Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria Bagian 2
"Kau ada E, tak?" jerit pemuda itu ke telinganya agar dia dapat mendengar
permintaannya itu dengan jelas di dalam keadaan muzik "drum and beat" yang kuat
dimainkan di dalam kelab tersebut.
Jali menggelengkan kepalanya. Dia melihat pemuda tersebut menjeling lalu
berjalan meninggalkannya dengan merentasi lautan manusia yang memenuhi ruang tarian.
Jali terkedu. Dia melihat pemuda itu berjalan ke arah pintu keluar sambil menghidupkan
puntung rokoknya. Jali memandang ke arah kawan-kawan skinheadnya yang sedang khayal menari.
Dia mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka lalu mengejar pemuda tersebut.
http://www.nizamzakaria.com 53
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Di luar, dia mendapati pemuda tersebut bergerak ke arah tempat dia biasa
meletakkan motornya. Jali cepat-cepat mendapatkannya.
"Siapa nama kau?" tanya Jali dengan termengah-mengah, pekat dengan loghat
Kelantannya. "Art... Kenapa ni?" Tanya Ariffin dengan nada angkuh. Dia terus berjalan ke arah
motornya. "Apa kau nak?"
"Kau dah nak balik ke?"
"Ya, tapi kenapa?"
"Kalau nak pop pill ecstasy... Aku ada."
Ariffin berhenti dari terus berjalan. Wajahnya berubah. Tak lagi bengis macam
tadi. "Kenapa tadi bila aku tanya, kau kata tak ada?"
"Aku tak kenal dengan kau."
"Apa pula tak kenal..."
"Apa maksud kau?"
"Aku tahu kau selalu perhatikan aku dari jauh."
Jali terdiam seketika. Entah mengapa tiba-tiba dia merasa segan untuk
memandang ke arah Ariffin.
"Nama kau?" tanya Ariffin sambil menjemput agar Jali duduk dengannya di atas
palang pemisah besi di hadapan kelab malam Movement.
"Jali..." Jawab Jali sambil meraba-raba belakang kepalanya yang botak itu. Dia
mengeluarkan kotak rokoknya untuk merokok. Ariffin kemudian menghidupkan puntung
rokok Jali dengan pemetik apinya.
"Kawan-kawan skinhead kau tu kat mana sekarang?"
"Ada kat dalam." Jali memberitahu. "Kau selalu ke sini?"
"Selalu... Tiap-tiap minggu."
"Kawan-kawan aku baru saja kenalkan tempat ini kat aku."
http://www.nizamzakaria.com 54
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Aku tahu... Aku tak pernah nampak muka kau kat sini sebelum ni. Sekarang kau
baru nak jadi regular kan?"
"Ya," jawab Jali lalu mengeluarkan " butir pill ecstasy yang telah dikeratkannya
dan dibalutnya baik-baik di dalam sekeping kertas aluminium. Dia menyerahkan
bungkusan kecil itu terus ke tangan Ariffin.
Ariffin memandang ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tidak ada sesiapapun
yang memandangnya lalu mengeluarkan pill tersebut lantas menelannya. Dia
mengeluarkan air mineral yang telah disimpan di kocek belakangnya lalu meneguk air di
dalam botol tersebut sampai habis.
"Okay... Terima kasih." Jawab Ariffin sambil memandang terus ke hadapan.
"Aku nak berkawan dengan kau?"
"Boleh. Apa salahnya." Jawab Ariffin sekadar melayan.
"Kau ni belajar lagi ke, dah kerja?"
"Belajar lagi." Macam nak tak nak Ariffin menjawab. "Kau pulak?"
"Kerja..." Jawab Jali perlahan. Sesekali dia akan memberanikan dirinya untuk
memandang ke arah Ariffin. Dia masih tidak percaya dia sedang bercakap dengannya,
kerana selama ini dia hanya berani memerhatikan Ariffin dari jauh.
"Jadi... Kau dengan kawan-kawan kau mana dapat duit sampai boleh pergi
clubbing kat sini bawak awek-awek bohsia tu semua belanja minum?"
Jali tidak menjawab. Dirasakannya Ariffin tidak perlu tahu tentang apa yang
dibuatnya selama ini untuk mendapatkan wang lebih untuk berfoya-foya. Dia terus
mendiamkan dirinya. Keadaan diam yang terwujud di antara mereka kini membuatkan
situasi menjadi kekok. Lebih kekok lagi apabila Jali mula dapat melihat perbezaan yang
nyata ada di antara mereka berdua. Dia budak skinhead manakala Ariffin pula sentiasa
sahaja nampak kemas. Dia bertubuh sederhana manakala Ariffin pula bertubuh tinggi.
Dia merasakan dirinya tidak kacak manakala Ariffin pula dilihatnya sebagai sebaik-baik
kejadian manusia. Perbezaan mereka berdua seperti langit dengan bumi, rasanya.
"Okay... jom masuk dalam." Ariffin menepuk peha Jali. Jali menarik nafasnya
lalu mengangguk. Jatungnya berdebar-debar apabila Ariffin menepuk pehanya tadi.
Jali berjalan mengekori Ariffin dari belakang untuk masuk kembali ke dalam
Movement. Ariffin pergi ke sudut kegemarannya lalu menari di sana. Jali ikut menari
sama di sampingnya. Dia tidak menghiraukan kawan-kawannya yang lain... Jika mereka
tanya nanti, dia akan memberitahu kepada mereka bahawa Ariffin ini adalah sepupunya
yang datang belajar di KL...
* http://www.nizamzakaria.com 55
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Kenapa kau lambat sangat?" tanya Ariffin lagi dengan nada marah-marah. Matanya
tajam memandang ke arah Jali.
"Jali pergi gig. Lepas tu Jali lepak minum-minum dengan member-member Jali." Dia
memberitahu. Dia cuba bercakap dengan perlahan. Dia tahu dia bersalah kerana tidak
menepati janjinya. "Bencilah kalau kau buat aku macam ni" Kau ingat aku ni tunggul ke apa?"
"Jangan cakap macam tu, Art! Jali bukan sengaja." Katanya dengan nada memujuk. "Jadi
malam ni macam mana" Jali boleh lepak kat bilik Art tak?" Tanya Jali dengan
mengharapkan. "Boleh... Tapi esok bawak benda yang aku pesan tu." Kata Ariffin dengan kasar. Jali
dapat melihat wajah Ariffin cukup serius, walaupun di dalam keadaan samar-samar di
kawasan tertutup di Jurassic Park itu.
Jali memegang pipi Ariffin dan Ariffin terus berdiri kaku membenarkan. Nafas
Jali turun naik. Dia cukup sayangkan kepada Ariffin walaupun dia tahu, rasa sayangnya
yang tidak berbelas bagi itu tidak mungkin dapat dibalas olehnya. Ariffin bukan seorang
lelaki sepertinya... Jali, mat gedebe-anak Kelantan-skinhead-brutal-kaki pau itu mendekati Ariffin sambil
menutup matanya untuk mengucupnya di dalam gelap. Tetapi dengan secara tiba-tiba
Ariffin menolaknya setelah dia mendengar bunyi motornya yang diletakkannya
berdekatan terjatuh di atas jalan. Jali dapat melihat Ariffin terus berlari ke arah
motorsikalnya yang telah terjatuh lalu dilanggar pada bahagian tayar belakangnya oleh
sebuah kereta BMW berwarna hitam.
Ariffin memaki hamun dengan kuat sambil mengetuk-ngetuk cermin kereta itu. Kereta
BMW itu kemudian dengan laju meninggalkan kawasan tersebut. Jali berjalan
mendapatkan Ariffin untuk membantunya mengangkat motosikalnya.
"Kimak lah!" jerit Ariffin sekuat hari. Suaranya berdengung memecahkan
kesunyian malam yang kadang-kala akan diselingi dengan bunyi motor-motor mat rempit
yang sering membawa motosikal mereka dengan laju di jalan-jalan besar berdekatan.
Jali menggeleng-gelengkan kepalanya. Dilihatnya bahagian besi tayar belakang motor
Ariffin kemik dilanggar kereta BMW tadi. Dan kini, Ariffin memarahinya pula kerana
telah datang lambat sehingga menyebabkan perkara ini berlaku. Jali kurang pasti apa
kaitan dia datang lambat menemuinya tadi dengan motornya itu dilanggar, tetapi dia diam
sahaja. Dia tidak mahu menambahkan lagi kemarahan Ariffin.
Ariffin duduk di bahagian tepi pembahagi jalan. Dia termenung ke hadapan.
Fikirannya kosong. http://www.nizamzakaria.com 56
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Biar Jali hantar motor ni pergi repair kat kedai motor Ah Seng..." Jali
menyarankan. "Bila?" "Sekarang..." Jali memberitahu.
"Tapi kedai Ah Seng tutuplah! Dah pukul berapa ni?"
"Tak apa. Jali boleh tunggu."
Ariffin terus mendiamkan dirinya. Jali kemudian meminta Ariffin menunggu
sebentar agar dia dapat mengambil motor vespanya. Dia selanjutnya membawa motor
vespanya, lalu berhenti di hadapan motor Ariffin. Dia menyerahkan kunci motor
vespanya kepada Ariffin. "Art balik sahajalah. Jali tahu Art penat. Nanti esok tengah hari Jali ke tempat Art
untuk ambil motor Jali ni. Esok tengah hari Art tak ke mana-mana, kan?"
"Tak." Jawab Ariffin pendek. Dia menyerahkan kunci motornya kepada Jali.
Beberapa detik kemudian dia dapat melihat Jali menolak motornya itu ke hadapan. "Esok
jangan lupa bawa benda tu!" dia mengingatkan.
"Malam... Jali akan bawa benda tu malam esok." Jawab Jali dengan perlahan.
Suaranya sayup-sayup kedengaran.
Ariffin mengeluh lalu terus naik ke atas motor vespa kepunyaan Jali. Dia mahu
pulang, fikirnya. Kemahuannya untuk pergi bersuka-suka ke kelab malam pada malam itu
hilang begitu sahaja dek pening kepala memikirkan tentang motornya yang telah
dilanggar itu. * Jali menelefon Ariffin. Dia memberitahu Ariffin agar menunggunya di tempat mereka
selalu bertemu. Ariffin kemudian memberitahu kepada Jali mungkin dia akan tiba lewat
sedikit untuk menemuinya malam ini.
"Art kat mana ni" Kenapa kat belakang bising-bising?" Jali ingin tahu. Nadanya
jelas cemburu. "Parti kawan satu U." Jawab Ariffin dengan pantas. "Okaylah, bila dah sampai
nanti aku call." Ariffin terus mematikan panggilan dari Jali.
Jali terpaksa menunggu lebih dua jam sebelum Ariffin tiba di tempat yang dijanjikan.
Ariffin dapat melihat Jali datang membawa beberapa orang rakan-rakan skinheadnya http://www.nizamzakaria.com 57
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
budak-budak kaki pau yang sering berada di kawasan ini dengan kerja mengugut meminta
wang perlindungan dan merompak.
Jali menyerahkan sebuah bungkusan plastik yang kecil ke tangan Ariffin. Ariffin
nampaknya langsung tidak berpuas hati dengan apa yang telah diberikan oleh Jali
kepadanya. Walaupun begitu, dia terus memasukkan bungkusan tersebut ke dalam kocek
seluarnya. "Mana cukup ni!" Ariffin menengking. "Aku mintak empat straw. Kau bagi aku
satu straw ni apasal?"
Jali mengeluh. Dia telah mencuba sedaya mungkin untuk mendapatkan apa yang
telah diminta oleh Ariffin darinya. Tetapi ini sahajalah yang termampu olehnya.
Kemudian dia mengeluarkan wangnya dari kocek seluarnya:
"Ini untuk Art... Wang untuk betulkan motor Art tu." Jali memasukkan wangnya
ke dalam kocek seluar Ariffin. "Jali tak ada banyak duit, tapi ini sahaja yang Jali mampu.
Kalau Jali mampu, Jali akan beri lagi."
"Semalam apa yang aku mintak?" Ariffin menolak tubuh Jali. Dia hampir-hampir
terjatuh. Jali memandang ke arah kawan-kawannya yang lain. Dia berharap mereka tidak
akan dapat melihat apa yang telah dilakukan oleh Ariffin kepadanya.
"Dah lah tu, Art... Jali tak nak cari gaduh." Jali merapatkan tubuhnya ke arah
Ariffin. Ariffin pula menolaknya lagi.
"Lepas ni... Aku tak nak tengok muka kau lagi!" Ariffin menudingkan jarinya ke
wajah Jali. "Kau boleh berambus dari hidup aku! Kau ingat kau sorang jer boleh dapatkan
aku apa yang aku nak?"
Wajah Jali merah menahan marah yang tiba-tiba sahaja singgah ke dalam dirinya.
Dia tidak mahu kehilangan Ariffin di dalam hidupnya. Bagi dirinya, hanya Ariffin
sahajalah satu-satunya manusia yang berupaya membuat hidupnya lebih bererti. Jadi dia
cukup benci jika Ariffin mengancam untuk tidak mahu berjumpa lagi dengannya seperti
ini. "Pantang keturunan aku kalau ada orang berani nak ugut-ugut aku macam ni!"
Jali menolah bahu Ariffin. Kemarahannya semakin memuncak apabila Ariffin berani
melawan. Mereka bergelut. Jali menumbuk bibirnya apabila Ariffin menumbuk mukanya
dengan kuat. Kini rakan-rakan Jali masuk campur. Mereka sama-sama memukul Ariffin
sehingga datangnya sebuah kereta BMW hitam yang berhenti di hadapan mereka.
Seorang lelaki bertubuh tinggi keluar dengan sebatang kayu baseball.
Jali memberi isyarat kepada kawan-kawannya agar lari dari situ. Mereka lari
lintang pukang. Kemudian Jali berhenti dari terus berlari untuk memandang ke arah
http://www.nizamzakaria.com 58
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Ariffin yang telah dipukulnya tadi. Dia dapat Ariffin dibantu untuk berdiri oleh lelaki
yang tidak dikenalinya itu. Jali melepaskan nafasnya. Sekurang-kurangnya pada malam
itu dia dapat memastikan bahawa Ariffin berada di dalam keadaan selamat.
* Ariffin memeriksa pesanan SMS yang baru diterimanya dari Jali. Jali menghantar
sepucuk SMS untuk bertanya khabar dan memberitahunya bagaimana dia merinduinya.
Jali akan menghantar kepadanya mesej-mesej seperti ini hampir setiap hari, lebih-lebih
lagi sejak peristiwa dia memukulnya di Jurrasic Park pada minggu lepas.
Ariffin telah pun memaafkannya. Malah, sebenarnya dia suka diperlakukan begini oleh
Jali. Dia suka membuat Jali marah kepadanya lalu memukulnya. Dia tahu, sikap Jali yang
suka berlembut dengannya itu ada batasnya. Jadi dia akan melakukan apa sahaja untuk
membuatnya marah. Dia mahu dirinya dipukul. Kerana hanya ketika itulah dia dapat
merasakan dirinya hidup kembali, walaupun untuk beberapa ketika.
Ariffin membalas dengan pesanan pendek yang mengatakan bahawa dia juga merindunya,
walaupun dia tidak ikhlas dengan kata-katanya itu. Sebaik sahaja dia menekan butang
"send" dia dapat melihat kereta yang dibawa oleh Julia menuju ke arahnya...
http://www.nizamzakaria.com 59
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 7 Julia berhenti di hadapan Sunway Hostel Kondominium. Dia mendapati Ariffin telah pun
menunggunya di sana seperti yang telah mereka janjikan. Dia sedang memakai kaca mata
hitam pada tengah hari itu. Wajahnya sedikit pucat.
"Dah lama tunggu ke?" tanya Julia sebaik sahaja Ariffin masuk ke dalam
keretanya. "Saya baru sahaja turun. Panas lah kalau tunggu lama-lama." Jawab Ariffin. Dia
memakai tali pinggang keledarnya apabila Julia memberi isyarat tangan kepadanya agar
berbuat begitu. "Kalau panas-panas macam ni, petang karang hujan lah tu."
"Sekarang musim hujan... Kat Bali hujan tak?"
"Tak..." Jawab Julia. Cuaca kat sana baik jer.
"Kenapa dengan bibir awak tu?" tanya Julia. Dia dapat melihat tanda lebam di
bibir Ariffin. "Tak ada apa-apa... tergigit masa bawak motor." Ariffin menjelaskan. Kemudian
dia bertanya: "Jadi seronok tak awak kat sana?"
"Seronok! Rasa macam nak pergi lagi."
"Apa yang seronoknya kat Bali tu?"
"Saya seronok melihat pertunjukan tarian Kecak dan Barong. Saya seronok pergi
bershopping dan berehat-rehat di sana. Dan yang paling penting sekali, saya seronok
sebab dapat habiskan masa saya bersama bapak saya yang selalu saja sibuk dengan
kerjanya tu." Katanya, lalu meminta Ariffin mengambil sebuah bungkusan plastik di
belakang keretanya. Ariffin mengambil bungkusan tersebut. Di dapatinya di dalam
bungkusan tersebut terdapat sebuah topeng. "Itu buah tangan dari saya dari Bali."
"Topeng?" tanya Ariffin. Dia melihat topeng tersebut secara dekat. T-shirt putih
pemberian Julia masih tersimpan di dalam bungkusan plastik yang sama.
"Yer... Topeng lah tu. Nampak macam topeng kan?" Julia bersenda gurau. Ariffin
menyambut dengan ketawa. "Saya belikan awak topeng Patih Manis."
"Patih Manis?" "Ya, menurut cerita, Patih Manis ini dikatakan mempunyai perwatakan yang
keras... Dia seorang yang angkuh." Julia meluahkan kembali apa yang dipelajarinya
tentang topeng ini dari buku Balinese Masks oleh Judy Slattum dan Paul Schraub.
http://www.nizamzakaria.com 60
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Sebagai penasihat raja, dia seorang yang cerdik dan banyak tipu muslihat. Topeng ini
dipakai ketika karakternya perlu ditonjolkan sebagai "manis"."
"Ada topeng bila mukanya masam ke?"
"Ada... Ia dipanggil topeng keras."
"Kenapa awak tak belikan saya topeng patih dengan wajah keras" Kan brutal
sikit!" "Awak kan manis orangnya..." Jawab Julia dengan cepat. "Kita jadi ke tengok
wayang di One Utama, ni?"
"Ya, jadi..." Jawab Ariffin sambil memakai topeng Patih Manisnya. "Ho, ho, ho!"
Katanya sehingga membuatkan Julia ketawa terbahak-bahak. Kemudian dia membuka
bajunya untuk digantikan dengan baju pemberian Julia. Julia terus terdiam dan sesekali
dia akan menoleh untuk melihat keadaan Ariffin menukar bajunya itu di dalam keretanya
Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
itu... Sebaik sahaja Julia turun dari keretanya, Ariffin terus memuji busana yang dipakai oleh
Julia. Dia mengatakan bahawa Julia kelihatan anggun dengan baju kebaya Bali yang
dipakainya. Potongan kebaya ketat itu jelas menampakkan bentuk badan Julia yang
menggiurkan itu. "Baju ni nampak okay tak?" tanya Ariffin menunjukkan baju yang dipakainya
dengan gambar Barong di hadapannya.
"Okay sangat!" ujar Julia tanpa mahu memuji lebih-lebih walaupun dia suka
melihat Ariffin memakai baju-T pemberiannya itu.
Pada tengah hari itu, mereka meneruskan dengan rancangan mereka untuk pergi
menonton wayang bersama, walaupun mereka terpaksa beratur panjang untuk
mendapatkan tiket. Julia tidak tahu filem apa yang mahu ditontonnya, jadi dia telah
meminta agar Ariffin memilih filem yang mahu mereka tonton bersama. Ariffin suka
menonton filem-filem aksi, jadi dia pun memilih sebuah filem aksi terbaru lakonan Tom
Cruise. "Selalunya awak keluar tengok wayang dengan siapa?" tanya Ariffin kepada Julia
sebaik sahaja mereka duduk di dalam panggung.
"Dengan bapak saya." Jawab Julia. "Dia memang kaki wayang. Kalau dia tak
sibuk, kami akan tengok wayang pada hari hujung minggu."
"Awak tak keluar dengan mak awak sekali ke?"
"Tak... Kami tak keluar sekali." Julia teragak-agak menjawab. "Mak dan bapak
saya dah lama berpisah..."
http://www.nizamzakaria.com 61
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Maaf, saya tak tahu." Ujar Ariffin serba salah.
"Tak apa..." Julia cuba mengukir senyuman. "Saya selalunya akan keluar
bershopping dengan mak saya."
Panggung digelapkan. Ariffin menghulurkan tangannya untuk memegang tangan
Julia. Memang pada mulanya dia teragak-agak untuk menggenggam tangan Ariffin, tetapi
akhirnya dia mengeratkan genggamannya. Julia dapat merasakan kehangatan tangan
Ariffin. Ketika Julia menoleh ke arahnya, dia dapat melihat mata Ariffin terus ke layar
perak. Dia kelihatan bersahaja, seolah-olah tidak ada apa-apa yang telah berlaku di antara
mereka dan mereka telah lama berkasih mesra.
* "Awak lapar tak?" itulah soalan pertama yang terpacul dari mulut Ariffin, sebaik
sahaja mereka keluar dari panggung. Dia terus memakai kaca mata hitamnya kembali.
"Lapar juga... Kenapa, awak nak makan?"
"Ya. Tapi di mana, ya?"
"Awak nak makan apa?"
"Apa kata kita makan Burger King... Murah sikit."
"Okay." Jawab Julia walaupun dia tak suka makan makanan segera. Lebih-lebih
lagi burger. Mereka berdua berjalan ke arah bahagian bangunan baru One Utama. Julia tidak pernah
ke sini sebelum ini, jadi matanya rambang melihat beberapa buah kedai pakaian baru
yang terdapat di sini. Dia perlu mengingatkan dirinya agar membawa ibunya ke sini
nanti... Di Burger King, Ariffin memesan set makanan kegemarannya, set Big Whopper bersaiz
besar. Julia punya sekadar memesan sepaket union ring. Julia membayar harga makanan
yang dipesan oleh mereka, kerana katanya sebagai bonus setelah dia telah mendapat
markah B untuk peperiksaan Business Lawnya.
Setelah mereka mendapatkan makanan yang mereka pesan, Ariffin terus
membawa makannya tempat duduk di luar restoran. Senang sikit jika dia hendak merokok
nanti, fikirnya. "Awak dah daftar subjek untuk semester depan?" tanya Ariffin sambil membuka
mulutnya untuk memakan Big Whoppernya.
http://www.nizamzakaria.com 62
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Sudah... Saya dah daftar mengikut ketiga-tiga subjek yang hendak awak ambil
tu." "Baguslah macam tu... Boleh kita study sama-sama."
"Betul tu." Tangan Julia mengais-ngais onion ringnya tanpa niat untuk
memakannya. "Kalau kita nak study sama-sama... Saya nak awak study bersungguh-sungguh."
"Ya. Saya janji." Julia mengangkat tangan kanannya seolah berikrar. "By the
way... Saya dah belikan awak buku-buku teks yang kita perlukan untuk semester depan..."
"Buku-buku teks?" Ariffin mengulangi kata ganda yang digunakan Julia.
"Ya. Saya dah belikan kesemua buku yang kita perlukan?"
"Eh, tak payahlah. Saya main-main jer lah. Apa percaya sangat apasal?" Wajah
Ariffin jelas risau. "Awak tahu saya main-main jer, kan?"
"Tak apalah... Lagipun saya dah beli. Ada dalam kereta saya buku-buku tu. Saya
beli semalam. Balik nanti awak ambil, ya?"
"Hemm..." "Okay, anggaplah sebagai hadiah dari saya. Saya hadiahkan kepada awak sebab
awak tolong saya dapatkan markah yang baik untuk Business Law. Kalau tak, sampai
bila-bila saya tak boleh grad!"
Ariffin tidak menjawab. Dia terus mengunyah burgernya.
* Jali menerima pesanan SMS dari Ariffin. Jiwanya tenteram sedikit. Dirinya tidak lagi rasa
tersekat-sekat ketika bernafas dan bilik yang disewanya di flat Kg Baru itu tidak lagi
terasa sempit. Tak apalah jika Ariffin tidak dapat menghabiskan masanya bersamanya di
Balai Seni Lukis Negara pada hari itu...
Jali keluar dari biliknya. Dia ke balkoni flatnya di tingkat 14 yang menghadap ke
arah KLCC itu. Dia menghirup udara segar pada tengah hari hujung minggu itu.
Jali memikirkan tentang Ariffin buat sekian kalinya pada hari itu. Hatinya cukup berat
memikirkan tentang jalan hidup yang telah dipilih Ariffin. Kalau boleh, biar dia sahaja
yang jahat. Biar dia sahaja yang dianggap sampah oleh masyarakat, tapi bukan Ariffin.
Kerana Ariffin selayaknya mempunyai kehidupan yang lebih bererti buat dirinya.
http://www.nizamzakaria.com 63
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Tiga hari selepas Ariffin dibelasahnya di Jurrasic Parknya, Jali telah mengambil
keputusan untuk pergi melawatnya di hostelnya. Dia pergi tanpa diundang dan tanpe
memberitahu Ariffin lebih awal, tetapi Ariffin tetap membenarkan dia masuk untuk
berjumpa dengannya tanpa cakap soal, seolah-olah tidak ada apa-apa yang telah berlaku
di antara mereka sebelum ini. Tapi itulah yang akan berlaku selalunya. Mereka akan
bertengkar. Bergaduh. Ariffin akan dipukul oleh Jali. Jali akan meninggalkannya. Salah
seorang dari mereka akan menghilangkan diri tanpa khabar berita buat beberapa hari,
kemudian berkawan semula.
"Art okay tak?" tanya Jali sebaik sahaja dia dibenarkan masuk ke dalam
hostelnya. Dirinya resah melihat kesan tumbukkannya di bibir Ariffin.
"Biasa je lah." Ariffin duduk di sofanya sambil menghidupkan puntung rokoknya.
Matanya terus ke kaca TV. "Nak risau-risau tak tentu fasal ni kenapa" Macam tak biasa
pulak!" Kalimah-kalimah yang terpacul dari mulut Ariffin membuatkan Jali terkebil-kebil
buat seketika. "Jadi... Siapa lelaki yang tolong Art malam tu?" Tanya Jali sambil menyusun
beberapa buah majalah yang bersepah di ruang tamu hostel Ariffin.
"Nama dia Zul."
"Lagi?" "Lagi apa pulak ni?"
"Tentang dia lah?"
"Lawyer... Umur 35 tahun. Berasal dari Negeri Sembilan. Lagi apa kau nak tahu?"
"Dia suka dengan Art ke?"
"Ye lah kot... Tapi entahlah."
"Apa yang entahnya kalau dah suka?" tanya Jali dengan penuh cemburu.
"Dia tak nak aku sentuh dia..."
"Pulak, dah!" getus Jali, terus dia terduduk di atas kerusi sofa.
"Baguslah macam tu..." Jawab Ariffin bersahaja. Dia terbaring di atas sofanya
dengan kepalanya di tepi paha Jali. "Dia tengah confuse tu... Dia ada tunang. Cun tunang
dia tu. Nama tunang dia Aida... Anak orang kaya Brunei?"
http://www.nizamzakaria.com 64
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Tapi dia tetap cari Art, kan?" Jali cepat-cepat memotong sebelum Ariffin
menceceh menceritakan hal-hal yang tidak perlu diketahuinya.
"Aku tak tahu apa dia mahu dari aku... Betul aku tak tahu."
"Dia mahukan Art... Cuma tunggu masa sahaja sebelum dia berani melakukan
apa-apa." Ujar Jali sambil mengusap-usap rambut Ariffin. "Tentu Art tahu diorang ni
semua serupa jer." "Entahlah... Aku rasa dia lain." Kata Ariffin dengan jujur. Kata-katanya ini telah
meresahkan jiwa Jali, kerana dia tidak pernah mendengar Ariffin bersikap seperti ini
sebelum ini. "Dah tu... Aku rasa macam dah lama kenal dengan dia."
"Ye lah tu!" "Betul! Aku serius ni! Aku nak kenal dia dengan lebih rapat lagi."
Jali mengeluh. Jauh di dalam hatinya, dia cukup-cukup tidak bersetuju jika Ariffin
mahu mengadakan hubungan yang terlalu rapat dengan lelaki-lelaki yang ditemuinya
selain dari melayani kehendak nafsu mereka untuk mendapatkan wang. Tetapi dia juga
tahu dia tidak mungkin akan dapat melakukan apa-apa untuk menghalang kehendak
Ariffin. Dia pernah mencuba berkali-kali, tetapi Ariffin terlalu degil orangnya. Jika dia
mahukan sesuatu, tidak ada sesiapun yang boleh menghalangnya.
"Jadi, dia ada keluarkan duit dia untuk kau?" tanya Jali.
"Ada... Dia ada nak bagi aku duit tapi aku tak mahu terima."
"Kenapa?" "Entah... Aku sendiri tak tahu. Tapi aku memang tak nak terima apa-apa lagi yang
dia nak beri kat aku."
"Baguslah macam tu... Jadikan ini satu permulaan yang baik untuk kau." Jali
cuba membuka langkah untuk memberi nasihat, "kau sendiri tahu aku tak suka tengok
kau terima wang haram ni semua, kan?"
Ariffin ketawa sendiri. Langsung mempersendakan kata-kata Jali tadi. Katanya,
seorang neo-Nazi Melayu yang rasis sepertinya tak layak Jali menasihatinya. Jali
mengeluh. Dia tahu Ariffin biadap, tetapi dia tetap akur dengan kebenaran kata-katanya
tadi. "Jadi apa lagi kau tahu tentang Zul, ni?"
"Dia suka mengumpul lukisan dan dia ada banyak buku tentang lukisan!" Ariffin
bangun dari keadaan baringnya lalu dia masuk ke dalam biliknya. Dia mengeluarkan dua
buah buku yang tebal-tebal tentang koleksi lukisan abad ke-20 dan buku mengenai
http://www.nizamzakaria.com 65
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
sejarah seni. "Kau pinjam buku dia ni. Kau kan suka tengok lukisan... Kau boleh tenung
gambar-gambar lukisan dalam buku-buku ni lama-lama. Tak payah susah-susah pergi ke
Balai Seni Lukis Negara tu. Aku pinjam buku-buku dia ni pun sebab aku teringatkan
kau!" Jali membelek-belek buku tersebut. Dia memikirkan tentang cita-citanya yang
hanya diketahui oleh Ariffin. Dia mahu jadi seorang pelukis. Dia suka melukis. Katanya
kemudian dengan suara yang perlahan:
"Terima Kasih, Art..."
"Jaga buku tu baik-baik. Aku nak pulangkan buku ni kepadanya nanti. Lepas tu
aku pinjam lagi buku dia yang lain biar kau boleh baca sendiri. Kalau kau tak faham, kau
tanya aku. Jangan buat derk pulak. Kalau tak tahu tanya! Jangan bodoh sombong!"
"Ye lah, Jali tahu!" Jali membuka salah sebuah buku yang diserahkan oleh Ariffin
kepadanya. Matanya kini terus kepada sebuah lukisan Lucien Freud yang bertajuk Interior
in Paddington yang dipamerkan di Walker Art Gallery, Liverpool. Lama dia memandang
ke arah lukisan tersebut, seolah-olah dia terkesima dengan apa yang dilihatnya lalu
fikirannya melayang entah ke mana.
"Ini hadiah untuk kau... Aku beli pakai duit yang kau bagi untuk betulkan motor
aku. Zul yang bayarkan..." Ujar Ariffin sambil membongkok ke bawah kerusi sofanya
untuk mengambil hadiah yang telah disoroknya. Sebuah set lukisan yang terkandung
buku sketch, pensel melukis, cat air dan berus lukisan.
"Terima kasih, Art." Ucap Jali dengan perlahan. Matanya tertunduk memandang
hadiah pemberian Ariffin tadi. Sejahat-jahat Ariffin, kadangkala dia akan melakukan
perkara-perkara kecil seperti ini yang mampu membuat hatinya cair kepadanya, fikir Jali
sendiri. "Kali ini... Aku tak nak dengar angan-angan kosong kau tu lagi. Aku nak kau
betul-betul melukis." Kata Ariffin dengan serius. Dia pernah melihat lukisan-lukisan yang
pernah dilukis oleh Jali di atas buku notanya. Dia tahu Jali sememangnya mempunyai
bakat seni yang besar, cuma dia tidak pernah memperkembangkan bakatnya yang ada.
Jali mengangguk kepalanya dengan perlahan. Kemudian dia dapat melihat Ariffin
membuka bajunya lalu meletakkan sebuah kerusi di sebelah kabinet TV.
"Aku nak kau lukis gambar aku..." kata Ariffin sambil meminta Jali duduk di
kerusi tersebut. "Sekarang?" "Ya, sekarang."
http://www.nizamzakaria.com 66
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Jali cepat-cepat mengeluarkan set lukisan dari bungkusan plastik yang telah
diletakkan di atas pahanya. Dia mengeluarkan buku sketchnya serta pensil yang sesuai
untuk digunakannya untuk melukis.
Ariffin terus menonton TV sambil membiarkan dirinya dilukis oleh Jali sambil
terbaring di kerusi sofanya itu.
* Jali terus memandang kepada lukisan Ariffin yang telah dilukiskannya tempohari ketika
dia sedang terbaring sendirian di dalam biliknya. Dia mendapati dia telah pun melukis
beberapa lukisan lain yang semuanya merupakan potret Ariffin. Kesemua lukisannya itu
telah dilukisnya dengan realistik sehingga ada yang kelihatan seperti gambar foto.
Jali semakin bersemangat untuk melukis, walaupun dia merasakan, angan-angannya
untuk menjadi pelukis yang terkenal tidak mungkin dapat dicapainya. Dia tahu dia siapa.
Dia tidak mempunyai pelajaran, inikan pula latihan asas melukis. Tetapi dia ada Ariffin.
Ariffin sudah cukup untuk membuatnya mahu melukis dan terus melukis...
http://www.nizamzakaria.com 67
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 8 "Mama lihat Julia sekarang rajin benar ulang kaji pelajaran..." Ujar Wati kepada anaknya
yang sedang tekun membaca nota subjek Business Data Modelling yang telah diambilnya
di dalam kuliahnya tadi. Dia sedang duduk di ruang tamu rumah Wati sambil menonton
rancangan MTV yang sedang menunjukkan video muzik terbaru dari Usher. Wati tidak
tahu bagaimana anaknya itu mampu mengulang kaji pelajarannya itu sambil menonton
TV. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya, kerana ketika pada zaman dia belajar di UM
dahulu, dia perlu belajar di dalam sebuah bilik yang senyap sunyi agar dia dapat
menumpukan pelajarannya dengan baik.
"Julia nak dapat keputusan yang baik untuk semester ini. Julia tak mahu mainmain
lagi." Katanya sambil menconteng-conteng sesuatu ke atas kertas notanya itu.
"Baguslah macam tu, Julia." Kata Wati sambil membelek-belek majalah
Cosmopolitan yang diambilnya dari atas mejanya. Wati masih nampak kemas dan
bergaya walaupun dia berada di dalam rumahnya sendiri. "So... Macam mana dengan
kerja part-time Julia sekarang di klinik baba?"
"Baik jer ma... Bukannya susah sangat kerja yang Julia buat. Yang susahnya kena
baca tulisan papa macam cakar ayam tu lah!"
"Tak jejaskan pelajaran Julia ke bila Julia buat kerja part-time ni?"
"Insyaallah, tak." Jawab Julia perlahan. "Ma... Macam mana kalau kita nak tahu
kalau seseorang tu suka kat kita?"
"Kenapa Julia tanya soalan ni kepada mama?" terkejut dia menerima soalan ini
dari Julia. "Julia nak tahu."
"Bahasa Melayu kita ni kaya, Julia... Ada perkataan suka, sayang, cinta, kasih...
Jadi yang Julia maksudkan ni mana satu?" Wati cuba mengusik anaknya.
"Kan Julia cakap tadi... Suka."
"Okay, lets cut to the chase... Julia ada boyfriend baru ke ni?"
"Mana mama tahu ni?"
"Mama perempuan, Julia!" Wati mengingatkan. "Mama pun pernah muda macam
Julia, jadi mama tahu kalau anak mama ni sedang bercinta."
"Cinta" Eh, tak ada lah mama! Julia baru jer kenal dengan Art." Julia cepat-cepat
menutup mulutnya kerana telah terlanjur kata menyebut nama timang-timangan Ariffin.
http://www.nizamzakaria.com 68
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Oh... Namanya Art?"
"Ya... Art." "Nama penuh?" "Ariffin Nordin."
"Orang mana?" "Dia berasal dari Kedah..."
"Mana Julia kenal dia?"
"Dia seuniversiti dengan Julia."
Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
"Bagaimana orangnya?"
"Baik... Dia baik sangat, ma! A perfect gentleman." Kata Julia sambil melepaskan
nafasnya. "Ye ke?" tanya Wati dengan nada skeptikal. Dia tahu bagaimana Hadi pernah
mengecewakannya sehingga Julia bersedih dan dialah juga yang terpaksa memujuk
anaknya itu. Dia tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada Julia lagi.
"Ya, ma!" ujar Julia bersungguh-sungguh. "Tiap-tiap pagi dia akan tunggu Julia
sehingga Julia tiba ke universiti. Kami akan duduk bersama di dalam kuliah dan apabila
Julia nak balik, dia akan temankan Julia sehingga ke kereta."
"Sampai begitu sekali budak tu?"
"Itulah... Dia juga mahu Julia belajar rajin-rajin. Kalau Julia tak tahu mana-mana
perkara yang telah diajar di dalam kuliah, dia akan jelaskan kepada Julia sampai julia
faham." Beritahu Julia. "Tapi, ma... Julia tak tahu kalau dia anggap Julia ni sebagai
kawan ataupun?" "Girlfriend dia?"
"Ya." "Macam mana Julia nak tahu?"
"Entahlah, Julia... Mak tak kenal dengan si Art tu."
"Macam mana mama tahu yang baba sayang dengan mama dulu?"
http://www.nizamzakaria.com 69
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Wati mengeluh. Dia tidak menyangka soalan seperti ini akan terpacul dari mulut
anaknya itu. "Mama tahu baba kamu tu sayang dengan mama bila baba sanggup berhenti
merokok bila mama suruh dia berhenti."
"Alah, tak kan tu jer ma?"
"Okay... Mama tahu baba sayang kepada mama bila dia beritahu kepada mama...
Dia sanggup menerima mama seadanya, walaupun dia tahu mama banyak kekurangannya.
Kalau mama ada salah dan silap, dia akan memaafkan dan berkata kita boleh sama-sama
melakukan sesuatu untuk memastikan mama tidak akan mengulangi kesilapan yang
sama..." "Baiknya, baba!"
"Cerita lama tu, Julia..." Wati bersuara perlahan. Saat dia tahu Shahri berhenti
bercinta dengannya adalah apabila Shahri berhenti memaafkannya.
"Ma... Minggu depan Julia, Daniel dan Art nak buat perbincangan kat sini, boleh
tak" Kami mahu siapkan assignment kami bersama."
"Boleh... Apa salah."
"Kami bergilir-gilir mencari tempat berbincang untuk study group kami ni... Jadi,
kami tak cepat bosan bila belajar bersama nanti."
"Okay... Nanti mama sediakan makanan untuk kamu semua, ya?"
"Baguslah macam tu, ma. Kita sama-sama buat laksa Johor... Okay ma?"
"Boleh..." Kata Wati sambil tersenyum, dia tahu benar Julia suka memasak dan
akan mengambil setiap kesempatan untuk belajar memasak darinya. Bila Julia menyebut
tentang laksa Johor, Wati terkenangkan kepada kampung halamannya di Muar yang
sudah lama tidak dilawatinya. Wati termenung seketika. Dia memikirkan tentang Julia
yang sudah lama tidak menemui datuk dan neneknya di sana...
* Zul pulang awal ke rumahnya pada senja itu. Dia tidak mempunyai semangat untuk ke
gym selepas waktu pejabat seperti mana yang selalu dilakukannya. Ada sesuatu yang
mengganggu jiwanya yang tidak tenteram itu.
Sepanjang hari dia memikirkan tentang Ariffin.
Zul duduk di ruang tamu rumahnya sambil termenung. Dia risau memikirkan makan
minum Ariffin. Dia cuba membayangkan apa yang sedang dilakukan oleh Ariffin pada
http://www.nizamzakaria.com 70
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
ketika itu. Adakah dia sedang belajar, atau sedang makan malam bersama rakanrakannya,
ataupun dia keluar dengan lelaki-lelaki yang menagih cinta darinya"
Zul menggaru-garu rambutnya sehingga kusut. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu
mencari nombor Ariffin. Dia merenung ke arah telefon bimbitnya buat beberapa lama
sebelum dia mengambil keputusan untuk menelefonnya.
+ Art... Ni Zul... - Tahu, bang... + Kat mana tu" - Dalam bilik. + Dah makan" - Belum. + Kenapa tak makan" - Tak ada selera lah, bang. Abang dah makan"
+ Belum. - Abang tak pergi keluar makan ke"
+ Tak... Rasa malas semacam ni.
- Bang... Jangan tak makan, nanti perut kosong!
+ Art pulak nasihatkan abang... Ish!
- Bang... Saya nak pergi ke rumah abang untuk pulangkan buku abang, boleh tak"
+ Bila" - Sekarang... + Boleh. - Okay... Saya bertolak ke sana sekarang, ya"
+ Okay. Lima belas minit kemudian, Zul dapat mendengar Ariffin membunyikan hon
motosikalnya di luar pintu pagar. Zul menekan butang pintu pagar automatiknya. Ariffin
masuk ke dalam kawasan rumahnya.
"Abang tak mandi lagi ke?" tanya Ariffin apabila dia melihat Zul belum lagi
menukar pakaian pejabatnya. Zul menggeleng lesu. Dia kepenatan.
Ariffin mengeluarkan buku-buku kepunyaan Zul yang dipinjamnya, lalu
diserahkan kepada Zul. Dia mengeluarkan sekeping kertas dari dalam buku tersebut. Di
atas kertas itu terlukis gambarnya tanpa baju terbaring di atas kerusi sofanya.
"Untuk abang ke ni?" tanya Zul kebingungan. Dia meneliti gambar tersebut lalu
mengucapkan terima kasih.
"Kawan saya yang lukis." Ujar Ariffin sambil melangkah masuk ke dalam rumah
Zul. "Siapa kawan Art yang melukis gambar ini?"
http://www.nizamzakaria.com 71
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Kalau saya cakap pun abang mana kenal!" jawab Ariffin. Dia terus meluru
berjalan ke arah dapur. "Art nak buat apa ni?" tanya Zul apabila dia melihat Ariffin menggeledah peti
aisnya. "Saya nak masak untuk abang."
"Tak payahlah! Buat susah-susah saja. Kita order Pizza je lah!"
"Tak apa... Kalau saya masak lagik senang. Abang duduk je lah kat depan tu
tengok berita TV3 tu."
Zul memegang belakang lehernya lalu berjalan ke ruang tamu. Dia membiarkan
Ariffin terus mengeluarkan peralatan untuk memasak dari dalam kabinet dapurnya. Dia
duduk di ruang tamu sambil menyambung menonton rancangan berita perdana di kaca
TV. Setengah jam kemudian Ariffin keluar dengan sepinggan mee goreng. Dia sendiri tidak
makan. Dia tidak mahu makan, katanya.
Zul menatang pinggan yang penuh dengan mee itu lalu dia makan sambil
menonton TV. Ariffin kadangkala tersenyum ke arahnya.
"Abang tentu dah lama tak makan kat rumah macam ni..." Ariffin bersuara.
"Abang tak ada masa nak masak sendiri kat rumah abang ni. Art tahu sendiri kan,
abang sibuk memanjang."
"Itulah... Abang bukannya nak kahwin cepat-cepat dengan tunang abang tu."
"Belum sampai masanya lagi, Art!"
"Apa pulak... Umur macam abang ni patutnya dah ada 2-3 orang anak."
"Abang sibuk dengan kerjaya abang, Art. Lagipun--"
"Alah, alasan tu. Ramai dah Art jumpa lelaki-lelaki macam abang ni yang
berkahwin walaupun tak ada nafsu dengan perempuan langsung." Ariffin berkata dengan
bersahaja. " Lagipun... Tentu orang tua abang dah tak tahan nak timang cucu."
"Ya... Kalau abang balik kampung, itu saja yang mereka bisingkan."
"Bila kali terakhir abang balik kampung?"
"Bulan lepas... Kenapa?"
http://www.nizamzakaria.com 72
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Saya tak pernah ke Mantin..."
"Tak ada apa-apa kat sana yang menarik."
"Tapi kat sana ada sekolah untuk anak-anak orang kaya dan padang golf, kan?"
"Ya, tapi abang anak pekebun. Keluarga abang orang susah."
"Tak kisah lah bang... Yang penting sekarang abang dah kaya. Tengok je lah
rumah ni?" "Abang berusaha untuk dapatkan semua ini, Art."
"Abang rasa saya boleh hidup senang macam abang satu hari nanti?"
"Boleh... Tapi Art kena belajar rajin-rajin dan berusaha macam abang." Nasihat
Zul. Kemudian dia teringatkan kepada lukisan yang telah dihadiahkan oleh Ariffin
kepadanya tadi: "Lukisan yang Art bagi tadi cantik."
"Nanti saya beritahu kepada pelukisnya..."
"Beritahu kepadanya... Bakatnya besar. Abang suka kepada lukisannya."
"Okay." "Kalau boleh abang nak melihat lukisan-lukisannya yang lain?"
"Tapi kenapa?" "Abang minat dengan seni... Jadi abang nak tahu kualiti koleksi lukisannya
macam mana." "Kawan saya ni baru sahaja nak mula melukis..."
"Kawan Art ni, satu universiti dengan Art?"
"Tidak..." Jawab Ariffin selepas beberapa detik dia diam.
"Jadi apa yang Art buat sepanjang minggu ini?"
"Apa yang saya buat?"
"Tak jumpa sesiapa ke?" tanya Zul, terus Ariffin faham dengan maksud soalannya
ini. "Ada... Malam semalam?"
http://www.nizamzakaria.com 73
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Dengan siapa" "Sorang mamat ni... Programmer. Kawan dia yang kenalkan saya kepada dia."
"Jadi apa yang berlaku?"
"Dia janji nak isikan minyak motor saya bila selesai buat kerja dengan dia... Dia
bagi saya 5 ringgit, lepas tu dia suruh saya balik. Rumah dia pulak jauh nun kat Keramat!
Nasib baik tangki motor saya ada minyak lagi, kalau tak... Sia-sia jer!"
"Art selalu kena tipu macam ni?"
"Ada jugak, tapi tak selalu... Ada yang mula-mula kata nak belanja makan dan
berikan saya sedikit wang, tapi bila dah dapat apa yang mereka nak, mereka blah macam
tu jer." "Jadi kenapa Art tak serik-serik buat kerja ni?"
"Saya dah terpaksa lah bang! Berapa kali saya kena ulang ni?" jawab Ariffin
marah-marah. Zul mengeluh. Sedar tak sedar, dia melihat mee goreng yang telah disuapkan ke
dalam mulutnya sejak tadi kita semuanya habis di makannya. Dia meletakkan pinggan
tersebut ke atas meja. Cepat-sepat Ariffin mengambil pinggan tersebut lalu meluru ke
arah dapur. Dia ke dapur untuk mencuci pinggan dan mengemas.
Zul ke dapur untuk mendapatkan Ariffin. Dia melihat keadaan dapurnya dengan
kabinet serba hitam. Peti ais besar berwarna perak. Mesin expressonya yang sehingga kini
hanya menjadi bahan perhiasan. Dan Ariffin yang tiba-tiba muncul di dalam hidupnya.
"Mana JP?" "Kucing kau tu?"
"Ya?" "Dia ada sesekali datang cari kau... Jadi tiap-tiap pagi aku akan letakkan makanan
di belakang dapur." "Tak bagi dia masuk?"
"Tak." "Sabar jellah!"
Zul tersenyum. Kemudian dia melihat Ariffin mengelap tangannya. Dia sudah
selesai dengan kerja-kerja mengemasnya di dapur.
http://www.nizamzakaria.com 74
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Apa yang abang takut sangat dengan kucing tu" Abang tak pernah ada kucing
ke?" "Pernah... Di kampung rumah abang banyak kucing."
"Dah tu kenapa tak bagi JP masuk rumah abang ni" Bagi dia manja-manja dengan
abang ke... Apa salahnya"
"Kalau abang sayang dengan dia... Abang takut nanti tiba-tiba dia hilang macam
tu jer. JP tu macam kucing liar. Ke mana-mana ceruk kawasan perumahan ni dia pergi.
Abang pun tak tahu siapa tuannya yang sebenar."
"Kalau abang sayang dia betul-betul... Mesti JP akan anggap abang tuan dia."
"Entahlah..." Zul menaikkan kedua belah bahunya.
"Okay lah bang... Saya nak balik. Esok saya ada kelas awal pagi."
Zul mengangguk. Dia mengekori Ariffin yang berjalan ke ruang tamu lalu berdiri
di hadapan rak bukunya. Dia sedang melihat beberapa buah judul buku sebelum dia
memilih dua buah buku untuk dibawanya pulang.
"Saya pinjam buku-buku ini, ya?"
"Boleh." Jawab Zul pendek. Dia mengeluarkan dompet wangnya. Dia ingin
menyerahkan wang Rm 50 kepada Ariffin.
"Bang... Maaf. Saya tak boleh terima duit abang ni." Kata Ariffin sambil menolak
tangan Zul. Zul kebingungan. Dia mahu bersedekah kepada Ariffin. Bukannya duit yang
dia beri ini duit haram, getusnya di dalam hati.
"Tapi kenapa" Kau perlukan wang ni lebih dari aku."
"Saya tak boleh terima apa-apa dari abang." Kata Ariffin dengan tegas. Dia
memasukkan buku-buku yang baru dipinjamnya ke dalam beg galasnya lalu dia keluar
dari rumah Zul. Dia naik ke atas motornya lalu menghidupkan enjin motornya.
Zul tidak dapat memahami tindakan Ariffin ini. Dia tahu Ariffin memerlukan
wang, tetapi mengapa dia tidak mahu menerima apa-apa pemberiannya" Kenapa"
Ariffin membawa motornya dengan laju meninggalkan rumah Zul. Sekali lagi rasa
kesepian yang amat sangat yang tadi terubat kini menyinggahi hatinya. Mungkin betul
kata Ariffin tadi. Mungkin dia patut membenarnya si kucing hitam bernama JP untuk
masuk ke dalam rumahnya lalu dijadikan rumahnya itu rumah barunya. Dengan adanya
JP, mungkin dia tidak akan terasa sunyi lagi hidup bersendirian...
http://www.nizamzakaria.com 75
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
http://www.nizamzakaria.com 76
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 9 Setelah selesai Wati mengisar bawang merah, dia terus menghiris bunga kantan dan daun
kesum di dapurnya, Wati berpeluk tubuh di sisi Julia sambil melihatnya menyiapkan kuah
laksa Johor yang penah diajarkan oleh dirinya dan ibunya satu ketika dahulu. Wati
mengambil sebatang senduk kayu untuk mencuba masakan anaknya itu. Sedap, malah
tidak ubah rasanya seperti masakan ibunya di kampung.
"Bila kawan-kawa Julia tu akan sampai?" Tanya Wati sambil membersihkan
kabinet dapurnya. "Sekejap lagi sampai lah diorang tu."
"Apa kata Julia pergi bersiap dulu... Mandi." Saran Wati. "Biar mama saja yang
siapkan laksa ni." "Alah, mama... Lagi sikit jer ni."
"Sebab itulah mama suruh Julia bersiap." Julia mengetapkan bibirnya tanda
bersetuju, lalu mencium pipi ibunya sebelum dia ke biliknya yang terletak di bahagian
tengah banglo satu tingkat kepunyaan ibunya itu.
Wati terus memasak dan sesudah dia puas dengan masakannya, dia mematikan api
dapur. Dia membasuh tangannya dan mengelap tangannya dengan sehelai kain perca.
Ketika itulah dia dapat mendengar pintu loceng rumahnya berbunyi.
Wati berjalan ke ruang tamu rumahnya. Di luar dia dapat melihat Daniel dan
seorang pemuda yang kacak wajahnya. Dia pasti itulah Ariffin seperti yang diceritakan
kepadanya oleh Julia. Wati membuka pintu pagar lalu menjemput mereka berdua masuk ke dalam
rumahnya yang terletak di Taman Bukit Pantai itu.
"Dah lama Daniel tak datang ke rumah aunty..." ujar Wati sambil berjalan masuk
ke dalam ruang tamu rumahnya. Sesekali matanya akan memandang ke arah Ariffin.
"Sibuk lah aunty. Lagipun Julia bukannya nak jemput."
"Ye ke?" "Itulah, dia bukannya tak tahu saya suka makan masakan aunty!" Daniel bergurau
senda sebelum dia berpaling ke arah Ariffin. "Oh ya, aunty. Ini Ariffin."
Ariffin menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Wati. Wati menyambut
Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
tangannya sambil memberitahu dia mahu memanggil Julia di dalam biliknya.
http://www.nizamzakaria.com 77
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Wati mengetuk pintu bilik Julia. Julia tersenyum sambil keluar dari biliknya
dengan sebuah fail dan sebuah buku teks.
"Mama...Art hensem tak?" bisik Julia ke telinga ibunya.
"Hensem, Julia..." Kata Wati sambil tersenyum. Dia meminta Julia menjemput
kawan-kawannya itu ke meja makan. Dia mahu mereka makan dahulu sebelum
memulakan sesi perbincangan mereka.
Wati masuk ke dalam dapur. Satu-persatu, dia mengeluarkan laksa Johor yang
telah dimasaknya bersama Julia tadi.
"Okay jemput makan," ucap Julia ketika Wati sama-sama duduk di meja makan.
Wati menyendukkan masakan laksanya ke atas sekeping pinggan lalu diserahkan kepada
Ariffin. Ariffin mengucapkan terima kasih tanpa memandang terus kepada Wati.
"Sedapnyerrrrrr!" ucap Daniel sebaik sahaja dia menjamah laksa Johornya.
"Julia yang masak."
"Awak memang pandai masak ke?" Ariffin memberanikan dirinya untuk bertanya.
"Takdelah, biasa jer."
"Dia memang pandai memasak, Art," balas Wati dengan nada yang bangga. "Dia
belajar sendiri dari neneknya di Muar."
"Ye ke, Julia?"
Julia mengangguk malu-malu.
Ariffin menjamah laksa Johor yang disediakan oleh Julia itu. Di dapatinya
memang laksa yang disediakan oleh Julia itu sedap. Malah merupakan laksa Johor yang
paling sedap yang pernah dirasakannya.
Setelah mereka semua selesai makan, Wati dan Julia mengemaskan meja makan.
Wati telah meminta Julia agar memulakan perbincangannya dan membiarkannya
membasuh pinggan mangkuk yang perlu dibasuh.
Mereka bertiga kini memulakan perbincangan mereka. Setelah Wati selesai
dengan kerja-kerjanya di dapur, dia berjalan ke luar. Dia memerhatikan Julia dan rakanrakannya
sepintas lalu sebelum dia masuk ke dalam biliknya untuk menonton TV di sana.
Dia tidak mahu mengganggu perbincangan Julia dan rakan-rakannya.
"Your mom is so pretty, Julia!" Ujar Daniel sebaik sahaja Wati masuk ke dalam
biliknya. http://www.nizamzakaria.com 78
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"I know... You know what" Masa dia muda dulu... Ramai yang gilakan dia."
"Ya ke?" tanya Daniel kembali. Ariffin diam sahaja.
"Ya... bapak I yang beritahu. Like... She"s popular in UM or something like that."
"Macam you lah kan?"
"No lah, I can never be like her... I think she"s prettier."
"She"s like the younger Malay version of Catherine Deneuve."
"Macam-macam lah you ni Daniel!"
"Eh, korang ni nak belajar ke apa?" tanya Ariffin setelah lama dia mendiamkan
dirinya. "Sorry, yer yang... We girls can be so easily distracted sometimes." Ujar Daniel
sambil menepuk bahu Ariffin yang padat itu.
Mereka meneruskan perbincangan mereka. Ariffin banyak bercakap. Ada kala tak
henti-henti. Dia meluahkan segala-galanya yang diketahuinya seperti seorang pensyarah
yang berpengalaman, setidak-tidaknya sebuah robot yang telah diprogramkan untuk
bercakap dan terus bercakap. Kadangkala Julia terpaksa memintanya berhenti seketika
untuk bertanyakan apa yang tidak difahaminya.
"Julia... Awak selalu duduk kat sini ke?" tanya Ariffin sebaik sahaja dia berhenti
menjelaskan tentang kesan-kesan kenaikan tarif yang ditetapkan oleh kuasa-kuasa
ekonomi yang besar seperti Amerika Syarikat kepada negara-negara Dunia Ketiga seperti
Malaysia. "Seminggu sekali atau dua kali... Selalunya di hujung-hujung minggu. Itu pun
mengikut keadaan." "Mengikut keadaan?"
"Tengoklah kalau mak saya tak sibuk dengan kerjanya."
"Dia kerja apa?"
"Agen hartanah... kadangkala masa hujung-hujung minggulah dia paling sibuk."
"Macam tu ke?" "Ya." http://www.nizamzakaria.com 79
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Muka awak macam mak awak... Tapi awak lagi cantik." Ujar Ariffin sambil
memegang tangan Julia dengan erat di bawah meja. Julia tersenyum. Ini merupakan satu
pujian yang paling bermakna bagi dirinya, Kerana selama ini dia tidak pernah bermimpi
bahawa dia dapat melawan kecantikan ibunya itu, yang pernah satu ketika dahulu menjadi
seorang model terkenal pada awal tahun 80-an dahulu.
"Betul ke ni?" "Betul... Awak memang cantik, Julia... Kalau tak macam mana saya boleh sayang
sangat kat awak." Ujar Ariffin dengan perlahan ke telinga Julia.
"Haiyoh! Harus ke mak dengar benda-benda tak perlu ni semua?" tanya Daniel
sambil memeluk tubuhnya. "Kita nak belajar ke berdating ni?"
"Sorry lah, nyonya... Lain kali kita tak buat lagi, ya?" Julia mengusik Daniel.
Ariffin tersenyum melihat kenakalan Julia.
"Julia... Tandas kat mana?" tanya Ariffin tiba-tiba.
"Kat belakang..." jawab Julia dengan cepat.
Ariffin bangun dari duduknya lalu berjalan ke arah yang ditunjukkan oleh Julia
tadi. Dia masuk ke dalam tandas, membuka zipnya untuk membuang air kecil. Setelah
selesai, dia pergi ke singki untuk membasuh tangannya. Dia memandang ke arah
wajahnya dalam cermin. Dia memerhatikan anak matanya. Kemudian, dia membuka
kabinet ubat di hadapannya. Dia dapat melihat botol-botol ubat kepunyaan Wati: Xanax,
Prozac dan Litium karbonat. Dia memandang ke arah botol-botol ubat itu lama-lama
sebelum dia menutup kabinet ubat itu kembali.
Ariffin keluar dari bilik mandi. Dia berpaling ke arah dapur. Dia dapat melihat
Wati sedang berdiri di situ sambil minum air. Mata mereka bertentang buat beberapa
ketika. Ariffin tersenyum ke arah Wati. Wati membalas senyumannya sebelum dia
berpaling ke ke singki untuk membasuh gelas minumannya. Ariffin berjalan ke meja
makan lalu duduk di sebelah Julia. Dia terus memegang tangan Julia di bawah meja
sebelum mereka menyambung membuat tugasan yang perlu mereka selesaikan bersama.
* Aida bersungguh-sungguh mahu berjumpa dengan Zul pada malam itu. Katanya dia
mempunyai sesuatu yang penting yang ingin diberitahunya. Jadi Zul telah bersetuju untuk
menemuinya di restoran Chinoz di KLCC. Pada pukul 8 malam, mereka berdua sudah
pun duduk di dalam restoran tersebut dan memesan makan malam mereka.
"So what"s the surprise?" tanya Zul ingin tahu.
http://www.nizamzakaria.com 80
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"I cuma nak beritahu pada you yang I dah dapatkan kerja sambilan sebagai legal
advisor di sebuah NGO yang menyediakan kaunseling dan perkhidmatan sokongan
kepada wanita yang teraniaya." Kata Aida dengan nada seronok.
"Is that it?" tanya Zul mahu mengusiknya.
"Then what did you expect?"
"Takdelah... I ingatkan apa sangat lah tadi."
"I serius ni! You pulak main-main!"
"Okay... Tahniah." Ujar Zul tersenyum. Dia memegang tangan Aida yang halus
itu lalu meramas-ramasnya.
"Thanks... Kerja I tu banyak, I rasa. Tapi tak apalah. I need a hobby."
"What you really need is a pet." Ujar Zul.
"Paris Hilton ada seekor Chihuahua yang diberinya Tinkerbell... Cute kan?" Ujar
Aida dengan suara manjanya.
"Apa kata you pelihara kucing?"
"Entahlah... I"m not a cat person."
"Then, what are you?"
"I tak minat nak jaga binatang ni semua..."
"I you tak nak pelihara?"
"Eh... Tak nak lah jawab soalan-soalan mengarut ni!"
Zul ketawa sendiri. Dia suka benar mengusik Aida.
"You nak tahu apa... Di luar rumah I ada kucing."
"Ye ke?" "Namanya... JP. Tapi I tak bagi dia masuk dalam rumah I lagi."
"Kenapa?" "Entahlah... I mana ada masa nak jaga kucing macam tu."
http://www.nizamzakaria.com 81
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Kalau kita dah kahwin nanti, I hope that there won"t be any cats around our
house. I tak suka, lah..."
Zul tidak menjawab. Matanya tertumpu memandang ke arah permukaan mejanya.
"Oh ya, my friend Audrey... You ingat dia lagi tak?" tanya Aida cuba menark
perhatian Zul agar menumpukan perhatiannya kembali kepadanya.
"Audrey mana pulak ni?"
"Audrey dulu satu universiti dengan I..."
"yang selalu main tennis dengan you tu ke?"
"Ya. Ingat pun!"
"Jadi kenapa dengan dia?"
"She saw you yesterday at California Pizza with this gorgeous young man. Dia
kata you dinner dengan dia semalam."
Wajah Zul berubah. Pucat.
"So who is that guy?"
"My cousin. Art namanya." Jelas Zul cepat-cepat dengan suara yang tenang.
"Oh... Art. Dari mana?"
"Kedah." "You ada saudara mara di Kedah?"
"Ada. Macam you juga lah... Ada saudara mara di Brunei... Singapura... KL."
Sambut Zul. Dia mengamati wajah Aida. Nafasnya turun naik tak tentu. Mungkin dia
paranoid. "You rapat dengan cousin you ni?"
"Rapat juga... Dia belajar di sini. Jadi, mak bapak dia suruh I tengok-tengokkan
dia." "Dia belajar apa di sini?"
"Business..." http://www.nizamzakaria.com 82
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"So when can I meet this cute cousin of yours?"
"Ermm..." Zul menggaru-garu dagunya. "Dia sebuk dengan study dia. Bila dia
free nanti, okay lah kot."
"Well... We can have dinner together like this. I memang nak kenal dengan
keluarga dan saudara-mara you. Selama ni pun, you bukannya nak kenalkan I sangat
dengan saudara mara you. You are so secretive about yourself!"
"Kalau dia ada masa nanti boleh lah, ya?"
"Okay." Jawab Aida. Makanan yang mereka pesan kini dihidangkan ke meja
makan. Aida dapat melihat Zul seperti tak ada selera untuk makan. Dia lebih banyak
termenung dari mahu menjamah makanannya.
"Kenapa ni" Is there something bothering you?"
"The cat... JP."
"Kenapa dengan kucing tu?"
"I ingat nak bagi dia masuk rumah I. I think I"m lonely at home... Jadi I nak
kucing tu temankan I nanti."
"As long as it makes you happy... Just do it, sayang." Ujar Aida sambil merabaraba
lengan Zul untuk menenangkan perasaannya. Zul sekadar mengangguk perlahan.
http://www.nizamzakaria.com 83
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 10 Zul pergi ke Box Office The Actors Studio Bangsar untuk mendapatkan tiket yang telah
ditempahnya. Dia menyebutkan nombor tempahannya lalu dia terus diberikan dua keping
tiket untuk pertunjukan drama pentas hasil tulisan Huzir Sulaiman yang akan dilakonkan
oleh Jo Kukathas, Zul dapat melihat Ariffin sedang membaca beberapa buah artikel
mengenai pementasan itu yang telah tersiar di Media Massa. Kesemua artikel yang ada
telah ditulis di dalam Bahasa Inggeris. Tidak ada satu pun ulasan yang telah ditulis di
dalam bahasa Melayu. Zul membeli buku program yang dijual di sebuah meja di ruang legar The Actors
Studio. Dia menyerahkan buku program tersebut kepada Ariffin. Zul telah membawa
Ariffin menonton pertunjukan teater ini kerana dia tidak berteman. Lagipun, Zul dapat
merasakan Ariffin pasti minat menonton teater seperti ini, walaupun dia tidak pernah
menyatakannya. Ariffin berjalan ke hadapan lalu mengeluarkan puntung rokok dari kotak rokoknya
yang sebelum ini tersimpan di dalam kocek jaket denimnya. Dia terus merokok, walaupun
mungkin pengunjung pusat membeli belah Bangsar tidak dibenarkan merokok di situ.
"Pelajaran Art macam mana sekarang?" tanya Zul membuka topik perbualan.
"Okay jer..." Jawab Ariffin dengan suara malasnya.
"Kerja abang pula macam mana?"
"Abang sibuk sangat sejak kebelakangan ni... Sebuah syarikat semikonduktor dari
Jerman ingin membuka sebuah kilang di sini. Abang terpaksa menguruskan soal
pemindahan modal dan sebagainya dengan rakan kongsinya di sini."
"Oh..." Ujar Ariffin sambil mengangguk perlahan. Matanya nampak kuyu. Zul
mula sedar tubuh Ariffin mulai kelihatan susut, mungkin kerana dia tidak kuat makan lagi
seperti dahulu. "Awek Art pula tu macam mana... Siapa namanya" Abang lupa..."
"Julia." Beritahu Ariffin yang menjeling ke arah Zul kerana sering sahaja melupai
nama Julia walaupun namanya selalu disebut-sebutkannya setiap kali mereka bertemu
seperti ini. "Dia okay jer."
"Malam hari Jumaat seperti ini kamu berdua tak keluar bersama?"
"Tak... Dia kerja di klinik bapanya." Beritahu Ariffin. "Jadi saya tak nak kacau."
"Bila Art selalu keluar dengannya."
"Keluar jalan-jalan?"
http://www.nizamzakaria.com 84
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Ya." "Hujung-hujung minggu. Kami selalu tengok wayang bersama."
"Itu sahaja?" "Ye lah kot... Dan tu nak buat apa lagi?"
Zul sekadar tersenyum. Suka benar dia melihat jawapan-jawapan nakal dari
Ariffin. Lebih-lebih lagi apabila jawapannya itu diikuti dengan raut wajah yang serius.
"Abang dengan tunang abang pula selalunya buat apa?"
"Kami pergi ke pertunjukan teater seperti ini atau ke Dewan Filharmonik Kuala
Lumpur. Kadangkala kami akan menonton wayang bersama?"
"Jadi kenapa hari ini abang tak ajak dia sahaja tengok pertunjukan ini?"
"Dia menemani ibunya ke Singapura... Mahu mencari baju pengantin yang sesuai
untuk majlis perkahwinan kami nanti?"
"Bila abang akan berkahwin dengannya?"
"Lama lagi... Empat bulan dari sekarang."
"Tak lama tu bang." Ujar Ariffin sambil membesarkan matanya ketika bercakap.
"Dalam masa empat bulan lagi abang bukan orang bujang lagi seperti sekarang... Abang
dah jadi suami orang."
Zul termenung seketika. Kata-kata Ariffin tadi ada betulnya. Buat sekian kali dia
bertanyakan kepada dirinya adakah dia sudah bersedia untuk menempuh ini semua"
Penjaga pintu memberi isyarat bahawa penonton sudah boleh masuk ke dalam
untuk duduk ke tempat duduk masing-masing. Zul memberi isyarat kepada Ariffin agar
mematikan puntung rokoknya. Ariffin menyedut rokoknya dalam-dalam sebelum dia
membuang puntung rokoknya itu ke dalam tong sampah berdekatan.
"Hey Zul! Lama tak nampak!" Ujar seorang lelaki bertubuh gempal kepadanya.
"Oh, Fadzil... Kau rupa-rupanya." Zul bersalaman dengan rakannya. Kemudian
dia menoleh ke arah Ariffin. "Ini Art, sepupu aku dari Kedah."
Ariffin terus bersalaman dengan Fadzil. Buat beberapa detik Fadzil dan Ariffin
berbual dan ketawa sebelum mereka masuk ke dalam Actors Studio dan duduk ke tempat
duduk masing-masing. http://www.nizamzakaria.com 85
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Siapa tu?" tanya Ariffin ingin tahu.
"Kawan abang... Dulu dia di Oxford. Kemudian kami sama-sama di Middle
Temple." "Lawyer jugak?"
"Ya." "Saya ni sepupu abang lah ni?"
"Ya. Kalau sesiapa yang aku kenal yang bertembung dengan abang... Abang akan
perkenalkan Art sebagai sepupu abang."
Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
"Okay." "Art tak suka?"
"Saya tak cakap saya tak suka... Saya dah biasa dengan benda ni semua, bang."
Jawab Ariffin dengan perlahan agar penonton lain tidak akan mendengar suaranya.
Matanya kini terus ke hadapan untuk melihat set minimalis di atas pentas yang hanya
dihiasi oleh lampu-lampu mentol yang bergantungan dan beberapa buah kerusi plastik.
"Kalau boleh... Aku tak mahu kau biasa-biasakan diri kau lagi dengan benda ni
semua. Sebab itu aku nak bawa kau keluar malam ini. Ada satu hal yang perlu aku
bincangkan dengan kau."
"Hal apa?" "Lepas ni kita akan bincangkan bersama, ya?" ujar Zul sambil memegang peha
Ariffin buat beberapa saat sebelum dia memeluk tubuhnya. Dia terus mendiamkan dirinya
sehingga pertunjukan teater yang telah diarahkan oleh Krishen Jit itu dimulakan.
Sebaik sahaja pertunjukan tamat, penonton terus berpusu-pusu keluar dari dalam perut
teater. Ada di antara mereka yang menunggu di ruang legar di hadapan Actors Studio dan
ada pula yang turun dengan menggunakan tangga bergerak. Zul dan Ariffin adalah di
antara penonton yang terus mahu turun ke bawah.
"Art tidur sahaja di rumah abang malam ni... Lagipun dah lewat sangat ni. Esok
Art tak ada kuliah, kan?"
"Tak ada?" "Abang tak mahu Art keluar jumpa sesiapa pun malam ini. Kalau Art ada janji
nak jumpa dengan sesiapa, batalkan sahaja."
http://www.nizamzakaria.com 86
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Okay." Jawab Ariffin sambil mengangguk. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya.
Dia menekan beberapa biji butang dengan cepat untuk melakukan apa sahaja yang telah
diminta oleh Zul kepadanya tadi.
"Apa yang abang nak bincangkan kepada saya tadi?"
"Aku mahu berbincang tentang masa depan kau."
Kening Ariffin terkerut mendengar penjelasan dari Zul tadi. Kemudian dia terus
mendiamkan dirinya. Zul membawa Ariffin ke restoran Dome untuk minum kopi di sana. Mereka
duduk di bahagian luar Dome agar Ariffin dapat merokok di sana. Setelah pelayan
mengambil pesanan minuman mereka, Zul terus berkata:
"Abang dah banyak kali berfikir tentang hal ini?"
"Hal apa ni, bang?"
"Tentang diri Art."
"Jadi kenapa?" "Abang tak faham kenapa Art tak mahu ambil pemberian wang dari abang...
Abang nak tolong sejauh mana yang abang mampu, tapi Art degil. Abang tak faham
dengan sikap Art ni..."
"Saya dah anggap abang ni macam abang angkat saya sendiri. Abang bukan
macam orang lain." Ariffin mengingatkan.
"Dan sebab itulah abang mahu Art dengar cakap abang..."
"Abang nak apa sebenarnya ni bang?"
"Abang nak Art tinggalkan segala apa yang Art buat sekarang."
"Tak boleh lah bang... Nanti macam mana saya nak tampung duit sewa hostel
saya... Duit makan minum saya?"
"Dengar penjelasan abang dulu, Art." Ujar Zul dengan matanya tepat kepada
Ariffin. "Abang mahu Art keluar dari hostel Art tu dan duduk dengan abang..."
"Bang... Saya tak nak susahkan abang!"
"Macam ni, Art..." Zul cuba menjelaskan agar Ariffin akan benar-benar dapat
memahami permintaannya ini. "Rumah abang besar... Abang ada dua tiga bilik kosong
yang abang tak pakai. Art boleh gunakan mana-mana bilik kosong yang abang ada. Art
http://www.nizamzakaria.com 87
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
tak perlu lagi risau untuk mencari duit sewa hostel dan makan minum Art. Semuanya
nanti abang sediakan."
"Tapi?" "Nak tapi apa lagi, Art?" tanya Zul. Dia mendapati telefon bimbitnya berdering.
Dia menjawab panggilan tersebut. Wajahnya berubah serius sebaik sahaja panggilan itu
selesai dijawabnya. "Art... Abang nak Art fikirkan perkara ni baik-baik. Abang nak
tolong Art dengan ikhlas. Apa yang Art perlu buat untuk abang adalah untuk menjaga
rumah abang tu... Kemas-kemaskan. Basuh kereta abang setiap 3 hari sekali dan sediakan
makan malam untuk kita berdua. Art anggap semua ini sebagai kerja sambilan yang
abang berikan kepada Art. Jadi Art anggap sahaja apa yang abang suruh Art lakukan ini
semua sebagai bayaran kepada tempat tinggal yang abang sediakan untuk Art."
Ariffin tidak dapat menjawab. Dia terasa serba salah kerana tidak dapat
memberikan keputusan kepada Zul pada waktu itu.
"Art... Sebenarnya abang tidak boleh lama. Abang terpaksa ke pejabat untuk
mengadakan video conference dengan klien abang di Munich. Ada hal penting yang ingin
mereka bincangkan. Jadi abang rasa abang akan berada di pejabat sehingga lewat pagi."
"Tak apalah... Abang pergi dulu."
Zul mengeluarkan sejumlah wang dari dompet wangnya. Dia menyerahkan wang
sebanyak RM 100 lalu diberikan kepada Ariffin.
"Untuk apa ni bang?"
"Untuk bayaran harga kopi yang kita pesan tadi dan wang tambang teksi Art untuk
ke Sunway. Art datang ke rumah abang esok malam. Jangan melencong ke mana-mana
pula lepas ni!" "Okay." Ariffin menabur janji. Zul meletakkan wang tersebut di atas meja.
Kemudian dia bersalaman dengan Ariffin sebelum dia berjalan dengan cepat ke arah
tempat meletak kereta. Ariffin mengeluh. Dia mengeluarkan kotak rokoknya. Dia mendapati tidak ada
sebatang pun rokok di dalam kotak rokoknya itu. Dia perlu merokok, fikirnya.
Ariffin memanggil pelayan untuk membatalkan pesanan minumannya tadi dan
terus memberikannya bil. Pelayan tersebut akur dengan permintaan Ariffin, lalu
memberinya bil. Ariffin membayar harga minuman yang telah dipesan Zul tadi lalu
mendapatkan wang lebihnya.
Ariffin mengambil keputusan untuk membeli rokok. Dia berjalan ke arah sebuah
kiosk menjual majalah dan surat khabar yang letaknya di aras basement Bangsar
Shopping Centre. Dia pergi ke sana dengan tujuan membeli sekotak rokok. Setibanya dia
http://www.nizamzakaria.com 88
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
di sana, dia memberitahu kepada jurujual bertugas bahawa dia mahu membeli sekotak
rokok Sempoerna Mild yang menjadi kegemarannya selama ini.
Setelah dia membayar harga rokoknya dia terus keluar dari kiosk majalah dan
surat khabar itu. Dia hampir-hampir mahu melanggar Wati yang kebetulan sedang berada
di situ untuk membeli sebuah majalah.
"Art ke, ni?" tanya Wati kepadanya untuk memastikan.
"Ya..." Jawab Ariffin sambil cuba mengukir senyuman. "Aunty buat apa di sini?"
"Nak balik... Tadi jumpa kawan aunty di Austin Chase sekejap. Dia nak beli
rumah untuk tujuan pelaburan, katanya."
"Oh..." "Art nak ke mana ni?"
"Nak ke Taxi stand."
"Art tak bawa motor?"
"Tak. Saya ke sini dengan kawan nak tengok teater, tadi..."
"Dah tu, mana kawannya?"
"Dia ada hal aunty."
"Macam ni lah... Apa kata aunty bawa Art pulang."
"Tak payah susah-susah lah, Aunty."
"Well, I insist!" kata Wati dengan tegas. "Lagipun malam-malam macam ni susah
nak dapat teksi. Kalau dapat pun, mahal. Aunty dapat tahu dari Julia masalah Art, jadi tak
perlulah membazir macam ni."
"Baiklah, aunty." Jawab Ariffin sambil melepaskan nafasnya. Wati meletakkan
majalah Vogue yang hendak dibelinya di kaunter lalu membayar harga majalah tersebut.
Dia kemudian berjalan ke arah tempat meletak kereta dengan Ariffin mengekorinya dari
belakang. Ariffin masuk ke dalam kereta Proton Perdana kepunyaan Wati. Dia mengenakan
tali pinggang keledarnya. Ketika itu perutnya mula berkeroncong, sehingga dapat
didengar oleh Wati. Tanya Wati ketika menghidupkan enjin keretanya:
"Art lapar ke?"
http://www.nizamzakaria.com 89
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Entahlah." "Macam mana boleh entah pula ni?" tanya Wati seolah dia sedang berbual dengan
Julia sendiri. "Dah makan ke belum?"
"Sebelum pergi teater tadi dah makan di House of Sundanese?"
"Tapi kalau Art lapar, aunty boleh sediakan makanan sebelum aunty hantar Art
pulang ke Sunway." "Saya memang lapar... Tapi tak apalah aunty. Saya tak nak susah-susahkan
aunty." "Tak apa... Sekejap saja. Aunty buat sandwic, ya?" tanya Wati lagi sambil
menoleh ke arah Ariffin. Dia dapat melihat Ariffin mengangguk perlahan.
Wati membawa keretanya masuk ke dalam banglo satu tingkatnya yang terletak di
Taman Bukit Pantai itu. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, dia terus membuka
lampu dan alat penghawa dingin di rumahnya. Dia meminta Ariffin duduk di ruang tamu
rumahnya agar dia dapat menyediakan makanan untuknya di dapur.
Ariffin termenung memandang ke arah sekelilingnya. Dia mendapati rumah Wati
senyap sunyi. Dia mengambil alat kawalan jauh lalu membuka TV untuk menonton
rancangan yang ada. Ariffin kebosanan. Dia mula memikirkan tentang apa yang boleh dilakukan pada
malam-malam seperti ini, seperti keluar berhibur dan sebagainya. Dalam keresahannya
dia memandang ke arah jam tangannya. Kemudian dia terpandang kepada sebuah album
gambar di bawah meja di hadapannya. Ariffin mencapai album tersebut. Dia melihat isi
album tersebut yang dipenuhi dengan gambar-gambar lama Wati yang pernah terkeluar di
majalah dan akhbar. Sememangnya Ariffin dapat melihat bahawa Wati seorang wanita yang jelita
ketika dia muda-muda dahulu. Dan tidak keterlaluan juga untuk Ariffin nyatakan yang
Wati masih dapat mengekalkan kecantikannya. Wajahnya awet muda.
Di muka-muka terakhir album tersebut, Ariffin dapat melihat beberapa keratan
akhbar yang menampilkan sajak-sajak yang telah ditulis oleh seorang penulis yang
menamakan dirinya Demeter. Dengan sekali imbas dia membaca sajak-sajak tersebut
sebelum dia mendapati Wati memanggilnya ke meja makan.
Ariffin dapat melihat Wati telah menyediakan sandwic untuknya. Ariffin tidak
mempunyai selera makan, tetapi dia tetap menjamah sandwic tersebut untuk menjaga hati
Wati. "Esok Art akan keluar dengan Julia?" tanya Wati kepada Ariffin ketika duduk di
hadapannya dan menuangkan air oren ke dalam sebiji gelas di hadapannya.
http://www.nizamzakaria.com 90
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Ya... Kami bercadang nak main bowling bersama Daniel. Kami bertiga tak
pernah main bowling... Jadi kami mahu cuba."
"Di mana?" "Sunway..." Ariffin meneguk air oren yang disediakan Wati. Dia terus diam sambil makan.
Wati pula menongkat dagunya sambil memandang ke arah Ariffin.
"Aunty suka menulis?" tanya Ariffin tiba-tiba.
"Ya... Mana Art tahu?"
"Saya tengok album aunty di ruang tamu tadi... Jadi saya fikir, aunty yang tulis..."
"Memang aunty minat menulis sajak... Tapi tu semua cerita lama, Art."
"Bila tu?" "Ketika aunty belajar di universiti dahulu..."
"Kenapa aunty berhenti?"
"Entahlah Art... Bila aunty berkahwin, terus aunty berhenti menulis."
Ariffin memandang ke arah sandwicnya yang hanya dapat dimakannya separuh.
Dia berjalan ke arah ruang tamu. Dia mengambil album yang telah dibacanya tadi.
Dia terus membuka album tersebut ke bahagian sajak-sajak lama Wati yang telah
dikumpulnya. "Saya suka dengan sajak-sajak tulisan aunty..."
"Ye ke, Art?" tanya Wati sambil menepis anak rambutnya yang jatuh ke dahinya.
"Ya, aunty." Jawab Ariffin perlahan.
Ariffin dapat melihat Wati tersenyum. Senyumannya manis. Ariffin merenung ke
dalam mata Wati sebelum dia berkata:
"Saya nak aunty menulis sebuah sajak untuk saya..."
Wati tersenyum dengan keningnya terkerut dibuatnya setelah mendengar
permintaan aneh dari Ariffin itu.
http://www.nizamzakaria.com 91
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Ariffin berjalan ke arah sebuah meja kecil yang letaknya dekat dengan meja
makan di mana dia tahu Julia ada meletakkan beberapa peralatan menulis di sana. Dia
mengeluarkan sebatang pen marker jenis permanent lalu dia kembali mendapatkan Wati
di ruang tamu. Dia berdiri di hadapan Wati lantas dia menyerahkan pen marker tersebut
kepada Wati... http://www.nizamzakaria.com 92
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 11 Pada awal pagi itu, Wati menghantar Ariffin pulang ke Sunway. Kereta yang dipandu
oleh Wati berhenti di hadapan Kondominium Hostel Sunway yang nampaknya sunyi-sepi
seolah ia tanpa penghuni. Apabila kereta tersebut berhenti, Wati terus menoleh ke arah
Ariffin. Dia melihat mata Ariffin terus ke hadapan. Kemudian Ariffin membuka tali
pinggang keledarnya sebelum dia memegang tangan Wati lalu menciumnya dengan
perlahan. "Bila Wati boleh jumpa Art lagi?" dia bertanya dengan penuh harapan. Ariffin
meletakkan tangannya yang lembut itu ke pipinya yang mula kasar ditumbuhi jambang
yang sudah dua hari tidak dicukurnya itu.
"Bila-bila sahaja... Saya tak kisah." Kata Ariffin lalu keluar dari kereta Wati. Dia
menoleh sekali untuk melihat wajah Wati yang sayu di dalam kereta sebelum dia berjalan
meninggalkannya. Ariffin terus berjalan tanpa menoleh ke belakang.
Ariffin kemudian memandang ke arah hadapan. Dia mendapati Jali sedang duduk di tepi
pondok keselamatan menunggunya. Dia berdiri dari duduknya lalu memandang terus
kepada Ariffin. Wajahnya sugul.
"Mana Art pergi semalam?" tanya Jali marah-marah.
"Kan aku dah cakap aku tak boleh jumpa kau... Aku dah SMS kat kau, kan?"
tanya Ariffin sambil menjeling.
"Tapi Art dah janji!"
"Kau tak reti bahasa ke" Aku dah batalkan janji tu. Dah!!" Ariffin berjalan masuk
ke dalam kawasan hostelnya.
"Siapa perempuan tadi?"
Ariffin menekan butang lif untuk ke hostelnya. Dia tidak menjawab. Jali terus
mengekorinya dari belakang.
"Lama Jali tunggu Art tadi..." Adu Jali walaupun dia tahu Ariffin tidak mungkin
akan melayannya inikan pula memujuknya.
"Siapa suruh kau tunggu?" bentak Ariffin sambil memandang ke siling lif.
"Art ke mana tadi?"
"Kau nak tahu ni kenapa?" tanya Ariffin. Pintu lif terbuka. Dia terus berjalan ke
arah pintu hostelnya. Dia membuka pintu. Di dapatinya kawan-kawannya yang duduk
sehostel dengannya tiada di situ. Mungkin mereka mempunyai kelas pada pagi hari Sabtu
itu. http://www.nizamzakaria.com 93
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Jali nak tahu... Kalau boleh Jali nak tahu Art keluar dengan siapa... Art buat apa
dengan mereka--" "Kau tak perlu tahu apa aku buat. Aku serius ni!" Ariffin membuka kaca TVnya
lalu terus membaringkan dirinya di sofa. "Kau ingat aku main-main ke bila aku cakap
jangan cuba ambil tahu pasal aku?"
Jali mengeluarkan wang sebanyak RM 150 dari kocek seluarnya lalu diserahkan
kepada Ariffin. Katanya: "Ini sahaja yang Jali mampu beri minggu ini. Jali harap Art tak belanja yang
bukan-bukan dengan duit yang Jali bagi ni."
Ariffin memasukkan wang pemberian Jali ke dalam kocek seluarnya. Langsung
dia tidak mengucapkan terima kasih.
"Kenapa matikan handphone Art, tu semalam" Banyak kali Jali cuba call tapi tak
dapat-dapat. Susah hati Jali dibuatnya. Jali langsung tak boleh tidur, sebab tu lah Jali ke
sini." "Bateri handphone aku dah kong!" jawab Ariffin dengan malas. Dia menguap
kerana terlalu mengantuk setelah sepanjang malam berjaga.
"Semalam Art ke mana?"
"Semalam aku dengan abang Zul, tengok teater."
"Dah tu, Art lepak di rumahnya?"
Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
"Tidak... Dia ada hal."
"Jadi ke mana Art semalam?"
"Adalah... Kau nak tahu sangat ni apa pasal?" Art meninggikan suaranya.
"Jali risau kalau terjadi apa-apa kat Art... Kalau Art nak ke mana-mana pun,
beritahu lah dulu." "Rilek lah. Aku bukan budak kecik... Kau pulak bukan barua aku!"
Jali mengeluh. Kadangkala dia tidak faham mengapa Ariffin perlu berkasar
dengannya seperti ini dan dia pula membenarkan Ariffin bersikap begini kepadanya.
"Oh ya... Lepas ni aku tak nak kau ganggu aku lagi dengan datang jumpa aku
sesuka hati kau macam ni." Beritahu Ariffin dengan bersahaja.
http://www.nizamzakaria.com 94
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Kenapa?" wajah Jali berubah pucat.
"Kita tak boleh berjumpa macam sekarang ni lagi. Kau tak reti-reti lagi ke" Apa,
kepala otak kau tu dah bebal sangat ke sampai tak paham apa aku cakap kat kau tadi?"
"Ye lah... Tapi kenapa sampai begini jadinya?"
"Abang Zul ajak aku pindah ke rumahnya." Ariffin tersengih nakal.
"Jadi apa Art nak buat sekarang?" tanya Jali kerisauan.
"Aku nak pindah dari sini."
Wajah Jali berubah keruh. Dia tidak dapat menerima hakikat ini dari Ariffin. Dia
mula merasakan perasaan benci yang amat sangat kepada Zul, walaupun dia tidak pernah
bersemuka dengannya. "Jadi aku harap kau paham kalau aku tak nak kita berjumpa lagi selepas ini." Kata
Ariffin sambil memandang penuh ke wajah Jali untuk melihat reaksi wajahnya. Dia dapat
melihat wajah Jali jelas sedih bercampur marah dan terkejut.
"Apa yang Art merepek ni?"
"Aku tak mahu kita berkawan lagi. Hubungan kita berhenti di sini sahaja."
Wajah Jali kaku. Dia dapat merasakan dunianya tiba-tiba sahaja gelap. Selama ini
dunianya hanya tertumpu pada Ariffin. Kini Ariffin mahu dia melupakannya begitu
sahaja, satu permintaan yang sukar untuk dipenuhinya.
"Art... Dah lah tu. Kita keluar untuk makan sarapan, ya" Art nak makan apa, Jali
belanja. Tengah hari ni kita pergi tengok wayang sama-sama, ya?"
"Kau tak paham-paham lagi ke" Jalan hidup kita tak serupa. Lagipun... Kau siapa,
aku siapa?" kata Ariffin seperti seorang yang sedang meracau lagaknya.
"Art... Jangan cakap macam tu, Art. Jali pun ada perasaan juga."
"Aku nak kau keluar... Sekarang!" Tengking Ariffin. "Tengah hari ini aku nak
keluar dengan awek aku. Aku tak nak kau kacau aku macam ni lagi. Kau tak reti-reti lagi
ke aku dah ada awek?"
Jali mendekati Ariffin. Dia memeluk tubuh Ariffin untuk memujuknya agar
jangan marah-marah lagi. Tetapi dia telah ditolak sehingga dia hampir tersungkur.
"Aku nak kau keluar sekarang! Aku tak nak tengok muka kau lagi!"
http://www.nizamzakaria.com 95
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Bila kau dah gunakan aku... Sekarang senang-senang saja kau nak halau aku
macam anjing kurap?" Suara Jali yang sebelum ini lembut berubah garang.
"Anjing kurap macam kau ni memang tak layak berkawan dengan aku." Kata
Ariffin dengan selamba lalu dia pergi ke arah muka pintu untuk membuka pintu.
"Sial! Kau ingat kau siapa?" Jali mendapatkan Ariffin lalu menolaknya. Ariffin
melangkah beberapa langkah ke belakang. Dia hampir-hampir mahu terjatuh.
"Apa-apa pun aku bukan macam kau! Kaki pau! Perompak! Peragut!"
Jali terlalu marah lalu dia menumbuk perut Ariffin sehingga Ariffin tertunduk
menahan sakit. Perutnya senak sehingga dia susah untuk bernafas. Setelah rasa senaknya
itu beransur hilang, dia berdiri tegak sebelum dia melawan Jali dengan cuba menumbuk
mukanya, tetapi Jali dapat mengelak. Langkahnya terlalu tangkas. Jali menendang peha
Ariffin sehingga dia terjatuh dan kepalanya terkena pada tombol pintu biliknya dengan
kuat. Ariffin kemudian berdiri dengan angkuh di hadapan Jali. Dia dapat melihat wajah
Jali berubah, lebih-lebih lagi apabila dia dapat melihat darah marah pekat mula mengalir
dari kepala Ariffin. Ariffin ketawa sendiri. Dia memeluk tubuh Jali. Dia dapat melihat Jali mula
mengalirkan air matanya sambil meminta maaf.
"Aku masih perlukan kau lagi... Tak kan lah aku nak suruh kau pergi begitu
sahaja." Jelas Ariffin memujuk Jali sambil mengesat air matanya. Darah merah semakin
banyak mencucuri keluar membasahi dahinya.
Ariffin membuka bajunya, lalu menggunakan bajunya untuk mengelap kesan
darah di atas dahi dan kepalanya. Jali dapat melihat tubuh Ariffin penuh dengan tulisantulisan
yang telah ditulis dengan cantik, seakan tulisan kaligrafi yang telah dilakarkan
dengan penuh teliti. Ariffin memegang T-shirtnya yang kini basah berdarah terus ke kepalanya lalu dia
masuk ke dalam biliknya. Kemudian dia keluar dengan sebuah kamera digital, lantas
diserahkan kepada Jali. "Aku curi kamera ni dari seorang abang dari Singapura yang beria-ia nak ambil
gambar aku dalam bilik mandi. Bila dia tidur, aku ambil kameranya ini, kemudian aku
blah dari bilik hotelnya camtu jer." Ariffin menyerahkan kamera digital tersebut kepada
Jali. "Aku nak kau ambil gambar aku macam ini. Gambar tulisan-tulisan sajak ni.
Kemudian aku akan printkan. Dan aku mahu kau lukis kembali gambar-gambar yang kau
ambil." Kata Ariffin. Luka di kepalanya mula berhenti berdarah. Jali mengambil baju-T
Ariffin tadi lalu membasuhnya di singki dapur. Dia memerah baru tersebut sehingga
http://www.nizamzakaria.com 96
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
kering kemudian dia meletakkan baju-T tersebut semula ke kepala Ariffin. Tanya Ariffin
sekali lagi: "Ambil gambar-gambar aku, ya?"
Jali mengangguk sambil menelan air liurnya. Dia tidak dapat menafikan apa yang
dilihatnya sekarang mempunyai unsur-unsur seninya yang tersendiri. Dia mula sedar
tulisan-tulisan yang ditulis di atas tubuh Ariffin adalah sekuntum sajak yang indah.
"Siapa yang buat benda ni semua?" tanya Jali menagih jawapan. "Zul?"
"Bukan...Perempuan. Perempuan yang kau nampak tadi. Kau tak perlu tahu siapa.
Tapi lepas ni akan ada lebih banyak lagi sajak-sajak seperti ini yang akan aku tunjukkan
kepada kau. Dengan syarat, kau akan lukis kembali karya-karyanya ini."
Jali mengangguk setuju. Dia ditunjukkan oleh Ariffin bagaimana untuk
menggunakan kamera digital di tangannya. Beberapa detik sahaja kemudian, Jali mula
mengambil gambar tulisan-tulisan berbentuk kaligrafi di atas tubuh Ariffin yang kekar
itu. Selepas gambar-gambar tulisan di atas tubuh Ariffin diambil, Ariffin terus masuk ke
dalam bilik mandi. Dia ingin membasuh kembali tulisan-tulisan yang tertulis di tubuhnya.
Dia membiarkan pintu bilik mandinya terbuka. Tanpa perlu diberitahu, Jali membuka
baju dan seluarnya lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk membantu Ariffin membasuh
tanda-tanda di tubuhnya itu sehingga bersih.
Pada pagi itu mereka berdua tidur bersama sehinggalah ke petang. Pada petang itu, ketika
Jali membuka matanya, dia dapat melihat Ariffin masih tidur lagi dengan nyenyak.
Perlahan-lahan dia mengucup pipi Ariffin sebelum dia bangun lalu memakai pakaiannya
kembali. Setelah lengkap berpakaian, perlahan-lahan Jali mengambil cetakan-cetakan berwarna
gambar-gambar yang telah diambilnya tadi berserta kamera digital yang telah diberikan
Ariffin kepadanya. Jali keluar dari bilik tidur Ariffin lalu terus keluar dari bilik hostelnya
itu. Ketika dia turun dari lif, dia tahu dia tidak boleh selamanya dengan Ariffin seperti ini
lagi selepas ini. Dia tahu, mungkin sudah sampai masanya untuk dia melepaskan Ariffin
begitu sahaja. Dia juga dapat merasakan mungkin lebih baik Zul menjaganya dari dia
membiarkan Ariffin terus hanyut di tangan lelaki-lelaki yang tidak dikenalinya yang mahu
menjamah tubuhnya itu. Lebih baik Zul dari mereka semua itu, fikir Jali sambil mengesat
air matanya itu. * Wati mengambil pen marker dari tangan Ariffin. Dia tidak faham apa yang telah diminta
oleh Ariffin kepadanya tadi.
http://www.nizamzakaria.com 97
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Sajak" Art nak aunty tulis sajak" Tapi di mana?" tanya Wati dengan matanya
memandang terus kepada Ariffin.
Ariffin membuka bajunya lalu terus dia terus berlengging di hadapan Wati. Mata
Wati kini terus kepada sekujur tubuh yang muda indah kejadiannya di hadapannya. Wati
tidak tahu apa yang harus dilakukannya pada waktu itu. Dia boleh memilih untuk
menyuruh Ariffin memakai bajunya kembali lalu menghantarnya pulang, ataupun dia
boleh memakbulkan permintaan aneh dari Ariffin tadi.
"Tulis di sini tajuk sajaknya," ujar Ariffin dengan jarinya menuding ke arah
dadanya. Wati seperti dipukau. Dia mengeluarkan penutup pen market di tangannya lalu
menulis apa yang tersirat di dalam hatinya pada ketika itu. Satu ilham kepada sebentuk
sajak yang tiba-tiba sahaja muncul di dalam kepalanya. Satu perkara yang susah lama
tidak dialaminya... Tubuh ini Kan ku biarkan api yang membakar diriku
Terus membakar jiwaku Kan ku lepaskan segala-galanya
Agar dapat ku lakarkan puisi ini
Tentang cintaku kepadanya
Haruskan ku menutup mata ku yang merintih di kala sepi"
Yang kehausan dan menghauskan dirimu.
Yang ku sisihkan, ku tolak ke tepi
Setelah ku akur kepada ego ku sendiri.
Ariffin mengusap-usap rambut Wati yang ikal itu sewaktu Wati menulis sajak ini ke
tubuhnya. Setelah Wati selesai menulis sajak ini, Ariffin menunduk lalu mengucup dari
Wati. Wati tidak dapat melakukan apa-apa kecuali membiarkan sahaja dirinya dibelai dan
dimanjakan Ariffin. Dalam keasyikannya, dia langsung lupa tentang hubungan Ariffin
dengan Julia mahupun jurang umur yang wujud di antara mereka berdua.
Pada malam itu mereka langsung tidak tidur. Di dalam kamarnya, Wati membiarkan
dirinya dipeluk oleh Ariffin sambil dia menceritakan tentang kisah hidupnya yang
lampau. Wati menceritakan segala-galanya tentang dirinya kepada Ariffin. Tentang bagaimana dia
telah mula-mula bertemu dengan bekas suaminya dahulu dan bagaimana mereka akhirnya
jatuh cinta lalu menjadi sepasang kekasih.
http://www.nizamzakaria.com 98
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Kata Wati, ketika itu dia telah dimasukkan ke dalam wad hospital kerana disyaki cuba
membunuh diri. Sehingga kini Wati kurang pasti jika itu yang mahu dilakukannya secara
sengaja ataupun ia merupakan satu perkara yang telah dilakukan ke atas dirinya tanpa
sedar. Apa yang pasti, sehingga kini masih terdapat tanda parut di lengannya yang
sentiasa mengingatkannya tentang kejadian yang cuba dilupakannya ini.
Pada waktu itu, Wati telah dirawat oleh seorang doktor muda yang terlalu mengambil
berat terhadap dirinya. Dr. muda itu tidak kacak, malah tubuhnya sedikit berisi, tetapi
kerana sikapnya yang prihatin, Wati terasa dekat kepadanya. Dr. muda yang bernama
Shahri itu terus mahu berjumpa dengannya walaupun Wati dibenarkan keluar dari
hospital. Dr. Shahri sedia maklum tentang penyakit kemurungan yang kronik dialami oleh Wati.
Tetapi rasa sayangnya kepada Wati telah membuatnya bertekat untuk menjaga Wati dan
memastikan Wati dalam menjalani hidupnya seperti mereka yang normal.
Setelah tiga tahun mengenali Wati, Dr. Shahri akhirnya melamar Wati, dan Wati
bersetuju untuk diperisterikannya. Pada waktu itu, hubungan mereka terlalu intim
sehingga Wati mula merasakan dia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa
adanya Dr. Shahri di sampingnya.
Hubungan mereka sebagai suami isteri bahagia, walaupun ada kalanya berbagai cabaran,
onak dan duri terpaksa direntas, ombak serta badai diharungi oleh mereka berdua. Dr.
Shahri bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan angin kemurungan yang kadang-kala
menghinggapi diri Wati, juga gangguan angin dwipolar yang dialaminya - ketika terdapat
perubahan dari jenis kemurungan yang keterlaluan hingga ke kegembiraan yang amat
sangat atau mania. Ketika gangguan ini berlaku, Wati ada kalanya hilang sentuhan
dengan kenyataan. Dia akan merasa gembira yang amat sangat, berbelanja dengan banyak
dan selalu sahaja hilang pertimbangan dan membuat keputusan mengikut gerak hati.
Wati akui, ketika angin bwipolarnya ini datang, dia sukar untuk mengawal dirinya,
sehinggakan Dr. Shahri lebih suka melihatnya berada di dalam keadaan murung dari dia
berkeadaan mania. Malah punca penceraiannya itu juga disebabkan oleh dirinya yang
tidak dapat mengawal perasaannya sendiri lalu mengadakan hubungan intim dengan
seorang rakan sekerjanya. Satu perkara yang disesalinya sehingga kini.
"Shahri terlalu sayangkan Julia... Dia mahu melindungi Julia dari segala-galanya,
termasuklah dari mamanya sendiri." Ujar Wati di dalam dakapan Ariffin. Wati mula
menangis. Ariffin mengesat air mata yang gugur membasahi pipinya itu dengan
tangannya, lalu mengucup bibirnya. Buat kali kedua pada malam itu mereka sekali lagi
melayarkan bahtera mereka bersama...
* Pada tengah hari itu Julia datang ke rumah ibunya. Wajahnya jelas suram.
http://www.nizamzakaria.com 99
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Julia kata Julia akan keluar dengan Art... Malam baru Julia pulang ke sini?"
tanya Wati ingin tahu. Dia duduk di sebelah anak gadisnya itu diruang tamu. Kemudian
da cepat-cepat mengambil pen marker yang terletak di atas meja lalu disembunyikannya
ke dalam kocek seluarnya.
"Pagi tadi dia kata dia tak sihat sangat." Adu Julia sambil mencebik.
"Sabar lah Julia... Memang dia tidak sihat agaknya."
Julia mengangguk walaupun wajahnya masih suram.
"Apa kata... Minggu depan kita balik kampung ke Muar. Dah lama kita tak ke
sana." "Boleh juga, ma!" tiba-tiba sahaja wajah Julia berubah ceria. Seronok. Tidak
sabar lagi rasanya untuk menemui datuk dan neneknya di sana...
http://www.nizamzakaria.com 100
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 12 Ariffin membawa masuk beberapa barangannya yang tersimpan di bahagian belakang
kereta Zul. Beberapa buah buku teksnya diletakkannya di dalam sebuah kotak khas yang
diperbuat daripada plastik. Di dalam kotak-kotak kadbod yang lain pula disimpan baju,
koleksi gambar-gambar lamanya, buku nota dan beberapa keping CD cetak rompak lagulagu
kegemarannya. Ariffin mula sedar dia tidak mempunyai banyak barang yang boleh
dibawanya berpindah. Inilah sahaja barang-barang kepunyaannya yang dia ada.
Zul membantu dengan membawa kotak plastik yang terkandung buku-buku teks
kepunyaan Ariffin ke dalam sebuah bilik yang tidak digunakannya di bahagian belakang
rumahnya. Bilik tersebut sederhana besarnya - dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz
sederhana, sebuah meja komputer dengan sebuah komputer yang mempunyai sambungan
jalur lebar, alat penyaman udara, sebuah almari besar dan sebuah tandas.
Setelah selesai mereka memindahkan kotak-kotak dari perut kereta ke dalam kamar baru
Ariffin, Zul masuk ke dapur untuk menyediakan air. Ariffin pula mandi dan menukar
pakaiannya. Setelah dia selesai mandi, dia keluar berehat di ruang tamu dengan memakai
singlet dan sehelai kain pelekat yang sudah nampak lusuh. Zul yang telah memintanya
memakai mandi dan menukar pakaian agar mereka dapat melakukan solat maghrib
bersama sebentar nanti. "Jadi... Selepas ini Art tak perlu keluar malam lagi tak tentu pasal." Ujar Zul
perlahan kepada Ariffin. "Tapi kalau saya nak keluar jumpa kawan-kawan saya pula macam mana?" tanya
Ariffin dengan dahinya terkerut. Dia tidak suka kebebasan dirinya dikongkong.
"Kalau Art nak jumpa kawan tak kisah." Zul menerangkan sambil menggunakan
alat kawalan jauhnya untuk menonton rancangan di kaca TV. "Maksud abang... Abang
tak mahu Art buat kerja-kerja tak senonoh tu lagi. Kalau Art perlukan wang, Abang ada.
Minta sahaja dari abang--"
"Saya tak boleh terima duit abang." Kata Ariffin buat sekian kali. Kemudian dia
diam sambil tertunduk lesu. "Apa yang abang dah buat sekarang ni pun dah cukup. Saya
pun tak tahu macam mana nak balas baik jasa baik abang ni kepada saya."
"Art dah bawa semua barang Art ke sini?" tanya Zul yang sengaja mahu
mengubah arus perbualannya. "Ada yang tertinggal?"
"Sudah... Barang-barang saya semuanya saya dah bawak ke sini... Kecuali satu."
"Apa dia?" "Seutas rantai kepunyaan saya. Rantai tu masih tersimpan di rumah Chef Zainal.
Rantai tu tertinggal di sana."
http://www.nizamzakaria.com 101
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Kalau tertinggal, ambil balik, lah."
"Chef Zainal tidak mahu kembalikan rantai itu kepada saya. Dia simpan rantai tu
di rumahnya." "Kenapa?" "Dia tahu rantai itu bermakna bagi saya. Sebab itu dia simpan."
"Art nak abang jumpa dengan Chef Zainal?"
"Eh, tak payah bang." Kata Ariffin bersungguh-sungguh. Wajahnya
Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
menampakkan keresahan. "Kalau rantai tu berharga dan bermakna sangat... Apa salahnya kalau abang tolong
Art. Abang boleh jumpa dia dan minta balik hak kepunyaan Art tu dari dia."
"Tak payah bang." Ariffin bersuara tegas. Matanya terus memandang ke kaca TV.
"Bila sampai masanya nanti, saya akan ambil sendiri."
"Kenapa kau sayangkan sangat dengan rantai tu?" Zul ingin tahu.
"Bukannya saya sayangkan rantai tu, bang... Tapi rantai itu bukan kepunyaan
saya." "Jadi kepunyaan siapa?"
"Kepunyaan orang lain." Ariffin terus memandang ke dalam mata Zul. "Bila dah
sampai masanya nanti saya akan pulangkan rantai ini kepada tuannya."
"Kenapa kau nak pulangkan rantai itu kepadanya?"
"Sebab rantai itu bukan hak saya dan bila sudah sampai masanya nanti saya nak
tanya dia kenapa." "Tanya dia kenapa?" Zul mengulangi kalimah-kalimah yang digunakan oleh
Ariffin tadi. "Saya nak tanya kepada dia kenapa saya perlu terus hidup... Saya patutnya dah
lama mati! Dia patutnya biarkan saya mati... Lebih baik saya mati sahaja dari hidup
begini." Kata Ariffin dengan perlahan. Suaranya hampir-hampir sayu kedengarannya.
"Jangan cakap macam tu, Art. Tak baik." Zul menasihati. Dia melihat wajah
Ariffin berubah muram. Seperti ada sesuatu yang ingin diberitahunya yang tersirat jauh di
dalam hatinya, tetapi dia terus mendiamkan dirinya.
http://www.nizamzakaria.com 102
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Si kucing hitam bernama JP naik ke atas pangku Ariffin. Wajah Ariffin jelas
berubah. Terkejut. Dia terus mengusap-usap tubuh JP yang dilihatnya semakin hari
semakin gemuk. Ariffin duduk bersila di atas sofa lalu terus menyelak kain pelekat yang
dipakainya sehingga menampakkan bahagian betis kirinya. Zul memerhatikan betis
Ariffin yang padat berisi itu, lantas terpandang ke arah bekas parut jahitan dari bahagian
betisnya sehingga ke bahagian lututnya. Zul pernah diberitahu oleh Ariffin, pada satu
ketika dahulu dia aktif bersukan, malah pernah mewakili Kedah dalam sukan ragbi di
dalam kategori bawah 15 tahun. Menurut Ariffin lagi, dia berhenti bermain ragbi ketika
dia berada di tingkatan empat. Mungkin kecederaan di bahagian betis dan lututnya itulah
yang memaksanya berhenti dari terus aktif bersukan, fikir Zul di dalam hati.
"Abang bagi dia masuk ke rumah abang?" tanya Ariffin. Wajahnya berubah segar.
"Ya... Sebab aku tahu kau suka dengan JP. Jadi kau kena jaga si JP ni betulbetul."
Ariffin terus mengangguk cepat. Dia terus memanjakan JP yang mahu disayangi
dan dimanjakannya sepenuh hati.
"Abang tak takut JP akan rosakkan perabot-perabot abang ni nanti?" tanya Ariffin
sambil mengusap kepala JP sehingga khayal kucing hitam itu jadinya.
"Entahlah Art... Selama ini abang fikirkan dengan adanya TV plasma 42 inci
dengan perabot yang diimport dari Itali ini semua boleh menyelesaikan masalah hidup
abang. Tapi tidak..." Zul menjelaskan. Dia melihat Ariffin diam sahaja ketika mendengar
penjelasan darinya. Dia kurang pasti jika Ariffin faham dengan apa yang dikatakan tadi
atau sebaliknya. * Ariffin memandang ke arah jam tangannya. Kemudian dia memandang ke arah sebuah
deretan kedai di Subang Jaya di mana letaknya klinik Dr. Shahri dan Rakan-rakan. Dia
tahu Julia sedang bekerja di dalam klinik tersebut. Dia bercadang mahu menemui Julia di
sana. Ariffin masuk ke dalam klinik. Di dapatinya ramai pesakit yang sedang menunggu giliran
mereka di rawat oleh Dr. Shahri. Julia pula kelihatan sibuk di bahagian farmasi memilih
ubat dan menyerahkan kepada ubat kepada seorang pesakit berbangsa Cina.
"Sibuk ke?" tanya Ariffin di kaunter sambil tersenyum sesudah pesakit tersebut
beredar dari kaunter setelah mendapatkan ubatnya.
"Sibuk juga ni." Jawab Julia mendekatkan dirinya ke kaunter. "Kenapa?"
http://www.nizamzakaria.com 103
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Ini untuk awak." Ariffin mengeluarkan sebuah Beanie Baby berbentuk kucing
berwarna hitam yang disembunyikan di belakangnya sejak tadi lalu diletakkan ke atas
meja kaunter. "Panggil dia JP."
"Eh. Comelnya!" ujar Julia ketika dia mengambil Beanie Baby tersebut sambil
menciumnya. "Miss Wong!" teriak Julia kemudian untuk menyerahkan ubat kepada
seorang pesakit wanita yang jelas nampak sedang demam itu.
Sejurus selepas Julia menjelaskan cara memakan ubat dan mengambil bayaran
dari Miss Wong, dia terus menumpukan perhatiannya kembali kepada Ariffin. Julia
memandang ke arah seorang jururawat berbangsa India yang berusia lebih setengah abad
bernama Mageshwari yang sedang menjeling ke arahnya.
"Awak datang sini nak jumpa saya ke nak jumpa doktor?" tanya Julia dengan
nakal. "Saya nak jumpa awak lah. Saya rindu kat awak tau!" kata Ariffin sambil
menghulurkan tangannya untuk memegang jari jemari Julia.
"Tapi saya kerja lah..." Julia menarik tangannya kembali apabila Mageshwari
berjalan ke hulu dan ke hilir di belakangnya.
"Julia... Awak boleh tolong saya tak?" tanya Ariffin kemudian dengan berbisik
kepada Julia apabila Mageswari masuk ke dalam bilik rawatan Dr. Shahri.
"Tolong apa?" "Saya nak jumpa bapak awak, tapi saya tak ada masa ni. Saya nak balik dah.
Pesakit pulak ramai."
"Awak sakit ke?"
"Ya... Saya perlukan ubat. Selalunya doktor saya bagi saya ubat yang saya
perlukan tu... Tapi, saya malas nak pergi jauh-jauh ke kliniknya."
"Klinik yang awak selalu lawati tu kat mana?"
"Cheras..." "Awak perlukan ubat apa?"
"Dormicum... 15 miligram."
"Hemm..." Julia memandang tepat ke arah wajah Ariffin yang nampak serius itu.
"Sekejap ya, saya cari kalau ubat tu ada di sini."
http://www.nizamzakaria.com 104
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Julia mencari ubat yang disebutkan oleh Ariffin. Julia mengeluarkan ubat tersebut
dari kotaknya. Dia mendapati ubat tersebut berwarna biru.
Julia mengambil dua keping plastik yang setiap satunya terkandung 10 biji pil
Dormicum. Dia memasukkan pill itu di dalam plastik putih lalu menyerahkan pil-pil
tersebut kepada Ariffin. Ariffin mengeluarkan dompetnya. Julia menggelengkan kepalanya. Katanya dia
akan membereskan soal bayaran ubat tersebut. Ariffin mengucapkan terima kasih kepada
Julia sambil mengenyitkan mata kirinya kepadanya.
"Oh ya... Lusa ini saya dan mama akan ke Muar. Awak nak ikut tak" Kalau nak
ikut, nanti saya jemput Daniel sekali."
"Muar?" "Ya. Balik ke kampung mama saya di Muar. Sekejap jer. Tak lama. Lagipun ni
semua mama punya idea. Dia suruh saya jemput awak dan Daniel bercuti ke sana."
Ariffin menggaru belakang lehernya. Dia memandang ke arah wajah Julia yang
begitu mengharapkan agar dia bersetuju.
"Okay. Bolehlah. Tapi saya lakukan ni semua untuk awak, tau!"
Julia mengangguk gembira.
"Okay... Saya nak balik ni. Awak kerja baik-baik, ya. Malam nanti saya call awak
macam biasa." Ariffin tahu dia perlu pergi kerana Julia perlu melaksanakan kerjanya itu.
Julia kemudian memberi isyarat kepada Ariffin supaya cepat-sepat keluar dari klinik
bapanya itu. Mageswari nampaknya sudah membebel seorang diri di kaunter hadapan.
Ariffin berjalan keluar dari klinik. Dia rasa gembira kerana telah mendapatkan apa
yang dimahukannya dari Julia.
"What are you doing?" tanya Mageswari kepada Julia sebaik sahaja Ariffin keluar
dari klinik. "He wants some medicine. I"m just helping him out. He"s my friend and my
father"s patient." Julia berbohong.
"I saw you giving him Dormicum. That medicine is restricted. Only your father
can perscribe it." "I know... My father already perscribed the medicine for him lah. He did it last
week when you were on leave."
"You sure, or not?"
http://www.nizamzakaria.com 105
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Yes lah Magesh... Don"t worry lah. Malam ni you nak makan apa" I belanja."
Magesh berdecit. Dia kembali duduk di kaunter hadapan melayan seorang pesakit
yang baru tiba. Julia pula tersenyum. Dia mengambil senarai ubat yang diperlukan oleh
seorang pesakit yang telah diberikan oleh Mageswari kepadanya tadi sambil meletakkan
Beanie Baby kucing hitam yang bernama JP itu di tepi kaunter farmasi...
http://www.nizamzakaria.com 106
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 13 Zul menguap semahu-mahunya lalu dia bangun dari tidurnya. Dia menggosok-gosok
matanya lalu memandang ke arah jam dinding di hadapannya. Dia dapat melihat jam
dinding menunjukkan pukul 11.45 pagi. Dia bangun lewat lagi pada hari pagi Sabtu itu.
Dia menarik nafasnya dalam-dalam sebelum dia keluar dari katilnya. Dia melihat
laptopnya masih berada di bahagian tepi katilnya. Perisian Words yang menunjukkan
kerja-kerja yang cuba disiapkan sehingga pukul 2 pagi tadi masih belum ditutupnya lagi.
Dia menggeleng-gelengkan kepalanya lalu mengambil sedikit masa untuk mematikan
fungsi laptopnya itu. Dia berjalan ke ruang tamu. Di dapatinya Ariffin tidak ada di situ menonton TV seperti
seorang zombie seperti kebiasaannya. Dia ke meja makan. Dia dapat melihat sarapan
paginya telah tersedia di sana. Dia membuka tudung saji lalu dapat melihat nasi goreng,
roti bakar dan telur masak mata lembu kegemarannya yang telah disediakan oleh Ariffin.
Bau yang dapat dihidunya sedap, lantas terus membuka seleranya untuk makan.
Zul dapat melihat JP menggesel-geselkan dirinya ke kakinya. Zul mengangkat JP lalu
lengusap-usap bulunya yang hitam berkilat itu. Kemudian dia pergi mengambil telefon
bimbitnya. Dia dapat melihat bahawa dia ada menerima beberapa buah pesanan mesej
SMS termasuk dari Ariffin. Dia membaca SMS dari Ariffin dahulu. Dalam mesej SMS
itu, Ariffin memberitahu kepadanya bahawa dia telah keluar dari rumahnya pada pagi itu
dan hanya akan pulang pada selewat-lewatnya petang hari esoknya. Dia akan ke Muar
bersama Julia, ibunya dan Daniel. Dia juga ada mengatakan dia telah meninggalkan
sekeping nota di atas katilnya dan dia meminta agar Zul pergi membacanya.
Zul masuk ke dalam kamar Ariffin. Dia mendapati kini JP sedang duduk di atas katil
Ariffin seolah-olah dia seorang raja yang sedang berkuasa di atas takhtanya. JP mengiau
kepadanya sekali sebelum ia menutup matanya untuk tidur di sana. Zul mengambil nota
yang telah ditinggalkan Ariffin. Mulutnya ternganga menguap lagi. Dia meramas-ramas
kepalanya sendiri. Zul memerhatikan bilik Ariffin. Walaupun katilnya telah dikemaskan, bahagian meja
belajar dan meja komputernya nampak berselerak, persis bilik seorang pelajar universiti
yang seusia dengannya. Zul tersenyum sendiri, kerana keadaan bilik Ariffin yang
kelihatan sedikit semak-samun ini mengingatkan dia kepada biliknya sendiri ketika
bergelar pelajar di England satu ketika dahulu.
Mungkin kerana kebosanan, Zul telah mengambil keputusan untuk memeriksa laci-laci
kepunyaan Ariffin satu persatu. Di dalam salah sebuah lacinya, Zul dapat melihat Ariffin
ada menyimpan beberapa keping kertas nota yang telah diambilnya di dalam kuliahkuliah
yang disertainya dan beberapa keping kertas keputusan ujian yang disimpannya
baik-baik. Zul mendapati Ariffin telah mendapatkan keputusan yang cemerlang dan
konsisten di dalam ujian-ujian yang telah diambilnya.
Di dalam laci yang paling bawah sekali, Zul dapat melihat sebuah album gambar
berwarna hitam yang ada menyimpan gambar-gambar bersaiz 3R tersorok di situ. Zul
http://www.nizamzakaria.com 107
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
mengambil album gambar tersebut keluar agar dia dapat mengamatinya. Dia dapat
merasakan album gambar ini mempunyai makna yang cukup istimewa buat diri Ariffin.
Zul menelaah gambar-gambar lama Ariffin yang telah diambilnya ketika dia sedang
beraksi di atas padang bersama pasukan ragbinya, juga beberapa keping gambar yang
telah diambilnya bersama kawan-kawan di sekolah menengahnya di Kedah. Zul
berpendapat, walaupun di dalam usia yang begitu muda, Ariffin sudah nampak lebih
matang dari kawan-kawannya lain, malah tubuhnya sudah kelihatan lebih padu dari
rakan-rakannya yang lain.
Zul cuba tidak mengendahkan susuk tubuh Ariffin yang sememangnya tengah mekar pada
usia remajanya. Fikiran Zul terbawa kepada zamannya ketika sedang menuntut di asrama
dahulu, di mana setiap petang dia akan memerhatikan pemain-pemain ragbi sekolahnya
dengan tubuh lencun dek dibasahi peluh melewati bilik asramanya sebelum mereka terus
ke kolah mandi - saling tak tumpah seperti Ariffin. Zul tersenyum sendiri melihat
gambar-gambar tersebut yang langsung mengingatkannya kepada zaman remajanya
sendiri. Tetapi gambar-gambar yang menjadi tumpuan Zul lantas di tatapnya lama-lama adalah
gambar keluarga Ariffin yang telah diambilnya di kampung sempena menyambut hari
raya. Ariffin nampak segak dengan pakaian baju Melayunya lengkap bersamping. Zul
dapat melihat Ariffin mempunyai dua orang adik perempuan. Bapanya pula memakai
serban dan ibunya pula bertudung labuh. Zul dapat merasakan bapa Ariffin mungkin
seorang imam masjid atau setidak-tidaknya seorang ustaz. Mengikut catatan tarikh yang
tercatat di atas gambar-gambar ini, ia telah diambil kira-kira lima tahun yang lepas.
Persoalan demi persoalan mula timbul di dalam dirinya kini. Kenapa Ariffin begitu beriaia
mengatakan kepadanya bahawa dia seorang anak yatim piatu. Adakah keluarganya itu
masih ada lagi di kampung" Adakah selama ini dia telah berbohong kepadanya" Dan
mengapa pula Ariffin perlu berbohong kepadanya"
Zul mengingatkan kepada dirinya agar jangan menjadikan persoalan-persoalan yang
remeh ini mengganggu fikirannya. Tetapi bila tiba masa yang lebih sesuai nanti, dia pasti
akan bertanyakan kepada Ariffin perihal latar belakang keluarganya di Kedah...
* Jali duduk di hadapan lukisan Amron Omar yang bertajuk Pertarongan III yang sedang
dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara. Seperti kebiasaannya, Jali akan ke balai seni
lukis ini sekurang-kurangnya dua atau tiga kali dalam masa sebulan dan selalunya dia
akan ke sini bersama Ariffin di hari hujung-hujung minggu. Dia suka ke sini bersama
Ariffin kerana Ariffin dapat menjelaskan kepadanya makna-makna yang tersirat dan
tersurat yang mungkin terdapat di sebalik setiap karya yang mengikut interpretasinya.
Tetapi hari ini Ariffin tidak ada bersamanya. Dan Jali pasti, Ariffin tidak akan
menemaninya ke situ lagi. Kesedaran ini sahaja mampu membuat perasaan hiba
menjenguk ke dalam ruang hatinya. Matanya mula berkaca-kaca.
http://www.nizamzakaria.com 108
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Jali mengelap air matanya cepat-cepat sebelum orang lain dapat melihatnya menangis.
Dia memberitahu kepada dirinya bahawa dia melakukan ini semua kerana dia hanya
mahukan yang terbaik buat diri Ariffin. Dia sedar bahawa hidup Ariffin kini semakin
terjaga. Dia tidak perlu lagi keluar pada malam hari untuk menjual maruahnya kepada
lelaki-lelaki yang mendahagakan secebis cinta yang segera darinya. Cinta yang begitu
murah yang dapat dijual beli seperti bungkusan nasi lemak, gamaknya.
Mata Jali kini tepat kepada lukisan Amron Omar di hadapannya yang
menunjukkan keadaan dua orang lelaki Melayu yang bertubuh perkasa saling bertarung di
antara mereka. Dia memerhatikan setiap sudut lukisan ini. Dia cuba meneliti cara lukisan
ini dilukis sehinggalah kepada warna-warna yang telah digunakan oleh Amron Omar
untuk menjadikan lukisannya ini nampak hidup.
Jali mengeluarkan buku sketch serta pensel lukisannya. Dia cuba menyiapkan lukisan
Hidung Belang Penghisap Darah 2 Tsabita Ilana Karya Suffynurcahyati Kemelut Di Cakrabuana 5
Mandarin Cersil Mandarin
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama