Ceritasilat Novel Online

Jiranku Kekasihku 3

Jiranku Kekasihku Karya Mel Mellisa Bagian 3


Ellin berdeham beberapa kali. Ops& I m not suppose to be here. Sorry. Sorry, Faiz. Maybe, I better go. Dia mengangkat kedua-dua tangannya.
Aku ingin menjerit bila lihat Ellin meninggalkan aku dengan Dr. Sharizal. Sempat dia mengenyit mata kepadaku sebelum berlalu. Kini tinggal aku berdua saja dengannya. Dada aku jadi sesak bila berada dekat dengannya. Bau wangian daripada badannya menusuk-nusuk hidungku. Dia masih lagi memegang tanganku.
Err& maafkan saya. Saya& Faiz, kita kahwin"
Hah"! Aku terkejut lantas berpaling ke arahnya. Betul ke apa yang aku dengar ni" Dia ajak aku kahwin" Apa yang aku rasa sekarang" Telinga aku belum pekak lagi untuk mendengar butir bicaranya sebentar tadi.
Apa" Aku inginkan kepastian, sama ada aku tak silap dengar. Dadaku semakin berdebar.
Dia tersenyum dan merenung mataku sedalamnya. Sinar matanya yang redup tapi tajam itu membuatkan aku rimas. Kita kahwin. Will you be my wife"
Sekali lagi dia melafazkan perkataan itu. Ini kali kedua selepas dia menyebut perkataan yang sama ketika melamarku di bawah pokok jambu di kampung. Mata aku terbuntang luas memandangnya. Mulut juga terlopong.
Awak nak kahwin dengan saya" Kita kan baru aje declare" Takkan secepat itu& I love you, ucapnya lagi kepadaku. Aku terpempan.
Saya dah tak boleh tahan-tahan lagi perasaan pada awak. Bila awak terima lamaran saya tempoh hari, hati saya gembira bukan kepalang, sebab itulah yang saya tunggu-tunggu selama ini. Hati saya benar-benar ikhlas cintakan awak, Faiz, dan saya ingin memiliki awak. Percaya ataupun tidak, saya dah mula jatuh cinta dengan awak sejak kali pertama saya nampak awak. I really love you.
Aku terlopong mendengar bait-bait katanya. Hatiku sedikit tercuit dengan. Benarkah" Benarkah dia cintakan aku sampai macam tu sekali" Aku jadi keliru dan bingung. Saya& saya tak&
Trutt& trutt& Alat keluinya berbunyi nyaring tanpa sempat aku membalas kata-katanya. Sorry, I have to go. But, we ll talk about this later. I ll call you. Bye, sayang. Dia menepuk pipiku sebelum pergi.
Aku hanya melopong dan melongo, melihat dia bergegas pergi dan meninggalkan aku di bilik rawatan. Aku terduduk di kerusi. Fikiran berputar-putar mengulangi kata-kata yang dilafazkannya tadi. Bukan aku tidak suka. Siapa yang tidak suka bila diri dilamar oleh orang yang berkedudukan macam Dr. Sharizal" Dahlah handsome, bekerjaya, bijak, baik dan ada darah kerabat diraja.
Kerabat diraja" Itu yang merisaukan aku. Aku risau bila memikirkan hal itu. Hal itulah yang menjebakkan aku sampai aku tertelan ubat migrain overdose. Telinga aku sendiri yang dengar perbualan dia dengan bonda dia walaupun aku tak tahu apa yang bondanya katakan. Aku cuma mencuri dengar saja tadi.
Daripada kata-katanya, aku dapat rasakan, bondanya tak merestui hubungan aku dengan dia. Jadi, harus bagaimana aku hadapinya nanti" Mampukah aku" Aku sendiri pun tidak pasti.
12 ELLIN tak puas mengetawakan aku bila mengingatkan yang aku mimpi berkahwin dengan Dr. Sharizal. Kalau dekat rumah dia, sah dah berguling-guling dia ketawakan aku. Aku hanya memandangnya saja dengan muka geram dan hati yang mendongkol. Nasib baik ini kawasan hospital, kalau tak, memang aku dah kerjakan dah budak bertuah ni.
Sesudah tawanya reda, aku ceritakan tentang Dr. Sharizal kepada Ellin. Apa yang nyata, Ellin tidak terkejut bila aku ceritakan tentang susur galur keturunan Dr. Sharizal. Dia buat muka selamba saja sambil menghirup sirap ais yang dipesannya. Ketika ini, kami sedang berehat dan menjamu selera di kantin hospital.
Aku juga ceritakan yang Dr. Sharizal telah melamar aku semasa di kampung. Cincin berlian yang disarungkan ke jari manisku oleh Dr. Sharizal sendiri juga aku tunjukkan kepada Ellin. Ellin nyata terkejut dan mengucapkan tahniah kepadaku. Tak putus-putus bibirnya tersenyum-senyum.
Memang patutlah dia anak raja sebab dia bagi kau cincin semahal ni. Kau tengok sajalah nama dia. Nama dia saja dah ada Tengku kat depannya. Mestilah dia ada bau-bau bacang dengan mana-mana kerabat raja. Tak pun, dia tu keturunan kerabat Indera Pura macam dalam cerita Sindarela tu" Ellin berseloroh dan ketawa.
Pantas saja tangan aku menampar lengannya. Ada ke situ pula. Nak samakan kes aku dengan cerita Sindarela yang disiarkan setiap Selasa pukul 9.00 malam tu. Main-mainlah budak ni. Aku lepuk juga karang.
Kau ni, aku seriuslah. Aku menjelingnya dan mendengus kasar. Situasi aku dahlah tengah kritikal ni. Boleh pulak dia nak main-main. Isy&
Okeylah& Buat apalah kau nak risau" Kira okeylah tu kau dapat anak raja. Sebenarnya, dia bukanlah anak raja yang akan naik takhta. Bukan kau jadi permaisuri pun kalau kau kahwin dengan dia. Kau cuma jadi permaisuri hati dia saja. Kau nak risau sangat ni kenapa" Calm down. Tak ada benda pun. Selamba saja Ellin membalas. Dia ketawa kecil.
Macam perli aku aje" Malah dengan muka selamba badak dia menyedut lagi airnya yang masih bersisa. Aku tengok Ellin begitu bersahaja. Macam dia kenal sangat dengan Dr. Sharizal. Langsung tak tunjukkan riak terkejut, teruja ke, apa ke. Biasa saja.
Aku bukan risau pasal tu, aku risau pasal famili dia. Kau tau tak, tadi aku curi-curi dengar perbualan dia dengan mak& ops, bonda dia kat lorong nak ke toilet, kata aku kepada Ellin, pada apa sebenarnya yang bermain dalam kotak fikiran aku sekarang. Apa yang kau dengar" Ellin bertanya tidak sabar.
Aku memandangnya lemah dan menghempaskan satu keluhan halus. Dia fight dengan bonda dia pasal aku. Bonda dia tak setuju kami. Bonda dia juga bantah sekeras-kerasnya bila dia kata dia nak kahwin dengan aku.
Ellin membulatkan mata. Aku memandangnya sekilas. Kemudian aku menundukkan sedikit muka, memandang meja.
And one more thing& Bonda dia nak jodohkan dia dengan orang lain. Apa ke nama orang tu& Aku mengerutkan muka. Cuba mengingati nama perempuan yang aku dengar tadi. Aku memetik jari-jemariku.
Tengku Shireen& eh bukan, Sha& Shalin& Sharina" Eh& apa ya" Sha& Tengku Shareen" Ellin pantas menyambung dengan mata yang terbeliak. Yes, correct& Tengku Shareen. Bonda dia nak jodohkan dia dengan Tengku Shareen. Agaknya keturunan raja juga. Bonda dia nak cari yang sama taraf dengan dia. Eh, macam mana kau tau nama dia Tengku Shareen"
Tiba-tiba aku berasa pelik bila Ellin dapat meneka nama Tengku Shareen dengan lancar dan betul. Macam dia kenal sangat dengan mereka-mereka ini. Tadi muka dia juga bersahaja dan tak terkejut bila aku beritahu tentang keturunan Dr. Sharizal. Macam ada yang tak kena. Hati aku mula ragu-ragu dan fikirkan yang bukan-bukan.
Aku& aku main teka saja tadi. Raut wajah Ellin sudah bertukar corak. Tadi selamba namun sekarang dah jadi tak tentu arah. Resah semacam dan tak senang duduk.
Lin, kau kenal dia ya" Aku cuba menduga. Mataku galak merenungnya. Aku picingkan sedikit bola mata. Lagi tak tentu arah dia.
Janganlah tenung aku macam tu, Faiz. Betul. Aku main teka aje tadi. Aku tak kenal dia pun, Faiz. Betul. Bersungguh-sungguh Ellin meyakinkan aku. Siap mengangkat tangan kanan lagi, macam orang bersumpah.
Aku ketawa kecil. Yalah, yalah& aku percaya kau.
Ellin kembali tersenyum. Tapi, hati aku tetap mengatakan ada yang tak kena dengan Ellin. Macam dia kenal sangat dengan Tengku Shareen tu.
Lepas tu, apa" Sambung lagi, pinta Ellin. Dah tak sabar-sabar lagi nak tahu cerita yang selanjutnya.
Aku pandang ke sekeliling kantin. Masing-masing sibuk berbual sesama sendiri. Lepas tu, dia kata lagi kat bonda dia, dia nak kahwin dengan aku. Dia cintakan aku. Kau tau, siap kata lagi nak suruh orang lain yang pergi pinangkan aku kalau bonda dia tak mahu pinang aku.
Aku menopang dagu. Ellin meragut tangan aku sampai dagu aku nak terjatuh dari atas meja. Isy&
Wei, dia nak pinang kau, Faiz" Betul ke, Faiz" soal Ellin membeliakkan mata. Bersinar-sinar matanya, penuh keterujaan.
Aku mengangguk, mengiakan. Dan yang lebih klimaks lagi, dia ajak aku kahwin masa kat bilik rawatan tadi.
Hah"! Dia ajak kau kahwin" Ellin separuh menjerit.
Aku menampar lengannya. Geram dengan tindakannya menjerit begitu, menggamit semua penghuni kantin memandang kami.
Hei, slow sikitlah. Kau ni, nanti orang dengar karang malu pulak aku. Ni yang aku malas nak cerita kat kau ni, tegurku perlahan sambil jari telunjuk merintang bibir.
Ellin ni terlebih pulak. Nak menjerit kat tempat macam ni. Dahlah sekarang waktu rehat. Kebanyakan staf turun makan di kantin. Dia nak menjerit pula. Isy& main redah aje minah ni. Ellin ketawa sambil menutup mulut, tapi masih mengeluarkan bunyi lagi. Sorry& sorry& Aku excited sebenarnya ni. Ya Allah, Faiz& Dia ajak kau kahwin" Kau terima tak" Ellin bertanya. Keterujaannya mencapai tahap maksimum. Mata galaknya dipanahkan terus ke anak mataku, ingin jawapan daripadaku tentang soalannya.
Aku tak tau nak kata apa. Aku sebenarnya keliru tau, Lin. Bengong, pening, kacau, semua bercampur baur tau. Kau fikir sendirilah. Aku baru aje terima dia beberapa hari lepas, tapi sekarang, dia terus nak ajak aku kahwin. Tak ke semua ni kerja gila" kataku mengerutkan dahi sambil menyedut jus oren yang kupesan tadi. Fikiran aku kacau sekarang ini.
Ellin memegang pipinya dengan mata terbuntang luas dan mulut terlopong. Sebiji macam kartun Sakura Cardcaptor aku tengok. Kemudian, dia ketawa mengekek. Sekali lagi aku mengerutkan dahi. Apa yang melucukan dia agaknya.
Kerja gila apanya" Hei, Faiz, orang kalau dah suka, bukan kira itu semua. Lama ke sekejap ke, hati kalau dah suka, semua boleh jadi tau. Bak kata pepatah, cinta itu buta. Baguslah dia ajak kau kahwin. Bukan senang tau orang lelaki macam boyfriend kau tu nak ajak perempuan kahwin dengan dia. Isy, kalau akulah, tanpa membuang masa aku terus terima aje. Dah orang nak kahwin dengan kita kan, terima ajelah. Panjang lebar hujahan Ellin. Sesudah itu, dia tersenyum meleret kepadaku.
Aku mengeluh. Isy, budak ni. Kau ni, ingat benda nikah kahwin ni macam main kahwinkahwin ke masa kecil dulu" Banyak perkara tau nak difikirkan.
Ellin ketawa kecil. Dia menutup mulutnya. Yalah& aku tau, tapi apa lagi yang kau nak fikir" Apa, Dr. Sharizal tu tak cukup sempurna ke untuk kau jadikan suami" Dahlah handsome, bergaya, berkarisma, bekerjaya, bijak, kaya& plus orang berkedudukan lagi& Ha, maco& Ha, tu semua ciri-ciri yang kau nak, kan" Dah macam ciri-ciri angkasawan negara dah. Nasib baik dia bukan angkasawan. Kalau tak, aku dah tackle dia dulu tau.
Ellin membalas dengan menyenaraikan semua ciri-ciri lelaki idaman aku. Semuanya betul kecuali yang kaya tu. Aku tak mencari lelaki kaya. Pandai-pandai aje masukkan dalam senarai lelaki idaman aku. Huh&
Yalah, sekurang-kurangnya bagilah aku masa untuk kenal dia dengan lebih mendalam. Dalam setahun ke. Kan kami baru aje kenal. Tak sampai tiga bulan pun. Tu pun terlalu cepat aku terima dia sebagai pasangan aku. Sekarang ni, alih-alih terus nak ajak aku kahwin. Mendadak macam tu aje. Macam desperate sangat. Aku peninglah, Lin. Aku mengeluh kasar. Memang sekarang aku tengah pening. Pening tahap gaban! Kepala aku sudah memberat menanggung beban itu.
Aku rasa kau patut slow talk dengan dia. Bincangkan pasal hal ni. Aku pasti, dia faham punya kalau kau terangkan kat dia. Tapi, satu aje aku nak tanya kau, kau cintakan dia tak" Pertanyaan Ellin membuatkan aku tersentap. Cintakah aku kepadanya"
I do love him& Tapi, belum sepenuh hati lagi. Dia langsung tak bagi aku ruang nak nilai cinta aku pada dia, Lin. Tau-tau terus nak ajak kahwin. Macam& macam tak masuk akal kau tau tak, balasku perlahan. Bingung. Aku mengurut tengkuk yang sengal sikit.
Ellin membuat mimik muka dan tersenyum sinis. Nah& apa lagi yang kau nak" Kau cintakan dia, dia juga cintakan kau. Faiz, cinta tu boleh dipupuk selepas kahwin. Kata orangorang tua, cinta selepas kahwin lebih bahagia dan berkekalan daripada cinta sebelum kahwin. Okey, pasal orang tua dia tu, kau jangan risau. Aku akan settle downkan. Apa yang pasti sekarang, kau kena fikirkan tentang diri kau dan dia.
Aku hanya diam mendengar kata-kata yang diucapkan Ellin. Aku memang patut slow talk dengan dia. Bincang elok-elok. Perkara ini bukan main-main-main. Eh, Ellin kata apa tadi" Dia nak settle down dengan bonda Dr. Sharizal" Apa maksudnya" Dia kenal ke dengan keluarga Dr. Sharizal" Dah dua kali dah ni. Tadi pasal perempuan bernama Tengku Shareen, sekarang pasal bonda dia pulak. Musykillah. Aku mula mengesyaki sesuatu.
Lin, kau cakap kau nak settle down dengan bonda dia" Kau kenal ke dengan keluarga dia" soal aku penuh kemusykilan. Apa maksud dia" Dia kenal ke dengan keluarga Dr. Sharizal" Mereka ni berkait rapatkah"
Eh, dahlah. Jom, dah dekat pukul 2.00 dah ni. Aku pun belum sempat solat. Aku pergi solat dulu ya. Ellin bangun daripada duduknya dan bergegas meninggalkan aku sendirian, dengan pertanyaanku yang tidak dijawab. Langkahnya ke surau.
Semakin pelik aku dengan Ellin. Muka dia tiba-tiba berubah bila aku ajukan pertanyaan itu. Ada sesuatukah yang dia sembunyikan daripada aku"
AKU duduk berkurung di dalam bilik, berbaring di atas katil, memandang ke siling. Hati aku diburu resah tentang peristiwa petang tadi. Mengiring ke kiri salah, ke kanan salah. Terlentang lagilah salah! Aku bangkit dan menggaru kepala laju-laju. Isy! Bikin pusing kepala saja aku fikirkan tentang hal itu. Macam mana aku nak cakap dengan dia ek" Aku ni dahlah tak pandai nak berkata-kata. Aduh&
Aku kusutkan rambut dengan tangan dan berbaring semula sambil memeluk bantal peluk. Berfikir. Bila diingatkan kelakar pula bila sampai mimpi berkahwin dengan dia. Yang paling kelakar, dalam mimpi tu aku dah mengandungkan anak dia. Huih& macam manalah aku boleh mimpi sampai macam tu" Pula tu, ada pula mak mertua aku dalam mimpi tu.
Bila aku ingatkan wajah dia, rasa seram pula. Bengis! Macam tu ke rupa sebenar ibu dia sedangkan aku tak pernah bersua muka dengan dia pun" Ini mesti kes terlalu fikirkan perbualan dia dengan ibunya yang aku curi-curi dengar petang tadi.
Aku mengiringkan badan ke kiri. Otakku ligat memikirkan lamarannya yang buat kali kedua. Patut ke aku terima" Sudah bersediakah aku ke arah itu" Tak tergesa-gesakah" Aku ni, betul-betul ke cintakan dia dan adakah dia pilihan yang tepat untuk aku"
Bermacam-macam persoalan yang timbul dalam benak aku sekarang. Hati aku berkecamuk. Aku mengaku, aku memang suka kepada dia sejak mula jumpa dia. Dia adalah lelaki yang paling sempurna dan paling kacak yang pernah aku jumpa. Aku tertawan dengan keperibadiannya yang berketerampilan dan berkeyakinan. Aku juga terpesona dengan rupa wajahnya yang sempurna sebagai seorang lelaki. Paling aku tangkap cintan adalah lesung pipitnya yang mahal itu, yang membuatkan aku kadangkala tersenyum sendirian bila teringat. Lirikan matanya yang kadangkala sukar ditafsir. Senyumannya yang menawan, buat jantung aku sentiasa berdegup kencang.
Tapi, waktu itu, aku tidak merasai apa-apa perasaan pun hadir dalam diri aku sehinggalah dia melamar aku dan menyarungkan cincin berlian di jari manis aku di kampung, bersaksikan pokok jambu dan kaum keluarga aku. Waktu itu, secara tiba-tiba, satu jenis perasaan yang sebenarnya telah lama terpahat ke dalam dasar hati aku timbul. Adakah itu perasaan cinta"
Aku mengeluh. Sekarang ini, dia mengajak aku ke gerbang perkahwinan. Mahu terima ataupun tidak" Mahu tangguh" Mahu teruskan" Patut tak aku beritahu emak" Isy& nanti apa pula kata emak. Aduh& Aku mengusutkan lagi rambut yang sedia kusut.
Telefon aku berbunyi nyaring. Ah, ganggu sajalah! Orang tengah berfikir ni. Aku menyambar telefon bimbit di atas meja tepi katil. Jariku terus menekan punat hijau tanpa melihat nama pada skrin terlebih dahulu.
Helo, sapa aku malas. Hai& lemah aje suara"
Aku membuka mata yang tadinya separuh terbuka. Lah& cik abang aku rupanya. Hati aku tiba-tiba berbunga riang apabila mendapat panggilan daripadanya.
Oh& awak. Hmm, tak ada apa-apa. Saya cuma baring-baring. Ada apa" soal aku seraya bangkit dari katil dan menuju ke beranda luar. Pandangan aku halakan ke jalan raya.
Eh, nak telefon buah hati sendiri pun tak boleh" Dia ketawa kecil di hujung talian. Aku tersenyum mendengar kata-katanya.
Tak adalah. Awak kan selalu sibuk. Mana ada masa nak call kan& Aku cuba memerlinya, seakan merajuk. Dia ketawa lagi.
Isy, sesibuk mana pun, saya akan call awak. Walaupun kita dah jumpa hari-hari, berjiran pulak tu, saya tetap rindukan awak. Rindukan suara awak.
Terukir senyuman kecil pada bibir aku bila mendengar kata-katanya. Terasa sejuk pula
hati. Faiz& Ya" Dah fikirkan tentang hal petang tadi"
Hal apa" Aku berpura-pura bertanya. Dalam hati, hanya Tuhan yang tahu gelojak perasaan aku bila dia tanyakan soalan itu.
Pasal kita nak kahwin. Gulp! Aku menelan liur.
Err& saya belum fikirkan, wak. Tengah fikir ni, jawab aku sedikit gugup. Aku mengurut dada yang terasa sedikit sesak.
Kenapa" Awak tak sudi&
Bukan! Bukan macam tu! Aku pantas memintas. Lantang sekali suara aku. Aku sendiri terkejut dengar suara sendiri. Lantas, aku segera meminta maaf kepadanya atas kelantangan suara aku tadi.
Habis tu, apa yang awak fikirkan" Dia seakan mendesak aku. Aku memicit dahi dan menggigit bibir.
Banyak perkara yang saya fikirkan, wak. Aku membalas perlahan. Memang banyak yang aku fikirkan. Salah satu daripadanya adalah keluarga dia. Itu yang menjadi faktor utama.
Okay, tell me. Mungkin kita boleh diskus sama-sama. Apa yang merunsingkan awak sekarang"
Aku diam. Otak ligat berfikir, cara menyusun ayat yang betul untuk diluahkan kepadanya. Macam mana aku nak cakap ni" Aku buntu.
Sayang& are you there"
Ya& Sorry. Kenapa ni" Macam susah aje nak cakap" Kalau ada masalah, kita boleh bincang samasama. Lembut suaranya di pendengaranku. Aku serba salah untuk berkata-kata. Mulut ini mahu saja bertanya perihal bondanya yang seakan tidak setuju dengan perhubungan kami. Aku menarik nafas kemudian menghembusnya perlahan. Awak tak rasa ke kita terlalu tergesa-gesa ke arah itu"
Sudah& lain yang nak ditanya, lain pula yang keluar dari mulut aku. Tapi, tak apa juga. Sebenarnya, perkara itu pun aku sedang fikirkan tadi. Kedengaran dia mengeluh halus.
Oh& itu yang merunsingkan hati awak. Okey, saya mengaku memang agak tergesagesa. But this is because I love you so much! Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata betapa saya sayang dan cintakan awak. Saya sayangkan awak lebih daripada saya sayangkan nyawa sendiri. Cinta saya pada awak ibarat lautan luas yang tiada sempadannya. Tapi& saya hormati apa-apa keputusan awak, sayang. Saya takkan paksa awak. You are everything to me. Saya ikut saja walau apa pun keputusan awak.
Aku diam mendengar kata-katanya. Terasa sayu pula di hati bila dia meluahkan isi hatinya kepada aku. Dalam keadaan begini, hati aku dalam dilema. Ditelan mati bapa, diluah mati emak. Begitulah keadaan aku sekarang. Bila dia kata macam tu, aku rasa serba salah pula. Aku pun sayang dia juga tapi& eii, entahlah!
I love you too. Tanpa sedar, aku luahkan perkataan keramat itu kepadanya. Cakap lagi sekali" pintanya.
I said, I love you. Aku membalasnya selamba. Ikhlaskah aku" Ya, aku memang ikhlas ucapkannya sebab ia lahir daripada hati aku sendiri.
Again" I can t hear it, honey" What did you say" ulangnya lagi.
Ai& pekak ke cik abang aku ni" Dah dua kali aku cakap benda yang sama. Dah tak korek telinga ke" Aku ketawa kecil.
I love you, honey. I love you. Got it" bisikku perlahan, penuh perasaan. Kedengaran dia ketawa riang.
So, can you call me, abang" Aku ketawa. Tak habis-habis nak dera aku suruh aku panggil dia macam tu. Kenapa entah. Aduh& ni yang aku lemah ni. Aku menggaru-garu kepala.
Kenapa asyik nak paksa saya panggil macam tu" Aku pura-pura marah. Dia ketawa panjang
Kena praktis dulu sebelum kita kahwin. Nanti, kalau dah kahwin, tak rasa janggal lagi nak panggil macam tu. Boleh tak" Dia masih menunggu jawapan daripadaku.
Betul juga cakap dia. Nanti lidah aku tak liat nak panggil macam tu. Hai, macammacamlah dia ni. Dahlah otak aku tengah sarat fikir macam-macam dan sekarang, nak paksa aku buat macam-macam pula.
I m waiting. Dia menyambung. Senyuman terukir di bibirku.
Abang& Lama baru aku ungkapkan. Malu sebenarnya. Nasib baik dia tak ada di depan aku sekarang.
Tak dengar. Cakap kuat sikit. Sekali lagi&
Ah& tak dengar ke, pura-pura tak dengar" Sengaja nak kenakan aku ni. Memang terlebih tau. Dah sah-sah telinga tak korek atau telinga dia ada masalah.
Ya, abang. Abang& abang& abang& Puas hati, abang" Aku mengatakannya berulang kali. Kalau tak dengar juga, sah telinga tak korek setahun! Kedengaran dia ketawa kecil di hujung talian.
Ya& macam tulah. Riang sikit hati abang ni.
Aku mencebikkan bibir. Mengada! Jotos baru tahu. Abang& Hmm&
Saya& err& Faiz nak tanya sesuatu boleh tak" Apa dia"
Boleh tak, kalau kita bertunang dulu sebelum kita melangkah ke gerbang perkahwinan" Faiz rasa macam tak sedap hati pulak bila kita terus kahwin. Sekurang-kurangnya, bagi ruang sikit untuk kita mengenali hati budi masing-masing, macam mana" Aku meluahkan satu lagi perkara yang merunsingkan aku. Sambil itu, mataku memandang kipas yang ligat berputar yang sedia tergantung di siling.
Hmm& kita bukan dah bertunang ke sekarang"
Aku ketawa tiba-tiba. Mesti dia nak perli aku ni. Aku yang reka sendiri pasal pertunangan ini bagi melepaskan diri daripada Hakimi. Kedengaran dia juga ketawa kecil.
Itu bertunang olok-olok. Sekarang ni kita cakap pasal pertunangan yang betul. Apa kata abang" Nampaknya dia diam sekejap. Mungkin tengah berfikir. Aku hanya menantikan jawapannya.
Hmm& okey. Abang tak kisah.
Lega hati aku mendengarnya. Sekurang-kurangnya terlepas sikit beban di kepala aku ini. Tapi, jangan lama-lama. Nanti, Faiz lari pulak.
Nak lari ke mana" Kalau lari pun tak ke mana. Paling-paling balik kampung. Ada-ada saja abang ni. Geli hati aku mendengarnya. Aku menggelengkan kepala berulang kali. Abang takut kehilangan Faiz. Faiz tau kan macam mana abang sayangkan Faiz" Yeah& I know. I love you too. Mudah saja kata itu meluncur dari mulut aku. Abang&
Timbul pula di benak untuk bertanya perihal keluarganya. Terutama sekali bonda dia. Selagi aku tak bertanya, hati aku tak sedap. Berbelah bahagi pula hati aku. Takut dia tersinggung. Aku menghempaskan keluhan. Nak tanya ke tidak" Nak tanya ke tidak" Aku berkira-kira dalam hati.
Ya, sayang" Faiz nak& Aku menggaru-garu kepala. Aduh& nak tanya ke tidak ni" Faiza, come on! Ya, sayang. Ada apa" Dia mengulangi pertanyaannya.
Faiz nak pergi toilet. Dah lama tahan. Boleh tak" Isy! Kenapalah aku ni! Lain yang aku nak cakap, lain pulak yang keluar! Dah kenapa aku ni" Selalu sangat macam nilah.
Dia ketawa besar di talian. Faiz ni, tak senonohlah. Kenapa tak cakap dari tadi" soalnya sambil ketawa.
Err& terpaksa tahan. Nak dengar kata madah daripada abang tu, balasku separuh memerlinya. Aku mengutuk diri kerana tidak punya kekuatan untuk tanyakan hal sebenar. Faiz& Faiz& Okey, pergi buang cepat. Tak baik tahan-tahan. Nanti jadi penyakit
pulak. Talian dimatikan. Aku menghempaskan keluhan dan menghenyak tubuh di atas tilam, merenung siling lagi.
Isy! Kenapalah kau ni lembap sangat hah, Faiza" Kenapa kau tak boleh nak berterus terang" Kenapa susah sangat kau nak cakap ni" Eii! Aku menampar-nampar mulut sendiri. Geram dengan diri sendiri. Akhirnya, aku melangkah juga ke bilik air. Bukan untuk membuang tapi untuk mandi sekali lagi!
13 HARI ini Shariza sudah dibenarkan keluar. Sempat lagi dia menyinggah di tempat aku. Aku lihat cengkung sungguh wajahnya yang dulunya ceria. Dia kemudiannya bercerita tentang perangai abangnya yang asyik hendak paksa dia makan ubat, paksa dia makan, itulah, inilah. Kadangkala dia sendiri naik rimas dengan abangnya yang terlalu caring, kata Shariza. Aku dan Ellin ketawa mendengar luahan hati Shariza.
Biasalah. Ija kan adik dia. Mestilah dia berikan rawatan yang terbaik. Kan bagus macam tu, kataku dengan sokongan Ellin.
Shariza memuncungkan bibir kemudian senyum sedikit. Matanya menoleh ke arah sekumpulan jururawat pelatih yang baru turun dari tingkat atas, kemudian dihalakan kepada aku semula. Lalu dia menopang dagunya di atas kaunter. Tersenyum. Senyumannya itu saling tak tumpah seperti abangnya. Nampak sangat comel.
Yalah. Nak caring pun janganlah melampau sangat. Ni, Ija nak pergi toilet pun kena panggil nurse. Dia takut kalau Ija pergi sendiri nanti Ija pengsan kat bilik air. Cubalah akak bayangkan, sambung Shariza sambil tergelak. Tergeleng-geleng kepalanya.
Aku dan Ellin hanya tersenyum. Dalam kepala aku berfikir. Mestilah dia beri perhatian kepada adiknya. Kan mereka dua beradik saja. Tak salah kalau diberi perhatian berlebih-lebihan.
Ija, boleh akak tanya sikit" Tiba-tiba terdetik di otak aku untuk bertanya tentang keluarganya. Alang-alang dah jumpa adik dia, apa salahnya. Nak tanya dia sendiri, hmm... alamatnya tak tertanyalah jawabnya. Bukan boleh percaya aku ni.
Apa dia, kak" soalnya memusatkan anak mata tepat ke muka aku. Tangannya memintal-mintal rambutnya yang disisir ke bahu depan.
Err... famili Ija tak datang lawat Ija ke" soal aku perlahan. Teragak-agak. Mana tahu dia tersinggung dengan soalan aku.
Raut wajah Shariza tiba-tiba berubah. Serba salah jadinya aku bila lihat dia sebegitu. Dia menggigit-gigit bibir nipisnya itu.
Maaf kalau soalan akak tadi buat Ija rasa tak senang, ujar aku serba salah. Shariza menggeleng pantas. Bibirnya mengukir senyuman tawar. Tak apa, kak. Sebenarnya famili Ija sibuk. Mereka ada di luar negara. Ayahanda... ops, ayah Ija dia ada business kat luar negara. Alah, Ija tak kisah pun. Ada Abang Shah pun dah lengkap dah. Kami dah biasa duduk berdua di Malaysia ni.
Aku mengangguk faham. Patutlah Dr. Sha& ops, abang. Ya, abang. Aku tak boleh panggil dia secara formal lagi sebabnya bermula malam tadi pekeliling sudah dikeluarkan supaya aku memanggilnya abang. Apa ayat aku tadi" Ha& patutlah abang dia sayang sangat kat dia, sebabnya mereka dua beradik saja di sini.
Dan, memang betullah mereka ini keturunan kerabat raja. Tadi aku terdengar dia menyebut ayahanda. Tak kisahlah tu. Ayahanda ke nenda ke, apa yang pasti aku paling takut kalau berdepan dengan bondanya. Hati aku diburu resah tiba-tiba.
Okeylah, kak, Ija pergi dululah. Nanti tuan doktor tu cari Ija pulak. Dahlah dia suruh Ija tunggu kat bilik dia. Karang tak pasal-pasal kena tazkirah. Tak larat nak dengar dah, ujar Shariza berseloroh.
Aku ketawa dan menggeleng-gelengkan kepala. Budak ni. Sempat lagi mengutuk abang dia tu. Tapi, memang betul. Kalau tuan doktor itu dah bertazkirah, memang tak larat telinga nak dengar. Boleh bernanah telinga ni.
Aku melihat Shariza berjalan lambat-lambat menuju ke tangga. Lif ada tak naik budak ni. Tangga juga yang dia nak daki. Karang semput pulak. Hai& macam-macamlah kau ni, Ija. Sempat lagi aku mengomel pasal Ija, bakal adik iparku. Mungkin.
SELEPAS menunaikan solat, aku berjalan, menuju ke tempatku. Hari ini Ellin pula cuti solat. Aku dah habis, dia pula sambung. Akibat dah lima hari aku cuti bangun pukul 5.30 pagi, pagi tadi pun aku terlupa solat subuh. Tulah orang kata, ikutkan sangat nafsu tidur tu, ikutkan sangat bisikan iblis laknatullah tu. Hai&
Aku terjerit kecil apabila tanganku disambar oleh seseorang. Hampir hidung aku yang comel ini terhumban ke dinding konkrit hospital. Siapalah yang berani mati buat aku macam ni ha" Sakit lengan aku yang dicengkam kuat oleh orang tak bertanggungjawab ini. Faiza!
Belum sempat aku berpaling untuk melihat siapakah gerangan manusia kurang asam itu, tubuhku ditolak kasar ke dinding. Aduh& sakit lagi. Main kasar nampak! Ni yang aku marah ni.
Aku menoleh lagi. Rupanya si Tina gedik yang berani mati buat aku macam ini. Kurang asam betul.
Hei! Kau ni apasal" Tiba-tiba pulak tolak dan tarik aku" Kau ingat aku ni tali rafia ke ha" Apa masalah kau ni" marah aku sambil menggosok lengan yang sakit akibat terhentak pada dinding konkrit. Mahu dia tak sakit. Macam nak retak tulang siku aku.
Aku merenung wajah jururawat yang bernama Tina a.k.a gegedik itu. Kembang kempis hidung aku. Apa hal pulak dengan minah gedik ni" Tak pasal-pasal tarik aku kat lorong sunyi ni, bercekak pinggang tenung aku.
Kau ada apa-apa ke dengan Dr. Sharizal" soalnya dengan pandangan mata yang tajam. Bengis sungguh. Mukanya yang cantik sudah jadi hodoh bila berubah menjadi macam singa lapar. Sekali imbas dah macam nenek kebayan dah.
Ni apa kaitannya dengan Dr. Sharizal pulak ni"
Kenapa kau tanya" Aku pula menyoalnya semula. Aku lihat kiri dan kanan. Takut kalau ada mata-mata yang memandang. Aku halakan pandangan kepada Tina lagi.
Apa masalah agaknya perempuan ni" Nak cari gaduh dengan aku pulak, lepas tu tanya pasal abang aku tu kenapa" Ops& dia jealous ke atau dia sukakan abang aku tu"
Tina mendengus kasar. Dia cuba menolak tubuh aku lagi tapi sempat aku menepis kasar. Main kasar pulak minah gedik ni. Dia ni bodoh ke apa buat hal kat kawasan hospital"
Aku tanya, kau ada apa-apa ke dengan Dr. Sharizal" Kau pekak ke" Tina meninggikan suara. Mukanya jadi merah padam. Mata galaknya terus-terusan dijegilkan kepadaku.
Aku buat muka setenang yang mungkin. Cuba menahan hati daripada bersikap seperti budak-budak.
Apasal kau tanya" Kau sukakan dia ya" Aku membalas dengan suara yang biasa. Walaupun hati aku sakit bila diperlakukan begini, aku cuba untuk bersikap tenang.
Mata aku terus-terusan tertancap ke muka jururawat yang paling terkenal dengan kegedikan dan mengada-ada di hospital ini. Sebut saja siapa yang tak kenal Tina" Semua orang kenal. Daripada Mat Bangla cleaner sampailah ke pihak atasan.
Macam budak-budak, tutur aku perlahan, menjeling wajah bengisnya. Nasib baik ni hospital, kalau tak, dah lama aku tibai minah gedik ni.
Ada mesyuarat apa ni"
Tiba-tiba satu suara menegur dari belakang. Kami serentak menoleh. Hah& abang aku rupanya. Aku lihat dahinya berkerut-kerut. Raut wajahnya kelihatan tegang. Jelas urat-urat halus pada mukanya yang cerah itu. Wajah Tina yang menegang tadi perlahan-lahan mengendur. Kedua-dua tangan yang disangkut ke pinggang rampingnya segera diturunkan lalu dia berdiri tegak. Macam orang nak berkawad kaki.
Err& tak ada apa. Kami cuma berborak aje.
Pandailah minah gedik ni nak berbohong. Kalau aku ni mulut jahat, dah aku malukan dia kat sini dan katakan si minah gedik ni suka kat abang. Padan dengan muka dia. Tapi, aku tak macam tu. Aku ni baik hati tau.
Berborak" Tina" Awak tau tak saya tengah cari awak ni.
Aku lihat wajah abang bertambah serius. Dia pula bercekak pinggang dan berdiri di hujung lorong.
Doktor cari saya" Tergagap-gagap si minah gedik itu bertanya.
Aku rasa macam nak tergelak bila tengok muka gelabahnya. Padan muka kena marah.
Yalah. Saya nak tanya pasal patient katil nombor 13 tu. Awak bagi dia ubat apa" soal dia serius. Walaupun perlahan, nada suaranya kedengaran tegas. Langsung dia tidak menoleh ke mukaku.
Concentrate betul dia dengan minah gedik ni.
Si minah gedik tergaru-garu. Mukanya seperti orang hendak menangis. Tak berani memandang muka doktornya itu. Dia mengeluh kesah. Tergaru sana, tergaru sini. Serba salah aku tengok. Aku di tengah-tengah seperti orang yang tak wujud. Macam halimunan jadinya.
Saya& saya tak ingat, doktor, jawab Tina menggaru-garu lagi kepalanya. Terkeluar rambutnya dari skaf yang dipakai.
Aku lihat abang mengeluh. Dia berjalan setapak ke arah Tina, menggeleng-gelengkan
kepala. Tengok tu! Tak ingat" Apa yang awak ingat" Saya suruh bagi ubat lain, awak bagi ubat lain. Saya dah bagikan transkripsi ubat untuk patient tu. Patient tu tadi collapsed, awak sedapsedap berborak kat sini ya" Sikap awak ni boleh bahayakan nyawa pesakit awak tau tak" Sekarang ni dia nak masuk ICU. Awak tau tak, saya yang kena menjawab dengan pihak atasan, bukannya awak, Tina.
Suara abang meninggi. Wah, marah benar dia. Tak pernah aku tengok mukanya setegas ini. Aku sendiri pun kecut perut. Aku lihat Tina menundukkan wajah. Bengang sebab kena marah depan aku. Tadi bukan main berani mati main tarik-tarik dengan aku sampai sipi-sipi lagi hidung aku yang comel ni terpenyek di dinding.
Maafkan saya, doktor. Saya tak& Enough. Sekarang awak pergi buat repot. Kata-kata Tina segera dipintas. Tangan kanannya dinaikkan ke paras bahunya. Suaranya kembali seperti biasa. Tidak setegang dan segarang tadi sampai aku pun ikut menunduk.
Dengan langkah laju, Tina pergi meninggalkan kami. Sempat lagi matanya dijeling ke arah aku. Sempat lagi minah ni! Dah kena marah pun nak tunjuk lagak lagi. Melihat mood abang yang tak stabil, aku pun berkira-kira hendak beredar. Karang tak pasal-pasal aku yang kena marah pula.
Sayang. Langkah kaki aku terhenti. Pantas aku menoleh kepada dia yang aku belakangi. Aku menghadap mukanya yang sudah berubah tenang.
Sorry sebab abang marah tadi, ucapnya perlahan kepadaku. Aku kerutkan dahi. Dia marah aku ke tadi"
Kan abang marah Tina. Bukan Faiz, kan" Buat apalah nak minta maaf kat Faiz, balasku sambil mengukir senyuman. Dia juga tersenyum akhirnya.
Abang tengok Faiz tunduk aje. Ingat terasa sekali tadi, ujarnya sambil mencuit pipiku. Faiz takut tengok muka garang abang tu. Macam singa tau tak. Nak bergerak pun takut tau, kata aku sambil menjegilkan mata. Dia ketawa kecil. Menarik nafas lalu menghembusnya perlahan.
Sorry, okay. Abang memang tengah bengang dengan Tina. Ada ke dia bagi ubat& entah ubat apa yang dia bagi agaknya. Dah collapsed. Pulak tu ada sakit jantung. Penat abang buat CPR tadi, katanya. Dia bersandar pada dinding konkrit itu. Melepas penat. Dah makan ke belum" Dia menggeleng.
Faiz teman abang makan boleh" pintanya perlahan.
Alamak, tak bolehlah. Nampak ni" Dah pukul 2.30 dah. Merungut pulak si Ellin tu. Tak larat nak dengar dia bebel. Bernanah telinga ni. Dia ketawa kecil mendengar kata-kataku. Okey, pergilah. Malam nanti abang call ya. I love you. Don t forget it. Dia mengenyit
mata. Aku hanya meleretkan senyuman. Tersentuh dengan kata-katanya. Perkataan I love you tak lekang dari bibir merahnya itu diucapkan lagi. Aku kemudiannya mengangguk dan sempat menghadiahkan fliying kiss kepadanya. Dia pula menyambutnya dan diletakkan di dada. Macam flying kiss aku tu benda yang nyata. Aku ketawa melihat gelagatnya.
SELEPAS solat maghrib, aku membantingkan badan aku ke katil. Terasa penat pula. Entah apa penatnya pun aku tak tahulah. Nak kata ramai patien ambil ubat hari ini, tak juga. Tak adalah ramai macam selalu. Hari ni kan, hari& eh, hari apa ya hari ni" Hai, apalah nak jadi dengan aku ni" Boleh pula aku lupa hari ini hari apa. Tulah, banyak sangat berfikir dan berangan. Anganangan Mat Jenin. Sampai rambut pun dah banyak yang gugur.
Aku menyisir rambut dengan jari-jemari. Huh& memang banyak rambut yang gugur. Lepas ini kena buat rawatan rambutlah nampaknya. Kalau tak, rambut aku akan botak sebelum tua. Isy& tak maulah.
Aku memandang kipas siling yang berputar ligat di siling. Mata aku ikut sama berputar mengikut geraknya. Sampai pening dibuatnya. Teringat pula aku kepada si Tina gedik geduak. Jururawat yang mengganggu-gugat aku tadi. Aku meletuskan tawa sendiri. Menggeleng-geleng kepala.
Tak dapat aku bayangkan mukanya sewaktu dimarahi abang petang tadi. Merah padam dan terkulat-kulat. Padan muka dia. Tak pasal-pasal nak serang aku pula. Kan dah kena marah.
Depan aku pula tu. Tulah, kerja tu sambil lewa saja. Hati tu asyik teringatkan abang aku saja agaknya sampai tersalah bagi ubat kat pesakit. Hmm, Tina& Tina&
Agaknya dia ada menaruh hati kepada abang aku tu. Almaklumlah, dah doktor tu handsome, siapa yang tak terpikat. Tapi, jangan nak mengada-ada. Doktor dia tu hak milik kekal aku. Kalau berani nak kacau, hah& cubalah kalau nak kena silambam dengan aku.
Telefon aku tiba-tiba berdering. Kalau aku tengah berangan dan mengelamun macam ni, mesti ada orang call. Isy! Pantas saja tangan aku menyambarnya di meja kecil di sudut. Aku tersenyum melihat nombor yang tertera pada skrin telefon.
Assalamualaikum, sapa aku riang. Dia menyambut salam suci aku itu. Riang aje dengar suara tu" Dia bertanya.
Aku tersenyum sendiri apabila dia bertanya begitu. Mestilah riang sebab abang yang call. Mahu saja aku katakan begitu.
Isy& tak adalah. Biasa aje. Dah balik ke" soal aku pula, mengerling jam pada dinding. Sudah pukul 8.00 malam.
Cuba keluar ke beranda. Aku kerutkan dahi. Nak buat apa pergi ke beranda" Aku tanya lain dia cakap lain pula. Kenapa"
Keluar aje. Aku garu kepala. Hisy, macam-macamlah dia ni. Tanpa banyak soal lagi, aku terus mengayun langkah menuju ke beranda. Sebelum itu, aku buka dulu pintu keluar ke beranda. Aku tertoleh-toleh ke bawah. Tak ada apa pun. Main-main saja.
Sinilah, sayang. Aku menoleh ke sebelah. Terpandang susuk tubuhnya yang sedang berdiri di beranda rumahnya. Dia tersenyum kepadaku. Aku pula membalas senyumannya. Telefon aku matikan. Buat apa nak bercakap dalam telefon kalau dah ada kat depan mata" Buat habis kredit saja. Aku berdiri menghadapnya.
Ingatkan apalah tadi suruh kita pergi beranda. Buat suspens aje, kataku dengan nada seloroh. Aku menjelingnya. Dia terus mengukir senyuman.
Lapar tak" soalnya. Tangannya diletak di besi beranda. Kenapa tanya" tanya aku pula. Mataku memandang wajahnya.
Abang nak ajak keluar. Kita tak pernah keluar berdua. Dia memusatkan pandangan matanya kepadaku.
Aku membalas renungan matanya. Memang kami tak pernah keluar bersama kerana dia terlalu sibuk dengan kerjayanya. Aku faham kerjanya yang tak tentu masa. Buat masa ini, aku langsung tak terasa dengan keadaan ini. Mungkin aku kena biasakan dari sekarang.
Boleh juga. Nak pergi mana" Terus sahaja aku bersetuju tanpa banyak soal. Mungkin inilah masanya aku bertanya tentang keluarganya. Tengoklah macam mana nanti. Adalah. Sekarang, Faiz pergi cepat bersiap. Abang tunggu kat bawah ya, katanya. Aku menganggukkan kepala, masuk semula ke dalam dan bersiap.
DIA membawa aku ke Restoran Indah Sayang di Taman Melaka Raya. Sebuah restoran makanan masyarakat Baba dan Nyonya. Tak pernah selama aku duduk di Melaka ini aku merasa makanan masyarakat Baba dan Nyonya.
Mula-mula rasa takut juga. Bukan takut apa, takut aku tak dapat nak menelan makanan itu. Rupanya jangkaan aku meleset. Makanan di sini boleh tahan sedapnya. Masakan di sini menggunakan gabungan masakan Cina tetapi menggunakan rempah-ratus masyarakat India dan herba-herba yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu. Masakan biasa yang terdapat di restoran-restoran Melayu juga ada disediakan di sini.
Hai, sedap sangat ke"
Dia bertanya ketika aku sedang rancak masukkan makanan ke dalam mulut. Aku hanya mengangguk kerana mulut aku penuh. Tak sopan pula bila bercakap kalau makanan ada di dalam mulut. Aku menaikkan ibu jariku kepadanya.
Kan abang dah cakap, makanan kat sini sedap. Masakan Baba Nyonya dia yang power. Dia menambah. Mulutnya sudah mengunyah kuih koci yang memang terhidang di atas meja.
Tak tau pulak Faiz makanan Baba dan Nyonya ni sedap. Kalau taulah, memang dah pergi dulu. Kat mana abang tau tempat ni" Aku bertanya sambil memandangnya. Dalam masa yang sama juga aku menghirup minuman. Dia mengangkat kening.
Siapa lagi, si Azrilah yang bawak abang ke mari dulu, balasnya sambil tersengih. Oh, Dr. Azri ya. Tau pulak Mat Penang tu cari tempat macam ni, ujar aku, tersengih
juga. Mat Penang" Dia mengerutkan mukanya. Aku meletuskan sedikit tawa. Ha ah. Faiz dengan Ellin gelar dia Mat Penang sebab dia tu, walaupun dah bertahun duduk kat Melaka ni, loghat Penang dia tu tetap ada. Dia pun tak kisah kita orang panggil dia Mat Penang, balas aku panjang lebar, tersenyum sedikit. Dia juga meleretkan senyuman.
Lagi kan, bang, dia tu suka sangat ushar si Lin. Kalau datang tempat kita orang, mesti dia usik Lin. Agaknya, dia suka Lin kut, tambah aku lagi dengan mata aku bulatkan kepadanya. Macam beria-ialah tu.
Akhir sekali aku ketawa. Lucu mengingatkan Ellin yang asyik kena sakat dengan Dr. Azri. Dan setiap kali Dr. Azri datang, Ellin cuba mengelak dan menyorok. Muka aku juga yang terpaksa menipu untuk dia.
Faiz& panggilnya. Aku mendongak, memandang ke matanya. Kening aku angkatkan sedikit. Abang minta maaf, ujarnya.
Minta maaf" Kenapa" soal aku dan mengangkat sedikit bahu. Nak buat apa minta maaf kat aku" Mata aku masih tidak berkelip memandangnya.
Dia menghembuskan nafas halus dan menundukkan wajah. Kemudian, mengangkat semula mukanya, memandangku. Abang tak habiskan banyak masa dengan Faiz. Abang terlau sibukkan kerja. Maafkan abang, katanya perlahan.
Aku tersenyum kecil kepadanya dan menggelengkan kepala. Itu ke masalahnya" Oh& ingatkan apa tadi. Tak ada apalah. Faiz okey. Tau kerja abang macam mana. Memang sibuk. Kadang-kadang Faiz pun kesian tengok abang. Tapi, nak buat macam mana kan& dah itu skop kerja abang. Jangan risaulah. Faiz faham.
Jujur, memang itu yang aku rasakan. Memang dah kerjanya begitu. Aku kadang-kadang memang kesian dengannya yang kerja tak tentu masa. Balik pun kadang-kadang sampai ke malam. Isy& kesian tau. Rasa macam nak tolong, tapi apa yang patut aku tolong" Aku bukan doktor pun.
Dia menguntum senyuman. Anak matanya terus dipanahkan kepadaku. Hai, ini yang aku tak boleh tahan ni. Aku paling tak boleh tahan kalau tengok tenungan matanya yang macam itu. Nak makan kuih koci yang aku dah buka daunnya pun rasa tak selesa. Mulalah rasa lemas macam lemas di laut. Mulalah jantung nak berdegup laju bagaikan motobot.
Terima kasih sebab faham abang. Akhirnya dia bersuara setelah lama menatap mataku. Aku menarik nafas lega. Mengurut dada kerana terlepas daripada sinaran matanya. Kenapa urut dada" Sakit dada ke" soalnya tiba-tiba.
Aku menjegilkan mata. Dia nampak aku gosok dada ke"
Err& tak ada apa-apa. Rasa sesak pulak tadi. Tak ada apa-apa. Aku menggelenggelengkan kepala beberapa kali kemudian melarikan mata, memandang sekumpulan masyarakat Cina yang datang berkunjung ke restoran ini.
Abang, kalau Faiz nak tanya sikit boleh tak" Tiba-tiba aku teringat untuk bertanya tentang keluarganya. Aku harap dia bersikap jujur dengan aku.
Apa dia" Nak tanya banyak pun tak apa, balasnya lantas tersenyum. Err& keluarga abang berasal dari mana" Tak, maksud Faiz, kita kan dah& dah& macam ni kan& Jadi, teringin jugalah nak tau tentang keluarga abang. Keluarga Faiz abang dah kenal, kan"
Apa yang aku cakap ni" Bertabur semua ayat aku. Kalau ambil periksa lagi, confirm tak lulus. Sebenarnya aku gugup. Takut nak tanya soalan itu. Dia memandang ke arah lain sebelum kembali memandangku.
Abang dari Kuala Lumpur. Abang rasa, tak payahlah Faiz jumpa famili abang. Dia orang tak ada kat sini. Cuma Ija saja saudara abang di sini, balasnya. Matanya sekali lagi dihalakan ke tempat lain. Cuba mengelak daripada mataku.
Kuala Lumpur pulak" Dulu Ellin kata dia dari Perak. Apa ni& bengong aku jadinya. Isy, mana satu yang betul"
Kenapa pulak" Kalau kita nak kahwin, kita kenalah minta restu daripada ayah dan ibu abang. Barulah berkat. Aku menambah. Cuba memancing reaksinya lagi.
Apa yang aku nampak, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi dan minat untuk berbual mengenai keluarganya. Buktinya, pertanyaan aku tidak dijawab juga. Malahan, raut mukanya juga sudah berubah. Moodnya sudah tidak seceria mula-mula datang tadi. Ini semua gara-gara soalan cepumas aku tadi.
Faiz dah sudah makan" Kalau dah, jom kita balik" Dah lewat ni. Dia bertanya, tidak juga menjawab pertanyaanku.
Aku hampa. Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala. Selepas itu, dia bangun dan membayar makanan yang kami pesan tadi di kaunter. Aku hanya melihat saja kelibatnya. Aku mengeluh halus. Usahaku untuk memancingnya tidak berjaya. Failed!
SEPANJANG perjalanan, kami hanya membisu. Sesekali aku memandang wajahnya yang memandu dengan raut serius. Dia marahkan aku ke" Aku hanya nak bertanya saja, takkan itu pun nak marah"
Kenapa abang diam aje" Marah kat Faiz ke" Aku memberanikan diri untuk bertanya. Dia menoleh sekilas ke mukaku.
Tak adalah. Nak buat apa abang nak marah kat buah hati sendiri, balasnya. Sempat lagi mencuit pipiku.
Aku diam. Menggigit bibir. Patut tak aku bagi tau pasal aku curi-curi dengar perbualan dia dengan bonda dia" Patut tak aku bagi tau pasal yang aku dah tau tentang asal usulnya" Hati aku berbelah bahagi. Moodnya sekarang pun tak berapa nak elok. Kalau aku cakap, dia marah tak ya"
Aku mencuri pandang lagi wajahnya, melihat air mukanya. Nampak sudah tenang. Mood dia dah okey agaknya, fikirku.
Abang, panggilku. Dia menoleh. Hmm"
Faiz ada benda nak cakap dengan abang, kata aku lambat-lambat. Serba salah. Apa dia" Dia menoleh, kemudian matanya kembali fokus ke jalan raya. Sesekali dikerling aku.
Aku mengetap bibir. Berkira-kira untuk berterus terang ataupun tidak. Aku takut mood dia berubah lagi. Isy, macam mana ni"
Sebenarnya, hari tu Faiz ada curi dengar perbualan abang dengan ibu abang, kata aku akhirnya.
Bila" Kelmarin. Faiz dengar abang macam bergaduh dengan, err& ibu abang tu. Faiz dapat tahu abang sebenarnya& err& abang keturunan keluarga diraja.
Tiba-tiba dia memberhentikan keretanya secara mendadak di tepi jalan. Badan aku terdorong ke depan akibat brek mengejut. Kus semangat! Nasib baik kepala aku tak terkena cermin kereta di depan. Jantung aku macam nak terkeluar saja. Isy, dia ni!
Apa" soalnya dengan kerutan pada dahi. Raut wajahnya seperti orang terkejut. Matanya yang tajam terus disasarkan ke mukaku.


Jiranku Kekasihku Karya Mel Mellisa di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

Aku jadi serba salah dan serba tak kena. Jantung mula berdebar kencang melihat sepasang anak matanya tidak berkelip memandangku. Aduh& nafas aku jadi sesak tiba-tiba.
14 DIA mendiamkan dirinya seketika. Aku juga diam, mengerlingnya sekilas. Sesekali aku dengar dia mengeluh beberapa kali. Wajahnya diraup dengan telapak tangan. Aku hanya membatukan diri. Tak berani nak bersuara buat masa ini melihatkan keadaan moodnya yang seperti kacaubilau.
Ini bukan seperti yang Faiz fikirkan, katanya lembut setelah lama berdiam dan mengeluh saja. Pandangannya dilepaskan ke jalan raya, kemudian berpaling ke mukaku. Aku juga memandangnya.
Apa maksud abang bukan seperti yang Faiz fikirkan" Fikir apa" Aku bertanya terus. Tak sabar untuk mendengar jawapannya.
Aku lihat dia menggigit bibirnya. Pandangannya sekali lagi dihalakan ke jalan raya. Melihat kereta-kereta yang bersimpang-siur menyelusuri jalan raya dan membelah kepekatan malam.
Sebenarnya, abang& Dia tidak meneruskan kata-katanya. Terhenti di situ. Sekali lagi dia menghembuskan keluhan halus.
Aku juga mengeluh. Peluh aku sudah mula keluar dari liang-liang roma walaupun penghawa dingin yang terpasang di dalam kereta begitu sejuk. Aku berdebar menunggu katakata seterusnya daripada dia.
Okey, macam ni& Memang betul apa yang Faiz dengar tu. Memang abang daripada keluarga diraja. I admit it. Tapi& Jari telunjuknya dinaikkan ke atas. Bulat mataku memandang, menunggu butir-butir lanjut.
Tapi itu langsung tak mengubah kasih abang pada Faiz. Abang tetap sayangkan Faiz. Tak berubah walaupun sedikit, sambungnya tenang. Matanya yang bersinar itu terus-terusan ditujukan ke mataku. Aku sedikit tersentuh dengan kata-katanya.
Kenapa abang tak berterus terang saja dengan Faiz" Aku lontarkan pertanyaan kepadanya.
Muka tidak aku palingkan kepadanya sebaliknya aku lontarkan pandangan ke luar tingkap. Melihat sekumpulan Mat Rempit sedang berlumba haram di tengah jalan. Ada yang macam Superman, yang terbalik. Hai& macam-macam lagi. Kalau accident, terus mati kat tengah jalan tu. Mati katak.
Perkara tu tak penting, Faiz.
Pantas aku berpaling ke mukanya yang sedang menunduk memandang stereng kereta. Aku merengus. Memang tak ada kepentingan pada abang, tapi penting bagi Faiz. Faiz tak sama taraf dengan abang. Bonda abang tak suka Faiz. Faiz tak sama darjat dengan abang. Faiz bukan kerabat diraja. Faiz bukan anak siapa-siapa. Faiz orang kampung saja.
Dia sedikit tersentak dengan kata-kata aku yang sedikit beremosi. Kedua-dua keningnya bagai hendak bercantum. Memang aku beremosi ketika meluahkan kata-kata itu. Dah lama aku pendamkannya.
Dia menghembuskan keluhan halus dan memicit-micit kepalanya. Dahinya berkerut sedikit. Ya Allah, sampai macam tu sekali Faiz fikir" Sebab tu abang kata, ia tak seperti yang Faiz fikir.
Tak sama apa" Memang betul kan bonda abang tu tak suka Faiz" Faiz dengar dari mulut abang sendiri masa abang bercakap dalam telefon dengan bonda abang. Terang-terangan dia tak sukakan Faiz! Dia mahu abang kahwin dengan Tengku& Tengku apa entah, Faiz tak ingat nama dia apa. Kemudian dia panggil Faiz perempuan kampung! Yang jelas dan nyata, dia mahu abang berkahwin dengan perempuan yang sama golongan dan sama level dengan abang. Abang tau tak"! Aku membentak keras, memandangnya dengan ekor mata yang tajam.
Suara aku juga kedengaran sedikit tinggi daripada biasa. Nafas aku sudah mula menjadi kencang. Hidung juga sudah kembang kempis memandangnya. Terkeluar semua yang terbuku dalam hati aku. Puas hati aku. Aku mendengus. Aku mengetap bibir geram.
Faiz& Faiz& keluhnya menyebut namaku. Tergeleng-geleng kepalanya beberapa kali. Wajahnya berubah riak, tenang.
Aku mendengus geram apabila melihat dia membisu, tidak membalas kata-kataku. Memang betullah tu! Aku merengus kasar dan menjelingnya lagi. Dia diam tanpa kata. Betul, kan" Betul kan apa yang Faiz cakap" Kenapa abang diam" Faiz memang tak layak kan untuk berdamping dengan abang" Anak orang kampung macam Faiz ni memang tak sesuai bergandingan dengan abang, kan" Faiz...
No! pintasnya dengan suara yang agak kuat. Bergema satu kereta dengan suaranya yang lantang.
Terangkat bahu aku mendengar jeritan kuatnya yang menyapa gegendang telingaku. Terus terbantut semangat aku nak luahkan isi hati dengan perasaan yang berkobar-kobar tadi.
Dia mengeluh halus, memicit dahinya berulang kali sebelum memusingkan badannya, menghadapku. Kedua-dua tangannya menggamit tubuh aku, menghadapnya juga. Dagu aku diangkat dan dia menyuruh aku memandang mukanya. Tapi aku memandang ke tempat lain. Hatiku bungkam dan bengkek.
That s not true. Abang tak pernah anggap Faiz macam tu. Bagi abang, Faiz adalah segala-galanya untuk abang. Abang sayang dan cintakan Faiz sepenuh hati abang. Suaranya mengendur.
Aku diam saja mendengar tutur bicaranya yang kedengaran sayu. Nada suaranya juga berubah lembut. Air mata aku sudah berani-berani turun ke pipi. Mata aku juga tak berganjak daripada memandang ke tepi, langsung tak memandang mukanya.
Keluarga abang tak sukakan, Faiz, luah aku kepadanya dengan nada yang mengendur. Aku menahan tangisan. Kepala aku tundukkan.
Sekali lagi dagu aku diangkat. Aku beranikan mata menentang sepasang anak matanya. Bukan. Bukan macam tu. Mereka tak faham sebenarnya. Faiz janganlah salah sangka. Bonda tak macam tu. Dia akan faham kalau abang terangkan segalanya. Dia akan faham betapa abang sayang dan cintakan Faiz. Tiada siapa yang layak berdampingan dengan Tengku Sharizal bin Tengku Shahrudin selain dari Nur Faiza Iman binti Kamaludin.
Aku tergamam mendengar kata-katanya. Mataku terus ke matanya yang terus-terusan menujah anak mataku.
Dia menarik nafas sebelum menyambung, Listen& Walau apa pun terjadi, kita akan lalui semua ini bersama. You re not alone. I will be by your side. Kita akan sama-sama hadapinya. Kita akan tempuhinya bersama. Trust me. Tiada siapa yang boleh menghalang cinta abang pada Faiz. Bonda sekalipun. Hanya ajal saja yang boleh memisahkan kita. Jari-jemarinya menyentuh lembut pipiku, mengusir air mata yang kian tega menuruni pipi. Walaupun jari-jemarinya kasar menyentuh, terasa sedikit perit, tapi aku relakan. Hati aku sedikit terpujuk. Dia berjaya memujuk hatiku yang lara kerana terlalu emosional memikirkan penerimaan keluarganya. Aku tak tahu kenapa aku sangat emosi bila membincangkan hal keluarganya. Mungkin dia bukan orang sembarangan& kut"
Ketakutan dan keresahan aku berkenaan keluarganya beransur-ansur reda apabila mendengar penjelasannya. Namun, ketakutan itu masih aku rasai lagi. Entahlah. Jauh di sudut hati, aku masih diburu resah. Takut kalau keluarganya... argh, kisah aku dan dia dah macam cerita dongeng pula aku rasa. Dah macam cerita Cinderella.
Cuma, aku tak ada ibu tiri dan kakak-kakak tiri dan keluarga putera raja tu tak pula membantah pilihan anaknya. Eh, sama ke" Isy...
Malam yang semakin larut kami isikan dengan meluahkan isi hati masing-masing. Senang kata, soal hati dan perasaan masing-masing. Kebanyakannya lebih menjurus kepada hari bahagia kami. Hari bahagia" Semestinya menjurus pada soal perkahwinan. Bibirnya tidak habishabis menyebut tentang hal itu.
Abang hantar rombongan meminang hujung minggu ni ya"
Aku membulatkan biji mata kepadanya. Pantas, telapak tanganku singgah di lengannya. Jangan nak buat pasal. Faiz belum bagi tahu mak lagi. Isy, abang ni& tak sabar-sabar, balasku lantas menjelingnya. Bibir mengukir senyuman mekar.
Dia tersenyum nakal ke arah aku. Pipi aku mula panas.
Habis tu, bagilah tau mak sekarang. Cakap abang nak meminang hujung minggu ni, usiknya lagi. Sekali lagi tanganku singgah di lengannya. Kali ini, aku cubit manja lengannya. Kami kemudiannya ketawa bersama-sama. Hai... bahagianya aku rasa dunia ini.
FAIZ! Aku tersentak. Pantas aku membuka mata. Aku lihat Ellin berkerut muka memandangku. Aku meraup muka dengan telapak tanganku. Aku lihat sekeliling. Aku berada di bilik stor belakang. Rupa-rupanya aku tertidur di sini. Dan semasa aku tidur di sini, otak aku memutarkan semula apa yang terjadi malam tadi. Sampai terbawa-bawa pula.
Bila masa aku pejamkan mata pun aku tak perasan. Setahu aku, tadi aku menelan Panadol Actifast kerana aku tiba-tiba diserang sakit kepala.
Kau tidur kat sini" Kau mengigau ke" Tersengih-sengih pulak tu. Ellin sudah melabuhkan punggung di sebelahku. Dia mencebikkan bibir.
Aku tersengih sedikit kepadanya lalu memejam mata semula. Terasa pening lagi kepala aku ini. Soalannya tidak aku jawab.
Kau mengigau kahwin lagi dengan Dr. Sharizal, eh" Baik kau cakap. Ellin menyindir. Dia sudah melayangkan jari telunjuk ke mukaku. Matanya dipicingkan sedikit.
Kisah dulu yang memalukan muka aku sampai sekarang dibangkitkan semula. Kurang asam! Sempat lagi nak menyindir aku. Aku menepis jari runcingnya di hadapan mukaku.
Mana ada. Pandai-pandai aje kau ni. Aku tertidur tadi lepas makan Panadol. Kepala aku tiba-tiba pening pulak. Jari-jemariku memicit dahi yang sengal. Sakit kepala merebak-rebak ke dahi, memeningkan bola mata.
Ellin mencebik. Paha aku ditepuk. Berbirat aku rasa tepukan berapi si Ellin ni. Yalah tu. Tapi, aku tengok kau pun macam tak bermaya aje. Pucat semacam. Kau sakit ke" Meh sini aku rasa dahi kau. Dia meletak belakang tangannya ke dahi aku. Aku biarkan saja. Sesaat dua, dia menarik tangannya. Macam tindakan refleks.
Huih& panasnya. Kau demam ni. Baik kau ambik MC hari ni. Berehat kat rumah. Wajah Ellin sudah memancarkan kerisauan. Menunjukkan sikap prihatinnya.
Memang aku rasa macam nak demam dengan kepala yang dah berpusing-pusing. Aku rasa semua barang-barang di dalam bilik stor macam nak tumbang. Ada penghawa dingin pun tak terasa sejuknya. Badan aku juga tergigil-gigil. Betul ke aku demam" Takkan pasal semalam pun boleh terdemam-demam" Demam terkejut ke"
Tak apalah. Aku okey lagi ni, ujar aku perlahan. Tangan tergawang-gawang ke udara tanda tidak mahu. Mata aku pejamkan semula.
Ellin mengeluh. Jangan degillah. Nanti melarat karang siapa nak tanggung" Dah, dah& Jom aku bawak kau pergi jumpa doktor. Ambil MC hari ni, katanya tegas, sudah menarik tangan aku untuk bangun.
Aku memberatkan badan. Sengaja bercampur malas.
Isy... beratlah kau ni, Faiz. Badan aje nampak kecil, tapi berat. Berat dosa ke apa" Dia mengeluh. Tubuhnya terhumban semula ke sofa.
Hei, cakap tu biar berlapik sikit, eh" Dalam pada aku sakit kepala, telinga boleh lagi dengar apa yang dia katakan. Sesedap rasa aje mengata aku ya. Aku dengar dia ketawa kecil selepas itu.
Okeylah, sorry. Dah, cepat bangun, arahnya lagi.
Aku akhirnya bangun dengan malas, mengikut Ellin yang mahu membawa aku berjumpa doktor. Badan aku sudah semakin tidak larat hendak berdiri. Apalah aku ni, takkan pasal semalam pun nak terdemam-demam. Lemah betullah aku ni.
AKU balik ke rumah setelah dapat MC dua hari. Hari ini dan esok. Kereta kesayangan aku terpaksa ditinggalkan di hospital kerana tak larat nak memandu. Ellin juga tak bagi aku bawa kereta, takut nanti aku pula yang menjadi orang yang check-in wad hospital. Hospital tu dah tak mampu nak tampung orang ramai dah. Dah penuh sesak katanya.
Isy, takkanlah kalau aku seorang yang masuk wad hospital terus jadi sesak kut" Hai, macam-macam kawan aku tu. Ada saja peluang nak mengenakan aku. Dia jugalah yang menawarkan dirinya untuk menghantar aku pulang.
Setelah melucutkan tudung kepala dan menukar baju, aku terus merebahkan diri di katil. Alat kawalan pendingin hawa yang berada di meja kecil di tepi sudut katil aku capai. Menekan punat on. Serta-merta udara sejuk mula melingkar ke segenap ruang bilik. Terasa nyaman sikit.
Ubat yang diberi aku pandang sepi. Nantilah aku makan. Aku nak tidur dulu. Kepala dah semakin memberat. Sesaat, dua saat, mata aku tertutup rapat.
AKU melihat sekeliling. Aku kini berada di sebuah pantai. Ya, pantai. Tempat yang selalu arwah ayah bawa aku semasa aku kecil. Tapi, macam mana aku boleh berada di sini" Aku menggaru kepala. Pelik juga.
Aku meliarkan mata ke segenap ruang pantai. Tiada seorang manusia pun yang aku nampak. Yang kedengaran hanyalah deruan ombak yang kuat memukul pantai. Rambut aku juga terbuai-buai oleh tiupan angin pantai. Aku tertoleh ke sebelah kiri. Mataku tertancap pada sesusuk tubuh yang berdiri tidak jauh. Seorang lelaki tua sedang berdiri di bawah pohon kelapa.
Aku amat-amati wajah yang sedang tersenyum manis kepada aku. Mataku tiba-tiba membulat. Ayah!
Aku terus berlari mendapatkannya. Aku berhenti setapak di hadapannya, merenung matanya yang redup. Wajahnya kelihatan bersinar-sinar dan bercahaya. Bau badannya juga harum semerbak, umpama bau-bauan dari syurga (macamlah aku pernah pergi syurga). Ayah, ucap aku lagi kepada ayah.
Ayah menguntum senyuman kepada aku dan kedua-dua tangannya mengusap lembut kepalaku.
Ayah! Aku terus memeluk tubuhnya. Ayah membalas pelukanku. Di bahunya aku lepaskan segala kerinduan. Aku menangis teresak-esak.
Sudah lama aku tak merasai pelukan ayah. Sudah lama aku tidak mendapatkannya. Bauan harum tubuhnya terus meresap masuk ke rongga hidungku.
Kakak rindukan ayah, kata aku lagi.
Ayah menggosok perlahan belakangku. Rambut aku juga diusapnya lembut. Agak lama berkeadaan begitu, ayah merungkaikan pelukan, mengesat pipiku yang basah dek kerana tumpahan air mata yang melata di sekitarnya.
Anak ayah dah nak kahwin. Ayah gembira. Kedengaran perlahan nada suara ayah menuturkan kata-kata. Aku tersenyum malu. Menundukkan sedikit wajah. Kedua-dua tanganku memegang tangannya yang masih mengusap pipiku.
Kakak& Ayah bersuara lagi.
Aku mendongak. Merenung lagi matanya yang redup. Terasa sejuk dan mendamaikan melihat pandangan mata ayah yang redup. Menenangkan jiwa.
Tiba masanya kakak kena mencari seseorang yang boleh mewalikan kakak. Apa maksud ayah" soal aku tersentak. Berkerut dahi aku. Aku kena cari seseorang yang boleh mewalikan"Apa maksud kata-kata ayah" Dia bukan wali aku ke" Kalau bukan dia, siapa" Dia ayahku.
Ayah menundukkan wajahnya sedikit kemudian memandang mukaku semula. Bibirnya masih lagi menguntum senyuman mekar. Dia menarik kepalaku, menyentuh bibirnya, mencium ubun-ubun kepalaku.
Kalau kakak ingatkan ayah selalu, sentiasalah berdoa untuk ayah, tutur ayah perlahan tanpa menjawab soalanku.
Mata aku bulat memandang ayah yang masih meleretkan senyuman pada pinggir bibir. Perlahan-lahan aku lihat tubuh ayah menghilang, perlahan-lahan. Sekelip mata terus hilang daripada pandanganku.
AYAH! jerit aku nyaring memanggil ayah. Aku tersentak dan bingkas bangun dari perbaringan. Tercungap-cungap sedikit nafasku.
Aku pandang kiri dan kanan. Aku masih berada di bilik. Aku memejam mata, selanjutnya beristighfar beberapa kali bila menyedari aku bermimpi tadi. Aku bermimpi bertemu dengan arwah ayah. Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan. Cuba meredakan saluran pernafasan.
Astaghfirullah. Aku beristighfar lagi. Aku menadah kedua-dua belah tangan dan berdoa. Ya Allah ya Tuhan-ku, Kau tempatkanlah ayahku di kalangan orang-orang yang Kau kasihi. Aku berdoa untuk ayah seraya meraup muka.
Fikiran aku kembali mengingatkan kata-kata arwah ayah dalam mimipiku tadi. Apa maksud kata-katanya itu" Cari wali" Siapa wali aku kalau bukan dia, pak ngah dan adik lelakiku" Sekarang ayah sudah tiada. Hanya Farizal dan pak ngahlah yang perlu untuk jadi wali kalau aku bernikah kelak.
Aku pantas meraup muka lagi. Ini semua mainan tidur. Hanya sekadar mimpi. Tapi, bau haruman pada tubuh arwah ayah masih dapat aku rasakan di celah rongga hidung. Terasa menusuk-nusuk baunya ke lubang hidung.
Isy& mainan tidur! Cepat-cepat aku mengusir andaian yang bermain di fikiran. Ini semua mainan tidur! tegas aku lagi dalam hati.
Aku mengerling ke jam dinding. Sudah pukul 6.00 petang. Aku sudah terlepas solat zuhur. Ni kes terlajak tidurlah ni, keluhku. Pandangan aku tertumpu pula kepada telefon bimbitku yang berkelip-kelip. Aku senyapkan telefon bimbit tadi kerana tidak mahu diganggu. Pantas saja tangan aku mencapainya. Tertera nama orang yang aku sayangi. Helo, sapa aku dengan suara sedikit serak. Rambut aku sebakkan ke belakang. Helo. Faiz tidur ke" Puas abang call, tapi tak berangkat. Macam mana sekarang" Badan tu dah okey" soalnya dengan nada risau.
Risau juga dia, getus aku dalam hati. Aku meraup muka sekali lagi. Merebahkan badan lagi ke katil.
Faiz tertidur tadi. Sorry ya. Tak sempat nak bagi tau abang. Macam mana abang tau Faiz tak sihat" Aku bertanya, menutup mulut yang menguap dengan belakang tangan. Kepala aku garu-garu dengan tangan. Rasa gatal pula kulit kepala ni. Banyak kelemumur agaknya.
Azri yang bagi tahu. Lin jugak bagi tahu. Macam mana sekarang Faiz rasa" Dah sihat dah" Ubat dah makan"
Aku mengerling plastik yang berisi pelbagai jenis ubat yang aku bawa dari hospital. Aku tak sentuh langsung ubat itu sejak aku balik rumah tadi. Balik tadi terus terbungkang di atas katil.
Dah. Faiz dah makan ubat. Ada rasa kurang sikitlah, balas aku berbohong. Bohong sunat. Kalau aku bercakap benar, nanti dia marahkan aku, akan mengeluarkan tazkirah nya. Tak larat aku hendak mendengarnya, walaupun membawa kebaikan kepada aku. Baguslah macam tu. Abang risau sangat tadi. Dah makan" Dia bertanya. Aku terharu dengan keprihatinannya. Rasa macam nak menyanyi lagu Terharu, nyanyian Jamal Abdillah dan Mawi. Dia memang sangat prihatin terhadap aku.
Belum, balas aku, serentak menggelengkan kepala. Macamlah dia nampak aku tengah gelengkan kepala. Isy&
Okey, kejap lagi abang balik. Abang belikan makanan untuk Faiz ya. Jangan ke manamana tau. Aku mengiakan. Aku dah sakit membayak ni, nak pergi mana pulak" Takkan nak pergi supermarket kut" Mestilah aku ada kat rumah! Apalah cik abang aku ni.
Talian diputuskan. Aku melontar telefon bimbit di sisi. Otak aku kembali berfikir tentang mimpi di siang hari aku tadi. Aku masih tercari-cari apa maksud kata-kata ayah. Wali" Cari Wali" Argh& pening kepala nak berfikir. Alah, itu kan mainan tidur. Nonsense! Siang pulak tu.
Aku kerling jam dinding lagi. Pukul 6.15 petang. Sempat lagi kalau nak solat asar. Tanpa melengahkan masa, aku bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Walaupun badan aku tak larat, aku gagahkan juga. Ini wajib kita tunaikan. Tak ada kompromi.
DIA menghantarkan aku sebungkus nasi ayam melalui beranda atas rumahnya. Memandangkan jarak antara beranda rumah aku dengan beranda rumahnya tidak jauh, dia hulurkan saja dengan tangan dan aku terpaksa menjongket sedikit untuk menyambutnya. Tangan pendeklah!
Terima kasih. Buat susah-susah abang aje, ucap aku ketika bungkusan nasi ayam itu bertukar ke tangan. Aroma nasi ayam itu menusuk-nusuk ke lubang hidungku.
Aku ukirkan sedikit senyuman kepadanya. Mulut aku, tak dapat nak ukirkan senyuman yang lebih kerana aku rasa macam mulut aku berat sangat. Nak bercakap pun malas sebenarnya. Dia membalas senyuman aku dan menggelengkan kepalanya.
Tak ada apa yang susah untuk, Faiz.
Pandangan matanya yang lembut menyapa mataku. Ada senyuman kecil terukir cantik di bibirnya. Terserlah lagi lesung pipitnya yang mahal dan menjadi igauan itu pada kedua-dua belah pipinya. Aku jadi tertawan pula. Bibir aku juga menguntumkan senyuman balas untuknya.
Macam mana boleh demam ni" soalnya dengan muka yang berkerut. Aku memandang mukanya yang berkerut seribu satu dinar itu.
Entah. Kalau nak kena demam tu, demam juga. Abang ingat Faiz panggil ke demam datang kat Faiz" Macam ni& Hoi, demam! Hinggaplah kat badan aku ni! Boleh macam tu" balas aku dengan suara yang lemah gemalai dengan membuat sedikit lawak sarkas. Dia ketawa mendengarnya.
Faiz& Faiz& Sakit-sakit pun nak buat lawak. Dapat cuti berapa hari" soalnya dengan senyuman masih terukir pada bibir. Mungkin masih lagi lucu bila mendengar lawak sarkas aku tadi.
Dr. Azri bagi dua hari. Ellin yang suruh, balas aku sambil tersengih. Teringat kepada Ellin yang memaksa Dr. Azri memberi aku cuti dua hari.
Kata Ellin, aku demam teruk dan perlukan rehat secukupnya di rumah. Isy, macamlah dia yang doktor. Tak dapat aku bayangkan wajah Dr. Azri yang berkerut mendengar hujahan demi hujahan daripada Ellin. Sudahnya, aku dapat juga cuti dua hari.
Oh, ya ke" Baguslah macam tu. Abang tengok pun pucat saja. Berehatlah kat rumah. Lepas makan ni, makan ubat tau. Lepas tu berehat dan tidur, sambungnya, lebih kepada mengarah aku.
Yalah tu. Dia kan doktor. Suka-suki nak mengarah orang sakit macam aku ni. Aku menganggukkan kepala. Yes, doctor, ucap aku mengukir senyuman pada pinggir bibir untuknya. Sempat lagi buat tabik hormat kepadanya.
Senyuman terukir lagi pada bibir merahnya apabila melihat gelagat aku. Okey. Sekarang pergi makan. Dah malam ni. Kalau ada apa-apa call abang, tak pun jerit aje nama abang kat sebelah ni.
Yes, doctor. Sekali lagi aku mengangguk dan membuat tabik hormat. Sengaja mengusiknya.
Mulutnya tersengih, kepalanya menggeleng. Entah ke berapa ratus kali agaknya. Nasiblah. Berkawan dengan aku memang kena banyak buat aksi gelengan. Bagus untuk senaman leher.
Dia meminta diri, masuk ke dalam rumahnya kerana mahu mandi. Bau badannya yang selalu wangi pun dah hangit pengit. Kembang kempis juga hidung aku menahannya tadi. Aku mengangguk saja.
Kemudian, aku membawa bungkusan nasi ayam dan aku capai plastik ubat, turun ke tingkat bawah. Kalau ikutkan, aku malas nak turun bawah. Aku tak larat dah nak turun naik tangga. Sendi-sendi semua macam nak lumpuh. Oleh kerana di bilik aku tidak menyimpan stok air masak dan perut aku sudah mengeriut minta diisi, terpaksa jugalah aku gagahkan diri untuk turun. Kalau ada maid kan senang"
15 SETELAH dua hari duduk berkurung di dalam rumah kerana dilanda demam, akhirnya aku kembali bekerja. Walaupun esoknya aku sudah cuti semula (hari minggu), semangat nak kerja tetap ada. Malaysia Boleh! Aku boleh! Nak jadi pekerja yang rajin dan berdisiplin kononnya.
Ops& hari ini aku pergi kerja tumpang kereta abang. Sebabnya" Aku tiada kereta. Kenapa" Sebabnya kereta aku sudah dua hari ditinggalkan di hospital. Kesian kereta aku. Berpanas dan berembun. Bersendirian tanpa aku di sisi. Cewah! Tapi, tak apa. Esok, aku mandikan lah dia. Bukan kotor sangat pun. Cuma berdebu sedikit.
Aku menguis daun-daun kering yang jatuh berguguran di atas bumbung keretaku. Aku mengusap-usap kereta kesayanganku sambil bercakap-cakap dengannya macam orang gila.
Sudah-sudahlah tu tilik kereta. Dah pukul berapa ni" tegurnya sambil mengunjukkan jam tangan Rolexnya kepadaku.
Aku mengangkat kening. Rupanya dia menunggu aku tadi. Isy, buat apalah nak tunggu aku" Nak masuk, pergilah masuk dulu. Nak tunggu aku pulak cik abang aku ni.
Kenapa tak masuk dulu" kata aku ketika kami berjalan seiringan masuk ke pintu utama hospital. Aku mengangkat tangan kepada beberapa orang kakitangan yang menegur kami.
Sempat lagi Nazifa, pekerja bahagian X-ray, mengenyit mata kepada aku dan melayangkan jari telunjuknya. Aku hanya tersenyum saja. Selanjutnya, aku mengerling wajah dia yang tersenyum sinis.
Abang takut ada orang tu kena masuk Tanjung Rambutan sebab bercakap dengan kereta. Karang bila ada orang nampak, dikatanya Faiz gila. Nanti abang juga yang susah, terpaksa keluarkan Faiz dari Tanjung Rambutan tu. Bukan senang tau. Selamba saja jawapan yang terpacul dari mulutnya.
Aku membeliakkan mata kepada dia yang ketawa kecil. Ringan saja tangan aku melepuk lengannya. Ambik!
Jahat. Padan muka! tukas aku sambil menunjukkan ibu jari kepadanya. Dia tersengih suka. Aku juga tersenyum sambil menjelingnya lagi. Sakit hati!
Dr. Sharizal" Langkah kami terhenti. Tina a.k.a gegedik sudah berdiri di depan kami. Dia ni lagi! Menyibuk aje! Haih, meluatnya aku tengok muka dia. Sakit hati. Peristiwa beberapa hari lepas kembali terlayar di ingatan bila ternampak dia. Tiba-tiba hati aku jadi sakit. Aku memandang mukanya, tapi dia tidak memandang aku, sebaliknya menghalakan pandangan kepada abang sayang aku.
Pagi-pagi dah nak kacau. Isy! Ganggu emosi aku saja! Huh& Ya, Tina. Ada apa" soal dia kepada Tina.
Tina terus mengambil tempat di sebelah dia sambil menghulurkan sekeping fail. Dia tidak menghiraukan aku yang tegak berdiri di sebelah doktor dia ini. Menyampahnya aku tengok dia duduk dekat-dekat dengan abang. Aku rasa macam nak tarik saja tubuh Tina menjauhinya. Aku tak suka dia terlalu dekat dengan abang. Aku cemburu!
Memang aku cemburu sekarang! Aktiviti gedik-menggedik sudah bermula bila dia mendekatkan lagi jaraknya dengan tubuh abang. Eii& geramnya! Apa yang lebih menggeramkan aku ialah si Tina boleh tersenyum jahat kepada aku sambil menjeling tajam, alaala perempuan sihir, ke muka aku!
Dasar nenek kebayan! Eii& ni yang aku tak boleh tahan ni. Mendidih aje darah aku. Jantung aku dah berdegup laju menahan api kemarahan yang bakal menyala kalau tidak dikawal. Sabar, Faiza. Sabar. Aku menyabarkan diri sendiri. Cuba untuk mengawal diri supaya tidak bertindak keterlaluan.
Yang cik abang aku ni, buat dek aje dengan aku yang masih berdiri kat sebelah dia tu. Dia layankan saja si Tina. Kecik hati aku tau.
Abang, Faiz pergi dulu ya. Dah lambat, kata aku akhirnya. Tidak tahan melihat kelakuan Tina yang menjelikkan.
Aku mengepal penumbuk di belakang badan. Kalau aku tak sabar, memang dah kena debik si Tina ni. Dia belum tahu silat cekak aku kalau dah keluar, ada yang masuk ICU. Tina tersenyum mengejek kepada aku. Menyirapnya darah aku. Aduh& sabarkanlah hati hamba-Mu ini, ya Allah&
Okey. Nanti rehat kita jumpa ya.
Aku mengangguk saja dan terus berlalu meninggalkan mereka berdua dengan perasaan yang mendongkol. Baik-baik aku dah sihat sekarang, terus jatuh sakit semula bila lihat kelakuan memualkan daripada Tina. Hew& geram!
Aku berjalan sepantas yang mungkin, menuju ke tempat kerjaku sehingga terlanggar tubuh Dr. Azri. Tubuhnya terdorong ke belakang sedikit akibat pelanggaran tak disengajakan tadi. Semua barang yang dipegang terus bertabur jatuh ke lantai. Tak sangka, dia melatah rupanya. Nampak maco tapi melatah. Rasa nak tergelak pula aku, tapi tak kena dengan masanya untuk aku aku tergelak.
Sorry, doc. Saya tak sengaja, kata aku sambil membantu mengambil barangnya yang bertabur di lantai dan dihulurkan kepadanya semula. Aku lihat raut wajahnya berkerut.
Kenapa ni, Faiza" Nampak kelam-kabut saja" Dia bertanya setelah barangnya yang aku kutip tadi berada di tangannya. Aku tersenyum nipis. Nak busybody pulak Mat Penang ni, bisik aku dalam hati.
Errr& tak ada apa-apa, jawab aku pendek, memaniskan sedikit roman wajah aku secara
paksa. Awak dah okey ke ni" Dia bertanya lagi sambil memicing mata ke mukaku. Nampak macam dia tengah X-ray muka aku.
Tadi dah okey, sekarang ni rasa nak demam lagi, kata aku terus berlalu meninggalkannya terpinga-pinga di situ.
Dia menjerit-jerit memanggil namaku. Ah, aku dah tak peduli. Mood aku dah lari sekarang ini. Daripada bersemangat nak datang kerja terus down separuh. Ini semua gara-gara si Tina gedik! Aku menyampah tengok muka dia! Menyampah! Aku menjerit geram dalam hati.
APA hal kau ni monyok macam tempe basi" Ellin menegur dari luar.
Aku tengok dia dengan mukanya yang serabut sambil memegang topi keledar kokak dan togel berwarna biru cair yang telah pudar warnanya. Dengan rambut yang menggerbang tak disanggul seperti selalu. Muka pun berpeluh-peluh. Kelihatannya dia seperti baru berlari pula bila termengah-mengah mengambil nafas.
Aku kerutkan dahi. Budak ni naik motor ke" Mana kereta Honda Jazz kebanggaan dia tu"
Yang kau menjinjing topi keledar kokak ni kenapa" Kau naik motor ke" Kereta kau mana" Aku tidak menjawab pertanyaannya, sebaliknya aku pula yang menyoal semula berikutan penampilan peliknya hari ini. Memang pelik. Pelik tapi benar.
Aduh& penat gila aku, Faiz. Adoyai& Ellin mengeluh tatkala kakinya melangkah masuk ke dalam, menuju ke stor belakang untuk meletakkan topi keledarnya.
Aku hanya memerhatinya. Dia kembali semula ke depan, menghenyakkan punggung di atas kerusi, mencapai sekeping kertas A4 di atas meja dan melipatnya dua. Kertas itu dikibaskan ke mukanya. Menghilangkan rasa tidak selesa dengan haba panas yang masih melingkari segenap tubuhnya. Bajunya juga sedikit basah kerana berpeluh.
Kenapa lambat, Lin" Kau bawak motor ke" Kereta kau mana" soal aku lagi dengan perasaan pelik yang memintal-mintal otak. Dia masih tidak menjawab, hanya bernafas tercungap-cungap. Kertas yang menjadi kipas mukanya sudah renyuk seribu aku tengok.
Selepas itu, dia mencapai lagi beberapa keping kertas A4 dan seperti tadi melipatnya dua dan dikibaskan ke dirinya pula. Aku hanya memerhati dan diam menanti jawapannya. Kisah aku tengah marahkan si Tina berkubur begitu saja.
Adoyai, Faiz. Kau tau, kereta aku tu boleh buat hal kat tengah jalan. Aku tak taulah macam mana enjin boleh mati. Start banyak kali pun tak mahu hidup. Entah mana silapnya pun aku tak tau. Aduh& ujar Ellin sudahnya.
Tangannya masih lagi mengipas diri yang berpeluh. Baju kurung yang dipakai turut dikibas, menghalau haba panas dari tubuhnya yang langsing. Penghawa dingin yang terpasang dan ssedia sejuk itu pun tidak mampu untuk menyejukkannya.
Macam mana boleh mati pulak" Kau tak check ke enjin kereta kau tu" Aku bertanya lagi. Pelik juga. Ellin orang yang sangat teliti kalau soal kereta Honda Jazznya itu. Macam mana enjin boleh mati dan tak hidup"
Aku pun tak taulah, Faiz. Nasib baik workshop dekat aje. Dia orang pun datang bantu tadi. Hmm, nasib baik dia bagi aku pinjam motor kapcai dia tu. Kalau tak, lagi lambat aku.
Kau bawak motor kapcai, Lin" Aku hampir hendak tergelak bila Ellin kata dia naik motor kapcai. Ya ke" Tak dapat aku bayangkan dia bawa motor macam tu dengan pakai baju kurung, heels sampai tiga inci. Mesti poyo muka dia yang cantik tu. Hei, kelakar pulak.
Ellin mengangguk perlahan. Terus meletus tawa aku selepas itu. Macam nak terguling saja di lantai bila aku bayangkan rupanya membawa motor kapcai dan diserikan lagi dengan topi keledar togel dan kokak macam tu. Hahaha...
Habis tu, dah terlambat. Tak kisahlah kapcai pun kapcailah. Tak ada aku kisah. Asalkan aku sampai tempat kerja. Kau ni! Gelak pulak! Hah& gelak"! Dia memukul aku dengan kertas yang dijadikan kipas mukanya ke lengan aku. Marah kerana aku gelakkan dia gila-gila.
Dia merengus-rengus dan merungut-rungut. Menjeling tidak puas hati ke arah aku. Aku gelengkan kepala beberapa kali. Hahaha.
Hah, yang kau tadi, apa hal muncung sedepa aje aku tengok" Dah macam apa entah panjangnya muncung kau tadi. Dia menarik muncung bibir aku sampai tubuh aku ikut sekali ke depan.
Kurang asam betul budak ni. Aku menepis jarinya yang sesedap rasa menarik muncung aku. Dia ketawakan aku pula. Aku geram dengan si Tinalah, kataku sedikit kasar.
Dah mulalah darah aku nak menggelegak semula. Ellin ni spoil betullah. Baik-baik aku dah lupa, dia boleh tanya pulak. Ni yang angin puting beliung aku nak sampai ni.
Apa hal dengan minah gedik tu" Dia warning kau lagi ke" Ellin bertanya dengan kerutan pada dahi.
Sebelum ini memang aku ada ceritakan kepada Ellin mengenai Tina yang menyerang aku beberapa hari lepas.
Dia tak warning, tapi dia menggedik dengan cik abang aku tu. Eii& geramnya aku. Aku meluahkan kepada Ellin.
Tiba-tiba aku jadi geram semula. Aku dapat rasa hidung aku kembang kempis semula. Kertas yang ada di tangan aku renyuk-renyukkan dan aku campakkan ke tepi. Aku bayangkan kertas yang direnyukkan itu muka Tina.
Kau jangan layan sangat si Tina tu. Dia sebenarnya dah gila meroyan tau tak. Perasan lebih. Tak ada faedahnya kau geramkan dia tu. Dia memang macam tu. Ha, sekarang ni, lebih baik kau buat kerja kau. Kau tak nampak orang dah ramai tunggu nak ambik ubat tu. Ellin menunjukkan jari telunjuknya yang runcing ke luar.
Ha ahlah. Dah ramai yang tunggu. Ada yang dah berkerut-kerut mukanya. Ada yang marah-marah.
Isy, aku ni. Apalah nak fikir pasal Tina pulak. Nanti disebabkan Tina, rosak terus reputasi kerja aku. Kata nak jadi pekerja yang berhemah. Baik aku buat kerja aku seperti yang Ellin cakap. Ada juga faedahnya. Nak sakit hati dengan Tina pun buang karan aje. Nanti, rosak terus mood aku di pagi yang indah ini.
SEPERTI yang dijanjikan, kami keluar rehat bersama. Kami memilih untuk makan di luar. Bukan di kantin hospital. Dia nakkan privasi kononnya. Ada juga aku mengajak Ellin, tapi dia menolak kerana tiada mood untuk makan. Sebab" Dia risaukan keretanya yang rosak sampai nak makan pun tak berselera. Kesian dia.
Sudahnya, dia terus ke surau. Hajatnya mahu melelapkan mata sebentar sebelum menunaikan solat. Hai, kereta rosak masih boleh tidur" Makan tak mahu pula. Isy& apalah Lin ni.
Aku memesan makanan kegemaran aku iaitu nasi ayam dan air sirap limau sementara dia memesan nasi goreng ayam dan air suam. Bila aku tanya kenapa dia memesan air suam dan bukannya air lain, jawapannya dia memang suka minum air suam dan tak suka minum air manis. Nak jaga kesihatan katanya.
Aku mencebik bibir. Habis tu, kat kantin hospital tu selalu minum air kopi tu, apa" Air kopi lagi banyak kafein, manis pula tu. Dia hanya mengulumkan senyuman. Dah bagi tahu mak ke belum pasal kita" soalnya ketika kami selesai menjamu selera. Aku mengangkat kening. Hati aku tiba-tiba diburu resah apabila persoalan itu timbul dari celahan bibir merahnya.
Belum, balas aku pendek dan menggelengkan kepala. Air sirap limau yang masih bersisa aku sedut sampai habis. Sengaja aku tidak pandang ke mukanya. Apa reaksinya bila aku berkata begitu"
Bila nak bagi tahu" Dia meneruskan pertanyaan.
Aku mengulum bibir dan mendongak muka, memandangnya. Teragak-agak. Err& nantilah. Faiz belum fikirkan lagi.
Jawapan aku itu mengundang rasa tidak selesa kepadanya. Dia mengeluh dan menyandarkan diri ke kerusi. Kedua-dua tangannya disilangkan dan diletakkan di belakang kepala. Aku menelan liur bila melihat wajahnya berubah serius. Aik" Kenapa ni"
Kadang-kadang abang rasa Faiz macam tak beria-ia bila abang bangkitkan perkara ni. Faiz macam tak serius dan tak kisah saja abang tengok. Main-main. Macam abang saja yang terhegeh-hegeh. Faiz langsung tak ada respons. Abang bosan tau tak! Tiba-tiba dia marah.
Macam nak bercantum kening aku bila dengar bait-bait katanya. Sedapnya kata aku tak seruis dan main-main. Dia ingat aku boleh lelapkan mata ke bila fikirkan soal ni" Dah mulalah aku tak senang duduk. Punggung pun rasa panas. Geramnya aku! Hei, kau tau tak kau tu bukan anak orang biasa" Kau tau tak sebab kau tu anak raja, keluarga diraja buatkan otak aku serabut bila fikirkan pasal ni" Kau tau tak aku takut bila fikirkan penerimaan keluarga kau pada aku" Kau tak tak" Ingin saja aku luahkan perkataan itu kepadanya.
Sampai hati abang cakap Faiz macam tu. Abang tau tak Faiz tak tidur malam bila fikirkan perkara ni" Sebab selalu fikirlah tu sampai Faiz jatuh sakit sampai dua hari" Abang tau tak" balas aku tenang dengan suara yang mendatar, disertai dengan keluhan halus.
Aku memicit kepala yang tiba-tiba berdenyut. Perkara biasa yang terjadi setiap kali aku runsing. Aku kecil hati dengannya sebab menuduh aku tak serius dan main-main. Dahlah aku kecil hati dengan dia pagi tadi. Isy, geramnya! Aku tumbuk muka dia yang handsome tu karang baru tahu!
Aku pandang mukanya yang berubah menjadi serba salah. Tau pun kau nak serba salah! kutuk aku lagi dalam hati.
Okey, maafkan abang. Abang tak bermaksud nak kata begitu. I m sorry okay& Abang&
Kalau abang dah bosan dengan Faiz, dah menyampah nak layan kerenah Faiz, baik kita putus saja. Entah mengapa, perkataan itu yang terbit dari celahan bibir aku. Sebenarnya aku kecewa dengannya kerana menganggap aku tidak serius dan main-main. Aku juga kecewa bila setiap kali perkara ini dibincangkan, pasti kami akan bertikam lidah.
No! jeritnya kuat dan bangun tiba-tiba.
Bergema satu restoran itu mendengar suara jeritannya yang tiba-tiba. Aku sendiri tersentak. Melongo aku memandangnya yang tiba-tiba berdiri. Orang ramai yang sedang menjamu selera tiba-tiba terhenti daripada pergerakan masing-masing. Mata mereka tertumpu ke meja kami. Aku jadi malu pula bila kami jadi tumpuan. Dia merenung tajam ke mukaku. Ada apa-apa ke encik" Seorang budak pelayan restoran menghampiri meja kami. Nothing. Tak ada apa-apa, balasnya perlahan.
Budak pelayan itu beredar selepas itu. Aku dengar dia mendengus kasar. Mukanya diraup dengan kedua-dua tapak tangannya. Dia duduk semula di kerusi. Aku telan liur. Kecut juga perut aku dengar dia menjerit macam Tarzan Malaya tadi.
Sayang, please& jangan cakap macam tu. Abang tak suka Faiz cakap macam tu. Do you know how much I love you" Suaranya sudah mula mengendur.
Aku hanya diam. Menundukkan wajah memandang meja. Dah mulalah air mata aku nak turun. Semenjak dua menjak ini, mudah saja air mata aku turun. Dulu tak macam ni. Sekarang saja dia buat perangai. Isy& ni semua pasal manusia kat depan aku nilah!
Abang tak bermaksud nak marah Faiz macam tu. Abang cuma risau kalau Faiz akan tinggalkan abang. Itu saja. Sebab tu, abang nak segerakan perkahwinan kita sebab abang tak mahu kehilangan Faiz. I love you so much. Abang paling takut kalau Faiz tinggalkan abang.
Aku terkedu mendengar luahan isi hatinya. Tak sangka kata-kata itu yang keluar dari mulutnya. Kepala yang tertunduk memandang meja segera aku angkat. Pandangan mata aku dan dia bertaut. Dapat aku rasakan sinaran matanya yang penuh dengan cinta yang menyala-nyala. Seketika, aku seakan terpukau dengan sinaran cinta daripada matanya.
Kami terkaku begitu. Kerana tidak tahan menahan getaran hebat yang menampar dada, aku akhirnya memutuskan pandangan dan memandang ke arah lain.
Abang tak sanggup nak berpisah dengan Faiz. Sudahlah abang penat-penat nak mengayat Faiz, nak pikat Faiz, tiba-tiba nak putus" Faiz nak putus dengan abang macam tu aje" Sebab benda ni" Dia menduga.
Aku terdiam mendengar ayat itu. Kepala aku tundukkan kembali, memandang meja yang beralas merah hati. Kedengaran agak lucu juga bila dia mengatakan dia penat-penat mengayat aku. Ya ke macam tu" Aku rasa macam mahu ketawa. Tapi, aku tak boleh ketawa. Aku mesti serius.
Sebenarnya, aku pun tak sanggup juga berpisah dengannya. Perasaan sayang kepada dia semakin hari semakin menebal. Takkan semudah itu aku nak minta putus" Mulut ni pun, celopar sangat! Kalau dia betul-betul nak putus, macam mana" Haru-biru, gelap-gelita hidup aku. Aku tak sanggup hadapi episod duka lagi. Cukup-cukuplah aku menderita sebelum ini.
Pandang muka abang, Faiz. Jangan asyik tunduk saja. Please& pintanya perlahan. Dia mengintai muka aku yang menunduk.
Macam hendak ketawa saja aku bila dia mengintai sehingga kepalanya mencecah meja. Perasaan nak ketawa terpaksa aku tahan-tahan dahulu. Akhirnya aku angkat juga muka bila tengok dia beria-ia mengintai muka aku yang semakin lama semakin menunduk. Macam resmi padi. Makin berisi makin menunduk! Aku pandang ke mukanya. Bersahaja.
Dia merenung ke mataku. Sekali lagi aku seakan terpukau oleh panahan asmara melalui matanya yang berwarna coklat itu.
Faiz tak mungkin tinggalkan abang. Apa yang Faiz takutkan, abang yang tinggalkan Faiz, luah aku pula setelah lama bertatapan mata dengannya. Malu dan tidak selesa ditenung sebegitu.
Dah berapa kali abang cakap, abang takkan tinggalkan Faiz. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali dan cuba mencapai tangan aku, tapi pantas aku menariknya. Tak manis kalau dipandang orang.
Dia mengerti tindakan aku. Dia menarik semula tangannya dan disatukan kedua-duanya. Seketika, kami diam tanpa bicara.
Abang bukan orang biasa, tutur aku perlahan, menggigit-gigit bibir. Mataku merenung matanya.
Habis tu, kalau bukan orang biasa, abang ni apa" Robot" Cicakman" Superman" Keluang Man" Transformers" soalnya membeliakkan bola mata coklatnya.
Entah kenapa kali ini, aku boleh tergelak mendengar jawapannya begitu. Nak buat lawak pulak. Tak kena tempat tau tak! Transformers" Macam perli aku aje. Macam dia tak tahu Transformers adalah filem kegemaran aku. Aku menjelingnya.
Taklah. Maksud Faiz, abang ni bukan orang biasa macam Faiz. Faiz ni hanya orang kampung saja. Sedangkan abang tu, anak raja, balas aku pula. Merendah diri kononnya.
Raja mana" Raja Chulan" Raja Kapor" Raja Gopal" Rajawali" Raja Bersiung" Cepat dia membalas sambil tersengih.
Nak pura-pura tak tahu pula. Aku mengetap bibir. Pantas saja tanganku menghadiahkan satu tamparan, hinggap di lengannya.
Mengada-ada. Lesing karang. Aku menunjukkan siku kepadanya. Dia tersengih lagi.
Suasana sentimental sebentar tadi tiba-tiba berubah ceria pula dengan lawak sarkas dia. Dia memang pandai nak ceriakan keadaan. Nak bergurau senda dengan aku.
Anak raja ke, anak kampung ke, sama saja. Darah yang mengalir dalam darah anak raja pun sama merah dengan darah anak orang biasa. Pernah ke Faiz dengar kalau orang tu keturunan raja, darah dia warna lain" Ada ke" Kalau ada, siapa" Biar abang toreh kulit dia tengok darah dia warna apa. Bersahaja mukanya bila bercakap perkara itu.
Aku tergelak sekali lagi. Air mata yang bertakung di tubir mata sedari tadi aku seka dengan jari telunjuk.
Sudahlah. Jangan fikirkan lagi soal darjat ke, apa ke. Kita sama saja. Yang penting, kita kena fikirkan pasal diri kita. Tentang keluarga abang tu, Faiz jangan risau. Abang akan selesaikannya sendiri. Sekarang ni, Faiz kena beritahu mak di kampung pasal kita. Pasal kita nak kahwin. Itu saja, pintanya bersungguh-sungguh.
Akhirnya aku menganggukkan kepala tanda bersetuju. Ada sedikit keyakinan mula terlakar dalam diri. Keyakinan diri aku terhadap dirinya. Dia menggariskan senyuman lagi pada bibir. Aku juga menghadiahkan sebuah senyuman untuknya. Sebuah senyuman bahagia untuk diri aku dan dirinya.
Penulis : Lysa Allysa Penerbit : Fajar Pakeer Sem. Malaysia: RM22.90 Sabah / Sarawak: RM25.90
Pada mulanya, kehadiran Dr. Sharizal tak berapa nak diendahkan oleh Faiza, walaupun kelibat lelaki itu sering mencuri perhatiannya. Lama-kelamaan, bila... lelaki itu mula menunjukkan tanda dan sering memberikan isyarat cinta, Faiza tidak teragak-agak untuk menerima cintany......a, walaupun perkenalan mereka tersangatlah singkat.
Perhubungan mereka pada mulanya tidak mendapat restu daripada ibu Dr. Sharizal memandangkan terdapat perbezaan taraf yang sangat ketara. Bagi ibu lelaki itu, Faiza tidak setaraf dengan anaknya. Di tempat kerja pula, Tina yang terkenal dengan sikap gedik dan mengada-ada sering memberi amaran kepada Faiza agar menjauhkan diri daripada Dr. Sharizal. Faiza jadi pelik dengan sikap terlebih suka yang ditunjukkan Tina.
Keadaan makin rumit dengan hadirnya Hakimi, kekasih lamanya yang datang kembali untuk menagih cintanya semula. Ingin membetulkan keadaan. Namun, tidak diendah Faiza. Sering kali dia melarikan diri setiap kali kelibat Hakimi menghampiri. Faiza jadi sangat tertekan dan celaru. Ditambah pula dengan kejutan demi kejutan yang diterima, yang membuatkan kehidupan bahagianya menjadi kacau-bilau.
Apakah kejutan yang diterima oleh Faiza" Siapa pula Tina yang beria-ia menghalangnya daripada terus menjalin hubungan dengan Dr. Sharizal" Dan ibu mertuaku, bakal merestuikah pilihan anakmu ini"
Dapatkan novel JIRANKU KEKASIHKU di POPULAR, MPH atau KEDAI-KEDAI BUKU berhampiran anda. Layari di laman web penerbit di http://www.fajarnovels.com.my 71GF, Jalan 1/18A,
Taman Mastiara, Off Jalan Ipoh,
Batu 5, 51200 Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-62581194 / 03-62574978
No. Faks:03-62581196 Email : fajarpakeer@yahoo.com Disediakan Oleh http://www.penulisan2u.my
"Kau ni aku tengok lepas kahwin bukan main montok lagi. Tengok pipi tu dah macam telur dah. Senang hati ke"" soalnya pula lalu memasukkan keropok Twisties ke mulutnya, Amboi, sedap betul makan tayang-tayang depan aku. Macam sengaja.
"Memanglah senang hati sebab dah kahwin. Kalau kau nak montokkan badan kau yang dah sedia kering macam kanak-kanak pesakit kwashiotkor ni, baik kau kahwin, Syed. Kau ni dah kering kontang aku tengok" Aku memerlinya dengan ketawa kecil.
Pahlawan Dan Kaisar 14 Pengemis Binal 07 Dendam Para Pengemis Pecut Sakti Bajrakirana 7

Cari Blog Ini