Tak Mungkin Kuhindar Karya Ana Sofiya Bagian 1
Tak Mungkin Kuhindar Ana Sofiya 1 PERJALANAN menaiki STAR LRT di waktu petang begini, amat merimaskan gadis
manis itu. Orang ramai sudah bersesak-sesak. Inilah suasana yang sangat tidak
digemarinya. Dalam kesesakan itu pasti ada yang cuba mengambil kesempatan. Bimbang
diri tidak berkesempatan untuk mengelak.
Sesekali, jam di tangan diintai. Hati semakin lega. Tinggal dua stesen sahaja lagi
sebelum dia sampai ke destinasi. Dia mengarahkan pandangan ke luar cermin kaca.
Hanya bangunan-bangunan bertingkat yang kelihatan. Puduraya, Masjid Jamek...
Akhirnya, dia turut berdiri untuk melangkah turun meninggalkan kereta api laju itu.
Maria terus mengatur langkah. Dia ingin pergi ke Restoran KFC yang berada di
sebelah Kompleks Pertama. Adiknya, Mazlan, sedang menunggu dia di situ.
Sambil melangkah, mata memerhati sekeliling.
Berhampiran tempat pejalan kaki itu ialah sebuah kawasan parkir kereta. Di
kanannya terletak bangunan KWSP. Nadi Kuala Lumpur ini sangat sibuk. Kenderaan
pula sentiasa bertali arus. Tidak berhenti-henti.
"Maria! Tunggu!"
Maria berhenti melangkah.
Silap dengarkah dia" soal Maria sendiri. Namun, bila sekali lagi namanya dilaung,
dia menoleh ke belakang. "Wan"" Lelaki itu tersenyum meleret.
"Lajunya awak jalan, Lia. Hampir-hampir saya tak dapat cari awak tadi," ujar
lelaki bernama Irwan itu dengan lelah yang masih berbaki.
"Awak ikut saya""
"Dari Stesen Cempaka lagi. Tapi saya tak dapat datang dekat dengan awak.
Ramai sangat orang dalam LRT tu tadi. Jadi, bila nampak awak turun, saya pun turun
samalah!" Irwan memberitahu.
"Awak nak apa lagi ni"" soal Maria garang.
Irwan tersengih. "Hei, janganlah garang sangat. Awak kan buah hati saya" Dah
lama kita tak jalan sama-sama. Hari ni saya ingat saya nak belanja awak makan."
Maria cuba menahan rasa marah, namun suaranya bergetar bila membalas, "Kita
dah putus, Wan! Saya dengan awak dah tak ada hubungan dah. Lagipun awak tu dah
kahwin. Marah Aliza nanti kalau dia nampak awak dengan saya."
Memang mereka pernah bercinta tapi itu kisah lama. Kisah yang sudah menjadi
sejarah. "Lia, saya masih sayangkan awak. Saya tak boleh lupakan awak. Sayang, saya
nak kita bersama semula. Apa pun syarat awak nak beri, saya akan ikut. Asalkan awak
sanggup terima saya semula," rayu Irwan bersungguh-sungguh.
Maria ketawa. Lelucon apakah ini" Lelaki yang begitu mudah meninggalkannya,
kini mengaku masih lagi mencintainya. Aduhai, memang lucu!
"Wan, berapa lama dah awak kahwin" Rasanya baru tiga bulan, kan" Baru sangat
lagi! Macam mana awak boleh cakap macam tu""
"Sumpah, saya tak tipu!"
"Jangan nak bohonglah, Wan! Apa pun awak cakap, saya tak akan percaya dah.
Maaflah!" "Lia, tolonglah. Saya tak bohong! Saya memang..."
Kesabaran Maria semakin nipis. Dia benci lelaki ini.
"Dah berapa kali saya cakap dengan awak, hah" Jauhkan diri awak tu daripada
saya. Saya tak nak tengok muka awak lagi. Takkan itu pun awak tak faham"" ujar Maria
kasar. Irwan tersentak. Dia tidak menyangka Maria akan marah sampai begini. Dia rasa
malu bila orang-orang yang lalu-lalang berhampiran mereka memandangnya dengan
senyuman sinis. "Kenapa cakap macam tu, Lia" Takkanlah tiba-tiba aje awak bencikan saya."
Maria mengeluh. "Irwan! Dengar sini... Apa yang saya rasa ni bukan tiba-tiba aje
datangnya, tau. Dah awak tipu saya, dah awak buruk-burukkan nama saya... Awak ingat
saya ni apa" Bodoh sangat nak setia pada awak" Bodoh sangat nak terima awak balik""
Irwan ketawa. Sukar untuk dia percaya akan apa yang baru didengarinya. Maria
yang dia kenali bukan seorang yang keras hati begini.
"Jangan tipu saya, Lia. Saya tahu, awak masih sayangkan saya. Awak sengaja
cakap macam tu untuk buat saya marah, kan"" soal Irwan tidak mahu mengalah. Tangan
Maria disambar sebelum sempat gadis itu mengelak. Segera dikucupi. Sepasang matanya
galak memerhati wajah yang sudah merona merah.
Maria cuba menarik tangan yang digenggam, namun tidak berjaya. Kerana marah,
disepaknya kaki Irwan. Irwan terjerit lantang. Dahinya berkerut-kerut menahan sakit. "Kenapa awak
tendang kaki saya ni" Sakit, tahu!" desahnya.
"Padan muka awak! Ikut suka awak aje nak p
egang-pegang tangan saya. Wan,
awak pun tahu bukan awak sorang aje lelaki dalam dunia ni, banyak lelaki lain lagi yang
mahu saya jadi kekasih dia orang," balas Maria dengan sinis.
"Maksud awak" Awak dah ada teman lelaki baru" Saya tak percaya! Tak
mungkin!" Geram sungguh rasa hati Maria mendengar kata-kata Irwan itu. Tak percaya"
Kenapa" Dia ingat aku ni anak dara tak laku ke" gumam Maria.
"Awak tipu saya, kan""
Soalan itu semakin membangkitkan kemarahan Maria.
"Tak, saya tak tipu. Saya memang dah ada pengganti awak. Kami janji nak jumpa
kat sini," balas Maria.
"Eleh, kalau betul, mana dia"" soal Irwan dalam rasa tidak percaya.
Maria membalas dengan yakin. "Kenapa" Awak nak jumpa dia ke""
"Tentulah! Awak takut ke" Mana tahu, entah-entah awak sengaja buat cerita..."
jawab Irwan sambil tersenyum-senyum.
Maria mendengus kasar. Kalaulah Irwan tahu bahawa tekaannya itu tepat... masak
dia dibuatnya. Namun, dia sudah terlepas cakap. Nasiblah...
Lelaki" Di mana harus dia mencari seorang lelaki saat ini" Hendak menelefon
Mazlan" Mazlan, adiknya. Tentu sahaja Irwan dapat melihat persamaan antara mereka.
Habis tu" Mata Maria melingas ke kiri dan ke kanan. Mencari seseorang yang boleh
membantunya. Mana dia" Mesti ada! Mesti ada kat sini.
Saat itu Maria membayangkan wajah lelaki idamannya. Perawakan lelaki yang
didambakan untuk menjadi suaminya suatu hari nanti. Tinggi, tegap, segak, sasa, maco,
hmm... Maria mengukir senyum. Lelaki yang digambarkan itu sedang berdiri tidak jauh
daripada dirinya dan Irwan. Lelaki itu sedang membelakangi mereka. Lelaki yang baru
sahaja turun dari kereta CRV berwarna merah hati.
"Hah, itu pun dia dah sampai! Betul ni awak nak kenal dengan dia" Kalau betul,
awak tunggu sini, ya. Nanti saya ajak dia jumpa awak."
Tanpa berlengah, Maria bergegas untuk pergi mendapatkan lelaki yang sedang
menanggalkan kot yang dipakai. Hati berdebar memerhati betapa kemas baju kemeja
lengan panjang berwarna biru tua yang tersarung di badan lelaki itu. Sungguh bergaya!
Perlukah diteruskan misi ini"
Dalam cemas ada ragu. Bimbang penerimaan lelaki itu nanti. Namun, nasi sudah
menjadi bubur. Dia tidak boleh berundur lagi. Di belakangnya, dia yakin Irwan pasti
sedang memandang. Irwan pasti sedang memerhati dengan penuh minat.
Dada Maria berdebar-debar. Kencang sekali. Dia amat takut sebenarnya, namun
dia mesti meneruskan misi spontannya. Irwan harus diajar.
Maria semakin mendekat. Lelaki itu pula sudah bersedia untuk meninggalkan
tempat parkir itu. Oh tidak! Tunggu! Pantas tubuh lelaki itu dipaut Maria. Lengan dicengkam. Dalam satu nafas, Maria
berkata. "Maafkan saya, tapi encik aje yang boleh tolong saya sekarang. Tolong berlakon
jadi teman lelaki saya, ya" Saya tak ada masa nak terangkan. Cuma, saya harap janganlah
hampakan saya. Bukan lama pun, kejap aje. Tolong saya. Please..."
Hisyam terkejut, kebingungan seketika. Tangan yang sedang mencengkam
lengannya, diperhati. Perlahan-lahan pandangan dialihkan sehingga seluruh wajah yang
terlalu hampir dengan dirinya itu diteliti. Perlahan-lahan, sebuah senyuman tersungging
di bibir nipis. "Berlakon" Jadi apa" Teman lelaki awak"" Suara garau Hisyam menyapa telinga
Maria. "Sekarang" Tapi, siapa yang nak tengok kita" Boyfriend awak ke""
"Bekas!" tegas Maria.
"Oh, Let me see! Dia nak awak balik pada dia, tapi awak tak nak. Betul"" Hisyam
meneka. Rasa teruja tiba-tiba.
Huh, banyak soal pulak mamat ni. Hisy, setujulah cepat. Jangan nak membebel,
nanti jenuh aku kalau Irwan datang sini, marah Maria dalam hati.
"Bawak saya jumpa dia."
Yes! Kegembiraan itu tidak lama. Maria tersentak bila secara tiba-tiba, tangan kiri
lelaki itu sudah melingkari pinggangnya. Dia benar-benar terkejut.
"Eh, awak ni" Melampau betul! Yang tak pasal-pasal awak peluk pinggang saya
ni, kenapa"" marah Maria. Matanya dijegilkan. Tangannya yang sedang memaut lengan
lelaki itu sejak tadi, serta-merta dilepaskan. Bagaikan terkena renjatan elektrik.
Hisyam menjongketkan kening. Senyuman sinis terukir di bibir.
Eii... perempuan ni. Yang dia peluk aku tadi, tak apa. Pegang tangan aku macam
tak nak lepas-lepas tu, okey pulak
. Mengada-ada betullah...
"Tadi awak jugak yang suruh saya jadi kekasih awak... Cuba awak tengok tu... "
ujar Hisyam sambil mulut dijuihkan ke kawasan persekitaran. Kepada pasanganpasangan yang nampaknya tidak segan-silu berpeluk-pelukan di khalayak ramai.
"Kita kena buat macam gitu jugak." Hisyam mengusik.
"Itu dia orang, bukan saya," balas Maria tegas.
Hisyam sengaja mengerutkan dahi. "Habis nak terus berlakon ke tidak ni"" Wajah
serba salah Maria ditatap tajam.
Maria diam tidak berkutik.
"Saudari, saya ada hal ni. Kalau awak dah tukar fikiran, tak apa. Saya... "
Maria tergamam bila Hisyam ingin melangkah pergi. Sambil itu, dia menoleh
pula ke belakang. Satu keluhan kedengaran. Irwan masih di situ, masih setia menjadi
pemerhati. Maria serba salah. Ingin sahaja dia membatalkan hasratnya. Tapi, rasa bimbang
pula. Bimbang Irwan akan terus-terusan mengganggunya nanti. Hendak diteruskan atau
tidak" Dia ada pilihan lain tak"
Perlahan-lahan Maria mengatur bicara. "Maaf. Saya tak patut marah awak. Awak
memang betul. Saya dah mintak tolong, jadi saya kenalah betul-betul berlakon dengan
awak, kan" Lagipun, saya tak mahu rancangan saya ni gagal. Saya tak mahu dia ganggu
saya lagi. Tolong jangan pergi, ya" Jangan tinggalkan saya""
Pertama kali Hisyam dirayu selembut itu. Bergetar hebat jantungnya membalas
renungan lunak gadis itu terhadapnya. Dup-dap, dup-dap.
Akal menyuruhnya pergi dari situ. Tapi, hati" Kasihannya...
"Jadi, awak setuju"" soal Hisyam.
"Setuju apa"" Soalan dijawab dengan soalan juga.
"Cik adik, nak berlakon, berlakon betul-betul. Biar nampak real yang kita ni
sedang mabuk asmara. Biar boyfriend awak tu tahu yang dia tak ada peluang dah.
Faham"" Ewah, ewah... Macam bos pulak gayanya. Tapi... Ah, ikut ajelah. Nanti bila dah
selesai, aku dengan mamat ni tak akan jumpa lagi. Dia akan jadi sejarah.
Hisyam merapati Maria yang sedang keliru itu. Dia tahu gadis itu merasa serba
salah. Jadi, sebelum berubah fikirannya, tubuh itu diraih ke dalam dakapan.
"Okey, jom. Yang pakai T-shirt biru tu ke boyfriend awak" Sejak tadi lagi dia
asyik tengok kita. Muka dia garang betul. Macam nak telan saya lagaknya," omel Hisyam
untuk mengurangkan sedikit ketegangan di wajah Maria.
Dengan tangan Hisyam melingkari pinggang Maria, mereka berdua melangkah
penuh yakin ke arah Irwan yang menunggu.
Tiba-tiba Maria menjadi cemas. Bagaimana harus dia memanggil lelaki ini di
hadapan Irwan nanti" Siapakah namanya" Dan, dia" Dia juga tidak memperkenalkan
dirinya kepada lelaki ini. Aduh! Bagaimana ni" Mana mungkin kekasih tidak mengetahui
nama kekasihnya sendiri"
"Nama saya, Hisyam. Muhamad Zaiful Hisyam bin Ahmad. Awak"" ujar Hisyam
berserta soalan. Melihat saja wajah Maria, dia tahu apa yang bermain di benak gadis itu.
"Maria binti Mustafa."
Hisyam tiba-tiba ketawa menyebabkan Maria memberhentikan langkah lantas
merenung seraut wajahnya "Kenapa gelak""
"Tak adalah! Maria, eh" Hmm, saya memang suka nama tu. Sedap!"
Maria menggeleng-gelengkan kepalanya. Macam-macamlah dia ni, gumamnya.
Sebaik sampai di hadapan Irwan, Maria segera mendongak memandang wajah
Hisyam. "Syam, mari Lia kenalkan. Ini Irwan, lelaki yang pernah Lia ceritakan pada Syam
dulu. Irwan, kenalkan... "
"Hisyam!" Hisyam memintas. Tangan dihulur kepada Irwan, namun sepasang
mata redupnya merenung Maria. "Buah hati wanita hebat ini."
Maria tidak sempat mengelak bila Hisyam menguis hidung kecilnya. Hmm,
romantisnya... Hisyam semakin galak. Tangan kiri di pinggang Maria membolehkan dia menarik
tubuh gadis itu lebih rapat ke dirinya. Sepasang matanya masih melekat di wajah itu.
Senyuman masih tersungging di bibir.
Aduh, ulat bulu dah naik daun. Maria mengetap bibir. Dia tahu bahawa
sebenarnya dia sudah terperangkap dalam mulut buaya sebaik melarikan diri daripada
mulut harimau milik Irwan. Grr...
"Sejak bila awak berdua bercinta ni"" soal Irwan penuh ketegasan.
Wajah Irwan yang tampan diamati Hisyam. Kecewa" Tidak kelihatan sedikit pun
di raut itu. Cuma, mungkin egonya tercalar. Maklumlah bekas kekasihnya sudah ada
pengganti... "Sejak bila, Lia" Saya rasa macam dah..."
Mula nak merapulah t u. "Irwan, bila kami kenal, mula bercinta atau apa saja, tak ada kena-mengena ngan
awak." Maria membentak.
"Alah, sayang. Apa salahnya kalau dia tahu..." ujar Hisyam dengan senyuman
yang masih menghiasi bibir. Jari telunjuk bermain di bibir Maria yang basah. Bibir yang
amat mempesonakan. "Ceritalah! Macam mana awak... "
"Tak apa, tak payah!" balas Irwan. Geram melihat tingkah Maria yang merelakan
perlakuan romantis Hisyam di hadapannya. Tidak menyangka sikap Maria berubah bila
bersama lelaki ini sedangkan dahulu bila dengannya, Maria langsung tidak mahu
diperlakukan sebegitu. Huh!
Kerana sakit hati, Irwan mula mengatur langkah untuk meninggalkan pasangan
kekasih ini. "Saya pergi dululah, saya ada hal."
Mendengar suara keras Irwan, Maria segera tersedar. Kiranya dia terleka dalam
kemesraan Hisyam" Ralit menatap senyuman lelaki itu. Dibuai mimpi indah bila jari
telunjuk Hisyam membelai bibirnya yang mekar.
Aduh, malunya! Serta-merta perhatian ditumpukan kepada Irwan yang sudah agak jauh
meninggalkan mereka. Fuh, lega! Maria amat pasti bahawa dia tidak akan diganggu oleh Irwan lagi.
Maria menghela nafas yang panjang. Terasa beban yang digalas terlepas daripada
bahunya. Selesai satu masalah. Kini, dia perlu menyelesaikan masalah yang kedua pula.
Melepaskan diri daripada lelaki yang bernama Hisyam ini.
Dalam leka memerhati Irwan, Maria tidak sedar bahawa Hisyam masih
memeluknya. Dia cuba melepaskan diri, namun tidak berjaya. Tangan itu masih kejap di
pinggangnya. "Lepaskan saya, Encik Hisyam atau siapa juga nama awak. Lakonan dah tamat."
Hisyam menjongketkan kening. Bagaimanapun, Maria dilepaskan seperti yang
dipinta. "So, what's next"' soalnya.
Alahai, cakap orang putihlah pulak. Ingat aku ni pandai ke nak balas"
"Terima kasih sebab awak sudi tolong saya."
"Tak ada hal..." Hisyam tersenyum menjawab.
"Saya mintak diri dulu."
Hisyam mengerutkan dahi. "Awak nak pergi macam tu aje""
Langkah Maria terhenti. Dia menoleh. Apakah lagi yang lelaki ini inginkan"
Tiba-tiba wajahnya merona merah. Patutlah! Aduhai, malunya dia. Tidak mengenang
budi langsung! Perkhidmatan yang diberi belum dibayar. Lupa pula! Dengan tergesagesa, Maria mengeluarkan not lima puluh dan meletakkannya dalam genggaman Hisyam.
"Maaf, saya terlupa," bisiknya.
Hisyam terpanar. Bukan wang yang dia mahu. Namun, entah mengapa, lancar
sahaja dia mengusik. "50 ringgit aje" Untuk lakonan hebat tadi" Tak berbaloi ni!"
Maria menggigit bibir. Memang dasar penipu! Penjahat! Mata duitan! Lelaki,
semuanya sama. Semua suka mengambil kesempatan.
Maria menghampiri Hisyam. Tajam matanya menikam wajah lelaki yang sedang
Tak Mungkin Kuhindar Karya Ana Sofiya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
tersenyum sinis terhadapnya. Sekeping lagi wang kertas RM 50 dikeluarkan dari dompet
dan diletakkan di telapak tangan lelaki itu. Dia menjeling marah.
"Cukup"" sindir Maria.
Hisyam masih lagi tersenyum. Wang yang diberi Maria, dimasukkan ke dalam
kocek kemeja yang dipakai. Wajah yang putih kemerahan itu ditatapi lagi.
Maria bingung dengan sikap Hisyam. Sedari tadi, pemuda itu asyik menatap
wajahnya saja. Entah apa yang bermain di fikiran pemuda itu, tidak pula dia tahu.
Maria mula mengatur langkah. Risau memikirkan Mazlan yang sudah terlalu lama
menantinya. "Hei..." Jeritan Hisyam mematikan langkah Maria. "Apa" Apa yang awak tak puas hati
lagi ni" Kalau duit seratus tu tak cukup, saya mintak maaf. Saya bukan orang kaya. Saya
tak mampu nak upah awak ribu-ribu."
Hisyam kini sudah berada di hadapan Maria.
"Saya nak jumpa awak lagi," ujar Hisyam dengan senyuman menggoda.
Maria menjegilkan mata. Wajahnya semakin masam. Benci betul dia dengan
lelaki yang seorang ini. Rasa-rasanya, lelaki bernama Hisyam ini lebih teruk daripada si
Irwan, gumamnya. "Dengar sini, Encik Hisyam, dengar baik-baik... Saya dah cukup malu dengan apa
yang saya buat tadi. Awak dah tolong saya, terima kasih banyak-banyak. Cukuplah! Tak
payah nak jumpa-jumpa saya dah. Tolong lupakan apa yang jadi hari ni, okey!" ujar
Maria tegas. "Awak boleh lupakan saya ke"" soal Hisyam.
Maria terkesima. 'Ya tak ya jugak. Boleh ke dia lupakan lelaki tampan ini"'
"Kenapa tak boleh pulak"" tanya Maria pelik.
Tanpa men unggu jawapan balas daripada Hisyam, Maria kembali mengatur
langkah. Dia tahu, sepasang mata itu masih merenung ke arahnya.
"Awak ada hutang dengan saya, Maria. Ingat, hutang budi dibawa mati. Tapi,
saya tak mahulah awak mati pulak. Saya hanya nak awak bayar hutang tu. Satu hari saya
akan tuntut. Jangan lupa tu!"
HISYAM melangkah masuk ke dalam Restoran Steak Choice dengan gayanya yang
tersendiri. Sepasang matanya mencari kelibat gadis yang sedang menunggu. Hampir di
setiap sudut diperhatikannya. Akhirnya dia tersenyum. Yang dicari sudah ditemui.
Langkah penuh yakin diatur ke arah itu.
"Maaf, Lin, I lambat sikit. Ada hal yang tak dapat nak dielak kat ofis tadi," kata
Hisyam sambil melabuhkan punggung di atas kerusi. Di hadapannya, gadis yang
memakai pant-suit berwarna pastel itu sedang memandang dengan wajah yang masam
mencuka. Jam di tangan, direnung Hisyam. Patutlah gadis ini marahkan dirinya, dia sudah
terlewat hampir satu jam.
"Lin, I tak sengaja okey. Ada hal yang berlaku secara tiba-tiba di pejabat dan I tak
dapat nak elak. Tolonglah faham... "
Hisyam tidak berbohong. Sewaktu dia hendak keluar daripada pejabatnya petang
tadi, tiba-tiba pengarah syarikat memanggilnya dan beberapa orang pengurus lain. Mahu
tidak mahu, dia terpaksa pergi. Ada hal penting yang ingin dibincangkan.
Kemudian, ketika dia memarkir kereta, dia telah diganggu pula oleh gadis
bernama Maria. Walau tidak mengenali gadis cantik itu, dia tidak tergamak untuk
menolak permintaan gadis itu. Wajah gadis itu meraih simpatinya. Lagipula, peluang
seperti itu bukan senang diperolehi. Bukan selalu didapati. Tentu sahaja dia tidak mahu
menghampakan. Hisyam tersenyum.
"Itu yang tersenyum-senyum, kenapa"" Salina bertanya. Dia mula mencurigai
jawapan yang Hisyam berikan tadi. Senyuman nakal di bibir lelaki itu menimbulkan
tanda tanya. Hisyam cuba melupakan kenangan bersama Maria tadi.
"Senyum tu kan ke sedekah... " jawab Hisyam selamba.
"You tahu you ada hal penting, kenapa tak telefon I" Susah sangat ke nak call""
marah Salina. Hisyam mengeluh kecil. Kebosanan mula menerjah diri. Hati mula berasa sakit.
Soalan yang bertubi-tubi ini melemaskannya.
"Lin, kan I dah mintak maaf. Bukan I sengaja nak datang lambat jumpa you. I dah
nak turun, tapi Nora panggil cakap ayah nak jumpa. You bukan tak tahu perangai ayah I
tu" Bila jumpa I aje, mesti macam-macam yang dia nak tahu. Semua perkara. Daripada
sekecil-kecil benda hinggalah kepada yang sebesar-besarnya. I tak dapat nak mengelak."
Hisyam memberitahu. Menyembunyikan cerita yang satu lagi.
Salina tidak peduli. Dia terus merungut lagi. "I tunggu you kat sini macam
perempuan bodoh, you tahu tak" Orang lain keluar masuk, I pulak tak bergerak-gerak
sejak satu jam lepas. Dahlah tu, I kena memandu sendiri ke sini. Jalan pulak sesak.
Macam mana I tak naik angin""
"Lin, bukan selalu I lewat macam ni. Hari ini aje. Alahai, baru sejam tunggu I,
you dah mengeluh macam ni. Okey, kita pesan makanan dulu, ya" I nak pesan air yang
sejuk. Mudah-mudahan you boleh cool sikit," pujuk Hisyam. Pujukan yang
mengembalikan senyuman di bibir Salina.
"Syam, you ni tak romantis langsung," sela Salina.
Hisyam ketawa kecil. Tak romantis" Aku" Ya ke" Suka hati dialah nak kata apa
pun. Salina, gadis yang dikenali sejak mereka di sekolah menengah lagi.
Sama-sama pula melanjutkan pelajaran ke Amerika sebaik tamat tingkatan lima.
Orangnya jelita, memiliki wajah Pan-Asian kerana berdarah kacukan. Melayu di pihak
ayahnya dan ibunya berdarah Inggeris. Berada di samping gadis itu, dia tahu ramai lelaki
yang mencemburuinya. "Syam, you fikir apa""
Hisyam ketawa. "Bila dengan you, apa lagi yang boleh I fikir"" Hisyam merapatkan diri kepada
Salina. "Tengok kiri kanan kita. Dia orang tu semua cemburukan I, tau."
Usikan Hisyam membuatkan Salina ketawa. Rasa bangga memenuhi ruang hati.
Hisyam memang pandai mengambil hatinya. Hisyam memang suka memuji. Sikap itulah
yang membuat dia tertarik kepada lelaki itu. Dia sentiasa rasa dihargai bila mereka
bersama. Pada ketika itu, seorang pelayan sampai membawa hidangan mereka. Dua stik
sizzling bersama chocolate shake
. Hisyam terus sahaja makan dengan berselera tanpa
mempedulikan Salina. Salina masih lagi merenung Hisyam. Dibiarkan sahaja stik di hadapannya tidak
berusik. Dia hanya menyisip air perlahan-lahan.
"Apa hal you tengok I macam tu"" soal Hisyam bila dia menyedari perbuatan
Salina. "Ayah I tanya lagi tentang kita."
Hisyam mendengus. Dia bosan. Sudah berkali-kali perkara ini disebut. Sudah
berkali-kali jawapan diberikan. Petang ini, persoalan itu ditimbulkan sekali lagi.
"Apa you jawab""
Salina bungkam. Wajah Hisyam yang selamba menyakitkan hatinya.
"You nak I jawab apa pada daddy" I tak tahu nak kata apa-apa sebab I tak tahu
perasaan you pada I," balas Salina meraih simpati.
"Lin, kan..." "Syam, umur kita sebaya. I ni dah kira andartu dah. Dah patut I kahwin, tau. Tapi,
you" You macam tak serius dengan I. My daddy said, I have to find another man. He told
me that you are not serious with our relationship. He said you do not love me but I don't
want to believe it," pintas Salina geram.
"Hah, betullah tu. Kan itu jugak yang I cakap pada you"" Tanpa perasaan Hisyam
membalas. "Syam, kenapa you cakap macam tu pada I"" Salina sebak. Hisyam sekali lagi
menolak dirinya. Hisyam mula naik darah. "Habis tu, macam mana lagi I nak cakap pada you, Lin"
Selama kita berkawan, I rasa, I tak pernah beri you harapan, kan" I tak pernah ajak you
kahwin. Jadi, you kena fahamlah. Bagi I, tak guna kita kahwin kalau rasa cinta tak ada
dalam hati kita!" tegasnya. Tidak dipedulikan air mata Salina yang mula menitis di pipi.
"Tak ada dalam hati you. Itu maksud you, kan"" bisik Salina sedih.
"Lin, sejak lama dulu I dah beritahu yang I cuma nak jadi kawan you. Dari dulu,
dah berkali-kali I cakap, yang I anggap you kawan baik I. Tak lebih daripada itu."
Salina gelisah. Bukan ini yang ingin didengarinya dari mulut Hisyam hari ini.
Bukan kata-kata ini. Tapi, mengapakah Hisyam masih tidak mahu memahami" Masih
tidak mahu mengerti"
"Sampai hati you. Bertahun-tahun I tunggu you, tapi itu jugak yang you ucap
pada I." Sedih sungguh rasa hati. Walaupun dia sememangnya tahu bahawa memang tiada
cinta di hati lelaki ini untuk dirinya. Bukan sekali, malah sudah berkali-kali Hisyam
mengatakannya. Hanya dia yang tidak dapat menerima.
Sudah lama mereka berkawan. Hisyam sentiasa ada di sisi di saat dia memerlukan
pertolongan. Hisyam sentiasa menemani di saat dia kesepian. Tetapi, mengapa tiada cinta
di hati lelaki ini untuknya" Apakah kekurangan dirinya" Di mana silapnya"
Hisyam merenung Salina di hadapannya dengan pandangan mata yang tajam. Dia
menarik tangannya daripada genggaman gadis itu. Dalam hati, dia sudah lama sedar
bahawa Salina masih sabar menunggunya. Sejak sekian lama mereka berkawan, dia tahu
Salina mencintainya. Sudah berkali-kali gadis ini meminta dia menghantar wakil untuk
meminang. Mereka memang sudah sepatutnya berkahwin, tapi dia yang sentiasa
mengelak. Dia yang selalu mencari alasan untuk menolak.
Memang dia gembira bila bersama dengan Salina, namun dalam masa yang sama
dia tidak merinduinya bila mereka berjauhan. Memang Salina pandai mengambil hatinya,
tetapi dalam masa yang sama dia tidak rasa bersalah jika bersama dengan gadis-gadis
yang lain. Bukan dia tidak cuba mencintai Salina, namun perasaan itu tidak pernah hadir.
Kata orang, kalau seseorang itu jatuh cinta, dia akan sering terpandang-pandang
wajah pujaan hatinya. Rindu akan datang bertamu kalau sehari tak bertemu. Hati akan
bergetar hebat bila bersemuka. Rasa ingin bersama si dia akan hadir setiap masa.
Cemburu melanda bila gadis itu tersenyum kepada lelaki lain. Di hati akan selalu terasa
ingin menyentuhnya. Namun, semua itu tidak ada dalam dirinya. Tidak hadir dalam jiwanya. Salina
tidak mampu menghadirkan semua rasa itu.
Bila mereka tidak bertemu, dia tidak pernah merasa rindu. Tidak pernah
terbayang pun. Di hati, tidak pernah terbit rasa cemburu bila melihat gadis itu bermesra
dengan lelaki lain. Dia tidak kisah! Dia tidak peduli!
"Maafkan I," bisik Hisyam.
Hisyam memang kasihan melihat Salina menangis, tetapi untuk kesekian kali, dia
terpaksa berterus terang. Dia tidak mahu Salina terus
-menerus menanti dirinya.
"Lin, you cantik. Bila-bila masa you akan dapat pengganti diri I. Janganlah
menangis. I tahu I salah, tapi I tak mahu tipu diri you. I tak mahu you tunggu I lagi. You
berhak dapat lelaki yang lebih baik daripada I." Nada suara Hisyam lebih tegas kali ini.
Dia mengharapkan Salina faham kata-katanya. Dia tidak mahu Salina terus
mengharap. Dia yakin dirinya tidak akan jatuh cinta dengan Salina. Dia yakin ruang
hatinya tiada tempat untuk Salina.
"Tapi, I tak nak lelaki lain. I cuma nakkan you. I cuma cintakan you. Syam,
bukaklah sikit pintu hati you untuk I. Tolonglah... I akan membahagiakan you. I janji!"
Salina masih merayu. Hisyam menggelengkan kepalanya. Bagaimana lagi harus dia menerangkan
kepada gadis ini tentang isi hatinya" Mengapakah Salina tidak mahu faham-faham
tentang perasaannya"
"Tolonglah, Salina, I tak dapat nak bahagiakan you. Dalam hati I ni, tak ada
tempat untuk you. Lin, I bukan tak cuba menyayangi you. Dah! I dah cuba, tapi hati I ni
tak dapat dipaksa. Kalau tidak, dari dulu lagi I dah ajak you kahwin. Tapi, I tak cintakan
you. You nak I buat macam mana lagi""
"Jadi, siapa gadis yang bertuah tu" Adilah ke" Atau... Farah" Siapa Syam" I nak
tahu juga apa lebihnya mereka berbanding dengan diri I ini. Cakap, Syam!"
Mendengar soalan Salina, tiba-tiba sahaja Hisyam terkenang seraut wajah itu.
Seraut wajah yang sungguh lembut dan memiliki sepasang mata bundar yang menawan.
Hidung yang mancung, tetapi kecil. Pipi putih yang gebu. Bibirnya yang basah.
Dahi Hisyam berkerut-kerut. Aduh, tak pasal-pasal pula dia teringatkan budak
perempuan itu. Perempuan yang pertama kali ditemui, malah mungkin itu juga adalah
pertemuan terakhir mereka. Pelik!
Perhatian kembali kepada Salina. "I belum jumpa gadis itu, Lin. You tak perlu
marahkan kawan-kawan I yang lain. Bukan sebab mereka I tak terima you untuk jadi
isteri I. I saja yang belum bersedia."
Salina mengesat air mata dengan tisu. Dia masih ingin tahu tentang sesuatu.
"Maknanya, you masih belum jatuh cinta" You belum ada buah hati" Betul, Syam"" soal
Salina. Hisyam mengeluh lagi. Dia tahu apa yang tersirat di sebalik soalan itu. Tahu yang
Salina masih berfikir bahawa satu hari, mereka akan bersama. Aduhai, susah sungguh
untuk meyakinkan gadis yang seorang ini.
"Memang I belum jatuh cinta lagi, tapi I tak nak you tunggu I. I nak you faham tu.
I nak you cari lelaki lain. I nak you lupakan I. Lin, tolong dengar cakap I ni baik-baik.
Hubungan kita hanya setakat kawan. Tak akan lebih daripada itu. Dah, jom kita balik."
Hisyam bergegas bangun. Ingin segera pulang. Dia bosan!
3 DI DALAM kereta, fikiran Hisyam masih melayang mengenangi Salina. Dia amat
berharap agar gadis itu benar-benar memahami apa yang dikatakannya tadi. Agar selepas
ini, Salina tidak lagi menunggu. Agar Salina mahu mencari lelaki yang lain.
Salina! Memang bertuah sesiapa yang memilikinya. Gadis itu cantik. Bergaya.
Anak datuk lagi! Manja pula tu. Kalau begitu, mengapakah dia tidak mahukan gadis itu"
Mengapa dia menolak cinta gadis itu"
Argh! Hendak dibuat bagaimana sekiranya rasa cinta itu tiada"
Sedar tak sedar, Hisyam sudah sampai di pekarangan rumahnya. Ketika
melangkah turun dari kereta, sapaan daripada Datin Syarifah mengejutkannya.
"Baru balik, anak bertuah""
Hisyam tersenyum mendengar pertanyaan itu. Dia sudah biasa.
"Dari mana"" Dato' Ahmad pula menyoal.
"Makan dengan kawan," jawab Hisyam ringkas.
"Siapa" Salina ke"" Datin Syarifah mengorek.
Hisyam tersenyum, kemudian mengangguk.
"Kamu dah solat""
Hisyam tersengih cuma. Melihat sengihan Hisyam, Dato' Ahmad mula berceramah. "Memang kamu
muda, Syam. Tapi, jangan ingat orang muda tak mati. Bukan susah mana kalau kamu nak
singgah kat masjid ke, kat surau ke. Malah, di kebanyakan restoran sekarang ni pun ada
surau juga. Pokok pangkalnya, hati."
"Yalah, Syam, betul cakap ayah tu. Solat tiang agama. Solat itu wajib dikerjakan
dalam apa juga keadaan. Walau sibuk macam mana sekalipun, walau sedang sakit... Ingat
tu! Lain kali, jangan buat lagi, tahu!" Datin Syarifah pula menyampuk, menyokong katakata Dato Ahmad'.
Hisyam hanya tersengi h tanpa berkata apa-apa. "Bila kamu nak mami pergi meminang si Salina tu"" Datin Syarifah bertanya.
Mata Hisyam bulat menatap wajah Datin Syarifah. Biar betul! Kahwin dengan
Salina" Bila pula dia ada menyuarakan begitu"
"Tengoklah, bang, kan saya cakap, Hisyam tak ada perasaan pada budak tu" Si
Salina tu aje yang lebih-lebih. Salina tak cerita ke pada kamu yang dia suruh papa dia
merisik pada ayah""
"Merisik""
"Ha'ah! Datuk Yusuf suruh ayah kamu masuk meminang Salina. Suruh kamu
berdua kahwin cepat-cepat..." Datin Syarifah bercerita.
"Gila!" "Tahu pun! Dah tu, yang kamu duk usung budak tu ke hulu ke hilir tu buat apa""
marah Datin Syarifah pula.
"Mana ada, mami. Sekali-sekala aje. Lagipun, Syam bukan dengan dia sorang,"
balas Hisyam selamba. "Jadi, kamu tak mahulah si Salina tu"" tekan Datin Syarifah lagi.
"Kami kawan aje, mami. Syam dah bagi tau dia tadi. Harap-harap dia faham,"
jelas Hisyam bersungguh-sungguh.
Datin Syarifah rasa lega. Dia memang tidak mahu gadis itu menjadi menantunya.
Salina bukan calon pilihan untuk anak tunggalnya ini. Malah, dia memang tidak ada
calon untuk dipadankan dengan Hisyam. Harapannya, biarlah Hisyam memilih seorang
perempuan yang berakhlak mulia.
"Susah juga nak cari isteri. Perempuan yang lengkap serba-serbi. Cantik, baik,
berbudi bahasa." "Yalah tu! Macamlah awak tu baik benar. Sudah nak jadi bujang terlajak pun
masih lagi nak memilih."
Hisyam tersentak. Tidak menyangka rungutannya didengari oleh si ibu.
"Bukan memilih, mami, cuma belum berjumpa yang berkenan di hati. Itu saja."
"Macam tu... Punyalah ramai anak dara yang dah kamu bawak ke hulu ke hilir,
tak ada sorang pun yang kamu berkenan""
Datin Syarifah sudah mencubit pipi Hisyam. Hisyam ketawa. Dia memeluk Datin
Syarifah sambil menggosok-gosok pipinya yang sakit. Ketam batu Datin Syarifah kalau
Tak Mungkin Kuhindar Karya Ana Sofiya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
sesekali menyepit, aduh, pedihnya.
Hisyam tahu betapa kedua-dua orang tuanya risau dengan keadaan dia. Umur
sudah menjangkau 30 tahun, tetapi masih tercari-cari calon yang sesuai.
Calon yang sesuai" Entahlah! Sebenarnya, seperti lelaki lain, Hisyam juga ingin
mempunyai sebuah keluarga. Ingin bergelar seorang suami. Ingin memiliki seorang isteri.
Ingin menjadi seorang ayah. Ingin mempunyai anak-anak yang ramai. Tetapi, sehingga
hari ini, dia belum menemui perempuan itu.
Baginya, perkahwinan bukan perkara main-main. Perkahwinan bukan untuk
sehari dua. Perempuan untuk dijadikan isteri perlu dipilih dengan teliti dan berhati-hati.
Dia yakin, kalau ada jodohnya nanti, pasti Allah akan memberikan kepadanya isyarat
kerana jodoh itu Dia yang menentukan.
"Hai, ke manalah dia berangan-angan tu""
Hisyam ketawa mendengar usikan Dato' Ahmad.
"Entahlah, bang, agaknya kita kena mandikan bunga pada Hisyam ni, kut...
Sampai sekarang tak laku-laku lagi," omel Datin Syarifah.
"Bagus jugak tu, boleh abang mandi sekali." Dato' Ahmad menambah.
Kali ini Datin Syarifah pula yang sudah tersengih.
"Abang mandi bunga tu nak buat apa" Nak kahwin satu lagi" Hisy, tak payah.
Abang macam ini pun sebenarnya masih laku lagi. Tak perlu mandi bunga! Biar saya saja
yang tolong carikan untuk abang. Nak"" ujar Datin Syarifah dengan mata yang sengaja
dibesarkan. "Ya" Betul awak nak tolong carikan" Tak payahlah, Pah. Nanti basah bantal kita
dengan air mata awak. Susah pulak abang nak pujuk. Lagipun, abang dah tak larat nak
layan kerenah bini muda. Tapi, awak ni memang pandai, ya" Bila saya dah tua macam
ini, baru nak suruh kahwin lain. Masa dulu, garangnya bukan main."
Pada ketika itu muka Datin Syarifah sudah merah padam. Paha suami dicubit.
Mereka sama-sama ketawa bila Dato' Ahmad menangkap jari-jemarinya dan
mengucupinya satu per satu.
Hisyam tersentak melihat kemesraan ayah dan ibunya. Pada ketika itu, hatinya
tertanya-tanya, apakah dia akan mendapat seorang wanita yang sebaik mami" Wanita
yang dapat disayangi seperti mana ayah menyayangi mami" Wanita yang mencintai
dirinya sebagai mana mami mencintai ayah" Cinta yang tulus! Bukan kerana wajah
tampannya. Bukan kerana harta. Cinta suci yang lahir dari hati, hanya untuk dirinya.
Teman wanitanya memang cukup ramai. Silih bergant
i. Yang mengakui bahawa mereka mencintainya. Cuma, dia tidak pasti apakah cinta itu untuk dirinya atau kerana
siapa dia" Dia ragu-ragu pada keikhlasan mereka. Mungkin itu salah satu sebab mengapa
dia belum bersedia menyerahkan hatinya kepada sesiapa.
ENTAH mengapa, malam ini mata Hisyam tidak mahu lena. Dia bangun, menuju ke
kolam renang dan pantas saja dia menyerahkan tubuhnya kepada kolam renang itu.
Sambil mengapungkan diri, dia kembali memikirkan topik perbincangan antara dia
dengan ibunya. Perempuan! Entah mengapa tiba-tiba dia teringatkan gadis itu lagi. Gadis yang
ditemui buat pertama kali hari ini. Gadis bernama Maria.
Bagaimana dengan gadis itu" Bolehkah gadis itu dipilih menjadi bakal isterinya"
Tidak! Tak mungkin! Gadis itu bukan seperti teman-teman wanitanya yang lain. Temanteman wanitanya semua adalah gadis-gadis yang sofistikated. Cara mereka berpakaian.
Bijaknya mereka membawa diri dalam majlis-majlis keraian. Berpendidikan tinggi.
Gadis itu" Hisy, tak menarik langsung!
Tapi, bau harum rambut gadis itu mengundang debar di hati. Masih teringat lagi
bagaimana keharuman itu menusuk hidungnya. Selembut gaya dan tutur kata yang
dilafazkan. Maria! Aduh, kenapa asyik teringat kepadanya"
SANGKA Maria, pertemuan dan lakonan itu adalah yang pertama dan terakhir. Dia fikir
mereka tidak akan bertemu lagi. Namun, takdir terjadi sebaliknya. Mereka bertemu buat
kali kedua. Ketika itu Maria bersama Yana, teman baik dan rakan serumah, ingin makan
tengah hari di sebuah gerai di Kampung Baru.
Mereka baru sahaja duduk ketika matanya terpandang kereta CRV berwarna
merah hati di tempat parkir. Dalam debaran dada yang tidak menentu, matanya melingas
mencari pemilik kereta itu. Dalam hati, dia berdoa dan berharap bahawa kereta itu bukan
milik Hisyam yang ditemuinya beberapa hari lalu. Malangnya, dalam pencarian itu,
wajah dan senyuman lelaki itu yang dilihat.
Yana diajak untuk makan di tempat lain. Dipujuknya rakannya itu agar menurut
kehendaknya. "Aku letihlah, Lia, makan kat sini ajelah."
Mahu tidak mahu, Maria terpaksa akur. Terus duduk di situ dan berharap agar
Hisyam sudah melupainya. Sekali lagi dia silap. Hisyam tiba di meja mereka tidak lama kemudian.
"Assalamualaikum, Maria. Dah seminggu tak jumpa. Awak apa khabar""
Tanpa meminta izin, lelaki itu terus duduk di hadapan mereka.
"Lia, siapa ni""
Soalan Yana mengejutkan Maria. Belum sempat menjawab, Hisyam menyindir
dirinya. "Hai, takkan dah lupa pulak" Kan saya ni boyfriend awak minggu lepas""
Mencerun mata Maria memandang Hisyam.
Eii... mulut tu... Tak boleh diam ke" Mentang-mentanglah seronok dapat pegangpegang, dapat peluk, dapat duit... Semua dia nak cerita!
Hisyam tidak mempedulikan wajah yang tegang itu. Dengan bersahaja dia
bercerita kepada Yana. "Masa tu, kawan awak ni dah nak menangis. Boyfriend dia, siapa nama lelaki tu"
Ha, Irwan! Dia duk ikut cik adik kita ni. Melekat macam lintah. Hai, kalau saya tak ada
masa tu, tak tahulah... "
"Ya" Awak dengan Lia buat apa masa tu"" Yana benar-benar ingin tahu.
Maria diam, berpura-pura tidak mendengar.
"Biasalah! Pasangan bercinta yang sedang sangat bahagia," jawab Hisyam riang.
"Oh, patutlah Irwan dah tak telefon ke rumah. Patutlah aku tengok kau cool aje,
Lia. Rupa-rupanya dah dapat pengganti Irwan," usiknya.
Merah padam wajah Maria menahan malu.
"Lelaki tu memang tergila-gilakan kawan awak ni. Mulanya saya rasa hairan
jugak, maklumlah dia tu nampak hebat. Tapi, memang patut awak jauhkan diri awak
daripada dia, Maria. Tak baik runtuhkan masjid orang lain. Berdosa." Hisyam memberi
nasihat tanpa diminta. Yana mengangguk tanda bersetuju. "Irwan tu..."
"Yana! Dahlah tu. Tak payah nak cerita tentang si Irwan tu lagi." Maria bersuara
tegas. Makanan yang dipesan sudah pun sampai. Nasi goreng kampung untuknya, dan
nasi pattaya untuk Yana bersama air perahan oren. Yana yang sememangnya lapar terus
enak menikmati hidangan. Sedangkan Maria, mampukah menelan bila sepasang mata
Hisyam asyik merenungi dirinya"
"Kenapa awak datang sini" Pergi balik ke tempat awak. Kesian saya tengok
girlfriend awak tu. Ada ke patut awak tinggalkan dia s
orang-sorang kat sana," kutuk
Maria. Hisyam ketawa kecil. "Tak apa, tadi saya dah pesan pada dia supaya masuk dalam
kereta lepas dia habis makan."
Maria mendengus. Dia menunggu Yana menghabiskan makanannya. Dia ingin
segera pergi meninggalkan lelaki itu.
"Yana, kau dah habis makan, kan" Jom kita balik!"
Maria terus memanggil pemilik kedai itu untuk membayar harga makanan
mereka. Lelaki yang memakai apron hijau itu datang sambil tersenyum. "Semuanya 12
ringgit, cik." Maria baru hendak mengeluarkan wang daripada dompet ketika Hisyam
menghulurkan dua keping not berwarna merah kepada pemilik kedai itu. Pantas sahaja
wang baki diberi kepada Hisyam.
"Terima kasih, encik," kata pemilik kedai itu sambil mengemas pinggan dan gelas
serta mengelap meja sebelum berlalu ke gerainya.
Dua pasang mata memandang ke arah Hisyam. Ada kemarahan dalam mata milik
Maria. "Kenapa susah-susah"" soal Maria tegas.
"Tak susah, saudari. Duit yang awak bayar saya hari itu pun tak luak lagi."
Tiba-tiba Yana ketawa semula. "Maria betul-betul upah awak" Berapa dia
bayar"" "Adalah..." sahut Hisyam sambil ketawa kecil.
Maria mengerutkan dahi. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang melucukan mereka
berdua. Memandang Yana, dia merasa kecil hati. Memandang Hisyam, dia geram. Lelaki
itu seronok sungguh membuka rahsia.
"Encik, dah lama sangat encik dekat sini. Nanti merajuk pulak buah hati encik tu.
Lebih baik encik pergi cepat. Kalau dia dah mula marah, susah pulak. Takut diserangnya
saya nanti!" marah Maria.
Hisyam tersengih. Wajah Maria ditatap dalam-dalam.
"Sampai hati awak halau saya, Maria. Baiklah, saya boleh pergi. Tapi, sebelum tu,
boleh tak awak beri nombor telefon awak pada saya""
Maria pura-pura tidak mendengar permintaan Hisyam. Hatinya benci melihat
perangai lelaki itu. Buaya macam Irwan juga. Teman wanitanya di dalam kereta dan di
sini, dia meminta nombor telefon perempuan lain. Bagus sangatlah tu!
"Cik Yana, awak tinggal serumah dengan mak cik ini ke""
Hisyam mengalihkan tumpuan kepada Yana pula. Dia tahu, Maria tidak akan
memberikan nombor telefon yang diminta. Jadi, terpaksalah dia mendapatkannya
daripada Yana. Dia yakin, Yana akan memberikannya.
Yana hanya mengangguk tanda menjawab soalan Hisyam.
"Kalau macam tu, awak ajelah yang beri pada saya nombor telefon rumah awak.
Boleh, kan"" Maria jadi marah. Dia semakin sakit hati. Geram. Untuk apa nombor telefon itu"
Untuk menghubunginya" Buat apa" Dia tidak sukakan lelaki ini. Sikap lelaki ini amat
menyakitkan hatinya. Dia benci!
"Awak nak buat apa mintak nombor telefon rumah kami""
"Nak telefon awaklah!"
Mak... lelaki ni memang pelik.
"Kan saya dah cakap hari tu, saya tak nak jumpa awak lagi. Kan saya dah suruh
awak buat-buat tak kenal saya. Awak dah lupa ke"" tanya Maria.
Hisyam tidak peduli. Tangan dihulurkan kepada Yana. "Yana, please...!"
Yana yang merasa kasihan, tidak mempedulikan jegilan Maria terhadapnya.
Akhirnya, Hisyam mendapat apa yang dia mahu. Dia tersenyum puas.
"Tak salah kan kalau saya call awak" Nak tanya khabar aje" Boleh"" soal
Hisyam. Melihat Maria menjeling kepadanya, dia tersengih. "Terima kasih. Maria, saya
balik dulu. Nanti saya telefon awak, ya!"
HISYAM tidak jemu-jemu menghubungi Maria. Bila Maria tidak mahu menjawab,
terpaksalah dua orang lagi teman serumahnya, Aini dan Salwa, campur tangan. Mencipta
alasan demi alasan. Tetapi, lelaki yang seorang ini bagai tidak memahami. Terus menerus
menelefon. "Lia, jawablah telefon tu. Tentu Hisyam tu," bisik Yana kepada Maria yang
sedang leka menjahit. "Malaslah. Kau aje yang jawab. Kalau dia, cakap aku dah nyenyak tidur," balas
Maria selamba. "Tidur" Pukul sembilan" Gila kau!" celah Aini pula.
"Tolonglah, Lia. Jawablah cepat. Kesian Hisyam tu tunggu kau," pujuk Yana.
Mahu tidak mahu, Maria terpaksa juga mengangkat gagang telefon.
"Assalamualaikum, boleh saya cakap dengan Maria""
Memang suara garau itu milik Hisyam.
Maria mendiamkan diri. Malas dia hendak menjawab. Dalam hati, dia geram
kepada lelaki yang seorang ini. Tidak pernah dia ingin bercakap di talian, tetapi lelaki ini
berpura-pura tidak peduli. Berpura-pura tidak mengerti.
"Hmm, itu mesti awak, kan" Tak baik tahu, tak jawab salam saya. Berdosa!" kata
Hisyam dengan iringan tawa kecil.
Eleh, orang jawab dalam hatilah... gumam Maria.
"Maria, Maria... Diam dan beku. Sampai bila awak tak nak cakap dengan saya""
Maria mengerutkan dahi mendengar pertanyaan itu. Ada rajukkah dalam nada
suara itu tadi" Dia berkecil hatikah" Dia marahkah" Hisy, biarlah! Pedulikan! Bukan aku
yang suruh dia telefon. Maria mendengar lagi. Suara Hisyam menjadi lebih lembut. Malam-malam
begini, suara itu Maria rasakan terlalu romantis pula. Aduh, macam-macam.
"Maria, cakaplah dengan saya. Kalau awak nak marah pun tak apa, saya rela."
Pulak! Lelaki ni dapat penyakit apa agaknya" Kena marah pun tak apa. Baiklah!
"Encik Hisyam, kan saya dah kata, jangan telefon saya. Kenapa encik telefon
jugak" Nasiblah kalau saya tak nak cakap dengan awak. Saya dah pesan, tapi awak yang
tak dengar. Kenapa merungut pulak"" bebel Maria. Nada suaranya jelas menunjukkan
rasa tidak puas hati. Hisyam menghela nafas. "Susah betul nak dekati awak, Maria. Ini semua kerana
lelaki itu, kan" Disebabkan Irwan, awak anggap semua lelaki sama macam dia. Betul
tak"" "Tak betul!" "Habis, kenapa awak tak mahu cakap dengan saya" Kenapa tak mahu kawan
dengan saya"" soal Hisyam.
"Awak jangan paksa saya, boleh tak" Dah saya tak mahu, awak carilah
perempuan lain," jawab Maria tegas.
"Kerana dia, niat hati saya yang ikhlas nak kawan dengan awak, awak tolak,"
rajuk lelaki itu. "Pintu hati saya belum terbuka, nak buat macam mana""
"Maria, saya tahu awak masih sedih, tapi awak kena faham yang bukan semua
lelaki macam dia." "Ya ke" Encik Hisyam, awak pun dua kali lima macam dia jugak. Awak tu dah
ada girlfriend, kan" Tapi masih nak."
Hisyam memintas. "Kalau perempuan yang makan dengan saya tu awak ingat girlfriend saya, awak
salah. Kami kawan aje!"
Maria diam. Malas dia hendak membalas. Sudah tentu lelaki itu akan memberi
pelbagai alasan untuk menafikan hubungannya dengan mana-mana perempuan lain. Dia
faham benar dengan spesies ini. Bila hendak memikat, perempuan lain semuanya jahat.
Tak sesuai! Hanya yang ingin dipikat itulah yang terbaik.
Bila sudah dapat, mulalah berniat mencari yang lain pula. Kekasih yang dipuji
tadi akan dikutuk mati-matian. Begitulah sikap Irwan dahulu. Pastinya lelaki di hujung
talian ini tidak berbeza.
"Maria, awak kecewa sangat dengan dia, ya"" Nada suara Hisyam berbaur
cemburu. "Kenapa tanya macam tu""
"Luka hati awak tu perlu diubati."
"Dan, orang yang paling layak ialah awak, begitu"" sindir Maria dalam tawa.
"Ya!" Aduhai, lelaki ini memang tidak tahu malu, marah Maria dalam hatinya.
"Saya tahu saya dapat membahagiakan awak."
"Jangan mimpilah!" balas Maria lalu terus menghempas gagang telefon itu.
Hatinya tidak dapat menerima sikap Hisyam. Kata-kata dan sikap lelaki itu tidak disukai.
Terlalu mendesak. Terlalu egois.
Maria semakin berang apabila telefon berbunyi sekali lagi.
Sebaik gagang diangkat, dia menjerit, "Kan saya dah kata, jangan telefon lagi.
Saya tak suka dengar suara awak dan saya tak mahu dengar. Kenapa masih tak fahamfaham juga""
Maria tidak mengendahkan wajah kawan-kawan yang penuh tanda soal ketika
merenungnya. Dia memang marah. Dia memang sudah hilang sabar. Lama kebisuan di
hujung talian sehinggalah Maria dikejutkan oleh suara adiknya, Mazlan.
"Assalamualaikum, along. Apa khabar" Along marah pada siapa""
Maria terdiam. Malunya... Kiranya Mazlan yang menghubungi, bukan Hisyam.
Aduhai, bagaimana harus berterus terang dengan adiknya itu"
"Waalaikumussalam, Lan. Along baik. Dah lama sampai dari Teluk Intan""
Adiknya balik kampung semalam. Dia sepatutnya membonceng motosikal
Mazlan seperti selalu, namun kerana banyak baju pelanggannya yang masih belum dapat
disiapkan, dia terpaksa membatalkan niat. Rindu kepada emak dan adik terpaksa
disimpan diam. "Lan baru tiba. Lan telefon ni sebab nak sampaikan salam mak dan Muaz pada
along." "Waalaikumsalam. Mak dengan Muaz sihat ke, Lan""
"Alah, emak macam biasalah, sibuk memanjang. Dia orang sihat walafiat. Macam
selalu, mak suruh sampaikan pada along supaya along jaga diri baik-baik.
Dia suruh along selalu telefon dia. Bukan along tak tahu mak tu. Dua tiga hari tak dengar suara
along, macam setahun lamanya. Jangan lupa, tau! Okeylah, Lan nak studi ni. Selamat
malam." "Lan memang selalu macam ni. Cakap dengan along kejap aje... Tapi, kalau
cakap dengan makwe""
Mazlan hanya ketawa sebelum meletakkan gagang.
Maria bungkam. Kata-kata Mazlan tadi kembali diingat.
"Emak pesan supaya along jaga diri baik-baik."
Sampai hari ini, walau sudah hampir lapan tahun dia berhijrah ke ibu kota, Maria
Tak Mungkin Kuhindar Karya Ana Sofiya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
masih mengingati kata-kata daripada ibunya.
"Duduk jauh daripada keluarga, Lia bebas untuk melakukan apa sahaja. Bebas
melakukan perkara baik, bebas juga untuk membuat yang buruk. Terserah kepada Lia.
Buatlah pilihan. Mak tak ada di sisi Lia untuk sentiasa mengingatkan. Tapi, mak hanya
nak beritahu Lia satu perkara... Maruah diri amat penting bagi seorang perempuan. Ingat,
sekali maruah tergadai, sampai bila-bila pun ia tidak akan dapat diambil semula. Mak
mahu Lia sentiasa menjaga diri, jaga maruah. Itu sahaja harta yang Lia ada. Memang
benar, kalau Lia nak buat jahat di Kuala Lumpur tu, mak takkan tahu. Ada macammacam cara yang Lia boleh gunakan untuk membohongi mak. Tapi, sayang, Allah
sentiasa melihat apa yang Lia buat. Ingat tu! "
Maria mengeluh. Dia menjadi malu tiba-tiba. Diri rasa tersindir.
Peristiwa yang berlaku bermain semula di fikiran. Rasa malu hadir setiap kali dia
terbayangkan wajah lelaki itu. Maruah dirinya dirasakan benar-benar hilang waktu itu.
Kalaulah ibunya tahu, tentu ibunya juga merasa malu dengan kelakuannya yang gedik.
Sanggup membiarkan lelaki itu memeluk, membelai, mengusap lengannya, pinggangnya.
Aduhai, harga diri dirasakan terbang melayang.
Sesekali hatinya sakit bila teringatkan perangai Hisyam. Dia tahu lelaki itu
sebenarnya mengambil kesempatan ke atas dirinya. Lelaki itu tahu bahawa dia tidak
berdaya waktu itu. Hisyam tahu betapa nekadnya dia ingin meninggalkan Irwan lalu dia
sengaja berlakon kononnya supaya nampak real. Supaya Irwan yakin bahawa mereka
berdua sedang benar-benar bercinta. Hai, semakin dia mengingati lelaki itu, semakin sakit
hatinya. Kini, Hisyam pula yang mengganggu. Lelaki itu semakin kerap menelefon. Dia
seakan-akan tidak mengenali erti jemu. Tidak memahami erti putus asa. Seperti malam
ini. Dia sedang mempelawa Maria makan malam bersama.
Seperti masa-masa yang lepas, Maria menolak setiap pelawaan. Sudah kering
ideanya mencipta alasan. Hisyam tidak pernah mahu memahami. Dia tetap mahu Maria menerima
jemputannya. Dan, sekali ini, dia sudah mula mengungkit.
"AWAK masih berhutang dengan saya, Maria. Saya tahu awak masih belum lupa tentang
itu." "Jadi, kerana terhutang budi, saya mesti keluar dengan awak" Maknanya,
pertolongan awak hari tu tak ikhlas, kan"" tengking Maria.
Hisyam marah dituduh begitu. "Awak menyesal upah saya, itu kan yang
sebenarnya" Itu mestilah sedang menggelengkan kepala tu. Tak payah geleng, saya tahu
tekaan saya tepat." "Awak ni memang pandai buat saya sakit hati, tahu!" jerit Maria.
"Yalah. Sakit hati sebab tak dapat Irwan."
"Kenapa awak ni"" Maria sudah tidak dapat mengawal diri.
"Hari tu, awak sebenarnya nak buat Irwan cemburu. Sebenarnya awak harap agar
dia merayu pada awak. Sekarang rancangan awak dah gagal. Dia tak contact awak dah.
Sebab itu awak marahkan saya. Bagi awak, sayalah yang buat si Irwan tu tinggalkan
awak. Betul tak" Maria, dia dah kahwin. Awak tak sepatutnya mengharap pada dia lagi.
Tak baik awak ganggu suami orang," marah Hisyam.
Geramnya Maria mendengar tuduhan itu. "Awak ni memang melampau. Ada ke
tuduh saya macam tu" Untuk pengetahuan awak, saya tak kisah sama ada Irwan tu dah
kahwin atau tidak. Saya dah tak mahukan dia lagi. Faham!"
"Habis tu kenapa susah sangat nak terima saya""
Terkejut Maria mendengar pertanyaan itu. Lelaki ini tidak berselindung langsung.
Direct to the point! "Kenapa awak diam" Jawablah soalan saya tu." Hisyam masih lagi mendesak.
Maria mengendurkan suaranya. "Encik Hisyam, awak cari gadis lain, ya. Saya tak
dapat nak terima awak."
Bila Hisyam mendiamkan diri, Maria menyangka lelaki itu sudah dapat me
nerima jawapannya. Rupa-rupanya tidak! Sakit hatinya pada lelaki itu makin meluap-luap.
"Mengaku ajelah yang awak masih rindukan lelaki bernama Irwan tu!"
"Kenapa dengan awak ni" Tak habis-habis awak menuduh saya yang bukanbukan. Jahat sangat ke saya ni di mata awak" Murah sangat ke harga diri saya""
"Apa" Tuduh yang bukan-bukan" Maria, kalau awak tak ada apa-apa perasaan
pada dia, tentu awak dah terima pelawaan saya. Ini tidak! Awak asyik menolak. Apa lagi
yang saya nak fikir"" marah Hisyam berterusan.
"Kenapa awak ni masih tak faham-faham" Bukan sebab dia, saya tak terima
awak, tahu tak""
"Mesti ada alasan yang kukuh, kan""
"Tak ada! Saya belum bersedia. Itu aje!"
"Maria, kita kawan aje dulu. Takkan itu pun tak boleh..." pujuk Hisyam lembut.
"Malaslah nak layan awak. Saya kata tak nak, tak naklah!"
SEJAK kejadian itu, Hisyam tidak lagi menghubungi Maria. Maria mula merasa gelisah.
Dia tertanya-tanya mengapa lelaki itu menyepikan diri. Apakah Hisyam marahkan
dirinya" Sudah berputus asakah lelaki itu untuk terus mencuba" Atau, adakah lelaki itu
sudah bosan dengan sikap keras kepalanya" Mungkinkah lelaki itu sudah berkecil hati"
Entah mengapa, tiba-tiba sahaja dia jadi rindu untuk mendengar suara garau itu.
5 HARI Ahad, Maria ditinggalkan sendirian di rumah. Kawan-kawan serumahnya sudah
pergi menonton wayang. Dia tidak ikut serta. Sengaja mengasingkan diri.
Sejak mengetahui tentang Hisyam, Yana, Aini dan Salwa tidak berhenti-henti
mengusik. Mereka tidak mempedulikan kemarahannya. Mereka tidak kisah kalau dia
merajuk. Semakin dia berkecil hati, semakin galak mereka melakukannya. Tidak jemujemu.
Dia sedang makan ketika pintu rumahnya diketuk.
Hai, siapa pulak yang datang ni" tanya Maria dalam hati.
Sangkanya jiran mereka, Kak Munah, yang datang untuk mengambil baju yang
telah siap dijahit, baju yang ingin dipakai untuk menghadiri majlis kenduri kahwin anak
majikan suaminya nanti. Maria tidak bersedia untuk bertemu pandang dengan lelaki di hadapannya kini.
Lelaki yang sentiasa berada di ruang fikirnya selama ini. Lelaki yang pernah
menolongnya, lelaki yang asyik mengganggunya di telefon. Hari ini, Hisyam kelihatan
kacak dengan seluar jean dan baju-T berwarna biru.
Melihat senyuman yang menguntum di bibir lelaki itu, Maria yakin Hisyam dapat
membaca apa yang sedang difikirkannya.
"Awak buat apa kat sini" Macam mana awak tahu alamat ni" Kenapa awak
datang" Kenapa tak telefon dulu"" soal Maria bertalu-talu.
Lama Hisyam merenung diri Maria hingga membuat Maria rasa tidak selesa.
"Saya tak akan jawab soalan-soalan awak tu di sini. Sekarang, saya nak awak
masuk ke dalam dan bersiap. Kita pergi makan."
Maria menghempaskan daun pintu sehingga tertutup rapat.
Mengapa Hisyam memberi arahan itu" Dia ingat dia tu siapa" marah Maria
geram. Tak kuasa nak layan. Biar dia berdiri di luar tu. Nanti bila dah jemu, tahulah dia
balik. Maria duduk di atas kerusi di ruang tamu dengan hati yang berdebar-debar.
Perbuatan lelaki ini sentiasa di luar jangkaannya. Di saat dia merasakan bahawa dirinya
sudah dilupakan, lelaki ini muncul semula. Selama seminggu, Maria terpaksa melayan
kerenahnya di telefon. Secara tiba-tiba, lelaki itu menghilangkan diri, sepi tanpa berita.
Hari ini, entah apa mimpinya, Hisyam muncul di hadapan rumah. Mengarah dirinya
supaya bersiap. Mengajaknya keluar makan. Tidakkah gila namanya tu"
Tiba-tiba pintu rumahnya terbuka luas dan mata Maria terbeliak melihat lelaki itu
sedang menanggalkan kasut. Bergegas dia berlari ke muka pintu.
"Awak nak buat apa ni, hah"" jerkah Maria.
"Saya nak masuk dalam sebab awak tak nak ikut saya keluar. Atas meja tu
nampaknya ada hidangan. Bolehlah saya makan, tak gitu" Saya sebenarnya dah lapar ni,"
jawab Hisyam selamba. "Tak boleh!" Maria menjawab pantas. Wajahnya pucat.
Pada ketika itu, Hisyam sudah menoleh ke kiri sambil tersenyum.
Suami Kak Munah sedang keluar daripada kereta. Balik dari pasar agaknya.
Abang Aziz sedang merenung ke arah mereka berdua. Hai, entah apalah yang sedang
lelaki itu fikirkan, keluh Maria.
Hisyam kembali memandang Maria.
"Nampaknya, awak dah berjaya tarik perhatian ji
ran-jiran awak. Kalau mereka
tanya siapa saya nanti, bolehlah saya cakap yang saya ni kekasih awak, kan" Saya nak
beritahu dia orang yang awak tengah merajuk. Datang ni sebab nak pujuk awak," ujar
Hisyam sambil tersenyum sinis.
"Jangan nak mengarut!" balas Maria. Wajahnya jelas bimbang kalau-kalau
Hisyam benar-benar akan masuk ke dalam rumah. Hisyam yang ketika itu sedang
berpeluk tubuh direnung dengan mata yang sengaja dijegilkan.
"Tolonglah! Pergilah balik. Saya tak akan keluar dengan awak. Tolong jangan
ganggu saya, boleh tak""
"Saya bukan nak ganggu awak, Maria. Saya nak ajak awak keluar makan tengah
hari dengan saya. Tapi, awak tak mahu. Sebab tu saya nak masuk ke dalam. Saya nak
temankan awak makan. Tentu awak tak seronok makan sorang-sorang, betul tak""
Hisyam mempelawa dirinya sendiri. Kemudian dengan senyuman nakal, dia
menyambung. "Oh ya, lupa pulak saya nak cakap. Awak nampak cantik sangat hari ini."
Ayat yang terakhir itu membuat wajah Maria merona merah. Lelaki ini memang
sudah tidak betul, fikirnya. Adakah dia cantik bila hanya berkain batik dan berbaju-T
yang sendat" Mukanya pula dipenuhi bedak sejuk. Aduh, malunya dia!
"Awak ada dua pilihan sebenarnya, Maria. Terima ajakan saya keluar atau
benarkan saya masuk ke dalam rumah. Yang mana satu"" Hisyam mendesak.
"Encik Hisyam, saya..."
"Mana satu, Maria"" Hisyam mencelah.
Maria tidak mahu memilih. Kedua-dua tawaran lelaki itu mencemaskannya. Yang
dia tahu, dia tidak mahu bersama Hisyam. Ada sesuatu tentang Hisyam yang
menakutkannya. Ada sesuatu mengingatkan dirinya bahawa dia perlu menjauhkan diri.
Bagaimana harus dia membuat Hisyam faham" Lama dia diam. Otaknya sedang ligat
memikirkan alasan-alasan bila suara Hisyam begitu kuat menampar telinganya.
"Maria, saya tanya awak untuk kali terakhir. Yang mana satu yang awak nak"
Ikut saya pergi makan atau saya masuk ke dalam rumah awak" Saya beri awak lima saat
untuk menjawab. Satu... Dua... Tiga..."
Rasa bimbang dengan apa yang bakal Hisyam lakukan membuatkan Maria tidak
sempat berfikir dan terus sahaja berkata, "Baiklah, baiklah! Pergilah tunggu saya dalam
kereta awak. Beri saya masa sepuluh minit untuk bersiap."
Maria terpaksa beralah. Sikap Hisyam yang suka mendesak membimbangkannya.
Dia tahu lelaki itu tidak akan teragak-agak untuk masuk ke dalam rumah sekiranya dia
terus menolak. Hisyam bukan seorang yang cepat mengalah. Dia amat pasti tentang itu.
Hisyam tersenyum, tetapi dia menggelengkan kepala.
"Oh, no! Awak ada masa lima minit aje. Kalau tidak, saya akan bunyikan hon
sehingga semua jiran-jiran awak keluar tengok kita," jawab Hisyam selamba.
"Kalau awak buat macam itu, saya tak akan keluar dari rumah ini. Nanti biar
semua orang anggap awak tu orang gila." Maria membalas sambil menjeling.
"Awak cabar saya ke" Awak betul-betul mahu saya bunyikan hon tu" Jangan
ingat saya tak berani, Maria."
Hisyam sudah melangkah ke arah kereta.
Apakah dia akan melakukannya" Apakah dia akan terus membunyikan hon itu
tanpa henti" Macam mana nanti" Tentu mereka juga yang malu.
"Hei, awak nak ke mana tu"" soal Maria.
Hisyam menoleh ke arahnya semula. "Kan awak yang suruh saya tunggu dalam
kereta"" Maria terpinga-pinga. Dia masih kebingungan bila lelaki itu melihat jamnya.
"Maria, masa tinggal tiga minit sahaja lagi..." Hisyam mengingatkannya.
Maria tersentak. Dia menjeling tajam.
"Awak ni memang melampau, tahu tak" Suka mendesak, suka mengugut, suka."
Ketawa Hisyam menambahkan geram di hati Maria.
KERETA meluncur laju menuju ke destinasinya. Hisyam ingin menjamu selera di
Restoran Bukhara yang terletak di tingkat satu Suria KLCC. Itu restoran kegemarannya.
Dia sedang kelaparan. Tadi sewaktu ibunya mengajak dia makan, dia hanya meratah ikan
bakar sahaja. Keinginan untuk bertemu wanita ayu di sebelahnya demi mengajak makan
tengah hari bersama-sama, begitu kuat.
Bibirnya mengulum senyuman. Bahagia sungguh rasa hati kerana buat pertama
kali dia berjaya mengajak Maria keluar dengannya walaupun terpaksa mengugut.
Sebenarnya, Hisyam baru balik dari Vietnam. Ketika di sana, dia asyik teringat
kepada Maria yang berada di sebelahnya ini
. Dia ingin menelefon, namun mengenangi
betapa dingin sikap Maria terhadapnya, dibatalkan sahaja niatnya itu. Namun, sepanjang
waktu itu, tidak sekali dia dapat melupakan Maria. Kelembutan Maria seperti sedang
menghantuinya di mana sahaja.
"Buat apa awak cari saya lagi" Dah seminggu awak menyepikan diri. Kenapa
tiba-tiba aje awak teringatkan saya"" soal Maria memecah kesunyian. Wajah Hisyam
yang sedang memandu itu direnungi.
Hisyam tersenyum. "Kenapa, Maria" Awak tunggu panggilan saya ke" Rindu""
Soalan itu membuatkan Maria terpanar. Benarkah ada rindu dalam hati" Tak
mungkin! Dia tidak ada sebab untuk merindui. Hisyam bukan kekasihnya.
Di persimpangan lampu isyarat, Hisyam menoleh ke arah Maria, memerangkap
perbuatan Maria kala itu. Merah padam wajah Maria menahan malu bila mata mereka
bertentangan. "Saya baru balik dari Vietnam, Maria. Seminggu saya di sana. Memang saya
teringat nak telefon awak. Tapi, bila kenangkan sikap awak yang dingin setiap kali saya
call, tak jadilah pulak. Sedih tau bila awak asyik hempaskan gagang... Saya sampai pukul
10.00 pagi tadi. Tak tahulah kenapa, telinga saya ni tetap nak dengar suara awak.
Kebetulan, Yana yang jawab panggilan saya tu. Saya pun terus mintak alamat rumah
daripada dia. Saya teringin sangat nak jumpa awak. Saya nak tengok awak. Saya."
Hisyam tidak dapat meneruskan kata-kata kerana kereta-kereta di belakang sudah
membunyikan hon tanda lampu isyarat sudah bertukar hijau. Dia meneruskan
pemanduannya. Hati Maria bergetar hebat. Hisyam ke Vietnam" Seminggu" Patutlah dia tidak
dihubungi. Aku saja fikir yang bukan-bukan. Tapi, apakah yang hendak dikatakannya
tadi" Dia apa" Rindu" Mengarut!
DI DALAM restoran, Hisyam makan dengan penuh berselera. Lelaki itu tidak langsung
mengangkat muka. Sebaliknya pula dengan Maria. Dia hanya menguis-nguis nasi beriani
di hadapannya. Air sirap yang dipesan, disisip perlahan-lahan.
"Berapa hari awak tak makan"" tanya Maria tiba-tiba.
Hisyam mengerutkan dahi, tidak faham maksud soalan itu.
"Awak tu makan gelojoh sangat. Itulah yang saya nak tahu. Dah berapa lama
awak tak makan""
Hisyam mengambil kesempatan itu untuk merenung wajah mulus Maria lamalama. Rasa terlerai rindu di hati bila menatap seraut wajah itu. Rindu" Entahlah. Mungkin
ya, mungkin tidak. Cuma, perasaan yang sedang dialaminya ini amat berlainan daripada
selalu. Yang pasti, wajah di hadapannya ini sudah pandai menemani tidurnya dan inilah
juga wajah pertama yang dilihat bila dia membuka mata.
"Awak ni kenapa" Takkanlah nak marah bila saya cakap macam tu"" tanya Maria
bila dilihatnya Hisyam berhenti menyuap dan asyik merenungnya.
Hisyam ketawa. Hangat pipinya menahan malu kerana ditegur oleh Maria. "Saya
gelojoh ya" Mahunya tak lapar. Tengok ni, dah dekat pukul 2.00. Saya pujuk awak
datang tadi dekat setengah jam, tahu tak""
Maria malas hendak berkata apa-apa lagi. Dia diam. Matanya memandang ke
persekitaran. Suasana dalam restoran lengang ketika itu. Mungkin kerana waktu yang
sudah melangkaui masa makan tengah hari.
"Sedap ke air tu""
Suara Hisyam mengejutkan Maria. Dia baru menyedari bahawa pinggan nasi
lelaki itu sudah kosong. Air barli yang dipesan sudah habis. Pastilah Hisyam sudah
kekenyangan. Maria mengangguk. "Bagi saya rasa sikit." Hisyam meminta.
Maria membeliakkan mata. Nak berkongsi air" Tak betul ke apa" Dia menyoal
dalam hati. "Pesanlah minuman lain. Ini saya punya," kata Maria.
"Maria, saya nak rasa dua tiga teguk aje. Saya nak hilangkan rasa pedas ni.
Janganlah kedekut sangat," bisik Hisyam sambil menarik gelas minuman Maria.
Straw di tangan Maria diambilnya. Dia terus sahaja menyedut air sirap itu tanpa
mempedulikan reaksi Maria.
Maria hanya dapat merenung dengan perasaan geram.
"Kenapa" Ops... maaf. Dah habis! Awak nak lagi ke"" Hisyam bertanya bila
dilihat Maria merenungnya tanpa berkelip-kelip.
Maria menggelengkan kepala.
"Saya gembira sangat hari ini sebab akhirnya awak sudi temankan saya keluar,"
kata Hisyam tidak lama kemudian.
"Hmm... Jadi, sekarang tentu awak boleh hantar saya balik. Banyak baju yang
saya nak jahit di rumah tu," balas Maria sambil merenung jam
tangannya. Hisyam mengerti isyarat yang diberi, tetapi dia belum mahu berpisah lagi. Banyak
yang ingin diketahui tentang gadis ini.
"Saya dah kenyang sekarang, tapi belum masanya untuk kita balik lagi."
"Hah"" "Saya nak tahu tentang Irwan. Saya nak dengar penjelasan awak."
Maria mengeluh. Rupa-rupanya lelaki ini ingin benar mengetahui sebab mengapa
Tak Mungkin Kuhindar Karya Ana Sofiya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
dia telah memperalatkan dirinya tempoh hari. Mungkin egonya tercalar bila dipergunakan
begitu. "Tak ada apa-apa yang menarik tentang hubungan kami."
"Seorang lelaki dan seorang perempuan tidak akan bercinta kalau masing-masing
tidak tertarik antara satu sama lain," balas Hisyam.
Maria mengangkat bahu. "Dah berapa lama awak berkawan dengan dia"" soal Hisyam lagi bila Maria
masih diam. "Setahun." "Lama juga tu. Tentu awak dah kenal hati budi dia""
"Entahlah. Ada masanya saya fikir saya kenal dia, tapi rupa-rupanya saya silap.
Selama tempoh kami berkawan tu, dia boleh bertunang dengan perempuan lain. Tak
sangka betul. Entah macam manalah saya boleh terfikir yang saya dah jatuh cinta pada
dia." "Awak jatuh cinta pada dia. Hmm."
Suara Hisyam seolah-olah menyindir. Bila Maria memandangnya, dia
menjongketkan bahu sambil menyuruh gadis itu meneruskan cerita.
Maria akur. Dia menceritakan peristiwa yang berlaku suatu masa dahulu apabila
tunang Irwan datang menyerangnya. Masa itu, dia dan Irwan sedang menjamu selera di
dalam sebuah restoran. Betapa gadis itu menuduh dirinya seorang perampas. Sungguh,
dia mengharapkan Irwan membela dirinya, tetapi lain yang terjadi. Untuk menyelamatkan
diri, Irwan turut menuduhnya yang bukan-bukan. Dia dikatakan burung pipit yang ingin
terbang sama tinggi dengan enggang. Dia dituduh ingin hidup mewah. Perempuan kilang
yang tidak sedar diri. Seorang operator yang ingin menjerat seorang jurutera.
Semuanya masih jelas di pendengaran. Dia masih ingat perasaannya waktu itu.
Geram, marah, sedih, benci, semuanya bercampur baur. Maria rasa benar-benar terhina.
"Irwan kata saya yang terhegeh-hegeh hendakkan dia. Dia kata saya nak hidup
mewah. Materialistik! Gila." bentak Maria.
"Lepas tu apa yang berlaku"" tanya Hisyam. Dia seolah-olah tidak sabar pula
menunggu penjelasan Maria.
Maria tersenyum sinis. "Lepas tu mereka kahwinlah."
"Mereka kahwin dan awak masih boleh tersenyum"" soal Hisyam. Dia hairan
mengapa Maria masih boleh tersenyum begitu.
"Dah saya tak sedih. Sikit pun tidak. Takkanlah nak nangis pulak," jawab Maria.
"Dia kan kekasih awak" Takkanlah buah hati kahwin, awak tak sedih""
Hisyam masih tidak percaya.
"Tak ada jodoh kami, Encik Hisyam. Tak payahlah nak sedih."
"Lakonan kita hari tu untuk apa""
Alamak, dia tak puas hati lagilah...
"Apa yang dia hendak"" soal Hisyam tidak sabar-sabar.
"Itulah yang saya pelik tu. Dia merayu saya macam-macam. Dia kata dia rindu
pada saya. Dia masih sayang, masih cinta pada saya. Lepas tu dia menuduh saya masih
ingatkan dia, sayangkan dia. Dia kata saya masih cinta pada dia... "
"Betul ke"" Hisyam memintas dan pandangan matanya tajam menanti jawapan
Maria. Maria ketawa. Soalan Hisyam terasa lucu di pendengarannya.
"Kenapa awak gelak" Awak tak ingatkan dia" Tak rindu pada dia"" Hisyam
bertanya lagi. Dadanya berdebar-debar menanti jawapan Maria. Tidak sabar menunggu
jawapan itu. Maria menggeleng. "Kalau saya masih rindukan dia, tentu saya sentiasa teringat
pada dia, kan" Kalau masih sayang, tentu saya sedih dia berkahwin dengan orang lain."
Sepasang mata milik Maria sedang menatap wajah Hisyam dan tutur katanya
menjadi lebih serius. "Saya tak pernah ingat pada dia selepas hubungan kami putus. Tak pernah telefon
dia pun. Jadi, saya yakin bahawa apa yang saya rasa tu bukan cinta. Bukan ke bila kita
rindukan seseorang, kita ingin selalu dengar suara dia" Kita ingin selalu tengok muka
dia" Kalau boleh, nak sentiasa bersama" Semua perasaan tu tak ada dalam diri saya untuk
Irwan." Hisyam menganggukkan kepala. Hai, Maria, itulah yang sedang saya alami
sekarang. Hari-hari saya ingin nak dengar suara awak. Saya ingin nak tengok wajah
awak. Saya ingin selalu bersama awak. Jadi, rindukah saya pada awak" Dan, jika saya
rindukan awak, apakah itu bermakna saya dah jatuh cinta pada awak"
Tiba-tiba lamunan Hisyam dikejutkan oleh suara Maria yang masih cuba
meyakinkannya. "Semuanya dah saya beritahu pada dia dengan jelas dan terang, tapi dia tetap tak
percaya. Saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Jadi, hari itu tanpa berfikir panjang."
"Awak mintak bantuan saya!" Hisyam memotong sambil tersenyum.
Maria tertunduk malu. Tidak sanggup membalas renungan sepasang mata itu.
Tidak sanggup membalas senyuman yang nakal itu. Lama, baru dia mendapat suaranya
semula. "Saya minta maaf kerana melibatkan awak dalam masalah saya. Saya tahu awak
tak suka dengan apa yang berlaku, tapi saya janji, lepas ini saya tak akan ganggu awak
lagi." Hisyam menggelengkan kepala. Wajahnya jelas dalam kekeliruan. "Tadi awak
kata Irwan tu satu tempat kerja dengan awak, kan""
Maria mengangguk. "Dia jurutera kat kilang tu."
"Nampaknya, kita tak boleh putuskan hubungan. Kalau kita tak jumpa-jumpa lagi,
dia mesti tahu yang awak dengan saya bukan kekasih. Dia mesti tahu awak menipu. Dia
akan ambil peluang tu. Nanti tak pasal-pasal awak kena serang dengan isteri dia lagi."
"Tak adalah. Dia dah tak ganggu saya dah. Saya percaya, dia akan terus begitu."
"Jangan terlalu yakin, Maria. Cuba awak fikir. Selama ini, ada tak saya jemput
awak kat tempat kerja" Tidak, kan" Lelaki macam dia, takkan mudah putus asa, awak
tahu" Sekarang ni memanglah dia diam. Tunggulah esok lusa. Tentu dia akan ganggu
awak semula." Maria mengerutkan dahi. "Awak ni menakutkan saya ajelah... "
"Bukan itu tujuan saya. Saya cuma nak melindungi awak daripada dia. Dia tak
layak untuk awak!" tegas Hisyam.
Jadi, siapa yang layak" Hisyam bertanya kepada dirinya sendiri. Dia tersenyum.
Dalam hati dia membisikkan hanya dia yang layak untuk gadis yang berada di
hadapannya ini. Hanya dia!
"Susah-susah nanti, saya berhenti kerja. Habis cerita," kata Maria tegas.
"Tak boleh macam tu, Maria. Takkanlah sampai berhenti kerja pulak. Mesti ada
cara lain untuk selesaikan masalah ini." Hisyam cuba berdiplomasi. Wajah ayu di
hadapannya ditatap lagi. "Saya melawak ajelah. Takkan saya nak berhenti kerja hanya disebabkan dia.
Encik Hisyam, janganlah bimbangkan saya. Insya-Allah, takkan jadi apa-apa."
"Macam mana kalau jadi apa-apa""
Maria tersengih. "Awak kan ada" Nanti saya mintak tolong pada awaklah."
Hisyam turut ketawa. Dan, dia mengambil peluang ini untuk mengusik. "Boleh,
tak ada masalah. Cuma, saya kena naikkan bayarannya."
"Alamak, pokailah saya macam ni!"
HISYAM masih belum mahu berpisah. Walau Maria kelihatan tidak selesa bersamanya,
dia tetap berpura-pura selamba. Selepas menghabiskan masa hampir dua jam di restoran,
dia telah mengajak Maria berjalan-jalan di dalam pusat membeli-belah yang luas itu. Dia
tahu Maria keberatan, namun langsung tidak diendahkan.
Ketika di tingkat dua, Hisyam mengajak Maria masuk ke bahagian yang menjual
haruman. "Awak boleh tolong saya tak, Maria" Saya nak hadiahkan minyak wangi kepada
seseorang, tetapi saya tak tahu bauan macam mana yang dia suka."
Hai, untuk buah hatilah ni, fikir Maria. Rasa bersalah menerpa tiba-tiba. Lelaki ini
sudah ada kekasih dan dia tidak harus berdua-duaan dengannya. Namun, dia tertanyatanya siapakah gadis bertuah itu" Gadis yang berjaya memiliki lelaki tampan ini" Adakah
dia wanita anggun jelita yang menemaninya di Kampung Baru dahulu" Atau ada yang
lain lagikah" Dengan rasa ingin tahu, Maria memandang wajah Hisyam. Hisyam yang ketika
itu sedang merenung, melarikan pandangan. Wajah merona merah.
"Bagaimana orangnya" Maksud saya, buah hati encik tu."
"Kenapa"" "Encik Hisyam, kalau kita hendak menghadiahkan seseorang dengan minyak
wangi, kita kena tahu perwatakan dia. Sama ada dia seorang yang lemah lembut,
romantis, lasak, cergas atau manja sekalipun. Kalau girlfriend encik seorang yang aktif
dan suka bersukan, awak pilihlah minyak wangi yang baunya sedikit keras. Tetapi, kalau
teman wanita awak ni seorang yang romantis dan lemah lembut, awak perlu memilih
minyak wangi yang berbau sedikit lembut. Lavender atau haruman sitrus." Maria
memberitahu. Maklumat itu diperolehi Maria melalu
i pembacaan. Setiap minggu, di suatu
ruangan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, pasti ada maklumat yang ingin dikongsi
oleh syarikat daripada jenama yang terkenal dengan pembaca. Sama ada tentang
haruman, mekap, gaya hidup mahupun untuk penjagaan kesihatan. Semua dapat memberi
pengetahuan tambahan kepada pembaca.
Hisyam tersenyum. Hatinya gembira kerana dia yakin mereka mempunyai hobi
yang sama, iaitu membaca.
"Dia" Romantis tu, saya tak tahulah, tapi kalau bercakap tentang orangnya... dia
memang seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa," jawab Hisyam.
"Hmm, kalau macam tu, saya dah tahu. Jom!"
Hisyam menurut sahaja bila Maria mengajaknya pergi ke kaunter Dior. Ketika
jurujual mengesyorkan bauan tertentu, mereka sama-sama mengerutkan dahi. Kepala
kemudiannya digelengkan. Bersama-sama, mereka terus bergerak dari satu kaunter ke
satu kaunter yang lain sehinggalah mereka sampai di kaunter jenama Chanel.
Hisyam dapat melihat Maria berkenankan satu haruman di kaunter ini. Dan, dia
sendiri mengakui dia juga sukakan bau yang lembut itu. Bau lavender dan bungabungaan sitrus.
Aduhai, bergetar jiwanya.
"Awak suka ke"" tanya Hisyam.
Maria mengangguk. "Tapi, terserah kepada awaklah, Encik Hisyam. Awak rasa
buah hati awak tu suka tak dengan pilihan saya ni""
"Kalau awak suka, saya yakin dia pun suka," balas Hisyam pula.
"Awak" Awak suka tak"" Maria masih bimbang.
"Hmm, bau tu buat saya rasa macam nak. cium dia!" bisik Hisyam.
Bulat mata Maria mendengar jawapan Hisyam. "Gatal betul!" gumam Maria.
"Apa awak kata"" soal Hisyam sambil tersengih.
Melihat sengihan itu, Maria yakin bahawa Hisyam mendengar kata-katanya tadi,
namun dia tidak mahu memanjangkan cerita.
"Pergilah bayar cepat, saya nak balik. Dah lama sangat dah kita keluar ni. Nanti
kawan-kawan saya risau pulak."
Hisyam ke kaunter bayaran, namun sepasang matanya masih memerhati gelagat
gadis itu. Dia sebenarnya masih tidak pasti perasaan apakah yang sedang dialaminya ini.
Namun, dia dapat merasai keindahannya.
KERETA milik Hisyam sudah berada di hadapan rumah sewa Maria yang terletak di
Pandan Jaya. Ketika Maria ingin melangkah turun, Hisyam menahan.
"Maria, tunggu dulu."
Maria menunggu Hisyam meneruskan kata-katanya. Wajahnya tenang.
"Boleh kita jumpa lagi""
Maria tersenyum. Sudah diduga, inilah yang akan disoal lelaki itu kepadanya.
"Untuk apa" Encik Hisyam, masa saya banyak saya habiskan untuk awak hari ini. Saya
rasa, saya dah pun membalas budi awak dulu tu. Betul, kan""
Hisyam gelisah, tidak suka Maria berkata begitu. "Bukan. Sebagai kawan, saya
nak lebih mengenali awak."
"Saya takut kena serang dengan buah hati awak."
"Kalau saya dah ada girlfriend, saya tak akan ajak awak."
Maria tersenyum sinis. "Awak ni lucu jugak. Baru tadi saya tolong pilihkan
minyak wangi untuk buah hati awak. Sekarang, awak kata awak tak ada girlfriend pulak.
Hisy, lelaki semuanya sama!"
Hisyam menghulurkan sebuah beg plastik yang dicapai daripada tempat duduk
belakang. "Minyak wangi itu untuk awak. Dan, ini, saya beli di Vietnam. Juga untuk
awak." Tidak berkelip mata Maria merenung Hisyam. Dengan tangan yang sedikit
terketar, dia menjenguk ke dalam beg plastik yang diberikan. Dua helai kain sutera
Vietnam yang cantik diisi dalam beg itu. Maria terkesima.
"Maria..." Suara Hisyam menyapa telinga. Lembut. Mesra.
Maria menggelengkan kepala. "Saya tak nak semua ini. Maaflah. Ambillah
balik." Sewaktu Maria ingin membuka pintu kereta, Hisyam memegang tangannya. Dia
merasa jengkel dengan perbuatan Hisyam itu. Dia marah. Matanya nampak garang
merenung Hisyam yang selamba.
"Lepaskan tangan saya!"
Bila Hisyam mendiamkan diri dan masih terus merenung, Maria mencuri peluang.
"Hisy, awak ni kenapa" Awak ingat, bila awak dah tolong saya sekali, awak boleh sesuka
hati memegang saya" Awak ingat, sekali saya membenarkan awak menyentuh saya, saya
akan sentiasa merelakan" Sekali saya tersilap, awak anggap saya ni murah, macam tu""
"Dah habis cakap"" soal Hisyam pula.
"Belum, selagi awak tak lepaskan tangan saya. Eii... geram betul saya dengan
perangai awak ni. Tak sukalah!"
Hisyam ketawa kecil, menambah sakit di h
ati Maria. Tangan yang baru
dilepaskan direnung Maria. Merah pergelangan tangannya, bekas cengkaman tangan
lelaki itu. Maria sudah tidak dapat bersabar lagi. Dia perlu keluar dari kereta. Dia tidak
tahan dengan perangai lelaki yang seorang ini. Namun, suara lembut itu menghentikan
pergerakannya. "Maria, awak tahu tak apa yang awak dah buat pada saya"" Hisyam mengatur
bicara. Perhatian Maria sudah diperoleh. Kini, gadis itu sedang memandang ke arah
Hisyam dengan wajah yang penuh persoalan.
"Saya dah tergoda dengan awak."
Bulat mata Maria mendengar pengakuan lelaki itu.
Hisyam ketawa. "Janganlah panik!"
"Dah awak cakap yang pelik-pelik pada saya, lepas tu awak kata jangan panik"
Beritahu saya, Encik Hisyam, dah berapa lama awak kenal saya""
"Masa bukan ukuran."
"Awak ni merapu betul. Biar saya berterus terang. Saya tak suka awak. Saya
keluar dengan awak hari ini sebab awak ugut saya. Jugak sebab saya nak balas budi yang
asyik awak ungkit. Lepas ini, tak payahlah call saya lagi. Saya tak layak kawan dengan
awak." Maria mengharapkan lelaki ini memahami kata-katanya. Bagaimanapun Hisyam
seolah-olah tidak mendengar apa yang baru sahaja diucapkannya. Lelaki itu meletakkan
beg-beg plastik yang berisi hadiah itu di atas ribanya.
"Terimalah. Memang tujuan saya beli semua ini untuk awak. Bukan untuk
perempuan-perempuan lain," ucap Hisyam.
"Encik Hisyam, awak tak dengar ke apa yang saya beritahu awak"" soal Maria
lemah. Hisyam ketawa. "Dengar."
"Habis tu""
"Kan saya pernah cakap yang saya nak kawan dengan awak. Kalau awak tak
mahu hubungan yang serius, saya faham. Hati awak masih luka. Sebab itu awak sangat
berhati-hati. Awak takut nak jatuh cinta lagi. Maria, tak bermakna bila saya beri awak
hadiah ini, saya perlukan komitmen daripada awak. Tidak! Hadiah ni tanda terima kasih
saya sebab awak sudi temankan saya hari ini. Percayalah. Saya tak ada niat lain."
"Tapi, saya tak biasa terima semua ni. Dengan Irwan dulu pun semuanya saya
tolak." Akhirnya, Maria berkata setelah lama membisu.
"Baguslah. Cuma, kalau saya yang beri, saya nak awak terima."
"Tapi." "Jangan risau, Maria. Saya tahu saya tak boleh beli hati awak dengan hadiahhadiah ni semua. Saya tahu awak takut dengan sikap saya ni. Percayalah, saya tak akan
paksa awak buat perkara yang awak tak suka. Apa yang saya nak sekarang ialah
berkawan dengan awak. Kita berkawan aje. Takkan itu pun tak boleh... "
Maria mengeluh. "Awak tentu tak akan beri saya turun kalau saya tak terima hadiah awak ni, kan""
Hisyam ketawa besar mendengarnya. "Tahu pun!"
"Kalau macam tu, terima kasih."
"Maria." Maria membeliakkan matanya. "Apa lagi ni" Dah lama tau awak berhentikan
kereta. Entah apa yang jiran-jiran saya kata nanti. Dalam rumah saya tu, kawan-kawan
saya semuanya menanti peluang untuk mengusik. Simpan saja apa yang awak nak cakap
tu." Maria mendengar Hisyam ketawa lagi bila dia melangkah keluar dari kereta.
Hisyam menurunkan cermin tingkap. "Maria, malam nanti, saya telefon awak."
"Hisy, tak payahlah! Dah sehari suntuk kita jalan sama-sama. Cukuplah!"
"Saya tak peduli. Saya nak cakap dengan awak jugak."
"Suka hati awaklah. Tak kuasa nak layan."
"Maria."
Tak Mungkin Kuhindar Karya Ana Sofiya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
Maria mengetap bibir. Hisyam ketawa. "Dalam beg tu, ada tiga beg dompet untuk kawan-kawan
serumah awak." Tanpa menunggu reaksi Maria itu, Hisyam melambaikan tangannya sebelum
memandu pergi meninggalkan Maria yang masih berdiri terpaku. Pada ketika itu, Maria
tahu bahawa ada sesuatu sedang berlaku pada hatinya, tetapi dia tidak mahu mengakui.
Masakan baru sekali keluar bersama dengan lelaki itu dia sudah jatuh hati"
Mustahil! Maria cuba menghalau apa juga perasaan yang sedang menghantui.
AISYAH sudah siap mengemas dapur. Dia kepenatan, namun masih ingin menjenguk
anak sulungnya yang sedang nyenyak tidur di dalam bilik. Jam sudah menunjukkan pukul
2.00 pagi. Malam sudah bertukar ke dinihari. Sesekali kedengaran bunyi ayam jantan
berkokok. Dengan perlahan-lahan Aisyah menaiki anak tangga. Tidak lama kemudian, dia
memasuki bilik tidur anak gadisnya. Wajah mulus itu ditatapi. Bangga rasa hati kerana
melahirkan seorang anak yang cantik begini. Wajah
Maria mirip wajahnya. Namun, kulit
Maria yang cerah itu diwarisi daripada suaminya. Bila terkenang lelaki itu, rasa sedih
datang bertandang. Terutama bila memandang seraut wajah anaknya itu. Anak yang
sudah terlalu banyak berkorban untuk dirinya. Malah, pengorbanan Maria juga tidak
terhitung untuk kedua-dua orang adik lelakinya.
Aisyah teringatkan peristiwa yang berlaku beberapa bulan yang lepas. Peristiwa
yang sama sekali tidak diduga akan berlaku. Pada ketika itu dia sedang memasak di
dapur. Dia sedang bersendirian seperti selalu. Muaz masih di sekolah.
"ASSALAMUALAIKUM..."
Suara yang amat dikenali memberi salam. Dan, ketika Aisyah menoleh, suaminya,
Mustafa, sedang berdiri di muka pintu.
Selepas begitu lama menghilangkan diri, lelaki itu muncul semula. Aisyah benarbenar terperanjat. Terlepas senduk yang dipegang. Terpandangkan Mustafa, hatinya
segera mengingati anak perempuannya. Wajah Maria terbayang di ruangan mata dan
kemarahan yang terpendam sekian lama, hadir semula.
"Waalaikumsalam. Hah, abang" Abang buat apa datang ke rumah saya ni""
Itulah soalan pertama yang ditanyakan Aisyah kepada lelaki yang masih bergelar
suaminya. Walau sudah bertahun-tahun dia ditinggalkan. Lelaki yang masih merupakan
ayah kepada tiga orang anaknya. Walau selama ini tidak ada nafkah yang diberikan.
"Aisyah, boleh abang masuk""
Pertanyaan itu tidak dijawab. Walau marah, lelaki itu adalah tetamunya. Jadi,
Aisyah telah menjemput suaminya duduk, malah telah meletakkan secawan kopi di atas
meja. "Anak-anak mana, Aisyah""
Aisyah sebenarnya hairan mendengar suara yang kedengaran begitu lembut dan
asing di telinga. Dia bertambah bingung bila memikirkan mengapa lelaki ini perlu tahu
tentang anak-anak. "Hai, tak pernah-pernah dibuat bertanya tentang mereka, apa pulak mimpi awak
kali ni"" sindir Aisyah.
Melihat Mustafa diam, Aisyah bertanya lagi. "Awak buat apa kat sini, bang" Dah
tujuh tahun awak sepi tanpa berita. Mimpi apa semalam, tiba-tiba awak datang dan
bertanyakan anak-anak" Dah buang tabiat""
Mustafa menghela nafasnya perlahan-lahan sebelum berkata, "Apa khabar Lia
sekarang" Tentu dia dah dewasa, kan" Saya rindu sangat pada dia."
Kelembutan suara itu menyakitkan hati Aisyah. Masih terbayang perbuatan
suaminya itu kepada satu-satunya anak perempuan mereka. Tiba-tiba hatinya berasa
sakit. Kesakitan itu semakin bertambah bila lelaki itu bertanya khabar seolah-olah dia
begitu mengambil berat"
"Awak rindukan dia, bang" Hai, kalaulah Lia ada kat sini, mestilah dia ketawa
sakan. Mana tidaknya, lelaki yang pernah memukul dia setengah mati, mengaku rindukan
dia. Hai, memanglah awak ni dah tak betul. Dah nak mati, kut!"
Ringan sahaja mulut Aisyah mengeluarkan kata-kata itu. Peduli apa, fikirnya.
Inilah lelaki yang telah menyakiti anaknya sendiri sehingga Maria tidak dapat bergerak.
Pukulan di bahagian belakang badan anaknya itu menyebabkan Maria terpaksa meniarap
menahan sakit. Akibat perbuatan suaminya itu, Maria tidak dapat pergi ke sekolah.
Selama dua minggu, dia terlantar. Malangnya, di sekolah, ada cerita lain yang timbul.
Maria telah dituduh dengan pelbagai fitnah. Ada yang menggelarnya bohsia. Ada yang
mengejek menuduh Maria jatuh motosikal kerana turut merempit. Tidak cukup dengan
itu, Maria juga dituduh telah menggugurkan kandungan. Maruah anaknya tercemar hanya
kerana perbuatan suami di hadapannya ini. Waktu itu tidak ada sesiapa mempercayai
kata-kata mereka. Maria telah dipanggil oleh pihak bimbingan dan kaunseling di sekolah. Dia
diminta berterus terang. Sebagai anak, sanggupkah Maria membongkar perbuatan
ayahnya yang kejam" Sanggupkah dia memberitahu bahawa dirinya disebat dengan rotan
hanya kerana tidak membenarkan si ayah merampas duit simpanan ibunya"
Disebabkan dia membisu, pihak sekolah membuat kesimpulan sendiri. Segala
tuduhan dianggap benar. Persekolahannya digantung. Kerana malu, Maria nekad berhenti
sekolah. Walau dihalang, Maria tetap berkeras dengan keputusannya. Walau dipujuk,
Maria tidak mengendahkan. Hati yang tercalar tidak dapat dipulihkan lagi.
"Kenapa awak diam pulak, bang" Kalau dulu, bukan main awak naik minyak.
S ekarang awak dah tak kuat ke" Atau pun Allah dah balas perbuatan awak pada kami,
terutamanya pada Lia. Itukah sebabnya, bang" Sebab awak rasa berdosa dan dosa
memukul anak itu sedang mengejar awak"" Aisyah terus-terusan mengungkit.
Tiba-tiba Aisyah melihat Mustafa terketar-ketar membetulkan duduknya di
kerusi. Ketika lelaki itu merenungnya, ada air jernih bergenangan dan menitis keluar dari
kelopak mata. Tidak lama kemudian, lelaki itu sudah menangis teresak-esak sambil
berkata-kata. Aisyah terpaksa membuka telinga dengan lebih luas untuk memahami apa
yang dikatakannya. "Maafkan abang, Aisyah. Maafkan abang. Abang tahu, abang berdosa dengan
Aisyah dan anak-anak. Ampunkan dosa-dosa abang. Izinkan abang jumpa dengan Lia.
Abang nak minta ampun dengan dia. Abang nak cium dia. Abang rindu sangat pada dia."
Walau timbul rasa kasihan, namun rasa marah yang terpendam sekian lama
mengatasinya. "Abang nak minta ampun dengan dia" Abang nak minta maaf" Abang, kalau
abang dimaafkan, diampunkan, dapatkah abang bagi balik pada Lia tujuh tahun itu""
Panas sungguh hatinya dengan perangai suaminya itu. Dia ingat, begitu mudah untuk
memohon maaf" Dia terus-menerus memarahi Mustafa.
"Abang tahu tak, kerana abang pukul dia, Lia tak dapat pergi ke sekolah, Saya
nak bawa dia ke hospital, tapi dia tak mahu. Sebab dia tahu, kalau ke hospital tentu akan
jadi kes polis. Tentu awak akan kena tangkap."
Kini Aisyah pula yang menangis.
"Tengoklah, bang. Dalam kesakitan, dia masih sayangkan awak. Masih jaga
keselamatan awak. Dia sanggup menderita di rumah..." kata Aisyah lirih.
Hanya tangisan mengisi ruang ketika itu. Aisyah sedih mengenangi kesakitan
yang ditanggung anaknya. Mustafa menyesali perbuatannya.
Aisyah cuba mengawal diri. "Awak tahu tak apa yang berlaku lepas itu" Lia
terpaksa berhenti sekolah, bang. Kerana ingin menjaga maruah ayahnya yang tidak
bertanggungjawab, dia dituduh yang bukan-bukan. Kerana malu, dia minta izin saya
untuk sambung belajar di KL, kat rumah Leha. Tahu apa yang jadi" Bila dia tengok Leha
hidup susah, dia batalkan niatnya. Terus dia bekerja di kedai kain dengan gaji 300 ringgit.
Dia bagi Leha 100. 150 dia bagi saya untuk belanja rumah, 50 untuk dia, makan, pakai,
tambang bas. Tapi, dia tak pernah merungut. Awak kat mana masa tu" Awak senanglenang dengan bini awak yang kaya. Awak tak ambil tahu hal anak-anak."
"Aisyah." "Tak, awak dengar dulu cerita saya."
Aisyah tidak membenarkan Mustafa untuk bercakap. Dia meneruskan, "Bila umur
dia 18 tahun, Lia mintak kerja kilang. Sambil-sambil tu, dia ambil upah menjahit. Tak
pernah dia lupa nak bagi saya dan adik-adik dia duit belanja. Bila Lan dapat masuk
UiTM, dengan duit simpanannya itulah kami gunakan."
Kini Aisyah menarik nafasnya panjang-panjang. Masih mahu bercerita.
"Banyak sangat dia berkorban untuk kami. Muaz tu, dia hantar tuisyen sematamata supaya adiknya berjaya. Tak pernah sekalipun dia merungut. Sudahlah, bang, tak
payahlah susah-susah nak mintak maaf dengan Lia. Hati dia tu dah hancur sangat dengan
perbuatan awak dulu. Pergilah balik ke rumah isteri awak yang kaya tu. Hiduplah baikbaik dengan dia. Pergilah, bang! Jangan datang lagi."
AISYAH mengeluh, wajah Maria ditatapi dengan pandangan mata yang berkaca. Dia
membelai rambut anaknya yang sedang lena.
"Lia, lelaki itu datang nak mintak maaf pada Lia, tapi mak tak bagi. Mak tak
mahu dia jumpa Lia sekarang sebab mak takut Lia terluka. Memang satu hari nanti dia
tetap akan balik untuk mewalikan Lia, tapi biarlah kita tunggu masa itu datang sendiri.
Buat masa ini, mak tak mahu hati Lia sedih. Tambah-tambah pulak bila mak tengok anak
mak balik dengan wajah yang riang."
Aisyah membetulkan selimut anaknya yang sudah menggelongsor ke bawah.
Wajah cantik itu ditatap lagi. Kepulangan anaknya kali ini nampak lebih ceria daripada
biasa. Ada keriangan yang tersembunyi. Mungkinkah sekeping hati itu sudah dimiliki"
Kalau benar, siapakah lelaki bertuah itu"
Aisyah tersenyum. Kalau betul anaknya itu sudah jatuh cinta, dia pasti tidak lama
lagi dia akan mengetahui kerana selama ini Maria tidak pernah berahsia dengannya.
"Mak, mak t ak tidur lagi" Dah pukul berapa ni""
Suara Maria mengejutkan Aisyah. Wajah Maria ditatap penuh kasih sayang.
"Pukul 2.00. Mak ingat nak jenguk kamu sekejap sebelum mak masuk tidur."
"Mak, marilah tidur dengan Lia. Lia nak peluk mak."
Suara manja Maria membuat Aisyah ketawa. Maria bergerak ke kiri supaya
Aisyah dapat mengambil tempatnya untuk tidur. Bila badan Aisyah sudah dibaringkan,
Maria lantas memeluk tubuh Aisyah. Terasa kehangatan kasih sayang menyerap ke
seluruh jiwa raganya. Tangan Aisyah membelai rambut Maria. "Hmm, sekarang peluk emaklah. Tak
lama lagi, Lia peluk orang lain, Lia lupa emak pulak."
Maria tergelak mendengar usikan emaknya itu.
"Tak samalah, mak," jawab Maria lalu tertunduk malu. Dia menyembunyikan
wajah di bawah ketiak emaknya.
Aisyah ketawa. "Hmm, memanglah tak sama."
"Mak ni... Kenapa suka sangat usik Lia macam tu" Dah tak sabar nak bermenantu
ke"" Giliran Maria pula mengusik ibunya.
"Tentulah! Bukan setakat nak menantu. Mak nak cepat-cepat dapat cucu."
Hangat terasa pipi Maria dalam kedinginan malam itu. Ingatan terhadap Hisyam
menjengah. Apakah dia sudah jatuh cinta kepada lelaki itu" Ah, mengarut. Tapi, sejak
kebelakangan ini, wajah lelaki itu asyik bertamu di ruang matanya. Rindukah itu"
Cintakah itu" Tidak! Tak mungkin.
Namun, itulah satu-satunya lelaki yang amat rapat dengan dirinya kini. Pertemuan
mereka semakin kerap terjadi. Dia tidak berdaya menolak pelawaan lelaki itu untuk
bertemu. Malah, hampir setiap hari, lelaki itu akan mengambil dan menghantarnya ke
tempat kerja. Walau sering ditolak, Hisyam tidak pernah peduli.
Maria tersenyum. Hai, kalaulah mak tahu... Dia masih belum bersedia untuk
memberitahu emaknya bahawa hatinya sudah berpunya. Dia segan. Biarlah hubungannya
dengan Hisyam menjadi rahsia buat sementara waktu. Sampai masanya nanti pasti ibunya
akan tahu juga. "Nantilah, mak. Mak jugak yang kata, kalau ada jodoh adalah. Lia belum jumpa
lagi dengan bakal suami Lia, mak. Insya-Allah, kalau ada jodoh Lia nanti, Lia kahwinlah.
Takut mak pulak yang susah hati masa itu. Maklumlah, anak kesayangan mak dah tak
boleh nak peluk mak macam malam ni. Kan, mak""
"Kamu ni, macam-macam. Ni, mak nak tanya sikit. Kenapa telefon bimbit kamu
tu dimatikan"" Maria tidak dapat menjawab. Bagaimana harus dia memberitahu sebab itu" Dia
mematikan talian kerana bimbang Hisyam menghubunginya. Sekarang ini, lelaki itu
sentiasa sahaja menelefon tanpa mengira waktu. Bukan seminit dua, malah kadangkala
melebihi sejam. Ada sahaja yang ingin dibualkan. Ada sahaja gurau sendanya. Macammacam yang ingin dicerita. Dan, dia leka mendengar.
Mengenangi Hisyam, hatinya tertanya-tanya juga. Susahkah hati lelaki itu bila dia
tidak dapat dihubungi" Marahkah lelaki itu nanti" Namun, Maria sedar, kalau dia tidak
berbuat begitu, dia yakin hubungan mereka pasti akan diketahui oleh ibunya.
"Mak, saja aje Lia matikan. Kawan-kawan Lia tu, terutama si Yana tu, mesti
sibuk nak tahu bila Lia nak balik. Jadi, biarkanlah dia gelabah kat sana. Baru dia orang
tahu bahawa mereka akan sunyi kalau Lia tak ada kat rumah tu," jawab Maria riang.
"Perasan betul kamu ni. Dahlah tu. Jom tidur. Kejap lagi kita nak bangun semula.
Ada banyak kuih yang perlu kita goreng. Ada jamuan di sekolah rendah tu esok." Aisyah
memberitahu. Tubuh Maria didakap.
Maria membalas pelukan ibunya. Rasa bahagia memiliki seorang ibu yang penuh
kasih sayang. Walau sudah bertahun-tahun mereka hidup tanpa ayah, namun belaian
emaknya selama ini melengkapkan kehidupan mereka adik-beradik. Emaknya itu bukan
sahaja memberikan kasih sayang, malah cuba memberikan kasih sayang sebagai ayah
sebagai seorang yang sudah hilang. Penuh, ikhlas dan lengkap-selengkapnya.
7 "LIA, awak ke mana" Kawan-kawan awak kata awak balik kampung. Kalau ya pun,
kenapa tak buka handset" Awak betul-betul buat saya risau, tahu tak""
Seperti yang diduga, itulah suara yang akan didengari sebaik telefon bimbit
dibuka. Suara itu seakan-akan merajuk. Maria tersenyum. Nampaknya malam ini
terpaksalah dia memujuk lelaki itu.
Maria sudah sampai ke rumahnya di Kuala Lumpur. Hampir tiga jam di atas
motosikal me nyebabkan pinggangnya dirasakan lenguh sangat. Kini, dia sedang
berbaring-baring di atas katil selepas menunaikan solat asar. Kawan-kawan serumahnya
sedang berada di ruang tamu, menonton televisyen.
"Alah, Lia balik kampung jumpa mak. Malulah nak on telefon. Awak tu bukan
kira. Kejap-kejap telefon, kejap-kejap telefon. Nanti mak cakap apa pulak." Maria
sengaja mencipta alasan. "Oh, nak jaga hati mak" Habis tu macam mana dengan hati saya" Saya sedih tahu
awak buat saya macam ni. Sampai hati awak," ujar Hisyam pura-pura sedih.
Alasan Maria memang dapat diterima kerana sekarang ini memang dia akan
sentiasa menelefon gadis itu. Sering juga menghantar SMS. Memang, Maria tidak akan
dapat menyembunyikan hakikat itu daripada ibunya.
"Awak sihat ke, Syam" Kenapa telefon saya ni""
Soalan Maria mengingatkan Hisyam tentang niat di hati sebelum dia
menghubungi gadis itu tadi.
"Lia, awak bersiap ya. Kejap lagi saya jemput awak di rumah, okey. Kita pergi
makan." Maria cuba mengelak. "Syam, saya malaslah nak keluar. Saya baru sampai tau.
Penat!" "Lia, tolonglah. Sekejap aje. Saya rindu sangat pada awak. Dapat tengok awak
sekejap pun jadilah. Lagipun, kan masih awal ni" Baru pukul 6.00. Bolehlah, ya""
Bagaimanalah Maria hendak berkata tidak bila digoda dengan suara seromantis
itu" "HMM, macam mana" Awak suka tak dengan hadiah tu" Mari saya pakaikan untuk
awak." Hisyam berkata. Dia ingin memakaikan sendiri rantai tangan yang baru dibeli
untuk gadis itu, tetapi Maria sudah memasukkannya semula ke dalam kotak. Perlahanlahan, kotak itu ditolak semula ke arah Hisyam.
"Simpan balik hadiah awak tu. Saya tak nak." Maria berbisik lembut.
Hisyam terpanar. Perempuan seorang ini tidak habis-habis memberinya kejutan.
Hadiah semahal itu ditolak"
Mereka kini sedang berada dalam restoran di Hotel Regency, Port Dickson. Maria
sendiri tidak menyangka Hisyam akan membawanya sejauh ini hanya untuk makan
malam. Bagaimanapun dia tidak berkata apa-apa. Bagi dirinya, berada di samping lelaki
itu sudah cukup membahagiakan. Dia cuma hairan kerana sebelum meletakkan gagang
telefon tadi, Hisyam memesan kepadanya supaya memakai baju kurung yang dibeli oleh
lelaki itu di Kelantan baru-baru ini. Baju kurung batik berwarna biru pirus, warna
kegemarannya. Hisyam sendiri kelihatan bergaya seperti biasa. Cuma, penampilannya agak
istimewa. Kalau selalu dia hanya memakai baju-T dan seluar jean bila mereka keluar
bersama-sama, malam ini pemuda itu memakai baju kemeja lengan panjang. Maria pelik
memikirkan perbezaan itu.
Maria membiarkan sahaja Hisyam memesan stik untuk mereka berdua. Hatinya
bimbang kerana dia tidak pernah makan stik. Bila masa hendak makan makanan mahal
itu apabila dia dan kawan-kawannya jarang benar makan di luar" Mereka lebih selesa
makan beramai-ramai di rumah walau hanya berlaukkan sambal ikan bilis.
Inilah kali pertama. Agaknya di tempat eksklusif begini, hanya makanan barat
sahaja yang dihidangkan kut. Hati Maria mengomel.
Melihat di sekeliling, Maria mendapati suasana hening di sini. Hanya ada
beberapa buah meja sahaja yang dipenuhi. Alunan muzik yang berkumandang
menambahkan suasana romantis.
"Kenapa awak tak suka rantai tangan tu, Lia" Awak nak yang macam mana" Esok
kita pergi beli yang lain, ya""
Maria tersenyum. "Tak perlu! Syam, kan saya dah pesan pada awak berkali-kali
yang saya tak suka awak beri hadiah pada saya. Bila awak pergi out-station, mesti ada aje
yang awak belikan untuk saya. Saya malu, tahu tak"" ujar Maria.
"Malu" Kenapa" Lia, saya ikhlas beri semua hadiah-hadiah tu."
"Yalah, kalau hadiahnya kain, macam baju yang saya pakai ni, tak apalah jugak.
Ini... rantai tangan macam tu. Mahal sangat! Buat apa""
"Nak bagi awak pakailah! Lia, awak tu buah hati saya. Kalau boleh, macammacam saya nak belikan untuk awak. Nak hadiahkan pada awak."
Tak Mungkin Kuhindar Karya Ana Sofiya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
"Saya tahu awak banyak duit. Saya tahu awak mampu beli apa sahaja. Lagipun
dah banyak yang awak hadiahkan saya. Cukuplah..."
Hisyam hanya memandang tanpa berkelip. Tiba-tiba, dia ketawa sehinggakan
tetamu-tetamu lain menoleh ke arah mereka.
Maria menjegilkan matanya, pura-pura marah. "Kenapa ketawa macam
tu"" "Awak ni lucu betul. Kalau kawan-kawan saya dulu, nampak saja hadiah macam
tu, terus cium saya," seloroh Hisyam.
"Pertama, tolong ingat yang saya bukan macam girlfriend awak yang lain tu.
Kedua, kalau malam ni tujuan awak nak buat saya cemburu, sakit hati, baik hantar saya
balik. Terus cium konon... Benci!" Maria geram. Dia tidak dapat menyembunyikan rasa
marah dan kecewa yang hadir bila mendengar kata-kata Hisyam tadi. Jelas dia kecil hati
dengan lelaki itu. Hisyam kembali serius. Dia cuba memegang tangan Maria, namun gadis itu
mengelak. "Lia, jangan marah saya, okey" Saya melawak aje tadi."
"Huh!" Maria mendengus.
"Cemburu, eh"" soal Hisyam sambil tersenyum. Lirikan mata melambangkan
kepuasan. "Lia, sayang, saya tahu awak lain daripada yang lain. Sejak kali pertama jumpa
awak saya dah tahu. Sebab itu hanya awak sorang aje yang dapat curi hati saya ni."
Pada ketika itu hidangan mereka sampai. Kata-kata manis terhenti.
"Kita makan dulu," kata Hisyam.
Hisyam makan dengan berselera. Tidak menyedari Maria sedang memerhati
perlakuannya dengan penuh minat. Tiba-tiba Maria rasa ingin ketawa.
Itulah, Syam, cari lagi wanita macam saya untuk jadi teman awak, kan ke susah"
Nak makan stik pun tak tahu. Takut nak potong. Manalah tahu kalau-kalau melompat
pulak daging ni keluar dari pinggan. Awak jugak yang malu nanti!
"Kenapa tak makan lagi" Awak tak suka"" Hisyam bertanya bila Maria dilihatnya
masih belum memulakan suapan.
Maria ketawa kecil. Nampaknya terpaksalah dia mengaku. "Takut nak potong
daging ni," bisik Maria perlahan.
Hisyam terpegun. "Maaflah! Saya cakap benar ni. Saya tak tahu nak guna pisau dengan garpu," kata
Maria malu-malu. Seketika kemudian Hisyam bangun. Tindakannya mengejutkan Maria. Apatah
lagi pada ketika itu, Hisyam sedang berdiri di belakangnya.
"Okay, it's my pleasure to teach you, love!" bisik Hisyam di telinga Maria. Dia
mencapai tangan Maria, memegang kedua-duanya dan bersama-sama, daging lembu itu
dipotong sedikit demi sedikit.
Hisyam kembali duduk di kerusinya. Wajah Maria yang merah padam ditatap.
Maria jadi malu. Dia menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan perasaan
yang bergelora. Kemudian dia mula menjamah daging itu satu per satu tanpa
mengendahkan lelaki yang masih merenungnya tanpa jemu.
"Awak buat begitu kepada semua teman wanita awak, Syam""
Soalan yang membuat Hisyam ketawa kecil. "Tak ingat pulak! Ya, kut!"
Maria menarik muka masam. Takkanlah itu pun tak ingat. Mengada-ada!
"Lia, tengok muka saya ni. Maria, memang dulu saya ada ramai kawan
perempuan. Memang kami selalu pergi makan sama-sama, tapi saya tak pernah bawa dia
orang ke sini." "Kenapa"" Maria tidak dapat menahan diri daripada bertanya.
"Sebab ini tempat yang istimewa buat saya. Saya selalu ke sini untuk mencari
ketenangan kalau saya ada masalah di pejabat. Saya akan ke sini dan relaks beberapa hari
jika saya bosan di rumah."
"Bosan" Di rumah""
Maria hairan. Bagaimanakah seorang boleh bosan bila berada di rumah sedangkan
dirinya kalau boleh ingin selalu dekat dengan ibunya"
Hisyam ketawa melihat gelagat Maria. "Saya akan bosan bila mami asyik tanya
bila saya nak kahwin. Jadi, sebagai tanda protes, saya bawak diri saya ke sini dua tiga
hari. Bila saya balik, mami tak akan cakap lagi tentang itu. Dia takut saya merajuk lagi."
"Oh, begitu." "Malam ni, hotel ini akan catat satu lagi sejarah istimewa dalam hidup saya,
Maria," kata Hisyam dengan berhati-hati. Matanya tajam menatap anak mata Maria.
"Ya"" Tanya Maria. Dia berharap hatinya akan tenang semula. Renungan Hisyam
bagai menyampaikan sesuatu.
"Ini tempat yang istimewa, Lia. Malam ini malam yang istimewa. Awak gadis
yang istimewa itu. Dan, untuk pengetahuan awak, keistimewaannya bermula tadi bila
saya tolong awak potong daging stik tu. Hmm, seronok betul!"
Maria tersipu malu. Perlahan-lahan Hisyam mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sebuah kotak
kecil berwarna biru. Dada Maria bergetaran hebat melihat isinya. Sebentuk cincin yang
diperbuat daripada emas putih, berkilauan dengan butiran kecil berlian. Cantik sungguh!
"Malam ni, saya nak beri cincin ni pada awak, Lia. Ka
lau awak sudi memakainya,
bermakna awak sudi jadi isteri saya," kata Hisyam dengan suara dan wajah yang serius.
Maria terkesima. Membisu tanpa kata.
Hisyam gelisah. "Lia, awak masih tak yakin dengan saya""
Bila Maria diam tidak menjawab, Hisyam pegang kedua-dua belah tangan Maria.
"Saya benar-benar serius, Lia. Saya nak kahwin dengan awak."
"Kahwin"" Maria menyoal.
"Ya, kita kahwin! Lagi cepat lagi baik!" Hisyam menjawab penuh keyakinan.
Maria merenung Hisyam dengan sepasang matanya itu. Dalam sinar matanya itu
ada berbagai-bagai perasaan. Dia tidak percaya, dia ragu-ragu, dia cemas, dia bimbang.
Semuanya terpancar jelas.
"Tak cepat sangat ke, Syam" Kita kan baru kenal" Masih banyak tentang saya
yang awak tak tahu. Dan banyak tentang awak yang saya tak tahu. Belum tahu!"
Hisyam nampak setiap perubahan di riak wajah gadis itu. Dia ingin
menghilangkan semua keresahan itu. Ingin melenyapkan semua keraguan. Dia mahu
Maria yakin dan percaya pada dirinya. Percaya pada kata-katanya.
"Sayang, berapa lama, itu tak penting. Selagi kita macam ini, tak kahwin-kahwin,
selagi itulah kita tak akan kenal diri kita masing-masing. Sebab itu kita mesti kahwin.
Selepas kahwin semuanya bukan rahsia lagi. Tak akan ada rahsia antara kita."
"Tapi." "Saya mahu hubungan yang halal, Lia. Saya dah tak sanggup macam ni. Boleh
tengok awak, tapi tak boleh pegang. Saya betul-betul tak sanggup. Lagipun umur saya
dah lebih 30 tahun. Kawan-kawan sebaya saya ramai yang dah ada anak pun. Lia, saya
dah jumpa awak dan saya yakin Allah dah tetapkan awak sebagai jodoh saya," ujar
Hisyam bila Maria masih membatukan diri.
Kata-kata Hisyam menyebabkan pipi Maria rasa berbahang. Dia sedar bahawa
wajahnya itu pasti sedang bertukar merah kerana mata lelaki itu asyik merenung. Pasti
lelaki itu menyedarinya. "Maria." Tangan Maria digenggam erat. Dagu Maria diangkat supaya mereka
dapat bertentangan mata. "Berilah saya peluang untuk buktikan kasih sayang saya pada
awak. Saya serius dengan apa yang saya cakap ni. Saya tak main-main. Apa yang kita
bincangkan ini bukan perkara yang boleh dibuat main."
Semakin tegas Hisyam mengucapkan kata-katanya kali ini. Dia ingin benar
mengucup jari-jari halus itu, namun ditahannya. Lama jari-jemari itu berada dalam
genggamannya, seolah-olah tidak mahu dilepaskan.
"Susah sangat ke untuk awak cakap ya""
Maria sengaja mendiamkan diri. Sengaja membiarkan Hisyam keresahan.
"Lia, kalau awak bimbangkan ayah dengan mami saya, percayalah! Dia orang
akan terima awak sebagai menantu. Mami dengan ayah nak saya kahwin dengan
perempuan yang baik, yang ikhlas dengan saya, mencintai saya kerana diri saya. Semua
itu saya dah temui dalam diri awak."
Alangkah lunak kata-kata itu di pendengaran Maria. Dia yakin dengan kata-kata
lelaki itu. Dia percaya. Selama ini pun Hisyam sering meluahkan rasa kasih dan sayang
itu kepadanya. Tentulah dia gadis yang paling bahagia saat ini. Hisyam sedang
melamarnya. Kalau dia menerima pastilah tidak lama lagi rombongan lelaki itu akan ke
rumahnya, menemui emak. Memang saat-saat manis begini hanya dinikmati oleh gadis
yang bertuah sahaja. Maria memberanikan diri untuk menatap wajah lelaki itu.
"Syam, boleh saya tanya""
Hisyam mengangguk. "Betul, hanya saya yang awak cintai""
Hisyam mengangguk lagi. "Saya sorang aje dalam hati awak sampai bila-bila""
"Insya-Allah..." Tegas pengakuan Hisyam.
"Walaupun saya orang miskin""
Ah, rasa rendah diri itu lagi. Hisyam terus mengangguk.
"Tapi, saya tak ada ayah. Ayah saya dah pergi. Dia dah kahwin lain. Keluarga
saya tak lengkap." "Lia, dengar sini. Tengok saya."
Perintah Hisyam dipatuhi.
"Saya tak kisah latar belakang keluarga awak. Saya rasa saya dah cukup kenal
dengan awak. Dah cukup tahu hati budi awak. Saya yakin, saya tak silap pilih. Awaklah
gadis terbaik untuk saya."
Sungguh, tidak pernah hati Maria segembira malam ini.
"Ada apa-apa lagi yang awak nak tanya""
Maria menggelengkan kepala. Dengan malu-malu akhirnya dia berkata. "Saya
betul-betul tak tahu apa yang nak saya cakap lagi. Saya, saya."
Hisyam mengulum senyuman. Matanya melekat tajam ke wajah Maria. Dia
sedang memberikan sepenuh perhatian untuk mendengar apa yang ingin dikatakan oleh
Maria seterusnya. Maria semakin lemas bila Hisyam tidak menyembunyikan perasaannya langsung.
"Janganlah tengok saya macam tu," kata Maria malu-malu.
"Kenapa"" Hisyam semakin menggoda.
"Syam, tolonglah..."
Hisyam ketawa kecil. "Rasanya saya tak silap mentafsir, kan, Lia" Ada sinar cinta
untuk saya dalam pandangan mata awak tu. Hati kita sekata, kan" Jadi, apa jawapannya,
sayang" Terima atau tidak""
Maria menatap wajah Hisyam tanpa kata.
"Lia." Lembutnya bisikan itu. Nafas Hisyam terasa hangat di wajah. Bila hidung
mancung lelaki itu cuba menyentuh pipinya, Maria segera mengelak.
"Maria, kita kahwin ya""
Maria rasa ingin ketawa pula. Hai, mamat ni dah terikut-ikut stail orang putih
pula. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Encik Muhamad Zaiful Hisyam bin Ahmad. Awak ni lahir kat Amerika ke"
Awak ingat kita ni mat salih" Mat salih bolehlah. Pakai tanya macam tu aje. Lia kan
ada emak. Kalau betul nak kahwin dengan Lia, bawak orang tua awak jumpa emak Lia.
Macam itu barulah betul caranya, kan"" ujar Maria.
Hisyam menepuk dahi. Kiranya wanita hebat ini menerima lamarannya. Tanpa
mempedulikan keadaan di sekeliling, dia menjerit keriangan, "Yahoo!!!"
Ketika itu, Hisyam merasakan bahawa seluruh dunia ini telah diberikan
kepadanya. Alangkah gembiranya dia.
Maria terpaksa menarik Hisyam supaya duduk semula.
"Awak ni. Tak malu betul. Semua orang tengok kita, tahu tak""
"Biarlah. Malam ni, sayalah lelaki yang paling gembira dalam dunia."
Tangan kiri Maria dipegang. Cincin disarungkan. Lama mereka merenung cincin
di jari manis itu. Keriangan dan kebahagiaan dapat dilihat dalam pancaran mata.
"I feel like kissing you," kata Hisyam manja, meminta izin.
Maria menggelengkan kepala. "Lepas kita kahwin!"
"Alah, sayang... lepas kahwin tu cerita lain. Masa tu awak hak saya."
Maria ketawa. Dengan lembut, dia mengajak Hisyam balik. Semakin lama dalam
tempat ini, dengan cahaya lampu yang suram, lain pula jadinya nanti, fikirnya.
"Kenapa" Awak takut berdua-duaan dengan saya"" Hisyam mengusik sambil
jarinya mencuit hidung Maria.
"Kalau saya kata ya""
Jawapannya itu membuat Hisyam tergelak besar. "Sebab itu kita kena kahwin,
Lia. Dengan awak, macam-macam yang saya fikirkan. Macam-macam yang saya nak
buat. Tapi kan, sayang... awak pun tahu kan yang saya ni orang baik."
"Yalah tu! Habis tu yang tangan awak merayap-rayap ni, pasal apa""
Maria mencebikkan bibir sambil menepis lembut tangan Hisyam yang sedang
mengusapi bahunya. Hisyam tersengih.
Mereka meninggalkan Port Dickson kira-kira jam 11.00 malam. Sepanjang
perjalanan Hisyam bernyanyi kecil. Sebaik sampai di hadapan rumah, Hisyam
memberitahu rancangannya.
"Petang esok saya ambil awak di kilang. Tunggu saya dalam pukul 4.00. Saya
hantar awak balik. Pukul 8.00 malam, saya nak bawak awak jumpa orang tua saya. Saya
nak mereka kenal gadis idaman saya. Nak suruh mereka masuk meminang. Saya tak
mahu lama-lama, Lia. Kalau boleh, dalam dua bulan dari sekarang kita dah jadi suami
isteri. Setuju""
Maria mengangguk. "Hai, rasa tak sanggup nak lepaskan awak turun." Hisyam mengucapkan kata-kata
itu dengan lembut. Maria tersenyum. "Sekarang semuanya tak sanggup. Bila dah dapat nanti mulalah
cakap jemulah, menyampahlah."
Hisyam menggelengkan kepala. Sepasang mata nakalnya itu benar-benar
membuat hati Maria jadi tidak keruan.
"Jemu" Dengan awak" No way!"
Antara kedengaran dengan tidak, Maria membalas. "Orang lelaki ni memang suka
mengarut. Suka mempermainkan perasaan orang. Malaslah saya nak layan awak. Okey,
saya nak masuk. Terima kasih untuk makan malam tu."
"Mana good night kiss saya"" pinta Hisyam. Suara garau itu menggoda betul.
"Okey!" kata Maria sambil membalas renungan mata kekasihnya.
Hisyam nyata terkejut, namun peluang yang datang tidak mahu dilepaskan. Wajah
segera ditundukkan. Ketika bibir itu hampir benar, Maria meletakkan tangannya untuk
menjadi sempadan sambil menolak tubuh Hisyam yang terlalu dekat.
"Hisy, pantang orang bagi peluang ya" Dah tau berdosa pun nak buat juga. Tak
sabar-sabar." Maria berbisik lembut sambil tertawa kecil.
Tawanya bersambut dengan gelak tawa Hisyam yang sudah pun duduk di
tempatnya semula. "Syam, tunaikan janji awak pada saya. Insya-Allah, selepas kita kahwin, semua
milik saya akan jadi hak awak."
"Ini yang buat saya sayang sangat pada awak, Lia," kata Hisyam sambil
melarikan jari telunjuknya di sepanjang bibir Maria.
Maria memejamkan matanya seketika. Cuba mengawal hati dan perasaan. Tidak
lama selepas itu dia meminta izin untuk turun.
Hisyam merenungnya sekali lagi sebelum memecut pergi.
TANPA alasan, Hisyam tidak datang menjemput Maria di tempat kerja keesokan
harinya. Dia dibiarkan menunggu. Janji untuk membawanya menemui ibu dan ayah
Hisyam, tinggal janji. Puas dia menelefon, tetapi talian ditutup. Bila dia menghubungi
pejabat, dia diberitahu bahawa Hisyam tidak bekerja. Dia kebingungan.
Hari-hari berikutnya adalah amat menyeksakan. Setiap panggilan daripadanya,
tidak dipedulikan Hisyam. Malah, sebaik tahu Maria yang menelefon, talian terus
dimatikan. Setiap pesanan ringkas tidak dibalas. Maria tidak memahami apa yang telah
berlaku. Tidak dapat mempercayainya juga. Selama seminggu, dia seperti orang gila.
Menanti panggilan telefon daripada lelaki itu. Menanti SMS daripada Hisyam. Namun,
Hisyam terus-terusan mendiamkan diri sehingga akhirnya Maria tidak lagi dapat menipu
diri. Dia tahu dia tidak boleh terus menanti. Dia tahu dia tidak lagi boleh menunggu.
Sepanjang masa itu, Maria menghitung hari-hari yang sepi. Tanpa Hisyam. Tanpa
bisikan mesranya. Tanpa usikannya yang menggoda.
Sehingga hari ini, sudah tiga bulan, Hisyam tidak langsung menghubungi. Tidak
pernah mencarinya. Lelaki itu membisukan diri. Menyepi tanpa khabar berita. Dia telah
membuang Maria jauh dari hatinya. Dari hidupnya. Dia telah melupakan.
Maria benar-benar kecewa dengan sikap Hisyam. Benar-benar hampa dengan
perbuatan lelaki itu. Apa yang Hisyam lakukan benar-benar merobek sekeping hatinya.
Oh Tuhan, gembirakah dia membuat aku begini" Bahagiakah dia" Selepas
menaburkan janji-janji manis, dia pergi begitu sahaja. Mengapa"
Akhirnya, Maria pasrah. Kalau dirinya tidak bermakna apa-apa dalam hidup
Hisyam, biarlah. Kalau benar Hisyam ingin memutuskan perhubungan mereka, dia rela.
Tidak guna merayu kepada yang tidak sudi. Tidak guna meminta pada yang tiada. Tidak
guna lagi merindu kepada yang tidak lagi mengasihi.
Tidak tahu ke mana hati ingin dibawa. Tidak tahu ke mana diri ingin dilarikan.
Bila Hisyam ingin dihampiri, kiri kanan jalannya penuh berduri. Bila Hisyam ingin
dijauhi, hidup dirasakan kosong, tidak bererti.
Dirinya ibarat sampah hanyut terbuang. Dirinya amat hina diperlakukan oleh
Hisyam. Kasih sayang hanya sementara. Seperti kasih abah kepada dirinya.
8 "NAMA saya, Maria binti Mustafa." Maria menjawab pertanyaan guru kelasnya dengan
bangga sambil matanya liar memandang ke luar. Ayah yang sedang memerhati,
tersenyum kepadanya.
Tak Mungkin Kuhindar Karya Ana Sofiya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
Itu adalah hari pertama persekolahannya. Sejak mendaftar, abahnya amat sibuk
membelikan dia buku tulis, mengambil buku teks untuknya, berjumpa guru kelas untuk
membayar yuran. Semuanya abahnya yang melakukan. Setelah selesai, abahnya tidak
pulang, malah masih setia menemani, menunggu di luar kelas sambil berbual-bual
dengan bapa-bapa pelajar lain. Maria sangat gembira.
Pada waktu rehat, Maria berlari mendapatkan ayahnya.
"Lia nak makan apa" Biar abah belikan." Lembut dan mesra benar suara ayahnya
ketika itu. "Tak boleh. Lia yang kena beli makanan. Mak kata, Lia kena belajar beli sendiri,
tak boleh biarkan abah yang belikan. Nanti bukan abah nak temankan Lia hari-hari."
"Eh, tidaklah. Abah nak tunggu Lia sampai bila-bila. Anak abah ni kan kuat
menangis" Nanti orang kacau, susah."
Maria bercekak pinggang membalas kata abahnya. "Abah, Lia dah sekolah. Lia
tak suka nangis dah. Lia nak jadi kuat macam abah. Siapa kacau Lia, nanti Lia tumbuk
muka dia." Bahagianya dia bila pipinya dicium bertalu-talu. Dirinya dipeluk oleh abah. Erat
sekali. Tapi ada rasa malu juga.
"Kenapa abah cium orang" Tengok tu, semua kawan-kawan Lia tengok.
Malulah!" kata Maria dengan wajah yang merah.
Mustafa ketawa. "Lia kan anak abah" Abah sayang sang
at pada Lia. Kenapa nak malu pulak bila abah cium"" soal Mustafa.
Kata mak, dia adalah anak kesayangan abahnya dan dia tahu emaknya tidak
berbohong. Abahnya hanya seorang buruh, namun setiap kali balik dari kerja mesti ada
buah tangan yang dibawa walaupun hanya sebiji gula-gula bernilai sepuluh sen. Dia
menerima dengan senang hati kerana itu adalah pemberian abahnya, tanda ayahnya
sentiasa mengingati akan diriya.
Kasih ayahnya penuh ketika itu. Waktu malam, ayahnya mengajar dia mengeja
sehingga dia boleh membaca dengan lancar. Bila dia mendapat tempat pertama dalam
peperiksaan penggal pertama, abahnya membelikan sebuah buku cerita berbahasa
Inggeris, Snow White and The Seven Dwarfs. Buku itu masih disimpan dengan baik
sehingga kini. "Abah nak Lia belajar pandai-pandai. Kerja dalam pejabat besar yang ada
penghawa dingin. Jadi pegawai dan tidak kerja teruk macam abah ni. Tidak miskin! Lia
mesti pandai cakap orang putih. Kahwin dengan orang putih..."
Maria menarik muka masam mendengar ayat yang terakhir itu. "Orang kecik
lagilah!" Maria merajuk tetapi ayahnya segera memeluk dan mencium pipinya. Marahnya
hilang dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh abahnya.
"Bila besar nanti, Lia nak belajar tinggi-tinggi. Lia nak masuk universiti. Lepas tu
Lia nak beli rumah besar. Lia nak bawa abah dengan mak duduk dengan Lia, dengan Lan,
dengan adik." "Lepas tu"" Mustafa kelihatan bersungguh-sungguh ingin tahu.
"Lia beli kereta cantik untuk abah. Abah bawa kami pergi jalan-jalan, kan mak""
Wajah Aisyah ditatap sehingga Aisyah mengangguk.
Kepada Mustafa, Maria berkata lagi dengan manja. "Abah, Lia sayang sangat
pada abah." "Habis tu, mak"" soal Aisyah sambil tersenyum.
Maria berlari mendapatkan emaknya lantas berkata, "Lia sayang emak juga. Lia
sayang semua!" Tubuh Aisyah didakap manja.
MARIA menangis. Kenangan indah itu masih terlayar di pandangan mata. Wajah abah
sentiasa tersenyum manis kepadanya. Dia masih ingat ayahnya pernah berkata bahawa
walau penat bekerja, sebaik sampai di rumah rasa penat itu hilang bila terpandangkan
dirinya. Bahagia sungguh hidupnya ketika itu.
Tidak tahu bila ayahnya mula berubah. Sebabnya juga tidak dia fahami. Tiba-tiba
Sekutu Iblis 3 Dewa Linglung 16 Keris Kutukan Iblis Dalam Cengkeraman Biang Iblis 1
Mandarin Cersil Mandarin
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama