Tak Mungkin Kuhindar Karya Ana Sofiya Bagian 2
sahaja keadaan menjadi berbeza.
Abah sudah pandai balik lewat malam. Abah sudah mula marah-marah. Asyik
menengking. Selalu mengamuk. Paling menyedihkan Maria bila abah sudah mula
memukul emak. Paling dia hairan bila abah sudah pandai minum arak.
Maka bermulalah pertengkaran demi pertengkaran antara emak dengan abah.
Bermulalah kemusnahan! Tiada lagi belaian abah untuknya. Mereka sudah jarang berjumpa. Bila abah balik,
dia sudah lama dibuai mimpi. Malam menjadi terlalu sepi. Dia mengulang kaji sendirian.
Abah tidak lagi menunjuk ajar, tidak lagi menemani. Pada hari cuti, abah tidak pernah
lekat di rumah. Awal-awal pagi lagi dia sudah keluar.
"Kenapa abah jadi macam ni, mak" Kenapa abah selalu balik lambat sekarang""
Maria bertanya kepada Aisyah. Ketika itu Aisyah hanya menggelengkan kepala.
Maria bertanya lagi, "Kenapa sekarang abah suka pukul mak""
"Entahlah, Lia. Mungkin mak dah tak cantik sekarang..." keluh Aisyah.
"Kenapa abah dah tak sayangkan Lia lagi" Macam dulu"" soal Maria sambil
menangis. Dia berasa terlalu sedih ketika itu. Di pangkuan emaknya, dia menghempaskan
diri, meluahkan perasaan yang terbuku.
Aisyah juga kelihatan semakin sedih. Tidak lama kemudian Aisyah menangis
bersama-sama Maria. Walau umur Maria masih terlalu kecil ketika itu, dia sudah boleh berfikir. Dia
tahu kalau dia terus-menerus menunjukkan kesedihannya, emaknya tentu akan lebih
susah hati. Emaknya pasti lebih terseksa dan kecewa. Jadi, selepas kejadian itu dia tidak
lagi menitiskan air mata di hadapan emaknya. Segalanya dipendamkan sendiri. Dia tidak
mahu emaknya tahu betapa kecewanya dia dengan sikap dan perbuatan abahnya.
Sejak itu, dia tidak pernah lagi bertanya tentang perubahan sikap abah. Dia hanya
dapat menahan hati melihat abah yang semakin jauh daripadanya. Semakin jauh daripada
keluarga. Dan, bila abah pergi meninggalkan mereka untuk berkahwin dengan perempuan
kaya itu, dia tahu bahawa kasih sayang
abah kepadanya sudah tiada.
"Abang, jangan buat saya macam ni! Kesian pada anak-anak kita, bang. Lia
dengan adik-adik dia masih kecil. Mereka perlukan abang. Mereka perlukan abah
mereka! Jangan pergi, bang. Saya rayu abang. Tolonglah!"
Masih terdengar-dengar suara ibunya merayu supaya abah tidak meninggalkan
mereka. Mengharap abah tidak pergi. Maria masih terbayang-bayang kejadian pada
malam itu. Maria sedang berbaring di atas ribaan ibunya, mendengar cerita Nabi Noh.
Sesungguhnya Aisyah pandai bercerita kisah-kisah nabi sehingga Maria leka mendengar.
Tiba-tiba abah balik dalam keadaan terhuyung-hayang. Jalannya bengkang-bengkok.
Maria mendengar emak mengeluh. "Dia mabuk lagi."
Ayahnya mabuk" Ketika itu Maria benar-benar keliru. Di sekolah, ustaz berkata
bahawa orang Islam tidak boleh minum arak. Arak adalah minuman yang diharamkan
oleh agama. Berdosa jika meminumnya. Tapi, kenapa abahnya minum juga" Sungguh dia
tidak mengerti. Tiba-tiba Maria melihat abahnya sibuk mengemas kain baju dan memasukkan
pakaian itu ke dalam beg. Jelas, ayahnya ingin pergi dari situ. Ayahnya ingin
meninggalkan mereka. "Abah nak pergi mana""
Maria memberanikan diri untuk bertanya. Dia menekup hidung bila ayahnya
menjawab. Dia tidak tahan bau masam itu.
"Abah nak pergi rumah lain." Ringkas sungguh jawapan yang diberi.
Maria mengerutkan dahi. "Kenapa abah kemas baju abah saja" Kami""
Mustafa kelihatan resah. Namun, diberikannya jua jawapan. "Lia nampak
perempuan kat luar tu" Dia bawak kereta besar, nampak tak" Abah nak pergi rumah dia."
Manalah Maria faham kata-kata ayahnya. Dia pergi mendapatkan ibunya yang
sedang menangis. Sedih benar dia melihat titisan air mata di pipi ibunya itu.
"Buat apa abah nak ikut dia" Emak kan ada""
Berkerut dahi Mustafa memandang Aisyah. "Awak ajar Lia cakap macam tu,
Aisyah" Awak nak kena"" Tengking Mustafa.
Maria nampak emaknya menggelengkan kepala. Dia kemudian mendengar
dengan jelas ayahnya memberitahu.
"Abah nak kahwin dengan perempuan tu. Abah nak hidup senang dengan dia.
Dekat sini, dalam rumah ni, abah boleh gila. Rumah ni kecik, busuk pulak tu. Abah
bosan!" Waktu itu Maria tidak memahami apa-apa. Hanya hati tertanya-tanya mengapa
abah mesti bosan sedangkan abah ada anak-anak yang amat sayangkan dirinya. Dia tidak
mengerti kata-kata abah bila abah berkata rumah ini kecil dan busuk.
Mana ada" bentak Maria dalam hati.
Mustafa sudah siap berkemas. Dia sedang mengatur langkah untuk keluar.
Maria bertanya lagi. "Abah nak tinggalkan kami""
Terhenti langkah Mustafa. Dia tidak bersuara.
Maria memberanikan diri bertanya lagi. "Habis tu, macam mana dengan mak"
Macam mana dengan adik-adik" Abah tak kesian pada kami" Mak mana ada kerja. Apa
kami nak makan nanti""
Soalan yang diberi tidak berjawab. Wajah Mustafa selamba sahaja. Tidak ada
langsung rasa bersalah. "Abang dengar tak tu" Lia tanya abang, kenapa tak jawab" Sampai hati abang nak
tinggalkan kami macam tu aje" Abang tak kesian pada anak-anak" Mereka ini anak-anak
abang, tanggungjawab abang, tahu tak"" Itulah soalan Aisyah setelah lama berdiam diri.
Mustafa meletakkan beg di jenang pintu. Dia berpatah balik, berjalan ke arah
Aisyah. Maria benar-benar terkejut bila abah menampar muka emak. Kiri dan kanan.
Bukan sekali, malah berkali-kali sehingga titisan darah menitis keluar dari mulut emak.
Tanpa belas kasihan, tubuh emak ditendang abah. Maria cuba meleraikan, tetapi dirinya
ditolak keras. Dia terjatuh. Tapi, dia segera bangun. Rasa kasihan kepada ibunya
menghilangkan kesakitan yang sedang dia sendiri alami. Adik-adiknya juga sudah
menangis dengan kuat. Teresak-esak.
Sekali lagi dia pergi mendapatkan emak. Tubuh emak yang lemah dipeluk.
Matanya garang membalas renungan abah yang tajam. Air mata yang keluar dilap dengan
belakang tangannya. "Abah, jangan pukul mak lagi. Kalau abah nak pergi, pergilah. Jangan pukul mak!
Jangan!" jerit Maria.
Dia melihat ayahnya merenung wajahnya dengan muka yang bengis. Mulanya dia
fikir dirinya akan dipukul juga, namun seketika kemudian ayahnya pergi meninggalkan
mereka. Maria berlari ke muka pintu. Dia melihat seorang perempuan can
tik sedang berdiri di sisi sebuah kereta yang besar. Perempuan itu tersenyum bila terpandangkan
ayahnya. Perempuan itu mengambil beg dari tangan ayahnya dan meletakkan beg itu di
tempat duduk belakang. Dia nampak perempuan itu memeluk ayahnya sebelum ayahnya
berlalu ke tempat pemandu dan tidak lama kemudian, mereka hilang dari pandangan.
Kerana perempuan kaya itu, abah pergi juga. Kerana perempuan kaya itu, abah
tinggalkan dirinya dan adik-adik. Malah, abah tidak langsung menoleh ke belakang.
Hidup mereka semakin malang beberapa hari selepas ditinggalkan. Maria masih
teringatkan kejadian pada hari itu. Mereka sedang makan ketika tuan rumah sewa datang.
Dia dapat melihat wajah ibunya yang gelisah. Bila dia mendengar suara lelaki itu yang
garang, barulah dia memahami mengapa ibunya susah hati.
"Aisyah, aku datang ni nak beritahu kamu yang kamu dah empat bulan tak bayar
sewa rumah ni. Aku tahu kamu susah, tapi aku pun bukan orang senang. Aku pun ada
anak bini untuk diberi makan!" kata Pak Ali keras.
"Saya faham, Pak Ali, tapi berilah saya masa sikit. Insya-Allah esok lusa saya
bayar sewa rumah ni."
"Sudahlah, Aisyah, janganlah kamu nak tipu aku. Kamu nak bayar dengan apa"
Laki kamu tu, dah tinggalkan kamu, kan" Beginilah. Kemas barang-barang kamu dan
keluarlah. Petang ni jugak aku nak kamu kosongkan rumah aku ni. Jangan pulak kamu
kata aku ni zalim sebab sikit pun aku tak mintak sewa rumah yang kamu terhutang tu.
Dah kamu tak ada duit, aku pun kesian jugak. Cuma, tolonglah, kosongkan rumah ni hari
ini jugak, faham""
Aisyah terpisat-pisat. "Tapi, Pak Ali, ke manalah kami nak pergi" Tolonglah!
Bagilah saya masa sampai esok pagi."
"Hisy, kamu ni, Aisyah. Tak faham-faham! Aku kata keluar petang ni, keluarlah!
Dah lama dah aku kesiankan kamu anak-beranak, takkanlah kamu tak tahu" Tapi, sampai
bila aku nak biarkan kamu duduk di rumah ni macam rumah kamu sendiri" Tak bayar
sewa! Jangan melampau, Aisyah. Jangan tak sedar diri!" tengking Pak Ali. Dia tidak
peduli keadaan sekeliling. Orang sudah ramai berkumpul dan memerhati.
"Tolonglah, Pak Ali. Sehari aje. Saya mintak tangguh sampai esok. Saya tak ada
tempat nak pergi kalau kena keluar hari ni," rayu Aisyah.
"Peduli apa aku kalau kamu nak berhujan ke, nak merempat ke" Lantaklah! Aku
mahu kamu keluar dari rumah aku ni, hari ini jugak!"
Tidak ada belas kasihan. Tidak ada perasaan simpati. Mereka dihalau bagaikan
anjing kurap. Hina sungguh dirasakan. Mujur ada Tok Munah.
"Dah tu, Aisyah, jangan menangis. Aku ada pondok buruk dekat hujung kampung
ni. Duduklah di situ. Cuma keadaan pondok tu teruklah sikit. Maklumlah, rumah kosong.
Rumah tinggal," kata Tok Munah sambil mengusapi kepala Maria.
Maria juga nampak wanita tua itu meletakkan wang berwarna merah dalam
genggaman tangan emak. Dalam hati dia berterima kasih kepada wanita itu. Masih ada
yang sayang kepada mereka rupa-rupanya.
Petang itu, Tok Munah membawa mereka ke rumah buruk itu. Maria masih ingat
keadaannya. Rumah kampung yang bila-bila masa akan roboh. Uzur benar rupanya. Atap
daun nipahnya bocor di sana sini. Dinding kayu yang berlubang-lubang. Keadaan
lantainya" Memualkan! Rumah itu cuma ada satu bilik kecil dan sedikit ruang sempit
sebagai dapur. Begitu pun mereka masih bernasib baik. Tok Munah masih sudi
membenarkan mereka tinggal dalam rumah buruk itu.
Melihat kepada kesungguhan emak mengemas rumah itu, Maria akur. Dia
membantu emaknya membersihkan lantai. Begitu juga dengan Mazlan. Walau muda dua
tahun daripadanya, adiknya itu seolah-olah memahami penderitaan keluarga mereka.
Bersama-sama, mereka memberus lantai sehingga licin. Mereka juga menampal kertas
surat khabar di dinding yang berlubang. Mereka meletakkan besen kosong di tempat yang
bocor. Kerana kepenatan, akhirnya mereka tertidur tanpa makan apa-apa malam itu.
Pagi esoknya, Aisyah telah pergi ke kedai, membeli ikan kering untuk digoreng
dan dimakan dengan nasi yang sudah dimasak. Selepas makan, Maria disuruh menjaga
adik-adik kerana Aisyah hendak mencari kerja.
"Jaga adik-adik, Lia. Baca buku! Esok boleh pergi sekolah. Mak nak pergi cari
kerja. Kalau lapar lagi, nasi ada lebih tu. Ikan kering tadi pun ada juga. Pandai-pandailah
kamu, ya... Mak pergi tak lama. Tengah hari nanti mak balik."
Maria hanya mendiamkan diri. Sebaik emaknya pergi, dia mengunci pintu. Hari
masih terlalu awal dan dua orang adiknya masih tidur lagi. Dia mengambil peluang itu
untuk mengemas rumah dan membasuh pinggan. Bila adik-adiknya bangun, Maria
mengajak Mazlan makan dan menyuapkan nasi kepada Muaz.
Tengah hari itu, Aisyah pulang dengan membawa banyak barang. Rupa-rupanya
Aisyah sudah mendapat kerja. Aisyah mengambil upah mencuci, melipat dan menggosok
pakaian di sebuah rumah seorang perempuan cina. Aisyah meminta dibayar gaji hari.
Gajinya RM10. Dengan wang sebanyak itu, Aisyah membeli tepung, ubi keledek, gula
dan minyak. Dia hendak menjual kuih. Dia sudah meminta izin daripada Pak Dolah untuk
meletakkan kuih di gerai orang tua itu. Setiap pagi, Mazlan dan Maria akan membawa
kuih ke gerai dalam perjalanan ke sekolah.
Mulai hari itu, rutin hidup mereka berubah. Awal pagi, dia dan Mazlan akan
membantu ibu mereka membuat kuih karipap, cucur badak dan keria di dapur. Selepas
solat subuh, mereka dua beradik akan bersiap untuk ke sekolah. Jarak dari rumah ke
sekolah bukan dekat, kira-kira dua kilometer dan mereka terpaksa berjalan kaki. Dalam
perjalanan, mereka akan singgah di kedai Pak Dolah, meletakkan kuih di situ. Nanti bila
mereka balik, mereka akan mengambil bakul dan wang jualan.
Aisyah pula akan pergi ke rumah Nyonya Lim membawa Muaz untuk membasuh
kain sebaik Maria dan Mazlan pergi ke sekolah. Selesai kerja, Aisyah membantu Nyonya
Lim menjahit baju. Petang, dalam pukul 4.00 barulah Aisyah sampai ke rumah.
Maria tahu emaknya kepenatan kerana itu dia sentiasa memastikan lauk dan nasi
sudah terhidang apabila emaknya sampai. Walau dia masih kecil ketika itu, tetapi apa
yang berlaku telah menjadikan dirinya lebih matang. Dia lebih bertanggungjawab.
Dalam kepayahan itu, tidak sekali emaknya mengabaikan perintah Tuhan. Emak
sentiasa memastikan mereka tidak meninggalkan solat. Emak sendiri mengajar mereka
mengaji Quran. Emak mendidik mereka dengan penuh rasa tanggungjawab. Tanpa
merungut. Tidak juga menyesali takdir yang menimpa.
Emak juga mahu mereka belajar bersungguh-sungguh. Sentiasa membuat kerja
sekolah yang diberi oleh cikgu. Emak mahu mereka belajar rajin-rajin. Mahu mereka
menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara bila dewasa nanti.
Aisyah wanita yang gigih. Kegigihannya membesarkan Maria adik-beradik
sangat-sangat dikagumi oleh Nyonya Lim. Selama hampir dua tahun dia menjadi orang
gaji perempuan Cina itu. Bila Nyonya Lim meninggal dunia beberapa bulan selepas itu, Aisyah dan anakanak berpindah ke rumah yang mereka duduki sekarang. Rumah bantuan PPRT.
Di sinilah Aisyah mula mengambil upah menjahit dan menyulam. Kemahirannya
diturunkan kepada Maria. Semakin Maria meningkat remaja, dia turut berminat
membantu. Hidup tidaklah terlalu sempit kini. Hasil jualan kuih dan upah menjahit itu masih
berbaki. Kata Aisyah, duit itu disimpannya untuk anak-anak masuk universiti nanti.
Sungguh tidak ada orang lain yang lebih disanjung daripada emaknya. Bagi
Maria, emak adalah segala-galanya. Biarlah remaja lain mengagungkan penyanyi atau
pelakon, pemimpin dunia atau siapa sahaja. Bagi dirinya emak adalah idolanya. Wanita
yang sangat dikagumi. Wanita yang sangat disanjungi, dikasihi.
Sangka Maria abahnya tidak akan balik lagi menemui mereka. Sangkanya
bayangan lelaki itu akan hilang lenyap buat selama-lamanya. Rupa-rupanya tidak.
Sesekali lelaki itu akan balik ke rumah. Kadang-kadang dalam keadaan siuman, kadangkadang mabuk. Maria tidak tahu kenapa lelaki itu perlu pulang.
Untuk beri duit kepada mereka" Tidak! Untuk beri kasih sayang" Jauh sekali!
Yang pasti, setiap kali dia datang, dia mesti bertengkar dengan mak. Yang pasti, mak
akan dipukul. Dan, lebih menyakitkan hati, duit mak, hasil titik peluh mak selama ini
membanting tulang empat kerat akan diambil.
Argh, kalau dikenangkan memang sakit hatinya melihat sikap abah yang tidak
bertanggungjawab itu. Lelaki apakah itu yang sanggup meninggalka
n isteri terkapaikapai sendirian untuk membesarkan anak-anak" Mengapakah tergamak abah membiarkan
emak sendirian mencari nafkah hanya untuk sesuap nasi" Tidak adakah langsung rasa
sayang abah kepada emak" Kepada mereka adik-beradik"
Dia terasa hati dengan sikap abah. Semakin hari, semakin marah. Semakin hari
semakin benci. Bagaimanpun, Maria hairan dengan sikap emaknya. Emak tidak pernah
memburuk-burukkan abah, malah dia amat marah jika dia dan Mazlan mengumpat lelaki
itu. Jadi, mereka tidak berani hendak mengata atau mengungkit perbuatan abah mereka.
Tidak baik mengata orang yang menyebabkan mereka adik-beradik lahir ke dunia,
kata emak. Maria dan Mazlan akur.
Mustafa" Nama itu telah lama lenyap daripada fikiran Maria. Entah bagaimanalah
rupa lelaki itu sekarang. Masih gagahkah seperti dahulu" Atau, dilewat usia 50-an ini,
adakah sikapnya sudah berubah"
Hisy, kenapa mesti diingat" Pedulikanlah! Dia sendiri tidak pernah mengambil
tahu tentang isteri dan anak-anaknya. Mengapa mesti mengenangnya"
Namun, jauh di sudut hati, nama Mustafa masih terpahat lagi. Apa pun, lelaki itu
masih abahnya. 9 MARIA tergesa-gesa balik ke rumah. Walau letih kerana berjaga sepanjang malam,
digagahi juga dirinya untuk melangkah keluar dari kawasan kilang. Matanya liar mencari
Salwa. Dia rasa bersyukur kerana sahabat baiknya itu sanggup mengambilnya pulang dari
tempat kerja pagi ini. "Hai, nak balik" Jomlah saya hantarkan." Satu suara menegurnya.
Maria menoleh ke arah suara itu. Dia benar-benar terkejut. Setelah sekian lama menyepi,
Irwan menegurnya kembali. Wajah lelaki itu jelas gembira melihat dirinya. Maria
terpanar. "Hmm... kurusnya awak, Maria. Masih rindukan saya"" Irwan bertanya lagi. Dia
tidak mempedulikan jelingan yang Maria beri.
Maria pura-pura tidak mendengar walaupun rasa hairan tetap ada kerana inilah
kali pertama pemuda itu menegurnya selepas sekian lama.
"Kekasih awak yang hebat tu mana, Maria" Dah lama saya tak nampak dia" Atau,
dia pun dah tinggalkan awak, macam yang saya buat dulu""
Kali ini Maria tidak mampu lagi berlagak selamba. Dia merenung wajah Irwan.
Irwan kelihatan riang. Maria keliru dengan tingkah Irwan. Maria tidak dapat menahan
diri. "Seronok benar awak, ya" Tapi, kalau tak silap saya, dulu tu awak merayu-rayu
nak balik pada saya, kan""
Langkah dipercepatkan untuk menjauhi diri daripada Irwan, namun kata-kata
Irwan menghentikan Maria.
"Kenapa, Hisyam merayu-rayu pada awak ke" Tak mungkin, tak mungkin. Dia
lebih kuat egonya daripada saya. Saya tahu tu. Tapi, tak tahulah saya kalau awak offer dia
sesuatu yang hebat."
Tak Mungkin Kuhindar Karya Ana Sofiya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
Maria menjadi marah. Tuduhan Irwan itu amat berat. Apakah lelaki itu ingat
dirinya perempuan hina. Sanggup menggadai maruah"
"Kenapa dengan awak ni" Awak peduli apa kalau Hisyam tinggalkan saya atau
tidak. Apa yang terjadi antara kami adalah kisah kami yang tak ada kena- mengena
dengan awak, faham""
Kali ini ketawa Irwan itu bertambah kuat.
"Well, jadi betullah awak dengan dia dah berpisah, ya" Untuk pengetahuan awak,
Maria, dia tinggalkan awak atas nasihat saya."
Maria benar-benar terkejut mendengar berita itu. Wajah Irwan dipandang lama.
Wajahnya sendiri menjadi pucat serta-merta.
"Saya dah bongkar semua rahsia awak pada dia. Malah, saya dah beritahu dia
yang kalau dia ambil awak, dia sebenarnya ambil sisa saya. Itu sebabnya dia tinggalkan
awak, tahu"" Maria menggeleng-gelengkan kepala, cuba menyerap masuk apa yang dia dengar
ke dalam otaknya. Cuba memahami.
Irwan menyambung cerita, kali ini dia berkata dengan suara yang lebih kuat.
Beberapa orang yang ada di situ turut memasang telinga. Pastilah apa yang mereka
dengar pagi ini akan menjadi cerita sensasi di kilang nanti.
"Awak ingat senang-senang saya nak lepaskan awak pada dia" Selepas apa yang
awak dah buat pada saya" Selepas awak malukan saya" Maaflah, Maria... Kalau awak
boleh mainkan saya, hari ini awak rasa sakit kan bila dia mainkan awak" Betul tak""
"Saya mainkan awak, Irwan" Memanglah awak ni teruk! Hina!" Maria menjerit.
Irwan semakin sakit hati. "Saya hina" Tengoklah siapa yang bercakap" Awak
ingat awak tu baik sangat" Awak lagi teruk. Mu
rah. Belum kahwin dah benarkan jantan
tu peluk, cium. Hisy, mujur kita tak kahwin. Entah-entah awak tu dah..."
"Hei, gila! Cakap tu baik-baik sikit. Dah macam-macam fitnah yang awak tabur
pada Lia ni. Cukuplah. Belajar-belajar bertaubat. Esok kalau mati, jenuh cari dia nak
minta ampun. Takut semua pahala awak tu dapat pada Lia nanti!" sergah Salwa. Entah
bila dia sampai. Tetapi, kehadirannya melegakan Maria.
"Dahlah, Wawa. Jom kita balik." Maria menarik tangan sahabatnya.
Irwan masih belum puas rupanya.
"Hei, Maria, kalau awak nak tahu, sekarang ni hati saya puas sangat kerana awak
dengan dia dah putus. Saya cerita pada dia macam-macam. Saya kata awak suka sangat
bila saya sentuh awak. Saya cerita pada dia awak suka saya kat mana pulak. Hah,
ternganga dia! Padan muka awak, padan muka dia. Sama-sama makan hati."
Kali ini, Maria tidak dapat lagi menahan perasaan marahnya. Dia pergi
mendapatkan Irwan. "Selama ini saya memang tahu awak ni jahat, tapi saya tak sangka yang awak
sebegini hina. Awak tahu tak yang awak sedang memfitnah saya" Awak tahu apa
hukumnya" Tentu awak tak tahu, kan" Dengar sini baik-baik, Irwan. Awak boleh kata
apa saja tentang saya, saya tak peduli. Tuduhlah apa sahaja, saya tak kisah. Nak tahu
kenapa" Kerana Allah Maha Mengetahui siapa saya. Suka hati awak nak beritahu satu
dunia sekalipun tentang keburukan saya, tak apa. Sebarkanlah fitnah awak tu. Semoga
awak gembira dengan hidup awak, dengan perbuatan awak. Assalamualaikum!"
Maria berlalu meninggalkan Irwan berdiri terpaku di pintu kereta.
Muka Irwan sudah berubah. Entah mengapa dia jadi gentar mendengar kata-kata
Maria. Dahinya berkerut seribu.
Maria menghenyakkan dirinya di sebelah Salwa.
Tanpa suara, Salwa memecut keluar dari kawasan kilang. Hatinya belas melihat
titisan air mata Maria. "Tak sangka kau dengan Hisyam berpisah kerana Irwan, Lia,"
keluhnya. Maria diam. Dia tidak mampu bersuara. Dia sangat marahkan Hisyam ketika itu.
Hisyam yang selama ini diharapkannya, rupa-rupanya telah termakan hasutan Irwan.
Hisyam yang mengaku cintakan dirinya sepenuh hati, rupa-rupanya lebih mempercayai
Irwan sehingga tidak mahu bertanya perkara sebenar kepadanya. Rupa-rupanya Hisyam
terpedaya dengan hasutan Irwan sehingga lelaki itu lupa bahawa dia seharusnya tidak
mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja.
"Pelik betul Hisyam tu, kan" Dia kata dia sayangkan aku, tapi dia percaya cakap
Irwan. Dia sepatutnya dengar penjelasan aku sebelum buat keputusan untuk tinggalkan
aku. Ini tidak, dia pergi begitu aje. Siapa aku ni sebenarnya dalam hati dia" Apa aku tak
berhak membela diri" Lelaki. macam inilah selalunya. Bila kita dah suka pada dia
setengah mati, mulalah buat hal. Irwan ke, Hisyam ke, abah aku ke... semuanya sama!
Menyakitkan hati aje!"
Salwa tidak menjawab. Melihat penderitaan Maria, dia membulatkan tekad untuk
tidak jatuh cinta. Dia bimbang menjadi selemah sahabatnya itu bila dirinya dikecewakan.
Dia tidak mahu membuang air mata hanya untuk seorang insan bergelar lelaki seperti
mana yang Maria lakukan. Semua itu sia-sia. Dia memberitahu dirinya.
"Aku berjanji tak akan jatuh cinta lagi. Cukuplah sekali ini aje. Aku dah serik,"
kata Maria tegas. Salwa sempat mengerling ke arah sahabatnya. Betulkah janji itu atau. akan
lemahkah Maria bila Hisyam ingin kembali setelah mengetahui perkara sebenar" Biarlah
masa yang menjadi saksi. 10 KIRA-KIRA pukul 9.00 pagi, Maria bersiap-siap untuk pergi ke Kajang. Di sana dia
perlu ke rumah Datin Syarifah. Dia adalah tukang jahit wanita itu. Dia perlu menghantar
sepasang baju yang sudah siap ditempah.
Selalunya, Mak Jah yang akan datang ke rumahnya untuk mengambil hasil
jahitannya. Tetapi, tidak hari ini. Wanita itu agak sibuk. Jadi, Maria yang terpaksa ke
Desa Damai Heights, Kajang, ke kediaman mewah itu.
Melihat keadaan Maria yang tidak bermaya, Salwa dan Aini tidak membenarkan
Maria menaiki bas, sebaliknya Salwa menumpangkan Maria. Salwa dan Aini dalam
perjalanan ke Melaka. Cadangan untuk mengikut mereka menjenguk Mak Ani, ibu Salwa
terbantut kerana dia sedang sedih dan memerlukan masa untuk bersendiri. Yana pula
su dah pergi ke rumah abangnya di Cheras Perdana.
Maria memerhati ke luar. Pandangan hutan batu sudah menjadi satu kemestian
kini. Di kiri kanan jalan hanya dipenuhi bangunan. Rumah kedai berderetan. Kawasankawasan perumahan baru tumbuh bagaikan cendawan. Bagaimanapun di celah-celah
pemodenan itu tetap kelihatan rumah-rumah setinggan terselit di tengah-tengah. Hendak
dibuat bagaimana lagi" Bukan semua yang tinggal dan menetap di bandar-bandar besar
mampu untuk tinggal di kawasan serba lengkap. Keadaan kewangan mereka tidak
mengizinkan. Kajang, bandar yang sibuk itu telah ditinggalkan. Pada ketika ini, kereta kancil
milik Salwa sedang mendaki bukit. Dan, tidak lama kemudian, Salwa memberhentikan
keretanya di luar sebuah kawasan perumahan elit.
"Kau nak kami temankan ke"" Aini bertanya. Dia masih risaukan Maria.
Maria menggelengkan kepala. "Tak payah. Pergilah! Melaka tu jauh lagi, nanti
risau pulak Mak Ani."
"Betul kau tak..." Salwa pula mencelah. Namun, kata-katanya tidak disudahkan.
Dibiarkan tergantung. "Betul! Jangan risaukan aku. Dah, pergilah... Aku tak apa-apa."
Maria turun dari kereta. Wajahnya jelas kelihatan terpegun. Dari tempat dia
berdiri, diperhati deretan rumah yang tersergam indah. Ada yang setingkat, ada yang dua
tingkat. Reka bentuk rumah-rumah itu berbeza-beza mengikut cita rasa pemiliknya.
Kebanyakannya besar-besar belaka.
Beruntunglah menjadi orang kaya, fikirnya. Dapatlah duduk di dalam sebuah
rumah seselesa ini. Dia terkenangkan rumahnya di kampung. Walau tidak sebesar rumahrumah yang berada di hadapan matanya kini, namun di situlah syurganya, kerana di
rumah itu ada emak yang amat disayangi.
Maria meneruskan langkah. Dari pos pengawal, dia terpaksa berjalan kaki untuk
masuk ke kawasan perumahan Desa Damai Heights itu sambil meneliti alamat yang
diberi. Hampir sepuluh minit berjalan, matanya tertancap pada sebuah rumah banglo dua
tingkat yang terletak di hujung jalan.
Nombor 23. Ya, inilah rumahnya.
Maria menarik nafas lega. Dengan teragak-agak dia menekan loceng. Tidak lama
kemudian, pintu pagar automatik itu pun terbuka. Maria dapat melihat ke persekitaran
banglo itu buat pertama kali. Di hujung kiri rumah itu, ada sebuah kolam renang yang
sederhana besarnya. Di sebelahnya, ada sebuah taman yang cantik. Taman kecil itu
berkonsepkan neo-nusantara. Sementara di sebelah kanan pula, tuan rumah menanam
beberapa jenis pokok buah-buahan seperti rambutan kahwin dan jambu. Luas sungguh
kawasan luar rumah ini, Maria berkata-kata dalam hatinya.
Satu pergerakan di muka pintu rumah besar itu menarik perhatiannya. Maria
tersenyum melihat Mak Jah sedang berjalan mendekatinya.
"Hai, dah sampai pun anak dara ni. Kami dah susah hati dah!" kata Mak Jah. Dia
sudah mempamerkan gigi tuanya.
Maria menyambut sengihan itu dengan sebuah senyuman yang manis. Dia terus
menghulurkan tangannya. Mereka bersalaman. Jemari yang sudah berkedut itu dikucupi.
Mak Jah mengusap-usap kepala Maria.
"Apa khabar Mak Jah" Lutut dah baik"" soal Maria sambil matanya memandang
ke arah sepasang lutut Mak Jah. Dengan berat badan yang besar, sememangnya mudah
untuk mendapat sakit lutut itu.
"Mak Jah sihat, lutut ni pun okey. Tapi, kamu nampak macam orang sakit.
Rasanya baru aje sebulan dua kita tak jumpa, tapi kenapa lain benar keadaan kamu ni"
Kenapa kurus sangat" Pipi pun nampak cengkung sahaja. Kenapa" Kamu putus cinta
ke"" Soalan bertubi-tubi diajukan Mak Jah untuknya. Tidak tahu yang mana perlu
dijawab dahulu. Sudahnya Maria ketawa. Kata-kata Mak Jah mengusik hati kecilnya.
Duka cuba diselindungkan di sebalik tawa kecilnya itu.
"Mak Jah ni hebat betul, macam nujum Pak Belalang," ujar Maria dalam tawa
yang masih bersisa. Mungkin riak di wajah yang tidak gembira dapat dibaca oleh wanita tua itu.
Agaknya, memang begitulah keadaannya. Kalau hati tidak gembira, mana mungkin
wajah dapat menampilkan kebahagiaan. Jika hati penuh kedukaan mana mungkin wajah
kelihatan ceria. Selepas bersalaman, dia mengekori Mak Jah memasuki rumah besar itu. Kali ini
dia memerhatikan keindahan di sebelah dalam rumah itu pula. Hatinya tertarik melihat
susun atur perabot yang rapi, seolah-olah melambangkan ketenangan hati milik tuan
rumah ini. Memang hiasan dalaman rumah itu amat hebat.
Di ruang tamu, Datin Syarifah memerhati pergerakan gadis yang dibawa masuk
oleh orang gajinya. Dilihat, mata Maria merenung sekeliling dengan penuh kekaguman.
Wajah gadis tinggi lampai itu diamati. Wajahnya putih bersih, hidungnya comel
dan bibirnya nipis. Sepasang mata milik gadis itu sungguh mempesonakannya. Bola mata
dipenuhi iris berwarna coklat tua. Galak sekali kelihatannya. Sesungguhnya pujian yang
Mak Jah berikan kepada gadis itu selama ini semuanya tepat dan benar. Gadis ini
memang menarik. Hati tuanya berkenan benar.
Apabila mata Maria bertembung dengan sepasang mata milik Datin Syarifah,
Maria senyum hormat. Inilah kali pertama mereka bertemu. Selama ini urusan jahitmenjahit, Datin Syarifah serahkan kepada Mak Jah.
"Datin, inilah pereka fesyen Datin tu, Maria namanya. Maria, ini Datin Syarifah."
Mak Jah memperkenalkan. Sambil ketawa Maria menyalami tangan Datin Syarifah. Tangannya digenggam
erat oleh wanita itu. "Hanya seorang tukang jahit, Datin, Mak Jah. Bukan seorang pereka fesyen."
Maria membetulkan kata-kata Mak Jah.
Dia manalah ada sijil atau diploma untuk diiktiraf sampai begitu sekali.
Kebolehan menjahit dan menyulam, diwarisi daripada ibunya. Selebihnya, dia banyak
membeli buku-buku berkaitan jahitan dan sulaman. Dia menimba ilmu melalui
pembacaan. "Samalah tu," jawab Mak Jah.
Maria menggelengkan kepala. Kalah dia dengan desakan wanita separuh abad itu.
Akhirnya dia turut sama ketawa.
Setelah ketawanya reda, Datin Syarifah berkata dengan mesra. "Jadi, inilah Maria.
Maaflah, dah dekat setahun awak jahit baju saya, tidak sekali saya jumpa awak. Saya
harap awak tak fikir yang bukan-bukan tentang saya."
Maria tersenyum. "Saya gembira dapat berkenalan dengan Datin."
"Senang ke awak mencari rumah saya ni"" soal Datin Syarifah lagi.
Maria mengangguk sambil menghulurkan beg yang mengandungi baju sutera
yang sudah siap dijahitnya kepada wanita itu.
Datin Syarifah membelek-belek baju kurung itu. Sejak kali pertama gadis ini
menjahit bajunya, dia sudah berkenan. Sebenarnya dia seorang yang amat cerewet. Sudah
ramai yang menjadi tukang jahitnya, tetapi dia sentiasa berasa tidak puas hati dengan
hasil jahitan mereka. Ada sahaja yang tidak kena sehinggalah Dato' Ahmad
mencadangkan supaya dia membeli sahaja.
Kini, dia tidak perlu risau lagi. Sejak setahun lalu, baju yang dipakai semuanya
menepati kehendak dan cita rasanya. Apa sahaja yang dia mahu, pasti Maria mampu
menjahitnya dan dia amat berpuas hati.
"Hmm, memang halus jahitannya. Dari mana awak belajar menjahit, Maria"
Kenapa tak buka butik ke, kedai ke" Kenapa buat secara sambilan saja"" soal Datin
Syarifah ingin tahu. "Mak yang mengajar saya kemahiran ni, tapi saya tak pernah pula terfikir nak
buka kedai jahit, Datin," jawab Maria. Dia kemudian bertanya, mengharap kepastian.
"Datin tak nak cuba baju ni ke" Manalah tahu kalau-kalau ada yang perlu saya baiki"
Boleh saya betulkan!"
Datin Syarifah menggeleng tanda tidak perlu. "Selama ini baju yang awak jahit
semuanya okey, Maria. Tentu yang ini pun tak ada masalah, ya tak""
Maria bagaikan terpandang wajah emaknya bila melihat Datin Syarifah. Tutur
kata yang lembut, sikap merendah diri yang amat dikagumi pada emaknya, kini
ditampilkan oleh wanita anggun di hadapannya. Datin Syarifah bukan seorang yang
sombong rupa-rupanya. Walaupun baru pertama kali berjumpa, Maria dilayan penuh
kemesraan. "Nampaknya Datin dah puas hati dengan baju ni. Jadi, saya nak minta diri dulu."
Maria bangun untuk beredar. Dia sangat penat dan mengantuk. Bila bekerja
malam dan tidak cukup tidur, dia selalu begini.
"Awak nampak letih, Maria. Macam tak cukup tidur aje," kata Datin Syarifah.
Dari tadi dia perhatikan keadaan Maria yang kelihatan lemah dan tidak bermaya.
"Malam tadi saya kerja syif malam, Datin," sahut Maria.
"Oh, tak cukup tidurlah ni. Kesian awak terpaksa susah-susah ke sini. Macam
inilah, Maria. Awak temankan saya sarapan dulu, lepas tu biar Pak Mat yang hantar awak
balik ke rumah. Boleh begitu, Kak Jah""
Mak Jah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju.
Pada ketika yang sama, masuk dua orang lelaki ke dalam rumah sambil ketawa.
Yang di hadapan, seorang lelaki yang sudah berumur, tetapi masih segak bergaya dengan
seluar jogingnya. Lelaki yang rambutnya sudah memutih itu sedang mendengar sesuatu
yang diperkatakan oleh lelaki yang berada di belakangnya. Dan, lelaki itulah yang sedang
menarik perhatian Maria. Lelaki muda yang sedang berbicara sambil ketawa mesra.
Maria tidak dapat mengalihkan pandangan. Dia tidak pernah lupa pada seraut
wajah yang tampan itu. Itulah wajah yang amat dirindui. Walau sudah berkali-kali dia
cuba menafikan perasaannya. Lelaki itu nampak segak walau hanya memakai pakaian
sukan. Hati sudah mula bergetar. Dada sudah mula berdebar. Dan, mereka kini sedang
berbalas renungan. Maria tidak menyangka mereka akan bertemu semula di sini, di rumah Datin
Syarifah ini. Hatinya bercelaru dengan pelbagai soalan. Kepalanya penuh dengan
berbagai-bagai andaian. Kembali mengingati andaiannya pada malam beberapa hari lalu, bila dia
menelefon dan suatu suara garau menjawab panggilannya. Debaran di dada mula bereaksi
bila mendengar suara itu tika itu. Waktu itu dia telah menafikan. Tidak mungkin itu suara
Hisyam. Masakan Muhamad Zaiful Hisyam bin Ahmad tiba-tiba menjadi anak Dato'
pula" Namun, hari ini andaian menjadi kenyataan. Lelaki itu sedang berdiri megah di
hadapannya. "Ada tamu rupanya. Siapa ni, Pah""
Maria dikejutkan oleh pertanyaan Dato' Ahmad. Hatinya tertanya-tanya. Apakah
pasangan suami isteri itu nampak perbuatannya yang leka memerhati anak mereka" Rasa
malu segera hadir. Maria juga marah kepada dirinya. Perpisahan itu kiranya tidak mampu
membuang perasaannya terhadap lelaki itu jauh-jauh. Rasa rindu menyebabkan dia
merenung seraut wajah itu tanpa jemu.
Datin Syarifah tersenyum menyambut kepulangan suami dan anaknya.
"Hai, baru balik dua beranak ni" Letih benar nampaknya. Baguslah tu, boleh kita
sarapan sama-sama." Datin Syarifah menarik tangan Maria dan menghampiri suaminya.
"Abang, mari saya kenalkan. Ini pereka fesyen saya, Maria. Maria, ini suami saya,
Dato' Ahmad dan yang itu anak saya, Zaiful Hisyam."
Maria menyalami tangan yang dihulur oleh Dato' Ahmad. Pada ketika yang sama
dia mendengar Hisyam meminta diri untuk masuk ke bilik. Rasa sedih bertandang di
jiwa. Dia dah lupakan aku. Dia marah sangat sampai pura-pura tak kenal aku. Benci
benar agaknya dia pada diri ini. Terima kasih, Irwan. Tahniah kerana berjaya meyakinkan
Hisyam tentang keburukanku. Aku sudah tidak berharga lagi padanya.
11 DI DALAM bilik, Hisyam melabuhkan punggung di birai katil. Muka diraup. Mata
dipejamkan. Dan wajah itu muncul kembali.
Tak Mungkin Kuhindar Karya Ana Sofiya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
Gadis itu kini ada di rumahnya, ada di bawah, sedang bersarapan dengan ayah dan
mami. Tadi, dia dapat melihat perubahan pada air wajah Maria bila gadis itu
memandangnya. Gadis itu nyata terkejut. Tentu gadis itu tidak menyangka bahawa ini
rumahnya kerana sesungguhnya dia tidak pernah berterus terang kepada Maria tentang
dia dan keluarganya. Rasa marahnya datang lagi, tetapi dalam masa yang sama hati diulit kesedihan.
Melihat wajah ayu itu yang sangat kurus dengan pipi yang cengkung membuatkan dia
risau. Dia tahu Maria sakit. Dia tahu gadis itu tidak sihat. Mungkinkah Maria rindukan
dirinya" Mungkinkah Maria sentiasa mengingatinya" Tidak dapat melupakannya.
Kejadian yang berlaku di pejabat terimbau.
Encik Muhamad Zaiful Hisyam bin Ahmad,
Di sini saya kembalikan semula semua yang pernah awak hadiahkan kepada saya
walaupun tidak dalam keadaan asalnya. Saya sudah tidak memerlukannya lagi. Mulanya
saya terfikir untuk membeli yang baru sebagai ganti, namun maafkan saya. Saya ingin
membuang semua kenangan saya bersama awak. Kalau saya beli yang baru dan beri
kepada awak, yang lama ini masih dengan saya dan saya tidak mahukannya lagi.
Encik Hisyam, Seperti awak yang sudah melupakan saya, saya yakin saya juga tentu dapat
melupakan awak. Salah satu caranya ialah dengan mengembalikan semua pemberian
awak ini semula. Saya percaya, awak pun tentu tidak mahu menyimpannya, kan" Jadi,
hilangkanlah sahaja. Mungkin
mudah begitu... Seperti mana mudahnya awak membuang
saya daripada hidup awak.
Maaf, bukan niat untuk menyinggung, tetapi hati saya tetap tertanya-tanya apa
salah saya. Apa salah saya, Encik Hisyam" Sampai begitu sekali tergamaknya awak
melakukan. Besar sangatkah kesilapan saya sampai saya tidak diberi peluang untuk
membela diri" Encik Hisyam, Kalau pun selama ini, semua yang terjadi antara kita hanya suatu lakonan bagi
awak, tapi percayalah, ia bukan lakonan di pihak saya. Saya pernah berlakon, ya betul,
tapi itu di pertemuan kita pada kali pertama dahulu. Selepas itu tidak lagi! Tidak tahulah
saya kalau selama ini awak yang berlakon pula.
Sungguh, saya tidak menyangka perpisahan ini akan terjadi. Saya ingat awak
ikhlas dengan saya, tapi rupa-rupanya, sekali lagi saya ditinggalkan. Agaknya memang
beginilah sikap lelaki" Mula-mula Irwan, kemudian awak"
Encik Hisyam, Dari awal perkenalan kita, saya tidak pernah menyembunyikan siapa saya. Dari
awal lagi awak dah tahu yang saya ni hanya pekerja industri. Dari awal lagi dah
berkali-kali saya menolak awak, tapi awak terus menghampiri. Awak kata, awak tidak
kisah tentang asal keturunan saya. Awak kata awak ikhlas mencintai saya.
Pandainya awak menggoda. Pandainya awak menyusun kata. Gembirakah awak
sekarang setelah saya jatuh tersungkur dalam pesona cinta awak yang palsu itu"
Bahagiakah awak setelah hati ini awak robekkan"
Awak tidak tahu betapa hancur sekeping hati ini. Awak tidak tahu betapa
kecewanya saya. Tapi, benarlah, siapalah diri saya ini, kan" Memang saya bodoh.
Memang saya tak sedar diri. Padanlah muka. Tak gitu"
Terima kasih kerana menyedarkan saya. Kalau tidak, tentu saya masih hanyut
terlena dibuai mimpi indah semalam.
Encik Hisyam, Semoga awak berbahagia dengan keputusan yang awak dah buat. Tidak
mengapalah jika ini keputusan terbaik untuk awak. Siapa saya untuk mempertikai"
Di sini, saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan yang pernah saya
lakukan pada awak. Tolong halalkan semua yang saya termakan, terminum dan terambil.
Kalau awak ingin saya membayarnya dengan wang, insya-Allah akan saya lakukan.
Hubungilah saya atau itu pun awak sudah tidak sudi" Percayalah, dengan apa yang
sudah terjadi antara kita, saya sendiri pun tidak mahu berhutang apa-apa dengan awak
lagi. Sesungguhnya bukan mudah menjalani hidup ini tanpa awak di sisi. Jauh di sudut
hati, saya masih bermimpi, mengharap awak kembali. Ada waktu-waktunya, saya berdoa
awak pulang semula ke pangkuan saya. Maafkan saya. Saya tak patut berfikir macam ni.
Ah, memang saya tak sedar diri! Lebih baik saya berhenti menulis sebelum banyak lagi
perkara bodoh yang tercoret.
Akhir kata, ketahuilah bahawa saya sentiasa mendoakan kebahagiaan awak
walau apa yang telah awak buat pada saya ini sangat-sangat menyakitkan.
Yang benar, Maria binti Mustafa. SUDAH berkali-kali Hisyam membaca isi surat itu. Sudah direnyuk, namun kemudian
dibuka dan dibaca semula. Sejak menerima bungkusan yang mengandungi hadiah-hadiah
yang pernah diberikan kepada gadis itu tiga hari lalu, hati tidak pernah merasa aman.
Seakan-akan dapat dilihat wajah itu sedang menangis. Seakan terpandang-pandang wajah
itu yang basah dengan air mata. Terdengar-dengar suara gadis itu merintih sedih.
Aduhai, mengapakah dirinya jadi begini" Sudah tiga bulan gadis itu ditinggalkan.
Mengapa masih tidak dapat melupakan" Mengapa ada rasa bersalah di dalam hati"
Mengapa masih ada resah ini"
Hisyam mengangkat kotak dan meletakkannya di atas meja. Dikeluarkan isinya
satu per satu. Botol minyak wangi, pena, cekak rambut, baju, coretan-coretannya untuk
gadis itu, semuanya diletakkan di atas meja dan diperhatikan. Satu demi satu kenangan
ketika berdua bermain di mata bersama setiap item yang dipegang.
Tiba-tiba Hisyam menjadi marah.
Maria sengaja hendak menyakitkan hatiku, dengusnya sambil menolak dengan
kasar barang-barang itu sehingga semuanya jatuh ke lantai.
Prang!!! Bunyi kaca pecah kedengaran.
Jenny, setiausahanya, berlari masuk. Langkah wanita itu terhenti bila melihat
barangan yang bersepah di atas lantai.
Hisyam sedar Jenny semakin pening melihat perbuatannya.
Tentu wanita itu tahu bahawa angin panas barannya sudah tiba. Dia mendengar Jenny berkata dia ingin
mengemas bilik itu. "You buangkan semuanya masuk dalam tong sampah!" arah Hisyam dengan
kasar sebelum berlalu pergi.
Dia mendengar Jenny mengeluh. Tentulah Jenny rasa penat dengan sikapnya yang
suka naik angin sejak kebelakangan ini. Entahlah, sekarang ini mudah benar dia menjadi
marah. Ada sahaja yang boleh menyebabkan dirinya mengamuk. Sukar sungguh untuk
bercakap baik-baik. Ada sahaja yang tidak kena.
Bukan Jenny seorang sahaja yang tidak senang dengan perubahan sikapnya,
malah ramai lagi. Masing-masing pasti ingin tahu mengapa.
Dalam dia cuba bertenang, hati kembali teringat kepada hadiah-hadiah tadi. Rasa
tidak sanggup pula memikirkan semuanya akan dibuang. Itu adalah kenangannya.
Pemberiannya kepada Maria. Sayanglah kalau hendak dibuang. Dia masuk semula ke
dalam bilik. "You kemaskan yang pecah itu sahaja, Jen. Yang lain ni biar I simpan," kata
Hisyam sambil mengutip semula barang-barang yang bersepah di atas lantai dan
memasukkan semuanya dalam kotak.
"Bos, boleh I cakap sikit""
Hisyam mendengar Jenny bertanya. Hisyam segera menoleh ke arah wanita Cina
yang sudah menjadi setiausahanya selama lima tahun itu. Wanita yang selalu
menasihatkan dirinya supaya berhati-hati dalam memilih bakal isteri.
"Kenapa budak perempuan ni pulangkan semua yang you dah bagi dia""
Hisyam mendengus marah. "Itu satu soalan, Jenny, bukan cakap."
Jenny tersenyum. "Bila I tengok barang-barang ni semua atas lantai, I just could
not ignore it. I want to know the reason why she gave everything back to you""
"Entah! Mana I tahu. Dia benci pada I agaknya," jawab Hisyam ringkas.
"Mesti you dah sakitkan hati dia ni."
Hisyam diam. Hanya wajahnya sudah bertukar suram.
"Selalunya ada dua sebab mengapa seorang perempuan pulangkan semula hadiah
yang diberi. Pertama, sebab dia ingin melupakan segala-gala yang berkaitan dengan
lelaki itu. Yang kedua pula kerana dia sangat-sangat kecewa dan tidak sanggup
menyimpan pemberian itu." Jenny memberitahu tanpa diminta.
Hisyam mengeluh. Yang mana satukah yang Maria rasa" Apakah kerana ingin
melupakannya atau kerana tersangat kecewa dengan dirinya" Satu atau pun keduaduanya" Hakikat itu memang menyakitkan!
"Bos..." "Apa lagi ni Jenny"" bentak Hisyam. Matanya dijegilkan kepada wanita itu.
"I bukanlah nak menyibuk, tapi bila you duduk sorang-sorang kat dalam bilik ni
nanti, cuba you tutup mata dan berfikir. Apakah yang menyebabkan you jadi serba tak
kena selama ini" Kalaulah perempuan tu yang membuatkan you jadi macam ini, you
seharusnya tanya diri you. Apakah you sayangkan dia" Atau, adakah dia penting pada
you" Kalau jawapannya ya, you kena berusaha memperbaiki semula hubungan you
dengan dia. Kalau dia ada buat salah pada you, maafkan saja. Kalau you ada buat salah
pada dia, cepat-cepat minta maaf sebelum dia jumpa lelaki lain yang lebih baik daripada
you." Hisyam mengeluh. Cuba berpura-pura tidak mendengar segala nasihat yang Jenny
katakan. Hatinya memberontak bila Jenny meneruskan memberi nasihat yang tidak
diminta. "Boss, I'm sorry. I tak sepatutnya menasihatkan you, tapi I rasa sedikit sebanyak
you sayang this girl. Mungkin you tak mahu mengaku, tapi pada pendapat I, you takkan
jadi macam ni kalau dia bukan sesiapa dalam hidup you."
Hisyam mengangkat tangan menyuruh Jenny berhenti bercakap.
"Cukup! Dah banyak nasihat you untuk I hari ini. Now, get out of my office!"
Sesungguhnya bukan mudah menjalani hidup ini tanpa awak di sisi. Jauh di sudut
hati, saya masih bermimpi, mengharap awak kembali. Ada waktu-waktunya, saya berdoa
awak pulang semula ke pangkuan saya.
ISI surat itu telah dihafal. Setiap satu yang ditulis memberi maksud bahawa Maria masih
mengharap padanya. Tapi, bagaimana dengan dirinya" Hatinya" Memang tidak dapat
dinafikan, masih ada debaran di dada bila terpandang seraut wajah itu. Renungan
sepasang mata gadis itu masih dapat menggetarkan perasaannya. Setelah dia cuba untuk
melupakan, hari ini gadis itu hadir kembali dalam hidupnya dan mengugahkan jiwa.
Terkocoh-kocoh Hisyam bangkit berdiri. Oh tid
ak! Dia tidak akan membenarkan
perasaan itu hadir lagi. Tidak lagi!
Dia telah bertekad tidak membenarkan Maria mempermainkan dirinya. Dia telah
berazam untuk tidak membenarkan Maria mempergunakan dirinya. Dia bukan orangnya
untuk Maria membalas dendam. Bukan dia!
Jarinya terus sahaja menekan punat-punat di telefon bimbitnya. Mendail nombor
rakannya. "Amir, jom kita ke Golden Palace, aku belanja lunch!"
Amir, kawan karibnya itu sering menjadi sasaran dia meluahkan segala keresahan
yang bersarang di dada. Suara sahabatnya yang sedang ketawa kedengaran di telinga
nipisnya. "Kenapa ni" Dah tak ada perempuan ke yang sudi temankan kau" Lagipun
semalam kita dah keluar sampai pukul 2.00 pagi, ingat""
"Amir, kau nak ke tak nak""
Mendengar suara Hisyam yang mula meninggi, Amir tergelak kecil.
"Okeylah, tapi sekarang kan baru pukul 11.00. Lunch apa masa ini"" soal Amir
hairan. Hisyam membalas. "Aku tak kira. Aku tunggu kau di lobi. Pastikan kau datang!"
Amir ketawa lagi. Dalam fikirannya dia tahu bahawa Hisyam sedang resah.
Hisyam sedang marah. Tentu ada sesuatu yang mengganggu fikiran.
"Kau tahu, Syam" Nasib baik aku ni tak ada buah hati. Kalau tidak, dia mesti
cemburukan kau sebab banyak sangat masa aku dihabiskan dengan kau." Amir berkata
sebelum dia meletakkan gagang.
Lebih baik tak ada buah hati, Amir. Kalau dapat macam buah hati aku, parah
jadinya! Hisyam membebel sendiri.
Hisyam menapak ke bilik air. Dia mandi dengan cepat, kemudian dia memilih
untuk memakai kemeja-T berwarna kuning dan sehelai seluar jean. Selepas menarik nafas
panjang, dia menuruni tangga dan melangkah penuh yakin menuju ke meja makan.
"Mami, saya nak keluar," kata Hisyam sambil mencium pipi Datin Syarifah dan
menyalami Dato' Ahmad. Datin Syarifah kehairanan. Wajah anak lelaki tunggalnya direnung tajam. "Tak
makan dulu" Nak ke mana kalut-kalut ni""
"Maaflah, mami. Saya dah janji dengan Farah nak sarapan sama-sama dengan dia,
tapi saya terlupa. Kalau dia tak telefon tadi, pasti disebabkan hal ini dia merajuk panjang
pulak. Okeylah, saya pergi dulu."
Hisyam sengaja mereka-reka cerita. Dan, untuk pertama kali, tidak dijamahnya
hidangan di atas meja. Dia tahu maminya mesti kehairanan. Begitu juga dengan ayahnya.
Tidak pernah dia berkelakuan seperti ini, tetapi dia terpaksa melakukannya. Masakan dia
boleh duduk makan semeja dengan gadis itu"
Maria yang ditinggalkan, kehampaan. Hisyam akan bersarapan dengan teman
wanitanya yang bernama Farah. Jadi, benarlah! Hisyam sudah ada pengganti dirinya.
Tentu gadis itu mempunyai segala-galanya. Tentu gadis itu amat istimewa. Pasti Hisyam
tidak langsung mempunyai apa-apa perasaan kepada dirinya lagi kerana tanpa melihat ke
arahnya, lelaki itu telah keluar dari rumah itu. Sebentar kemudian kedengaran bunyi
kereta meninggalkan halaman.
"Makanlah, Maria. Jangan kecil hati dengan perangai Hisyam tu. Makanlah,
jangan malu-malu." Dato' Ahmad seolah-olah mengetahui gejolak perasaan Maria.
"Terima kasih, Dato'. Dah banyak saya makan pagi ni, dah kenyang pun," jawab
Maria sambil cuba melemparkan senyuman yang paling manis.
"Oh, ya, malam esok Maria datang ya. Biar pak cik suruh Pak Mat ambil Maria di
rumah. Macam mana" Setuju""
Datin Sharifah tersenyum sambil menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan
pelawaan suaminya. Dia sudah berkenankan gadis ini, tentu dia suka kalau Maria selalu
ke sini. "Saya minta maaf, Dato'. Hari ini saya cadang nak balik kampung. Dah lama saya
tak jumpa mak." Maria terpaksa menipu. Tidak mungkin dia akan ke sini lagi. Dia tidak mahu
bertemu Hisyam. Tidak sanggup menghadapi kebencian lelaki itu terhadapnya.
"Amboi, Lia, takkanlah tak sudi kut" Bukan selalu tau, Datin sambut hari ulang
tahun perkahwinan. Dah tu bukan setiap tahun mereka sambut kali ke-33. Apalah
salahnya kalau kamu datang" Lia, kamu ada janji dengan pakwe di kampung ke"" Mak
Jah mencelah. Merah pipi Maria diasak oleh Mak Jah.
"Eh, tak adalah, Mak Jah. Bukan macam tu. Bukan saya tak sudi nak datang,
cuma saya dah janji dengan adik saya nak balik sama-sama."
"Dah berapa lama kamu tak balik ke Teluk Intan tu"" soal Mak Jah lagi.
"Baru mingg u lepas." "Hisy, kamu ni, Lia. Mak Jah ingatkan dah setahun tak balik. Rupa-rupanya baru
seminggu aje. Datanglah sini, Lia. Sekali ni aje, takkan tak boleh kut" Mak Jah yakin,
emak kamu tentu faham. Betul tak, Datin"" Mak Jah masih tidak mahu mengalah.
Datin Syarifah ketawa sebelum menjawab, "Kak Jah, kalau ya pun, janganlah
main paksa-paksa. Maria, kalau boleh, saya hendak sangat awak hadir majlis kami malam
esok, tapi kalau tak dapat tak apalah. Kalau awak ada hal lain yang lebih penting, nak
buat macam mana, kan""
Eh, merajuk pula Datin ni" Maria menyoal di dalam hati.
"Hah, tengok tu, Lia, kan dah merajuk Datin tu" Sampai hati kamu... " Mak Jah
pura-pura marah. "Saya." "Apa kata kalau pak cik suruh Pak Mat ambil Maria 8.00 malam esok. Boleh""
Maria akhirnya terperangkap dan tidak dapat mengelak lagi. Lama dia merenung
dari satu wajah ke satu wajah. Dan, dia tidak pula tergamak mengecilkan hati ketigatiganya. Dalam payah, Maria melahirkan persetujuannya. Dia terpaksa kerana dia
kasihankan mereka. Akhirnya dia mengangguk lemah.
Nafasnya sesak. Jantungnya berdebar. Dapatkah dia menghadapi lelaki itu sekali
lagi" Dapatkah dia menghadapi kebenciannya" Dia tahu Hisyam sangat membencinya
kini. Perlakuan Hisyam tadi sangat jelas membuktikan. Apa nanti yang akan lelaki itu
fikirkan bila melihatnya di sini malam esok"
TENGAH HARI itu, Hisyam tergesa-gesa memasuki sebuah restoran di Jalan Memanda
2. Hatinya resah. Dia tidak tahu bagaimana lelaki itu mendapat nombor telefonnya. Dia
tidak faham mengapa lelaki itu ingin menemuinya. Lelaki itu berkata, mereka mesti
berjumpa. Ada hal penting yang ingin diberitahu. Hal itu terlalu peribadi dan tidak boleh
dicakap dalam telefon. Mahu tidak mahu, Hisyam terpaksa datang. Dia perlu tahu apa
yang ingin disampaikan oleh Irwan kepadanya tentang Maria.
Hisyam mengatur langkah dengan yakin menuju ke arah meja di mana pada masa
itu, Irwan sedang melambaikan tangan kepadanya.
"Apa khabar, Encik Hisyam" Sila duduk." Irwan memulakan bicara.
Hisyam menyambut tangan yang dihulur. Dia duduk. Pada ketika itu, pelayan
sampai dan Hisyam memesan air kopi pekat untuknya.
12 "Tak mahu makan"" Irwan bertanya lagi.
"Pagi tadi saya sarapan nasi lemak di rumah." Hisyam menolak.
Irwan merenung Hisyam. Dalam hati dia mengakui bahawa lelaki itu nampak
Tak Mungkin Kuhindar Karya Ana Sofiya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
lebih bergaya daripada dirinya sendiri walaupun mereka sama-sama anak orang kaya.
Hisyam juga nampak lebih berkeyakinan daripada dirinya. Tapi, itu semua akan lebur
nanti bila lelaki ini tahu siapa Maria sebenarnya.
Hisyam mengacau air kopi yang baru diletakkan di atas meja sambil matanya
tepat memandang Irwan. Jadi, inilah lelaki yang pernah dicintai oleh Maria. Memang
kacak dan bergaya, fikirnya. Tiba-tiba rasa cemburu hadir tanpa dipinta.
Pernahkan Maria merelakan lelaki ini memegang tangannya, memeluknya" Hati
Hisyam tertanya-tanya. Tentu tidak! Maria tentu tidak pernah membenarkan. Tentu sikap
gadis itu sama seperti bila mereka berdua bersama. Tentu Maria tidak membenarkan
dirinya disentuh oleh lelaki ini.
Ah, kenapa itu yang difikirkan" bentak Hisyam dalam hati. Bukankah dia harus
mempercayai Maria" Maria bakal menjadi isterinya. Mereka akan hidup bersama. Jadi,
dia tidak boleh berfikir yang bukan-bukan tentang gadis itu.
"Irwan, saya dah ada di sini, jadi kita tak perlu nak berpura-pura. Awak kata,
awak ada sesuatu untuk diberitahu kepada saya. Jadi, silakan. Saya sedia mendengar."
Irwan tersenyum sinis. Lelaki di hadapannya ini memang terlalu berterus terang.
Terlalu yakin dengan dirinya.
"Awak dan Maria bercinta, ya"" Irwan memulakan bicara.
Hisyam menjongketkan kening. Matanya tajam merenung lelaki di hadapannya.
Apa pula kena-mengena cinta mereka dengan lelaki ini" Soalan itu disimpan di dalam
hati. Belum masanya untuk dia berkata sesuatu.
"Hmm, Maria, cantik, manja, menggoda dan bijak. Semua lelaki yang
didampinginya selalu tewas dengan kelembutan yang ditunjukkan. Termasuk awak,
termasuk saya. Irwan tersenyum kerana dia tahu dia telah mendapat perhatian daripada Hisyam
sepenuhnya. "Awak lelaki yang bersama dengan dia dekat Sogo dulu, kan" Dah agak lama
peristiwa itu berlaku, tapi saya tetap tak dapat nak melupakannya lagi."
Hisyam mula gelisah. Hatinya tertanya-tanya apakah yang ingin disampaikan oleh
lelaki ini kepadanya" Mesti sesuatu yang penting dan perkara itu berkaitan Maria. Tapi
apa" Berdebar hatinya walau sehabis daya cuba disembunyikan daripada pengetahuan
Irwan. "Hisyam, saya panggil awak hari ni, nak jumpa awak, sebab saya nak tolong
awak. Sebab itu saya kena cerita sesuatu tentang Maria. Saya harap awak sudi dengar dan
lepas itu buatlah keputusan. Kalau awak masih nak bersama dengan dia, terpulanglah."
Hisyam merenung tepat wajah lelaki yang sedang berkata-kata itu dengan hati
yang berkecamuk dan perasaan yang berdebar. Namun, dia tidak berkata apa-apa. Hanya
matanya yang tajam memerhati lelaki di hadapannya.
"Kali pertama bertemu dengan Maria, saya tahu saya dah jatuh hati pada dia.
Kelembutan itu memang tak ada pada orang lain. Sejuk hati saya bila mendengar dia
bercakap. Tutur katanya, sopan-santunnya, budi bahasa, memang membuat saya benarbenar gilakannya. Tambahan pula dengan sikap dia yang selalu merendah diri tu. Tak ada
perempuan yang seperti dirinya. Tak ada!" ujar Irwan sinis.
"Apa yang awak nak beritahu saya sebenarnya ni, Irwan"" Hisyam tidak dapat
bersabar lagi. Dia semakin gelisah. Rasa marah mula hadir dalam hatinya. Cemburu
sungguh dia bila Irwan asyik memuji gadis kesayangannya.
"Hisyam, Maria adalah gadis pertama yang saya cinta. Dan, saya adalah lelaki
pertama yang dicintainya. Sebenarnya, bukan mudah untuk buat dia jatuh cinta dengan
saya. Masa mula-mula dulu, bila saya luahkan perasaan ini pada dia, dia telah menolak
dengan lembut. Tapi, saya tak putus asa. Saya terus cuba memikatnya. Saya bagi hadiah,
bagi bunga, tapi semua ditolak. Dia kata, dia tak perlukan semua hadiah yang mahalmahal itu. Itu menambahkan rasa sayang saya kepadanya."
"Pelik" Kata Maria, awak main kayu tiga di belakang dia," sindir Hisyam.
"Ayah Aliza kawan baik ayah saya. Jadi, kami memang dah dijodohkan dari kecil
lagi. Saya tak kisah sangat pasal tu. Kemudian saya kenal Maria. Kami bercinta. Bila
saya dan Aliza ditunangkan secara rasmi, saya menolak rancangan ibu bapa saya, tapi
mereka tak terima. Saya fikir, tak apalah. Lagipun, kalau saya tak setuju nak kahwin
dengan Aliza, mereka bukannya boleh buat apa-apa pun."
Hisyam menggelengkan kepalanya. "Senang betul awak buat keputusan ya""
"Sebab saya sayangkan Maria. Saya tak pernah peduli perasaan Aliza. Berkali kali saya beritahu dia yang saya tak mahu kahwin dengan dia. Aliza sedih sangat, tapi
masa tu saya tak peduli. Dalam hati saya cuma ada Maria. Hanya dia yang saya cintai."
Hisyam bertambah marah. Hatinya tidak dapat menerima bila Irwan berkata
begitu. Kisah antara lelaki itu dengan Maria telah lama berlalu, tapi mengapa di
pertemuan ini, Irwan meluahkan perasaannya. Mengapa" Dia semakin serba salah bila
dilihatnya ada air mata bergenang di pelupuk mata lelaki di hadapannya itu.
"Apa sebenarnya, Irwan" Cuba cakap betul-betul." Keras bunyi suara Hisyam itu.
"Maria mempermainkan hati dan perasaan saya." Irwan meraih simpati.
Hisyam ketawa. Irwan memang lucu. Masakan tidak! Dia menuduh Maria yang
bukan-bukan. Apa untungnya kepada Maria untuk mempermainkan cintanya" Malah,
gadis itu tentu menyedari bahawa hidupnya akan mewah kalau berkahwin dengan Irwan.
Pelik! "Mengarut! Apa untungnya dia menolak cinta awak" Awak kan anak orang kaya"
Kahwin dengan awak tentu akan membahagiakan dia dari segi wang ringgit. Bukan
begitu"" Hisyam menyindir.
"Awak boleh ketawa kerana awak tidak mengalaminya. Belum mengalaminya!"
kata Irwan pura-pura sedih.
"/ don't have to hear this!" balas Hisyam sambil berdiri. Dia ingin pergi tetapi,
Irwan segera menahan. "Tolonglah Hisyam, dengarlah. Penting ni. Duduklah. Perkara ni penting sangat.
Kalau tidak, saya tak akan buang masa awak macam ni."
Hisyam akhirnya duduk kembali.
"Hisyam, Maria bencikan orang kaya. Saya tak tahu kenapa, tapi itu adalah
hakikatnya." Hisyam menggelengkan kepalanya. "Karut! Dengan saya dia okey aje."
"Awak tahu ayah dia pernah tinggalkan dia dan adik-adiknya""
A ngguk. "Ayah dia kahwin lain."
"Memang benar ayahnya kahwin lain, tapi dia meninggalkan Maria, ibu dan adikadiknya dalam keadaan melarat kerana nak berkahwin dengan perempuan kaya."
Dahi Irwan berkerut-kerut merenung wajah Hisyam yang keliru. "Oh, ruparupanya awak tak tahu, ya""
Hisyam diam membungkam. Geram kerana selama ini Maria tidak pernah
bercerita tentang itu. Dia hanya tahu ayah gadis itu kahwin lain. Dengan siapa" Dia tidak
pernah bertanya. Dia rasa marah kerana terpaksa mengetahui daripada lelaki ini.
"Masa umur Maria sembilan tahun, ayahnya kahwin lain dengan perempuan kaya.
Beberapa hari selepas ayahnya pergi, dia adik-beradik dengan emaknya dihalau kerana
tak bayar sewa rumah. Mujur ada yang sudi benarkan dia orang tinggal dalam satu
pondok buruk. Kata Maria, pondok tu berlubang-lubang, bocor, sempit.
"Saya tak tahu," kata Hisyam sedih.
"Tentu awak juga tak tahu yang Maria sekolah sampai tingkatan empat sahaja,
kan"" "Hah"" Hisyam nyata terkejut.
Irwan menyambung, "Ya, dia sekolah sampai tingkatan empat. Dia kena rogol!"
"Masya-Allah! Betul ke apa yang awak cakap ni"" Hisyam terkedu. Dia benarbenar terkejut.
"Betul, saya tak ada sebab nak bohong. Maria sendiri yang beritahu saya," tegas
Irwan. Kesempatan ini akan digunakannya sebaik mungkin.
"Sejak itu dia dendam dengan ayahnya. Bagi Maria, ayahnyalah yang menjadikan
nasib dia teruk sampai begitu sekali. Dahlah ayah dia pergi tanpa khabar berita, dia pulak
jadi macam tu. Sebab itu dia benci sangat pada ayah dia. Dia marah benar dengan
perempuan kaya tu. Dia kata perempuan kaya itulah yang menyebabkan ayahnya
tinggalkan mereka dan rumah tangga ibu dan ayahnya porak-poranda. Hidup mereka
melarat dan dia..." "Saya tak tahu. Dia tak pernah cerita pada saya."
Hisyam ternyata sedih mengenangkan Maria yang tidak mahu berkongsi rahsia itu
dengannya. Mungkin dirinya tidak penting pada gadis itu sampaikan rahsia besar seperti
ini pun disembunyikan, getus hatinya.
"Maaflah. Saya ingat dia dah beritahu awak cerita penting ni. Dengan saya dulu,
awal-awal lagi dia dah cerita. Katanya, dia tak mahu saya dengar daripada orang lain.
Katanya, dia tak mahu saya menyesal kahwin dengan dia yang sudah tak suci lagi." Irwan
berkata. Sengaja ingin membakar perasaan Hisyam.
Tiba-tiba Hisyam merasa kecil hati dengan sikap Maria. Mereka akan berkahwin,
tapi gadis itu tidak memberitahu apa-apa kepadanya. Sakit hati pun ada.
"Bila saya kata saya tak peduli kisah silam dia, bila saya beritahu yang saya sedia
menerima dirinya tak kira siapa pun dia, dia marah. Dia kata saya tipu. Dia kata tak
mungkin ada seorang lelaki yang sanggup terima perempuan kotor macam dia. Dia tak
percaya. Tapi apa yang lebih menyedihkan saya bila dia kata yang dia berpura-pura
cintakan saya. Dia berpura-pura membalas cinta saya. Dia kata dia buat semuanya kerana
dia nak membalas dendam. Boleh awak bayangkan perasaan saya masa tu, Syam""
Hisyam menggelengkan kepala. Tak mungkin Maria begitu, tak mungkin, desis
hatinya. "Hisyam, dengar cakap saya ni. Maria betul-betul benci pada orang kaya. Saya
dah mengalaminya, saya tahu. Sakit masih terasa di sini!"
Irwan menunjukkan dada seolah-olah di situ terletak hatinya. Matanya tajam
merenung Hisyam yang mula resah. Dia terus cuba meracuni fikiran lelaki di hadapannya
itu. "Tentulah dia benci pada awak juga sebab awak kahwin dengan perempuan lain,
Irwan. Awak kata awak sayang dia, tapi awak kahwin dengan."
"Aliza." Irwan menyampuk. Lama dia diam, menatap wajah Hisyam yang nyata
semakin resah. "Ya, saya kahwin dengan Liza. Bila Maria kata dia benci saya, dia nak
balas dendam perbuatan ayahnya, saya marah. Saya buat perkara paling bodoh tu. Niat
hati saya nak balas dendam pada dia. Tapi, saya silap. Kasih sayang saya pada dia banyak
sangat." Sesak dada Hisyam mendengar pengakuan Irwan. Timbul curiga kepada Maria.
Berkali-kali dia menelan liur. Wajahnya muram.
"Memang saya kahwin dengan Aliza, tapi hati saya tetap pada dia. Masa tu saya
ingat perkahwinan saya dengan Aliza adalah satu kesilapan. Sebab itu saya merayu,
menagih cinta Maria. Berbagai-bagai cara saya gunakan untu
k dia menerima saya semula, tapi dia enggan. Dia marah Liza! Maria kata Liza macam-macam. Perempuan
kaya semuanya sama, suka rampas hak orang, menyusahkan hidup orang lain. Menindas!
Hipokrit!" Irwan membisu, seolah-olah sedang teringatkan suatu peristiwa yang benar-benar
menyedihkannya. Suaranya sedih benar.
"Tapi, awak tetap cari dia lagi. Masa kita jumpa tu, awak dah kahwin, kan" Tapi
awak kejar dia," perli Hisyam.
"Sebab cinta tu buta!" Irwan mencelah.
Hisyam mendengus. "Sebenarnya Hisyam, saya keliru dengan perasaan sendiri. Saya marah bila saya
tahu dia menipu saya, dia tak ikhlas cintakan saya." Irwan terus-menerus bercerita
seolah-olah Hisyam tidak ada di situ. Seolah-olah dia sedang bercakap sendiri.
Hisyam jadi marah mendengar kata-kata Irwan itu. Dia tidak dapat menerima
Irwan mengata Maria, tetapi dia gelisah. Dalam tidak percaya, masih terselit keraguan.
"Waktu saya nampak awak berpeluk dengan dia dulu tu, saya tahu dia dah betul betul membuang saya dari hatinya. Saya dah tak bererti apa-apa dalam hidupnya lagi.
Saya rasa sedih sangat masa tu," rintih Irwan.
"Habis tu, kenapa masih merayu""
"Entahlah. Mungkin cinta pertama susah nak lupa agaknya"" kata Irwan sambil
tersenyum. Hisyam mengepal penumbuknya. Kalau diikutkan hati...
"Kenapa awak ceritakan semua ini pada saya" Supaya saya tinggalkan Maria,
bukan" Awak ingat, saya percaya pada awak"" Hisyam meninggikan suaranya. Jelas dia
sudah tidak mampu mengawal api kemarahannya.
Irwan menggelengkan kepala.
"Jangan salah faham, Hisyam. Saya cuma nak awak berhati-hati, itu sahaja. Saya
tak ada niat lain. Saya tak ada sebab nak menghalang awak bercinta dengan dia. Malah,
berkahwin pun. Hanya saya nak pesan supaya awak berhati-hati sebelum cinta awak
menjadi terlalu dalam kepadanya. Saya tak mahu tengok awak kecewa. Itu saja!"
"Itu saja" Irwan, kita tidak mengenali antara satu sama lain. Tiba-tiba sahaja awak
menelefon saya, ajak saya jumpa awak. Awak ceritakan keburukan Maria dan awak kata
niat awak baik"" Hisyam berkata dengan suara yang tinggi. Hati yang sedang marahkan
Maria menjadi bertambah geram mendengar kata-kata Irwan.
"Terserahlah kepada awak, Hisyam. Kalau awak tak percaya pada saya, tak apa.
Nak buat macam mana. Saya dah jalankan tanggungjawab saya. Maria memang
istimewa," keluh Irwan lagi. Kini, dia berdiri sambil menghulurkan tangannya kepada
Hisyam. "Terserah kepada awak apa yang awak nak fikirkan tentang saya. Tapi,
percayalah, Maria tidak sesuai dengan awak. Malah, dia tak akan pilih awak pun kerana
dia sangat bencikan orang kaya. Dia cuma nak awak rasa sakit bila dia tinggalkan awak
nanti. Dia hendak melihat awak menderita bila awak ditinggalkannya. Awak akan
menderita Hisyam jika awak betul-betul mencintainya. Percayalah cakap saya. Saya tak
mahu tengok seorang lagi lelaki tersungkur di kakinya. Maria mampu melakukannya!
Fikirlah baik-baik. Okeylah, saya pergi dulu. Hari ini, saya belanja awak."
Irwan berjalan menuju ke kaunter dengan perasaan yang sungguh puas. Dia tahu,
sedikit sebanyak Hisyam sudah mula mencurigai Maria. Dia tahu, walaupun Hisyam
cuba sedaya upaya menolak ceritanya, namun lelaki itu sudah tertipu juga. Wajah Hisyam
yang kelat membuktikan bahawa dia sudah menang. Tidak lama lagi pastilah Maria akan
menderita jiwanya ditinggalkan oleh lelaki itu. Baru padan muka perempuan itu.
Kini, dendamnya sudah berbalas. Ketika dia merayu kepada Maria, mengharap
supaya Maria menerima dirinya semula, perempuan itu sombong sangat. Angkuh! Dia
nekad untuk menyakitkan hati gadis itu sebagaimana hatinya disakiti. Dan, hari ini dia
berjaya melakukannya. Tidak lama lagi akan berpisahlah Maria dengan lelaki itu. Puas
hatinya! Hisyam termangu di meja. Tak mungkin Maria begitu, desisnya di hati. Maria
tidak akan mengetepikan dirinya hanya kerana ingin membalas dendam kepada ayahnya.
Tapi, bukankah gadis itu sangat sedih bila terkenangkan ayahnya dahulu"
Hisyam teringat semula kepada kejadian yang berlaku. Waktu dia bertanya
tentang keluarga gadis itu, Maria gembira bercerita tentang emak dan adik-adiknya.
Tentang ayahnya" Maria mengelak. Dengan mata
yang berkaca, dia meminta supaya
mereka berbual tentang perkara lain. Apakah kebencian menguasai hati gadis itu" Sampai
sanggup menyimpan dendam"
Argh, ini semua mungkin hanya kerana Irwan tidak berpuas hati kepada Maria.
Maria wanita yang baik. Tidak mungkin dia akan berbuat begitu. Hisyam memujuk hati.
Tapi, bagaimana kalau semua cerita ini benar"
JAM hampir menunjukkan pukul 5.00 ketika Hisyam sampai di hadapan kilang tempat
Maria bekerja. Dia sudah terlewat. Pada ketika itu, telefon bimbitnya berbunyi.
13 "Maria, kenapa"" soal Hisyam perlahan. Pertemuan dengan Irwan terimbas
semula. "Syam, awak kat mana"" Maria bertanya.
"Kenapa"" "Dah lama saya tunggu awak ni, tapi tak sampai-sampai jugak. Sebenarnya."
Hisyam menekan brek dan meletakkan keretanya di bahu jalan. Hatinya berdebardebar bila terpandang susuk tubuh Maria yang berdiri kira-kira 50 meter di hadapannya.
"Apa dia, cakaplah..." kata Hisyam perlahan sambil terus memerhati.
Maria sedang membelakang Hisyam, jadi dia tidak perasan bahawa Hisyam sudah
tiba. "Kita jumpa lain kali boleh tak Syam" Saya ada hal penting ni. Saya tak dapat nak
jumpa dengan awak. Saya, saya kena pergi sekarang." Maria meminta pengertian.
Mendengar kata-kata Maria itu, Hisyam mula curiga. Hal penting" Jadi, dirinya
ini tidak pentingkah" Apa yang bakal mereka bincangkan nanti itu tidak pentingkah"
Perkahwinan mereka tidak penting jugakah" Fikiran yang sudah diracuni mula
mengesyaki sesuatu. Hatinya menjadi semakin marah. Sudahlah Irwan berkata yang
bukan-bukan. Kini Maria pula menolak untuk berjumpa. Geram sungguh!
"Syam, awak dengar tak ni" Kenapa diam" Syam, awak marahkan saya ke""
Suara Maria yang manja tidak mampu memujuk sekeping hati yang sedang
kecewa. "Kenapa tiba-tiba aje awak ada hal penting, Lia" Saya ni tak penting pada awak
ke" Apa yang kita nak bincangkan nanti pun tak ada ertinya pada awak"" jerkah Hisyam.
"Maafkan saya, tapi saya cakap betul ni. Saya memang ada hal penting. Syam,
apa kata kalau awak datang jemput saya di rumah malam ni" Pukul 8.00. Boleh""
"Hal apa yang penting sangat tu"" Hisyam sudah mengendurkan suaranya.
Maria tergelak kecil. "Adalah! Malam nanti saya beritahu awak. Syam, awak
marah ke"" "Tak. Saya tak marah awak. Kalau awak ada hal lain yang lebih penting, tak
apalah. Nak buat macam mana," kata Hisyam merajuk.
"Hai, merajuklah tu" Tak apa, malam nanti tahulah macam mana saya nak pujuk
awak." Hisyam pula yang ketawa. Lupa sebentar pada cerita Irwan tadi. "Betul awak nak
pujuk saya malam nanti" Hmm, mesti seronok, kan" Saya tahu apa yang saya nak mintak
daripada awak," usik Hisyam.
"Tu, dah mula merapulah pulak. Okey, saya kena pergi ni. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam," jawab Hisyam dengan senyuman masih terukir di bibir.
Namun, senyuman itu hilang sebaik melihat apa yang berlaku di hadapan matanya.
Hisyam benar-benar terkejut. Dia hendak menukar gear ketika dia terpandangkan
Maria dan lelaki itu. Matanya merenung ke arah Maria dan pasangannya dengan mata
yang tidak berkelip-kelip.
Tak Mungkin Kuhindar Karya Ana Sofiya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
Topi keledar yang dipegang oleh lelaki itu Maria ambil dan disarungkan ke
kepala. Dengan mesra, dia menghampiri lelaki itu dan Hisyam melihat tangan lelaki itu
mengikat tali keledar itu. Mesra benar kelihatannya. Ketika membonceng, Maria
memeluk pinggang lelaki itu. Rapat benar!
Berbagai-bagai soalan mula bermain di benaknya. Siapakah lelaki itu" Apakah
hubungan mereka berdua" Mengapakah Maria menaiki motosikal itu" Mereka hendak ke
mana" Tidak dapat dibayangkan perasaan Hisyam waktu itu. Debaran di dalam dada
semakin kuat. Degupan jantung semakin kencang. Ternampak-nampak senyuman Maria
kepada lelaki itu. Senyuman yang amat manis. Sungguh mesra. Rasa cemburu
menyelinap masuk ke ruang hatinya.
Hatinya terbakar melihat kemesraan mereka. Rasa ingin dipotong tangan lelaki itu
ketika dia memakaikan topi keledar itu tadi. Dan, tatkala Maria membonceng, tangan
gadis itu pula hendak dikeratnya. Geram sungguh!
Hisyam menyandarkan kepala ke head rest. Dia ingin menenangkan fikiran. Ingin
menyabarkan hati. Dia harus bertenang. Tetapi bayangan itu tidak mampu dibuang. Ia
masih berlega r-legar di ruangan mata. Jadi, lelaki itulah rupa-rupanya hal yang tersangat penting. Lelaki itu lebih
penting daripada dirinya. Lelaki itu lebih penting daripada apa yang bakal mereka
bincangkan. Lelaki itu lebih penting daripada perkahwinan mereka.
Tapi, siapakah dia" Siapakah lelaki yang menaiki motor buruk itu" Apakah dia
kekasih Maria yang sebenarnya" Kalau itulah kekasihnya, siapakah dia di hati perempuan
itu" "Maria sangat bencikan orang kaya, Hisyam. Dia tak akan pilih awak. Dia hanya
berniat untuk mempermainkan perasaan awak selepas awak mencurahkan rahsia hati
awak kepadanya. Dia tak cintakan awak!"
Terngiang-ngiang bicara Irwan di telinga Hisyam. Betulkah begitu" Mungkinkah
benar semua yang dikatakan oleh Irwan" Maria tidak mencintai dirinya. Lagi pula
sememangnya Maria tidak pernah melafazkan kata-kata keramat itu kepadanya. Belum
sekali dia pernah meluahkan rasa cintanya kepada Hisyam. Tidak pernah!
"Saya tak sanggup melihat seorang lagi lelaki tersungkur di kaki Maria, Hisyam.
Saya kesiankan awak. Pasti awak akan kecewa bila awak tahu yang dia hanya berpurapura sayangkan awak. Tentu awak akan terseksa. Sakit!"
Bicara itu menyapa lagi. Mengganggu ketenangan Hisyam. Aduh, entahlah,
sekarang ini pun saya sudah merasai kesakitannya. Melihat kemesraan Maria dengan
pemuda itu, saya jadi risau. Apakah hubungan mereka" Mereka terlalu mesra. Kemesraan
itu tidak pernah Maria berikan pada saya. Dia biarkan lelaki itu mengikat tali keledarnya.
Dia memeluk pinggang lelaki itu sedangkan saya... Nak pegang jari dia pun tak boleh.
Betulkah, Irwan" Betulkah dia menipu saya selama ini" Betulkah dia cuma
mempermainkan hati dan perasaan saya"
Pertanyaan demi pertanyaan untuk diri sendiri tidak akan mampu memberi
jawapan yang sebenar. Hisyam tahu itu.
Dengan hati yang hampa, Hisyam memandu pulang. Dia benar-benar tidak
menyangka bahawa Maria hanya mempermainkan dirinya. Betullah seperti apa yang
dikatakan oleh Irwan. Dia bersetuju dengan pendapat lelaki itu. Maria hendak membalas
dendam! Dendam atas perbuatan ayah kepada anak. Dendam kerana ayah, lelaki yang
tidak bertanggungjawab. Dendam kerana ayah memilih untuk bersama perempuan kaya,
meninggalkan dirinya, emak dan adik-adiknya merempat. Dendam kerana perbuatan ayah
mengabaikan mereka. Maria, dendam awak sudah berbayar. Sudah berbalas! Sampai hati awak. Setelah
saya benar-benar menyayangi awak, setelah saya benar-benar jatuh cinta pada awak,
awak buat saya begini. Kejamnya awak, Maria. Saya sungguh-sungguh tak percaya.
Kalaulah saya tidak nampak perbuatan awak hari ini, pasti saya tidak akan percaya yang
awak sanggup melakukannya. Maria, saya tidak akan boleh memaafkan awak.
Hati sudah diracuni. Kemarahan menguasai diri. Hisyam tidak boleh berfikir
secara rasional lagi. Tiba-tiba melintas di benaknya suatu soalan. Perlukah dia bertanya
kepada Maria" Hisyam mendengus keras. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Tidak
mungkin dia akan bertanya kepada gadis itu. Mustahil! Akan tercemarlah egonya. Akan
tergadailah maruahnya. Malulah dia!
Oh, tidak! Dia tidak akan bertanya kepada gadis itu. Dia tidak akan membenarkan
gadis itu mentertawakan dirinya. Dia tidak akan membenarkan gadis itu meraikan
kemenangan di hadapannya. Tidak. Itu tidak akan berlaku.
Maria tidak boleh mempersendakan dirinya. Maria tidak boleh mempermainkan
perasaannya. Maria tidak boleh menipunya. Selama ini tidak ada seorang perempuan pun
yang pernah melakukan begitu kepadanya. Tidak ada seorang perempuan pun yang boleh
membodohkannya hanya kerana dendam. Tidak ada! Jadi, Maria tidak akan sewenangwenangnya dilepaskan.
Mujurlah Irwan cepat memberitahunya. Mujurlah dia dapat tahu terlebih dahulu
sebelum perempuan itu terus-terusan membohonginya.
Dan, hatinya sendiri membara dengan api dendam. Dendam kepada Maria.
Dendam kepada gadis yang begitu berani memperalatkan dirinya untuk membalas
dendam kepada ayahnya sendiri. Dendam kepada gadis yang menggunakan dirinya untuk
membalas dendam kepada perempuan kaya yang memusnahkan keluarganya. Kenapa
dia" Kenapa Maria memilih dirinya"
Maria, awak silap kalau awak fiki
r saya akan berdiam diri. Awak silap kalau
awak fikir saya akan membiarkan awak memperalatkan saya. Awak silap besar, Maria.
Awak tunggulah nasib awak. Tahulah saya macam mana nak ajar awak nanti.
Sejak itu, hubungan antara Hisyam dan Maria diputuskan. Maria tidak dihubungi
lagi. Malah, setiap panggilan Maria tidak dijawab Hisyam. SMS juga tidak dibalas.
Hisyam mula mencari gadis lain untuk menemaninya. Waktu itu dia amat yakin bahawa
Maria akan dapat dilupakan. Akan dibuang nama itu jauh-jauh dari lubuk hati.
14 MARIA mengelap air mata yang menuruni pipi. Sejak semalam, air mata itu tidak mahu
berhenti mengalir. Pertemuan dengan Hisyam menyebabkan kesedihan ini. Terasa berat
untuk pergi. Tawar hatinya mengenangi penerimaan lelaki itu nanti. Tapi, apa dayanya"
Dato' dan Datin perlu dihormati. Jadi, mahu atau tidak, terpaksalah digagahi juga.
Walau terpaksa berpura-pura seolah-olah antara mereka berdua tidak pernah terjalin
hubungan yang mesra. Mereka pernah bercinta sehinggalah Hisyam membuat keputusan
untuk pergi meninggalkannya tanpa ucapan selamat tinggal pun.
Aduhai, rupa-rupanya Hisyam ialah anak seorang Dato'. Ibunya ialah Datin
Syarifah. Selama ini dia tidak pernah bertanya. Tidak pernah mengambil tahu. Kalaulah
dia tahu, sudah tentu hubungan mesra antara mereka berdua tidak akan terjalin. Sehabis
daya, akan ditolak rasa cinta yang hadir.
Sudah lama dia berikrar pada dirinya bahawa dia tidak akan membenarkan dirinya
jatuh cinta pada orang kaya. Dia masih terkesan dengan perbuatan ayahnya pada dia,
emak dan adik-adiknya. Dia juga masih terluka dengan sikap Irwan dahulu. Dan, hari ini,
dia terluka sekali lagi. Oleh Hisyam! Kini, memang wajarlah mereka berpisah. Memang
sudah sepatutnya begitu. Jadi, malam ini, Hisyam bukan sesiapa dalam hidupnya lagi. Kalau lelaki itu
mahu terus membencinya, terserahlah. Dia akan pastikan dirinya jauh. Kalau Hisyam
tidak mahu menyapa dirinya, tidak mengapa. Dia tentu tidak akan menegur. Malam ini,
mereka berdua adalah orang asing. Segala hubungan dulu akan dilupakan.
Jam menunjukkan pukul 8.00 malam. Sebentar lagi Pak Mat akan sampai. Maria
sudah lama bersiap, sejak lepas maghrib tadi lagi. Maria tersedar daripada angannya
apabila dia mendengar bunyi hon kereta di luar rumah. Dia terus sahaja keluar dan
mengunci pintu rumah. Malam ini tiada sesiapa di dalam rumah itu. Ketiga-tiga orang
sahabat serumahnya tidak balik malam ini. Esok, Yana bekerja syif petang. Salwa dan
Aini pula, syif malam. Hanya dia yang akan bekerja syif pagi.
Sebaik kereta didekati, Maria sudah tahu bukan Pak Mat yang menjemputnya.
Tetapi, Hisyam. Kereta CRV berwarna merah hati milik lelaki itu sedang menunggu
dirinya di luar pagar. Serta-merta langkahnya terhenti. Ingin berpatah balik, tetapi suara
lelaki itu membantutkan niatnya.
"Pak Mat sibuk, tak dapat nak datang ambil awak."
Dalam kelam malam, Maria cuba melihat riak wajah Hisyam. Ia kelihatan garang.
Sudah pasti lelaki itu tidak gembira kerana terpaksa datang menjemputnya. Maria
gelisah. Dia tidak suka keadaan ini.
"Kalau macam tu, biar saya naik teksi sahaja," kata Maria.
Ketika dia ingin beredar meninggalkan tempat itu, Hisyam menahan. "Masuklah,
Maria. Mami suruh saya datang ambil awak. Jadi, tak payahlah nak naik teksi pulak.
Cuma, awak kena duduk di belakang, tempat duduk di sebelah saya dah ada orang."
Pintu kereta dibuka. Melihat Maria yang masih tercegat, Hisyam bersuara lebih
tegas. "Masuklah! Nanti lambat pulak kita sampai."
Maria terasa hati mendengar suara lelaki itu yang keras. Tapi, semuanya sudah
terlambat. Suka atau tidak, dia terpaksa menurut arahan itu. Dia mengangguk lalu masuk
dan mengambil tempat di belakang pemandu.
Sebaik duduk, dia disapa oleh seorang gadis jelita. Gadis itu! Kekasih baru
Hisyam! Gadis itu menyalakan lampu. Jadi, Maria dapat melihat wajah itu dengan jelas.
Gadis itu bukan sahaja cantik, malah pakaiannya cukup untuk memberitahu Maria
kelasnya yang tersendiri. Gadis itu memakai gaun malam berwarna merah yang
menampakkan sebahagian dadanya yang putih gebu itu. Ala-ala Cinderella gitu. Gaya
yang cukup sofistikated. Melih at gadis itu, Maria merasa dirinya semakin kerdil. Rasa rendah diri hadir
kembali. Patutlah Hisyam tidak lagi memandangnya, tidak lagi merenungnya, tidak lagi
menoleh ke arahnya. Lelaki itu sudah mendapat gading yang bertuah, masakan pelanduk
diingat lagi. "Hai, saya Farah. Awak ni""
Suara Farah itu manja menyapa telinga Maria. Jadi, inilah perempuan yang
bernama Farah itu, fikirnya.
"Nama saya, Maria."
Itu sahaja jawapan yang diberi. Ingin dihulur tangannya, namun Farah seperti
tidak mahu bersalaman. "Maria, macam mana you boleh kenal dengan mami Syam"" Suara manja itu
bertanya lagi. Maria mendongak. Pada ketika itu matanya bertembung dengan sepasang mata
Hisyam di cermin pandang belakang. Maria mengalihkan pandangannya.
"Saya menjahit baju Datin, Cik Farah."
"Apa" Tukang jahit" You buka butik kat mana"" Suara Farah melengking kuat.
Hisyam mengangkat kening.
Maria tersenyum tawar. "Saya tak ada butik, Cik Farah. Saya hanya tukang jahit
biasa. Butik saya ialah rumah saya."
Farah ketawa besar dengan jawapan Maria itu. "Teruknya mami you, Syam. I
ingatkan Maria ni setanding dengan Embun ke" Manalah tahu kut-kut Maria ni kelulusan
UiTM. Rupa-rupanya tukang jahit biasa. Kedekutnya mami you. Upah orang macam ini
untuk jahit baju dia." Farah mengutuk.
"You cakap apa ni, Farah"" Suara Hisyam mengejutkan Maria.
Farah ketawa. "Yalah... I hairan bila mami you upah dia ni jahit baju. Kenapa"
Kat KL ni dah tak ada tukang jahit yang hebat ke" Hisy, malam ini I akan bercakap
dengan mami you tu. Kalau dia nak, I boleh carikan dia mana-mana tukang jahit
profesional kat bandar raya ni. Ada ke upah baju dengan perempuan macam ni. Patutlah I
tengok baju mami you tu tak sesuai aje," kata Farah sambil tersenyum manis kepada
lelaki di sebelahnya. Maria memalingkan wajah ke luar jendela. Hatinya sedih benar dengan
penghinaan yang diterima. Hina sangatkah dirinya" Tidak layakkah dia menjahit baju
seorang Datin sebagaimana dia tidak layak berkawan dengan anak seorang Dato'" Itukah
yang ingin disampaikan oleh wanita ini" Suatu amaran supaya Hisyam jangan didekati"
"Kenapa dengan you, Farah" Cakap main sedap mulut you aje. Suka hati mami I
kalau dia nak Maria jahitkan baju dia. Yang you sakit hati kenapa" Itu bukan urusan you,
jadi jangan menyibuk. Jangan you pandai-pandai nak kritik mami I. I tak suka! Ingat tu!"
Dua pasang mata sedang merenung Hisyam. Farah memandang dengan perasaan
tidak puas hati. Malu kerana Hisyam mengutuknya di hadapan Maria. Bagi Maria pula,
dia kehairanan. Tidak mempercayai tindak balas Hisyam sampai begitu sekali. Adakah
lelaki itu membela dirinya" Atau, lelaki itu tidak suka Farah memperkecilkan maminya"
Yang mana satu" Maria tidak mempunyai jawapannya.
Sepanjang perjalanan, Maria hanya mendiamkan diri. Dibiarkan pasangan kekasih
di hadapannya berbual dan sesekali ketawa riang.
Ya, Farah begitu pandai mengambil hati lelaki itu. Dalam sekejapan waktu, suara
yang tinggi tadi menjadi begitu lembut memujuknya. Maria melihat Farah merapatkan
diri kepada Hisyam. "Syam, dah berapa lama you kenal dengan Maria ni""
"Hai, kenapa tanya soalan macam tu pada I""
"Yalah, apa istimewanya dia sampai kita kena datang jemput dia macam ni""
"Hei, kan I dah beritahu you yang mami suruh I jemput dia. I suruh you datang
dengan parents you, tapi you tetap nak ikut I. Jadi, kenapa nak merungut pulak""
"I tak suka, tau! I tak suka langsung! Macamlah dia tu hebat sangat."
Hati Maria berdebar-debar mendengar pasangan itu berbisik. Bisikan yang jelas di
pendengarannya. Bisikan tentang dirinya. Dia terus memasang telinga.
"Mami I suka dia."
"Ya" Amboi, kalau macam tu nanti dia naik ekorlah. Syam, you cakap betul-betul
pada I. Mami you ke yang suka dia atau you""
Mata Hisyam dan Maria bertembung lagi dalam cermin pandang belakang.
Hisyam tahu Maria mendengar kata-kata yang diluahkan Farah dan dia ingin
menambahkan kesakitan itu.
"Jangan mengarutlah, Farah. Takkan bila I kena ambil dia, I dah suka pada dia"
Dah jatuh cinta" Untuk pengetahuan you, I hanya menurut perintah mami. Kalau ikutkan
hati I, I pun tak mahu menyusahkan diri I ni."
Farah terseny um. "Manalah tahu" You ni bukan boleh nampak dahi licin sikit,
mulalah nak menggatal."
Hisyam ketawa. "Weh, tolong sikit ya... I ni pun ada taste juga."
Hati Maria pedih. Hatinya merintih. Sayu mendengar kata-kata Hisyam itu. Jadi,
dia menyusahkan lelaki itu" Oh, kalaulah dia mampu menyuruh lelaki itu
memberhentikan kereta, alangkah baiknya. Lelaki itu hanya ingin menjaga hati
maminya" Lelaki itu hanya menurut perintah" Lelaki itu ada taste juga"
Tidakkah Hisyam tahu betapa kecewanya dia mendengar kata-kata itu" Tidakkah
lelaki itu tahu betapa hancur hatinya kini" Benarkah Hisyam yang sedang duduk di
hadapannya dan sedang memberitahu secara tidak langsung kepadanya bahawa dia ini
hanya menyusahkan lelaki itu" Bahawa dia tidak menepati selera lelaki itu" Ah, dasar
lelaki. Begitu mudah mengatakan sayang dan cinta. Namun, semua hanya dusta.
Hipokrit! Anak punai anak merbah Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah Ini pula hati orang Mengapa dikenang... Memang benar, sekali air bah, sekali pasir berubah. Pantai dan sungai lagikan
berubah, inikan pula hati orang.
Setitis air matanya yang gugur ke bumi telah menjadi selautan kaca yang harus
direnangi. Inikah cintanya" Cinta yang menghiris jiwa. Cinta yang membiarkan hidupnya
jadi melara. Sucikah cinta" Sucikah cinta jika janji dicemari" Sucikah cinta jika dia
dibiarkan bertarung dengan sengsara ini"
Air mata yang mengalir di pipi disapu perlahan-lahan.
Farah menjeling Maria di belakang. Hatinya hairan melihat sikap gadis itu. Maria
bukan seorang yang ramah-tamah. Sejak naik tadi, dia asyik membisu dan sentiasa
memandang ke luar tingkap. Apakah keistimewaan gadis ini sehingga berjaya
menghampiri Datin Syarifah"
Farah risau sebenarnya. Gadis bernama Maria ini cantik juga orangnya. Entah
mengapa, dia merasakan gadis ini adalah saingannya. Gadis ini berjaya menghampiri
Datin Syarifah, sesuatu yang sudah hampir dua tahun tidak berjaya dilakukannya.
Farah bertekad untuk mengambil hati Datin Syarifah malam ini. Dia memang tahu
bahawa Datin Syarifah kurang menyukainya. Dia tidak tahu mengapa. Dia bimbang
kerana dia tahu Hisyam amat sayangkan maminya. Dia tidak mahu kehilangan jejaka itu
hanya kerana perempuan tua itu. Sebab itu Farah semakin membenci Maria. Dan,
pastinya dia tidak mahu kalah kepada perempuan tukang jahit ini.
KETIKA mereka sampai, orang sudah ramai di rumah besar itu. Kereta-kereta mewah
sudah memenuhi kiri dan kanan jalan.
Maria mengeluh. Semalam dia diberitahu bahawa Dato' dan Datin hanya
menjemput jiran tetangga dan kawan rapat sahaja menghadiri majlis sambutan ulang
tahun perkahwinan mereka. Tapi, malam ini keadaan tidak seperti yang disangka. Tetamu
yang hadir agak ramai dan terdiri daripada golongan elit. Orang-orang kaya.
Bagaimanakah dia dapat menyesuaikan diri"
"Terima kasih, Cik Farah. Saya turun dulu."
Tanpa menunggu jawapan, Maria turun daripada kereta itu. Ada sedikit kelegaan
dalam sistem pernafasannya. Pasangan kekasih itu ditinggalkan. Dia berjalan menuju ke
rumah banglo yang kini terang-benderang dan disimbahi dengan cahaya yang berwarnawarni.
Hisyam hanya memerhati Maria meninggalkannya. Sememangnya dia sedar sejak
di dalam kereta lagi Maria asyik mendiamkan diri. Sesekali apabila dia menjeling melalui
cermin pandang belakang, nampak keresahan di wajah itu. Sesekali dilihatnya Maria
mengelap pipi. Gadis itu menangis. Tapi, kenapa"
Tak Mungkin Kuhindar Karya Ana Sofiya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
Cemburukah dia melihat Farah bersamaku" Sedihkah dia melihat aku bersama
perempuan lain" Apakah yang berada di dalam kotak fikirannya" Tidak adakah walau
sedikit perasaan cintanya kepada diri ini"
Hatinya kesal kerana tidak mampu membela gadis itu apabila Farah
menghinanya. Geram betul dia kepada Farah.
Ah, persetankan! Mengapakah aku harus memikirkan tentang seorang perempuan
yang tidak langsung menghargai diriku ini" Hisyam, sedarlah! Dia bukan sesiapa lagi
untuk dirimu. Bukan sesiapa!
"Syam, you nak duduk dalam kereta aje ke"" Suara Farah memecah kesunyian
dan mengejutkan Hisyam. Hisyam cuba tersenyum. "Okey, jom kita masuk. Mak ayah you jadi datang ke""
"Tentulah! Dia orang nak bincangkan hal kita dengan ibu ba
pa you!" Hisyam mengangkat kening. "Hal kita" Kenapa dengan kita"" soal Hisyam purapura tidak mengerti.
"Alah, you ni... "
Hisyam berpura-pura tidak mendengar. Dia meneruskan langkahnya perlahanlahan. Fikirannya kembali kepada Maria. Matanya melingas mencari susuk gadis itu.
Dilihatnya Maria sedang berdiri di sebelah maminya. Maminya sedang membelek-belek
sesuatu, mungkin pemberian daripada gadis itu. Dia terpegun melihat bagaimana
maminya memeluk Maria sebelum gadis itu meninggalkan maminya untuk masuk ke
dalam rumah. Mungkin Maria ingin mencari Mak Jah.
MARIA menemani Mak Jah di dapur. Walau berkali-kali wanita itu menyuruhnya pergi
ke hadapan, dia mengelak. Katanya, dia tidak tahu hendak menyesuaikan diri dengan
orang-orang perempuan yang ada di situ. Mereka dari dua dunia yang berbeza.
"Hisy, kamu ni, Lia... Macam mana nak kahwin dengan anak Dato' kalau macam
ini"" usik Mak Jah.
Maria serta-merta mendongak, memandang Mak Jah bila mendengar soalan itu.
Melihat wajah yang tersenyum manis, dia tunduk semula. Tidak mungkin Mak Jah tahu,
desisnya di hati. "Tak ada anak Dato' yang berkenankan Lia, Mak Jah."
Mak Jah sebenarnya ingin sangat mengetahui apakah hubungan antara Maria
dengan anak majikannya. Semalam, wajah Maria pucat lesi bila ternampak Hisyam. Dan,
wajah Hisyam nyata terkejut memandang Maria. Namun, mereka tidak pula bertegur
sapa" Mengapa, ya"
Mak Jah, sekarang ini, Lia adalah manusia yang paling dibenci Hisyam. Sekarang
ini Lia sangat menyusahkannya. Lia bukan sesiapa dalam hidupnya lagi, rintih hati kecil
Maria. Mak Jah ingin berkata sesuatu, tetapi tidak jadi bila seseorang memberitahu
bahawa acara akan dimulakan sebentar lagi.
Mereka keluar ke taman. Di situ, pasangan Dato' dan Datin sedang berdiri
berpegangan tangan di hadapan sebuah meja yang telah dihias indah. Di atas meja itu
terdapat sebiji kek setinggi tiga tingkat. Di atas kek yang cantik itu, terpasang lilin-lilin
yang menunggu masa untuk ditiup.
Dato' Ahmad hanya memakai baju batik. Penampilan itu begitu ringkas
berbanding penampilan sebahagian daripada para tetamunya. Badannya masih tegap dan
dia kelihatan lebih muda daripada usianya yang sebenar. Wajahnya tampan.
Memandangnya, mengingatkan Maria kepada Hisyam. Hisyam mewarisi wajah tampan
itu. Hidung, mata dan bibir semuanya hampir serupa. Cuma, si ayah tidak setinggi
anaknya. Namun, ada sesuatu yang ketara berbeza. Ketenangan pada wajah si ayah tiada
pada Hisyam. Maria mengalihkan pandangannya kepada Datin Syarifah. Wanita itu kelihatan
sungguh anggun dalam baju kurung kain sutera berwarna biru yang dijahitnya itu. Maria
rasa bangga melihatnya. Baju itu bersulam di leher. Di dada kelihatan kilatan labuci.
Walaupun dia bukan seorang tukang jahit profesional, dia yakin baju itu akan menarik
perhatian kawan-kawan perempuan Datin Syarifah.
"Mak Jah, cantik betul Datin tu, kan" Nampak muda!" Maria berbisik di telinga
Mak Jah. "Ewah, kamu nak puji Datin atau nak puji baju yang Datin pakai" Mentangmentang baju tu dia yang jahit..." usik Mak Jah pula.
Entah mengapa kali ini Maria benar-benar tersinggung mendengar kata-kata Mak
Jah itu. "Mak Jah, niat Lia ikhlas memuji Datin. Tak ada langsung Lia bercadang nak puji
baju itu. Tapi, memanglah kan, kata-kata orang miskin macam Lia selalu disalah
anggap." Mak Jah terkejut mendengar Maria bercakap begitu. Niatnya hanya ingin
mengusik. Mengapakah gadis ini begitu sensitif malam ini" "Maria, kenapa cakap macam
tu" Mak Jah saja mengusik kamu. Takkanlah kamu nak kecil hati pulak... "
Maria segera menyedari kesilapannya mengeluarkan kata-kata yang tidak
sepatutnya diucapkan kepada Mak Jah. Tangan wanita itu digenggam erat. "Maafkan Lia,
Mak Jah. Lia. " Mak Jah mengusap tangan gadis itu. "Kenapa kamu sedih macam ni, Lia""
Maria berpura-pura ketawa. "Tak adalah. Cuma, Lia rasa Lia tak patut datang sini
malam ni. Lia tak layak berada di sini."
"Kenapa cakap macam tu" Tak layak" Apa maksud kamu, Lia"" Mak Jah
mengerutkan dahi. Kata-kata Maria bagai tersirat makna.
"Mak Jah, Lia segan datang sini. Mak Jah tengoklah tu. Semua orang pakai baju
lawa-lawa. Mahal pulak tu
. Entah apalah yang mereka fikir bila nampak Lia," bisik Maria
lemah. "Tak baik merendah diri macam tu." Mak Jah tidak dapat meneruskan kata-kata.
Tiba-tiba dia merasakan dia sudah tidak lagi larat berdiri. Lututnya itu sakit benar.
"Kenapa, Mak Jah"" Maria jelas risau melihat keadaan wanita itu.
Mak Jah tersenyum. "Lutut ni, hah, sakit sikit. Mak Jah nak duduk, Lia."
"Kalau macam tu, jom kita duduk kat tepi kolam tu, Mak Jah. Banyak kerusi
kosong di situ." "Tak apalah. Kamu pergi duduk. Mak Jah ingat biar Mak Jah masuk ke dalam aje.
Boleh tengok-tengokkan budak-budak tu buat kerja," jawab Mak Jah. Budak-budak yang
dimaksudkan ialah pekerja-pekerja syarikat yang mengambil upah katering malam ini.
"Lia nak ikut!"
Mak Jah tergelak. "Kamu datang sini malam ni nak tengok Mak Jah ke, nak
tengok Datin" Dah, tunggu saja di situ. Tak lama lagi mereka nak tiup lilin tu."
Maria ditinggalkan sendirian. Dan, seperti kata Mak Jah, majlis sampai ke
kemuncaknya apabila tiba masa untuk meniup lilin. Semasa lilin kek ditiup, Dato'
Ahmad dengan begitu mesra memeluk isterinya. Pandangannya yang redup itu seolaholah memberitahu dunia bahawa inilah isterinya, isteri yang telah membahagiakan
dirinya sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Isterinya membalas pandangan itu
sambil tersenyum manis, sebuah senyuman yang hanya ditujukan untuk suami yang amat
dicintai. Hati Maria tersentuh melihat adegan itu. Kalaulah Hisyam juga seperti ayahnya,
mencintaiku setulus hati... Maria berkata dalam dirinya. Matanya mencari lelaki itu. Di
saat dia terpandang seraut wajah itu, Hisyam sedang menundukkan muka untuk
mendengar kata-kata yang sedang dibisikkan oleh Farah kepadanya. Wajah mereka
terlalu dekat. Mereka sangat mesra. Tangan Farah kelihatan memaut manja lengan lelaki
itu. Maria merasa tidak tenteram melihat adegan itu. Sedih dan terluka.
Sepanjang malam, Hisyam dan Farah asyik bermesra berdua. Bagaikan orang lain
tidak ada di sekeliling mereka. Hati Maria semakin terluka. Dia ingin lari daripada
mereka. Ingin pulang ke rumah, namun Pak Mat nampaknya terlalu sibuk. Ingin pulang
sendiri, bimbang pula Datin Syarifah berkecil hati. Kerana itu, Maria cuba mencari
kawasan yang sunyi untuk membawa hati.
15 MARIA berjalan-jalan dalam kesuraman lampu taman di sebelah belakang banglo besar
itu. Dia ingin melarikan diri daripada Hisyam dan Farah. Perlakuan pasangan itu
membangkitkan rasa cemburu yang maha hebat di dada. Dia tidak sanggup melihat
kemesraan mereka. Sayu hatinya bila terbayangkan tangan Hisyam memeluk Farah dan
Farah menyandarkan tubuhnya dengan manja pada lelaki itu.
Dia kini berada dalam taman orkid milik keluarga itu. Dalam kesamaran malam,
dia dapat melihat warna-warna bunga ini. Ada yang berwarna kuning berbintik, ada yang
berwarna ungu, warna oren pun ada. Cantik dan terjaga rapi.
Menghadiri majlis malam ini bukan suatu tindakan yang bijak, fikir Maria.
Malam ini, hati dan perasaannya semakin hampa, marah dan sakit hati. Kecewa! Walau
cuba memejamkan mata, namun bayangan mesra mereka masih menghantui. Masih
ternampak-nampak. Lama dia melayan perasaannya sendirian. Membiarkan air mata terus-menerus
mengalir di pipi. Dia tahu dirinya amat lemah ketika ini. Mudah benar dia menangis.
Murah benar air matanya. Semakin dia cuba memujuk hati, semakin dia rasa kecewa.
Semakin dia rasa terluka.
Mengenali Hisyam dan membenarkan lelaki itu memiliki hatinya adalah satu
kesilapan. Kalaulah dia tidak mengalah dengan perasaannya... Kalaulah dia berkeras
dengan pendiriannya... Tentu dia tidak akan selemah ini. Tentu dia tidak perlu menangis.
Tapi, apalah gunanya menyesal" Sudah tersurat dia tewas dengan kebijaksanaan Hisyam
menggodanya. Sudah ditakdirkan dia jatuh cinta pada lelaki itu. Dia tidak mampu
menolak. Tiba-tiba Maria tahu dia tidak lagi keseorangan di situ. Dia dapat merasakan
kehadiran Hisyam sebaik hidungnya mengesan keharuman eau de cologne yang sering
dipakai oleh lelaki itu. Haruman yang selama ini menyerlahkan pesona lelaki itu
kepadanya. Bau yang amat dikenali. Segera dia menoleh. Lelaki itu sudah berdiri dekat di
belakangnya, sedang merenung
dengan pandangan mata yang memukau.
Maria segera bangun. Air mata yang mengalir di pipi diseka. Dia tidak mahu
Hisyam nampak dia menangis. Dia tidak mahu Hisyam tahu kelemahannya. Dia tidak
mahu Hisyam tahu apa yang sedang sarat bersarang di dadanya. Cuma, apa yang dia
mahu lakukan ialah untuk pergi dari situ. Langkah cuba diatur.
"Nak ke mana tu"" Hisyam bertanya apabila Maria sudah bergerak untuk
meninggalkannya. Tangan gadis itu dicapai. Dari dekat, dia dapat melihat air mata yang
bersisa di pipi. Langkah Maria terhenti. Dia tidak dapat meneruskan pergerakan bila tangannya
sudah dipegang kemas. "Lepaskan tangan saya, Encik Hisyam. Saya nak balik!" pinta
Maria. "Mengapa awak menangis, Lia"" Tangan Maria tidak dilepaskan, sebaliknya
soalan itu yang ditanyakan Hisyam kepada Maria.
Maria ingin ketawa mendengar soalan itu. Haruskah dia memberitahu sebab dia
menangis kepada orang yang menyebabkan dia menangis"
"Lia" Kenapa menangis"" Suara garau Hisyam lembut benar ketika itu. Seperti
sedang memujuk. Hisyam tidak sanggup melihat titisan air mata yang mengalir di pipi Maria.
Bagaikan suatu tindakan refleks, tubuh gadis itu dipeluknya, berharap agar pelukan itu
dapat meredakan tangisan. Melenyapkan kesedihan!
Bahagianya Maria. Dalam tangisnya, dia tahu dirinya selamat di situ. Lantas,
muka disembamkan di dada Hisyam. Usapan lembut di belakang tubuhnya memberi
kehangatan yang bukan sedikit. Buat pertama kali dia merelakan perlakuan romantis
Hisyam. Buat pertama kali dia menyedari, walau sekuat mana hati menafikan, perasaan
yang cuba ditolak ini tetap tidak mahu pergi. Dia mencintai Hisyam. Mencintainya
sepenuh jiwa dan raga. Kalaulah lelaki ini tahu...
"Saya rindukan awak, Lia. Rindu sangat-sangat!" bisik Hisyam manja.
Kata-kata Hisyam itu menyedarkan Maria daripada mimpi. Lantas dengan sekuat
tenaga, ditolaknya tubuh Hisyam menjauh.
Hisyam kehairanan. Kenapa" Kenapa Maria menolaknya" Dia ingin menarik
Maria ke dalam dakapannya semula, namun gadis itu semakin menjarakkan diri. Katakata yang keluar daripada mulut Hisyam menggambarkan kemarahan.
"Rindu" Awak rindukan saya, Encik Hisyam""
Hisyam mengangguk. "Selepas awak bermesra dengan perempuan tu" Awak ingat saya percaya"" soal
Maria sedih. Hisyam menghampirinya. "Sumpah, Lia. Saya."
"Jangan bersumpah. Jangan bohong lagi. Saya tak nak dengar."
Hisyam cuba meyakinkan. "Demi Allah, saya tak bohong. Memang saya betulbetul rindu pada awak."
Maria menatap wajah Hisyam. Dia seolah-olah tidak mempercayai apa yang
dikatakan oleh Hisyam. Tiba-tiba Hisyam tersenyum. Nakal senyuman itu. Dia mengusik. "Cemburu ya""
Maria menyepikan diri. "Marah ya""
Kali ini, Maria memberanikan diri untuk menentang pandangan sepasang mata
itu. "Habis, awak nak suruh saya gembira" Ketawa" Awak nak saya rasa seronok tengok
awak. Lelaki yang pernah cakap dia sayangkan saya, bermesra, berpeluk, bergurau senda
dengan si Farah tu... Awak ingat saya ni..."
Hisyam meletakkan jarinya di bibir Maria. "Lia, lebih baik kita selesaikan perkara
ini. Antara saya dengan Farah, tak ada apa-apa hubungan istimewa. Kami hanya kawan.
Sejak dulu, hanya itu sahaja. Saya tak pernah ada hati pada dia. Saya tidak pernah
mencintainya. Tidak dulu, tidak juga sekarang. Hanya awak sahaja."
Maria sakit hati mendengar kata-katanya itu. "Saya tidak akan percaya pada awak
lagi!" Wajah Hisyam merah padam mendengar ayat itu. Geramnya dia bila Maria masih
tidak mahu percaya. Sungguh kecil hatinya mendengar Maria berkata begitu. Dan, hati
membungkam mengenangi sikap gadis itu selama ini. Sikap baik yang penuh kepurapuraan. Masih terbayang di matanya, perlakuan Maria yang memeluk mesra lelaki di atas
motosikal dulu. Gambaran itu masih jelas dalam ingatannya kerana saban waktu api
cemburunya meledak tidak keruan kerana gambaran itu.
"Sudahlah, Maria, kalau awak tak mahu percaya cakap saya, tak apa. Tapi ingat,
saya bukan pembohong. Saya tak berlagak baik. Saya tidak suka berpura-pura. Macam
awak!" tengking Hisyam.
Terpinga-pinga Maria mendengar tengkingan Hisyam. Mata tidak dapat
dikalihkan. Wajah tampan itu ditatap dalam-dalam. Penuh tanda tan
ya. Bila dia berbohong" Bila dia berlagak baik" Bila dia berpura-pura"
Hisyam tidak peduli lagi kali ini. Dia nekad meneruskan kata-katanya. Dia masih
tidak puas menyakiti hati perempuan itu. Tidak dipedulikan kesedihan yang jelas di
wajah Maria. Tiada lagi rasa kasihan yang singgah di hati. Maria sudah melukakan
perasaannya dan dia ingin membalas. Maria pernah melukakan hatinya dan dia ingin
melukakan kembali hati Maria. Biar pedihnya sama dirasai. Biar deritanya sama
ditanggung. "Kenapa diam" Tak benar ke apa yang saya cakap ni" Awak ni perempuan murah.
Perempuan yang tak ada maruah. Saya setuju dengan Irwan. Perempuan macam awak ni
memang sanggup lakukan apa saja asalkan awak boleh bersama dengan kami. Dengan
orang kaya. Mujur Irwan beritahu apa niat awak sebenarnya. Kalau tidak, tentu sampai
hari ini pun saya masih tertipu."
Maria menarik nafas dalam-dalam. Penghinaan demi penghinaan menujah telinga.
Dia tidak sanggup mendengar lagi. Cukup! Hatinya sudah terhiris. Dia ingin pergi dari
situ. Tapi. "Irwan! Kerana Irwan, selama tiga bulan awak buang saya jauh-jauh dari hati
awak" Kerana Irwan, awak langsung tak jawab panggilan telefon saya" Tak balas mesej
saya" Apa sebenarnya yang berlaku, Syam" Apa Irwan cakap sehingga awak buat saya
macam orang bodoh" Sehari sebelum tu, beria-ia awak nak kahwin dengan saya, tapi
tiba-tiba esoknya awak terus tinggalkan saya tanpa khabar berita. Awak buat saya macam
saya ni tak ada maruah. Awak buang saya macam saya ni sampah," ujar Maria lemah.
Hisyam menjegilkan matanya. "Silap tu! Bukan kerana dia saya tinggalkan
awak!" jerkah Hisyam.
"Oh, jadi ada alasan lain, ya" Cakaplah sekarang. Cakap terus terang supaya saya
boleh tahu apa sebabnya awak buat saya macam tu," pinta Maria.
"Huh, apa perlunya saya beritahu" Awak dan perbuatan awak pada saya dah
cukup menyakitkan hati, tahu tak""
"Apa yang awak nak beritahu saya, Syam" Bahawa awak tinggalkan saya kerana
kesilapan saya, macam tu"" Maria jelas keliru.
"Habis tu" Takkan silap saya pulak, kut..."
"Jangan cakap berbelit-belit, Encik Hisyam. Berterus teranglah! Apa salah saya"
Apa yang saya dah buat sampai begini sekali awak buat saya" Benci saya""
"Pelik betul perangai awak ni. Salah sendiri pun tak tahu" Kenapa, Maria" Perlu
ke saya beritahu awak apa yang saya nampak""
"Apa yang awak nampak""
"Awak dengan lelaki tu! Mat motor yang awak peluk rapat tu. Hari yang saya
ajak awak keluar sama dan awak kata awak ada hal penting. Tapi, apa yang penting
sangat" Mat motor tu" Dia lebih penting daripada saya" Daripada perkahwinan kita"
Saya betul-betul tak sangka, Maria. Saya benar-benar ingat awak ni perempuan baik, tapi
perangai awak kalahkan minah rempit. Dengan saya bukan main alim, tapi bila dengan
jantan tu... " Maria kembali menitiskan air mata. Tidak disangka, Hisyam meninggalkan
dirinya hanya kerana salah anggapnya terhadap Mazlan. Tapi, kenapa lelaki itu tidak
bertanya" Kenapa tidak mahu bersemuka" Kenapa membiarkan diri mereka dalam
keadaan ini" "Tiga bulan awak mendiamkan diri, awak tak hubungi saya, kerana Lan" Awak
tak jawab panggilan saya, tak balas SMS saya kerana awak cemburukan Mazlan"" Maria
bertanya walaupun kini dia sudah pasti itulah puncanya.
Mazlan" Nama itu yang Maria sebut tadi. Tapi, itu kan nama...
Hisyam benar-benar terkejut. Bulat matanya merenung Maria. Betulkah apa yang
sedang didengarinya kini" Betulkah apa yang baru Maria sebut" Mazlan" Lelaki
bermotor itu namanya Mazlan" Mazlan adik Maria"
"Lia, jawab soalan saya ni. Tadi awak kata Mazlan. Mazlan yang naik motor
Tak Mungkin Kuhindar Karya Ana Sofiya di http://ceritasilat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
dengan awak tu" Mazlan, adik awak"" Hisyam bertanya dengan hati yang berdegup
kencang. Wajahnya kebingungan. Sepasang matanya fokus kepada Maria. Dia benarbenar ingin tahu.
Maria diam. Mengangguk tidak menggeleng pun tidak.
"Tuhan, selama ini saya cemburu pada Mazlan"" Hisyam bersuara lemah.
Jari-jemari Hisyam menyisir rambut yang kusut. Mula menyedari bahawa segala
keraguannya terhadap Maria selama ini hanyalah sia-sia. Bahawa dia telah bertindak
terburu-buru. Membuta tuli!
"Lia" Betul ke dia tu Mazlan"" Hisyam betul-betul seperti kehilangan arah.
"Sem ua itu dah lepas. Dah tak penting lagi." Lirih benar Maria bersuara.
"Tidak. Jangan cakap macam tu. Semua ini penting bagi saya. Kalau saya tahu itu
Mazlan... " "Awak tak perlu cakap apa-apa sekarang. Tolong jangan cakap apa-apa lagi. Dah
terlambat. Selama tiga bulan awak sepi, awak tak mintak penjelasan saya. Awak biarkan
saya tertanya-tanya apa salah saya. Tu, orang yang nak dijatuhi hukuman gantung tu pun
diberi peluang untuk membela diri dia. Tapi, awak" Awak terus hukum saya hanya
kerana awak nampak saya dengan Mazlan. Awak diam. Awak tak balas SMS saya.
Panggilan telefon saya awak biarkan sepi. Undang-undang mana yang awak pakai"
Tanpa usul periksa saya dah jadi pesalah awak. Adilkah itu" Sudahlah, Encik Hisyam.
Seperti awak yang tak mahu dengar penjelasan saya dulu, begitu juga saya sekarang.
Awak dah buat pilihan awak, jadi saya juga dah buat keputusan saya. Hubungan kita
sampai di sini." Maria memintas.
"Maafkan saya, Lia. Saya tahu, saya salah. Maafkan saya," bisik Hisyam lemah.
"Baiklah, saya maafkan awak. Puas hati""
"Lia, tolonglah... Saya tahu, banyak benar kesalahan yang dah saya buat pada
awak. Tapi, tolonglah faham. Semua itu terjadi kerana saya terlalu cemburu. Dengar
cerita Irwan tentang awak dengan dia, tengok pulak awak dengan Mazlan, buat saya jadi
tak menentu. Saya keliru. Tapi, sekarang saya dah sedar. Saya yang silap. Awak memang
gadis yang baik dan saya tak patut meragui awak. Lia, saya rayu pada awak. Kembalilah
pada saya semula. Saya janji, semua ini tak akan berulang. Saya nak kita bercinta semula,
Lia... " Hisyam merayu.
"Janganlah beritahu saya yang awak masih mengharapkan saya yang hina-dina ni.
Selepas saya dibiarkan tanpa khabar berita selama tiga bulan, saya dah faham yang kita
tak layak bersama, saya dah tahu dah. Bukan sekali awak menghina saya, Encik Hisyam.
Walau macam mana saya sayang awak sekalipun, dengan apa yang awak tuduh-tuduh
saya tadi, saya tidak mungkin akan balik ke pangkuan awak. Saya perempuan kilang
yang tidak sedar diri. Saya perempuan yang tidak senonoh, yang suka berpeluk tak kira
dengan mana-mana lelaki pun. Lupakan saya, lupakan minah rempit ni. Lupakan
perempuan murah ni." Maria mencurahkan kesakitan di hati.
"Lia." "Tolonglah, berilah saya peluang untuk bercakap." Maria tidak mahu mendengar
penjelasan Hisyam. Wajah dipalingkan ke arah lain. Setelah agak lama, barulah Maria
dapat berkata-kata semula. Nada suaranya lebih perlahan sekali ini.
"Encik Hisyam, saya tidak sanggup dihina setiap kali encik marah pada saya.
Saya tidak cukup tabah menghadapi kata-kata nista. Dan, awak jangan lupa. Awak dah
putuskan hubungan kita. Memang benar, di sekeliling awak, ada ramai lagi gadis-gadis
yang lebih sesuai, yang sama taraf dengan awak. Awak sendiri yang kata macam tu tadi."
Maria sudah menangis walaupun puas ditahankan air mata itu. Kerana tidak
sanggup dipandang oleh Hisyam, dia mula melangkah pergi.
"Tapi, mereka bukan Maria binti Mustafa!"
Dengan teragak-agak, Maria memusingkan dirinya untuk berhadapan dengan.
Hisyam. Suara yang tersekat-sekat itu mematikan pergerakannya. Ada kesedihan dalam
suara itu. Dan, apa yang dilihat bakal merobohkan tembok ego yang baru terbina. Hisyam
sedang melutut di hadapannya. Air jernih sedang bergenang di kelopak mata itu.
"Tolong maafkan segala keterlanjuran saya, Maria. Tolong maafkan semua
kekasaran saya tadi. Tolong beri peluang kepada saya sekali lagi untuk mencintai awak.
Tolonglah... Maria terpaku di tempat dia berdiri. Bercampur baur perasaannya. Lelaki ini amat
dicintai. Pengakuan itu menimbulkan resah di dada. Dia ingin memaafkan. Dia ingin
menerima Hisyam semula. Tapi, dapatkah dia melupakan segala kedukaan ini"
"Maria, jangan menangis. Tolonglah... "
Suka hati akulah kalau aku nak menangis pun! bisik Maria dalam hatinya.
Hisyam merapatkan dirinya kepada Maria. Air mata yang sedang mengalir di pipi
gadis itu dilap dengan jari-jemarinya. Namun, perbuatannya itu bukan meredakan
tangisan si gadis, malah menambah deras aliran air mata itu.
"Maria, saya cintakan awak dengan sepenuh hati. Tidak ada gadis lain, hanya
awak sahaja. Apa yang berlaku tadi bukan niat saya. Tidak pernah terlintas di hati saya ni
untuk menyakiti hati awak, Lia. Percayalah cakap saya ni," pujuk Hisyam.
"Betulkah awak cintakan saya, Syam"" soal Maria lemah.
Mendengar soalan itu, Hisyam segera mengangguk.
"Kalau macam tu, lupakan saya," pinta Maria.
Terpempan Hisyam mendengar permintaan itu. "Tidak! Saya tidak akan lakukan
itu! Lia... " Maria tidak mendengar. Dia sudah letih. Langkah diatur untuk meninggalkan
Hisyam. Dia ingin pulang.
"Lia, awak nak ke mana tu"" soal Hisyam kalut.
"Saya nak balik, Encik Hisyam. Rasanya, saya dah tak ada apa nak cakap pada
awak lagi." Maria menepis tangan sasa yang ingin memegang tangannya.
"Lia, kenapa" Awak tak dengar ke semua yang saya cakap ni" Macam mana lagi
harus saya merayu"" Hisyam meminta pengertian.
"Encik Hisyam, awak janganlah merayu saya lagi. Lupakan saya. Saya tak nak
jadi kekasih awak. Mulai hari ini, jangan datang cari saya lagi. Orang kaya macam awak,
macam Irwan, tak boleh jatuh cinta dengan orang macam saya. Saya yang miskin ini.
Saya tak mahu nanti awak tuduh saya nakkan harta awak pulak. Jadi, lebih baik kita
berpisah saja. Hal ini mungkin kecil pada awak, tapi bagi saya tak guna saya terus
harapkan awak kalau kepercayaan awak tak ada pada saya."
Hisyam terpaku di tempat dia berdiri. Jelas, Maria benar-benar ingin
meninggalkannya. Mereka kini sudah benar-benar akan berpisah. Semua kerana silapnya.
Dia memusnahkan kepercayaan Maria kepadanya. Keraguannya pada kesetiaan Maria
akhirnya membawa kedukaan ini. Dia tahu kini, bahawa inilah kesilapan paling besar
dalam hidupnya. Dia akan melepaskan cintanya pergi.
"Jangan pergi, Lia!"
Rayuan itu menghentikan langkah Maria, namun dia tidak menoleh. Dia tidak
mahu menatap renungan Hisyam yang redup. Dia tidak mahu tewas.
"Tolong jangan pergi. Maafkan saya kerana terlalu berkasar dengan awak.
Tolonglah, jangan tinggalkan saya. Saya perlukan awak, Lia. Saya sayang awak."
Maria kembali meneruskan langkahnya setelah Hisyam habis berbicara.
"Apakah tidak ada langsung ruang kemaafan untuk saya" Sampai hati awak
membuang saya macam ni" Tidakkah ada perasaan sayang awak terhadap saya walaupun
sedikit, Lia"" tanya Hisyam sayu.
Maria terpanar mendengar soalan-soalan itu. Kalau diturutkan perasaan, dia pasti
berpatah balik. Dia pasti akan menunggu Hisyam merapati dirinya. Meraih dirinya dalam
pelukan mesra lelaki itu. Membiarkan tangan sasa itu memeluknya kejap-kejap. Tapi, di
manakah maruahnya" Ke mana dia harus mencampakkan harga diri yang sudah lumat
dihiris-hiris oleh umpat keji lelaki itu tadi" Caci maki dan hinaan, sanggupkah dia
melupakan" Tidak! Dia tidak rela menyerah hanya kerana cinta. Dia tidak mahu
mengalah dan tewas bila dipujuk rayu. Dia bukan perempuan yang lemah. Bukan! Lalu
langkah diteruskan. Suara Hisyam memanggilnya tidak dipedulikan.
Judul : Tak Mungkin Kuhindar
Penulis : Ana Sofiya Harga S/M : RM22.90 Harga S/S : RM25.90 Penerbit : Fajar Pakeer (FP)
SINOPSIS Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu
mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terusterusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya
disatukan. Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang
terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka.
Salina ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak
mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan
Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati" Dan, Maria,
mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina" Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam"
"Pelik betul perangai awak ni. Salah sendiri pun tak tahu" Kenapa, Maria"
Perlu ke saya beritahu awak apa yang saya nampak"
"Walau macam mana saya sayang awak sekalipun, dengan apa yang awak
tuduh-tuduh saya takdi, saya tak mungkin akan balik
ke pangkuan awak, saya perempuan kilang yang tidak sedar diri, saya perempuan tidak
senonoh...." Dapatkan novel PRINCE CHARMING di POPULAR, MPH atau KEDAIKEDAI BUKU berhampiran anda. Untuk pembelian online layari di laman web penerbit
di http://www.fajarnovels.com.my
Fajar Pakeer 71GF, Jalan 1/18A, Taman Mastiara, Off Jalan Ipoh,
Batu 5, 51200 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-62581194 / 03-62574978
No. Faks:03-62581196 Email : order@fajarnovels.com.my
Website : http://www.fajarnovels.com.my
Blog Promosi : http://takmungkinkuhindar.blogspot.com
Disediakan Oleh www.penulisan2u.my
tamat Meraba Matahari 6 Pendekar Hina Kelana 18 Geger Di Bukit Seribu Rajawali Sakti Dari Langit Selatan 12
Mandarin Cersil Mandarin
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama
Cersil Indo Cersil Indonesia
Novel Barat Novel Barat
Novel Indo Novel Indonesia
Galeri Galeri
apabila halaman yg dicari tidak ada.Silahkan kembali dulu ke Menu Utama Blog Lama