Ad Iz Karya Eury Athena Bagian 3
"Kak, Abang Aril& makan la piza ni! Asyik Hana aje makan. Gemuk la Hana macam ni!"
Aku menggeleng. Sepotong dah lepas masuk dalam perut tadi. Cukup. Kang muntah, siapa nak jawab"
"Hana makan la. Kita keluar nikan memang semata-mata nak gembirakan hati Hana. Supaya Hana tak tarik muka empat belas sebab asyik kena tinggal sorang-sorang kat rumah aje," pujuk Farriel.
Hana sengih. Hana memang manja dengan Farriel.
Ringtone lagu Happy Happy dari OST (original soundtrack) My Girl riang melalak (berbunyi) dari dalam tas tangan. Satu-satunya lagu yang boleh mendesak jariku untuk segera menekan butang menjawab. Sebab lagu ni boleh bagi degup jantungku cepat dua kali ganda dari biasa, emosi terganggu, lamunan direntap dan menimbulkan rasa cemas kalau tak dijawab dengan cepat. Butang hijau segera aku tekan.
Farriel dan Hana masih berbual sambil menghabiskan potongan terakhir piza. "Helo. Assalammualaikum."
"Waalaikumsalam. Adrianna"" balas si pemanggil di hujung talian. Siapa ek" Sungguh aku tak cam suara si pemanggil. "Ya, saya. Maaf, siapa ni"" "Mama ni."
Mama mana pulak ni" Mama mia" Mama Bosan" "Tengku Khalidah. Mama Aril."
Ooo& baru aku tau. "Adry dengan Hana ke tu"" "Haah."
"Kalau boleh, jangan sebut nama mama depan dia. Mama takut dia mengamuk pula bila tau mama call Adry pasal dia."
"Okey. Ada apa tu, Tengku"" soalku perlahan.
Farriel dan Hana langsung tak hiraukan aku. Suasana Pizza Hut yang bising seolah-olah menenggelamkan perbualan aku dan mama Farriel.
"Adry, panggil mama dengan panggilan mama. Adry kan dah jadi menantu mama."
Aku terkesima mendengar permintaannya. Rasa janggal pula dengan panggilan sebegitu, apatah lagi dengan kemesraan yang cuba diwujudkan ini. Selama ni, Tengku Khalidah bersikap dingin dengan aku. Ye la, siapa la aku ni di mata keluarga kerabat tu. Sekadar meminjam latar belakang Marina Irriani untuk dipadankan dengan namaku yang sebaris itu. "Ya, mama. Ada apa hal tu"" soalku perlahan.
Tiba-tiba aje call. Selalu aku balik ke banglonya, tak ada pulak dia teringin nak bercakap dengan aku.
"Mama dapat tau, Hana sekarang tinggal di rumah Aril dan Adry. Jadi mama nak minta Adry tolong pujuk Hana supaya balik semula ke rumah."
"Mmm& Adry akan cuba pujuk dia tapi Adry tak boleh janji la dia akan ikut cakap Adry." "Takpe. Janji Adry cuba," pinta mama tegas.
"Baiklah," jawabku.
"Kalau macam tu, terima kasih. Mama ada kerja ni. Kita sembang lain kali aje, okey" Assalammualaikum."
"Waalaikumsalam."
Butang merah aku tekan sebelum handphone kusimpan kembali di dalam tas tangan. "Siapa, kak" Skema aje bunyi ayat."
Aku tak jawab pertanyaannya. Sebaliknya, "jom kita pergi shopping lagi!" Hana menjerit mendengar pelawaanku.
Farriel dah garu kepala. Apa taknya, semua perbelanjaan hari ni ditaja khas oleh kad kreditnya. Mau botak kepala kalau ikutkan selera Si Hana ni bershopping.
"PERSEKITARAN luar perniagaan terdiri daripada persekitaran, persaingan, politik dan undang-undang, ekonomi, teknologi, sosio budaya masyarakat setempat, institusi kewangan dan keadaan global persekitaran antarabangsa. Persaingan bermaksud bla bla bla& " "Woi, Ad!"
Bacaanku terhenti. Wajah kuangkat dari buku. Aku toleh ke belakang. Ke arah muka bengang Farriel. Meja kerjanya yang tak sampai sedepa dari aku, bersepah dengan pelbagai jenis dokumen. Rambut lurusnya yang tadinya elok tersisir, dah serabut macam dilanda dek Taufan Katrina.
"Apa"" soalku kasar.
"Berapa banyak kali kau nak baca benda yang sama" Masuk ke tak masuk dalam otak kau tu bila kau baca benda tu berulang-ulang" I almost dozed off bila dengar those words berulangulang, tau tak!"
"Habis tu& kata suruh belajar. Ni belajar la ni!"
Belakang badan aku sandarkan ke sliding door. Kaki dah berlunjur di lantai balkoni kat master bedroom.
Ni la aku malas nak belajar. Nak-nak lagi depan Farriel. Ada aje nak dikomen, dikompelinnya. Itu tak kena. Ini tak kena. Tension aku! Nasib Hana masih bermastautin kat rumah ni. Kalau tak, mati kena kerat dua puluh satu pun aku tak hingin masuk dan tidur dalam bilik ni; walaupun bilik ni ada balkoni yang strategik tempatnya untuk nak menebeng. Kepala kudongak ke atas. Melihat langit malam. Cerah tanpa awan mendung. Mata mula mengira bintang yang berterabur.
"Kut ye nak belajar pun, biar la betul gayanya. Ni baca macam tu, bila nak ingatnya"" "So, apa cadangan kau""
"Cadangan ditutup," ejeknya. "Bagus!"
Mata jatuh pada perenggan di buku. Membaca semula apa yang tertera di situ. Ktuk! Kepala terasa diketuk.
"Woit! Apa main ketuk-ketuk kepala ni" Ingat tak bayar zakat ke""
"Kau tak pernah belajar buat nota ringkas ke" Pernah dengar pasal peta minda" Kreatif la sikit bila belajar tu, so takde la telinga aku ni sakit dengar kau membaca . Faham"" Kepalaku diketuk lagi dengan pensel mekanikalnya.
Kepala aku gosok perlahan. "Bak kertas!" Tapak tangan aku tadahkan pada Farriel. Farriel agak terkejut. "Buat apa""
"Kata suruh buat nota ringkas." Mata kujegilkan. "Kertas kau mana""
"Tinggal kat bilik!"
"Ambik la!" Farriel dah buat muka bengang.
"Malas. Nanti Hana nampak, masak aku nak kelentong (tipu) dia. Bak la kertas!" Farriel campak buku sketch betul-betul sebelah aku. Bagi baik-baik tak reti agaknya. "Iz, ni sketch book. Bukan kertas."
"Habis tu, dalam sketch book tu tak ada kertas ke"" "Kertas A4 biasa tak ada ke""
"Kat almari. Ambik sendiri!" Farriel mengarah jari ke rak buku di sudut bilik.
Alahai& malasnya! Buku sketch Farriel aku buka juga akhirnya. Isk, betul kata Hana. Mamat ni memang pandai melukis la. Muka pertama, lakaran motor berkuasa tinggi. Muka kedua, lakaran kereta Ferrari. Muka ketiga, lakaran watak komik yang aku tak pasti apa namanya. Muka keempat, lakaran lelaki dan perempuan kat tengah padang.
Sketch book dirampas. Farriel bangun dari kerusi. Terus menapak ke rak buku. Menyimpan sketch booknya. Satu bundle kertas putih A4 diambil dari rak dan dihulurkan padaku. "Guna ni!"
Aku sambut pemberiannya. Angkat bahu dua tiga saat. Dan aku terus menulis di atas kertas. Dari ekor mata, aku lihat Farriel curi-curi pandang ke arahku dari meja kerjanya. Bila dilihatnya aku masih terkial-kial membuat nota ringkas , dia bangun dan duduk di lantai bilik. Buku dan kertas di tanganku dirampas.
"Ad, buat nota bukan salin semula apa yang ada dalam buku. Tapi kau ambik isi penting dan kaitan dengan apa yang kau belajar dalam bab sebelum atau seterusnya." Aku angguk kepala, tanda faham akan kata-katanya.
Farriel membenamkan muka ke buku rujukanku. Membaca seketika sebelum melakar sesuatu di kertas. Kemudian kertas dengan rajah di atasnya itu dihulurkan padaku.
"Macam nikan ringkas. Tapi kau kena make sure la kau tau huraian setiap elemen-elemen persekitaran luar dan dalam perniagaan tu. Nanti blank pulak menjawab soalan esei," ujarnya. "Ooo& macam ni. Tau dah aku!"
Sehelai kertas aku ambil. Mula melakar peta minda untuk bahagian lain.
"Kalau kau nak lagi menarik, lukis gambar yang berkaitan dengan fakta kau nak tulis. So, bila kau ingat gambar aje, kau terus ingat fakta-fakta dia. Faham""
Aku gerak kepala ke kiri dan kanan. Masih belum dapat tangkap (faham) saranan Farriel sebentar tadi.
"Macam ni. Contoh, ada empat jenis sistem ekonomi dunia, kan" Kita ambik contoh sistem ekonomi terancang atau komunisme. Pengasas, Karl Marx. Kau lukis la muka dia. Kat rambut dengan jambang dia yang panjang tu, kau tulis la ciri-ciri sistem ni, pros and cons dia ke.... Bila dah macam ni, baru la kau rasa best nak belajar."
Lakaran wajah di A4 yang ada iras-iras Karl Marx sudah lengkap ditulis dengan fakta mengenai komunisme, siap dan dialih ke tepi. Farriel mula melakar imej lain pula. Aku pulak tuliskan fakta-fakta yang berkenaan, walaupun kadang-kadang rasa bersalah sebab kena tulis atas lukisan Farriel yang superb tu. Memang seronok belajar dengan cara macam ni. Yelah& orang kata two heads are better than one.
"Okay, I m off!" ujar Farriel. Pensel di tangan diletakkan ke lantai. Dia menggeliat. Membetulkan urat sendi yang berselirat.
Hah" Dah nak tidur ke" Muka jam dinding yang bulat, aku pandang. Tiga pagi dah" Seperti malam-malam sebelumnya, acara tidur ni memang bukan acara kegemaran aku. "Kau tidur kat sofa, aku kat katil," perintah Farriel.
"Ei, tak gentleman langsung la kau ni, Iz!"
"Gentleman tak gentleman. Aku gentleman dengan pompuan yang aku sayang aje." "Ah! Takde, takde. Tak aci la guna kuasa veto macam tu! Kita osom dulu. Siapa menang dapat katil. Kalah tidur kat sofa."
Farriel depa tangan. "Terserah& ."
Aku gosok kedua-dua belah tapak tangan. Berharap nasib menyebelahiku malam ni. Dua malam berturut-turut aku dah tidur kat sofa. Dua malam sebelumnya, aku cup cepat-cepat katil. Tengok aku dah melingkar macam ular sawa batik atas katil, Farriel nak tak nak terpaksa bawa bantal dan badan yang hangin satu macam ke sofa. Aku sengih dan bergulingguling atas katil, meraikan kemenangan merebut katil king size.
"Ooo& som!"
Batu. Batu. Seri. "Ooo& som!" Air. Air. Seri lagi. "Ooo& som!" Matahari.
"Oit, Iz& mana boleh guna simbol matahari!" "Aik, tu& kau pun guna matahari. Apa kes"" Tangan kanan aku tarik ke belakang badan semula. Begitu juga Farriel.
"Ooo& som!"
Batu. Batu. Seri lagi"
"Ala& apa asyik sama aje ni"" gerutuku. Farriel angkat bahu.
"Ala& dah la! Malas nak layan kau. Aku nak tidur!" kata Farriel. Cepat aje kakinya melangkah ke katil.
"Ei, tak adil la macam ni! Selagi tak ada keadilan , kau tak boleh tidur." "Lantak la dengan keadilan kau tu. Aku nak tidur. Good nite!" Farriel tarik selimut dan pejam mata.
Aku geleng kepala. Malam ni aku tak nak tidur atas sofa. Apa nak jadi, jadi la! Dia sedapsedap melingkar atas katil, aku mengerekot atas sofa. Tak adil! Aku panjat katil. "Bangun!" jeritku sambil melompat-lompat atas katil.
Farriel yang elok-elok baring, tercampak ke bawah gara-gara keanjalan spring katil. "Woi! Gila apa""
Aku jelir lidah dan tunjuk peace .
Terbelalak mata Farriel tengok perangai Ad yang dah macam spesies ungka mengamuk jam tiga pagi ni.
Lepas bertekak dalam setengah jam, last-last kami capai kata sepakat. Tak sorang pun boleh tidur atas katil, mahupun sofa. Dua-dua tidur atas lantai. Senang cerita. "Iz& " panggilku. Mata masih terkebil-kebil melihat siling bilik. "Hmmm& " jawabnya yang berbaring di sebelah kiri kaki katil.
"Sampai bila Hana nak duduk sini" Aku bukan tak suka dia. Tapi, hari-hari macam ni, masak la aku!" keluhku. Hari-hari kena berebut katil, berebut bilik air, berebut cermin. Nak pakai baju pun dalam bilik air. Tak best la& .
"Entah. Kau pujuk la dia. Biar dia balik rumah papa cepat."
"Bukan aku tak pujuk. Masalahnya adik kau tu punya hati, limpa, jantung, paru-paru diperbuat daripada batu."
"Relaks la. Tak lama lagi balik la dia tu! Hana mana boleh berpisah dengan mama lamalama."
Ye la& . Moga-moga betul la telahan Si Farriel tu. Diam. Selimut aku tarik paras dada. "Good nite!" "Nite!"
MATA Farriel dan aku melekat pada skrin TV LCD 42 inci, tengok filem I m Not Single. Ada hikmah juga Hana datang rumah ni. Dapat juga aku merasa tengok TV skrin rata ni.
Dalam diam-diam, aku tergelak sendirian. Tak tengok cerita Melayu konon. Sekali hari tu, aku bukak VCD cerita Puteri Gunung Ledang. Dari mula cerita sampai nak habis, tak bergerak-gerak dari tempat duduk. Lepas tu, terus kemaruk nak tengok cerita Melayu. Kirim salam aje la kat Channel HBO Astro dengan VCD dengan DVD berlambak kat rak tu.
Bila tengok cerita I m Not Single ni, aku teringat pulak kisah aku dengan Farriel; kami kahwin pun atas sebab keluarga. Tapi ending filem ni, aku dah boleh agak; mesti happy ever after. Kalau tak, orang mengamuk, bakar panggung. Tapi ending cerita aku, aku masih tak tau lagi. Tak berani nak pasang angan-angan setinggi langit. Tak berapa berani juga nak hadapi kenyataan yang payau.
Bunyi kunyahan popcorn dari mulut Farriel membuatkan tumpuanku pada skrin terganggu. Bekas popcorn aku ambil darinya.
"You re on diet!" marahku. Baru aku nak seluk bekas popcorn tu, sepantas kilat Farriel merampas kembali popcorn nya itu.
"Hari ni hari Ahad. Orang bekerja pun cuti. So, diet off!" selarnya seraya menjelir lidah.
Ei, aku potong lidah tu karang, padan muka! Diet off" "Woi! Diet mana ada on off" Kalau macam ni, bilanya kau nak kurus, ha hyppo""
Isnin sampai Sabtu dia berdiet. Tiba hari Ahad, dibantainya melantak segala macam benda yang ada dalam peti ais. Kalau peti ais tu boleh dimakan, dengan peti-peti ais tu sekali dibahamnya agaknya! Say bye-bye pada target nak kurus dalam masa enam bulan tu.
"Ala, Ad& relaks la! Aku bukannya gemuk lagi pun. Kan dah banyak kilo turun dah ni. Kasi la aku can nak enjoy sikit!" Farriel masih menyumbat popcorn ke dalam mulut. "Memang la. Tapi kalau kau buang tebiat macam ni setiap hari Ahad, alamatnya naik balik la berat badan kau tu!"
Dah sepuluh kilo turun bulan lepas. Tinggal lima belas kilo lagi nak capai berat ideal, sekali malaun ni buat perangai pulak.
"Syyy& orang tengah concentrate ni."
Farriel mengarah aku diam. Yelah, ikut aje la. Esok lusa, berat naik, target tak sampai, jangan memekak dekat telinga aku. Aku bagi backhand nanti! Jari-jemariku kembali berada di atas kepala.
"Atas kepala kau ada apa"" soalnya dengan mulut penuh. "Hah""
"Atas kepala kau ada apa" Bapak kutu" Ke emas" Dari tadi busy aje tangan kau tu!"
"Ntah. Tapi gatal. Kelemumur kut," telahku. Mata masih pada muka Farid Kamil. Hensemnya mamat ni!
Farriel letak popcorn atas meja. Jari-jemari disapukan ke t-shirt. "Meh aku tengok!" Aku berpaling memandangnya. Muka Farriel serius. Meroyan ke apa mamat ni" "Meh aku tengokkan. Duduk depan ni."
Jari telunjuknya lurus ke depan. Mengarahkan aku duduk di hadapannya; di atas karpet. "Buat apa""
"Cepat la. Arahan veto suami ni!" Aku diam.
"Ad, dalam kiraan tiga puluh saat& " katanya lagi.
Aku masih berkira-kira kewajaran arahannya itu. Ikut, tak ikut, ikut, tak ikut, ikut& alamak, tak cukup jari nak kira. Isk, kena jugak ke patuh"
"Ad& " panggilnya lagi.
Tapi kali ni aku cepat-cepat bangkit dan duduk di hadapannya. Dah semacam aje bunyi suara dia tu.
"Kau ni kalau aku suruh buat apa-apa mesti lambat sembilan saat. Macam nine seconds delay machine. He he he."
"I m no machine or robot, okay!"
Duduk aku perbetulkan. Jari-jemari Farriel mula berjalan di segenap kepala. Mencari sang kelemumur, punca kegatalan.
"Oui! Besarnya!" jeritnya beberapa minit kemudian. "Apa yang besar"" soalku cemas.
"Moyang kutu." "Biar betul!" "Dummy aje la." "Ooo& ."
Aku kembali menghayati cerita di TV. Popcorn aku capai. Satu-satu aku sumbat ke dalam mulut.
"Kau tau& ." Aku mula buka cerita. "Hmmm""
"Dulu, aku dengan Siti selalu buat pertandingan siapa punya rambut yang paling banyak kutu."
"Siti tu siapa"" soal Farriel dalam khusyuk menjelajah kepalaku. "Jiran aku. Yang aku cerita ada ayah penyayang tu& ." "Ooo& then, siapa menang""
"Ojai!" "La& Ojai tu datang dari mana pulak""
"Ojai tu anak tokey kedai makan, tempat aku kerja dulu." "I see& kau kerja start umur berapa""
"Sepuluh tahun."
"Tak sekolah""
"Balik sekolah aku kerja la. Sampai malam. Sebab tu aku pandai masak." "Ye la tu..." sahut Farriel, menyindir.
"Kalau tak, takkan kau selera aje nak makan!"
"Okey, okey... kau masak memang sedap! Mak ayah tiri kau tak ambik kisah pada kau ke"" "Tak! Aku bukan darah daging diorang pun. Peduli apa diorang dengan aku." "Diorang layan kau teruk. Tapi kenapa kau still nak duduk dengan diorang" Tolong sara hidup diorang semua""
"Diorang aje la satu-satunya famili yang aku kenal. Walaupun diorang boleh masuk kategori kejam, tapi aku sayang diorang."
"Ooo& ." Diam. Hanya Intan Ladyana dan Awal yang berbicara di TV. Scene berganti scene. Masa aku tengok Farid Kamil tengah lapkan rambut Lisa Surihani, aku baru perasan yang tangan Farriel masih berada di atas kepala, dan sudah bertukar rentaknya. Kalau tadi tango, sekarang dah jadi slow dance. Leka dia mengulit dan membelai-belai rambutku. Sehelai demi sehelai rambutku dilurutkannya. Memang mengasyikkan. Sampai aku rasa nak terlena. "Ada ke kelemumurnya"" soalku teragak-agak.
"Aaa& takde!"
Farriel bagaikan tersentap. Tangannya beralih dari kepalaku.
Aku bangun. Duduk semula ke tempat asalku tadi; di hujung sebelah kanan sofa. Tapi bila tengok Farriel pandang aku lain macam aje, aku terus bangun. "Aaa& nak tengok Hana kejap!"
Cepat-cepat aku melangkah keluar dari bilik. Lain kali aje la tengok cerita tu. Tiba-tiba rasa seram sejuk pulak. Burrr& ! Minta-minta Hana bagi aku tidur bilik dia malam ni.
11 HANA balik jugak ke rumah mama dan papanya selepas seminggu di rumah kami. Tu pun lepas aku dan Farriel clorox kepala dia. He he he& tak la, pujuk aje! Papa Farriel akhirnya setuju Hana ambik course berkaitan dengan fashion and make-up. Tapi, Hana kena juga ambik course architecture. Aku tak tau la apa akan jadi dengan rekaan bangunan yang bakal dihasilkannya kelak. Mungkin lebih colourful dan artistik"
Tengku Ihsan Nur Qayyum a.k.a Mr. Charity yang memang banyak buat kerja amal (yang peliknya pada aku aje!) dah pun jadi sebahagian daripada keluarga Izumi Corporations. Aku tak pasti apa jawatan yang diberikan padanya. Tapi yang pastinya bukan jadi kuli la. Dan satu lagi yang pasti, dia akan selalu datang melawat aku di kampus bila ada kelapangan.
Dibuatnya kampus aku tu macam toilet. Hari-hari mesti nak kena lawat , walaupun sekali.
Aku dah pun dapat cope life sebagai student kolej yang terkejar ke sana-sini dengan kuliah, tutorial, test, assignment. Dengan result semester satu yang cukup-cukup makan, dapat juga aku meneruskan pengajian. Sekarang dah masuk second semester pun.
Aku dan Tengku Farriel Izumi& hmmm& sedar tak sedar, dah enam bulan usia perkahwinan kami. Masih macam dulu tapi much better than zaman sekolah dan masa mula-mula kahwin dulu la.
Semenjak dua menjak ni, hubungan kami dah bertambah baik. Walaupun tak boleh dikatakan berfungsi 100% sebagai suami isteri dari segi peranannya, at least kami dah jadi kawan baik. Even dah boleh duduk rapat dan ketawa sama-sama.
Sebenarnya, Farriel tu tak la teruk sangat macam yang aku sangkakan selama ni. Yang aku paling tak sangka tu, dia sanggup ajar aku memandu setiap hujung minggu. Berkat tunjuk ajar Farriel, sekarang aku dah dapat lesen. Caya la, Iz& ni yang buat aku bertambah sayang ni! Tapi lesen aku masih digantung oleh Farriel sebab dia takut aku jahanamkan Honda City dia yang cantik tu. Lagipun aku tak berapa hafal jalan lagi. Kalau setakat area rumah, okey la. "Kuliah start pukul berapa"" soal Farriel sambil memandu Honda City biru metaliknya.
Aku kerling Farriel yang lengkap berkemeja biru air, necktie biru tua dan berkot. Aku geleng kepala. Farriel ni kalau tak 80km/j ke atas, memang tak sah. Mesti banyak saman speed trap dia ni!
"Kau tak payah la bawa laju-laju. Kuliah aku pukul sembilan la."
Tubuhku terhenyak sedikit ke kanan bila Farriel memotong sebuah treler. Sekarang aku pergi kuliah dah tak naik teksi lagi dah. Semua ni gara-gara aku nyaris nak kena rompak dan cabul dek pemandu teksi dua minggu lepas. Nasib baik aku pernah belajar tae kwan do. Aku praktikkan kat orang tua tak sedar diri tu. Insya-Allah la, lepas ni pak cik tu akan mandul sampai bila-bila.
"Habis tu, aku tak payah masuk pejabat"" selar Farriel. Aku tersengih. Lupa pulak!
Mula-mula naik kereta yang Farriel pandu ni memang menakutkan. Tangan aku asyik duduk kat pintu aje. Senang, kalau emergency aku terus terjun keluar aje. Kaki pulak asyik buat gaya nak tekan brek. Apa taknya, peraturan had laju tu dia buat derk aje. Membrek ikut suka. Nak membelok, nak tukar lane kiri kanan pun ikut teragak hati aje. Signal kat kereta dia buat jadi perhiasan aje. Mesti lampu signal dia lambat terbakar, kan"
Dari tadi aku melihat bangunan-bangunan di pinggir jalan, pokok-pokok atau apa sahaja yang berada di bahu jalan. Aku mula bosan. Tiap-tiap hari dihidangkan dengan benda yang sama. Naik hafal apa yang akan kutemui. Dan pagi tu, aku buat sesuatu yang tak pernah aku buat sepanjang enam bulan berkahwin dengan Farriel Izumi; menatap wajahnya dalam keadaan dia sedar. Rambutnya yang lurus, matanya yang agak sepet, hidung yang mancung, bibirnya yang nipis, kulitnya yang cerah.
"Hensem sangat ke aku ni sampai menganga mulut kau tu"" soal Farriel sinis.
Kantoi! Ish! Macam mana dia tau aku pandang dia" Padahal dari tadi dia pandang ke depan aje. Ada psikik ke apa" Aku buat muka cemberut. Apa nak cover ni"
"Nampak ke"" soalku.
"Nampak apa"" soal Farriel kembali.
"Yelah, kau kan rabun" Dah tu bawa kereta tak pakai spek. So, aku tanya. Nampak ke"" "Nampak aje. Bukan kena tengok spesimen atau amoeba."
Eleh& ni mesti kes tak nak pakai spek sebab takut hilang aura kehenseman ni! "Tak takut accident""
"Oi& mulut tu jangan la celopar sangat!"
Ops! Aku tutup mulut dengan tapak tangan. Menyesal dengan kata-kataku tadi. Kereta diberhentikan.
"Okey, dah sampai," kata Farriel seraya senyum ke arahku. So sweet! "Thanks."
Pintu kereta kubuka dan kututup semula.
"No sweat! Nanti petang aku jemput kau dalam pukul lima setengah petang, okey" Ke lambat sangat""
"Takpe. Aku pun ada discussion lepas kelas. So, jumpa petang nanti!" "Okey!"
Farriel angkat tangan sebelum berlalu pergi.
Aku pun angkat tangan, melambai ke arahnya. Entah dia perasan entahkan tidak. Bawak kereta macam bawa kereta F1. Confuse aku& .
PORCH rumah kosong. Kereta Farriel tiada di situ. Ke mana dia ni" Tadi beria-ria sangat nak jemput.
Dalam pada membebel dalam hati, pintu rumah kubuka jua dengan kunci pendua. Masuk aje rumah, aku terus hempas beg dan buku yang hampir melumpuhkan lengan ke atas meja, sebelum menghenyak punggung di sofa. Selendang yang melingkari kepala dan leher turut kubuka. Panas! Mataku jatuh pada handphone yang elok terletak di atas meja. Handphone Farriel. Patut la tak berjawab. Rupanya dia tertinggal handphone kat rumah.
Aku jenguk skrin handphone. 89 missed calls. Mak aih& ! Rasanya tak la sebanyak tu aku missed call tadi. Dan seperti mengerti ada orang untuk menyambut panggilan, handphone Farriel berbunyi sekali lagi. Dalam berkira-kira dan meneka-neka dari mana datang panggilan tersebut, panggilan tersebut berubah status menjadi missed call. Beberapa saat kemudian, telefon rumah pula berdering minta diangkat.
"My God, Aril! Where have you been" I ve been looking for you for the whole evening!" Lantang kedengaran suara pompuan di hujung talian.
"Helo& assalamualaikum," sapaku teragak-agak. "Hel& helo. Siapa ni" Orang gaji Farriel ke""
Cheh! Orang gaji" Amboi, sesedap rasa melabel status orang. "Aaa& ."
"Okay, whoever you are. Please tell your boss, I mean Farriel, to pick me up at the airport right now. I dah berjanggut tunggu dia kat sini."
"Yang minta dijemput ini siapa sih namanya"" Terus aku berlakon jadi bibik Indon kejap. "Marina Irriani binti Joseph Abdullah."
Hampir terlepas gagang telefon dari tangan. Panggilan diputuskan. Marina Irriani binti Joseph Abdullah. Nama ini tak mungkin aku lupakan untuk seumur hidupku. Kerana nama ini penting dalam turning point hidupku kini. Nama yang menyatukan aku dengan Farriel. Dan nama ini juga yang akan memisahkan aku dengan Farriel.
FARRIEL tercangak-cangak di balai ketibaan. Lehernya dipanjangkan. Mencari wajah orang yang dirinduinya. Sungguh, dia terkejut membaca email yang dihantar oleh Marina tengah hari tadi. Kebetulan, dia terlupa pula membawa handphone. Tak tentu arah dia menyudahkan kerja-kerjanya sebelum bergegas ke KLIA. Dan ketika itu la dia terlihat susuk tubuh gadis yang dicintainya itu di salah satu bangku di situ.
"Marina!" jeritnya girang.
Wajah Marina yang tadinya dilanda kebosanan, berubah menjadi riang sebaik sahaja terpandang akan Farriel. Luruh kemarahan Marina akibat kelewatan Farriel. Yang ada cuma rasa taajub melihat Farriel. Berkerut wajahnya melihat perubahan Farriel sebelum berjalan menghampirinya.
"Oh my God! Farriel& you look sooo& different! Bertambah handsome and macho!" Mereka berdakapan.
"I miss you so much!" luah Marina.
"Not as much as I do& ." Farriel pula meluah rasa. Pelukan dileraikan.
"So, are you back for good"" soal Farriel.
"Yes! And I am ready to be Tengku Farriel Izumi s future wife!"
Farriel tersenyum senang mendengar pengakuan Marina. Bagasi Marina ditariknya. "Come! I ll send you home."
"Home sweet home& ."
Lengan Farriel dipaut mesra oleh Marina. Mereka berjalan beriringan ke tempat parkir.
BAHU terasa digoyang. Semakin lama semakin kuat.
"Ad& bangun!"
Suara Farriel kedengaran di cuping telingaku. Mata kugosok beberapa kali sebelum kubuka. Anak mata segera kukecilkan bila cahaya terang lampu menerjah masuk. Bila anak mata sudah dapat menyesuaikan dengan keadaan cahaya, barulah jelas susuk tubuh Farriel yang melutut di hadapanku. Aku bingkas bangun. Kebingungan.
"Iz& dah pukul berapa ni"" soalku separuh sedar, sebelum menguap besar. "Pukul dua pagi. Pergi la masuk bilik. Tidur," arahnya.
Jawapan Farriel tidak mendapat reaksi dari tubuhku. Aku masih termangu-mangu di sofa. Dan menguap lagi sambil cuba menyusun rentetan peristiwa sehingga mendorong aku tidur di sofa. Handphone Farriel& Marina Irriani& "Tadi handphone kau tertinggal." Handphone yang tadinya elok terletak di meja, aku suakan padanya.
Farriel kelihatan teragak-agak sebelum menyambutnya. "Sorry tak dapat jemput kau kat kampus tadi."
Jadi, dia ingat" Ingatkan aku dah dilupakan terus. Entah mengapa ucapan maafnya kedengaran dingin di telingaku. Mungkin kerana dia seperti tak bersungguh saat mengucapkannya"
"Marina dah balik. Aku jemput dia tadi."
Aku tersenyum. Entah bagaimana rupa senyumanku itu. Yang pasti, aku gagal memberikan senyuman ikhlas kepadanya. "Dia sihat""
"Hmmm& ." "Kira korang dah berbaik semula la"" "Hmmm...."
"Dia tau kau dah kahwin""
Farriel terdiam. Agak terkejut mendengar soalanku, mungkin. "Tak. Aku tak beritahu dia lagi," terang Farriel.
Aku tersenyum sinis. Berkatalah benar, walaupun kebenaran itu pahit.
"Lambat-laun dia akan tau juga. Lebih baik kau beritahu dia dulu sebelum dia dapat tau dari mulut orang lain," usulku.
"Aku tak sanggup nak rosakkan mood dia tadi. Dan aku tak nak dia sedih. Kau tau kan, tak ada sorang pompuan pun dalam dunia ni gembira bila tengok pakwe dia kahwin dengan orang lain."
Dan tak ada seorang isteri pun dalam dunia ni yang sanggup tengok atau dengar suaminya ada pompuan lain di belakangnya, sambungku dalam hati. Hai la hati, tabah la. Jatuh cinta memang menyakitkan saat cinta tak berbalas. "Ooo& kalau itu kata kau, terpulang la!" Aku bangun dari sofa. Sudah berkira-kira untuk masuk ke bilik.
"Sorry sebab susahkan kau selama ni. Sampai kau terpaksa kahwin dengan aku. Tapi rasanya penderitaan kau akan berakhir tak lama lagi. Aku akan cuba propose Marina cepat-cepat. So that kau boleh bebas dengan hidup kau macam dulu."
Langkah terhenti. Automatik kepalaku berkalih ke arahnya. Sukar aku tentukan emosi dan riak wajah Farriel ketika ini. Apatah lagi dengan cahaya lampu yang samar-samar. Farriel segera melarikan wajahnya.
Kalau dulu, sebelum rasa cinta ini menyelinap masuk ke dalam hati, mungkin aku akan bersorak kegembiraan mendengar kata-kata Farriel. Namun kini, kata-kata tersebut cuma mengundang kesedihan di hatiku. Kesedihan yang menghiris hati, yang menghancur lumat sekeping hati ini.
"Cuba bertahan untuk beberapa bulan lagi. Sebelum next year, aku akan pastikan hal kita selesai."
Farriel berlalu ke biliknya.
Setitis air mataku jatuh. Dan akhirnya aku teresak-esak di situ.
Mulai hari itu dan hari-hari seterusnya, Farriel balik lewat ke rumah. Paling awal pun pukul sebelas malam. Pulang jam dua atau tiga pagi sudah menjadi kebiasaan. Seawal pukul tujuh pagi, dia akan keluar dari rumah. Mungkin keluar bersarapan dengan Marina. Aku tak bertanya ke mana dia pergi kerana aku tiada hak untuk bertanya. Dan aku tak kuasa untuk bertanya kerana jawapan yang bakal kuterima tentunya terasa seperti mencurah cuka ke hati yang luka. Pasti dia menghabiskan masa bersama kekasih hatinya.
Rutinnya untuk menghantar aku ke kampus sudah ditamatkan sebaik sahaja Marina selamat menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Aku tidak merungut kerana aku tahu siapa kedudukan aku dalam hatinya. Kalau aku rajin menopang kelopak mata, menunggu kepulangannya sehingga hampir dinihari, maka dapatlah aku menatap wajahnya buat meleraikan rasa rindu yang bermukim di hati. Walaupun sekadar melihat wajahnya sekilas pandang.
Wajah Farriel kulihat bertambah ceria dan berseri. Tidak sugul seperti ketika ditinggalkan oleh Marina dulu. Menyaksikan kegembiraannya, aku menjadi girang kerana Farriel sudah mendapat apa yang diidamkannya.
Namun, jauh di sudut hatiku, aku berasa sayu. Suka atau tidak, aku harus mengakui bahawa aku sudah jatuh cinta dengan suamiku sendiri. Walaupun aku sedaya upaya menafikan rasa hati ini.
Ya& memang itu bukan satu kesalahan. Dia suamiku. Dan aku isterinya. Apa yang menjadikannya satu kesalahan adalah perkahwinan kami adalah berdasarkan kontrak sematamata. Dan aku tak sepatutnya menaruh apa-apa perasaan padanya memandangkan lambatlaun kami akan berpisah juga. Namun aku tetap berharap adanya keajaiban untuk kesudahan cerita hidupku ini.
"I betul-betul terkejut tengok perubahan you, darling. Siapa sangka dalam masa enam bulan, you boleh kurus macam ni! It s really amazing! You ingat tak dulu, I suruh you diet, pergi gim tapi tak pernah work out. But now& I am really speechless!"
Farriel tersenyum mendengar pujian Marina. All credits should be given to Ad too. Kalau tak kerana usaha, bebelan, perlian, kata-kata sinis dan semangat yang diberikan, tak mungkin dia dapat bertahan untuk kurus sampai sekarang. Ad.&
Marina masih sibuk menilik dan mencuba satu per satu pakaian yang ada di butik kegemarannya. Sesekali dia akan bertanyakan pendapat Farriel.
Farriel sekadar tersenyum untuk mengambil hati Marina. Hakikatnya, dia sudah bosan menemani Marina yang sudah hampir empat jam bershopping. Entah kenapa dia mula membanding-bandingkan antara Marina dan Ad. Ad tak suka bershopping. Dia lebih suka berjalan, melihat dan membandingkan harga barangan di setiap kedai. Ad sentiasa menawar harga barangan yang diingininya, sekalipun barangan tersebut sudah diberi potongan harga.
"Ala, tokey! You letak harga RM60.00. Sana kedai saya pergi offer banyak murah. You ambik untung banyak sangat la. Kira cincai sudah la& RM30.00, boleh""
Tokey kedai baju tepuk dahi. "Haiya& amoi! RM30.00 ka" You mau kasi potong saya punya kepala ka" Rugi la saya ini macam.& "
"You sudah banyak untung apa" RM30.00. Kalau tak, saya pergi lain kedai!" "RM55.00."
"RM35.00." "RM50.00."
"Ala& RM40.00 la!"
"Okey, last offer. RM45.00." "Saya beli!"
Farriel senyum sendirian. Kelakar betul Ad masa tu. Boleh pulak dia bertekak dengan tokey kedai baju tu. Sampai naik malu aku dibuatnya. Ada ke dia main tawar-tawar harga kat shopping complex besar tu. Dia ingat Chow Kit ke apa"
Sepasang tangan melingkar di bahunya.
"Jauh mengelamun, sayang! Teringatkan orang yang dah ada depan mata ni ke"" bisik Marina menggoda di telinga Farriel.
Farriel bingkas bangun. Meleraikan pautan tangan Marina. "Dah habis shopping ke""
Marina tunduk memandang beg-beg kertas berisi barang yang dibelinya. Dia membuat muka cute.
"Kita round tempat lain kejap, okey" I tak jumpa lagi baju untuk ke party Linda& ." "Okey," jawab Farriel malas. Beg-beg kertas dijinjingnya.
Marina memaut mesra lengan Farriel.
Boros betul Si Marina ni! Tak macam Ad. Ad kalau bab duit ni, berkira sikit. Ad. Balik-balik Ad yang diingatnya& Farriel tepuk dahi dengan tangannya kanannya.
"Are you okay, dear"" soal Marina cemas.
"Yeah!" Farriel senyum ala kadar. Actually, I m not okay!
KELIBAT sepasang kekasih yang berjalan di kaki lima jalan, menarik perhatian Tengku Faris. Cermin tingkap kereta diturunkannya. Ingin melihat dengan lebih jelas pasangan yang sedang tertawa girang itu.
"Yusman!" panggil Tengku Faris.
Yusman yang berada di sebelah tempat pemandu, menoleh ke belakang. "Ya, Tengku." "Saya nak kamu siasat perempuan yang jalan bersama Farriel tadi," arahnya.
Yusman memandang ke arah yang sama dengan Tengku Faris. Cuba menyimpan wajah tersebut di dalam kotak memorinya. "Baik, Tengku!"
Cermin tingkap dinaikkan sebelum menyambung arahan, "saya nak kamu siasat juga menantu saya, Adrianna Mayesa. I want to know everything about both of them." "Baik, Tengku!"
"QHUZ, kau pernah jatuh cinta""
Qhuz meletakkan akhbar di tangan ke atas meja. Memandang wajah Farriel dengan rasa berbaur. "Serius aje bunyinya ni...."
"Apa tanda-tanda atau sindrom bila kita cintakan seseorang tu""
Qhuz ketawa. "Weih, Ril! Petang-petang macam ni tiba-tiba masuk romantic lane ni apehal" Makanan lunch tadi pun tak hadam lagi, kau tau tak" Jangan... nanti aku termuntah kat pejabat kau yang cantik ni karang, tak pasal aje& ."
Gurau senda Qhuz dipandang sepi oleh Farriel. Hati dan fikirannya benar-benar bercelaru. Seingatnya, Marina adalah wanita yang dicintainya. Tapi mengapa Ad juga yang diingatinya bila bersama Marina" Mengapa kebosanan sentiasa bermukim di hatinya ketika dia menghabiskan masa-masanya bersama Marina" Mengapa dia tak pernah berasa bosan dengan Ad"
"Aku boleh jadi gila macam ni& " luah Farriel perlahan. "Weih, kau ni kenapa sebenarnya" Cuba terus terang."
"Aku tak tau. Kau tau kan, aku cintakan Marina. Bila dia tinggalkan aku, memang aku frust, moody gila."
"Tapi tak sefrust dan semoody bila kau berpisah dengan Adry." Qhuz menyampuk.
Farriel pandang Qhuz. Masih tanpa perasaan untuk bertelagah dengan Qhuz. "Sekarang Marina dah balik. Dan kami cuba meluangkan sebanyak masa yang boleh. You know, to catch-up things that happen dalam masa enam bulan ni. Tapi yang peliknya, aku macam dah tak interested dengan dia. Aku rasa masa-masa yang aku habiskan dengan dia lama sangat. Aku pun dah mula bosan dengan perangai dan cakap-cakap dia yang selalu meninggi diri tu.
Aku macam dah tak nampak apa-apa yang menarik pada Marina lagi." Qhuz senyum. Terus sabar menanti Farriel menyudahkan ceritanya.
"And the worst thing is, I keep thinking of Ad. Mesti ada benda yang mengingatkan aku pada Ad. Aku agak otak aku ni ada masalah la. Tak pun, aku ni dah sewel!"
Meja di depan, diketuknya sekali. Tanda tak puas hati. Tanda ceritanya sudah berakhir. "Aril, aku rasa kau ni sah-sah (tentu) dah jatuh cinta dengan Ad!"
"Apa" Aku" Jatuh cinta dengan Ad" Gila!" ungkap Farriel dengan mata buntangnya mendengar pendapat Qhuz.
"Ye la. Buat apa pun, ingat kat dia. Asyik ingat, ingat, ingat kat dia aje. Apa lagi kalau bukan jatuh cinta namanya."
"Tak mungkin la!" "Kenapa tak""
"Kau kenal, kan Ad tu macam mana orangnya. Kasar, garang, kadang-kadang macam kartun sikit& tak pandai bergaya& tapi okey la, dia tak selekeh& pemalas tapi kalau disuruh dia boleh jadi rajin& tak cantik sangat, tapi kadang-kadang nampak comel juga& kuat melawan tapi kadang-kadang lucu dengan cara dia tu. Entah la!"
Qhuz senyum lagi. "Tengok! Walaupun ada sifat dia yang kau tak suka, tapi kau tetap terima dia seadanya. Dan kau rasa senang, tenang, gembira bila ada dengan dia& betul""
Farriel mengangguk. Memang itu yang dirasakannya. Dengan Marina, dia rasa sebaliknya. Dia sentiasa ingin menjadi seseorang yang boleh dibanggakan oleh Marina. Seseorang yang sesuai dengan Marina yang cantik, yang classy, yang stylish, yang high taste. Bila bersama Marina, dia seolah-olah menjadi insan lain.
Tapi bila bersama Ad, dia bebas menjadi dirinya yang sebenar. Dia boleh lepas laku, dia boleh berpakaian sesempoi mana yang dia mahu, dia boleh makan di mana sahaja yang dia suka. Pendek kata, dia relaks bila bersama Ad. Even dia tahan telinga mendengar kata-kata Ad yang adakalanya pedas . Kalau dulu, nenda atau mama membebel sikit aje, mula la dia panas punggung, berkelibut keluar dari rumah. Pelik& !
"Aril, mencintai tu bermaksud kau terima pasangan kau seadanya. Dan dia terima kau seadanya. Dia tak perlu berubah demi kau, dan kau tak perlu berubah demi dia." Kenangan bersama Marina terimbas di mindanya. Dulu sebelum kurus, Marina melayannya secara acuh tak acuh saja. Nak keluar pun ke tempat-tempat yang orang tak ramai aje. Kadang-kadang dia merasakan yang Marina malu untuk berdamping dengannya. Apatah lagi nak memperkenalkan dirinya sebagai pakwe. Tapi sekarang, Marina seolah-olah bangga menunjukkan dirinya kepada sesiapa sahaja. Marina lebih manja melayaninya berbanding dulu.
Ad& tak pernah berubah. Dari sebelum kahwin hingga la lepas kahwin, tetap sama layanannya. Dari dia gemuk hingga la dia muat baju saiz M. Tetap begitu layanannya. Kadang-kadang dingin. Kadang-kadang penuh emosi; marah, sinis, nakal, manja, kalut-kalut. Tanpa sedar, Farriel tersenyum sendirian.
"Jatuh cinta pada Ad. That doesn t sound so bad. Berdasarkan apa yang kau cerita, aku rasa Ad tu pun bukannya teruk sangat. Even waktu sekolah dulu pun aku rasa dia tu budak baik. Kita aje yang rajin mengusik dia."
Ad Iz Karya Eury Athena di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
Farriel diam. Masih menimbang-nimbang rasa hatinya. "Abis tu, Marina macam mana"" soalnya lurus. Qhuz angkat bahu
"Kalau rasa larat, ambik dia jadi isteri kedua. Tapi kalau aku la jadi kau, aku akan tinggalkan Marina," sarannya.
"Sebab"" Pantas Farriel menyoal balas.
"Dia dah berkali-kali tinggalkan kau. Tak mustahil bila perkahwinan korang ada masalah nanti, dia akan tinggalkan kau macam tu aje," jelas Qhuz. Jari dipetik ketika mengucapkan ayat terakhirnya.
"Kau rasa, mungkin ke kita jatuh cinta dengan seseorang hanya kerana dia ada persamaan dengan orang yang pernah kita cintai sebelum ni""
"Itu aku tak pasti. Yang aku pasti, tak ada sorang pun dalam dunia ni yang boleh menyerupai orang lain 100%. Setiap orang berbeza, bro!"
Farriel bersandar di kerusinya. Menyukat, mengukur, menimbang, merasa, mentafsirkan apa yang ada di dalam hati dan akalnya serta apa yang didengarinya sebentar tadi. Dan bila jawapan dah ditemuinya, dia bangun dan terus mencapai kunci kereta. "Woi, kau nak pergi mana pulak tu""
PEUGEOT 308 VTI kelabu berhenti betul-betul depan pintu pagar rumah. Entah kenapa, petang ni mudah benar aku menerima pelawaan Ihsan untuk dihantar pulang. Mungkin kerana hati aku yang tak tentu arah. Atau tak larat nak serabutkan lagi kepala yang sedia serabut dengan gelagat budak-budak fakulti aku yang sentiasa sibuk dan kecoh dengan itu ini.
"Awak nampak muram, tak ceria. Gloomy aje dua tiga hari ni," tegur Ihsan. Dia sudah relaks bersandar di tempat pemandu. Memerhatikan diriku. Cuba membaca apa tersirat di fikiranku yang berserabut.
Aku tersenyum. Menutup terus peluang Ihsan untuk terus menyelongkar kotak fikiran, apatah lagi menyelami dasar hatiku.
"Marina dah balik Malaysia," luahku. "Saya tau," ujar Ihsan bersahaja.
Aku terkejut. Wajah Ihsan aku pandang. Lama. Ada senyuman segaris di bibirnya. Bukan senyuman gembira. Bukan juga senyuman sinis atau mengejek. Senyuman sekadar untuk memaniskan muka.
"Macam mana awak tau"" soalku.
"Kebetulan saya ternampak dia a few days ago." "Ohhh& ." Keciknya dunia.
Seat belt aku tanggalkan. Sudah berkira-kira untuk keluar dari kereta mewah itu. "Awak dengan Aril& ."
Suara Ihsan melumpuhkan niatku. Aku kembali memandang Ihsan. Kening kuangkat. Menanti Ihsan menyudahkan ayatnya.
"Awak dengan Aril& korang tak ada terlibat dalam apa-apa perkara yang serius, kan"" Melopong mulutku. Apa maksud pertanyaan Ihsan ni" "Maksud awak""
"Ye la& since both of you cuma kahwin kontrak, so ada ke apa-apa yang serius jadi antara korang" You know& macam jatuh cinta ke& apa ke& ."
Peristiwa yang berlaku di tengah padang kembali segar di ingatan. Mataku pejam rapat-rapat. Cuba mengusir kenangan tersebut. Senyum segaris kuukirkan buatnya "Terima kasih sebab sudi hantar saya."
Pintu kereta pantas kubuka. Enggan bersoal jawab dengan Ihsan lagi. Pintu pagar kubuka. Tiba-tiba tangan Ihsan menangkap tanganku. Tergamam aku seketika.
"Adry& keluar dari perkahwinan awak. Tinggalkan keluarga Tengku Faris. Tinggalkan Aril!"
Dan aku segera merentap tanganku darinya. "Ihsan, saya hormat pada awak. Tolong jangan buat sesuatu yang menghilangkan rasa hormat saya pada awak!"
"Aril cuma gunakan awak untuk menjaga maruahnya dan keluarganya di mata saudara-mara kami. Dia tak cintakan awak. Dia cintakan Marina. Sekarang Marina dah balik. Dan saya rasa, dah tiba masanya awak berhenti dari jadi pembersih maruah Aril." Aku diam. Menahan air mata yang mula bertakung di birai mata.
"Saya kenal benar dengan Aril. Dia setia pada cinta. Patuh pada janji-janjinya. Dia cintakan Marina. Dia dah berjanji untuk tunggu Marina dan kahwin dengannya. Depan saya, Marina sendiri cakap yang dia tak akan lepaskan Aril lagi kali ni."
Aku diam. Sedaya upaya menutup pendengaranku agar hatiku tak tercalar dek kata-kata Ihsan.
Mungkinkah selama ini Farriel hanya mempermainkan diriku" Sengaja berbaik denganku sehingga aku jatuh cinta padanya, kemudian mentertawakan aku atas kelemahan dan kebodohan diriku ini"
"Tengku Farriel Izumi tu sama aje macam papanya. Sanggup buat apa sahaja semata-mata nak capai apa yang dihajatkan. Awak cuma alat bagi mereka. Tinggalkan Aril sebelum dia buang awak macam sampah!"
Bahuku digoncang oleh Ihsan. Serta-merta empangan air mataku pecah. Ihsan panik.
"Saya& saya& tak boleh& " ujarku dalam tangis. Pandanganku kabur dek air mata. Sukar untuk aku terangkan apa yang kurasa sekarang.
"Adry& jangan kata awak dah& awak dah jatuh cinta pada Aril"" soal Ihsan. "Saya& dah mula sayangkan Farriel& ."
Setakat itu sahaja yang mampu kuucapkan.
Di luar kawalanku, Ihsan mengesat pipiku yang dibasahi air mata dengan jari-jemarinya. "Syyy& it s okay& ."
Ihsan cuba memujukku. Namun tangisanku ini sukar benar dihentikan. Apatah lagi setelah mendengar kata-kata Ihsan tadi.
"Syyy& your place is with me, Adry. Be with me. Stay with me. Saya akan layan awak lebih baik dari Aril. Coz I love you& I love you so much. Lebih dari apa yang boleh awak bayangkan."
Dan aku terkesima di situ.
STERENG kereta ditumbuk sekuat hati oleh Farriel. Melepaskan rasa berbaur di dalam diri. Rasa marah, geram, cemburu& semuanya bersatu.
Dari jarak lima ratus meter, cukup jelas di pandangannya drama sebabak lakonan Ad dan Ihsan. Hatinya terasa hangat membara.
Sebelum sempat tangan Ihsan melingkari tubuh Ad, enjin kereta yang diparkir di bahu jalan, dihidupkannya. Menderum bunyinya. Pusingan U dibuat. Dan dia terus memandu meninggalkan taman perumahan itu dengan 1001 rasa. Memandu selaju mungkin. Tanpa arah.
12 "YOUR place is with me, Adry. Be with me. Stay with me. Saya akan layan awak lebih baik dari Aril. Coz I love you& I love you so much. Lebih dari apa yang boleh awak bayangkan." Aku tergamam. Sunyi seketika alam di sekelilingku. Ihsan cintakan aku" Lawak apa ni"
Dan bila Ihsan cuba merapati dan merangkul tubuhku, aku pantas menepis tangannya. Aku segera menjarakkan kedudukan kami bila Ihsan cuba merangkulku sekali lagi. Jarak yang cukup untuk Ihsan tidak berbuat apa-apa di luar kewarasan fikirannya.
"Ihsan, banyak mana pun awak cintakan saya tapi tolong hormat status yang saya sandang sekarang," kataku tegas.
Terkulat-kulat Ihsan mendengar.
Namun aku tidak peduli. Aku masih isteri Farriel, walaupun aku tak pasti sehingga bila gelaran itu akan aku pegang.
"Saya cintakan awak& " ulangnya lagi.
"Maaf. Saya tak cintakan awak. Saya anggap awak macam kawan aje. Paling tidak pun sebagai abang," tegasku.
Aku sudah masuk ke pekarangan rumah. Kini, pagar rumah menjadi pemisah kami. "That s hurt& tapi itu lebih baik dari menipu, kan""
Ihsan tersenyum tawar. Cahaya di matanya sudah pudar. Tidak seperti ketika mula-mula dia meluahkan rasa hatinya. Namun, sinar harapan di matanya masih menyala. "Saya isteri Farriel."
Aku harap kenyataan itu akan memberi jawapan atas luahan hatinya tadi. "Saya akan tunggu sehingga dia lepaskan awak."
"Saya tak cintakan awak," akuiku jujur.
"Saya akan tunggu sampai awak jatuh cinta pada saya!" Bersungguh Ihsan menegaskan pendiriannya.
"Kalau saya tak jatuh cinta pada awak sampai bila-bila"" dugaku. Riak kecewa semakin ketara di wajah Ihsan.
Aku jadi belas melihatnya. Sungguh, jika aku punya kuasa untuk mengalihkan rasa cinta, sudah tentu aku akan mengalihkan rasa cintaku pada Ihsan. Tapi aku cuma insan biasa. Dan cintaku sudah dibawa pergi oleh seorang lelaki bernama Tengku Farriel Izumi.
"Saya percaya kalau saya ikhlas mencintai dan menyayangi awak, saya akan memperolehi cinta awak suatu hari nanti. Dan saya akan tunggu sampai hari itu tiba." Perlahan kata-kata itu dilafazkannya. Namun ada harapan, keazaman dan keyakinan tersemat di dalam kata-katanya.
"Ihsan& ." Tak mampu aku mengungkapkan sebarang kata-kata lagi. Rasa bersalah dan simpati mula merajai hati.
"Jangan rasa bersalah. Dan jangan sesekali rasa simpati. Saya takkan paksa awak untuk mencintai saya. Sebab saya nak awak ikhlas mencintai saya."
Aku terdiam. Kejamkah aku menolak cintanya"
"Saya balik dulu."
Seketika kemudian Ihsan berlalu pergi.
FARRIEL masih memandu. Sekejap tadi dia dah berpusing-pusing di pusat bandar. Bosan dengan kesibukan yang tak pernah berakhir, dihalakan pula kereta ke pinggir bandar. Kepalanya masih ligat memikirkan perkara yang berlaku pada dirinya kebelakangan ini. Kepulangan Marina yang pada sangkaannya akan melenyapkan segala kerunsingan dan kekeliruan hidupnya. Kehadiran Marina yang pada perkiraannya akan menyemarakkan lagi rasa cinta antara mereka berdua. Namun sebaliknya yang berlaku. Dia sering berasa kehilangan di celah-celah momen-momen indah bersama Marina. Seperti ada yang tidak lengkap. Seperti makanan yang kurang rencah perisanya. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia berasa begitu. Yang pasti, Ad selalu berada di ingatannya, walaupun ketika dia bersama Marina.
Apa yang dilihatnya petang tadi benar-benar membuatkan dirinya kecewa. Egonya tercalar. Sangkanya Ad juga punya perasaan yang sama sepertinya. Sangkanya Ad menyayangi dan menyintainya sepenuh hati. Sangkanya Ad setia kepadanya.
Rupa-rupanya dia silap dalam membuat pertimbangan. Ad juga punya kehidupannya sendiri. Ad juga berhak punya kekasih hati; yang menepati cita rasanya, yang sentiasa ada untuk dirinya, yang menyayanginya sepenuh hati. Lelaki pilihan hati Ad adalah Ihsan, abang sepupunya sendiri. Ihsan, lelaki yang selalu ada untuk isterinya, terutama sekali ketika isterinya berada di dalam kesusahan.
Farriel mula menyalahkan diri sendiri. Dia sepatutnya tahu yang Ihsan dan Ad saling menyintai. Justeru itu mereka tampak serasi bersama. Mereka saling memahami. Tidak seperti dirinya dan Ad yang sering bertelagah walaupun dalam hal sekecil hama. Dia juga kesal kerana hampir-hampir melanggar perjanjian yang telah mereka persetujui; mereka tidak boleh jatuh cinta antara satu sama lain, dan pihak kedua tidak boleh masuk campur dalam urusan hati pihak pertama.
Di akhir perjalanan tanpa arah itu, Farriel memasang tekad. Dia harus meneruskan hidupnya. Ad berpijak di bumi yang nyata. Ad sedar bahawa perkahwinan mereka tidak akan bertahan lama. Maka, Ad telah memilih Ihsan sebagai pengganti dirinya. Justeru itu, dia juga akan meneruskan kehidupannya. Dia harus buktikan bahawa dia juga mampu hidup bahagia& tanpa Ad!
BUNYI loceng dari luar pintu apartmen membingitkan telinga sehingga memaksa Marina
menekup kedua-dua belah telinganya dengan bantal. Malangnya usahanya tidak membuahkan hasil. Marina mula hilang sabar.
"My God! Orang gila mana yang datang malam-malam buta ni"" jeritnya kuat. Bergema kamar tidurnya seketika.
Tertekan dengan perangai gila tetamu tak diundang itu, Marina segera turun dari katil. Gaun tidur satin dicapainya. Dipakainya agar penampilannya nampak sopan walaupun gaun itu sekadar mampu menutupi singlet tali halus dan seluar pendek yang dipakainya. Loceng yang ditekan bertalu-talu membuatkan Marina berkejar ke pintu.
"Kejap!" jeritnya dari dalam.
Selak pintu ditarik ke tepi. Tombol pintu dipulas. Dan demi dia terpandangkan wajah di hadapannya, dia terkejut. "My God! Farriel""
Tercengang-cengang Marina melihat wajah kekasih hatinya yang kelihatan tak terurus dan keletihan. Dirapikan rambut Farriel yang kusut-masai. Kemudian, diusap-usapnya ubun-ubun Farriel. Cuba menenangkan Farriel. Cuba memberi semangat kepada Farriel yang kelihatan seperti sudah patah hati. Pelik! Farriel menekan loceng apartmennya berkali-kali sewaktu malam sudah merangkak ke pagi. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Tengku Farriel Izumi. "Farriel, are you okay" Kenapa ni" You nampak exhausted sangat and& terrible& awful."
Farriel masih tetap begitu. Tetap berdiri sambil menundukkan kepala. Sebelah tangannya ditopangkan ke dinding, menahan berat badan.
Marina panik. "Farriel& ."
Farriel mengangkat wajah kali ini. Memandang tepat ke arah Marina. Namun bukan wajah Marina yang terbias di retina mata dan di minda. Wajah Ad dan Ihsan dalam keadaan mesra itu yang tergambar.
Tenaga yang masih bersisa, dikumpulkan. Wajah Marina yang beriak terkejut, pelik dan penuh tanda tanya dipandang setepat-tepatnya.
"Marina& " panggilnya antara dengar dan tidak. "Yes& ."
Marina menunggu sambungan kata-kata dari mulut Farriel. "Will you& marry& me& ""
Tergagap-gagap Farriel menuturkan lamaran itu.
Membulat anak mata Marina. Kedua-dua belah tapak tangan ditekup ke mulut. Menutup mulut yang terbuka luas dek terkejut. Seketika kemudian pecah tawa gembira di mulutnya. "Oh, my God! Farriel! You are proposing me, aren t you""
"Yes." Wajah Farriel masih tetap begitu. Tak beriak. "Yes! Yes! The answer is yes, Farriel! I agree to be your wife!"
Marina teruja terhadap lamaran Farriel itu. Lamaran yang telah lama ditunggunya semenjak menjejakkan kaki ke Malaysia semula. Lamaran yang tidak disangka-sangkanya akan dibuat oleh Farriel pada pukul dua pagi! "I gembira sangat! Finally! I janji, I akan jadi isteri yang paling baik untuk you. And I will be loving you forever!"
Marina pantas meluru ke arah Farriel. Dipeluknya Farriel erat-erat. Dan Farriel hanya berdiri kaku di situ. Tanpa emosi.
"SAYANG! Cantiknya cincin ni! I nak cincin ni jadi cincin kahwin kita, boleh""
Cincin emas putih bertatah berlian yang sudah tersarung di jari manis, ditunjukkan kepada Farriel.
Farriel tersenyum cuma. Sebentar tadi, Marina berkenan dengan cincin emas bermata satu. Kemudian cincin yang tertanam beberapa biji berlian. Pada pandangannya, semua cincin sama sahaja. Cuma sekadar cincin bagi mengikat sesebuah perhubungan. Namun terlintas di fikirannya, bagaiman agaknya rupa bentuk cincin perkahwinannya bersama Ad" Dia tidak pernah perasan akan rupa bentuk cincin tersebut di jari manis Ad. Emaskah" Emas putihkah" "Farriel, you ni kenapa" Asyik termenung aje. Ada masalah ke""
Cincin di jari manis sudah dikembalikan kepada gadis di kaunter. Tumpuannya kini pada Farriel yang berwajah keliru.
Farriel mengukir senyuman. "Takde apa-apa la. I okey aje."
"Okey you kata" Jasad you aje yang ada dengan I, tapi fikiran you entah melayang ke mana."
Marina berpaling ke arah bertentangan. Memeluk tubuh. Menandakan konfrontasi sudah bermula.
Farriel tarik nafas panjang. Bahu Marina dipegang dan dipusingkannya agar menghadap ke arah dirinya. "Marina, I m sorry okay" You tau kan, I sekarang sibuk dengan projek kat JB tu. Terpaksa ulang-alik. So, I betul-betul letih."
"Tapi kita kan tengah buat preparation untuk wedding kita. Banyak lagi yang kita tak buat. Dewan, pelamin, baju lagi," rungut Marina.
"Ya. I tau. Kita bukan nak kahwin esok pun. Paling cepat pun, tiga bulan dari sekarang. Kita buat slow-slow okey& ."
"I tak tau kenapa. Tapi I dapat rasakan yang I sorang aje beria-ia buat preparation. You macam& relaks aje!"
"Iye la& I bersungguh la ni!" Farriel pura-pura sibuk menilik cincin yang ada di situ.
"Ye la sangat! Kalau you bersungguh, bila wakil papa dan mama you nak masuk meminang I""
Farriel tergamam. Masuk meminang" Wakil dari papa mama" Maksudnya, aku kena cakap dengan diorang yang aku nak kahwin lagi satu" Atau beritahu aku nak bercerai dengan Ad" Berterus terang yang Ad tu isteri kontrak aku aje, dan Marina kekasih hatiku yang sebenar" Tak pernah dia terfikir semua itu. Perkara ini lagi rumit dari apa yang dia bayangkan.
"La, I ingat you ni wanita moden. Tak pakai lagi dah upacara merisik meminang ni semua. Nak kena buat benda-benda tu juga ke""
"Mesti la& I nak majlis bertunang dan kahwin yang grand. Ada lots of roses, ada kereta kuda, ada macam-macam la. Biar terbeliak sikit mata sedara-sedara I tu! Dan I dengan bangganya akan memperkenalkan you sebagai tunang dan bakal suami I. Mesti diorang jealous dengan I sebab dapat pikat lelaki hensem, kaya macam you. Keturunan Tengku lagi!" Marina sudah mula membayangkan majlis pertunangan dan perkahwinan impiannya itu. "Pasal tunang kahwin tu kita cakap lain kali aje la ek""
Kata-kata Farriel melenyapkan terus angan-angan Marina.
"Kalau you asyik tangguh nak cakap pasal benda ni, asyik tangguh nak bawa I jumpa mama papa you, sampai bila-bila pun kita tak akan kahwin sayang& !" bentak Marina. "Relaks la. Bila tiba masanya, I akan bawa you jumpa diorang okey! Seriously& " janji Farriel.
Hakikatnya, dia sendiri tak tahu macam mana nak menghadap dan menjawab soalan seisi keluarganya kalau hal ini diutarakan kelak.
"Serius"! Serius apa kalau asyik bertangguh macam tu"! Dah la!" Marina tarik muka empat belas.
Farriel senyum segaris. Marina kalau merajuk boleh berhari-hari lamanya, kalau tak kena cara memujuk. Kalau Ad& Ad lagi yang aku ingat! Kenapa susah sangat nak lupakan Ad walaupun sehari" Macam mana la keadaan Ad sekarang" Sejak Marina balik, jarang-jarang benar dia bersua muka dengan Ad, walaupun mereka serumah. Dia keluar rumah, Ad tengah sibuk kat dapur atau mandi. Masa dia balik rumah, biasanya Ad dah tidur.
Ah! Buat apa aku nak sibuk-sibuk pasal Ad" Dia kan dah ada Ihsan, playboy US yang dah jinak tu. Biar Ihsan aje la yang menjaganya. Tapi, tergamak ke aku nak lepaskan Ad pada Ihsan yang aku tahu tahap kasanovanya yang tinggi menggunung tu" Pompuan sebaik Ad tu, kalau boleh biar la dapat kat lelaki yang baik-baik.
Bahu terasa ditepuk. Kuat. Sampai lenguh bahu dibuatnya. "Tengok tu! You berangan lagi! Dah la!"
Terkedek-kedek Marina meninggalkan Farriel di kedai menjual barangan kemas itu. Alamak! Aku mengelamun lagi!
Menyedari kesilapan diri, Farriel pantas mengejar Marina yang semakin menjauh. Dipautnya bahu Marina. Marina menepis. Dicubanya lagi memaut bahu Marina. Kali ini disertakan dengan ayat-ayat cinta. Hati Marina mula cair. Terus hilang rajuknya. Mereka terus berdampingan ke butik pengantin berhampiran.
"HISH, nenda ingat benar tempatnya! Sepatutnya kat tingkat ni, Rianna," rungut Nenda Nerrisa.
Aku meninjau-ninjau ke sekitar aras tiga shopping complex itu. Mencari butik pakaian pengantin yang diceritakan oleh nenda sebentar tadi, semasa kami dalam perjalanan ke sini. Tak ada pun. Aku balik ke tempat nenda berdiri.
"Tak ada pun nenda. Mungkin kita salah level kut," telahku sendiri.
Wajah nenda nampak muram. Mungkin kesal kerana gagal mengingati lokasi butik rakannya, sehingga menyebabkan kami terpaksa berpusing di sekitar aras ni beberapa kali.
Aku pimpin nenda ke bangku yang ada di situ. Kesian nenda& dalam keadaan bertongkat macam tu, digagahkan juga kaki menapak dari satu shopping complex ke satu shopping complex yang lain semata-mata nak mencari baju pengantin terbaik untukku. Bila aku sarankan dia naik kerusi roda, dia menolak. Katanya dia nak exercise. Lagipun ada tangga bergerak dan lif. Tak la sesusah mana pun, katanya.
"Nenda duduk sini kejap, ek& Adry nak pergi beli air untuk nenda. Nenda nak minum air apa" Nak makan apa-apa"" soalku.
"Nenda tak nak makan. Kamu beli air aje untuk nenda. Air apa pun nenda tak kisah."
Mendengar jawapannya, aku terus bergegas ke kios berhampiran. Buntu memikirkan air apa yang nak dibeli untuk nenda, akhirnya aku membeli jus untuk nenda dan diriku sendiri.
Dan ketika itulah aku terperasan akan sepasang kekasih yang begitu asyik memilih pakaian pengantin di salah sebuah kedai di situ. Jus carrot yang aku sedut terasa seperti pasir. Cuma deria rasa pahit sahaja yang berfungsi ketika itu.
Farriel kelihatan begitu mesra dengan gadis berwajah Pan-Asian itu. Tak perlu berteka-teki kerana aku sudah tau, itulah Marina Irriani. Gadis yang dikejar oleh Farriel di KLIA kira-kira tujuh bulan lalu. Gadis yang membuatkan lena Farriel tidak panjang. Gadis yang membuatkan tubuh Farriel kalis air. Gadis yang membuatkan Farriel mengambil tindakan drastik dengan mengahwiniku.
Aku segera mengalihkan pandangan. Enggan menyaksikan lagi kemesraan mereka berdua. Air mata yang bertakung di birai mata, aku segera kesat. Dengan senyuman yang dibuat-buat, aku menapak kembali ke bangku yang diduduki oleh nenda. Dan tubuh yang semakin longlai cepat sahaja aku labuhkan ke bangku; bersebelahan dengan nenda.
"Kenapa muka kamu pucat sangat ni, Rianna""
Nenda yang kehairanan segera menegur. Jus yang aku hulurkan, diletakkan di tepi bangku. Tubuhku diusapnya dengan penuh kasih sayang.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Kemudian kulepaskannya. Senyum nipis kuukir buat nenda. "Tak ada apa-apa, nenda. Tiba-tiba Adry lapar pulak! Jom kita pergi makan dulu, nenda."
"Kalau macam tu, jom kita pergi makan dulu! Lepas makan nanti baru kita cari butik tu. Kita mesti cari baju tu hari ni juga. Tak boleh tangguh-tangguh lagi. Majlis kamu tu lagi dua minggu. Banyak benda lagi yang tak ada." Katanya sewaktu melangkah.
Aku berasa lega bila kami beredar dari situ. Takut juga kalau-kalau nenda ternampak Farriel dengan Marina. Jenuh mulut aku menjawab soalannya nanti. Sebelum bergerak ke food court, sempat aku mencuri pandang pada Farriel yang sakan berpelukan dengan Marina. Ada rasa pedih menjalar hingga ke ulu hati.
"BARU balik ke"" tegurku saat Farriel melangkah masuk ke dalam rumah malam itu. Jelas Farriel kaget melihat aku masih duduk berjaga di sofa ruang tamu sedangkan jam sudah menginjak ke jam dua pagi.
"Hmmm& " jawabnya malas. Tali leher sudah dilonggarkan. Cuma menanti untuk dileraikan dari batang leher.
"Kenapa" Ada hal penting nak dibincangkan ke"" soalnya acuh tak acuh.
Aku kira, aku sudah dibuang terus dari kamus hidupnya kerana dia langsung tak punya kesudian untuk berbicara denganku, apatah lagi memandang wajahku. Dari tadi dia lebih suka memandang hujung necktie, hujung lengan kemeja atau apa sahaja asalkan bukan diriku. "Kau tau kan yang majlis resepsi kita lagi dua minggu."
"Ingat! Tiap-tiap hari nenda dengan mama cakap pasal benda tu. Mustahil aku tak ingat!" balasnya kasar.
Terguris hatiku mendengar nada suaranya yang semakin tinggi. Sunyi mengisi segenap ruang.
"Kalau tak ada apa-apa, aku naik dulu." Farriel mula menapak ke tangga.
"Tadi aku nampak kau dengan Marina kat butik pengantin." Kaku langkah Farriel di situ.
"Jadi"" soalnya garang. Dikerlingnya Adry dengan ekor mata.
"Aku cuma nak ingatkan kau supaya tak terlalu expose kan diri bila dengan Marina. Nyaris nak kantoi dengan nenda tadi."
"Jaga hal masing-masing cukup la, yang kau sibuk pasal aku dengan Marina, apa hal"" Farriel mula bengang.
"Bukan aku nak sibuk! Tapi kalau nenda nampak tadi, aku yang kena bersoal jawab dengan dia! Kau faham-faham aje la kan nenda tu macam mana!" Suaraku mula meninggi.
"Ooo& kau risau pasal aku dengan Marina. Habis, kau dengan Ihsan tu apa cerita" Bercengkerama kat depan pintu pagar rumah, takpe pulak" Tak takut kantoi dengan nenda"" balas Farriel sinis.
Terkejut aku mendengar kata-kata Farriel. Farriel nampak ke" "Aku dengan Ihsan& " Tergagap-gagap aku cuba menjelaskan keadaan sebenar sebelum dipotong oleh Farriel.
"Aku tak kisah kalau kau dengan Ihsan nak bercinta ke, nak bercengkerama ke. Yang penting bagi aku, kau jaga nama dan maruah aku selagi kau masih bergelar isteri aku! Faham"" Mencerlang mata Farriel memandangku. Dan dia terus berlalu ke tingkat atas. Selagi kau masih bergelar isteri aku& selagi kau masih bergelar isteri aku!
Selagi bila Farriel" Selagi bila aku boleh bergelar isteri kau" Air mata mengalir laju menuruni pipi. Namun, cepat-cepat aku hentikan tangisan itu. Aku tak mahu menangis lagi. Menangis tak dapat menyelesaikan apa-apa masalah! Menangis cuma menampakkan kelemahan diriku sendiri. Aku tak nak menangis lagi!
13 SUNYI. Kosong. Tiada Farriel. Tiada lagi suaranya menjerit, membebel. Tiada lagi bayangnya. Tiada lagi aura kehadirannya di mana-mana. Semuanya tiada.
Sejak malam kami bergaduh tu, Farriel jarang-jarang balik ke rumah. Terfikir juga aku yang dia ada rumah lain. Tapi tak pernah pulak aku tau. Takkan Farriel bermalam di rumah Marina" Tak mungkin! Tak mungkin sedangkal itu ilmu agama Farriel.
Entah apa yang merasuk minda. Entah apa yang mendorong tubuh badanku. Gerak langkah kaki terus aje menghala ke master bedroom. Menceroboh masuk ke bilik Farriel. Aku pandang sekeliling bilik itu. Masih seperti dulu. Bezanya, dulu Farriel selalu ada di meja kerjanya. Menyudahkan kerja-kerja pejabat yang bertimbun. Sekarang, tidak lagi& .
Katil yang berselerak aku rapikan. Buku-buku yang elok tersusun, aku susun semula. Laptop di atas mejanya aku buka dan hidupkan. Koleksi lagu-lagu Melayunya, aku mainkan. Lagulagu yang aku paksa dia download di Internet. Macam nak perang dunia ketiga waktu tu. Mengingatkan saat-saat itu membuatkan aku tersenyum sendirian.
Kemudian aku melangkah ke almari bajunya. Aku buka almari itu. Kemeja dan pakaianpakaian Farriel tersusun rapi di situ. Tak pasti apa yang aku cari. Sekadar ingin merasakan kehadirannya di situ. Aku lurut satu per satu bajunya. Bila sampai giliran kemeja biru mudanya, aku tanggalkan baju itu dari penyangkutnya. Aku bawa ke hidung. Cuba menghidu bau badan Farriel yang masih bersisa. Seketika rinduku lerai.
Aku melangkah pula ke balkoni. Menengadah ke langit malam. Tiada bulan. Tiada bintang walaupun sebutir. Langit kelihatan mendung malam ni. Ruang bilik dilatari muzik dari laptop. Lagu Merinduimu dari D Masiv mula bergema. Satu per satu bait-bait lirik lagu memasuki ruang pendengaranku.
Saat aku tertawa& . "Yang warna merah ni sayur apa""
Sayur apa" Aku cuma masak sayur campur aje; kobis, kacang buncis, lobak, brokoli. Aku mencari sayur merah yang dimaksudkan di pinggan makan Farriel.
"Itu cil& "
Belum sempat aku menegah, Farriel terus masukkan sayur merah ke dalam mulut. Dikunyahnya. Seketika kemudian mukanya bertukar menjadi merah padam. "Li." Aku menyambung kata.
Air dalam gelas diminumnya dengan rakus. Air di gelasku juga turut menjadi mangsanya. Tak cukup tu, air masak dalam jag diteguknya juga.
"Pedas!" ujarnya seraya menjelir-jelirkan lidah.
Dan kami sama-sama tertawa melihat gelagat masing-masing. Farriel dengan muka kepedasannya dan aku dengan riak mukaku yang kengerian melihat reaksinya. Saat aku menangisi kesedihanku& .
"Dah la tu& " pujuk Farriel.
Farriel duduk di sebelahku. Kotak tisu dihulurkan padaku. Aku tarik beberapa helai buat mengesat air mata dan hingus.
"Semalam baru aje dia dengan aku& tup-tup hari ni dia dah mati kena langgar. Sedih la aku& ."
Farriel menggeleng. "Kucing aje, Ad. Kucing jiran pulak tu. Relaks la& ." Aku ingin engkau selalu ada&
Aku ingin engkau aku kenang& .
Satu kucupan hinggap di belakang leher.
"No, I think the dress really suits you. You look beautiful in it. Really& " Suara garau itu singgah di cuping telinga. Tangan Farriel melingkari pinggangku. Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan Ku kan selalu memujamu& "Kau nak buat apa""
"Nanti aku cium, baru kau tau." "Ci& um& ""
"Hmmm& cium! Macam ni." Meski ku tak tahu lagi
Engkau ada di mana Dengarkan aku& Ku merindukanmu&
Kemeja Farriel aku ramas dan bawa lagi ke hidung. Mencari lagi aura kehadirannya di situ. Tanpa sedar air mataku mengalir.
Dengarkan aku& Ku merindukanmu& Farriel menjenguk ke bawah. Menghayati pemandangan dari tingkat sepuluh di bilik hotelnya. Kenderaan masih bertali arus. Suasana di sekitar masih hingar-bingar. Namun kepalanya sunyi sahaja. Kepala ditala ke langit. Cuba mencari sang purnama dan bintang. Hampa. Tiada satu pun yang kelihatan. Dan ingatan pada Ad menjelma& . Dengarkan aku&
Ku merindukanmu& . TANGAN dah mula menggendang stereng kereta. Deretan kenderaan atas jalan dan cuaca panas mula meletihkan dirinya. Jam di tangan dipandang sekilas. Lambat lagi. Masih ada dua jam sebelum temu janji dengan Encik Shiroka dari Jepun. Lampu isyarat masih berwarna merah. Ah& bosannya!
Tie tanpa corak terasa seperti menjerut batang leher. Pantas dilonggarkannya. Handphone yang berbunyi dipandang sekilas. Handsfree Farriel lekatkan ke telinga. Butang hijau ditekan. Lampu isyarat bertukar warna. Serentak itu pedal minyak ditekan. "Helo." "Encik Farriel, saya Erin. Adry& Adry& dia sakit!"
Suara cemas Erin menerpa di telinga.
Buntang mata Farriel mendengarnya. Hampir terbabas keretanya ke tepi. "Korang kat mana sekarang""
"Kampus." "Tunggu sampai saya datang!" arahnya pada Erin. "Okey," balas Erin.
Panggilan dimatikan. Melilau mata mencari tanda U-turn di sisi jalan. Pusingan U segera dibuat. Pedal minyak ditekan lagi. Ad& kau okey ke" Butang telefon ditekan. "Helo, Sheila. Batalkan semua meeting dan appointment saya!"
"Tapi, Tengku, Mr. Shiroka& "
"I said all, Sheila!"
Panggilan dimatikan. Handphone yang berkali-kali berbunyi tidak dihiraukan. Cuma ada satu dalam fikirannya. Ad!
Sesampainya di kampus, Farriel terus berlari ke foyer fakulti. Melilau matanya mencari kelibat Ad atau Erin. Tiada. Dia mula bertanyakan beberapa pelajar di situ.
"Adrianna" Erin dengan sorang lelaki dah bawa dia ke klinik rasanya." Jawab sorang pelajar pompuan yang tadinya elok berdiskusi dengan rakan-rakannya.
Dan dari penerangan yang diberikan, Farriel tahu siapa lelaki yang dimaksudkan. Ihsan!
MELINTAS aje Ihsan depan biliknya, Farriel bingkas bangun dari kerusinya. Ihsan dijejaki. Tanpa ketukan, tanpa izin, tanpa salam, meluru dia masuk dan&
"Aril"" Buk! Penumbuk sulung dihadiahkan pada Ihsan.
Ihsan yang tadinya elok berdiri, terperosok di kaki kerusi. Ihsan mengaduh kesakitan. Darah di tepi bibir dikesatnya. "Woi! Apa hal kau ni""
"Itu untuk kau yang ganggu isteri aku!"
Ihsan bangkit. Mengepal buku lima sebelum melepaskan tumbukan. Tepat mengenai pipi Farriel.
Farriel terduduk di sofa.
"Itu khas untuk suami tak berperasaan macam kau!"
Farriel bangun. Pipi yang mula bertukar warna dirabanya. "Ad tu bini aku. Jangan nak over dengan dia!"
"Isteri" Siapa isteri kau" Mana isteri kau" Isteri sendiri demam pun kau tak ambik peduli!" "Adrianna Mayesa tu isteri aku!" Farriel menuding jari ke diri sendiri. Ihsan ketawa mengejek.
"Isteri konon! Betul ke Adry tu isteri kau" Habis tu, kenapa kau layan dia macam sampah" Bila kau nak, kau datang. Bila kau tak nak, kau buang. Suami apa kau ni"" tempelak Ihsan. Ditujah-tujah dada Farriel.
Farriel menepis kasar jari Ihsan. "Macam mana aku layan dia, itu hal aku. Kau tak usah ambik peduli! Itu bukan urusan kau pun!"
"Ya! Itu urusan aku!" bantah Ihsan. "Sejak bila""
"Sejak aku mula kenal cinta. Sejak aku mula jatuh cinta pada Adrianna Mayesa Ismail al- Hussein!"
Farriel terpempan mendengar pengakuan Ihsan. Kini dia tidak perlu berteka-teki lagi. Ihsan dengan rela hati sudah mengakui rasa hatinya. "Ad isteri aku& ."
"Ya! Aku tau. Aku akan tunggu sampai kau lepaskan dia!" "Aku takkan lepaskan dia!"
"Kau dah ada Marina. Dia tukan buah hati kau! Now she s back. Go and marry her. Jangan seksa Adry semata-mata kerana ego kau. Dia manusia macam kau, macam aku. Dia juga ada perasaan! Lepaskan Adry!"
Farriel geleng kepala beberapa kali. Tidak percaya dengan permintaan yang dibuat oleh Ihsan. Melepaskan Ad" Sesuatu yang tak pernah terlintas di fikirannya.
"Jangan ganggu Ad lagi. Kalau sekali lagi aku nampak kau buat tak senonoh dengan dia, aku tak tau apa yang aku akan buat pada kau! So, help me God!"
Farriel bergegas keluar dari bilik itu.
PINTU bilik Ad dibuka oleh Farriel perlahan-lahan. Ad yang sedang nyenyak tidur diperhatikan dari dekat. Nafas Ad teratur menandakan tidurnya lena. Wajah tenang Ad direnungnya lagi. Mukanya pucat berbanding biasa.
"Lepaskan Adry!"
Dia teringat semula kata-kata Ihsan siang tadi. Hatinya berbolak-balik. Separuh hati mengejek perbuatan diri; mencintai dan melamar Marina tetapi tetap mahu Ad di sisi. Separuh hati lagi menyokong perbuatannya itu atas dasar putik cinta yang baru bercambah. Dia mula keliru.
Dia tidak mahu menjadi manusia kejam dan mementingkan diri. Ad sudah ada pilihan hati, mengapa perlu disekat kebahagiaannya" Perjanjian yang dibuat sebelum ini juga ada menyebut bahawa kontrak perkahwinan mereka akan terbatal sekiranya salah seorang sudah memiliki kekasih dan ingin komitmen yang lebih serius bersama pasangan. Aku ingin engkau selalu ada& .
Aku ingin engkau aku kenang&
Melepaskan Ad& serasanya itu sesuatu yang mustahil untuk dilakukan pada ketika ini. Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan Ku kan selalu memujamu&
Farriel meletakkan tapak tangan di dahi Ad. Cuba menganggarkan suhu badan Ad. Seketika kemudian dia menganggukkan kepala. Berpuas hati dengan suhu badan Ad yang normal. Meski ku tak tahu lagi
Engkau ada di mana Dengarkan aku& Ku merindukanmu&
Ubun-ubun Ad diusap perlahan. Rasa hangat itu menjalar di segenap tubuhnya. Ada satu perasaan halus menusuk terus ke hati dan jantungnya. Perasaan yang hanya dapat dirasai bila bersama dengan Adrianna Mayesa& .
Ubun-ubun terasa diusap. Siapa" Kepala masih sekilo rasa beratnya, tidak kuhiraukan. Mata kubuka perlahan-lahan. Dalam samar cahaya, aku terlihat Farriel. Mimpikah aku" "Iz& Izumi""
"Syyy& sorry buat kau terjaga. Just checking on you. Tidur la balik," bisiknya perlahan. Selimut ditarik hingga ke paras dada Adry.
"Iz& " panggilku lagi, masih keliru antara mimpi dan realiti. "I m here& tidur, okey""
Mata kupejamkan semula. Jari-jemari Farriel tetap di situ. Membelai dan mengelus-ngelus rambutku. Rasa mengantuk kembali bertamu. Sebelum aku lena dibuai mimpi, dahiku terasa dikucup.
Aku harap sangat ini bukan mimpi. Jika mimpi, aku mahu terus tidur. Tolong jangan kejutkan aku kerana aku ingin terus bermimpi. Aku ingin terus dimanjai, disayangi dan dicintai oleh seorang lelaki bernama Tengku Farriel Izumi& rasa dimanja, disayangi dan dicintai oleh seorang lelaki bergelar suami.
Sungguh& aku tidak mahu keluar dan rasa indah ini.
14 "MAKAN!" "Tak nak!" "Makan!" "Tak nak!"
"Makan! Makan! Makan!" "Tak nak! Tak nak! Tak nak!"
Farriel yang duduk di birai katil buat muka give-up. Dengan muka masam, mangkuk bubur diletakkan kembali di atas meja di tepi katilku.
"Sakit-sakit pun keras kepala!" Farriel merengus.
Aku pandang Farriel dengan rasa sebal. Entah apa mimpi mamat ni malam tadi. Tiba-tiba aje mencemar duli masuk bilik aku pepagi buta menghantar breakfast. Tadi dah dipaksanya aku telan Panadol. Puas bertekak, last-last, dia suruh aku makan Panadol Soluble yang dah larut dalam air aje. Nasib& uh! I hate pills!
Masa demam kat rumah papa Farriel hari tu, nenda yang in charge bagi aku makan ubat. Dek kerana hormat dan segan, terpaksa la aku makan. Kalau orang lain, memang aku bagi sejuta alasan untuk tak telan pil putih tu.
"Bubur yang kau buat tak sedap. Tawar!" komenku.
Muncung di mulut automatik ke depan. Kenapa tiba-tiba macam nak manja-manja dengan Si Farriel ni" Spastic" Ke kepala aku ni dah mereng sebab demam"
"Okey aje aku rasa tadi! Lidah kau cacat kut! Tak pun deria rasa kau dah mati!" perli Farriel. Dia yang dah lengkap berpakaian sut ke pejabat, melipat lengan baju hingga ke paras siku. Bibirku tersungging ke atas. Lidah sendiri cacat, kutuk lidah orang pulak!
"Lagipun, mana ada orang sakit dapat makan sedap-sedap. Cuba tengok kat hospital tu, tawar aje makanan yang disediakan. Bla bla bla.& "
Membebel pulak dia ni! "Kut ye aku sakit pun, tak payah la masak bubur yang 20% lagi nak jadi nasi tu! Kata pandai masak. Pengakap konon& hampeh! Aku agak, budak-budak yang makan mesti sak& "
Kata-kataku mati di situ bila Farriel letak jari telunjuknya di bibirku. Mata kami bertentangan. Tajam renungannya. Dia marah aku kutuk dia ke"
Dan jantungku rasa macam nak terjun ke perut bila Farriel mula merapatkan jarak tubuh kami. Perfume yang dipakainya menusuk ke hidung. Entah kenapa, berdebar-debar pulak rasa jantung. Kalau dulu, aku cukup benci dengan bau minyak wanginya yang aku tak tahu apa jenamanya tu. Tapi sekarang, hidung aku dah mula dapat terima kehadiran bau itu. Baunya yang agak kuat tapi mengasyikkan dan penuh kelakian. Errr& over sangat ke cara aku describe bau minyak wangi tu" Pokoknya, minyak wangi ni memang sesuai dengan si pemakainya. Keras tapi sebenarnya lembut. Apa aku melalut ni"!
Zup! Mulutku disumbat dengan sesuatu. Terkejut aku. Termometer!
Farriel hulur senyum segaris. Matanya berkata padan muka! . Lepas beberapa saat, alat penyukat suhu itu dikeluarkan dari mulutku. Bacaan suhu diambil.
"Hmmm& 37.8 darjah Celcius. Memandangkan kau masih dalam kategori tak sihat, maka aku takkan ambik hati dengan kata-kata kau tadi. Aku akan anggap macam angin lalu aje!"
Uweks! Aku dah rasa terlebih dari sihat dah ni. Nak ajak main kejar-kejar polis-pencuri pun boleh!
Farriel bangun. Lengan baju diperbetulkan. Briefcase di tepi katilku diambil. Sudah bersedia untuk ke pejabat. Setapak dua dia melangkah ke pintu bilik, dia berhenti. Menoleh ke arahku. "Ad, kau tak suka makan ubat, kau tak suka makan masakan aku. So, next time, try not to get sick again, okay!"
Mendatar aje tone suaranya. Farriel melangkah keluar. Beberapa minit kemudian, aku terdengar kereta Fariel menderu pergi. "Try not to get sick again."
Bukan aku yang saja-saja nak jatuh sakit. Lagipun, aku jatuh sakit sebab kau! Selimut kutarik sehingga menutupi keseluruhan tubuh. Tidur lagi baik!
"AMBOI! Adry& sejak jadi mahasiswa ni, akak nampak kau bertambah-tambah cantik. Dah pandai bergaya. Buang dah kasut sports. Jeans, t-shirt hilang dah. Tudung pun ikut fesyen sekarang& " kata Kak Timah.
Ibu anak tiga ni memang suka mengusik aku. Marah aku pun rajin juga. Tapi aku berhutang budi dengan Kak Timah. Kalau dia tak rekomenkan aku, memang aku tak dapat kerja kat butik Puan Karen ni. Malah dia siap offer diri bagi tunjuk ajar kat aku selok-belok kerja kat sini.
"Betul la! Untung kau dapat kahwin dengan orang kaya. Tak sangka, diam-diam kau bercinta dengan anak tengku! Pandai kau simpan rahsia, ek"" Si Chot pulak mencelah.
Imah, Nini, Sabariah yang mulut penuh dengan makanan, setia jadi burung belatuk. Mengangguk aje dengan apa yang dikatakan dek Kak Timah dan Chot.
Sengaja aku pilih untuk datang masa lunch break. Tak adalah dijeling dek Puan Karen. Bebas sikit nak borak dengan diorang sambil dan menyerahkan kad jemputan ke majlis resepsi perkahwinanku di hotel.
"Tak adalah. Saya masih Adry yang dulu. Ni semua, harta dunia aje. Bila-bila boleh kena tarik dengan Allah," balasku dengan rasa rendah diri.
Ad Iz Karya Eury Athena di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
Pakaian dan barang-barang yang aku pakai semuanya Farriel yang sponsor. Baju-baju dan barang yang aku ada, semua dah masuk muzium . Tak sesuai dipakai, tak kena dengan gaya hidup watak yang aku lakonkan, kata Farriel. Aku turutkan aje walaupun hati sedikit memberontak.
"Laki kau tak datang sekali ke"" Imah buka mulut.
"Yelah& laki kau tak datang sekali ke" Aku teringin juga nak tengok muka laki kau tu!" Nini pulak menyampuk. Peha ayam digigitnya rakus.
Yang lain-lain pun nampak khusyuk aje menghadap ketulan ayam. Lapar benar agaknya. Bila nampak aku bawa satu bucket ayam KFC tadi, melompat menjerit diorang kesukaan.
"Dia sibuk. Kalau tunggu dia, entah bila la saya dapat lepas datang ke sini," jawabku perlahan. Sibuk" Entah-entah sibuk dengan Marina dia tu.
Sabarina siku Nini. "Apa la kau ni, Nini" Laki Si Adry nikan businessman. Setiap saat tu duit, kau tau tak" Dia bukan macam kita. Ada masa lepak-lepak macam ni," selarnya.
"Yelah, yelah.& "
"Sudah! Depan rezeki tak baik bergaduh. Lari rezeki nanti!" Teguran Kak Timah meleraikan perang mulut mereka.
Aku tersenyum. Rindu dengan suasana sebegini. Bergaduh, bergurau, berbual-bual kosong& . "Oh, ya Adry& !"
Pandangan aku lempar pada Chot yang bersuara. "Hari tu, adik kau Si Zalika datang sini. Cari kau," adu Chot. "Ye ke""
Terkejut aku mendengar kata-kata Chot. Serasanya, aku tak pernah bagi alamat butik ni pada sesiapa di kalangan keluargaku. Takut diorang buat kacau.
"Aku cakap la kau dah berhenti kerja. Terkejut siamang dia. Dia minta aku nombor telefon atau alamat rumah kau. Malas aku nak bagi!" sambung Chot lagi.
"Kenapa"" "Kau tau aje la mulut adik tiri kau tu. Pedih aje telinga aku dengar. Kalau adik aku, dah lama aku sental mulut dia dengan cili api. Tak tahu langsung nak hormat orang. Geram aku!" Chot mengetap gigi, kemarahan.
"Elok la kau tak bagi tu, Chot! Lain kali, kalau dia datang sini lagi cari Adry, katakan aje kau tak tau macam mana nak contact Si Adry ni! Tu tak ada kerja lain nak menyusahkan Adry la tu! Meluat betul aku dengan perangai keluarga tiri kau tu, Adry," luah Kak Timah.
Aku diam. Tak menyokong, tak juga membantah kata-kata Kak Timah. Memang ada kebenarannya. Sampai bila aku nak sara keluarga tiri aku tu"
Zalika, Bakhtiar& dua-dua dah besar. Dah tak minat nak belajar. So, boleh la cari duit sendiri, sara mak bapak. Takkan nak harap aku tanggung makan minum diorang lagi.
Mak Cik Midah pun satu. Apa yang anak-anak dia buat, semuanya nampak betul aje kat mata. Cuba aku. Semuanya salah.
Hai& kenapa la agaknya Zalika cari aku" Pak Cik Bakar main judi lagi ke" Kali ni dengan Ah Long mana pulak dia pinjam duit" Baru bulan lepas aku settle kan hutang Pak Cik Bakar.
"Helo! Ada orang tak""
Jeritan datang dari ruang depan butik membuatkan kami terdiam. Imah tampar bahu Chot.
"Kau tak letak tanda rehat ke kat pintu depan"" soalnya marah. "Letak la!" balas Chot.
"Habis tu, pompuan tu main redah masuk aje apesal" Tak tau ke kita tengah break!" rungut Imah.
"Tu dah confirm-confirm jenis tak reti membaca! Nak makan pun tak senang. Halau karang, macam tolak rezeki pulak. Ei!" bebel Sabarina. Nak tak nak, dibawanya tangan ke sinki.
Imah dan Nini yang dah selesai makan turut ke sinki, membasuh tangan sebelum ke depan. Melayani tetamu yang tak diundang itu.
"I nak tengok fesyen baju pengantin yang the latest yang butik you ni ada! Berapa pun harganya, I don t care!" perintah pelanggan wanita itu jelas kedengaran sehingga ke bilik pantri.
Memang jenis pelanggan yang aku tak suka!
"Dah la tu! Dah lima butik kita masuk. I letih la. Lapar! You tak lapar ke" Kenyang makan baju-baju ni semua""
Kedengaran suara pasangannya pula.
"Farriel sayang& I nak kelihatan cantik masa majlis perkahwinan kita nanti. So, I perlu cari baju yang paling cantik dan sesuai untuk I dari sekarang. Kalau tak ada, I nak cari kat US pulak," kata pompuan tu.
"Suka hati you la!"
Farriel" Farriel Izumi ke" Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, kepala aku jengukkan ke ruang depan, di ruang pameran. Kelihatan seorang pompuan sedang mengacukan pakaian pengantin ke badannya. Di sisinya, kelihatan seorang lelaki yang aku memang hafal susuk tubuhnya walaupun ketika itu dia membelakangkanku. Farriel dan Marina& diorang... diorang nak kahwin dalam masa terdekat ni ke" Tubir mata terasa basah serta-merta.
"Adry." Bahuku ditepuk perlahan. Aku berpaling. Muka Kak Timah yang blur aku pandang kosong. "Kenapa ni" soalnya. Pelik.
"Saya minta diri dulu, kak!"
Tas tangan aku ambil. Kak Timah dan Chot pantas aku salami. Tak sanggup rasanya untuk terus berada di bawah bumbung yang sama dengan Marina dan Farriel. "Aik, kata nak lepak sini sampai petang"" kata Chot, sedikit keliru.
"Aaa& lain kali la. Saya baru teringat yang saya ada kerja sikit nak dibuat. Pintu belakang tak kunci kan, kak""
"Tak!" Jawab Kak Timah dengan dua kening hampir bertaut.
Dan aku terus keluar dari butik itu. Berjalan menyusuri satu per satu bangunan kedai yang ada di situ. Berjalan dan terus berjalan walaupun hujan rintik-rintik sudah bertukar menjadi semakin lebat. Aku sendiri tak tahu nak ke mana. Tapi aku tahu aku perlu berada jauh dari butik Puan Karen kerana di situ, aku terasa seolah-olah tubuhku lemah tak bermaya. Seperti seluruh kudrat tenagaku sudah disedut keluar. Esoknya, badan aku terasa seram sejuk dan pitam kat kampus.
MARINA setia menanti panggilannya disambut oleh orang di hujung talian. "Helo!"
"Helo! Auntie Mary! Marina ni!" sapanya girang. Lamaran Farriel benar-benar membuatkan harinya ceria kebelakangan ini.
"Ooo& Marina! So, how are you" How s Malaysia" Good"" Suara Auntie Mary begitu jelas di telinga Marina walhal dia berada di US.
"I m fine. Malaysia still peace and beautiful as usual. Auntie, I ve got good news for you!" jerit Marina girang. Marina rapat dengan Auntie Marynya berbanding dengan adik-beradik arwah ibunya yang lain.
"What" Tell me! Tell me!" pinta Auntie Mary teruja.
"Somebody has proposed me! And I m getting married in a few months!" "Oh my God! Betul ke ni" Dengan siapa""
"Farriel!" "That& Farriel" I thought you re not serious with him since he s fat, na"ve"" soal Auntie Mary lambat-lambat.
"But not now. Dia dah kurus la, auntie... I think I love his style now. More confident and gentleman! Tak la malu nak ke majlis ke mana-mana lagi. Kenapa" Auntie macam tak suka aje"" Marina sudah mula terasa hati dengan reaksi auntienya.
"Auntie bukan tak suka. But we are talking about marrying someone for the rest of your life. Kamu kena pilih betul-betul," nasihat Auntie Mary.
"Wait! Which part make you upset, auntie" Part I am getting married ke part I nak kahwin dengan Farriel"" soal Marina bengang.
"Both!" "Why"" "First, you re not ready for marriage. You hate commitment, remember" Second, Farriel as your future husband" Are you serious"" Auntie Mary tertawa kecil di hujung talian.
"Okey! Sekarang I dah ready nak bagi komitmen pada perkahwinan, auntie. Yeah, I know perkahwinan mama papa tak bahagia tapi itu tak bermakna yang I pun akan gagal dalam perkahwinan, kan" Lagipun, I pilih Farriel. Farriel is the most perfect guy I ever met!" terang Marina bersungguh-sungguh.
"Auntie gembira kalau kamu dah mula berfikiran positif terhadap perkahwinan. But still, I don t think Farriel suits you, darling& ."
"Why not, auntie""
"Coz both of you have a different social life, different principle about life& I don t know! Both of you are just different! Auntie tak rasa kamu boleh adapt dengan Farriel s ways of life, and so does Farriel. Farriel bukan macam Adam, bukan macam Saiful, bukan macam Matt. Mereka tu dah lebih orang putih dari mat salih..." luah Auntie Mary. "Are you saying that you won t& "
"No, Marina! Itu cuma pendapat auntie aje. Apa pun, auntie tetap akan sokong apa sahaja tindakan kamu. Termasuk la tindakan kamu menerima lamaran Farriel!" "Great! I love you so much auntie! So, auntie akan tolong Marina buat preparation"" "Of course, darling!"
"Thank you, auntie! I betul-betul perlukan bantuan auntie. Coz I never have experience& Of course I don t have any experience! This is my first and last wedding!" teriak Marina gembira.
"By the way, Ryan datang sini dua tiga hari lepas. Dia cari kamu!" "Ooo& ."
Mood Marina berubah mendengar nama itu.
"Jumpa la dia. Tak pun, call dia. Rasanya dia ada banyak perkara nak cakap pada kamu."
"But I don t have any! Cakap pasal Ryan buat Marina hilang mood la. Okey la, auntie. Lain kali Marina call lagi. Bye!"
"Bye, darling! Take care& ."
Talian diputuskan. Gagang telefon dicampak ke sofa. Marina membuang pandang ke luar. Melepasi balkoni apartmennya.
Ryan& nama itu kembali segar di ingatannya.
15 SUASANA kafe berdekatan fakultiku havoc seperti selalu. Macam-macam ragam manusia ada. Yang tengah kebulur tahap rakyat Somalia khusyuk menghadap hidangan. Yang tak berapa lapar, akan makan sambil control ayu atau maco; berbual dan sesekali menyudu makanan. Yang langsung tak lapar atau tak berduit pulak sekadar menjadi pemerhati atau peneman kepada sahabat yang tengah mengisi perut. Untung sabut, dapat la makan free, dibelanja dek kawan-kawan atau couple. Untung batu, ambik bau aje la! "Kau dah betul-betul sihat ke ni""
Satu soalan kedengaran, diikuti dengan satu tepukan di lenganku. Lamunan yang melayang entah ke mana, terhenti. Senyuman lemah aku lemparkan pada Erin.
"Okey! Demam biasa aje. Buat apa nak lama-lama"" jawabku. "Kau dengan Farriel" Dah okey ke belum""
Aku mengeluh perlahan. Namun sempat didengar dek Erin.
"Macam tu la. Dia dengan hal dia. Aku dengan hal aku." "Kau dah cakap pasal Ihsan dengan dia""
"Tak sempat. Masing-masing sibuk memanjang. Biar aje la."
Padahal aku dan Farriel masing-masing malas nak bercakap pasal benda-benda tu. Kalau memang betul jodoh kami tak panjang, biar la kami berpisah dengan cara baik. Cara terbaik untuk itu, adalah mengetepikan isu-isu sensitif dari dibincangkan. Dapat berbual macam kawan-kawan pun dah kira okey bagi aku. Jus carrot aku sedut perlahan-lahan.
"Tak boleh la macam tu. Nanti dia fikir bukan-bukan. Dari tak ada, jadi ada pulak. Kan susah!"
Aku merengus. Malas nak sesakkan fikiran. Bila sampai masanya, aku akan fikirkan. Buat masa sekarang, aku nak rehatkan otak dari fikir perkara-perkara yang membebankan fikiran tu.
"Naluri aku kuat mengatakan yang Farriel pun ada hati dengan kau. Korang ni saling suka sama suka. Tapi ego nak berterus terang. Cuba kau cakap perasaan kau pada dia."
"Buat apa" Nak malukan diri sendiri" Lagi berpesta dia bila tau aku dah jatuh dalam perangkap dia."
Leher kupanjangkan. Meninjau-ninjau ke kedai dua dari hujung. Usha sama ada nasi goreng seafood yang aku dan Erin pesan tadi dah siap atau belum.
"Susah! Kau kepala batu. Dia kepala konkrit. Memang padan la korang berdua!"
Aku diam. Malas nak bertekak. Orang cakap memang senang. Aku yang menanggung ni yang rasa susahnya. Bagi aku, Farriel tu susah nak dijangkakan. Kadang-kadang aku rasa macam dia pun ada hati pada aku. Kadang-kadang aku rasa aku cuma bertepuk sebelah tangan. Sudahnya, aku yang keliru!
"Hah! Tu dia dah datang& ."
Pandangan kualihkan ke arah yang sama dengan Erin. Ihsan yang maco melangkah ke arah kami. Berkot warna maroon, kemeja pink, slack hitam, kena pulak dengan cermin mata yang elok terletak di batang hidungnya yang mancung tu.
Kalau ikutkan hati, aku memang tak nak jumpa dengan Ihsan lagi dah. Lebih-lebih lagi lepas tau yang dia ada hati padaku. Tapi, yelah& menyorok la kat mana pun di kampus ni, mesti akan berjaya dijejaki oleh Tengku Ihsan Nur Qayyum ni. Setakat area kat kampus ni, semua dalam kepala dia.
Dan Ihsan seolah-olah sudah menjadi sebahagian daripada warga kampus ni. Ihsan memang peramah. Tak kira lecturer ke, student ke, pekerja kampus ke, asal rajin buka mulut, jadilah mereka berborak. Pendek kata, dia ni memang disukai ramai dan popular la. Buktinya" Dah nak setengah tahun aku belajar kat kampus ni, dah nak sekerat kotak TV 14 inci juga la banyaknya surat peminat Ihsan yang aku terima. Semuanya menyuruh aku mengajukan surat cinta mereka kepada Ihsan. Dan Ihsan dengan mentah-mentahnya juga la akan menolak suratsurat tersebut di hadapanku.
"Kalau yang menghantar surat itu bukan bernama Adrianna Mayesa, saya tak berminat nak membaca apatah lagi nak melayan!"
Itu la ayat yang keluar dari mulutnya. Sikit pun tak disentuhnya surat-surat tu.
Hmmm& langsung berhenti makan anak-anak dara yang ada kat kafe ni. Ternganga mulut masing-masing memandang Ihsan. Berharap Ihsan akan memberi perhatian atau sekadar memandang ke arah mereka. Masing-masing hampa bila melihat Ihsan menarik kerusi di hadapan mejaku, lantas duduk. Cermin mata hitam ditanggalkan. Sepasang matanya tajam merenungku. Seakan ingin melepaskan rindu terhadapku.
Erin bingkas bangun sebaik sahaja dijerit oleh anak tuan kedai makan. Padanya kuhulurkan sejumlah wang dan berpesan agar dia mengambilkan pesananku sekali.
Tinggallah aku dan Ihsan. Dan aku terperasan sesuatu di wajah cerah Ihsan. Sesuatu yang turut dimiliki oleh Farriel. Kesan lebam yang sudah tidak ketara warna kebiruannya. Mungkin sudah mulai sembuh, seiring dengan masa yang berlalu. Kalau dengan Farriel, aku langsung tidak bertanya kerana pada saat itu aku pasti bahawa kesan lebam tu bersangkutpaut dengan kekasihnya, Marina. Tapi bila Ihsan turut ada tanda yang sama, aku mula sangsi dengan andaianku sendiri. "Kenapa tu""
Jari telunjuk kuarahkan ke tepi pipi kanannya. Dekat dengan bibir. Ihsan serta-merta meraba kesan lebam di pipi. "Ooo& ni"" Aku angguk kepala. Ingin tahu.
"Ni& cara dua orang lelaki bermesra . Cara dua orang lelaki menyelesaikan masalah berkenaan pompuan. Dan seharusnya pompuan tu berasa bangga sebab dua orang lelaki sanggup bertarung deminya."
Mata Ihsan menghantar mesej yang aku tak boleh nak tafsirkan.
Dengar jawapan Ihsan yang dalam maksudnya itu, aku jadi malas nak bertanya lagi. Nanti entah apa-apa jawapan pulak yang keluar dari mulutnya. "Awak dari mana ni" Nampak letih aje."
Pantas aku ubah tajuk perbualan. "JB."
"Straight datang sini""
Terkejut aku mendengar jawapannya.
"Haah. Saya kena sampai sini sebelum atau masa makan tengah hari. Kalau tak, tak dapat la jumpa awak. Petang nanti memang tak dapat melawat ke sini. Ada banyak kerja. Awak pun ada kuliah sampai pukul enam, kan""
Aku angguk. Kadang-kadang, aku rasa Ihsan lebih tau dan prihatin mengenai diriku. Jadual kuliahku. Due date assignment. Presentation. Buku-buku yang aku perlukan. Sehinggalah kepada perkara peribadiku. Contohnya tarikh lahirku.
"Mana tau tarikh lahir saya""
"Kan kita mendaftar sama hari tu. Your personal details, kan saya pernah tengok& ."
Mungkinkah benda-benda seperti itu lebih melayakkan Ihsan menjadi suamiku, bukan Farriel" Itukah ukurannya" Bukan hati dan perasaan" Bagaimana dengan rasa cinta" "Tak letih""
"Memang letih. Tapi kalau tak tengok awak sehari, lagi letih rasanya hati dan badan ni. Takpe. Hari ni aje. Ganti tempat Aril."
"Farrielnya mana" First projek dia kan yang kat JB tu""
"Yap! Your hubby tu, saya tak tau la pergi mana. Pagi-pagi lagi dah hilang. Handphone tak aktif. So, saya terpaksa la jadi bidan terjun kejap."
Ke mana Farriel" Pagi-pagi lagi tadi dia dah keluar. Sangkaku dia ke pejabat. "Adry, lama lagi ke saya nak kena tunggu jawapan awak terhadap lamaran saya hari tu"" Aku terkejut mendengar soalannya. Lamaran" "Saya dah jawab pun lamaran awak tu!" "Ye ke" Apa jawapannya"" Ihsan garu kepala.
"Saya tak boleh terima awak. Sama ada Farriel ada atau tak, saya memang tak boleh terima awak lebih dari seorang kawan. Saya tak cintakan awak."
"Hmmm& persistently rejected. Takpe. Just be with me. Tak lama lepas tu, mesti awak jatuh cinta pada saya," pintanya.
Aku geleng kepala. Ingat jatuh cinta ni macam apa" Aku sedar, Ihsan dah banyak berbudi padaku. Memang aku teringin nak membalas budinya itu. Tapi kalau cinta yang diharapnya sebagai pertukaran, memang aku tak berdaya untuk membalas. Maaf Ihsan, soal hati ni memang berada di luar kawalan aku.
"Nasi goreng seafood siap! Makan jom!" ujar Erin sebaik sahaja tiba di meja bersama-sama dua pinggan nasi goreng. Duduk aje, terus dicapainya sudu dan garpu. Tanpa berlengah, sesudu nasi dimasukkan ke dalam mulut.
"Ihsan, awak tak nak makan ke"" "Nope! Thanks. Saya dah makan tadi!"
Tanpa mengendahkan Ihsan yang masih tak jemu-jemu merenung dengan mata mengharapnya, aku suap makanan depan mata. Lantak la kau nak buat apa pun. Aku nak makan. Lapar tahap tenuk dah ni!
NENDA NERRISA menyelak satu per satu helaian album. Terhias di matanya wajah-wajah Farriel dan adik-adiknya sewaktu kecil. Tak ketinggalan, gambar anak-anak dan cucucucunya yang lain.
Tiba pada gambar perkahwinan Adrianna dan Farriel, lama matanya merenung gambar tersebut. Dikeluarkan pula album lama dari raknya. Diselaknya perlahan-lahan. Dan bila matanya jatuh pada wajah kanak-kanak berusia dua belas tahun, dikeluarkan gambar itu. Kemudian diletakkan bersebelahan dengan wajah isteri cucunya. Setitis air matanya jatuh ke pipi. Terasa susut rindunya menatap kedua-dua gambar tersebut.
"Ann& Rianna& ."
Dia mula mengerti mengapa Farriel memilih Adrianna sebagai isteri. Persamaan yang secara kebetulan berlaku. Memang suatu kebetulan yang indah. Dan tiap kali bersama Adrianna, dia tidak mampu menepis bayangan Ann yang terlayar di hadapan mata tuanya. Kemanjaan, tingkah-laku, cara Adrianna melayaninya benar-benar membuatkan dia merasakan bahawa Ann ada di dalam diri Adrianna. Mungkinkah ada sebegitu banyak kebetulan"
RIUH-RENDAH suara aku dan Hana ketika masuk ke rumah dengan menjinjing barangbarang untuk dibuat hantaran. Saudara-mara, jiran-jiran dan sekalian hadirin yang ada di situ tertoleh-toleh ke arah kami. Ops& lupa pulak! Diorang berkampung, menyiapkan manamana yang patut untuk majlis perkahwinan aku minggu depan.
"Nenda!" jeritku sebaik sahaja terpandangkan Nenda Nerrisa yang tengah memantau anakanak buah nya bekerja. Seperti kebiasaannya, aku akan memeluk dan mengucup pipinya, bertalu-talu.
"Rindu sangat dengan nenda!" luahku. Tangan masih berlingkar di tubuh Nenda Nerrisa. Nenda tersenyum sambil menepuk-nepuk tanganku. Tanda dia senang diperlakukan begitu.
Hana cuma tersenyum melihat telatahku dan nenda. Berdehem-dehem dia menyuruh aku melepaskan nenda kesayangannya. Seketika kemudian kami bertiga berbual riang. Bercerita itu dan ini. Bercerita semasa kami berada di shopping complex tadi kepada nenda tersayang. Nenda cuma mengangguk, sesekali ketawa dengan gelagat cucunya.
Tengku Murni Hadirah yang muncul entah dari mana sekadar menjeling. Meluat dengan kehadiran Adrianna di rumah nendanya. Sepupunya pulak macam sengaja memboikot kehadirannya di situ. Sedikit pun tidak mengendahkannya. Dengan hati yang separuh masak dipanggang api cemburu, dia menghampiri mereka bertiga. Muka dimaniskannya.
"Murni! Mari la join! Kami tengah bincang macam mana nak gubah hantaran ni," pelawaku sebaik sahaja menyedari Murni terpacak di sisi sofa yang nenda duduk. Tawa nenda dan Hana terhenti tatkala menyedari kehadiran Murni yang berwajah masam tu.
Aku agak, kalau selori gula ditabur pun, belum tentu dapat meneutralkan kemasaman wajahnya.
"Nenda, bonda ngah panggil kat atas. Katanya nak bincang pasal atur cara majlis," kata Murni tanpa riak.
"Ish, Si Khalidah ni! Aku yang dah tua ni pulak disuruhnya ke atas. Bertuah punya anak!" rungut nenda. Namun dia tetap mencapai tongkatnya dan bangun dari sofa. "Biar Hana pimpin." Hana offer diri.
Mereka berdua mendaki tangga bersama-sama.
Keadaan rumah masih riuh-rendah dengan suara-suara mereka yang hadir bercerita. Tu namanya, sambil menyelam minum air. Tangan jalan, mulut pun sekali jalan.
Aku yang bingung tak tahu nak buat apa dan ditambah pula ketakutan dengan mata Murni bak helang mengintai mangsa yang terus-menerus merenungku, ambil keputusan untuk menjejaki nenda di tingkat atas. Masa aku berselisih dengan Murni, tiba-tiba minah garik diraja ni sengaja buat-buat terlanggar bahuku, sampai aku nak tersembam ke depan. Bahu minah ni besi ke apa"
Dengan bulu mata lentik ala-ala unta, dia memandang ke arahku yang dah tentu-tentu berwajah kelat dan sebal dengan perangai taiko tak bertaraf dia tu.
"Nama aku Tengku Murni Hadirah. Panggil aku Tengku Murni. Kau tau kenapa ada gelaran Tengku kat pangkal nama aku" Sebab ada darah kerabat diraja mengalir dalam badan aku ni. Kau pulak just orang kebanyakan. Tak setaraf langsung dengan aku! Faham"" katanya sinis.
Alahai& berlagaknya! Entah berapa titik darah raja sangat la yang ada dalam badan dia tu. Sebab darah yang tak seberapa titik tu, aku dikatakannya tak setaraf dengan dia" Farriel dari golongan kerabat juga. Tapi dia langsung tak nak orang panggil dia Tengku.
Hana dan yang lain-lain, semua ada gelaran Tengku, tapi selamba badak aje bahasakan diri kau-aku , bro-sis , atau apa-apa kata ganti nama yang tak formal bila berbual dengan aku. Ihsan pun tak kisah satu bulu roma pun dengan tengku kat pangkal namanya. Dia ni aje yang lebih kuah dari sudu!
"Tengku Murni Hadirah Tengku Makmur& ."
Murni buat muka riak bila aku mengalah dengan memanggil namanya berserta gelaran yang dimiliki.
"Sesungguhnya gelaran tersebut hanyalah sekadar membezakan taraf kita di dunia ini. Tapi di sisi Sang Pencipta, kita ni sama aje. Apa pun, patik pacal yang hina ni memang malas nak berbalah tentang pangkat atau gelaran ni. Yelah, siapa la patik nikan& langsung tak setaraf dengan Tengku. Tengok tapak kaki aje pun dah nampak bezanya. Boleh tanya" Dah berapa hari Tengku tak basuh kaki" Busuk la! Naik loya tekak patik !"
Habis aje cakap, cepat-cepat aku tinggalkan Murni& ops! Tengku Murni Hadirah yang muka dah macam udang galah kena bakar. Tak kuasa nak layan! Buang karan, buang tenaga, buang air liur, buang pahala& .
MASUK ni dah lima pasang gaun pengantin aku cuba, pakai dan tayang depan Farriel. Kelima-lima pasang baju ni juga la direject dek Farriel. Tak cantik la, warna nampak dull la, nampak semacam la. Ada aje la komennya. Walhal semua baju tu okey aje pada pandangan aku. Semua cantik. Rasa nak kemot-kemotkan aje mulut dia yang lantang memberi komen ala-ala Adlin, pengkritik AF tu. Dia yang buta fesyen, disalahkan pereka baju pula. Aku ni dah nak angin satu badan gara-gara kena pakai tanggal baju. Nasib baik ini semua atas permintaan nenda dan mama Si Farriel. Kalau tak, memang malas aku nak mengikut mamat ni pilih baju.
Asalnya baju untuk majlis resepsi tu dah ada. Baju kebaya pendek warna hijau pink, satu sut dengan baju Melayu untuk Farriel. Baju tu kami akan pakai masa bersanding nanti.
Tiba-tiba pulak Hana muncul dengan idea bernas; suruh kami pakai baju lain masa acara potong kek. Katanya, cuba la pakai gaun; baju pengantin versi Barat pulak. Yelah, nikah kahwin ni sekali aje seumur hidup. Dah la aku kahwin express, kalau nak melaram maka pulun la habis-habisan masa majlis ni.
Bila cadangan bernas Hana dah disokong penuh oleh nenda dan mama, aku dan Farriel dah tak ada pilihan lain melainkan mengikut kata mereka.
Nak tak nak terpaksa la aku mengikut langkah kaki Farriel ke butik ni. Kalau ikutkan hati aku, memang aku tak teringin pun nak pergi ke mana-mana butik pengantin terutama sekali dengan Farriel.
Teringat kembali saat-saat aku terserempak Farriel bersama Marina. Ei, sakit hati! Memang takde hati perut betul la beruang kutub utara tu! Macam sengaja aje show-off minah blend omputeh tu!
Cincin Berlumur Darah 1 Pendekar Rajawali Sakti 76 Iblis Penggali Kubur Bencana Pedang Asmara 1
Mandarin Cersil Mandarin
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama