Jodoh Atau Cinta Karya Iman Nizrina Bagian 2
"Iman nak berbincang tentang syarikat. Iman rasa baiklah kalau Iman tarik diri aje mama. Biarlah pak long dan mak long yang uruskan. Mama jangan salah sangka. Bukan Iman tak nak uruskan syarikat papa atau sebab berkecil hati dengan mak long tadi. Tapi Iman dah fikir. Betul juga kata mak long, Iman terlalu muda untuk uruskan syarikat papa yang besar tu. Lagipun tak lama lagi Iman dah nak balik ke England. Jadi kalau boleh Iman tak naklah nanti susahkan papa pula." Iman cuba menerangkan sebaik mungkin pada Datin Hajar. Dia tidak mahu Datin Hajar salah anggap.
"Cuba Iman cakap dengan mama, kenapa tiba-tiba Iman nak tarik diri" Mama tengok syarikat tak ada masalah pun sepanjang Iman uruskan." Datin Hajar cuba mencungkil walaupun dia yakin keputusan Iman ini berkait rapat dengan kedatangan Puan Hartimah petang tadi.
"Betul mama... Iman rasa lebih baik pak long yang uruskan. Pak long lebih banyak pengalaman. Lagipun Iman kena balik, sambung pengajian Iman yang tertangguh tu." Iman cuba memberi penjelasan dengan sebaik mungkin. Walaupun nampak sukar benar Datin Hajar untuk menerimanya.
"Papa nak Iman yang uruskan. Papa tak nak orang lain. Kalau Iman tak faham, Iman boleh tanya papa. Masa nilah Iman nak belajar. Syarikat tu suatu hari nanti pun akan jadi milik Iman dan Danish juga," sampuk Dato Arif. Dia tidak mahu Iman serahkan pengurusan syarikat itu kepada orang lain, waima birasnya sendiri. Tidak semudah itu untuk dia percayakan orang luar selain menantunya itu. Lagipun inilah masanya Iman belajar selokbelok perniagaan sebelum benar-benar mengambil alih syarikatnya suatu hari nanti.
Iman pantas menoleh pada Dato Arif. Dia sedikit terkejut mendengar suara bapa mentuanya itu. Sungguh Iman tidak pernah menyangka yang Dato Arif akan bercakap begitu dengannya. Malah Iman tak pernah berharap pun Dato Arif akan menegurnya. Bermingguminggu Iman menjaganya di hospital. Tidak ada sebaris kata pernah diucapkan padanya. Tetapi kenapa kali ini"
"Iman dengarkan apa kata papa. Mama pun tak setuju Iman nak tarik diri. Mama dan papa memang nak Iman yang uruskan syarikat itu. Sudahlah Iman... tak payah nak fikirkan lagi hal ini. Soal Iman nak balik ke sana tu, nantilah kita bincangkan kemudian. Iman dah makan" Tadi kenapa Iman tak turun makan malam"" Datin Hajar mengalih topik perbincangan.
"Iman kenyang lagi la mama. Errr... kalau dah macam tu kata papa dan mama... Iman minta diri dululah. Nak masuk tidur." Iman segera meminta diri. Dia tidak mahu kehadirannya di situ menganggu Dato Arif dan Datin Hajar yang ingin berehat.
Sebelum berlalu, Iman bersalam dengan Datin Hajar dan Dato Arif.
"Assalamualaikum!" ucap Iman sebelum merapatkan daun pintu.
"Waalaikumsalam..." jawab kedua-duanya serentak sambil menghadiahkan senyuman.
"Kadang-kadang saya kesian tengok Iman tu bang. Dah banyak kita susahkan dia. Kalau tak ada dia, entah apalah yang jadi pada kita. Nak harapkan anak sendiri, entah hilang lesap ke mana. Tak sangka dia nak tolong kita masa susah macam ni," luah Datin Hajar sebaik sahaja Iman hilang di balik pintu. Sayu sungguh hatinya.
"Iman tu memang budak baik. Patutlah arwah abah sayang sangat kat dia. Betul kata arwah abah dulu, tak akan ada yang terbaik buat Danish melainkan Iman. Tak ada menantu yang sebaik Iman tu."
Kini baru Dato Arif mengakui akan kebenaran kata-kata bapanya dulu. Memang Iman yang paling sesuai untuk menjadi menantunya. Mencari menantu bukan luarannya saja nampak cantik, tetapi di dalamnya juga.
"Menyesal pula rasanya bila mengenang sikap saya yang dulu. Kalaulah Danish tak pandai nak hargai dia... memang bodohlah dia. Kalau boleh saya nak sangat tengok Danish dan Iman tu berbaik-baik seperti suami isteri yang lain. Mana lagi nak cari menantu sebaik tu zaman sekarang ni"" kata Datin Hajar lagi.
"Danish tak akan lepaskan Iman. Percayalah... kalau dia kenal Iman dengan sebenarbenarnya... pasti dia jatuh cinta. Saya kenal anak saya tu, Hajar," kata Dato Arif yakin. Dia sendiri tidak akan setuju kalau Danish ingin lepaskan Iman. Kali ini cara arwah abahnya akan diikuti.
"Harap-harap macam tulah abang. Jom la kita tidur bang. Kalau fikirkan hal budak-budak ni, tak tidurlah kita jawabnya," kata Datin Hajar sambil berbaring di sisi Dato Arif.
Kata-kata Dato Arif tadi melegakannya. Dia tahu, Dato Arif tidak akan membiarkan Danish melepaskan Iman begitu sahaja. Datin Hajar kenal suaminya. Suaminya pasti ada cara tersendiri.
Bab 9 IMAN menunggu Pak Mat mengambilnya di hadapan Wisma Mega. Pagi tadi dia memandu sendiri tetapi kini terpaksa meminta Pak Mat mengambilnya kerana dia begitu letih sekali.
Iman mengerling jam di pergelangan tangannya. Pukul lapan malam. Hari ini buat pertama kalinya dia balik seawal ini. Selalunya apabila jarum jam sudah menunjukkan pukul sepuluh atau sebelas malam, baru dia melihat dunia luar. Tetapi hari ini dia mengalah. Walaupun perasaan bersalahnya bertandang tatkala melihat para pekerjanya masih tekun menyiapkan tugas yang entah bila akan surut.
Minggu ini adalah minggu paling mencabar buat Iman. Kerjanya bertambah banyak apabila ada masalah pada beberapa projek pembinaan yang diusahakan. Belum habis satu, satu lagi masalah datang. Iman bukan hendak menuduh, tetapi dia dapat merasakan ini semua angkara khianat. Mustahil masalah sebegini timbul serentak di beberapa tempat yang berbeza. Peliknya, projek-projek itu adalah projek mega syarikat. Masalah bahan yang terputus bekalan, dengan harga yang naik berlipat kali ganda, pekerja asing yang enggan memperbaharui permit dengan alasan gaji yang diberikan tidak setanding dengan tenaga yang dicurahkan dan yang paling memeningkan, apabila bangunan yang separuh siap tiba-tiba runtuh sewaktu kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan. Nasib baiklah tiada kemalangan jiwa berlaku, kalau tidak... harus dia tidur dalam pejabat.
Tuntutan beban kerja membuatkan seleranya lari. Makan pun sekadar untuk mengalas perut.
Badannya terasa sedikit ringan daripada biasa. Boleh juga dia mengurangkan berat badan. Hanya satu merisaukan dirinya. Dia kini kerap pedih di bahagian ulu hati. Tekaknya pun sering loya-loya. Lagi parah kalau kepalanya mula pening. Satu kerja pun tidak boleh dilaksanakan dengan baik.
Iman bercadang ingin berjumpa doktor, namun masa belum mengizinkan.
Iman bersandar pada dinding wisma. Dia merenung ke hadapan. Badannya terasa terlalu penat bagaikan seluruh tenaganya telah lenyap. Hendak berdiri tegak pun dia tidak mampu.
Iman memejam matanya seketika. Cuba mencari sisa-sisa tenaga yang tinggal sambil berhajat untuk melepaskan lelah. Apabila Iman membuka kelopak matanya kembali, dunia seakan berpusing ligat. Pandangannya mula kabur.
Beg di tangannya tiba-tiba terlepas. Badannya lemah longlai. Dia mula hilang imbangan. Tubuhnya terasa bagai daun yang gugur. Ringan melayang. Saat Iman sudah bersedia untuk menahan sakit terhempas ke lantai, tubuhnya terasa disambut seseorang. Dari pandangan yang kabur dan otak yang separa berfungsi itu, matanya bagai merakam wajah Danish yang menyambutnya.
"IMAN!" Danish menyeru nama Iman yang terkulai di dalam dakapannya. Nasib baik dia sempat meluru menyambut tubuh Iman yang tiba-tiba hilang imbangan itu.
Tadi hatinya terdetik untuk menjenguk Iman. Satu-satunya tempat untuk dia menjenguk Iman adalah di sini, di Wisma Mega. Di sini dia boleh melihat Iman pergi dan pulang dari pejabat. Tidak disangka pula kali dia terpaksa bertemu dengan Iman dalam keadaan begini. Tidak disangka Iman akan rebah di hadapannya. Apakah yang terjadi pada Iman sebenarnya"
"Iman. Iman... tolonglah sedar. Jangan nak takutkan I." Danish menepuk-nepuk pipi Iman untuk menyedarkan Iman. Dia buntu. Dia sangat takut. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada Iman.
"Encik Danish" Iman"" suara Pak Mat yang sedikit terkejut membuatkan Danish mendongak.
"Pak Mat, cepat Pak Mat. Tolong bawa Iman ke hospital. Dia pengsan ni...." Danish sudah mencempung tubuh Iman yang longlai. Pak Mat yang pada mulanya terpaku melihat kemunculan Danish yang tiba-tiba mula mengutip barang Iman yang terjatuh di atas jalan.
"Apa dah jadi ni, Encik Danish"" tanya Pak Mat sambil membuntuti Danish ke kereta yang diparkir di hadapan pintu utama itu. Wajahnya turut cemas.
"Iman pengsan. Nasib baik saya ada kat situ. Kenapa Pak Mat jemput Iman lewat sangat"" Danish membaringkan Iman di tempat duduk belakang. Dia juga duduk di belakang. Kepala Iman diletakkan di atas ribanya. Wajahnya kerisauan. Resah.
"Cik Iman memandu sendiri pagi tadi. Dia baru saja telefon minta saya jemput. Katanya tak larat nak memandu. Encik Danish bila sampai" Macam mana Encik Danish boleh ada kat situ"" Pak Mat bertanya. Dia terkejut melihat kemunculan Danish yang tiba-tiba itu.
Danish yang tadinya langsung tidak terfikir yang kepulangannya sudah diketahui oleh Pak Mat, sedikit ternganga. Rahsianya bukan lagi rahsia pada Pak Mat. Danish tidak ada pilihan lain selain menceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku padanya.
Danish mengakui yang dia telah lama pulang ke Malaysia. Malah Danish mengakui memerhati keluarganya dari jauh. Danish juga meluahkan rasa takutnya untuk berhadapan dengan keluarga setelah lama menghilang. Takut penerimaan keluargannya nanti. Cuma satu yang Danish tidak ceritakan, tentang dia menyelinap masuk ke wad Dato Arif pada waktu malam. Danish juga merahsiakan yang dia sebenarnya turut memerhatikan Iman dari jauh. Biarlah itu menjadi rahsia dirinya.
"Tak elok encik buat macam ni. Macam mana pun mereka tetap keluarga encik. Mereka pasti akan terima encik. Dato dan Datin rindukan encik. Sama macam Cik Iman perlukan encik. Kesian saya tengok Cik Iman. Dia nampak penat sejak arwah Tuan Haji tak ada. Dua tiga hari ni pun dia tak berapa nak sihat. Selalu sakit perut dan muntah-muntah. Nak jumpa doktor pun tak ada masa. Kesian Cik Iman. Encik baliklah... jangan bebankan Cik Iman. Walaupun Cik Iman tak pernah cerita apa-apa, tapi kami tahu dia tunggu encik balik. Kalau tak masakan tiap-tiap hari dia bertanya pada Mak Mah ada tak encik telefon. Balik kerja aja itulah yang ditanya. Baliklah encik..." nasihat Pak Mat. Dia faham perasaan Danish, Namun dia juga kasihankan Iman. Kalau Danish balik tentu Iman tidak akan pengsan.
Danish terdiam. Benarkah Iman menanti kepulangannya" Ya Allah... dialah punca Iman jadi begini. Danish tunduk melihat wajah Iman di ribanya. Tangannya mengusap lembut pipi gadis itu. Hatinya membisikkan kata maaf. Dia yang bersalah. Bersalah pada Iman dan keluarganya.
"Encik, Pak Mat minta maaf kalau kata-kata tadi tu menyinggung perasaan encik. Sekarang kita nak bawa Cik Iman ni ke mana"" kata Pak Mat dalam nada serba salah. Perasaan bersalah semakin membuak dengan kebisuan Danish sejak tadi. Dia tahu Danish sayangkan keluarganya. Kalau tidak masakan Danish pulang dan memantau keluarganya dari jauh.
"Kita bawa Iman ke klinik terdekat, Pak Mat. Lepas tu hantarkan kami ke Taman Tiara. Saya menyewa di sana. Biar Iman berehat di rumah saya saja," putus Danish. Malam ini biarlah dia yang menjaga Iman. Tetapi sebelum itu dia perlu memastikan Iman mendapat rawatan daripada doktor dahulu.
DANISH memandang Iman yang lena terbaring di atas katilnya. Cantiknya Iman tatkala berbaring di sisinya. Wajah itu nampak seperti menahan kesakitan. Iman kepenatan dan suhu badan Iman sedikit tinggi. Itu ulasan doktor tentang Iman. Hypertension adalah penyebab utama Iman pengsan. Tadi Danish bertanya pada doktor, apa penyakit isterinya sehingga Iman sering sakit perut dan muntah-muntah. Kata doktor itu adalah simptom kemungkinan Iman menghidap gastrik.
"I m sorry, Iman. I janji akan selesaikan semua masalah ni. I takkan bebankan you lagi." Danish berjanji pada Iman. Walaupun dia tahu saat ini Iman tidak dapat mendengar janjijanjinya.
Esok Danish akan berjumpa dengan Uncle Fuad, peguam arwah atuknya. Biarpun dia tahu rahsianya akan terbongkar pada Uncle Fuad, sepertimana yang terjadi antara dia dan Pak Mat tadi, tetapi Danish tidak peduli. Dia akan minta Uncle Fuad merahsiakan kepulangannya sepertimana dia minta Pak Mat merahsiakan semuanya.
Dia perlu berjumpa dengan Uncle Fuad kalau ingin membantu Iman. Pasti Uncle Fuad tahu apa yang telah terjadi. Lelaki sebaya dengan papanya itu pasti tahu apa yang terjadi di syarikat kerana selama ini dialah yang membantu Iman. Danish nekad akan menemui Uncle Fuad esok. Dia akan meminta Uncle Fuad menjadi orang tengah antara dia dan syarikat. Kalau dia tidak boleh menolong Iman secara terang-terangan biarlah dia membantu dari belakang.
Danish sedikit terkejut apabila Iman bergerak. Danish kaku sebentar. Dia tidak mahu Iman sedar akan kehadirannya. Namun jantungnya mula berdegup laju saat Iman berpaling ke arahnya. Iman beralih tempat dengan mata yang tertutup. Kepala Iman terletak elok di bahunya. Tangan Iman kini di atas dadanya dan sebelah kaki Iman di atas kakinya. Aura bahagia meliputi hati Danish saat ini. Dia sungguh bahagia begini. Dia berharap masa akan berlalu dengan perlahan.
IMAN terjaga lantas terkejut. Tempat ini terlalu asing baginya. Di mana dia berada" Ini bukan biliknya. Bilik yang bercat biru ini bukan biliknya. Katil yang selesa ini bukan katilnya. Dia di mana" Siapa yang membawanya ke sini" Iman mula memeriksa bajunya. Masih lengkap, hanya tudungnya sahaja sudah hilang entah ke mana.
Iman bangkit dari tempat pembaringannya tadi. Dia turun dari katil yang bercadar biru muda. Dia melihat keadaan sekeliling. Matanya terbeliak tatkala menatap ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul satu. Sekarang satu pagi atau satu petang"
Iman melangkah ke salah satu pintu di dalam bilik itu. Pintu pertama yang dibuka adalah pintu bilik air. Iman masuk membasuh muka. Usai membasuh muka Iman bergerak ke arah satu lagi pintu. Pintu yang diyakini adalah pintu keluar. Sebaik sahaja melangkah keluar Iman terpaku. Dia kini berada di rumah orang. Rumah yang tidak terhias cantik tetapi selesa bagi Iman.
Iman berjalan di sekeliling rumah itu. Sampai di ruang tamu dia terpandang beg tangannya di atas meja. Di tepi beg tangannya ada sebuah beg kertas yang bersertakan sekeping nota.
Iman, Rehatlah. Rumah ini milik you untuk hari ini. Rehatlah sepuasnya sebelum pulang. Makanan tengah hari ada di atas meja. I tak tahu saiz you.
Di dalam beg kertas ini ada beberapa pasang baju. Pakailah. Kalau nak sembahyang, telekung ada dalam almari. Tak perlu tunggu I. Hari ni rumah ini milik you. I tak balik. Jaga diri dan kesihatan.
Yang sentiasa melihatmu. Iman membaca nota itu dengan senyuman. Dia membuka beg kertas di hadapannya. Ada beberapa helai T-shirt dan seluar slack. Dari saiz M hingga ke saiz XL. Memang pemberi ini tidak tahu saiznya hingga terpaksa membeli pelbagai saiz. Dia membongkar satu per satu pakaian di dalam beg kertas itu. Dia malu tatkala melihat pakaian dalam yang juga datang dalam pelbagai saiz.
Sampai ke dasar beg kertas itu ada satu bungkusan beg kertas yang lain. Iman membukanya. Sehelai tudung berwarna putih. Coraknya ringkas. Tudung itu hadiah yang paling berharga yang pernah diterimanya. Sungguh Iman berterima kasih pada tuan rumah ini.
Seharian Iman menghabiskan masa di rumah ini. Rumah ini membuatkan dia seperti berada di rumah sendiri. Dia mengemas apa yang patut. Menghabiskan masa dengan membaca majalah-majalah yang ada dan berehat. Dia teringin hendak memasak namun tidak ada satu pun bahan yang ada di dapur. Dia bahagia hari ini. Dia menjadi dirinya semula.
Iman langsung tidak berkeinginan hendak pulang seperti mula-mula dia sedar pagi tadi. Tatkala petang menjelma Iman menelefon Pak Mat supaya menjemputnya pulang. Pak Mat hanya bersetuju tanpa meminta alamat. Iman pula tidak terfikir Pak Mat hendak mengambilnya di mana.Terasa berat pula kakinya hendak melangkah pergi meninggalkan rumah ini. Namun dia perlu pulang. Kali ini Iman pulang dengan senyuman.
Sekeping nota ditinggalkan di atas meja. Nota penghargaan yang mewakili selaut terima kasihnya buat tuan rumah yang telah meminjamkan rumah ini buat seketika.
Bab 10 DATIN HAJAR memandang gelapnya langit malam dari dalam biliknya. Kelihatan Dato Arif nyenyak di peraduan. Siang tadi mereka menghantar Iman dan Arrisya ke lapangan terbang. Iman kembali ke England untuk menyambung pengajian. Arrisya pula mengikut Iman untuk bercuti. Menghantar Iman pergi bagaikan hilang tangan kanannya. Selama tiga bulan Iman ada di sampingnya. Sekarang gadis itu telah jauh. Datin Hajar pasti dia akan merindui wajah dan suara yang sering memberinya semangat.
Datin Hajar kembali memikirkan apa yang terjadi beberapa bulan kebelakangan ini. Kemalangan itu telah banyak menyedarkan mereka sekeluarga. Betapa dia dan keluarganya sedar apa yang mereka ada selama ini hanyalah pinjaman semata. Bila-bila masa boleh ditarik kembali. Hidup ini bagaikan roda. Ada kalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah.
Kemalangan yang menimpa telah menyedarkannya bahawa keegoan akan membawa padah. Jiran sebelah menyebelah seakan tidak peduli apa yang terjadi pada keluarganya. Temanteman kala senang sedikit pun tidak menghulurkan bantuan. Kakak sulungnya, Puan Hartimah pula hanya sibuk tentang harta peninggalan. Langsung tidak memahami keadaan duka hatinya. Sebaliknya menantu yang dahulunya tidak diakui sebagai menantu pula yang banyak berkorban menolongnya. Iman yang bersengkang mata menemaninya dan Arrisya. Iman juga yang menguruskan syarikat, rumah dan mengurus segala macam keperluannya. Iman memang baik.
"Ya Allah. Ampunkan dosaku& ya Allah. Aku bersyukur kerana Kau menganugerahkan dia sebahagian daripada keluargaku. Bukakanlah hati anakku untuk menerimanya." Datin Hajar amat berharap agar Danish membuka mata dan sedar betapa baik jodohnya itu. Betapa mulianya hati Iman.
Datin Hajar tekad, walaupun Danish tidak menerima Iman dan melepaskan wanita itu dia tidak akan sesekali membenarkan Iman pergi jauh dari keluarganya. Iman tetap akan menjadi ahli keluarganya.
IMAN tidak bisa melelapkan mata di dalam penerbangan. Iman cuba memejam mata tetapi dia masih tidak mampu untuk tidur. Setitik air mata jatuh ke pipi. Sedih hatinya. Sakit menanggung beban seorang diri. Danish.... entah di mana" Sampai hati Danish membiarkan keluarganya begitu. Sampai hati betul Danish membiarkan dia menguruskan segalanya keseorangan. Tiga bulan dia menanti Danish kembali. Sehingga seminggu lepas, Iman masih percaya yang Danish akan kembali.
Iman berasa bertanggungjawab kepada keluarga mentuanya. Dia merasakan dirinya penyebab Danish menjauhkan diri. Mungkin sebab itu Danish tidak pulang. Danish tidak mahu berjumpa dengannya sehingga suaminya itu tekad tidak pulang ke Malaysia lagi. Langsung tidak mahu pulang walaupun di saat peristiwa sadis terjadi di dalam keluarga ini. Ah... tibatiba perasaan bersalah mencengkam jiwanya lagi.
Iman menoleh Arrisya di sebelahnya. Kelihatan Arrisya sedang nyenyak. Harap malam ini tidur kakaknya itu tidak terganggu lagi. Biarlah kakaknya bangun saat kapal terbang ini sudah mendarat nanti. Setelah tiga bulan di Malaysia dan bapa mentuanya sudah pulih akhirnya Iman memutuskan untuk pulang ke sini bagi menyambung pelajarannya yang tertinggal. Syarikat sudah stabil. Semuanya atas bantuan kawan Uncle Fuad yang sudi membantunya dari belakang. Dia ingin berjumpa dengan insan berhati mulia itu tetapi kata Uncle Fuad, kawannya itu ikhlas. Langsung tidak mahu bertemu dengannya. Namanya pun Iman tidak tahu. Hanya gelaran hamba Allah sahaja sebagai pengenalan.
Iman sengaja membawa Arrisya dengan harapan wanita itu bisa memulakan hidup baru di sana nanti. Kalau tidak memulakan hidup baru pun dengan berjauhan dari bumi Malaysia dapat mengubati hati Arrisya yang remuk. Semoga Arrisya memperoleh semangat baru untuk meneruskan hidup bersama Jehan. Kasihan anak buahnya itu. Telah merasai kehilangan ayah pada usia yang masih kecil. Belum pun sempat Jehan hendak bermanja dengan si ayah, dia telah kehilangan tempat bermanja.
Kehadiran Arrisya bersamanya di Liverpool nanti perlu dimaklumkan pada Danish. Sekurang-kurangnya Danish tahu dan mungkin lelaki itu akan lembut hati menjenguk Arrisya di rumahnya nanti. Siapa tahu. Jadi sebelum dia pulang ke Liverpool, Iman akan ke rumah Danish dahulu. Bersemuka dengan Danish.
Tatkala kini hatinya bergelodak dan tidak sabar untuk bertanya kenapa lelaki itu tidak pulang serta menyampaikan kerinduan keluarga kepada Danish.
Bab 11 IMAN tiba di hadapan rumah sewa Danish yang berhampiran London University berpandukan alamat yang diberi oleh Arrisya tadi. Arrisya terkejut bukan kepalang apabila mengetahui Iman tidak pernah bertemu dengan Danish sepanjang dia belajar di sini. Dia mengharapkan alamat yang diberi betul. Besar juga harapannya Danish ada di rumah.
Tangan Iman mengetuk pintu rumah yang berwarna putih. Sejenak kemudian pintu terbuka dari dalam. Muncul seorang lelaki. Agaknya ini rakan serumah Danish.
"Hello& errr... hai. Ini rumah Danish, kan" Dia ada tak" Boleh saya jumpa dengan dia"" Iman bertanya pada pemuda yang membuka pintu itu. Kelihatan seperti orang Malaysia.
"Ini Iman, kan""
Wajah Iman berkerut memandang si pemuda. Bagaimana jejaka itu tahu namanya.
"I Amran. Housemate Danish. Danish ada kat dalam. Bilik paling hujung yang ada tanda Do Not Disturb kat pintu tu. You masuklah. I nak keluar sebenarnya ni." Amran memberi ruang sedikit untuk Iman melangkah masuk.
"Thanks Amran." Iman memberi senyum manis pada Amran. Nampaknya lelaki itu seperti lelaki yang baik.
"No thanks. By the way, takziah pasal keluarga you. I harap you both kuat terima dugaan ni. I pergi dulu. Bye. Assalamualaikum."
Iman tidak sempat bertanya apa-apa. Amran sudah berlalu pergi. Nampak tergesa-gesa. Ada temu janjilah tu. Iman hanya menjawab salam Amran di dalam hati.
Iman melangkah masuk. Dia nampak pintu bilik yang dikatakan oleh Amran tadi. Baru sahaja Iman mengangkat tangan ingin mengetuk pintu terbuka dari dalam. Kelihatan seorang perempuan yang lagaknya baru bangun tidur tersembul di hadapan pintu.
Iman terpana. Dia nyata terkejut. Dia tidak sangka akan bertemu dengan seorang gadis di dalam bilik suaminya. Perkara sebegini adalah perkara terakhir yang dia inginkan di dalam hidupnya.
Iman memerhati wajah gadis di hadapannya. Iman ingat wajah itu. Maya... ya perempuan di hadapannya ini Maya.
"Ini bilik Danish ke"" Iman memberanikan diri bertanya. Maya yang hanya memakai T-shirt paras lutut itu tersenyum sinis padanya.
"Ya. Ini bilik Danish. Boyfriend aku. Kau nak apa cari dia" Kalau ada apa-apa kau boleh tinggalkan pesan pada aku. Dia tengah tidur." Maya memang berlagak. Tidak sedarkah dia di hadapannya ini adalah isteri Danish. Lelaki yang dia mengaku sebagai kekasih.
Maya tersenyum sinis. Hatinya gembira melihat riak wajah Iman berubah sama sekali. Maya hanya menumpang tidur di bilik Danish kerana tertinggal kunci dan kawan serumahnya pula tidak pulang. Terpaksalah dia ke rumah sepupunya ini menumpang tidur. Memandangkan dia sampai pun sudah hampir subuh, Danish menyuruhnya tidur di dalam bilik dan lelaki itu menghabiskan masa menelaah di ruang tamu. Tidak sangka pula pagi ini ada kejutan buatnya. Iman kini berada di hadapannya. Dia gembira.
Dia kenal Iman. Dia tidak akan lupa wajah nan satu ini. Masakan dia lupa gadis yang sudah memiliki Danish. Gadis yang berjaya membina tembok antara dia dan Danish.
Iman menarik nafas sedalam mungkin. Otaknya dipaksa memikirkan perkara yang positif. Cuba menidakkan bahawa suaminya sudah jauh terlanjur dengan gadis di hadapannya ini. Walaupun naif kedengarannya tetapi Iman memaksa dirinya percaya yang dua insan itu hanya tidur bersama dan tidak berlaku apa-apa keintiman antara Danish dan Maya. Jauh di sudut hati dia menidakkan apa yang berlegar di mindanya. Tidak mungkin seorang perempuan dan seorang lelaki yang tidur sebilik tidak melakukan apa-apa. Ada kalanya lebih baik kita tidak tahu daripada kita tahu tetapi menyakitkan hati. Seperti yang berlaku padanya kini.
"Tolong cakap dengan dia yang keluarganya perlukan dia di Malaysia dan Arrisya ada bersama saya sekarang. Esok kami akan bergerak ke Liverpool. Okeylah, saya balik dulu. Kirim salam pada dia."
Iman melangkah pergi. Dia ingin cepat-cepat keluar dari rumah ini. Dia tidak mampu untuk bertahan lama di sini. Cukuplah dia terserempak dengan Maya. Iman tidak mahu melihat wajah Danish pula. Kalaulah dia bersua dengan Danish bagaimana agaknya ekspresi wajahnya. Marah atau menangis" Jadi cukuplah dengan apa yang telah terjadi sekali itu.
Kini hatinya sakit yang amat. Perasaannya hancur lumat. Dia menganggap dirinya bodoh kerana masih mengharapkan Danish setia padanya. Hatinya bertambah sakit tatkala terkenangkan saban hari dia menunggu Danish pulang untuk membantunya di Malaysia. Dia risaukan keadaan Danish. Sedangkan suaminya itu bergembira di sini di samping kekasih tersayang. Hanya dia yang bodoh risaukan Danish. Lelaki itu sekelumit tidak punya perasaan kasihan atau sayang padanya.
MALAM itu Iman menghabiskan masa dengan menangis dan menangis. Abangnya dan Mama Sue yang kerisauan langsung tidak dipedulikan. Iman menimbang balik kesilapan diri. Melihat balik kelemahan diri. Iman sedar satu perkara. Dia terlalu mudah dibuli oleh Danish. Kenapa" Kerana dia amat mengharapkan Danish. Kerana dia mengharapkan sesuatu daripada pernikahan ini. Walaupun pernikahannya terjalin atas dasar paksaan namun dia masih mengharapkan sesuatu yang manis. Dia tetap memasang angan-angan untuk hidup bahagia di samping Danish.
Oleh sebab terlalu memasang angan yang melaut maka inilah bahana yang dirasainya kini. Dia terlalu mengharap sehingga dia membuta tuli mempercayai Danish. Mulai hari ini Iman perlu sedar. Antara dia dan Danish tidak akan ada perhubungan yang berbungakan sayang. Hati lelaki itu telah dimiliki dan dia bukan pemilik hati itu.
Bab 12 IMAN bersantai di halaman rumah bersama Datin Hajar dan Dato Arif. Dia dan Arrisya sibuk bermain dengan si montel Jehan. Usia Jehan akan genap empat tahun esok dan esok juga genaplah empat tahun usia pernikahan dia dengan Danish. Namun sudah empat tahun juga dia tidak bertemu Danish. Kali terakhir dia bertemu lelaki itu ketika Danish meninggalkannya keseorangan di London.
"Ehan nak tu mak cu." Jehan meminta kuih yang ada di atas meja. Jehan ini memang semangat kalau bab makan. Tengoklah badan dia. Tambahan pula dia dimanjakan oleh atuk dan neneknya. Maklumlah cucu seorang.
"Mari mak cu suapkan." Iman mencubit sedikit kuih itu lalu disuapkan ke mulut Jehan. Jehan membukakan mulut comelnya. Apabila Iman menyuap kuih ke dalam mulut Jehan, anak saudaranya itu dengan pantas menggigit jari Iman. Iman sedikit terkejut.
"Jehan gigit mak su eh" Nak kena dia ni. Mak su gigit dia balik," acah Iman. Jehan yang mendengar ugutan itu mencicit lari. Iman pura-pura mengejar Jehan. Gelagat mereka itu membuatkan semua yang ada di situ tergelak.
"Meriah rumah kalau ada Jehan. Kalau dia ada kawan mesti lagi meriah. Bilalah kita nak menimang cucu lagi ya, bang""
Soalan Datin Hajar itu membuat Iman berhenti mengejar Jehan. Serta-merta tubuhnya berdiri tegak. Soalan itu bagaikan ditujukan padanya.
"Hmmm... entahlah Hajar. Kalau sorang kat sana sorang kat sini, mana nak jadinya. Danish pun satu. Dah tak reti-reti nak balik. Kerja kat sana buat apa," omel Dato Arif. Rupa-rupanya kedua-dua mentuanya itu rindukan Danish. Iman terpaku sebentar.
"Entahlah, bang. Tak ingat ke dia pada kita" Danish ada telefon kamu, Iman"" tanya Datin Hajar yang sudah beralih pandangan padanya. Iman langsung tidak bersedia dengan pertanyaan itu, tidak tahu hendak menjawab apa. Sungguh Iman tidak pernah berfikir tentang itu.
"Mama rindukan Danish ke"" Iman hanya tersenyum. Membalas pertanyaan itu dengan soalan. Dia belum mampu memikirkan alasan yang kukuh untuk Datin Hajar.
"Dia tak telefon kamu ya, Iman" Anak bertuah. Isteri sendiri pun tak ditanya khabar. Apalah nak jadi dengan Danish ni. Kita ni pun jarang sekali nak hantar berita. Tapi tak kisahlah. Ini isteri sendiri pun tak telefon. Melampau sungguh," bebel Datin Hajar.
Sungguh dia boleh meneka daripada gerak-geri Iman. Pasti Danish tidak menghubungi Iman. Dia kesal. Danish sanggup memperlakuan Iman sedekian rupa. Patutlah Iman tidak pernah menyebut nama Danish kerana anaknya itu langsung tidak berusaha untuk berbaik-baik dengan Iman.
"Dia sibuk agaknya, mama. Dia telefon rumah pun dah cukup." Iman cuba melegakan hati Datin Hajar.
Iman tidak pernah kisah Danish pulang atau tidak. Iman tidak pernah ambil peduli. Dia bahagia dengan kehidupannya sekarang. Cukuplah hanya ada mentua yang melayannya seperti anak sendiri. Serta Arrisya dan Jehan yang sentiasa menghiasi dunianya. Gelak tawa Jehan bisa menceriakannya. Dia tidak ingin membiarkan Danish menyakitinya lagi. Malah dia tidak mahu Danish punya kesempatan untuk itu sama sekali. Iman sekarang berada di zon selesa hingga dia lupa akan kehadiran suami. Sebenarnya yang masih mengharapkan kepulangan Danish adalah Datin Hajar. Masakan seorang ibu boleh melupakan anaknya.
Iman sedar Danish tidak akan kembali selagi dia masih ada di rumah agam ini. Danish tidak mahu berjumpa dengannya. Pilihannya sekarang hanya satu sama ada dia yang mengundurkan diri dari rumah ini dan Danish akan pulang. Atau Iman terus berada di bawah payung kasih sayang keluarga ini dan membiarkan mentuanya terus merindui Danish. Sanggupkah dia membiarkan Dato Arif dan Datin Hajar bersedih. Iman tahu dia hanya menantu. Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan Danish yang mempunyai pertalian yang kukuh dengan keluarga mentuanya. Sebenarnya dia bukan sesiapa pada mereka semua. Dia hanyalah Iman yang tidak punya apa-apa keistimewaan.
"BETUL ke Iman nak ke London lepas ni" Nak buat apa kat sana" Jumpa Danish" Nak pujuk dia"" duga Arrisya. Dia bagai dapat membaca niat Arrisya ke London. Dia terkejut ketika Iman menyuarakan hasrat hendak ke London hujung minggu ini. Dek kerana terkejut juga Arrisya sanggup meninggalkan kerjanya dan mengekori Iman ke bilik.
"Betullah, Kak Arrisya. Hujung minggu ni Iman pergi." Iman menjawab dengan bersahaja. Apa urusannya di sana" Biarlah hanya dia yang tahu. Iman pura-pura sibuk memilih baju untuk dipakai ke pejabat esok. Kehadiran Arrisya yang duduk berteleku di atas katilnya tidak dipedulikan sama sekali.
"Iman tak jawab lagi soalan akak. Kenapa Iman nak ke sana" Iman nak pujuk Danish, kan"" gesa Arrisya lagi. Dia hendak tahu sangat, atas urusan apa Iman hendak ke sana.
"Kami perlu bersemuka, akak. Takkan selamanya kami nak macam ni" Akak nampakkan, mama dan papa rindukan dia." Iman mengiyakan pertanyaan Arrisya itu. Namun nama Danish tidak keluar dari bibirnya. Hanya panggilan dia diberikan.
"Iman nak buat apa""
Soalan itu hanya dibalas dengan senyuman. Sejujurnya Iman sendiri tidak tahu apa yang akan dilakukan di sana nanti. Untuk berhadapan dengan lelaki itu Iman tidak tahu bagaimana" Haruskah dia memperkenalkan diri" Memperkenalkan diri sebagai apa"
Bab 13 IMAN menunggu dengan sabar di Lapangan Terbang Heathrow London. Gaya santai dengan jean dan blaus berwarna biru. Tubuhnya dibalut dengan jaket kulit paras paha untuk mengelakkan kesejukan. Iman sengaja mencari tempat duduk yang agak terbuka agar senang Danish mencarinya. Itupun kalau Danish masih kenal rupa isterinya ini.
Iman telah menghubungi Danish sebaik sahaja mendarat tadi. Sengaja dia meminta Danish menjemputnya. Bukan mahu menyusahkan Danish tetapi Iman mahu Danish tahu kedatangannya ke sini. Lagipun kembalinya dia menjejakkan kaki ke bumi asing ini juga kerana Danish. Mereka perlu berbincang dan harus membuka jalan perbincangan. Biarlah dia yang menjadi orang itu.
Iman terkenang kembali saat dia memberanikan diri menghubungi Danish tadi. Beberapa kali juga dia menelefon dan mematikan talian sebelum sempat panggilannya disambut. Itu belum mengira lagi beberapa kali dia menarik nafas panjang. Syukur akhirnya dia diberi kekuatan untuk menelefon dan bercakap dengan Danish. Lucu pula kalau difikirkan kembali. Begitu besar impak Danish padanya walaupun sudah empat tahun berlalu.
DANISH memarkirkan keretanya. Nasib baik dia tidak perlu berpusing beberapa kali mencari tempat parkir. Di bibirnya terhias dengan senyuman manis. Menggambarkan hatinya yang ceria dan gembira. Ya... kedinginan hatinya selama empat tahun ini kembali hangat dengan satu panggilan. Danish tidak sangka nombor asing yang menelefonnya beberapa kali itu adalah nombor telefon Iman. Terkejut juga dia menyambut panggilan itu tadi. Hinggakan Danish terdiam ketika Iman memperkenalkan diri.
"Hello. Danish speaking." Danish akhirnya menjawab panggilan dari nombor yang sudah beberapa kali mencatatkan missed call di dalam senarai panggilan.
"Assalamualaikum, Danish. Iman ni."
Suara di hujung talian memperkenalkan diri. Lembut nada suara itu menyapa telinganya. Sungguh Danish terpaku. Danish terdiam tatkala mendengar suara itu memperkenalkan diri. Buat kali pertama setelah empat tahun, Danish kembali mendengar suara itu. Empat tahun lamanya. Tetapi suara itu masih sama. Rupa-rupanya Danish tidak pernah lupa suara lembut milik isterinya itu.
"Hello, Danish. Iman Umairah ni. Your wife. Remember"" Iman sekali lagi memperkenalkan diri. Mungkin sedikit terpukul dengan kebisuan Danish.
"Iman...." Nama itu lembut keluar dari seulas bibir milik Danish.
"Yes. Your wife. I kat Heathrow Airport ni. Boleh tak you tolong jemput I""
"Iman kat London"" tanya Danish teruja.
"Yes. I baru sampai. Masih kat airport. Boleh you ambil I""
"Yes. I mean okay. Tunggu I kat situ. Jangan pergi mana-mana." Danish kelam-kabut bersetuju. Dia tergesa-gesa meninggalkan pejabatnya. Selaju mungkin dia memandu. Tidak sabar menemui wajah yang dirindui walaupun baru tiga bulan lepas dia ke Malaysia sematamata untuk melihat wajah Iman dari jauh.
DANISH berlari masuk ke airport yang tersergam indah itu. Cantik. Matanya mencari insan yang dirinduinya. Akhirnya dia bertemu apa yang dicari. Iman sedang duduk menantinya sambil membaca novel. Hobi Iman masih sama. Masih suka membaca novel.
"Ehem... assalamualaikum." Danish memberi salam apabila Iman tidak menyedari kehadirannya yang sudah tegak berdiri di hadapan Iman.
"Waalaikumsalam." Iman nyata terkejut dengan kehadiran Danish. Dia segera bangkit. Hampir terhambur ketawa Danish melihat reaksi Iman. Namun rasa lucu itu tenggelam dalam rasa tertawan.
Hatinya tertawan melihat penampilan Iman. Cantik sungguh isterinya dengan solekan nipis. Sudah pandai bergaya. Lama Danish merenung Iman. Tidak mahu melepaskan peluang sebegini. Peluang yang tidak pernah diimpikan. Selama ini kalau melihat Iman pun hanya dari jauh. Baru kini ada rezeki buatnya menatap Iman secara bersemuka begini. Ralit Danish merenung Iman. Danish tersedar sehingga Iman melambaikan tangan di hadapannya.
"Lama tunggu"" Danish cuba berbasa-basi menutup kesilapan diri. Lagipun sudah empat tahun mereka saling terputus kata. Sekarang dia tidak mahu kebisuan terus menyelubungi mereka. Cukuplah untuk empat tahun itu.
"Salah I. Telefon lambat sangat. I harap tak ganggu you." Iman tidak menjawab soalan Danish. Tidak perlu dijawab rasanya. Masing-masing tahu berapa lama Iman menunggu di situ.
"Tak ganggu pun. Jom," ajak Danish. Bagasi Iman ditarik. Cuba berlagak gentleman. Manalah tahu hati Iman akan terpikat.
IMAN hanya duduk senyap di samping Danish yang sedang memandu. Iman perasan Danish sudah banyak berubah. Wajahnya nampak semakin matang dan tenang.
"Bila mesyuarat tu"" Akhirnya Danish meluahkan kata-kata memecahkan kebisuan antara mereka. Dia masih belum tahu misi Iman datang ke London ini. Tetapi Danish mengagak yang Iman datang untuk mesyuarat.
Mata Danish masih memandang ke hadapan. Walaupun hatinya meronta-ronta untuk berpaling melihat Iman namun dia cuba menahan. Tidak sanggup memandang Iman kerana dia tahu setiap kali memandang Iman jantungnya berdegup kencang malah lebih kencang tatkala tangannya digenggam tuk kadi dahulu. Kalaulah ikutkan hati saat ini ingin sahaja dia memberhentikan kereta di mana-mana dan memanggil teksi. Dia mahu menumpukan sepenuh perhatian pada Iman. Dia hanya mahu merenung wajah Iman.
"I datang bukan nak mesyuarat, tapi nak jumpa you." Ayat itu bagai mudah meluncur di bibir Iman. Namun meluahkan kata-kata itu bagaikan menggegarkan jantungnya saat itu.
Danish menoleh ke arah Iman. Buat pertama kali Iman begitu berani meluahkan padanya kata-kata sebegitu. Selama ini gadis itu cukup menjaga tutur kata di hadapannya. Cukup malu dan takut-takut dengannya. Tetapi dia suka Iman begini. Sekurang-kurangnya dia tahu isi hati Iman dan dia tidak perlu lagi meneka.
"Tengoklah kat depan. Nanti tak pasal-pasal dua-dua masuk hospital kang." Iman sekali lagi berbuat selamba.
Danish menguntum senyum kecil. Tidak sangka baru setahun lebih tidak berjumpa, Iman sudah banyak perubahan. Nyata masa mendewasakan Iman.
"Cantik you pakai tudung. Tudung tu pun cantik." Entah bagaimana tiba-tiba sahaja terkeluar pujian itu dari bibir Danish. Tadi Danish tidak sedar, tudung yang dipakai Iman itu adalah tudung yang dihadiahkan pada Iman secara senyap tiga tahun lepas. Apabila Iman membuka jaket untuk membaiki letak tudungnya di kepala barulah Danish sedar tudung putih yang dipakai oleh Iman itu adalah tudung yang dihadiahkannya dahulu.
"Thanks. Dah sampai seru I agaknya. Semua manusia perlu perubahan dan perlu berubah." Iman sedikit kalut mendengar pujian itu. Walaupun jawapannya kedengaran yakin tetapi wajahnya merah menahan malu. Tidak sangka dipuji sebegitu oleh suami yang sudah lama tidak bersua muka dengannya.
Iman menggenggam hujung tudungnya yang bersilang itu. Entah kenapa hatinya terbuka untuk memakai tudung ini. Tudung yang dihadiahkan oleh seorang hamba Allah padanya. Seorang insan yang memberinya ruang dan semangat. Selama tiga tahun Iman menyimpan tudung ini di dalam almari. Baru kali ini tergerak hati Iman untuk memakainya.
Danish tidak sangka Iman boleh menjawab pujiannya sebegitu rupa. Sangkanya Iman hanya akan berdiam diri dan tertunduk malu. Namun Danish seakan sedar. Iman di hadapannya kini bukanlah Iman dahulu yang hanya diam apabila ditindas. Iman yang bersamanya kini adalah Iman yang berani bersuara. Iman yang cergas dan sedikit agresif. Jauh di sudut hati Danish berharap Iman tidak berubah, walaupun tidak dinafikan dia suka kan perubahan Iman. Tetapi biarlah sikap Iman itu masih kuat kerana dia jatuh hati pada Iman yang dahulu. Iman yang tabah. Iman yang menurut katanya. Iman yang dia tahu dan yakin akan setia sebagai isterinya.
Bab 14 DANISH berlari ke wad kelas satu Hospital Pantai. Kakinya terhenti di muka pintu yang sedikit terbuka. Matanya sayu melihat sekujur tubuh yang kaku. Kelihatan tangan kiri dan kepala pesakit berbalut. Sedih hati Danish. Perlahanlahan Danish melangkah masuk. Langkahnya terhenti tepat di tepi katil. Wajah lesu Iman dipandang. Sakit hatinya melihat Iman begitu. Pedih hatinya melihat Iman terbaring tidak bermaya.
Kali terakhir dia bersama Iman ialah empat hari lalu, sehari sebelum Iman hilang dari kondonya di Kota London. Iman pergi dari kondonya dengan hanya meninggalkan memo yang dia akan pulang ke Malaysia. Sangkanya ada urusan penting yang membuatkan Iman pergi dengan tergesa-gesa. Namun akhirnya dia dikejutkan dengan berita kemalangan Iman. Seakan pecah jantungnya apabila mendapat panggilan tentang kemalangan Iman.
Semalam Danish sedang dalam mesyuarat apabila temannya yang kebetulan bekerja sebagai doktor di sini memaklumkan kepadanya tentang Iman yang ditimpa kemalangan. Tanpa menghiraukan apa pun risiko dia terus meninggalkan mesyuarat itu lalu pulang ke Malaysia. Dan tanpa sempat berehat dia terus menjenguk Iman. Danish duduk di kerusi yang tersedia. Wajah Iman dipandang sayu. Dia mencapai jari-jemari kanan Iman lalu digenggam lembut. Wajah Iman diusap lembut. Sepintas jarinya merayap pada balutan di dahi Iman. Seakan tidak percaya Iman kini terbaring di hadapannya dalam keadaan sebegini. Lalu kenangan di Kota London hampir seminggu lalu menjenguk mindanya.
TIGA minggu lalu, Iman hadir semula dalam hidupnya di kota London. Dua minggu Iman menjadi penghuni setia di kondo mewah Danish di tengah-tengah Kota London. Iman menjadi penemannya. Menjadi penyeri hari-hari Danish. Entah mengapa dalam masa dua minggu itu Danish terasa hidupnya lengkap. Mungki Iman melayannya dengan baik. Menjalankan tanggungjawab sebagai isteri di rumah. Menjaga pakaiannya. Menjaga makan minumnya. Sungguh, dia merasakan kelainan dengan kehadiran Iman. Hatinya gembira dan seakan inilah matlamat hidupnya selama ini.
Dalam masa dua minggu itu juga Danish benar-benar menikmati kehidupan alam rumah tangga. Bangun pagi sahaja baju dan sarapan sudah tersedia. Baliknya bersambut. Danish sendiri seakan selesa makan di rumah bersama Iman. Pada awal kehadiran Iman, Danish ingat lagi yang mereka hanya makan sandwic sepanjang hari kerana tiada bekalan makanan di rumahnya. Pada hari kedua barulah mereka makan makanan yang berat hasil air tangan Iman apabila pagi itu dia terpaksa mengambil cuti untuk menemani Iman ke pasar. Itu pun Iman yang memaksanya. Seronok, pengalaman itu tidak akan dilupakan sama sekali. Bertambah seronok apabila tiba waktu makan kerana makannya akan berteman.
Setiap malam dia tidak pernah ketinggalan untuk makan bersama Iman dari hari pertama Iman di rumahnya. Percaya atau tidak dia sanggup membatalkan temu janji penting hanya untuk makan malam bersama Iman. Temu janji yang sudah diatur berbulan-bulan lamanya dibatalkan hanya untuk Iman. Ahhh... waktu itu dia seakan sudah kemaruk dengan Iman. Apa yang paling penting buatnya adalah bersama Iman.
Danish sedar akan sikap ketabahan dan kegigihan Iman yang bersama-sama keluarganya di saat getir. Iman yang menggantikan tempat dan memikul tanggungjawabnya. Dia seakan terikat pada Iman. Hatinya semakin hari semakin sayang. Hidupnya hanya untuk Iman dan sejak dari saat itu Danish yakin dia tidak akan mampu mencari pengganti sebaik Iman.
Tanpa seorang pun tahu saban tahun dia akan kembali ke Malaysia untuk melihat dan melawat keluarganya dari jauh. Iman sentiasa diikutinya. Gerak-geri Iman sering membuatkan dia ingin pulang ke Malaysia sebenarnya. Dia tidak pernah kisah kalau seharian menanti Iman keluar dari pejabat. Awal-awal pagi dia sudah menunggu hanya semata-mata untuk melihat Iman masuk kerja. Cuma Danish sedikit tidak puas hati apabila Iman sering pulang sehingga jam lapan malam. Kalau nanti mereka hidup bersama Iman tidak akan dibenarkan pulang selewat itu.
Dahulu tanpa mendekati Iman, Danish sudah jatuh cinta hanya dengan melihat tingkah laku Iman dari jauh. Hatinya sudah terpikat dengan Iman walaupun dipisahkan dengan jarak. Kini tinggal serumah membuatkan Danish lebih mengenali Iman. Mengenali Iman membuatkan rasa cinta itu semakin kuat. Semakin teguh di hatinya. Saban hari dia merindui Iman. Kehadiran Iman menyebabkan dia sentiasa ingin cepat pulang ke rumah selepas kerja. Mengenali Iman membuatkan hatinya belajar memahami dan merindui. Tidak sangka Iman punya persamaan minat dengannya.
Bukan dari segi citarasa pilihan cerita atau filem namun dari segi tabiat. Ahhh& memang dia dan Iman bercanggah pendapat tentang memilih cerita. Setiap kali Iman lebih kepada cerita yang lembut penuh perasaan romantis atau kekeluargaan sedangkan dia menyukai filem-filem aksi, hasilnya setiap kali menonton akan ada seorang yang menunjuk muka tak puas hati. Cuma ada satu tabiat yang dia suka... tabiat yang mereka berkongsi setiap kali tiada mood untuk menonton atau keluar ke mana-mana.
Satu yang mungkin hanya dikongsi oleh dirinya dan Iman. Mereka berdua suka menghabiskan waktu malam dengan membaca di balkoni. Duduk berdua-duaan di balkoni bertemankan sebuah buku atau majalah bersama dengan secawan coklat panas cukup menghiburkan pada Danish. Tidak perlu berbicara hanya cukup dengan perasaan ditemani. Memang mereka jarang berbicara kerana fokus dengan pembacaan namun perasaan disayangi itu tetap ada. Benar kata-kata yang menyatakan, adakala bibir tidak perlu berbicara tetapi cukup dengan gerak badan. Kerana bahasa badan lebih ikhlas menceritakan.
Kebahagiaan dua minggu itu berakhir dengan satu malam. Malam yang membuat dia terasa hati dengan Iman. Malam yang seolah-olah membayangkan hati Iman bukanlah miliknya. Malam di mana Iman menyatakan kesanggupannya untuk pergi dari hidup Danish dan keluarga Danish jika itu yang diminta sebagai syarat untuk Danish pulang ke pangkuan keluarga. Kata-kata yang cukup jelas bahawa Iman tidak mengerti isyarat yang diberinya selama dua minggu isterinya itu bersamanya. Malam yang membuatkan hatinya terluka. Sampai ke saat ini dia masih ingat kata-kata Iman pada malam itu.
"Awak baliklah, Danish. Tempat awak bukan di sini, tapi di sisi keluarga awak. Tolonglah, mama dan papa awak rindukan awak sangat. Saya tahu awak takkan balik kerana saya ada di sana. Di sisi keluarga awak. Apa kata saya berjanji kalau awak balik saya akan lakukan apa saja apa yang awak nak saya buat. Malah saya sanggup keluar dari keluarga awak, jauh dari kehidupan awak.... Ya... saya akan keluar dari kehidupan awak kalau itu awak nak. Cuma saya minta enam bulan saja. Saya akan keluar dari kehidupan awak dan keluarga awak pada hari genap enam bulan awak pulang ke pangkuan keluarga awak. Saya janji."
Janji itu yang melukakan hati Danish. Iman sanggup berkata begitu setelah dua minggu mereka tinggal bersama. Nampak sangat Iman tidak memerlukan dirinya. Kenapa" Tidakkah Iman sedar yang dia mula menerima Iman di dalam hidupnya"
"DANISH... Danish...." Suara itu menyedarkan Danish dari memori semalam. Segera dia mengangkat muka. Kelihatan Intan, temannya yang merawat Iman itu sudah berdiri di sebelahnya.
"You kenapa" Dari tadi I panggil tak jawab. I tahulah you risaukan wife you ni. Hm... sayang betul you dengan dia ya. Cepat aja you sampai." Usikan Intan itu disambut dengan senyuman hambar Danish.
"Thanks, Intan. I owe you one. How is she"" Danish bertanya lembut. Dia memang terhutang budi pada Intan. Hubungannya dan status keadaan dirinya bersama Iman bukan lagi rahsia pada Intan malah pada Amran. Pada Intan dan Amran, si kembar itulah tempat dia meluahkan perasaannya dahulu.
"She is okay. Tapi I kena letak dia bawah pemerhatian, takut ada kesan sampingan. Kaki dia terseliuh sikit dan tangan dia luka. Cuma yang kita risaukan sikit, pasal luka di kepala dia tu. Agaknya terhantuk kat stereng. Takut gegaran tu nanti boleh menyebabkan pendarahan dalaman. Sebab tu I letakkan dia di bawah pemerhatian." Intan menjelaskan keadaan Iman.
"Once again thanks, Intan. Cuma I nak minta tolong you. Boleh tak you tolong I aturkan perjumpaan dengan pegawai polis yang uruskan kes Iman ni. Sebab I percaya ni mesti kes khianat. Iman ni berhati-hati sangat, tak mungkin boleh self-accident macam tu." Wajah Danish penuh mengharap. Dia kenal Iman. Dia tahu isterinya itu seorang yang berhati-hati. Tidak mungkin dan mustahil untuk Iman self-accident seperti yang dilaporkan.
"Insya-Allah, tak ada masalah. Lagipun you kan husband dia. I akan cuba. Okeylah, I keluar dulu. Tak nak ganggu you." Intan meninggalkan pasangan tersebut. Kasihan dia melihat wajah Danish. Wajah Danish nampak benar berserabut. Kerisauan memang terserlah. Kini Intan yakin yang Danish terlalu sayangkan Iman. Bertuahnya Iman mendapat suami yang mencintainya. Adakah nasib dia nanti sebaik Iman" Intan berharap begitu. Tidak ada yang lebih menggembirakan seorang isteri selain dianugerahkan seorang suami yang mencintai dirinya sepenuh jiwa dan raga. Lebih dari dirinya sendiri.
"TERIMA KASIH, sayang." Sebaik sahaja Intan keluar dari bilik Iman ada suara berterima kasih padanya. Farhan, abang Iman. Farhan yang juga bakal tunangnya. Kebenaran daripada Farhanlah yang membolehkan dia memberi peluang untuk Danish bersama Iman di wad.
"Intan yang patut berterima kasih pada Han sebab izinkan Intan bagi tahu pada Danish. Harap-harap mereka bahagia nanti, kan Han."
Ketulusan hati itulah yang membuatkan Farhan jatuh cinta pada Intan. Farhan tersenyum sambil memandang buah hatinya. Mereka kemudiannya beriringan pergi meninggalkan pasangan yang akan memulakan lembaran baru dalam hidup mereka.
Farhan ingat lagi tiga tahun lepas dia mencari Danish untuk memaksa Danish melepaskan Iman setelah mengetahui perihal kontrak perkahwinan antara Iman dan Danish. Dia yang dalam keadaan sangat marah itu hampir sahaja mengamuk di rumah sewa Danish kerana tidak bertemu dengan Danish. Apatah lagi apabila teringat pada pagi itu Iman ke rumahnya dengan air mata mengalir di pipi selepas pulang dari rumah Danish. Di situ dia bertemu Intan. Intanlah yang menyabarkannya. Intan juga yang menyangkal segala pendapatnya tentang Danish dan Intan juga yang meyakinkannya yang Danish boleh membahagiakan adiknya. Dia ingat lagi kata-kata Intan yang mengubahnya dari saat itu.
"Seorang perempuan takkan mudah menangis kalau bukan kerana sayang. Kalau hanya kawan biasa cakap sesuatu yang boleh menyakitkan hati kita, selalunya kita anggap itu gurauan tapi cuba kalau orang yang kita sayang katakan ayat yang sama perkataan yang sama pasti kita dah merajuk dan fikir yang bukan-bukan. Air mata tu bukan mewakili benci tapi juga sayang. Benci dan sayang itu bezanya senipis dan sehalus rambut. Kalau awak benarbenar sayangkan adik awak, tolong fikirkanlah apa yang saya katakan ni." Itu pertemuan pertama Farhan dan Intan. Ceramah percuma yang Intan berikan padanya membuatkan dia berfikir. Mungkin terlalu memikirkan kata-kata itu menyebabkan Farhan sentiasa teringatkan Intan. Akhirnya salam sahabat dihulurkan pada Intan. Kehadiran Intan di dalam hidup Farhan membawa sejuta perubahan. Intan membuatkannya menjadi lebih bertimbang rasa. Lebih terbuka. Mengenali Intan akhirnya membuatkan dia jatuh sayang lalu jatuh cinta. Syukur... sekarang Intan menjadi kekasih dan tidak lama lagi akan menjadi tunangannya.
Bab 15 IMAN melangkah masuk ke pejabatnya. Semalam dia baru balik dari Cameron Highlands atas urusan kerja selama dua minggu. Senyuman manis di bibirnya. Kini dia sering lewat datang ke pejabat. Sejak kemalangan sebulan lepas dia telah menjadi pelanggan tetap teksi. Dia fobia untuk memandu. Setiap kali dia masuk ke bahagian pemandu, gambaran kemalangan itu akan datang menyapa fikirannya. Dia akan lewat datang dan lewat juga balik. Mula-mula dulu dia tidak biasa namun sekarang sudah menjadi rutinnya. Tidak kisah untuk berpenat lelah sebegitu.
"Iman. Bila sampai dari Cameron ni""
Iman tersentak sedikit apabila ditegur oleh Hilmi, ketua bahagian sumber manusia. Tanpa salam Hilmi duduk melabuhkan punggung di hadapan Iman. Kehadiran tetamu memeriahkan pagi Iman.
"Malam semalam. Kenapa, ada cerita best ke masa Iman tak ada"" Mereka sudah seperti satu keluarga. Tiada formality apabila bersembang.
"Hmmm... you miss something big on the day you off to Cameron sis." Hilmi masih bertekateki. Suka melihat wajah ingin tahu Iman.
"Come on, Hilmi. Tell me," ujar Iman tidak sabar.
Hilmi ketawa melihat wajah Iman yang tidak sabar itu. Riak wajah Iman memang telah dijangka. Teringin juga terus berteka-teki dengan Iman. Ingin mendera lagi namun dia tidak sampai hati.
"Kita ada bos baru. Anak Dato ...." Belum sempat Hilmi memberitahu terdengar ketukan di pintu bilik Iman yang sedia terbuka. Seorang lelaki yang segak memakai baju kemeja biru langit berdiri di hadapan pintu. Iman terpaku melihat lelaki yang berdiri di hadapan bilik pejabatnya. Sejak bila lelaki itu balik"
"Ops... Encik Aiman. Masuklah." Hilmi dengan selamba mempelawa. Bagaikan itu pejabat dia pula. Lelaki yang dipanggil Encik Aiman itu melangkah masuk.
Kedua-dua lelaki itu bersalaman sambil bertanya khabar. Hanya Iman yang terkulat-kulat melihat Aiman Danish di hadapannya kini. Bagaikan tidak percaya.
"Saya baru nak bagi tahu Iman tentang kepulangan Encik Aiman. Kenalkan ini Iman Umairah, pengurus O.R kita." Hilmi memperkenalkan Iman.
Aiman Danish... akhirnya dia kembali.
"Iman, ini Encik Aiman. CEO baru kita. Anak Dato . Iman"" Hilmi memanggil nama Iman kuat apabila tersedar yang Iman bagaikan hilang di dalam dunianya sendiri. Begitu ralit memerhatikan bos baru mereka itu.
"Hah!" Iman betul-betul tersedar dari dunianya apabila namanya dipanggil kuat oleh Hilmi. Wajahnya jelas terkejut. Hilmi dan Danish hanya tergelak kecil melihat wajah Iman yang blur.
"Iman ni. Tahulah bos kita ni kacak, tapi tak payahlah renung sampai macam tu sekali. Mari I kenalkan lagi sekali. Ini Encik Aiman, bos baru kita." Hilmi sempat mengenakan Iman.
"Hmmm... hai." Itu sahaja reaksi Iman. Dia hanya mampu memandang Danish seketika sebelum mula menyibukkan diri dengan tugasnya. Hilmi terkejut melihat penerimaan Iman. Tidak pernah Iman berperangai sebegini. Iman yang dikenalinya seorang yang peramah dan mudah mesra.
"Hilmi, boleh tinggalkan saya dan Iman sekejap," pinta Danish. Tegas suara itu. Suara yang menunjukan arahan ini tidak boleh dibantah.
Permintaan itu lebih mengejutkan Hilmi. Hatinya kuat menyatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dua manusia di hadapannya ini. Hilmi berat hati untuk pergi namun dia terpaksa juga berlalu apabila arahan itu keluar dari mulut bos barunya. Hilmi tidak mahu mencari masalah. Sekarang mungkin dua manusia di hadapannya ini ingin menyelesaikan masalah mereka sendiri.
"ADA apa yang boleh saya bantu"" Iman bertanya tanpa mengangkat muka. Pura-pura menyibukkan diri dengan kerja. Suaranya juga tegas tanpa perasaan. Dia yakin pada saat itu hanya tinggal dia dan Danish sahaja. Hatinya masih sebal. Teringat kejadian sebulan lepas ketika dia melawat Danish di London. Kejadian yang membuatkan dia mengingati kedudukannya di sisi Danish.
Betapa lelaki itu berani membawa Maya pulang ke rumah, bermalam di rumah lelaki itu sedangkan dia ada di rumah itu. Masih terasa sakit hati apabila terpandang Maya keluar dari bilik Danish di pagi hari. Hati mana yang tidak sakit melihat gadis lain keluar dari bilik suaminya. Bilik yang dia sendiri tidak pernah diami.
Lalu tanpa kata Iman meninggalkan rumah Danish tanpa sebarang kata kerana dia tahu ketika itu Danish tiada di rumah. Setiap pagi Danish akan keluar berjoging dan kembali ke rumah untuk bersarapan. Buat apa dia menanti di rumah lelaki yang langsung tidak menghormati dirinya. Sedangkan dia isteri yang sah pada lelaki itu. Walaupun hanya di atas kertas, sekurang-kurangnya Danish hormatkan dia, hormatkan agama mereka.
Dia bukan Iman yang dahulu. Yang boleh dipijak-pijak. Iman sekarang Iman yang berani bersuara. Iman tahu apa haknya dan dia akan berusaha mempertahankan hak itu. Bekerja dalam dunia perniagaan telah banyak mengubahnya. Mengubah Iman menjadi seorang yang lebih pentingkan diri. Dunia perniagaan membuatkan dia belajar perlu jadi kejam dan tahu haknya di mana.
"Dengarnya Iman kemalangan sebulan lepas. Betul ke"" Danish menjawab dengan pertanyaan. Sengaja membuat provokasi. Dia kemudian duduk di hadapan Iman. Dia tahu Iman berpura-pura sibuk kerana tidak ingin berbual dengannya.
Bukan dia tidak tahu Iman kemalangan selepas sehari balik dari London. Malah dia mengambil flight terus ke Malaysia sebaik sahaja mendengar perkhabaran itu. Selama seminggu dia menjadi penunggu malam Iman.
"Hmmm... dah baik pun. Kisah sebulan lepas. Cerita dah basi pun. Kenapa, you kecewa I masih ada kat sini"" sindir Iman. Kata-kata pedas itu menyentap hati Danish. Terdiam Danish dibuatnya. Ingin membalas tetapi tidak tahu hendak berkata apa.
"I tahu you nak tagih janji. Jangan risau, I masih ingat janji kita. I akan keluar dari syarikat ni dan kehidupan keluarga you dalam tempoh enam bulan. Jangan takut, I ni manusia yang berpegang pada janji. Kalau you masih tak percaya, you boleh buat kontrak. Silakan. You kan memang suka buat kontrak." Iman berkata sinis.
Kali ini kata-kata itu disertai dengan senyuman sinis. Wajahnya menentang wajah Danish. Iman sengaja menyandarkan tubuhnya pada kerusi empuk miliknya sambil tangannya bermain dengan pen. Lagaknya seperti mencabar Danish. Sesungguhnya Danish terasa tercabar dengan perlakuan Iman itu.
Hati Iman sebenarnya sebal. Sakit hati pada Danish. Memang dia kemalangan. Seminggu dia terlantar di hospital. Namun tidak sekali pun Danish menjenguknya sedangkan saban waktu dia menunggu Danish hadir supaya dia tidak perlu tebal muka menghadapi sindiran Puan Hartimah, mak long Danish. Wanita yang sudah berumur separuh abad itu sanggup datang ke hospital semata-mata untuk menyindir dan memaki hamunnya. Jika Iman fikirkan kembali kenapa Danish hendak menjenguknya sedangkan sewaktu datuknya meninggal pun lelaki itu tidak balik ke Malaysia. Namun ini ruang buat Iman membalas dendam rasa sakitnya, lalu untuk apa dipersiakan.
Danish terpempan. Egonya tercabar. Direnungnya wajah Iman yang seakan tidak berperasaan. Hanya mata jernih Iman membayangkan isi hatinya. Masih jujur untuk menjadi pencerita bahang hati si pemiliknya. Dia tahu Iman tidak rela. Dia tahu Iman mencintainya. Dia tahu Iman masih menunggunya. Dia akui semua itu kerana dia pernah membaca diari Iman ketika bermalam di hospital. Setiap malam dia membaca apa yang dicatatkan oleh Iman. Setiap orang yang datang melawatnya dan sebaris ayat yang menjadi penutup kisah harian Iman.
AIMAN DANISH... KUTUNGGU KEHADIRANMU...
Diari lama Iman yang diambil selepas akad nikah masih dalam genggamannya.
"Hmmm.... Kalau tak lupa, baguslah. By the way selamat bekerjasama." Danish menghulurkan tangan. Sengaja Danish berkata begitu untuk menduga. Perubahan riak pada wajah Iman membuatkan Danish yakin kata-kata Iman tadi sebenarnya tidak bermaksud apaapa. Hanya sekadar untuk membuatnya marah.
Iman teragak-agak menyambut huluran salam itu. Pasti ada sesuatu. Lebih-lebih lagi dengan senyuman penuh muslihat di bibir Danish. Namun tangan itu tetap disambut apabila Danish mengangkat kening mencabar. Lama tangan Iman dalam genggaman. Iman pula sedaya upaya menarik tangannya. Melihat isyarat mata Danish, Iman tahu lelaki itu mahu dia mencium tangannya. Mahu tak mahu dia lakukan juga.
"Ini sebagai peringatan. Selagi I tak lafazkan apa-apa you tetap isteri I. Jangan lupa tu. Ops... sebelum I pula yang terlupa, I nak bagi tahu you yang I takkan pernah lafazkannya. I takkan lepaskan you. Jadi bersedialah untuk jadi Mrs. Aiman Danish untuk seumur hidup you." Danish tersenyum angkuh. Terasa dirinya menang. Danish memang sengaja mahu menyakiti hati Iman. Mencabar kewibawaannya.
"Bercerai bukan satu-satunya jalan untuk berpisah." Perlahan ayat itu terpacul dari mulut Iman. Lemah tetapi masih jelas kedengaran. Bukan niat untuk menyakitkan hati sesiapa, namun Iman berkata sesuatu yang jujur dari hatinya.
Danish tersentak. Dia tidak pernah terfikir tentang hal itu.
Ya, tidak semestinya mereka bercerai baru mereka berpisah. Mengikut haluan masing-masing juga dikatakan berpisah. Danish baru tersedar hal itu. Dia sudah tidak tahan lagi untuk berlama-lama di situ. Danish pantas berlalu pergi tanpa pamitan.
Iman mengeluh. Ingin menyakitkan hati Danish namun hatinya sendiri telah lama terluka. Sanggupkah dirinya meninggalkan kebahagiaannya sekarang" Dan kuatkah dirinya nanti"
DANISH memandang ke luar biliknya. Panorama bangunan pencakar langit menjadi tatapan matanya. Kata-kata Iman menusuk ke kalbunya. Iman benar, bukan hanya lafaz cerai yang boleh memisahkan mereka. Kalau benar Iman bertindak pergi dari lingkungan keluarganya, Iman akan bebas daripadanya. Bebas ke mana sahaja. Bebas bergaul dengan siapa sahaja dan bebas bercinta dengan sesiapa pun. Memikirkan hal itu Danish berasa tertekan. Sesak nafasnya.
Entah sejak bila bermula dan di mana ianya berlaku. Tetapi yang pastinya Danish memang menyayangi Iman. Hanya kerana ego dia tidak mengakuinya dahulu. Sejak melihat keteguhan dan ketabahan Iman membantu keluarganya di saat kemalangan yang meragut nyawa atuk dan abang iparnya tiga tahun lalu, Danish seakan terpukau pada Iman. Berjauhan tidak bermakna dia tidak peduli. Berdiam diri tidak bermakna dia tidak kisah. Perkembangan Iman di dalam koceknya. Setiap satunya dia tahu.
Danish yakin sesuatu perlu dilakukan. Iman sudah dirasakan terlalu jauh berubah. Jika dia tidak cepat bertindak. Tidak mustahil Iman akan terlepas ke tangan orang lain. Sekarang Iman sudah pandai membantah. Sekarang Iman sudah seperti tidak kisah dengannya. Dia tahu ini semua permainan Iman. Iman bagaikan mahu bermain tarik tali dengannya.
Baik. Kalau Iman ingin bermain tarik tali dengannya, Danish akan ikut rentak Iman. Danish akan sama-sama bermain. Ohh tidak... Danish tidak mengikut rentak Iman. Takut lain jadinya nanti. Danish suami, jadi Iman yang akan mengikut retak dia. Danish akan tukarkan permainan ini menjadi gelanggangnya. Iman perlu diajar agar patuh padanya. Danish akan pastikan dia menang dan Iman akan terus di sampingnya. Menjadi miliknya. Dia juga akan menjadi yang terpenting dalam hidup Iman. Kalau gadis di luar berebut untuk mendapat perhatiannya tidak mungkin Iman yang sememangnya menyayanginya akan mendiamkan diri. Iman... tunggulah!
Bab16 "DANISH...." Tanpa sedar nama itu terluah dari bibir Iman. Mug berisi air Milo disuakan ke bibir. Sengaja dia berlama-lama di pantri untuk menenangkan hatinya yang resah. Resah dengan kehadiran Danish yang tidak disangka sama sekali.
Iman masih dalam keadaan terkejut. Dia masih tidak percaya dan seakan tidak mahu percaya akan kemunculan Danish. Baru sejam lebih mengetahui Danish satu bumbung dengannya Iman sudah sesak nafas dibuatnya. Satu kerja pun tidak mendapat tumpuan. Kalau mengira, dia akan tersalah kira. Kalau menaip pasti banyak tersilap ejaan.
"Iman, awak panggil nama saya ye"" Danish yang muncul entah dari mana menegur Iman yang sedang khusyuk termenung.
Danish yang berdiri di belakang Iman hanya tersenyum manis saat itu. Suara Iman yang cukup dikenali melawati telinga ketika Danish ingin melangkah masuk ke pantri. Mulanya dia hanya berniat untuk mengejutkan Iman. Tetapi mendengar namanya disebut terdetik pula di hati untuk mengusik Iman.
Iman sedikit terkedu. Dia mengetap bibir tatkala mendengar suara Danish di belakangnya. Ingatkan dia masih bersendiri di pantri tetapi rupa-rupanya ada pula yang datang mengganggu.
Hesy... dari mana pula mamat ni muncul. Alamak, dia dengar ke aku sebut nama dia tadi" Hesy telinga dia ni super power betullah, Iman bermonolog di dalam hatinya.
Perlahan-lahan dia berpaling. Pasti Danish kini di belakangnya. Wajah yang selamba sedaya upaya dipamerkan. "Hmmm... tak sangka Encik Aiman ni perasan orangnya. Mana ada saya panggil awak. Okeylah, saya sambung kerja saya dulu."
Iman menahan malu. Dia berlalu dengan air Milo yang berbaki separuh di dalam mugnya. Saat dia ingin melepasi tubuh Danish, langkahnya terhenti. Satu tindakan yang tidak disangka olehnya telah dilakukan oleh Danish. Danish mengambil mug dari tangannya.
"Hmmm... yalah tu. Air ni untuk saya ya. Thanks." Dengan selamba Danish mengambil mug dari tangan Iman lalu dihirup perlahan.
Iman tidak sempat berkata apa, Danish sudah menghilang. Iman mengetap bibir, geram. Berani Danish mempelakukannya begitu.
DANISH membawa mug itu ke dalam biliknya. Beberapa orang memandang pelik padanya. Setiausahanya seperti terkedu melihatnya. Ekspresi wajah Zahlia membuatkan Danish berhenti seketika. Semua melihatnya seperti orang bersalah.
"Kenapa Zahlia" Awak tengok saya macam nak telan aja." Nada Danish seakan bergurau. Serius dalam bergurau.
"Itu mug Cik Iman, Encik Aiman. Nanti Cik Iman..."
Tidak sempat Zahlia menyudahkan ayatnya, Danish segera memotong.
"Oh... itu ke" Ingatkan apa. Saya share air dengan Iman. Satu lagi. Iman tu bukan cik tapi Puan Iman. Awak tolong minta fail peribadi Iman dari HR."
Danish pantas berlalu. Senyuman masih terukir di bibirnya. Langkah pertama telah diambil. Dia mahu semua orang tahu status Iman. Dia tidak akan ada pesaing.
Tadinya Zahlia ingin menegur Danish kerana sangkanya bahawa Danish tersilap mengambil mug Iman tetapi nyatanya dia yang dikejutkan dengan khabar bahawa bosnya itu berkongsi minuman dengan Iman. Dia tidak perlu meragui lagi kerana dia sendiri nampak kesan lipstik di bibir mug putih yang ada tertulis I LOVE U.
Tambah mengejutkan apabila Danish menyuruhnya memanggil Iman sebagai Puan Iman. Iman dah berkahwin ke"
Beberapa orang staf yang mendengar kata-kata Danish terus mendapatkan Zahlia. Semua tertanya-tanya kini. Bila masa Iman berkahwin" Kenapa mereka tidak tahu tetapi bos mereka yang baru sahaja sampai itu yang tahu. Pelik sungguh.
"Cik Iman dah kahwin ke, Zah" Kenapa bos panggil dia Puan Iman""
Salah seorang gadis di pejabat itu pantas bertanya.
Mereka yang lain hanya menunjukkan riak wajah ingin tahu yang tinggi. Inginkan kepastian. Mereka tidak mungkin tersalah dengar.
"Manalah aku tahu." Zahlia menjawab perlahan.
Seketika kelihatan Iman keluar dari pantri sambil membawa mug merah yang memang tersedia di pantri.
Semua mata ke arah gadis itu.
Iman merasa pelik kerana diperhatikan oleh kumpulan gadis di hadapan meja Zahlia.
"Kenapa"" Iman bertanya.
Bagaikan berjanji kesemua mereka memandang ke arah lain dan cepat-cepat kembali ke tempat asal.
Hmmm... ini sah-sah mengumpat ni, desis hati kecil Iman. Pantas Iman bergerak menuju ke dalam biliknya.
Bab 17 "ABANG dah bagi tahu Iman ke pasal Danish dah balik sini"" Tidak sabar-sabar Datin bertanya kepada suaminya yang duduk membaca akhbar di ruang tamu. Sejak Danish balik suaminya itu sudah jarang ke pejabat. Ambil cuti katanya.
"Hm... belum lagi. Imankan masih di Cameron. Kalau tak silap baru hari ni dia balik KL. Lagipun saya rasa biar mereka tahu sendirilah. Abang tengok mereka berdua tu pun macam tak kisah aja hal masing-masing. Danish ke sana. Iman ke situ. Entah ya entah tak mereka tu masih suami isteri," omel Dato Arif. Dia bosan kerana sering ditanya hal yang sama oleh isterinya. Matanya masih tunak membaca akhbar.
Jodoh Atau Cinta Karya Iman Nizrina di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
"Ada ke abang cakap macam tu. Macam suka aja mereka tu bercerai-berai," rajuk Datin Hajar. Dia pantang benar kalau isu kemungkinan Iman itu bukan lagi menantunya dibangkitkan.
"Abang bukan mendoakanlah, Jar. Abang pun tak nak mereka tu bercerai-berai. Bukan Hajar sorang yang sayangkan Iman tu. Abang pun dah sayangkan Iman tu macam anak sendiri. Dah banyak jasa dia pada kita ni. Anak kita sendiri pun tak ada layan kita macam mana Iman tu layan kita ni. Tapi Hajar tengoklah anak awak tu sejak dia balik sini, ada Si Danish tu tanya pada kita hal isteri dia. Ada dia tanya khabar Si Iman tu"" Dato Arif memandang serius wajah isterinya di sebelah.
"Betul juga kata abang tu. Danish langsung macam tak kisah pasal Si Iman tu. Agaknya Danish belum dapat menerima Iman lagi tak"" Giliran Datin Hajar bertanya kepada suaminya. Suram wajahnya. Benar juga kata suaminya itu.
"Yalah agaknya. Salah kita juga. Dulu masa mereka mula-mula kahwin kita bukan nak rapatkan mereka malah kita lagi suka kalau mereka berpisah. Si Danish tu pun awak racun fikiran dia yang bukan-bukan pasal Iman," sela Dato Arif. Dia kesal dengan apa yang pernah dilakukannya dahulu.
"Eh, abang ni nak salahkan Hajar pula. Jangan nak salahkan saya sorang aja. Awak pun sama juga. Dulu awak pun ada racun Si Danish tu. Lupa" Hm... tapikan bang, Hajar rasa Hajar tahu nak buat apa. Iman tukan taat pada kita. Nanti Hajar pujuk dia supaya berbaik-baik dengan Danish. Abang tengoklah nanti rancangan Hajar nak rapatkan mereka mesti berjaya punya." Senyuman Datin Hajar semakin melebar. Otaknya merencana pelbagai jalan untuk menyatukan dua jiwa itu. Arrisya perlu dihubungi segera. Anak sulungnya itu pasti boleh membantu menjalankan rencananya.
"Suka hati awaklah, Hajar. Jangan makin parah sudahlah. Menantu awak tu laku orangnya. Berebut orang nak buat Si Iman tu jadi menantu. Asal Hajar ingat itu sudahlah. Pasal Danish, Hajar tak perlulah bimbang. Tahulah abang nak uruskan macam mana nanti," ingat Dato Arif. Jauh di sudut hatinya mengharapkan rancangan isterinya itu berjaya.
"ASSALAMUALAIKUM. Risya, mama ni." Tanpa membuang masa Datin Hajar terus menghubungi anak sulungnya. Anak sulungnya itu diperlukan dalam misinya ini. Dengan bantuan daripada Arrisya tentu lebih mudah untuknya mempengaruhi Iman.
"Waalaikumusalam, mama. Mama sihat"" Arrisya yang tahu Datin Hajar menelefonnya itu bertanya khabar. Pasti mamanya menyuruh dia membawa Jehan pulang hari ini. Bukan Arrisya tidak tahu setiap kali mamanya menelefon adalah kerana rindukan cucunya yang seorang itu.
"Sihat. Risya sihat" Cucu mama macam mana"" Datin Hajar tidak lupa bertanya perihal anak dan cucunya itu. Itulah satu-satu cucu dia buat masa ini. Pengubat kesunyiannya suami isteri.
"Sihat mama. Cucu mama pun sihat. Semakin nakal. Hujung minggu ni Risya bawa Jehan balik. Mama telefon ni sebab rindukan Jehan ya"" usik Arrisya. Kadang-kadang Arrisya kasihan melihat orang tuanya itu. Pasti papa dan mamanya kesunyian. Nak harapkan anak, mereka masing-masing sibuk dengan kerja. Nak harapkan cucu Jehan seorang itu sahajalah cucunya.
"Mama memang rindukan Jehan. Mama telefon ni sebenarnya nak minta tolong Risya." Datin Hajar terus mengutarakan hajatnya.
"Minta tolong apa, ma" Mama sakit ke"" Gusar pula perasaan Arrisya. Jarang mamanya meminta tolong.
"Eh, taklah. Mama nak minta tolong Arrisya pasal Iman dan Danish. Mama risaulah, Arrisya. Mereka tu langsung tak macam suami isteri. Sorang ke hulu sorang ke hilir. Danish tu sejak balik langsung tak bertanya hal Iman. Tak faham mama. Suami macam mana tu. Langsung tak tanya khabar isteri," omel Datin Hajar.
Arrisya di hujung talian tersengih.
Dahulu setahun dia bersama Iman di Liverpool, sudah tiada rahsia antara Iman dengannya. Hal kontrak pernikahan Iman dan Danish pun dia tahu. Jadi Arrisya langsung tidak terkejut kalau Danish dan Iman seperti orang asing. Suami isterikah mereka kalau ikatan itu hanya berpegang pada sekeping kertas yang langsung tidak bermakna pada Danish. Bagaimana hendak selesaikan kalau kedua-duanya menjunjung ego.
"Biarlah, mama. Dia orang berdua tu dah besar panjang, ma. Dua-dua dah boleh jadi mak bapak orang. Biarlah mereka selesaikan sendiri." Arrisya bukan tidak mahu bekerjasama tetapi dia malas hendak masuk campur. Baginya biarlah Iman mencari kebahagiaan sendiri. Dia tidak sanggup melihat gadis itu terus menderita.
"Sebab dah besar panjanglah mama nak ajak Arrisya tolong satukan mereka. Arrisya nak ke kalau Iman tu keluar dari keluarga kita. Kalau jodoh mereka tak panjang kemudian Iman kahwin lain macam mana" Kalau suaminya tak kisah Iman tu rapat dengan kita tak apa. Kalau suami barunya nanti tak suka lepas tu dikongkongnya Iman tu tak ke aniaya. Arrisya nak Iman pergi dari keluarga ni ke"" provok Datin Hajar. Dia memang awal-awal lagi sudah bersedia dengan hujahnya yang panjang lebar itu. Walaupun agak termengah namun demi meyakinkan anak perempuannya itu, Datin Hajar gagahkan juga.
Arrisay terdiam memikirkan kata-kata mamanya. Benar juga kata Datin Hajar itu.
"Mama, Risya yakin Iman tu tetap rapat dengan kita walau apa pun yang terjadi. Risya kenal Iman tu macam mana orangnya." Arrisya cuba memujuk hati mamanya sekali gus cuba untuk melegakan hatinya sendiri.
"Itu mama tahu, Risya. Tapi perempuan ni kalau dah ada suami mesti lebih utamakan suami dia dulu. Lagi-lagi Iman tu budak baik. Taat orangnya," balas Datin Hajar lagi. Dia sedaya mungkin cuba memujuk Arrisya menyertai pakatannya.
"Habis tu mama nak buat apa" Nak suruh Risya buat apa"" Akhirnya Arrisya mengalah. Termakan juga dengan pujuk rayu mamanya.
Datin Hajar tersenyum menang. Di benaknya telah merencana pelbagai rancangan untuk menyatukan kembali hubungan Danish dan Iman.
"Malam ni Risya datang rumah mama. Kita bincang. Mama rasa kita perlu rancang sesuatu untuk tolong mereka." Datin Hajar mengajak Arrisya ke rumah untuk berbincang. Bagai satu pakatan besarlah pula.
"Baiklah, mama. Pukul berapa mama nak Risya balik"" Arrisya hanya menurut perintah. Dia rasa tidak salah menolong mamanya. Bukan rancangan jahat pun. Rancangan untuk mengukuhkan lagi masjid yang terbina. Harapnya berjayalah rancangan ini. Biarlah kali ini keluarga mereka pula memberi sedikit kebahagiaan buat Iman.
"Risya datanglah lepas maghrib. Makan malam kat sini terus. Bawa Jehan sekali. Mama rindu sangat dengan dia." Datin Hajar memberi kata putus.
"Baiklah mama. Dalam pukul lapan Risya sampai. Assalamualaikum." Arrisya bersetuju. Dia memberi salam sebelum memutuskan talian.
Bab 18 HAKIM memberi senyuman tulus kepada Zila pembantu Iman yang berselisih dengannya di hadapan pejabat Iman. Kehadirannya sudah menjadi satu kebiasaan di situ. Setiap pekerja di situ telah mengenalinya. Hakim sudah beberapa kali datang ke pejabat Iman. Dia ingin mengajak Iman makan tengah hari. Kadangkala ada juga Hakim menjemput Iman balik. Dengan keramahan doktor muda itu pasti disenangi oleh pekerja bawahan Iman.
"Assalamualaikum. Busy ke"" Hakim muncul di sebalik pintu apabila ketukannya disambut dengan arahan masuk. Dahulu dia jarang mengetuk pintu namun setelah kejadian dia menerjah masuk ketika Iman ada tetamu, Hakim tidak pernah lupa untuk mengetuk pintu. Tanpa perlu dipelawa Hakim segera duduk berhadapan dengan Iman.
"Waalaikumusalam. Taklah sibuk sangat. You nak minum apa-apa ke"" pelawa Iman. Menawarkan minuman buat tetamunya.
"No. Thanks. I datang ni nak ajak you lunch."
"Okey. Tapi you kena tunggu sekejap. I nak kemas barang dulu. Kita pergi berdua aje ke" Kak Risya mana""
"Hmmm... dia tunggu kita kat butik. I ni pun dari butik tadi. Nak ajak you kenalah jemput you. Kalau suruh you ambil teksi alamatnya kebulurlah kami nanti," seloroh Hakim. Tahu fobia ataupun post trauma Iman selepas kemalangan itu.
"Oh... you mengata I. You tak kerja ke" Asyik berkepit aja dengan akak I tu"" Iman pula mengusik. Dia gembira kerana akhirnya Arrisya bertemu pengganti arwah Abang Johan. Dia akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Arrisya.
Iman tahu benar kemesraan antara dua sejoli itu. Rasanya tidak lama lagi rumah agam Dato Arif akan ada majlis pernikahan. Hakim memang serius sayangkan Arrisya dan dia tahu Hakim boleh menjaga Arrisya dengan baik. Syukur juga kerana keluarga Hakim boleh menerima keadaan Arrisya yang berstatus janda beranak satu itu. Jehan pun mesra dengan Hakim malah memanggil Hakim dengan panggilan abah.
"Balas dendam nampak." Hakim membalas usikan Iman. Hakim tersengih mendengar usikan Iman itu. Iman memang suka mengusiknya dan Arrisya. Ada sahaja modal gadis itu kalau bab menyakat mereka.
Mendengar balasan daripada Hakim, Iman tersengih. Dia mengangkat kening tanda menang. Akhirnya ketawa mereka berdua meletus serentak. Meriah suasana di dalam bilik Iman.
"I on call. You pun cepatlah sikit. I lapar ni," gesa Hakim. Sebagai seorang doktor waktu kerja Hakim sememangnya tidak menentu.
"Sekejaplah. I kemas barang sekejap. Youlah dari tadi ajak I berbual," usik Iman lagi.
Hakim hanya menggeleng sambil ketawa kecil dengan lagak Iman. Kadangkala Iman seperti budak-budak perangainya. Hakim sudah masak benar hal itu.
Iman mengemas harta bendanya. Segala yang penting dimasukkan ke dalam beg tangan.
"Dah siap. Jom," ajak Iman. Dia tidak mahu Arrisya lama menanti mereka nanti. Pantas Iman berdiri diikuti Hakim.
Serentak itu pintu yang memang terbuka dari tadi diketuk perlahan. Tersembul wajah Danish.
"Hai. I datang salah masa ke"" Nada Danish itu seakan menyindir tatkala melihat wajah kedua-duanya terpaku. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.
"Hmmm... ya. Kami baru nak pergi lunch. Anything" Better make it very fast. I dah nak keluar ni," tanya Iman penuh formaliti. Langsung tidak ada perasaan. Iman memang tiada perasaan kalau di hadapannya itu lelaki yang bernama Danish.
"Nothing. Saja nak pulangkan mug you. Thanks for the Milo. By the way, who is he" Our client"" tanya Danish sambil matanya tunak memandang wajah Hakim. Matanya memandang seolah-olah Hakim adalah pesaingnya.
Danish lebih berminat pada Hakim di saat ini. Hatinya sakit dan cemburunya sudah memuncak. Hanya ego yang menjadi tunggak kewarasannya sekarang untuk tidak melakukan sesuatu di luar batas. Sebenarnya tawa Iman dan Hakim tadi telah mengundangnya ke mari dan mug itu hanyalah alasan.
"Hakim, ni Encik Aiman Danish, CEO baru syarikat ini. Hakim, kenalkan Encik Aiman. Doktor Hakim kawan saya." Iman tanpa ada rasa bersalah memperkenalkan kedua-duanya. Iman pasti Danish tidak kisah. Siapalah dia di dalam hidup Danish. Dia bukan Maya.
Hakim menghulurkan tangan dan dapat merasakan huluran tangannya disambut dingin oleh Danish. Mungkin Danish sudah salah faham dari cara Iman memperkenalkannya tadi. Hakim tahu siapa Danish. Dia juga tahu status Danish dan Iman. Tahu kisah Danish dan Iman. Dengan status Danish sebagai suami pada Iman pasti salah faham berlaku memandangkan cara Iman memperkenalkan mereka tadi.
"Kalau tak ada apa-apa lagi kami minta diri dulu, Encik Aiman. Jom Hakim." Tidak sabar Iman meminta diri. Selamba dia mengajak Hakim dengan mesra. Danish sendiri pula tidak menghalang hanya mengangguk. Dia hanya melihat isterinya keluar dengan lelaki lain. Terasa dayus pula dirinya. Namun apa boleh dilakukan" Kenyataannya dia dan Iman bukan seperti pasangan lain.
Iman menarik nafas lega setelah sampai di lif. Matanya merenung pintu lif. Fokus. Seolaholah mencari keyakinan apa yang baru berlaku dan akan terjadi. Bergetar kuat jantungnya saat berjalan melintasi Danish tadi. Iman perasan padangan mata Danish seperti ingin menelannya. Walaupun Danish mengangguk seperti membenarkan namun Iman boleh merasakan aura kemarahan Danish. Kalau benar telahannya untuk apa Danish marah" Itu hak dia untuk keluar dengan sesiapa yang dia suka. Namun jauh di sudut hatinya terasa sedih kerana Danish tidak menghalangnya malah melepaskan dirinya pergi bersama lelaki lain.
Hakim hanya membiarkan Iman dengan dunianya sendiri. Dia tahu hati Iman berkocak hebat. Hakim juga yakin saat ini Danish tidak akan duduk diam. Mereka sebenarnya masih saling menyayangi tetapi tidak mahu menunjukkan perasaan sayang itu. Benar kata Arrisya, Danish dan Iman masing-masing menjunjung ego sendiri, masing-masing masih berperang dengan perasaan sendiri.
DANISH kembali ke pejabatnya. Pintu dihempas kasar. Sekarang waktu tengah hari namun seleranya sudah mati. Awal pagi tadi dia sudah berniat untuk mengajak Iman keluar makan tengah hari bersama tetapi niat itu hanya tinggal niat apabila isterinya itu dengan selamba sahaja keluar makan dengan lelaki lain. Sungguh, kini Danish merasakan dirinya bak makan hati berulam jantung. Danish sakit hati dengan lagak mesra Iman bersama Hakim. Kalaulah dia boleh meluahkan rasa sakitnya ini mahu terbalik dunia ini.
Dummm! Sebiji tumbukan dilepaskan ke atas meja kerjanya. Satu keluhan kasar terluah sebelum Danish melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk. Bagai terngiang-ngiang di telinga Danish tadi bagaimana Iman memperkenalkan dirinya. Dia hanya diperkenalkan sebagai CEO.
Dia harus bersemuka dengan Iman. Petang ini juga dia akan bersemuka dengan Iman. Sebelum itu dia akan menyelidik siapa Hakim. Doktor Hakim"
ZAHLIA masuk sambil menatang secawan teh untuk Danish. Itu memang rutinnya sejak Danish bekerja di sini seminggu yang lalu. Setiap kali selepas makan tengah hari dia perlu menyiapkan minuman buat Danish. Hanya satu yang Zahlia perasan hari ini. Dia perasan Danish tidak keluar sejak dia meminta kebenaran untuk pergi lunch tadi. Ada khabar angin menyatakan Danish bergaduh dengan Iman sehingga lelaki itu menghempas pintu siang tadi. Itu cerita daripada beberapa kakitangan yang tidak keluar makan tengah hari. Telah muncul gosip hangat di jabatan itu yang berbicara tentang Danish dan Iman. Kata mereka, bos baru mereka itu cemburu Iman keluar makan dengan Hakim. Cemburu sampai tidak keluar makan tengah hari. Hah... mulut orang bukan boleh percaya sangat.
"Encik, ini airnya. Encik nak apa-apa lagi ke"" tanya Zahlia berbasa basi. Wajah serius Danish membuatkan Zahlia cuak untuk bertanya.
"Tak. Awak boleh keluar!" Nada Danish yang begitu tegas menakutkan Zahlia.
Alamak, angin monsun bosnya bertiup agaknya. Tanpa pamitan Zahlia ingin keluar. Dia kan baru kena halau. Bimbang kalau berlama-lama di situ angin monsun Danish akan mengenai dirinya. Zahlia tidak mahu menempah bala percuma.
"Hm... Zahlia, tunggu sekejap. Saya nak tanya awak sesuatu." Danish mengangkat muka memandang Zahlia. Wajah takut-takut Zahlia dipandang.
"Ya, Encik." "Hakim... I mean Doktor Hakim. Awak kenal dia"" tanya Danish. Danish ingin mengorek daripada Zahlia. Ingin tahu kebiasaan Hakim datang ke sini bertemu Iman. Danish yakin tadi bukan kali pertama Hakim datang ke Wisma Mega untuk bertemu Iman.
"Oh... Doktor Hakim. Kenal. Rasanya semua pekerja kat divison ini kenal Doktor Hakim. Dia kawan Cik Iman," jawab Zahlia jujur. Kala ini otaknya memikirkan kebenaran gosip yang didengarnya tadi. Betul agaknya gosip itu kalau tidak takkan Danish bertanya tentang Doktor Hakim padanya.
" Jadi Hakim selalu datang sinilah"" Jawapan Zahlia tadi mengundang sesak di dada Danish. Bertambah darjah cemburunya.
"Hmmm... tak selalu, tapi selalulah juga."
"Macam mana ni" Tak selalu tapi selalu""
"Eh... macam ni Encik Aiman. Dulu jaranglah juga. Tapi selepas Cik Iman kemalangan Doktor Hakim selalu juga hantar dan ambil Cik Iman. Kadang-kadang keluar makan. Cik Iman agaknya masih trauma sejak kemalangan tu sebab tu Cik Iman tak memandu. Kalau tak ada Doktor Hakim pun Cik Iman naik teksi. Kalau tak pun Puan Arrisya yang hantar dan ambil dia. Doktor Hakim tu baik orangnya." Zahlia menjelaskan lagi kedudukan sebenar.
"Hmmm... okey. Awak ada nombor handset dan alamat Iman sekarang" Saya nak."
Danish sudah tidak sanggup mendengar cerita Iman dan Hakim. Dia pantas bertanya tentang alamat dan nombor telefon Iman kerana maklumat itu dibiarkan kosong di dalam borang butir peribadi pekerja milik Iman.
Pertanyaan itu membuatkan Zahlia tersenyum.
"Ada, tapi Cik Iman ada dua. Satu nombor handset khas untuk urusan pejabat dan satu cuma untuk famili dia. Nanti saya bagi encik nombor yang dia guna untuk business. Tapi kalau dia cuti dia jarang on nombor tu. Kalau nombor satu lagi tu saya tak beranilah nak bagi, Encik Aiman. Takut Cik Iman marah nanti." Zahlia awal-awal lagi memaklumkan perkara itu kepada Danish. Wajah Zahlia jelas serba salah.
"Awak bagilah dua-dua. Susah saya nak cari nanti kalau ada apa-apa. Sekejap lagi saya pergi cakap dengan dia sendiri. Kenapalah ada peraturan nombor untuk business dengan keluarga macam tu. Menyusahkan aja," omel Danish.
"Biasalah, Encik Aiman. Cik Iman tu banyak peminat. Kadang-kadang dapat juga kami merasa bunga dan coklat free daripada Cik Iman. Daripada peminat dia, tapi Cik Iman selalunya bagi sama rata kalau tak pun buat hiasan bilik mesyuarat. Cik Imankan baik, Encik Aiman." Lancar mulut Zahlia bercerita. Tanpa sedar cerita Zahlia membuat Danish menahan nafas. Cemburu dan merasa tergugat. Rupa-rupanya banyak kumbang yang sedang mengintai bunganya itu.
"Baik pun nak buat apa" Dia tu dah jadi hak orang. Iman mana" Dia dah masuk pejabat belum" Awak keluar ni tolong panggil dia," tegas suara Danish. Nampaknya angin monsun sudah kembali bertiup.
"Cik Iman tak ada. Dia tak masuk petang ni. Cik Iman cuti setengah hari ni. Kalau Encik nak cari dia sekejap lagi saya bagi nombor telefon dia." Takut-takut Zahlia memberitahu.
"Dia cuti"" Tinggi suara Danish mengejutkan Zahlia.
"Ya. Cik Iman telefon kata dia cuti tadi." Cepat sahaja Zahlia mengemukakan fakta tentang cuti Iman. Takut dirinya dimarahi.
"Okey. Tak apa. Awak ambil nombor dia sekarang."
Tergesa-gesa Zahlia melaksanakan arahan Danish. Takut kena marah. Sekejap sahaja mood Danish sudah berubah. Sekejap baik sekejap monsun. Hmmm... beginilah nasib jadi kuli.
Bab 19 IMAN termenung di balkoni kondominium miliknya. Sengaja dia meminta Hakim menghantarnya pulang selepas makan tengah hari tadi. Sesungguhnya dia tidak ada mood untuk ke pejabat. Kehadiran Danish benar-benar mengganggu ketenteramannya. Lebih baik dia balik daripada membuang masa di pejabat. Bukannya dia boleh membuat apa kerja pun. Zila dan Zahlia sudah diberitahu tentang cutinya. Memikirkan kembali tentang kepulangan Danish, Iman hanya ada enam bulan lagi untuk terus hidup dalam keluarga Dato Arif dan Datin Hajar. Dia perlu memikirkan cara bagaimana untuk keluar dari keluarga itu tanpa menyakiti hati sesiapa.
Hati... Iman bertanya pada hatinya. Sanggupkah hatinya ini meninggalkan segala yang dimilikinya sejak tiga tahun ini" Iman tahu bukan mudah untuk ibu bapa mentua menerimanya. Jika tidak kerana kemalangan dahulu dan jika tidak kerana rasa terhutang budi pada dirinya mungkin ibu dan bapa mentuanya itu masih belum boleh menerimanya seperti sekarang. Iman sedar Dato Arif dan Datin Hajar mula berbaik dengannya setelah kemalangan itu terjadi. Itu pun atas budinya membantu memberi semangat di kala keluarga itu memerlukan seseorang untuk terus menyokong agar mereka boleh berdiri. Kalau tidak disebabkan itu mungkin kedinginan masih membalut hubungan mereka. Dia tidak kisah itu. Dia tahu kedua dua tua itu menyayanginya. Sekarang dia terpaksa pergi dari lingkungan kasih mereka. Sanggupkah dia meninggalkan kebaikan mereka"
Ini semua untuk kebahagiaan keluarga itu. Dato Arif dan Datin Hajar lebih perlukan Danish, anak mereka daripada dia yang hanya bergelar menantu. Danish... lelaki itu sudah banyak berubah dan lelaki itu mula bercakap dengannya. Tetapi itu semua tidak menyentuh hatinya. Hati Iman sudah terlalu beku. Dahulu sejujurnya dia pernah mengharapkan Danish menjadi raja hidupnya. Mengharapkan Danish memberi pelangi bahagia lantas dia akan memberikan kesetiaan. Lalu Iman mengharapkan masa akan menyatukan mereka seperti kisah dalam novel yang dibacanya.
Novel, dahulu Iman suka membaca novel. Itu membuatkan Iman memasang angan-angan untuk bahagia di samping Danish. Novel yang mengganggu kewarasan Iman sehingga menerima pernikahan ini. Novel yang membuatkan dia terus berfantasi. Kahwin paksa kemudiannya si suami jatuh cinta kerana kelembutan dan kesabaran si isteri dan akhirnya hidup bahagia. Betapa bodoh dirinya mempercayai itu semua. Dia sendiri cuba berbaik. Cuba sabar dengan Danish sebaik selepas mereka bernikah. Dia cuba meyakinkan dirinya sebagai isteri Danish dan Danish akan jatuh cinta padanya. Tetapi kemesraan Danish bersama Maya membuatkan Iman sedar dirinya silap.
Kini Iman sedar ini adalah dunia yang nyata. Bukan novel. Bukan drama. Tidak mudah untuk menyemai cinta antara dua hati. Tidak mudah untuk seseorang itu jatuh cinta. Cinta... cinta memang tidak pernah wujud di antara mereka. Siapa yang akan mencintai jika penyatuan atas dasar paksaan. Siapa akan jatuh cinta jika masa sentiasa memisahkan mereka. Siapa yang akan jatuh cinta jika jarak sentiasa menjauhkan mereka. Orang yang berkawan bertahun pun belum tentu akan saling jatuh cinta. Inikan apa yang terjadi di dalam kes dia dan Danish. Lagilah mustahil. Tidak mudah untuk membenihkan cinta di dalam dua hati. Beratus kesabaran, beribu kebaikan malah berjuta kesetiaan sekalipun belum tentu boleh mencambahkan cinta di hati seseorang. Satu yang pasti ialah rasa terhutang budi. Iman tidak mahu sayang itu hadir kerana budi. Jadi Iman pasti hanya satu yang ada pada mereka hanyalah jodoh.
Jodoh... ya jodoh yang masih kuat membuatkan dirinya masih bergelar isteri Danish sehingga saat ini. Jodoh yang membuatnya bernikah dengan Danish atas dasar budi yang ditabur dan tidak ketinggalan angan percintaan ala novel yang pernah diidamkan dahulu. Jodoh yang menyebabkan Danish menerimanya kerana harta. Ahhh... baru hari ini Iman sedar yang dia dan Danish bersatu atas dua sebab yang berbeza yang membuatkan dia dan Danish jauh pada hari ini dan akan jauh untuk selama-lamanya. Esok Iman akan berhadapan dengan Danish lagi. Bukan hanya untuk esok tetapi untuk setiap hari dalam tempoh enam bulan ini. Iman sudah tidak boleh lari lagi. Suka atau tidak dia perlu berhadapan dengan semua ini. Iman perlu belajar menerima Danish dalam hidupnya untuk enam bulan ini. Iman perlu belajar membiasakan diri dengan Danish di pejabat. Bagaimana atau apa caranya terpulanglah pada dirinya sendiri untuk memikirkan hal itu.
Bab 20 "TERMENUNG lagi." Amran sengaja mengejutkan Danish dari belakang. Malam ini Danish mengajaknya lepak di kondo milik Danish. Amran pantas bersetuju dengan ajakan itu apabila memikirkan isterinya bekerja syif malam.
Isteri Amran, Wati juga merupakan seorang doktor sepertinya. Mungkin kerana profesion yang sama membuatkan dia tidak kisah tentang aturan waktu kerja isterinya. Cuma yang merisaukan sekarang adalah keadaan isterinya yang berbadan dua. Anak pertama pula. Setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga barulah mereka dikurniakan cahaya mata.
"Aku tak tahulah, Am. Aku sakit hati sangat hari ini. Cuba kau bayangkan pagi-pagi lagi aku jumpa lelaki lain dalam pejabat dia. Tapi tak apalah Hilmi tu satu pejabat. Lagipun lelaki tu dah ada anak bini. Aku tak berapa nak kisah la sangat. Itu dah satu hal. Lepas tu tengah hari dengan selamba pula dia pergi makan dengan lelaki lain pula. Mahu tak pecah dada aku ni, Am. Dia isteri aku, Am." Untuk kali entah keberapa Danish mengadu. Sampai sahaja Amran di kondo ini petang tadi dia sudah mendengar cerita yang sama dari mulut Danish. Ingin sahaja dia menempelak Danish tetapi tidak sampai hati pula apabila melihat wajah Danish seperti tertelan biji durian itu.
"Dahlah tu, Danish. Kau ni janganlah fikirkan sangat. Kan Iman dah kata lelaki yang keluar makan dengan dia itu kawan dia. Aku rasa Iman tahu kedudukan dia sebagai isteri kau. Kalau dia nak buat hal. Dari dulu lagi dia dah buat. Kalau tengok keadaan hubungan kau dengan dia. Tak ada masalah dia nak minta taklik dari kau. Berapa tahun kau biar dia hidup sorang di Malaysia ni." Akhirnya Amran cuba berdiplomasi dengan Danish. Cuba membuat Danish berfikir.
"Entahlah, Am. Aku tak tahu nak fikir apa lagi. Aku sakit hati tahu tak" Kau tahu dia letak apa dalam borang butir peribadi. Status dia bujang. Satu pejabat panggil dia cik. Dia langsung tak hargai aku sebagai suami dia," luah Danish lagi. Dia benar-benar tidak puas hati.
Mahu sahaja Amran ketawa. Danish bercakap seperti dia pernah menghargai Iman. Amran tahu Danish sayangkan Iman tetapi Amran juga tahu, Danish tidak pernah mahu menunjukkan kasih sayang itu pada Iman. Harus bagaimana untuk Iman menghargai Danish" Jadi dalam masalah ini Danish tidak boleh menyalahkan Iman seratus peratus.
"Danish. Danish. Aku nak tanya kau. Sebelum ni kau pernah ke hargai Iman" Kau biarkan dia sendiri kat sini dan kau pula nun kat London. Sebenarnya aku ni terkejut bila tahu Iman tu masih begelar isteri kau. Kalau perempuan lain dah lama kau dapat surat dari mahkamah rasanya. Kau sendiri tak pernah nak hargai dia tapi nak diri kau dihargai. Itu tak adil namanya."
Mahu tak mahu Amran terpaksa juga menempelak Danish. Biar sahabatnya itu tersedar sedikit dari lamunannya.
Dulu bukan dia tak pernah menasihati Danish. Dah berbuih mulutnya menyuruh Danish balik ke Malaysia memperbaiki hubungannya dengan Iman. Tetapi Danish degil. Kononnya hendak kejar pengalaman di negara orang. Tidak faham betul Amran. Sekarang ini Danish hendak marah pula.
"Aku sayang dia, Am. Kau tahukan selama ni walau aku jauh daripada dia tapi aku setia pada dia...." Lirih nada Danish mengakui kasihnya buat Iman. Ya, memang dia silap kerana membiarkan Iman jauh daripada dia selama ini. Tetapi itu bukan alasan untuk Iman memperlakukannya sebegini. Itu telahan Danish.
Amran tersenyum. Benarlah cinta boleh membuatkan seseorang itu lemah. Lihatlah Danish di hadapannya ini bercakap seperti remaja yang baru menyemai cinta. Langsung tidak matang.
"Aku tahu kau sayangkan dia, tapi Iman tahu tak yang kau cintakan dia. Kau sendiri tak pernah nak tunjukkan kasih sayang kau pada dia. Macam mana Iman nak tahu yang kau sayangkan dia. Iman gadis biasa, Danish. Tentu saja ingin disayangi. Kau tak boleh salahkan dia juga. Sekarang kau perlu tunjukkan kasih sayang kau pada dia. Berikan dia keyakinan. Insya-Allah, kalau dia jodoh kau hingga ke akhir tak ke mana perginya Iman tu. Kau sendiri kata pada aku dulu yang kau yakin Iman tu sayangkan kau, kan"" ujar Amran bernas. Kalau dengan orang sedang angau ini kena betul caranya untuk memberikan pendapat.
Kata-kata Amran itu Danish terima dengan hati yang terbuka. Ada benarnya hujah kawan baiknya itu. Bukan ada benarnya tetapi seratus peratus kebenarannya. Ya, Danish tidak boleh salahkan Iman sahaja. Dia juga turut bersalah dalam hal ini. Sekarang dia perlu pujuk Iman dan buktikan pada Iman yang dia cintakan isterinya itu.
Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan novel JODOH ATAU CINTA di rangkaian kedai buku MPH, POPULAR dan kedai-kedai berdekatan anda.
Harga Semenanjung: RM19 Ahli KN: RM15 Harga sabah Sarawak: RM22 Ahli KN: RM18
SINOPSIS Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan Tengku di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato Arif bapa mentuanya.
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masingmasing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta" Yang mana hak mereka.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:http://www.kakinovel.com atau untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/kiriman wang atas nama:KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, D Wangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:03-4149 0096 No. Faks:03-4149 1196 Admin@kakinovel.com
" Hmmm... dah baik pun. Kisah sebulan lepas. Cerita dah basi pun. Kenapa, you kecewa I masih ada kat sini"" sindir Iman.
" Entahlah, Am. Aku tak tahu nak fikir apa lagi. Aku sakit hati tahu tak" Kau tahu dia letak apa dalam borang butir peribadi. Status dia bujang. Satu pejabat panggil dia cik. Dia langsung tak hargai aku sebagai suami dia," luah Danish lagi. Dia benar-benar tidak puas hati.
Disediakan Oleh http://www.penulisan2u.my
Geger Di Lembah Tengkorak 2 Merah Muda Dan Biru Karya Bois Cinta Bernoda Darah 2
Mandarin Cersil Mandarin
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama