Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria Bagian 4 yang ingin ditemuinya adalah Ariffin. Dia perlu menyerahkan rantai kepunyaannya ini kepadanya. * Aida kerisauan. Malam semalam dia langsung tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya berkecamuk memikirkan tentang perubahan ketara yang berlaku kepada hubungannya dengan Zul. Semakin dekat tarikh perkahwinannya dengan Zul, semakin renggang hubungan Zul dengannya. Jika dahulu Zul sering menelefonnya dari pejabat, kini dia tidak melakukan perkara yang sama lagi. Sejak akhir-akhir ini, Zul terlalu sering memberi alasan untuk tidak keluar makan dan membeli-belah dengannya. Malah, dia seolah mahu menjauhkan dirinya darinya. Jadi kenapa tiba-tiba sahaja perangainya berubah seperti ini" http://www.nizamzakaria.com 155 Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria Aida semakin risau setelah dia menerima pesanan SMS dari Zul yang mengatakan dia perlu bercuti berehat buat beberapa hari. Apabila Aida cuba menghubunginya, dia mendapati Zul telah mematikan tele...
Cerita Silat Novel Online