu. "Kalau kasih tidak ada tempat di dalam Islam," sahut Umar Lahmi
dengan cepat, "maka bererti bahwa kasih tidak wujud sama sekali di
dalam dunia ini. Walau bagaimanapun benarnya kata-kata tuan itu
tetapi tidak ada sedikit juga kesan-kesan kasih dalam agama
Kristian. Kasih cuma permainan bibir. Tidak ada ukuran dan tidak
ada bukti." Ketua paderi itu mula meradang. Air mukanya berubah.
"Begini! Sudah menjadi cogankata yang terkenal di dalam kitab kami
bahwa Tuhan ialah kasih. Bukankah ini bukti tentang kasih itu?"
"Cuma pengakuan mulut saja," kata Umar Lahmi, "kecuali ada ukuran
kasih itu. Teori kasih yang dikatakan itu tidak dapat diterima."
"Kini tuan membuat definisi tentang kasih pula. Bukankah dalam
kitab kami ada disebutkan Tuhan bapa" Bukankah bapa itu mengasihi
anak-anaknya?" Umar Lahmi juga sudah mula gusar. Lalu dijawabnya, "Pokoknya,
hanya dengan berulang-ulang menyebut perkataan kasih saja kita
tidak akan sampai ke mana-mana kecuali semua syaratnya dipenuhi.
Jikalau seseorang itu mengasihi seseorang lain maka dia harus
membuktikan dengan pengorbanan diri dan hartabendanya dan
barulah dapat dikatakan kasih yang sejati. Oleh sebab itulah Islam
telah menentukan ketaatan dan amalan sebagai kriteria kasih yang
dengan lain perkataan disebut pengorbanan diri dan hartabenda.
Dalam AlQuran Allah berfirman kepada Nabi Muhammad
"Katakanlah jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah akan daku agar
kamu dikasihi oleh Allah dan diampuni dosa-dosamu; dan Allah Maha
Pengampun lagi sentiasa mencurahkan rahmatNya. Katakanlah!
Taatlah akan Allah dan RasulNya. Jika mereka tetap berpaling maka
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir*. Ayat ini
telah memberikan ketentuan tentang ukuran kasih yang membezakan
antara kasih sejati dengan kasih palsu. Tetapi di dalam agama tuan
tidak ada kriteria kasih ini. Sesiapa saja yang munafik boleh bangun
berdiri dan berkata dia kasihkan Allah."
* AlQuran, surat Al-Imran : 32-32
"Tuan mulai lagi perbahasan yang panjang. Saya mahu segala sesuatu
itu meliputi banyak hal supaya keputusan dapat dicapai segera.
Bagaimanapun, jikalau Quran tuan juga ada menyebut Tuhan bapa
maka mana satu tingkat kasih yang paling tinggi?" ketua paderi
bertanya. "Kalau AlQuran menggunakan perkataan bapa untuk Tuhan maka
itulah bukti yang paling besar akan ketidaksempurnaannya. Islam
tidak pernah menggunakan perkataan yang mengelirukan ini untuk
Tuhan tetapi sebaliknya ia ada menggunakan perkataan-perkataan
yang lebih agung ertinya dibandingkan dengan perkataan bapa."
jawab Umar Lahmi. "Mulut tuan terlalu lancang mengatakan perkataan bapa itu
mengelirukan." Nada suara ketua paderi agak meninggi kerana dipengaruhi oleh
perasaan marah. "Cuba beritahu saya cepat apa perkataan yang digunakan oleh orang
Islam sebagai ganti yang lebih baik daripada perkataan bapa?"
Melihat kemarahan ketua paderi itu, Umar Lahmi dengan tenang
berkata, "Tidak ada sebab untuk naik darah. Saya mengatakan
perkataan bapa itu mengelirukan kerana ia menjadi dasar tugas
sekutu Allah. Tuan juga percaya kepada ketuhanan Kristus. Tentang
perkataan yang lebih baik sebagai ganti perkataan bapa kami orang
Muslim menggunakan perkataan Rab yang secara tidak langsung
menyatakan ia zat yang memelihara kita dari awal sampai akhir dan
pemeliharaanNya tidak pernah terhenti. Jadi dengan menggunakan
perkataan Rab, Islam telah mengajarkan bahwa pemeliharaan kasih
Allah terus menerus ada. Tetapi konsep bapa membawa makna
bahwa bapa itu akan mengasuh anaknya sampai kepada satu waktu
yang tertentu saja setelah itu dia tidak ambil peduli lagi. Selain
daripada itu seorang bapa hanya dapat memelihara anak-anaknya
dalam perkara-perkara opsional saja tidak dalam perkara-perkara di
luar dari keupayaannya. Sebagai contoh kalau anak itu jatuh sakit,
bapa tidak dapat menyembuhkan penyakit itu sementara orang di
dalam pemeliharaan Allah adalah sebaliknya kerana Dia mempunyai
kuasa atas segala sesuatu dan Maha Berkuasa. PemeliharaanNya
kekal abadi. Ini membuktikan bahwa perkataan pemeliharaan adalah
lebih sesuai dengan martabat Allah daripada perkataan bapa. Lagi
pula perkataan pemeliharaan menunjukkan 'Keesaan Allah'
sementara perkataan bapa pula menjadi punca menugaskan seorang
sebagai sekutu kepada Allah di dalam dunia."
Ketua paderi itu kelihatan gelisah mendengar hujah Umar Lahmi
tetapi dia cuba juga untuk menjawabnya dengan berkata, "Pengaruh
pemeliharaan yang tuan katakan itu tidak dapat dibuktikan di dunia
ini. Tuan tidak boleh menutup mata terhadap kasih bapa. Jadi,
bagaimana orang dapat menerima perkataan yang tidak ada erti dan
tidak ada bukti di dunia ini. Tuan tidak boleh menolak pengaruh
kasih bapa." "Malang sekali kepercayaan tuan kepada penebusan dosa telah
menutupi pemandangan tuan, kalau tidak tentulah tuan tidak akan
berkata serupa itu." kata Umar Lahmi.
"Tiap-tiap hari kita melihat anak kecil dipelihara dalam rahim ibunya.
Kanak-kanak, orang remaja, orang dewasa terus menerus dipelihara.
Pemerliharaan itu berterusan dari awal sampai akhir. Bukankah itu
pekerjaan Rab yang kita saksikan setiap hari?"
"Kitab Suci Injil mengatakan bahwa Tuhan mempunyai kasih yang
sedemikian rupa terhadap manusia di dunia ini sehingga Dia
mengorbankan putera satu-satunya untuk menyelamatkan manusia.
Apakah lagi bukti yang lebih baik tentang kasih bapa yang telah
mengorbankan anak yang dikasihinya kerana kasih?" kata ketua
Pendekar Bijaksana 1 Sapta Siaga 01 Serikat Sapta Siaga Nona Berbunga Hijau 3

Cari Blog Ini